SlideShare a Scribd company logo
1 of 122
Ceramah Sempena
Minggu Kesedaran
KANSER MULUT
November 2022
ISI KANDUNGAN
• Pengenalan & epidemiologi
• Faktor-faktor risiko
• Karsinogenesis
• Ciri-ciri klinikal
• Ciri-ciri histologi
• Rawatan & pengurusan pesakit
• Pencegahan
• Kuiz
PENGENALAN & EPIDEMIOLOGI
• Kanser mulut merupakan satu ketumbuhan tidak normal yg berlaku di
bahagian rongga mulut (eg : bibir, pipi, lidah, lantai mulut, gusi, lelangit) serta
rahang
• Berdasarkan WHO (World Health Organization), adalah dianggarkan bahawa
kadar prevalens kanser mulut akan meningkat dari 10 juta kes baru (yg
dikesan pada tahun 2000) kepada 15 juta kes (pada tahun 2020) secara global
• Seramai 263,900 orang di seluruh dunia mendapat kanser mulut pada tahun
2008. Separuh (128,000) dari pesakit ini mati akibat kanser mulut
• Di Malaysia, kanser mulut merupakan kanser yang ke-21 kerap terjadi, di
mana ke-16 pada wanita dan ke-17 pada lelaki
• Pada tahun 2007, jumlah kes yang dilaporkan adalah seramai 353 orang. Ini
bermakna 2 dari setiap 100,000 penduduk Malaysia mendapat kanser mulut
• Kanser mulut lebih kerap terjadi di kalangan kaum India dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak
• Faktor risiko yang dikenal pasti ialah :
mengunyah sireh pinang (59.8%)
merokok (36.10%)
pengambilan alkohol ( 35.2%)
• Penggunaan tembakau, tabiat mengunyah sireh pinang & pengambilan alkohol
merupakan tabiat yg berisiko tinggi terhadap kanser mulut
• Kajian yg dibuat di kalangan pesakit kanser di Hospital Universiti Sains Malaysia
(tahun 2009) melaporkan bahawa separuh daripada pesakit kanser tersebut
adalah perokok semasa ; manakala sebanyak 22.9% di kalangan mereka
memiliki tabiat mengunyah sireh pinang
• Kajian oleh National Health Morbidity Survey (NHMS) tahun 2015 melaporkan
bahawa sebanyak 22.8% populasi Malaysia berumur 15 tahun & ke atas adalah
merupakan perokok
• Akibat dari kanser mulut, hampir dua pertiga daripada pesakit mengalami
kesukaran mengunyah & hanya boleh mengunyah makanan lembut
• Penemuan daripada saringan yg telah dijalankan di klinik-klinik pergigian pada
tahun 2017 menunjukkan bahawa 50% kes kanser mulut yg dikesan adalah
pada tahap 4 (stage 4) ; meskipun tahap kesedaran terhadap kanser mulut di
kalangan penduduk Malaysia adalah tinggi (69.4%)
• Pengesanan kanser yg lewat perlu diberi perhatian yg serius kerana ia boleh
memberi kesan terhadap tahap mortaliti & morbiditi pesakit
• Penekanan terhadap terapi kaunseling & pengubahsuaian tabiat di kalangan
individu berisiko tinggi boleh menyumbang kepada kadar pengurangan
morbiditi & mortaliti yg disebabkan oleh kanser mulut
Jenis-jenis kanser mulut
• Jenis-jenis kanser yg terdapat dalam mulut :
Squamous cell carcinoma
Malignant melanoma
Sarcoma (osteosarcoma, etc)
Kanser kelenjar air liur (Adenoid cystic carcinoma, Mucoepidermoid carcinoma)
Metastatic cancer
*bergantung dari mana sel kanser berasal (epitelium, tisu penghubung, kelenjar air liur, sel ‘melanocyte’,
etc)
• 90% dari kanser yg sering melibatkan kawasan rongga mulut adalah merupakan jenis
‘squamous cell carcinoma’
• ‘Squamous cell carcinoma’ adalah kanser yg berasal dari lapisan epitelium mulut
FAKTOR-FAKTOR RISIKO
• Di antara faktor-faktor risiko yg menyumbang kepada kejadian kanser
mulut :
• Merokok
• Mengunyah sireh pinang
• Pengambilan alkohol
• Pemakanan yg tidak sihat
• Pendedahan yg berlebihan terhadap sinaran matahari
• Jangkitan virus (Human Papilloma Virus)
Merokok (tobacco smoking)
• Rokok mengandungi lebih dari 70 bahan karsinogen yg boleh menyebabkan kanser :
Nitrosamin
Arsenik
Benzo[a]pyrene
Benzene
• Merokok juga menghasilkan radikal bebas (free radicals) & bahan ‘oxidants’ yg boleh :
menggalakkan kemusnahan pada struktur penting sel spt protein, DNA serta sel
membran
menghalang kesan perlindungan (protective effect) yg datang dari bahan
‘antioxidants’ yg dihasilkan oleh badan (endogenous antioxidants) spt glutathione-S-
transferase, glutathione reductase & superoxide dismutase
Yg mana akhirnya, ini boleh mengakibatkan pembentukan sel-sel yg tidak normal iaitu
sel kanser
• Tembakau di dalam rokok juga mengandungi bahan-bahan karsinogen yg boleh
menyebabkan kanser mulut jika digunakan dalam kuantiti yg banyak & dalam
jangka masa panjang
• Seseorang boleh berisiko mendapat kanser mulut dengan penggunaan rokok,
cerut, paip atau bidi ; ataupun mengunyah & menghidu tembakau
• Amalan mengunyah sireh bersama pinang & tembakau juga boleh
meningkatkan risiko mendapat kanser mulut
• Berhenti dari menggunakan tembakau boleh menurunkan risiko seseorang
mendapat kanser atau sebarang lesi mulut dalam jangka masa 10-20 tahun
• Terdapat banyak bukti klinikal yg secara tidak langsung mengaitkan tabiat
merokok (tobacco smoking) dengan pembentukan kanser mulut
• Bagi pesakit yg berhenti merokok, risiko utk mendapat kanser mulut adalah
berkurang dari masa ke semasa
• Risiko perokok utk mendapat kanser mulut adalah sebanyak 3 kali ganda
berbanding individu yg tidak merokok
• Risiko tersebut semakin meningkat jika individu semakin lama merokok
• Di negara India, amalan merokok secara ‘reverse smoking’ sangat popular
terutamanya di kalangan kaum wanita
• Dalam kes merokok secara ‘reverse smoking’, kebanyakan kanser ditemui di
kawasan lelangit keras
Rokok gulung
Cigar Bidi
Rokok biasa
‘Smokeless tobacco’
• Produk tembakau yg digunakan pada tujuan selain dari merokok
*eg : tabiat mengunyah tembakau
• Kira-kira 50% dari kes kanser mulut yg melibatkan ‘smokeless tobacco’
berlaku di kawasan perletakan bahan tembakau tersebut
Mengunyah sireh pinang
• Tabiat mengunyah sireh pinang didapati semakin meluas di rantau Asia
Pasifik seperti negara India, Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka, Taiwan,
Kemboja & Malaysia
• Didapati risiko mendapat kanser mulut akibat mengambil sireh pinang
adalah lebih tinggi berbanding penggunaan tembakau
• Tabiat ini juga boleh menyebabkan satu keadaan yg dipanggil sebagai
‘oral submucous fibrosis’ iaitu sejenis lesi ‘pre-malignant’ yg boleh
bertukar menjadi kanser pada bila-bila masa. Dengan adanya lesi ini di
dalam mulut, risiko seseorang utk mendapat kanser mulut menjadi
lebih tinggi
• ‘Oral submucous fibrosis’ merupakan satu
keadaan ‘pre-malignant’
• Bertukar menjadi kanser dari 1.5-15% dari semua
kes yg ditemui
• ‘Fibrous band’ atau selirat yg berwarna putih-
kekuningan di kawasan mukosa bukal
• Tabiat mengunyah sireh pinang boleh
menyebabkan keradangan kronik pada mukosa
mulut -> penimbunan fiber kolagen yg berlebihan
di lapisan tisu penghubung (lamina propria) ;
lapisan epitelium mulut menjadi nipis (epitehelial
atrophy) -> mukosa mulut menjadi kaku (stiffness
of oral mucosa) & perubahan degeneratif
(degenerative changes) pada otot
• Bukaan mulut menjadi terhad (restricted mouth
opening)
Pengambilan alkohol
• Risiko mendapat kanser mulut meningkat dengan pengambilan
alkohol secara berlebihan & dalam jangka masa yg lama
• Seseorang dikatakan mengambil minuman keras secara berlebihan
jika melebihi 14- 21 gelas dalam satu minggu
• Seseorang yg mengambil minuman keras secara berlebihan & pada
masa yg sama ada menggunakan tembakau, adalah 30 kali ganda
lebih berisiko utk mendapat kanser mulut berbanding orang yg tidak
mengambil sebarang minuman keras & tembakau
Pemakanan yg tidak sihat
• Pemakanan yg tidak sihat juga adalah salah
satu faktor penyumbang kpd kanser mulut
• Kajian telah menunjukkan bahawa
pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran
yg tinggi boleh mengurangkan risiko
mendapat kanser mulut
• Pemakanan yg sihat & seimbang dgn
mengamalkan konsep ‘suku-suku-separuh’
iaitu suku karbohidrat, suku protein &
separuh sayuran adalah langkah yg baik utk
mencegah kanser mulut
Pendedahan yg berlebihan terhadap sinaran matahari
• Pendedahan berlebihan terhadap sinaran matahari sering dikaitkan dengan
kanser pada bahagian bibir
• Sinaran matahari mengandungi radiasi UV (ultraviolet radiation) yg boleh
menembusi kulit pada bibir ; merosakkan struktur DNA sel & menyebabkan
mutasi pada bahan genetik ; sehingga menyebabkan pembentukan sel-sel
kanser
Jangkitan virus (Human Papilloma Virus)
• Jangkitan virus dalam mulut iaitu HPV-16 & HPV-18 merupakan faktor risiko
utk mendapat kanser mulut
• Jangkitan ini selalunya diperolehi melalui hubungan seks & mudah
menjangkiti orang yg mempunyai pasangan seks yg ramai
• Seseorang yg dijangkiti virus ini terutamanya pada bahagian lelangit & lidah
ditambah dengan faktor risiko lain juga boleh meningkatkan lagi
kecenderungan utk mendapat kanser mulut
KARSINOGENESIS
• Karsinogenesis (carcinogenesis) adalah satu proses yg mana sel-sel normal
bertukar menjadi sel-sel kanser
• Ada 4 peringkat dalam karsinogenesis :
*Permulaan (initiation)
*Promosi (promotion)
*Pertukaran menjadi sel-sel kanser (malignant conversion)
*Perkembangan (progression)
Permulaan (initiation)
• Berlakunya kerosakan atau perubahan pada struktur genetik sel
• Berpunca dari bahan karsinogen yg masuk ke dalam tubuh badan &
mengubah struktur molekul DNA yg menyebabkan mutasi berlaku
ketika sintesis DNA
• Perubahan struktur genetik ini juga boleh me’nyahaktif’kan ‘tumor
suppressor genes’ yg berada di dalam tubuh badan
Promosi (promotion)
• Sel-sel yg telah mengalami kerosakan struktur genetik atau DNA tadi,
akan semakin berkembang-biak membentuk suatu populasi besar sel-
sel yg yg telah ter’mutasi’ (pre-neoplastic cells) yg berisiko utk
bertukar menjadi sel-sel kanser di masa akan datang
• Sel-sel yg ter’mutasi’ (pre-neoplastic cells) ini juga berisiko utk
mengalami perubahan struktur genetik secara berterusan
Pertukaran menjadi sel-sel kanser (malignant conversion)
• Sel-sel ter’mutasi’ (pre-neoplastic cells) akan bertukar menjadi sel-sel
kanser
• Pertukaran sel-sel ter’mutasi’ (pre-neoplastic cells) menjadi sel-sel
kanser akan menjadi lebih cepat sekiranya terdapat peningkatan pada
kadar pembahagian sel ; serta peningkatan pada jumlah (kuantiti) sel-
sel yg membahagi di dalam sesuatu ketumbuhan atau lesi
Perkembangan (progression)
• Sel-sel kanser akan menjadi semakin berkembang biak ; yg mana bilangan sel-
sel kanser ini akan semakin bertambah banyak & saiz kanser akan semakin
membesar
• Sel-sel kanser ini juga akan mengalami perubahan struktur genetik secara
berterusan akibat ketidakstabilan genom (genomic instability) ; yg boleh
mengakibatkan sel-sel kanser ini menjadi semakin ganas & agresif dari masa ke
semasa
• Sel-sel kanser yg agresif ini juga akan menghasilkan sejenis bahan yg dipanggil
sebagai ‘proteases’ yg boleh menyebabkan mereka berupaya menceroboh atau
ber’metastasis’ (merebak) di luar dari lokasi utama kanser tersebut terbentuk
CIRI-CIRI KLINIKAL
• ‘Exophytic mass’
*ketumbuhan yg terbonjol keluar @ tumbuh ke arah luar dari sesuatu
permukaan (grow above the surface of epithelium or mucosa)
*‘fungating’, ‘papillary’, ‘verruciform’
*rasa keras apabila ditekan dgn jari
*permukaan adakalanya ber ‘ulser’ (ulcerated surface)
*adakalanya mengeluarkan darah
• ‘Endophytic mass’
*ketumbuhan yg tumbuh ke dalam sesuatu tisu (grow inward under the
