SlideShare a Scribd company logo
1 of 40
CDE KPP
Pengurusan Gigi Molar
ke-3 yg Terimpak &
Tidak Tumbuh
(2nd edition)
ISI KANDUNGAN
1.Pengenalan
2.Diagnosis
3.Indikasi
4.Rawatan
Soalan-soalan yg menjadi fokus utama CPG
1.Bagaimana hendak mendiagnosis gigi molar ke-3 yg tidak tumbuh atau
terimpak ?
2.Apakah peranan radiograf & CBCT dalam rawatan gigi molar ke-3 yg tidak
tumbuh atau terimpak ?
3.Apakah indikasi bagi pencabutan gigi molar ke-3 yg tidak tumbuh atau
terimpak ?
4.Adakah rawatan berikut berkesan & selamat bagi pencabutan gigi molar ke-3
yg tidak tumbuh atau terimpak ?
Pembedahan
Antibiotik
Steroid
Analgesik
‘Platelet-Rich Fibrin’ (PRF)
‘Coronectomy’
5.Apa komplikasi bagi pencabutan gigi molar ke-3 yg tidak tumbuh atau
terimpak ?
1.Pengenalan
• Gigi molar ke-3 atau lebih dikenali sbg gigi geraham bongsu ; merupakan gigi yg
terakhir tumbuh selepas umur 17 tahun
• Posisinya yg terletak belakang kepada gigi molar ke-2, boleh menyebabkan
kesempitan ruang untuk ia tumbuh sepenuhnya ke dalam mulut
• Punca gigi molar ke-3 terimpak boleh disebabkan oleh beberapa faktor :
Ruang yg sempit
Halangan dari gigi atau struktur yg berdekatan
Kedudukan yg tidak normal semasa gigi sedang tumbuh
• Gigi molar ke-3 terimpak biasanya diliputi oleh keseluruhan atau sebahagian tulang
atau tisu lembut
• Gigi molar ke-3 yg hanya tumbuh sebahagian di dalam rahang, biasanya dapat dilihat
secara klinikal (dalam mulut) ; tapi ia berada di kedudukan yg tidak normal & tidak
berfungsi
• Kadar purata kejadian gigi molar ke-3 terimpak di serata dunia adalah sebanyak
24.4% di kalangan orang dewasa berumur 17 tahun & ke atas
• Prevalens gigi molar ke-3 terimpak di kawasan mandibel (25.4%) adalah lebih
tinggi daripada kawasan maksila (14.2%)
• Dari segi jantina, tiada perbezaan yg dapat dilihat dari segi kejadian gigi molar
ke-3 terimpak
• Dari segi kedudukan gigi molar ke-3 terimpak, prevalens kes adalah seperti
berikut :
‘mesio-angular impaction’ (41.2%) *senget ke depan
‘vertical’ (25.6%) *terimpak secara menegak
‘disto-angular’ (12.2%) *senget ke belakang
‘horizontal’ (11.1%) *terimpak secara melintang
• Penggunaan pengimejan CBCT (cone beam computed tomography), boleh
membantu dalam penilaian gigi molar ke-3 terimpak serta kaitannya dengan
struktur penting yg berhampiran ; terutamanya saraf ‘inferior alveolar’ (IAN)
*CBCT merupakan kaedah pengimejan 3-dimensi (3D-imaging) yg memperlihatkan struktur gigi & tulang rahang
pada 3 satah atau dimensi yg berbeza iaitu keratan depan (coronal view), keratan sisi (sagittal view) & keratan
melintang (axial view)
• Cabutan gigi molar ke-3 terimpak juga sering dikaitkan dengan kecederaan
pada saraf ‘inferior alveolar’ (IAN)
• Sejak dua dekad yg lepas, prosedur ‘coronectomy’ telah diperkenalkan bagi
mengurangkan risiko kecederaan pada saraf ‘inferior alveolar’ (IAN). Walau
bagaimanapun, terdapat banyak perdebatan berkenaan kaedah ini di kalangan
pengamal pergigian
2.Diagnosis
2.1.Pengambilan riwayat & pemeriksaan klinikal
• Gigi molar ke-3 terimpak boleh didiagnosis secara klinikal melalui pengambilan
riwayat & pemeriksaan klinikal yg teliti
• Tanda & gejala yg boleh diperhatikan adalah :
Sakit
Bengkak
Kesukaran membuka mulut (trismus)
Demam
• Pengimejan diperlukan bagi mengesahkan diagnosis serta mengenalpasti
morfologi gigi & struktur berdekatan ; serta keadaan patologi yg terkait (eg :
karies, penyakit periodontitis, ‘cyst’)
2.2.Pengimejan
2.2.1.Radiograf biasa :
• Radiograf yg paling biasa digunakan dalam pengurusan gigi molar ke-3 yg
terimpak atau tidak tumbuh adalah radiograf OPG & periapikal (IOPA)
• Terdapat kajian ‘meta-analysis’ yg dibuat bagi menentukan kebarangkalian
kecederaan ke atas saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) berdasarkan petunjuk-
petunjuk yg boleh dilihat di dalam radiograf OPG seperti :
kegelapan pada kawasan akar gigi molar ke-3 yg terimpak (darkening of root)
keabnormalan pada kawasan pinggir kanal mandibel yg radio-opak
(interruption of radiopaque border of mandibular canal)
kanal mandibel kelihatan terpesong / teralih (diversion of mandibular canal)
penyempitan pada kanal mandibel (narrowing of canal)
• Kajian mendapati bahawa petanda seperti kegelapan pada kawasan akar gigi
molar ke-3 yg terimpak & keabnormalan pada kawasan pinggir kanal
mandibel yg radio-opak ; merupakan petanda yg paling terbaik dalam
meramalkan kebarangkalian kecederaan yg mungkin berlaku ke atas saraf
‘inferior alveolar’ (IAN) berbanding petanda-petanda lain
• Walau bagaimanapun, lebih banyak bukti kajian yg berkualiti tinggi (more high
quality evidence) diperlukan sebelum radiograf OPG boleh disarankan untuk
diambil bagi menilai kedudukan serta hubungan antara saraf ‘inferior alveolar’
(IAN) dengan gigi molar ke-3 yg terimpak
2.2.2. Pengimejan CBCT (Cone Beam Computed Tomography) :
• CBCT merupakan kaedah pengimejan 3-dimensi yg memperlihatkan struktur
gigi & tulang rahang pada 3 satah atau dimensi yg berbeza iaitu keratan depan
(coronal view), keratan sisi (sagittal view) & keratan melintang (axial view)
• Terdapat laporan oleh ‘systematic review’ yg mengkaji ketepatan diagnosis
CBCT dalam meramalkan kebarangkalian kecederaan ke atas saraf ‘inferior
alveolar’ (IAN) dalam kes-kes gigi molar ke-3 terimpak. Terdapat 2 kajian
diagnostik menunjukkan keputusan yg bercanggah antara satu sama lain. Oleh
kerana terdapat keterbatasan pada bukti kajian (limited evidence in the
systematic review), maka pengimejan CBCT hanya disarankan dalam kes-kes yg
mana radiograf biasa seperti OPG & periapikal (IOPA) tidak mampu
memberikan maklumat yg diperlukan bagi membuat diagnosis berkaitan gigi
molar ke-3 terimpak
3.Indikasi
• Keputusan utk mencabut gigi molar ke-3 terimpak perlu mengambil kira status
kesihatan pesakit secara keseluruhan & komplikasi yg mungkin berlaku
• Antara indikasi bagi cabutan gigi molar ke-3 terimpak adalah seperti berikut :
3.1.Karies
• Kajian ‘meta-analysis’ mendapati bahawa kehadiran gigi molar ke-3 terimpak
boleh meningkatkan risiko karies pada gigi molar yg bersebelahan
• Oleh itu, cabutan gigi molar ke-3 terimpak mestilah dipertimbangkan sekiranya
terdapat karies pada gigi tersebut atau gigi yg bersebelahan dengannya
3.2.Penyakit periodontal
• Laporan ‘Cochrane systematic review’ menyatakan bahawa keberadaan gigi
molar ke-3 terimpak boleh menyebabkan pembentukan poket yg dalam
(greater probing depth) serta kehilangan tulang alveolar pada permukaan distal
gigi molar ke-2
• Di dalam laporan yg sama ; telah menyatakan bahawa ketiadaan gigi molar ke-3
terimpak (berbanding jika ia ada), telah menunjukkan :
kurangnya risiko mendapat poket >4 mm pada kawasan distal gigi molar ke-2 ;
tapi hanya bagi kes-kes yg melibatkan ‘soft tissue impaction’ & bukan pada kes-
kes yg melibatkan ‘bony impaction’
kurangnya risiko kehilangan tulang alveolar pada kawasan distal gigi molar ke-2
pada kes-kes yg melibatkan ‘soft tissue impaction’ atau ‘bony impaction’
• Oleh itu, cabutan gigi molar ke-3 terimpak boleh dipertimbangkan bagi
mengurangkan risiko penyakit periodontal pada gigi molar ke-2 yg
bersebelahan
3.3.Kesesakan gigi (crowding)
• Kajian ‘randomised clinical trial’ telah dijalankan bagi membandingkan antara 2
pilihan rawatan iaitu ; sama ada mencabut gigi molar ke-3 terimpak secara
