SlideShare a Scribd company logo
1 of 48
Download to read offline
1
KOD KURSUS:
IIN3002 - PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN AL-QURAN
TAJUK TUGASAN:
KAJIAN TERHADAP PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAGI
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN KKQ DI SEKOLAH
NAMA PENSYARAH:
DR AHMAD BIN YUSSUF
AHLI KUMPULAN:
BIL. NAMA NO. MATRIK
1 NOR SYAZWANI BINTI SAUFI IIN160018
2 NUR FARHANI BINTI ZAKARIA IIN160024
3 NURUL ATIQAH BINTI IRHAM IIN160034
SEMESTER 1
SESI 2018/2019
2
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
1.0 PELAJAR KKQ………………………………………………………………………..1
2.0 KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PENILAIAN………………………………...2
2.1 KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PENILAIAN KKQ…………………….2
2.1.1 Kaedah Tasmik………………………………………………………...2
2.1.2 Kaedah Latih Tubi……………………………………………………..3
2.1.3 Kaedah Pemerhatian……………………………………………….…..4
2.1.4 Kuiz……………………………………………………………………4
2.1.5 Peperiksaan…………………………………………………………….5
2.2 KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM…5
2.2.1 Kaedah Pembentangan………………………………………………...6
3.0 PENGGUBALAN SOALAN……………………………………………………………6
3.1 PENGGUBALAN SOALAN KKQ………………………………………………7
3.2 PENGGUBALAN SOALAN PENDIDIKAN ISLAM…………………………...7
4.0 BENTUK PENILAIAN …………………………………………………………………7
4.1 BENTUK PENILAIAN KKQ…………………………………………………….8
4.2 BENTUK PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM………………………………...8
5.0 BENTUK SOALAN……………………………………………………………………..9
5.1 BENTUK SOALAN KKQ………………………………………………………..9
5.2 BENTUK SOALAN PENDIDIKAN ISLAM……………………………………9
6.0 ASPEK PENILAIAN…………………………………………………………………..10
6.1 ASPEK PENILAIAN KKQ……………………………………………………..10
6.2 ASPEK PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM………………………………….10
7.0 PEPERIKSAAN DAN PEMARKAHAN…………………………………………….11
7.1 PEPERIKSAAN DAN PEMARKAHAN KKQ………………………………...11
7.2 PEPERIKSAAN DAN PEMARKAHAN PENDIDIKAN ISLAM……………..11
8.0 ALAT PENILAIAN…………………………………………………….……………..12
8.1 ALAT PENILAIAN KKQ……………………………………………………...12
8.2 ALAT PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM…………………………………..12
9.0 MASALAH PELAKSANAAN……………………………………………………….13
9.1 MASALAH PELAKSANAAN KKQ…………………………………………..13
9.1.1 Masalah Waktu Pelaksanaan………………………………………....13
3
9.1.2 Ruang Pembelajaran Tidak Selesa…………………………………...14
9.1.3 Pelajar Yang Terpilih Sebahagiannya Bukan Atas Minat…………...14
9.1.4 Kekurangan guru Untuk Melaksanakan KKQ……………………….14
9.1.5 Kelas KKQ Diganggu Ko-Kurikulum……………………………......14
9.1.6 Pendekatan Guru Dalam Kelas Membosankan………………...…….15
9.2 MASALAH PELAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM…………………..…..15
9.2.1 Bilangan Murid Yang Terlalu Ramai………………………………...15
9.2.2 Kekurangan Masa Pelaksanaan Penilaian……………………..….….16
9.2.3 Tidak Mempunyai Kemahiran jawi dan Al-Quran yang Baik…….…16
9.2.4 Guru Pendidikan Islam Terlalu Sibuk…………………………..……16
10.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)……………………………….16
10.1 PBS DALAM KKQ…………………………………………………………….19
10.2 PBS DALAM PENDIDIKAN ISLAM……………………………………...…19
11.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM) DAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)………………….20
11.1 KBSM DAN KSSM DALAM KKQ……………………………………………21
11.2 KBSM DAN KSSM DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM…………21
12.0 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)……………………………….21
12.1 KBAT DALAM KKQ…………………………………………………………..22
12.2 KBAT DALAM PENDIDIDKAN ISLAM…………………………………….23
13.0 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) ………………..23
13.1 PPPM DALAM KKQ…………………………………………………………..24
13.2 PPPM DALAM PENDIDIKAN ISLAM………………………………………25
14.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)………………………………25
14.1 FPK DALAM PENILAIAN KKQ………………………………………..……26
14.2 FPK DALAM PENDIDIKAN ISLAM…………………………………..…….26
15.0 LAMPIRAN………………………………………………………………………...…27
15.1 BUKU KKQ….……………………………………………………..…….……27
15.2 LAMPIRAN KKQ (Kad Kemajuan Hafazan)………………………….......…..28
15.3 LAMPIRAN PENDIDIKAN ISLAM (Buku PAFA)…………………………..30
15.4 BUKU NOTA DAN LATIHAN KKQ…………………………………………31
15.5 BUKU KEMAJUAN KKQ……………………………………………………..36
15.6 SIJIL KKQ………………………………………………………………...……38
16.0 RUMUSAN…………………………………………………………………………….39
4
17.0 LAMPIRAN……………………………………………………………………………40
18.0 RUJUKAN……………………………………………………………………………43
1
PENDAHULUAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kami
dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan kepada kami dalam subjek Penilaian
dalamPendidikan Al-Quran (IIN3002) dengan jayanya. Tugasan yang diberikan oleh
pensyarah kami iaitu Dr.Ahmad Bin Yussuf adalah untuk menemubual guru-guru
Pendidikan Islam dan Kelas Kemahiran Membaca & Menghafaz Al-Quran (KKQ)
berkenaan sistem yang digunapakai atau latarbelakang penilaian yang dijalankan disekolah
dalam matapelajaran Pendidikan Islam serta KKQ.
Oleh itu, kami telah memilih tiga buah sekolah untuk dijadikan destinasi
temubual iaitu SMAP Kajang, SMK Seksyen 4, Kota Damansara dan SMK Bandar
Baru Ampang. Guru-guru yang telah ditemubual terdiri daripada seorang guru Pendidikan
Islam dan tiga orang guru KKQ. Di SMAP Kajang kami telah menemubual seorang guru
KKQ iaitu Ustaz Firli yang merupakan bekas pelajar Universiti Malaya iaitu dari Program
Pendidikan Islam. Manakala di SMK Seksyen 4, Kota Damansara kami telah menemubual
dua orang guru iaitu Ustaz Hafiz Afandi bagi subjek KKQ dan Ustazah Hasni bagi subjek
Pendidikan Islam. Di SMK Bandar Baru Ampang pula, kami telah menemubual Ustazah
Azura dan Ustaz Shahrun Nizam.
Sebelum sesi temubual dijalankan, kami telah membuat kajian secara teori
dengan merujuk buku-buku, melayari internet dan pelbagai sumber yang lain bagi
mendapatkan pengetahuan secara dasar tentang penilaian dalam pendidikan. Setelah itu,
kami merangka soalan-soalan untuk digunapakai sebagai alat temubual bagi membolehkan
kami mendapatkan informasi yang dikehendaki dalam tugasan ini. Di dalam penulisan
ini, kami melaporkan temubual yang telah dibuat dan sedikit teori yang berkaitan
dengan tugasan.
1.0 PELAJAR KKQ
Berdasarkan dapatan kajian yang kami jalankan di ketiga-tiga sekolah, kami mendapati
bahawa purata jumlah pelajar KKQ adalah sekitar 20 hingga 30 orang pelajar sahaja kerana ia
jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam sebuah kelas akan menyebabkan suasana belajar
kurang kondusif dan penilaian yang dijalankan juga kurang efektif. Sebelum memasuki kelas
KKQ, pelajar dikehendaki menduduki ujian penempatan ataupun placement test bagi
mengukur tahap kemampuan pelajar dalam ilmu al-quran dan juga jawi. Di SMK Seksyen 4,
Kota Damansara dan SMK Bandar Baru Ampang, semua pelajar Kelas Aliran Agama
2
diwajibkan mengambil KKQ. Ujian penempatan dijalankan pada minggu pertama sesi
persekolahan iaitu semasa minggu orientasi bagi pelajar tingkatan 1. Pelajar yang lulus ujian
penempatan ini akan terus ditempatkan di KAA. manakala di SMAP Kajang pula kelas KKQ
dibuka kepada sesiapa yang berminat sahaja. Di SMK Seksyen 4, Kota Damansara, ujian
penempatan dijalankan untuk menilai tahap pengetahuan ilmu Al Quran pelajar sahaja kerana
kesemua pelajar KAA dipilih untuk memasuki kelas KKQ kerana kekurangan pelajar
disebabkan pelajar yang cemerlang berpindah keluar.
Di SMK Bandar Baru Ampang, keputusan UPSR juga diambil kira sebagai penguat
kepada penilaian terhadap pelajar. Ujian ini berbentuk ujian bertulis dan syafawi bagi menilai
tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran Al-Quran. Pelajar juga dinilai dari penguasaan
Bahasa Arab (syafawi dan bertulis). Pengambilan pelajar berdasarkan markah yang diperoleh
akan tetapi, jika kekurangan pelajar, pihak sekolah tetap akan mengambil pelajar yang lemah
kerana kuota paling kurang dalam satu kelas adalah 15 orang pelajar.
2.0 KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PENILAIAN
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam penilaian KKQ dan
Pendidikan Islam. Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMAP
Kajang, SMK Seksyen 4 Kota Damansara dan SMK Bandar Baru Ampang kami dapati
bahawa antara kaedah dalam penilaian guru terhadap murid ialah :
1. Kaedah Tasmik 4. Kuiz
2. Kaedah Latih Tubi 5. Peperiksaan
3. Kaedah Pemerhatian 6. Kaedah Pembentangan
2.1 KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PENILAIAN KKQ
2.1.1 Kaedah Tasmik
Apabila berbincang mengenai tasmik, ia berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru
secara talaqqi dan musyafahah, hasil kajian menunjukkan dapatan kajian selari dengan
pengkaji-pengkaji terdahulu seperti Amal Hayati (2012); Misnan et al.(2013); Norlela (2007)
dan Asmawati (2013) yang telah membuktikan kesedaran guru terhadap kepentingan kaedah
talaqqi dan musyafahah sebagai kaedah terbaik bagi meningkatkan kemahiran murid dalam
tilawah Al-Quran. Melalui kaedah ini, ia membolehkan murid duduk berhadapan dengan
guru, mendengar bacaan guru dan kemudian murid pula membaca dengan bimbingan guru.
3
Melalui pendekatan ini, maka guru terlebih dahulu seharusnya menguasai ilmu dan
kemahiran tentang bacaan Al-Quran agar menjadi contoh terhadap para pelajar. Menyentuh
tentang penglibatan murid mengetuai dalam pengajaran, Al-Qabisi (1955) menyarankan
supaya melibatkan murid cerdik dalam pengajaran. Hal ini kerana bilangan murid yang ramai
menyebabkan guru tidak mampu untuk melaksanakan aktiviti tasmik terhadap keseluruhan
murid secara individu. Bagi mengatasi masalah ini, guru dicadangkan agar melantik seorang
ketua yang baik bacaannya untuk membimbing rakan murid yang lemah.1
Dalam KKQ, kaedah tasmik ini digunakan untuk penilaian dalam KKQ terutamanya
pada bahagian hafazan, tarannum dan qiraat. Contohnya pada bahagian hafazan, pada
permulaannya, pelajar membaca beberapa ayat di dalam kelas sebelum mula menghafaz ayat
tersebut. Maka pada pembacaan pelajar kali pertama, guru akan membuat penilaian dengan
memperbetulkan kesalahan tajwid untuk memastikan ayat yang dihafaz itu bebas
daripada kesalahan tajwid.
Berikutnya, pelajar akan memperdengarkan bacaan kepada guru dengan
menggunakan kaedah tasmik. Selain memperdengarkan bacaan kepada guru, pelajar
juga melaksanakan tasmik dengan rakan kerana kekangan masa. Pelajar yang
melaksanakan tasmik dengan rakan mereka itu akan diuji semula hafazannya secara rawak
oleh guru (bukan semua ayat).
Untuk bahagian tarannum pula, pada awalnya, pelajar akan mendengar
audio tarannum atau bacaan guru. Seterusnya, pelajar akan membaca ayat Al-Quran
dengan tarannum yang didengari secara beramai-ramai. Pada waktu tersebut, guru akan
menilai bacaan pelajar dari segi tajwid, suara dan juga tarannum serta memperbetulkannya.
Selepas itu, pelajar akan membaca secara individu di hadapan guru. Di negeri Selangor
khususnya daerah Gombak, guru-guru disediakan kursus yang khusus untuk KKQ ini. Hal
ini penting untuk melatih guru-guru yang kurang berkemahiran terutamanya pada bahagian
tarannum dan qiraat.
2.1.2 Kaedah Latih Tubi
Dalam teori behaviorisme, terdapat tokoh yang memperkenalkan hukum latihan iaitu
Thorndike. Menurut Thorndike, hukum latihan sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan,
1
Paharuddin bin Arbain et al., “Persepsi Murid Terhadap Perlaksanaan Kaedah Pengajaran Guru dan
Hubungannya Dengan Pencapaian Murid Dalam Tilawah Al-Quran Program J-Qaf”, Jurnal Penyelidikan
Dedikasi, 8 (2014),12.
4
perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah jika diulang-ulang. Di sini
merujuk kepada kaedah hafalan tetapi bukan hafalan panjang.
Sebagai contoh setelah teknik atau kaedah baru dipelajari, pelajar akan menjadi lebih
baik. Secara tidak langsung pelajar akan menjadi lebih faham dan ingat mengenai topik yang
diajar. Satu bentuk perubahan tingkah laku akan terhasil kesan daripada pengulangan yang
kerap.2
Dalam penilaian KKQ, pelajar membuat latihan menggunakan buku modul yang
disediakan kepada mereka. Kaedah membuat latihan ini, membantu pelajar untuk lebih
memahami isi pelajaran dan memudahkan guru untuk menilai pelajar dalam kelima-
lima bahagian dalam KKQ iaitu tajwid, ulum Al-Quran, hafazan, qiraat dan tarannum.
2.1.3 Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian bermaksud guru memerhatikan tingkah laku pelajar secara
berterusan dan menilai pelajar. Kaedah ini penting untuk guru mengenalpasti pelajar
yang cemerlang dan pelajar yang lemah supaya guru dapat membantu pelajar tersebut.
Melalui kaedah ini, guru membuat pemerhatian terhadap tingkah laku para pelajar dari segi
sahsiah dan akhlak pelajar secara sedar dan tidak sedar. Secara tidak langsung, guru dapat
membuat penilaian terhadap pelajar berdasarkan pemerhatian tersebut.
2.1.4 Kuiz
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kuiz ialah ujian terhadap pengetahuan
seseorang dengan mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab. Dalam penilaian KKQ,
kebanyakan guru menggunakan VLE Frog untuk melaksanakan kuiz. Sekolah yang
menggunakan sepenuhnya VLE Frog adalah SMAP Kajang. Di SMAP Kajang, guru KKQ
menggunakan VLE Frog secara aktif yang mana ketika waktu cuti sekolah, penggunaan VLE
Frog tetap berjalan. Hal ini demikian kerana, pelajar diberikan tugasan sewaktu cuti sekolah
dan diminta untuk menghantar tugasan tersebut melalui ruang yang disediakan oleh guru di
VLE Frog. Antara tugasannya ialah pelajar dikehendaki menghantar peti suara yang
merekodkan bacaan tarannum mereka mengikut apa yang telah diarahkan oleh guru KKQ dan
menghantarnya di ruangan di VLE frog sebagai tugasan dan penialain semasa cuti sekolah.
Bagi pelajar yang tidak mempunyai kemudahan komputer atau internet di rumah, mereka
2
Universiti Pendidikan Sultan Idris, “Teori Pengajaran Tingkah Laku”, laman sesawang UPSI-KPT 4033,
dicapai 15 Disember 2018, https://upsi-kpt4033-s,wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkahlaku.
5
diminta untuk membuat tugasan tersebut di cyber café berdekatan kediaman mereka dan terus
menghantar tugasan yang diberikan kepada guru mereka. VLE Frog bukan sahaja digunakan
ketika cuti persekolahan, malah sering digunakan ketika sesi pembelajaran dijalankan. Guru
akan membawa para pelajar ke makmal komputer untuk menjawab soalan kuiz yang
disediakan oleh guru itu sendiri atau yang terdapat dalam VLE Frog. Secara tidak langsung,
bahan penilaian ini boleh menarik perhatian pelajar dengan adanya penggunaan teknologi
moden seperti ini. Hal ini berlainan pula bagi SMK Seksyen 4 Kota Damansara dan SMK
Bandar Baru Ampang di mana guru KKQ melaksanakan pop quiz mengikut kumpulan
dengan menggunakan kertas dan papan putih.
2.1.5 Peperiksaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, peperiksaan membawa maksud ujian
untuk menentukan kebolehan dan kepandaian seseorang. Di Malaysia, peperiksaan
wujud di pelbagai peringkat dan terdapat kelebihan dan kekurangannya yang
tersendiri. Antara kebaikan peperiksaan adalah ia dapat menguji dan mengukur tahap
kefahaman pelajar.
Melalui peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-
kelemahan pelajar dalam topik yang diajarkan. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan
langkah-langkah yang lebih efektif untuk membantu dan membimbing pelajar bagi mengatasi
kekurangan-kekurangan tersebut. Oleh itu, guru dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan
meningkatkan kemahiran supaya objektif pengajaran dapat dicapai sekaligus dapat
meningkatkan prestasi pelajar dari pelbagai sudut dari semasa ke semasa antaranya
peningkatan prestasi dalam peperiksaan.
2.2 KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM
Kaedah pelaksanaan penilaian Pendidikan Islam tidak jauh bezanya dengan penilaian
KKQ. Antara kaedah yang digunakan adalah kaedah tasmik. Dalam penilaian Pendidikan
Islam, kaedah tasmik ini digunakan terutamanya untuk ayat hafazan dalam silibus Pendidikan
Islam. Selain itu, kaedah pemerhatian, kuiz, kaedah latih tubi (latihan melalui buku) dan juga
peperiksaan turut digunapakai.
Unsur yang berbeza pada penilaian Pendidikan Islam ini adalah dengan menggunakan
sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga
dipraktikkan secara menonjol pada penilaian Pendidikan Islam berbanding KKQ. Contoh
6
unsur-unsur KBAT yang diterapkan dalam Pendidikan Islam adalah hukum tentang sesuatu
situasi. Contohnya, apabila guru mengajar tentang adab berjiran, guru akan meminta
pelajar untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu isu tersebut iaitu “Apabila jiran
kamu bergaduh, apakah tindakan kamu?”. Oleh itu, di sini guru akan melatih pelajar
berfikir luar kotak pada masa yang sama guru akan dapat menilai para pelajar. KBAT dan
PBS diterangkan secara lebih lanjut dalam penulisan ini pada bahagiannya yang khusus.
2.2.1 Kaedah Pembentangan
. Melalui kaedah ini, guru akan membuat penilaian berdasarkan penerangan dan
pembentangan yang dilaksanakan oleh para pelajar di dalam bilik darjah. Guru akan memberi
tugasan kepada pelajar dalam bentuk kumpulan atau individu dan para pelajar mesti tampil ke
hadapan kelas untuk membentangkan tugasan yang telah diberikan dan menerangkannya
