SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
1.0PENGENALAN
Ini adalah rumusan ilmiah hasil daripada pembacaan serta kesimpulan yang diperoleh hasil daripada pembacaan 3 artikel/ jurnal dalam tugasan yang diberikan. Kami memilih konstruk pengurusan kendiri (self-management) yang merupakan satu aspek dalam kompentensi kecerdasan emosi. Dalam penulisan ini, kami akan menjelaskan kelima-lima perkara yang terdapat dalam topik pengurusan diri yang terdiri daripada kawalan emosi kendiri (Self-control), kebolehpercayaan (Trustworthiness), mempunyai kesedaran (Conscientiousness), kebolehsuaian (Adaptability) dan berinovasi (Innovation).
Terlebih dahulu, apabila kita membincangkan berkaitan pengurusan kendiri (Self-management) yang merupakan satu sub topic yang terdapat dalam ilmu kompentasi kecerdasan emosi di bawah Personal-competence atau kompentasi peribadi yang juga meliputi self-awareness dan juga motivation. Namun, kami telah memilih untuk menumpukan perbincangan dalam aspek yang berkaitan pengurusan diri       (Self- management).
Pengurusan kendiri seringkali kita melihat oelbagai takrifan yang diberikan oleh pakar-pakar motivasi dan tokoh ilmu serta orang ramai. Berdasakan (Creer, 1976), beliau mendefiniskan pengurusan diri adalah untuk mengambil bahagian apabila seseorang itu melibatkan diri dalam perubahan kea rah kebaikan. Manakala mengikut (Aldeson, Starr, Gow & Moreland, 1999), apabila seseorang melibatkan diri dalam sebahagian jenis yang berkaitan pendidikan seperti kumpulan pembelajaran antara disiplin kea rah kecerdasan, pendekatan individu dalam kes teori pengurusan. Kita juga boleh melihat makna yang diberikan oleh tokoh lain seperti (Nagalagawa- Kogan, garber, Jarret, Egan & Headershot, 1998), (Redman, 2004) dan lain-lain.
Secara konseptualnya, pengurusan kendiri boleh ditakrifkan sebagai penglibatan dalam pembelajaran atau kea rah hasil yang spesifik; persediaan seseorang untuk menguruskan keadaaan kesihatan mereka serta latihan diri yang spesifik dan juga mempunyau kemahiran dan kemampuan untuk menguruskan kesan fizikal dan emosi. Berdaskan artikel dan jurnal “Self-management: a background paper” oleh Patrick McGowan, “Self-management as a substitute for leadership: a social learning theory perspective” oleh Charles C. Manz dan Henry P.Sims, JR. serta jurnal “Beyond Self-Mangement: Antecedents and Consequences of team empowerment” oleh Bradley L. Kirkman dan Benson Rosen, kami telah merumuskan dengan mendapat input serta mengolah maklumat yang terdapat dalam artikel dan jurnal berikut dengan menginteprasikan dalam bentuk penulisan ilmiah.
2.0KAWALAN KENDIRI (Self-Control)
Kawalan kendiri merupakan kemampuan seseorang untuk mengendalikan emosi, perilaku dan keinginan serta cekap menguruskan masa depannya. Bukan semua orang pandai dan terlatih dalam mengurus diri terutamanya dalam aspek mengawal diri dalam semua jenis situasi. Dalam psikologi, kadang kala disebut sebagai perantaun diri. Menyerahkan kawalan diri melalui fungsi eksekutif dalam membuat keputusan dijangka menghabiskan sumber daya dalam keegoan. Banyak hal yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk menggunakan kawalan diri. Dalam kerja berkumpulan (rumusan sumber: “Beyond Self-Mangement: Antecedents and Consequences of team empowerment” oleh Bradley L. Kirkman dan Benson Rosen) kawalan diri amat penting untuk dipratikkan. Dimana apabila kita mengamalkan pengurusan diri yang baik dalam kerja berkumpulan, segalanya akan berjalan dengan sistematik dan empowerment kumpulan akan berlaku. Berdasakan autoriti tersebut, dengan mengamalkan pengurusan diri yang baik akan memberi kesan yang baik kepada kekuatan sesuatu kumpulan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Kawalan kendiri (Self-Control) secara langsungnya berkaitan dengan tekanan yang kita hadapi merangkumi tekanan bagus, tekanan buruk dan tiada tekanan. Tekanan bagus iaitu bila kita berada di sebuah persekitaran yang kompetitif tetapi tidak merugikan diri anda sebaliknya kita akan ingin menjadi seperti orang di sekeliling. Kita akan secara zahirnya termotivasi dan mendapat kawalan diri yang baik. Setersunya, tekanan buruk iaitu apabila kita berada di atmosfera yang buruk dan tiada persaingan, kita akan menjadi tertekan serta tidak termotivasi dengan keadaan sekeliling dan ini akan menyebabkan kita hilang kawalan diri. Manakala tiada tekanan adalah dimana situasinya berlaku apabila kita berasa bebas dan tiada persaingan, kita akan melakukan apa yang kita rasakan dan berasa selesa atas keadaan berikut.
