Pantun ini menceritakan tentang kasih sayang antara seorang pemuda dan seorang gadis. Namun, perbezaan darjat seringkali menjadi penghalang untuk mewujudkan impian bersama. Oleh itu, sang pemuda terpaksa menggunakan pelbagai taktik untuk mendekati sang gadis yang disukainya. Walaupun dihadapi berbagai rintangan, cinta sejati akan tetap bersatu pada akhirnya.
1. Kupasan dan Kajian Teks Puisi Tradisional
Tingkatan 2
Pantun Kasih Sayang
2. PANTUN KASIH SAYANG
Buah mengkudu kusangka kandis,
Kandis terletak di dalam di dalam
puan ;
Gula madu kusangka manis,
Manis lagi senyuman tuan.
Asap api di Tanjung Tuan,
Kuala Linggi bakaunya rendah ;
Harap hati kepada tuan,
Langit tinggi kupandang rendah.
Anak udang meniti batang,
Berasa dahan terlampai ;
Melihat bulan dipagar bintang,
Bagaikan rasa hendak dicapai.
Jalan-jalan sepanjang jalan,
Singgah menyinggah di pagar orang;
Pura-pura mencari ayam,
Ekor mata di anak orang.
Bila masa dipanggil maut,
Cinta tidak berharga lagi;
Asam di darat ikan di laut,
Sampai masa berjumpa lagi
3. MAKSUD PANTUN
Rangkap 1 - Wajah seseorang yang kelihatan berseri-seri kerana senyuman
Rangkap 2 - Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi akibat tersilap perhitungan
,harapan tidak kesampaian
Rangkap 3 - Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang wanita yang cantik
serta tiada bandingannya
Rangkap 4 - Menggunakan muslihat untuk memikat anak gadis orang
Rangkap 5 - Seorang perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, akan bertemu juga
akhirnya.
4. TEMA
Kasih sayang antara teruna dengan dara. Namun
begitu, untuk mencapai impian supaya dapat hidup
bersama-sama kadangkala kita terpaksa menempuh
berbagai-bagai halangan seperti perbezaan darjat atau
perpisahan.
5. PERSOALAN
1- Perwatakan yang menarik akan menyebabkan kita disukai oleh orang ramai orang.
2- Perbezaan antara darjat menyebabkan impian seseorang akan terhalang.
3- Sanggup berpura-pura untuk mencapai sesuatu tujuan.
6. GAYA BAHASA
# Penggunaan unsur alam : buah mengkudu, kandis, asap, api, langit , anak udang dll.
# Personifikasi : Anak udang meniti batang.
# Paradoks : Langit tinggi kupandang rendah.
# Repetisi : kandis ( rangkap 1, baris 1 dan 2)
# Simile : Bagaikan rasa hendak dicapai
7. Nilai
# Kasih Sayang : kasih sayang sesama insan akan mengeratkan tali silaturahim
# Rasional : Pemikiran rasional sangat penting sebelum seseorang itu hendak
melakukan sesuatu perkara.
# Keikhlasan : setiap perbuatan yang dilakukan memerlukan keikhlasan hati.
# Berusaha : usaha yang gigih sangat penting untuk mencapai sesuatu impian agar
segala yang dicita-citakan akan tercapai.
# Kesetiaan : kesetiaan sayang penting sewaktu berlakunya perpisahan.
8. PENGAJARAN
a) Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain.
b) Kita mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu yang dianggap
mustahil.
c) Kita wajarlah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam kehidupan