SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
NAMA:MUHAMMAD ADAM HARITH BIN RAMLI
KELAS:4 JAZARI
NO.MAKTAB:PB180290
HOMEROOM:CIKGU NORAKMA
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENGHARGAAN
1. BAB 1:PENGENALAN
1.1. PENDAHULUAN -LATAR BELAKANG(APAMAKSUD NOVEL)
1.2. APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
1.3. PENYATAANMASALAH (BAGAIMANAUTK MENARIKPELAJAR MINAT MEMBACA
NOVEL)
1.4. OBJEKTIF KAJIAN
1.5. SKOP PENYELIDIKAN(8 NOVEL)
1.6. HIPOTESIS AWAL (PANDANGAN AWAL BERKAITAN8 NOVEL)
1.7. KEPENTINGAN KAJIAN
2. BAB 2 :TINJAUAN BACAAN
2.1. BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.2. SINOPSIS 8 NOVEL
2.3. TARIKAN SETIAP NOVEL(APAYANGMENJADI TARIKANDALAM SETIAP NOVEL-
CERITA DALAM PERENGGAN BAGI SETIAP NOVEL)
3. BAB 3 :METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1. JENIS NOVEL (FIKSYEN/BUKANFIKSYEN) PRPM
3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA(RUJUKAN 8 NOVEL DARIMANA)
3.3. TEMA SETIAP NOVEL
3.4. KEUNIKAN DALAM NOVEL
3.5. PERSAMAAN YANGTERDAPAT DALAM 8 NOVEL
3.6. KETERBEZAAN ANTARA8 NOVEL
3.7. BANDINGBEZA NOVEL MALAYSIA DANNOVEL LUAR NEGARA (PENGALAMAN)
3.8. NOVEL DAN KEHIDUPAN(NILAI,PENGAJARANDALAM MASYARAKAT REALITI)
3.9. KEDUDUKANNOVEL ( PILIH NOVEL YANGPALINGDIGEMARI)
3.10. KESIMPULAN (BERKAITAN 8 NOVEL)
4. BAB 4 :PENUTUP
4.1. RUMUSAN KAJIAN (BAGAIMANA CARA TARIK MINAT MEMBACA)
4.2. IMPLIKASI DAN CADANGAN (TUJUAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL)
4.3. HIPOTESIS AKHIR
4.4. PENUTUP
Abstrak:
Saya sedang membuat kajian tentang novel-novel yang digunakan bagi pelajar tingkatan 4
dan tingkatan 5 di Malaysia.Novel yang digunakan di tingkatan 4 ialah Di Sebalik
Dinara,Leftenan Adnan Wira Bangsa,Jendela Menghadap Jalan dan Pantai Kasih.Bagi
tingkatan 5 pula ialah Songket Berbenang Emas,Silir Daksina dan Bimasakti Menari.
Penghargaan:
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru bahasa melayu yang telah
memberikan tunjuk ajar tentang cara menyiapkan tugasan ini serta panduan untuk membuat
tugasan ini.Seterusnya,kepada sahabat kelas yang telah membimbing saya semasa kekeliruan
dan sudah tentu juga kepada ibu bapa saya yang membantu dalam aspek capaian internet dan
kemudahan menggunakan gajet.
BAB 1 >PENGENALAN
1.1 Pendahuluan-Latar Belakang
- Novel adalah karya fiksyen atau bukan fiksyen yang ditulis sendiri oleh
seseorang pengarang novel
1.2 Novel Fiksyen dan Bukan Fiksyen
- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,fiksyen membawa maksud karya sastera
yang dicipta daripada imaginasi seperti novel dan cerita pendek,cereka atau cerita yang
diada-adakan.Manakala bukan fiksyen pula bermaksud karya sastera yang dicipta
daripada kisah benar.
1.3 Penyataan masalah
- Menyediakan sebahagian ruang di dalam kelas sebagai sudut bacaan sastera.
- Menjemput penceramah luar
- Melancarkan kempen membaca di sekolah
1.4 Objektif kajian
- Objektif kajian bagi kerja ini adalah mengenal pasti keunikan setiap novel agar
dapat menggalakan pelajar membaca novel.
1.5 Skop penyelidikan
Lapan novel tingkatan empat dan lima iaitu:
1) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
2) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
3) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Bin Talib
4) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
5) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
6) Tiraini karya Beb Sabariah
7) Silir Daksina karya Nizar Paman
8) Bimaksati Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
1.6 Hipotesis awal
- Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri.Oleh itu,saya berpendapat
bahawa minat seseorang kepada sesebuah novel terletak kepada judul dan jalan
ceritanya sendiri mahupun fiksyen atau bukan fiksyen.
1.7 Kepentingan Kajian
- Untuk memastikan pelajar lebih meminati untuk memahami kelapan-lapan novel
ini.
BAB 2>TINJAUAN BACAAN
2.1 Biografi setiap penulis
TINGKATAN 4
1) Tingkatan 4 : Novel Di Sebalik Dinara
Nama Kormesil : Dayang Noor
Nama Sebenar : Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik ; Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan :
Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru(Aliran Sains)
2) Tingkatan 4 : Jendela menghadap Jalan
Nama Sebenar: ROHAINI MATDARIN
Tarikh lahir: 16 Mac 1981
Tempat Lahir: Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah.
Kerjaya: Berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan
Sejarah: Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat pertama dalam
Peraduan mengarang cerpen peringkat kebangsaan sempena
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada tahun 2008 beliau memenangi Hadiah Sastera
Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi
3) Tingkatan 4 : Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Nama: Abdul Latip Talib
Tarikh Lahir: 2 Jun 1954
Tempat Lahir: Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan
Kerjaya: Penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen, rencana,
drama televisyen dan novel.
Sejarah: Beliau telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Sayembara
Cerpen Berunsur Islam, Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera
Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri Sembilan, Sayembara
Menulis Novel Sarawak 2005, hadiah sayembara menulis novel sejarah
Johor 2007, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 dan 2007 serta
Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri
Sembilan pada tahun 2007.
4) Tingkatan 4 : Novel Pantai Kasih
Nama: Azmah Nordin
Tarikh Lahir: 10 Januari 1958.
Tempat Lahir: Kulim, Kedah
Akedemik: Pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan
Inggeris
Sejarah: Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-
an, iaitu dalam penulisan rencana. Malah, Kecenderungannya menulis dalam
bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati
penulisan sajak, cerpen dan novel
TINGKATAN 5
1) Tingkatan 5 : Novel songket Berbenang Emas
Nama: Khairuddin Ayip
Tarikh lahir: 25 Februari 1962
Tempat lahir: Batu Pahat, Johor
Kerjaya: Bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches + (SISC +) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana,
Selangor.
Sejarah: Beliau banyak menghasilkan buku kreatif seperti novel remaja,
Cerpen dan sajak. Hasil penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif.
Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga
Sayembara Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku
Ibuku Jua), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP
1987 (Sayang Disayang), hadiah penghargaan Novel Remaja Utusan-
Public Bank 1989 (bukan Untukku), tempat pertama Peraduan Menulis
Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas).
2) Tingkatan 5 : Novel Tirani
Nama: Beb Sabariah
Tempat lahir: Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak.
Sejarah: Aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999
Dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap
Di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis
Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).
3) Tingkatan 5 : Novel Silir Daksina
Nama: Nizar Parman
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Kerjaya: Guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan
pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan
Bahasa Melayu sekolah rendah.
Sejarah: Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau namun amat
bertuah apabila terus menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon
Mobil tahun 2009 kategori novel remaja.
4) Tingkatan 5 : Novel Bimaksati Menari
Nama: Sri Rahayu Mohd Yusop
Kerjaya: guru bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang
Sejarah: Bima Sakti Menari adalah sebuah karya novel yang unik serta
menarik kerana temanya yang berbeza dari topik kebiasaan di mana ia
mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar khususnya untuk
menangani pencemaran cahaya.
2.2 Sinopsis Setiap Novel
TINGKATAN 4
1) Di Sebalik Dinara
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang
disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,
Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan
sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan
persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada
Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab
yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr.
Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga
kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
2) Jendela menghadap jalan
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek
di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan
perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan
neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan
dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang
pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal
perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana
mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa
oleh anak-anak mereka yang masih muda.
3) Leftenan Adnan Wira Bangsa
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
dengan keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak
lelaki. - Adnan, Ahmad dan Amarullah .Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai
Ramal, Kajang, Selangor .Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya
pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning.Namun begitu Pak Saidi tidak
suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen siapa yang menentang dianggap
penderhaka
Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan kawan-kawannya. Dia sangat
menggemari kisah kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum tidur emaknya akan bercerita
mengenai kisah-kisah pahlawan dahulu kala. Setiap pagi, Pak Saidi akan membawa
Adnan ke tempat kerjanya. Tujuannya ialah untuk mengajar anaknya itu mengenai betapa
susahnya untuk mencari rezeki. Pak Saidi memiliki satu hektar kebun getah dan sebidang
tanah sawah tinggalan orang tuanya yang menjadi sumber pendapatan Penduduk
kampung Sungai Ramal bergantung hidup kepada aktiviti pertanian . Namun, terdapat
segelintir penduduk kampung yang lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang di
warung kopi milik Pak Samad
4) Pantai kasih
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi
kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya,
Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus
menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah
seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku.
Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini
membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan
menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga
perjuangan dalam bidang perubatan.
TINGKATAN 5
1) Songket Berbenang Emas
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah
tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
2) Tirani
Tirani mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga inginmencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Lagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan
pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung
palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.
3) Silir Daksina
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup
bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
didalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan
nmanuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya
itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung
arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas
sebab-sebab tertentu. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak
bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala
Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya
kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal telah membuat
keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya
itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya.
Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di Kampung
Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan
demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi
sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-
penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel
ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal
mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri
Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum
pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal
dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik
tirinya turut memberkikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah
melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
