SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SESI 2 2021/2022
AA30403
PEMBANGUNAN DAN PERUBAHAN SOSIAL
TAJUK ESEI INDIVIDU:
PERBANDINGAN ISU PEMBANGUNAN DAN PERUBAHAN SOSIAL MENGIKUT TEORI SOSIAL
YANG SESUAI.
NAMA PENSYARAH:
PROF MADYA DR. GUSNI SAAT
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO MATRIKS PROGRAM
ARMAN BIN ARNOLDUS REMA BA19110287 HA24- SEJARAH
PENGENALAN.
Berbicara tentang isu pembangunan dan perubahan sosial, secara umumnya isu memiliki
perbandingan yang tersendiri. Kedua-dua aspek berkenaan mempunyai hubungkait yang
ketara walaupun fokus utamanya berlainan namun ia tetap membawa impak yang positif.
Menurut Mohd Taib (2002) Pembangunan mempunyai pelbagai pengertian namun pada
dasarnya melibatkan konsep peningkatan daripada satu tahap ke tahap yang lebih tinggi
dalam kehidupan manusia. Selain itu,menurut Marius (1989), Pembangunan merupakan
kemajuan yang dicipta oleh sesuatu masyarakat mahupun pemimpin untuk kesejahteraan
mereka. Pembangunan juga adalah proses peralihan ke hadapan kepada keseluruhan sistem
sosial seperti peningkatan produktiviti, keseimbangan ekonomi dan sosial, pengetahuan
moden, kewujudan institusi-institusi moden dan peralihan kepada sikap yang lebih baik .
Melalui pembangunan yang berlaku, ia akan memberikan manfaat yang ketara kepada
masyarakat meliputi seluruh aspek kehidupan manusia seperti politik, sosial, ekonomi dan
keselamatan. Dengan adanya pembangunan yang terancang, ia dapat menghapuskan kadar
kemiskinan, mengurangkan kadar pengangguran dan merapatkan jurang pembangunan
bagi kawasan bandar dan luar bandar. Jelaslah, pembangunan dilihat menjadi proses yang
mampu menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial sesebuah negara.
Seterusnya, berbicara tentang perubahan sosial. Perubahan sosial menurut Soekanto
(2002) merupakan suatu perubahan atau perkembangan yang berlaku dalam kehidupan
sosial sesebuah masyarakat meliputi fungsi dan stukturnya. Perubahan yang berlaku dalam
organisasi masyarakat akan memberikan pengaruh kepada struktur masyarakat lainnya
menurut Soekanto lagi. Perubahan sosial yang berlaku boleh dilihat menerusi nilai, sikap dan
perlakuan di antara kelompok masyarakat yang wujud. Perubahan sosial yang berlaku boleh
dilihat dengan cara membandingkan keadaan yang dilakukan masyarakat dahulu dengan
masyarakat sekarang di sesuatu tempat. Perbandingan atau perbezaan tingkat laku yang
wujud inilah membuktikan perubahan sosial berlaku bagi sesebuah komuniti. Menerusi
perubahan sosial ini, fungsi dan struktur asal masyarakat tidak dilihat hanya tertumpu
kepada sebuah perkara sahaja tetapi ia mulai berkembang sesuai dengan keperluan mereka
untuk mencuba atau mengatasi sesuatu perkara daripada kebiasaan mereka sendiri. Dengan
adanya isu berkaitan pembangunan dan perubahan sosial di dalam kehidupan manusia, ia
memperlihatkan hubungkaitnya dengan teori yang tersendiri.
2.0 PERBANDINGAN ISU PEMBANGUNAN DAN ISU PERUBAHAN SOSIAL
2.1 ISU PEMBANGUNAN
Secara amnya, aspek pembangunan dan perubahan sosial mempunyai fokus yang berlainan
namun tetap memberikan impak yang baik buat masyarakat. Isu pembangunan yang boleh
diketegahkan ialah isu berkaitan alam sekitar. Dalam hal ini, isu berkaitan alam sekitar
sangat berkait rapat dengan pembangunan yang berlaku. Menurut Ibrahim (2016) menerusi
pembangunan yang pesat sebegini telah menghasilkan perubahan bukan sahaja terhadap
ruang sosioekonomi tempatan tetapi juga terhadap atmosfera, hidrosfera dan biosfera .
Setiap pembangunan yang berlaku pasti akan menimbulkan impak terhadap alam sekitar
sama ada impak positif atau negatif. Sekiranya pembangunan yang dilakukan adalah
terancang dan teratur, sudah pasti setiap isu yang timbul tidak berlaku.
Pembangunan yang pesat berlaku di sesebuah kawasan akan memberikan banyak
pengaruh ke atas alam sekitar di kawasan berkenaan. Misalnya, pembangunan yang pesat
di kawasan bandar akan mengakibatkan wujudnya kawasan litupan permukaan yang
berturap dengan bitumen simen. Kawasan ini kebiasaannya dipanggil sebagai hutan konkrit
yang menggambarkan suasana bandar yang padat dengan pembangunan seperti
pembinaan jalan raya, bangunan konkrit dan sebagainya. Kesan daripada munculnya
kawasan litupan berturap di atas permukaan muka bumi tersebut ke atas alam sekitar akan
mengakibatkan kepada kekerapan berlakunya banjir di kawasan bandar sekiranya hujan
melanda. Contohnya, kawasan yang pesat dengan pembangunan di Kuala Lumpur dan
sekitar Lembah Klang kebanyakkannya padat dengan kawasan permukaan muka bumi yang
berlitup dengan bahan binaan kontrit menyebabkan air hujan mudah bertakung sehingga
menyebabkan berlakunya banjir kilat. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh air hujan yang
turun tidak mempunyai tempat untuk menyerap ke dalam tanah disebabkan oleh
permukaan muka bumi yang bersifat kalis air lalu memaksa air hujan bertakung sehingga
terjadinya banjir kilat dalam waktu yang singkat.
Selain itu, kesan daripada banjir kilat yang berlaku berkenaan bukan sahaja
mempengaruhi alam sekitar tetapi memberikan kemudaratan kepada manusia dari segi
pelbagai aspek seperti kesihatan, keselamatan dan sebagainya. Kebiasaannya bencana
banjir boleh diramal terlebih dahulu manakala banjir kilat sukar untuk diramal kerana hujan
lebat yang turun dalam waktu singkat menyebabkan paras air banjir meningkat dengan
cepat, namun kedua-dua kategori bencana banjir ini akan memberi kesan kepada
kemusnahan (International Federal of Red Cross and Red Crescent Societies, 2016). Banjir
yang sering berlaku di kawasan yang padat dengan pembangunan akan menyebabkan
berlakunya penularan wabak penyakit. Dalam hal ini, banjir yang berlaku akan membawa
kandungan air yang tidak bersih seperti sampah-sarap, lumpur takungan najis keluar
bersama-sama limpahan air yang tercemar hingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit
berjangkit. Keadaan ini akan menjadi pendorong kepada penyebaran penyakit bawaan air
seperti demam kepialu, kolera, disentri, leptospirosis, hepatitis A dan keracunan makanan.
Ia boleh tersebar apabila individu terdedah secara langsung atau termakan dan terminum
sumber makanan yang sudah tercemar dan terdedah dengan persekitaran kotor ditambah
adanya kehadiran haiwan perosak seperti lalat, lipas dan tikus. Perkara ini jelas menjadi
masalah dan ancaman ke atas kesihatan masyarakat di kawasan bandar yang pesat dengan
pembangunan.
Seterusnya, banjir yang berlaku turut akan memberikan ancaman keselamatan
kepada masyarakat dengan kehadiran haiwan liar. Dalam konteks ini, banjir yang berlaku
boleh mengundang kehadiran haiwan liar seperti ular, biawak, buaya dan sebagainya
