SlideShare a Scribd company logo
1 of 71
Download to read offline
GIG1012
KULIAH 2 :
FALSAFAH
Hasil Pembelajaran
■ Menjelaskan perkembangan disiplin ilmu falsafah serta pembahagian ilmu
falsafah.
■ Menghuraikan cabang-cabang utama falsafah teortikal dan praktikal.
■ Membincangkan perkembangan dan kemunculan falsafah baru.
Orientasi Falsafah
■ Selain daripada takrifan falsafah menurut Greek iaitu kecintaan
terhadap kebijaksanaan (love of wisdom), terdapat fahaman-
fahaman lain tentang maksud falsafah.
■ Pentakrifan yang berbeza berasaskan aktiviti atau ilmu falsafah.
■ Love of wisdom – penekanan terhadap kehidupan iaitu falsafah
bertujuan memberi panduan bagaimana melahirkan kehidupan
yang baik dan membahagiakan.
■ Fokus falsafah adalah pencarian ilmu-ilmu yang bermanfaat dan
pengamalan amalan yang baik bagi menyempurnakan manusia
dan mendorongnya mencapai kebahagian dalam hidup.
Perkembangan Pendekatan Falsafah
■ Falsafah teortiakl tetapi mempunyai kesan kepada kehidupan.
■ Tamadun Greek, Cina dan India – falsafahmempunyai kaitan rapat dengan
fahaman keagamaan yang bertujuan melahirkankehidupan yang baik dan
mulia.
■ Fokus adalah insan dan kemanusiaan.
■ Meluas kepada alam tabi’i. Ahli falsafah cuba mendirikan teori masing-
masing tentang hakikat dan sifat alam tabi’i. Perubahan ini menunjukkan
peralihan fokus daripada kehidupan manusia kepada alam tabi ‘i.
■ Satu lagi perkembangan ialah perubahan konsep falsafah sebagai suatu
aktviti intelektual yang cuba menyelesaikan masalah falsafah.
■ Penekanan diberikan kepada permasalahan falsafah dan bentuk
penyelesaiannya.
■ Falsafah telah beralih arah kepada suatu bidang yang bersifat akademik dan
cuba menghuraikan persoalan intelektual dengan penyelesaian tertentu
tanpa mengaitkannya dengan kebijaksanaan dan kehidupan manusia.
■ Gerakan-gerakan seperti positivism logical, analytic philosophy, philosophy
of language dan sebagainya.
■ Satu perkara yang dikongsi bersama oleh kegiatan atau ilmu falsafah Barat
adalah penekanan terhadap kegiatan penyelesaian masalah (problem
solving).
■ Penghujahan rasional dan penglibatan logic dalam kegiatan berfalsafah
adalah satu bentuk falsafah yang berlainan dan agak baharu.
■ Pendekatan ini selaras dengan ilmu yang mempunyai justifikasi rasional dan
konseptual.
■ Falsafah Timur tidak berhujah secara mendalam berdasarkan logik dan
rasionaliti tetapi lebih kepada induktif dan metafizik.
■ Falsafah Barat menggunakan pendekatan pembuktian melalui kaedah
empirikal dengan lahirnya mantik moden yang berteraskan induktif-
empirikal.
■ Roger Bacon, John Stuart Mill, Ibnu Haytham dan Jabir Ibnu Hayyan.
PEMBAHAGIAN ILMU
FALSAFAH
FALSAFAH
BARU
PRAKTIKAL
TEORITIKAL
PEMBAHAGIAN ILMU FALSAFAH
FALSAFAH BARU
PRAKTIKAL
TEORITIKAL
Falsafah Teoritikal
(Nazariyyah)
bertujuan mencari hak
kebenaran merujuk
kepada semua jenis ilmu
tentang kewujudan
termasuk tentang
manusia, Tuhan dan alam
merangkumi bidang
pengkhususan seperti
metafizik, logik dan
matematik.
Falsafah Praktikal (Amaliyyah)
bertujuan mencari kebahagiaan
hidup merujuk kepada aktiviti
menghayati ilmu-ilmu (tentang
manusia, Tuhan dan alam)
dalam segenap lapangan
kehidupan manusia
merangkumi bidang pengajian
seperti politik, ekonomi, akhlak
dan lain-lain.
Falsafah- Falsafah
Baru
Falsafah Alam
Sekitar
Falsafah Bidang
FALSAFAH
TEORITIKAL
CABANG
UTAMA
TEORITIKAL
EPISTEMOLOGI
(ilmu dan
kebenaran)
LOGIK
PSIKOLOGI
(teori perasaan
dan kecantikan)
METAFIZIK
(hakikat dan
kewujudan)
Psikologi
Konsep
Insan
Asal usul
manusia
Hakikat dan
kewujudan
Konsep insan
seimbang (metafizik-
konsep dan sifat insan,
potensi individu)
Perlembagaan Insan: JERI
( Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek) Perbincangan
perbandingan falsafah,
sains dan agama
■ Pembangunan insan adalah satu proses membentuk dan
mendidik manusia secara seimbang dan holistik. Ia merangkumi
aspek jasmani, emosi, rohani, fizikal, intelektual dan sosial untuk
kepentingan duniawi dan ukhrawi.
■ Manusia sebagai insan disempurnakan sifatnya dengan
anugerah akal, potensi pembelajaran dan kemahiran untuk
memahami dan menguasai ilmu.
Definisi Psikologi
Psikologi ialah ilmu yang
membahaskan kelakuan dan
kecenderungan akal fikiran.
Perbahasan ilmu jiwa ialah
akal, perasaan, ingatan,
khayalan, tabiat semulajadi
dan lain-lain.
Ilmu psikologi akal ialah ilmu
yang membahaskan perkara-
perkara yang berhubung dengan
roh dari segi hakikat, asal dan
kesudahannya. Misalnya, adakah
roh itu dari unsur jisim atau
sesuatu unsur yang bukan jisim.
Apakah hubungan roh itu dengan
jisim?. Sekiranya roh itu sesuatu
unsur yang lain dari jisim, Apakah
pula kesannya pada jisim apabila
kedua-dua unsur itu bersatu?.
■ Psikologi memainkan peranan yang penting di dalam
kehidupan manusia kini. Ilmu psikologi membantu
memahami manusia dengan lebih baik. Psikologi
mengkaji tingkah laku dengan memikir pelbagai
faktor yang mungkin terlibat dalam berkelakuan.
■ Psikologi melalui kajian sains yang dilakukan
melibatkan aplikasi prosedur dan pendekatan
saintifik dalam memahami tingkah laku manusia dan
pada masa yang sama ia diaplikasikan ke atas
pelbagai bidang yang berbeza dalam kehidupan
manusia.
Cabang Psikologi terdiri daripada 2 aliran:
1. Psikologi
❑Freewill
❑Determination
2. Estetika
❑Apakah nilai estetika?
❑Kenapa perlu kepada nilai estetika?
❑Bagaimana memperolehi nilai estetika?
Free will
■ Free will adalah kemampuan individu untuk membuat
keputusan dan bertindak dengan kawalan penuh tanpa
ada paksaan dari luar. Persoalan free will adalah antara
yang menyakini adanya free will dan yang menolak
adanya free will (determinisme).
Determinisme
■ Determinisme adalah suatu aliran falsafah yang berpendapat,
bahawa semua amal perbuatan manusia telah ditentukan oleh
sebab musabab terdahulu, Sehingga manusia tidak dapat
melakukan perbuatan-perbuatan tersebut atas kehendaknya
sendiri. Aliran ini menyebut manusia tidak mempunyai
kebebasan untuk berbuat sesuatu dan tidak bebas
berkehendakan sesuatu.
■ Tindakan manusia boleh diterangkan secara sebab-musabab atau
mengikut hukum yang ditetapkan.
■ Dibahagikan kepada dua:
■ Intrinsik: setiap kejadian berlaku disebabkan diri sendiri.
■ Ekstrinsik: setiap kejadian berlaku disebabkan oleh faktor
luaran/di luar kawalan manusia.
Estetika
■ Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aisthesis membawa maksud hal-
hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi ialah
‘kepekaan’.
■ Estetika juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of
perception).
■ Istilah estetika telah diberikan makna baru pada tahun 1735 oleh Alexander
Baumgarten yang membawa maksud estetika menilai dan merasa serta
menghayati sesuatu dengan mendalam.
■ Baumgarten mengemukakan istilah estetika sebagai satu cabang falsafah yang
menjelaskan kewujudan satu unsur psikik dalam diri manusia yang diistilahkan
sebagai ”inferior faculty” yang bersifat sensual atau membangkitkan perasaan,
dan fakulti ini mampu melakukan pengamatan. Pengamatan yang sensual itu
bukan sahaja bersifat menyeluruh, tetapi juga berada antara keadaan jelas
yang intensif dan ekstensif.
Ciri-ciri Estetika
■ Antara ciri-ciri estetika adalah wujud iaitu kenyataan yang nampak
secara konkrit melalui pancaindera mahupun kenyataan yang
tidak dapat dilihat secara konkrit, iaitu abstrak yang hanya dapat
dibayangkan seperti suatu yang diceritakan mahupun dibaca
dalam buku.
■ Selain itu, karya seni lukisan mengandungi gambar
pemandangan, potret diri atau dekorasi. Lukisan berbentuk
abstrak boleh mempunyai wujud yang konkrit misalnya garis tebal
berwarna merah di sebelah kiri dan lingkaran hitam di sebelah
kanan, tetapi isi yang abstrak memerlukan pembayangan secara
aktif dari pemerhati untuk memikirkan apa yang dimaksudkan dan
makna tersiratnya.
Metafizik
Sistem
kepercayaan
Matlamat
kehidupan
Konsep
Insan
Tuhan dan sifat dan
kewujudanNya;
Kepercayaan kepada
Tuhan (Rukunegara)
Agama
monoteisme
dan
politeisme
Teisme, ateisme
dan
agnostisisme
Hubungan insan
dengan alam
- kosmologi,
ekologi.
Hubungan insan
dengan Tuhan
- teologi/
kepercayaan/
akidah
-kerohanian
Sistem-sistem
metafizik
-teisme, monoteisme,
ateisme, agnostisme,
politeisme, monism,
pluralism, atomisme,
mekanisme,
occasionalisme,
realisme, idealism dan
nominalisme
Metafizik
untuk
kemajuan
ilmu
❑Satu cabang falsafah yang bermula dari zaman Greek.
❑Bidang ilmu yang memberi penekanan kepada the ultimate
nature of reality
❑ Dari mana datangnya kita?
❑ Kenapa kita berada di sini?
❑ Ke mana destinasi akhir kita?
▪ Terdapat empat nama mengenai cabang falsafah ini iaitu:
▪ “first philosophy”
▪ “first science”
▪ “wisdom”
▪ “theology”
■ Meta bermaksud melepasi (bebas). Metafizik bererti sesuatu yang
tidak bersifat fizikal.
■ Misalnya hujah berkenaan peranan Tuhan dalam sains, kajian terhadap
konsep ruang dan masa, perbezaan antara manusia dan tingkah laku,
alam ghaib dan andaian terhadap konsep sebab-musabab, sama ada ia
mempunyai hubungan kemestian yang pasti ataupun hubungan yang
tidak boleh distrukturkan yang berkemungkinan ia berkait secara
bersahaja dan tidak menentu.
■ Tujuan kajian metafizik adalah untuk mendapatkan kejelasan
pemikiran berkenaan konsep itu. Sebagaimana yang difahami semasa
penggunaan harian iaitu sebagai kesatuan pemikiran berkenaan
sesuatu perkara. Termasuklah berkenaan status ontologi iaitu
kewujudan.
Dua elemen metafizik:
berunsur falsafah – kajian
pada peringkat yang
paling abstrak, atau paling
umum mengenai sesuatu
perkara/fenomena/alam.
Contoh: jauhar kerusi,