Seperti mana yang kita ketahui, pengurusan diri merupakan proses serta hasil atau pendapatan. Semua ini juga bergantung pada sejauh mana kawalan diri yang dipratikkan, adakalnya ianya secaran relevan ataupun tidak. Dalam proses ini, ianya tertumpu kepada jenis latihan seperti pengurusan diri, pembelajaran, persiapan pengurusan diri yang ini begitu dipengaruhi oleh kawalan diri kita sepanjang menjalani latihan pada diri mereka. (rumusan sumber: “Self-management: a background paper” oleh Patrick McGowan).
Dalam beberapa contoh pengurusan diri berpenlajaran ditakrifkan sama seperti kesuburan dalam pendidikan, seperti yang ditakrifkan oleh (Cleement, 1995) yang tidak bersetuju dengan istilah pengurusan diri pembelajaran menekankan keperluan kepada seseorang yang menghidap diabetes bagi mengawal penyakit itu dari hari ke hari. Sememangnya aspek kawalan diri amat penting dalam menenetukan tindakan pengawalan ke atas diri sendiri. Apabila pengawalan diri itu berkesan serta bersandar pada cara dan kaedah yang betul, sesuatu penyakit boleh dihindari atau diubati. Oleh kerana itu, peraturan sendiri juga mewujudkan konsep kemahuan. Peraturan diri juga adalah fungsi eksekutif psikologi termasuklah masalah personaliti antisosial dan juga gangguan makanan untuk menguruskan penyakit kencing manis mereka.
Natijahnya, kawalan diri banyak mempengaruhi dalam aspek pengurusan diri yang merangkumi keadaan persekitaran, kerja berkumpulan, pengurusan kesihatan dan sebagainya. Sememangnya kawalan diri ini perlu diterap dan diajar kepada anak-anak sejak kecil lagi untuk memudahkan pengurusan diri mereka kelak yang melibatkan pengurusan dalam beberapa aspek utama.
3.0KEBOLEHPERCAYAAN (Trustworthiness) / AMANAH
Sifat boleh dipercayai merupakan satu nilai yang moral dan dianggap suatu kebajikan. Seseorang yang boleh dipercayai adalah seseorang di mana anda boleh meletakkan kepercayaan anda dan yakinlah bahawa kepercayaan tidak akan dikhianati. Seseorang boleh membuktikan kepercayaan mereka dengan memenuhi tanggungjawab yang ditugaskan dan sebagai perluasan dari itu. Tanggaungjawab boleh diadaptasi sebagai bahan, perilaku atau sebagainya. Secara umum, kepercayaan dapat diperoleh dan nilai integriti perlu dibuktikan dari masa ke masa.
Apabila kita membincangkan dari aspek kepimpinan (sumber rumusan: “Self-management as a substitute for leadership: a social learning theory perspective” oleh Charles C. Manz dan Henry P.Sims, JR) dan juga kerja berkumpulan (rumusan sumber: “Beyond Self-Mangement: Antecedents and Consequences of team empowerment” oleh Bradley L. Kirkman dan Benson Rosen) ianya amat penting dan perlu dimanfaatkan serta dipratik oleh setiap manusia khususnya yang bergelar pemimpin. Seseorang pemimpin itu akan disanjungi dan berkaliber jika ianya seorang yang boleh dipercayai dan mendapat kepercayaan daripada masyarakat setempat. Tidak kiralah dia boleh menyimpan rahsia mahupun menjaga amanah yang telah diberikan dengan baik. Sifat itu adalah satu sifat yang perlu dimiliki oleh setiap masyarakat yang berfubgsi sebagai satu unit bagi menyiapkan setiap keperluan kearah yang baik. Tidak kirahlah siapakah kita, petani mahupun insan yang mempunyai pangkat dan darjat yang tinggi, namun di sisi Allah semuanya adalah sama, apa yang penting untuk membuktikan sesuatu kebenaran adalah sikap boleh dipercayai ini.
Dalam pengurusan diri ini, seseorang itu perlu untuk menguruskan diri sebaik mungkin dan mempunyai sifat amanah iaitu perlu jujur dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab sehingga ianya betul-betul boleh dipercayai dalam semua aspek dunia mahupun akhirat. Aspek ini juga boleh didefinisikan juga seseorang yang amanah dan bertanggungjawab. Sesuatu individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya bertindak secara etika dan menigkut peraturan, dalam konstruk pengurusan diri ini, sikap ini adalah penting untuk menjana diri ke arah kesejahteraan hidup. Apabila dalam kerja berkumpulan mahupun menajdi seorang pemimpin, sikap beretika ini perlu dipratikkan tidak kirahla di mana kita berada. Ini bukannya menjadikan kita terlalu skema dengan peraturan, tetapi kesedaran ke arah itu perlu dipupuk untuk menjadikan suasana hidup kita aman, tenteram dan sempurna. Dalam menguruskan diri dari segi kesihatan juga perlulah bertindak mengikut peraturan atau beretika. Contohnya, pesakit Diabetes yang ingin mengawal keadaan penyakit tersebut, mereka harus mengikut peraturan dari segi pemngambilan ubat atau cara pemakanan dan gaya hidup. Jikalau tidak ada etika dan tidak mahu mengikut peraturan, usaha ke arah pencegahan itu tidak akan berjaya, Inilah yang merupakan satu aspek penting yang perlu ada dalam pengurusan diri. (Sumber rumusan: Jurnal yang bertajuk “Self-management: a background paper” oleh Patrick McGowan).
