SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Laras Bahasa Sastera


1.0   Pengenalan
  Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif dan laras
  bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera.
  Laras bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya
  cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman
  pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan
  mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan
  saluran      untuk       mengungkapkan             ekspresi      dan      pemikiran,
  memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu
  bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga. Karya kreatif ini biasanya
  wujud dalam bentuk-bentuk prosa (cerita, cerpen dan novel), puisi (syair,
  pantun, sajak) dan drama (filem, teater, dan pementasan).

  Laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera lazimnya
  wujud dalam bentuk kritikan sastera dan ulasan buku. Bidang yang
  sering diperkatakan termasuklah plot, tema, teknik, latar, sudut
  pandangan,      watak     dan     perwatakan.       Laras     bahasa    sastera     ini
  memperlihatkan ciri-cirinya yang tersendiri.

  Laras bahasa sastera yang bermutu tinggi memerlukan kejelasan,
  perpautan, kesatuan serta bentuk gaya yang dipelbagaikan. Penggunaan
  bahasanya bermula daripada fonem, iaitu satu unit linguistik yang
  terkecil (melibatkan unsur aliterasi, dan asonansi), kemudian pemilihan
  kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas. Unsur-unsur
  inilah yang berperanan bagi mengungkapkan penulisan yang bermutu,
  berkesan serta indah.
2.0 Ciri-ciri Laras Bahasa Sastera
a) Perbendaharaan Kata / Istilah
Penggunaan perbendaharaan kata dalam laras bahasa kreatif mudah
difahami. Laras kreatif ini tidak mengandungi istilah teknikal. Perkataan
pinjaman juga tidak banyak digunakan. Kadang-kadang terdapat
penggunaan kata-kata yang berunsur ketaksaan dengan tujuan untuk
menimbulkan kekaburan atau kesamaran yang memperlihatkan nilai
seni dan estetika. Oleh itu, terdapat beberap perkataan untuk satu
pengertian, sama ada perkataan itu yang membawa makna yang sama
atau perkataan yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa
konotasi yang sama dengan maksud yang hendak disampaikan.

Namun demikian, laras ilmiah yang memperkatakan bidang sastera
mengandungi istilah-istilah teknikal yang mempunyai makna yang
khusus. Istilah-istilah ini bersifat teknikal dan digunakan dalam
memperkatakan aspek-aspek tertentu yang berkaitan dengan karya
sastera. Penggunaan istilah-istilah ini menjadi penanda laras bahasa
sastera yang nyata. Istilah tersebut tidak digunakan dalam bidang ilmu
yang lain. Contohnya istilah Imbas kembali, Imbas muka, watak
protoganis,   dialog,   sudut   pandangan    orang   ketiga,   hiperbola,
personifikasi, klimaks, tema, analogi, rima dan sebagainya.

b)   Tatabahasa
Dari segi tatabahasa, morfologi dan sintaksis merupakan aspek yang
penting dalam laras bahasa sastera. Aspek morfologi merangkumi
pengimbuhan, manakala aspek sintaksis meneliti penggunaan bentuk,
struktur, dan binaan ayat.

Pengimbuhan dalam karya-karya sastera mencakupi bentuk imbuhan
awalan, apitan, dan sisipan. Ayatnya pula terdiri daripada pelbagai
ragam, ada ayat tergantung, dan ayat susunan songsang.
Selain itu, unsur penggandaan dan klitik „ku‟, „mu‟, dan „kau‟ juga lazim
digunakan.

Contoh tatabahasa:

Contoh 1:

Betapa tidak rugi, bapa, kerana bagi berpindah daripadanya itu tiadalah
menaruh beberapa keberatan dan kerugian lain daripada ditakuti
khayal-khayal yang tidak berhakikat yang tidak bermakna, istimewa
bahawa government kita telah berlelah paya dan telah berugi-rugi
mengusahakan beberapa sebab-sebab yang boleh menjadi contoh
perbandingan dan yang boleh menjadi iktibar seperti sekolah-sekolah
dan lain-lain sebagainya.
                                  (Petikan daripada novel lakah Salmah)

Contoh 2:

“Pak cik masih mengharapkan keadaan yang harmoni dalam rumah.
Rumah itu diduduki dengan doa selamat. Jangan wujudkan sebarang
gejala yang bertentangan dengan kesucian doa itu.” Pak cik
menyudahkan pesannya.
               (Petikan daripada novel Norhana, karya Rahman Shaari)

Contoh 3:

pulangkan kembali
pada saat ini
gerak yang sejak dulu kaukumpul
warna-warna yang kautusuk ke dada dinding
kata-kata yang kaubenam ke mulut almari
garis-garis yang lemas
titik-titik yang kering
ke tempat asalnya.
           (Petikan daripada sajak Pulangkan Kembali karya Latiff Mohidin)

c)   Gaya bahasa
Gaya bahasa laras bahasa sastera memperlihatkan manipulasi struktur
sintaksis, pemilihan bahasa figurative, ungkapan, peribahasa, kiasan
dan sindiran serta unsur-unsur stilistik yang lain. Bentuk dialog juga
boleh digunakan.

 Contoh gaya bahasa:
Contoh 1 (Ayat bersifat konotasi):
“Hari telah tua. Air sungai Usar menerima pantulan sepah matahari sore
yang merah pekat, juga warna kelam pangkal malam.”
                      (Petikan daripada novel Arus, karya Anwar Ridhwan)

Contoh 2 (Ayat pendek, tegas dan pengulangan):

Gagasan tentang tamu:
Tamunya kali ini seorang yang agung
Tamu itu juga pelanggannya
Langganan yang diimpikannya selama ini.
Sekalipun cukuplah kunjungan tamu agung
itu kepadanya.
Tamu itu seorang menteri.
     (Petikan daripada cerpen Tamunya Seorang Menteri, karya S.Othman
                                                              Kelantan)

Contoh 3 (Penggunaan Personifikasi dan Metafora):

“…gema itu tending-menendang, berpuing-puing mencetuskan bahana-
bahana yang lain. Bahana-bahana itu terus beranak dan
bercucu…seribu garis bahana menyirat dinding-dinding tengkoraknya
yang besar.”
             (Petikan daripada novel Daerah Zeni, karya A.Samad Said)

Contoh 4 (Kiasan dan Sindiran):

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
                                                        (Pantun Melayu)

3.0 Kesimpulan


Sebagai kesimpulan, sesuatu laras bahasa merupakan satu variasi
bahasa yang dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan ayat yang
dituturkan atau ditulis bergantung kepada siapa kita berhubung, cara
kita berhubung dan bidang pengkhususan yang diperkatakan.