surface of epithelium or mucosa)
*permukaan ber’ulser’ (irregular shaped ulcer with surrounded rolled border
mucosa)
*’rolled border’ (pinggir pada ketumbuhan kanser kelihatan bergulung) ;
adalah kerana sel kanser telah merebak / menceroboh masuk ke dalam
kawasan tisu epitelium yg berdekatan
*sekiranya sel kanser telah merebak ke kawasan saraf (perineural spread),
pesakit boleh mengalami rasa kebas (paresthesia) & sakit
*sel kanser juga boleh menyebabkan kemusnahan tulang di kawasan yg
terlibat
• ‘Endophytic lesion’ (melekuk ke
dalam)
• Ber’ulser’
• Pinggir kelihatan spt bergulung
(rolled border)
• Kemusnahan pada tulang di
bahagian lelangit
• ‘Leukoplakia’
*tompok-tompok putih (white patch)
*dalam kes-kes awal, biasanya tidak dapat dilihat sebarang ketumbuhan atau ulser
*berpotensi utk bertukar menjadi kanser (pre-malignant)
• ‘Erythroplakia’
*tompok-tompok merah (red patch)
*dalam kes-kes awal, biasanya tidak dapat dilihat sebarang ketumbuhan atau ulser
*berpotensi utk bertukar menjadi kanser (pre-malignant)
• ‘Erythro-leukoplakia’
*tompok merah & putih (combination red & white patch)
*dalam kes-kes awal, biasanya tidak dapat dilihat sebarang ketumbuhan atau ulser
*berpotensi utk bertukar menjadi kanser (pre-malignant)
Carcinoma in-situ
• Tanda-tanda lain :
*bengkak atau benjolan yg tidak sakit di bahagian rahang, leher
*ulser yg tidak sembuh walaupun setelah diberi rawatan
*rasa kebas di bahagian lidah, bibir, pipi (perineural invasion)
‘Perineural invasion’ (PNI)
• Sel-sel kanser telah menceroboh di kawasan sekeliling sarah sehingga ke dalam
struktur saraf (epineurium, perineurium, endoneurium)
• Dalam kanser mulut, saraf yg biasanya terlibat adalah saraf trigeminal (CN V) &
saraf fasial (CN VII)
• Pesakit akan mengalami rasa sakit, kebas di bahagian lidah, bibir, pipi, serta
boleh mengalami kelemahan atau ke’tidak-normalan’ pada fungsi otot di
bahagian muka yg disarafi oleh saraf terlibat (muscles weakness atau
dysfunction)
• PNI juga sering dikaitkan dgn tabiat sel-sel kanser yg lebih agresif ; yg mana ia
boleh meningkatkan kadar keter’ulangan’ sesuatu kanser (increase recurrence
rate) serta meningkatkan mortaliti & morbiditi pesakit
CIRI-CIRI HISTOLOGI
Struktur asas mukosa mulut
• Mukosa mulut terdiri daripada struktur :
Epitelium
*’stratified squamous epithelium’
*’non-keratinized’, ‘ortho-keratinized’, ‘para-keratinized’
Lamina propria
+/-Submukosa, otot, tulang
layered, thin, flat cells, look like fish scales
• Terdapat 3 jenis mukosa mulut :
Berkeratin (keratinized / masticatory mucosa)
*orthokeratinized SSE & parakeratinized SSE
*lelangit keras, gusi (attached gingiva)
Tidak berkeratin (non-keratinized / lining mucosa)
*mukosa labial, bukal & alveolar, lantai mulut, permukaan ‘ventral’ pada lidah,
lelangit lembut
‘Specialized mucosa’
*permukaan ‘dorsal’ & ‘lateral’ pada lidah
Mukosa tidak berkeratin (non-keratinized / lining mucosa)
Mukosa berkeratin (keratinized / masticatory mucosa)
Mukosa berkeratin (keratinized / masticatory mucosa)
‘Lamina propria’
Fiber kolagen, elastik
Sel fibroblas
Saraf
Kapilari darah
Sel normal vs sel kanser
• Ciri-ciri sel normal :
Boleh dihasilkan semula apabila diperlukan pada kawasan atau organ tertentu dalam badan
Terikat antara satu sama lain melalui struktur ‘desmosome’ & ‘hemi-desmosome’
Memusnahkan dirinya sendiri melalui proses ‘apoptosis’ apabila ia rosak atau uzur
*apoptosis = programmed cell death
Membeza (differentiate) menjadi sel yg matang dengan fungsi yg khusus
Desmosome -> lekatan antara
sel sesama sel (mediate cell to
cell contact or adhesion)
Hemi-desmosome -> lekatan
antara sel di lapisan ‘stratum
basale’ kpd struktur ‘basement
membrane’
• Ciri-ciri sel kanser :
Membahagi atau membiak secara berterusan (membentuk suatu gumpalan
sel-sel yg tidak normal atau ketumbuhan ; yg mana semakin lama semakin
membesar)
Sel-sel normal biasanya akan menghantar ‘chemical signals’ antara satu
sama lain bagi tujuan utk mengawal kadar pembahagian sel
’Chemical signals’ berfungsi untuk mengarahkan sel-sel berdekatan agar
terus membahagi atau mematikan diri mereka ; sebagai salah satu kaedah
utk mengawal kadar pembahagian sel agar tidak melebihi had
Jika tidak, sel-sel lain boleh musnah & rosak sekiranya ada di antara sel-sel
tersebut yg membahagi melebihi had yg sepatutnya
Tapi, bagi sel kanser tabiatnya agak berbeza kerana ‘signal’ ini seolah-olah
bermasalah, tidak dapat berfungsi atau diproses dengan baik (reseptor pada
sel kanser tak boleh terima ‘signal’, kerosakan pada bahan genetik / DNA)
sehingga mengakibatkan sel-sel kanser mengabaikan ‘signal’ tersebut &
terus membahagi atau membiak tanpa batas
Sel-sel kanser tidak terikat antara satu sama lain & ini menyebabkan sel-
sel kanser berkecenderungan utk terpisah dari sel-sel bersebelahan-nya.
Implikasinya, sel-sel kanser ini boleh ber‘metastasis’ atau merebak ke
bahagian lain dalam tubuh badan
Sel-sel kanser tidak sempat membeza menjadi sel dengan sesuatu fungsi yg
khusus
*Biasanya sel-sel normal akan membahagi, kemudiannya membeza menjadi
sel yg matang ; yg memiliki fungsi khusus. Sel-sel yg matang ini kemudiannya
akan menjalankan fungsi masing-masing di dalam tubuh badan
*Sel-sel kanser biasanya membahagi dengan kadar yg terlalu cepat ;
sehinggakan mereka tidak mempunyai peluang utk membeza menjadi sel yg
matang dengan fungsi yg khusus
*Oleh itu, sel-sel kanser ini tidak matang sepenuhnya & ini menyebabkan
mereka gagal berfungsi sebagai sel-sel normal dalam tubuh badan
Sel-sel kanser tidak mampu memperbaiki kerosakan yg terdapat pada bahan
genetik mereka
*Sel-sel normal biasanya berupaya memperbaiki kerosakan yg terdapat pada struktur
genetik mereka. Jika kerosakan genetik yg berlaku terlalu teruk & tidak boleh
diperbaiki, maka sel-sel normal ini akan memusnahkan diri mereka sendiri melalui
proses ‘apoptosis’
*Dalam sel kanser, oleh kerana mereka tidak mampu memperbaiki kerosakan pada
bahan genetik, ini menyebabkan sel kanser terus membiak secara tidak terkawal &
juga kerana kegagalan struktur genetik dalam sel kanser utk memproses ‘signal’ dari
sel berdekatan yg akan mengarahkan sama ada sel perlu terus membahagi atau
mematikan dirinya
*Tambahan pula, jika terdapat kerosakan pada sejenis protein yg dikenali sebagai p53,
maka ini menyebabkan sel-sel kanser membiak secara tidak terkawal
*Protein p53 bertindak sebagai ‘tumor suppressor’, yg mana ia mengawal proses
pembahagian sel ; dgn cara mencegah sel-sel dari membiak secara cepat & tidak
terkawal
Sel kanser mempunyai morfologi yg berbeza dari sel-sel normal
*Sel-sel kanser memiliki saiz yg berbeza-beza antara satu sama lain.
Sesetengahnya kelihatan agak besar, manakala sesetengah yg lain kelihatan
agak kecil
*Sel-sel kanser juga memiliki bentuk yg tidak normal (abnormal shape) serta
nukleus yg tidak normal
Ciri-ciri histologi sel kanser
• Peningkatan nisbah saiz nukleus / ‘cytoplasm’
*saiz nukleus yg besar, saiz ‘cytoplasm’ yg kecil
• ‘Mitotic figure’ kelihatan tidak normal
*mitosis adalah proses yg mana sel induk
membahagi & menghasilkan 2 sel anak yg
serupa
*sel kanser mengalami kerosakan DNA
-> mitosis (pembahagian sel) menjadi tidak
normal
*sel-sel baru yg terbentuk akan mempunyai
struktur genetik yg tidak normal &
menyebabkan sel gagal berfungsi dgn baik
• ‘Acanthosis’
*bertambahnya ketebalan pada lapisan epitelium serta pemanjangan struktur ‘rete ridges’
Mukosa mulut
normal
• ‘Pleomorphism’
*kepelbagaian bentuk & saiz sel serta nukleus
Hiper-keratosis yg berlaku di bahagian
mukosa bukal
Mukosa kelihatan putih, berlipat,
permukaan kasar & tidak sekata
Bukal mukosa merupakan kawasan yg
tidak berkeratin
Keadaan ini berlaku kerana lapisan tisu
tersebut telah mengalami iritasi kronik
(chronic irritation) oleh agen fizikal
berpunca dari tabiat melagakan gigi
(bruxism) ; lalu epitelium bertindak
balas & membentuk lapisan keratin
Perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut
di klinik pergigian
Pembentukan lapisan keratin di
kawasan mukosa bukal yg
berpunca dari iritasi disebabkan
oleh penggunaan ‘smokeless
tobacco’
Hiper-keratosis di kawasan lelangit
keras yg disebabkan oleh iritasi
berpunca dari tabiat merokok
RAWATAN & PENGURUSAN PESAKIT
Rawatan
• Pembedahan
• Radioterapi
• Kemoterapi
Pembedahan
• Biasanya merupakan pilihan rawatan yg utama
• Tujuannnya adalah utk membuang ketumbuhan kanser ; tapi pada masa yg
sama mengekalkan rupa paras pesakit agar tidak terjejas serta dapat
memelihara fungsi-fungsi lain seperti percakapan & pengunyahan makanan
agar dapat berfungsi dengan baik
• Sekiranya terdapat kehilangan tisu yg banyak pada kawasan pembedahan
(major defect), maka perlu kepada prosedur ‘reconstruction’ utk
memulihkan atau menggantikan semula bahagian tisu yg telah hilang
• Sekiranya sel-sel kanser merebak ke kawasan nodus limfa di bahagian leher,
maka prosedur ‘neck dissection’ perlu dilakukan
Kemoterapi
• Merupakan satu kaedah penggunaan ubat-ubatan bagi membunuh sel-sel
kanser
• Ia mensasarkan kepada sel-sel yg memiliki kemampuan utk membahagi dgn
cepat di dalam tubuh badan
• Ia boleh membantu mengecilkan saiz kanser, mencegah kanser daripada terus
membiak & merebak
Radioterapi
• Radioterapi digunakan utk membunuh sel-sel kanser & mengecilkan saiz
tumor
• Ia boleh dilakukan sebelum prosedur pembedahan bagi mengecilkan saiz
tumor agar dapat mengurangkan amaun tisu-tisu normal yg perlu dibuang
ketika pembedahan
• Adakalanya, ia dilakukan selepas prosedur pembedahan bagi memusnahkan
sel-sel kanser yg mungkin masih tertinggal selepas prosedur pembedahan
• Selain itu, ia juga boleh digabungkan dengan rawatan lain seperti kemoterapi
Pengurusan pergigian pesakit sebelum radioterapi
• Bertujuan utk menyingkirkan segala punca-punca jangkitan pada gigi &
kawasan mulut ; agar pesakit mampu mengekalkan tahap kesihatan mulut yg
baik serta mengurangkan tahap keterukan akibat komplikasi dari prosedur
radioterapi
• Penilaian & rawatan pergigian perlu dijalankan seawal mungkin sebelum
prosedur radioterapi dibuat ; bagi memberi masa utk proses penyembuhan
tisu mulut berlaku terutamanya jika melibatkan prosedur yg invasif (eg :
cabutan gigi, penskaleran, pembedahan kecil mulut)
• Pemeriksaan mulut akan dijalankan secara menyeluruh bagi mengenalpasti
gigi-gigi yg berpotensi utk menimbulkan jangkitan (eg : gigi berkaries, patah,
goyang, tampalan yg pecah) -> tampal, cabut
• Pemeriksaan keadaan gusi (eg : plak & karang gigi) -> penskaleran
• Nasihat berkaitan penjagaan kesihatan mulut
*kawalan plak - ‘mechanical & chemical plaque control’ (pemberusan gigi, floss,
penggunaan ubat kumur anti-bakteria)
*mencegah karies gigi - penggunaan ubat gigi berflorida, kurangkan kekerapan
mengambil makanan yg manis & melekit)
*kebersihan gigi palsu - mengelakkan jangkitan kulat yg berpunca dari
pemakaian gigi palsu (denture induced-stomatitis), mencegah pengumpulan
plak pada permukaan gigi palsu
Kesan sampingan radioterapi
• Mukositis pada kawasan mulut (radiation induced-oral mucositis)
• Jangkitan mulut
• Gangguan pada deria rasa