sebab dan akibat.
berkaitan keagamaan –
fenomena di luar alam
nyata. Contoh: hidup
selepas mati, syurga,
neraka. Benda ghaib tidak
boleh dibuktikan dengan
deria yang bukan rasional
dan empirikal.
Bidang perbincangan:
Ontologi (teori tentang hakikat)
Sebab-akibat (causality) dan kosmogoni (asal-usul alam
semesta)
Kosmologi (fenomena alam semesta)
Subjek, predikat dan taksonomi
Kewajipan (necessity) dan kemungkinan (contingency)
Minda (mind) dan jirim (matter)
Kehendak bebas (free-will) dan ketentuan (determinism)
Epistemologi
Kaedah perolehan
ilmu
Bagaimanakah kita
mengetahui
EPISTEMOLOGI
Apakah
kebenaran
Jenis dan
klasifikasi ilmu
Perkembangan
epistemologi
dan kesan
terhadap
kehidupan
- Kesan revolusi
sains
Pelbagai kaedah
dan sumber
perolehan ilmu
- rasionalisme,
empirisisme,
skepticism,
wahyu dan
tradisi, intuisi
dan ilham,
kearifan
tempatan,
hikmah
Teori-teori
tentang
kebenaran
- koresponden,
koheren,
pragmatik,
agama dan
tradisi
Epistemologi
untuk kegunaan
kehidupan
- Sintesis ilmu-
ilmu baharu
❑Perkataan berasal dari Greek words: "Episteme“
adalah ilmu atau kefahaman "Logia" bermakna
sains atau kajian.
❑Kajian tentang ilmu.
❑Bagaimana kita tahu?
❑Apakah sumber ilmu yang ada pada kita?
Apakah
epistemologi?
Permasalahan hakikat ilmu pengetahuan,
kebenaran, kepastian pengetahuan, serta
hakikat kehendak dan kebebasan manusia
dalam pengetahuan.
Suatu upaya rasional untuk menimbang
dan menentukan nilai kognitif pengalaman
manusia dalam interaksinya dengan diri
dan lingkungan sekitarnya.
Suatu disiplin ilmu yang bersifat evaluatif
(menilai), normatif (tentukan standard) dan
kritis (menguji) serta membahas tentang
kesahan pengetahuan.
■ Perbahasan tentang teori-teori pengetahuan. Menjawab soalan-
soalan berkenaan bagaimana kita boleh tahu punca-punca ilmu,
ciri-ciri ilmu, perkara-perkara yang sememangnya mustahil
diketahui (jika ada), perbezaan antara pengetahuan dengan
kepercayaan, dan kebarangkalian dengan keyakinan.
■ Dibincangkan juga mengenai status pengetahuan mengenai
benda dan zat sama ada bersifat lebih pasti daripada
pengetahuan kita berkenaan kesan-kesannya kepada deria atau
sebaliknya. Berkemungkinan juga pengetahuan kita berkenaan
kesan sesuatu itu lebih pasti daripada pengetahuan berkenaan
sesuatu itu.
■ Misalnya, untuk menjawab soalan apa yang benar-benar kita ketahui bukanlah mudah
kerana sudah tentu ada sahaja yang menimbulkan keraguan kepada kita apabila kita
berfikir tentang sesuatu yang kita tahu. Tidak semua yang kita fikir itu kita ketahui. Untuk
tahu kita perlu berfikir.
■ Jika pengetahuan sains itu berkenaan perkara yang terjadi berdekatan dengan kita,
bagaimanakah status pengetahuan kita terhadap bintang, bulan, planet dan
sebagainya?. Jika cerapan hanyalah berkenaan sesuatu yang boleh dirasai, apakah
status pengetahuan yang berpunca daripada sesuatu persamaan matematik berkenaan
fenomena sains? Bagaimana pula tingkah laku zat yang terlalu kecil untuk dilihat secara
pasti?
■ Soalan-soalan demikian menyoal kembali tentang prinsip-prinsip, sebutan-sebutan asas
dan kaedah-kaedah asasi sains. Ia secara langsung membahaskan kedudukan sains
sebagai sejenis ilmu.
Logik
Seni
dan
kaedah
berfikir
Intuitif
Deduktif
(deduction)
Induktif/aruhan
(induction)
Falasi
Kaedah-kaedah lain – cth.
Simbolik, linguistik, ilham,
abduksi, dialog
Inkuiri falsafah melalui
komuniti - ciri-ciri,
kandungan dan proses
Logik & Metodologi
Peranan logik
dan pencegahan
falasi –
kesalahan
berfikir
Deduktif -
induktif
Pelbagai
metodologi
penghasilan ilmu
Metodologi
pembangunan
ilmu
pengetahuan
Logik
■ Kaedah pemikiran yang benar, terdapat berbagai jenis logik bergantung
kepada cara penaakulan yang digunakan.
■ Bagi memastikan kebenaran sesuatu usul, terdapat kaedah deduksi dan
kaedah induksi.
■ Penaakulan yang digunakan untuk menentukan apa yang seharusnya
dilakukan oleh seseorang itu dinamakan logik deontik/norma/imperatif.
■ Pengertian sempit: Logik ialah kajian terhadap prinsip-prinsip deduksi,
kaedah-kaedah pembuktian dan kaedah demonstrasi.
■ Hubungan antara logik dengan penaakulan seharian seperti mempelajari
teori-teori permainan dengan memainkan permainan itu. Hujah-hujah
deduksi bertujuan menimbulkan rasa yakin mengenai kesimpulan yang
dibuat melalui ‘paksaan penaakulan’. Hujah ini dianggap sah. Jika
seseorang itu menolak sesuatu penghujahan selepas mengakui
kebenaran segala andaian yang digunakan, ini dikatakan tidak rasional.
Kaedah logik bebas daripada makna kandungannya dan seharusnya
mempunyai:
Prinsip-prinsip yang boleh
memformalkan bahasa melalui
penggunaan simbol.
Undang-undang yang menentukan
sama ada hujah itu sah atau tidak.
Walaupun sesuatu inferen itu dianggap munasabah, tetapi tidak
cukup kuat untuk membuktikan bahawa sesuatu hujah itu sah.
Sesuatu yang dipersetujui penggunaannya mestilah dalam satu cara
yang merupakan keperluan penghujahan.
■ Contoh : Penaakulan oleh Faraday – hubungan haba dengan aktiviti kimia yang
menghasilkan tenaga elektrik.
1. Peningkatan haba menyebabkan peningkatan aktiviti kimia.
2. Peningkatan haba menyebabkan penambahan tenaga elektrik.
Maka → aktiviti kimia menyebabkan aktiviti elektrik
■ Prinsip logik dalam proses jangkaan tetapi sebelum ia boleh
digunakan untuk tujuan tersebut ada beberapa prasyarat.
Contoh : Menjangkakan masa yang diambil oleh Comet Halley.
Terlebih dahulu perlu diketahui undang-undang pergerakan bumi
dan planet.
Dari : Kedudukan bumi dan komet
Dan : Undang-undang pergerakannya.
Maka : Tempat dan ketika komet akan kelihatan.
FALSAFAH
PRAKTIKAL
PEMBAHAGIAN ILMU FALSAFAH
FALSAFAH
BARU
PRAKTIKAL
AKHLAQIYYAH
IQTISADIYYAH
SIASIYYAH
TEORITIKAL
Falsafah Praktikal (Amaliyyah)
■ Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
– Falsafah Akhlaqiyyah: falsafah yang membahaskan
perkara-perkara pentadbiran manusia mengenai dirinya;
APA DAN BAGAIMANAKAH KELAKUAN YANG BAIK
BOLEH MENJAMIN DIRINYA MENDAPAT KEBAHAGIAN.
– Falsafah Iqtisadiyyah : falsafah yang membahaskan
PERKARA-PERKARA PENTADBIRAN MANUSIA mengenai
DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKATNYA; PERBAHASAN
CARA-CARA MENDAPATKAN BAHAN-BAHAN
KEHIDUPAN, PEMBAHAGIAN KERJA, MENENTUKAN
HARGA BARANG DAN HAK MILIK.
– Falsafah Siasiyyah : falsafah yang membahaskan ISU
POLITIK, PEMERINTAHAN DAN MENENTUKAN BAIK
BURUKNYA.
PEMBAHAGIAN ILMU
FALSAFAH
FALSAFAH
BARU
PRAKTIKAL
AKHLAQIYYAH
IQTISADIYYAH
SIASIYYAH
TEORITIKAL
CABANG
FALSAFAH
PRAKTIKAL
POLITIK
(FALSAFAH
KERAJAAN &
GOVERNAN
NEGARA)
EKONOMI
(FALSAFAH
PENGAGIHAN
KEKAYAAN
DAN KEADILAN
PERADABAN
(FALSAFAH
PERKEMBANGAN
BUDAYA DAN
TAMADUN
KEMANUSIAAN)
ETIKA
(FALSAFAH
AKHLAK &
BAIK BURUK)
Falsafah Praktikal
■ Falsafah praktikal boleh ditakrifkan sebagai kajian asas
falsafah (metafizik, teori pengetahuan, logik) untuk "pemikiran
praktikal", dengan penekanan pada nilai-nilai, sikap terhadap
kehidupan dan norma tingkah laku.
■ Praktikal – “membawa maksud berfikir secara bersungguh-
sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri
seperti sistematik, radikal dan sejagat.” Berfikir secara
sistematik bererti berfikir secara logik dan berurutan.
■ Teori nilai dan analisis kedudukan normatif merupakan teras
falsafah praktikal.
Contoh subjek falsafah praktikal:
■ Etika
■ Estetika
■ Teori keputusan
■ Falsafah politik
■ Perkembangan ekonomi
■ Ini adalah beberapa bidang yang boleh
digunakan oleh falsafah.
Bidang "pemikiran praktikal" yang dipelajari adalah:
■ Moral (falsafah moral dan etika yang digunakan)
■ Undang-undang (falsafah undang-undang),
■ Politik (falsafah politik),
■ Rasionaliti praktikal (teori keputusan),
■ Agama (falsafah agama) dan
■ Seni (estetika).
Etika
Etika dan moral adalah suatu perilaku yang dianggap perlu dan dianggap
sebagai 'common knowledge' bagi manusia sejak pra sejarah sehingga kini.
Thomas Hobbes (1588-1679) berpendapat bahawa moral adalah pada
dasarnya satu set peraturan yang manusia sepakat antara mereka sendiri
untuk hidup bersama.
Moral yang tidak berasaskan agama dipelopori oleh pemikir seperti David
Hume (1711-1776) dan Jeremy Bentham (1748-1742). Teori ini
berpendapat bahawa keseronokan dan kebahagiaan mempunyai nilai
intrinsik. Apa yang kita semua inginkan merupakan matlamat utama bagi
setiap tujuan tindakan. Sesuatu yang baik jika ia menggalakkan
kebahagiaan, dan ia tidak baik jika ia menghasilkan penderitaan.Tugas asas
kita adalah untuk berusaha melakukan perkara-perkara yang menambah
jumlah kebahagiaan atau mengurangi jumlah kesengsaraan di dunia.
Akhlak di dalam Islam berasal daripada perkataan al-khuluq – budi pekerti, tingkah
laku dan tabiat.
Imam al-Ghazali : “akhlak sebagai; sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan
darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan
fikiran terlebih dahulu” . Akhlak : sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku
manusia terhadap Allah SWT, terhadap diri sendiri dan makhluk lain berdasarkan
petunjuk Syariat.
Pembahagian Akhlak : Akhlak Baik (Mahmudah) dan Akhlak Buruk (Mazmumah)
■ ]ainisme dan Buddhisme yang digolong dalam
kumpulan heterodoks memiliki ajaran etika yang
tunggal. Mereka menegaskan bahawa segala-galanya
dalam dunia adalah tidak kekal dan usaha untuk
mencari kesoronokan perlu dikikis. Buddhisme
menyebutnya kedahagaan (trishna), Hinduisme
menggelarnya nafsu (knma) dan Jainisme merujuk
kepadanya sebagai delusi (moha).
Politik
Ilmu politik adalah suatu disiplin yang menekankan soal kepimpinan kerana setiap komuniti
dan kelompok hidupan (manusia atau haiwan), cenderung untuk menyusun pentadbiran