Bagi laras bahasa sastera, laras ini mempunyai perbezaan yang amat
jauh dengan laras bahasa saintifik. Oleh itu, ciri-ciri khusus bahasa
teknikal seperti penggunaan gambar rajah, graf, jadual, carta dan lain-
lain tidak terdapat dalam laras bahasa sastera. Sebaliknya, unsur-unsur
ketaksaan, iaitu kekaburan dan ketidakjelasan sengaja dimasukkan
bagi pembaca membuat tafsiran masing-masing.
http://retibasa.blogspot.com/2010/08/laras-bahasa-sastera.html#more




Teknik Pengajaran Komsas / Sastera / Bahasa

Teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang dimaksudkan adalah seperti
yang berikut:

(a) Teater Pembaca
(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas
(h) Peta Minda
(i) Improvisasi
(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi


(a) Teater Pembaca

• Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di
hadapan kelas.
• Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka
sahaja.
• Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita
itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.
• Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang
dijalankan.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

(b) Teater Bercerita

• Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang
pelakon.
• Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak
dalam cerita tersebut.
• Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
• Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(c) Persidangan Meja Bulat
• Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
• Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan
seorang pencatat.
• Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.
• Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan
dijalankan.
• Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.
• Masa perbincangan 15 – 20 minit.
• Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(d) Monodrama
• Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)
• Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
• Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan
peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.
• Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan
perwatakan individu lain.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(e) Balang Kaca
• Seorang murid berlakon sebagai watak utama.
• Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak
utama.
• Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
• Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik
muka, gerak tubuh dan sebagainya.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(f) Kerusi Panas
• Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.
• Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
• Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak
berkenaan.
• Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang
sedang dilakonkannya.
• Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan
Grafik (LPG) yang disediakan.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(g) Improvisasi
• Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau
situasi sebenar.
• Dijalankan dalam kumpulan antara 2 – 5 orang murid.
• Mereka diberi masa 10 – 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(h) Stesen
• Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen.
• Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
• Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(i) Peta Minda
• Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta
minda.
• Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri
membina peta minda itu.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(j) Mestamu
• Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
• Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu
itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.
• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan
seloka.

(k) Dekon
• Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
• Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan
maksud sajak/puisi
• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk sajak.

(l) Adaptasi
• Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre.
Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama
berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel.
• Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Guru-guru bolehlah mencuba teknik-teknik yang telah dikemukakan tadi semasa
mengajarkan komsas di dalam kelas. Semoga teknik tersebut tidak
membosankan murid malahan boleh menarik minat dan perhatian mereka untuk
mempelajari komsas dan sastera secara amnya. Di samping itu, pakar-pakar
kemahiran belajar mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Pembelajaran yang
menarik pula sudah tentu akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap
pengetahuan murid. Diharapkan juga agar minat murid-murid tersebut
disuburkan oleh guru yang mengajarkan komsas dengan memberikan bimbingan
bukan sahaja untuk mengkaji aspek sastera malahan berupaya untuk
menghasilkan karya sastera seperti sajak, pantun, gurindam, cerpen dan novel.


http://retibasa.blogspot.com/2010/08/teknik-pengajaran-komsas-sastera-bahasa.html




Memahami Istilah Sastera


Cikgu Mohd Khir Kassim


Asonansi – pengulangan bunyi huruf vokal, iaitu a, e, i, o, u yang sama dalam
satu baris.

Babak – bahagian utama dalam satu drama atau lakonan yang terdiri daripada
adegan.

Bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan
kerabat diraja.

Bahasa kiasan – pengg unaan kiasan atau perbandingan untuk menimbulkan
kesan.

Bait – bahagian dalam sajak, rangkap

Balada – puisi naratif yang romantis

Cerita asal usul – cerita yang menerangkan asal usul atau perkara-perkara yang
berkaitan dengan kehidupan manusia


Cerita penglipur lara – suatu bentuk cerita rakyat yang asalnya disampaikan
oleh tukang cerita secara lisan

Cerita rakyat – cerita yang dituturkan secara lisan dan terkenal dalam
masyarakat
Melayu tradisional
Dialek – loghat atau pelat daerah

Diksi – pemilihan dan penggunaan kata-kata dalam penulisan

Drama – karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, televisyen,
atau sandiwara

Epifora – pengulangan kata-kata pada akhir baris puisi untuk penegasan

Epik – prosa atau puisi panjang yang mengisahkan kepahlawanan tokoh penting
yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau negara

Episod – sebahagian cerita daripada cerita yang lebih besar dalam karya sastera
atau drama

Gaya bahasa – susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha
mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya

Genre – jenis, bidang, atau cabang sastera atau seni

Gurindam - puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya terbina daripada dua
baris maksud dan mempunyai rima akhir aa

Hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara melampau
atau berlebih-lebihan

Imbas kembali – teknik plot atau cerita yang memperlihatkan peristiwa-
peristiwa yang terdahulu dan dikenang atau diingat semula

Imbas muka – teknik plot atau cerita yang memungkinkan pembaca
meramalkan atau menjangkakan sesuatu yang akan berlaku

Imej – gambaran yang timbul kesan daripada penggunaan kata-ungkapan, dan
ayat dalam puisi

Imejan – bayangan tentang sesuatu yang dapat dikesan melalui pancaindera

Inversi – keterbalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim

Klimaks/kemuncak – bahagian dalam cerita yang paling menarik atau penting
daripada
bahagian-bahagian lain

Konflik – ketegangan atau pertentangan antara dua watak

Kronologi – susunan atau urutan peristiwa mengikut masa
Latar – keterangan mengenai waktu, ruang, atau masyarakat yang terjadinya
sesuatu peristiwa itu berlaku

Latar masa – gambaran tentang zaman, era, sejarah atau musim sesuatu
peristiwa itu berlaku

Latar tempat – gambaran tentang tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu
berlaku