• Mulut kering (Xerostomia)
• Karies gigi (radiation induced-caries)
• Kesukaran membuka mulut (trismus)
• ‘Osteoradionecrosis’ (ORN)
• Mukositis
*mukosa kelihatan merah, keradangan, sakit, ulser
*pesakit rasa susah utk makan ; boleh menyebabkan berat badan menyusut
serta kekurangan zat (malnutrition)
*sembuh dalam beberapa minggu (~4 minggu)
• Jangkitan mulut
*radioterapi menyebabkan kemusnahan pada lapisan tisu epitelium
mulut & ini menyebabkan mikroorganisma boleh menceroboh kawasan
mukosa mulut serta menyebabkan jangkitan berlaku
*ia juga boleh berpunca dari kebersihan mulut yg kurang baik ; kerana
radioterapi menyebabkan mukosa mengalami keradangan & sakit ; jadi
pesakit sukar utk menjaga kebersihan mulut dgn baik & ini boleh
mengakibatkan jangkitan sekunder pada mukosa mulut (fungal,
bacteria, virus)
• Gangguan pada deria rasa
*biasanya berlaku 1-2 minggu selepas prosedur radioterapi ; akan tetapi
lama-kelamaan deria rasa akan menjadi normal seperti biasa setelah rawatan
selesai sepenuhnya (6-8 minggu selepas radioterapi tamat)
*ia berpunca dari kerosakan struktur ‘taste buds’ atau ‘taste receptors’ yg
terdapat di kawasan papilla pada lidah (fungiform, foliate, circumvallate
papillae)
**filiform papilla - tidak mengandungi ‘taste buds’
*ia juga berkaitan dengan kurangnya aliran air liur ; yg berpunca dari
kerosakan pada kelenjar air liur ; akibat prosedur radioterapi
• Mulut kering (Xerostomia)
*air liur dihasilkan oleh kelenjar air liur & ia berfungsi sebagai ‘pelincir’ dalam
membantu proses mengunyah & menelan makanan, membantu fungsi deria rasa
serta mencegah karies gigi
*radioterapi boleh merosakkan tisu kelenjar air liur serta mengurangkan alirannya
*kelenjar parotid merupakan kelenjar air liur yg paling utama akan terjejas akibat
prosedur radioterapi
*akibatnya, pesakit akan mengalami kesukaran utk menelan makanan, makanan
mudah melekat pada gigi serta rasa ‘burning sensation’ apabila memakan makanan yg
pedas. Ini boleh menyebabkan perubahan pada tabiat pemakanan pesakit yg boleh
mengakibatkan pesakit mengalami kurang selera makan & penurunan berat badan
*utk mengatasi masalah ini, pesakit perlulah sentiasa minum air bagi mengelakkan
kekeringan (dehydration) serta mengelakkan pengambilan makanan yg melekit
• Kelenjar air liur mengandungi sel yg dipanggil
sbg ‘serous acinar cells’ & ‘mucous acinar
cells’
• ‘Serous cells’ menghasilkan air liur yg bersifat
cair (watery saliva)
• ‘Mucous cells’ menghasilkan air liur yg
bersifat likat (thick saliva)
• Kelenjar parotid terdiri dari ‘serous cells’
sebagai komposisi utama
• ‘Serous cells’ pada kelenjar parotid lebih
berisiko utk terjejas akibat kesan dari
radioterapi berbanding ‘mucous cells’ yg
berada di kelenjar submandibular &
sublingual
• Ini menyebabkan air liur pesakit menjadi likat
• Karies gigi (radiation induced-caries)
*berpunca dari kurangnya aliran air liur ; yg bertindak sebagai ‘penimbal’
kepada asid yg terhasil dalam plak gigi akibat dari tindak balas antara bakteria
kariogenik & gula
*asid yg terhasil ini menyebabkan pH di dalam plak gigi jatuh (di bawah paras
kritikal = 5.5) & menyebabkan proses ‘demineralisasi’ enamel berlaku ; sehingga
menyebabkan pembentukan kaviti pada permukaan gigi
*kejadian karies boleh dikawal dengan cara kawalan plak gigi yg berkesan serta
penggunaan ubat gigi berflorida
*selain itu, sapuan gel yg mengandungi florida boleh juga dilakukan di klinik gigi
secara berkala bagi mengawal keterukan kejadian karies gigi yg berpunca dari
rawatan radioterapi
• Gel Duraphat mengandungi bahan
aktif utama iaitu Sodium Florida yg
berfungsi utk mencegah &
mengawal karies gigi ; dgn cara
menghalang proses demineralisasi
& menggalakkan proses
remineralisasi pada enamel gigi
• 1 ml Duraphat gel mengandungi 50
mg Sodium Florida (= 22.6 mg
Florida) + bahan-bahan lain spt
ethanol, propylene glycol,
saccharin, etc)
• Kesukaran membuka mulut (trismus)
*radioterapi boleh menyebabkan suatu keadaan yg dipanggil sebagai ‘Radiation
Fibrosis Syndrome (RFS)
*jika RFS melibatkan kawasan otot, otot yg terlibat boleh menjadi ketat, kejang & tidak
boleh berfungsi dengan baik
*jika radioterapi melibatkan kawasan otot ‘lateral pterygoid’, maka pesakit akan
mengalami kesukaran membuka mulut
**bukaan mulut normal = 35-40 mm
*kesukaran membuka mulut akan merumitkan pesakit utk menjaga kesihatan mulut
dgn baik serta mendapatkan rawatan pergigian
*selain itu, pesakit juga akan merasa sukar utk makan & menelan makanan
*oleh itu, pesakit perlulah dilatih dengan latihan bukaan mulut (mouth opening
exercise) agar bukaan mulut menjadi kembali normal
Otot ‘lateral pterygoid’ :
*Lekatan :
tulang ‘sphenoid’
TMJ
‘lateral pterygoid plate’
condyle process of mandible
*Fungsi : membantu dalam
bukaan mulut
• ‘Osteoradionecrosis’ (ORN)
*adalah keadaan yg mana tulang menjadi mati & tidak vital di kawasan yg
terlibat dengan radioterapi
*radioterapi menyebabkan kawasan tulang yg terlibat mendapat kurang bekalan
darah, kurang oksigen & kurang sel-sel tulang yg sihat (hypovascular, hypoxia,
hypocellular)
*ini akan mengurangkan keupayaan sel-sel tulang utk membaik pulih
strukturnya sekiranya berlaku kerosakan & kecederaan
*ia boleh dielakkan dgn cara mencegah kejadian karies gigi & penyakit
periodontitis yg boleh mengakibatkan gigi terpaksa dicabut. Sekiranya gigi perlu
dicabut, ia perlu dilakukan sebelum memulakan prosedur radioterapi
PENCEGAHAN
Saringan kanser mulut
• Kumpulan sasaran : semua pesakit baru yg berumur 18 tahun & ke atas
Minggu kesedaran kanser mulut
• Diadakan bertujuan utk meningkatkan kesedaran pesakit terhadap bahaya
kanser mulut serta mendedahkan maklumat berkaitan tentang punca, tanda &
gejala serta rawatan yg perlu dilakukan
• Diadakan 1 kali pada setiap tahun
• Program yg diadakan :
Ceramah
Pameran
Kuiz
Program KOTAK
• Program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) telah diperkenalkan pada
tahun 2016 bertujuan utk mengurangkan kejadian merokok di kalangan pelajar
sekolah
• KOTAK merupakan program intervensi merokok yg dijalankan ke atas semua
murid-murid sekolah rendah & menengah di seluruh negara
• Pegawai pergigian di seluruh negara akan menjalankan pemeriksaan mulut utk
mengesan sebarang masalah kesihatan mulut & pada masa sama
melaksanakan saringan amalan merokok di kalangan murid sekolah
• Pegawai akan dilatih utk mengenalpasti murid yg merokok serta murid yg
berisiko tinggi utk merokok agar usaha pencegahan, intervensi ringkas serta
lanjutan dapat dilaksanakan termasuk sesi kauseling oleh pegawai pergigian yg
mensasarkan kepada perubahan tingkahlaku ; agar murid yg merokok atau
menghisap vape ini terdorong utk berubah & seterusnya mengambil tindakan
utk berhenti merokok
• Di Malaysia, berdasarkan Tinjauan Kesihatan Remaja tahun 2017, didapati
sebanyak 13.8% remaja adalah perokok ; yg mana merokok pada usia lebih
muda akan meningkatkan kemungkinan utk seseorang itu kekal sebagai
perokok sehingga dewasa
• Pada tahun 2019, menerusi program KOTAK, saringan membabitkan 2.7 juta
(99.4%) murid sekolah rendah dan 1.95 juta (97.4%) murid sekolah
menengah telah dijalankan. Daripada saringan itu, didapati seramai 1,240
orang (0.04%) perokok membabitkan murid sekolah rendah & seramai
67,763 orang (3.4%) adalah murid sekolah menengah
• Daripada 855 murid sekolah rendah yg menjalani intervensi ini, seramai 762
iaitu sebanyak 89% sudah mengambil tindakan utk berhenti merokok
manakala bagi murid sekolah menengah pula, daripada 39,340 yg menjalani
intervensi seramai 17,767 orang (45%) sudah mengambil tindakan utk
berhenti merokok
Pusat Pencegahan Pergigian
• Pusat Pencegahan Pergigian (Unit Kepakaran Kesihatan Awam Pergigian)
ditubuhkan bagi melatih kakitangan pergigian agar berpengalaman dalam
mengendalikan intervensi pencegahan berkaitan penyakit yg melibatkan
rongga mulut
• Ia memfokuskan kepada konsep ‘Family Wellness’ bagi menambah baik status
kesihatan mulut & kualiti hidup masyarakat
• Melalui konsep ini, individu berisiko tinggi terhadap penyakit mulut dikenali
sebagai penanda aras (marker) ; dalam merangka strategi dengan menekankan
kepada kaedah pengubahsuaian tabiat (behavioural modification) di kalangan
ahli keluarga
• Unit keluarga ini pula bertindak sebagai agen pencetus perubahan yg baik
dalam masyarakat ; dalam usaha utk memperbaiki status kesihatan mulut
serta kualiti hidup sesuatu komuniti
• Konsep ini didapati boleh meningkatkan pengamalan penjagaan kesihatan
mulut yg baik di dalam sesebuah unit keluarga & seterusnya amalan baik
tersebut dapat tersebar kepada seluruh komuniti masyarakat ; sekaligus dapat
meningkatkan tabiat pencegahan terhadap penyakit berkaitan mulut di dalam
sesuatu populasi
• Di Pusat Pencegahan Pergigian, bagi program berhenti merokok ; ia
memfokuskan kepada pelajar sekolah yg berada di tahap ‘pre-contemplate’
atau ‘contemplate’ yg telah 3 kali GAGAL berturut-turut dalam percubaan
intervensi berhenti merokok di sekolah (melalui program KOTAK)
• Pusat Pencegahan Pergigian akan bertindak sebagai pusat bagi menggalakkan
& memotivasi pesakit-pesakit yg dirujuk agar menjadi individu yg berminat utk
berhenti merokok
• Pada masa yg sama, Pusat Pencegahan Pergigian juga akan bekerjasama
dengan Klinik Berhenti Merokok yg sedia ada (di bawah Klinik Kesihatan)
dalam menangani masalah penggunaan tembakau & ‘tobacco dependence’ di
kalangan pesakit secara berkesan
Pengesanan awal
• Pengesanan awal boleh dilakukan melalui :
Pemeriksaan mulut sendiri
Pemeriksaan pergigian secara berkala
6 Langkah mudah bagi melakukan pemeriksaan mulut sendiri
Pemeriksaan mulut sendiri
• Pemeriksaan mulut sendiri perlu dibuat secara berkala bagi mengawasi tanda-tanda
kelainan yg mungkin terdapat di kawasan mulut :
Tompok putih
Ulser yg tidak sembuh
Ketumbuhan
Pemeriksaan pergigian secara berkala
• Perlu dilakukan setiap 6 bulan sekiranya tidak terdapat sebarang keganjilan di
dalam mulut
• Sekiranya terdapat keganjilan di dalam mulut, tanda & gejala, perlu berjumpa
dengan pegawai pergigian dengan segera
Kes-kes yg perlu mendapatkan pemeriksaan di klinik
pergigian
KUIZ
SOALAN 1
Merokok merupakan faktor risiko utama utk mendapat
kanser mulut
BENAR SALAH
JAWAPAN SOALAN 1
SOALAN 2
90% dari kanser yg sering melibatkan kawasan rongga mulut adalah merupakan
jenis ‘Squamous cell carcinoma’
JAWAPAN SOALAN 2
SOALAN 3
Keadaan ini normal & tidak perlu mendapatkan pemeriksaan di klinik pergigian
BENAR
SALAH
JAWAPAN SOALAN 3
SALAH
Ia merupakan suatu keadaan yg TIDAK NORMAL & pesakit perlu
mendapatkan pemeriksaan lanjutan di klinik pergigian
SOALAN 4
Gambar ini menunjukkan cebisan tulang rahang
yg telah ………………
JAWAPAN SOALAN 4
• Cebisan tulang rahang yg telah mati (Osteoradionecrosis of mandible)
• Punca berlaku adalah kerana pesakit melakukan prosedur cabutan
gigi selepas radioterapi
SOALAN 5
Kanser atau bukan kanser ?
JAWAPAN SOALAN 5
Bukan kanser.
Ia adalah struktur normal yg terdapat pada lidah yg
dipanggil sebagai ‘circumvallate papillae’
Disediakan oleh :
Dr Norazreen Abdul Jalil
Pegawai Pergigian UG 52
Klinik Pergigian Peringgit