dan organisasi masyarakatnya.
■ Barat : The Prince oleh Nicolo Machiavelli, merupakan sebuah panduan untuk
memupuk seorang pemimpin yang ideal untuk menjamin kebebasan rakyat,
penguasaan tampuk kerajaan dan kebebasan daripada pemberontakan dan serangan
luar. Prinsip utama karya The Prince adalah matlamat menghalalkan cara.
■ Islam : Menurut Al-Farabi, falsafah politik atau pemerintahan merupakan peranan ketua
negara, iaitu menyamai fungsi jantung (al-qalb) dalam tubuh manusia. Seluruh aktiviti
kenegaraan bergantung erat dengan ketua negara. Ketua negara mestilah memenuhi
syarat-syarat tertentu. Antaranya memiliki kesihatan fizikal yang baik, berani, bertenaga,
mempunyai daya intelektual, mencintai ilmu pengetahuan dan adil, mempunyai akal
yang mustafad, agar bukan sahaja boleh berkomunikasi secara dengan orang-orang
yang dipimpinnya, bahkan mampu berinteraksi secara baik dengan Maha Pencipta serta
menghormati penyampai wahyu.
■ Teori Marx bermatlamat ke arah masyarakat yang
saksama tanpa stratifikasi kelas dan ke arah
pemansuhan Negara yang ditakrifkan oleh Marx
sebagai alat paksaan dan pemerasan. Marx berhasrat
untuk membebaskan manusia daripada suasana
kehidupan yang menekan. Beliau membayangkan satu
masyarakat masa hadapan di mana manusia itu
semula jadinya bebas dan berdaulat.
Ekonomi
■ Islam : Pengertian ekonomi Islam merupakan ekonomi yang
berdasarkan pada ketuhanan. Asas ataupun pokok kepada sistem
ekonomi ini bertitik tolak dari Allah, tujuan akhirnya kepada Allah,
dan memanfaatkan sarana yang tidak lepas dari syari’at Allah.
■ Barat : “Das Kapital" adalah karya utama Karl Marx, yang
mengungkap sisi negatif kapitalisme dan mengkritik ekonomi
politik. Karya ini ditulis menggunakan pendekatan materialis
dialektik, yang dikembangkan oleh Marx dan Engels lebih awal.
Teori-teori Marx berkisar di sekitar bagaimana masyarakat akan
terus berubah sebagai satu tindak balas kepada keadaan
ekonominya serta bantahan beliau terhadap keadaan masyarakat
yang terkesan akibat industri yang berasaskan kepada kapitalisme.
Peradaban
■ Perkongsian nilai- nilai sejagat yang diwarisi daripada peradaban masing-
masing sangat penting kerana ia dapat dijadikan titik tolak ke arah
mewujudkan interaksi yang positif.
■ Walau bagaimanapun, masyarakat moden pada hari ini telah banyak
melupai hikmah dari khazanah peninggalan sendiri sehingga mereka menjadi
keliru dan hilang arah tujuannya. Oleh itu, usaha-usaha untuk mengembalikan
khazanah peradaban ini hendaklah dipergiatkan semula oleh generasi hari ini
demi menjamin kesinambungan keharmonian hidup masyarakat.
■ Takrif peradaban Islam iaitu pencapaian manusia dalam pelbagai aspek
kehidupan yang diimbangi dengan neraca kesepaduan wahyu yang holistik
sifatnya. Keseimbangan ini penting disebabkan matlamat akhirnya ialah untuk
mendapatkan kebaikan, kejayaan "hasanah" di dunia dan akhirat.
■ Tamadun India melihat peradaban perlu secara progresif mendedahkan
kapasiti jiwa ke arah matlamat akhir iaitu menyedari diri sendiri. Jiwa individu
melalui evolusi memperkembangkan kuasa pancaindera, emosi, minda dan
intelek sehingga ke tahap menemui alam semulajadi sebagai Kesedaran
Suci.
■ Konsep Tuhan atau realiti mutlak diterima oleh pelbagai sistem India,
Kumpulan Vedintin menamakanNya Sunya; cendekiawan Sankhya
mengelarNya Purusha, Sekolah Yoga menyebutNya sebagai Iswara dan
mazhab Saiva mengagungkanNya sebagai Siaa. Kepercayaan kepada Tuhan
merupakan inti dalam kumpulan ortodoks India. Sesuai dengan prinsip
pertama dalam Rukun Negara, konsep ketuhanan boleh diutamakan dalam
usaha melahirkan masyarakat dalam peradaban Malaysia.
FALSAFAH
BARU
PEMBAHAGIAN ILMU
FALSAFAH
FALSAFA
H BARU
TEKNOLO
GI
ORGANISASI
EKOLOGI
PRAKTIK
AL
TEORITIK
AL
Falsafah Teknologi
■ Falsafah teknologi perlu melihat makna teknologi dan
impaknya terhadap masyarakat dan budaya.
■ Philosophy of technology studies the character of
technology and its relations to society. It has various
branches, focusing for instance on the ethics of technology,
on the relations between science and technology, on
human-technology relations, or the political dimensions of
technology.
■ Mitcham (1994) menyebut jenis falsafah teknologi
"falsafah teknologi manusia" kerana ia menerima
"keutamaan kemanusiaan melalui teknologi."
■ Falsafah teknologi dibangunkan berkaitan dengan
teknologi itu sendiri dan bertujuan untuk memahami
kedua-dua amalan merancang dan mewujudkan artifak
(dalam erti kata yang luas, termasuk proses dan sistem
buatan) dan sifat benda yang dicipta .
Perubahan falsafah teknologi
■ Over the last decades of the 20th century, the field made
an ‘empirical turn’. It shifted its focus from studying
‘technology’ as a broad phenomenon to studying actual
technologies, in their detailed relations with the sciences,
with human beings, and with society. Rather than
developing theories about ‘technology’ in general, it started
to take actual technologies as a starting point for
philosophical reflection.
■ Technologies challenge philosophical concepts and
theories. When medical diagnostic technologies get
involved in our ethical decisions, for instance, this
challenges our ideas about ethics itself: is ethics something
that only humans can do, or is there room for technologies
as well? When deep brain implants interfere with our
moods and behavior, this challenges our ideas about
autonomy, free will, and what it means to ‘act’.
Falsafah Organisasi
■ Berkaitan kepimpinan : kekuatan/kelemahan
– Matlamat, hala tuju dan visi organisasi
– Hubungan sosial dalam organisasi (perkongsian/perasaan kekitaan)
– Kepercayaan
■ Perubahan organisasi ke arah mewujudkan situasi yang sesuai mengikut
tujuan masing-masing
Organisasi didefinisikan sebagai
satu unit sosial yang sengaja
dibentuk (atau pengelompokan
manusia) dan dibentuk kembali
untuk mencapai matlamat-
matlamat tertentu (Etzioni, 1964).
Apabila bercakap mengenai
organisasi, kita tidak boleh lari
daripada membicarakan mengenai
teori-teori organisasi yang ada.
Salah satu teori
yang paling
berpengaruh
dalam bidang
organisasi dan
pentadbiran
ialah teori
birokrasi. Teori
ini diasaskan
oleh Max weber,
■ Weber merujuk birokrasi sebagai satu jenis struktur pentadbiran yang
dibangunkan dalam satu pertubuhan di mana adanya autoriti “rasional-
sah”(Scott, 2003). Weber menerangkan jenis birokrasi yang ideal dari
sudut positif, beliau menganggap organisasi birokrasi adalah organisasi
yang lebih rasional dan lebih cekap.
■ Jenis birokrasi yang ideal termasuklah tidak ada jenis autoriti atau
perhubungan yang lain, tidak mempunyai persahabatan dan
permusuhan, tidak mempunyai komplot, dan tidak mempunyai badan
jawatankuasa. Sesuatu birokrasi yang dikatakan ideal hanya wujud di
mana individu memberi dan menerima arahan sebagai satu peraturan
dalam sistem rasional.
■ Weber juga berhujah bahawa jenis birokrasi yang ideal
memerlukan alat pentadbiran yang sukar, sifat-sifat alat
pentadbiran ini termasuklah ketepatan, kepantasan, tidak ada
kekaburan, mempunyai pertimbangan, mengetepikan
kepentingan, tidak ada perselisihan, langkah penjimatan,
berkesinambungan dan kesepakatan. Beliau juga mengatakan
bahawa organisasi tidak dapat dielakkan dari berubah ke arah
jenis ideal yang dikatakan olehnya dalam pencarian proses
kecekapan yang sangat berkesan.
Falsafah Ekologi
❑Falsafah alam sekitar dan pergerakan sosial
❑Berdasarkan kepercayaan bahawa manusia mesti secara
radikal mengubah hubungan mereka dengan alam
semulajadi.
❑Bermula dengan menghargai sifat semata-mata untuk
kegunaannya kepada manusia yang mengiktiraf alam
semulajadi mempunyai nilai yang melekat.
■ Ekologi Sosial merupakan satu teori sosial yang bersandarkan kepada kritikan
terhadap trend sosial, politik dan anti-ekologi semasa.
■ Murray Bookchin mengasaskan teori ini sebagai satu konseptual yang melihat kepada
pembangunan yang seimbang. Teori ini diwujudkan atas memberi sokongan yang
berbentuk rekonstruktif, bersifat ekologi, komunis dan pendekatan etika kepada
masyarakat setempat.
■ Sebagai satu ideologi yang agak kontroversi, ekologi sosial ini membayangkan sebuah
peralihan atau perkembangan sesebuah ekonomi yang bergerak di luar dari kekurangan
dan hierarki ke arah dunia yang lebih harmoni (Armstrong, C.W, & Sumaila U. R, 2001).
■ Keharmonian ini hanya akan dapat dicapai sekiranya manusia dan alam sekitar
bergerak seiringan dalam proses pembangunan dan pemodenan iaitu pembangunan
mapan (Bhaskar, R, 2009).
■ Komponen ekologi sosial ini adalah bersandarkan
kepada beberapa aspek yang mana melihat manusia
sebagai kunci utama dalam falsafah ini.
■ Bookchin melihat manusia sebagai satu entiti yang
mempunyai kuasa untuk mengubah dan
memanipulasikan persekitarannya. Manusia mempunyai
kuasa yang sangat dominan dalam hubungan ekologi
mahupun hubungan dengan alam sekitar.
■ Falsafah alam sekitar membawa maksud bagaimanakah
manusia mengeksploitasi kebijaksanaan mereka dalam
mereka berinteraksi dengan alam ini. Dengan menggunakan
kebijaksanaan mereka ini manusia melakukan kajian untuk
mencari kebenaran dan memahami makna kehidupan yang
sebenarnya.
■ Hasilnya wujudlah pelbagai bidang atau cabang ilmu seperti
sains, matematik, fizik, etika dan lain-lain ilmu lagi. Kesemua
ini adalah terangkum dalam satu rumpun yang sama iaitu
falsafah. Pengkajian ini dilakukan dengan melalui
pemahaman dan kebijaksanaan bagi membentuk
kemahiran-kemahiran analitikal dan logik serta hujah-hujah
yang luas tentang sesuatu perkara berkaitan dengan alam
ini.

