SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
Download to read offline
T o p ik 1 0                                    Aplikasi
                                                Laras
                                                Bahasa
        HASIL PEMBELAJARAN
   Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
   1.    Mengenal pasti laras bahasa dalam bentuk lisan;
   2.    Mengenal pasti laras bahasa dalam bentuk tulisan; dan
   3.    Melakukan penilaian dan penggayaan terhadap pembentukan soalan
         untuk menganalisis kesilapan pelajar dan membentuk pelajar yang
         mahir berbahasa Malaysia.


        PENGENALAN
Laras bahasa merupakan aspek yang penting
dalam menjelaskan variasi atau kelainan dalam
bahasa.   Dengan     wujudnya     pengetahuan
berkaitan sesuatu laras, seseorang pengguna
bahasa akan menggunakan laras yang sesuai
bagi menyampaikan buah fikiran atau maklumat
dengan tepat kepada sasaran. Selain itu juga,
pengetahuan berkaitan laras akan mendedahkan
kepada pengguna bahasa tentang wujudnya
pelbagai variasi bahasa dalam menyampaikan
maklumat      kepada     pengguna.     Dengan
menggunakan laras bahasa yang tepat, segala
maklumat dapat disampaikan dengan mudah
dan senang difahami.

Dalam     bidang    pengajaran     penulisan,
pengetahuan     berkaitan    laras    bahasa
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA      245




membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras-laras
tertentu dalam aktiviti penulisan mereka. Manakala dalam bentuk komunikasi
pula, pengetahuan berkaitan laras bahasa membolehkan seseorang pengguna
bahasa dapat menggunakan laras yang tepat semasa berkomunikasi. Selain itu
,pengetahuan mereka berkaitan laras, membolehkan seseorang pengguna bahasa
dapat berbahasa dengan baik dan berkesan.

Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan tentang aplikasi laras bahasa dalam
pengajaran penulisan dan komunikasi. Dengan pendedahan ini diharapkan
pelajar akan dapat mengetahui tentang aplikasi laras bahasa terutama yang
berkaitan dengan aktiviti penulisan dan berkomunikasi.


          SEMAK KENDIRI 10.1

   (a)    Apakah yang anda faham dengan laras bahasa lisan dan laras
          bahasa tulisan.?
   (b)    Adakah anda fikir laras bahasa ini dapat memberi maklumat yang
          penting bagi tujuan komunikasi dan penulisan?



10.1 LARAS BAHASA DALAM BENTUK LISAN
10.1.1        Sukan
Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), berpendapat laras sukan
ialah satu wacana tentang sukan. Setiap cabang sukan mempunyai istilahnya
sendiri. Sebagai contoh Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan daftar
istilah untuk isi cabang sukan yang dipertandingkan di Sukan Komanwel Kuala
Lumpur 1998. Istilah yang digunakan dalam laras sukan biasanya merujuk
peraturan-peraturan sukan yang dipertandingkan itu. Sebagai contoh dalam
perlawanan bola sepak dan hoki para pengulas sukan akan menggunakan
istilah-istilah sukan. Setiap laras bahasa mempunyai perbendaharaan kata yang
berbeza-beza terutamanya perkataan-perkataan khusus, struktur ayat serta cara
pengungkapan dan format yang digunakan. Contoh laras sukan adalah seperti
berikut.

         „Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang
         paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam
         permainan sukan berpasukan. Dalam sistem ini, setiap pasukan
         akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan
         yang lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing-
         masing. Dengan perkataan lain, mereka akan melawan dengan
         setiap ahli dalam kumpulannya. Dalam tem ini terdapat formula-
246        TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



         formula yang penting yang boleh dibuat sebagai panduan untuk
         menentukan jumlah peruntukan masa, pengadil, padang
         permainan dan kelengkapan yang diperlukan‰

Laras bahasa dalam lisan adalah seperti ulasan berita sukan, laporan sukan
antarabangsa dan sebagainya. Penggunaan laras bahasa dalam laras sukan
memerlukan perkataan perkataan yang berunsur kesukanan seperti liga, penalti,
pengadil,padang, gol, sepakan percuma, atlet, kad merah, kad kuning, balingan
ke dalam, tendangan gol, tendangan sudut, tendangan terus, tendangan tidak
terus,bagi perlawanan hoki antara istilah-istilah yang kerap digunakan ialah
kawasan D, pukulan penalti, sudut, gol padang, kad hijau dan sebagainya.
Laporan sukan banyak menggunakan ragam aktif dengan jenis ayat tunggal
yang pendek-pendek. Bagi khalayak khusus frasa dan ayat misalnya, bidang
undang-undang, banyak menggunakan frasa penerang atau keterangan dengan
ayat majmuk campuran. Biasanya pengulas sukan akan menggunakan bahasa
baku dan suara mereka harus jelas dan tepat. Bahasa yang digunakan juga
adalah tidak bercampur-campur dengan bahasa lain atau dalam istilah terkini
ialah bahasa rojak. Ini kerana berita adalah dalam situasi formal dan dalam
interaksi terbuka bukannya secara individu. Selain itu intonasi yang digunakan
juga harus berbeza-beza kerana perlu menyeimbangkannya dengan emosi
penonton dan pendengar. Hal ini kerana nada suara yang digunakan
memainkan peranan yang penting dalam ulasan perlawanan sesebuah sukan
atau berita sukan kerana berbeza dengan laporan berita semasa atau setempat.

Dalam ulasan berita sukan di televisyen, pengulas biasanya perlu bermain
dengan memek muka, nada suara yang betul manakala bagi pengulas sukan
radio mereka hanya perlu bermain dengan intonasi suara sahaja.