datang ke penempatan manusia bagi mendapatkan makanan dan perlindungan. Situasi ini
akan memberikan ancaman keselamatan kepada manusia kerana haiwan berkenaan berbisa
dan buas sehingga boleh menyebabkan kematian. Tidak hanya itu, kejadian banjir ini turut
menyebabkan kerosakan dan kemusnahan kepada harta benda awam dan orang ramai.
Kerosakkan harta benda yang sering berlaku ketika banjir kilat ialah menyebabkan
motosikal, kereta, mesin basuh, peti sejuk, perabot, televisyen, mesin jahit dan barangan
elektronik lain yang berkenaan rosak (My Metro, 10 Mac 2022). Keadaan ini akan
menyebabkan banyak pihak mengalami kerugian dari segi wang dan tenaga bagi membaiki
barang yang rosak dan membersihkannya. Oleh demikian, pembangunan yang dilakukan
tanpa perancangan yang rapi sudah pasti akan memberi impak yang tidak baik terhadap
persekitaran manusia dan alam sekitar. Dalam isu pembangunan berkaitan banjir kilat ini,
kegagalan pihak terlibat dalam menyediakan sistem perparitan dan saliran air yang efisien
menyebabkan air hujan yang turun di bandar-bandar besar yang padat dengan
pembangunan tidak dapat ditampung secara penuh oleh sistem perparitan dan saliran yang
ada sehingga mengakibatkan air hujan melimpah keluar dan berlakulah banjir dalam tempoh
masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan orang ramai tidak dapat membuat persediaan
yang rapi bagi menghadapi banjir kerana ia berlaku dengan pantas ketika hujan turun
dengan sangat lebat.
Dalam isu pembangunan ini, pemeliharaan alam sekitar juga perlu diambil kira
sebelum sesuatu agenda pembangunan dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti hidup
penduduk. Hal ini disebabkan projek yang tidak berlandaskan strategi perancangan dan
pengurusan akan mewujudkan konflik yang hanya dapat dikesan melalui impaknya terhadap
alam sekitar dan keselesaan hidup manusia. Menerusi isu alam sekitar yang muncul akibat
pembangunan yang tidak efisien ini, ia boleh dikaitkan dengan teori konflik. Menurut Collins
(1974) Kecenderungan ke arah konflik ialah satu unsur asas dalam tabii manusia dan pernah
disebut oleh Maachiavell dan Hobbes. Sosiologi melihat manusia sebagai suatu sistem
gerakkan secara berterusan dengan persekitarannya dan juga mempunyai persaingan dan
konflik antara satu sama lain. Konflik ini berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan
sesuatu yang terhad. Konflik pembangunan ini berlaku disebabkan oleh kelalaian pihak
pelaksana pembangunan yang tidak teliti dalam merancang pembangunan yang dibuat.
Mereka tidak memikirkan secara mendalam mengenai akibat yang mungkin berlaku
sekiranya melakukan sesebuah pembangunan. Sikap pelaksana pembangunan yang rakus
dan mengharapkan pulangan kekayaan yang tinggi tanpa menghiraukan kesejahteraan alam
sekitar dan masyarakat jelas memberikan impak buruk. Menurut Ritzer (1997)
Pembangunan yang tidak terancang ini mewujudkan konflik antara penduduk setempat
dengan pihak bertanggungjawab kerana isu yang timbul. Kegagalan pihak terlibat
menyediakan sistem perparitan dan saliran air yang baik menyaksikan timbul pertikaian
dalam isu pembangunan ini. Keadaan sedemikian berpotensi mencetuskan konflik. Tetapi
menurut Zul’azmi dan Zailan 2015, wujud tanggapan bahawa pembangunan atau kemajuan
tetap mempunyai risiko dan kesan negatif terhadap alam sekitar dan ianya tidak boleh
dihalang kerana kedua-duanya tetap memberi sumbangan bermakna iaitu peluang ekonomi
seperti menawarkan peluang pekerjaan, sumber kewangan dan dapat menaiktaraf
kemudahan serta sistem pengangkutan di sesuatu kawasan.
2.2 ISU PERUBAHAN SOSIAL
Pada bahagian ini, perubahan sosial merupakan proses evolusi yang mampu meningkatkan
kualiti hidup manusia daripada perlakuan asal serta mampu memberi pengaruh kepada
struktur masyarakat lainnya. Perubahan sosial yang berlaku akan memberikan tindak balas
sama ada positif mahupun sebaliknya. Setiap perubahan sosial yang berlaku mempunyai
mempunyai sebab-sebab tertentu yang mendorong perubahan berlaku sama ada secara
semula jadi atau atas keinginan masyarakat tetapi perubahan akan tetap terus berlaku.
Dalam isu berkaitan perubahan sosial ini, isu yang sering mendapat perhatian masyarakat
adalah isu berkaitan perubahan evolusi dan revolusi. Dalam hal ini, isu perubahan evolusi
dan revolusi yang berlaku pada hari ini boleh dikaitkan dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)
yang diamalkan dalam masa sekarang. Perlaksanaan Revolusi Industri 4.0 dalam kehidupan
manusia pada hari ini banyak memberikan perubahan dalam kehidupan seharian manusia.
Perkara ini menjadi pendorong kepada berlakunya perubahan sosial yang ketara dalam
kehidupan manusia hari ini. Perkembangan yang berlaku dalam Revolusi Industri 4.0 telah
mengubah setiap aktiviti yang dilakukan manusia menjadi lebih mudah dengan adanya
penggunaan teknologi.
Penggunaan teknologi pada hari ini memudahkan segala aktiviti manusia lebih-lebih
lagi dalam kegiatan ekonomi. Antara kegiatan ekonomi yang rancak dengan penggunaan
teknologi maklumat pada hari ini menerusi Revolusi Industri 4.0 adalah kegiatan
perdagangan. Kegiatan perdagangan pada hari ini tidak hanya tertumpu secara fizikal
(kedai, pasar, pusat beli-belah dan sebagainya) sahaja tetapi telah berkembang secara
meluas dengan kewujudan platform E-dagang. Menurut Abu Hassan (2021), E-dagang
merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan yang dibuat melalui media elektronik.
Pembelian dan penjualan barangan secara dalam talian kini menjadi trend pengguna
termasuk pedagang bukan saja di negara ini malah di seluruh dunia (My Metro, 11 Ogos
2020). Kemunculan platform E-dagang di internet ini memudahkan orang ramai untuk
membeli barangan tidak hanya dari kedai fizikal sahaja tetapi mereka mempunyai pilihan
yang pelbagai di kedai maya (E-dagang). Keadaan ini membantu dalam memperluaskan lagi
pasaran barangan dan membantu masyarakat membuat pilihan yang tepat dalam
mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diinginkan. Tambahan lagi, orang ramai
tidak perlu lagi untuk bersusah payah pergi ke kedai untuk mendapatkan barangan yang
mereka inginkan tetapi mereka boleh menggunakan aplikasi E-dagang seperti Food Panda,
Grab, Lalamove, Shopee dan sebagainya untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan
yang diperlukan. Melalui cara ini, orang ramai dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas
semasa hendak membeli barangan seterusnya dapat menjimatkan masa. Bukan itu sahaja,
menurut Syukri Ibrahim (2016) perniagaan secara atas talian yang sangat rancak di zaman
internet ini telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menjalankan perniagaan
secara atas talian daripada rumah mereka sendiri walaupun tidak mempunyai kedai. Banyak
