SlideShare a Scribd company logo
1 of 70
MASYARAKAT
MALAYSIA
PM3041
MASYARAKAT MAJMUK
merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun
campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tetapi tidak bercantum.
Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman
dan cara hidupnya yang tersendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup
bersebelahan tetapi terasing dalam satu unit politik.
Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum dan
etnik.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai masyarakat
majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum. Tiga kaum utama di Malaysia,
Cina, Melayu dan India telah pun menetap di tanah ini selama 6 abad.
Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada hampir 80 kaum etnik,
terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya,
Kadazan, Dusun dan Iban.
ASAL – USUL MASYARAKAT
MALAYSIA
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan.
Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara
ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya
terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
 Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
 Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau
itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di
muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi.
Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
KEDUDUKAN GEOGRAFI TANAH
MELAYU
terletak di antara China dan India menjadi laluan perdagangan yang
strategik. Ia terdedah kepada pengaruh dan peradaban kebudayaan dari
kedua-dua negara.
Tanah Melayu merupakan tempat pertembungan dua musim angin yang
bertiup pada setiap tahun.
 Mei - Ogos : Musim tiupan angin barat daya.
 November - April : Musim tiupan angin timur laut.
Selat Melaka memisahkan di antara Tanah Melayu dengan Sumatera. Ia juga
menjadi 'rumah separuh jalan' kepada kegiatan perdagangan.
ZAMAN BARU DI TANAH MELAYU
Semasa penduduk di Lembah Nil sudah membentuk peradaban
tamadun, Tanah Melayu dalam zaman batunya. Puak-puak : Orang
Negrito dan Semang bergerak turun dari Utara ke Selatan dan disusuli
oleh orang Melayu Asli dari daerah Yunan pada 300S.M
Kerajaan Melayu Sebelum Pembukaan Melaka
a) Kerajaan Kedah Tua
b) Kerajaan Langkasuka
c) Kerajaan Funan
d) Kerajaan Srivijaya
e) Kerajaan Majapahit
f) Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
a) Kerajaan Kedah Tua
-Tumpuan pedagang India dari Teluk Benggala.
-Di puncak Gunung Jerai berfungsi sebagai tanda arah bagi kapal yang
berlabuh.
-Pelabuhan Sungai Merbuk menjadi pusat penumpuan dan pengagihan
barang.
-Pada abad ke-9, Kedah diserang oleh Kerajaan Chola dari India Selatan.
b) Kerajaan Langkasuka
-Kerajaan ini terletak di timur laut Tanah Melayu, iaitu daerah Patani.
-Terdapat banyak bekalan bahan makanan dan air di kawasan tersebut.
-Kerajaan ini juga menghasilkan kayu wangi, gading gajah dan sumbu
badak yang ditukar dengan saudagar China untuk kain sutera,kapas dan
tembikar
C) Kerajaan Funan
-Kerajaan ini terletak di Sungai Mekong dan kerajaan Hindu pertama di Asia
Tenggara.
-Pada abad ke-3, kerajaan Funan (Fang-Shih-Man) menakluki Utara Tanah
Melayu dan menguasai pelabuhan. Abad ke-6 pula, kerajaan Chen Ha
menewaskan Kerajaan Funan dan mendirikan kerajaan Khmer.
d) Kerajaan Srivijaya
-Pada abad ke-7, muncul kerajaan Srivijaya yang menguasai Tanah Melayu,
Selat Sunda dan Selat Melaka.
-Pada abad ke-11, mereka telah menguasai Sumatera, Pulau Jawa, Tanah
Melayu dan Pulau Kalimantan.
-Pada abad ke-13, pemberontakan yang berlaku telah melemahkan kuasa
kerajaan Srivijaya dan membuka ruang untuk kemunculan kerajaan
Majapahit dan Empayar Siam.
e) Kerajaan Majapahit
-berpusat di Jawa Timur di bawah pimpinan Gajah Mada.
-Kerajaan ini juga telah menakluki Bali, Temasik, Pahang, Sumatera dan Jawa Barat.
-Setelah kematian Gajah Mada, keagungan kerajaan telah merosot.
f) Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
-berkembang pesat selepas ditubuhkan oleh Parameswara (1395).
-Parameswara terlibat dalam pemberontakan menetang pemerintahan Majapahit
dan melarikan diri dari Temasik serta membunuh pemerintah Temasik.
-Pemerintahan Siam marah dan menghantar tentera menangkap Parmeswara.
Parameswara dan pengikut melarikan diri ke Muar dan ke Melaka. Kemudian beliau
telah mengistiharkan diri sebagai Raja Melaka.
-Bagi menghadapi ancaman Siam, mewujudkan hubungan diplomatik dengan
China. Kerajaan tersebut telah berkembang pesat sehingga jatuh ke tangan
Portugis pada tahun 1511.
KEDATANGAN ORANG CINA
-telah mula datang berniaga semenjak wujudnya Kerajaan Kedah Tua dan
Melaka.
- Penghijrahan beramai-ramai pada abad ke-19 adalah untuk bekerja di
lombong bijih timah di Lukut dan Sungai Ujong.
- negara China menghadapi kadar pertumbuhan penduduk yang pesat,
masalah peperangan, perolakkan dalam negeri, masalah pengangguran,dan
kebuluran.
-pihak British telah membawa masuk buruh dari India dan Sri Lanka (abad 19)
-Kebanyakkan mereka bekerja di ladang kopi, teh dan perusahan getah. Ada
juga yang berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital dan kakitangan
keretapi Tanah Melayu.
-Penghijrahan buruh dari India dan Sri Lanka ke Tanah Melayu adalah kerana
Kedatangan Orang India
ASAS - ASAS KEBUDAYAAN
MASYARAKAT DI MALAYSIA
•Adat resam - kebiasaan cara hidup
yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat yang
dapat menggambarkan
corak budaya
masyarakat tersebut.
- satu aspek yang
penting
- merangkumi seluruh
aspek bermula dari kelahiran,
perkahwinan
sehinggalah kematian
Setiap kaum mengamalkan agama, bahasa, adat resam dan
kebudayaan masing-masing.
Jadual Berikut menerangkan agama dan bahasa kaum majaroti di
Malaysia.
ADAT RESAM
MASYARAKAT
MELAYU
ADAT
PERPATIH
Masyarakat melayu
Negeri Sembilan
Menekankan
konsep demokrasi
& muafakat
Raja bukan
berkuasa mutlak
Pewaris harta
pusaka
diutamakan anak
perempuan
ADAT
TEMENGGUNG
Masyarakat melayu
seluruh
semenanjung
kecuali N9
Pemerintahan raja
mutlak
Keutamaan
diberikan kepada
kaum lelaki
Pengaruh yang
banyak dari agama
Islam
i. KELAHIRAN
- zuriat: suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai
- setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya
masing-masing
- setiap kelahiran perlu disyukuri
ii. SEWAKTU MENGANDUNG – MELENGGANG PERUT
Wanita mengandung
anak sulung
(kandungan 7-8
bulan)
Dijalankan bidan
untuk membuang
geruh / kecelakaan &
membetulkan
kedudukan bayi
Dipanggil kirim perut
(utara semenanjung)
dan mandi tian di
sesetengah tempat
ii. SEWAKTU MENGANDUNG – MELENGGANG PERUT
- Peralatan yang diperlukan
i. Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
ii. Segantang beras
iii. Sebiji kelapa
iv. Beberapa urat benang mentah
v. Damar
vi. Minyak kelapa atau minyak urut
vii. Lilin
viii. Tepak sirih yang lengkap isinya
ii. SEWAKTU MENGANDUNG – MELENGGANG PERUT
- setelah membersihkan badan, ibu mengandung bercermin muka dengan
harapan anak yang bakal lahir mendapat rupa paras yang cantic
- bidan akan membentangkan tujuh helai kain berbentuk melintang
sehelai di atas sehelai yang lain.
- Ibu hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut.
- Bidan akan mengurut ibu hamil dengan menggunakan minyak kelapa /
minyak urut.
- Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu
menggulingkannya perlahan - lahan diatas perut terus ke hujung kakinya
sebanyak tujuh kali.
- Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya
ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya.
- Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada
perut wanita hamil itu.
- Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan
beserta dengan peralatan upacara tadi.
- Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu
PERKAHWINAN
MERISIK
o Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan: untuk
memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum
berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang
meminang tunangan orang.
o adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis
berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa
serta pengetahuan agamanya.
o Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak
lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.
o Faktor penerimaan pihak gadis: latar belakang agama serta pekerjaan
yang baik.
o Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan
sebentuk cincin tanda berupa cincin belah rotan
o jika pihak gadis bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk
peminangan.
MEMINANG
o Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak
keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu
rombongan peminangan.
o Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga
terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan
mereka yang sebenarnya secara rasmi.
o Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk
menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat
bertunang pula.
o perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran
dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang
untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan
semasa majlis pertunangan kelak
AKAD NIKAH
bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan
kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan.
Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada
pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan
barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah
pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam.
Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi
wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh
mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin
perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan.
Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu
berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan.
Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki,
majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan.
AKAD NIKAH
 Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain
hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak
perempuan.
Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-
tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan
di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan
pernikahan itu.
Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara
umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan
rumahtangga dari sudut agama.
Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil
berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki
mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya.
Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau(nama pengantin perempuan)
dengan mas kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh
pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti
yang dilafazkan oleh tok kadi).
Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak,
sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga
AKAD NIKAH
upacara membatalkan air sembahyang: Si suami akan menyarungkan
cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di
dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini
dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah
diijabkabulkan.
Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai
ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah
semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa
tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar.
Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini
dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak
tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di
hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin.
Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar.
Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.
Kematian
Kewajipan – fardhu
kifayah
Mayat perlu dimuliakan
& dihormati
Maklum kepada tok
imam, saudara mara,
jiran dan tetangga
kampung
Jenazah diletakkan di
tengah ruang rumah,
ditutup dengan sehelai
kain dan kepala
dihadapkan ke arah
kiblat. Tangan kanan
diatas tangan kiri di
dada.
Orang yang menziarahi
menyedekahkan bacaan al-
Quran. Kebiasaan –
meletakkan bara kemenyan
berdekatan mayat
Dimandi sebelum
dikebumikan. Tukang
mandi jenazah mengikut
jantina. Ahli keluarga
digalakkan.
Mayat dikapankan – dibalut dengan kain + kapas
putih.
Jenazah lelaki: 3 lapisan
Jenazah wanita: 5 lapisan beserta telekung.
Dipakaikan celak dan diletak kapur barus.
Penghormatan terakhir-
ahli keluarga + muhrim
dibenarkan mencium
jenazah
Pengumuman - Waris
memohon maaf bagi
pihak jenazah dan
menyelesaikan jika ada
hutang.
ADAT RESAM
MASYARAKAT
CINA
peranan
yang besar
sebagai
pakar
rujuk
(kelahiran,
perkahwin
an,
kematian)
Tukan
g Tilik
Dipengaruhi
oleh
persekitaran
dan alam
sekitar
- Banyak
bergantung
kepada nasib
Kehidup
an
Seharian
Diamalkan
secara
berbeza
mengikut
kau-kaum
tertentu
dalam
masyarakat
Cina
Adat
Resam
&
Pantang
Larang
KELAHIRA
N
Sewaktu mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh
wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas
bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa
kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian.
Wanita yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di
dalam setiap tindaktanduk dan kegiatan seharian mereka.
Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga
wanita mengandung dan bukannya suami.
Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana
anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan
nama nenek moyang.
Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara
waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi
milik keluarga suaminya.
Pantang
Larang
sewaktu Hamil
tidak digalakkan
terlalu kerap
menggosok perut
mereka
kerana bayi yang
lahir kelak akan
mempunyai sifat
yang manja
tidak dibenarkan
melakukan kerja-
kerja seperti
memaku kerana
dikhuatiri bayi
yang lahir akan
mengalami
kecacatan
perlu mengawal
tingkah laku
seperti tidak
mengeluarkan
kata-kata kesat
dan dilarang
memukul binatang
- bertujuan
menghindari bayi
dari terkena badi.
digalakkan
bekerja supaya
mudah bersalin
Sebarang konflik
atau perselisihan
perlu dihindari
supaya kandungan
tidak mengalami
sebarang gangguan
Elak beri nama
kepada bayi
sebelum lahir –
mengelakkan
perasaan kecewa
bila harapan tak
kesampaian
Dilarang makan
makanan tajam
(nenas, manga) serta
tak digalakkan makan
banyak supaya bayi
tidak menjadi besar
Lihat bentuk perut
untuk menentukan
jantina – bayi
perempuan jika
perut agak bulat
dan sebaliknya jika
bentuk agak tajam
PERKAHWINA
N
eksplisit implisit
perkahwinan
yang diatur
samada oleh ibu
bapa atau orang
tengah (moi-
ngin)
perkahwinan di
mana kedua-dua
lelaki dan
perempuan
diberi kebebasan
untuk memilih
pasangan
masing-masing
• penting untuk mengekalkan
institusi keluarga dan melaluinya
keturunan nenek moyang dapat
diteruskan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain.
• sesuatu perkahwinan itu dirancang
dan diatur sebaikbaiknya
• Percaya bahawa pasangan yang
berkahwin tanpa mengikut aturan
adat dianggap tidak sah
MERISIK
 untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat
Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi,
watak dan tingkah laku si gadis – penting untuk menjamin
rumahtangga yang berkekalan
 Cara – terpulang kepada ibu bapa. Lazimnya ibu bapa pihak lelaki
akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan
keluarga si gadis.
 Gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran
dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat
penting kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua
belah keluarga.
 Perbincangan adalah berkenaan perkara-perkara umum
PERKAHWIN
AN
Tempoh – setahun selepas
bertunang @ yang dipersetujui.
Sekiranya berlaku kematian ahli
keluarga, ditangguhkan setahun @
100 hari.
Pengantin dihias indah – pakaian
dari sutera disulam benang emas +
pelbagai aksesori.
Tema warna: merah, putih @ kuning.
Warna hitam, kelabu & biru dilarang
– melambangkan kematian @
kesedihan
Pengantin lelaki
bertandang ke rumah
pengantin perempuan
dan didudukkan Bersama
untuk pertama kali.
Kemudian diiringi ke
pelamin di ruang tamu.
Pasangan pengantin
dibawa bertemu ahli
keluarga masing-masing
untuk diperkenalkan
selain untuk meminta
restu
Upacara minum teh –
melambangkan penerimaan
pasangan pengantin
terutama pengantin
perempuan ke dalam
keluarga suami. Pasangan
pengantin memberi teh
kepada sanak saudara
pengantin lelaki.
Sebagai bukti
perkahwinan, pasangan
menandatangani dua
pucuk surat – Keat foon
ching soo di hadapan
saksi.
KEMATIAN
o Mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati.
o Mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada
di alam akhirat.
o Mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai
ketika hari perkahwinan + aksesori untuk mayat wanita
o mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya,
keranda diukir dengan bersalutkan logam – menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya
o saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati – dilakukan dengan kuat
dari mayat di ruang tamu sehingga ke Kawasan perkuburan
o diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati
dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan terseksa.
o Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama
dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan.
o Mayat diusung dengan pengusung kayu yang diukir menarik mengikut status. Pada zaman sekarang, keranda
diletakkan di dalam lori kecil khas untuk menghantar mayat.
o Pelbagai lagu dimainkan untuk mengiringi mayat – lagu agama atau tradisional untuk melambangkan kesedihan @
takziah. Lagu kegemaran si mati turut dimainkan. Iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat
dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
o Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan
topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada
jut atau sabut
o Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan
mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang
dalam upacara kematian tersebut.
o Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang
disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut
kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh
berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.
ADAT RESAM
MASYARAKA
T ORANG
INDIA
Etnik ke-3 terbesar
di Malaysia
Kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan yang
masih kekal
sehingga kini
Terdiri dari pelbagai
suku kaum
SEWAKTU
MENGANDUNG
Valaikaappu: adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil
menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan.
- diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar
India.
- Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa
dihadiri oleh
cumanggali (wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak)
Suulkaappu: Sebentuk gelang yang dipakaikan kepada wanita hamil.
- Suul bermaksud `kandungan ibu’ dan Kaappu pula bermaksud
'perlindungan’. - bertujuan untuk melindungi bayi di dalam
kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
- terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam
dan emas mengikut kemampuan masing-masing.
- Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan
dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan
dipakaikan pada hari pemberian nama.
SEWAKTU
MENGANDUNG
Cilir: - hadiah kepada wanita hamil tersebut
diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.
Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk
kumkum, kunyit, buah- buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta
pelbagai manisan.
mutugu niir (kulittal): upacara memandikan wanita hamil tersebut
- Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan
air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-
bungaan.
- Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan
seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.
- Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru
yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu.
- lampu minyak ’kuttu vilakku’ dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan
dan sebagai memulakan upacara.
SEWAKTU
MENGANDUNG
- Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut
seperti pelbagai
jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.
- Adat ini dimulakan dengan upacara sembahyang.
- Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim
cendana pada
kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan
gelang tangan
dipakaikan. Makanan yang disediakan juga disuapkan kepada wanita hamil
tersebut. - - Sebagai tanda terima kasih, wanita hamil akan
menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan beberapa gelang kepada
cumanggali yang menjalankan upacara ini.
Aalatti: Upacara yang dijalankan iaitu dengan menyediakan air kunyit +
kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di
tengah tengahnya.
- Kapur barus dihidupkan di atas sirih tadi.
- Dulang diangkat oleh tiga orang cumanggali dan diputar mengikut arah
jam dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan wanita hamil tersebut.
- Salah seorang cumanggali akan mencelup ibu jarinya ke dalam air aalatti
dan
menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Setelah itu, isi dulang aalatti dibuang
SEWAKTU
MENGANDUNG
• Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang
disediakan.
• Nasi nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya
dibungkus dengan
kain putih dan disimpul.
• Wanita hamil itu diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini.
• Jika bungkusan yang dibuka adalah nasi manis, dipercayai anak yang bakal
lahir adalah perempuan, sebaliknya pula adalah lelaki.
• Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di
rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin.
• Upacara valaikaappu ini masih diterima dan diamalkan masyarakat India
tetapi disesuaikan mengikut faktor ekonomi, pendidikan dan struktur lapisan
masyarakat.
PERKAHWIN
AN
Vaitikat
Thairumanam
Tamil
Thairumanam
Diya
Thairumanam
o Dijalankan berlandaskan aspek suku kaum
o dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti
pakaian dan lain-lain.
o Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil
sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.
o Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu
dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.
o Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari
PERKAHWIN
AN
o Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin
hidup bahagia hingga hari tua.
o Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung
cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang
yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada
pengantin perempuan hingga aras dada.
o Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar
dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
o Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah
menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air
susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki
ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.
PERKAHWIN
AN
o Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga
kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.
o Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.
o Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan
dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang
baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian
manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang,
jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.
KEMATIAN
o Percaya konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka
akan bangun selepas tidur.
o Sarjana India: kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan
hancur, tetapi kembali ke alam barzakh .
o Mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai
adat tertentu akan dilakukan.
o Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang
tamu.
o Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau
kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan.
o Sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati.
o Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai symbol ketenangan jiwa si mati.
KEMATIAN
o Sepanjang berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya.
o Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan
kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat.
Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain.
o kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling
diletakkan di atas dahi.
o Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan
disumbatkan dengan kapas.
o Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar
supaya tidak berbau.
o Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan
dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu.
KEMATIAN
o Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang
tamu atau halaman rumah.
o Kaum lelaki (ada hubungan kekeluargaan) membawa air dalam jumlah yang ganjil.
Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain,
kecuali air paip.
o Buyung ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk
memasuki air tersebut.
o Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk
memandikan mayat.
o Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala
sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan
diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk
KEMATIAN
o Mayat yang sudah dibersihkan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah
menghormati tetamu.
o Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam
keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau.
o Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai
menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi.
o Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang
diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat.
o Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan.
Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih.
Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja.
KEMATIAN
o Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula.
Kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan.
o Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang
neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor.
o Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan
kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan.
o Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam
sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.
o Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai
hadiah terakhir.
o Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa
yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai
KEMATIAN
o Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali
sebagai tanda penghormatan.
o Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api diangkat dengan
menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat
pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun
bapa.
o Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu
untuk ibu.
o Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa
kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan
hidup lebih Bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.
o Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut.
KEMATIAN
o Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi
goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur
dan setiap bahan bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri.
o Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan
pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit
kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad.
o Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad.
Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagian kaki ke kubur dan
kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di
dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi.
o Keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan
atau diletakkan di atas kayu api untuk dibakar.
o Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu
diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan.
o Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ.
Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga
kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk
kollic catti dengan menyebut ’sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali.
o pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk
melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala
dibakar dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk
mengurangkan kesedihan keluarga si mati.
o Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu
lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang
tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut.
o Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara
penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah.
ADAT RESAM MASYARAKAT
SARAWAK
•budaya lama masyarakat Iban.
•seorang lelaki akan memburu kepala untuk ditunjukkan kepada keluarga bakal
mertuanya / sebagai lambang kepahlawanan mereka
head hunting
(pemburuan kepala)
• dipanggil ‘ utai basai gagamit’ (tidak ada masalah besar yang tidak boleh
diatasi).
•Konsep muafakat masyarakat Iban
Konsep Muafakat
•didiami oleh beberapa buah keluarga bagi masyarakat Iban
•terbahagi kepada beberapa buah bilik dan setiap bilik dihuni oleh sebuah
keluarga yang biasanya keluarga asas
•Rumah panjang suku Kelabit pula tidak ada bilik untuk keluarga, Cuma
terdapat bilik yang memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah
dalam.
Rumah Panjang
•di sebelah belakang bilik ialah tempat makan dan dapur.
•Jika ada keramaian, makanan dihidang di beranda (ruai).
•Sebelah luar bilik juga terdapat ruang yang dipanggil
‘panggan’, iaitu tempat tidur orang bujang dan tetamu lelaki.
•Di bawah rumah ialah tempat binatang ternakan seperti babi
dan ayam.
Rumah
Panjang (Iban)
• terdapat upacara-upacara khas
•melibatkan seluruh ahli rumah panjang dan perundingan
dengan ‘tuai rumah’ (ketua rumah).
Adat Kematian
•‘ngetup garam’: proses memasukkan garam ke dalam mulut
bayi yang baru dilahirkan