More Related Content

What's hot

Kesihatan pergigian kanak kanak dan toddler
Kesihatan pergigian kanak kanak dan toddlerKesihatan pergigian kanak kanak dan toddler
Kesihatan pergigian kanak kanak dan toddlerManishahNaiduSeeniva
 
Panduan Pameran Kesihatan Pergigian Berkumpulan
Panduan Pameran Kesihatan Pergigian BerkumpulanPanduan Pameran Kesihatan Pergigian Berkumpulan
Panduan Pameran Kesihatan Pergigian BerkumpulanChow Peng Yue
 
Presentasi Kista Odontogenik dan Tumor Odontogenik - Willi Fragcana Putra
Presentasi Kista Odontogenik dan Tumor Odontogenik - Willi Fragcana PutraPresentasi Kista Odontogenik dan Tumor Odontogenik - Willi Fragcana Putra
Presentasi Kista Odontogenik dan Tumor Odontogenik - Willi Fragcana PutraWilli Fragcana Putra
 
Masalah & Penyakit Pergigian
Masalah & Penyakit PergigianMasalah & Penyakit Pergigian
Masalah & Penyakit PergigianSyafiq Ali
 
Toddlers programme
Toddlers programmeToddlers programme
Toddlers programmeAzreen Aj
 
Anomali Pergigian
Anomali PergigianAnomali Pergigian
Anomali PergigianSyafiq Ali
 
KESIHATAN PERGIGIAN & MULUT UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWA
KESIHATAN PERGIGIAN & MULUT UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWAKESIHATAN PERGIGIAN & MULUT UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWA
KESIHATAN PERGIGIAN & MULUT UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWAChow Peng Yue
 
Reccurent Aphthous Stomatitis (RAS) / Stomatitis Aftosa Rekuren
Reccurent Aphthous Stomatitis (RAS) / Stomatitis Aftosa RekurenReccurent Aphthous Stomatitis (RAS) / Stomatitis Aftosa Rekuren
Reccurent Aphthous Stomatitis (RAS) / Stomatitis Aftosa RekurenVina Widya Putri
 
Pendidikan kesihatan pergigian (1.3)
Pendidikan kesihatan pergigian (1.3) Pendidikan kesihatan pergigian (1.3)
Pendidikan kesihatan pergigian (1.3) halim_gigi
 
Kesan merokok kepada kesihatan pergigian
Kesan merokok kepada kesihatan pergigianKesan merokok kepada kesihatan pergigian
Kesan merokok kepada kesihatan pergigianAzreen Aj
 
Penjagaan gigi
Penjagaan gigiPenjagaan gigi
Penjagaan gigiy yk
 
Ceramah gigi sek.men 2018
Ceramah gigi sek.men 2018Ceramah gigi sek.men 2018
Ceramah gigi sek.men 2018Azreen Aj
 
Ceramah pergigian tahap 1
Ceramah pergigian tahap 1Ceramah pergigian tahap 1
Ceramah pergigian tahap 1Ika Patrict
 
Dental trauma
Dental traumaDental trauma
Dental traumaAzreen Aj
 
Penjagaan kesihatan
Penjagaan kesihatanPenjagaan kesihatan
Penjagaan kesihatanSyafiq Ali
 
Ibu mengandung dan kesihatan pergigian
Ibu mengandung dan kesihatan pergigianIbu mengandung dan kesihatan pergigian
Ibu mengandung dan kesihatan pergigianAzreen Aj
 
LATIHAN MEMBERUS GIGI (LMG) BERKESAN
LATIHAN MEMBERUS GIGI (LMG) BERKESANLATIHAN MEMBERUS GIGI (LMG) BERKESAN
LATIHAN MEMBERUS GIGI (LMG) BERKESANChow Peng Yue
 

What's hot (20)

Kesihatan pergigian kanak kanak dan toddler
Kesihatan pergigian kanak kanak dan toddlerKesihatan pergigian kanak kanak dan toddler
Kesihatan pergigian kanak kanak dan toddler
 
Fake braces
Fake  bracesFake  braces
Fake braces
 
Panduan Pameran Kesihatan Pergigian Berkumpulan
Panduan Pameran Kesihatan Pergigian BerkumpulanPanduan Pameran Kesihatan Pergigian Berkumpulan
Panduan Pameran Kesihatan Pergigian Berkumpulan
 
Presentasi Kista Odontogenik dan Tumor Odontogenik - Willi Fragcana Putra
Presentasi Kista Odontogenik dan Tumor Odontogenik - Willi Fragcana PutraPresentasi Kista Odontogenik dan Tumor Odontogenik - Willi Fragcana Putra
Presentasi Kista Odontogenik dan Tumor Odontogenik - Willi Fragcana Putra
 
Masalah & Penyakit Pergigian
Masalah & Penyakit PergigianMasalah & Penyakit Pergigian
Masalah & Penyakit Pergigian
 
Toddlers programme
Toddlers programmeToddlers programme
Toddlers programme
 
Anomali Pergigian
Anomali PergigianAnomali Pergigian
Anomali Pergigian
 
KESIHATAN PERGIGIAN & MULUT UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWA
KESIHATAN PERGIGIAN & MULUT UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWAKESIHATAN PERGIGIAN & MULUT UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWA
KESIHATAN PERGIGIAN & MULUT UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWA
 
Reccurent Aphthous Stomatitis (RAS) / Stomatitis Aftosa Rekuren
Reccurent Aphthous Stomatitis (RAS) / Stomatitis Aftosa RekurenReccurent Aphthous Stomatitis (RAS) / Stomatitis Aftosa Rekuren
Reccurent Aphthous Stomatitis (RAS) / Stomatitis Aftosa Rekuren
 
Pendidikan kesihatan pergigian (1.3)
Pendidikan kesihatan pergigian (1.3) Pendidikan kesihatan pergigian (1.3)
Pendidikan kesihatan pergigian (1.3)
 
Kesan merokok kepada kesihatan pergigian
Kesan merokok kepada kesihatan pergigianKesan merokok kepada kesihatan pergigian
Kesan merokok kepada kesihatan pergigian
 
Penjagaan gigi
Penjagaan gigiPenjagaan gigi
Penjagaan gigi
 
Ceramah gigi sek.men 2018
Ceramah gigi sek.men 2018Ceramah gigi sek.men 2018
Ceramah gigi sek.men 2018
 
Ceramah pergigian tahap 1
Ceramah pergigian tahap 1Ceramah pergigian tahap 1
Ceramah pergigian tahap 1
 
Dental trauma
Dental traumaDental trauma
Dental trauma
 
Kuretase
KuretaseKuretase
Kuretase
 
scalling
scallingscalling
scalling
 
Penjagaan kesihatan
Penjagaan kesihatanPenjagaan kesihatan
Penjagaan kesihatan
 
Ibu mengandung dan kesihatan pergigian
Ibu mengandung dan kesihatan pergigianIbu mengandung dan kesihatan pergigian
Ibu mengandung dan kesihatan pergigian
 
LATIHAN MEMBERUS GIGI (LMG) BERKESAN
LATIHAN MEMBERUS GIGI (LMG) BERKESANLATIHAN MEMBERUS GIGI (LMG) BERKESAN
LATIHAN MEMBERUS GIGI (LMG) BERKESAN
 

Similar to KANSER MULUT.pptx

Kanser-Mulut-Flipchart.pdf
Kanser-Mulut-Flipchart.pdfKanser-Mulut-Flipchart.pdf
Kanser-Mulut-Flipchart.pdfKhairineAlia1
 
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptxTaklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptxAzreen Aj
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolahAhmad NazRi
 
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsiPengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsiAzreen Aj
 