4) Bimaksati Menari
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil g bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
2.3 Tarikan Setiap Novel
TINGKATAN 4:
1) Di Sebalik Dinara
- Novel ini menumpukan kepada karya fiksyen .Sungguh menarik dan amat
digalakkan kepada pembaca yang meminati sains fiksyen.
2) Jendela Menghadap Jalan
- Novel ini mempunyai plot cerita yang menarik. Menceritakan tentang perasaan
ingin tahu seorang budak.
3) Leftenan Adnan Wira Bangsa
- Novel ini menceritakan tentang seorang kanak-kanak bernama Adnan. Amat
Disarankan kepada pembaca yang meminati kisah tanah air negara kita.
4) Pantai Kasih
- Novel ini menceritakan tentang seorang doktor muda yang ingin menjadi seorang
Doktor pakar bedah. Sesuai kepada pembaca yang meminati penceritaan yang
penuh dugaaan dan usaha
TINGKATAN 5:
1) Songket Berbenang Emas
- Novel ini menceritakan tentang kehidupan seorang pelajar dalam menempuh
cabaran hidupnya.
2) Tirani
- Novel ini menceritakan tentang kegigihan seorang wanita dalam menempuh
berbagai-bagai cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental.
3) Silir Daksina
- Novel ini menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang tinggal bersama ibu
dan ayah tirinya. Amat menarik kepada pembaca kerana penuh dengan misteri .
4) Bimaksati Menari
- Novel ini menceritakan tentang seorang Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Amat digalakkan kerana mempunyai plot yang menarik dan
pengakhiran cerita yang memuaskan.
BAB 3>METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1 Jenis novel
Tingkatan 4
1. Di Sebalik Dinara : FIKSYEN
2. Jendela Menghadap Jalan : FIKSYEN
3. Leftenan Adnan Wira Bangsa : FIKSYEN
4. Pantai Kasih : FIKSYEN
Tingkatan 5
1. Songket Berbenang Emas : FIKSYEN
2. Tirani : FIKSYEN
3. Silir Daksina : FIKSYEN
4. Bimasakti Menari : FIKSYEN
3.2 Proses pengumpulan data
- Saya telah mengkaji dan mengambil maklumat novel tingkatan 4 dan tingkatan 5
melalui buku komsas.Selain itu,saya mengambil maklumat yang lebih teliti dan
gramatis bagi memantapkan lagi kajian saya melalui laman sesawang Goggle dan
sebagainya.
3.3 Tema setiap novel
TINGKATAN 4
1. Di Sebalik Dinara : Persaingan dalam Dunia Sains
2. Jendela Menghadap Jalan : Kecekalan seorang gadis dalam menempuh segala
ujian dan rintangan
3. Leftenan Adnan Wira Bangsa : Keberanian seorang anggota tentera dalam
mempertahankan tanah air
4. Pantai Kasih : Ketabahan hati seorang wanita dalam dalam menempuh pelbagai
rintangan
TINGKATAN 5
1. Songket Berbenang Emas : Kegigihan seorang gadis dalam menempuh segala
cabaran
2. Tirani : Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang
dapat melindungi kelemahan diri
3. Silir Daksina : Pengorbanan anak muda dalam mempertahankan warisan seni
kebudayaan
4. Bimasakti Menari : Kegigihan anak muda dalam melestarikan alam sekitar
3.4 Keunikan dalam novel
Setiap novel mempunyai ketertarikan dan keunikan yang berbeza.Hal ini membuatkan
sesebuah novel itu menjadi menarik daripada novel-novel yang lain.Selain itu,para
pembaca akan merasakan apa yang ditulis oleh penulis novel yang dapat membuatkan
para pembaca lebih ingin meneruskan membaca.Hal ini harus dititikberatkan kerana
membaca merupakan jambtan ilmu.
3.5 Persamaan yang terdapat dalam 8 Novel
- Persamaan yang dapat saya kaitkan dalam setiap novel yang saya kaji ini adalah
setiap watak utama kelapan lapan novel sentiasa tidak berputus asa dalam
mencapai matlamat dan impian yang diinginkan.
3.6 Keterbezaan antara 8 novel
- Perbezaan yang dapat saya temui dalam setiap novel yang saya kaji ini adalah
setiap watak utama kelapan-lapan novel ini mempunyai impian dan cara mencapai
impian yang berlainan.Oleh itu,plot cerita dari setiap novel berbeza.
3.7 Perbezaan novel Malaysia dan luar Negara
- Mengikut pengalaman saya membaca novel fiksyen dari Malaysia dan luar
negara ialah logistik yang berbeza.Jika dibandingkan dengan novel
Malaysia,novel Malaysia banyak mengeluarkan cerita dari pengalaman penulis
atau sebagainya yang logic dan masuk akal.Tetapi novel luar negara lebih
mengeluarkan novel fantasi atau imaginasi dari penulis yang membuatkan
penulis mendapatkan idea.Hal ini turut membuatkan novel yang dari bahagian
fantasi tidak logik dan tak masuk akal.
3.8 Novel dan kehidupan
- Masyarakat kini perlu menerapkan nilai tidak mudah berputus asa di dalam diri
masing-masing. Hal ini dapat diperlihatkan melalui pembacaan novel seperti yang
telah saya kaji. Contohnya, walaupun pelbagai rintangan perlu ditempuh, mereka
terus bangkit dan berusaha mencapai matlamat dan impian.
3.9 Kedudukan novel paling digemari
1. Leftenan Adnan Wira Bangsa
2. Bimasakti Menari
3. Silir Daksina
4. Di Sebalik Dinara
5. Tirani
6. Pantai Kasih
7. Songket Berbenang Emas
8. Jendela Menghadap Jalan
3.10 Kesimpulan
- Kesimpulan yang dapat saya berikan adalah, setiap novel yang saya kaji di
tingkatan 4 dan tingkatan 5 mempunyai plot cerita yang berbeza dan
menarik.Selain itu mempunyai keunikan yang menarik yang membuatkan
sesebuah novel lebih minat untuk membaca.Oleh itu, setiap novel ini mempunyai
kelebihan dan kekurangan masing-masing.
BAB 4>PENUTUP
4.1 Rumusan kajian
- Cara yang sesuai untuk menarik minat membaca adalah mencari buku yang
mempunyai minat yang sama.Contohnya,saya minat dalam permainan
badminton.Maka saya akan mencari novel yang mempunyai minat sama dengan
saya. Hal ini dapat membuatkan kita mempunyai pengalaman atau pengajaran
yang dapat kita ambil dalam sesuatu novel yang kita minat.
4.2 Implikasi dan cadangan
- Cadangan yang dapat saya berikan bagi penambahbaikan novel adalah untuk
menambahkan unsur prihatin pada plot cerita. Hal ini secara tidak lansung dapat
membuatkan pembaca ingin melakukan hal yang sama.
4.3 Hipotesis akhir
Palingdigemari
- Setiap novel mempunyai keunikan dan ketertarikan yang tersendiri. Hal ini juga
disebabkan oleh penulis yang telah bertungkus lumus menyiapkan karyanya bagi
mendapatkan jalan penceritaan yang paling menarik.
4.4 Penutup
- Kesimpulan yang dapat saya berikan berdasarkan kerja ini adalah setiap penulis
novel mempunyai minat mereka yang tersendiri. Hal ini kerana kebanyakan novel
yang telah saya baca merupakan idea daripada imaginasi mereka sendiri. Oleh itu,
marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca karya sastera mahupun
di dalam atau luar negara.
Assessment sastera

