SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Kaedah Struktural



                                      Kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan
                                      struktur-struktur konkrit yang membina karya itu
                                      seperti watak, perwatakan, tema, persoalan, plot,
                                      gaya bahasa dan lain-lain lagi;.


                             Definisi
                                                       terdapat      perhubungan    antara
                                                       struktur-struktur kesusasteraan,

     KAEDAH                          Ciri-ciri
     STRUKTURAL                                        menggunakan           pendekatan
                                                       induktif,


                                                       mengutamakan          unsur-unsur
                    Kelebihan
                                                       tertentu sahaja,


  Penguasaan     murid   terhadap                      unsur-unsur                 struktur
  karya adalah baik dan mantap.                        diperkenalkan terlebih dahulu.


                                                       pembelajaran lebih berpandukan
  membantu murid untuk melihat
  kewujudan karya kesusasteraan                        guru,
  sebagai suatu penghasilan buah
  fikiran, renungan ke dalam diri,                     tidak       mengutamakan     bahan
  imaginasi, manipulasi, emosi,
  penerapan pengetahuan dan                            bantu mengajar
  pelbagai pengalaman dan
  kerohanian (Kamarudin 1988
                                                       memerlukan           pengetahuan
  hlmn 43).
                                                       tentang elemen struktur bagi
                                                       memudahkan pembelajaran.
Pengenalan

      Pendekatan struktural adalah merupakan pendekatan yang paling tua
digunakan dalam mengkaji sastera. Menurut Kamarudin (1988), pendekatan ini
mempunyai sejarah yang lama sekali sejak Plato dan Aristotle meletakkan garis-
garis ukuran terhadap berbagai-bagai genre sastera. Kaedah struktural juga adalah
kaedah paling awal digunakan berpandukan kepada pendekatan struktural.

      Pengajaran menggunakan kaedah ini sebenarnya lebih berfokus kepada
struktur bahan yang diajar. Perkataan struktural hadir daripada perkataan struktur.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), struktur adalah cara sesuatu terbina
atau terbentuk daripada pelbagai bahan, unsur, atau aspek hingga menjadi satu
pola, sistem, atau ayat tertentu. Kamarudin (1988) pula menyatakan bahawa kaedah
struktural ini bertujuan untuk memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan
binaan yang digunakan. Mina Sikana (1998) menyatakan struktural memberikan
penekanan yang utama berdasarkan aspek-aspek dan unsur-unsur yang membina
sesebuah karya. Berdasarkan definisi-definisi di atas, jelaslah bahawa dalam
konteks pengajaran menggunakan kaedah struktural, unsur-unsur yang diperhatikan
adalah unsur-unsur atau komponen-komponen yang terdapat di dalam karya
tersebut.

      Terdapat    beberapa        komponen   yang    diperhatikan    dalam   pengajaran
menggunakan      kaedah    ini.     Kaedah   struktural   adalah    kaedah   pengajaran
kesusasteraan dengan menggunakan aspek kajian tertentu seperti perwatakan,
gaya bahasa, tema, persoalan, mesej, amanat, pengajaran, nilai murni, dan
sebagainya secara teratur atau satu persatu (Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian
Melayu).

      Oleh itu, ini menunjukkan bahawa untuk menggunakan kaedah ini dalam
pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menguasai terlebih dahulu tentang
bahan atau karya yang hendak diajar. Segala unsur-unsur yang membentuk struktur
karya itu perlu dikenal pasti dan diketahui oleh guru itu sendiri. Perkara ini sangat
penting bagi memastikan perjalanan proses pengajaran guru menuju kepada objektif
yang ingin dicapai pada sesi itu.
Ciri-Ciri Kaedah Struktural

       Kamarudin (1988) juga telah menggariskan beberapa ciri yang terdapat dalam
kaedah struktural antaranya adalah :

   i      terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan,
  ii      menggunakan pendekatan induktif,
 iii      mengutamakan unsur-unsur tertentu sahaja,
 iv       unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu.
  v       pembelajaran lebih berpandukan guru,
 vi       tidak mengutamakan bahan bantu mengajar
 vii      memerlukan pengetahuan tentang elemen struktur bagi memudahkan
          pembelajaran.




          i.           Ciri yang pertama adalah perlunya ada perhubungan antara
                 struktur-struktur sastera. Perhubungan yang diketengahkan adalah
                 hubungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar, teknik, gaya
                 sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan
                 karya. Oleh sebab itu, dalam pengajaran sastera, pemahaman
                 terhadap perkara ini perlu diberi perhatian yang lebih.


          ii.          Kaedah ini lebih sesuai menggunakan pendekatan induktif.
                 Guru perlu membimbing pelajar agar menemui objektif tertentu.
                 Pendekatan induktif adalah pendekatan yang menumpukan kepada
                 ciri-ciri terlebih dahulu sebelum membuat satu konsep. Kamarudin
                 (1988) menerangkan dalam bukunya bahawa pendekatan induktif
                 menggunakan kaedah pencarian iaitu melihat, meneliti, mengkaji,
                 menganalisis sesuatu itu pada awalnya dan kemudian membuat
                 keputusan atau kesimpulan daripada data yang telah dikaji.


          iii.         Kaedah ini juga mengutamakan elemen struktur tertentu sahaja.
                 Aspek-aspek yang lain dalam sastera tidak diambil kira.
iv.            Struktur   perlu   diperkenalkan   terlebih   dahulu   sebelum
             memulakan pengajaran dan pembelajaran.


      v.             Kaedah ini lebih berpandukan kepada guru. Walaupun murid
             dibenarkan membincangkan tentang isu pada sesuatu struktur, namun
             masih tidak boleh terkeluar daripada konsep yang telah ditetapkan oleh
             guru.


      vi.            Kaedah ini juga tidak mementingkan bahan bantu mengajar
             dalam memandu murid untuk mendapatkan jawapan bagi setiap unsur
             atau struktur tersebut.


      vii.           Pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah karya
             memudahkan pembelajaran. Oleh itu, kaedah ini amat sesuai
             digunakan kepada pelajar di peringkat tinggi.