kepada murid-murid yang lain. Dalam masa yang sama guru akan menilai tahap kefaham
pelajar tersebut serta penguasaannya dalam pengajaran yang telah dipelajari. Guru juga akan
menilai pelajar-pelajar lain yang telah mendengar pembentangan rakan mereka semasa sesi
soal jawab dan refleksi dijalankan. Jadi, melalui kaedah pembentangan guru dapat membuat
penilaian terhadap para pelajar.
3.0 PENGGUBALAN SOALAN
Antara persamaan bagi penggubalan soalan KKQ dan Pendidikan Islam ialah guru
dipandu oleh Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). SPSK adalah satu standard rujukan
yang menetapkan dan menerangkan prinsip-prinsip asas yang perlu ada dalam sistem kualiti
bagi memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan oleh sekolah dapat memenuhi kehendak
pelanggan. Pelaksanaan standard bagi sistem ini akan memastikan bahawa
perkhidmatan yang dihasilkan bertepatan dengan spesifikasi yang telah ditetapkan untuk
perkhidmatan tersebut.
SPSK komited untuk menyediakan dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran
yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Pihak pengurusan sekolah
komited untuk mematuhi keperluan-keperluan SPSK dan meningkatkan keberkesanannya
7
secara berterusan.3
Di dalam SPSK ini, terdapat paduan pengurusan peperiksaan yang
memandu para guru tentang proses penggubalan soalan. Persamaan yang kedua pula
ialah kedua-dua peperiksaan besar iaitu PT3 dan peperiksaan besar KKQ adalah digubal
oleh Kementerian Pendidikan Islam (KPM).
3.1 PENGGUBALAN SOALAN KKQ
Bagi KKQ, penggubalan soalan bagi ujian pertengahan tahun dan akhir tahun digubal
di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, terdapat juga ujian bulanan yang digubal oleh guru
yang mengajar KKQ itu sendiri iaitu ujian formatif seperti ujian bulanan dan ujian penggal.
Penggubalan soalan KKQ adalah mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia iaitu mengikut standard soalan seluruh Malaysia.
3.2 PENGGUBALAN SOALAN PENDIDIKAN ISLAM
Bagi penggubalan soalan Pendidikan Islam, ujian bulanan digubal oleh guru
yang mengajar bagi subjek Pendidikan Islam manakala ujian pertengahan tahun serta akhir
tahun digubal oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Seterusnya, penggubalan soalan
pertengahan tahun dan akhir tahun pula digubal oleh sebahagian sahaja daripada guru-guru
panitia Pendidikan Islam.
Penggubalan soalan bagi ujian pertengahan tahun dan akhir tahun ini digubal di
peringkat daerah iaitu Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat bagi SMK Bandar Baru
Ampang dan SMAP Kajang manakala Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama bagi SMK
Seksyen 4 Kota Damansara berdasarkan kajian kami.
4.0 BENTUK PENILAIAN
Bentuk penilaian secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu penilaian formatif dan
penilaian sumatif. Penilaian formatif sebagai satu proses pemantauan mampu mengesan
perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid secara berperingkat-peringkat.
Penilaian formatif yang dilaksanakan ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Tujuan penilaian formatif adalah untuk
mengesan pencapaian murid dan mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai atau
3
Abdul Rahim, “Hubungan Sistem Pengurusan Sekolah Berkualiti (SPSK) Dengan Kualiti Dan Produktiviti
Guru Di Sekolah Rendah Rintis Daerah Johor Bahru” (tesis master, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, 2012), 34-35.
8
belum.4
Penilaian sumatif pula ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau
program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus
itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan
itu. Penilaian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian
pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
4.1 BENTUK PENILAIAN KKQ
Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan, kami telah mendapati
bahawa bentuk penilaian dalam KKQ terbahagi kepada dua iaitu penilaian formatif dan
penilaian sumatif. Antara penilaian formatif yang lazimnya dilakukan di sekolah ialah
melalui pembentangan pelajar. Melalui kaedah ini, guru akan membuat penilaian berdasarkan
penerangan dan pembentangan yang dilaksanakan oleh para pelajar di dalam bilik darjah.
Selain itu, contoh ujian formatif ialah ujian yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah
atau di kawasan sekolah. Sebagai contoh, melalui pembentangan pelajar, melalui penggunaan
teknologi (VLE Frog), ujian setiap bab, kuiz, latih tubi (bertulis dalam buku teks, buku
latihan, set modul dan papan putih), tasmik (hafazan, qiraat, tarannum) dan pemerhatian guru
pada tingkah laku pelajar (akhlak).
Kemudian, bagi bentuk penilaian sumatif pula ialah peperiksaan KKQ yang telah
ditetapkan sebulan sebelum Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Ujian ini tidak melibatkan penulisan kerana ianya berbentuk objektif. Ujian ini
dijalankan secara serentak untuk setiap sekolah. Bagi pelajar Tingkatan 3, ujian ini dijalankan
2 kali dalam setahun. Bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 ujian ini dijalankan menggunakan
buku khas KKQ (buku biru). Keberangkalian soalan akan berulang namun diubah pada aras
kesukaran. Pembuatan soalan juga merujuk kepada bank soalan yang telah disediakan oleh
guru-guru daerah iaitu Modul Gemilang KKQ.
Selepas ujian bertulis dilaksanakan, para pelajar menghadapi ujian syafawi
dalam tempoh masa sebulan. Ujian ini bertujuan untuk menilai penguasaan murid terhadap
kemahiran hafazan, taranum, qiraat dan tajwid. Selain itu, peperiksaan percubaan bagi
Tingkatan 3 turut diadakan mengikut keperluan sekolah itu sendiri. Peperiksaan pertengahan
tahun dan peperiksaan akhir tahun juga merupakan suatu kelaziman yang dilaksanakan di
sekolah.
4
Fauziah Mohd Ata, Norashikin Mohd Nor, “Keberkesanan Penilaian Formatif dalam Pengajaran Karangan
Naratif”, (2014),123.
9
4.2 BENTUK PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM
Manakala bagi bentuk penilaian dalam Pendidikan Islam pula terbahagi kepada dua
iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Bagi penilaian formatif, murid akan dinilai
oleh guru yang mengajar sepanjang tahun dan semasa pembelajaran berlangsung. Dalam
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), guru merujuk Dokumen Standard Kurikulum Dan
Pentaksiran (DSKP) untuk memberi tahap penguasaan Band 1-6 kepada murid. Guru juga
membuat pemerhatian serta kuiz dari semasa ke semasa bagi melihat perkembangan murid.
Penilaian sumatif dalam Pendidikan Islam pula antaranya ialah peperiksaan
pertengahan tahun serta peperiksaan akhir tahun menurut Ustazah Hasni, guru Pendidikan
Islam di SMK Seksyen 4, Kota Damansara.
5.0 BENTUK SOALAN
5.1 BENTUK SOALAN KKQ
Bentuk soalan KKQ merangkumi soalan objektif yang mempunyai 60 soalan.
Terdapat 5 bahagian iaitu Ulum Al-Quran, Tajwid, Qiraat, Tarannum dan Hafazan yang diuji
dalam soalan objektif tersebut. Menurut Ustaz Hafiz, guru KKQ di SMK Seksyen 4, Kota
Damansara, banyak teori yang diuji dalam soalan objektif bagi memudahkan murid-
murid untuk menjawab.
Menurut Ustaz Firli, guru KKQ di SMAP Kajang pula, soalan Kelas Khas Kemahiran
Al-Quran ada juga dibina dalam bentuk subjektif, kesan ke atas murid adalah murid akan
lebih mengingati pembelajaran kerana untuk menjawab kerana soalan subjektif yang lebih
terperinci walaupun dalam peperiksaan rasmi KKQ, bentuk soalan yang digunakan adalah
dalam bentuk objektif.
Katanya lagi, soalan tajwid 'ilmi boleh dinilai dalam bentuk subjektif namun dalam
bentuk objektif lebih sesuai kerana ia telah dinilai dalam ujian syafawi. Bagi ujian syafawi,
terdapat 3 bahagian iaitu Qiraat, Tarannum dan Hafazan. Ia dilaksanakan secara bertalaqqi
serta murid akan diberikan set-set soalan untuk dipilih bagi ujian hafazan.
5.2 BENTUK SOALAN PENDIDIKAN ISLAM
Antara bentuk soalan Pendidikan Islam ialah soalan objektif bagi tingkatan 4 dan 5
sahaja serta soalan subjektif bagi semua tingkatan. Terdapat soalan objektif dan
subjektif yang diterapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kementerian Pendidikan
Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi diri sepenuhnya seperti
10
yang telah diterjemahkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penerapan KBAT
di sekolah diharapkan dapat melahirkan generasi yang pantas menerima
perubahan, mampu berkomunikasi serta bekerja secara sepasukan serta dapat membuat
refleksi berdasarkan penaakulan sekaligus berupaya untuk berinovasi serta mencipta sesuatu
yang baharu.5
6.0 ASPEK PENILAIAN
6.1 ASPEK PENILAIAN KKQ
Menurut Ustaz Hafiz, guru KKQ di SMK Seksyen 4, Kota Damansara aspek
penilaian KKQ telah dibahagikan kepada dua aspek. Antaranya ialah aspek kognitif
iaitu peperiksaan KKQ. Aspek psikomotor ialah ujian syafawi bahagian hafazan, aspek
tajwid dan kelancaran membaca Al-Quran seperti yang ditekankan mengikut Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT). Bagi bahagian tarannum pula, aspek yang dinilai adalah
dari sudut lagu, suara dan tajwid dan qiraat.
6.2 ASPEK PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM
Aspek penilaian dalam Pendidikan Islam pula antaranya ialah aspek kognitif
yang boleh dinilai melalui peperiksaan. Aspek psikomotor pula ialah ujian amali. Melalui
ujian amali, murid dinilai melalui penguasaan kemahiran murid berdasarkan tingkahlaku.
Sebagai contoh, cara bertayammum dan cara berwuduk. Jika ditelusuri kaedah pengajaran
Rasulullah SAW, ternyata teknik tunjuk cara ini diaplikasi oleh baginda sendiri dengan
menunjukkan cara-cara mendirikan solat agar seluruh umat Islam akan melihat dan
mengikuti perlakuan baginda (Che Noraini, 2008).6
Antara aspek afektif yang perlu dinilai ialah akhlak yang telah diketahui ianya
merupakan sesuatu yang subjektif. Sebagai contoh, nilai amanah tidak dapat dinilai
jika seseorang murid itu tidak memegang apa-apa jawatan di
sekolah.Walaubagaimanapun, pelaksanaan penilaian akhlak boleh dinilai oleh guru daripada
awal sehingga akhir tahun.
Dari sudut ibadah pula, guru mampu menilai sama ada murid boleh melakukan
dengan betul atau tidak. Peranan Pendidikan Islam mampu mencorakkan sikap pelajar supaya
menjadi seorang insan yang berpendirian kukuh dengan mengamalkan segala suruhan Allah
5
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum “Penerangan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam”, (Putrajaya,2016),43.
6
Fathiyah Mohd Fakhruddin, “Pemahaman Dan Pengalaman Guru Pendidikan Islam”, (The Online Journal of
Islamic Education, 2013),1.
11
tanpa mengabaikan tuntutan duniawi.7
7.0 PEPERIKSAAN DAN PEMARKAHAN
7.1 PEPERIKSAAN DAN PEMARKAHAN KKQ
Setiap murid yang mengikuti kelas KKQ ini akan mengikuti peperiksaan khas yang
dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima. Semua murid tingkatan tiga dan
lima yang mengikuti kelas ini layak menduduki peperiksaan tersebut. Peperiksaan
dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek
tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum Al-Quran dan Qiraat Al-Sab’ie. Semua soalan
disediakan oleh jawatankuasa khas di Kementerian Pendidikan Malaysia.8
Peperiksaan lisan akan dilakukan oleh guru yang mengajar mengikut panduan
yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan.
Markah yang telah siap akan dihantar kepada kementerian untuk disatukan dengan
markah peperiksaan objektif. Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak di seluruh
negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
diperiksa dan diberi markah. Jumlah keseluruhan markah bagi ujian bertulis yang
merangkumi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum Al-Quran dan Qiraat Al-Sab’ie
adalah 100 markah. Begitu juga dengan ujian lisan yang melibatkan tarannum, qiraat
dan hafazan. Setiap satu aspek tersebut turut melibatkan jumlah markah keseluruhan
adalah 100 markah.
7.2 PEPERIKSAAN DAN PEMARKAHAN PENDIDIKAN ISLAM
Peperiksaan dalam Pendidikan Islam pula hanya melibatkan ujian bertulis sahaja yang
merangkumi soalan objektif dan juga subjektif dan tiada ujian lisan. Ujian bertulis ini
dilaksanakan semasa tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima. Dalam peperiksaan
besar Pendidikan Islam, terdapat beberapa bidang yang terlibat. Antaranya ialah bidang Al-
Quran, Hadis, Akidah, Fekah, Sirah, Akhlak, ayat-ayat hafazan dan juga melibatkan bidang
Jawi.
Dari aspek pemarkahannya pula turut melibatkan beberapa bidang. Bagi bidang
7
Mohd Rosdi Bin Mahmud, “Matapelajaran Pendidikan Islam Dan Kesannya Terhadap Peningkatan Disiplin
Pelajar: Kajian di Sekolah Menengah Negeri Perlis, (Tesis Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia, 2009), 9.
8
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan islam
dan Moral, “Kurikulum Kelas Khas Kemahiran al-Quran, Tingkatan Satu,Dua & Tiga”. (Putrajaya,2004).
12
Al- Quran, Hadis, Fekah, Sirah, ayat-ayat hafazan dan Jawi markah keseluruhan adalah 10
bagi setiap satu bidang tersebut. Manakala bidang Akidah dan Akhlak pula 20 markah.
Jumlah markah keseluruhan bagi soalan peperiksaan Pendidikan Islam adalah 100 markah.
8.0 ALAT PENILAIAN
Dalam pengertian umum, alat adalah suatu yang dapat digunakan untuk memudahkan
seseorang untuk melaksanakan tugas atau mencapai tujuan secara lebih efektif dan
efisien. Selain itu, kata alat juga boleh disebut dengan istilah instrumen. Instrumen adalah alat
ukur yang digunakan untuk mengukur dalam rangka pengumpulan data.
8.1 ALAT PENILAIAN KKQ
Antara alat penilaian yang terlibat dalam KKQ ialah Kad Kemajuan Hafazan, Qiraat
dan Tarannum, kertas ujian, soalan kuiz dan Modul Gemilang KKQ.
Kad kemajuan digunakan oleh guru untuk menilai sejauh mana tahap
penguasaan murid dalam aspek hafazan, tarannum dan qiraat. Selain itu, guru juga dapat
menilai tahap kefahaman serta kebolehan muridnya. Sebagai contoh, seseorang murid
tidak dapat mengukur bacaan Al-Qurannya adakah betul mengikut makhraj huruf dan
hukum tajwid tanpa diperdengarkan kepada seseorang guru. Terdapat contoh kad kemajuan
yang digunakan oleh guru di sekolah SMK Seksyen 4, Kota Damansara pada lampiran
pertama.
Modul KKQ juga termasuk dalam alat penilaian. Modul ini digunakan sebagai latihan
tambahan kepada murid-murid untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam bidang yang
dipelajari. Dalam KKQ juga terdapat Modul Gemilang dan modul ini dibuat oleh guru-guru
cemerlang KKQ di daerah Selangor.
8.2 ALAT PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM
Dalam Pendidikan Islam, antara alat penilaian yang terlibat antaranya ialah
PAFA, Frog VLE dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pada borang PAFA telah tersedia topik-topik yang perlu dikuasai pelajar dalam
pengajaran di dalam kelas. Ianya merangkumi aspek pemahaman, menghafaz serta kaedah
amali. Contoh kaedah amali yang dinilai dari PAFA adalah cara berwuduk.
PBS adalah pendekatan yang amat baik untuk mendapatkan maklumat yang autentik,
sah dan boleh dipercayai tentang seseorang murid kerana guru sendiri yang mentaksir
13
muridnya dengan menggunakan instrumen serta kaedah yang difikirkan terbaik untuk
muridnya. Cuma setiap orang guru haruslah bersikap professional, jujur dan amanah terhadap
tanggungjawab kerana pelaporan yang tidak tepat akan mengakibatkan pengaruh bias,
simpati dan faktor-faktor lain akan menjejaskan kualiti pendidikan negara.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai Frog VLE ini juga
ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang mempunyai pembelajaran
dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah
maya. Melalui Frog VLE ini dapat menghubungkan antara guru dan murid secara
maya. Di sini, guru dapat menyediakan nota serta soalan dan murid menjalankan latihan
secara maya atau online pada bila-bila masa. Di samping itu, murid boleh berinteraksi
dengan guru secara langsung di dalam aplikasi ini.9
PAFA adalah ringkasan daripada Penilaian Asas Fardhu Ain. Ianya dilaksanakan di
peringkat UPSR, PMR dan SPM. Merupakan beberapa perkara fardhu ain yang terkandung
dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam yang hendak dipastikan supaya setiap
pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan dengan cara yang
betul dan sempurna sebagaimana yang telah ditetapkan syarak. Dalam aspek penilaian,
pelajar dapat mencapai kefahaman yang betul dan boleh mengamalkannya sekira-kira
“sah” pada tahap yang paling asas dan minimum.10
9.0 MASALAH PELAKSANAAN PENILAIAN
Setiap pelaksanaan sesuatu perkara pasti ada kelebihan dan kelemahannya dari
beberapa aspek seperti kelemahan pentadbirannya seperti sekolah ataupun pelaksananya
seperti guru yang mengajar. Tidak lupa juga kelemahan mungkin berpunca dari penerimanya
seperti murid. Maka, hasil daripada pelbagai aspek kelemahan tadi, adanya beberapa masalah
pelaksanaan bagi KKQ juga masalah pelaksanaan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.
9.1 MASALAH PELAKSANAAN PENILAIAN KKQ
9.1.1 Masalah Waktu Pelaksanaan Penilaian
9
Azurina Md Tahar , “Aplikasi Frog VLE Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Pendidikan Sivik Dan