More Related Content

What's hot

Pantun empat kerat
Pantun empat keratPantun empat kerat
Pantun empat keratsariyatom
 
Periodisasi sastra menurut nugroho notosusanto
Periodisasi sastra menurut nugroho notosusantoPeriodisasi sastra menurut nugroho notosusanto
Periodisasi sastra menurut nugroho notosusantoidhaparwati
 
Pantun teka teki
Pantun teka tekiPantun teka teki
Pantun teka tekinickroznie
 
Periodisasi sastra indonesia presentasi bi
Periodisasi sastra indonesia presentasi biPeriodisasi sastra indonesia presentasi bi
Periodisasi sastra indonesia presentasi biFelicia Cile
 
Periodisasi sastra (Angkatan 80, Angkatan Reformasi dan Angkatan 2000)
Periodisasi sastra (Angkatan 80, Angkatan Reformasi dan Angkatan 2000)Periodisasi sastra (Angkatan 80, Angkatan Reformasi dan Angkatan 2000)
Periodisasi sastra (Angkatan 80, Angkatan Reformasi dan Angkatan 2000)Fadia Rizqi
 
Makalah sejarah sastra 2
Makalah sejarah sastra 2Makalah sejarah sastra 2
Makalah sejarah sastra 2romi firdaus
 
Periodisasi sastra - Bahasa Indonesia
Periodisasi sastra - Bahasa IndonesiaPeriodisasi sastra - Bahasa Indonesia
Periodisasi sastra - Bahasa IndonesiaDha'Wid Widya
 
Periodisasi Sastra Angkatan 20an
Periodisasi Sastra Angkatan 20anPeriodisasi Sastra Angkatan 20an
Periodisasi Sastra Angkatan 20andewi nasita
 
Portofolio mata kuliah farusa
Portofolio mata kuliah farusaPortofolio mata kuliah farusa
Portofolio mata kuliah farusaIlmam Fahmi
 
PP Sej. Sastra Angkatan '70
PP Sej. Sastra Angkatan '70PP Sej. Sastra Angkatan '70
PP Sej. Sastra Angkatan '70Rahman Gumilar
 
Skema Periodisasi Karya Sastra Indonesia
Skema Periodisasi Karya Sastra IndonesiaSkema Periodisasi Karya Sastra Indonesia
Skema Periodisasi Karya Sastra IndonesiaPraptining Andari
 
Pak Raden dan Buku Dongeng
Pak Raden dan Buku DongengPak Raden dan Buku Dongeng
Pak Raden dan Buku DongengPindai Media
 
Periodisasi Sastra Indonesia
Periodisasi Sastra IndonesiaPeriodisasi Sastra Indonesia
Periodisasi Sastra IndonesiaDedi Irawan
 
Sastra Baru Angkatan Balai Pustaka
Sastra Baru Angkatan Balai PustakaSastra Baru Angkatan Balai Pustaka
Sastra Baru Angkatan Balai PustakaKevin Soegandhi
 
Periodesasi Sastra Bahasa Indonesia kelas XII SMA
Periodesasi Sastra Bahasa Indonesia kelas XII SMAPeriodesasi Sastra Bahasa Indonesia kelas XII SMA
Periodesasi Sastra Bahasa Indonesia kelas XII SMAHeny Suryamarevita
 
sejarah sastra balai pustaka pend,.bahasa dan sastra Indonesia
sejarah sastra balai pustaka pend,.bahasa dan sastra Indonesiasejarah sastra balai pustaka pend,.bahasa dan sastra Indonesia
sejarah sastra balai pustaka pend,.bahasa dan sastra IndonesiaNailun Najah
 

What's hot (20)

Pantun empat kerat
Pantun empat keratPantun empat kerat
Pantun empat kerat
 
Periodisasi sastra menurut nugroho notosusanto
Periodisasi sastra menurut nugroho notosusantoPeriodisasi sastra menurut nugroho notosusanto
Periodisasi sastra menurut nugroho notosusanto
 
Pantun teka teki
Pantun teka tekiPantun teka teki
Pantun teka teki
 
Ppt sejarah sastra
Ppt sejarah sastraPpt sejarah sastra
Ppt sejarah sastra
 
Periodisasi sastra indonesia presentasi bi
Periodisasi sastra indonesia presentasi biPeriodisasi sastra indonesia presentasi bi
Periodisasi sastra indonesia presentasi bi
 
Periodisasi sastra (Angkatan 80, Angkatan Reformasi dan Angkatan 2000)
Periodisasi sastra (Angkatan 80, Angkatan Reformasi dan Angkatan 2000)Periodisasi sastra (Angkatan 80, Angkatan Reformasi dan Angkatan 2000)
Periodisasi sastra (Angkatan 80, Angkatan Reformasi dan Angkatan 2000)
 
Makalah sejarah sastra 2
Makalah sejarah sastra 2Makalah sejarah sastra 2
Makalah sejarah sastra 2
 
Periodisasi sastra - Bahasa Indonesia
Periodisasi sastra - Bahasa IndonesiaPeriodisasi sastra - Bahasa Indonesia
Periodisasi sastra - Bahasa Indonesia
 
