2. • John F. Kennedy, Presiden ke-35 Amerika
Syarikat(lahir di Brooklyn, Massachusetts,
A.S., 29 Mei 1917
• Pembunuhan John F. Kennedy terjadi pada
hari Jumaat, 22 November 1963
di Dallas, Texas pada pukul 12:30 tengah
hari (18:30 UTC). Kennedy mati ditembak di
kepala dan di lehernya semasa di dalam kereta
bersama isterinya Jacqueline Bouvier
Kennedy.
3.
4. RANGKAP 1
SEGALA daun dan angin yang menyapa menoleh hanya
Bersama kain- kain yang berkibar di tengah- tengah tiang
Kerana mereka tidak bergetar oleh berita- berita besar
Atas kehendak yang telah berlaku dan manusia segala terpaku.
5. MAKSUD
- Disebabkan pembunuhan selalu berlaku maka
kematian seorang lagi manusia tidak lagi
menjadi perkara besar meskipun seseorang itu
adalah Presiden sesebuah negara.
6. RANGKAP 2
Telah mereka saksikan sejak pertama cair merah tumpah
Putera Adam membunuh- terbunuh dalam pertarungan menang-
kalah
Dan kematian demi kematian dinyayikan di mana- mana
Dan dilanjutkan sehingga segala tanah jadi pusara.
7. MAKSUD
• Kematian juga telah berlaku ketika generasi
anak Nabi Adam itu sendiri dan banyak
kematian berlaku sehingga majoriti daripada
tanah telah menjadi kubur.
8. RANGKAP 3
Berapa titiskah air mata untuk seorang yang pergi
Sebelum keranda bertolak untuk nanti ditambah lagi
Dibandingkan dengan hebatnya air terjun Niagara
Air mata putera- putera tercinta dan gadis- gadis menunggu
di muka jendela
Bersama kerutan pahit para ibu yang pernah menyusui
Mendengar berita kematian ngeri dari daerah peperangan?
9.
10. MAKSUD
• Apakah erti air mata bagi kematian seorang
sahaja dibandingkan dengan air mata yang
dititiskan disebabkan kematian pemuda- pemuda
yang memperjuangkan tanah air ketika
peperangan?
• Apakah yang hendak dibandingkan dengan
kematian seorang berbanding penantian gadis-
gadis menanti kepulangan kekasih hati dari
medan perang dan penderitaan ibu mendengar
khabar kematian anak ketika peperangan?
11. RANGKAP 4
Jika kita menyesali kematian seseorang
Dan hati tidak berdenyut untuk kematian yang lain
Maka kemanusiaan tidak wujud di mahkota kebenaran
Sebab bukanlah kemanusian bila ia ada perbatasan.
12. MAKSUD
• Jika kita sedih dengan kematian seseorang dan
tidak menghiraukan lagi kematian selepas itu
maka bibit kemanusian sudah lupus dalam diri
kerana sifat kemanusiaan tidak memerlukan
batasan agama, bangsa, warna kulit dan lain-
lain.
13. RANGKAP 5
Dan sekarang tiap kota menangis dan mengucap kata
Kerana sewajarnya kemanusiaan itu berdenyut dan terasa
Tapi tidak seorang pun akan menangis untuk pembunuhan
yang bakal tiba
Atau akan berkata: mari kita padamkan segala api sengketa
14. MAKSUD
• Ketika kematian tersebut, semua orang akan
menagis kesedihan kerana kemanusiaan masih
hidup dalam diri tetapi tiada orang yang akan
menangis untuk kematian yang akan datang
atau menamatkan sengketa antara satu sama
lain
15. RANGKAP 6
Siapa yang merasa dan kehilangan kesayanganya, menangislah
Dunia telah didandankan; kehidupan adalah kematian yang
berdarah.
16. MAKSUD
• Sesiapa yang telah kehilangan orang yang
tersayang maka menangislah kerana dunia
sebenarnya telah dijadikan sebagai boneka
dan kehidupan itu akan diakhiri dengan
kematian akibat sengketa yang tidak pernah
padam.
17. Tema
Kemanusiaan yang semakin pudar dalam diri
manusia sehingga sanggup bunuh-membunuh
tanpa mengira kepentingan nyawa seseorang
18. Persoalan
• Sikap manusia yang tidak mengambil tahu
perkara yang berlaku disekelilingnya.
• Nasib anak-anak, isteri dan ibu yang kehilangan
bapa, suami dan anak-anak akibat terkorban
dalam peperangan
• Manusia yang tidak dapat merasai kesedihan atas
kematian para pejuang.
• Sifat kemanusiaan yang wujud dapat mencipta
keamanan serta keharmonian dalam masyarakat.
19. Amanat
• Ingin menyampaikan kepada masyarakat
tentang nilai kemanusiaan yang makin pudar
dalam diri seseorang
• Pengarang ingin menyedarkan tentang
kepayahan seseorang yang kehilangan ahli
keluarga akibat peperangan
20. Sikap Dan Perasaan
• Pengarang ingin menyampaikan perasaan
kecewa kerana pembunuhan yang berlaku secara
berleluasa.
• Pengarang ingin menyampaikan tentang perasaan
sedih kerana terdapat ahli keluarga yang terpaksa
kehilangan orang yang tersayang akibat
peperangan.
• Pengarang berasa terkilan dengan orang yang
memilih kemanusiaan/ kemanusiaan dibatasi
oleh agama, warna kulit dan lain- lain
21. Bentuk Puisi
Bentuk
Enam rangkap
R1, R2, R4, R5 – Quatrain
R3 – Sextet
R6 – Distikhon
Rima
1-bebas (a,b,c,d)
2-berpasang (a,a,b,b)
3- berpecah (a,a,b,c)
4-berpasang (a,a,b,b)
5,6 –rata (a,a,a,a)
22. Unsur Bunyi
• Asonasi
R1 Bersama kain-kain yang berkibar di tengah-
tengah tiang
R1 kerana mereka tidak bergetar oleh berita- berita
besar
R3 bersama kerutan pahit para ibu yang pernah
menyusui
R3 mendengar berita kematian ngeri dari daerah
peperangan?
23. • Aliterasi
R1 kerana mereka tidak bergetar oleh berita-
berita besar
R6 dunia telah didandankan; kehidupan adalah
kematian yang berdarah
R2 Dan kematian demi kematian dinyanyikan di
mana- mana
24. Gaya Bahasa
• Anafora
R2 dan kematian demi kematian dinyanyikan di
mana-mana
dan dilanjutkan sehingga segala tanah jadi
pusara
• Responsi
R4 Jika kita menyesali kematian atas seorang
dan hati tidak berdenyut untuk kematian yang
lain
• Repitisi
R2 dan kematian demi kematian dinyanyikan di
mana-mana
25. • Inversi
R2 Telah mereka saksikan sejak pertama cair
merah tumpah
• Simbolik
- ‘cair merah tumpah’ – darah pejuang dan
mereka yang terkorban sewaktu peperangan
- ‘air terjun Niagara’ – betapa sedihnya ahli
keluarga yang kehilangan orang tersayang
sehingga air mata mereka dibandingkan
dengan air terjun Niagara yang teramat deras
arusnya
Dasar luar amerika
Peristiwa yg ada menilai palestin peristiwa psl kemanusiaan
Kenapa pilih kemanusiaan???
Ikon yg menjayakan misi kemanusiaan tnpa perbatasan