Kewarganegaraan Tingkatan 3”, dipetik daripada laman sesawang
http://www.academia.edu/7349217/Aplikasi_Frog_VLE_dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Pendidikan_Si
vik_dan_Kewarganegaraan_Tingkatan _3.
10
Tan Sri Datuk Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
14
Didapati ada sesetengah guru dan pelajar sendiri yang merasakan terdapat kekangan
waktu pelaksanaan kerana 6 masa seminggu dirasakan tidak mencukupi untuk
menguasai sesuatu tajuk kerana kebanyakan tajuk-tajuk KKQ berat serta banyak hal ini
menyebabkan para pelajar memerlukan perhatian yang lebih untuk menguasai sesuatu
tajuk. Disebabkan masalah masa yang tidak mencukupi ini, silibus bagi KKQ ada yang tidak
dapat dihabiskan pada waktunya. Masalah waktu pelaksanaan KKQ di SMAP Kajang pula
adalah kelas KKQ sering diganggu dengan aktiviti kokurikulum dan kelas-kelas tambahan
subjek tambahan seperti Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan bagi persediaan peperiksaan
besar.
9.1.2 Ruang Pembelajaran Yang Tidak Selesa
Seperti sekolah SMK Bandar Baru Ampang, pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dibuat di dalam kelas kerana kelas tidak mencukupi dan sebahagian kelas kosong
diutamakan untuk mata pelajaran lain. Oleh itu, untuk pelajar KAA mereka terpaksa belajar
di dalam surau. Dari sudut positifnya hanya untuk surau yang berkeadaan baik dan bagus tapi
negatifnya dapat kita kesan apabila surau tersebut dalam keadaan yang tidak baik dan tidak
selesa untuk dilaksanakan kelas.
9.1.3 Pelajar Yang Terpilih Sebahagiannya Bukan Atas Minat
Menurut Ustaz Hafiz SMK Seksyen 4, Kota Damansara, pelajar yang terpilih
sebahagiannya bukan atas minat pelajar sendiri menyebabkan masa pelaksanaan kelas
pada sebelah pagi bagi pelajar tahap menengah rendah, memenatkan mental dan fizikal
pelajar yang tidak minat akan mata pelajaran bagi KKQ. Lazimnya, pada sebelah
petang pula mereka dengan kelas untuk subjek-subjek yang lain, oleh itu, pelajar merasakan
penat untuk beralih ke kelas seterusnya dan akhirnya, pelajar tidak memberikan tumpuan
yang baik di dalam kelas. Jadi, pelajar kurang bersungguh-sungguh dalam peperiksaan kerana
tidak minat terhadap subjek tersebut dan belajar KKQ kerana terpaksa. Prestasi pelajar jugak
akan merosot kerana hal ini.
9.1.4 Kekurangan Guru Untuk Melaksanakan Penilaian KKQ
Terdapat guru-guru yang tidak mempunyai kemampuan untuk mengajarkan tarannum
dengan betul demikian juga untuk mata pelajaran Qiraat As-Sab’ie kerana didapati
guru kurang mendapat pendedahan dan kursus yang berkaitan. Selain itu, masalah
kekurangan guru juga melibatkan guru yang berkemahiran tetapi terpaksa menghadiri
15
program tertentu dan menyebabkan terpaksa membatalkan kelas. Oleh itu, silibus tidak dapat
dihabiskan pada waktu yang dirancang dan pelaksanaan penilaian terhadap pelajar sukar
dijalankan kerana jadual amat padat.
9.1.5 Kelas KKQ Diganggu Ko-Kurikulum
Ada masanya kelas kemahiran al-Quran tidak dapat dilaksanakan bagi
sesetengah sekolah kerana perlu mendahulukan program ko-kurikulum. Hal ini
menyebabkan masa pelaksanaan tidak mencukupi bagi menghabiskan tajuk-tajuk bagi mata-
pelajaran tertentu. Ini juga menyebabkan sukatan pelajaran tidak dapat dicapai oleh guru dan
menjadi tersekat disebabkan halangan-halangan seperti itu. Oleh yang demikian proses
pembelajaran menjadi sangat lambat dan menyukarkan para guru untuk melaksanakan
penilaian terhadap pelajar dengan lebih efektif kerana gangguan ko-kurikulum terhadap
pengajaran KKQ di sekolah.
9.1.6 Pendekatan Guru Dalam Kelas Membosankan
Guru-guru lebih cenderung menggunakan kaedah pengajaran tradisi dan
menyebabkan murid merasa bosan dan kurang aktif di dalam kelas. Di samping waktu
pembelajaran yang dilaksanakan pada waktu petang menambahkan lagi kurang minat pelajar
untuk memberikan tumpuan yang baik terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
KKQ. Oleh hal yang demikian, pelajar kurang memberikan kerjasama kepada guru ketika di
dalam kelas dan semasa melaksanakan penilaian sebagai contoh kurangnya dari segi
kehadiran dan kurangnya persediaan pelajar semasa guru hendak melaksanakan penilaian.
9.2 MASALAH PELAKSANAAN PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM
9.2.1 Bilangan Murid Yang Terlalu Ramai
Bilangan murid yang terlalu ramai mengambil masa untuk guru Pendidikan
Islam membuat penilaian. Pastinya akan ada pelajar yang tidak mendapat perhatian jika
pelajar tersebut terlalu pasif di dalam kelas justeru itu penilaian tidak dapat dibuat
dengan baik kerana guru tidak dapat memberikan perhatian secara menyeleruh kepada
setiap pelajar. Maka, akan ada pelajar yang tertinggal dalam topik-topik tertentu jika
kurang bertanya. Malahan, sewaktu penandaan kertas peperiksaan, guru juga mengambil
masa yang lama untuk menanda kertas kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai.
16
9.2.2 Kekurangan Masa Pelaksanaan Penilaian
Sebagai contoh, waktu pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
dirasakan tidak mencukupi kerana silibus mereka lebih banyak dan lebih berat. Hal ini
menyebabkan, para pelajar dan guru-guru Pendidikan Islam memerlukan masa yang
lebih untuk menghabiskan silibus pelajaran lebih baik. Apabila guru harus mengajar dengan
masa yang banyak, ia akan memberi kesan kepada pelaksanaan penilaian terhadap pelajar.
Oleh itu, guru mengalami ekangan masa untuk melakukan penilaian terutamanya penialain
formatif seperti kuiz, pembentangan dan lain-lain.
9.2.3 Pelajar tidak Mempunyai Kemahiran Jawi Dan Al-Quran Yang Baik
Sebahagian pelajar tidak mempunyai kemahiran jawi dan al-Quran yang baik. Justeru
itu, pelajar-pelajar ini lebih banyak tertinggal jika tidak diberikan perhatiaan yang khusus dan
tidak disediakan inisiatif yang baik untuk mereka. Malahan, masa untuk membuat pemulihan
juga tidak mudah dan tidak mencukupi bagi membantu mereka kerana pemulihan lebih
banyak mengambil masa berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, proses
penilaian yang dijalankan tidak memberangsangkan kerana para pelajar lemah dalam
penguasaan jawi.
9.2.4 Guru Pendidikan Islam Terlalu Sibuk
Guru Pendidikan Islam yang terlalu sibuk dan tidak dapat menghadiri
kelas. Sebahagian guru Pendidikan Islam memegang jawatan sebagai guru panitia yang
perlu menghadiri kursus, guru kelab, guru yang menjadi pengiring bagi program-program
sekolah, guru penolong kanan dan sebagainya. Guru-guru yang memegang jawatan
tidak dapat menghabiskan silibus mata pelajaran pada waktunya keran terpaksa
mendahulukan aktiviti lain yang juga penting. Apabila guru lebih banyak berada di luar
kawasan sekolah, penilaian terhadap pelajar juga kurang dijalankan khususnya penilaian
formatif.
10.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan
kebangsaan merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuan PBS adalah untuk melihat kemajuan
17
pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid secara adil dan saksama serta
mendapatkan gambaran keseluruhan tentang potensi pelajar.11
Dalam pelaksanaan PBS, kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Pusat (PP)
dan Pentaksiran Sekolah (PS) dan bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Kedua-
dua kategori ini memberi pengiktiran dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.12
Pelaksanaan PBS
hendaklah berpandukan Panduan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS), Dokumen
Standard Prestasi (DSP) dan Manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah
(SPPBS) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
PBS boleh dilaksanakan dengan menggunakan dua kaedah iaitu formatif dan sumatif.
Melalui kaedah formatif, satu set latihan, soalan atau penilaian akan diberikan kepada murid
selepas proses pengajaran dan pemebelajaran setiap hari atau selepas sesuatu unit
diajar. Kaedah Sumatif pula merupakan set soalan atau penilaian diberikan pada
akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Penilaian yang dijalankan dikendalikan
sepenuhnya oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru matapelajaran
secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Setiap prosedur dan langkah pentafsiran PBS dilaksanakan sepenuhnya oleh guru dan
pihak sekolah yang bermula dari aspek perancangan, pembinaan item, instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan, perekodan dan pelaporannya. Guru mereka bentuk penilaian
berdasarkan prestasi dan keupayaan semasa murid.13
Kesimpulannya, pelaksanaan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) dilaksanakan
berpandukan rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), DSKP, DSP dan juga SPPBS yang telah
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Menurut Lembaga Peperiksaan, antara kebaikan PBS kepada pelajar adalah
dapat menggalakkan kemajuan kendiri pelajar, membentuk tingkah laku positif,
meningkatkan kemajuan kendiri, membentuk tingkah laku yang positif,
11
Abdul Halim Abdullah, Nurul Hadyani Ahmad, Nor Amilawani Ahmad Sukri, Nurhasyimah Ismail, Vicki
Artika, “Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): kebaikan Dari Perspektif Am, Guru, Murid Dan Ibu Bapa,
Buletin Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor”, (Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia,2014),24:1.
12
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, “Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS)”, (Putrajaya,2012), 4.
13
Asraf Mubarak Bin Atan, “Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan PBS Di Sekolah Kebangsaan Bandar Dan
Luar Bandar Di Daerah Muar” , (Universiti Teknologi Malaysia, 2013), 2.
18
meningkatkan kemahiran berkumpulan dan mempromosikan pengajaran yang kreatif.
Kemajuan kendiri dapat digalakkan apabila pelajar mampu mencapai band 5 atau band 6
ketika pelajar diminta untuk mencipta sesuatu benda yang berkaitan dengan topik yang
dipelajari.
Pelajar bebas untuk bereksperimen dan menunjukkan kebolehannya sama ada dalam
bentuk try and error, kreativiti, pembentangan dan role playing. PBS juga dapat membentuk
tingkah laku yang positif dan menjadikan pelajar lebih proaktif, percaya diri, dan
selesa belajar di dalam kelas. Kemahiran berkumpulan dapat diperolehi jika pelajar
mampu memberikan kerjasama dan berkongsi idea dalam menyelesaikan tugasan yang
diberikan.14
Menurut Prof. Anuar dalam satu kenyataan akhbar mengenai PBS, salah satu tujuan
pendidikan ialah membangunkan negara dan masyarakat. Negara-negara maju
mempunyai dua ciri utama dalam sistem pendidikan mereka iaitu penilaian bersifat
holistik yang berteraskan pembangunan insan dan secara berterusan sepanjang sesi
persekolahan. Kedua, guru sekolah telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan
penilaian.
Menurut beliau lagi, penilaian berpusat lebih sesuai untuk menilai kemampuan
pencapaian pelajar pada peringkat akhir sahaja. Jika inginkan perubahan ke arah negara maju,
Malaysia perlu mengubah sistem penilaian yang memenuhi keprluan ini. Jika dulu penilaian
hanya kepada apa yang pelajar hafal dan faham, tetapi PBS dapat menilai kebolehan pelajar
untuk merumuskan apa yang mereka hafal dan faham, mengaplikasikan kreativiti dan inovasi
kepada pelajar.15
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) berubah
dari sudut masa pelaksanaan, komponen yang diuji, badan pelaksana, dan juga
keputusan akhir pelaksanaan.16
Masa pelaksanaan PMR adalah secara serentak di semua
sekolah di Malaysia pada masa dan tarikh yang sama seperti yang telah ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Hal ini kerana, PMR merupakan
peperiksaan berpusat manakala, PT3 adalah pentaksiran berterusan yang dilaksanakan oleh
14
Abdul Halim Abdullah, Nurul Hadyani Ahmad, Nor Amilawani Ahmad Sukri, Nurhasyimah Ismail, Vicki
Artika, “Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): kebaikan Dari Perspektif Am, Guru, Murid Dan Ibu Bapa,
Buletin Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor”, (Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia,2014).
15
Utusan Online (2014), dipetik daripada
http://www.1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140701/pe_01/PBS-serlahkan-potensi-sebenar-pelajar.
16
Siti Nur Aisyah Binti Alias, “Perubahan Dalam Penggredan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Kepada
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)”.
19
guru daripada pelajar di tingkatan satu sehingga murid di tingkatan tiga. Setiap
perkembangan dan pengetahuan murid sentiasa dinilai dan ditaksir oleh guru-guru.
Seterusnya, komponen yang diuji dalam PMR hanyalah kemahiran kognitif manakala,
PT3 menguji kemahiran kognitif yang menilai intelek, kemahiran afektif yang menilai emosi
dan rohani pelajar dan juga kemahiran psikomotor yang menilai jasmani yang
bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Setiap laporan pencapaian
murid adalah berasaskan sekolah dan dinilai secara berterusan dalam menguji ketiga-
tiga komponen tersebut.
Badan pelaksana dan keputusan akhir peperiksaan PMR adalah sepenuhnya
dikendalikan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bermula dari penyediaan
kertas soalan, pentadbiran peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan serta pengeluaran
keputusan peperiksaan pelajar. Manakala, pelaksanaan PT3 pula, LPM hanya menyediakan
instrument seperti soalan, panduan penskoran dan tempoh pelaksaan yang telah ditetapkan.
Seterusnya, pentadbiran sekolah akan melaksanakan pentadbiran seperti menyediakan
skrip jawapan dan pengeluaran keputusan pelajar.
10.1 PBS DALAM KKQ
Kelas Kemahiran Al-Quran adalah salah satu daripada kegiatan kokurikulum
tetapi wajib dilaksankan tiga jam dalam masa seminggu bagi setiap tingkatan berdasarkan
kepada sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Oleh kerana status KKQ sebagai
kegiatan kokurikulum, maka Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) tidak dilaksanakan di
dalam KKQ.
10.2 PBS DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Menurut pandangan Guru Panitia Pendidikan Islam di SMK Seksyen 4, Kota
Damansara, beliau menyatakan bahawa PBS tidak mampu menilai potensi pelajar secara
menyeluruh. Hal ini kerana, PBS tidak mampu untuk menentukan penguasaan murid dalam
masa yang singkat kerana perjumpaan dengan pelajar hanya dua kali seminggu dalam
masa yang sama guru perlu mengajar dan membuat penilaian secara menyeluruh kepada
murid.
Pada pandangan beliau lagi, jika guru diberikan tempoh yang lama bersama pelajar,
mungkin PBS mampu untuk menilai potensi pelajar. Guru hanya mampu menggunakan PBS
untuk mengawal murid dari segi disiplin kerana PBS hanyalah satu bentuk penilaian kearah
yang lebih baik. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah PBS berjaya menilai potensi pelajar
20
hanya untuk beberapa topik dan hanya untuk mata pelajaran tertentu sahaja kerana
kaedah pengajaran juga berbeza mengikut topik-topik. Begitu juga dengan penilaian.
Seterusnya menurut beliau, PBS mungkin berjaya, tetapi tidak secara holistik. Hal ini
kerana, PBS dapat dinilai secara holistik apabila topik berkenaan dengan amali
dan keberjayaan pelajar dalam mempraktikkan amali tersebut. Dalam bidang Pendidikan
Islam, penilaian akhlak untuk pelajar susah dilaksanakan kerana akhlak yang sebenar bukan
hanya pada waktu pembelajaran sahaja.
Bagi PT3 dan PMR, beliau lebih bersetuju dengan PT3. Hal ini kerana PT3
lebih terperinci dan penilaian dibuat bagi setiap topik yang diajar. Manakala, PMR
pula dilihat agak tidak adil kerana hanya beberapa topik diuji tetapi pelajar belajar lama dan
topik sangat banyak. PT3 diukur setiap hari dan sepatutnya murid dapat apa yang
dipelajari manakala, PMR hanya diukur dari 2 jam pelajar menduduki peperiksaan.
11.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM) DAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan mulai
tahun
1989 yang dibentuk berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), dan dinyatakan
dalam perakuan 58. Kandungan kurikulum KBSM merangkumi kemahiran, kefahaman dan
amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan daan kewarganegaraan sebagai
asas pendidikan. Dokumen kurikulum yang digunakan KBSM adalah Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran.
Manakala, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan
Kurikulum Kebangsaan yang digunakan oleh semua sekolah menengah seperti yang telah
diperuntukkan di bawah seksyen 16 di bawah Akta Pendidikan 1996 iaitu Akta 550. KSSM
dilaksanakan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP).17
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) diperkenalkan kerana
terdapat keperluan untuk menjadikan Kurikulum Kebangsaan lebih holistic dan relevan
dengan keperluan abad-21 bagi melahirkan modal insan yang berfikiran kritis, kreatif dan
inovatif. KSSM dipercayai mampu memberikan sumbangan kepada pembangunan
negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa dan global.
17
Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (2017).
21
Antara perbezaan penilaian berdasarkan KBSM dan KSSM ialah pentaksiran