Periodisasi Sastra Angkatan 20an
Periodisasi Sastra Angkatan 20anPeriodisasi Sastra Angkatan 20an
Periodisasi Sastra Angkatan 20an
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Kelas ix novel remaja
Kelas ix  novel remajaKelas ix  novel remaja
Kelas ix novel remaja
 
Portofolio mata kuliah farusa
Portofolio mata kuliah farusaPortofolio mata kuliah farusa
Portofolio mata kuliah farusa
 
PP Sej. Sastra Angkatan '70
PP Sej. Sastra Angkatan '70PP Sej. Sastra Angkatan '70
PP Sej. Sastra Angkatan '70
 
Skema Periodisasi Karya Sastra Indonesia
Skema Periodisasi Karya Sastra IndonesiaSkema Periodisasi Karya Sastra Indonesia
Skema Periodisasi Karya Sastra Indonesia
 
Pak Raden dan Buku Dongeng
Pak Raden dan Buku DongengPak Raden dan Buku Dongeng
Pak Raden dan Buku Dongeng
 
B.indo
B.indoB.indo
B.indo
 
Periodisasi Sastra Indonesia
Periodisasi Sastra IndonesiaPeriodisasi Sastra Indonesia
Periodisasi Sastra Indonesia
 
Sastra Baru Angkatan Balai Pustaka
Sastra Baru Angkatan Balai PustakaSastra Baru Angkatan Balai Pustaka
Sastra Baru Angkatan Balai Pustaka
 
Periodesasi Sastra Bahasa Indonesia kelas XII SMA
Periodesasi Sastra Bahasa Indonesia kelas XII SMAPeriodesasi Sastra Bahasa Indonesia kelas XII SMA
Periodesasi Sastra Bahasa Indonesia kelas XII SMA
 
sejarah sastra balai pustaka pend,.bahasa dan sastra Indonesia
sejarah sastra balai pustaka pend,.bahasa dan sastra Indonesiasejarah sastra balai pustaka pend,.bahasa dan sastra Indonesia
sejarah sastra balai pustaka pend,.bahasa dan sastra Indonesia
 

Similar to Assessment sastera

Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Kelompok 2 Balai pustaka
Kelompok 2 Balai pustakaKelompok 2 Balai pustaka
Kelompok 2 Balai pustakaMitha Ye Es
 
RESENSI - DIBENUA BUTA
RESENSI - DIBENUA BUTARESENSI - DIBENUA BUTA
RESENSI - DIBENUA BUTAUder Ahmad
 
PPT BAB 3 CERPEN.pptx
PPT BAB 3 CERPEN.pptxPPT BAB 3 CERPEN.pptx
PPT BAB 3 CERPEN.pptxHaniPTara
 
Mata pelajaran bahasa indonesia
Mata pelajaran bahasa indonesiaMata pelajaran bahasa indonesia
Mata pelajaran bahasa indonesianurdamayanti
 
Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel
Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novelMinggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel
Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novelShamimi Jamudin
 
Resepsi sastra film
Resepsi sastra filmResepsi sastra film
Resepsi sastra filmMarliena An
 
LETTI sastra populer dan serius.pptx
LETTI sastra populer dan serius.pptxLETTI sastra populer dan serius.pptx
LETTI sastra populer dan serius.pptxLety776059
 
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.jimoh370
 
Jurnal Fikiran Masyarakat (Volume. 4 No. 1, 2016)
Jurnal Fikiran Masyarakat (Volume. 4 No. 1, 2016)Jurnal Fikiran Masyarakat (Volume. 4 No. 1, 2016)
Jurnal Fikiran Masyarakat (Volume. 4 No. 1, 2016)Harry Ramza
 
Pengertian karya sastra
Pengertian karya sastraPengertian karya sastra
Pengertian karya sastraNanda Ananda
 
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)hutami mawdy
 
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYUArab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYUayumihanafi
 
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3Rashidi Shaari
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUMomee Rain
 
Periodisasi sastra indonesia
Periodisasi sastra indonesiaPeriodisasi sastra indonesia
Periodisasi sastra indonesiaKhoirun Nif'an
 
Sejarah sastra-indonesia-modern
Sejarah sastra-indonesia-modernSejarah sastra-indonesia-modern
Sejarah sastra-indonesia-modernKang Sianida
 
Senarai buku-buku terbitan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
Senarai buku-buku terbitan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)Senarai buku-buku terbitan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
Senarai buku-buku terbitan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)Rosmuliati Yahya
 

Similar to Assessment sastera (20)

Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Kelompok 2 Balai pustaka
Kelompok 2 Balai pustakaKelompok 2 Balai pustaka
Kelompok 2 Balai pustaka
 
RESENSI - DIBENUA BUTA
RESENSI - DIBENUA BUTARESENSI - DIBENUA BUTA
RESENSI - DIBENUA BUTA
 
PPT BAB 3 CERPEN.pptx
PPT BAB 3 CERPEN.pptxPPT BAB 3 CERPEN.pptx
PPT BAB 3 CERPEN.pptx
 
Mata pelajaran bahasa indonesia
Mata pelajaran bahasa indonesiaMata pelajaran bahasa indonesia
Mata pelajaran bahasa indonesia
 
Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel
Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novelMinggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel
Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel
 
Resepsi sastra film
Resepsi sastra filmResepsi sastra film
Resepsi sastra film
 
LETTI sastra populer dan serius.pptx
LETTI sastra populer dan serius.pptxLETTI sastra populer dan serius.pptx
LETTI sastra populer dan serius.pptx
 
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
 
Jurnal Fikiran Masyarakat (Volume. 4 No. 1, 2016)
Jurnal Fikiran Masyarakat (Volume. 4 No. 1, 2016)Jurnal Fikiran Masyarakat (Volume. 4 No. 1, 2016)
Jurnal Fikiran Masyarakat (Volume. 4 No. 1, 2016)
 