Kelebihan Kaedah Struktural

      Kaedah struktural ini lebih tertumpu kepada penelitian terhadap struktur-
struktur yang membina karya tersebut. Oleh itu, pembelajaran menggunakan kaedah
ini akan memudahkan murid dan boleh memantapkan penguasaan murid berkenaan
terhadap karya tersebut. Selain itu, kaedah ini juga boleh membantu murid untuk
melihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran,
renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan
pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 hlmn 43).
Aplikasi

      Contoh untuk mengaplikasikan kaedah ini, guru menyediakan sebuah karya
contohnya cerpen. Kemudian, murid perlu membaca cerpen tersebut secara
menyeluruh. Kemudian, guru mengadakan soal jawab berdasarkan elemen-elemen
yang menstrukturkan cerpen tersebut watak dan perwatakan, peristiwa, plot, latar,
tema, nilai, gaya bahasa dan lain-lain lagi. Oleh itu, soalan-soalan yang diajukan
tidak boleh bercampur aduk. Guru perlu memandu murid agar murid sentiasa
memberikan jawapan dalam aspek yang dikehendaki oleh guru sahaja. Kemudian,
barulah melihat kepada elemen-elemen lain.




Kesimpulan

      Mudahnya, kaedah struktural ini sebenarnya kaedah yang memerhatikan
karya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti watak
dan perwatakan, plot, gaya bahasa, tema dan persoalan, nilai dan pengajaran dan
lain-lain lagi. Selain itu, perbincangan dengan menggunakan kaedah ini tidak boleh
dicampuradukkan antara elemen-elemen tersebut. Perbincangan perlu dilakukan
satu persatu mengikut elemen yang ingin ditekankan.
Kaedah Global




                                      Kaedah yang memerhatikan karya secara meluas.
                                      Kurang memberikan penekanan secara terperinci
                                      terhadap struktur-struktur sesuatu karya.


                             Definisi
                                                       Kepentingan setiap
                                                       komponen/struktur

     KAEDAH GLOBAL                   Ciri-ciri
                                                       Penilaian     dilakukan    secara
                                                       impression, am dan spontan.


                   Kelebihan
                                             Cara kajian
                                             dilaksanakan


  Penguasaan     murid   terhadap
                                                             Separuh global :
  karya adalah baik dan mantap.
                                                              -    Melihat secara
                                                                   keseluruhan
  membantu murid untuk melihat                                     kemudan menjurus
  kewujudan karya kesusasteraan                                    kepada bahagian
  sebagai suatu penghasilan buah                                   yang ingin disentuh.
  fikiran, renungan ke dalam diri,
  imaginasi, manipulasi, emosi,
  penerapan pengetahuan dan
  pelbagai pengalaman dan
  kerohanian (Kamarudin 1988                     Secara menyeluruh
  hlmn 43).                                      (global) :

                                                 -   Menganalisis secara
                                                     keseluruhan semua
                                                     aspek-aspek.
Pengenalan

      Kaedah ini adalah kaedah yang melihat sesuatu karya itu secara
keseluruhan. Global adalah merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan sebagainya
ataupun secara menyeluruh (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Kaedah global
pula adalah meneliti sesuatu aspek pembelajaran itu berdasarkan tanggapan yang
menyeluruh. Ia tidak melihat sesuatu itu sebagai bahagian-bahagian yang terpisah
dan perlu dikaji secara berasingan atau secara khusus (Kamarudin, 1988).

      Kaedah global adalah berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu adalah
hasil kesatuan daripada pelbagai elemen. Namun begitu, kaedah ini tidak
mendalami sesuatu aspek secara terperinci dan sesuai digunakan sebagai
pengenalan sahaja sebelum meneruskan pengajaran seterusnya. Kamarudin (1988)
menyatakan bahawa cara ini adalah dianggap lebih praktikal dan lojik terutama
apabila seseorang penilai itu menghadapi kesuntukan masa atau berhadapan
dengan terlalu banyak komponen yang akan dibincangkan.

      Kaedah global ini terbahagi kepada dua cara kajian yang boleh dilaksanakan
semasa menilai sesuatu karya iaitu :

      i.     Separuh    global   dilakukan   dengan   melihat   aspek   itu   secara
             keseluruhan terlebih dahulu kemudian terus menjurus kepada
             bahagian yang hendak dibicarakan secara terperinci.
      ii.    Secara (menyeluruh) global. Melalui cara ini, karya dianalisis dengan
             melihat dan menilai aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut
             secara keseluruhan dan tidak digalakkan aspek-aspek tersebut
             dibincangkan secara berasingan.
Ciri-ciri Kaedah Global

Kaedah global mempunyai beberapa ciri yang penting iaitu :

   i.      Setiap komponen dalam karya adalah penting dalam bekerjasama dan
           membentuk kesatuan karya.
   ii.     Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Oleh sebab itu,
           penilaian ini tidak dapat lari daripada unsur-unsur subjektif para
           penilainya. Namun, cara ini lebih praktikal sekiranya para penilai
           kesuntukan masa atau berhadapan dengan terlalu banyak komponen.