4.0MEMPUNYAI KESEDARAN (Conscientiousness) / BERSUNGGUH-SUNGGUH
Nilai mempunyai kesedaraan yang tinggi ialah satu ciri personaliti dimana seorang individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan,atau satu kualiti yang wujud dalam diri seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya.
Ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat sekelilingnya. Bentuk kesedaran kita wujud melalui tindak balas impuls kita. Kesedaran kita berdasarkan cara kita mengawalnya,mengurusnya dan cara kita bertindak berdasarkan impuls yang diterima.
Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja keras untuk sesuatu ,menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya, berdisiplin , bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur (organized) .
Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan selalu berkerja keras (workaholics) dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut sebagai “Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior”.Tambahan pula, individu yang tinggi dalam nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang tidak ingin mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada persekitaran (less adventurous).
Golongan yang kurang mempunyai kesedaran (unconscienctiousness) lazimnya akan di kritik kerana tidak mempunyai cita-cita, kurang di percayai, dan tidak beramanah.Tetapi, golongan ini tidak akan di copkan sebagai orang yang membosankan. Menurut satu kajian yang di lakukan,dikatakan bahawa kesedaran kita terletak pada bahagian lateral belakang otak kita dan di katakan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan kubah (dome-shaped) ,manakala orang yang mempunyai kesedaran yang kurang mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan bujur (oval shaped).
Selain mempunyai kesedaran, sikap bersungguh-sungguh atau ketekunan dalam melakukan sebarang pekerjaan adalah penting bagi mencapai motif dan objektif tersebut. Apabila kita bersungguh-sungguh dalam mengendalikan kerja berkumpulan, sudah pasti hasilnya kita akan perolehi disamping kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan. Sebagi pemimpin juga, kita perlu bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu keputusan dalam membentuk keadaan yang sistematik dan juga sempurna atas kepimpinan dan juga keputusan yang dilakukan. Membuat keputusan merupakan satu cabaran kerana ia mungkin akan menimbulkan kesan yang baik atau buruk, malah mungkin menimbulkan perkara yang tidak terlintas langsung di fikiran. Kematangan dan kebijaksanaan seseorang boleh dilihat daripada cara dia membuat keputusan. Terdapat keputusan yang boleh dibuat dengan serta-merta dan ada pula yang mengambil masa untuk difikirkan terlebih dahulu. Keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa adakalanya tidak membawa faedah, malah lebih teruk jika menimbulkan pelbagai perkara buruk. Maka, kita haruslah memahirkan diri terlebih dahulu dengan cara-cara membuat keputusan yang betul.
Beberapa langkah yang dicadangkan untuk membuat keputusan yang tepat, pertama tenangkan fikiran apabila di dalam kebuntuan untuk membuat keputusan, elakkan rasa tertekan dan yakinkan diri anda bahawa anda dapat membuat keputusan yang terbaik. Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Sebaliknya, cuba duduk, tarik nafas panjang ataupun ambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan. Kedua, kenal pasti masalah sebenar Setelah fikiran tenang, fikirkan semula perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat samada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesan-kesannya. Jika ianya pertama kali, fikirkan perkara itu dengan teliti.
Ketiga, kenal pasti pilihan. Fikirkan semua pilihan-pilihan yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat. Untuk membuat keputusan yang amat penting dan besar, sebaiknya sediakan kertas untuk mencatat pilihan-pilihan yang ada.