cara yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa
dengan mudah melalui internet.
Perubahan yang berlaku dalam aktiviti manusia ini memperlihatkan berlakunya
perubahan sosial yang ketara dalam masyarakat daripada melakukan perdagangan secara
fizikal telah berkembang kepada perdagangan secara atas talian. Keadaan tersebut
mendorong masyarakat lebih kerap memilih mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang
diperlukan secara atas talian daripada pergi ke kedai kerana menjimatkan masa dan tenaga.
Keadaan ini menyebabkan peniaga kedai fizikal mengalami impak negatif kerana
pengurangan pelanggan ke kedai mereka disebabkan persaingan yang wujud dengan
peniaga platform digital. Seterusnya, perkara ini mendorong peniaga-peniaga di kedai fizikal
melakukan strategi untuk turut terlibat dengan perniagaan atas talian bagi mengembangkan
peluang perniagaan mereka. Menurut Lehman dan Conceicao 2014. Strategi di sini merujuk
kepada bagaimana mereka menerima maklumat-maklumat terkini melalui teknologi serta
isu-isu yang berlaku di sekeliling untuk mengembangkan sesuatu yang dilakukan. Justeru,
jelas sekali perubahan yang berlaku ini menunjukkan evolusi dan revolusi dalam kegiatan
manusia pada hari ini.
Bagi menggambarkan isu perubahan sosial ini, ia boleh dikaitkan secara langsung
dengan teori evolusi. Menurut Auguste Comte dan Herbert Spencer, teori ini berpendapat
bahwa manusia dan masyarakat termasuk kebudayaannya akan mengalami perkembangan
sesuai dengan tahap-tahap tertentu dari bentuk yang sederhana ke bentuk yang kompleks
dan akhirnya sempurna. Teori evolusi yang dijelaskan oleh Nisbet (1969), menerangkan
evolusi adalah berubah dari mudah ke kompleks, kehomogenan ke keheterogenan,
kemunduran kepada kemajuan. Oleh demikian, jelas dilihat perubahan sosial yang berlaku
menerusi perlaksanaan Revolusi Industri 4.0 telah mengembangkan lagi aktiviti manusia
menjadi lebih maju seiring dengan kemajuan teknologi. Kemajuan yang berlaku menjadikan
kegiatan manusia mengalami perubahan yang ketara. Seterusnya ia mempengaruhi kegiatan
manusia pada hari ini menjadi lebih mudah.
3.0 PENUTUP
Konklusinya, pembangunan dan perubahan sosial yang berlaku memberikan impak yang
tersendiri. Ia memberikan banyak manfaat yang baik kepada manusia. Namun, impak
negatif yang timbul akibat pembangunan dan perubahan sosial perlu dijadikan iktibar bagi
mengatasi isu yang timbul seterusnya dapat mencapai kemajuan yang diinginkan. Setiap
pembangunan yang dilaksanakan sudah pasti bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup
manusia dengan meningkatkan pendapatan, memperluas peluang pekerjaan, mendapat
taraf pendidikan yang lebih baik dan meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan dan budaya yang
ada. Seterusnya, menurut Nurizan(2011) pembangunan yang berlaku dapat memperluas
lagi pilihan individu dan masyarakat dari segi ekonomi dan sosial dengan membebaskan
mereka daripada bergantung kepada orang lain, perhambaan dan bebas daripada kuasa
yang menindas dan menekan manusia. Walaupun pembangunan yang berlaku dilihat
mengorbankan kesejahteraan alam sekitar. Diharapkan impak buruk pembangunan tersebut
dapat diatasi agar kemakmuran masyarakat dapat dijaga.
Perubahan sosial yang berlaku telah menyaksikan perkembangan dan perubahan
cara hidup manusia. Perubahan yang berlaku mendorong kegiatan manusia mejadi lebih
mudah dan cekap. Namun, setiap perubahan yang berlaku tetap akan menimbulkan
risikonya yang tersendiri. Misalnya dalam isu perubahan sosial melibatkan perdagangan
yang dilakukan secara atas talian. Antara risiko yang terpaksa dihadapi pelanggan dan
peniaga ialah wujudnya penipuan dalam transaksi perniagaan, barangan yang dijual tidak
berkualiti dan sebagainya. Oleh demikian, masalah yang timbul dalam isu ini diharapkan
dapat diatasi dan pihak terlibat perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Menerusi
pengamalan perniagaan dan pembelian secara atas talian, ia dilihat jelas sekali memberi
kemudahan kepada kehidupan manusia pada hari ini tanpa perlu bersusah payah beratur di
kedai dan memandu ke kedai yang dituju. Sebaliknya, manusia pada hari ini boleh
menjimatkan masa dan tenaga mereka dengan kemudahan yang ada ini. Keadaan ini jelas
memperlihatkan berlakunya perubahan sosial dalam kehidupan manusia pada hari ini.
RUJUKAN
Asan Ali Golam Hassan. 2008. Falsafah Pembangunan dan Masalah Demo-Sosioekonomi
Semasa. Pembangunan Wilayah dan Alam Sekitar: Cabaran Dalam Merealisasikan
Rancangan Malaysia Kesembilan. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Choy EA, Awal NAM, Shamsudin MF. 2015. Kesedaran awam terhadap pemeliharaan dan
pemuliharaan alam semula jadi: Kes Taman Wetland, Putrajaya. Malaysian Journal of
Society and Space 11(8), 13-26.
Collins, R. 1974. Reassessments of sociological history: The empirical validity of the conflict
tradition. Theory and Society, 1(2), 147-178.
Ibrahim MH, Zulkifli MR, Ismail MIM, Isa NK, Adnan M. 2016. Kesan pembandaran terhadap
taburan suhu di Malaysia: Kajian kes di Rawang, Selangor. Malaysian Journal of Society and
Space 12(5), 83-93.
Jamaluddin MJ. 1999. Striking a balance between environment and development: Is
Malaysia prepared to manage the environment to face challenges in the next millennium.
Bangi: University Kebangsaan Malaysia.
Lehman, R.M. & Conceicao Simone, C.O. 2014. Motivating and Retaining Online Students,
Research Based Strategies that Work. San Francisco: Jossey-Bass A Wiley Brand.
Marius, J. A. 1989. “Peranan Pers Pancasila dalam Pembangunan.” Skripsi Sarjana Teologia.
Maumere: Sekolah Tinggi Filsafat Katolik Ledalero.
Mohd Taib Osman. 2002. Penilaian Semua Peranan Kebudayaan Dalam Pembangunan.
Falsafah dan Peradaban Pembangunan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim. 2009. Perubahan Sosial dan
Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun. Jurnal Hadhari Bil. 1.
45-76. Bangi: Universiti Malaysia Kebangsaan.
Nisbet, R. A. 1969. Social change and history: Aspects of the western theory of development
(Vol. 313). New York: Oxford University Press.
Nurizan Yahya. 2011. Pembangunan dan Pembangunan Milenium. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Ritzer. 1997. “Post Modern Social Theory”. New York: Posy
Rohana Yusuf. 2010. Asas sains sosial dari perspektif sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Soekanto, S. 2002. Sosiologi Suatu Pengantar. Edisi terbaru. Jakarta: Raja Grafindo.
Zul’azmi Yaakob dan Zailan Moris. 2015. Pandangan Alam (Worldview) Dalam dunia Saintifik
Dari Sudut Pandang Masyarakat. Dlm. Haliza Abdul Rahman, Rapeah Suppian dan
Norsuhana Abdul Hamid (Pnyt.). Parit Raja: Universiti Tun Hussein Onn.