Latar masyarakat – gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup
masyarakat dalam sesuatu cerita seperti pekerjaan, agama, amalan, sikap, dan
sebagainya

Mesej – segala yang berupa gagasan, pengajaran, amanat, atau teladan yang
hendak disampaikan

Metafora – sejenis bahasa perbandingan yang membandingkan sesuatu dengan
menggunakan kata konkrit dengan kata abstrak atau perbandingan langsung
yang tidak menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama, persis, laksana dan
macam

Monolog dalaman – rakaman pengalaman atau emosi watak yang berlaku hanya
dalam fikiran atau dalam hati watak serta tidak disuarakan

Monolog – pembicaraan yang dilakukan dengan diri sendiri, cetusan rasa atau
suara hati yang terluah tanpa disedari

Nada – perasaan atau emosi penyair atau penyajak yang mempengaruhi bunyi
dari segi tinggi rendahnya tekanan suara

Paradoks – pernyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya
mengandung kebenaran dengan pendapat umum yang realiti

Peleraian – peringkat akhir dalam binaan plot dalam sesuatu cerita;
penyelesaian suatu cerita dalam karya

Pengajaran – suatu perkara yang berkaitan dengan nilai murni yang dapat
mengajar manusia supaya berbuat baik dan meninggalkan yang jahat

Pengulangan – hal berulang-ulangnya kata, ungkapan, baris, atau rangkap

Persoalan – perkara-perkara utama yang ingin disampaikan oleh pengarang bagi
memantap tema

Personifikasi – pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang,
tumbuh-tumbuhan, keadaan atau peristiwa.

Perwatakan – gambaran sifat-sifat luaran dan dalam sesuatu watak

Plot – rentetan atau urutan peristiwa yang berdasarkan sebab dan akibat

Prosa – sebarang bentuk tulisan atau karangan yang mempunyai corak atau
gambaran yang tertentu

Puisi – suatu bentuk tulisan yang berirama dan dilahirkan melalui tanggapan
yang penuh imaginatif daripada penyair atau penyajak

Rangkap – beberapa baris yang merupakan satu kesatuan dalam puisi

Repitasi – pengulangan bahagian ayat yang dianggap penting bagi menunjukkan
penegasan yang dikehendaki

Responsi – pengulangan kata di tengah baris pantun atau sajak

Rima – keselarasan bunyi pada suku kata terakhir dalam sesuatu baris puisi atau
rangkap

Romantis – nada yang perlahan dan penuh dengan kelembutan dan kasih saying

Sampiran – pembayang maksud bagi pantun

Saspens – unsure ketegangan yang berlaku hasil daripada konflik-konflik yang
ditimbulkan oleh watak dalam cerita yang menyebabkan pembaca tertanya-
tanya

Seloka – puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya mempunyai bilangan baris
maksud yang bebas dan rima akhirnya juga tidak terikat.

Simbol – lambang-lambang tertentu yang digunakan untuk menggambarkan
sesuatu maksud

Simile – perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan
atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama,
macam dan persis

Sinkof – penyingkatan kata

Sinopsis – ringkasan cerita atau sesuatu perkara penting dalam sesebuah cerita

Subplot – plot sampingan kepada plot utama
Sudut pandangan – cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika
mengembangkan sesuatu plot

Syair - puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya terbina daripada empat baris
maksud dan mempunyai rima akhir aaaa.

Tema – gagasan, fikiran, atau persoalan utama yang ingin disampaikan oleh
pengarang

Watak – pelaku yang menggerakkan atau menghidupkan cerita dalam karya

Watak antagonis- watak dalam karya yang merupakan penentang watak utama

Watak bulat/bundar – watak yang aktif ,iaitu ada perubahan pada
fikiran ,aksi ,atau
perwatakannya dari semasa ke semasa

Watak dinamik – watak yang bergerak bukan saja dari segi fizikal tetapi juga
dari segi
pemikirannya

Watak kodi – watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat

Watak pipih/statik – watak yang tidak menampakkan sebarang perubahan dari
mula hingga akhir cerita

Watak protagonis –watak utama ,iaitu watak dasar atau watak pusat yang
berperanan penting dalam cerita

Watak putih – watak yang senantiasa melakukan tindakan yang positif dan baik

Watak sampingan – watak pembantu yang membantu watak utama dalam suatu
cerita

Watak utama – watak yang berperanan paling penting dalam cerita dan
menggerakkan
keseluruhan cerita.
PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS: KAEDAH GLOBAL

Oleh; Mohd Imran Sofwani, Khairudin Ruslee dan Mohd Khairi Ariffin

Pengenalan
Sastera merupakan satu bidang yang amat unik. Keunikan bidang sastera akan
dirasai apabila kita menyelami dunia sastera bersama-sama dengan tokoh-tokoh
sastera ataupun dengan tokoh kritikan. Akan tetapi, anak muda masa kini
terutama yang melibat pelajar ipt sekarang kurang meminati bidang sastera.
Namun, semua ini bukanlah satu penghalang kepada kumpulan kami untuk
menyelami bidang sastera seterusnya menyiapkan tugasan ringkas yang telah
diberikan kepada kami. Setelah diundi, kami telah bernasib baik kerana
dihadiahkan tajuk pendekatan memahami teks melalui kaedah global. Jadi,
pada bahagian seterusnya kami akan menghuraikan serba sedikit perihal kaedah
global beserta contoh-contoh yang bersesuai.




Konsep Pendekatan
Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi
melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,1998). Definisi yang diberikan oleh
Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin
untuk situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik
yang timbul dan berbagai-bagai lagi.

Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan dalam konteks
pendidikan. Takrifan pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu cara
mendekati sesuatu atau perihal mendekati. Bagi lebih memahami, ita lihat
contohterdekat dengan kita iaitu objektif pembelajaran. Bagi mencapai
objektif pembelajaran, seseorang guru perlu menggunakan beberapa
pendekatan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan muridnya. Menurut
Gestalt, situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian
mempelajari elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima
sebagai sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk
pendekatan. Dalam istilah yang lebih mudah ialah pendekatan merujuk kepada
cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

Definisi Kaedah Global
Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya
berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan
situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan
(permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Ciri-Ciri Global
Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :-
• aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan
    perasaan.
    • aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.
    • aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

    Pelaksanaan Kaedah Global
    1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
    2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya
    sastera.
    3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan
    gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
    4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-
    • lakonan berasaskan gambar
    • lakonan berasaskan skrip
    • lakonan guna topeng
    • lakonan guna cerita berlagu




    Fungsi sastera membentuk negara bangsa



1. Berfungsi sebagai protes/kritikan sosial


·   Karya-karya berbentuk satira (sindiran)


·     Dalam cerita contohnya Hang Tuah dipanggil alegori-menceritakan tentang kisah
    sosial masyarakat/golongan istana pada masa itu.


·   Menyindir kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat tidak kira lapisan


·    Berikan contoh-contoh karya novel, cerpen, puisi berkaitan – novel Shahnon Ahmad –
    puisi-T. Alias Taib, J.M Aziz



2. Menawarkan gagasan idea dan pemikiran


·     Menyalurkan idea dan fikiran untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat
    terhadap sesuatu perkara
·    Zaman sebelum perang – semangat menentang penjajah-nyatakan contoh


·    Semangat nasionalisme – nyatakan contoh


·    Berikan contoh-contoh berdasarkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan dalam setiap
    huraian


3. Memberikan pengajaran/ unsur deduktik


·   Karya sastera yang mempunyai unsur-unsur pengajaran sama ada mengajar secara
    langsung ataupun secara tidak langsung melalui watak-watak binatang



·    Sastera rakyat


·    Berikan contoh-contoh berdasarkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan dalam setiap
    huraian



4. Menjadi bahan hiburan


·    Karya-karya yang berkisar tentang kehidupan masyarakat pada masa itu yang boleh
    dijadikan hiburan setelah melaksanakan tanggungjawab seharian.


·    Karya-karya yang boleh memberikan hiburan kepada pembaca


·    Cerita-cerita jenaka – hiburan yang macam mana dan contoh

·    Berikan contoh-contoh berdasrkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan



5. Menyeimbangkan sosial dan politik negara


·    Karya-karya sastera yang membicarakan persoalan-persoalan berkaitan perpaduan
    kaum, fahaman politik secara tidak langsung menyedarkan masyarakat tentang
    pentingnya perpaduan dan kesefahaman dalam masyarakat

·    Contoh-contoh karya novel, cerpen, puisi berkaitan
6. Mencerminkan estetika dan nilai budaya

·    Nyatakan nilai estetika dalam karya sastera yang dapat membentuk negara bangsa
    dan contoh karya

·   Nyatakan nilai budaya dan contoh


         7. Memberikan pendidikan dan ilmu


·    Nyatakan bagaimana dalam karya sastera dapat memberikan pendidikan dan ilmu
    kepada masyarakat untuk membina negara bangsa

         8. Menambahkan khazanah intelektual


    Bagaimana khazanah intelektual     (karya   sastera)   dapat   menyumbang   kepada
    pembentukan negara bangsa.

More Related Content

What's hot

Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3pikaapull
 
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Nicholas Lidang Mud
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
laras bahasa
 laras bahasa laras bahasa
laras bahasaJenny 美
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3hamali yusof
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kataAsri Mohad
 
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuNur Farahin Samsudin
 
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpmbahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpmsakiminie
 
Laras Bahasa Iklan.
Laras Bahasa Iklan. Laras Bahasa Iklan.
Laras Bahasa Iklan. kamilahNur
 
Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2nurAkhma
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaNicholas Lidang Mud
 

What's hot (20)

Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
 
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Ragam bahasa
Ragam bahasaRagam bahasa
Ragam bahasa
 
laras bahasa
 laras bahasa laras bahasa
laras bahasa
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
Bm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorikBm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorik
 
Laras bahasa sains
Laras bahasa sainsLaras bahasa sains
Laras bahasa sains
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
LARAS BAHASA.pptx
LARAS BAHASA.pptxLARAS BAHASA.pptx
LARAS BAHASA.pptx
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
 
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
 
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpmbahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
 
Retorik
RetorikRetorik
Retorik
 
Laras Bahasa Iklan.
Laras Bahasa Iklan. Laras Bahasa Iklan.
Laras Bahasa Iklan.
 
Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2Kata tugas stpm penggal 2
Kata tugas stpm penggal 2
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 

Viewers also liked

Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamtdub
 
Kertas kerja program bulan bahasa
Kertas kerja program bulan bahasaKertas kerja program bulan bahasa
Kertas kerja program bulan bahasaZamelia Rain
 
perbandingan laras bahasa iklan produk dan perkhidmatan
perbandingan laras bahasa iklan produk dan perkhidmatanperbandingan laras bahasa iklan produk dan perkhidmatan
perbandingan laras bahasa iklan produk dan perkhidmatanwan izzati
 
Bab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahBab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahSiti Mariah
 
Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuElyn Eveline
 
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikanRancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikanMohd Syafiq A. Ghani
 
Protokol dalam pengurusan majlis
Protokol dalam pengurusan majlis Protokol dalam pengurusan majlis
Protokol dalam pengurusan majlis Aidil Syazwan
 
Kertas cadangan minggu bm 2014
Kertas cadangan minggu bm 2014Kertas cadangan minggu bm 2014
Kertas cadangan minggu bm 2014ivodan
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda WacanaDania
 

Viewers also liked (20)

Laras bahasa sastera
Laras bahasa sastera Laras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Aplikasi L Bahasaȱ
Aplikasi L BahasaȱAplikasi L Bahasaȱ
Aplikasi L Bahasaȱ
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklan Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
Assgmnt pantun
Assgmnt pantunAssgmnt pantun
Assgmnt pantun
 
Kertas kerja program bulan bahasa
Kertas kerja program bulan bahasaKertas kerja program bulan bahasa
Kertas kerja program bulan bahasa
 
perbandingan laras bahasa iklan produk dan perkhidmatan
perbandingan laras bahasa iklan produk dan perkhidmatanperbandingan laras bahasa iklan produk dan perkhidmatan
perbandingan laras bahasa iklan produk dan perkhidmatan
 
Bab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahBab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwah
 
Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayu
 
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikanRancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
 