Kelebihan Kaedah Global :

         Kelebihan yang terdapat dalam kaedah ini antaranya adalah membolehkan
penilaian terhadap sesuatu karya itu dilakukan secara menyeluruh dan menyentuh
semua struktur yang membina karya tersebut. Sebagai contoh, karya bukan sahaja
boleh dinilai pada aspek watak perwatakan sahaja, bahkan boleh juga dinilai dalam
aspek tema, plot, nilai, pertaliannya, kekuatan dan kelemahannya dan lain-lain lagi.
Selain itu, komponen-komponen yang terlalu banyak dalam sesuatu karya akan
membuatkan penilai memakan masa yang lama untuk mengkaji tentang komponen-
komponen tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah ini, penilai dapat
menjimatkan masa dan dikatakan lebih praktikal.
Aplikasi

      Seperti yang dinyatakan, kaedah global ini mempunyai dua cara kajiannya.
Untuk cara yang pertama adalah mengkaji karya secara separuh global. Cara ini
agak sesuai dengan teori Gastalt (seperti yang dipetik dari Kamarudin (1988)
Kaedah Pengajaran Kesusasteraan) yang menyarankan bahawa kita belajar dengan
melihat secara keseluruhan sebelum meneliti elemen-elemennya. Satu contoh yang
boleh disesuaikan dengan cara ini adalah pembinaan Sejarah Melayu. Rajah di
bawah lebih menjelaskan lagi tentang penggunaan cara ini.



           Peringkat Awal
                                       A     B        C          B   A




      Peringkat Perkembangan
                                             B        C          B




                 Peringkat Akhir


                                                          C




                             A = Alam luas luar sekitar Melaka

                             B = Daerah-daerah di luar Melaka

                             C = Melaka sepenuhnya
Satu lagi cara menganalisis karya sastera adalah secara menyeluruh (global).
Cara ini melihat dan menilai aspek-aspek yang membangun karya tersebut secara
keseluruhan. Karya yang dianalisis dilihat terus pada unsur-unsur seperti tema,
persoalan, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan lain-lain.
Ulasan pula dilakukan dengan melihat pertalian aspek-aspek dari segi kekuatan dan
kelemahannya.




Kesimpulan

Kaedah global ini sebenarnya salah satu kaedah yang melihat secara meluas
tentang sesuatu karya tersebut. Penelitian terhadap struktur-struktur sesuatu karya
tidak diberi penekanan secara terperinci. Kaedah ini hanya menyentuh ‘kulit luar’
sahaja pada struktur-struktur tersebut. Kebiasaannya, pengkritik karya-karya sastera
menggunakan kaedah ini untuk mengkritik karya untuk melabelkan kualitinya.
Refleksi




Kerja kursus BMM 3116 Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu kali ini
lebih menekankan terhadap tiga komponen utama dalam pedagogi pendidikan
semasa     pengajaran      dan    pembelajaran.   Komponen-komponen         itu   adalah
pendekatan, kaedah, dan teknik. Setiap komponen ini mempunyai fungsi dan kesan
yang berbeza-beza. Dalam pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS), komponen-
komponen ini perlu digunakan dan dikombinasikan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran untuk memperoleh hasil pengajaran yang berkesan. Perkara ini sama
seperti pendapat yang diberikan oleh Esah Sulaiman (2004) yang menyatakan
bahawa kombinasi pelbagai kaedah dan teknik akan menghasilkan pengajaran yang
berkesan. Oleh itu, ini menunjukkan betapa pentingnya guru-guru perlu menguasai
komponen-komponen ini agar pengajaran yang dijalankan dapat mencapai objektif
yang diinginkan.

        Penekanan yang diberikan pada kerja kursus kali ini sangat bersesuaian
dengan penerapan kemahiran-kemahiran pedagogi dalam pendidikan kepada guru-
guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran yang mantap akan
membawa kepada pengajaran yang berkesan. Kerja kursus ini adalah salah satu
wadah yang membantu dan memberikan saya pemahaman walaupun lebih kepada
teori   berkenaan    dengan       kemahiran-kemahiran   tersebut   agar   saya    dapat
mengaplikasikannya di sekolah kelak. Sebagai seorang guru yang menginginkan
sesi pengajaran dan pembelajarannya menjadi menarik dan menyeronokkan,
pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar perlulah
diaplikasikan dan dipelbagaikan. Ini bukan sahaja memberikan kelebihan kepada
guru,   bahkan     murid   juga    mendapat   keuntungan   yang    banyak     sekiranya
kepelbagaian rutin pengajaran ini diaplikasikan. Murid bukan sahaja berasa seronok,
bahkan objektif utama pengajaran guru pada hari itu boleh tercapai dengan mudah.
Selain itu, kerja kursus ini juga memberikan pendedahan kepada saya
tentang peranan seorang guru yang mengajar matapelajaran kesusasteraan ini.
Guru banyak memainkan peranan penting agar murid-murid minat mempelajari
tentang kesusasteraan ini. Sebagai contoh peranan penting yang perlu dimainkan
oleh guru adalah guru perlu bertindak sebagai penggerak atau pembimbing di dalam
kelas. Perbincangan yang dilakukan didalam kelas perlu dibimbing oleh guru agar
murid dapat memahami, menghayati dan menikmati bahan-bahan kesusasteraan
yang dipelajari. Selain itu, guru juga perlulah kreatif dan inovatif untuk membentuk
soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti yang dinamis, idea-idea spontan yang menarik dan
sebagainya. Ciri-ciri penting ini perlu ada dalam diri guru-guru yang mengajar
kesusasteraan ini. Selain itu juga, seorang guru juga perlulah menggunakan teori-
teori pembelajaran yang baik, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang
sesuai dan kesemua ini perlu diselaraskan agar dapat mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran pada hari itu sekaligus mencapai tujuan utama pengajaran
kesusasteraan diadakan di sekolah.