•.’bekindu’: wanita yang baru lepas bersalin berdiang di unggun
api selama 41 hari dan 41 malam.
Adat
Kelahiran
ADAT RESAM MASYARAKAT
SABAH
•proses pengebumian melibatkan seluruh masyarakat.
•Unggun Api dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh-roh jahat.
•Terdapat konsep ‘mihad’ – menangisi mayat, ‘memojuk’ – memandikan
mayat dan ‘menguman’ – menghias & mendandan mayat
•‘lobong’ bermaksud kubur dan ‘panukup’ bermaksud kenduri
Adat Kematian
•proses memberi nama bayi juga melibatkan perbincangan dengan ahli
keluarga dan jiran.
•Adat ‘mintuhun’ – adat menjejakkan kaki bayi ke tanah.
Adat Kelahiran
•terhadap empat kategori norma atau nilai, iaitu hubungan lelaki dengan
perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian.
Masyarakat
Bajau
PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA
PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA
PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA
PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA
PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA
PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA
KESAN MASYARAKAT MAJMUK
Kepelbagaian
Budaya
•melahirkan pelbagai budaya dan perayaan di Malaysia
•setiap perayaan ini disambut dengan penuh meriah dalam keadaaan aman dan harmoni
•Rumah terbuka yang diadakan ketika menyambut hari perayaan sering diadakan oleh pemimpin @ orang perseorangan bagi
mengeratkan hubungan
•Amalan kunjung mengunjung semasa perayaan dan juga majlis perkahwinan.
Pendidikan
•Dasar Pendidikan Kebangsaan: setiap kaum diberikan peluang untuk mendapatkan peluang pendidikan yang bergantung kepada
potensi akademik.
•Kerajaan dan pihak-pihak tertentu telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak tempatan untuk melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi.
Pekerjaan
•pelbagai jenis peluang pekerjaan telah diceburi oleh masyarakat berbilang kaum
•Tidak hanya terikat dalam bidang tertentu seperti pertanian, perladangan. Kini turut mengambil bahagian dalam perniagaan,
perindustrian, sektor awam dan swasta dll
• merapatkan jurang perbezaan pekerjaan yang berlaku sebelum ini
KESAN MASYARAKAT MAJMUK
Bahasa
•wujudnya pelbagai Bahasa – sikap keterbukaan antara kaum dimana semua kaum bersedia untuk menerima dan belajar
Bahasa kaum lain. Rakyat bebas mempelajari Bahasa ibunda masing-masing.
•Bahasa Malaysia - Bahasa Rasmi Negara seperti mana yang diperakui dalam perlembagaan Negara. Bahasa yang diguna
untuk menyatupadukan semua kaum.
Politik
•Pencapaian kerjasama dalam bidang politik antara ketiga-tiga kaum iaitu antara Melayu, Cina dan India telah lahir sejak
terbentuknya Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC (1954)
• kerjasama politik antara ketiga-tiga kaum ini berlanjutan sehingga kini – penting demi memastikan kesejahteraan
rakyat berbilang kaum
Penempatan
•Pada zaman pemerintahan British dahulu semua kaum diasingkan penempatannya mengikut kaum masing-masing
• kini, semua kaum bebas berada di mana-mana sahaja dan memilih penempatan sendiri mengikut kesesuaian pekerjaan
dan kemampuan mereka – kejiranan terdiri dari pelbagai kaum.
PENDEKATAN
MENANGANI
CABARAN PEMBINAAN
NEGARA
PM3041
USAHA- USAHA KE ARAH
MASYARAKAT MAJMUK
a. Menggalakkan Penduduk Berhijrah dari Satu Kawasan ke Kawasan
lain.
• Penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia. Pegawai kerajaan
dan keluarga mereka boleh diarahkan berpindah dan berkhidmat di wilayah – wilayah
yang memerlukan khidmat mereka. Selain itu, pegawai-pegawai ini juga boleh
digalakkan untuk menyertai seminar, persidangan dan program latihan di seluruh
negara.
• Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain.
Dalam rancangan ini, peniaga-peniaga dikawasan mundur diberi keutamaan untuk
berhijrah ke kawasan yang lebih maju dalam mengembangkan aktiviti ekonomi
mereka.
• Dalam bidang keselamatan, keperluan keselamatan dan pembesaran angkatan
tentera dan polis di wilayah-wilayah tertentu dengan membawa masuk
b. Penyeragaman Sistem Pendidikan (Melalui Dasar- Dasar Pelajaran)
• Semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes 1951 , Penyata Fenn-
wu 1952, Undang- undang pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata
Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar
berhubung dengan isu pendidikan berperanan memupuk perpaduan.
• Dasar- dasar tersebut penting bagi memastikan pengasingan yang
wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuhkan dan
digantikan dengan sistem pendidikan yang lebih seragam dan
menyeluruh.
• Keseragaman lebih menjaminkan perpaduan rakyat. Peruntukan yang
besar juga disediakan untuk perkembangan pendidikan di Sabah dan
Sarawak.
c. Peranan Media Massa
• Alat- alat mediamassa pada waktu itu seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM)
dan akhbar digunakan untuk pembinan bangsa. Pendedahan kepada pelbagai berita,
laporan dan dasar kerajaan akan dapat mengurangkan jurang maklumat yang wujud.
• Media masa juga dapat membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang
memahami pelbagai nilai dan simbol negara. Hal ini sekali gus mengurangkan
masalah prasangka akibat berbagai-bagai maklumat yang tidak tepat.
d. Integrasi ekonomi
• Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan
Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan
lain-lain.
• Dasar- dasar ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak
zaman penjajahan dan yang masih kental pada zaman kemerdekaan dapat
dimansuhkan.
e. Penyatuan Fahaman Politik
• Sistem kerajaan campuran (campuran dari segi pelbagai kaum)
• Sistem ini juga tidak mengetepikan parti-parti politik yang berkuasa di Sabah dan
Sarawak yang boleh menyertai kerajaan campuran pada peringkat pusat di Kuala
Lumpur. Justeru, muncul parti perikatan, iaitu hasil gabungan UMNO, MCA dan MIC.
• Setelah Barisan National muncul, keanggotaan parti komponen semakin bertambah.
• Pindaan Akta Hasutan juga dikeluarkan bagi membolehkan dua perkara sensitif
berikut yang tidak dibincangkan secara umum, iaitu kedudukan istimewa orang
Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu.
f. Aspek- aspek Sosial Lain.
• Langkah memupuk perpaduan cuba dicapai dengan pengenalan dan penerapan
dasar sosial seperti Rukun Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dan lain-lain.
• Secara keseluruhan, Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional
kerana sikap kesederhanaan dan bertolak ansur semua kaum.
STRATEGI PEMANTAPAN
PERPADUAN
a. Rukun Negara
1. Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada
berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
2. Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN
dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalan ialah Majlis Perundingan
Negara (MPN).
3. Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara ini dicetuskan semasa
mesyuarat pertama MPN, iaitu pada 27 Januari 1970.
b. Objektif Rukun Negara
MAKSUD 5 PRINSIP RUKUN
NEGARA
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
 kepercayaan yang menjadikan bangsa dan negara ini berdaulat.
 Perlembagaan Persekutuan: Islam ialah agama rasmi Persekutuan.
 Agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan
 tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas
alasan agama adalah dilarang sama sekali.
 Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan
juga sesuatu bangsa dan negara.
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
o Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan
Seri Paduka BagMalaysia mengamalkan inda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara.
o Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja
mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap
negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri negeri yang tidak
beraja.
o Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah
merupakan lambang perpaduan rakyat.
o Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap
warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan
ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.
o Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia
kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin
tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
3. Keluhuran Perlembagaan
 Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
 Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara
ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
 Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua
kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan
satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan
diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
 Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan
sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi
segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan,
kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
4. Kedaulatan Undang Undang
 Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap
rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan hak
asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu
kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.
Tanpa undang-undang, kehidupan masyarakat dan negara tidak
akan aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula
oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
 Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak
melanggar undang-undang serta perkara perkara sebagaimana yang
dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang
dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan
kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang
tidak menurut Perlembagaan.
5. Kesopanan dan Kesusilaan
 Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni yang dijalankan sekarang.
Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna
dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi
yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang
angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi
dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan dalam masyarakat
majmuk yang harmoni.