pembedahan atau mengekalkan sahaja gigi molar ke-3 terimpak yg sihat. Kajian
ini telah menunjukkan bahawa tiada kesan ketara yg dilihat ke atas perubahan
dimensi arkus yg mengalami kesesakan gigi (crowded dental arch) sekiranya
kedua-dua kaedah ini dipraktikkan
*Little’s irregularity index
*Intercanine width
• Walaupun terdapat perbezaan dari segi kepanjangan arkus (arch length), ia
tidaklah terlalu ketara
• Walau bagaimanapun, terdapat risiko yg tinggi utk berlaku ketidakadilan (bias)
ketika data kajian ini cuba diperolehi. Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan bukti yg
kukuh bagi menyokong atau menyangkal prosedur cabutan gigi molar ke-3
terimpak yg sihat secara profilaktik (prophylactic removal) bagi mencegah
kesesakan gigi
3.4.’Cyst’ / Patologi
• Gigi molar ke-3 terimpak perlu dicabut sekiranya terdapat ‘cyst’, tumor atau
sebarang patologi yg berkaitan dengannya
3.5.Di dalam kawasan kepatahan tulang mandibel
• Kawasan sudut tulang mandibel adalah kawasan yg paling sering mengalami
kepatahan
• Gigi molar ke-3 terimpak yg berada di dalam kawasan tulang yg patah tersebut
boleh menyebabkan jangkitan jika ia tidak dicabut keluar
3.6.Pembedahan ortognatik
• Salah satu dari komplikasi yg mungkin berlaku semasa prosedur pembedahan
ortognatik adalah ‘bad split’ ; yg mana ia merupakan satu bentuk kepatahan
tulang yg tidak diingini (unwanted pattern of fracture)
• Kajian ‘meta-analysis’ menunjukkan tiada perbezaan ketara dari segi kejadian
‘bad split’ ; jika gigi molar ke-3 terimpak dicabut seiring ketika prosedur
pembedahan ortognatik dijalankan atau dicabut sekurang-kurangnya 6 bulan
lebih awal sebelum pembedahan (at least 6-months preoperatively)
• Walau bagaimanapun, gigi molar ke-3 bawah biasanya akan dicabut sebelum
pembedahan ortognatik dilakukan
3.7.Gigi molar ke-3 yg tidak bergejala (asymptomatic 3rd molar)
• Berdasarkan laporan ‘Cochrane systematic review’, tiada bukti kajian yg
mencukupi bagi menyokong cabutan gigi molar ke-3 yg tidak bergejala
• Walau bagaimanapun, pertimbangan perlu diberi berdasarkan risiko kepada
gigi molar ke-2 yg bersebelahan atau risiko-risiko lain yg berkaitan dengan
keadaan kesihatan pesakit (patient’s medical or surgical condition) jika gigi
molar ke-3 tersebut dikekalkan di dalam mulut pesakit
• Perawat perlu mempertimbangkan antara risiko serta faedah pembuangan
gigi molar ke-3 yg tidak bergejala ke atas pesakit
4.Rawatan
4.1.Konservatif (conservative)
• Laporan ‘Cochrane systematic review’ tidak mampu memberikan bukti kajian yg
mencukupi bagi menyokong prosedur cabutan atau mengekalkan gigi molar ke-3
yg tidak bergejala dalam mencegah masalah seperti kesesakan gigi &
pembentukan ‘cyst’
4.2.Pembedahan
4.2.1.Prosedur pembedahan :
• Prosedur pembedahan cabutan gigi molar ke-3 terimpak secara umumnya
melibatkan peringkat-peringkat berikut :
Pembuatan ‘flap’ tisu lembut (triangular or envelope) tanpa / melibatkan ‘flap’
tisu lembut kawasan lingual
Pembuangan tulang menggunakan ‘chisel’ atau ‘bur’ bersama larutan irigasi
Cabutan gigi tanpa / melibatkan pemotongan struktur gigi
Mencuci & menjahit luka
• Laporan ‘Cochrane systematic review’ telah menilai kelebihan & risiko yg ada
pada setiap kaedah dengan mengambil kira pelbagai aspek atau peringkat dalam
cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg dilakukan secara pembedahan
• Di antara semakan kajian yg dilakukan telah menyimpulkan bahawa :
‘Flap’ berbentuk ‘triangular’ boleh mengurangkan kesakitan dalam masa 24 jam
& mengurangkan risiko ‘alveolar osteitis’ (sebanyak 71%) dalam jangka masa
seminggu. Tiada pula perbezaan yg dapat dilihat dari segi kadar jangkitan,
bukaan mulut maksimum yg boleh dicapai atau kehilangan deria saraf secara
kekal (permanent loss of sensation). Walau bagaimanapun, terdapat sedikit
peningkatan dari segi saiz bengkak selepas seminggu ‘flap’ dibuat
Pembuatan ‘flap’ tisu lembut di kawasan lingual (lingual flap retraction) telah
mengundang lebih banyak kejadian ketaknormalan pada deria saraf secara
sementara (temporary altered sensation) sehingga ke tempoh 1 bulan
Bagi prosedur pembuangan tulang menggunakan ‘chisel’ atau ‘bur’ ; tiada
kesimpulan yg boleh dibuat memandangkan jumlah kajian yg dilakukan adalah
sedikit, serta kepelbagaian yg terdapat pada keputusan kajian
• Tiada bukti kajian yg mencukupi bagi menyokong penggunaan ‘flap’ tisu
lembut di kawasan lingual (lingual flap retraction) & pembuangan tulang
ketika prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak secara pembedahan
dilakukan
• Walau bagaimanapun, penggunaan ‘flap’ tisu lembut di kawasan lingual
(lingual flap retraction) secara umumnya tidak dilakukan kerana terdapat
kebarangkalian boleh berlakunya kecederaan pada saraf ‘lingual’
4.2.2.Prosedur ‘coronectomy’ :
• Merupakan prosedur alternatif selain dari prosedur pembedahan dalam kes-
kes cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg berisiko tinggi utk mendapat
kecederaan pada saraf ‘inferior alveolar’ (IAN)
• Tujuan utama dari prosedur ini adalah utk mengelakkan kecederaan pada
saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) ; dengan cara membuang struktur korona pada
gigi tersebut & meninggalkan akar giginya sahaja tanpa diganggu (kerana
kedudukannya yg dekat dengan saraf ‘inferior alveolar’)
• Kriteria kes yg sesuai bagi prosedur ‘coronectomy’ adalah :
Saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) berisiko tinggi utk tercedera
Gigi molar ke-3 terimpak yg masih vital
Pesakit yg sihat (non-immunocompromised)
4.2.2.1.Kecederaan saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) :
• Kajian ‘meta-analysis’ telah menunjukkan bahawa prosedur ‘coronectomy’
adalah berisiko rendah utk mengakibatkan kecederaan kepada saraf ‘inferior
alveolar’ ; berbanding prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg dilakukan
secara menyeluruh (total removal of the mandibular 3rd molar)
4.2.2.2.Kesakitan selepas pembedahan (post-operative pain) :
• Kajian ‘meta-analysis’ yg sama telah melaporkan bahawa tiada perbezaan
ketara yg dapat dilihat pada rasa sakit selepas pembedahan (post-operative
pain) ; di antara prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg dilakukan secara
menyeluruh berbanding prosedur ‘coronectomy’
4.2.2.3.Jangkitan selepas pembedahan (post-operative infection) :
• Tiada perbezaan ketara yg dapat dilihat pada risiko jangkitan selepas
pembedahan ; di antara prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg
dilakukan secara menyeluruh berbanding prosedur ‘coronectomy’
4.2.2.4.’Dry socket’ (alveolar osteitis) :
• Risiko kejadian ’dry socket’ dalam prosedur ‘coronectomy’ adalah rendah
dibandingkan dengan prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg
dilakukan secara menyeluruh
4.2.2.5.Pergerakan akar (root migration) :
• Terdapat kebarangkalian boleh berlakunya pergerakan akar selepas prosedur
‘coronectomy’ dijalankan
• Walau bagaimanapun, data berkaitan kejadian ini tidak dapat dikumpulkan
kerana kebanyakan data kajian yg ada adalah tidak konsisten
4.2.2.6.Pembedahan semula (re-operation ) :
• Kajian ‘systematic review’ menunjukkan bahawa kejadian prosedur
pembedahan semula (re-operation) yg dijalankan ke atas akar gigi yg tertinggal