More Related Content

Similar to pembangunan sosial

01 asep yudi-permana.edited.
01 asep yudi-permana.edited.01 asep yudi-permana.edited.
01 asep yudi-permana.edited.Indriati Dewi
 
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)kumpulan7
 
Sustainable Development (Pembangunan Berkelanjutan)
Sustainable Development (Pembangunan Berkelanjutan)Sustainable Development (Pembangunan Berkelanjutan)
Sustainable Development (Pembangunan Berkelanjutan)Vivian Andhika
 
perubahan sosial kd 2
perubahan sosial kd 2perubahan sosial kd 2
perubahan sosial kd 2sman1wanayasa
 
Perubahan sosial, kel 6, agb b
Perubahan sosial, kel 6, agb bPerubahan sosial, kel 6, agb b
Perubahan sosial, kel 6, agb bhelenapakpahan
 
Pembangunan Berwawasan Lingkungan (Tugas Pengetahuan Lingkungan)
Pembangunan Berwawasan Lingkungan (Tugas Pengetahuan Lingkungan)Pembangunan Berwawasan Lingkungan (Tugas Pengetahuan Lingkungan)
Pembangunan Berwawasan Lingkungan (Tugas Pengetahuan Lingkungan)Nurul Afdal Haris
 
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Septian Muna Barakati
 
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Operator Warnet Vast Raha
 
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Warnet Raha
 
Tugas Sosio X 1 Kel 6 sman 49
Tugas Sosio X 1 Kel 6 sman 49Tugas Sosio X 1 Kel 6 sman 49
Tugas Sosio X 1 Kel 6 sman 49Abdul Rachim
 
Perubahan sosial (Sosiologi).ppt
Perubahan sosial (Sosiologi).pptPerubahan sosial (Sosiologi).ppt
Perubahan sosial (Sosiologi).pptssuser194c7f
 
PPT PEMBANGUNAN BERKELANJUTAN _ ANGEL IKE SUNARTI 21102013 IP.pptx
PPT PEMBANGUNAN BERKELANJUTAN _ ANGEL IKE SUNARTI 21102013 IP.pptxPPT PEMBANGUNAN BERKELANJUTAN _ ANGEL IKE SUNARTI 21102013 IP.pptx
PPT PEMBANGUNAN BERKELANJUTAN _ ANGEL IKE SUNARTI 21102013 IP.pptxAngelIkeSunarti
 

Similar to pembangunan sosial (20)

Oumh1603
Oumh1603Oumh1603
Oumh1603
 
01 asep yudi-permana.edited.
01 asep yudi-permana.edited.01 asep yudi-permana.edited.
01 asep yudi-permana.edited.
 
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Sustainable Development (Pembangunan Berkelanjutan)
Sustainable Development (Pembangunan Berkelanjutan)Sustainable Development (Pembangunan Berkelanjutan)
Sustainable Development (Pembangunan Berkelanjutan)
 
perubahan sosial kd 2
perubahan sosial kd 2perubahan sosial kd 2
perubahan sosial kd 2
 
Perubahan sosial, kel 6, agb b
Perubahan sosial, kel 6, agb bPerubahan sosial, kel 6, agb b
Perubahan sosial, kel 6, agb b
 
Kapital sosial dan kemiskinan
Kapital sosial dan kemiskinanKapital sosial dan kemiskinan
Kapital sosial dan kemiskinan
 
Dampak perubahan sosial
Dampak perubahan sosialDampak perubahan sosial
Dampak perubahan sosial
 
Pembangunan Berwawasan Lingkungan (Tugas Pengetahuan Lingkungan)
Pembangunan Berwawasan Lingkungan (Tugas Pengetahuan Lingkungan)Pembangunan Berwawasan Lingkungan (Tugas Pengetahuan Lingkungan)
Pembangunan Berwawasan Lingkungan (Tugas Pengetahuan Lingkungan)
 
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
 
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
 
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
Makalah pengaruh industri terhadap perubahan sosial pada masyarakat pinggiran...
 
Makalah perubahan sosial di ambon
Makalah perubahan sosial di  ambonMakalah perubahan sosial di  ambon
Makalah perubahan sosial di ambon
 
Tugas Sosio X 1 Kel 6 sman 49
Tugas Sosio X 1 Kel 6 sman 49Tugas Sosio X 1 Kel 6 sman 49
Tugas Sosio X 1 Kel 6 sman 49
 
Perubahan sosial (Sosiologi).ppt
Perubahan sosial (Sosiologi).pptPerubahan sosial (Sosiologi).ppt
Perubahan sosial (Sosiologi).ppt
 
Makalah perubahan sosial di ambon
Makalah perubahan sosial di  ambonMakalah perubahan sosial di  ambon
Makalah perubahan sosial di ambon
 
PPT PEMBANGUNAN BERKELANJUTAN _ ANGEL IKE SUNARTI 21102013 IP.pptx
PPT PEMBANGUNAN BERKELANJUTAN _ ANGEL IKE SUNARTI 21102013 IP.pptxPPT PEMBANGUNAN BERKELANJUTAN _ ANGEL IKE SUNARTI 21102013 IP.pptx
PPT PEMBANGUNAN BERKELANJUTAN _ ANGEL IKE SUNARTI 21102013 IP.pptx
 
BAB III IPS 8
BAB III IPS 8BAB III IPS 8
BAB III IPS 8
 
Modernisasi
ModernisasiModernisasi
Modernisasi
 

Recently uploaded

PEMANTAUAN HEMODINAMIK.dalam keperawatan pptx
PEMANTAUAN HEMODINAMIK.dalam keperawatan pptxPEMANTAUAN HEMODINAMIK.dalam keperawatan pptx
PEMANTAUAN HEMODINAMIK.dalam keperawatan pptxZullaiqahNurhali2
 
PPT ANALISIS KEUANGAN PEMERINTAH (1).pptx
PPT ANALISIS KEUANGAN PEMERINTAH  (1).pptxPPT ANALISIS KEUANGAN PEMERINTAH  (1).pptx
PPT ANALISIS KEUANGAN PEMERINTAH (1).pptxfajar710984
 
Persyaratan Adminduk - Disdukcapil Kab. Kebumen
Persyaratan Adminduk - Disdukcapil Kab. KebumenPersyaratan Adminduk - Disdukcapil Kab. Kebumen
Persyaratan Adminduk - Disdukcapil Kab. KebumenPemdes Wonoyoso
 
Menganalisis T Test dengan menggunakan SPSS
Menganalisis T Test dengan menggunakan SPSSMenganalisis T Test dengan menggunakan SPSS
Menganalisis T Test dengan menggunakan SPSStakasli
 
TUGAS TELAAH jurnal dengan COHORT-1.docx
TUGAS TELAAH jurnal dengan COHORT-1.docxTUGAS TELAAH jurnal dengan COHORT-1.docx
TUGAS TELAAH jurnal dengan COHORT-1.docxZullaiqahNurhali2
 
Aksi Nyata Mencegah Kekerasan Seksual.pptx
Aksi Nyata Mencegah Kekerasan Seksual.pptxAksi Nyata Mencegah Kekerasan Seksual.pptx
Aksi Nyata Mencegah Kekerasan Seksual.pptxmeirahayu651
 
Jual Cytotec Di Majalengka Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Jual Cytotec Di Majalengka Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan KonsultasiJual Cytotec Di Majalengka Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Jual Cytotec Di Majalengka Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasissupi412
 
Digital Onboarding (Bisnis Digital) Fase F
Digital Onboarding (Bisnis Digital) Fase FDigital Onboarding (Bisnis Digital) Fase F
Digital Onboarding (Bisnis Digital) Fase FSMKTarunaJaya
 