More Related Content

Similar to Masyarakat Majmuk Malaysia

Zairullah azhar power point xii ips 2
Zairullah azhar power point xii ips 2Zairullah azhar power point xii ips 2
Zairullah azhar power point xii ips 2Paarief Udin
 
Zairullah azhar power point xii ips 2
Zairullah azhar power point xii ips 2Zairullah azhar power point xii ips 2
Zairullah azhar power point xii ips 2Paarief Udin
 
Sejarah islam
Sejarah islam Sejarah islam
Sejarah islam fay Rafida
 
Eseimen budaya dan pembelajaran 2012
Eseimen budaya dan pembelajaran 2012Eseimen budaya dan pembelajaran 2012
Eseimen budaya dan pembelajaran 2012Pensil Dan Pemadam
 
Interaksi melayu,cina, india
Interaksi  melayu,cina, indiaInteraksi  melayu,cina, india
Interaksi melayu,cina, indiaSuhaimi Shafie
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Rathnaa Wayy
 
Kemunculantamadunawalmanusia....
Kemunculantamadunawalmanusia....Kemunculantamadunawalmanusia....
Kemunculantamadunawalmanusia....Sam Syech
 
XII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptx
XII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptxXII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptx
XII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptxMukhlisMukhlis25
 
XII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptx
XII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptxXII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptx
XII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptxDamarPrawira
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bshare with me
 
Penyebaran Agama Islam ke Indonesia, Sejarah Masjid Agung Demak, Tari Bedhoyo...
Penyebaran Agama Islam ke Indonesia, Sejarah Masjid Agung Demak, Tari Bedhoyo...Penyebaran Agama Islam ke Indonesia, Sejarah Masjid Agung Demak, Tari Bedhoyo...
Penyebaran Agama Islam ke Indonesia, Sejarah Masjid Agung Demak, Tari Bedhoyo...Euodia Prastika
 
Perkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesiaPerkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesiaEvi Yuniar
 
Sejarah f1 bab 11 sabah
Sejarah f1 bab 11 sabahSejarah f1 bab 11 sabah
Sejarah f1 bab 11 sabahpseudon
 

Similar to Masyarakat Majmuk Malaysia (20)

Zairullah azhar power point xii ips 2
Zairullah azhar power point xii ips 2Zairullah azhar power point xii ips 2
Zairullah azhar power point xii ips 2
 
Zairullah azhar power point xii ips 2
Zairullah azhar power point xii ips 2Zairullah azhar power point xii ips 2
Zairullah azhar power point xii ips 2
 
Sejarah islam
Sejarah islam Sejarah islam
Sejarah islam
 
Eseimen budaya dan pembelajaran 2012
Eseimen budaya dan pembelajaran 2012Eseimen budaya dan pembelajaran 2012
Eseimen budaya dan pembelajaran 2012
 
Interaksi melayu,cina, india
Interaksi  melayu,cina, indiaInteraksi  melayu,cina, india
Interaksi melayu,cina, india
 
Minggu 1 (B2) TITAS.pptx
Minggu 1 (B2) TITAS.pptxMinggu 1 (B2) TITAS.pptx
Minggu 1 (B2) TITAS.pptx
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~
 
Ilmu budaya melayu
Ilmu budaya melayuIlmu budaya melayu
Ilmu budaya melayu
 
Kemunculantamadunawalmanusia....
Kemunculantamadunawalmanusia....Kemunculantamadunawalmanusia....
Kemunculantamadunawalmanusia....
 
XII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptx
XII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptxXII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptx
XII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptx
 
Bab 10 : Sarawak
Bab 10 : SarawakBab 10 : Sarawak
Bab 10 : Sarawak
 
XII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptx
XII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptxXII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptx
XII_Gasal_6.-Rahmat-Islam-Bagi-Nusantara.pptx
 
Wrer
WrerWrer
Wrer
 
Masyarakat melayu
Masyarakat melayuMasyarakat melayu
Masyarakat melayu
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2b
 
Budaya mulok SEJARAH KABUPATEN MUNA
Budaya mulok SEJARAH KABUPATEN MUNABudaya mulok SEJARAH KABUPATEN MUNA
Budaya mulok SEJARAH KABUPATEN MUNA
 
Penyebaran Agama Islam ke Indonesia, Sejarah Masjid Agung Demak, Tari Bedhoyo...
Penyebaran Agama Islam ke Indonesia, Sejarah Masjid Agung Demak, Tari Bedhoyo...Penyebaran Agama Islam ke Indonesia, Sejarah Masjid Agung Demak, Tari Bedhoyo...
Penyebaran Agama Islam ke Indonesia, Sejarah Masjid Agung Demak, Tari Bedhoyo...
 
Perkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesiaPerkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesia
 
Sejarah f1 bab 11 sabah
Sejarah f1 bab 11 sabahSejarah f1 bab 11 sabah
Sejarah f1 bab 11 sabah
 
MAKALAH KEBUDAYAAN KAB. MUNA
MAKALAH KEBUDAYAAN KAB. MUNAMAKALAH KEBUDAYAAN KAB. MUNA
MAKALAH KEBUDAYAAN KAB. MUNA
 

Recently uploaded

soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 

Recently uploaded (20)

soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 

Masyarakat Majmuk Malaysia

  • 2. MASYARAKAT MAJMUK merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya yang tersendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum dan etnik. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum. Tiga kaum utama di Malaysia, Cina, Melayu dan India telah pun menetap di tanah ini selama 6 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada hampir 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan, Dusun dan Iban.
  • 3. ASAL – USUL MASYARAKAT MALAYSIA Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:  Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)  Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara) Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
  • 4. KEDUDUKAN GEOGRAFI TANAH MELAYU terletak di antara China dan India menjadi laluan perdagangan yang strategik. Ia terdedah kepada pengaruh dan peradaban kebudayaan dari kedua-dua negara. Tanah Melayu merupakan tempat pertembungan dua musim angin yang bertiup pada setiap tahun.  Mei - Ogos : Musim tiupan angin barat daya.  November - April : Musim tiupan angin timur laut. Selat Melaka memisahkan di antara Tanah Melayu dengan Sumatera. Ia juga menjadi 'rumah separuh jalan' kepada kegiatan perdagangan.
  • 5. ZAMAN BARU DI TANAH MELAYU Semasa penduduk di Lembah Nil sudah membentuk peradaban tamadun, Tanah Melayu dalam zaman batunya. Puak-puak : Orang Negrito dan Semang bergerak turun dari Utara ke Selatan dan disusuli oleh orang Melayu Asli dari daerah Yunan pada 300S.M Kerajaan Melayu Sebelum Pembukaan Melaka a) Kerajaan Kedah Tua b) Kerajaan Langkasuka c) Kerajaan Funan d) Kerajaan Srivijaya e) Kerajaan Majapahit f) Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
  • 6. a) Kerajaan Kedah Tua -Tumpuan pedagang India dari Teluk Benggala. -Di puncak Gunung Jerai berfungsi sebagai tanda arah bagi kapal yang berlabuh. -Pelabuhan Sungai Merbuk menjadi pusat penumpuan dan pengagihan barang. -Pada abad ke-9, Kedah diserang oleh Kerajaan Chola dari India Selatan. b) Kerajaan Langkasuka -Kerajaan ini terletak di timur laut Tanah Melayu, iaitu daerah Patani. -Terdapat banyak bekalan bahan makanan dan air di kawasan tersebut. -Kerajaan ini juga menghasilkan kayu wangi, gading gajah dan sumbu badak yang ditukar dengan saudagar China untuk kain sutera,kapas dan tembikar
  • 7. C) Kerajaan Funan -Kerajaan ini terletak di Sungai Mekong dan kerajaan Hindu pertama di Asia Tenggara. -Pada abad ke-3, kerajaan Funan (Fang-Shih-Man) menakluki Utara Tanah Melayu dan menguasai pelabuhan. Abad ke-6 pula, kerajaan Chen Ha menewaskan Kerajaan Funan dan mendirikan kerajaan Khmer. d) Kerajaan Srivijaya -Pada abad ke-7, muncul kerajaan Srivijaya yang menguasai Tanah Melayu, Selat Sunda dan Selat Melaka. -Pada abad ke-11, mereka telah menguasai Sumatera, Pulau Jawa, Tanah Melayu dan Pulau Kalimantan. -Pada abad ke-13, pemberontakan yang berlaku telah melemahkan kuasa kerajaan Srivijaya dan membuka ruang untuk kemunculan kerajaan Majapahit dan Empayar Siam.
  • 8.
  • 9. e) Kerajaan Majapahit -berpusat di Jawa Timur di bawah pimpinan Gajah Mada. -Kerajaan ini juga telah menakluki Bali, Temasik, Pahang, Sumatera dan Jawa Barat. -Setelah kematian Gajah Mada, keagungan kerajaan telah merosot. f) Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka -berkembang pesat selepas ditubuhkan oleh Parameswara (1395). -Parameswara terlibat dalam pemberontakan menetang pemerintahan Majapahit dan melarikan diri dari Temasik serta membunuh pemerintah Temasik. -Pemerintahan Siam marah dan menghantar tentera menangkap Parmeswara. Parameswara dan pengikut melarikan diri ke Muar dan ke Melaka. Kemudian beliau telah mengistiharkan diri sebagai Raja Melaka. -Bagi menghadapi ancaman Siam, mewujudkan hubungan diplomatik dengan China. Kerajaan tersebut telah berkembang pesat sehingga jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.
  • 10. KEDATANGAN ORANG CINA -telah mula datang berniaga semenjak wujudnya Kerajaan Kedah Tua dan Melaka. - Penghijrahan beramai-ramai pada abad ke-19 adalah untuk bekerja di lombong bijih timah di Lukut dan Sungai Ujong. - negara China menghadapi kadar pertumbuhan penduduk yang pesat, masalah peperangan, perolakkan dalam negeri, masalah pengangguran,dan kebuluran. -pihak British telah membawa masuk buruh dari India dan Sri Lanka (abad 19) -Kebanyakkan mereka bekerja di ladang kopi, teh dan perusahan getah. Ada juga yang berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital dan kakitangan keretapi Tanah Melayu. -Penghijrahan buruh dari India dan Sri Lanka ke Tanah Melayu adalah kerana Kedatangan Orang India
  • 11. ASAS - ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT DI MALAYSIA •Adat resam - kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. - satu aspek yang penting - merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian
  • 12. Setiap kaum mengamalkan agama, bahasa, adat resam dan kebudayaan masing-masing. Jadual Berikut menerangkan agama dan bahasa kaum majaroti di Malaysia.
  • 13. ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU ADAT PERPATIH Masyarakat melayu Negeri Sembilan Menekankan konsep demokrasi & muafakat Raja bukan berkuasa mutlak Pewaris harta pusaka diutamakan anak perempuan ADAT TEMENGGUNG Masyarakat melayu seluruh semenanjung kecuali N9 Pemerintahan raja mutlak Keutamaan diberikan kepada kaum lelaki Pengaruh yang banyak dari agama Islam
  • 14. i. KELAHIRAN - zuriat: suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai - setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing - setiap kelahiran perlu disyukuri ii. SEWAKTU MENGANDUNG – MELENGGANG PERUT Wanita mengandung anak sulung (kandungan 7-8 bulan) Dijalankan bidan untuk membuang geruh / kecelakaan & membetulkan kedudukan bayi Dipanggil kirim perut (utara semenanjung) dan mandi tian di sesetengah tempat
  • 15. ii. SEWAKTU MENGANDUNG – MELENGGANG PERUT - Peralatan yang diperlukan i. Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan ii. Segantang beras iii. Sebiji kelapa iv. Beberapa urat benang mentah v. Damar vi. Minyak kelapa atau minyak urut vii. Lilin viii. Tepak sirih yang lengkap isinya
  • 16. ii. SEWAKTU MENGANDUNG – MELENGGANG PERUT - setelah membersihkan badan, ibu mengandung bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir mendapat rupa paras yang cantic - bidan akan membentangkan tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. - Ibu hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. - Bidan akan mengurut ibu hamil dengan menggunakan minyak kelapa / minyak urut. - Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan - lahan diatas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. - Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. - Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. - Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. - Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu
  • 17. PERKAHWINAN MERISIK o Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan: untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. o adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. o Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. o Faktor penerimaan pihak gadis: latar belakang agama serta pekerjaan yang baik. o Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanda berupa cincin belah rotan o jika pihak gadis bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.
  • 18. MEMINANG o Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. o Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. o Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. o perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak
  • 19. AKAD NIKAH bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam. Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan.
  • 20. AKAD NIKAH  Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah- tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga
  • 21. AKAD NIKAH upacara membatalkan air sembahyang: Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.
  • 22. Kematian Kewajipan – fardhu kifayah Mayat perlu dimuliakan & dihormati Maklum kepada tok imam, saudara mara, jiran dan tetangga kampung Jenazah diletakkan di tengah ruang rumah, ditutup dengan sehelai kain dan kepala dihadapkan ke arah kiblat. Tangan kanan diatas tangan kiri di dada. Orang yang menziarahi menyedekahkan bacaan al- Quran. Kebiasaan – meletakkan bara kemenyan berdekatan mayat Dimandi sebelum dikebumikan. Tukang mandi jenazah mengikut jantina. Ahli keluarga digalakkan. Mayat dikapankan – dibalut dengan kain + kapas putih. Jenazah lelaki: 3 lapisan Jenazah wanita: 5 lapisan beserta telekung. Dipakaikan celak dan diletak kapur barus. Penghormatan terakhir- ahli keluarga + muhrim dibenarkan mencium jenazah Pengumuman - Waris memohon maaf bagi pihak jenazah dan menyelesaikan jika ada hutang.
  • 23. ADAT RESAM MASYARAKAT CINA peranan yang besar sebagai pakar rujuk (kelahiran, perkahwin an, kematian) Tukan g Tilik Dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekitar - Banyak bergantung kepada nasib Kehidup an Seharian Diamalkan secara berbeza mengikut kau-kaum tertentu dalam masyarakat Cina Adat Resam & Pantang Larang
  • 24. KELAHIRA N Sewaktu mengandung Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindaktanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
