Modul ini membahas tentang kata majmuk yang terdiri dari beberapa bentuk: (1) rangkai kata bebas, (2) istilah khusus, dan (3) kiasan. Kata majmuk dapat dieja terpisah atau bercantum, dan dapat digandakan dengan menggandakan unsur pertama. Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan awalan, akhiran, atau apitan.
1. Cenderabahasa Bil.1 JPNPP
MODUL 9 : KATA MAJMUK
Definisi: Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.
Bentuk-bentuk kata majmuk:
1. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contoh:
gambar rajah kuning langsat
biru laut jalan raya
luar biasa merah muda
tengah hari jam tangan
kapal terbang nasi minyak
bandar raya bom tangan
alat tulis meja tulis
terima kasih kipas angin
*kategori ini juga termasuk gelaran
Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong
Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.
2. Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.
Contoh;
garis pusat kertas kerja cari gali
pita suara darah panas reka bentuk
model linear mata pelajaran kanta lekap
segi tiga batu kapur
atur cara kemas kini
3. Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)
Contoh:
kaki ayam pilih kasih duit kopi kaki bangku makan angin
buah tangan manis mulut anak emas buah hati berat tangan
Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.
antarabangsa kerjasama suruhanjaya
beritahu olahraga tandatangan
2. Cenderabahasa Bil.1 JPNPP
bumiputera matahari tanggungjawab
jawatankuasa setiausaha warganegara
kakitangan sukarela pesuruhjaya
Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum.
Contohnya:
a. Kata nama peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari,
hulubalang
b. Kata adjektif sukacita, dukacita
c. Kata sendi nama kepada, daripada
d. Kata hubung apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala,
padahal, walhal, kadangkala
e. Kata tanya bagaimana
Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja.
Contohnya:
Tunggal Jamak
alat tulis alat-alat tulis
gambar rajah gambar-gambar rajah
balai raya balai-balai raya
kapal terbang kapal-kapal terbang
Menteri Besar Menteri-menteri besar
suku kata suku-suku kata
garis pusat garis-garis pusat
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan
unsur. Contohnya:
Tunggal Jamak
pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara warganegara-warganegara
tandatangan tandatangan-tandatangan
jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha setiausaha-setiausaha
3. Cenderabahasa Bil.1 JPNPP
Pengimbuhan kata majmuk
a) Kata Majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
campur aduk - bercampur aduk
ambil alih - mengambil alih
daya serap - daya serapan
ulang kaji - mengulang kaji
b) Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara bercantum.
Contohnya:
campur aduk - mencampuradukkan
ambil alih - pengambilalihan
daya serap - kedayaserapan
ulang kaji - pengulangkajian