      Laporan Berita Sukan Radio
      Barrie Redfern (1985:157) menjelaskan laporan sukan dan berita kilat dikirim
      melalui pelbagai sumber. Berita kilat biasanya adalah berita terbaharu yang
      dibuat secara ringkas mengenai skor dan pembuat skor. Berita kilat ini
      membentuk satu corak di mana pemberita akan bergilir-gilir membuat
      laporan berita terbaru dalam rancangan sukan. Berita penting yang pertama
      ialah sama ada skor telah berubah dan apakah skor terbaru. Kemudian
      diberitakan mengenai pembuat skor, masa, dan butir-butir terperinci.
      Dengan hanya mengemukakan fakta penting, pemberita boleh memadatkan
      maklumat dalam masa kurang dari 15 saat tetapi masih mempunyai masa
      untuk mengulangi skor di akhir rancangan. Lebih baik mengakhiri laporan
      dengan menyatakan punch line atau skor, yang berperanan sebagai ingatan,
      dan tidak hanya menyerahkan kembali ke studio. Seluruh siri bahan
      rakaman akan kedengaran seperti ulangan dan amalan setengah stesen ialah
      mengetepikan cara ini. Pemberita juga akan kedengaran lebih
      berpengetahuan (dan menjadi sebahagian dari rancangan) sekiranya beliau
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA      247




lebih sekali memetik komen atau frasa yang digunakan oleh juruhebah
hubungan di studio, ataupun pemberita di tempat permainan lain, untuk
menyampaikan berita yang bertentangan atau pengesahan seperti ÊDi sini
pun belum ada sebarang skor lagi tetapi...Ê.

Radio- Televisyen
Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan
manusia sehari-hari. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi
dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat,
pengalaman, gagasan, pengetahuan mendapatkan maklumat, menambahkan
ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Semakin baik
penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran bahasa maka
semakin tinggilah keupayaannya untuk berkomunikasi secara berkesan sama
ada secara lisan, bacaan mahupun penulisan. Begitu juga dalam laras bahasa
lisan radio dan televisyen yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu
perkara atau maklumat.

Laras bahasa lisan yang digunakan oleh siaran radio atau televisyen adalah
lebih kepada berbentuk rasmi dan berformat. Laras yang digunakan
penyampai radio dan televisyen sesuatu bahasa yang mudah difahami oleh
semua lapisan masyarakat. Ini kerana Malaysia adalah negara yang berbilang
bangsa serta agama. Bahasa Melayu digunakan dalam laras radio dan
televisyen kerana mampu dan mudah difahami oleh semua lapisan
masyarakat. Namun ada juga bahasa yang digunakan seperti bahasa Tamil
dan bahasa Cina untuk masyarakat tersebut yang kurang memahami bahasa
Melayu. Laras bahasa lisan yang biasa digunakan oleh radio dan televisyen
adalah jelas dan tepat. Apa yang paling penting ialah kejelasan perkataan
dan nada yang disebut oleh penyampai radio atau televisyen.

Justeru, DI dalam laras lisan radio dan televisyen juga mempunyai ciri-ciri
seperti penyingkatan. Ini kerana radio dan televisyen menghadapi beberapa
kendala atau masalah. Kendala yang paling besar dan menonjol ialah masa.
Ini kerana masa telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan tidak boleh
melebihi masa yang sepatutnya, kerana mungkin akan mengganggu
rancangan lain yang akan ke udara. Kendala tersebut akan mempengaruhi
gaya bahasa yang digunakan. Kendala waktu ini bermaksud masa untuk
menyampaikan sesuatu telah di -tetapkan dan dihadkan supaya rancangan
yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan tidak ada yang tergendala.
Teknik penyingkatan ini yang digunakan ialah dengan menggabungkan ayat
dengan klausa relatif dan dengan penghilangan unsur tertentu. Penyingkatan
yang dilakukan akan menjimatkan masa penyampaian dan sesuatu perkara
itu akan dapat disampaikan dengan cepat dan tepat.
248        TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA




10.1.2 Ciri-ciri Laras Bahasa Lisan Radio dan Televisyen
      Pengguguran kata hubung „yang‰
      Laras ini menggunakan pengguguran „yang‰. Ayat-ayat yang digunakan
      akan melalui pengguguran „yang‰, supaya ayat yang ingin disampaikan
      akan lebih ringkas dan cepat, namun masih difahami oleh pendengar.
      Contohnya lihat ayat berikut :

      „Tiga puluh orang tercedera dalam beberapa serangan bom terbaru oleh
      pelajar universiti di Burma‰

      Jika tidak ada kendala waktu, ayat itu akan lebih panjang. Namun walaupun
      mengalami pengguguran „yang‰ ia masih lagi mempunyai maksud yang
      sama dan masih jelas penggunaan ayat tersebut.

      „Tiga puluh orang tercedera dalam beberapa serangan bom yang terbaru
      yang telah dilakukan oleh pelajar universiti di Burma‰

      Pengguguran kata hubung „bahawa‰
      Laras ini juga menggugurkan kata hubung „bahawa‰ supaya lebih
      menjimatkan masa penyampaian serta tepat dan jelas. Pengguguran
      „bahawa‰, iaitu kata penghubung, menimbulkan klausa objek langsung.
      Pengguguran ini menyebabkan pernyataan akan menjadi lebih tegas dan
      bertenaga. Contohnya :

      „Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) mendakwa tenteranya berjaya
      mematahkan satu serangan besar Israel semalam menyebabkan beribu-ribu
      penduduk terbunuh‰

      Di dalam ayat tersebut, kata bahawa di antara „mendakwa‰ dan
      „tenteranya‰ dihilangkan. Jika tidak ada penghilangan tersebut, ayat itu akan
      berbunyi seperti berikut :

      „Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) mendakwa bahawa tenteranya
      berjaya mematahkan satu serangan besar Israel semalam menyebabkan
      beribu-ribu penduduk terbunuh‰

      Pengguguran Kata Depan
      Laras bahasa lisan radio dan televisyen ini juga mengalami pengguguran
      kata depan. Ada kata depan yang telah mengalami pengguguran, misalnya
      dengan, oleh atau dari. Misalnya:
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA   249




„Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) mendakwa bahawa tenteranya
berjaya mematahkan satu serangan besar Israel semalam menyebabkan
beribu-ribu penduduk terbunuh‰

Ungkapan yang berbunyi satu serangan besar Israel semalam,
memperlihatkan ada unsur sebelum Israel yang telah digugurkan. Unsur itu
boleh terdiri daripada oleh atau dari, bergantung kepada tafsiran yang
diberikan kepada ayat tersebut. Jika tafsiran mentafsirkan pelaku yang
menghasilkan „serangan besar‰, maka yang digugurkan ialah oleh.
Seandainya tafsiran memberatkan arah datangnya „serangan besar‰, maka
yang hilang itu ialah dari.