Keempat, kaji baik buruk pilihan. Setiap pilihan yang ada mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri sendiri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti kesan yang akan timbul. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu yang diambil. Kelima, buat pilihan terbaik setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik iaitu yang paling banyak positifnya daripada negatif. Pastikan keputusan yang dipilih benar-benar mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan. Tabahkan diri dan percaya bahawa keputusan itulah yang terbaik.
Keenam, tegas dengan keputusan  dan yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah, sebaliknya tegaslah dengan keputusan yang anda. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa, malah lebih yakin dengan diri sendiri. Ketujuh, nilai semulaApabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, cuba lihat kembali kesan-kesan yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan-kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang. Kehidupan kita tidak pernah lari daripada menghadapi pilihan-pilihan serta masalah yang mana ianya amat penting untuk menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi kehidupan mendatang. Membuat keputusan memerlukan ketajaman fikiran dan keyakinan. Pengalaman juga dapat membantu kita membuat keputusan terbaik. Jika ianya amat sukar, dapatkanlah buah fikiran orang lain seperti ibubapa, rakan-rakan, guru, ataupun khidmat kaunseling.
Semua langka-langkah ini boleh diambil untuk menghasilkan satu keadaan kerja berkumpulan yang berkuasa disamping melahirkan para pemimpin yang begitu komitmen dan pandai menguruskan ahli kumpulan serta diri sendiri dengan sifat kesungguhan yang ada pada diri. (Sumber rumusan: “Self-management as a substitute for leadership: a social learning theory perspective” oleh Charles C. Manz dan Henry P.Sims, JR. dan jurnal “Beyond Self-Mangement: Antecedents and Consequences of team empowerment” oleh Bradley L. Kirkman dan Benson Rosen).
5.0PENYESUAIAN DIRI (Adaptability)
Ciri yang keempat yang dikelaskan di bawah pengurusan diri ialah penyesuaian diri. Penyesuaian di sini bermaksud penyesuaian individu kepada keadaan di sekelilingnya. Setiap individu yang lahir harus menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran bagi membolehkan dia mengikuti kehidupan yang normal berdasarkan norma-norma setempat. Orang yang bijak menyesuaikan diri dalam kelompok yang baru didekatinya adalah orang yang akan sentiasa dipandang tinggi atas keramahan dan pergaulan yang mesra dengan individu di persekitaran. Menurut penjelasan dalam Oxford Pocket Dictionary, perkataan adapt membawa maksud penyesuaian, pengubahsuian dan perubahan yang dilakukan untuk mempengaruhi diri dengan sesuatu yang baru berlandaskan keadaan persekitaran. Perubahan yang dilakukan hendaklah bersyarat iaitu berdasarkan persekitaran dan suasana sekeliling.
Menurut Razali Ismail, bekas pengarah Bahagian Pendidikan Guru mengatakan bahawa konteks penyesuaian diri bermaksud sikap individu yang fleksibel ataupun boleh ubah sewaktu menghadapi sebarang masalah dan halangan yang mendatang. Kebolehan ini kata beliau amat diperlukan oleh seorang guru yang ingin mencebur diri dalam bidang pendidikan kerana dengan pelbagai masalah yang timbul dari pelbagai aspek, sudah tentunya sukar untuk ditangani. Namun sebagai seorang guru yang tugasnya mendidik dan mengajar anak bangsa. Mereka harus mempunyai pemikiran yang fleksibel dan berkeupayaan boleh lentur pemikirannya bagi mengadaptasi persekitaran tanpa sebarang masalah.
Sebagai contohnya seorang guru yang sedang menjalani latihan  pengajaran di kawasan yang mempunyai sumber pembelajaran yang terhad, maka seorang guru itu seharusnya berusaha memikirkan cara penyelesaian yang lain bagi menghadapi masalah tersebut. Mungkin dengan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar semulajadi adalah lebih baik dan berkesan bagi mempengaruhi minda pelajar mempelajari sesuatu subjek itu. Selain itu sumber bahan pengajaran dari bahan-bahan semulajadi adalah lebih berkesan dan dekat di hati seandainya pelajar yang menjadi klien adalah dari golongan kaum bumiputera pedalaman.