Apa itu komunikasi
Apa itu komunikasiApa itu komunikasi
Apa itu komunikasi
 
Protokol dalam pengurusan majlis
Protokol dalam pengurusan majlis Protokol dalam pengurusan majlis
Protokol dalam pengurusan majlis
 
Kertas cadangan minggu bm 2014
Kertas cadangan minggu bm 2014Kertas cadangan minggu bm 2014
Kertas cadangan minggu bm 2014
 
Contoh nota kaki & apa
Contoh nota kaki & apaContoh nota kaki & apa
Contoh nota kaki & apa
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 
Interpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonalInterpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonal
 

Similar to Laras bahasa sastera

Unsur intrinsik puisi, prosa, drama (Bahasa Indonesia)
Unsur intrinsik puisi, prosa, drama (Bahasa Indonesia)Unsur intrinsik puisi, prosa, drama (Bahasa Indonesia)
Unsur intrinsik puisi, prosa, drama (Bahasa Indonesia)Vivi Silvia
 
Rpp membaca puisi
Rpp membaca puisiRpp membaca puisi
Rpp membaca puisiiyan sopyan
 
Analisis stilistika cerpen celoteh sepatu karya
Analisis stilistika cerpen celoteh sepatu karyaAnalisis stilistika cerpen celoteh sepatu karya
Analisis stilistika cerpen celoteh sepatu karyamurhqahmohdneng
 
Pgjrn Puisi Mly Moden
Pgjrn Puisi Mly ModenPgjrn Puisi Mly Moden
Pgjrn Puisi Mly ModenAwang Kelabu
 
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM PUISI
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM PUISIANALISIS GAYA BAHASA DALAM PUISI
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM PUISIBella Kriwangko
 
Diksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasaDiksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasaBaihakiPLS
 
kajian stilistika
kajian stilistika kajian stilistika
kajian stilistika Oyax Ruqoyah
 
Linguistik trapan analisis semiotika
Linguistik trapan analisis semiotikaLinguistik trapan analisis semiotika
Linguistik trapan analisis semiotikaRiska sasaka
 
Soal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ips
Soal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ipsSoal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ips
Soal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ipsCyka Chairunissa
 
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdfSalindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdfGalehPramudianto
 
Difinasi sastera
Difinasi sasteraDifinasi sastera
Difinasi sasteraAyah Ma
 
PBS Bahasa Melayu 2012/2013
PBS Bahasa Melayu 2012/2013PBS Bahasa Melayu 2012/2013
PBS Bahasa Melayu 2012/2013Zhafran Zhafran
 

Similar to Laras bahasa sastera (20)

Unsur intrinsik puisi, prosa, drama (Bahasa Indonesia)
Unsur intrinsik puisi, prosa, drama (Bahasa Indonesia)Unsur intrinsik puisi, prosa, drama (Bahasa Indonesia)
Unsur intrinsik puisi, prosa, drama (Bahasa Indonesia)
 
Rpp membaca puisi
Rpp membaca puisiRpp membaca puisi
Rpp membaca puisi
 
Analisis stilistika cerpen celoteh sepatu karya
Analisis stilistika cerpen celoteh sepatu karyaAnalisis stilistika cerpen celoteh sepatu karya
Analisis stilistika cerpen celoteh sepatu karya
 
Pgjrn Puisi Mly Moden
Pgjrn Puisi Mly ModenPgjrn Puisi Mly Moden
Pgjrn Puisi Mly Moden
 
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM PUISI
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM PUISIANALISIS GAYA BAHASA DALAM PUISI
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM PUISI
 
Diksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasaDiksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasa
 
kajian stilistika
kajian stilistika kajian stilistika
kajian stilistika
 
seminar proposal.pptx
seminar proposal.pptxseminar proposal.pptx
seminar proposal.pptx
 
Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140
 
Segi-segi Sastra Bandingan
Segi-segi Sastra BandinganSegi-segi Sastra Bandingan
Segi-segi Sastra Bandingan
 
Linguistik trapan analisis semiotika
Linguistik trapan analisis semiotikaLinguistik trapan analisis semiotika
Linguistik trapan analisis semiotika
 
cerpen Kelompok 5
cerpen Kelompok  5   cerpen Kelompok  5
cerpen Kelompok 5
 
Grafik komsas
Grafik komsasGrafik komsas
Grafik komsas
 
Soal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ips
Soal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ipsSoal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ips
Soal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ips
 
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYUGENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYUKESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
 
Penerjemahan sastra
Penerjemahan sastraPenerjemahan sastra
Penerjemahan sastra
 
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdfSalindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
 
Difinasi sastera
Difinasi sasteraDifinasi sastera
Difinasi sastera
 
PBS Bahasa Melayu 2012/2013
PBS Bahasa Melayu 2012/2013PBS Bahasa Melayu 2012/2013
PBS Bahasa Melayu 2012/2013
 