More Related Content

Similar to GIG1012 FIS Kuliah 2 - Falsafah Sem2 2020-2021.pdf

Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Warnet Raha
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Warnet Raha
 
Makalah filsafat
Makalah filsafat Makalah filsafat
Makalah filsafat AnggiChaca
 
Makalah aliran filsafat idealisme materialisme pluralisme dualisme monisme ek...
Makalah aliran filsafat idealisme materialisme pluralisme dualisme monisme ek...Makalah aliran filsafat idealisme materialisme pluralisme dualisme monisme ek...
Makalah aliran filsafat idealisme materialisme pluralisme dualisme monisme ek...DIANTO IRAWAN
 
AKSIOLOGI KEILMUAN DALAM NILAI NILAI PENGEMBANGAN KEILMUAN
AKSIOLOGI KEILMUAN DALAM NILAI NILAI PENGEMBANGAN KEILMUAN AKSIOLOGI KEILMUAN DALAM NILAI NILAI PENGEMBANGAN KEILMUAN
AKSIOLOGI KEILMUAN DALAM NILAI NILAI PENGEMBANGAN KEILMUAN noval pratama
 
Sistematika filsafat (4)
Sistematika filsafat (4)Sistematika filsafat (4)
Sistematika filsafat (4)Allo Martins
 