Pengguguran Penjodoh Bilangan
Dalam laras lisan ini juga penjodoh bilangan terutamanya penjodoh bilangan
kata nama manusia mengalami pengguguran dalam frasa nama yang terdiri
daripada kata nombor-penjodoh bilangan-nama. Penjodoh bilangan itu ialah
orang. Contohnya adalah seperti berikut:
(i)    Lima anak kapal yang cedera parah dalam perlanggaran di Laut China
       Selatan Rabu lalu...beransur pulih.
(ii)   Walaupun kelapan-lapan pemain ini sudah melebihi usia 21 tahun,
       mereka masih layak bermain.
       Penjodoh bilangan orang digugurkan walaupun tidak diikuti oleh
       sebarang kata nama manusia. Dengan pengguguran yang seperti itu,
       maka yang tinggal hanyalah kata bilangan nombor.
(iii) Lima daripada mereka menghadapi tiga tuduhan dan lapan yang lain
      menghadapi dua tuduhan.

Selain itu, ada contoh yang menunjukkan penggunaan orang tetapi tanpa
kata nama inti yang mengikuti penjodoh bilangan tersebut.

„Katanya, tiga orang mengikutinya ke balai polis. Walau bagaimanapun,
empat orang lagi pergi secara sukarela‰

Berhubung dengan ini, perlu diperhatikan bahawa kata bilangan orang dan
kata bilangan lain tidak digugurkan bagi jumlah satu yang menggunakan
imbuhan awalan se-. Misalnya:

„Satu keluarga lima orang, termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak,
menemui nasib yang sama minggu lalu‰
250          TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



      Pengguguran Imbuhan
      Dalam laras ini juga, ada pengguguran imbuhan yang ada kalanya
      menjejaskan asas tatabahasa Bahasa Melayu. Pengguguran yang
      dimaksudkan ialah pengguguran yang menimbulkan bentuk yang
      menyimpang daripada peraturan tatabahasa bahasa Melayu. Keadaan ini
      adalah hasil daripada pengguguran akhiran-kan. Contoh:
      (i)    Penjualan saham belum diputus
      (ii)   Kerja mengukur tanah di Sabah akan diswasta
      (iii) Yayasan sedia sepuluh biasiswa untuk MBA

      Dalam ayat (iii), perkataan sedia yang sebenarnya merupakan kata adverb,
      digunakan sebagai kata kerja. Mengikut peraturan tatabahasa, sedia boleh
      dijadikan dasar penerbitan kata kerja dengan imbuhan akhirnya -kan.
      Hasilnya ialah bentuk dasar sedia-kan, yang merupakan asas penerbitan
      menyediakan dan disediakan. Namun awalan me- yang tidak boleh
      digugurkan ialah awalan me- yang ditambah antara lain kepada kata dasar
      yang merupakan kata kerja tak transitif (misalnya: meninggal), kata kerja
      transitif (misalnya: melawat, melayan).

      Justeru laras lisan ini adalah sangat kompleks jika dibandingkan dengan
      laras lain kerana laras radio dan televisyen ini memerlukan ungkapan yang
      seringkasnya namun masih boleh disampaikan dengan tepat dan betul. Laras
      lisan yang diaplikasikan dalam radio dan televisyen adalah tidak
      memerlukan frasa yang terlalu panjang atau mempunyai ayat yang
      berbunga-bunga.

      Contoh laras yang digunakan dalam radio dan televisyen secara lisan.

      (a)    Contoh 1:
             KAHERAH: Penduduk Muslim Albania yang mewakili majoriti di
             Kosovo yang mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia seminggu lalu,
             merayu negara Islam mengiktiraf negara baru itu segera. Mereka juga
             merayu negara Islam menyumbang bantuan kepada Kosovo bagi
             menolongnya membangunkan negara berkenaan. Perdana Menteri
             Kosovo, Hashim Thaci mengisytiharkan kemerdekaan negaranya dari
             Serbia lalu yang mendapat pengiktirafan segera Amerika Syarikat dan
             kebanyakan Negara Barat tetapi tidak diiktiraf Serbia dan Russia.
             Pengumuman itu disambut dengan kegembiraan di Kosovo tetapi
             dibantah oleh sekumpulan tertentu di Belgrade dengan kedutaan
             negara Barat, termasuk Amerika menjadi sasaran serangan. Kosovo,
             dengan 2 juta penduduk Muslim Albania mewakili lebih 95 peratus
             daripada jumlah penduduk negara itu, ditadbir oleh PBB sejak 1999
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA      251




         selepas tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengusir
         tentera Serbia dari wilayah berkenaan kerana didapati terbabit dengan
         pembersihan etnik.

   (b)   Contoh 2:
         SKUAD badminton lelaki negara mengesahkan status selaku pasukan
         harus diberi tumpuan apabila menjuarai pusingan kelayakan Piala
         Thomas Zon Asia selepas menundukkan Korea 3-2 pada saingan akhir
         di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, semalam. Kejayaan itu turut
         diiringi berita gembira apabila skuad wanita turut layak secara
         automatik ke kejohanan Piala Uber, kedua-duanya berlangsung di
         Jakarta, Mei ini selepas menduduki tempat ketiga terbaik sesudah
         menundukkan Hong Kong 3-0. Dalam akhir bertemu Korea, pemain
         perseorangan utama Negara, Lee Chong Wei memberikan mata
         pertama buat negara apabila membenam cabaran Shon Seung-mo, 21-8,
         21-11. harapan yang kemudian tampak mudah untuk memungut mata
         kedua dalam perlawanan kedua bertemu Lee Jae-jin-jung Jae-sung
         ternyata meleset.


10.1.3      Laras Bahasa Iklan
Menurut Kamus Bahasa Melayu, susunan Arbak Othman (1999), iklan dapat
diertikan sebagai sesuatu kenyataan yang ditulis, dibuat untuk tujuan
memberitahu kepada orang ramai atau masyarakat tentang sesuatu perkara atau
maklumat. Iklan biasanya disampaikan melalui media massa - media cetak dan
media elektronik. Namun ada juga yang berbentuk poster-poster yang
ditampalkan pada dinding-dinding kenyataan dan sebagainya. Bahasa iklan
mula berkembang dengan pesat di negara ini pada tahun 1960 an. Pada masa itu
iklan dalam bahasa Melayu lahir sebagai terjemahan daripada iklan dalam
bahasa Inggeris, maka kebanyakan iklan adalah sangat berbau Inggeris.