selepas prosedur ‘coronectomy’ adalah amat jarang berlaku (0.6% - 6.9%)
4.3.Rawatan perioperatif
4.3.1.Ubat analgesik :
• Berdasarkan laporan ‘Cochrane systematic review’, didapati ubat analgesik
‘Ibuprofen 400 mg’ adalah lebih berkesan dari ubat ‘Paracetamol 1000 mg’ di
dalam pengurusan kesakitan selepas pembedahan (post-operative pain)
berikutan prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak
• Dalam perbandingan lain yg dibuat, didapati gabungan 2 ubat analgesik
(Ibuprofen + Paracetamol) mampu memberikan kesan yg lebih baik
berbanding penggunaan hanya 1 ubat analgesik sahaja
• Dalam kajian ‘meta-analysis’ yg lain mendapati ; 3 dari 5 kajian yg dibuat telah
melaporkan bahawa ubat NSAIDs (non-steroidal anti-inflammatory drugs)
menunjukkan hasil yg lebih baik & berkesan dari segi kawalan kesakitan
berbanding ubat ‘Tramadol’, dalam prosedur pembedahan gigi molar ke-3
terimpak
• Dari aspek keselamatan, sebanyak 21.8% pesakit mengalami kesan buruk
akibat dari pengambilan ubat ‘Tramadol’
• Ubat NSAIDs spt ‘Ibuprofen’, ‘Diclofenac sodium’, ‘Celecoxib’ & ‘Etoricoxib’
merupakan ubat analgesik yg biasa digunakan dalam prosedur pembedahan
gigi molar ke-3 terimpak
• Ubat ‘Tramadol’ biasanya diberi kepada pesakit yg tidak boleh mengambil ubat
NSAIDs
4.3.2.Ubat antibiotik :
• Jangkitan merupakan salah satu komplikasi selepas prosedur pembedahan gigi
molar ke-3 terimpak
• Berdasarkan laporan ‘Cochrane systematic review’ (yg diambil dari 18 buah
kajian jenis RCT), pemberian ubat antibiotik profilaktik kepada pesakit ; sama
ada sebelum atau selepas prosedur pembedahan gigi molar ke-3 terimpak
boleh menyebabkan penurunan pada kadar kejadian :
Jangkitan
Kesakitan
’Dry socket’
• Kajian ‘meta-analysis’ menunjukkan bahawa pengambilan antibiotik
profilaktik ‘Amoxycillin’ boleh mengurangkan risiko jangkitan ; berbanding
individu yg tidak diberi sebarang antibiotik profilaktik sebelum atau selepas
prosedur pembedahan gigi molar ke-3 terimpak
• Berkenaan dengan penggunaan antibiotik profilaktik di dalam kes-kes
pembedahan mulut bagi mencegah jangkitan di kawasan pembedahan ;
antibiotik profilaktik mungkin diperlukan bagi kes-kes pembedahan kecil yg
agak rumit ; yg mana pembedahan tersebut mungkin mengambil masa yg
agak lama untuk diselesaikan
• Antibiotik ‘Amoxicillin’ diberi secara profilaktik dalam pembedahan gigi molar
ke-3 terimpak jika terdapat prosedur pembuangan tulang yg ketara serta
jangka masa pembedahan yg agak lama
4.3.3.Ubat ’Corticosteroids’ :
• Kajian ‘meta-analysis’ menunjukkan bahawa ubat ‘corticosteroids’ dapat
mengurangkan kejadian bengkak & kesukaran membuka mulut (trismus), tapi tidak
mampu mengurangkan rasa sakit selepas pembedahan
• Di dalam kajian ‘meta-analysis’ yg lain, suntikan ‘dexamethasone’ secara submukosa
(submucosal injection of dexamethasone) menunjukkan bahawa :
Pengurangan pada kejadian bengkak selepas pembedahan (early & late period post-
surgery)
Pengurangan pada kejadian ‘trismus’ (kesukaran membuka mulut) selepas
pembedahan (early & late period post-surgery)
• Dari segi kesan kesakitan selepas pembedahan, data tidak dapat dikumpulkan kerana
terdapat kepelbagaian pada keputusan kajian
• Kesimpulannya, ubat ‘corticosteroids’ boleh digunakan dalam pembedahan gigi molar
ke-3 terimpak bagi mengurangkan kejadian bengkak & ‘trismus’ selepas pembedahan,
sekiranya tidak terdapat sebarang halangan atau kontra-indikasi
4.3.4.Ubat kumur :
• Berdasarkan laporan ‘Cochrane systematic review’, berkumur-kumur dengan
menggunakan ubat kumur ‘chlorhexidine’ (0.12% dan 0.2%) secara peri-
operatif, adalah berkesan di dalam mencegah kejadian ‘dry socket’ selepas
cabutan gigi molar ke-3 terimpak
• Tiada kesan sampingan serius yg dilaporkan berikutan penggunaan ubat
kumur ‘chlorhexidine’ ; melainkan jika terdapat reaksi alahan terhadap agen
‘chlorhexidine’
4.4.Rawatan terhadap komplikasi
• Kadar komplikasi bagi pembedahan gigi molar ke-3 terimpak adalah sekitar 9.1%
hingga 12.6%. Komplikasi yg paling kerap berlaku adalah :
’Dry socket’ atau ’alveolar osteitis’ (0.3% - 35%)
Jangkitan pada luka pembedahan atau jangkitan selepas pembedahan (1% - 16%)
Pendarahan selepas pembedahan (1.5%)
Kecederaan pada saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) dan saraf lingual :
Gangguan sementara pada fungsi saraf ‘inferior alveolar’ (0.4 - 0.6%)
Gangguan sementara pada fungsi saraf lingual (0.06 - 11.5%)
Gangguan kekal pada fungsi saraf (0.2 - 1%)
4.4.1.’Dry socket’ atau ’alveolar osteitis’ :
• Laporan ‘Cochrane systematic review’ tidak mampu memberikan bukti kajian
yg mencukupi bagi mencadangkan sebarang rawatan terhadap komplikasi ‘dry
socket’
4.4.2.Jangkitan pada luka pembedahan atau jangkitan selepas pembedahan :
• Berdasarkan penilaian klinikal, telah dicadangkan agar ubat antibiotik perlu
diberi bagi merawat kes-kes jangkitan selepas pembedahan
4.4.3.Pendarahan selepas pembedahan :
• Pendarahan selepas pembedahan yg berlaku selepas pembedahan gigi molar
ke-3 yg terimpak atau tidak tumbuh boleh berpunca dari penyebab setempat
atau sistemik (local or systemic causes). Oleh kerana bukti kajian yg agak
terhad, adalah dicadangkan supaya pendarahan yg berlaku selepas prosedur
pembedahan dirawat sewajarnya
4.4.4.Kecederaan pada saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) :
• Berkenaan proses penyembuhan yg berlaku pada saraf yg tercedera selepas
prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak sama ada secara biasa atau
pembedahan ; hasil mendapati bahawa keputusan kajian adalah berbeza-beza.
Oleh itu, tiada kesimpulan yg boleh dirumuskan buat masa sekarang berkenaan
isu ini
4.4.5.’Platelet-Rich Fibrin’ (PRF) :
• ’Platelet-Rich Fibrin’ (PRF) yg digunakan dalam pembedahan gigi molar ke-3
terimpak, bertindak sebagai agen penyimpanan & pelepasan ‘growth factors’
seperti VEGF, TGF & PDGF
*VEGF = ‘vascular endothelial growth factor’
*TGF = ‘transforming growth factor’
*PDGF = ‘platelet derived growth factor’
• Kajian ‘meta-analysis’ yg melaporkan berkenaan penggunaan bahan PRF selepas
prosedur pembedahan gigi molar ke-3 terimpak ; telah menunjukkan bahawa :
Terdapat pengurangan pada rasa sakit selepas pembedahan pada hari ke-3
Pengurangan pada bengkak pada hari pertama
Mengurangkan risiko ‘alveolar osteitis’
Tiada kesan penambahbaikan ketara yg dapat dilihat pada kejadian ‘trismus’,
aktiviti sel ‘osteoblast’ serta proses penyembuhan tisu lembut
• Walau bagaimanapun, bukti kajian berkenaan penggunaan bahan PRF dalam
mengurangkan kejadian sakit, bengkak & ‘alveolar osteitis’ adalah terhad. Oleh
itu, tiada faedah yg kuat dari aspek klinikal untuk menyokong penggunaan
bahan PRF selepas prosedur pembedahan gigi molar ke-3 terimpak
4.5.Temujanji susulan
• Tiada bukti kajian yg mencukupi untuk mencadangkan sela masa yg sesuai bagi
temujanji susulan
• Cuma, kes-kes gigi molar ke-3 terimpak serta gigi molar ke-3 yg telah selesai
menjalani prosedur ‘coronectomy’ perlulah sentiasa dipantau secara berkala.
Pesakit juga perlu dimaklumkan berkenaan kemungkinan risiko yg boleh terjadi
serta terlibat di dalam membuat keputusan berkenaan rawatan bagi kes gigi
molar ke-3 terimpak
TERIMA KASIH
Disediakan oleh :
Dr Norazreen Abdul Jalil
Pegawai Pergigian
Klinik Pergigian Peringgit