yang dilaksanakan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah
pentaksiran sekolah secara sumatif dan pentaksiran formatif. Manakala, pentaksiran bagi
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pula disuratkan dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai Standard Prestasi iaitu satu set kriteria yang
menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu
telah dikuasai.
Selain itu, perbezaan reka bentuk kurikulum untuk KBSM adalah berasaskan
hasil pembelajaran. Manakala, reka bentuk kurikulum KSSM berasaskan standard
kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi.
11.1 KBSM DAN KSSM DALAM PENILAIAN KKQ
Menurut kesemua guru KKQ yang telah ditemual di SMK Seksyen 4, Kota
Damansara, SMK Bandar Baru Ampang dan juga SMAP Kajang menyatakan bahawa
perubahan yang berlaku antara KBSM dan KSSM sama sekali tidak mempengaruhi
proses pengajaran dan pembelajaran pada KKQ serta tiada perubahan pada silibus juga
kerana KKQ tidak termasuk dalam kurikulum.
11.2 KBSM DAN KSSM DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM
Menurut hasil temubual yang telah dijalankan di SMK Seksyen 4, Kota Damansara
apa yang dapat disimpulkan adalah KSSM lebih kepada kemahiran murid. Seperti kemahiran
dalam menguasai al-Quran, Jawi, Akhlak dan Adab. Ianya tidak menekankan kepada
isi kandungan tetapi lebih kepada penghayatan. Seterusnya, menurut beliau lagi, KBSM
lebih kepada isi kandungan pelajaran seperti kemahiran mengingat, menghafal dan
sebagainya. KBSM lebih kepada kemahiran insaniah yang bersifat holistik.
12.0 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) membawa maksud keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi, dan berupaya
mencipta sesuatu. Bagi melaksanakan KBAT di sekolah, terdapat 7 elemen iaitu Kurikulum,
22
Pedagogi, Pentaksiran, Kokurikulum, Sokongan Komuniti & Swasta, Bina Upaya dan
Sumber.18
KBAT ditulis secara eksplisit dalam dokumen kurikulum. Perancangan dan
pelaksanaan aktiviti PdP berasaskan KBAT hendaklah berpandukan kepada kandungan
dokumen tersebut. Bagi mengetahui keberkesanan PdP dan pencapaian tahap
penguasaan KBAT murid, Pentaksiran Sekolah (PS) dilaksanakan secara berterusan
melalui latihan, ujian, ujian lisan, soal-jawab, kuiz, lembaran kerja, tugasan projek murid dan
pemerhatian.
Maklumat yang diperoleh daripada PS membantu guru dalam merancang
dan melaksanakan tindakan susulan bagi meningkatkan keberkesanan PdP dan seterusnya
tahap penguasaan KBAT dalam kalangan murid. Melalui PS, guru dapat
mentaksir tahap penguasaan KBAT dalam kalangan murid dengan menggunakan
konteks baharu, situasi sebenar dalam kehidupan harian, pelbagai soalan dan stimulus.19
Pembinaan item KBAT dalam Pentaksiran perlu berasaskan ciri berikut20
:
1. Stimulus
2. Pelbagai Tahap Aras Pemikiran
3. Konteks Bukan Lazim
4. Situasi Sebenar Dalam Kehidupan Harian
5. Item Tidak Berulang
12.1 KBAT DALAM PENILAIAN KKQ
Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMAP Kajang, kami dapati
bahawa unsur-unsur KBAT dalam soalan KKQ tahapnya tidaklah seperti tahap KBAT
dalam soalan subjektif. Maksudnya, KBAT dalam soalan subjektif secara umumnya agak
sukar untuk murid menjawab. Jadi, unsur-unsur KBAT dalam soalan KKQ tidaklah sesukar
itu.
Kemudian, daripada hasil temubual tersebut juga kami dapati bahawa dalam penilaian
KKQ, KBAT hanya terdapat pada bahagian Qiraat sahaja. Hal ini kerana murid harus tahu
formula bacaaan Qiraat tersebut. Memandangkan Qiraat mempunyai 14 jenis cara
18
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, “Inisiatif Kemahiran Berfikiran Aras
Tinggi di Sekolah” (Putrajaya,2013).
19
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, “Elemen KBAT Dalam Pentaksiran”,
(Putrajaya),2.
20
Ibid
23
bacaan yang perlu dihafal oleh murid, jadi murid harus tahu cara untuk
mengaplikasikan keempat belas-empat belas bacaan ini dalam surah-surah yang lain. Jadi,
formula yang dicipta untuk menghafal inilah yang merupakan KBAT bagi murid.
Seterusnya, bagi bab Ulum Al-Quran, Tarannum dan Hafazan dalam KKQ,
hasil temubual kami mendapati bahawa tiada unsur KBAT pada setiap bab ini. Hal ini
kerana ketiga-tiga bab ini melibatkan fakta. Bagi bab Tajwid pula, kemungkin unsur KBAT
itu ada dan boleh diletakkan dalam soalan peperiksaan.
Sebagai contoh, di dalam kelas murid hanya mempelajari ayat-ayat Al-Quran
yang terdapat pada silibus buku KKQ untuk menentukan sesuatu hukum tajwid itu. Tetapi di
dalam peperiksaan bertulis, guru mungkin akan mengambil ayat-ayat lain selain daripada
ayat-ayat yang terdapat pada silibus buku KKQ untuk menguji kemahiran murid
menganalisis hukum Tajwid tersebut.
12.2 KBAT DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM
Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMK Seksyen 4, Kota
Damansara dan SMK Bandar Baru Ampang kami dapati bahawa cara penilaian guru terhadap
murid yang telah menguasai KBAT ialah menerusi penerangan murid mengenai
sesuatu topik. Guru akan menilai sama ada murid tersebut dapat menyelesaikan
masalah yang diberikan ataupun tidak. Kemudian, cara murid menerangkan
penyelesaian masalah pula mestilah sesuai dengan topik yang dipelajari.
Seterusnya, menurut guru Pendidikan Islam di SMK Seksyen 4, Kota Damansara,
antara langkah guru dalam membina dan menilai item KBAT ialah guru haruslah mengikuti
format menjawab soalan yang telah disediakan. Contohnya, untuk soalan KBAT yang
mempunyai 4 markah, format yang perlu ada ialah seperti berikut : Isi (1 markah), Huraian –
(1 markah), Huraian lengkap atau huraian lanjut (1markah), Kesimpulan (1markah) - (Rujuk
Lampiran 3).
Kemudian, menurut guru Panitia Pendidikan Islam di SMK Bandar Baru Ampang
pula, guru sekurang-kurangnya perlu menghadiri kursus sebanyak 5 kali bersama
dengan Jurulatih Utama yang dilantik oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk
menguasai kemahiran menggubal soalan KBAT. Setelah itu, guru tersebut haruslah berkongsi
maklumat dengan guru-guru lain akan input-input yang didapati daripada kursus-kursus yang
diadakan.
Guru yang mewakili sekolah untuk menghadiri latihan atau kursus adalah merupakan
inisiatif daripada pihak jabatan sendiri yang memanggil wakil guru dari setiap sekolah untuk
24
menerima latihan. Latihan tersebut bukanlah hanya tertumpu kepada guru itu sahaja, tetapi ia
juga perlu diberi latihan kepada rakan-rakan guru yang lain.
Jadi, secara kesimpulannya, terdapat dua langkah yang perlu guru lakukan
untuk membina dan menilai item KBAT. Pertama, guru menggunakan format yang
disediakan dan kedua, guru menggunakan kemahiran yang didapati hasil daripada menghadiri
kursus-kursus yang disediakan.
13.0 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)
Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem
pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan
dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat,
peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi
keperluan abad ke- 21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar
pendidikan negara.21
Hasilnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah menilai prestasi
semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem
pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa
depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. 11 anjakan
strategik dan operasi untuk transformasi sistem pendidikan negara tersebut ialah22
:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.
3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.
4. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.
21
Kementerian Pendidikan Malaysia, Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2015 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah),1.
22
Ibid 19-20.
25
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.
13.1 PPPM DALAM PENILAIAN KKQ
Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMK Seksyen 4, Kota
Damansara kami dapati bahawa guru KKQ tersebut telah mengaplikasikan salah satu
daripada 11 anjakan strategik dan operasi untuk transformasi sistem pendidikan negara
iaitu beliau memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah. Untuk
penilaian pula, ICT kurang digunakan. ICT hanya digunakan dalam PdP sahaja. Tetapi,
penggunaan ICT dalam penilaian adalah bergantung kepada guru. Antara aplikasi yang
digunakan untuk menilai murid adalah dengan menggunakan FROG VLE. Aplikasi ini
digunakan untuk melaksanakan kuiz kepada murid.
13.2 PPPM DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM
Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMK Seksyen 4, Kota
Damansara kami juga mendapati bahawa guru Pendidikan Islam di sekolah tersebut
telah mengaplikasikan salah satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi untuk
transformasi sistem pendidikan negara iaitu beliau memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah. Untuk penilaian pula, ICT turut
dimanfaatkan. Antara aplikasi yang digunakan ialah FROG VLE. Guru akan membina
soalan kuiz dan murid akan menjawab soalan kuiz menerusi aplikasi FROG VLE
tersebut. Murid selalunya mempunyai ID dan Password sendiri. Soalan kuiz pada
kebiasaannya hanya melibatkan soalan-soalan yang mudah. Soalan pula adalah berbentuk
objektif.
14.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara
ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala
dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras
dengan Rukun Negara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan
26
kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah
berpaksikan ketuhanan.
Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-
ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang
dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari
segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada
agama, bangsa dan negara.23
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dulunya disebut sebagai
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia yang digubal pada 1988 dan disemak
semula pada 1996, termaktub dalam visi Kementerian dan Kerajaan yang berhasrat
melahirkan generasi holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
14.1 FPK DALAM PENILAIAN KKQ
Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMK Segambut Jaya, Kuala
Lumpur, kami dapati bahawa dalam penilaian KKQ, aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI) telah diambil kira. Selepas melakukan penilaian, KKQ dikira telah memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini kerana Al-Quran melibatkan
keempat-empat komponen jasmani, emosi, rohani dan intelek tersebut. Sebagai contoh,
hafazan telah melibatkan emosi murid sama ada sebelum, semasa dan selepas hafazan.
14.2 FPK DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM
Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMK Seksyen 4, Kota
Damansara kami telah dapati bahawa dalam penilaian Pendidikan Islam, aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek (JERI) juga telah diambil kira. Selepas melakukan penilaian,
23
Kementerian Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum, ‘Falsafah Pendidikan Negara”, (Putrajaya,1998),6.
27
Pendidikan Islam dikira telah memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) sekiranya pelajar memenuhi aspek-aspek JERI tersebut. Sebagai contoh, dari
segi rohani, sepatutnya seseorang murid itu telah memenuhi keperluan rohaninya sekiranya
murid tersebut mengikuti dan mengamalkan apa yang telah dipelajari. Selain itu, guru-
guru Pendidikan Islam juga selalu memberi motivasi kepada murid supaya terlibat
dengan program-program yang menjaga rohani murid.
15.0 LAMPIRAN
15.1 BUKU KKQ
28
15.2 LAMPIRAN KKQ (Kad kemajuan Hafazan)
29
30
15.3 LAMPIRAN PENDIDIKAN ISLAM (Buku PAFA)
31
15.4 BUKU NOTA DAN LATIHAN KKQ
32
33
34
35
36
15.5 BUKU KEMAJUAN KKQ
37
38
15.6 SIJIL KKQ
39
16.0 RUMUSAN
Dalam konteks dunia pendidikan, proses penilaian membabitkan banyak perkara
kerana terangkum di dalamnya proses ujian, peperiksaan dan pengukuran yang
bertujuan untuk melihat kemampuan pelajar menguasai apa yang telah dipelajari di
dalam kelas. Phopham (1975) mentafsirkan bahawa penilaian yang sistematik mestilah
mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara
menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran,
program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.
Seterusnya, penilaian juga merupakan satu proses memperolehi maklumat secara
bersistem dalam usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan yang paling
wajar. Justeru penilaian yang dilakukan di sekolah adalah satu usaha berstruktur dan
bersistem bagi mengkaji perubahan, penguasaan dan pencapaian para pelajar dalam ujian
dan peperiksaan yang diadakan bagi mengatasi masalah yang timbul sebelum pelajar
menduduki peperiksaan sebenar kelak (Gay:1985).
Melalui tugasan yang telah kami lakukan ini, alhamdulillah, banyak perkara
yang telah kami perolehi. Antaranya ialah dari sudut pembinaan soalan yang hendak
diajukan kepada guru-guru sekolah yang berkenaan. Kami juga dapat melatih diri kami dalam
mencari maklumat seterusnya menganalisis maklumat tersebut sebagai persediaan temubual.
Dari sudut kerja berkumpulan pula, kami mempraktikkan nilai bekerjasama
dalam menyiapkan tugasan. Sebagai contoh, sekiranya ada mana-mana ahli kumpulan
lain yang tidak memahami sesuatu perkara, ahli-ahli kumpulan yang lain berperanan
menerangkan sehingga jelas perkara itu. Seterusnya, pengetahuan mengenai penilaian yang
terdapat dalam Kelas Khas Kemahiran Al-Quran (KKQ) juga banyak yang kami perolehi
bahkan banyak maklumat lain lagi. Selain itu, penilaian dalam Pendidikan Islam juga
turut didedahkan kepada kami.
Akhir kata, tugasan yang diberikan ini amat membantu kami dalam persediaan
menjadi seorang guru Kelas Khas Kemahiran Al-Quran (KKQ) kelak. Semoga apa yang kami
lakukan ini diredhai oleh Allah. Sekian, terima kasih.
40
17.0 LAMPIRAN
Ustaz Hafiz
Ustazah Hasni
41
Ustaz Shahrun Nizam
Ustazah Azura
42
Ustaz Firli
43
18.0 RUJUKAN
Abdul Rahim. (2012). Hubungan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Dengan Kualiti
Dan Produktiviti Guru Di Sekolah Rendah Rintis Daerah Johor Bahru. Tesis
Master. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Rahim. (2012). Hubungan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Dengan Kualiti
Dan Produktiviti Guru Di Sekolah Rendah Rintis Daerah Johor Bahru. Tesis Master.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Asraf Mubarak Bin Atan, (2013), Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan PBS di Sekolah
Kebangsaan Bandar dan Luar Bandar di Daerah Muar, Universiti Teknologi Malaysia
Azizi Yahaya dan Chu Siew Pang. (2010). Kaedah Pengajaran Guru Dalam Penggunaan
Alatan Tangan. Artikel. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Fathiyah Mohd Fakruddin. (2013). The Online Journal of Islamic Education. Pemahaman
Dan Pengalaman Guru Pendidikan Islam,1(1), 8.
Fauziah Mohd Ata, Norashikin Mohd Noor, (2014), “Keberkesanan Penilaian Formatif
dalam Pengajaran Karangan Naratif”.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, (2014) Elemen
KBAT Dalam Pentaksiran, Putrajaya
Kementerian Pendidikan Malaysia, Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah)
Kementerian Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum, (1988), Falsafah Pendidikan
Negara
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012), Panduan Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah, (2017)
Siti Nur Aaisyah Binti Alias. Perubahan Dalam Penggredan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) Kepada Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Universiti Pendidikan Sultan Idris, “Teori Pengajaran Tingkah Laku”, laman sesawang
UPSI- KPT4033, dicapai 3 Mei 2018, Dipetik daripada
https://upsi-kpt4033s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkahlaku
Utusan Online (2014) ,dipetik daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140701/pe_01/PBS-serlahkan-potensi-
sebenar-pelajar
44
Paharuddin bin Arbain et al. (2014). Persepsi Murid Terhadap Pelaksanaan Kaedah
Pengajaran Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Murid Dalam Tilawah Al-Quran
Program J-QAF. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 8,12.
Mohd. Rosdi Bin Mahamud, (2009). Matapelajaran Pendidikan Islam Dan Kesannya
Terhadap Peningkatan Disiplin Pelajar: Kajian di Sekolah Menengah Negeri Perlis
(Unpublished master's thesis). Universiti Sains Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Penerangan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Putrajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013), Bahagian Pembangunan Kurikulum, Inisiatif
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Sekolah, Putrajaya
Abdul Halim Abdullah, Nurul Hadyani Ahmad, Nor Amilawani Ahmad Sukri, Nurhasyimah
Ismail, Vicki Artika, (2014), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) : Kebaikan Dari
Perspektif Am, Guru, Murid Dan Ibu Bapa, Buletin Persatuan Persatuan Pendidikan Sains
dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 24(1).