Iklan itu ada berbagai-bagai jenis antaranya, iklan yang dibuat khas oleh pihak
kerajaan (seperti iklan-iklan kekosongan pekerjaan, iklan tawaran tender-tender
dan sebagainya), iklan yang bersifat peribadi (umpamanya iklan-iklan ucapan
tahniah atau ucapan takziah kematian seseorang) dan sebagainya.

Fungsi iklan itu dibuat ialah untuk mempengaruhi pengguna dan untuk
menimbulkan tanggapan tertentu tentang sesuatu produk atau barangan atau
perkhidmatan yang hendak diperkenalkan. Penggunaan bahasa yang baik dan
berkesan bertujuan menyampaikan mesej kepada sasaran iaitu pengguna. Iklan
yang baik bertujuan mengubah sikap pengguna dan mempengaruhi mereka
membeli atau melanggan barangan yang diperkenalkan (Kamaruddin Husin
1995). Mesej yang digunakan dalam iklan harus mempunyai pelbagai strategi
yang membawa ke arah pengaruh yang positif (Asmah Omar 1982). Dalam
252         TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



hubungannya dengan perniagaan, iklan adalah sesuatu yang mustahak dan
menjadi salah satu faktor yang terpenting menggerakkan sesebuah perniagaan.
Oleh yang demikian, kewujudan akhbar-akhbar selaku penyampai informasi
perkembangan terbaru semasa baik tempatan, ÂregionalÊ mahupun global
berperanan secara tidak langsung sebagai landasan untuk syarikat-syarikat
perniagaan memperagakan perniagaan dan barangan mereka.

      Cara Penghasilan Iklan dan Pemilihan Larasnya
      Iklan-iklan yang dibuat terdiri dari pelbagai saiz yang biasanya disokong
      oleh gambar-gambar produk atau barangan yang diiklankan, disertai lukisan
      grafik, ilustrasi dan sebagainya. Dari itu, dengan memfokuskan laras bahasa
      yang digunakan, dapatlah dikatakan majoriti iklan dihasilkan dengan
      beberapa cara seperti berikut:

      (a)   Mempunyai Slogan
            Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan sesuatu pertubuhan
            atau syarikat pengeluaran barangan. Seperti juga halnya dengan iklan-
            iklan di televisyen, sebilangan iklan-iklan di akhbar juga mempunyai
            slogan. Slogan dicipta sebagai trademark sesuatu barangan. Contohnya
            dalam iklan pil multivitamin Kiddi Pharmaton dengan slogannya
            'Membantu Anak Anda Membesar Untuk Masa Depan yang
            Cemerlang', juga slogan 'Cepat, Mudah, Mesra' iaitu seperti yang
            terdapat dalam iklan pinjaman wang, ruangan Rampaiklan.

      (b)   Kaedah Pernyataan
            Menyatakan secara langsung tujuan pengiklanan. Seperti yang banyak
            terdapat dalam ruangan Rampaiklan, dengan menggunakan frasa-frasa
            atau klausa-klausa seperti 'Rumah/Kenderaan/Tanah Untuk
            dijual/Sewa', 'Kerja Sambilan Kontraktor Dikehendaki Segera', 'Agensi
            Pembantu Rumah' dan sebagainya.

      (c)   Ada Kaitan Konsep
            Yang dimaksudkan dengan kaitan konsep ialah dengan mengaitkan
            sesebuah produk dengan sesuatu atau individu yang terkenal atau yang
            mempunyai nilai komersial, seperti dengan mengaitkan seseorang artis
            atau penyanyi dengan sesuatu produk barangan. Sebagai contoh,
            sebuah syarikat pembekal akses internet, TM Net prabayar telah
            mengaitkan perniagaannya dengan melantik penyanyi terkenal
            Malaysia, Siti Nurhaliza sebagai duta TM Net. Kaedah iklan sebegini
            adalah bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan, khasnya
            golongan remaja memandangkan penyanyi berkenaan mempunyai 'fan-
            based' yang begitu ramai. Begitu juga dengan barangan lain seperti
            sabun mandi, tilam berjenama, rantai berlian, minyak rambut dan
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA     253




      sebagainya yang kebanyakannya turut dikaitkan dengan artis-artis,
      khasnya artis wanita. Dan artis berkenaan akan menyatakan sesuatu
      yang berupa ayat-ayat atau laras-laras tertentu yang dapat dijadikan
      tarikan barangan yang diniagakan.

(d)   Umpanan
      Kaedah umpanan kerap didapat dalam mana-mana iklan, tidak
      terkecuali iklan akhbar. Umpanan bermaksud merancang strategik
      untuk menarik atau memperdayakan pelanggan. Contoh laras iklan
      yang berbentuk umpanan ini adalah seperti yang berbunyi 'Beli Satu,
      Percuma Satu' iaitu iklan berkenaan dengan peraduan minuman
      Vitagen dan Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG
      TAMU YANG LENGKAP, dengan syarat mengumpulkan seberapa
      banyak mungkin bukti pembelian minuman berkenaan. Selain itu,
      dalam iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif, ada
      dinyatakan kata umpanan yang berbunyi 'Penghantaran Pos Percuma'.

(e)   Pesanan (Menyertakan Borang)
      Terdapat juga iklan yang menyediakan kemudahan pesanan barangan
      dengan menyediakan borang pesanan. Misalnya, iklan pesanan Cakera
      Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif yang menyediakan borang pesanan.
      Dalam borang itu mengehendaki pembaca mengisikan butir-butir
      peribadi, seperti nama penuh, umur, jantina, bangsa, alamat, nombor
      telefon dan sebagainya.

      Begitu juga halnya dengan, iklan peraduan minuman Vitagen dan
      Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU YANG
      LENGKAP juga turut menyediakan borang penyertaan yang juga
      memerlukan pembaca yang ingin menyertai pertandingan itu untuk
      mengisi butir-butir peribadi yang dikehendaki. Tetapi dalam peraduan
      itu, ditambah dengan beberapa syarat penyertaan yang berupa sebuah
      wacana lengkap mengenai pertandingan tersebut.


(f)   Bandingan
      Iklan yang berbentuk sebegini dibuat dengan cara membandingkan
      sesuatu barangan dengan barangan lain. Umpamanya akan dinyatakan
      serbuk pencuci Dynamo lebih berkuasa daripada serbuk pencuci
      berjenama X.