Pengertian karya sastra
Pengertian karya sastraPengertian karya sastra
Pengertian karya sastra
 
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
 
Nik safiah karim
Nik safiah karimNik safiah karim
Nik safiah karim
 
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYUArab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU
 
Slide drama melayu
Slide drama melayuSlide drama melayu
Slide drama melayu
 
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
 
Periodisasi sastra indonesia
Periodisasi sastra indonesiaPeriodisasi sastra indonesia
Periodisasi sastra indonesia
 
Sejarah sastra-indonesia-modern
Sejarah sastra-indonesia-modernSejarah sastra-indonesia-modern
Sejarah sastra-indonesia-modern
 
Senarai buku-buku terbitan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
Senarai buku-buku terbitan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)Senarai buku-buku terbitan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
Senarai buku-buku terbitan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
 

Assessment sastera

  • 1. NAMA:MUHAMMAD ADAM HARITH BIN RAMLI KELAS:4 JAZARI NO.MAKTAB:PB180290 HOMEROOM:CIKGU NORAKMA
  • 2. ISI KANDUNGAN ABSTRAK PENGHARGAAN 1. BAB 1:PENGENALAN 1.1. PENDAHULUAN -LATAR BELAKANG(APAMAKSUD NOVEL) 1.2. APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN 1.3. PENYATAANMASALAH (BAGAIMANAUTK MENARIKPELAJAR MINAT MEMBACA NOVEL) 1.4. OBJEKTIF KAJIAN 1.5. SKOP PENYELIDIKAN(8 NOVEL) 1.6. HIPOTESIS AWAL (PANDANGAN AWAL BERKAITAN8 NOVEL) 1.7. KEPENTINGAN KAJIAN 2. BAB 2 :TINJAUAN BACAAN 2.1. BIOGRAFI SETIAP PENULIS 2.2. SINOPSIS 8 NOVEL 2.3. TARIKAN SETIAP NOVEL(APAYANGMENJADI TARIKANDALAM SETIAP NOVEL- CERITA DALAM PERENGGAN BAGI SETIAP NOVEL) 3. BAB 3 :METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL 3.1. JENIS NOVEL (FIKSYEN/BUKANFIKSYEN) PRPM 3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA(RUJUKAN 8 NOVEL DARIMANA) 3.3. TEMA SETIAP NOVEL 3.4. KEUNIKAN DALAM NOVEL 3.5. PERSAMAAN YANGTERDAPAT DALAM 8 NOVEL 3.6. KETERBEZAAN ANTARA8 NOVEL 3.7. BANDINGBEZA NOVEL MALAYSIA DANNOVEL LUAR NEGARA (PENGALAMAN) 3.8. NOVEL DAN KEHIDUPAN(NILAI,PENGAJARANDALAM MASYARAKAT REALITI) 3.9. KEDUDUKANNOVEL ( PILIH NOVEL YANGPALINGDIGEMARI)
  • 3. 3.10. KESIMPULAN (BERKAITAN 8 NOVEL) 4. BAB 4 :PENUTUP 4.1. RUMUSAN KAJIAN (BAGAIMANA CARA TARIK MINAT MEMBACA) 4.2. IMPLIKASI DAN CADANGAN (TUJUAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL) 4.3. HIPOTESIS AKHIR 4.4. PENUTUP
  • 4. Abstrak: Saya sedang membuat kajian tentang novel-novel yang digunakan bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 di Malaysia.Novel yang digunakan di tingkatan 4 ialah Di Sebalik Dinara,Leftenan Adnan Wira Bangsa,Jendela Menghadap Jalan dan Pantai Kasih.Bagi tingkatan 5 pula ialah Songket Berbenang Emas,Silir Daksina dan Bimasakti Menari. Penghargaan: Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru bahasa melayu yang telah memberikan tunjuk ajar tentang cara menyiapkan tugasan ini serta panduan untuk membuat tugasan ini.Seterusnya,kepada sahabat kelas yang telah membimbing saya semasa kekeliruan dan sudah tentu juga kepada ibu bapa saya yang membantu dalam aspek capaian internet dan kemudahan menggunakan gajet. BAB 1 >PENGENALAN 1.1 Pendahuluan-Latar Belakang - Novel adalah karya fiksyen atau bukan fiksyen yang ditulis sendiri oleh seseorang pengarang novel 1.2 Novel Fiksyen dan Bukan Fiksyen - Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,fiksyen membawa maksud karya sastera yang dicipta daripada imaginasi seperti novel dan cerita pendek,cereka atau cerita yang diada-adakan.Manakala bukan fiksyen pula bermaksud karya sastera yang dicipta daripada kisah benar. 1.3 Penyataan masalah - Menyediakan sebahagian ruang di dalam kelas sebagai sudut bacaan sastera. - Menjemput penceramah luar - Melancarkan kempen membaca di sekolah 1.4 Objektif kajian - Objektif kajian bagi kerja ini adalah mengenal pasti keunikan setiap novel agar dapat menggalakan pelajar membaca novel. 1.5 Skop penyelidikan Lapan novel tingkatan empat dan lima iaitu:
  • 5. 1) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin 2) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor 3) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Bin Talib 4) Pantai Kasih karya Azmah Nordin 5) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip 6) Tiraini karya Beb Sabariah 7) Silir Daksina karya Nizar Paman 8) Bimaksati Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop 1.6 Hipotesis awal - Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri.Oleh itu,saya berpendapat bahawa minat seseorang kepada sesebuah novel terletak kepada judul dan jalan ceritanya sendiri mahupun fiksyen atau bukan fiksyen. 1.7 Kepentingan Kajian - Untuk memastikan pelajar lebih meminati untuk memahami kelapan-lapan novel ini. BAB 2>TINJAUAN BACAAN 2.1 Biografi setiap penulis TINGKATAN 4 1) Tingkatan 4 : Novel Di Sebalik Dinara Nama Kormesil : Dayang Noor Nama Sebenar : Nor Aziza binti Sulaiman Akademik ; Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT Sejarah Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru(Aliran Sains) 2) Tingkatan 4 : Jendela menghadap Jalan Nama Sebenar: ROHAINI MATDARIN Tarikh lahir: 16 Mac 1981 Tempat Lahir: Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah. Kerjaya: Berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan
  • 6. Sejarah: Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat pertama dalam Peraduan mengarang cerpen peringkat kebangsaan sempena Kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada tahun 2008 beliau memenangi Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi 3) Tingkatan 4 : Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Nama: Abdul Latip Talib Tarikh Lahir: 2 Jun 1954 Tempat Lahir: Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan Kerjaya: Penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen, rencana, drama televisyen dan novel. Sejarah: Beliau telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri Sembilan, Sayembara Menulis Novel Sarawak 2005, hadiah sayembara menulis novel sejarah Johor 2007, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 dan 2007 serta Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007. 4) Tingkatan 4 : Novel Pantai Kasih Nama: Azmah Nordin Tarikh Lahir: 10 Januari 1958. Tempat Lahir: Kulim, Kedah Akedemik: Pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris Sejarah: Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980- an, iaitu dalam penulisan rencana. Malah, Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel TINGKATAN 5 1) Tingkatan 5 : Novel songket Berbenang Emas Nama: Khairuddin Ayip
  • 7. Tarikh lahir: 25 Februari 1962 Tempat lahir: Batu Pahat, Johor Kerjaya: Bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches + (SISC +) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor. Sejarah: Beliau banyak menghasilkan buku kreatif seperti novel remaja, Cerpen dan sajak. Hasil penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif. Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga Sayembara Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku Ibuku Jua), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang), hadiah penghargaan Novel Remaja Utusan- Public Bank 1989 (bukan Untukku), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas). 2) Tingkatan 5 : Novel Tirani Nama: Beb Sabariah Tempat lahir: Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Sejarah: Aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 Dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap Di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak). 3) Tingkatan 5 : Novel Silir Daksina Nama: Nizar Parman Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor Kerjaya: Guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah. Sejarah: Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau namun amat bertuah apabila terus menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori novel remaja. 4) Tingkatan 5 : Novel Bimaksati Menari Nama: Sri Rahayu Mohd Yusop
  • 8. Kerjaya: guru bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang Sejarah: Bima Sakti Menari adalah sebuah karya novel yang unik serta menarik kerana temanya yang berbeza dari topik kebiasaan di mana ia mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar khususnya untuk menangani pencemaran cahaya. 2.2 Sinopsis Setiap Novel TINGKATAN 4 1) Di Sebalik Dinara Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. 2) Jendela menghadap jalan Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya. Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana
  • 9. mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda. 3) Leftenan Adnan Wira Bangsa Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama dengan keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. - Adnan, Ahmad dan Amarullah .Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor .Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning.Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen siapa yang menentang dianggap penderhaka Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan kawan-kawannya. Dia sangat menggemari kisah kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum tidur emaknya akan bercerita mengenai kisah-kisah pahlawan dahulu kala. Setiap pagi, Pak Saidi akan membawa Adnan ke tempat kerjanya. Tujuannya ialah untuk mengajar anaknya itu mengenai betapa susahnya untuk mencari rezeki. Pak Saidi memiliki satu hektar kebun getah dan sebidang tanah sawah tinggalan orang tuanya yang menjadi sumber pendapatan Penduduk kampung Sungai Ramal bergantung hidup kepada aktiviti pertanian . Namun, terdapat segelintir penduduk kampung yang lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang di warung kopi milik Pak Samad 4) Pantai kasih Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
  • 10. komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan. Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan. TINGKATAN 5 1) Songket Berbenang Emas Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik- adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari. 2) Tirani Tirani mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga inginmencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Lagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.
  • 11. 3) Silir Daksina Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan nmanuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk- penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberkikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari. 4) Bimaksati Menari Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
  • 12. tersebut akhirnya telah mengambil g bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. 2.3 Tarikan Setiap Novel TINGKATAN 4: 1) Di Sebalik Dinara - Novel ini menumpukan kepada karya fiksyen .Sungguh menarik dan amat digalakkan kepada pembaca yang meminati sains fiksyen. 2) Jendela Menghadap Jalan - Novel ini mempunyai plot cerita yang menarik. Menceritakan tentang perasaan ingin tahu seorang budak. 3) Leftenan Adnan Wira Bangsa - Novel ini menceritakan tentang seorang kanak-kanak bernama Adnan. Amat Disarankan kepada pembaca yang meminati kisah tanah air negara kita. 4) Pantai Kasih - Novel ini menceritakan tentang seorang doktor muda yang ingin menjadi seorang Doktor pakar bedah. Sesuai kepada pembaca yang meminati penceritaan yang penuh dugaaan dan usaha TINGKATAN 5: 1) Songket Berbenang Emas - Novel ini menceritakan tentang kehidupan seorang pelajar dalam menempuh cabaran hidupnya. 2) Tirani