More Related Content

What's hot

komunikasi-dokter-pasien-bad-news
komunikasi-dokter-pasien-bad-newskomunikasi-dokter-pasien-bad-news
komunikasi-dokter-pasien-bad-newsJuwita Ramadhannia
 
Воспалительные и дистрофические заболевания слюнных желез: этиология, патоген...
Воспалительные и дистрофические заболевания слюнных желез: этиология, патоген...Воспалительные и дистрофические заболевания слюнных желез: этиология, патоген...
Воспалительные и дистрофические заболевания слюнных желез: этиология, патоген...Alexandr Ivashchenko
 
GTC - Kelompok drg. Dahlia.pptx
GTC - Kelompok drg. Dahlia.pptxGTC - Kelompok drg. Dahlia.pptx
GTC - Kelompok drg. Dahlia.pptxSiskaSihombing4
 
Odontogenic Disease of Maxillary Sinus (Study Notes: Oral & Maxillofacial Sur...
Odontogenic Disease of Maxillary Sinus (Study Notes: Oral & Maxillofacial Sur...Odontogenic Disease of Maxillary Sinus (Study Notes: Oral & Maxillofacial Sur...
Odontogenic Disease of Maxillary Sinus (Study Notes: Oral & Maxillofacial Sur...Sarang Suresh Hotchandani
 
Management of-extraction-complications
Management of-extraction-complicationsManagement of-extraction-complications
Management of-extraction-complicationsWeam Faroun
 
Mcq of impacted_teeth.pptx
Mcq of impacted_teeth.pptxMcq of impacted_teeth.pptx
Mcq of impacted_teeth.pptxLama K Banna
 
Tutorial Maloklusi & Crossbite
Tutorial Maloklusi & CrossbiteTutorial Maloklusi & Crossbite
Tutorial Maloklusi & CrossbiteVina Widya Putri
 
Dentoalveolar injuries ppt
Dentoalveolar injuries pptDentoalveolar injuries ppt
Dentoalveolar injuries pptvasanramkumar
 
Dento Alveolar Fractures
Dento Alveolar FracturesDento Alveolar Fractures
Dento Alveolar Fracturesshabeel pn
 
Balss saišu parēzes
Balss saišu parēzesBalss saišu parēzes
Balss saišu parēzesIv Vi
 
Доброкачественные одонтогенные и неодонтогенные опухоли челюстей: классификац...
Доброкачественные одонтогенные и неодонтогенные опухоли челюстей: классификац...Доброкачественные одонтогенные и неодонтогенные опухоли челюстей: классификац...
Доброкачественные одонтогенные и неодонтогенные опухоли челюстей: классификац...Alexandr Ivashchenko
 

What's hot (20)

komunikasi-dokter-pasien-bad-news
komunikasi-dokter-pasien-bad-newskomunikasi-dokter-pasien-bad-news
komunikasi-dokter-pasien-bad-news
 
Воспалительные и дистрофические заболевания слюнных желез: этиология, патоген...
Воспалительные и дистрофические заболевания слюнных желез: этиология, патоген...Воспалительные и дистрофические заболевания слюнных желез: этиология, патоген...
Воспалительные и дистрофические заболевания слюнных желез: этиология, патоген...
 
Trigeminal Neuralgia
Trigeminal NeuralgiaTrigeminal Neuralgia
Trigeminal Neuralgia
 
GTC - Kelompok drg. Dahlia.pptx
GTC - Kelompok drg. Dahlia.pptxGTC - Kelompok drg. Dahlia.pptx
GTC - Kelompok drg. Dahlia.pptx
 
Le fort 1
Le fort 1Le fort 1
Le fort 1
 
Bab 1 simple bone
Bab 1 simple boneBab 1 simple bone
Bab 1 simple bone
 
Odontogenic Disease of Maxillary Sinus (Study Notes: Oral & Maxillofacial Sur...
Odontogenic Disease of Maxillary Sinus (Study Notes: Oral & Maxillofacial Sur...Odontogenic Disease of Maxillary Sinus (Study Notes: Oral & Maxillofacial Sur...
Odontogenic Disease of Maxillary Sinus (Study Notes: Oral & Maxillofacial Sur...
 
Gigi dan mulut
Gigi dan mulutGigi dan mulut
Gigi dan mulut
 
5454
54545454
5454
 
Management of-extraction-complications
Management of-extraction-complicationsManagement of-extraction-complications
Management of-extraction-complications
 
Mcq of impacted_teeth.pptx
Mcq of impacted_teeth.pptxMcq of impacted_teeth.pptx
Mcq of impacted_teeth.pptx
 
Tutorial Maloklusi & Crossbite
Tutorial Maloklusi & CrossbiteTutorial Maloklusi & Crossbite
Tutorial Maloklusi & Crossbite
 
Dentoalveolar injuries ppt
Dentoalveolar injuries pptDentoalveolar injuries ppt
Dentoalveolar injuries ppt
 
Periodontitis kronis
Periodontitis kronisPeriodontitis kronis
Periodontitis kronis
 
Dento Alveolar Fractures
Dento Alveolar FracturesDento Alveolar Fractures
Dento Alveolar Fractures
 
Mid face trauma
Mid face traumaMid face trauma
Mid face trauma
 
Balss saišu parēzes
Balss saišu parēzesBalss saišu parēzes
Balss saišu parēzes
 
Ohi s
Ohi sOhi s
Ohi s
 
prinsip preparasi
prinsip preparasiprinsip preparasi
prinsip preparasi
 
Доброкачественные одонтогенные и неодонтогенные опухоли челюстей: классификац...
Доброкачественные одонтогенные и неодонтогенные опухоли челюстей: классификац...Доброкачественные одонтогенные и неодонтогенные опухоли челюстей: классификац...
Доброкачественные одонтогенные и неодонтогенные опухоли челюстей: классификац...
 