(g)   Gesaan
      Laras iklan sebegini menggesa pengguna atau pembaca untuk
      mengambil perhatian perkara atau barangan yang diiklankan.
254         TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



            Contohnya, dalam iklan makanan segera ala barat Mc Donald di atas
            ada menyatakan dengan klausa "Cubalah Nasi Ayam McD hari ini ⁄"

      (h)   Pertanyaan
            Penggunaan penanda "?" kerap didapati dalam iklan-iklan akhbar.
            Teknik ini adalah salah satu lagi cara dalam penggunaan laras bahasa
            iklan. Dalam iklan cairan pencuci pakaian DYNAMO ada dinyatakan
            dengan ayat "LEBIH MUDAH! Bolehkah serbuk Pencuci Menjanjikan
            Yang Sama?"

            Penggunaan tanda tanya "?" dapat menguatkan hujah/laras iklan. Erti
            kata lain ia seolah-olah memaksa pengguna menyahut cabaran iklan
            berkenaan. Contoh frasa lain yang digunakan ialah seperti, "Sakit
            Kepala? Sapulah Dengan Minyak Angin ABC".


10.1.4 Laras Bahasa Perniagaan
Laras bahasa perniagaan merupakan salah satu daripada jenis laras bahasa.
Laras bahasa perniagaan digunakan bagi tujuan mempengaruhi pengguna untuk
membentuk tanggapan tertentu atau mengubah sikap dan melakukan tindakan.
Laras bahasa perniagaan digunakan dalam iklan, tender, laporan dan
sebagainya, disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya.
Laras jenis ini juga, digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang
ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya
membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali, manakala
ayat yang digunakan adalah pendek-pendek dan tidak gramatis. Contoh :
Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak
Unicorn empat liter.

      Ciri-ciri laras bahasa perniagaan

      (i)   Bidang
            Ciri-ciri laras bahasa perniagaan dapat dilihat melalui bidang
            penggunaannya yang biasanya digunakan dalam dunia korporat,
            khususnya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan,
            perniagaan dan perdagangan. Manakala penggunaan bahasa Melayu
            terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris. Penggunaan laras bahasa
            perniagaan dalam bahasa Melayu amat penting, khususnya dalam
            aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang abad ke
            21 akan berasaskan perindustrian dan perusahaan.
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA        255




(ii)   Perbendaharaan Kata
       Bagi penggunaan perbendaharaan kata. Laras bahasa perniagaan
       menggunakan istilah khusus atau penanda laras seperti berikut:

       agihan jualan           agensi pemasaran          baki debit
       anggaran kos            francais                  cek palang harga
       mutlak                  eksport                   saham
       urus niaga              kredit                    komposit

       Manakala bagi istilah umum, tetapi diberi pengertian khusus seperti
       merujuk kepada bidang ekonomi pula adalah seperti berikut:

       untung              tempoh hutang               tunai
       susut               runcit

(iii) Tatabahasa
      Ciri yang berikutnya, iaitu dari segi tatabahasa pula dapat dilihat pada
      morfologi atau kajian terhadap perkataan. Kata-kata umum iaitu kata
      tunggal bahasa Melayu boleh menjadi kata-kata khusus dalam bidang
      perniagaan apabila menjadi kata terbitan. Sebagai contoh:

            Kata Umum                   Istilah
            wang                        kewangan
            ratus                       peratus
            lebih                       lebihan
            pasar                       pasaran
            pegang                      pemegang
            dagang                      dagangan

       Manakala akronim bagi penggunaan laras perniagaan adalah seperti
       berikut:

            EPU        Unit Pembangunan Ekonomi
            EON        Edaran Otomobil Nasional
            BSN        Bank Simpanan Nasional
            BSKL       Bursa Saham Kuala Lumpur

       Laras bahasa perniagaan juga mempunyai kata majmuk yang diguna
       dalam bidang perniagaan. Kata majmuk seperti: kos jualan, modal
       tetap, harta semasa, untung bersih, lebih aset dan sebut harga .

       Dari segi kajian terhadap ayat pula iaitu sintaksis, mendapati
       kebanyakan ayat-ayat yang digunakan dalam laras bahasa perniagaan
256        TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



           adalah jenis ayat penyata, iaitu ayat-ayat yang memberi keterangan
           sesuatu hal. Sebagai contoh:

           Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar jangkaan
           apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi setengah tahun
           pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi keuntungan sebanyak RM
           47.754 juta bagi tahun lalu.

           Laras bahasa perniagaan juga, didapati menggunakan ragam ayat yang
           seimbang, iaitu menggunakan ayat aktif dan ayat pasif yang sama
           banyak dalam teks ekonomi. Sebagai contoh:

              Ayat Aktif:
              KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling penting

              Ayat Pasif:
              Kesan terus dirasai oleh pengeluar segmen kereta yang lebih mahal.

           Selain itu juga, laras bahasa perniagaan cenderung menggunakan ayat
           majmuk, iaitu ayat yang mendukung beberapa isi dalam satu ayat
           untuk menimbulkan kelancaran dan kesinambungan wacana. Sebagai
           contoh ayat majmuk:

           „Seandainya pemegang saham berjaya mengawal pihak pengurusan
           (sudah tentu dengan kos yang tinggi), bagaimana mereka memastikan
           bahawa nilai sebenar syarikat tergambar dalam pasaran saham agar
           mereka tidak akan mengalami sebarang kerugian apabila menjual
           saham mereka‰

           Manakala dari segi struktur ayat, jelas memperlihatkan pengaruh
           bahasa Inggeris, khususnya penggunaan ayat pemeri yang
           menggunakan kopula „adalah‰ dan „ialah‰ walaupun unsur ini tidak
           wajib digunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya:

           Jualan runcit adalah dijangka akan meningkat.
           Paling ketara ialah pendaftaran baru bagi kereta.

           Fungsi kata pemeri tersebut adalah untuk kejelasan dan pemahaman
           ayat dengan lebih mudah.

      (iv) Gaya Bahasa
           Ciri terakhir dalam laras bahasa perniagaan iaitu gaya bahasa. Gaya
           bahasa yang digunakan dalam laras bahasa perniagaan adalah
           berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu,
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA       257




          bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa dan
          ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan maksud
          dan pengertian dengan berkesan. Selain itu juga, cara penyampaian
          banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan
          sebagainya.