  • 13. - Novel ini menceritakan tentang kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental. 3) Silir Daksina - Novel ini menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang tinggal bersama ibu dan ayah tirinya. Amat menarik kepada pembaca kerana penuh dengan misteri . 4) Bimaksati Menari - Novel ini menceritakan tentang seorang Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Amat digalakkan kerana mempunyai plot yang menarik dan pengakhiran cerita yang memuaskan. BAB 3>METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL 3.1 Jenis novel Tingkatan 4 1. Di Sebalik Dinara : FIKSYEN 2. Jendela Menghadap Jalan : FIKSYEN 3. Leftenan Adnan Wira Bangsa : FIKSYEN 4. Pantai Kasih : FIKSYEN Tingkatan 5 1. Songket Berbenang Emas : FIKSYEN 2. Tirani : FIKSYEN 3. Silir Daksina : FIKSYEN 4. Bimasakti Menari : FIKSYEN 3.2 Proses pengumpulan data - Saya telah mengkaji dan mengambil maklumat novel tingkatan 4 dan tingkatan 5 melalui buku komsas.Selain itu,saya mengambil maklumat yang lebih teliti dan gramatis bagi memantapkan lagi kajian saya melalui laman sesawang Goggle dan sebagainya. 3.3 Tema setiap novel
  • 14. TINGKATAN 4 1. Di Sebalik Dinara : Persaingan dalam Dunia Sains 2. Jendela Menghadap Jalan : Kecekalan seorang gadis dalam menempuh segala ujian dan rintangan 3. Leftenan Adnan Wira Bangsa : Keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air 4. Pantai Kasih : Ketabahan hati seorang wanita dalam dalam menempuh pelbagai rintangan TINGKATAN 5 1. Songket Berbenang Emas : Kegigihan seorang gadis dalam menempuh segala cabaran 2. Tirani : Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri 3. Silir Daksina : Pengorbanan anak muda dalam mempertahankan warisan seni kebudayaan 4. Bimasakti Menari : Kegigihan anak muda dalam melestarikan alam sekitar 3.4 Keunikan dalam novel Setiap novel mempunyai ketertarikan dan keunikan yang berbeza.Hal ini membuatkan sesebuah novel itu menjadi menarik daripada novel-novel yang lain.Selain itu,para pembaca akan merasakan apa yang ditulis oleh penulis novel yang dapat membuatkan para pembaca lebih ingin meneruskan membaca.Hal ini harus dititikberatkan kerana membaca merupakan jambtan ilmu. 3.5 Persamaan yang terdapat dalam 8 Novel - Persamaan yang dapat saya kaitkan dalam setiap novel yang saya kaji ini adalah setiap watak utama kelapan lapan novel sentiasa tidak berputus asa dalam mencapai matlamat dan impian yang diinginkan. 3.6 Keterbezaan antara 8 novel - Perbezaan yang dapat saya temui dalam setiap novel yang saya kaji ini adalah setiap watak utama kelapan-lapan novel ini mempunyai impian dan cara mencapai impian yang berlainan.Oleh itu,plot cerita dari setiap novel berbeza. 3.7 Perbezaan novel Malaysia dan luar Negara - Mengikut pengalaman saya membaca novel fiksyen dari Malaysia dan luar negara ialah logistik yang berbeza.Jika dibandingkan dengan novel Malaysia,novel Malaysia banyak mengeluarkan cerita dari pengalaman penulis atau sebagainya yang logic dan masuk akal.Tetapi novel luar negara lebih mengeluarkan novel fantasi atau imaginasi dari penulis yang membuatkan
  • 15. penulis mendapatkan idea.Hal ini turut membuatkan novel yang dari bahagian fantasi tidak logik dan tak masuk akal. 3.8 Novel dan kehidupan - Masyarakat kini perlu menerapkan nilai tidak mudah berputus asa di dalam diri masing-masing. Hal ini dapat diperlihatkan melalui pembacaan novel seperti yang telah saya kaji. Contohnya, walaupun pelbagai rintangan perlu ditempuh, mereka terus bangkit dan berusaha mencapai matlamat dan impian. 3.9 Kedudukan novel paling digemari 1. Leftenan Adnan Wira Bangsa 2. Bimasakti Menari 3. Silir Daksina 4. Di Sebalik Dinara 5. Tirani 6. Pantai Kasih 7. Songket Berbenang Emas 8. Jendela Menghadap Jalan 3.10 Kesimpulan - Kesimpulan yang dapat saya berikan adalah, setiap novel yang saya kaji di tingkatan 4 dan tingkatan 5 mempunyai plot cerita yang berbeza dan menarik.Selain itu mempunyai keunikan yang menarik yang membuatkan sesebuah novel lebih minat untuk membaca.Oleh itu, setiap novel ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. BAB 4>PENUTUP 4.1 Rumusan kajian - Cara yang sesuai untuk menarik minat membaca adalah mencari buku yang mempunyai minat yang sama.Contohnya,saya minat dalam permainan badminton.Maka saya akan mencari novel yang mempunyai minat sama dengan saya. Hal ini dapat membuatkan kita mempunyai pengalaman atau pengajaran yang dapat kita ambil dalam sesuatu novel yang kita minat. 4.2 Implikasi dan cadangan - Cadangan yang dapat saya berikan bagi penambahbaikan novel adalah untuk menambahkan unsur prihatin pada plot cerita. Hal ini secara tidak lansung dapat membuatkan pembaca ingin melakukan hal yang sama. 4.3 Hipotesis akhir Palingdigemari
  • 16. - Setiap novel mempunyai keunikan dan ketertarikan yang tersendiri. Hal ini juga disebabkan oleh penulis yang telah bertungkus lumus menyiapkan karyanya bagi mendapatkan jalan penceritaan yang paling menarik. 4.4 Penutup - Kesimpulan yang dapat saya berikan berdasarkan kerja ini adalah setiap penulis novel mempunyai minat mereka yang tersendiri. Hal ini kerana kebanyakan novel yang telah saya baca merupakan idea daripada imaginasi mereka sendiri. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca karya sastera mahupun di dalam atau luar negara.