More Related Content

What's hot

Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Model penilaian cipp
Model penilaian cippModel penilaian cipp
Model penilaian cippSumitra Kan
 
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridVince Here
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanAYU_TEMPOYAK
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompokAthirah Anith Ariffin
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)apai79
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Konsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanKonsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanMui Peng Soon
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)Ieta Sa'ad
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifAnne Ummu Hurairah
 
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna KatherineSaw3
 
KURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKANKURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKANsafyah
 

What's hot (20)

Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Model penilaian cipp
Model penilaian cippModel penilaian cipp
Model penilaian cipp
 
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang Murid
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Konsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanKonsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikan
 
Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
 
KURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKANKURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
 

Similar to Laporan Temubual di Sekolah Berkenaan Sistem Penilaian dalam Pendidikan Islam dan Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ)

Taklimat umum kssr dskp t52014
Taklimat umum kssr dskp t52014Taklimat umum kssr dskp t52014
Taklimat umum kssr dskp t52014nahbs631
 
Taklimat umum kssr + dskp 120414
Taklimat umum kssr + dskp 120414Taklimat umum kssr + dskp 120414
Taklimat umum kssr + dskp 120414Farouq Al-Habsyi
 
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quranDayang Rohayati
 
3.manual pentaksiran pafa sek rendah
3.manual pentaksiran pafa sek rendah3.manual pentaksiran pafa sek rendah
3.manual pentaksiran pafa sek rendahIPGM_KDRI
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdfNorhaizah Mohideen
 
Slide pelaksanaan pbs pend.islam 2014
Slide pelaksanaan pbs pend.islam 2014Slide pelaksanaan pbs pend.islam 2014
Slide pelaksanaan pbs pend.islam 2014Norzamzila Baba
 
Bengkel menjawab soalan upsr 2013
Bengkel menjawab soalan upsr 2013Bengkel menjawab soalan upsr 2013
Bengkel menjawab soalan upsr 2013skajbnk
 
40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurulAishah Sweet
 
Cth minmesy
Cth minmesyCth minmesy
Cth minmesyacupin
 
Cth minmesy
Cth minmesyCth minmesy
Cth minmesyacupin
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...MuhammadZulaziziMohd
 
TAKLIMAT_PERSEDIAAN_TAHUN_AWAL_TAHUN.ppt
TAKLIMAT_PERSEDIAAN_TAHUN_AWAL_TAHUN.pptTAKLIMAT_PERSEDIAAN_TAHUN_AWAL_TAHUN.ppt
TAKLIMAT_PERSEDIAAN_TAHUN_AWAL_TAHUN.pptZUNNURAINFAHMIBINMDS
 
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN GURU SEDARJAH TAHUN 5 2018 kali ke 12.docx
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN GURU SEDARJAH TAHUN 5 2018 kali ke 12.docxMINIT MESYUARAT PERJUMPAAN GURU SEDARJAH TAHUN 5 2018 kali ke 12.docx
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN GURU SEDARJAH TAHUN 5 2018 kali ke 12.docxMarcute Idris
 
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023RedhaSyahirah
 
10. Teacher Certification
10.	Teacher Certification10.	Teacher Certification
10. Teacher Certificationmohdfidaiy
 

Similar to Laporan Temubual di Sekolah Berkenaan Sistem Penilaian dalam Pendidikan Islam dan Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ) (20)

Taklimat umum kssr dskp t52014
Taklimat umum kssr dskp t52014Taklimat umum kssr dskp t52014
Taklimat umum kssr dskp t52014
 
Taklimat umum kssr + dskp 120414
Taklimat umum kssr + dskp 120414Taklimat umum kssr + dskp 120414
Taklimat umum kssr + dskp 120414
 
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
5 panduan pelaksanaan model 6 bulan khatam al-quran
 
3.manual pentaksiran pafa sek rendah
3.manual pentaksiran pafa sek rendah3.manual pentaksiran pafa sek rendah
3.manual pentaksiran pafa sek rendah
 
Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdf
 
Slide pelaksanaan pbs pend.islam 2014
Slide pelaksanaan pbs pend.islam 2014Slide pelaksanaan pbs pend.islam 2014
Slide pelaksanaan pbs pend.islam 2014
 
Bengkel menjawab soalan upsr 2013
Bengkel menjawab soalan upsr 2013Bengkel menjawab soalan upsr 2013
Bengkel menjawab soalan upsr 2013
 
40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul
 
Cth minmesy
Cth minmesyCth minmesy
Cth minmesy
 
Cth minmesy
Cth minmesyCth minmesy
Cth minmesy
 
Cth minmesy
Cth minmesyCth minmesy
Cth minmesy
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
 
1 taklimat umum kssr dskp thn5 120414
1 taklimat umum kssr dskp thn5 1204141 taklimat umum kssr dskp thn5 120414
1 taklimat umum kssr dskp thn5 120414
 
TAKLIMAT_PERSEDIAAN_TAHUN_AWAL_TAHUN.ppt
TAKLIMAT_PERSEDIAAN_TAHUN_AWAL_TAHUN.pptTAKLIMAT_PERSEDIAAN_TAHUN_AWAL_TAHUN.ppt
TAKLIMAT_PERSEDIAAN_TAHUN_AWAL_TAHUN.ppt
 
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN GURU SEDARJAH TAHUN 5 2018 kali ke 12.docx
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN GURU SEDARJAH TAHUN 5 2018 kali ke 12.docxMINIT MESYUARAT PERJUMPAAN GURU SEDARJAH TAHUN 5 2018 kali ke 12.docx
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN GURU SEDARJAH TAHUN 5 2018 kali ke 12.docx
 
Hal ehwal murid
Hal ehwal muridHal ehwal murid
Hal ehwal murid
 
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
 
10. Teacher Certification
10.	Teacher Certification10.	Teacher Certification
10. Teacher Certification
 
Roslin
RoslinRoslin
Roslin
 

Laporan Temubual di Sekolah Berkenaan Sistem Penilaian dalam Pendidikan Islam dan Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ)