      Dari sudut kepentingan pengajaran sastera ini, setelah melaksanakan kerja
kursus ini juga sebenarnya memberikan satu gambaran jelas bahawa betapa
pentingnya matapelajaran kesusasteraan ini diajar kepada murid-murid di sekolah.
Matapelajaran ini sebenarnya merupakan salah satu cara yang boleh digunakan
untuk mengajar dan menerapkan nilai-nilai murni. Hal ini kerana, sastera adalah
karya-karya yang direka dan dihasilkan bukan setakat untuk hiburan dan jenaka
semata-mata. Sebenarnya karya-karya sastera sarat dengan mesej-mesej yang
tersirat yang perlu difahami dan dihayati oleh orang ramai. Persepsi masyarakat
yang mengatakan bahawa karya-karya sastera adalah sudah lapuk dan tidak sesuai
dengan peredaran zaman perlu diperbetulkan kerana ternyata mesej-mesej dalam
setiap karya tersebut masih sesuai dipraktikkan pada zaman ini. Malah, sekiranya
pengajaran kesusasteraan ini dapat diaplikasikan dengan baik dan berkesan,
masyarakat Melayu bakal menjadi masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai budaya
dan estetika yang tinggi.
Kepentingan pengajaran Komsas ini kepada murid bukan setakat terbatas
pada nilai-nilai murni dan pengenalan kepada karya-karya klasik, bahkan
sebenarnya pengajaran sastera mampu membantu murid-murid dan orang lain
meningkatkan kemahiran dan perbendaharaan kosa kata mereka. Dalam karya
sastera itu sendiri, terdapat banyak perkataan-perkataan yang jarang digunakan
dalam seharian hidup kita. Kita berasa janggal untuk menggunakan perkataan
tersebut sedangkan perkataan itu sebenarnya wujud dan sering digunakan dalam
bidang-bidang lain.

      Rancangan pengajaran harian (RPH) adalah satu rancangan pengajaran
yang wajib disediakan oleh semua guru-guru. Melalui kerja kursus ini juga, saya
turut mendapat pendedahan tentang cara membuat RPH dan mengajar mata
pelajaran kesusasteraan dengan mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik
yang telah saya pelajari. Selain itu, kolaborasi dan kerjasama antara saya dan
rakan-rakan saya Aminuddin dan Izzul Imran membuatkan RPH yang disediakan
kelihatan begitu menarik dan menyeronokkan. Selain itu, gandingan idea-idea
daripada kami bertiga juga membuatkan RPH tersebut menepati kehendak soalan
kerja kursus ini. Setiap langkah yang dirancang dalam RPH tersebut menerapkan
unsur-unsur dan nilai-nilai yang boleh mencapai tujuan sebenar pengajaran Komsas
diwujudkan di sekolah. Kemahiran-kemahiran dan pengetahuan ini seharusnya
diketahui dan dikuasai oleh semua guru-guru khususnya yang mengajar Bahasa
Melayu kerana bukan sahaja mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran
menyeronokkan, bahkan juga mampu menjadikan pengajaran mencapai objektif
dengan lebih berkesan.

      Akhir sekali, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas
keizinan-Nya, saya bersama-sama ahli kumpulan saya dapat menyiapkan kerja
kursus ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
rakan sekumpulan saya kerana memberikan kerjasama yang padu sepanjang
proses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada pihak-pihak lain yang
membantu sama ada secara langsung mahupun tidak.
Bibliografi




Kamarudin Hj. Husin (1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya.
Penerbit Fajar Bakti

(Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu). Pulau Pinang. Cerdik Publiction Sdn.
Bhd.

Mina Sikana (1998) Kritkan Sastera Moden, Teori dan Pendekatan. Shah Alam.
Penerbit Fajar Bakti

More Related Content

What's hot

Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakFaFai S.
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Noorezayu Mohd Said
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanAzizi Ahmad
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAvhieyna Andhrew
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisAini Kifli
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamarozitasksp
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 

What's hot (20)

Peraturan berbahasa
Peraturan berbahasaPeraturan berbahasa
Peraturan berbahasa
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
 
Kaedah Abjad
Kaedah AbjadKaedah Abjad
Kaedah Abjad
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Teori Nahu Tradisional
Teori Nahu TradisionalTeori Nahu Tradisional
Teori Nahu Tradisional
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalis
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalis
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utama
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 

Similar to Kaedah struktural, global

08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bmfaizzainol
 
Bmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalBmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalPrincess Nikko
 
Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme Aidil Abrar
 
Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme Aidil Abrar
 
Kurikulum & pembelajaran erlin yulian febrianti pe 2011031046
Kurikulum & pembelajaran erlin yulian febrianti pe 2011031046Kurikulum & pembelajaran erlin yulian febrianti pe 2011031046
Kurikulum & pembelajaran erlin yulian febrianti pe 2011031046erlin0305
 
Penilaian hasil dan proses pembelajaran
Penilaian hasil dan proses pembelajaranPenilaian hasil dan proses pembelajaran
Penilaian hasil dan proses pembelajaranNitho As
 
Peng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptx
Peng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptxPeng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptx
Peng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptxRachelAzizaRukmantar
 
45622822 makalah-kurikulum
45622822 makalah-kurikulum45622822 makalah-kurikulum
45622822 makalah-kurikulumalmoon2
 
Kurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKhifdul Qolby
 
Kurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKhifdul Qolby
 
Kurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKhifdul Qolby
 
Kurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKhifdul Qolby
 
Kurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKhifdul Qolby
 
Komponen komponen kurikulum
Komponen komponen kurikulumKomponen komponen kurikulum
Komponen komponen kurikulumchytra Daud
 
Teori konstruktivistik
Teori konstruktivistikTeori konstruktivistik
Teori konstruktivistikDiah Japri
 
Desain pembelajaran PNF landasaan berfikir
Desain pembelajaran PNF landasaan berfikirDesain pembelajaran PNF landasaan berfikir
Desain pembelajaran PNF landasaan berfikirSalma Van Licht
 

Similar to Kaedah struktural, global (20)

08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
 
Bmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalBmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah struktural
 
Nota bmm-3116
Nota bmm-3116Nota bmm-3116
Nota bmm-3116
 
Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme
 
Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme
 
Kurikulum & pembelajaran erlin yulian febrianti pe 2011031046
Kurikulum & pembelajaran erlin yulian febrianti pe 2011031046Kurikulum & pembelajaran erlin yulian febrianti pe 2011031046
Kurikulum & pembelajaran erlin yulian febrianti pe 2011031046
 
Penilaian hasil dan proses pembelajaran
Penilaian hasil dan proses pembelajaranPenilaian hasil dan proses pembelajaran
Penilaian hasil dan proses pembelajaran
 
Bmm
BmmBmm
Bmm
 
Pengembangan Desain Instruksional Berkarakter (Siti Khadijah Ibrahim)
Pengembangan Desain Instruksional Berkarakter (Siti Khadijah Ibrahim)   Pengembangan Desain Instruksional Berkarakter (Siti Khadijah Ibrahim)
Pengembangan Desain Instruksional Berkarakter (Siti Khadijah Ibrahim)
 
Peng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptx
Peng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptxPeng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptx
Peng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptx
 
45622822 makalah-kurikulum
45622822 makalah-kurikulum45622822 makalah-kurikulum
45622822 makalah-kurikulum
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Kurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaran
 
Kurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaran
 
Kurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaran
 
Kurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaran
 
Kurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaranKurikulum dan pembellajaran
Kurikulum dan pembellajaran
 
Komponen komponen kurikulum
Komponen komponen kurikulumKomponen komponen kurikulum
Komponen komponen kurikulum
 
Teori konstruktivistik
Teori konstruktivistikTeori konstruktivistik
Teori konstruktivistik
 
Desain pembelajaran PNF landasaan berfikir
Desain pembelajaran PNF landasaan berfikirDesain pembelajaran PNF landasaan berfikir
Desain pembelajaran PNF landasaan berfikir
 

More from Mohammad Yaqin

Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakMohammad Yaqin
 
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengarAplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengarMohammad Yaqin
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuMohammad Yaqin
 
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)Mohammad Yaqin
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikMohammad Yaqin
 
Soalan 1 internship dan perpaduan (integrasi)
Soalan 1   internship dan perpaduan (integrasi) Soalan 1   internship dan perpaduan (integrasi)
Soalan 1 internship dan perpaduan (integrasi) Mohammad Yaqin
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Mohammad Yaqin
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Mohammad Yaqin
 
Korpus bahasa yeen kak ikin
Korpus bahasa yeen kak ikinKorpus bahasa yeen kak ikin
Korpus bahasa yeen kak ikinMohammad Yaqin
 
Berkaitan semantik ainol-
Berkaitan semantik  ainol-Berkaitan semantik  ainol-
Berkaitan semantik ainol-Mohammad Yaqin
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuMohammad Yaqin
 

More from Mohammad Yaqin (12)

Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanak
 
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengarAplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
 
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politik
 
Isu kesantunan-guru
Isu kesantunan-guruIsu kesantunan-guru
Isu kesantunan-guru
 
Soalan 1 internship dan perpaduan (integrasi)
Soalan 1   internship dan perpaduan (integrasi) Soalan 1   internship dan perpaduan (integrasi)
Soalan 1 internship dan perpaduan (integrasi)
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
Korpus bahasa yeen kak ikin
Korpus bahasa yeen kak ikinKorpus bahasa yeen kak ikin
Korpus bahasa yeen kak ikin
 
Berkaitan semantik ainol-
Berkaitan semantik  ainol-Berkaitan semantik  ainol-
Berkaitan semantik ainol-
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 