         SEMAK KENDIRI 10.2

   (a)    Dengan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan perbezaan pada laras
          bahasa.
   (b)    Nyatakan kekuatan yang ada pada laras sukan, radio-televisyen,
          iklan dan perniagaan.



 10.2          LARAS BAHASA BERBENTUK TULISAN

10.2.1        Laras Bahasa Akhbar
E.B White dalam Jullian Harris dan rakan-rakan (1992), menyatakan bahawa
gaya penulisan ialah kata- kata menarik yang diungkapkan di atas kertas. Gaya
dalam penulisan merupakan asas kepada penulisan yang baik. Setiap tulisan
yang berkesan dalam akhbar haruslah mencerminkan penglibatan penulis
terhadap gaya yang menghidupkan dan menyerikan ayat-ayat dalam tulisannya.
Dalam menulis cerita dalam akhbar, pengalaman yang luas dalam bidang ini
perlu ada kerana penulis diminta memadankan sesuatu cerita dan gaya mereka
sendiri dengan bentuk- bentuk dan gaya akhbar yang sudah ditetapkan.
Peraturan- peraturan seperti tanda baca, tatabahasa dan prinsip- prinsip retorik
perlu dipatuhi untuk menjadi panduan kepada masyarakat dan bukannya
semata- mata untuk pemindahan maklumat.

Walaupun bahasa akhbar ditulis mengikut aturan penggunaan bahasa yang
diterima umum, namun pemberita berusaha mencapai mutu gaya yang tertentu,
kesederhanaan, kepadapatan, kelangsungan, penekanan dan keaslian, kejelasan,
keringkasan dan ketepatan. Kualiti-kualiti ini tidak dapat dibezakan dengan jelas
dan tidak terdapat aturan- aturan tertentu yang harus diikuti untuk mencapai
mutu yang unggul.

   Tanda Baca
   Penggunaan Titik
   Bentuk tulisan bagi nama-nama singkatan agensi- agensi kerajaan dieja tanpa
   titik. Contohnya:
258        TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



      FAMA, FELDA, PKNS, MARA dan lain- lain.

      Tiga titik (...) dalam akhbar digunakan untuk menunjukkan bahan yang
      dipetik yang tidak digunakan (empat titik jika di akhir sesuatu ayat dan
      diikuti dengan ayat lain).

      Satu titik juga digunakan untuk menunjukkan nilai sen apabila angka itu
      lebih daripada satu ringgit. Contohnya : $2.50, 55 sen, lima sen

      Penggunaan Koma
      Dalam akhbar, penggunaan koma yang kerap cuba dielakkan selagi tidak
      melanggar aturan- aturan umum sebagaimana yang telah ditetapkan.
      Digunakan sebagai tanda pengenalan diri seseorang dan dalam
      menyenaraikan siri.

      Penggunaan Kolon
      Kolon digunakan untuk memperkenalkan siri formal bagi nama atau
      kenyataan. Contohnya: Para pegawai untuk jawatan berikut telah dilantik:
      Che Mohd Ali, presiden...

      (tetapi „Para pegawai yang dilantik adalah Che Mohd Ali, presiden...‰)
      Kolon juga digunakan sebelum minit dalam menulis waktu. Contoh: 3: 30
      petang.

      Penggunaan Semikolon
      Semikolon dalam akhbar digunakan untuk memisahkan suatu siri nama dan
      alamat atau siri yang serupa yang mengandungi koma. Semikolon juga
      digunakan sebagai ganti titik- titik dalam tajuk berita.

      Penggunaan Sengkang
      Sengkang dalam akhbar digunakan untuk menunjukkan ayat- ayat yang
      belum siap atau struktur ayat terputus.

      Sengkang juga digunakan untuk membezakan unsur- unsur berparentesis
      dan untuk mengurangi positif yang mengandungi koma- koma. Contohnya:
      Orang ramai berkumpul di hadapan bangunan itu, tetapi Syerif orang yang
      mereka panggil tidak kelihatan.

      Penggunaan Sempang
      Sempang digunakan di antara dua angka untuk menunjukkan termasuknya
      semua angka yang terkandung di antaranya seperti
      „1 5 Mei‰.
      Gunakan sempang dalam memberikan skor seperti „13 6‰.
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA      259




Penggunaan Tanda Kurung
Tanda kurung digunakan untuk menyisipkan sesuatu perkataan di dalam
tajuk:
Ibu Pejabat Kontinjen (IPK)
Gunakan tanda kurung dalam sesuatu petikan langsung untuk menyisipkan
kata- kata yang bukan diucapkan : „Dia (pembunuh) telah lari,‰ kata polis.

Penggunaan Tanda Petikan
Gunakan tanda petikan untuk memulakan petikan- petikan langsung
Tanda ini juga digunakan untuk memulakan tajuk- tajuk ucapan, makalah,
buku, sajak, drama, opera, catan dan program televisyen.

Tanda petik dalam akhbar juga digunakan untuk membezakan perkataan,
slanga dan perkataan luar biasa atau ungkapan yang pertama kalinya
digunakan dalam sesebuah cerita. Namun begitu, bagi tajuk berita, tanda
petikan tunggal digunakan.

Penggunaan Koma Atas
Koma atas digunakan untuk membentuk jamak huruf bukan jamak angka
seperti „ `70-an‰.

Penggunaan Huruf Besar
Perkara    perkara di bawah perlu ditulis dengan huru besar di awal
hurufnya dalam akhbar
Nama agama
Kerakyatan
Nama binatang. Contohnya : Si Comel
Nama pertubuhan politik
Perkataan- perkataan yang digunakan untuk membentuk nama khas.
Nama timangan, termasuklah nama- nama timangan negeri, bandaraya,
sekolah.
Gelaran-gelaran lengkap semua pertubuhan awam atau pertubuhan
persendirian.
Nama tempat
Perkataan pertama dan semua perkataan utama dalam tajuk ucapan, buku
drama, sajak.
Nama- nama lengkap jalan atau lorong
Hari Libur
Singkatan bagi ijazah universiti, seperti „B.A‰
Nama akta perundangan atau seksyen dokumen

Gelaran
Sesetengah akhbar selalu menggunakan „Pn.‰ sebelum nama seseorang
perempuan yang sudah bersuami dan „Cik‰ sebelum nama seseorang
260        TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



      perempuan yang belum berkahwin sama ada nama penuhnya atau hanya
      nama yang terakhir sahaja digunakan. Kebanyakan akhbar tidak
      menggunakan „En.‰ sebelum nama seseorang lelaki apabila nama penuhnya
      tidak diberikan. Jangan gunakan gelaran yang panjang dan mengkekokkan
      sebelum sesuatu nama. Berikan gelaran yang tepat kepada ahli- ahli fakulti,
      pegawai awam dan eksekutif perniagaan.