Teknis-Audit-Internal untuk penerapan ISO 17025
Teknis-Audit-Internal untuk penerapan ISO 17025Teknis-Audit-Internal untuk penerapan ISO 17025
Teknis-Audit-Internal untuk penerapan ISO 17025Firman Muttaqin
 
PPT SEMINAR PROPOSAL KLASIFIKASI CNN.pptx
PPT SEMINAR PROPOSAL KLASIFIKASI CNN.pptxPPT SEMINAR PROPOSAL KLASIFIKASI CNN.pptx
PPT SEMINAR PROPOSAL KLASIFIKASI CNN.pptxrisyadmaulana1
 
contoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjana
contoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjanacontoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjana
contoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjanaNhasrul
 
Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...
Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...
Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...buktifisikskp23
 
Katalog-Kurikulum-Non-Pendas-UT-2023-2024_SC-23-MEI-2023-revisi-171023_compre...
Katalog-Kurikulum-Non-Pendas-UT-2023-2024_SC-23-MEI-2023-revisi-171023_compre...Katalog-Kurikulum-Non-Pendas-UT-2023-2024_SC-23-MEI-2023-revisi-171023_compre...
Katalog-Kurikulum-Non-Pendas-UT-2023-2024_SC-23-MEI-2023-revisi-171023_compre...HelmiatulHasanah
 
384986085-Bahaya-Narkoba-Bagi-Kesehatan-Jiwa-Remaja.ppt
384986085-Bahaya-Narkoba-Bagi-Kesehatan-Jiwa-Remaja.ppt384986085-Bahaya-Narkoba-Bagi-Kesehatan-Jiwa-Remaja.ppt
384986085-Bahaya-Narkoba-Bagi-Kesehatan-Jiwa-Remaja.pptsarassasha
 
KELOMPOK 6- DINAMIKA DAN TANTANGAN PANCASILA SEBAGAI IDEOLOGI.pdf
KELOMPOK 6- DINAMIKA DAN TANTANGAN PANCASILA SEBAGAI IDEOLOGI.pdfKELOMPOK 6- DINAMIKA DAN TANTANGAN PANCASILA SEBAGAI IDEOLOGI.pdf
KELOMPOK 6- DINAMIKA DAN TANTANGAN PANCASILA SEBAGAI IDEOLOGI.pdfInnesKana26
 

Recently uploaded (20)

PEMANTAUAN HEMODINAMIK.dalam keperawatan pptx
PEMANTAUAN HEMODINAMIK.dalam keperawatan pptxPEMANTAUAN HEMODINAMIK.dalam keperawatan pptx
PEMANTAUAN HEMODINAMIK.dalam keperawatan pptx
 
PPT ANALISIS KEUANGAN PEMERINTAH (1).pptx
PPT ANALISIS KEUANGAN PEMERINTAH  (1).pptxPPT ANALISIS KEUANGAN PEMERINTAH  (1).pptx
PPT ANALISIS KEUANGAN PEMERINTAH (1).pptx
 
Persyaratan Adminduk - Disdukcapil Kab. Kebumen
Persyaratan Adminduk - Disdukcapil Kab. KebumenPersyaratan Adminduk - Disdukcapil Kab. Kebumen
Persyaratan Adminduk - Disdukcapil Kab. Kebumen
 
Menganalisis T Test dengan menggunakan SPSS
Menganalisis T Test dengan menggunakan SPSSMenganalisis T Test dengan menggunakan SPSS
Menganalisis T Test dengan menggunakan SPSS
 
TUGAS TELAAH jurnal dengan COHORT-1.docx
TUGAS TELAAH jurnal dengan COHORT-1.docxTUGAS TELAAH jurnal dengan COHORT-1.docx
TUGAS TELAAH jurnal dengan COHORT-1.docx
 
Aksi Nyata Mencegah Kekerasan Seksual.pptx
Aksi Nyata Mencegah Kekerasan Seksual.pptxAksi Nyata Mencegah Kekerasan Seksual.pptx
Aksi Nyata Mencegah Kekerasan Seksual.pptx
 
Jual Cytotec Di Majalengka Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Jual Cytotec Di Majalengka Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan KonsultasiJual Cytotec Di Majalengka Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
Jual Cytotec Di Majalengka Ori👗082322223014👗Pusat Peluntur Kandungan Konsultasi
 
Jual Pil Penggugur Kandungan 085225524732 Obat Aborsi Cytotec Asli
Jual Pil Penggugur Kandungan 085225524732 Obat Aborsi Cytotec AsliJual Pil Penggugur Kandungan 085225524732 Obat Aborsi Cytotec Asli
Jual Pil Penggugur Kandungan 085225524732 Obat Aborsi Cytotec Asli
 
Digital Onboarding (Bisnis Digital) Fase F
Digital Onboarding (Bisnis Digital) Fase FDigital Onboarding (Bisnis Digital) Fase F
Digital Onboarding (Bisnis Digital) Fase F
 
apotek jual obat aborsi Bogor Wa 082223109953 obat aborsi Cytotec Di Bogor
apotek jual obat aborsi Bogor Wa 082223109953 obat aborsi Cytotec Di Bogorapotek jual obat aborsi Bogor Wa 082223109953 obat aborsi Cytotec Di Bogor
apotek jual obat aborsi Bogor Wa 082223109953 obat aborsi Cytotec Di Bogor
 
Obat Aborsi Bandung ( Ampuh ) 082223109953 Jual Cytotec Asli Obat Telat Bulan...
Obat Aborsi Bandung ( Ampuh ) 082223109953 Jual Cytotec Asli Obat Telat Bulan...Obat Aborsi Bandung ( Ampuh ) 082223109953 Jual Cytotec Asli Obat Telat Bulan...
Obat Aborsi Bandung ( Ampuh ) 082223109953 Jual Cytotec Asli Obat Telat Bulan...
 
Teknis-Audit-Internal untuk penerapan ISO 17025
Teknis-Audit-Internal untuk penerapan ISO 17025Teknis-Audit-Internal untuk penerapan ISO 17025
Teknis-Audit-Internal untuk penerapan ISO 17025
 
PPT SEMINAR PROPOSAL KLASIFIKASI CNN.pptx
PPT SEMINAR PROPOSAL KLASIFIKASI CNN.pptxPPT SEMINAR PROPOSAL KLASIFIKASI CNN.pptx
PPT SEMINAR PROPOSAL KLASIFIKASI CNN.pptx
 
Jual Obat Aborsi Tasikmalaya ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik J...
Jual Obat Aborsi Tasikmalaya ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik J...Jual Obat Aborsi Tasikmalaya ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik J...
Jual Obat Aborsi Tasikmalaya ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik J...
 
contoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjana
contoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjanacontoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjana
contoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjana
 
Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...
Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...
Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...
 
Katalog-Kurikulum-Non-Pendas-UT-2023-2024_SC-23-MEI-2023-revisi-171023_compre...
Katalog-Kurikulum-Non-Pendas-UT-2023-2024_SC-23-MEI-2023-revisi-171023_compre...Katalog-Kurikulum-Non-Pendas-UT-2023-2024_SC-23-MEI-2023-revisi-171023_compre...
Katalog-Kurikulum-Non-Pendas-UT-2023-2024_SC-23-MEI-2023-revisi-171023_compre...
 