Menurut Vipin Mittal Jind Haryana dalam satu sesi pembentangannya. Konteks penyesuaian diri bermaksud seseorang berpotensi untuk berubah secara beransur-ansur namun berjaya mempengaruhi individu lain dengan lebih cepat dari dia beransur mengadaptasikan dirinya dengan persekitaran. Ini bermaksud seseorang individu itu akan mempelajari suasana sekelilingnya dengan perlahan-lahan namun setelah dia berjaya menyesuaikan diri, akhirnya dia dapat mengubah pemikiran dan ideologi orang di sekelilingnya berdasarkan apa yang mereka amalkan seharian.
Sebagai contohnya kehidupan seorang guru di pedalaman tentunya sukar kerana budaya yang sememangnya berbeza dengan budaya yang dipraktikkan oleh guru berkenaan. Namun dengan pemikiran yang fleksibel serta dapat mengadaptasikan diri dan pemikirannya dengan suasana sekeliling dengan perlahan-lahan, mungkin si guru berkenaan dapat mengubah cara hidup dan pemikiran kelompok muda yang didiknya sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P). Oleh demikian pemikiran yang bersifat penyesuaian ataupun adaptability merupakan suatu pemikiran yang amat diperlukan oleh seorang guru dan setiap individu.
Selain itu, menurut Vipin Mittal Jind Haryana. Pemikiran penyesuaian diri juga berkehendakkan si pemikir untuk mengubah cara persikapan mereka seandainya mereka mempunyai suasana yang kelihatan cukup berbeza dengan norma dan perjalanan hidup mereka. Ini kerana seandainya suasana sekeliling tidak mengizinkan budaya baru diterjemahkan dalam kehidupan mereka, maka kita seharusnya berusaha untuk mengubah hidup mereka dengan berpandukan kepada cara hidup mereka sewaktu ini.
Sebagai contohnya seandainya seorang guru itu ingin mengubah cara hidup dan pemikiran kliennya iaitu si pelajar, maka si guru harus melihat sesuatu perkara itu dari kaca mata mereka. Cuba untuk mengubah kehidupan mereka berdasarkan apa yang mereka praktikkan sekarang. Seandainya seorang guru itu ingi mengajar pelajar adab sewaktu makan makanan, kita tidak boleh terus mengubah tabiat pemakanannya sekaligus. Mungkin kita boleh menggunakan cara halus contohnya mengekalkan menu makanan mereka walaupun ianya tidak halal namun kita berusaha mengajar mereka cara duduk yang betul sewaktu makan. Itu sudah cukup bagi mengubah diri mereka. Jangan sesekali mengubah dan cara paksaan ke atas apa-apa budaya yang telah diamalkan oleh mereka selama ini.
6.0INOVASI (Innovation)
Ciri kelima yang dikelaskan di bawah pengurusan diri ialah inovasi (innovation). Inovasi menurut kamus Dewan Edisi Keempat terbitan tahun 2007, perkataan inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan ataupun kaedah yang terbaru. Manakala bagi pentaksiran dari kamus bahasa inggeris iaitu Oxford Pocket Dictionary bagi perkataan innovation pula bermaksud membawa sesuatu yang baru. Maka dapatlah dirumuskan bahawa inovasi ataupun innovation dalam bahasa inggerisnya membawa maksud secara umumnya sebagai mencipta ataupun memperkenalkan sesuatu yang baru dalam aspek kehidupan. Aspek yang dimaksudkan adalah terlampau meluas dan mencakupi pelbagai cabang keilmuan.
Menurut Vipin Mittal Jind Haryana dalam sesi pembentangannya menyatakan bahawa innovation bermaksud kesiapsiagaan seorang individu untuk berfikiran di luar kotak dan seterusnya mencipta dan memperkenalkan sesuatu idea baru demi mengubah sesuatu matlamat. Pemikiran ini bermaksud seorang individu itu haruslah berfkiran kritikal dan berpandukan kepada ratusan malah jutaan sumber lepas untuk menghasilkan sesuatu keluaran yang baru berdasarkan pemikiran secara kritikal. Seorang yang mempunyai pemikiran inovasi dan kreatif ini kebiasaannya sentiasa hadir dengan 1001 buah fikiran yang bernas dan amat berguna untuk digunakan. Namun idea yang ingin dihasilkan itu haruslah berdasarkan rujukan dan panduan yang jelas lagi terang bagi memastikan idea yang bakal dikeluarkan dan diutarakan kepada umum tidak bercanggah dengan matlamat asalnya.
Pemikiran seperti ini amat penting seandainya ingin diselesaikan sesuatu masalah yang melanda. Ini kerana masalah yang hadir haruslah difikirkan secara optimum dan diselesaikan dengan bijaksana. Seseorang yang berfikiran kreatif harus wujud dalam sesebuah organisasi kerana dengan kewujudan individu seperti inilah yang akan menyebabkan segala masalah yang dialami oleh organisasi dapat diselesaikan dengan jayanya dan kos penyelesaian dapat diminimumkan dengan sebaiknya.