Filsafat-Hukum-baru.pptx
Filsafat-Hukum-baru.pptxFilsafat-Hukum-baru.pptx
Filsafat-Hukum-baru.pptxdikyermiza
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanSiti Zulaikha
 
Tugas Pengantar Filsafat ilmu kelompok Febriyanti
Tugas Pengantar Filsafat ilmu kelompok FebriyantiTugas Pengantar Filsafat ilmu kelompok Febriyanti
Tugas Pengantar Filsafat ilmu kelompok FebriyantiFebriyantiDwiningrum
 
Makalah filsafat
Makalah  filsafatMakalah  filsafat
Makalah filsafatHaubibBro
 
Kumpulan soal dan jawab
Kumpulan soal dan jawabKumpulan soal dan jawab
Kumpulan soal dan jawabAlmayszaroh
 
Makalah filsafat pak sigit
Makalah filsafat pak sigitMakalah filsafat pak sigit
Makalah filsafat pak sigitDwiAyu41
 
Tantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuTantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuayu Naoman
 

Similar to GIG1012 FIS Kuliah 2 - Falsafah Sem2 2020-2021.pdf (20)

Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
Makalah filsafat
Makalah filsafat Makalah filsafat
Makalah filsafat
 
Makalah aliran filsafat idealisme materialisme pluralisme dualisme monisme ek...
Makalah aliran filsafat idealisme materialisme pluralisme dualisme monisme ek...Makalah aliran filsafat idealisme materialisme pluralisme dualisme monisme ek...
Makalah aliran filsafat idealisme materialisme pluralisme dualisme monisme ek...
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
AKSIOLOGI KEILMUAN DALAM NILAI NILAI PENGEMBANGAN KEILMUAN
AKSIOLOGI KEILMUAN DALAM NILAI NILAI PENGEMBANGAN KEILMUAN AKSIOLOGI KEILMUAN DALAM NILAI NILAI PENGEMBANGAN KEILMUAN
AKSIOLOGI KEILMUAN DALAM NILAI NILAI PENGEMBANGAN KEILMUAN
 
Makalah filsafat 3
Makalah filsafat 3Makalah filsafat 3
Makalah filsafat 3
 
Sistematika filsafat (4)
Sistematika filsafat (4)Sistematika filsafat (4)
Sistematika filsafat (4)
 
Filsafat-Hukum-baru.pptx
Filsafat-Hukum-baru.pptxFilsafat-Hukum-baru.pptx
Filsafat-Hukum-baru.pptx
 
Dasar pendidikan iv
Dasar pendidikan ivDasar pendidikan iv
Dasar pendidikan iv
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalan
 
Philosophy of man
Philosophy of manPhilosophy of man
Philosophy of man
 
Filsafat kelompok 3
Filsafat kelompok 3Filsafat kelompok 3
Filsafat kelompok 3
 
Tugas Pengantar Filsafat ilmu kelompok Febriyanti
Tugas Pengantar Filsafat ilmu kelompok FebriyantiTugas Pengantar Filsafat ilmu kelompok Febriyanti
Tugas Pengantar Filsafat ilmu kelompok Febriyanti
 
Makalah filsafat
Makalah  filsafatMakalah  filsafat
Makalah filsafat
 
Kumpulan soal dan jawab
Kumpulan soal dan jawabKumpulan soal dan jawab
Kumpulan soal dan jawab
 
Makalah filsafat pak sigit
Makalah filsafat pak sigitMakalah filsafat pak sigit
Makalah filsafat pak sigit
 
Tantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuTantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmu
 