Laras bahasa sastera

  • 1. Laras Bahasa Sastera 1.0 Pengenalan Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif dan laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera. Laras bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga. Karya kreatif ini biasanya wujud dalam bentuk-bentuk prosa (cerita, cerpen dan novel), puisi (syair, pantun, sajak) dan drama (filem, teater, dan pementasan). Laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera lazimnya wujud dalam bentuk kritikan sastera dan ulasan buku. Bidang yang sering diperkatakan termasuklah plot, tema, teknik, latar, sudut pandangan, watak dan perwatakan. Laras bahasa sastera ini memperlihatkan ciri-cirinya yang tersendiri. Laras bahasa sastera yang bermutu tinggi memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk gaya yang dipelbagaikan. Penggunaan bahasanya bermula daripada fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi, dan asonansi), kemudian pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas. Unsur-unsur inilah yang berperanan bagi mengungkapkan penulisan yang bermutu, berkesan serta indah.
  • 2. 2.0 Ciri-ciri Laras Bahasa Sastera a) Perbendaharaan Kata / Istilah Penggunaan perbendaharaan kata dalam laras bahasa kreatif mudah difahami. Laras kreatif ini tidak mengandungi istilah teknikal. Perkataan pinjaman juga tidak banyak digunakan. Kadang-kadang terdapat penggunaan kata-kata yang berunsur ketaksaan dengan tujuan untuk menimbulkan kekaburan atau kesamaran yang memperlihatkan nilai seni dan estetika. Oleh itu, terdapat beberap perkataan untuk satu pengertian, sama ada perkataan itu yang membawa makna yang sama atau perkataan yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud yang hendak disampaikan. Namun demikian, laras ilmiah yang memperkatakan bidang sastera mengandungi istilah-istilah teknikal yang mempunyai makna yang khusus. Istilah-istilah ini bersifat teknikal dan digunakan dalam memperkatakan aspek-aspek tertentu yang berkaitan dengan karya sastera. Penggunaan istilah-istilah ini menjadi penanda laras bahasa sastera yang nyata. Istilah tersebut tidak digunakan dalam bidang ilmu yang lain. Contohnya istilah Imbas kembali, Imbas muka, watak protoganis, dialog, sudut pandangan orang ketiga, hiperbola, personifikasi, klimaks, tema, analogi, rima dan sebagainya. b) Tatabahasa Dari segi tatabahasa, morfologi dan sintaksis merupakan aspek yang penting dalam laras bahasa sastera. Aspek morfologi merangkumi pengimbuhan, manakala aspek sintaksis meneliti penggunaan bentuk, struktur, dan binaan ayat. Pengimbuhan dalam karya-karya sastera mencakupi bentuk imbuhan awalan, apitan, dan sisipan. Ayatnya pula terdiri daripada pelbagai ragam, ada ayat tergantung, dan ayat susunan songsang.
  • 3. Selain itu, unsur penggandaan dan klitik „ku‟, „mu‟, dan „kau‟ juga lazim digunakan. Contoh tatabahasa: Contoh 1: Betapa tidak rugi, bapa, kerana bagi berpindah daripadanya itu tiadalah menaruh beberapa keberatan dan kerugian lain daripada ditakuti khayal-khayal yang tidak berhakikat yang tidak bermakna, istimewa bahawa government kita telah berlelah paya dan telah berugi-rugi mengusahakan beberapa sebab-sebab yang boleh menjadi contoh perbandingan dan yang boleh menjadi iktibar seperti sekolah-sekolah dan lain-lain sebagainya. (Petikan daripada novel lakah Salmah) Contoh 2: “Pak cik masih mengharapkan keadaan yang harmoni dalam rumah. Rumah itu diduduki dengan doa selamat. Jangan wujudkan sebarang gejala yang bertentangan dengan kesucian doa itu.” Pak cik menyudahkan pesannya. (Petikan daripada novel Norhana, karya Rahman Shaari) Contoh 3: pulangkan kembali pada saat ini gerak yang sejak dulu kaukumpul warna-warna yang kautusuk ke dada dinding kata-kata yang kaubenam ke mulut almari garis-garis yang lemas titik-titik yang kering ke tempat asalnya. (Petikan daripada sajak Pulangkan Kembali karya Latiff Mohidin) c) Gaya bahasa Gaya bahasa laras bahasa sastera memperlihatkan manipulasi struktur sintaksis, pemilihan bahasa figurative, ungkapan, peribahasa, kiasan dan sindiran serta unsur-unsur stilistik yang lain. Bentuk dialog juga boleh digunakan. Contoh gaya bahasa: Contoh 1 (Ayat bersifat konotasi):
  • 4. “Hari telah tua. Air sungai Usar menerima pantulan sepah matahari sore yang merah pekat, juga warna kelam pangkal malam.” (Petikan daripada novel Arus, karya Anwar Ridhwan) Contoh 2 (Ayat pendek, tegas dan pengulangan): Gagasan tentang tamu: Tamunya kali ini seorang yang agung Tamu itu juga pelanggannya Langganan yang diimpikannya selama ini. Sekalipun cukuplah kunjungan tamu agung itu kepadanya. Tamu itu seorang menteri. (Petikan daripada cerpen Tamunya Seorang Menteri, karya S.Othman Kelantan) Contoh 3 (Penggunaan Personifikasi dan Metafora): “…gema itu tending-menendang, berpuing-puing mencetuskan bahana- bahana yang lain. Bahana-bahana itu terus beranak dan bercucu…seribu garis bahana menyirat dinding-dinding tengkoraknya yang besar.” (Petikan daripada novel Daerah Zeni, karya A.Samad Said) Contoh 4 (Kiasan dan Sindiran): Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbunga lagi, Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. (Pantun Melayu) 3.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulan, sesuatu laras bahasa merupakan satu variasi bahasa yang dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan ayat yang dituturkan atau ditulis bergantung kepada siapa kita berhubung, cara kita berhubung dan bidang pengkhususan yang diperkatakan. Bagi laras bahasa sastera, laras ini mempunyai perbezaan yang amat jauh dengan laras bahasa saintifik. Oleh itu, ciri-ciri khusus bahasa teknikal seperti penggunaan gambar rajah, graf, jadual, carta dan lain-
  • 5. lain tidak terdapat dalam laras bahasa sastera. Sebaliknya, unsur-unsur ketaksaan, iaitu kekaburan dan ketidakjelasan sengaja dimasukkan bagi pembaca membuat tafsiran masing-masing. http://retibasa.blogspot.com/2010/08/laras-bahasa-sastera.html#more Teknik Pengajaran Komsas / Sastera / Bahasa Teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut: (a) Teater Pembaca (b) Teater Bercerita (c) Persidangan Meja Bulat (d) Monodrama (e) Balang Kaca (f) Stesen (g) Kerusi Panas (h) Peta Minda (i) Improvisasi (j) Mestamu (k) Dekon (l) Adaptasi (a) Teater Pembaca • Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. • Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. • Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. • Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan. • Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik. (b) Teater Bercerita • Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. • Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. • Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