Kebiasaannya dalam sesebuah organisasi, kewujudan individu yang berfikiran kreatif dan inovatif ini akan disanjung tinggi buah fikirannya namun seandainya buah fikirannya tidak menjadi, maka segala kesalahan harus diletakkan di atas bahunya. Ini adalah suatu pemikiran yang salah kerana keputusan yang diputuskan dalam sesebuah mesyuarat organisasi adalah berdasarkan persetujuan semua yang terlibat. Maka seandainya jalan penyelesaian yang telah dipersetujui tidak menjadi, maka keseluruhan organisasi harus menanggung akibat yang sama rata dari kegagalan jalan penyelesaian tadi. Inilah yang dinamakan risiko atas setiap keputusna yang telah dibuat.
Individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif selalunya telah dilengkapi dengan sikap bertanggungjawab atas pemikiran yang telah dikeluarkan olehnya. Kerana keputusan yang dibuat adalah diatas cadangan yang telah dikemukannya, maka dia sedikit sebanyak akan berasa bertanggungjawab ke atas perlaksanaan jalan penyelesaian itu walaupun hakikatnya dia tidak perlu bimbang dengannya kerana segala keputusan yang dibuat adalah atas nama organisasi.
Seseorang yang berfikiran inovatif ini juga pada kebiasaannya bijak mengambil peluang yang terhidang di depan matanya. Segala peluang yang ada akan dibolotnya dan diolah dalam bentuk baru dan inilah yang dinamakan sebagai inovasi. Berdasarkan sumber yang jelas, pemikiran dan pengajaran dari sesuatu yang telah berlaku, maka individu ini akan mengolah kesemuanya lalu mengeluarkan suatu kaedah baru yang berkesan dalam menangani sesuatu masalah yang sedang melanda organisasi. Kebijaksanaan mengawal peluang yang ada adalah sesuatu yang diperlukan dalam mengurus organisasi malah juga individu. Ini kerana setiap individu pasti akan mengalami masalah yang berkaitan dengan pelbagai aspek. Justeru, pengolahan keadaan persekitaran dan pengalaman yang lepas akan menyebabkan lahirnya sebuah buah fikiran yang pastinya berkesan dalam menangani pelbagai permasalah yang timbul.
7.0KESIMPULAN
Secara tuntasnya, pengurusan kendiri merupakan elemen terpenting dalam kompetensi kecerdasan emosi yang merangkumi aspek kawalan emosi kendiri, kebolehpercayaan, mempunyai kesedaran, kebolehsuaian dan juga inovasi. Semua ini perlu dipratik dalam diri setiap insane agar kecerdasan emosi akan sentiasa berada di tahap yang baik. Dalam aspek kerja berkumpulan, kepimpinan dan juga kesihatan juga melibatkan pengurusan kendiri agar sesuatu itu tercapai matlamat dan juga motif asal perlaksanaan.
Ringkasnya, kecerdasan emosi boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme atau keupayaan dalaman seseorang individu yang wujud untuk mengurus dan mengawal perasaannya dan juga orang lain disamping memberi dorongan positif ke arah mewujudkan satu perhubungan manusia yang harmonis. Memupuk konsep EQ dalam kehidupan merupakan usaha yang penting dalam menjamin keselesaan dan keharmonian hidup seseorang individu. EQ seharusnya dipraktikkan oleh setiap individu terutama dalam menghadapi cabaran dunia hari ini yang penuh dengan ranjau dan duri.Keadaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan keselesaan hidup dan menambah produktiviti hidup.
Fenomena ini nescaya akan membentuk satu suasana yang akan member kepuasan hati dan kehidupan yang tenang. Konstruk pengurusan kendiri yang terdapat dalam Model Kompetensi Kecerdasan Emosi juga menekankan bagaimana untuk kita menguruskan diri dalam aspek EQ yang kami lebih tumpukan pada aspek kepimpinan, kerja berkumpulan dan pengurusan kesihatan kerana ketiga-tiga perkara ini selalu dilalui oleh manusia dan kadang kala dipandang enteng oleh kita semua.
BIBILIOGRAFI
http://www.nih.gov/about/researchresultsforthepublic/SelfManagement.pdf. Diakses pada 24 Julai 2010.
http://www.ecu.edu.au/CLT/tips/docs/self_management.pdf. Diakses pada 24 Julai 2010.
http://www.eiconsortium.org/pdf/self_management_training.pdf. Diakses pada 26 Julai 2010.
http://www.sirl.ie/other/repository_docs/34.pdf. Diakses pada 27 Julai 2010.
http://telushealth.com/en/solutions/docs/Healthcare_self_management.pdf. Diakses pada 29 Julai 2010.
Mok Soon Sang. Siri Generik, Kompetensi Kecerdasan Emosi. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 2009
SUMBER RUMUSAN PENULISAN ILMIAH
Artikel “Self-management: a background paper” oleh Patrick MCGowan.
Jurnal “Self-management as a substitute for leadership: a social learning theory perspective” oleh Charles C. Manz dan Henry P.Sims, JR.
Jurnal “Beyond Self-Mangement: Antecedents and Consequences of team empowerment” oleh Bradley L. Kirkman dan Benson Rosen.