Recently uploaded

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 

GIG1012 FIS Kuliah 2 - Falsafah Sem2 2020-2021.pdf

  • 2. Hasil Pembelajaran ■ Menjelaskan perkembangan disiplin ilmu falsafah serta pembahagian ilmu falsafah. ■ Menghuraikan cabang-cabang utama falsafah teortikal dan praktikal. ■ Membincangkan perkembangan dan kemunculan falsafah baru.
  • 3. Orientasi Falsafah ■ Selain daripada takrifan falsafah menurut Greek iaitu kecintaan terhadap kebijaksanaan (love of wisdom), terdapat fahaman- fahaman lain tentang maksud falsafah. ■ Pentakrifan yang berbeza berasaskan aktiviti atau ilmu falsafah. ■ Love of wisdom – penekanan terhadap kehidupan iaitu falsafah bertujuan memberi panduan bagaimana melahirkan kehidupan yang baik dan membahagiakan. ■ Fokus falsafah adalah pencarian ilmu-ilmu yang bermanfaat dan pengamalan amalan yang baik bagi menyempurnakan manusia dan mendorongnya mencapai kebahagian dalam hidup.
  • 4. Perkembangan Pendekatan Falsafah ■ Falsafah teortiakl tetapi mempunyai kesan kepada kehidupan. ■ Tamadun Greek, Cina dan India – falsafahmempunyai kaitan rapat dengan fahaman keagamaan yang bertujuan melahirkankehidupan yang baik dan mulia. ■ Fokus adalah insan dan kemanusiaan. ■ Meluas kepada alam tabi’i. Ahli falsafah cuba mendirikan teori masing- masing tentang hakikat dan sifat alam tabi’i. Perubahan ini menunjukkan peralihan fokus daripada kehidupan manusia kepada alam tabi ‘i.
  • 5. ■ Satu lagi perkembangan ialah perubahan konsep falsafah sebagai suatu aktviti intelektual yang cuba menyelesaikan masalah falsafah. ■ Penekanan diberikan kepada permasalahan falsafah dan bentuk penyelesaiannya. ■ Falsafah telah beralih arah kepada suatu bidang yang bersifat akademik dan cuba menghuraikan persoalan intelektual dengan penyelesaian tertentu tanpa mengaitkannya dengan kebijaksanaan dan kehidupan manusia. ■ Gerakan-gerakan seperti positivism logical, analytic philosophy, philosophy of language dan sebagainya. ■ Satu perkara yang dikongsi bersama oleh kegiatan atau ilmu falsafah Barat adalah penekanan terhadap kegiatan penyelesaian masalah (problem solving). ■ Penghujahan rasional dan penglibatan logic dalam kegiatan berfalsafah adalah satu bentuk falsafah yang berlainan dan agak baharu. ■ Pendekatan ini selaras dengan ilmu yang mempunyai justifikasi rasional dan konseptual.
  • 6. ■ Falsafah Timur tidak berhujah secara mendalam berdasarkan logik dan rasionaliti tetapi lebih kepada induktif dan metafizik. ■ Falsafah Barat menggunakan pendekatan pembuktian melalui kaedah empirikal dengan lahirnya mantik moden yang berteraskan induktif- empirikal. ■ Roger Bacon, John Stuart Mill, Ibnu Haytham dan Jabir Ibnu Hayyan.
  • 8. PEMBAHAGIAN ILMU FALSAFAH FALSAFAH BARU PRAKTIKAL TEORITIKAL Falsafah Teoritikal (Nazariyyah) bertujuan mencari hak kebenaran merujuk kepada semua jenis ilmu tentang kewujudan termasuk tentang manusia, Tuhan dan alam merangkumi bidang pengkhususan seperti metafizik, logik dan matematik. Falsafah Praktikal (Amaliyyah) bertujuan mencari kebahagiaan hidup merujuk kepada aktiviti menghayati ilmu-ilmu (tentang manusia, Tuhan dan alam) dalam segenap lapangan kehidupan manusia merangkumi bidang pengajian seperti politik, ekonomi, akhlak dan lain-lain. Falsafah- Falsafah Baru Falsafah Alam Sekitar Falsafah Bidang
  • 11. Psikologi Konsep Insan Asal usul manusia Hakikat dan kewujudan Konsep insan seimbang (metafizik- konsep dan sifat insan, potensi individu) Perlembagaan Insan: JERI ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek) Perbincangan perbandingan falsafah, sains dan agama
  • 12. ■ Pembangunan insan adalah satu proses membentuk dan mendidik manusia secara seimbang dan holistik. Ia merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, fizikal, intelektual dan sosial untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi. ■ Manusia sebagai insan disempurnakan sifatnya dengan anugerah akal, potensi pembelajaran dan kemahiran untuk memahami dan menguasai ilmu.
  • 13. Definisi Psikologi Psikologi ialah ilmu yang membahaskan kelakuan dan kecenderungan akal fikiran. Perbahasan ilmu jiwa ialah akal, perasaan, ingatan, khayalan, tabiat semulajadi dan lain-lain. Ilmu psikologi akal ialah ilmu yang membahaskan perkara- perkara yang berhubung dengan roh dari segi hakikat, asal dan kesudahannya. Misalnya, adakah roh itu dari unsur jisim atau sesuatu unsur yang bukan jisim. Apakah hubungan roh itu dengan jisim?. Sekiranya roh itu sesuatu unsur yang lain dari jisim, Apakah pula kesannya pada jisim apabila kedua-dua unsur itu bersatu?.
  • 14. ■ Psikologi memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan manusia kini. Ilmu psikologi membantu memahami manusia dengan lebih baik. Psikologi mengkaji tingkah laku dengan memikir pelbagai faktor yang mungkin terlibat dalam berkelakuan. ■ Psikologi melalui kajian sains yang dilakukan melibatkan aplikasi prosedur dan pendekatan saintifik dalam memahami tingkah laku manusia dan pada masa yang sama ia diaplikasikan ke atas pelbagai bidang yang berbeza dalam kehidupan manusia.
  • 15. Cabang Psikologi terdiri daripada 2 aliran: 1. Psikologi ❑Freewill ❑Determination 2. Estetika ❑Apakah nilai estetika? ❑Kenapa perlu kepada nilai estetika? ❑Bagaimana memperolehi nilai estetika?
  • 16. Free will ■ Free will adalah kemampuan individu untuk membuat keputusan dan bertindak dengan kawalan penuh tanpa ada paksaan dari luar. Persoalan free will adalah antara yang menyakini adanya free will dan yang menolak adanya free will (determinisme).
  • 17. Determinisme ■ Determinisme adalah suatu aliran falsafah yang berpendapat, bahawa semua amal perbuatan manusia telah ditentukan oleh sebab musabab terdahulu, Sehingga manusia tidak dapat melakukan perbuatan-perbuatan tersebut atas kehendaknya sendiri. Aliran ini menyebut manusia tidak mempunyai kebebasan untuk berbuat sesuatu dan tidak bebas berkehendakan sesuatu. ■ Tindakan manusia boleh diterangkan secara sebab-musabab atau mengikut hukum yang ditetapkan. ■ Dibahagikan kepada dua: ■ Intrinsik: setiap kejadian berlaku disebabkan diri sendiri. ■ Ekstrinsik: setiap kejadian berlaku disebabkan oleh faktor luaran/di luar kawalan manusia.
  • 18. Estetika ■ Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aisthesis membawa maksud hal- hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi ialah ‘kepekaan’. ■ Estetika juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception). ■ Istilah estetika telah diberikan makna baru pada tahun 1735 oleh Alexander Baumgarten yang membawa maksud estetika menilai dan merasa serta menghayati sesuatu dengan mendalam. ■ Baumgarten mengemukakan istilah estetika sebagai satu cabang falsafah yang menjelaskan kewujudan satu unsur psikik dalam diri manusia yang diistilahkan sebagai ”inferior faculty” yang bersifat sensual atau membangkitkan perasaan, dan fakulti ini mampu melakukan pengamatan. Pengamatan yang sensual itu bukan sahaja bersifat menyeluruh, tetapi juga berada antara keadaan jelas yang intensif dan ekstensif.
  • 19. Ciri-ciri Estetika ■ Antara ciri-ciri estetika adalah wujud iaitu kenyataan yang nampak secara konkrit melalui pancaindera mahupun kenyataan yang tidak dapat dilihat secara konkrit, iaitu abstrak yang hanya dapat dibayangkan seperti suatu yang diceritakan mahupun dibaca dalam buku. ■ Selain itu, karya seni lukisan mengandungi gambar pemandangan, potret diri atau dekorasi. Lukisan berbentuk abstrak boleh mempunyai wujud yang konkrit misalnya garis tebal berwarna merah di sebelah kiri dan lingkaran hitam di sebelah kanan, tetapi isi yang abstrak memerlukan pembayangan secara aktif dari pemerhati untuk memikirkan apa yang dimaksudkan dan makna tersiratnya.
  • 20. Metafizik Sistem kepercayaan Matlamat kehidupan Konsep Insan Tuhan dan sifat dan kewujudanNya; Kepercayaan kepada Tuhan (Rukunegara) Agama monoteisme dan politeisme Teisme, ateisme dan agnostisisme
  • 21. Hubungan insan dengan alam - kosmologi, ekologi. Hubungan insan dengan Tuhan - teologi/ kepercayaan/ akidah -kerohanian Sistem-sistem metafizik -teisme, monoteisme, ateisme, agnostisme, politeisme, monism, pluralism, atomisme, mekanisme, occasionalisme, realisme, idealism dan nominalisme Metafizik untuk kemajuan ilmu
  • 22. ❑Satu cabang falsafah yang bermula dari zaman Greek. ❑Bidang ilmu yang memberi penekanan kepada the ultimate nature of reality ❑ Dari mana datangnya kita? ❑ Kenapa kita berada di sini? ❑ Ke mana destinasi akhir kita?
  • 23. ▪ Terdapat empat nama mengenai cabang falsafah ini iaitu: ▪ “first philosophy” ▪ “first science” ▪ “wisdom” ▪ “theology”
  • 24. ■ Meta bermaksud melepasi (bebas). Metafizik bererti sesuatu yang tidak bersifat fizikal. ■ Misalnya hujah berkenaan peranan Tuhan dalam sains, kajian terhadap konsep ruang dan masa, perbezaan antara manusia dan tingkah laku, alam ghaib dan andaian terhadap konsep sebab-musabab, sama ada ia mempunyai hubungan kemestian yang pasti ataupun hubungan yang tidak boleh distrukturkan yang berkemungkinan ia berkait secara bersahaja dan tidak menentu. ■ Tujuan kajian metafizik adalah untuk mendapatkan kejelasan pemikiran berkenaan konsep itu. Sebagaimana yang difahami semasa penggunaan harian iaitu sebagai kesatuan pemikiran berkenaan sesuatu perkara. Termasuklah berkenaan status ontologi iaitu kewujudan.