Kaedah struktural, global

  • 1. Kaedah Struktural Kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti watak, perwatakan, tema, persoalan, plot, gaya bahasa dan lain-lain lagi;. Definisi terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan, KAEDAH Ciri-ciri STRUKTURAL menggunakan pendekatan induktif, mengutamakan unsur-unsur Kelebihan tertentu sahaja, Penguasaan murid terhadap unsur-unsur struktur karya adalah baik dan mantap. diperkenalkan terlebih dahulu. pembelajaran lebih berpandukan membantu murid untuk melihat kewujudan karya kesusasteraan guru, sebagai suatu penghasilan buah fikiran, renungan ke dalam diri, tidak mengutamakan bahan imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan bantu mengajar pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 memerlukan pengetahuan hlmn 43). tentang elemen struktur bagi memudahkan pembelajaran.
  • 2. Pengenalan Pendekatan struktural adalah merupakan pendekatan yang paling tua digunakan dalam mengkaji sastera. Menurut Kamarudin (1988), pendekatan ini mempunyai sejarah yang lama sekali sejak Plato dan Aristotle meletakkan garis- garis ukuran terhadap berbagai-bagai genre sastera. Kaedah struktural juga adalah kaedah paling awal digunakan berpandukan kepada pendekatan struktural. Pengajaran menggunakan kaedah ini sebenarnya lebih berfokus kepada struktur bahan yang diajar. Perkataan struktural hadir daripada perkataan struktur. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), struktur adalah cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahan, unsur, atau aspek hingga menjadi satu pola, sistem, atau ayat tertentu. Kamarudin (1988) pula menyatakan bahawa kaedah struktural ini bertujuan untuk memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaan yang digunakan. Mina Sikana (1998) menyatakan struktural memberikan penekanan yang utama berdasarkan aspek-aspek dan unsur-unsur yang membina sesebuah karya. Berdasarkan definisi-definisi di atas, jelaslah bahawa dalam konteks pengajaran menggunakan kaedah struktural, unsur-unsur yang diperhatikan adalah unsur-unsur atau komponen-komponen yang terdapat di dalam karya tersebut. Terdapat beberapa komponen yang diperhatikan dalam pengajaran menggunakan kaedah ini. Kaedah struktural adalah kaedah pengajaran kesusasteraan dengan menggunakan aspek kajian tertentu seperti perwatakan, gaya bahasa, tema, persoalan, mesej, amanat, pengajaran, nilai murni, dan sebagainya secara teratur atau satu persatu (Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu). Oleh itu, ini menunjukkan bahawa untuk menggunakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menguasai terlebih dahulu tentang bahan atau karya yang hendak diajar. Segala unsur-unsur yang membentuk struktur karya itu perlu dikenal pasti dan diketahui oleh guru itu sendiri. Perkara ini sangat penting bagi memastikan perjalanan proses pengajaran guru menuju kepada objektif yang ingin dicapai pada sesi itu.
  • 3. Ciri-Ciri Kaedah Struktural Kamarudin (1988) juga telah menggariskan beberapa ciri yang terdapat dalam kaedah struktural antaranya adalah : i terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan, ii menggunakan pendekatan induktif, iii mengutamakan unsur-unsur tertentu sahaja, iv unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu. v pembelajaran lebih berpandukan guru, vi tidak mengutamakan bahan bantu mengajar vii memerlukan pengetahuan tentang elemen struktur bagi memudahkan pembelajaran. i. Ciri yang pertama adalah perlunya ada perhubungan antara struktur-struktur sastera. Perhubungan yang diketengahkan adalah hubungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar, teknik, gaya sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan karya. Oleh sebab itu, dalam pengajaran sastera, pemahaman terhadap perkara ini perlu diberi perhatian yang lebih. ii. Kaedah ini lebih sesuai menggunakan pendekatan induktif. Guru perlu membimbing pelajar agar menemui objektif tertentu. Pendekatan induktif adalah pendekatan yang menumpukan kepada ciri-ciri terlebih dahulu sebelum membuat satu konsep. Kamarudin (1988) menerangkan dalam bukunya bahawa pendekatan induktif menggunakan kaedah pencarian iaitu melihat, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu itu pada awalnya dan kemudian membuat keputusan atau kesimpulan daripada data yang telah dikaji. iii. Kaedah ini juga mengutamakan elemen struktur tertentu sahaja. Aspek-aspek yang lain dalam sastera tidak diambil kira.
  • 4. iv. Struktur perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. v. Kaedah ini lebih berpandukan kepada guru. Walaupun murid dibenarkan membincangkan tentang isu pada sesuatu struktur, namun masih tidak boleh terkeluar daripada konsep yang telah ditetapkan oleh guru. vi. Kaedah ini juga tidak mementingkan bahan bantu mengajar dalam memandu murid untuk mendapatkan jawapan bagi setiap unsur atau struktur tersebut. vii. Pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah karya memudahkan pembelajaran. Oleh itu, kaedah ini amat sesuai digunakan kepada pelajar di peringkat tinggi. Kelebihan Kaedah Struktural Kaedah struktural ini lebih tertumpu kepada penelitian terhadap struktur- struktur yang membina karya tersebut. Oleh itu, pembelajaran menggunakan kaedah ini akan memudahkan murid dan boleh memantapkan penguasaan murid berkenaan terhadap karya tersebut. Selain itu, kaedah ini juga boleh membantu murid untuk melihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran, renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 hlmn 43).