Penulisan ilmiah kkp
Penulisan ilmiah kkp
Penulisan ilmiah kkp
Penulisan ilmiah kkp
Penulisan ilmiah kkp
Penulisan ilmiah kkp
Penulisan ilmiah kkp
Penulisan ilmiah kkp
Penulisan ilmiah kkp
Penulisan ilmiah kkp
Penulisan ilmiah kkp
Penulisan ilmiah kkp

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Ppt
Ppt Ppt
Ppt

Materi teori motivasi
Materi teori motivasiMateri teori motivasi
Materi teori motivasi

Teori Motivasi Mc. Clelland
Teori Motivasi Mc. ClellandTeori Motivasi Mc. Clelland
Teori Motivasi Mc. Clelland

Ppt teori humanistik
Ppt teori humanistikPpt teori humanistik
Ppt teori humanistik

Konsep Kebutuhan Harga Diri
Konsep Kebutuhan Harga DiriKonsep Kebutuhan Harga Diri
Konsep Kebutuhan Harga Diri

Self Efficacy (Efikasi Diri)
Self Efficacy (Efikasi Diri)Self Efficacy (Efikasi Diri)
Self Efficacy (Efikasi Diri)

Tugas kelompok 5 motivasi
Tugas kelompok 5 motivasiTugas kelompok 5 motivasi
Tugas kelompok 5 motivasi

Tugas pak junet, caca
Tugas pak junet, cacaTugas pak junet, caca
Tugas pak junet, caca

Pertanyaan observasi wawancara mpk ttg resiliensi
Pertanyaan observasi wawancara mpk ttg resiliensiPertanyaan observasi wawancara mpk ttg resiliensi
Pertanyaan observasi wawancara mpk ttg resiliensi

Teori teori motivasi
Teori teori motivasiTeori teori motivasi
Teori teori motivasi

Jurnal & Teori Realiti
Jurnal  & Teori RealitiJurnal  & Teori Realiti
Jurnal & Teori Realiti

Makalah Model Keperibadian Sehat
Makalah Model Keperibadian SehatMakalah Model Keperibadian Sehat
Makalah Model Keperibadian Sehat

Helah bela diri
Helah bela diriHelah bela diri
Helah bela diri

Presentasi teori organisasi kel 4
Presentasi teori organisasi kel 4Presentasi teori organisasi kel 4
Presentasi teori organisasi kel 4

Nnnnnnnnnnnnnnnn
NnnnnnnnnnnnnnnnNnnnnnnnnnnnnnnn
Nnnnnnnnnnnnnnnn

Matrikulasi 2
Matrikulasi 2Matrikulasi 2
Matrikulasi 2

Perkembangan Kepribadian
Perkembangan KepribadianPerkembangan Kepribadian
Perkembangan Kepribadian

Motivasi religius dan etos kerja guru
Motivasi religius dan etos kerja guruMotivasi religius dan etos kerja guru
Motivasi religius dan etos kerja guru

Konseling realita
Konseling realita Konseling realita
Konseling realita

Motivasi berprestasi
Motivasi berprestasiMotivasi berprestasi
Motivasi berprestasi

Viewers also liked

Viewers also liked (14)

Pp22
Pp22Pp22
Pp22

It Is Time For Change
It Is Time For ChangeIt Is Time For Change
It Is Time For Change

Clean Energy and the Green Economy
Clean Energy and the Green EconomyClean Energy and the Green Economy
Clean Energy and the Green Economy

20101128 - Mary
20101128 - Mary20101128 - Mary
20101128 - Mary

Worldcup
WorldcupWorldcup
Worldcup

20101208 prayer meeting
20101208 prayer meeting20101208 prayer meeting
20101208 prayer meeting

Franchise Opportunity
Franchise OpportunityFranchise Opportunity
Franchise Opportunity

IP and Media In The Digital Age
IP and Media In The Digital AgeIP and Media In The Digital Age
IP and Media In The Digital Age

Modernist Cuisine slideshow
Modernist Cuisine slideshowModernist Cuisine slideshow
Modernist Cuisine slideshow

Pavasaris ingrida
Pavasaris ingridaPavasaris ingrida
Pavasaris ingrida

Elevatorpitch roshan
Elevatorpitch roshanElevatorpitch roshan
Elevatorpitch roshan

7 pg diploma ic layout design
7 pg diploma ic layout design7 pg diploma ic layout design
7 pg diploma ic layout design

Quotes by Srila Bhaktisiddhanta Sarasvati Thakura
Quotes by Srila Bhaktisiddhanta Sarasvati ThakuraQuotes by Srila Bhaktisiddhanta Sarasvati Thakura
Quotes by Srila Bhaktisiddhanta Sarasvati Thakura

テスト自動化読書会 第3章 20150523
テスト自動化読書会 第3章 20150523テスト自動化読書会 第3章 20150523
テスト自動化読書会 第3章 20150523

Similar to Penulisan ilmiah kkp

makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep dirimakalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep dirisiakadurban

Kepemimpina nmakalah wors
Kepemimpina nmakalah worsKepemimpina nmakalah wors
Kepemimpina nmakalah worsEri Azis

Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahUlasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahFarhana Ariffin

PENGERTIAN KONSEP KENDIRI
PENGERTIAN KONSEP KENDIRIPENGERTIAN KONSEP KENDIRI
PENGERTIAN KONSEP KENDIRIxue er tui

KEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM
KEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAMKEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM
KEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAMDoryRamadhan

2.2 konsep disiplin positif dan motivasi
2.2  konsep disiplin positif dan motivasi2.2  konsep disiplin positif dan motivasi
2.2 konsep disiplin positif dan motivasiFerdinandusLakiNuwa1

Pendekatan konseling realitas 2
Pendekatan konseling realitas 2Pendekatan konseling realitas 2
Pendekatan konseling realitas 2RiZqii AmaLyaa