  • 25. Dua elemen metafizik: berunsur falsafah – kajian pada peringkat yang paling abstrak, atau paling umum mengenai sesuatu perkara/fenomena/alam. Contoh: jauhar kerusi, sebab dan akibat. berkaitan keagamaan – fenomena di luar alam nyata. Contoh: hidup selepas mati, syurga, neraka. Benda ghaib tidak boleh dibuktikan dengan deria yang bukan rasional dan empirikal.
  • 26. Bidang perbincangan: Ontologi (teori tentang hakikat) Sebab-akibat (causality) dan kosmogoni (asal-usul alam semesta) Kosmologi (fenomena alam semesta) Subjek, predikat dan taksonomi Kewajipan (necessity) dan kemungkinan (contingency) Minda (mind) dan jirim (matter) Kehendak bebas (free-will) dan ketentuan (determinism)
  • 28. Perkembangan epistemologi dan kesan terhadap kehidupan - Kesan revolusi sains Pelbagai kaedah dan sumber perolehan ilmu - rasionalisme, empirisisme, skepticism, wahyu dan tradisi, intuisi dan ilham, kearifan tempatan, hikmah Teori-teori tentang kebenaran - koresponden, koheren, pragmatik, agama dan tradisi Epistemologi untuk kegunaan kehidupan - Sintesis ilmu- ilmu baharu
  • 29. ❑Perkataan berasal dari Greek words: "Episteme“ adalah ilmu atau kefahaman "Logia" bermakna sains atau kajian. ❑Kajian tentang ilmu. ❑Bagaimana kita tahu? ❑Apakah sumber ilmu yang ada pada kita?
  • 30. Apakah epistemologi? Permasalahan hakikat ilmu pengetahuan, kebenaran, kepastian pengetahuan, serta hakikat kehendak dan kebebasan manusia dalam pengetahuan. Suatu upaya rasional untuk menimbang dan menentukan nilai kognitif pengalaman manusia dalam interaksinya dengan diri dan lingkungan sekitarnya. Suatu disiplin ilmu yang bersifat evaluatif (menilai), normatif (tentukan standard) dan kritis (menguji) serta membahas tentang kesahan pengetahuan.
  • 31. ■ Perbahasan tentang teori-teori pengetahuan. Menjawab soalan- soalan berkenaan bagaimana kita boleh tahu punca-punca ilmu, ciri-ciri ilmu, perkara-perkara yang sememangnya mustahil diketahui (jika ada), perbezaan antara pengetahuan dengan kepercayaan, dan kebarangkalian dengan keyakinan. ■ Dibincangkan juga mengenai status pengetahuan mengenai benda dan zat sama ada bersifat lebih pasti daripada pengetahuan kita berkenaan kesan-kesannya kepada deria atau sebaliknya. Berkemungkinan juga pengetahuan kita berkenaan kesan sesuatu itu lebih pasti daripada pengetahuan berkenaan sesuatu itu.
  • 32. ■ Misalnya, untuk menjawab soalan apa yang benar-benar kita ketahui bukanlah mudah kerana sudah tentu ada sahaja yang menimbulkan keraguan kepada kita apabila kita berfikir tentang sesuatu yang kita tahu. Tidak semua yang kita fikir itu kita ketahui. Untuk tahu kita perlu berfikir. ■ Jika pengetahuan sains itu berkenaan perkara yang terjadi berdekatan dengan kita, bagaimanakah status pengetahuan kita terhadap bintang, bulan, planet dan sebagainya?. Jika cerapan hanyalah berkenaan sesuatu yang boleh dirasai, apakah status pengetahuan yang berpunca daripada sesuatu persamaan matematik berkenaan fenomena sains? Bagaimana pula tingkah laku zat yang terlalu kecil untuk dilihat secara pasti? ■ Soalan-soalan demikian menyoal kembali tentang prinsip-prinsip, sebutan-sebutan asas dan kaedah-kaedah asasi sains. Ia secara langsung membahaskan kedudukan sains sebagai sejenis ilmu.
  • 33.
  • 34.
  • 35. Logik Seni dan kaedah berfikir Intuitif Deduktif (deduction) Induktif/aruhan (induction) Falasi Kaedah-kaedah lain – cth. Simbolik, linguistik, ilham, abduksi, dialog Inkuiri falsafah melalui komuniti - ciri-ciri, kandungan dan proses
  • 36. Logik & Metodologi Peranan logik dan pencegahan falasi – kesalahan berfikir Deduktif - induktif Pelbagai metodologi penghasilan ilmu Metodologi pembangunan ilmu pengetahuan
  • 37. Logik ■ Kaedah pemikiran yang benar, terdapat berbagai jenis logik bergantung kepada cara penaakulan yang digunakan. ■ Bagi memastikan kebenaran sesuatu usul, terdapat kaedah deduksi dan kaedah induksi. ■ Penaakulan yang digunakan untuk menentukan apa yang seharusnya dilakukan oleh seseorang itu dinamakan logik deontik/norma/imperatif. ■ Pengertian sempit: Logik ialah kajian terhadap prinsip-prinsip deduksi, kaedah-kaedah pembuktian dan kaedah demonstrasi. ■ Hubungan antara logik dengan penaakulan seharian seperti mempelajari teori-teori permainan dengan memainkan permainan itu. Hujah-hujah deduksi bertujuan menimbulkan rasa yakin mengenai kesimpulan yang dibuat melalui ‘paksaan penaakulan’. Hujah ini dianggap sah. Jika seseorang itu menolak sesuatu penghujahan selepas mengakui kebenaran segala andaian yang digunakan, ini dikatakan tidak rasional.
  • 38. Kaedah logik bebas daripada makna kandungannya dan seharusnya mempunyai: Prinsip-prinsip yang boleh memformalkan bahasa melalui penggunaan simbol. Undang-undang yang menentukan sama ada hujah itu sah atau tidak. Walaupun sesuatu inferen itu dianggap munasabah, tetapi tidak cukup kuat untuk membuktikan bahawa sesuatu hujah itu sah. Sesuatu yang dipersetujui penggunaannya mestilah dalam satu cara yang merupakan keperluan penghujahan.
  • 39. ■ Contoh : Penaakulan oleh Faraday – hubungan haba dengan aktiviti kimia yang menghasilkan tenaga elektrik. 1. Peningkatan haba menyebabkan peningkatan aktiviti kimia. 2. Peningkatan haba menyebabkan penambahan tenaga elektrik. Maka → aktiviti kimia menyebabkan aktiviti elektrik
  • 40. ■ Prinsip logik dalam proses jangkaan tetapi sebelum ia boleh digunakan untuk tujuan tersebut ada beberapa prasyarat. Contoh : Menjangkakan masa yang diambil oleh Comet Halley. Terlebih dahulu perlu diketahui undang-undang pergerakan bumi dan planet. Dari : Kedudukan bumi dan komet Dan : Undang-undang pergerakannya. Maka : Tempat dan ketika komet akan kelihatan.
  • 43. Falsafah Praktikal (Amaliyyah) ■ Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: – Falsafah Akhlaqiyyah: falsafah yang membahaskan perkara-perkara pentadbiran manusia mengenai dirinya; APA DAN BAGAIMANAKAH KELAKUAN YANG BAIK BOLEH MENJAMIN DIRINYA MENDAPAT KEBAHAGIAN. – Falsafah Iqtisadiyyah : falsafah yang membahaskan PERKARA-PERKARA PENTADBIRAN MANUSIA mengenai DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKATNYA; PERBAHASAN CARA-CARA MENDAPATKAN BAHAN-BAHAN KEHIDUPAN, PEMBAHAGIAN KERJA, MENENTUKAN HARGA BARANG DAN HAK MILIK. – Falsafah Siasiyyah : falsafah yang membahaskan ISU POLITIK, PEMERINTAHAN DAN MENENTUKAN BAIK BURUKNYA. PEMBAHAGIAN ILMU FALSAFAH FALSAFAH BARU PRAKTIKAL AKHLAQIYYAH IQTISADIYYAH SIASIYYAH TEORITIKAL
  • 45. Falsafah Praktikal ■ Falsafah praktikal boleh ditakrifkan sebagai kajian asas falsafah (metafizik, teori pengetahuan, logik) untuk "pemikiran praktikal", dengan penekanan pada nilai-nilai, sikap terhadap kehidupan dan norma tingkah laku. ■ Praktikal – “membawa maksud berfikir secara bersungguh- sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal dan sejagat.” Berfikir secara sistematik bererti berfikir secara logik dan berurutan. ■ Teori nilai dan analisis kedudukan normatif merupakan teras falsafah praktikal.
  • 46. Contoh subjek falsafah praktikal: ■ Etika ■ Estetika ■ Teori keputusan ■ Falsafah politik ■ Perkembangan ekonomi ■ Ini adalah beberapa bidang yang boleh digunakan oleh falsafah.
  • 47. Bidang "pemikiran praktikal" yang dipelajari adalah: ■ Moral (falsafah moral dan etika yang digunakan) ■ Undang-undang (falsafah undang-undang), ■ Politik (falsafah politik), ■ Rasionaliti praktikal (teori keputusan), ■ Agama (falsafah agama) dan ■ Seni (estetika).
  • 48. Etika Etika dan moral adalah suatu perilaku yang dianggap perlu dan dianggap sebagai 'common knowledge' bagi manusia sejak pra sejarah sehingga kini. Thomas Hobbes (1588-1679) berpendapat bahawa moral adalah pada dasarnya satu set peraturan yang manusia sepakat antara mereka sendiri untuk hidup bersama. Moral yang tidak berasaskan agama dipelopori oleh pemikir seperti David Hume (1711-1776) dan Jeremy Bentham (1748-1742). Teori ini berpendapat bahawa keseronokan dan kebahagiaan mempunyai nilai intrinsik. Apa yang kita semua inginkan merupakan matlamat utama bagi setiap tujuan tindakan. Sesuatu yang baik jika ia menggalakkan kebahagiaan, dan ia tidak baik jika ia menghasilkan penderitaan.Tugas asas kita adalah untuk berusaha melakukan perkara-perkara yang menambah jumlah kebahagiaan atau mengurangi jumlah kesengsaraan di dunia.
  • 49. Akhlak di dalam Islam berasal daripada perkataan al-khuluq – budi pekerti, tingkah laku dan tabiat. Imam al-Ghazali : “akhlak sebagai; sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu” . Akhlak : sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku manusia terhadap Allah SWT, terhadap diri sendiri dan makhluk lain berdasarkan petunjuk Syariat. Pembahagian Akhlak : Akhlak Baik (Mahmudah) dan Akhlak Buruk (Mazmumah)
  • 50.
  • 51. ■ ]ainisme dan Buddhisme yang digolong dalam kumpulan heterodoks memiliki ajaran etika yang tunggal. Mereka menegaskan bahawa segala-galanya dalam dunia adalah tidak kekal dan usaha untuk mencari kesoronokan perlu dikikis. Buddhisme menyebutnya kedahagaan (trishna), Hinduisme menggelarnya nafsu (knma) dan Jainisme merujuk kepadanya sebagai delusi (moha).