More from Azreen Aj

CDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptx
CDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptxCDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptx
CDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptxAzreen Aj
 
KANSER MULUT.pptx
KANSER MULUT.pptxKANSER MULUT.pptx
KANSER MULUT.pptxAzreen Aj
 
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsiPengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsiAzreen Aj
 
PENGURUSAN PESAKIT DIABETES.ppt
PENGURUSAN PESAKIT DIABETES.pptPENGURUSAN PESAKIT DIABETES.ppt
PENGURUSAN PESAKIT DIABETES.pptAzreen Aj
 
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptxTaklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptxAzreen Aj
 
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptxPembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptxAzreen Aj
 
PEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptx
PEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptxPEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptx
PEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptxAzreen Aj
 
Polisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docx
Polisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docxPolisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docx
Polisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docxAzreen Aj
 
CHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptx
CHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptxCHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptx
CHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptxAzreen Aj
 
Sesi soalan ceramah sm
Sesi soalan ceramah smSesi soalan ceramah sm
Sesi soalan ceramah smAzreen Aj
 
Kesan merokok kepada kesihatan pergigian
Kesan merokok kepada kesihatan pergigianKesan merokok kepada kesihatan pergigian
Kesan merokok kepada kesihatan pergigianAzreen Aj
 
Pemakanan sihat toddler
Pemakanan sihat toddlerPemakanan sihat toddler
Pemakanan sihat toddlerAzreen Aj
 
Kesihatan pergigian warga emas
Kesihatan pergigian warga emasKesihatan pergigian warga emas
Kesihatan pergigian warga emasAzreen Aj
 
Ibu mengandung dan kesihatan pergigian
Ibu mengandung dan kesihatan pergigianIbu mengandung dan kesihatan pergigian
Ibu mengandung dan kesihatan pergigianAzreen Aj
 
Dental trauma
Dental traumaDental trauma
Dental traumaAzreen Aj
 
Oral histology
Oral histologyOral histology
Oral histologyAzreen Aj
 
Ceramah gigi sek.men 2018
Ceramah gigi sek.men 2018Ceramah gigi sek.men 2018
Ceramah gigi sek.men 2018Azreen Aj
 
Isis - pejuang atau pengganas ?
Isis - pejuang atau pengganas ?Isis - pejuang atau pengganas ?
Isis - pejuang atau pengganas ?Azreen Aj
 
Laporan kursus pengurusan jenazah
Laporan kursus pengurusan jenazahLaporan kursus pengurusan jenazah
Laporan kursus pengurusan jenazahAzreen Aj
 

More from Azreen Aj (20)

CDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptx
CDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptxCDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptx
CDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptx
 
KANSER MULUT.pptx
KANSER MULUT.pptxKANSER MULUT.pptx
KANSER MULUT.pptx
 
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsiPengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
 
PENGURUSAN PESAKIT DIABETES.ppt
PENGURUSAN PESAKIT DIABETES.pptPENGURUSAN PESAKIT DIABETES.ppt
PENGURUSAN PESAKIT DIABETES.ppt
 
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptxTaklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
 
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptxPembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
 
PEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptx
PEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptxPEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptx
PEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptx
 
Polisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docx
Polisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docxPolisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docx
Polisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docx
 
CHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptx
CHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptxCHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptx
CHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptx
 
Sesi soalan ceramah sm
Sesi soalan ceramah smSesi soalan ceramah sm
Sesi soalan ceramah sm
 
Fake braces
Fake  bracesFake  braces
Fake braces
 
Kesan merokok kepada kesihatan pergigian
Kesan merokok kepada kesihatan pergigianKesan merokok kepada kesihatan pergigian
Kesan merokok kepada kesihatan pergigian
 
Pemakanan sihat toddler
Pemakanan sihat toddlerPemakanan sihat toddler
Pemakanan sihat toddler
 
Kesihatan pergigian warga emas
Kesihatan pergigian warga emasKesihatan pergigian warga emas
Kesihatan pergigian warga emas
 
Ibu mengandung dan kesihatan pergigian
Ibu mengandung dan kesihatan pergigianIbu mengandung dan kesihatan pergigian
Ibu mengandung dan kesihatan pergigian
 
Dental trauma
Dental traumaDental trauma
Dental trauma
 
Oral histology
Oral histologyOral histology
Oral histology
 
Ceramah gigi sek.men 2018
Ceramah gigi sek.men 2018Ceramah gigi sek.men 2018
Ceramah gigi sek.men 2018
 
Isis - pejuang atau pengganas ?
Isis - pejuang atau pengganas ?Isis - pejuang atau pengganas ?
Isis - pejuang atau pengganas ?
 
Laporan kursus pengurusan jenazah
Laporan kursus pengurusan jenazahLaporan kursus pengurusan jenazah
Laporan kursus pengurusan jenazah
 