  • 5. Aplikasi Contoh untuk mengaplikasikan kaedah ini, guru menyediakan sebuah karya contohnya cerpen. Kemudian, murid perlu membaca cerpen tersebut secara menyeluruh. Kemudian, guru mengadakan soal jawab berdasarkan elemen-elemen yang menstrukturkan cerpen tersebut watak dan perwatakan, peristiwa, plot, latar, tema, nilai, gaya bahasa dan lain-lain lagi. Oleh itu, soalan-soalan yang diajukan tidak boleh bercampur aduk. Guru perlu memandu murid agar murid sentiasa memberikan jawapan dalam aspek yang dikehendaki oleh guru sahaja. Kemudian, barulah melihat kepada elemen-elemen lain. Kesimpulan Mudahnya, kaedah struktural ini sebenarnya kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti watak dan perwatakan, plot, gaya bahasa, tema dan persoalan, nilai dan pengajaran dan lain-lain lagi. Selain itu, perbincangan dengan menggunakan kaedah ini tidak boleh dicampuradukkan antara elemen-elemen tersebut. Perbincangan perlu dilakukan satu persatu mengikut elemen yang ingin ditekankan.
  • 6. Kaedah Global Kaedah yang memerhatikan karya secara meluas. Kurang memberikan penekanan secara terperinci terhadap struktur-struktur sesuatu karya. Definisi Kepentingan setiap komponen/struktur KAEDAH GLOBAL Ciri-ciri Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Kelebihan Cara kajian dilaksanakan Penguasaan murid terhadap Separuh global : karya adalah baik dan mantap. - Melihat secara keseluruhan membantu murid untuk melihat kemudan menjurus kewujudan karya kesusasteraan kepada bahagian sebagai suatu penghasilan buah yang ingin disentuh. fikiran, renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 Secara menyeluruh hlmn 43). (global) : - Menganalisis secara keseluruhan semua aspek-aspek.
  • 7. Pengenalan Kaedah ini adalah kaedah yang melihat sesuatu karya itu secara keseluruhan. Global adalah merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan sebagainya ataupun secara menyeluruh (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Kaedah global pula adalah meneliti sesuatu aspek pembelajaran itu berdasarkan tanggapan yang menyeluruh. Ia tidak melihat sesuatu itu sebagai bahagian-bahagian yang terpisah dan perlu dikaji secara berasingan atau secara khusus (Kamarudin, 1988). Kaedah global adalah berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu adalah hasil kesatuan daripada pelbagai elemen. Namun begitu, kaedah ini tidak mendalami sesuatu aspek secara terperinci dan sesuai digunakan sebagai pengenalan sahaja sebelum meneruskan pengajaran seterusnya. Kamarudin (1988) menyatakan bahawa cara ini adalah dianggap lebih praktikal dan lojik terutama apabila seseorang penilai itu menghadapi kesuntukan masa atau berhadapan dengan terlalu banyak komponen yang akan dibincangkan. Kaedah global ini terbahagi kepada dua cara kajian yang boleh dilaksanakan semasa menilai sesuatu karya iaitu : i. Separuh global dilakukan dengan melihat aspek itu secara keseluruhan terlebih dahulu kemudian terus menjurus kepada bahagian yang hendak dibicarakan secara terperinci. ii. Secara (menyeluruh) global. Melalui cara ini, karya dianalisis dengan melihat dan menilai aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut secara keseluruhan dan tidak digalakkan aspek-aspek tersebut dibincangkan secara berasingan.
  • 8. Ciri-ciri Kaedah Global Kaedah global mempunyai beberapa ciri yang penting iaitu : i. Setiap komponen dalam karya adalah penting dalam bekerjasama dan membentuk kesatuan karya. ii. Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Oleh sebab itu, penilaian ini tidak dapat lari daripada unsur-unsur subjektif para penilainya. Namun, cara ini lebih praktikal sekiranya para penilai kesuntukan masa atau berhadapan dengan terlalu banyak komponen. Kelebihan Kaedah Global : Kelebihan yang terdapat dalam kaedah ini antaranya adalah membolehkan penilaian terhadap sesuatu karya itu dilakukan secara menyeluruh dan menyentuh semua struktur yang membina karya tersebut. Sebagai contoh, karya bukan sahaja boleh dinilai pada aspek watak perwatakan sahaja, bahkan boleh juga dinilai dalam aspek tema, plot, nilai, pertaliannya, kekuatan dan kelemahannya dan lain-lain lagi. Selain itu, komponen-komponen yang terlalu banyak dalam sesuatu karya akan membuatkan penilai memakan masa yang lama untuk mengkaji tentang komponen- komponen tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah ini, penilai dapat menjimatkan masa dan dikatakan lebih praktikal.
  • 9. Aplikasi Seperti yang dinyatakan, kaedah global ini mempunyai dua cara kajiannya. Untuk cara yang pertama adalah mengkaji karya secara separuh global. Cara ini agak sesuai dengan teori Gastalt (seperti yang dipetik dari Kamarudin (1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan) yang menyarankan bahawa kita belajar dengan melihat secara keseluruhan sebelum meneliti elemen-elemennya. Satu contoh yang boleh disesuaikan dengan cara ini adalah pembinaan Sejarah Melayu. Rajah di bawah lebih menjelaskan lagi tentang penggunaan cara ini. Peringkat Awal A B C B A Peringkat Perkembangan B C B Peringkat Akhir C A = Alam luas luar sekitar Melaka B = Daerah-daerah di luar Melaka C = Melaka sepenuhnya
  • 10. Satu lagi cara menganalisis karya sastera adalah secara menyeluruh (global). Cara ini melihat dan menilai aspek-aspek yang membangun karya tersebut secara keseluruhan. Karya yang dianalisis dilihat terus pada unsur-unsur seperti tema, persoalan, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan lain-lain. Ulasan pula dilakukan dengan melihat pertalian aspek-aspek dari segi kekuatan dan kelemahannya. Kesimpulan Kaedah global ini sebenarnya salah satu kaedah yang melihat secara meluas tentang sesuatu karya tersebut. Penelitian terhadap struktur-struktur sesuatu karya tidak diberi penekanan secara terperinci. Kaedah ini hanya menyentuh ‘kulit luar’ sahaja pada struktur-struktur tersebut. Kebiasaannya, pengkritik karya-karya sastera menggunakan kaedah ini untuk mengkritik karya untuk melabelkan kualitinya.