KIDNEY, BLADDER AND PROSTATE CANCER
KIDNEY,  BLADDER AND  PROSTATE CANCERKIDNEY,  BLADDER AND  PROSTATE CANCER
KIDNEY, BLADDER AND PROSTATE CANCERMuhdHakimi27
 
Program vaksinasi hpv sekolah
Program vaksinasi hpv sekolahProgram vaksinasi hpv sekolah
Program vaksinasi hpv sekolahLee Oi Wah
 
Smart Naco Green Factors Fiber
Smart Naco Green Factors FiberSmart Naco Green Factors Fiber
Smart Naco Green Factors FiberSuccess Profile
 
Peranan Personel Kesihatan dalam Menjalankan Program Kesihatan Pergigian Ibu ...
Peranan Personel Kesihatan dalam Menjalankan Program Kesihatan Pergigian Ibu ...Peranan Personel Kesihatan dalam Menjalankan Program Kesihatan Pergigian Ibu ...
Peranan Personel Kesihatan dalam Menjalankan Program Kesihatan Pergigian Ibu ...Nurul Fahizha Fahimi
 

Similar to KANSER MULUT.pptx (11)

Kanser-Mulut-Flipchart.pdf
Kanser-Mulut-Flipchart.pdfKanser-Mulut-Flipchart.pdf
Kanser-Mulut-Flipchart.pdf
 
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptxTaklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
Taklimat Dental Public Health Specialist Unit (DPHSU).pptx
 
Kanser
KanserKanser
Kanser
 
PAKK3243 Sumbing
PAKK3243 SumbingPAKK3243 Sumbing
PAKK3243 Sumbing
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsiPengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
 
KIDNEY, BLADDER AND PROSTATE CANCER
KIDNEY,  BLADDER AND  PROSTATE CANCERKIDNEY,  BLADDER AND  PROSTATE CANCER
KIDNEY, BLADDER AND PROSTATE CANCER
 
Program vaksinasi hpv sekolah
Program vaksinasi hpv sekolahProgram vaksinasi hpv sekolah
Program vaksinasi hpv sekolah
 
Smart Naco Green Factors Fiber
Smart Naco Green Factors FiberSmart Naco Green Factors Fiber
Smart Naco Green Factors Fiber
 
bahaya merokok
bahaya merokokbahaya merokok
bahaya merokok
 
Peranan Personel Kesihatan dalam Menjalankan Program Kesihatan Pergigian Ibu ...
Peranan Personel Kesihatan dalam Menjalankan Program Kesihatan Pergigian Ibu ...Peranan Personel Kesihatan dalam Menjalankan Program Kesihatan Pergigian Ibu ...
Peranan Personel Kesihatan dalam Menjalankan Program Kesihatan Pergigian Ibu ...
 

More from Azreen Aj

Management of Unerupted & Impacted 3rd molar.pptx
Management of Unerupted & Impacted 3rd molar.pptxManagement of Unerupted & Impacted 3rd molar.pptx
Management of Unerupted & Impacted 3rd molar.pptxAzreen Aj
 
CDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptx
CDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptxCDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptx
CDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptxAzreen Aj
 
PENGURUSAN PESAKIT DIABETES.ppt
PENGURUSAN PESAKIT DIABETES.pptPENGURUSAN PESAKIT DIABETES.ppt
PENGURUSAN PESAKIT DIABETES.pptAzreen Aj
 
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptxPembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptxAzreen Aj
 
PEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptx
PEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptxPEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptx
PEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptxAzreen Aj
 
Polisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docx
Polisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docxPolisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docx
Polisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docxAzreen Aj
 
CHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptx
CHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptxCHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptx
CHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptxAzreen Aj
 
Sesi soalan ceramah sm
Sesi soalan ceramah smSesi soalan ceramah sm
Sesi soalan ceramah smAzreen Aj
 
Pemakanan sihat toddler
Pemakanan sihat toddlerPemakanan sihat toddler
Pemakanan sihat toddlerAzreen Aj
 
Kesihatan pergigian warga emas
Kesihatan pergigian warga emasKesihatan pergigian warga emas
Kesihatan pergigian warga emasAzreen Aj
 
Ibu mengandung dan kesihatan pergigian
Ibu mengandung dan kesihatan pergigianIbu mengandung dan kesihatan pergigian
Ibu mengandung dan kesihatan pergigianAzreen Aj
 
Oral histology
Oral histologyOral histology
Oral histologyAzreen Aj
 
Isis - pejuang atau pengganas ?
Isis - pejuang atau pengganas ?Isis - pejuang atau pengganas ?
Isis - pejuang atau pengganas ?Azreen Aj
 
Laporan kursus pengurusan jenazah
Laporan kursus pengurusan jenazahLaporan kursus pengurusan jenazah
Laporan kursus pengurusan jenazahAzreen Aj
 
Kertas kerja kursus pengurusan jenazah 2014
Kertas kerja kursus pengurusan jenazah 2014Kertas kerja kursus pengurusan jenazah 2014
Kertas kerja kursus pengurusan jenazah 2014Azreen Aj
 
Kertas kerja kursus fisioterapi 2016
Kertas kerja kursus fisioterapi  2016  Kertas kerja kursus fisioterapi  2016
Kertas kerja kursus fisioterapi 2016 Azreen Aj
 
Surat mohon tajaan
Surat mohon tajaanSurat mohon tajaan
Surat mohon tajaanAzreen Aj
 
Perubatan islam
Perubatan islamPerubatan islam
Perubatan islamAzreen Aj
 
Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018
Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018
Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018Azreen Aj
 

More from Azreen Aj (19)

Management of Unerupted & Impacted 3rd molar.pptx
Management of Unerupted & Impacted 3rd molar.pptxManagement of Unerupted & Impacted 3rd molar.pptx
Management of Unerupted & Impacted 3rd molar.pptx
 
CDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptx
CDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptxCDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptx
CDE KPP - UJIAN KEBERKESANAN AUTOKLAF.pptx
 
PENGURUSAN PESAKIT DIABETES.ppt
PENGURUSAN PESAKIT DIABETES.pptPENGURUSAN PESAKIT DIABETES.ppt
PENGURUSAN PESAKIT DIABETES.ppt
 
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptxPembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
 
PEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptx
PEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptxPEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptx
PEMBENTANGAN PENEMUAN AUDIT JKKP DI JPP, HM (2021).pptx
 
Polisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docx
Polisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docxPolisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docx
Polisi Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.docx
 
CHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptx
CHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptxCHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptx
CHRONOLOGY OF TOOTH ERUPTION.pptx
 
Sesi soalan ceramah sm
Sesi soalan ceramah smSesi soalan ceramah sm
Sesi soalan ceramah sm
 
Pemakanan sihat toddler
Pemakanan sihat toddlerPemakanan sihat toddler
Pemakanan sihat toddler
 
Kesihatan pergigian warga emas
Kesihatan pergigian warga emasKesihatan pergigian warga emas
Kesihatan pergigian warga emas
 
Ibu mengandung dan kesihatan pergigian
Ibu mengandung dan kesihatan pergigianIbu mengandung dan kesihatan pergigian
Ibu mengandung dan kesihatan pergigian
 
Oral histology
Oral histologyOral histology
Oral histology
 
Isis - pejuang atau pengganas ?
Isis - pejuang atau pengganas ?Isis - pejuang atau pengganas ?
Isis - pejuang atau pengganas ?
 
Laporan kursus pengurusan jenazah
Laporan kursus pengurusan jenazahLaporan kursus pengurusan jenazah
Laporan kursus pengurusan jenazah
 
Kertas kerja kursus pengurusan jenazah 2014
Kertas kerja kursus pengurusan jenazah 2014Kertas kerja kursus pengurusan jenazah 2014
Kertas kerja kursus pengurusan jenazah 2014
 
Kertas kerja kursus fisioterapi 2016
Kertas kerja kursus fisioterapi  2016  Kertas kerja kursus fisioterapi  2016
Kertas kerja kursus fisioterapi 2016
 
Surat mohon tajaan
Surat mohon tajaanSurat mohon tajaan
Surat mohon tajaan
 
Perubatan islam
Perubatan islamPerubatan islam
Perubatan islam
 
Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018
Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018
Laporan karnival prihatin (program khidmat masyarakat) 2018
 