  • 1. 1 KOD KURSUS: IIN3002 - PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN AL-QURAN TAJUK TUGASAN: KAJIAN TERHADAP PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN KKQ DI SEKOLAH NAMA PENSYARAH: DR AHMAD BIN YUSSUF AHLI KUMPULAN: BIL. NAMA NO. MATRIK 1 NOR SYAZWANI BINTI SAUFI IIN160018 2 NUR FARHANI BINTI ZAKARIA IIN160024 3 NURUL ATIQAH BINTI IRHAM IIN160034 SEMESTER 1 SESI 2018/2019
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN 1.0 PELAJAR KKQ………………………………………………………………………..1 2.0 KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PENILAIAN………………………………...2 2.1 KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PENILAIAN KKQ…………………….2 2.1.1 Kaedah Tasmik………………………………………………………...2 2.1.2 Kaedah Latih Tubi……………………………………………………..3 2.1.3 Kaedah Pemerhatian……………………………………………….…..4 2.1.4 Kuiz……………………………………………………………………4 2.1.5 Peperiksaan…………………………………………………………….5 2.2 KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM…5 2.2.1 Kaedah Pembentangan………………………………………………...6 3.0 PENGGUBALAN SOALAN……………………………………………………………6 3.1 PENGGUBALAN SOALAN KKQ………………………………………………7 3.2 PENGGUBALAN SOALAN PENDIDIKAN ISLAM…………………………...7 4.0 BENTUK PENILAIAN …………………………………………………………………7 4.1 BENTUK PENILAIAN KKQ…………………………………………………….8 4.2 BENTUK PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM………………………………...8 5.0 BENTUK SOALAN……………………………………………………………………..9 5.1 BENTUK SOALAN KKQ………………………………………………………..9 5.2 BENTUK SOALAN PENDIDIKAN ISLAM……………………………………9 6.0 ASPEK PENILAIAN…………………………………………………………………..10 6.1 ASPEK PENILAIAN KKQ……………………………………………………..10 6.2 ASPEK PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM………………………………….10 7.0 PEPERIKSAAN DAN PEMARKAHAN…………………………………………….11 7.1 PEPERIKSAAN DAN PEMARKAHAN KKQ………………………………...11 7.2 PEPERIKSAAN DAN PEMARKAHAN PENDIDIKAN ISLAM……………..11 8.0 ALAT PENILAIAN…………………………………………………….……………..12 8.1 ALAT PENILAIAN KKQ……………………………………………………...12 8.2 ALAT PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM…………………………………..12 9.0 MASALAH PELAKSANAAN……………………………………………………….13 9.1 MASALAH PELAKSANAAN KKQ…………………………………………..13 9.1.1 Masalah Waktu Pelaksanaan………………………………………....13
  • 3. 3 9.1.2 Ruang Pembelajaran Tidak Selesa…………………………………...14 9.1.3 Pelajar Yang Terpilih Sebahagiannya Bukan Atas Minat…………...14 9.1.4 Kekurangan guru Untuk Melaksanakan KKQ……………………….14 9.1.5 Kelas KKQ Diganggu Ko-Kurikulum……………………………......14 9.1.6 Pendekatan Guru Dalam Kelas Membosankan………………...…….15 9.2 MASALAH PELAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM…………………..…..15 9.2.1 Bilangan Murid Yang Terlalu Ramai………………………………...15 9.2.2 Kekurangan Masa Pelaksanaan Penilaian……………………..….….16 9.2.3 Tidak Mempunyai Kemahiran jawi dan Al-Quran yang Baik…….…16 9.2.4 Guru Pendidikan Islam Terlalu Sibuk…………………………..……16 10.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)……………………………….16 10.1 PBS DALAM KKQ…………………………………………………………….19 10.2 PBS DALAM PENDIDIKAN ISLAM……………………………………...…19 11.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)………………….20 11.1 KBSM DAN KSSM DALAM KKQ……………………………………………21 11.2 KBSM DAN KSSM DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM…………21 12.0 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)……………………………….21 12.1 KBAT DALAM KKQ…………………………………………………………..22 12.2 KBAT DALAM PENDIDIDKAN ISLAM…………………………………….23 13.0 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) ………………..23 13.1 PPPM DALAM KKQ…………………………………………………………..24 13.2 PPPM DALAM PENDIDIKAN ISLAM………………………………………25 14.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)………………………………25 14.1 FPK DALAM PENILAIAN KKQ………………………………………..……26 14.2 FPK DALAM PENDIDIKAN ISLAM…………………………………..…….26 15.0 LAMPIRAN………………………………………………………………………...…27 15.1 BUKU KKQ….……………………………………………………..…….……27 15.2 LAMPIRAN KKQ (Kad Kemajuan Hafazan)………………………….......…..28 15.3 LAMPIRAN PENDIDIKAN ISLAM (Buku PAFA)…………………………..30 15.4 BUKU NOTA DAN LATIHAN KKQ…………………………………………31 15.5 BUKU KEMAJUAN KKQ……………………………………………………..36 15.6 SIJIL KKQ………………………………………………………………...……38 16.0 RUMUSAN…………………………………………………………………………….39
  • 5. 1 PENDAHULUAN Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kami dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan kepada kami dalam subjek Penilaian dalamPendidikan Al-Quran (IIN3002) dengan jayanya. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu Dr.Ahmad Bin Yussuf adalah untuk menemubual guru-guru Pendidikan Islam dan Kelas Kemahiran Membaca & Menghafaz Al-Quran (KKQ) berkenaan sistem yang digunapakai atau latarbelakang penilaian yang dijalankan disekolah dalam matapelajaran Pendidikan Islam serta KKQ. Oleh itu, kami telah memilih tiga buah sekolah untuk dijadikan destinasi temubual iaitu SMAP Kajang, SMK Seksyen 4, Kota Damansara dan SMK Bandar Baru Ampang. Guru-guru yang telah ditemubual terdiri daripada seorang guru Pendidikan Islam dan tiga orang guru KKQ. Di SMAP Kajang kami telah menemubual seorang guru KKQ iaitu Ustaz Firli yang merupakan bekas pelajar Universiti Malaya iaitu dari Program Pendidikan Islam. Manakala di SMK Seksyen 4, Kota Damansara kami telah menemubual dua orang guru iaitu Ustaz Hafiz Afandi bagi subjek KKQ dan Ustazah Hasni bagi subjek Pendidikan Islam. Di SMK Bandar Baru Ampang pula, kami telah menemubual Ustazah Azura dan Ustaz Shahrun Nizam. Sebelum sesi temubual dijalankan, kami telah membuat kajian secara teori dengan merujuk buku-buku, melayari internet dan pelbagai sumber yang lain bagi mendapatkan pengetahuan secara dasar tentang penilaian dalam pendidikan. Setelah itu, kami merangka soalan-soalan untuk digunapakai sebagai alat temubual bagi membolehkan kami mendapatkan informasi yang dikehendaki dalam tugasan ini. Di dalam penulisan ini, kami melaporkan temubual yang telah dibuat dan sedikit teori yang berkaitan dengan tugasan. 1.0 PELAJAR KKQ Berdasarkan dapatan kajian yang kami jalankan di ketiga-tiga sekolah, kami mendapati bahawa purata jumlah pelajar KKQ adalah sekitar 20 hingga 30 orang pelajar sahaja kerana ia jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam sebuah kelas akan menyebabkan suasana belajar kurang kondusif dan penilaian yang dijalankan juga kurang efektif. Sebelum memasuki kelas KKQ, pelajar dikehendaki menduduki ujian penempatan ataupun placement test bagi mengukur tahap kemampuan pelajar dalam ilmu al-quran dan juga jawi. Di SMK Seksyen 4, Kota Damansara dan SMK Bandar Baru Ampang, semua pelajar Kelas Aliran Agama
  • 6. 2 diwajibkan mengambil KKQ. Ujian penempatan dijalankan pada minggu pertama sesi persekolahan iaitu semasa minggu orientasi bagi pelajar tingkatan 1. Pelajar yang lulus ujian penempatan ini akan terus ditempatkan di KAA. manakala di SMAP Kajang pula kelas KKQ dibuka kepada sesiapa yang berminat sahaja. Di SMK Seksyen 4, Kota Damansara, ujian penempatan dijalankan untuk menilai tahap pengetahuan ilmu Al Quran pelajar sahaja kerana kesemua pelajar KAA dipilih untuk memasuki kelas KKQ kerana kekurangan pelajar disebabkan pelajar yang cemerlang berpindah keluar. Di SMK Bandar Baru Ampang, keputusan UPSR juga diambil kira sebagai penguat kepada penilaian terhadap pelajar. Ujian ini berbentuk ujian bertulis dan syafawi bagi menilai tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran Al-Quran. Pelajar juga dinilai dari penguasaan Bahasa Arab (syafawi dan bertulis). Pengambilan pelajar berdasarkan markah yang diperoleh akan tetapi, jika kekurangan pelajar, pihak sekolah tetap akan mengambil pelajar yang lemah kerana kuota paling kurang dalam satu kelas adalah 15 orang pelajar. 2.0 KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PENILAIAN Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam penilaian KKQ dan Pendidikan Islam. Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMAP Kajang, SMK Seksyen 4 Kota Damansara dan SMK Bandar Baru Ampang kami dapati bahawa antara kaedah dalam penilaian guru terhadap murid ialah : 1. Kaedah Tasmik 4. Kuiz 2. Kaedah Latih Tubi 5. Peperiksaan 3. Kaedah Pemerhatian 6. Kaedah Pembentangan 2.1 KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PENILAIAN KKQ 2.1.1 Kaedah Tasmik Apabila berbincang mengenai tasmik, ia berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru secara talaqqi dan musyafahah, hasil kajian menunjukkan dapatan kajian selari dengan pengkaji-pengkaji terdahulu seperti Amal Hayati (2012); Misnan et al.(2013); Norlela (2007) dan Asmawati (2013) yang telah membuktikan kesedaran guru terhadap kepentingan kaedah talaqqi dan musyafahah sebagai kaedah terbaik bagi meningkatkan kemahiran murid dalam tilawah Al-Quran. Melalui kaedah ini, ia membolehkan murid duduk berhadapan dengan guru, mendengar bacaan guru dan kemudian murid pula membaca dengan bimbingan guru.
  • 7. 3 Melalui pendekatan ini, maka guru terlebih dahulu seharusnya menguasai ilmu dan kemahiran tentang bacaan Al-Quran agar menjadi contoh terhadap para pelajar. Menyentuh tentang penglibatan murid mengetuai dalam pengajaran, Al-Qabisi (1955) menyarankan supaya melibatkan murid cerdik dalam pengajaran. Hal ini kerana bilangan murid yang ramai menyebabkan guru tidak mampu untuk melaksanakan aktiviti tasmik terhadap keseluruhan murid secara individu. Bagi mengatasi masalah ini, guru dicadangkan agar melantik seorang ketua yang baik bacaannya untuk membimbing rakan murid yang lemah.1 Dalam KKQ, kaedah tasmik ini digunakan untuk penilaian dalam KKQ terutamanya pada bahagian hafazan, tarannum dan qiraat. Contohnya pada bahagian hafazan, pada permulaannya, pelajar membaca beberapa ayat di dalam kelas sebelum mula menghafaz ayat tersebut. Maka pada pembacaan pelajar kali pertama, guru akan membuat penilaian dengan memperbetulkan kesalahan tajwid untuk memastikan ayat yang dihafaz itu bebas daripada kesalahan tajwid. Berikutnya, pelajar akan memperdengarkan bacaan kepada guru dengan menggunakan kaedah tasmik. Selain memperdengarkan bacaan kepada guru, pelajar juga melaksanakan tasmik dengan rakan kerana kekangan masa. Pelajar yang melaksanakan tasmik dengan rakan mereka itu akan diuji semula hafazannya secara rawak oleh guru (bukan semua ayat). Untuk bahagian tarannum pula, pada awalnya, pelajar akan mendengar audio tarannum atau bacaan guru. Seterusnya, pelajar akan membaca ayat Al-Quran dengan tarannum yang didengari secara beramai-ramai. Pada waktu tersebut, guru akan menilai bacaan pelajar dari segi tajwid, suara dan juga tarannum serta memperbetulkannya. Selepas itu, pelajar akan membaca secara individu di hadapan guru. Di negeri Selangor khususnya daerah Gombak, guru-guru disediakan kursus yang khusus untuk KKQ ini. Hal ini penting untuk melatih guru-guru yang kurang berkemahiran terutamanya pada bahagian tarannum dan qiraat. 2.1.2 Kaedah Latih Tubi Dalam teori behaviorisme, terdapat tokoh yang memperkenalkan hukum latihan iaitu Thorndike. Menurut Thorndike, hukum latihan sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan, 1 Paharuddin bin Arbain et al., “Persepsi Murid Terhadap Perlaksanaan Kaedah Pengajaran Guru dan Hubungannya Dengan Pencapaian Murid Dalam Tilawah Al-Quran Program J-Qaf”, Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 8 (2014),12.
  • 8. 4 perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah jika diulang-ulang. Di sini merujuk kepada kaedah hafalan tetapi bukan hafalan panjang. Sebagai contoh setelah teknik atau kaedah baru dipelajari, pelajar akan menjadi lebih baik. Secara tidak langsung pelajar akan menjadi lebih faham dan ingat mengenai topik yang diajar. Satu bentuk perubahan tingkah laku akan terhasil kesan daripada pengulangan yang kerap.2 Dalam penilaian KKQ, pelajar membuat latihan menggunakan buku modul yang disediakan kepada mereka. Kaedah membuat latihan ini, membantu pelajar untuk lebih memahami isi pelajaran dan memudahkan guru untuk menilai pelajar dalam kelima- lima bahagian dalam KKQ iaitu tajwid, ulum Al-Quran, hafazan, qiraat dan tarannum. 2.1.3 Kaedah Pemerhatian Kaedah pemerhatian bermaksud guru memerhatikan tingkah laku pelajar secara berterusan dan menilai pelajar. Kaedah ini penting untuk guru mengenalpasti pelajar yang cemerlang dan pelajar yang lemah supaya guru dapat membantu pelajar tersebut. Melalui kaedah ini, guru membuat pemerhatian terhadap tingkah laku para pelajar dari segi sahsiah dan akhlak pelajar secara sedar dan tidak sedar. Secara tidak langsung, guru dapat membuat penilaian terhadap pelajar berdasarkan pemerhatian tersebut. 2.1.4 Kuiz Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kuiz ialah ujian terhadap pengetahuan seseorang dengan mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab. Dalam penilaian KKQ, kebanyakan guru menggunakan VLE Frog untuk melaksanakan kuiz. Sekolah yang menggunakan sepenuhnya VLE Frog adalah SMAP Kajang. Di SMAP Kajang, guru KKQ menggunakan VLE Frog secara aktif yang mana ketika waktu cuti sekolah, penggunaan VLE Frog tetap berjalan. Hal ini demikian kerana, pelajar diberikan tugasan sewaktu cuti sekolah dan diminta untuk menghantar tugasan tersebut melalui ruang yang disediakan oleh guru di VLE Frog. Antara tugasannya ialah pelajar dikehendaki menghantar peti suara yang merekodkan bacaan tarannum mereka mengikut apa yang telah diarahkan oleh guru KKQ dan menghantarnya di ruangan di VLE frog sebagai tugasan dan penialain semasa cuti sekolah. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kemudahan komputer atau internet di rumah, mereka 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris, “Teori Pengajaran Tingkah Laku”, laman sesawang UPSI-KPT 4033, dicapai 15 Disember 2018, https://upsi-kpt4033-s,wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkahlaku.
  • 9. 5 diminta untuk membuat tugasan tersebut di cyber café berdekatan kediaman mereka dan terus menghantar tugasan yang diberikan kepada guru mereka. VLE Frog bukan sahaja digunakan ketika cuti persekolahan, malah sering digunakan ketika sesi pembelajaran dijalankan. Guru akan membawa para pelajar ke makmal komputer untuk menjawab soalan kuiz yang disediakan oleh guru itu sendiri atau yang terdapat dalam VLE Frog. Secara tidak langsung, bahan penilaian ini boleh menarik perhatian pelajar dengan adanya penggunaan teknologi moden seperti ini. Hal ini berlainan pula bagi SMK Seksyen 4 Kota Damansara dan SMK Bandar Baru Ampang di mana guru KKQ melaksanakan pop quiz mengikut kumpulan dengan menggunakan kertas dan papan putih. 2.1.5 Peperiksaan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, peperiksaan membawa maksud ujian untuk menentukan kebolehan dan kepandaian seseorang. Di Malaysia, peperiksaan wujud di pelbagai peringkat dan terdapat kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara kebaikan peperiksaan adalah ia dapat menguji dan mengukur tahap kefahaman pelajar. Melalui peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan- kelemahan pelajar dalam topik yang diajarkan. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan langkah-langkah yang lebih efektif untuk membantu dan membimbing pelajar bagi mengatasi kekurangan-kekurangan tersebut. Oleh itu, guru dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran supaya objektif pengajaran dapat dicapai sekaligus dapat meningkatkan prestasi pelajar dari pelbagai sudut dari semasa ke semasa antaranya peningkatan prestasi dalam peperiksaan. 2.2 KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM Kaedah pelaksanaan penilaian Pendidikan Islam tidak jauh bezanya dengan penilaian KKQ. Antara kaedah yang digunakan adalah kaedah tasmik. Dalam penilaian Pendidikan Islam, kaedah tasmik ini digunakan terutamanya untuk ayat hafazan dalam silibus Pendidikan Islam. Selain itu, kaedah pemerhatian, kuiz, kaedah latih tubi (latihan melalui buku) dan juga peperiksaan turut digunapakai. Unsur yang berbeza pada penilaian Pendidikan Islam ini adalah dengan menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga dipraktikkan secara menonjol pada penilaian Pendidikan Islam berbanding KKQ. Contoh
  • 10. 6 unsur-unsur KBAT yang diterapkan dalam Pendidikan Islam adalah hukum tentang sesuatu situasi. Contohnya, apabila guru mengajar tentang adab berjiran, guru akan meminta pelajar untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu isu tersebut iaitu “Apabila jiran kamu bergaduh, apakah tindakan kamu?”. Oleh itu, di sini guru akan melatih pelajar berfikir luar kotak pada masa yang sama guru akan dapat menilai para pelajar. KBAT dan PBS diterangkan secara lebih lanjut dalam penulisan ini pada bahagiannya yang khusus. 2.2.1 Kaedah Pembentangan . Melalui kaedah ini, guru akan membuat penilaian berdasarkan penerangan dan pembentangan yang dilaksanakan oleh para pelajar di dalam bilik darjah. Guru akan memberi tugasan kepada pelajar dalam bentuk kumpulan atau individu dan para pelajar mesti tampil ke hadapan kelas untuk membentangkan tugasan yang telah diberikan dan menerangkannya kepada murid-murid yang lain. Dalam masa yang sama guru akan menilai tahap kefaham pelajar tersebut serta penguasaannya dalam pengajaran yang telah dipelajari. Guru juga akan menilai pelajar-pelajar lain yang telah mendengar pembentangan rakan mereka semasa sesi soal jawab dan refleksi dijalankan. Jadi, melalui kaedah pembentangan guru dapat membuat penilaian terhadap para pelajar. 3.0 PENGGUBALAN SOALAN Antara persamaan bagi penggubalan soalan KKQ dan Pendidikan Islam ialah guru dipandu oleh Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). SPSK adalah satu standard rujukan yang menetapkan dan menerangkan prinsip-prinsip asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan oleh sekolah dapat memenuhi kehendak pelanggan. Pelaksanaan standard bagi sistem ini akan memastikan bahawa perkhidmatan yang dihasilkan bertepatan dengan spesifikasi yang telah ditetapkan untuk perkhidmatan tersebut. SPSK komited untuk menyediakan dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Pihak pengurusan sekolah komited untuk mematuhi keperluan-keperluan SPSK dan meningkatkan keberkesanannya
  • 11. 7 secara berterusan.3 Di dalam SPSK ini, terdapat paduan pengurusan peperiksaan yang memandu para guru tentang proses penggubalan soalan. Persamaan yang kedua pula ialah kedua-dua peperiksaan besar iaitu PT3 dan peperiksaan besar KKQ adalah digubal oleh Kementerian Pendidikan Islam (KPM). 3.1 PENGGUBALAN SOALAN KKQ Bagi KKQ, penggubalan soalan bagi ujian pertengahan tahun dan akhir tahun digubal di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, terdapat juga ujian bulanan yang digubal oleh guru yang mengajar KKQ itu sendiri iaitu ujian formatif seperti ujian bulanan dan ujian penggal. Penggubalan soalan KKQ adalah mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu mengikut standard soalan seluruh Malaysia. 3.2 PENGGUBALAN SOALAN PENDIDIKAN ISLAM Bagi penggubalan soalan Pendidikan Islam, ujian bulanan digubal oleh guru yang mengajar bagi subjek Pendidikan Islam manakala ujian pertengahan tahun serta akhir tahun digubal oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Seterusnya, penggubalan soalan pertengahan tahun dan akhir tahun pula digubal oleh sebahagian sahaja daripada guru-guru panitia Pendidikan Islam. Penggubalan soalan bagi ujian pertengahan tahun dan akhir tahun ini digubal di peringkat daerah iaitu Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat bagi SMK Bandar Baru Ampang dan SMAP Kajang manakala Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama bagi SMK Seksyen 4 Kota Damansara berdasarkan kajian kami. 4.0 BENTUK PENILAIAN Bentuk penilaian secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif sebagai satu proses pemantauan mampu mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid secara berperingkat-peringkat. Penilaian formatif yang dilaksanakan ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Tujuan penilaian formatif adalah untuk mengesan pencapaian murid dan mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai atau 3 Abdul Rahim, “Hubungan Sistem Pengurusan Sekolah Berkualiti (SPSK) Dengan Kualiti Dan Produktiviti Guru Di Sekolah Rendah Rintis Daerah Johor Bahru” (tesis master, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2012), 34-35.
  • 12. 8 belum.4 Penilaian sumatif pula ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Penilaian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. 4.1 BENTUK PENILAIAN KKQ Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan, kami telah mendapati bahawa bentuk penilaian dalam KKQ terbahagi kepada dua iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Antara penilaian formatif yang lazimnya dilakukan di sekolah ialah melalui pembentangan pelajar. Melalui kaedah ini, guru akan membuat penilaian berdasarkan penerangan dan pembentangan yang dilaksanakan oleh para pelajar di dalam bilik darjah. Selain itu, contoh ujian formatif ialah ujian yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah atau di kawasan sekolah. Sebagai contoh, melalui pembentangan pelajar, melalui penggunaan teknologi (VLE Frog), ujian setiap bab, kuiz, latih tubi (bertulis dalam buku teks, buku latihan, set modul dan papan putih), tasmik (hafazan, qiraat, tarannum) dan pemerhatian guru pada tingkah laku pelajar (akhlak). Kemudian, bagi bentuk penilaian sumatif pula ialah peperiksaan KKQ yang telah ditetapkan sebulan sebelum Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ujian ini tidak melibatkan penulisan kerana ianya berbentuk objektif. Ujian ini dijalankan secara serentak untuk setiap sekolah. Bagi pelajar Tingkatan 3, ujian ini dijalankan 2 kali dalam setahun. Bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 ujian ini dijalankan menggunakan buku khas KKQ (buku biru). Keberangkalian soalan akan berulang namun diubah pada aras kesukaran. Pembuatan soalan juga merujuk kepada bank soalan yang telah disediakan oleh guru-guru daerah iaitu Modul Gemilang KKQ. Selepas ujian bertulis dilaksanakan, para pelajar menghadapi ujian syafawi dalam tempoh masa sebulan. Ujian ini bertujuan untuk menilai penguasaan murid terhadap kemahiran hafazan, taranum, qiraat dan tajwid. Selain itu, peperiksaan percubaan bagi Tingkatan 3 turut diadakan mengikut keperluan sekolah itu sendiri. Peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun juga merupakan suatu kelaziman yang dilaksanakan di sekolah. 4 Fauziah Mohd Ata, Norashikin Mohd Nor, “Keberkesanan Penilaian Formatif dalam Pengajaran Karangan Naratif”, (2014),123.