      Dalam kaitannya dengan bentuk tulisan yang terdapat dalam akhbar,
      bermacam-macam jenis dan bentuk penyampaiannya yang jelas
      menunjukkan perbezaan laras tulisan berbentuk akhbar dengan bentuk
      tulisan bahan bacaan yang lain. Pemilihan kata atau perkataan adalah kata-
      kata yang mudah difahami oleh pembaca atau masyarakat. Hal ini kerana
      laras tulisan akhbar memberikan kesan dan pengaruh yang besar terhadap
      masyarakat kini. Segala bentuk tulisannya sering menjadi perhatian. Namun
      demikian, laras ini tidaklah boleh dikatakan hanya mempunyai satu laras
      bahasa sahaja memandangkan akhbar itu sendiri terdiri daripada pelbagai
      seksyen seperti politik, undang- undang, rencana, agama, iklan, hiburan dan
      sebagainya. Laras tulisan bentuk akhbar adalah laras bahasa biasa yang
      berbeza daripada laras bahasa khusus. Gaya penyampaian, pemilihan kosa
      kata dan tatabahasanya adalah ciri yang membezakannya.

      Di samping itu, laras tulisan akhbar adalah berbeza daripada bentuk- bentuk
      tulisan yang lain kerana ia melibatkan masalah- masalah teknik tertentu yang
      memerlukan kajian dan analisis yang teliti. Untuk membina sesuatu laras
      tulisan akhbar yang sempurna, penulis sewajarnya terlebih dahulu
      memahami apakah yang dimaksudkan dengan laras gaya akhbar dan
      kemudiannya barulah boleh membina penulisan yang baik.


10.2.2 Laras Undang-undang
Laras undang-undang merupakan sejenis laras teknikal. Walau bagaimanapun,
laras undang-undang mempunyai ciri-ciri kelainannya yang tersendiri. Antara
kelainan laras undang-undang dengan laras lain ialah seperti ia tidak
mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual, simbol, peta, formula dan
sebagainya. Selain itu dalam laras undang-undang ini ia mempunyai struktur
ayatnya yang terdiri daripada prinsip undang-undang diikuti oleh syarat-syarat
dan diakhiri oleh keputusan undang-undang. Seterusnya laras undang-undang
ini mempunyai bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan di dalam teks
teknikal lain.

Laras undang- undang ini digunakan oleh pakar perundingan, termasuk
peguam, hakim dan pendakwa apabila menulis atau bercakap berkenaan
undang-undang di antara mereka sama ada di dalam atau di luar mahkamah.
Dalam hal ini laras bahasa undang-undang dapat dikenal pasti daripada
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA        261




perkataan yang digunakan. Contohnya perkataan seperti Êhabeas corpusÊ, Êlocus
standiÊ, Êpeguam caraÊ dan Êpeguam belaÊ. Jika dilihat dengan lebih mendalam,
konteks bahasa yang digunakan di dalam bidang undang-undang berkisar di
dalam lingkungan yang ada kena mengena dengan masalah yang dikemukakan
di mahkamah seperti kes-kes jenayah, kes rogol, kes bunuh, kes penipuan dan
sebagainya. Berdasarkan contoh di bawah kita dapat lihat contoh laras undang-
undang yang diambil daripada sebuah suratcara pajakan tanah:

‰Jika penerima pajak gagal memperolehi lesan tanpa syarat untuk menggunakan
tanah tersebut dan bangunan yang didirikan di atasnya untuk menyimpan
barang keluaran minyak untuk maksud atau kegunaan biasa yang lain seperti
kegunaan sebagai stesen minyak dan perkhidmatan, atau jika lesen yang telah
diperolehi itu dibatalkan, ditarik balik atau tidak diperbaharui tanpa syarat atau
jika lesen itu menjadi tidak sah di sisi undang-undang atau jika penerima pajak
berpendapat bahawa mustahil atau tidak praktik untuk menggunakan tanah dan
bangunan yang didirikan di atasnya secara berfaedah untuk apa-apa maksud,
maka dalam mana-mana keadaan tersebut setelah memberikan notis bertulis
atau satu bulan genap kepada pemberi pajak yang menyatakan niatnya untuk
menamatkan pemajakan tersebut dan apabila habis tempoh notis tersebut, maka
pajakan itu akan terhenti dan tamat tertakluk kepada peruntukan fasal 4 surat
cara tersebut.‰

   Penggunaan bahasa Melayu dan pengungkapan serta penggunaan istilah
   dalam laras undang-undang
   Dalam laras undang-undang ini terdapat dua aspek penting yang perlu
   dilihat iaitu aspek si pengungkap atau si pengguna bahasa yang
   mengungkapkan bidang undang-undang, dan aspek yang alat untuk
   pengungkapan, iaitu bahasa.
   Jika dilihat dari aspek sejarah terdapat andaian bahawa sudah lama wujud
   orang yang pandai berbahasa Melayu, dalam bentuk lisan dan tulisan, yang
   dapat membezakan antara bentuk bahasa Melayu yang formal daripada yang
   tidak formal, serta tahu perbezaan penggunaannya. Secara amnya untuk
   menguasai laras undang-undang seseorang itu haruslah menguasai bahasa
   Melayu dahulu sepenuhnya. Maka dalam hal ini seseorang itu mestilah tahu
   mengeja dengan betul, dan dapat menguasai peraturan-peraturan tatabahasa
   bahasa Melayu dengan berkesan.