KANSER MULUT.pptx

  • 2. ISI KANDUNGAN • Pengenalan & epidemiologi • Faktor-faktor risiko • Karsinogenesis • Ciri-ciri klinikal • Ciri-ciri histologi • Rawatan & pengurusan pesakit • Pencegahan • Kuiz
  • 4. • Kanser mulut merupakan satu ketumbuhan tidak normal yg berlaku di bahagian rongga mulut (eg : bibir, pipi, lidah, lantai mulut, gusi, lelangit) serta rahang • Berdasarkan WHO (World Health Organization), adalah dianggarkan bahawa kadar prevalens kanser mulut akan meningkat dari 10 juta kes baru (yg dikesan pada tahun 2000) kepada 15 juta kes (pada tahun 2020) secara global • Seramai 263,900 orang di seluruh dunia mendapat kanser mulut pada tahun 2008. Separuh (128,000) dari pesakit ini mati akibat kanser mulut
  • 5. • Di Malaysia, kanser mulut merupakan kanser yang ke-21 kerap terjadi, di mana ke-16 pada wanita dan ke-17 pada lelaki • Pada tahun 2007, jumlah kes yang dilaporkan adalah seramai 353 orang. Ini bermakna 2 dari setiap 100,000 penduduk Malaysia mendapat kanser mulut • Kanser mulut lebih kerap terjadi di kalangan kaum India dan bumiputera di Sabah dan Sarawak • Faktor risiko yang dikenal pasti ialah : mengunyah sireh pinang (59.8%) merokok (36.10%) pengambilan alkohol ( 35.2%)
  • 6. • Penggunaan tembakau, tabiat mengunyah sireh pinang & pengambilan alkohol merupakan tabiat yg berisiko tinggi terhadap kanser mulut • Kajian yg dibuat di kalangan pesakit kanser di Hospital Universiti Sains Malaysia (tahun 2009) melaporkan bahawa separuh daripada pesakit kanser tersebut adalah perokok semasa ; manakala sebanyak 22.9% di kalangan mereka memiliki tabiat mengunyah sireh pinang • Kajian oleh National Health Morbidity Survey (NHMS) tahun 2015 melaporkan bahawa sebanyak 22.8% populasi Malaysia berumur 15 tahun & ke atas adalah merupakan perokok • Akibat dari kanser mulut, hampir dua pertiga daripada pesakit mengalami kesukaran mengunyah & hanya boleh mengunyah makanan lembut
  • 7. • Penemuan daripada saringan yg telah dijalankan di klinik-klinik pergigian pada tahun 2017 menunjukkan bahawa 50% kes kanser mulut yg dikesan adalah pada tahap 4 (stage 4) ; meskipun tahap kesedaran terhadap kanser mulut di kalangan penduduk Malaysia adalah tinggi (69.4%) • Pengesanan kanser yg lewat perlu diberi perhatian yg serius kerana ia boleh memberi kesan terhadap tahap mortaliti & morbiditi pesakit • Penekanan terhadap terapi kaunseling & pengubahsuaian tabiat di kalangan individu berisiko tinggi boleh menyumbang kepada kadar pengurangan morbiditi & mortaliti yg disebabkan oleh kanser mulut
  • 8. Jenis-jenis kanser mulut • Jenis-jenis kanser yg terdapat dalam mulut : Squamous cell carcinoma Malignant melanoma Sarcoma (osteosarcoma, etc) Kanser kelenjar air liur (Adenoid cystic carcinoma, Mucoepidermoid carcinoma) Metastatic cancer *bergantung dari mana sel kanser berasal (epitelium, tisu penghubung, kelenjar air liur, sel ‘melanocyte’, etc) • 90% dari kanser yg sering melibatkan kawasan rongga mulut adalah merupakan jenis ‘squamous cell carcinoma’ • ‘Squamous cell carcinoma’ adalah kanser yg berasal dari lapisan epitelium mulut
  • 10. • Di antara faktor-faktor risiko yg menyumbang kepada kejadian kanser mulut : • Merokok • Mengunyah sireh pinang • Pengambilan alkohol • Pemakanan yg tidak sihat • Pendedahan yg berlebihan terhadap sinaran matahari • Jangkitan virus (Human Papilloma Virus)
  • 11. Merokok (tobacco smoking) • Rokok mengandungi lebih dari 70 bahan karsinogen yg boleh menyebabkan kanser : Nitrosamin Arsenik Benzo[a]pyrene Benzene • Merokok juga menghasilkan radikal bebas (free radicals) & bahan ‘oxidants’ yg boleh : menggalakkan kemusnahan pada struktur penting sel spt protein, DNA serta sel membran menghalang kesan perlindungan (protective effect) yg datang dari bahan ‘antioxidants’ yg dihasilkan oleh badan (endogenous antioxidants) spt glutathione-S- transferase, glutathione reductase & superoxide dismutase Yg mana akhirnya, ini boleh mengakibatkan pembentukan sel-sel yg tidak normal iaitu sel kanser
  • 12. • Tembakau di dalam rokok juga mengandungi bahan-bahan karsinogen yg boleh menyebabkan kanser mulut jika digunakan dalam kuantiti yg banyak & dalam jangka masa panjang • Seseorang boleh berisiko mendapat kanser mulut dengan penggunaan rokok, cerut, paip atau bidi ; ataupun mengunyah & menghidu tembakau • Amalan mengunyah sireh bersama pinang & tembakau juga boleh meningkatkan risiko mendapat kanser mulut • Berhenti dari menggunakan tembakau boleh menurunkan risiko seseorang mendapat kanser atau sebarang lesi mulut dalam jangka masa 10-20 tahun
  • 13. • Terdapat banyak bukti klinikal yg secara tidak langsung mengaitkan tabiat merokok (tobacco smoking) dengan pembentukan kanser mulut • Bagi pesakit yg berhenti merokok, risiko utk mendapat kanser mulut adalah berkurang dari masa ke semasa • Risiko perokok utk mendapat kanser mulut adalah sebanyak 3 kali ganda berbanding individu yg tidak merokok • Risiko tersebut semakin meningkat jika individu semakin lama merokok • Di negara India, amalan merokok secara ‘reverse smoking’ sangat popular terutamanya di kalangan kaum wanita • Dalam kes merokok secara ‘reverse smoking’, kebanyakan kanser ditemui di kawasan lelangit keras
  • 15. ‘Smokeless tobacco’ • Produk tembakau yg digunakan pada tujuan selain dari merokok *eg : tabiat mengunyah tembakau • Kira-kira 50% dari kes kanser mulut yg melibatkan ‘smokeless tobacco’ berlaku di kawasan perletakan bahan tembakau tersebut
  • 16.
  • 17. Mengunyah sireh pinang • Tabiat mengunyah sireh pinang didapati semakin meluas di rantau Asia Pasifik seperti negara India, Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka, Taiwan, Kemboja & Malaysia • Didapati risiko mendapat kanser mulut akibat mengambil sireh pinang adalah lebih tinggi berbanding penggunaan tembakau • Tabiat ini juga boleh menyebabkan satu keadaan yg dipanggil sebagai ‘oral submucous fibrosis’ iaitu sejenis lesi ‘pre-malignant’ yg boleh bertukar menjadi kanser pada bila-bila masa. Dengan adanya lesi ini di dalam mulut, risiko seseorang utk mendapat kanser mulut menjadi lebih tinggi
  • 18. • ‘Oral submucous fibrosis’ merupakan satu keadaan ‘pre-malignant’ • Bertukar menjadi kanser dari 1.5-15% dari semua kes yg ditemui • ‘Fibrous band’ atau selirat yg berwarna putih- kekuningan di kawasan mukosa bukal • Tabiat mengunyah sireh pinang boleh menyebabkan keradangan kronik pada mukosa mulut -> penimbunan fiber kolagen yg berlebihan di lapisan tisu penghubung (lamina propria) ; lapisan epitelium mulut menjadi nipis (epitehelial atrophy) -> mukosa mulut menjadi kaku (stiffness of oral mucosa) & perubahan degeneratif (degenerative changes) pada otot • Bukaan mulut menjadi terhad (restricted mouth opening)
  • 19. Pengambilan alkohol • Risiko mendapat kanser mulut meningkat dengan pengambilan alkohol secara berlebihan & dalam jangka masa yg lama • Seseorang dikatakan mengambil minuman keras secara berlebihan jika melebihi 14- 21 gelas dalam satu minggu • Seseorang yg mengambil minuman keras secara berlebihan & pada masa yg sama ada menggunakan tembakau, adalah 30 kali ganda lebih berisiko utk mendapat kanser mulut berbanding orang yg tidak mengambil sebarang minuman keras & tembakau
  • 20. Pemakanan yg tidak sihat • Pemakanan yg tidak sihat juga adalah salah satu faktor penyumbang kpd kanser mulut • Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran yg tinggi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser mulut • Pemakanan yg sihat & seimbang dgn mengamalkan konsep ‘suku-suku-separuh’ iaitu suku karbohidrat, suku protein & separuh sayuran adalah langkah yg baik utk mencegah kanser mulut
  • 21. Pendedahan yg berlebihan terhadap sinaran matahari • Pendedahan berlebihan terhadap sinaran matahari sering dikaitkan dengan kanser pada bahagian bibir • Sinaran matahari mengandungi radiasi UV (ultraviolet radiation) yg boleh menembusi kulit pada bibir ; merosakkan struktur DNA sel & menyebabkan mutasi pada bahan genetik ; sehingga menyebabkan pembentukan sel-sel kanser
  • 22.
  • 23. Jangkitan virus (Human Papilloma Virus) • Jangkitan virus dalam mulut iaitu HPV-16 & HPV-18 merupakan faktor risiko utk mendapat kanser mulut • Jangkitan ini selalunya diperolehi melalui hubungan seks & mudah menjangkiti orang yg mempunyai pasangan seks yg ramai • Seseorang yg dijangkiti virus ini terutamanya pada bahagian lelangit & lidah ditambah dengan faktor risiko lain juga boleh meningkatkan lagi kecenderungan utk mendapat kanser mulut
  • 24.
  • 26. • Karsinogenesis (carcinogenesis) adalah satu proses yg mana sel-sel normal bertukar menjadi sel-sel kanser • Ada 4 peringkat dalam karsinogenesis : *Permulaan (initiation) *Promosi (promotion) *Pertukaran menjadi sel-sel kanser (malignant conversion) *Perkembangan (progression)
  • 27. Permulaan (initiation) • Berlakunya kerosakan atau perubahan pada struktur genetik sel • Berpunca dari bahan karsinogen yg masuk ke dalam tubuh badan & mengubah struktur molekul DNA yg menyebabkan mutasi berlaku ketika sintesis DNA • Perubahan struktur genetik ini juga boleh me’nyahaktif’kan ‘tumor suppressor genes’ yg berada di dalam tubuh badan
  • 28. Promosi (promotion) • Sel-sel yg telah mengalami kerosakan struktur genetik atau DNA tadi, akan semakin berkembang-biak membentuk suatu populasi besar sel- sel yg yg telah ter’mutasi’ (pre-neoplastic cells) yg berisiko utk bertukar menjadi sel-sel kanser di masa akan datang • Sel-sel yg ter’mutasi’ (pre-neoplastic cells) ini juga berisiko utk mengalami perubahan struktur genetik secara berterusan
  • 29. Pertukaran menjadi sel-sel kanser (malignant conversion) • Sel-sel ter’mutasi’ (pre-neoplastic cells) akan bertukar menjadi sel-sel kanser • Pertukaran sel-sel ter’mutasi’ (pre-neoplastic cells) menjadi sel-sel kanser akan menjadi lebih cepat sekiranya terdapat peningkatan pada kadar pembahagian sel ; serta peningkatan pada jumlah (kuantiti) sel- sel yg membahagi di dalam sesuatu ketumbuhan atau lesi
  • 30. Perkembangan (progression) • Sel-sel kanser akan menjadi semakin berkembang biak ; yg mana bilangan sel- sel kanser ini akan semakin bertambah banyak & saiz kanser akan semakin membesar • Sel-sel kanser ini juga akan mengalami perubahan struktur genetik secara berterusan akibat ketidakstabilan genom (genomic instability) ; yg boleh mengakibatkan sel-sel kanser ini menjadi semakin ganas & agresif dari masa ke semasa • Sel-sel kanser yg agresif ini juga akan menghasilkan sejenis bahan yg dipanggil sebagai ‘proteases’ yg boleh menyebabkan mereka berupaya menceroboh atau ber’metastasis’ (merebak) di luar dari lokasi utama kanser tersebut terbentuk
  • 31.
  • 33. • ‘Exophytic mass’ *ketumbuhan yg terbonjol keluar @ tumbuh ke arah luar dari sesuatu permukaan (grow above the surface of epithelium or mucosa) *‘fungating’, ‘papillary’, ‘verruciform’ *rasa keras apabila ditekan dgn jari *permukaan adakalanya ber ‘ulser’ (ulcerated surface) *adakalanya mengeluarkan darah
  • 34.