Management of Unerupted & Impacted 3rd molar.pptx

  • 1. CDE KPP Pengurusan Gigi Molar ke-3 yg Terimpak & Tidak Tumbuh (2nd edition)
  • 3. Soalan-soalan yg menjadi fokus utama CPG 1.Bagaimana hendak mendiagnosis gigi molar ke-3 yg tidak tumbuh atau terimpak ? 2.Apakah peranan radiograf & CBCT dalam rawatan gigi molar ke-3 yg tidak tumbuh atau terimpak ? 3.Apakah indikasi bagi pencabutan gigi molar ke-3 yg tidak tumbuh atau terimpak ?
  • 4. 4.Adakah rawatan berikut berkesan & selamat bagi pencabutan gigi molar ke-3 yg tidak tumbuh atau terimpak ? Pembedahan Antibiotik Steroid Analgesik ‘Platelet-Rich Fibrin’ (PRF) ‘Coronectomy’ 5.Apa komplikasi bagi pencabutan gigi molar ke-3 yg tidak tumbuh atau terimpak ?
  • 5. 1.Pengenalan • Gigi molar ke-3 atau lebih dikenali sbg gigi geraham bongsu ; merupakan gigi yg terakhir tumbuh selepas umur 17 tahun • Posisinya yg terletak belakang kepada gigi molar ke-2, boleh menyebabkan kesempitan ruang untuk ia tumbuh sepenuhnya ke dalam mulut • Punca gigi molar ke-3 terimpak boleh disebabkan oleh beberapa faktor : Ruang yg sempit Halangan dari gigi atau struktur yg berdekatan Kedudukan yg tidak normal semasa gigi sedang tumbuh • Gigi molar ke-3 terimpak biasanya diliputi oleh keseluruhan atau sebahagian tulang atau tisu lembut • Gigi molar ke-3 yg hanya tumbuh sebahagian di dalam rahang, biasanya dapat dilihat secara klinikal (dalam mulut) ; tapi ia berada di kedudukan yg tidak normal & tidak berfungsi
  • 6. • Kadar purata kejadian gigi molar ke-3 terimpak di serata dunia adalah sebanyak 24.4% di kalangan orang dewasa berumur 17 tahun & ke atas • Prevalens gigi molar ke-3 terimpak di kawasan mandibel (25.4%) adalah lebih tinggi daripada kawasan maksila (14.2%) • Dari segi jantina, tiada perbezaan yg dapat dilihat dari segi kejadian gigi molar ke-3 terimpak • Dari segi kedudukan gigi molar ke-3 terimpak, prevalens kes adalah seperti berikut : ‘mesio-angular impaction’ (41.2%) *senget ke depan ‘vertical’ (25.6%) *terimpak secara menegak ‘disto-angular’ (12.2%) *senget ke belakang ‘horizontal’ (11.1%) *terimpak secara melintang
  • 7. • Penggunaan pengimejan CBCT (cone beam computed tomography), boleh membantu dalam penilaian gigi molar ke-3 terimpak serta kaitannya dengan struktur penting yg berhampiran ; terutamanya saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) *CBCT merupakan kaedah pengimejan 3-dimensi (3D-imaging) yg memperlihatkan struktur gigi & tulang rahang pada 3 satah atau dimensi yg berbeza iaitu keratan depan (coronal view), keratan sisi (sagittal view) & keratan melintang (axial view) • Cabutan gigi molar ke-3 terimpak juga sering dikaitkan dengan kecederaan pada saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) • Sejak dua dekad yg lepas, prosedur ‘coronectomy’ telah diperkenalkan bagi mengurangkan risiko kecederaan pada saraf ‘inferior alveolar’ (IAN). Walau bagaimanapun, terdapat banyak perdebatan berkenaan kaedah ini di kalangan pengamal pergigian
  • 8. 2.Diagnosis 2.1.Pengambilan riwayat & pemeriksaan klinikal • Gigi molar ke-3 terimpak boleh didiagnosis secara klinikal melalui pengambilan riwayat & pemeriksaan klinikal yg teliti • Tanda & gejala yg boleh diperhatikan adalah : Sakit Bengkak Kesukaran membuka mulut (trismus) Demam • Pengimejan diperlukan bagi mengesahkan diagnosis serta mengenalpasti morfologi gigi & struktur berdekatan ; serta keadaan patologi yg terkait (eg : karies, penyakit periodontitis, ‘cyst’)
  • 9. 2.2.Pengimejan 2.2.1.Radiograf biasa : • Radiograf yg paling biasa digunakan dalam pengurusan gigi molar ke-3 yg terimpak atau tidak tumbuh adalah radiograf OPG & periapikal (IOPA) • Terdapat kajian ‘meta-analysis’ yg dibuat bagi menentukan kebarangkalian kecederaan ke atas saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) berdasarkan petunjuk- petunjuk yg boleh dilihat di dalam radiograf OPG seperti : kegelapan pada kawasan akar gigi molar ke-3 yg terimpak (darkening of root) keabnormalan pada kawasan pinggir kanal mandibel yg radio-opak (interruption of radiopaque border of mandibular canal) kanal mandibel kelihatan terpesong / teralih (diversion of mandibular canal) penyempitan pada kanal mandibel (narrowing of canal)
  • 10. • Kajian mendapati bahawa petanda seperti kegelapan pada kawasan akar gigi molar ke-3 yg terimpak & keabnormalan pada kawasan pinggir kanal mandibel yg radio-opak ; merupakan petanda yg paling terbaik dalam meramalkan kebarangkalian kecederaan yg mungkin berlaku ke atas saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) berbanding petanda-petanda lain • Walau bagaimanapun, lebih banyak bukti kajian yg berkualiti tinggi (more high quality evidence) diperlukan sebelum radiograf OPG boleh disarankan untuk diambil bagi menilai kedudukan serta hubungan antara saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) dengan gigi molar ke-3 yg terimpak
  • 11. 2.2.2. Pengimejan CBCT (Cone Beam Computed Tomography) : • CBCT merupakan kaedah pengimejan 3-dimensi yg memperlihatkan struktur gigi & tulang rahang pada 3 satah atau dimensi yg berbeza iaitu keratan depan (coronal view), keratan sisi (sagittal view) & keratan melintang (axial view) • Terdapat laporan oleh ‘systematic review’ yg mengkaji ketepatan diagnosis CBCT dalam meramalkan kebarangkalian kecederaan ke atas saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) dalam kes-kes gigi molar ke-3 terimpak. Terdapat 2 kajian diagnostik menunjukkan keputusan yg bercanggah antara satu sama lain. Oleh kerana terdapat keterbatasan pada bukti kajian (limited evidence in the systematic review), maka pengimejan CBCT hanya disarankan dalam kes-kes yg mana radiograf biasa seperti OPG & periapikal (IOPA) tidak mampu memberikan maklumat yg diperlukan bagi membuat diagnosis berkaitan gigi molar ke-3 terimpak
  • 12. 3.Indikasi • Keputusan utk mencabut gigi molar ke-3 terimpak perlu mengambil kira status kesihatan pesakit secara keseluruhan & komplikasi yg mungkin berlaku • Antara indikasi bagi cabutan gigi molar ke-3 terimpak adalah seperti berikut : 3.1.Karies • Kajian ‘meta-analysis’ mendapati bahawa kehadiran gigi molar ke-3 terimpak boleh meningkatkan risiko karies pada gigi molar yg bersebelahan • Oleh itu, cabutan gigi molar ke-3 terimpak mestilah dipertimbangkan sekiranya terdapat karies pada gigi tersebut atau gigi yg bersebelahan dengannya
  • 13.
  • 14.
  • 15. 3.2.Penyakit periodontal • Laporan ‘Cochrane systematic review’ menyatakan bahawa keberadaan gigi molar ke-3 terimpak boleh menyebabkan pembentukan poket yg dalam (greater probing depth) serta kehilangan tulang alveolar pada permukaan distal gigi molar ke-2 • Di dalam laporan yg sama ; telah menyatakan bahawa ketiadaan gigi molar ke-3 terimpak (berbanding jika ia ada), telah menunjukkan : kurangnya risiko mendapat poket >4 mm pada kawasan distal gigi molar ke-2 ; tapi hanya bagi kes-kes yg melibatkan ‘soft tissue impaction’ & bukan pada kes- kes yg melibatkan ‘bony impaction’ kurangnya risiko kehilangan tulang alveolar pada kawasan distal gigi molar ke-2 pada kes-kes yg melibatkan ‘soft tissue impaction’ atau ‘bony impaction’ • Oleh itu, cabutan gigi molar ke-3 terimpak boleh dipertimbangkan bagi mengurangkan risiko penyakit periodontal pada gigi molar ke-2 yg bersebelahan