  • 25. Pantang Larang sewaktu Hamil tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja tidak dibenarkan melakukan kerja- kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang - bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. digalakkan bekerja supaya mudah bersalin Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan Elak beri nama kepada bayi sebelum lahir – mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tak kesampaian Dilarang makan makanan tajam (nenas, manga) serta tak digalakkan makan banyak supaya bayi tidak menjadi besar Lihat bentuk perut untuk menentukan jantina – bayi perempuan jika perut agak bulat dan sebaliknya jika bentuk agak tajam
  • 26. PERKAHWINA N eksplisit implisit perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi- ngin) perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing • penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. • sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaikbaiknya • Percaya bahawa pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah
  • 27. MERISIK  untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis – penting untuk menjamin rumahtangga yang berkekalan  Cara – terpulang kepada ibu bapa. Lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.  Gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga.  Perbincangan adalah berkenaan perkara-perkara umum
  • 28. PERKAHWIN AN Tempoh – setahun selepas bertunang @ yang dipersetujui. Sekiranya berlaku kematian ahli keluarga, ditangguhkan setahun @ 100 hari. Pengantin dihias indah – pakaian dari sutera disulam benang emas + pelbagai aksesori. Tema warna: merah, putih @ kuning. Warna hitam, kelabu & biru dilarang – melambangkan kematian @ kesedihan Pengantin lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan dan didudukkan Bersama untuk pertama kali. Kemudian diiringi ke pelamin di ruang tamu. Pasangan pengantin dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing untuk diperkenalkan selain untuk meminta restu Upacara minum teh – melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutama pengantin perempuan ke dalam keluarga suami. Pasangan pengantin memberi teh kepada sanak saudara pengantin lelaki. Sebagai bukti perkahwinan, pasangan menandatangani dua pucuk surat – Keat foon ching soo di hadapan saksi.
  • 29. KEMATIAN o Mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. o Mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. o Mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan + aksesori untuk mayat wanita o mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam – menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya o saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati – dilakukan dengan kuat dari mayat di ruang tamu sehingga ke Kawasan perkuburan o diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan terseksa. o Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. o Mayat diusung dengan pengusung kayu yang diukir menarik mengikut status. Pada zaman sekarang, keranda diletakkan di dalam lori kecil khas untuk menghantar mayat. o Pelbagai lagu dimainkan untuk mengiringi mayat – lagu agama atau tradisional untuk melambangkan kesedihan @ takziah. Lagu kegemaran si mati turut dimainkan. Iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
  • 30. o Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut o Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. o Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.
  • 31. ADAT RESAM MASYARAKA T ORANG INDIA Etnik ke-3 terbesar di Malaysia Kaya dengan ciri-ciri kebudayaan yang masih kekal sehingga kini Terdiri dari pelbagai suku kaum
  • 32. SEWAKTU MENGANDUNG Valaikaappu: adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. - diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. - Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dihadiri oleh cumanggali (wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak) Suulkaappu: Sebentuk gelang yang dipakaikan kepada wanita hamil. - Suul bermaksud `kandungan ibu’ dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan’. - bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. - terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. - Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.
  • 33. SEWAKTU MENGANDUNG Cilir: - hadiah kepada wanita hamil tersebut diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah- buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. mutugu niir (kulittal): upacara memandikan wanita hamil tersebut - Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga- bungaan. - Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. - Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. - lampu minyak ’kuttu vilakku’ dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara.
  • 34. SEWAKTU MENGANDUNG - Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan. - Adat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. - Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan. Makanan yang disediakan juga disuapkan kepada wanita hamil tersebut. - - Sebagai tanda terima kasih, wanita hamil akan menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan beberapa gelang kepada cumanggali yang menjalankan upacara ini. Aalatti: Upacara yang dijalankan iaitu dengan menyediakan air kunyit + kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di tengah tengahnya. - Kapur barus dihidupkan di atas sirih tadi. - Dulang diangkat oleh tiga orang cumanggali dan diputar mengikut arah jam dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan wanita hamil tersebut. - Salah seorang cumanggali akan mencelup ibu jarinya ke dalam air aalatti dan menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Setelah itu, isi dulang aalatti dibuang
  • 35. SEWAKTU MENGANDUNG • Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang disediakan. • Nasi nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul. • Wanita hamil itu diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini. • Jika bungkusan yang dibuka adalah nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir adalah perempuan, sebaliknya pula adalah lelaki. • Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin. • Upacara valaikaappu ini masih diterima dan diamalkan masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut faktor ekonomi, pendidikan dan struktur lapisan masyarakat.
  • 36. PERKAHWIN AN Vaitikat Thairumanam Tamil Thairumanam Diya Thairumanam o Dijalankan berlandaskan aspek suku kaum o dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. o Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. o Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. o Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari
  • 37. PERKAHWIN AN o Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. o Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. o Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. o Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.
  • 38. PERKAHWIN AN o Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. o Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri. o Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.
  • 39. KEMATIAN o Percaya konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. o Sarjana India: kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . o Mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan. o Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. o Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. o Sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. o Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai symbol ketenangan jiwa si mati.
  • 40. KEMATIAN o Sepanjang berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. o Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. o kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. o Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. o Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. o Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu.
  • 41. KEMATIAN o Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. o Kaum lelaki (ada hubungan kekeluargaan) membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. o Buyung ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. o Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. o Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk
  • 42. KEMATIAN o Mayat yang sudah dibersihkan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu. o Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. o Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. o Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. o Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja.
  • 43. KEMATIAN o Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula. Kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. o Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. o Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. o Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. o Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. o Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai
  • 44. KEMATIAN o Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan. o Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. o Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. o Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih Bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. o Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut.
  • 45. KEMATIAN o Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri. o Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. o Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi. o Keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api untuk dibakar.