  • 11. Refleksi Kerja kursus BMM 3116 Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu kali ini lebih menekankan terhadap tiga komponen utama dalam pedagogi pendidikan semasa pengajaran dan pembelajaran. Komponen-komponen itu adalah pendekatan, kaedah, dan teknik. Setiap komponen ini mempunyai fungsi dan kesan yang berbeza-beza. Dalam pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS), komponen- komponen ini perlu digunakan dan dikombinasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk memperoleh hasil pengajaran yang berkesan. Perkara ini sama seperti pendapat yang diberikan oleh Esah Sulaiman (2004) yang menyatakan bahawa kombinasi pelbagai kaedah dan teknik akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Oleh itu, ini menunjukkan betapa pentingnya guru-guru perlu menguasai komponen-komponen ini agar pengajaran yang dijalankan dapat mencapai objektif yang diinginkan. Penekanan yang diberikan pada kerja kursus kali ini sangat bersesuaian dengan penerapan kemahiran-kemahiran pedagogi dalam pendidikan kepada guru- guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran yang mantap akan membawa kepada pengajaran yang berkesan. Kerja kursus ini adalah salah satu wadah yang membantu dan memberikan saya pemahaman walaupun lebih kepada teori berkenaan dengan kemahiran-kemahiran tersebut agar saya dapat mengaplikasikannya di sekolah kelak. Sebagai seorang guru yang menginginkan sesi pengajaran dan pembelajarannya menjadi menarik dan menyeronokkan, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar perlulah diaplikasikan dan dipelbagaikan. Ini bukan sahaja memberikan kelebihan kepada guru, bahkan murid juga mendapat keuntungan yang banyak sekiranya kepelbagaian rutin pengajaran ini diaplikasikan. Murid bukan sahaja berasa seronok, bahkan objektif utama pengajaran guru pada hari itu boleh tercapai dengan mudah.
  • 12. Selain itu, kerja kursus ini juga memberikan pendedahan kepada saya tentang peranan seorang guru yang mengajar matapelajaran kesusasteraan ini. Guru banyak memainkan peranan penting agar murid-murid minat mempelajari tentang kesusasteraan ini. Sebagai contoh peranan penting yang perlu dimainkan oleh guru adalah guru perlu bertindak sebagai penggerak atau pembimbing di dalam kelas. Perbincangan yang dilakukan didalam kelas perlu dibimbing oleh guru agar murid dapat memahami, menghayati dan menikmati bahan-bahan kesusasteraan yang dipelajari. Selain itu, guru juga perlulah kreatif dan inovatif untuk membentuk soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti yang dinamis, idea-idea spontan yang menarik dan sebagainya. Ciri-ciri penting ini perlu ada dalam diri guru-guru yang mengajar kesusasteraan ini. Selain itu juga, seorang guru juga perlulah menggunakan teori- teori pembelajaran yang baik, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dan kesemua ini perlu diselaraskan agar dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari itu sekaligus mencapai tujuan utama pengajaran kesusasteraan diadakan di sekolah. Dari sudut kepentingan pengajaran sastera ini, setelah melaksanakan kerja kursus ini juga sebenarnya memberikan satu gambaran jelas bahawa betapa pentingnya matapelajaran kesusasteraan ini diajar kepada murid-murid di sekolah. Matapelajaran ini sebenarnya merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengajar dan menerapkan nilai-nilai murni. Hal ini kerana, sastera adalah karya-karya yang direka dan dihasilkan bukan setakat untuk hiburan dan jenaka semata-mata. Sebenarnya karya-karya sastera sarat dengan mesej-mesej yang tersirat yang perlu difahami dan dihayati oleh orang ramai. Persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa karya-karya sastera adalah sudah lapuk dan tidak sesuai dengan peredaran zaman perlu diperbetulkan kerana ternyata mesej-mesej dalam setiap karya tersebut masih sesuai dipraktikkan pada zaman ini. Malah, sekiranya pengajaran kesusasteraan ini dapat diaplikasikan dengan baik dan berkesan, masyarakat Melayu bakal menjadi masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai budaya dan estetika yang tinggi.
  • 13. Kepentingan pengajaran Komsas ini kepada murid bukan setakat terbatas pada nilai-nilai murni dan pengenalan kepada karya-karya klasik, bahkan sebenarnya pengajaran sastera mampu membantu murid-murid dan orang lain meningkatkan kemahiran dan perbendaharaan kosa kata mereka. Dalam karya sastera itu sendiri, terdapat banyak perkataan-perkataan yang jarang digunakan dalam seharian hidup kita. Kita berasa janggal untuk menggunakan perkataan tersebut sedangkan perkataan itu sebenarnya wujud dan sering digunakan dalam bidang-bidang lain. Rancangan pengajaran harian (RPH) adalah satu rancangan pengajaran yang wajib disediakan oleh semua guru-guru. Melalui kerja kursus ini juga, saya turut mendapat pendedahan tentang cara membuat RPH dan mengajar mata pelajaran kesusasteraan dengan mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik yang telah saya pelajari. Selain itu, kolaborasi dan kerjasama antara saya dan rakan-rakan saya Aminuddin dan Izzul Imran membuatkan RPH yang disediakan kelihatan begitu menarik dan menyeronokkan. Selain itu, gandingan idea-idea daripada kami bertiga juga membuatkan RPH tersebut menepati kehendak soalan kerja kursus ini. Setiap langkah yang dirancang dalam RPH tersebut menerapkan unsur-unsur dan nilai-nilai yang boleh mencapai tujuan sebenar pengajaran Komsas diwujudkan di sekolah. Kemahiran-kemahiran dan pengetahuan ini seharusnya diketahui dan dikuasai oleh semua guru-guru khususnya yang mengajar Bahasa Melayu kerana bukan sahaja mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan, bahkan juga mampu menjadikan pengajaran mencapai objektif dengan lebih berkesan. Akhir sekali, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas keizinan-Nya, saya bersama-sama ahli kumpulan saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya kerana memberikan kerjasama yang padu sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada pihak-pihak lain yang membantu sama ada secara langsung mahupun tidak.
  • 14. Bibliografi Kamarudin Hj. Husin (1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti (Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu). Pulau Pinang. Cerdik Publiction Sdn. Bhd. Mina Sikana (1998) Kritkan Sastera Moden, Teori dan Pendekatan. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti