Dokumen tersebut memberikan ringkasan mengenai kemahiran asas dalam permainan badminton seperti memegang raket, ayunan raket, servis, pukulan, dan juga refleksi diri mengenai video yang ditonton. Kemahiran tersebut dijelaskan secara terperinci beserta contoh gambar untuk memudahkan pemahaman.
1. NUR AINA SHAFIAH BINTI ABDUL HALIM
2 PISMP PJ2
MASA: 22 MAC 2020 (3.30PM-6.30PM)
Melalui video tersebut :
1. https://www.youtube.com/watch?v=S2-G_tbIj80
2. https://www.youtube.com/watch?v=92gCzJBNLcI
3. https://www.youtube.com/watch?v=O4X0LL7t2ys
4. https://www.youtube.com/watch?v=IEge830cgHs
a) Nyatakan SEMUA kemahiran asas yang ada dalam permainan badminton
daripada link yang diberikan, dan
b) Huraikan kaedah/teknik amali permainan badminton langkah demi langkah
dengan betul.
c) Refleksi kendiri.
a) Kemahiran asas yang ada dalam permainan badminton
1. Memegang Raket
Cara Raket Badminton Dipegang Adalah Sangat Penting. Raket Perlu
Dipegang Dengan Betul Untuk Mendapatkan Pukulan Yang Tepat Dan
Berkesan.
-Genggaman
-Genggaman Kilas
-Membuat Pukulan Asas
2. Ayunan Raket
-Ayunan Ke Hadapan
2. -Ayunan Ke Belakang
3. Membuat Servis
-Servis Tinggi
-Servis Rendah
-Servis Flik
-Servis Kilas
4. Membuat Pukulan
-Pukulan Deras
-Pukulan Deras Hadapan
-Pukulan Deras Kilas
-Pukulan Bawah Lengan
-Pukulan Bawah Lengan Hadapan
-Pukulan Bawah Lengan Kilas
5. Pukulan Junam/ Drop
-Junam Lurus Pukulan Kilas.
- Junam Lurus Pukulan Hadapan.
-Junam Silang Pukulan Hadapan.
-Junam Silang Pukulan Kilas.
6. Pukulan Smesy
7. Pukulan Lob
8. Pukulan Di Jaring
-Bulu Tangkis Di Atas Aras Jaring
3. -Bulu Tangkis Bawah Dari Aras Jaring
-Pukulan Kilas Atas Kepala
b) Huraikan kaedah/teknik amali permainan badminton langkah demi langkah
dengan betul.
Ini merupakan posisi atau postur persediaan untuk semua pergerakan dalam
permainan badminton. Pemain sepatutnya:
1. Memastikan berat badan mereka condong ke hadapan sedikit.
2. Berada di atas bebola atau di hujung kedua-dua kaki secara seimbang.
3. Bengkok sedikit di bahagian lutut.
4. Mempunyai kedudukan kaki yang bergerak dengan sedikit dan ringan.
5. Jarak kaki selebar bahu.
6. Raket di hadapan badan dan raket kapala atas.
7. Siku dalam keadaan relaks dan jauh dari badan.
8. Memerhatikan pihak lawan dan bulu tangkis (membuat antisipasi pukulan).
Ayunan ke Belakang
Apabila bulu tangkis berada pada ketinggian yang paling tinggi, raket akan
diayun ke belakang secara teguh. Dengan membengkokkan siku, kepala raket
akan dibawa ke bawah tulang belikat bahu kanan. Pada masa yang sama,
pergelangan tangan berada dalam keadaan mencekah. Tindakan tersebut
meletakkan pemain dalam keadaan posisi sisi dengan berat badan pemain di
belakang kaki dan lututnya bengkok sedikit.
Ayunan ke Hadapan
4. Apabila bulu tangkis mula turun, kepala raket dibaling ke atas untuk menemui
bulu tangkis. Pergerakan di bawah akan menunjukkan bagaimana tubuh
badan pemain bergerak semasa melakukan ayunan ke hadapan:
Pukulan servis merupakan pukulan yang sangat penting dan para pemain
badminton mestilah menguasai kemahiran ini supaya konsisten dan tepat.
Servis merupakan kemahiran asas yang terpenting kerana setiap mata yang
dipungut oleh pemain bermula dari servisnya. Secara amnya, di dalam
permainan badminton terdapat empat jenis servis iaitu servis tinggi, servis
rendah, servis flik dan servis kilas.
Membuat pukulan atau stroke play merupakan kemahiran asas ketiga yang
penting di dalam permainan badminton selepas kemahiran membuat servis
dan kemahiran menerima servis. Sebagai kemahiran asas, setiap pemain
perlu mengetahui cara untuk membuat pukulan dan seterusnya dapat
menggunakan sesuatu pukulan untuk sesuatu situasi tertentu.
Ini adalah pukulan berkuasa yang bertujuan untuk mematikan permainan
dengan cepat. Pukulan ini merupakan pukulan serangan dan menjunam
dengan cepat ke dalam gelanggang pihak lawan. Pada amnya, pemain
melakukan smesy untuk mematikan rali dan mengalahkan lawan yang sudah
keluar dari posisi atau tidak ada keseimbangannya. Ia juga digunakan bukan
sahaja untuk mematikan rali, tetapi mewujudkan ruang supaya pukulan
berikutnya dapat mematikan pihak lawan. Pukulan smesy ini boleh dilakukan
di mana-mana sahaja dalam gelanggang apabila diperlukan. Untuk melakukan
smesy yang tajam, pantas dan sukar diambil oleh pihak lawan, kerapkali
pemain terpaksa melompat untuk membuat smesy.
Pukulan lob dilakukan di belakang gelanggang dengan memukul bulu
tangkis yang tinggi dari belakang gelanggang secara pukulan pepat atau kilas.
Pada amnya, pemain menggunakan pukulan ini supaya mempunyai masa
untuk bersedia semula di tengah-tengah gelanggang. Pukulan lob juga
digunakan sebagai membalas servis tinggi dan memaksa pihak lawan
bergerak ke belakang gelanggang. Terdapat dua jenis pukulan lob, iaitu
pukulan lob defensif atau pertahanan dan pukulan lob ofensif atau attacking
lob.
5. Pukulan di jaring atau net play merupakan satu pukulan yang sangat
penting dalam permainan perseorangan. Apabila seoarang pemain dapat
menguasai permainan di jaring, maka peluang untuk pemain itu mengawal
pihak lawan adalah ketara.
c) Refleksi kendiri.
Kekuatan yang ada dalam video tersebut ialah teknik yang betul dalam
permainan badminton. Cara menjadi seorang pemain badminton yang
terbaik.Kelemahan yang terdapat dalam video pula ialah cara pemarkahan
dikira. Peluang yang diperoleh ialah asas pembelajaran badminton.Ancaman
ialah kesukaran untuk faham dan melakukan pergerakan tersebut.