  • 35. • ‘Endophytic mass’ *ketumbuhan yg tumbuh ke dalam sesuatu tisu (grow inward under the surface of epithelium or mucosa) *permukaan ber’ulser’ (irregular shaped ulcer with surrounded rolled border mucosa) *’rolled border’ (pinggir pada ketumbuhan kanser kelihatan bergulung) ; adalah kerana sel kanser telah merebak / menceroboh masuk ke dalam kawasan tisu epitelium yg berdekatan *sekiranya sel kanser telah merebak ke kawasan saraf (perineural spread), pesakit boleh mengalami rasa kebas (paresthesia) & sakit *sel kanser juga boleh menyebabkan kemusnahan tulang di kawasan yg terlibat
  • 36. • ‘Endophytic lesion’ (melekuk ke dalam) • Ber’ulser’ • Pinggir kelihatan spt bergulung (rolled border) • Kemusnahan pada tulang di bahagian lelangit
  • 37. • ‘Leukoplakia’ *tompok-tompok putih (white patch) *dalam kes-kes awal, biasanya tidak dapat dilihat sebarang ketumbuhan atau ulser *berpotensi utk bertukar menjadi kanser (pre-malignant)
  • 38. • ‘Erythroplakia’ *tompok-tompok merah (red patch) *dalam kes-kes awal, biasanya tidak dapat dilihat sebarang ketumbuhan atau ulser *berpotensi utk bertukar menjadi kanser (pre-malignant)
  • 39. • ‘Erythro-leukoplakia’ *tompok merah & putih (combination red & white patch) *dalam kes-kes awal, biasanya tidak dapat dilihat sebarang ketumbuhan atau ulser *berpotensi utk bertukar menjadi kanser (pre-malignant) Carcinoma in-situ
  • 40. • Tanda-tanda lain : *bengkak atau benjolan yg tidak sakit di bahagian rahang, leher *ulser yg tidak sembuh walaupun setelah diberi rawatan *rasa kebas di bahagian lidah, bibir, pipi (perineural invasion)
  • 41. ‘Perineural invasion’ (PNI) • Sel-sel kanser telah menceroboh di kawasan sekeliling sarah sehingga ke dalam struktur saraf (epineurium, perineurium, endoneurium) • Dalam kanser mulut, saraf yg biasanya terlibat adalah saraf trigeminal (CN V) & saraf fasial (CN VII) • Pesakit akan mengalami rasa sakit, kebas di bahagian lidah, bibir, pipi, serta boleh mengalami kelemahan atau ke’tidak-normalan’ pada fungsi otot di bahagian muka yg disarafi oleh saraf terlibat (muscles weakness atau dysfunction) • PNI juga sering dikaitkan dgn tabiat sel-sel kanser yg lebih agresif ; yg mana ia boleh meningkatkan kadar keter’ulangan’ sesuatu kanser (increase recurrence rate) serta meningkatkan mortaliti & morbiditi pesakit
  • 42.
  • 44. Struktur asas mukosa mulut • Mukosa mulut terdiri daripada struktur : Epitelium *’stratified squamous epithelium’ *’non-keratinized’, ‘ortho-keratinized’, ‘para-keratinized’ Lamina propria +/-Submukosa, otot, tulang
  • 45. layered, thin, flat cells, look like fish scales
  • 46. • Terdapat 3 jenis mukosa mulut : Berkeratin (keratinized / masticatory mucosa) *orthokeratinized SSE & parakeratinized SSE *lelangit keras, gusi (attached gingiva) Tidak berkeratin (non-keratinized / lining mucosa) *mukosa labial, bukal & alveolar, lantai mulut, permukaan ‘ventral’ pada lidah, lelangit lembut ‘Specialized mucosa’ *permukaan ‘dorsal’ & ‘lateral’ pada lidah
  • 47. Mukosa tidak berkeratin (non-keratinized / lining mucosa)
  • 48.
  • 49. Mukosa berkeratin (keratinized / masticatory mucosa)
  • 50. Mukosa berkeratin (keratinized / masticatory mucosa)
  • 51.
  • 52. ‘Lamina propria’ Fiber kolagen, elastik Sel fibroblas Saraf Kapilari darah
  • 53. Sel normal vs sel kanser • Ciri-ciri sel normal : Boleh dihasilkan semula apabila diperlukan pada kawasan atau organ tertentu dalam badan Terikat antara satu sama lain melalui struktur ‘desmosome’ & ‘hemi-desmosome’ Memusnahkan dirinya sendiri melalui proses ‘apoptosis’ apabila ia rosak atau uzur *apoptosis = programmed cell death Membeza (differentiate) menjadi sel yg matang dengan fungsi yg khusus
  • 54. Desmosome -> lekatan antara sel sesama sel (mediate cell to cell contact or adhesion) Hemi-desmosome -> lekatan antara sel di lapisan ‘stratum basale’ kpd struktur ‘basement membrane’
  • 55. • Ciri-ciri sel kanser : Membahagi atau membiak secara berterusan (membentuk suatu gumpalan sel-sel yg tidak normal atau ketumbuhan ; yg mana semakin lama semakin membesar)
  • 56. Sel-sel normal biasanya akan menghantar ‘chemical signals’ antara satu sama lain bagi tujuan utk mengawal kadar pembahagian sel ’Chemical signals’ berfungsi untuk mengarahkan sel-sel berdekatan agar terus membahagi atau mematikan diri mereka ; sebagai salah satu kaedah utk mengawal kadar pembahagian sel agar tidak melebihi had Jika tidak, sel-sel lain boleh musnah & rosak sekiranya ada di antara sel-sel tersebut yg membahagi melebihi had yg sepatutnya Tapi, bagi sel kanser tabiatnya agak berbeza kerana ‘signal’ ini seolah-olah bermasalah, tidak dapat berfungsi atau diproses dengan baik (reseptor pada sel kanser tak boleh terima ‘signal’, kerosakan pada bahan genetik / DNA) sehingga mengakibatkan sel-sel kanser mengabaikan ‘signal’ tersebut & terus membahagi atau membiak tanpa batas
  • 57. Sel-sel kanser tidak terikat antara satu sama lain & ini menyebabkan sel- sel kanser berkecenderungan utk terpisah dari sel-sel bersebelahan-nya. Implikasinya, sel-sel kanser ini boleh ber‘metastasis’ atau merebak ke bahagian lain dalam tubuh badan
  • 58. Sel-sel kanser tidak sempat membeza menjadi sel dengan sesuatu fungsi yg khusus *Biasanya sel-sel normal akan membahagi, kemudiannya membeza menjadi sel yg matang ; yg memiliki fungsi khusus. Sel-sel yg matang ini kemudiannya akan menjalankan fungsi masing-masing di dalam tubuh badan *Sel-sel kanser biasanya membahagi dengan kadar yg terlalu cepat ; sehinggakan mereka tidak mempunyai peluang utk membeza menjadi sel yg matang dengan fungsi yg khusus *Oleh itu, sel-sel kanser ini tidak matang sepenuhnya & ini menyebabkan mereka gagal berfungsi sebagai sel-sel normal dalam tubuh badan
  • 59.
  • 60. Sel-sel kanser tidak mampu memperbaiki kerosakan yg terdapat pada bahan genetik mereka *Sel-sel normal biasanya berupaya memperbaiki kerosakan yg terdapat pada struktur genetik mereka. Jika kerosakan genetik yg berlaku terlalu teruk & tidak boleh diperbaiki, maka sel-sel normal ini akan memusnahkan diri mereka sendiri melalui proses ‘apoptosis’ *Dalam sel kanser, oleh kerana mereka tidak mampu memperbaiki kerosakan pada bahan genetik, ini menyebabkan sel kanser terus membiak secara tidak terkawal & juga kerana kegagalan struktur genetik dalam sel kanser utk memproses ‘signal’ dari sel berdekatan yg akan mengarahkan sama ada sel perlu terus membahagi atau mematikan dirinya *Tambahan pula, jika terdapat kerosakan pada sejenis protein yg dikenali sebagai p53, maka ini menyebabkan sel-sel kanser membiak secara tidak terkawal *Protein p53 bertindak sebagai ‘tumor suppressor’, yg mana ia mengawal proses pembahagian sel ; dgn cara mencegah sel-sel dari membiak secara cepat & tidak terkawal
  • 61.
  • 62. Sel kanser mempunyai morfologi yg berbeza dari sel-sel normal *Sel-sel kanser memiliki saiz yg berbeza-beza antara satu sama lain. Sesetengahnya kelihatan agak besar, manakala sesetengah yg lain kelihatan agak kecil *Sel-sel kanser juga memiliki bentuk yg tidak normal (abnormal shape) serta nukleus yg tidak normal
  • 63.
  • 64. Ciri-ciri histologi sel kanser • Peningkatan nisbah saiz nukleus / ‘cytoplasm’ *saiz nukleus yg besar, saiz ‘cytoplasm’ yg kecil
  • 65.
  • 66. • ‘Mitotic figure’ kelihatan tidak normal *mitosis adalah proses yg mana sel induk membahagi & menghasilkan 2 sel anak yg serupa *sel kanser mengalami kerosakan DNA -> mitosis (pembahagian sel) menjadi tidak normal *sel-sel baru yg terbentuk akan mempunyai struktur genetik yg tidak normal & menyebabkan sel gagal berfungsi dgn baik
  • 67. • ‘Acanthosis’ *bertambahnya ketebalan pada lapisan epitelium serta pemanjangan struktur ‘rete ridges’ Mukosa mulut normal
  • 69.
  • 70.
  • 71.
  • 72. Hiper-keratosis yg berlaku di bahagian mukosa bukal Mukosa kelihatan putih, berlipat, permukaan kasar & tidak sekata Bukal mukosa merupakan kawasan yg tidak berkeratin Keadaan ini berlaku kerana lapisan tisu tersebut telah mengalami iritasi kronik (chronic irritation) oleh agen fizikal berpunca dari tabiat melagakan gigi (bruxism) ; lalu epitelium bertindak balas & membentuk lapisan keratin Perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik pergigian
  • 73. Pembentukan lapisan keratin di kawasan mukosa bukal yg berpunca dari iritasi disebabkan oleh penggunaan ‘smokeless tobacco’
  • 74. Hiper-keratosis di kawasan lelangit keras yg disebabkan oleh iritasi berpunca dari tabiat merokok
  • 77. Pembedahan • Biasanya merupakan pilihan rawatan yg utama • Tujuannnya adalah utk membuang ketumbuhan kanser ; tapi pada masa yg sama mengekalkan rupa paras pesakit agar tidak terjejas serta dapat memelihara fungsi-fungsi lain seperti percakapan & pengunyahan makanan agar dapat berfungsi dengan baik • Sekiranya terdapat kehilangan tisu yg banyak pada kawasan pembedahan (major defect), maka perlu kepada prosedur ‘reconstruction’ utk memulihkan atau menggantikan semula bahagian tisu yg telah hilang • Sekiranya sel-sel kanser merebak ke kawasan nodus limfa di bahagian leher, maka prosedur ‘neck dissection’ perlu dilakukan
  • 78. Kemoterapi • Merupakan satu kaedah penggunaan ubat-ubatan bagi membunuh sel-sel kanser • Ia mensasarkan kepada sel-sel yg memiliki kemampuan utk membahagi dgn cepat di dalam tubuh badan • Ia boleh membantu mengecilkan saiz kanser, mencegah kanser daripada terus membiak & merebak
  • 79. Radioterapi • Radioterapi digunakan utk membunuh sel-sel kanser & mengecilkan saiz tumor • Ia boleh dilakukan sebelum prosedur pembedahan bagi mengecilkan saiz tumor agar dapat mengurangkan amaun tisu-tisu normal yg perlu dibuang ketika pembedahan • Adakalanya, ia dilakukan selepas prosedur pembedahan bagi memusnahkan sel-sel kanser yg mungkin masih tertinggal selepas prosedur pembedahan • Selain itu, ia juga boleh digabungkan dengan rawatan lain seperti kemoterapi
  • 80. Pengurusan pergigian pesakit sebelum radioterapi • Bertujuan utk menyingkirkan segala punca-punca jangkitan pada gigi & kawasan mulut ; agar pesakit mampu mengekalkan tahap kesihatan mulut yg baik serta mengurangkan tahap keterukan akibat komplikasi dari prosedur radioterapi • Penilaian & rawatan pergigian perlu dijalankan seawal mungkin sebelum prosedur radioterapi dibuat ; bagi memberi masa utk proses penyembuhan tisu mulut berlaku terutamanya jika melibatkan prosedur yg invasif (eg : cabutan gigi, penskaleran, pembedahan kecil mulut) • Pemeriksaan mulut akan dijalankan secara menyeluruh bagi mengenalpasti gigi-gigi yg berpotensi utk menimbulkan jangkitan (eg : gigi berkaries, patah, goyang, tampalan yg pecah) -> tampal, cabut • Pemeriksaan keadaan gusi (eg : plak & karang gigi) -> penskaleran
  • 81. • Nasihat berkaitan penjagaan kesihatan mulut *kawalan plak - ‘mechanical & chemical plaque control’ (pemberusan gigi, floss, penggunaan ubat kumur anti-bakteria) *mencegah karies gigi - penggunaan ubat gigi berflorida, kurangkan kekerapan mengambil makanan yg manis & melekit) *kebersihan gigi palsu - mengelakkan jangkitan kulat yg berpunca dari pemakaian gigi palsu (denture induced-stomatitis), mencegah pengumpulan plak pada permukaan gigi palsu
  • 82. Kesan sampingan radioterapi • Mukositis pada kawasan mulut (radiation induced-oral mucositis) • Jangkitan mulut • Gangguan pada deria rasa • Mulut kering (Xerostomia) • Karies gigi (radiation induced-caries) • Kesukaran membuka mulut (trismus) • ‘Osteoradionecrosis’ (ORN)