384986085-Bahaya-Narkoba-Bagi-Kesehatan-Jiwa-Remaja.ppt
384986085-Bahaya-Narkoba-Bagi-Kesehatan-Jiwa-Remaja.ppt384986085-Bahaya-Narkoba-Bagi-Kesehatan-Jiwa-Remaja.ppt
384986085-Bahaya-Narkoba-Bagi-Kesehatan-Jiwa-Remaja.ppt
 
Jual Obat Aborsi Samarinda ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik Jua...
Jual Obat Aborsi Samarinda ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik Jua...Jual Obat Aborsi Samarinda ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik Jua...
Jual Obat Aborsi Samarinda ( Asli Ampuh No.1 ) 082223109953 Tempat Klinik Jua...
 
KELOMPOK 6- DINAMIKA DAN TANTANGAN PANCASILA SEBAGAI IDEOLOGI.pdf
KELOMPOK 6- DINAMIKA DAN TANTANGAN PANCASILA SEBAGAI IDEOLOGI.pdfKELOMPOK 6- DINAMIKA DAN TANTANGAN PANCASILA SEBAGAI IDEOLOGI.pdf
KELOMPOK 6- DINAMIKA DAN TANTANGAN PANCASILA SEBAGAI IDEOLOGI.pdf
 