  • 16. 3.3.Kesesakan gigi (crowding) • Kajian ‘randomised clinical trial’ telah dijalankan bagi membandingkan antara 2 pilihan rawatan iaitu ; sama ada mencabut gigi molar ke-3 terimpak secara pembedahan atau mengekalkan sahaja gigi molar ke-3 terimpak yg sihat. Kajian ini telah menunjukkan bahawa tiada kesan ketara yg dilihat ke atas perubahan dimensi arkus yg mengalami kesesakan gigi (crowded dental arch) sekiranya kedua-dua kaedah ini dipraktikkan *Little’s irregularity index *Intercanine width • Walaupun terdapat perbezaan dari segi kepanjangan arkus (arch length), ia tidaklah terlalu ketara • Walau bagaimanapun, terdapat risiko yg tinggi utk berlaku ketidakadilan (bias) ketika data kajian ini cuba diperolehi. Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan bukti yg kukuh bagi menyokong atau menyangkal prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg sihat secara profilaktik (prophylactic removal) bagi mencegah kesesakan gigi
  • 17. 3.4.’Cyst’ / Patologi • Gigi molar ke-3 terimpak perlu dicabut sekiranya terdapat ‘cyst’, tumor atau sebarang patologi yg berkaitan dengannya 3.5.Di dalam kawasan kepatahan tulang mandibel • Kawasan sudut tulang mandibel adalah kawasan yg paling sering mengalami kepatahan • Gigi molar ke-3 terimpak yg berada di dalam kawasan tulang yg patah tersebut boleh menyebabkan jangkitan jika ia tidak dicabut keluar
  • 18. 3.6.Pembedahan ortognatik • Salah satu dari komplikasi yg mungkin berlaku semasa prosedur pembedahan ortognatik adalah ‘bad split’ ; yg mana ia merupakan satu bentuk kepatahan tulang yg tidak diingini (unwanted pattern of fracture) • Kajian ‘meta-analysis’ menunjukkan tiada perbezaan ketara dari segi kejadian ‘bad split’ ; jika gigi molar ke-3 terimpak dicabut seiring ketika prosedur pembedahan ortognatik dijalankan atau dicabut sekurang-kurangnya 6 bulan lebih awal sebelum pembedahan (at least 6-months preoperatively) • Walau bagaimanapun, gigi molar ke-3 bawah biasanya akan dicabut sebelum pembedahan ortognatik dilakukan
  • 19. 3.7.Gigi molar ke-3 yg tidak bergejala (asymptomatic 3rd molar) • Berdasarkan laporan ‘Cochrane systematic review’, tiada bukti kajian yg mencukupi bagi menyokong cabutan gigi molar ke-3 yg tidak bergejala • Walau bagaimanapun, pertimbangan perlu diberi berdasarkan risiko kepada gigi molar ke-2 yg bersebelahan atau risiko-risiko lain yg berkaitan dengan keadaan kesihatan pesakit (patient’s medical or surgical condition) jika gigi molar ke-3 tersebut dikekalkan di dalam mulut pesakit • Perawat perlu mempertimbangkan antara risiko serta faedah pembuangan gigi molar ke-3 yg tidak bergejala ke atas pesakit
  • 20. 4.Rawatan 4.1.Konservatif (conservative) • Laporan ‘Cochrane systematic review’ tidak mampu memberikan bukti kajian yg mencukupi bagi menyokong prosedur cabutan atau mengekalkan gigi molar ke-3 yg tidak bergejala dalam mencegah masalah seperti kesesakan gigi & pembentukan ‘cyst’
  • 21. 4.2.Pembedahan 4.2.1.Prosedur pembedahan : • Prosedur pembedahan cabutan gigi molar ke-3 terimpak secara umumnya melibatkan peringkat-peringkat berikut : Pembuatan ‘flap’ tisu lembut (triangular or envelope) tanpa / melibatkan ‘flap’ tisu lembut kawasan lingual Pembuangan tulang menggunakan ‘chisel’ atau ‘bur’ bersama larutan irigasi Cabutan gigi tanpa / melibatkan pemotongan struktur gigi Mencuci & menjahit luka
  • 22. • Laporan ‘Cochrane systematic review’ telah menilai kelebihan & risiko yg ada pada setiap kaedah dengan mengambil kira pelbagai aspek atau peringkat dalam cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg dilakukan secara pembedahan • Di antara semakan kajian yg dilakukan telah menyimpulkan bahawa : ‘Flap’ berbentuk ‘triangular’ boleh mengurangkan kesakitan dalam masa 24 jam & mengurangkan risiko ‘alveolar osteitis’ (sebanyak 71%) dalam jangka masa seminggu. Tiada pula perbezaan yg dapat dilihat dari segi kadar jangkitan, bukaan mulut maksimum yg boleh dicapai atau kehilangan deria saraf secara kekal (permanent loss of sensation). Walau bagaimanapun, terdapat sedikit peningkatan dari segi saiz bengkak selepas seminggu ‘flap’ dibuat Pembuatan ‘flap’ tisu lembut di kawasan lingual (lingual flap retraction) telah mengundang lebih banyak kejadian ketaknormalan pada deria saraf secara sementara (temporary altered sensation) sehingga ke tempoh 1 bulan Bagi prosedur pembuangan tulang menggunakan ‘chisel’ atau ‘bur’ ; tiada kesimpulan yg boleh dibuat memandangkan jumlah kajian yg dilakukan adalah sedikit, serta kepelbagaian yg terdapat pada keputusan kajian
  • 23. • Tiada bukti kajian yg mencukupi bagi menyokong penggunaan ‘flap’ tisu lembut di kawasan lingual (lingual flap retraction) & pembuangan tulang ketika prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak secara pembedahan dilakukan • Walau bagaimanapun, penggunaan ‘flap’ tisu lembut di kawasan lingual (lingual flap retraction) secara umumnya tidak dilakukan kerana terdapat kebarangkalian boleh berlakunya kecederaan pada saraf ‘lingual’
  • 24. 4.2.2.Prosedur ‘coronectomy’ : • Merupakan prosedur alternatif selain dari prosedur pembedahan dalam kes- kes cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg berisiko tinggi utk mendapat kecederaan pada saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) • Tujuan utama dari prosedur ini adalah utk mengelakkan kecederaan pada saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) ; dengan cara membuang struktur korona pada gigi tersebut & meninggalkan akar giginya sahaja tanpa diganggu (kerana kedudukannya yg dekat dengan saraf ‘inferior alveolar’) • Kriteria kes yg sesuai bagi prosedur ‘coronectomy’ adalah : Saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) berisiko tinggi utk tercedera Gigi molar ke-3 terimpak yg masih vital Pesakit yg sihat (non-immunocompromised)
  • 25. 4.2.2.1.Kecederaan saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) : • Kajian ‘meta-analysis’ telah menunjukkan bahawa prosedur ‘coronectomy’ adalah berisiko rendah utk mengakibatkan kecederaan kepada saraf ‘inferior alveolar’ ; berbanding prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg dilakukan secara menyeluruh (total removal of the mandibular 3rd molar) 4.2.2.2.Kesakitan selepas pembedahan (post-operative pain) : • Kajian ‘meta-analysis’ yg sama telah melaporkan bahawa tiada perbezaan ketara yg dapat dilihat pada rasa sakit selepas pembedahan (post-operative pain) ; di antara prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg dilakukan secara menyeluruh berbanding prosedur ‘coronectomy’
  • 26. 4.2.2.3.Jangkitan selepas pembedahan (post-operative infection) : • Tiada perbezaan ketara yg dapat dilihat pada risiko jangkitan selepas pembedahan ; di antara prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg dilakukan secara menyeluruh berbanding prosedur ‘coronectomy’ 4.2.2.4.’Dry socket’ (alveolar osteitis) : • Risiko kejadian ’dry socket’ dalam prosedur ‘coronectomy’ adalah rendah dibandingkan dengan prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak yg dilakukan secara menyeluruh
  • 27. 4.2.2.5.Pergerakan akar (root migration) : • Terdapat kebarangkalian boleh berlakunya pergerakan akar selepas prosedur ‘coronectomy’ dijalankan • Walau bagaimanapun, data berkaitan kejadian ini tidak dapat dikumpulkan kerana kebanyakan data kajian yg ada adalah tidak konsisten 4.2.2.6.Pembedahan semula (re-operation ) : • Kajian ‘systematic review’ menunjukkan bahawa kejadian prosedur pembedahan semula (re-operation) yg dijalankan ke atas akar gigi yg tertinggal selepas prosedur ‘coronectomy’ adalah amat jarang berlaku (0.6% - 6.9%)