  • 13. 9 4.2 BENTUK PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM Manakala bagi bentuk penilaian dalam Pendidikan Islam pula terbahagi kepada dua iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Bagi penilaian formatif, murid akan dinilai oleh guru yang mengajar sepanjang tahun dan semasa pembelajaran berlangsung. Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), guru merujuk Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) untuk memberi tahap penguasaan Band 1-6 kepada murid. Guru juga membuat pemerhatian serta kuiz dari semasa ke semasa bagi melihat perkembangan murid. Penilaian sumatif dalam Pendidikan Islam pula antaranya ialah peperiksaan pertengahan tahun serta peperiksaan akhir tahun menurut Ustazah Hasni, guru Pendidikan Islam di SMK Seksyen 4, Kota Damansara. 5.0 BENTUK SOALAN 5.1 BENTUK SOALAN KKQ Bentuk soalan KKQ merangkumi soalan objektif yang mempunyai 60 soalan. Terdapat 5 bahagian iaitu Ulum Al-Quran, Tajwid, Qiraat, Tarannum dan Hafazan yang diuji dalam soalan objektif tersebut. Menurut Ustaz Hafiz, guru KKQ di SMK Seksyen 4, Kota Damansara, banyak teori yang diuji dalam soalan objektif bagi memudahkan murid- murid untuk menjawab. Menurut Ustaz Firli, guru KKQ di SMAP Kajang pula, soalan Kelas Khas Kemahiran Al-Quran ada juga dibina dalam bentuk subjektif, kesan ke atas murid adalah murid akan lebih mengingati pembelajaran kerana untuk menjawab kerana soalan subjektif yang lebih terperinci walaupun dalam peperiksaan rasmi KKQ, bentuk soalan yang digunakan adalah dalam bentuk objektif. Katanya lagi, soalan tajwid 'ilmi boleh dinilai dalam bentuk subjektif namun dalam bentuk objektif lebih sesuai kerana ia telah dinilai dalam ujian syafawi. Bagi ujian syafawi, terdapat 3 bahagian iaitu Qiraat, Tarannum dan Hafazan. Ia dilaksanakan secara bertalaqqi serta murid akan diberikan set-set soalan untuk dipilih bagi ujian hafazan. 5.2 BENTUK SOALAN PENDIDIKAN ISLAM Antara bentuk soalan Pendidikan Islam ialah soalan objektif bagi tingkatan 4 dan 5 sahaja serta soalan subjektif bagi semua tingkatan. Terdapat soalan objektif dan subjektif yang diterapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi diri sepenuhnya seperti
  • 14. 10 yang telah diterjemahkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penerapan KBAT di sekolah diharapkan dapat melahirkan generasi yang pantas menerima perubahan, mampu berkomunikasi serta bekerja secara sepasukan serta dapat membuat refleksi berdasarkan penaakulan sekaligus berupaya untuk berinovasi serta mencipta sesuatu yang baharu.5 6.0 ASPEK PENILAIAN 6.1 ASPEK PENILAIAN KKQ Menurut Ustaz Hafiz, guru KKQ di SMK Seksyen 4, Kota Damansara aspek penilaian KKQ telah dibahagikan kepada dua aspek. Antaranya ialah aspek kognitif iaitu peperiksaan KKQ. Aspek psikomotor ialah ujian syafawi bahagian hafazan, aspek tajwid dan kelancaran membaca Al-Quran seperti yang ditekankan mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Bagi bahagian tarannum pula, aspek yang dinilai adalah dari sudut lagu, suara dan tajwid dan qiraat. 6.2 ASPEK PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM Aspek penilaian dalam Pendidikan Islam pula antaranya ialah aspek kognitif yang boleh dinilai melalui peperiksaan. Aspek psikomotor pula ialah ujian amali. Melalui ujian amali, murid dinilai melalui penguasaan kemahiran murid berdasarkan tingkahlaku. Sebagai contoh, cara bertayammum dan cara berwuduk. Jika ditelusuri kaedah pengajaran Rasulullah SAW, ternyata teknik tunjuk cara ini diaplikasi oleh baginda sendiri dengan menunjukkan cara-cara mendirikan solat agar seluruh umat Islam akan melihat dan mengikuti perlakuan baginda (Che Noraini, 2008).6 Antara aspek afektif yang perlu dinilai ialah akhlak yang telah diketahui ianya merupakan sesuatu yang subjektif. Sebagai contoh, nilai amanah tidak dapat dinilai jika seseorang murid itu tidak memegang apa-apa jawatan di sekolah.Walaubagaimanapun, pelaksanaan penilaian akhlak boleh dinilai oleh guru daripada awal sehingga akhir tahun. Dari sudut ibadah pula, guru mampu menilai sama ada murid boleh melakukan dengan betul atau tidak. Peranan Pendidikan Islam mampu mencorakkan sikap pelajar supaya menjadi seorang insan yang berpendirian kukuh dengan mengamalkan segala suruhan Allah 5 Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum “Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Menengah, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam”, (Putrajaya,2016),43. 6 Fathiyah Mohd Fakhruddin, “Pemahaman Dan Pengalaman Guru Pendidikan Islam”, (The Online Journal of Islamic Education, 2013),1.
  • 15. 11 tanpa mengabaikan tuntutan duniawi.7 7.0 PEPERIKSAAN DAN PEMARKAHAN 7.1 PEPERIKSAAN DAN PEMARKAHAN KKQ Setiap murid yang mengikuti kelas KKQ ini akan mengikuti peperiksaan khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima. Semua murid tingkatan tiga dan lima yang mengikuti kelas ini layak menduduki peperiksaan tersebut. Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum Al-Quran dan Qiraat Al-Sab’ie. Semua soalan disediakan oleh jawatankuasa khas di Kementerian Pendidikan Malaysia.8 Peperiksaan lisan akan dilakukan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif. Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak di seluruh negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diperiksa dan diberi markah. Jumlah keseluruhan markah bagi ujian bertulis yang merangkumi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum Al-Quran dan Qiraat Al-Sab’ie adalah 100 markah. Begitu juga dengan ujian lisan yang melibatkan tarannum, qiraat dan hafazan. Setiap satu aspek tersebut turut melibatkan jumlah markah keseluruhan adalah 100 markah. 7.2 PEPERIKSAAN DAN PEMARKAHAN PENDIDIKAN ISLAM Peperiksaan dalam Pendidikan Islam pula hanya melibatkan ujian bertulis sahaja yang merangkumi soalan objektif dan juga subjektif dan tiada ujian lisan. Ujian bertulis ini dilaksanakan semasa tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima. Dalam peperiksaan besar Pendidikan Islam, terdapat beberapa bidang yang terlibat. Antaranya ialah bidang Al- Quran, Hadis, Akidah, Fekah, Sirah, Akhlak, ayat-ayat hafazan dan juga melibatkan bidang Jawi. Dari aspek pemarkahannya pula turut melibatkan beberapa bidang. Bagi bidang 7 Mohd Rosdi Bin Mahmud, “Matapelajaran Pendidikan Islam Dan Kesannya Terhadap Peningkatan Disiplin Pelajar: Kajian di Sekolah Menengah Negeri Perlis, (Tesis Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia, 2009), 9. 8 Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan islam dan Moral, “Kurikulum Kelas Khas Kemahiran al-Quran, Tingkatan Satu,Dua & Tiga”. (Putrajaya,2004).
  • 16. 12 Al- Quran, Hadis, Fekah, Sirah, ayat-ayat hafazan dan Jawi markah keseluruhan adalah 10 bagi setiap satu bidang tersebut. Manakala bidang Akidah dan Akhlak pula 20 markah. Jumlah markah keseluruhan bagi soalan peperiksaan Pendidikan Islam adalah 100 markah. 8.0 ALAT PENILAIAN Dalam pengertian umum, alat adalah suatu yang dapat digunakan untuk memudahkan seseorang untuk melaksanakan tugas atau mencapai tujuan secara lebih efektif dan efisien. Selain itu, kata alat juga boleh disebut dengan istilah instrumen. Instrumen adalah alat ukur yang digunakan untuk mengukur dalam rangka pengumpulan data. 8.1 ALAT PENILAIAN KKQ Antara alat penilaian yang terlibat dalam KKQ ialah Kad Kemajuan Hafazan, Qiraat dan Tarannum, kertas ujian, soalan kuiz dan Modul Gemilang KKQ. Kad kemajuan digunakan oleh guru untuk menilai sejauh mana tahap penguasaan murid dalam aspek hafazan, tarannum dan qiraat. Selain itu, guru juga dapat menilai tahap kefahaman serta kebolehan muridnya. Sebagai contoh, seseorang murid tidak dapat mengukur bacaan Al-Qurannya adakah betul mengikut makhraj huruf dan hukum tajwid tanpa diperdengarkan kepada seseorang guru. Terdapat contoh kad kemajuan yang digunakan oleh guru di sekolah SMK Seksyen 4, Kota Damansara pada lampiran pertama. Modul KKQ juga termasuk dalam alat penilaian. Modul ini digunakan sebagai latihan tambahan kepada murid-murid untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam bidang yang dipelajari. Dalam KKQ juga terdapat Modul Gemilang dan modul ini dibuat oleh guru-guru cemerlang KKQ di daerah Selangor. 8.2 ALAT PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM Dalam Pendidikan Islam, antara alat penilaian yang terlibat antaranya ialah PAFA, Frog VLE dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pada borang PAFA telah tersedia topik-topik yang perlu dikuasai pelajar dalam pengajaran di dalam kelas. Ianya merangkumi aspek pemahaman, menghafaz serta kaedah amali. Contoh kaedah amali yang dinilai dari PAFA adalah cara berwuduk. PBS adalah pendekatan yang amat baik untuk mendapatkan maklumat yang autentik, sah dan boleh dipercayai tentang seseorang murid kerana guru sendiri yang mentaksir
  • 17. 13 muridnya dengan menggunakan instrumen serta kaedah yang difikirkan terbaik untuk muridnya. Cuma setiap orang guru haruslah bersikap professional, jujur dan amanah terhadap tanggungjawab kerana pelaporan yang tidak tepat akan mengakibatkan pengaruh bias, simpati dan faktor-faktor lain akan menjejaskan kualiti pendidikan negara. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai Frog VLE ini juga ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang mempunyai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Melalui Frog VLE ini dapat menghubungkan antara guru dan murid secara maya. Di sini, guru dapat menyediakan nota serta soalan dan murid menjalankan latihan secara maya atau online pada bila-bila masa. Di samping itu, murid boleh berinteraksi dengan guru secara langsung di dalam aplikasi ini.9 PAFA adalah ringkasan daripada Penilaian Asas Fardhu Ain. Ianya dilaksanakan di peringkat UPSR, PMR dan SPM. Merupakan beberapa perkara fardhu ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam yang hendak dipastikan supaya setiap pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang telah ditetapkan syarak. Dalam aspek penilaian, pelajar dapat mencapai kefahaman yang betul dan boleh mengamalkannya sekira-kira “sah” pada tahap yang paling asas dan minimum.10 9.0 MASALAH PELAKSANAAN PENILAIAN Setiap pelaksanaan sesuatu perkara pasti ada kelebihan dan kelemahannya dari beberapa aspek seperti kelemahan pentadbirannya seperti sekolah ataupun pelaksananya seperti guru yang mengajar. Tidak lupa juga kelemahan mungkin berpunca dari penerimanya seperti murid. Maka, hasil daripada pelbagai aspek kelemahan tadi, adanya beberapa masalah pelaksanaan bagi KKQ juga masalah pelaksanaan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. 9.1 MASALAH PELAKSANAAN PENILAIAN KKQ 9.1.1 Masalah Waktu Pelaksanaan Penilaian 9 Azurina Md Tahar , “Aplikasi Frog VLE Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3”, dipetik daripada laman sesawang http://www.academia.edu/7349217/Aplikasi_Frog_VLE_dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Pendidikan_Si vik_dan_Kewarganegaraan_Tingkatan _3. 10 Tan Sri Datuk Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • 18. 14 Didapati ada sesetengah guru dan pelajar sendiri yang merasakan terdapat kekangan waktu pelaksanaan kerana 6 masa seminggu dirasakan tidak mencukupi untuk menguasai sesuatu tajuk kerana kebanyakan tajuk-tajuk KKQ berat serta banyak hal ini menyebabkan para pelajar memerlukan perhatian yang lebih untuk menguasai sesuatu tajuk. Disebabkan masalah masa yang tidak mencukupi ini, silibus bagi KKQ ada yang tidak dapat dihabiskan pada waktunya. Masalah waktu pelaksanaan KKQ di SMAP Kajang pula adalah kelas KKQ sering diganggu dengan aktiviti kokurikulum dan kelas-kelas tambahan subjek tambahan seperti Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan bagi persediaan peperiksaan besar. 9.1.2 Ruang Pembelajaran Yang Tidak Selesa Seperti sekolah SMK Bandar Baru Ampang, pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dibuat di dalam kelas kerana kelas tidak mencukupi dan sebahagian kelas kosong diutamakan untuk mata pelajaran lain. Oleh itu, untuk pelajar KAA mereka terpaksa belajar di dalam surau. Dari sudut positifnya hanya untuk surau yang berkeadaan baik dan bagus tapi negatifnya dapat kita kesan apabila surau tersebut dalam keadaan yang tidak baik dan tidak selesa untuk dilaksanakan kelas. 9.1.3 Pelajar Yang Terpilih Sebahagiannya Bukan Atas Minat Menurut Ustaz Hafiz SMK Seksyen 4, Kota Damansara, pelajar yang terpilih sebahagiannya bukan atas minat pelajar sendiri menyebabkan masa pelaksanaan kelas pada sebelah pagi bagi pelajar tahap menengah rendah, memenatkan mental dan fizikal pelajar yang tidak minat akan mata pelajaran bagi KKQ. Lazimnya, pada sebelah petang pula mereka dengan kelas untuk subjek-subjek yang lain, oleh itu, pelajar merasakan penat untuk beralih ke kelas seterusnya dan akhirnya, pelajar tidak memberikan tumpuan yang baik di dalam kelas. Jadi, pelajar kurang bersungguh-sungguh dalam peperiksaan kerana tidak minat terhadap subjek tersebut dan belajar KKQ kerana terpaksa. Prestasi pelajar jugak akan merosot kerana hal ini. 9.1.4 Kekurangan Guru Untuk Melaksanakan Penilaian KKQ Terdapat guru-guru yang tidak mempunyai kemampuan untuk mengajarkan tarannum dengan betul demikian juga untuk mata pelajaran Qiraat As-Sab’ie kerana didapati guru kurang mendapat pendedahan dan kursus yang berkaitan. Selain itu, masalah kekurangan guru juga melibatkan guru yang berkemahiran tetapi terpaksa menghadiri
  • 19. 15 program tertentu dan menyebabkan terpaksa membatalkan kelas. Oleh itu, silibus tidak dapat dihabiskan pada waktu yang dirancang dan pelaksanaan penilaian terhadap pelajar sukar dijalankan kerana jadual amat padat. 9.1.5 Kelas KKQ Diganggu Ko-Kurikulum Ada masanya kelas kemahiran al-Quran tidak dapat dilaksanakan bagi sesetengah sekolah kerana perlu mendahulukan program ko-kurikulum. Hal ini menyebabkan masa pelaksanaan tidak mencukupi bagi menghabiskan tajuk-tajuk bagi mata- pelajaran tertentu. Ini juga menyebabkan sukatan pelajaran tidak dapat dicapai oleh guru dan menjadi tersekat disebabkan halangan-halangan seperti itu. Oleh yang demikian proses pembelajaran menjadi sangat lambat dan menyukarkan para guru untuk melaksanakan penilaian terhadap pelajar dengan lebih efektif kerana gangguan ko-kurikulum terhadap pengajaran KKQ di sekolah. 9.1.6 Pendekatan Guru Dalam Kelas Membosankan Guru-guru lebih cenderung menggunakan kaedah pengajaran tradisi dan menyebabkan murid merasa bosan dan kurang aktif di dalam kelas. Di samping waktu pembelajaran yang dilaksanakan pada waktu petang menambahkan lagi kurang minat pelajar untuk memberikan tumpuan yang baik terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas KKQ. Oleh hal yang demikian, pelajar kurang memberikan kerjasama kepada guru ketika di dalam kelas dan semasa melaksanakan penilaian sebagai contoh kurangnya dari segi kehadiran dan kurangnya persediaan pelajar semasa guru hendak melaksanakan penilaian. 9.2 MASALAH PELAKSANAAN PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM 9.2.1 Bilangan Murid Yang Terlalu Ramai Bilangan murid yang terlalu ramai mengambil masa untuk guru Pendidikan Islam membuat penilaian. Pastinya akan ada pelajar yang tidak mendapat perhatian jika pelajar tersebut terlalu pasif di dalam kelas justeru itu penilaian tidak dapat dibuat dengan baik kerana guru tidak dapat memberikan perhatian secara menyeleruh kepada setiap pelajar. Maka, akan ada pelajar yang tertinggal dalam topik-topik tertentu jika kurang bertanya. Malahan, sewaktu penandaan kertas peperiksaan, guru juga mengambil masa yang lama untuk menanda kertas kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai.
  • 20. 16 9.2.2 Kekurangan Masa Pelaksanaan Penilaian Sebagai contoh, waktu pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dirasakan tidak mencukupi kerana silibus mereka lebih banyak dan lebih berat. Hal ini menyebabkan, para pelajar dan guru-guru Pendidikan Islam memerlukan masa yang lebih untuk menghabiskan silibus pelajaran lebih baik. Apabila guru harus mengajar dengan masa yang banyak, ia akan memberi kesan kepada pelaksanaan penilaian terhadap pelajar. Oleh itu, guru mengalami ekangan masa untuk melakukan penilaian terutamanya penialain formatif seperti kuiz, pembentangan dan lain-lain. 9.2.3 Pelajar tidak Mempunyai Kemahiran Jawi Dan Al-Quran Yang Baik Sebahagian pelajar tidak mempunyai kemahiran jawi dan al-Quran yang baik. Justeru itu, pelajar-pelajar ini lebih banyak tertinggal jika tidak diberikan perhatiaan yang khusus dan tidak disediakan inisiatif yang baik untuk mereka. Malahan, masa untuk membuat pemulihan juga tidak mudah dan tidak mencukupi bagi membantu mereka kerana pemulihan lebih banyak mengambil masa berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, proses penilaian yang dijalankan tidak memberangsangkan kerana para pelajar lemah dalam penguasaan jawi. 9.2.4 Guru Pendidikan Islam Terlalu Sibuk Guru Pendidikan Islam yang terlalu sibuk dan tidak dapat menghadiri kelas. Sebahagian guru Pendidikan Islam memegang jawatan sebagai guru panitia yang perlu menghadiri kursus, guru kelab, guru yang menjadi pengiring bagi program-program sekolah, guru penolong kanan dan sebagainya. Guru-guru yang memegang jawatan tidak dapat menghabiskan silibus mata pelajaran pada waktunya keran terpaksa mendahulukan aktiviti lain yang juga penting. Apabila guru lebih banyak berada di luar kawasan sekolah, penilaian terhadap pelajar juga kurang dijalankan khususnya penilaian formatif. 10.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuan PBS adalah untuk melihat kemajuan
  • 21. 17 pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid secara adil dan saksama serta mendapatkan gambaran keseluruhan tentang potensi pelajar.11 Dalam pelaksanaan PBS, kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS) dan bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Kedua- dua kategori ini memberi pengiktiran dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.12 Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Panduan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS), Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah (SPPBS) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). PBS boleh dilaksanakan dengan menggunakan dua kaedah iaitu formatif dan sumatif. Melalui kaedah formatif, satu set latihan, soalan atau penilaian akan diberikan kepada murid selepas proses pengajaran dan pemebelajaran setiap hari atau selepas sesuatu unit diajar. Kaedah Sumatif pula merupakan set soalan atau penilaian diberikan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Penilaian yang dijalankan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap prosedur dan langkah pentafsiran PBS dilaksanakan sepenuhnya oleh guru dan pihak sekolah yang bermula dari aspek perancangan, pembinaan item, instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan, perekodan dan pelaporannya. Guru mereka bentuk penilaian berdasarkan prestasi dan keupayaan semasa murid.13 Kesimpulannya, pelaksanaan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) dilaksanakan berpandukan rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), DSKP, DSP dan juga SPPBS yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Menurut Lembaga Peperiksaan, antara kebaikan PBS kepada pelajar adalah dapat menggalakkan kemajuan kendiri pelajar, membentuk tingkah laku positif, meningkatkan kemajuan kendiri, membentuk tingkah laku yang positif, 11 Abdul Halim Abdullah, Nurul Hadyani Ahmad, Nor Amilawani Ahmad Sukri, Nurhasyimah Ismail, Vicki Artika, “Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): kebaikan Dari Perspektif Am, Guru, Murid Dan Ibu Bapa, Buletin Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor”, (Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,2014),24:1. 12 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, “Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)”, (Putrajaya,2012), 4. 13 Asraf Mubarak Bin Atan, “Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan PBS Di Sekolah Kebangsaan Bandar Dan Luar Bandar Di Daerah Muar” , (Universiti Teknologi Malaysia, 2013), 2.