pembangunan sosial

  • 1. FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SESI 2 2021/2022 AA30403 PEMBANGUNAN DAN PERUBAHAN SOSIAL TAJUK ESEI INDIVIDU: PERBANDINGAN ISU PEMBANGUNAN DAN PERUBAHAN SOSIAL MENGIKUT TEORI SOSIAL YANG SESUAI. NAMA PENSYARAH: PROF MADYA DR. GUSNI SAAT DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO MATRIKS PROGRAM ARMAN BIN ARNOLDUS REMA BA19110287 HA24- SEJARAH
  • 2. PENGENALAN. Berbicara tentang isu pembangunan dan perubahan sosial, secara umumnya isu memiliki perbandingan yang tersendiri. Kedua-dua aspek berkenaan mempunyai hubungkait yang ketara walaupun fokus utamanya berlainan namun ia tetap membawa impak yang positif. Menurut Mohd Taib (2002) Pembangunan mempunyai pelbagai pengertian namun pada dasarnya melibatkan konsep peningkatan daripada satu tahap ke tahap yang lebih tinggi dalam kehidupan manusia. Selain itu,menurut Marius (1989), Pembangunan merupakan kemajuan yang dicipta oleh sesuatu masyarakat mahupun pemimpin untuk kesejahteraan mereka. Pembangunan juga adalah proses peralihan ke hadapan kepada keseluruhan sistem sosial seperti peningkatan produktiviti, keseimbangan ekonomi dan sosial, pengetahuan moden, kewujudan institusi-institusi moden dan peralihan kepada sikap yang lebih baik . Melalui pembangunan yang berlaku, ia akan memberikan manfaat yang ketara kepada masyarakat meliputi seluruh aspek kehidupan manusia seperti politik, sosial, ekonomi dan keselamatan. Dengan adanya pembangunan yang terancang, ia dapat menghapuskan kadar kemiskinan, mengurangkan kadar pengangguran dan merapatkan jurang pembangunan bagi kawasan bandar dan luar bandar. Jelaslah, pembangunan dilihat menjadi proses yang mampu menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial sesebuah negara. Seterusnya, berbicara tentang perubahan sosial. Perubahan sosial menurut Soekanto (2002) merupakan suatu perubahan atau perkembangan yang berlaku dalam kehidupan sosial sesebuah masyarakat meliputi fungsi dan stukturnya. Perubahan yang berlaku dalam organisasi masyarakat akan memberikan pengaruh kepada struktur masyarakat lainnya menurut Soekanto lagi. Perubahan sosial yang berlaku boleh dilihat menerusi nilai, sikap dan perlakuan di antara kelompok masyarakat yang wujud. Perubahan sosial yang berlaku boleh dilihat dengan cara membandingkan keadaan yang dilakukan masyarakat dahulu dengan masyarakat sekarang di sesuatu tempat. Perbandingan atau perbezaan tingkat laku yang wujud inilah membuktikan perubahan sosial berlaku bagi sesebuah komuniti. Menerusi perubahan sosial ini, fungsi dan struktur asal masyarakat tidak dilihat hanya tertumpu kepada sebuah perkara sahaja tetapi ia mulai berkembang sesuai dengan keperluan mereka untuk mencuba atau mengatasi sesuatu perkara daripada kebiasaan mereka sendiri. Dengan adanya isu berkaitan pembangunan dan perubahan sosial di dalam kehidupan manusia, ia memperlihatkan hubungkaitnya dengan teori yang tersendiri.
  • 3. 2.0 PERBANDINGAN ISU PEMBANGUNAN DAN ISU PERUBAHAN SOSIAL 2.1 ISU PEMBANGUNAN Secara amnya, aspek pembangunan dan perubahan sosial mempunyai fokus yang berlainan namun tetap memberikan impak yang baik buat masyarakat. Isu pembangunan yang boleh diketegahkan ialah isu berkaitan alam sekitar. Dalam hal ini, isu berkaitan alam sekitar sangat berkait rapat dengan pembangunan yang berlaku. Menurut Ibrahim (2016) menerusi pembangunan yang pesat sebegini telah menghasilkan perubahan bukan sahaja terhadap ruang sosioekonomi tempatan tetapi juga terhadap atmosfera, hidrosfera dan biosfera . Setiap pembangunan yang berlaku pasti akan menimbulkan impak terhadap alam sekitar sama ada impak positif atau negatif. Sekiranya pembangunan yang dilakukan adalah terancang dan teratur, sudah pasti setiap isu yang timbul tidak berlaku. Pembangunan yang pesat berlaku di sesebuah kawasan akan memberikan banyak pengaruh ke atas alam sekitar di kawasan berkenaan. Misalnya, pembangunan yang pesat di kawasan bandar akan mengakibatkan wujudnya kawasan litupan permukaan yang berturap dengan bitumen simen. Kawasan ini kebiasaannya dipanggil sebagai hutan konkrit yang menggambarkan suasana bandar yang padat dengan pembangunan seperti pembinaan jalan raya, bangunan konkrit dan sebagainya. Kesan daripada munculnya kawasan litupan berturap di atas permukaan muka bumi tersebut ke atas alam sekitar akan mengakibatkan kepada kekerapan berlakunya banjir di kawasan bandar sekiranya hujan melanda. Contohnya, kawasan yang pesat dengan pembangunan di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang kebanyakkannya padat dengan kawasan permukaan muka bumi yang berlitup dengan bahan binaan kontrit menyebabkan air hujan mudah bertakung sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh air hujan yang turun tidak mempunyai tempat untuk menyerap ke dalam tanah disebabkan oleh permukaan muka bumi yang bersifat kalis air lalu memaksa air hujan bertakung sehingga terjadinya banjir kilat dalam waktu yang singkat. Selain itu, kesan daripada banjir kilat yang berlaku berkenaan bukan sahaja mempengaruhi alam sekitar tetapi memberikan kemudaratan kepada manusia dari segi pelbagai aspek seperti kesihatan, keselamatan dan sebagainya. Kebiasaannya bencana banjir boleh diramal terlebih dahulu manakala banjir kilat sukar untuk diramal kerana hujan lebat yang turun dalam waktu singkat menyebabkan paras air banjir meningkat dengan cepat, namun kedua-dua kategori bencana banjir ini akan memberi kesan kepada kemusnahan (International Federal of Red Cross and Red Crescent Societies, 2016). Banjir
  • 4. yang sering berlaku di kawasan yang padat dengan pembangunan akan menyebabkan berlakunya penularan wabak penyakit. Dalam hal ini, banjir yang berlaku akan membawa kandungan air yang tidak bersih seperti sampah-sarap, lumpur takungan najis keluar bersama-sama limpahan air yang tercemar hingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit. Keadaan ini akan menjadi pendorong kepada penyebaran penyakit bawaan air seperti demam kepialu, kolera, disentri, leptospirosis, hepatitis A dan keracunan makanan. Ia boleh tersebar apabila individu terdedah secara langsung atau termakan dan terminum sumber makanan yang sudah tercemar dan terdedah dengan persekitaran kotor ditambah adanya kehadiran haiwan perosak seperti lalat, lipas dan tikus. Perkara ini jelas menjadi masalah dan ancaman ke atas kesihatan masyarakat di kawasan bandar yang pesat dengan pembangunan. Seterusnya, banjir yang berlaku turut akan memberikan ancaman keselamatan kepada masyarakat dengan kehadiran haiwan liar. Dalam konteks ini, banjir yang berlaku boleh mengundang kehadiran haiwan liar seperti ular, biawak, buaya dan sebagainya datang ke penempatan manusia bagi mendapatkan makanan dan perlindungan. Situasi ini akan memberikan ancaman keselamatan kepada manusia kerana haiwan berkenaan berbisa dan buas sehingga boleh menyebabkan kematian. Tidak hanya itu, kejadian banjir ini turut menyebabkan kerosakan dan kemusnahan kepada harta benda awam dan orang ramai. Kerosakkan harta benda yang sering berlaku ketika banjir kilat ialah menyebabkan motosikal, kereta, mesin basuh, peti sejuk, perabot, televisyen, mesin jahit dan barangan elektronik lain yang berkenaan rosak (My Metro, 10 Mac 2022). Keadaan ini akan menyebabkan banyak pihak mengalami kerugian dari segi wang dan tenaga bagi membaiki barang yang rosak dan membersihkannya. Oleh demikian, pembangunan yang dilakukan tanpa perancangan yang rapi sudah pasti akan memberi impak yang tidak baik terhadap persekitaran manusia dan alam sekitar. Dalam isu pembangunan berkaitan banjir kilat ini, kegagalan pihak terlibat dalam menyediakan sistem perparitan dan saliran air yang efisien menyebabkan air hujan yang turun di bandar-bandar besar yang padat dengan pembangunan tidak dapat ditampung secara penuh oleh sistem perparitan dan saliran yang ada sehingga mengakibatkan air hujan melimpah keluar dan berlakulah banjir dalam tempoh masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan orang ramai tidak dapat membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi banjir kerana ia berlaku dengan pantas ketika hujan turun dengan sangat lebat.
  • 5. Dalam isu pembangunan ini, pemeliharaan alam sekitar juga perlu diambil kira sebelum sesuatu agenda pembangunan dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk. Hal ini disebabkan projek yang tidak berlandaskan strategi perancangan dan pengurusan akan mewujudkan konflik yang hanya dapat dikesan melalui impaknya terhadap alam sekitar dan keselesaan hidup manusia. Menerusi isu alam sekitar yang muncul akibat pembangunan yang tidak efisien ini, ia boleh dikaitkan dengan teori konflik. Menurut Collins (1974) Kecenderungan ke arah konflik ialah satu unsur asas dalam tabii manusia dan pernah disebut oleh Maachiavell dan Hobbes. Sosiologi melihat manusia sebagai suatu sistem gerakkan secara berterusan dengan persekitarannya dan juga mempunyai persaingan dan konflik antara satu sama lain. Konflik ini berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan sesuatu yang terhad. Konflik pembangunan ini berlaku disebabkan oleh kelalaian pihak pelaksana pembangunan yang tidak teliti dalam merancang pembangunan yang dibuat. Mereka tidak memikirkan secara mendalam mengenai akibat yang mungkin berlaku sekiranya melakukan sesebuah pembangunan. Sikap pelaksana pembangunan yang rakus dan mengharapkan pulangan kekayaan yang tinggi tanpa menghiraukan kesejahteraan alam sekitar dan masyarakat jelas memberikan impak buruk. Menurut Ritzer (1997) Pembangunan yang tidak terancang ini mewujudkan konflik antara penduduk setempat dengan pihak bertanggungjawab kerana isu yang timbul. Kegagalan pihak terlibat menyediakan sistem perparitan dan saliran air yang baik menyaksikan timbul pertikaian dalam isu pembangunan ini. Keadaan sedemikian berpotensi mencetuskan konflik. Tetapi menurut Zul’azmi dan Zailan 2015, wujud tanggapan bahawa pembangunan atau kemajuan tetap mempunyai risiko dan kesan negatif terhadap alam sekitar dan ianya tidak boleh dihalang kerana kedua-duanya tetap memberi sumbangan bermakna iaitu peluang ekonomi seperti menawarkan peluang pekerjaan, sumber kewangan dan dapat menaiktaraf kemudahan serta sistem pengangkutan di sesuatu kawasan. 2.2 ISU PERUBAHAN SOSIAL Pada bahagian ini, perubahan sosial merupakan proses evolusi yang mampu meningkatkan kualiti hidup manusia daripada perlakuan asal serta mampu memberi pengaruh kepada struktur masyarakat lainnya. Perubahan sosial yang berlaku akan memberikan tindak balas sama ada positif mahupun sebaliknya. Setiap perubahan sosial yang berlaku mempunyai mempunyai sebab-sebab tertentu yang mendorong perubahan berlaku sama ada secara semula jadi atau atas keinginan masyarakat tetapi perubahan akan tetap terus berlaku.