  • 83. • Mukositis *mukosa kelihatan merah, keradangan, sakit, ulser *pesakit rasa susah utk makan ; boleh menyebabkan berat badan menyusut serta kekurangan zat (malnutrition) *sembuh dalam beberapa minggu (~4 minggu)
  • 84.
  • 85. • Jangkitan mulut *radioterapi menyebabkan kemusnahan pada lapisan tisu epitelium mulut & ini menyebabkan mikroorganisma boleh menceroboh kawasan mukosa mulut serta menyebabkan jangkitan berlaku *ia juga boleh berpunca dari kebersihan mulut yg kurang baik ; kerana radioterapi menyebabkan mukosa mengalami keradangan & sakit ; jadi pesakit sukar utk menjaga kebersihan mulut dgn baik & ini boleh mengakibatkan jangkitan sekunder pada mukosa mulut (fungal, bacteria, virus)
  • 86. • Gangguan pada deria rasa *biasanya berlaku 1-2 minggu selepas prosedur radioterapi ; akan tetapi lama-kelamaan deria rasa akan menjadi normal seperti biasa setelah rawatan selesai sepenuhnya (6-8 minggu selepas radioterapi tamat) *ia berpunca dari kerosakan struktur ‘taste buds’ atau ‘taste receptors’ yg terdapat di kawasan papilla pada lidah (fungiform, foliate, circumvallate papillae) **filiform papilla - tidak mengandungi ‘taste buds’ *ia juga berkaitan dengan kurangnya aliran air liur ; yg berpunca dari kerosakan pada kelenjar air liur ; akibat prosedur radioterapi
  • 87.
  • 88. • Mulut kering (Xerostomia) *air liur dihasilkan oleh kelenjar air liur & ia berfungsi sebagai ‘pelincir’ dalam membantu proses mengunyah & menelan makanan, membantu fungsi deria rasa serta mencegah karies gigi *radioterapi boleh merosakkan tisu kelenjar air liur serta mengurangkan alirannya *kelenjar parotid merupakan kelenjar air liur yg paling utama akan terjejas akibat prosedur radioterapi *akibatnya, pesakit akan mengalami kesukaran utk menelan makanan, makanan mudah melekat pada gigi serta rasa ‘burning sensation’ apabila memakan makanan yg pedas. Ini boleh menyebabkan perubahan pada tabiat pemakanan pesakit yg boleh mengakibatkan pesakit mengalami kurang selera makan & penurunan berat badan *utk mengatasi masalah ini, pesakit perlulah sentiasa minum air bagi mengelakkan kekeringan (dehydration) serta mengelakkan pengambilan makanan yg melekit
  • 89. • Kelenjar air liur mengandungi sel yg dipanggil sbg ‘serous acinar cells’ & ‘mucous acinar cells’ • ‘Serous cells’ menghasilkan air liur yg bersifat cair (watery saliva) • ‘Mucous cells’ menghasilkan air liur yg bersifat likat (thick saliva) • Kelenjar parotid terdiri dari ‘serous cells’ sebagai komposisi utama • ‘Serous cells’ pada kelenjar parotid lebih berisiko utk terjejas akibat kesan dari radioterapi berbanding ‘mucous cells’ yg berada di kelenjar submandibular & sublingual • Ini menyebabkan air liur pesakit menjadi likat
  • 90.
  • 91.
  • 92. • Karies gigi (radiation induced-caries) *berpunca dari kurangnya aliran air liur ; yg bertindak sebagai ‘penimbal’ kepada asid yg terhasil dalam plak gigi akibat dari tindak balas antara bakteria kariogenik & gula *asid yg terhasil ini menyebabkan pH di dalam plak gigi jatuh (di bawah paras kritikal = 5.5) & menyebabkan proses ‘demineralisasi’ enamel berlaku ; sehingga menyebabkan pembentukan kaviti pada permukaan gigi *kejadian karies boleh dikawal dengan cara kawalan plak gigi yg berkesan serta penggunaan ubat gigi berflorida *selain itu, sapuan gel yg mengandungi florida boleh juga dilakukan di klinik gigi secara berkala bagi mengawal keterukan kejadian karies gigi yg berpunca dari rawatan radioterapi
  • 93.
  • 94. • Gel Duraphat mengandungi bahan aktif utama iaitu Sodium Florida yg berfungsi utk mencegah & mengawal karies gigi ; dgn cara menghalang proses demineralisasi & menggalakkan proses remineralisasi pada enamel gigi • 1 ml Duraphat gel mengandungi 50 mg Sodium Florida (= 22.6 mg Florida) + bahan-bahan lain spt ethanol, propylene glycol, saccharin, etc)
  • 95. • Kesukaran membuka mulut (trismus) *radioterapi boleh menyebabkan suatu keadaan yg dipanggil sebagai ‘Radiation Fibrosis Syndrome (RFS) *jika RFS melibatkan kawasan otot, otot yg terlibat boleh menjadi ketat, kejang & tidak boleh berfungsi dengan baik *jika radioterapi melibatkan kawasan otot ‘lateral pterygoid’, maka pesakit akan mengalami kesukaran membuka mulut **bukaan mulut normal = 35-40 mm *kesukaran membuka mulut akan merumitkan pesakit utk menjaga kesihatan mulut dgn baik serta mendapatkan rawatan pergigian *selain itu, pesakit juga akan merasa sukar utk makan & menelan makanan *oleh itu, pesakit perlulah dilatih dengan latihan bukaan mulut (mouth opening exercise) agar bukaan mulut menjadi kembali normal
  • 96. Otot ‘lateral pterygoid’ : *Lekatan : tulang ‘sphenoid’ TMJ ‘lateral pterygoid plate’ condyle process of mandible *Fungsi : membantu dalam bukaan mulut
  • 97. • ‘Osteoradionecrosis’ (ORN) *adalah keadaan yg mana tulang menjadi mati & tidak vital di kawasan yg terlibat dengan radioterapi *radioterapi menyebabkan kawasan tulang yg terlibat mendapat kurang bekalan darah, kurang oksigen & kurang sel-sel tulang yg sihat (hypovascular, hypoxia, hypocellular) *ini akan mengurangkan keupayaan sel-sel tulang utk membaik pulih strukturnya sekiranya berlaku kerosakan & kecederaan *ia boleh dielakkan dgn cara mencegah kejadian karies gigi & penyakit periodontitis yg boleh mengakibatkan gigi terpaksa dicabut. Sekiranya gigi perlu dicabut, ia perlu dilakukan sebelum memulakan prosedur radioterapi
  • 98.
  • 100. Saringan kanser mulut • Kumpulan sasaran : semua pesakit baru yg berumur 18 tahun & ke atas
  • 101. Minggu kesedaran kanser mulut • Diadakan bertujuan utk meningkatkan kesedaran pesakit terhadap bahaya kanser mulut serta mendedahkan maklumat berkaitan tentang punca, tanda & gejala serta rawatan yg perlu dilakukan • Diadakan 1 kali pada setiap tahun • Program yg diadakan : Ceramah Pameran Kuiz
  • 102. Program KOTAK • Program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) telah diperkenalkan pada tahun 2016 bertujuan utk mengurangkan kejadian merokok di kalangan pelajar sekolah • KOTAK merupakan program intervensi merokok yg dijalankan ke atas semua murid-murid sekolah rendah & menengah di seluruh negara • Pegawai pergigian di seluruh negara akan menjalankan pemeriksaan mulut utk mengesan sebarang masalah kesihatan mulut & pada masa sama melaksanakan saringan amalan merokok di kalangan murid sekolah • Pegawai akan dilatih utk mengenalpasti murid yg merokok serta murid yg berisiko tinggi utk merokok agar usaha pencegahan, intervensi ringkas serta lanjutan dapat dilaksanakan termasuk sesi kauseling oleh pegawai pergigian yg mensasarkan kepada perubahan tingkahlaku ; agar murid yg merokok atau menghisap vape ini terdorong utk berubah & seterusnya mengambil tindakan utk berhenti merokok
  • 103. • Di Malaysia, berdasarkan Tinjauan Kesihatan Remaja tahun 2017, didapati sebanyak 13.8% remaja adalah perokok ; yg mana merokok pada usia lebih muda akan meningkatkan kemungkinan utk seseorang itu kekal sebagai perokok sehingga dewasa • Pada tahun 2019, menerusi program KOTAK, saringan membabitkan 2.7 juta (99.4%) murid sekolah rendah dan 1.95 juta (97.4%) murid sekolah menengah telah dijalankan. Daripada saringan itu, didapati seramai 1,240 orang (0.04%) perokok membabitkan murid sekolah rendah & seramai 67,763 orang (3.4%) adalah murid sekolah menengah • Daripada 855 murid sekolah rendah yg menjalani intervensi ini, seramai 762 iaitu sebanyak 89% sudah mengambil tindakan utk berhenti merokok manakala bagi murid sekolah menengah pula, daripada 39,340 yg menjalani intervensi seramai 17,767 orang (45%) sudah mengambil tindakan utk berhenti merokok
  • 104. Pusat Pencegahan Pergigian • Pusat Pencegahan Pergigian (Unit Kepakaran Kesihatan Awam Pergigian) ditubuhkan bagi melatih kakitangan pergigian agar berpengalaman dalam mengendalikan intervensi pencegahan berkaitan penyakit yg melibatkan rongga mulut • Ia memfokuskan kepada konsep ‘Family Wellness’ bagi menambah baik status kesihatan mulut & kualiti hidup masyarakat • Melalui konsep ini, individu berisiko tinggi terhadap penyakit mulut dikenali sebagai penanda aras (marker) ; dalam merangka strategi dengan menekankan kepada kaedah pengubahsuaian tabiat (behavioural modification) di kalangan ahli keluarga • Unit keluarga ini pula bertindak sebagai agen pencetus perubahan yg baik dalam masyarakat ; dalam usaha utk memperbaiki status kesihatan mulut serta kualiti hidup sesuatu komuniti
  • 105. • Konsep ini didapati boleh meningkatkan pengamalan penjagaan kesihatan mulut yg baik di dalam sesebuah unit keluarga & seterusnya amalan baik tersebut dapat tersebar kepada seluruh komuniti masyarakat ; sekaligus dapat meningkatkan tabiat pencegahan terhadap penyakit berkaitan mulut di dalam sesuatu populasi • Di Pusat Pencegahan Pergigian, bagi program berhenti merokok ; ia memfokuskan kepada pelajar sekolah yg berada di tahap ‘pre-contemplate’ atau ‘contemplate’ yg telah 3 kali GAGAL berturut-turut dalam percubaan intervensi berhenti merokok di sekolah (melalui program KOTAK) • Pusat Pencegahan Pergigian akan bertindak sebagai pusat bagi menggalakkan & memotivasi pesakit-pesakit yg dirujuk agar menjadi individu yg berminat utk berhenti merokok • Pada masa yg sama, Pusat Pencegahan Pergigian juga akan bekerjasama dengan Klinik Berhenti Merokok yg sedia ada (di bawah Klinik Kesihatan) dalam menangani masalah penggunaan tembakau & ‘tobacco dependence’ di kalangan pesakit secara berkesan
  • 106. Pengesanan awal • Pengesanan awal boleh dilakukan melalui : Pemeriksaan mulut sendiri Pemeriksaan pergigian secara berkala
  • 107. 6 Langkah mudah bagi melakukan pemeriksaan mulut sendiri
  • 108. Pemeriksaan mulut sendiri • Pemeriksaan mulut sendiri perlu dibuat secara berkala bagi mengawasi tanda-tanda kelainan yg mungkin terdapat di kawasan mulut : Tompok putih Ulser yg tidak sembuh Ketumbuhan
  • 109. Pemeriksaan pergigian secara berkala • Perlu dilakukan setiap 6 bulan sekiranya tidak terdapat sebarang keganjilan di dalam mulut • Sekiranya terdapat keganjilan di dalam mulut, tanda & gejala, perlu berjumpa dengan pegawai pergigian dengan segera
  • 110. Kes-kes yg perlu mendapatkan pemeriksaan di klinik pergigian
  • 111. KUIZ
  • 112. SOALAN 1 Merokok merupakan faktor risiko utama utk mendapat kanser mulut BENAR SALAH
  • 114. SOALAN 2 90% dari kanser yg sering melibatkan kawasan rongga mulut adalah merupakan jenis ‘Squamous cell carcinoma’
  • 116. SOALAN 3 Keadaan ini normal & tidak perlu mendapatkan pemeriksaan di klinik pergigian BENAR SALAH
  • 117. JAWAPAN SOALAN 3 SALAH Ia merupakan suatu keadaan yg TIDAK NORMAL & pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan lanjutan di klinik pergigian
  • 118. SOALAN 4 Gambar ini menunjukkan cebisan tulang rahang yg telah ………………
  • 119. JAWAPAN SOALAN 4 • Cebisan tulang rahang yg telah mati (Osteoradionecrosis of mandible) • Punca berlaku adalah kerana pesakit melakukan prosedur cabutan gigi selepas radioterapi
  • 120. SOALAN 5 Kanser atau bukan kanser ?
  • 121. JAWAPAN SOALAN 5 Bukan kanser. Ia adalah struktur normal yg terdapat pada lidah yg dipanggil sebagai ‘circumvallate papillae’
  • 122. Disediakan oleh : Dr Norazreen Abdul Jalil Pegawai Pergigian UG 52 Klinik Pergigian Peringgit