  • 22. 18 meningkatkan kemahiran berkumpulan dan mempromosikan pengajaran yang kreatif. Kemajuan kendiri dapat digalakkan apabila pelajar mampu mencapai band 5 atau band 6 ketika pelajar diminta untuk mencipta sesuatu benda yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. Pelajar bebas untuk bereksperimen dan menunjukkan kebolehannya sama ada dalam bentuk try and error, kreativiti, pembentangan dan role playing. PBS juga dapat membentuk tingkah laku yang positif dan menjadikan pelajar lebih proaktif, percaya diri, dan selesa belajar di dalam kelas. Kemahiran berkumpulan dapat diperolehi jika pelajar mampu memberikan kerjasama dan berkongsi idea dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.14 Menurut Prof. Anuar dalam satu kenyataan akhbar mengenai PBS, salah satu tujuan pendidikan ialah membangunkan negara dan masyarakat. Negara-negara maju mempunyai dua ciri utama dalam sistem pendidikan mereka iaitu penilaian bersifat holistik yang berteraskan pembangunan insan dan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan. Kedua, guru sekolah telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan penilaian. Menurut beliau lagi, penilaian berpusat lebih sesuai untuk menilai kemampuan pencapaian pelajar pada peringkat akhir sahaja. Jika inginkan perubahan ke arah negara maju, Malaysia perlu mengubah sistem penilaian yang memenuhi keprluan ini. Jika dulu penilaian hanya kepada apa yang pelajar hafal dan faham, tetapi PBS dapat menilai kebolehan pelajar untuk merumuskan apa yang mereka hafal dan faham, mengaplikasikan kreativiti dan inovasi kepada pelajar.15 Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) berubah dari sudut masa pelaksanaan, komponen yang diuji, badan pelaksana, dan juga keputusan akhir pelaksanaan.16 Masa pelaksanaan PMR adalah secara serentak di semua sekolah di Malaysia pada masa dan tarikh yang sama seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Hal ini kerana, PMR merupakan peperiksaan berpusat manakala, PT3 adalah pentaksiran berterusan yang dilaksanakan oleh 14 Abdul Halim Abdullah, Nurul Hadyani Ahmad, Nor Amilawani Ahmad Sukri, Nurhasyimah Ismail, Vicki Artika, “Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): kebaikan Dari Perspektif Am, Guru, Murid Dan Ibu Bapa, Buletin Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor”, (Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,2014). 15 Utusan Online (2014), dipetik daripada http://www.1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140701/pe_01/PBS-serlahkan-potensi-sebenar-pelajar. 16 Siti Nur Aisyah Binti Alias, “Perubahan Dalam Penggredan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Kepada Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)”.
  • 23. 19 guru daripada pelajar di tingkatan satu sehingga murid di tingkatan tiga. Setiap perkembangan dan pengetahuan murid sentiasa dinilai dan ditaksir oleh guru-guru. Seterusnya, komponen yang diuji dalam PMR hanyalah kemahiran kognitif manakala, PT3 menguji kemahiran kognitif yang menilai intelek, kemahiran afektif yang menilai emosi dan rohani pelajar dan juga kemahiran psikomotor yang menilai jasmani yang bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Setiap laporan pencapaian murid adalah berasaskan sekolah dan dinilai secara berterusan dalam menguji ketiga- tiga komponen tersebut. Badan pelaksana dan keputusan akhir peperiksaan PMR adalah sepenuhnya dikendalikan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bermula dari penyediaan kertas soalan, pentadbiran peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan serta pengeluaran keputusan peperiksaan pelajar. Manakala, pelaksanaan PT3 pula, LPM hanya menyediakan instrument seperti soalan, panduan penskoran dan tempoh pelaksaan yang telah ditetapkan. Seterusnya, pentadbiran sekolah akan melaksanakan pentadbiran seperti menyediakan skrip jawapan dan pengeluaran keputusan pelajar. 10.1 PBS DALAM KKQ Kelas Kemahiran Al-Quran adalah salah satu daripada kegiatan kokurikulum tetapi wajib dilaksankan tiga jam dalam masa seminggu bagi setiap tingkatan berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Oleh kerana status KKQ sebagai kegiatan kokurikulum, maka Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) tidak dilaksanakan di dalam KKQ. 10.2 PBS DALAM PENDIDIKAN ISLAM Menurut pandangan Guru Panitia Pendidikan Islam di SMK Seksyen 4, Kota Damansara, beliau menyatakan bahawa PBS tidak mampu menilai potensi pelajar secara menyeluruh. Hal ini kerana, PBS tidak mampu untuk menentukan penguasaan murid dalam masa yang singkat kerana perjumpaan dengan pelajar hanya dua kali seminggu dalam masa yang sama guru perlu mengajar dan membuat penilaian secara menyeluruh kepada murid. Pada pandangan beliau lagi, jika guru diberikan tempoh yang lama bersama pelajar, mungkin PBS mampu untuk menilai potensi pelajar. Guru hanya mampu menggunakan PBS untuk mengawal murid dari segi disiplin kerana PBS hanyalah satu bentuk penilaian kearah yang lebih baik. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah PBS berjaya menilai potensi pelajar
  • 24. 20 hanya untuk beberapa topik dan hanya untuk mata pelajaran tertentu sahaja kerana kaedah pengajaran juga berbeza mengikut topik-topik. Begitu juga dengan penilaian. Seterusnya menurut beliau, PBS mungkin berjaya, tetapi tidak secara holistik. Hal ini kerana, PBS dapat dinilai secara holistik apabila topik berkenaan dengan amali dan keberjayaan pelajar dalam mempraktikkan amali tersebut. Dalam bidang Pendidikan Islam, penilaian akhlak untuk pelajar susah dilaksanakan kerana akhlak yang sebenar bukan hanya pada waktu pembelajaran sahaja. Bagi PT3 dan PMR, beliau lebih bersetuju dengan PT3. Hal ini kerana PT3 lebih terperinci dan penilaian dibuat bagi setiap topik yang diajar. Manakala, PMR pula dilihat agak tidak adil kerana hanya beberapa topik diuji tetapi pelajar belajar lama dan topik sangat banyak. PT3 diukur setiap hari dan sepatutnya murid dapat apa yang dipelajari manakala, PMR hanya diukur dari 2 jam pelajar menduduki peperiksaan. 11.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan mulai tahun 1989 yang dibentuk berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), dan dinyatakan dalam perakuan 58. Kandungan kurikulum KBSM merangkumi kemahiran, kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan daan kewarganegaraan sebagai asas pendidikan. Dokumen kurikulum yang digunakan KBSM adalah Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Manakala, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan Kurikulum Kebangsaan yang digunakan oleh semua sekolah menengah seperti yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 16 di bawah Akta Pendidikan 1996 iaitu Akta 550. KSSM dilaksanakan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).17 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) diperkenalkan kerana terdapat keperluan untuk menjadikan Kurikulum Kebangsaan lebih holistic dan relevan dengan keperluan abad-21 bagi melahirkan modal insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. KSSM dipercayai mampu memberikan sumbangan kepada pembangunan negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa dan global. 17 Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (2017).
  • 25. 21 Antara perbezaan penilaian berdasarkan KBSM dan KSSM ialah pentaksiran yang dilaksanakan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah pentaksiran sekolah secara sumatif dan pentaksiran formatif. Manakala, pentaksiran bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pula disuratkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai Standard Prestasi iaitu satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai. Selain itu, perbezaan reka bentuk kurikulum untuk KBSM adalah berasaskan hasil pembelajaran. Manakala, reka bentuk kurikulum KSSM berasaskan standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi. 11.1 KBSM DAN KSSM DALAM PENILAIAN KKQ Menurut kesemua guru KKQ yang telah ditemual di SMK Seksyen 4, Kota Damansara, SMK Bandar Baru Ampang dan juga SMAP Kajang menyatakan bahawa perubahan yang berlaku antara KBSM dan KSSM sama sekali tidak mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran pada KKQ serta tiada perubahan pada silibus juga kerana KKQ tidak termasuk dalam kurikulum. 11.2 KBSM DAN KSSM DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM Menurut hasil temubual yang telah dijalankan di SMK Seksyen 4, Kota Damansara apa yang dapat disimpulkan adalah KSSM lebih kepada kemahiran murid. Seperti kemahiran dalam menguasai al-Quran, Jawi, Akhlak dan Adab. Ianya tidak menekankan kepada isi kandungan tetapi lebih kepada penghayatan. Seterusnya, menurut beliau lagi, KBSM lebih kepada isi kandungan pelajaran seperti kemahiran mengingat, menghafal dan sebagainya. KBSM lebih kepada kemahiran insaniah yang bersifat holistik. 12.0 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) membawa maksud keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi, dan berupaya mencipta sesuatu. Bagi melaksanakan KBAT di sekolah, terdapat 7 elemen iaitu Kurikulum,
  • 26. 22 Pedagogi, Pentaksiran, Kokurikulum, Sokongan Komuniti & Swasta, Bina Upaya dan Sumber.18 KBAT ditulis secara eksplisit dalam dokumen kurikulum. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti PdP berasaskan KBAT hendaklah berpandukan kepada kandungan dokumen tersebut. Bagi mengetahui keberkesanan PdP dan pencapaian tahap penguasaan KBAT murid, Pentaksiran Sekolah (PS) dilaksanakan secara berterusan melalui latihan, ujian, ujian lisan, soal-jawab, kuiz, lembaran kerja, tugasan projek murid dan pemerhatian. Maklumat yang diperoleh daripada PS membantu guru dalam merancang dan melaksanakan tindakan susulan bagi meningkatkan keberkesanan PdP dan seterusnya tahap penguasaan KBAT dalam kalangan murid. Melalui PS, guru dapat mentaksir tahap penguasaan KBAT dalam kalangan murid dengan menggunakan konteks baharu, situasi sebenar dalam kehidupan harian, pelbagai soalan dan stimulus.19 Pembinaan item KBAT dalam Pentaksiran perlu berasaskan ciri berikut20 : 1. Stimulus 2. Pelbagai Tahap Aras Pemikiran 3. Konteks Bukan Lazim 4. Situasi Sebenar Dalam Kehidupan Harian 5. Item Tidak Berulang 12.1 KBAT DALAM PENILAIAN KKQ Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMAP Kajang, kami dapati bahawa unsur-unsur KBAT dalam soalan KKQ tahapnya tidaklah seperti tahap KBAT dalam soalan subjektif. Maksudnya, KBAT dalam soalan subjektif secara umumnya agak sukar untuk murid menjawab. Jadi, unsur-unsur KBAT dalam soalan KKQ tidaklah sesukar itu. Kemudian, daripada hasil temubual tersebut juga kami dapati bahawa dalam penilaian KKQ, KBAT hanya terdapat pada bahagian Qiraat sahaja. Hal ini kerana murid harus tahu formula bacaaan Qiraat tersebut. Memandangkan Qiraat mempunyai 14 jenis cara 18 Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, “Inisiatif Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi di Sekolah” (Putrajaya,2013). 19 Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, “Elemen KBAT Dalam Pentaksiran”, (Putrajaya),2. 20 Ibid
  • 27. 23 bacaan yang perlu dihafal oleh murid, jadi murid harus tahu cara untuk mengaplikasikan keempat belas-empat belas bacaan ini dalam surah-surah yang lain. Jadi, formula yang dicipta untuk menghafal inilah yang merupakan KBAT bagi murid. Seterusnya, bagi bab Ulum Al-Quran, Tarannum dan Hafazan dalam KKQ, hasil temubual kami mendapati bahawa tiada unsur KBAT pada setiap bab ini. Hal ini kerana ketiga-tiga bab ini melibatkan fakta. Bagi bab Tajwid pula, kemungkin unsur KBAT itu ada dan boleh diletakkan dalam soalan peperiksaan. Sebagai contoh, di dalam kelas murid hanya mempelajari ayat-ayat Al-Quran yang terdapat pada silibus buku KKQ untuk menentukan sesuatu hukum tajwid itu. Tetapi di dalam peperiksaan bertulis, guru mungkin akan mengambil ayat-ayat lain selain daripada ayat-ayat yang terdapat pada silibus buku KKQ untuk menguji kemahiran murid menganalisis hukum Tajwid tersebut. 12.2 KBAT DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMK Seksyen 4, Kota Damansara dan SMK Bandar Baru Ampang kami dapati bahawa cara penilaian guru terhadap murid yang telah menguasai KBAT ialah menerusi penerangan murid mengenai sesuatu topik. Guru akan menilai sama ada murid tersebut dapat menyelesaikan masalah yang diberikan ataupun tidak. Kemudian, cara murid menerangkan penyelesaian masalah pula mestilah sesuai dengan topik yang dipelajari. Seterusnya, menurut guru Pendidikan Islam di SMK Seksyen 4, Kota Damansara, antara langkah guru dalam membina dan menilai item KBAT ialah guru haruslah mengikuti format menjawab soalan yang telah disediakan. Contohnya, untuk soalan KBAT yang mempunyai 4 markah, format yang perlu ada ialah seperti berikut : Isi (1 markah), Huraian – (1 markah), Huraian lengkap atau huraian lanjut (1markah), Kesimpulan (1markah) - (Rujuk Lampiran 3). Kemudian, menurut guru Panitia Pendidikan Islam di SMK Bandar Baru Ampang pula, guru sekurang-kurangnya perlu menghadiri kursus sebanyak 5 kali bersama dengan Jurulatih Utama yang dilantik oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk menguasai kemahiran menggubal soalan KBAT. Setelah itu, guru tersebut haruslah berkongsi maklumat dengan guru-guru lain akan input-input yang didapati daripada kursus-kursus yang diadakan. Guru yang mewakili sekolah untuk menghadiri latihan atau kursus adalah merupakan inisiatif daripada pihak jabatan sendiri yang memanggil wakil guru dari setiap sekolah untuk
  • 28. 24 menerima latihan. Latihan tersebut bukanlah hanya tertumpu kepada guru itu sahaja, tetapi ia juga perlu diberi latihan kepada rakan-rakan guru yang lain. Jadi, secara kesimpulannya, terdapat dua langkah yang perlu guru lakukan untuk membina dan menilai item KBAT. Pertama, guru menggunakan format yang disediakan dan kedua, guru menggunakan kemahiran yang didapati hasil daripada menghadiri kursus-kursus yang disediakan. 13.0 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke- 21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.21 Hasilnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. 11 anjakan strategik dan operasi untuk transformasi sistem pendidikan negara tersebut ialah22 : 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. 3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai. 4. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. 5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 21 Kementerian Pendidikan Malaysia, Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2015 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah),1. 22 Ibid 19-20.
  • 29. 25 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung. 13.1 PPPM DALAM PENILAIAN KKQ Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMK Seksyen 4, Kota Damansara kami dapati bahawa guru KKQ tersebut telah mengaplikasikan salah satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi untuk transformasi sistem pendidikan negara iaitu beliau memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah. Untuk penilaian pula, ICT kurang digunakan. ICT hanya digunakan dalam PdP sahaja. Tetapi, penggunaan ICT dalam penilaian adalah bergantung kepada guru. Antara aplikasi yang digunakan untuk menilai murid adalah dengan menggunakan FROG VLE. Aplikasi ini digunakan untuk melaksanakan kuiz kepada murid. 13.2 PPPM DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMK Seksyen 4, Kota Damansara kami juga mendapati bahawa guru Pendidikan Islam di sekolah tersebut telah mengaplikasikan salah satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi untuk transformasi sistem pendidikan negara iaitu beliau memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah. Untuk penilaian pula, ICT turut dimanfaatkan. Antara aplikasi yang digunakan ialah FROG VLE. Guru akan membina soalan kuiz dan murid akan menjawab soalan kuiz menerusi aplikasi FROG VLE tersebut. Murid selalunya mempunyai ID dan Password sendiri. Soalan kuiz pada kebiasaannya hanya melibatkan soalan-soalan yang mudah. Soalan pula adalah berbentuk objektif. 14.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun Negara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan
  • 30. 26 kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan ketuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri- ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.23 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dulunya disebut sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia yang digubal pada 1988 dan disemak semula pada 1996, termaktub dalam visi Kementerian dan Kerajaan yang berhasrat melahirkan generasi holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. 14.1 FPK DALAM PENILAIAN KKQ Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur, kami dapati bahawa dalam penilaian KKQ, aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) telah diambil kira. Selepas melakukan penilaian, KKQ dikira telah memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini kerana Al-Quran melibatkan keempat-empat komponen jasmani, emosi, rohani dan intelek tersebut. Sebagai contoh, hafazan telah melibatkan emosi murid sama ada sebelum, semasa dan selepas hafazan. 14.2 FPK DALAM PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di SMK Seksyen 4, Kota Damansara kami telah dapati bahawa dalam penilaian Pendidikan Islam, aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) juga telah diambil kira. Selepas melakukan penilaian, 23 Kementerian Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum, ‘Falsafah Pendidikan Negara”, (Putrajaya,1998),6.
  • 31. 27 Pendidikan Islam dikira telah memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sekiranya pelajar memenuhi aspek-aspek JERI tersebut. Sebagai contoh, dari segi rohani, sepatutnya seseorang murid itu telah memenuhi keperluan rohaninya sekiranya murid tersebut mengikuti dan mengamalkan apa yang telah dipelajari. Selain itu, guru- guru Pendidikan Islam juga selalu memberi motivasi kepada murid supaya terlibat dengan program-program yang menjaga rohani murid. 15.0 LAMPIRAN 15.1 BUKU KKQ
  • 32. 28 15.2 LAMPIRAN KKQ (Kad kemajuan Hafazan)
  • 33. 29
  • 34. 30 15.3 LAMPIRAN PENDIDIKAN ISLAM (Buku PAFA)
  • 35. 31 15.4 BUKU NOTA DAN LATIHAN KKQ
  • 36. 32
  • 37. 33
  • 38. 34
  • 39. 35
  • 41. 37
  • 43. 39 16.0 RUMUSAN Dalam konteks dunia pendidikan, proses penilaian membabitkan banyak perkara kerana terangkum di dalamnya proses ujian, peperiksaan dan pengukuran yang bertujuan untuk melihat kemampuan pelajar menguasai apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Phopham (1975) mentafsirkan bahawa penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Seterusnya, penilaian juga merupakan satu proses memperolehi maklumat secara bersistem dalam usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan yang paling wajar. Justeru penilaian yang dilakukan di sekolah adalah satu usaha berstruktur dan bersistem bagi mengkaji perubahan, penguasaan dan pencapaian para pelajar dalam ujian dan peperiksaan yang diadakan bagi mengatasi masalah yang timbul sebelum pelajar menduduki peperiksaan sebenar kelak (Gay:1985). Melalui tugasan yang telah kami lakukan ini, alhamdulillah, banyak perkara yang telah kami perolehi. Antaranya ialah dari sudut pembinaan soalan yang hendak diajukan kepada guru-guru sekolah yang berkenaan. Kami juga dapat melatih diri kami dalam mencari maklumat seterusnya menganalisis maklumat tersebut sebagai persediaan temubual. Dari sudut kerja berkumpulan pula, kami mempraktikkan nilai bekerjasama dalam menyiapkan tugasan. Sebagai contoh, sekiranya ada mana-mana ahli kumpulan lain yang tidak memahami sesuatu perkara, ahli-ahli kumpulan yang lain berperanan menerangkan sehingga jelas perkara itu. Seterusnya, pengetahuan mengenai penilaian yang terdapat dalam Kelas Khas Kemahiran Al-Quran (KKQ) juga banyak yang kami perolehi bahkan banyak maklumat lain lagi. Selain itu, penilaian dalam Pendidikan Islam juga turut didedahkan kepada kami. Akhir kata, tugasan yang diberikan ini amat membantu kami dalam persediaan menjadi seorang guru Kelas Khas Kemahiran Al-Quran (KKQ) kelak. Semoga apa yang kami lakukan ini diredhai oleh Allah. Sekian, terima kasih.
  • 47. 43 18.0 RUJUKAN Abdul Rahim. (2012). Hubungan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Dengan Kualiti Dan Produktiviti Guru Di Sekolah Rendah Rintis Daerah Johor Bahru. Tesis Master. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Rahim. (2012). Hubungan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Dengan Kualiti Dan Produktiviti Guru Di Sekolah Rendah Rintis Daerah Johor Bahru. Tesis Master. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Asraf Mubarak Bin Atan, (2013), Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan PBS di Sekolah Kebangsaan Bandar dan Luar Bandar di Daerah Muar, Universiti Teknologi Malaysia Azizi Yahaya dan Chu Siew Pang. (2010). Kaedah Pengajaran Guru Dalam Penggunaan Alatan Tangan. Artikel. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Fathiyah Mohd Fakruddin. (2013). The Online Journal of Islamic Education. Pemahaman Dan Pengalaman Guru Pendidikan Islam,1(1), 8. Fauziah Mohd Ata, Norashikin Mohd Noor, (2014), “Keberkesanan Penilaian Formatif dalam Pengajaran Karangan Naratif”. Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, (2014) Elemen KBAT Dalam Pentaksiran, Putrajaya Kementerian Pendidikan Malaysia, Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) Kementerian Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum, (1988), Falsafah Pendidikan Negara Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012), Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah, (2017) Siti Nur Aaisyah Binti Alias. Perubahan Dalam Penggredan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Kepada Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Universiti Pendidikan Sultan Idris, “Teori Pengajaran Tingkah Laku”, laman sesawang UPSI- KPT4033, dicapai 3 Mei 2018, Dipetik daripada https://upsi-kpt4033s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkahlaku Utusan Online (2014) ,dipetik daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140701/pe_01/PBS-serlahkan-potensi- sebenar-pelajar
  • 48. 44 Paharuddin bin Arbain et al. (2014). Persepsi Murid Terhadap Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Murid Dalam Tilawah Al-Quran Program J-QAF. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 8,12. Mohd. Rosdi Bin Mahamud, (2009). Matapelajaran Pendidikan Islam Dan Kesannya Terhadap Peningkatan Disiplin Pelajar: Kajian di Sekolah Menengah Negeri Perlis (Unpublished master's thesis). Universiti Sains Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Putrajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013), Bahagian Pembangunan Kurikulum, Inisiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Sekolah, Putrajaya Abdul Halim Abdullah, Nurul Hadyani Ahmad, Nor Amilawani Ahmad Sukri, Nurhasyimah Ismail, Vicki Artika, (2014), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) : Kebaikan Dari Perspektif Am, Guru, Murid Dan Ibu Bapa, Buletin Persatuan Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 24(1).