  • 6. Dalam isu berkaitan perubahan sosial ini, isu yang sering mendapat perhatian masyarakat adalah isu berkaitan perubahan evolusi dan revolusi. Dalam hal ini, isu perubahan evolusi dan revolusi yang berlaku pada hari ini boleh dikaitkan dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang diamalkan dalam masa sekarang. Perlaksanaan Revolusi Industri 4.0 dalam kehidupan manusia pada hari ini banyak memberikan perubahan dalam kehidupan seharian manusia. Perkara ini menjadi pendorong kepada berlakunya perubahan sosial yang ketara dalam kehidupan manusia hari ini. Perkembangan yang berlaku dalam Revolusi Industri 4.0 telah mengubah setiap aktiviti yang dilakukan manusia menjadi lebih mudah dengan adanya penggunaan teknologi. Penggunaan teknologi pada hari ini memudahkan segala aktiviti manusia lebih-lebih lagi dalam kegiatan ekonomi. Antara kegiatan ekonomi yang rancak dengan penggunaan teknologi maklumat pada hari ini menerusi Revolusi Industri 4.0 adalah kegiatan perdagangan. Kegiatan perdagangan pada hari ini tidak hanya tertumpu secara fizikal (kedai, pasar, pusat beli-belah dan sebagainya) sahaja tetapi telah berkembang secara meluas dengan kewujudan platform E-dagang. Menurut Abu Hassan (2021), E-dagang merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan yang dibuat melalui media elektronik. Pembelian dan penjualan barangan secara dalam talian kini menjadi trend pengguna termasuk pedagang bukan saja di negara ini malah di seluruh dunia (My Metro, 11 Ogos 2020). Kemunculan platform E-dagang di internet ini memudahkan orang ramai untuk membeli barangan tidak hanya dari kedai fizikal sahaja tetapi mereka mempunyai pilihan yang pelbagai di kedai maya (E-dagang). Keadaan ini membantu dalam memperluaskan lagi pasaran barangan dan membantu masyarakat membuat pilihan yang tepat dalam mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diinginkan. Tambahan lagi, orang ramai tidak perlu lagi untuk bersusah payah pergi ke kedai untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan tetapi mereka boleh menggunakan aplikasi E-dagang seperti Food Panda, Grab, Lalamove, Shopee dan sebagainya untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Melalui cara ini, orang ramai dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa hendak membeli barangan seterusnya dapat menjimatkan masa. Bukan itu sahaja, menurut Syukri Ibrahim (2016) perniagaan secara atas talian yang sangat rancak di zaman internet ini telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menjalankan perniagaan secara atas talian daripada rumah mereka sendiri walaupun tidak mempunyai kedai. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan mudah melalui internet.
  • 7. Perubahan yang berlaku dalam aktiviti manusia ini memperlihatkan berlakunya perubahan sosial yang ketara dalam masyarakat daripada melakukan perdagangan secara fizikal telah berkembang kepada perdagangan secara atas talian. Keadaan tersebut mendorong masyarakat lebih kerap memilih mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan secara atas talian daripada pergi ke kedai kerana menjimatkan masa dan tenaga. Keadaan ini menyebabkan peniaga kedai fizikal mengalami impak negatif kerana pengurangan pelanggan ke kedai mereka disebabkan persaingan yang wujud dengan peniaga platform digital. Seterusnya, perkara ini mendorong peniaga-peniaga di kedai fizikal melakukan strategi untuk turut terlibat dengan perniagaan atas talian bagi mengembangkan peluang perniagaan mereka. Menurut Lehman dan Conceicao 2014. Strategi di sini merujuk kepada bagaimana mereka menerima maklumat-maklumat terkini melalui teknologi serta isu-isu yang berlaku di sekeliling untuk mengembangkan sesuatu yang dilakukan. Justeru, jelas sekali perubahan yang berlaku ini menunjukkan evolusi dan revolusi dalam kegiatan manusia pada hari ini. Bagi menggambarkan isu perubahan sosial ini, ia boleh dikaitkan secara langsung dengan teori evolusi. Menurut Auguste Comte dan Herbert Spencer, teori ini berpendapat bahwa manusia dan masyarakat termasuk kebudayaannya akan mengalami perkembangan sesuai dengan tahap-tahap tertentu dari bentuk yang sederhana ke bentuk yang kompleks dan akhirnya sempurna. Teori evolusi yang dijelaskan oleh Nisbet (1969), menerangkan evolusi adalah berubah dari mudah ke kompleks, kehomogenan ke keheterogenan, kemunduran kepada kemajuan. Oleh demikian, jelas dilihat perubahan sosial yang berlaku menerusi perlaksanaan Revolusi Industri 4.0 telah mengembangkan lagi aktiviti manusia menjadi lebih maju seiring dengan kemajuan teknologi. Kemajuan yang berlaku menjadikan kegiatan manusia mengalami perubahan yang ketara. Seterusnya ia mempengaruhi kegiatan manusia pada hari ini menjadi lebih mudah. 3.0 PENUTUP Konklusinya, pembangunan dan perubahan sosial yang berlaku memberikan impak yang tersendiri. Ia memberikan banyak manfaat yang baik kepada manusia. Namun, impak negatif yang timbul akibat pembangunan dan perubahan sosial perlu dijadikan iktibar bagi mengatasi isu yang timbul seterusnya dapat mencapai kemajuan yang diinginkan. Setiap pembangunan yang dilaksanakan sudah pasti bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup manusia dengan meningkatkan pendapatan, memperluas peluang pekerjaan, mendapat
  • 8. taraf pendidikan yang lebih baik dan meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan dan budaya yang ada. Seterusnya, menurut Nurizan(2011) pembangunan yang berlaku dapat memperluas lagi pilihan individu dan masyarakat dari segi ekonomi dan sosial dengan membebaskan mereka daripada bergantung kepada orang lain, perhambaan dan bebas daripada kuasa yang menindas dan menekan manusia. Walaupun pembangunan yang berlaku dilihat mengorbankan kesejahteraan alam sekitar. Diharapkan impak buruk pembangunan tersebut dapat diatasi agar kemakmuran masyarakat dapat dijaga. Perubahan sosial yang berlaku telah menyaksikan perkembangan dan perubahan cara hidup manusia. Perubahan yang berlaku mendorong kegiatan manusia mejadi lebih mudah dan cekap. Namun, setiap perubahan yang berlaku tetap akan menimbulkan risikonya yang tersendiri. Misalnya dalam isu perubahan sosial melibatkan perdagangan yang dilakukan secara atas talian. Antara risiko yang terpaksa dihadapi pelanggan dan peniaga ialah wujudnya penipuan dalam transaksi perniagaan, barangan yang dijual tidak berkualiti dan sebagainya. Oleh demikian, masalah yang timbul dalam isu ini diharapkan dapat diatasi dan pihak terlibat perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Menerusi pengamalan perniagaan dan pembelian secara atas talian, ia dilihat jelas sekali memberi kemudahan kepada kehidupan manusia pada hari ini tanpa perlu bersusah payah beratur di kedai dan memandu ke kedai yang dituju. Sebaliknya, manusia pada hari ini boleh menjimatkan masa dan tenaga mereka dengan kemudahan yang ada ini. Keadaan ini jelas memperlihatkan berlakunya perubahan sosial dalam kehidupan manusia pada hari ini.
  • 9. RUJUKAN Asan Ali Golam Hassan. 2008. Falsafah Pembangunan dan Masalah Demo-Sosioekonomi Semasa. Pembangunan Wilayah dan Alam Sekitar: Cabaran Dalam Merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Choy EA, Awal NAM, Shamsudin MF. 2015. Kesedaran awam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi: Kes Taman Wetland, Putrajaya. Malaysian Journal of Society and Space 11(8), 13-26. Collins, R. 1974. Reassessments of sociological history: The empirical validity of the conflict tradition. Theory and Society, 1(2), 147-178. Ibrahim MH, Zulkifli MR, Ismail MIM, Isa NK, Adnan M. 2016. Kesan pembandaran terhadap taburan suhu di Malaysia: Kajian kes di Rawang, Selangor. Malaysian Journal of Society and Space 12(5), 83-93. Jamaluddin MJ. 1999. Striking a balance between environment and development: Is Malaysia prepared to manage the environment to face challenges in the next millennium. Bangi: University Kebangsaan Malaysia. Lehman, R.M. & Conceicao Simone, C.O. 2014. Motivating and Retaining Online Students, Research Based Strategies that Work. San Francisco: Jossey-Bass A Wiley Brand. Marius, J. A. 1989. “Peranan Pers Pancasila dalam Pembangunan.” Skripsi Sarjana Teologia. Maumere: Sekolah Tinggi Filsafat Katolik Ledalero. Mohd Taib Osman. 2002. Penilaian Semua Peranan Kebudayaan Dalam Pembangunan. Falsafah dan Peradaban Pembangunan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamad Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim. 2009. Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun. Jurnal Hadhari Bil. 1. 45-76. Bangi: Universiti Malaysia Kebangsaan. Nisbet, R. A. 1969. Social change and history: Aspects of the western theory of development (Vol. 313). New York: Oxford University Press. Nurizan Yahya. 2011. Pembangunan dan Pembangunan Milenium. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Ritzer. 1997. “Post Modern Social Theory”. New York: Posy Rohana Yusuf. 2010. Asas sains sosial dari perspektif sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Soekanto, S. 2002. Sosiologi Suatu Pengantar. Edisi terbaru. Jakarta: Raja Grafindo. Zul’azmi Yaakob dan Zailan Moris. 2015. Pandangan Alam (Worldview) Dalam dunia Saintifik Dari Sudut Pandang Masyarakat. Dlm. Haliza Abdul Rahman, Rapeah Suppian dan Norsuhana Abdul Hamid (Pnyt.). Parit Raja: Universiti Tun Hussein Onn.