  • 28. 4.3.Rawatan perioperatif 4.3.1.Ubat analgesik : • Berdasarkan laporan ‘Cochrane systematic review’, didapati ubat analgesik ‘Ibuprofen 400 mg’ adalah lebih berkesan dari ubat ‘Paracetamol 1000 mg’ di dalam pengurusan kesakitan selepas pembedahan (post-operative pain) berikutan prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak • Dalam perbandingan lain yg dibuat, didapati gabungan 2 ubat analgesik (Ibuprofen + Paracetamol) mampu memberikan kesan yg lebih baik berbanding penggunaan hanya 1 ubat analgesik sahaja • Dalam kajian ‘meta-analysis’ yg lain mendapati ; 3 dari 5 kajian yg dibuat telah melaporkan bahawa ubat NSAIDs (non-steroidal anti-inflammatory drugs) menunjukkan hasil yg lebih baik & berkesan dari segi kawalan kesakitan berbanding ubat ‘Tramadol’, dalam prosedur pembedahan gigi molar ke-3 terimpak
  • 29. • Dari aspek keselamatan, sebanyak 21.8% pesakit mengalami kesan buruk akibat dari pengambilan ubat ‘Tramadol’ • Ubat NSAIDs spt ‘Ibuprofen’, ‘Diclofenac sodium’, ‘Celecoxib’ & ‘Etoricoxib’ merupakan ubat analgesik yg biasa digunakan dalam prosedur pembedahan gigi molar ke-3 terimpak • Ubat ‘Tramadol’ biasanya diberi kepada pesakit yg tidak boleh mengambil ubat NSAIDs
  • 30. 4.3.2.Ubat antibiotik : • Jangkitan merupakan salah satu komplikasi selepas prosedur pembedahan gigi molar ke-3 terimpak • Berdasarkan laporan ‘Cochrane systematic review’ (yg diambil dari 18 buah kajian jenis RCT), pemberian ubat antibiotik profilaktik kepada pesakit ; sama ada sebelum atau selepas prosedur pembedahan gigi molar ke-3 terimpak boleh menyebabkan penurunan pada kadar kejadian : Jangkitan Kesakitan ’Dry socket’ • Kajian ‘meta-analysis’ menunjukkan bahawa pengambilan antibiotik profilaktik ‘Amoxycillin’ boleh mengurangkan risiko jangkitan ; berbanding individu yg tidak diberi sebarang antibiotik profilaktik sebelum atau selepas prosedur pembedahan gigi molar ke-3 terimpak
  • 31. • Berkenaan dengan penggunaan antibiotik profilaktik di dalam kes-kes pembedahan mulut bagi mencegah jangkitan di kawasan pembedahan ; antibiotik profilaktik mungkin diperlukan bagi kes-kes pembedahan kecil yg agak rumit ; yg mana pembedahan tersebut mungkin mengambil masa yg agak lama untuk diselesaikan • Antibiotik ‘Amoxicillin’ diberi secara profilaktik dalam pembedahan gigi molar ke-3 terimpak jika terdapat prosedur pembuangan tulang yg ketara serta jangka masa pembedahan yg agak lama
  • 32. 4.3.3.Ubat ’Corticosteroids’ : • Kajian ‘meta-analysis’ menunjukkan bahawa ubat ‘corticosteroids’ dapat mengurangkan kejadian bengkak & kesukaran membuka mulut (trismus), tapi tidak mampu mengurangkan rasa sakit selepas pembedahan • Di dalam kajian ‘meta-analysis’ yg lain, suntikan ‘dexamethasone’ secara submukosa (submucosal injection of dexamethasone) menunjukkan bahawa : Pengurangan pada kejadian bengkak selepas pembedahan (early & late period post- surgery) Pengurangan pada kejadian ‘trismus’ (kesukaran membuka mulut) selepas pembedahan (early & late period post-surgery) • Dari segi kesan kesakitan selepas pembedahan, data tidak dapat dikumpulkan kerana terdapat kepelbagaian pada keputusan kajian • Kesimpulannya, ubat ‘corticosteroids’ boleh digunakan dalam pembedahan gigi molar ke-3 terimpak bagi mengurangkan kejadian bengkak & ‘trismus’ selepas pembedahan, sekiranya tidak terdapat sebarang halangan atau kontra-indikasi
  • 33. 4.3.4.Ubat kumur : • Berdasarkan laporan ‘Cochrane systematic review’, berkumur-kumur dengan menggunakan ubat kumur ‘chlorhexidine’ (0.12% dan 0.2%) secara peri- operatif, adalah berkesan di dalam mencegah kejadian ‘dry socket’ selepas cabutan gigi molar ke-3 terimpak • Tiada kesan sampingan serius yg dilaporkan berikutan penggunaan ubat kumur ‘chlorhexidine’ ; melainkan jika terdapat reaksi alahan terhadap agen ‘chlorhexidine’
  • 34. 4.4.Rawatan terhadap komplikasi • Kadar komplikasi bagi pembedahan gigi molar ke-3 terimpak adalah sekitar 9.1% hingga 12.6%. Komplikasi yg paling kerap berlaku adalah : ’Dry socket’ atau ’alveolar osteitis’ (0.3% - 35%) Jangkitan pada luka pembedahan atau jangkitan selepas pembedahan (1% - 16%) Pendarahan selepas pembedahan (1.5%) Kecederaan pada saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) dan saraf lingual : Gangguan sementara pada fungsi saraf ‘inferior alveolar’ (0.4 - 0.6%) Gangguan sementara pada fungsi saraf lingual (0.06 - 11.5%) Gangguan kekal pada fungsi saraf (0.2 - 1%)
  • 35. 4.4.1.’Dry socket’ atau ’alveolar osteitis’ : • Laporan ‘Cochrane systematic review’ tidak mampu memberikan bukti kajian yg mencukupi bagi mencadangkan sebarang rawatan terhadap komplikasi ‘dry socket’ 4.4.2.Jangkitan pada luka pembedahan atau jangkitan selepas pembedahan : • Berdasarkan penilaian klinikal, telah dicadangkan agar ubat antibiotik perlu diberi bagi merawat kes-kes jangkitan selepas pembedahan 4.4.3.Pendarahan selepas pembedahan : • Pendarahan selepas pembedahan yg berlaku selepas pembedahan gigi molar ke-3 yg terimpak atau tidak tumbuh boleh berpunca dari penyebab setempat atau sistemik (local or systemic causes). Oleh kerana bukti kajian yg agak terhad, adalah dicadangkan supaya pendarahan yg berlaku selepas prosedur pembedahan dirawat sewajarnya
  • 36. 4.4.4.Kecederaan pada saraf ‘inferior alveolar’ (IAN) : • Berkenaan proses penyembuhan yg berlaku pada saraf yg tercedera selepas prosedur cabutan gigi molar ke-3 terimpak sama ada secara biasa atau pembedahan ; hasil mendapati bahawa keputusan kajian adalah berbeza-beza. Oleh itu, tiada kesimpulan yg boleh dirumuskan buat masa sekarang berkenaan isu ini 4.4.5.’Platelet-Rich Fibrin’ (PRF) : • ’Platelet-Rich Fibrin’ (PRF) yg digunakan dalam pembedahan gigi molar ke-3 terimpak, bertindak sebagai agen penyimpanan & pelepasan ‘growth factors’ seperti VEGF, TGF & PDGF *VEGF = ‘vascular endothelial growth factor’ *TGF = ‘transforming growth factor’ *PDGF = ‘platelet derived growth factor’
  • 37. • Kajian ‘meta-analysis’ yg melaporkan berkenaan penggunaan bahan PRF selepas prosedur pembedahan gigi molar ke-3 terimpak ; telah menunjukkan bahawa : Terdapat pengurangan pada rasa sakit selepas pembedahan pada hari ke-3 Pengurangan pada bengkak pada hari pertama Mengurangkan risiko ‘alveolar osteitis’ Tiada kesan penambahbaikan ketara yg dapat dilihat pada kejadian ‘trismus’, aktiviti sel ‘osteoblast’ serta proses penyembuhan tisu lembut • Walau bagaimanapun, bukti kajian berkenaan penggunaan bahan PRF dalam mengurangkan kejadian sakit, bengkak & ‘alveolar osteitis’ adalah terhad. Oleh itu, tiada faedah yg kuat dari aspek klinikal untuk menyokong penggunaan bahan PRF selepas prosedur pembedahan gigi molar ke-3 terimpak
  • 38. 4.5.Temujanji susulan • Tiada bukti kajian yg mencukupi untuk mencadangkan sela masa yg sesuai bagi temujanji susulan • Cuma, kes-kes gigi molar ke-3 terimpak serta gigi molar ke-3 yg telah selesai menjalani prosedur ‘coronectomy’ perlulah sentiasa dipantau secara berkala. Pesakit juga perlu dimaklumkan berkenaan kemungkinan risiko yg boleh terjadi serta terlibat di dalam membuat keputusan berkenaan rawatan bagi kes gigi molar ke-3 terimpak
  • 39.
  • 40. TERIMA KASIH Disediakan oleh : Dr Norazreen Abdul Jalil Pegawai Pergigian Klinik Pergigian Peringgit