  • 52. Politik Ilmu politik adalah suatu disiplin yang menekankan soal kepimpinan kerana setiap komuniti dan kelompok hidupan (manusia atau haiwan), cenderung untuk menyusun pentadbiran dan organisasi masyarakatnya. ■ Barat : The Prince oleh Nicolo Machiavelli, merupakan sebuah panduan untuk memupuk seorang pemimpin yang ideal untuk menjamin kebebasan rakyat, penguasaan tampuk kerajaan dan kebebasan daripada pemberontakan dan serangan luar. Prinsip utama karya The Prince adalah matlamat menghalalkan cara. ■ Islam : Menurut Al-Farabi, falsafah politik atau pemerintahan merupakan peranan ketua negara, iaitu menyamai fungsi jantung (al-qalb) dalam tubuh manusia. Seluruh aktiviti kenegaraan bergantung erat dengan ketua negara. Ketua negara mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu. Antaranya memiliki kesihatan fizikal yang baik, berani, bertenaga, mempunyai daya intelektual, mencintai ilmu pengetahuan dan adil, mempunyai akal yang mustafad, agar bukan sahaja boleh berkomunikasi secara dengan orang-orang yang dipimpinnya, bahkan mampu berinteraksi secara baik dengan Maha Pencipta serta menghormati penyampai wahyu.
  • 53. ■ Teori Marx bermatlamat ke arah masyarakat yang saksama tanpa stratifikasi kelas dan ke arah pemansuhan Negara yang ditakrifkan oleh Marx sebagai alat paksaan dan pemerasan. Marx berhasrat untuk membebaskan manusia daripada suasana kehidupan yang menekan. Beliau membayangkan satu masyarakat masa hadapan di mana manusia itu semula jadinya bebas dan berdaulat.
  • 54. Ekonomi ■ Islam : Pengertian ekonomi Islam merupakan ekonomi yang berdasarkan pada ketuhanan. Asas ataupun pokok kepada sistem ekonomi ini bertitik tolak dari Allah, tujuan akhirnya kepada Allah, dan memanfaatkan sarana yang tidak lepas dari syari’at Allah. ■ Barat : “Das Kapital" adalah karya utama Karl Marx, yang mengungkap sisi negatif kapitalisme dan mengkritik ekonomi politik. Karya ini ditulis menggunakan pendekatan materialis dialektik, yang dikembangkan oleh Marx dan Engels lebih awal. Teori-teori Marx berkisar di sekitar bagaimana masyarakat akan terus berubah sebagai satu tindak balas kepada keadaan ekonominya serta bantahan beliau terhadap keadaan masyarakat yang terkesan akibat industri yang berasaskan kepada kapitalisme.
  • 55. Peradaban ■ Perkongsian nilai- nilai sejagat yang diwarisi daripada peradaban masing- masing sangat penting kerana ia dapat dijadikan titik tolak ke arah mewujudkan interaksi yang positif. ■ Walau bagaimanapun, masyarakat moden pada hari ini telah banyak melupai hikmah dari khazanah peninggalan sendiri sehingga mereka menjadi keliru dan hilang arah tujuannya. Oleh itu, usaha-usaha untuk mengembalikan khazanah peradaban ini hendaklah dipergiatkan semula oleh generasi hari ini demi menjamin kesinambungan keharmonian hidup masyarakat.
  • 56. ■ Takrif peradaban Islam iaitu pencapaian manusia dalam pelbagai aspek kehidupan yang diimbangi dengan neraca kesepaduan wahyu yang holistik sifatnya. Keseimbangan ini penting disebabkan matlamat akhirnya ialah untuk mendapatkan kebaikan, kejayaan "hasanah" di dunia dan akhirat.
  • 57.
  • 58. ■ Tamadun India melihat peradaban perlu secara progresif mendedahkan kapasiti jiwa ke arah matlamat akhir iaitu menyedari diri sendiri. Jiwa individu melalui evolusi memperkembangkan kuasa pancaindera, emosi, minda dan intelek sehingga ke tahap menemui alam semulajadi sebagai Kesedaran Suci. ■ Konsep Tuhan atau realiti mutlak diterima oleh pelbagai sistem India, Kumpulan Vedintin menamakanNya Sunya; cendekiawan Sankhya mengelarNya Purusha, Sekolah Yoga menyebutNya sebagai Iswara dan mazhab Saiva mengagungkanNya sebagai Siaa. Kepercayaan kepada Tuhan merupakan inti dalam kumpulan ortodoks India. Sesuai dengan prinsip pertama dalam Rukun Negara, konsep ketuhanan boleh diutamakan dalam usaha melahirkan masyarakat dalam peradaban Malaysia.
  • 61. Falsafah Teknologi ■ Falsafah teknologi perlu melihat makna teknologi dan impaknya terhadap masyarakat dan budaya. ■ Philosophy of technology studies the character of technology and its relations to society. It has various branches, focusing for instance on the ethics of technology, on the relations between science and technology, on human-technology relations, or the political dimensions of technology.
  • 62. ■ Mitcham (1994) menyebut jenis falsafah teknologi "falsafah teknologi manusia" kerana ia menerima "keutamaan kemanusiaan melalui teknologi." ■ Falsafah teknologi dibangunkan berkaitan dengan teknologi itu sendiri dan bertujuan untuk memahami kedua-dua amalan merancang dan mewujudkan artifak (dalam erti kata yang luas, termasuk proses dan sistem buatan) dan sifat benda yang dicipta .
  • 63. Perubahan falsafah teknologi ■ Over the last decades of the 20th century, the field made an ‘empirical turn’. It shifted its focus from studying ‘technology’ as a broad phenomenon to studying actual technologies, in their detailed relations with the sciences, with human beings, and with society. Rather than developing theories about ‘technology’ in general, it started to take actual technologies as a starting point for philosophical reflection. ■ Technologies challenge philosophical concepts and theories. When medical diagnostic technologies get involved in our ethical decisions, for instance, this challenges our ideas about ethics itself: is ethics something that only humans can do, or is there room for technologies as well? When deep brain implants interfere with our moods and behavior, this challenges our ideas about autonomy, free will, and what it means to ‘act’.
  • 64. Falsafah Organisasi ■ Berkaitan kepimpinan : kekuatan/kelemahan – Matlamat, hala tuju dan visi organisasi – Hubungan sosial dalam organisasi (perkongsian/perasaan kekitaan) – Kepercayaan ■ Perubahan organisasi ke arah mewujudkan situasi yang sesuai mengikut tujuan masing-masing
  • 65. Organisasi didefinisikan sebagai satu unit sosial yang sengaja dibentuk (atau pengelompokan manusia) dan dibentuk kembali untuk mencapai matlamat- matlamat tertentu (Etzioni, 1964). Apabila bercakap mengenai organisasi, kita tidak boleh lari daripada membicarakan mengenai teori-teori organisasi yang ada. Salah satu teori yang paling berpengaruh dalam bidang organisasi dan pentadbiran ialah teori birokrasi. Teori ini diasaskan oleh Max weber,
  • 66. ■ Weber merujuk birokrasi sebagai satu jenis struktur pentadbiran yang dibangunkan dalam satu pertubuhan di mana adanya autoriti “rasional- sah”(Scott, 2003). Weber menerangkan jenis birokrasi yang ideal dari sudut positif, beliau menganggap organisasi birokrasi adalah organisasi yang lebih rasional dan lebih cekap. ■ Jenis birokrasi yang ideal termasuklah tidak ada jenis autoriti atau perhubungan yang lain, tidak mempunyai persahabatan dan permusuhan, tidak mempunyai komplot, dan tidak mempunyai badan jawatankuasa. Sesuatu birokrasi yang dikatakan ideal hanya wujud di mana individu memberi dan menerima arahan sebagai satu peraturan dalam sistem rasional.
  • 67. ■ Weber juga berhujah bahawa jenis birokrasi yang ideal memerlukan alat pentadbiran yang sukar, sifat-sifat alat pentadbiran ini termasuklah ketepatan, kepantasan, tidak ada kekaburan, mempunyai pertimbangan, mengetepikan kepentingan, tidak ada perselisihan, langkah penjimatan, berkesinambungan dan kesepakatan. Beliau juga mengatakan bahawa organisasi tidak dapat dielakkan dari berubah ke arah jenis ideal yang dikatakan olehnya dalam pencarian proses kecekapan yang sangat berkesan.
  • 68. Falsafah Ekologi ❑Falsafah alam sekitar dan pergerakan sosial ❑Berdasarkan kepercayaan bahawa manusia mesti secara radikal mengubah hubungan mereka dengan alam semulajadi. ❑Bermula dengan menghargai sifat semata-mata untuk kegunaannya kepada manusia yang mengiktiraf alam semulajadi mempunyai nilai yang melekat.
  • 69. ■ Ekologi Sosial merupakan satu teori sosial yang bersandarkan kepada kritikan terhadap trend sosial, politik dan anti-ekologi semasa. ■ Murray Bookchin mengasaskan teori ini sebagai satu konseptual yang melihat kepada pembangunan yang seimbang. Teori ini diwujudkan atas memberi sokongan yang berbentuk rekonstruktif, bersifat ekologi, komunis dan pendekatan etika kepada masyarakat setempat. ■ Sebagai satu ideologi yang agak kontroversi, ekologi sosial ini membayangkan sebuah peralihan atau perkembangan sesebuah ekonomi yang bergerak di luar dari kekurangan dan hierarki ke arah dunia yang lebih harmoni (Armstrong, C.W, & Sumaila U. R, 2001). ■ Keharmonian ini hanya akan dapat dicapai sekiranya manusia dan alam sekitar bergerak seiringan dalam proses pembangunan dan pemodenan iaitu pembangunan mapan (Bhaskar, R, 2009).
  • 70. ■ Komponen ekologi sosial ini adalah bersandarkan kepada beberapa aspek yang mana melihat manusia sebagai kunci utama dalam falsafah ini. ■ Bookchin melihat manusia sebagai satu entiti yang mempunyai kuasa untuk mengubah dan memanipulasikan persekitarannya. Manusia mempunyai kuasa yang sangat dominan dalam hubungan ekologi mahupun hubungan dengan alam sekitar.
  • 71. ■ Falsafah alam sekitar membawa maksud bagaimanakah manusia mengeksploitasi kebijaksanaan mereka dalam mereka berinteraksi dengan alam ini. Dengan menggunakan kebijaksanaan mereka ini manusia melakukan kajian untuk mencari kebenaran dan memahami makna kehidupan yang sebenarnya. ■ Hasilnya wujudlah pelbagai bidang atau cabang ilmu seperti sains, matematik, fizik, etika dan lain-lain ilmu lagi. Kesemua ini adalah terangkum dalam satu rumpun yang sama iaitu falsafah. Pengkajian ini dilakukan dengan melalui pemahaman dan kebijaksanaan bagi membentuk kemahiran-kemahiran analitikal dan logik serta hujah-hujah yang luas tentang sesuatu perkara berkaitan dengan alam ini.