  • 46. o Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. o Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ. Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut ’sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. o pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati. o Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. o Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah.
  • 47. ADAT RESAM MASYARAKAT SARAWAK •budaya lama masyarakat Iban. •seorang lelaki akan memburu kepala untuk ditunjukkan kepada keluarga bakal mertuanya / sebagai lambang kepahlawanan mereka head hunting (pemburuan kepala) • dipanggil ‘ utai basai gagamit’ (tidak ada masalah besar yang tidak boleh diatasi). •Konsep muafakat masyarakat Iban Konsep Muafakat •didiami oleh beberapa buah keluarga bagi masyarakat Iban •terbahagi kepada beberapa buah bilik dan setiap bilik dihuni oleh sebuah keluarga yang biasanya keluarga asas •Rumah panjang suku Kelabit pula tidak ada bilik untuk keluarga, Cuma terdapat bilik yang memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah dalam. Rumah Panjang
  • 48. •di sebelah belakang bilik ialah tempat makan dan dapur. •Jika ada keramaian, makanan dihidang di beranda (ruai). •Sebelah luar bilik juga terdapat ruang yang dipanggil ‘panggan’, iaitu tempat tidur orang bujang dan tetamu lelaki. •Di bawah rumah ialah tempat binatang ternakan seperti babi dan ayam. Rumah Panjang (Iban) • terdapat upacara-upacara khas •melibatkan seluruh ahli rumah panjang dan perundingan dengan ‘tuai rumah’ (ketua rumah). Adat Kematian •‘ngetup garam’: proses memasukkan garam ke dalam mulut bayi yang baru dilahirkan •.’bekindu’: wanita yang baru lepas bersalin berdiang di unggun api selama 41 hari dan 41 malam. Adat Kelahiran
  • 49. ADAT RESAM MASYARAKAT SABAH •proses pengebumian melibatkan seluruh masyarakat. •Unggun Api dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh-roh jahat. •Terdapat konsep ‘mihad’ – menangisi mayat, ‘memojuk’ – memandikan mayat dan ‘menguman’ – menghias & mendandan mayat •‘lobong’ bermaksud kubur dan ‘panukup’ bermaksud kenduri Adat Kematian •proses memberi nama bayi juga melibatkan perbincangan dengan ahli keluarga dan jiran. •Adat ‘mintuhun’ – adat menjejakkan kaki bayi ke tanah. Adat Kelahiran •terhadap empat kategori norma atau nilai, iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian. Masyarakat Bajau
  • 50. PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA
  • 51. PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA
  • 52. PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA
  • 53. PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA
  • 54. PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA
  • 55. PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA
  • 56. KESAN MASYARAKAT MAJMUK Kepelbagaian Budaya •melahirkan pelbagai budaya dan perayaan di Malaysia •setiap perayaan ini disambut dengan penuh meriah dalam keadaaan aman dan harmoni •Rumah terbuka yang diadakan ketika menyambut hari perayaan sering diadakan oleh pemimpin @ orang perseorangan bagi mengeratkan hubungan •Amalan kunjung mengunjung semasa perayaan dan juga majlis perkahwinan. Pendidikan •Dasar Pendidikan Kebangsaan: setiap kaum diberikan peluang untuk mendapatkan peluang pendidikan yang bergantung kepada potensi akademik. •Kerajaan dan pihak-pihak tertentu telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak tempatan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pekerjaan •pelbagai jenis peluang pekerjaan telah diceburi oleh masyarakat berbilang kaum •Tidak hanya terikat dalam bidang tertentu seperti pertanian, perladangan. Kini turut mengambil bahagian dalam perniagaan, perindustrian, sektor awam dan swasta dll • merapatkan jurang perbezaan pekerjaan yang berlaku sebelum ini
  • 57. KESAN MASYARAKAT MAJMUK Bahasa •wujudnya pelbagai Bahasa – sikap keterbukaan antara kaum dimana semua kaum bersedia untuk menerima dan belajar Bahasa kaum lain. Rakyat bebas mempelajari Bahasa ibunda masing-masing. •Bahasa Malaysia - Bahasa Rasmi Negara seperti mana yang diperakui dalam perlembagaan Negara. Bahasa yang diguna untuk menyatupadukan semua kaum. Politik •Pencapaian kerjasama dalam bidang politik antara ketiga-tiga kaum iaitu antara Melayu, Cina dan India telah lahir sejak terbentuknya Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC (1954) • kerjasama politik antara ketiga-tiga kaum ini berlanjutan sehingga kini – penting demi memastikan kesejahteraan rakyat berbilang kaum Penempatan •Pada zaman pemerintahan British dahulu semua kaum diasingkan penempatannya mengikut kaum masing-masing • kini, semua kaum bebas berada di mana-mana sahaja dan memilih penempatan sendiri mengikut kesesuaian pekerjaan dan kemampuan mereka – kejiranan terdiri dari pelbagai kaum.
  • 59. USAHA- USAHA KE ARAH MASYARAKAT MAJMUK a. Menggalakkan Penduduk Berhijrah dari Satu Kawasan ke Kawasan lain. • Penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia. Pegawai kerajaan dan keluarga mereka boleh diarahkan berpindah dan berkhidmat di wilayah – wilayah yang memerlukan khidmat mereka. Selain itu, pegawai-pegawai ini juga boleh digalakkan untuk menyertai seminar, persidangan dan program latihan di seluruh negara. • Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain. Dalam rancangan ini, peniaga-peniaga dikawasan mundur diberi keutamaan untuk berhijrah ke kawasan yang lebih maju dalam mengembangkan aktiviti ekonomi mereka. • Dalam bidang keselamatan, keperluan keselamatan dan pembesaran angkatan tentera dan polis di wilayah-wilayah tertentu dengan membawa masuk
  • 60. b. Penyeragaman Sistem Pendidikan (Melalui Dasar- Dasar Pelajaran) • Semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes 1951 , Penyata Fenn- wu 1952, Undang- undang pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung dengan isu pendidikan berperanan memupuk perpaduan. • Dasar- dasar tersebut penting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuhkan dan digantikan dengan sistem pendidikan yang lebih seragam dan menyeluruh. • Keseragaman lebih menjaminkan perpaduan rakyat. Peruntukan yang besar juga disediakan untuk perkembangan pendidikan di Sabah dan Sarawak.
  • 61. c. Peranan Media Massa • Alat- alat mediamassa pada waktu itu seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan akhbar digunakan untuk pembinan bangsa. Pendedahan kepada pelbagai berita, laporan dan dasar kerajaan akan dapat mengurangkan jurang maklumat yang wujud. • Media masa juga dapat membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai dan simbol negara. Hal ini sekali gus mengurangkan masalah prasangka akibat berbagai-bagai maklumat yang tidak tepat. d. Integrasi ekonomi • Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan lain-lain. • Dasar- dasar ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dan yang masih kental pada zaman kemerdekaan dapat dimansuhkan.
  • 62. e. Penyatuan Fahaman Politik • Sistem kerajaan campuran (campuran dari segi pelbagai kaum) • Sistem ini juga tidak mengetepikan parti-parti politik yang berkuasa di Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaan campuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur. Justeru, muncul parti perikatan, iaitu hasil gabungan UMNO, MCA dan MIC. • Setelah Barisan National muncul, keanggotaan parti komponen semakin bertambah. • Pindaan Akta Hasutan juga dikeluarkan bagi membolehkan dua perkara sensitif berikut yang tidak dibincangkan secara umum, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu. f. Aspek- aspek Sosial Lain. • Langkah memupuk perpaduan cuba dicapai dengan pengenalan dan penerapan dasar sosial seperti Rukun Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. • Secara keseluruhan, Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional kerana sikap kesederhanaan dan bertolak ansur semua kaum.
  • 63. STRATEGI PEMANTAPAN PERPADUAN a. Rukun Negara 1. Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. 2. Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalan ialah Majlis Perundingan Negara (MPN). 3. Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN, iaitu pada 27 Januari 1970.
  • 65.
  • 66. MAKSUD 5 PRINSIP RUKUN NEGARA 1. Kepercayaan Kepada Tuhan  kepercayaan yang menjadikan bangsa dan negara ini berdaulat.  Perlembagaan Persekutuan: Islam ialah agama rasmi Persekutuan.  Agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan  tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.  Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
  • 67. 2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara o Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka BagMalaysia mengamalkan inda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. o Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri negeri yang tidak beraja. o Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. o Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. o Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
  • 68. 3. Keluhuran Perlembagaan  Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.  Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.  Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.  Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
  • 69. 4. Kedaulatan Undang Undang  Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan hak asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, kehidupan masyarakat dan negara tidak akan aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.  Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
  • 70. 5. Kesopanan dan Kesusilaan  Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan dalam masyarakat majmuk yang harmoni.