  • 6. • Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. • Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. (c) Persidangan Meja Bulat • Perbincangan dilakukan secara berkumpulan. • Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang pencatat. • Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru. • Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan dijalankan. • Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan. • Masa perbincangan 15 – 20 minit. • Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan. • Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera. (d) Monodrama • Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid) • Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih. • Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya. • Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain. • Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. (e) Balang Kaca • Seorang murid berlakon sebagai watak utama. • Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak utama. • Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama. • Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak tubuh dan sebagainya. • Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. (f) Kerusi Panas • Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak. • Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas. • Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan. • Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang dilakonkannya. • Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan Grafik (LPG) yang disediakan. • Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. (g) Improvisasi
  • 7. • Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar. • Dijalankan dalam kumpulan antara 2 – 5 orang murid. • Mereka diberi masa 10 – 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog. • Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. (h) Stesen • Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen. • Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru. • Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat. • Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera. (i) Peta Minda • Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda. • Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri membina peta minda itu. • Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera. (j) Mestamu • Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik. • Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari. • Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi. • Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka. (k) Dekon • Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi. • Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi • Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi. • Teknik ini sesuai untuk sajak. (l) Adaptasi • Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre. Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel. • Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid. • Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera. Guru-guru bolehlah mencuba teknik-teknik yang telah dikemukakan tadi semasa mengajarkan komsas di dalam kelas. Semoga teknik tersebut tidak membosankan murid malahan boleh menarik minat dan perhatian mereka untuk mempelajari komsas dan sastera secara amnya. Di samping itu, pakar-pakar kemahiran belajar mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang
  • 8. berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Pembelajaran yang menarik pula sudah tentu akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pengetahuan murid. Diharapkan juga agar minat murid-murid tersebut disuburkan oleh guru yang mengajarkan komsas dengan memberikan bimbingan bukan sahaja untuk mengkaji aspek sastera malahan berupaya untuk menghasilkan karya sastera seperti sajak, pantun, gurindam, cerpen dan novel. http://retibasa.blogspot.com/2010/08/teknik-pengajaran-komsas-sastera-bahasa.html Memahami Istilah Sastera Cikgu Mohd Khir Kassim Asonansi – pengulangan bunyi huruf vokal, iaitu a, e, i, o, u yang sama dalam satu baris. Babak – bahagian utama dalam satu drama atau lakonan yang terdiri daripada adegan. Bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja. Bahasa kiasan – pengg unaan kiasan atau perbandingan untuk menimbulkan kesan. Bait – bahagian dalam sajak, rangkap Balada – puisi naratif yang romantis Cerita asal usul – cerita yang menerangkan asal usul atau perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia Cerita penglipur lara – suatu bentuk cerita rakyat yang asalnya disampaikan oleh tukang cerita secara lisan Cerita rakyat – cerita yang dituturkan secara lisan dan terkenal dalam masyarakat Melayu tradisional
  • 9. Dialek – loghat atau pelat daerah Diksi – pemilihan dan penggunaan kata-kata dalam penulisan Drama – karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, televisyen, atau sandiwara Epifora – pengulangan kata-kata pada akhir baris puisi untuk penegasan Epik – prosa atau puisi panjang yang mengisahkan kepahlawanan tokoh penting yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau negara Episod – sebahagian cerita daripada cerita yang lebih besar dalam karya sastera atau drama Gaya bahasa – susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya Genre – jenis, bidang, atau cabang sastera atau seni Gurindam - puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya terbina daripada dua baris maksud dan mempunyai rima akhir aa Hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara melampau atau berlebih-lebihan Imbas kembali – teknik plot atau cerita yang memperlihatkan peristiwa- peristiwa yang terdahulu dan dikenang atau diingat semula Imbas muka – teknik plot atau cerita yang memungkinkan pembaca meramalkan atau menjangkakan sesuatu yang akan berlaku Imej – gambaran yang timbul kesan daripada penggunaan kata-ungkapan, dan ayat dalam puisi Imejan – bayangan tentang sesuatu yang dapat dikesan melalui pancaindera Inversi – keterbalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim Klimaks/kemuncak – bahagian dalam cerita yang paling menarik atau penting daripada bahagian-bahagian lain Konflik – ketegangan atau pertentangan antara dua watak Kronologi – susunan atau urutan peristiwa mengikut masa
  • 10. Latar – keterangan mengenai waktu, ruang, atau masyarakat yang terjadinya sesuatu peristiwa itu berlaku Latar masa – gambaran tentang zaman, era, sejarah atau musim sesuatu peristiwa itu berlaku Latar tempat – gambaran tentang tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku Latar masyarakat – gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup masyarakat dalam sesuatu cerita seperti pekerjaan, agama, amalan, sikap, dan sebagainya Mesej – segala yang berupa gagasan, pengajaran, amanat, atau teladan yang hendak disampaikan Metafora – sejenis bahasa perbandingan yang membandingkan sesuatu dengan menggunakan kata konkrit dengan kata abstrak atau perbandingan langsung yang tidak menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama, persis, laksana dan macam Monolog dalaman – rakaman pengalaman atau emosi watak yang berlaku hanya dalam fikiran atau dalam hati watak serta tidak disuarakan Monolog – pembicaraan yang dilakukan dengan diri sendiri, cetusan rasa atau suara hati yang terluah tanpa disedari Nada – perasaan atau emosi penyair atau penyajak yang mempengaruhi bunyi dari segi tinggi rendahnya tekanan suara Paradoks – pernyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan pendapat umum yang realiti Peleraian – peringkat akhir dalam binaan plot dalam sesuatu cerita; penyelesaian suatu cerita dalam karya Pengajaran – suatu perkara yang berkaitan dengan nilai murni yang dapat mengajar manusia supaya berbuat baik dan meninggalkan yang jahat Pengulangan – hal berulang-ulangnya kata, ungkapan, baris, atau rangkap Persoalan – perkara-perkara utama yang ingin disampaikan oleh pengarang bagi memantap tema Personifikasi – pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang,
  • 11. tumbuh-tumbuhan, keadaan atau peristiwa. Perwatakan – gambaran sifat-sifat luaran dan dalam sesuatu watak Plot – rentetan atau urutan peristiwa yang berdasarkan sebab dan akibat Prosa – sebarang bentuk tulisan atau karangan yang mempunyai corak atau gambaran yang tertentu Puisi – suatu bentuk tulisan yang berirama dan dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif daripada penyair atau penyajak Rangkap – beberapa baris yang merupakan satu kesatuan dalam puisi Repitasi – pengulangan bahagian ayat yang dianggap penting bagi menunjukkan penegasan yang dikehendaki Responsi – pengulangan kata di tengah baris pantun atau sajak Rima – keselarasan bunyi pada suku kata terakhir dalam sesuatu baris puisi atau rangkap Romantis – nada yang perlahan dan penuh dengan kelembutan dan kasih saying Sampiran – pembayang maksud bagi pantun Saspens – unsure ketegangan yang berlaku hasil daripada konflik-konflik yang ditimbulkan oleh watak dalam cerita yang menyebabkan pembaca tertanya- tanya Seloka – puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya mempunyai bilangan baris maksud yang bebas dan rima akhirnya juga tidak terikat. Simbol – lambang-lambang tertentu yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu maksud Simile – perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama, macam dan persis Sinkof – penyingkatan kata Sinopsis – ringkasan cerita atau sesuatu perkara penting dalam sesebuah cerita Subplot – plot sampingan kepada plot utama
  • 12. Sudut pandangan – cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika mengembangkan sesuatu plot Syair - puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya terbina daripada empat baris maksud dan mempunyai rima akhir aaaa. Tema – gagasan, fikiran, atau persoalan utama yang ingin disampaikan oleh pengarang Watak – pelaku yang menggerakkan atau menghidupkan cerita dalam karya Watak antagonis- watak dalam karya yang merupakan penentang watak utama Watak bulat/bundar – watak yang aktif ,iaitu ada perubahan pada fikiran ,aksi ,atau perwatakannya dari semasa ke semasa Watak dinamik – watak yang bergerak bukan saja dari segi fizikal tetapi juga dari segi pemikirannya Watak kodi – watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat Watak pipih/statik – watak yang tidak menampakkan sebarang perubahan dari mula hingga akhir cerita Watak protagonis –watak utama ,iaitu watak dasar atau watak pusat yang berperanan penting dalam cerita Watak putih – watak yang senantiasa melakukan tindakan yang positif dan baik Watak sampingan – watak pembantu yang membantu watak utama dalam suatu cerita Watak utama – watak yang berperanan paling penting dalam cerita dan menggerakkan keseluruhan cerita.
  • 13. PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS: KAEDAH GLOBAL Oleh; Mohd Imran Sofwani, Khairudin Ruslee dan Mohd Khairi Ariffin Pengenalan Sastera merupakan satu bidang yang amat unik. Keunikan bidang sastera akan dirasai apabila kita menyelami dunia sastera bersama-sama dengan tokoh-tokoh sastera ataupun dengan tokoh kritikan. Akan tetapi, anak muda masa kini terutama yang melibat pelajar ipt sekarang kurang meminati bidang sastera. Namun, semua ini bukanlah satu penghalang kepada kumpulan kami untuk menyelami bidang sastera seterusnya menyiapkan tugasan ringkas yang telah diberikan kepada kami. Setelah diundi, kami telah bernasib baik kerana dihadiahkan tajuk pendekatan memahami teks melalui kaedah global. Jadi, pada bahagian seterusnya kami akan menghuraikan serba sedikit perihal kaedah global beserta contoh-contoh yang bersesuai. Konsep Pendekatan Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,1998). Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin untuk situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik yang timbul dan berbagai-bagai lagi. Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan dalam konteks pendidikan. Takrifan pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu cara mendekati sesuatu atau perihal mendekati. Bagi lebih memahami, ita lihat contohterdekat dengan kita iaitu objektif pembelajaran. Bagi mencapai objektif pembelajaran, seseorang guru perlu menggunakan beberapa pendekatan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan muridnya. Menurut Gestalt, situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajari elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan. Dalam istilah yang lebih mudah ialah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Definisi Kaedah Global Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas. Ciri-Ciri Global Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :-
  • 14. • aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan perasaan. • aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara. • aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan Pelaksanaan Kaedah Global 1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru. 2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera. 3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak. 4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:- • lakonan berasaskan gambar • lakonan berasaskan skrip • lakonan guna topeng • lakonan guna cerita berlagu Fungsi sastera membentuk negara bangsa 1. Berfungsi sebagai protes/kritikan sosial · Karya-karya berbentuk satira (sindiran) · Dalam cerita contohnya Hang Tuah dipanggil alegori-menceritakan tentang kisah sosial masyarakat/golongan istana pada masa itu. · Menyindir kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat tidak kira lapisan · Berikan contoh-contoh karya novel, cerpen, puisi berkaitan – novel Shahnon Ahmad – puisi-T. Alias Taib, J.M Aziz 2. Menawarkan gagasan idea dan pemikiran · Menyalurkan idea dan fikiran untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap sesuatu perkara
  • 15. · Zaman sebelum perang – semangat menentang penjajah-nyatakan contoh · Semangat nasionalisme – nyatakan contoh · Berikan contoh-contoh berdasarkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan dalam setiap huraian 3. Memberikan pengajaran/ unsur deduktik · Karya sastera yang mempunyai unsur-unsur pengajaran sama ada mengajar secara langsung ataupun secara tidak langsung melalui watak-watak binatang · Sastera rakyat · Berikan contoh-contoh berdasarkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan dalam setiap huraian 4. Menjadi bahan hiburan · Karya-karya yang berkisar tentang kehidupan masyarakat pada masa itu yang boleh dijadikan hiburan setelah melaksanakan tanggungjawab seharian. · Karya-karya yang boleh memberikan hiburan kepada pembaca · Cerita-cerita jenaka – hiburan yang macam mana dan contoh · Berikan contoh-contoh berdasrkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan 5. Menyeimbangkan sosial dan politik negara · Karya-karya sastera yang membicarakan persoalan-persoalan berkaitan perpaduan kaum, fahaman politik secara tidak langsung menyedarkan masyarakat tentang pentingnya perpaduan dan kesefahaman dalam masyarakat · Contoh-contoh karya novel, cerpen, puisi berkaitan
  • 16. 6. Mencerminkan estetika dan nilai budaya · Nyatakan nilai estetika dalam karya sastera yang dapat membentuk negara bangsa dan contoh karya · Nyatakan nilai budaya dan contoh 7. Memberikan pendidikan dan ilmu · Nyatakan bagaimana dalam karya sastera dapat memberikan pendidikan dan ilmu kepada masyarakat untuk membina negara bangsa 8. Menambahkan khazanah intelektual Bagaimana khazanah intelektual (karya sastera) dapat menyumbang kepada pembentukan negara bangsa.