Latihan Pengendalian diri dalam Pengembangan Diri
Latihan Pengendalian diri dalam Pengembangan DiriLatihan Pengendalian diri dalam Pengembangan Diri
Latihan Pengendalian diri dalam Pengembangan Diripjj_kemenkes

Kepemimpinan Pemberdayaan dan Kekuasaan Dalam Organisasi
Kepemimpinan Pemberdayaan dan Kekuasaan Dalam OrganisasiKepemimpinan Pemberdayaan dan Kekuasaan Dalam Organisasi
Kepemimpinan Pemberdayaan dan Kekuasaan Dalam OrganisasiLisa Ramadhanty

Kepemimpinan dan perilaku organisasi
Kepemimpinan dan perilaku organisasiKepemimpinan dan perilaku organisasi
Kepemimpinan dan perilaku organisasiJoel mabes

Estetika Humanisme Diskusi Modul Part Ke-3.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Modul Part Ke-3.pdfEstetika Humanisme Diskusi Modul Part Ke-3.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Modul Part Ke-3.pdfHendroGunawan8

Makalah Kepribadian dan Nilai-Perilaku Organisasi
Makalah Kepribadian dan Nilai-Perilaku OrganisasiMakalah Kepribadian dan Nilai-Perilaku Organisasi
Makalah Kepribadian dan Nilai-Perilaku OrganisasiJihan Ineke

Pendekatan konseling trait n factors
Pendekatan konseling trait n factors Pendekatan konseling trait n factors
Pendekatan konseling trait n factors varizalamir

perilaku organisasi
perilaku organisasi perilaku organisasi
perilaku organisasi Maria Khusuma

Pengembangan Kapasitas Pendampingan
Pengembangan Kapasitas PendampinganPengembangan Kapasitas Pendampingan
Pengembangan Kapasitas PendampinganKacung Abdullah

Similar to Penulisan ilmiah kkp (20)

makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep dirimakalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri
makalah keperawatan dasar 1 tentang konsep diri

Kepemimpina nmakalah wors
Kepemimpina nmakalah worsKepemimpina nmakalah wors
Kepemimpina nmakalah wors

TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI

Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahUlasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

Bab 15.perilaku
Bab 15.perilakuBab 15.perilaku
Bab 15.perilaku

PENGERTIAN KONSEP KENDIRI
PENGERTIAN KONSEP KENDIRIPENGERTIAN KONSEP KENDIRI
PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

KEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM
KEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAMKEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM
KEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM

2.2 konsep disiplin positif dan motivasi
2.2  konsep disiplin positif dan motivasi2.2  konsep disiplin positif dan motivasi
2.2 konsep disiplin positif dan motivasi

Pendekatan konseling realitas 2
Pendekatan konseling realitas 2Pendekatan konseling realitas 2
Pendekatan konseling realitas 2

Self & self esteem
Self & self esteemSelf & self esteem
Self & self esteem

Latihan Pengendalian diri dalam Pengembangan Diri
Latihan Pengendalian diri dalam Pengembangan DiriLatihan Pengendalian diri dalam Pengembangan Diri
Latihan Pengendalian diri dalam Pengembangan Diri

Kepemimpinan Pemberdayaan dan Kekuasaan Dalam Organisasi
Kepemimpinan Pemberdayaan dan Kekuasaan Dalam OrganisasiKepemimpinan Pemberdayaan dan Kekuasaan Dalam Organisasi
Kepemimpinan Pemberdayaan dan Kekuasaan Dalam Organisasi

Teori keperibadian humanistik
Teori keperibadian humanistikTeori keperibadian humanistik
Teori keperibadian humanistik

Kepemimpinan dan perilaku organisasi
Kepemimpinan dan perilaku organisasiKepemimpinan dan perilaku organisasi
Kepemimpinan dan perilaku organisasi

Estetika Humanisme Diskusi Modul Part Ke-3.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Modul Part Ke-3.pdfEstetika Humanisme Diskusi Modul Part Ke-3.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Modul Part Ke-3.pdf

Makalah Kepribadian dan Nilai-Perilaku Organisasi
Makalah Kepribadian dan Nilai-Perilaku OrganisasiMakalah Kepribadian dan Nilai-Perilaku Organisasi
Makalah Kepribadian dan Nilai-Perilaku Organisasi

Pendekatan konseling trait n factors
Pendekatan konseling trait n factors Pendekatan konseling trait n factors
Pendekatan konseling trait n factors

perilaku organisasi
perilaku organisasi perilaku organisasi
perilaku organisasi

Pengaruh kematangan beragama terhadap kompetensi
Pengaruh kematangan beragama terhadap kompetensiPengaruh kematangan beragama terhadap kompetensi
Pengaruh kematangan beragama terhadap kompetensi

Pengembangan Kapasitas Pendampingan
Pengembangan Kapasitas PendampinganPengembangan Kapasitas Pendampingan
Pengembangan Kapasitas Pendampingan

Penulisan ilmiah kkp

• 1. 1.0PENGENALAN