   Dalam pengungkapan laras undang-undang atau dalam mana-mana laras
   khusus lain seperti laras ekonomi, laras perubatan, laras seni, laras bina dan
   sebagainya terdapat dua aspek yang perlu diberikan penekanan iaitu dari
   segi perbendaharaan kata, khususnya dari segi peristilahan dan sturktur
   tatabahasa.
262        TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



      Jika dilihat dari segi penggunaan istilah-istilah bidang undang-undang
      terdapat lima istilah-istilah yang terdiri daripada beberapa sumber,
      antaranya:

      Dari segi penggunaan bahasa Melayu sendiri, seperti sempadan (boundry),
      tipu (cheat), suku (clan), peras (extort), denda (fine), pinah (transfer), beli
      (purchase), pekerja (employe), utusan (envoy), hukuman (sentence), dengar
      cakap (hearsay), budak (infant), tunda (postpone), anak angkat (adopted
      child);

      Berdasarkan sumber dialek atau bahasa serumpun seperti calon (candidate),
      sogok (bribe), kamar, (chamber), sandera (hostage), burunan (fugitive),
      muncikari (procurer/pimp), bajingan (villain);

      Dari segi istilah-istilah pinjaman yang diterjemah seperti penzahiran
      dokumen (discovery of dokument), perlindungan mutlak (absolute
      privilege), kecederaan badan (bodily harm), penghinaan mahkamah
      (contempt of court), pembubaran perkahwinan (dissolution of marriage),
      mengaitkan pengetahuan (impute knowledge), dan lain-lain;

      istilah-istilah yang digubal secara transliterasi, iaitu istilah-istilah yang
      meminjam label asal dalam bahasa sumber tetapi ejaannya sahaja yang
      disesuaikan dengan sebutan dan ejaan Bahasa Melayu seperti liabilliti
      (liability), litigasi (litigation), plaintif (plaintiff), defendan (defendant),
      undang-undang sivil (civil law), akta (act), parol (parole), ekuiti (equity) dan
      lain-lain peminjaman secara terus, iaitu tanpa mengubah apa-apa pun
      termasuk pengekalan ejaan dan sebutan, terutamanya dari bahasa Inggeris
      seperti Hansard, Home Guar, Common Law, alien; bahasa Perancis seperti
      cy-pres, cestui(s)-que-trust, feme solo, force majuera, autrefois acquit,
      autrefois convit dan bahasa Latin seperti prima facie, pro-rata, locus standi,ab
      initio, ratio decidendi, actus reus, mens rea, audi alterm partem dan bona
      fide.

      Peminjaman secara terus seperti contoh di atas sebenarnya dilakukan kerana
      pada contoh (a) sukar untuk mendapatkan bentuk pinjaman terjemah,
      manakala pada contoh (b) tidak ada konsep yang sama dalam
      perbendaharaan kata bahasa Melayu. Maka dalam hal ini, untuk
      mengekalkan konsep-konsep asal dalam bahasa Latin yang telah
      dipinjamkan dalam bahasa Inggeris, peminjaman harus terus dilakukan.
      Selain itu, ada juga kata-kata dalam bahasa Latin yang menjadi dasar dalam
      undang-undang Common Law Inggeris yang digunakan dalam bahasa
      Melayu. Antaranya ialah delegatus non potes delegare, actus non facit reum
      nisi mens sit rea dan cessante ratione legis cessat, dan lex ipsa, yang
      kesemuanya tentang prinsip undang-undang.
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA         263




   Seterusnya berdasarkan tinjauan terhadap bahasa Inggeris pula
   menunjukkan terdapat juga banyak unsur pinjaman daripada bahasa asing
   seperti Arab, Perancis, Itali, Melayu, Cina dan Latin, contohnya sugar,
   sherbet satan, gallery, minaret (bahasa Arab), voir dire, feme sole, pour
   autrui, fait accompli, vis-a-vis, profit a prendre, centui que trush (Perancis),
   orang utan, amuk, rambutan, durian (Melayu), tea, typhoon (Cina), del crede
   agent, pizza, makaroni, spaghetti (Itali) dan ex gratis, harbeas corpus, locus
   standi, obiter dicta, bona fide, non est factum, audi alteram partem (Latin).
   Malah daripada bahasa Latin peminjaman bukan sahaja dalam frasa dan kata
   tetapi juga ayat-ayat seperti delegatus non, potes delegare, actus non facit
   reum nisi mens sit rea dan cessante rations legis cessat lex ipsa yang
   kesemuanya ialah prinsip-prinsip dan konsep undang-undang.

   Dalam hal ini istilah undang-undang yang dibentuk bukanlah berbentuk
   liguistik yang digubal sewenang-wenangnya. Namun, sebaliknya istilah-
   istilah tersebut merupakan bentuk yang memenuhi syarat-syarat kawalan
   kualiti, misalnya memenuhi ciri-ciri dalaman dan luaran. Ciri dalaman
   bermaksud istilah-istilah yang kebanyakannya ringkas dan menepati konsep,
   tidak menggunakan sinonim, menggunakan kata turunan pada konsep-
   konsep yang berhubung kait, mengambil kira sistem ejaan, morfologi bahasa
   Melayu dan susunan struktur diterangkan menerangkan. Manakala ciri
   luaran pula terdapat diakui, iaitu ciri-ciri yang meliputi kesantunan dan sifat
   yang kemas.


10.2.3      Laras Bahasa Sastera
Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa (Hashim Awang,
1985:2). Perkataan ÂsasteraÊ berasal daripada perkataan sanskrit ÊcastraÊ yang
bererti kitab atau buku (Abd Halim A. Ahmad, 1986). Bahan yang terhasil
daripada penciptaan sastera ini disebut bahan kesusasteraan. Penambahan kata
ÂsuÊ yang bermaksud indah, lebih baik, lebih berfaedah, dan juga dengan
penambahan imbuhan apitan Âke...-anÊ menjadikan ia bermaksud kumpulan
buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya (Kamarudin Husin dan Siti
Hajar Abdul Aziz,1998:1)

Sastera juga termasuk di dalam variasi bahasa Melayu yang digunakan dalam
konteks tulisan. Susunan variasi ini lebih lengkap, tersusun, tinggi dan halus
sifatnya, dengan beberapa perkataan dan frasa yang jarang-jarang digunakan
dalam bahasa Melayu lisan. Demikian juga beberapa bunyi dilafazkan berbeza
sedikit daripada variasi lisan, misalnya bunyi r. Variasi bertulis ini
menggunakan juga sistem imbuhan yang lengkap dan sempurna, dan jarang-
jarang perkataan dipotong-potong seperti yang berlaku bagi variasi bahasa
Melayu lisan. Bahasa Melayu jenis bahasa surat ini digunakan hanya dalam
264        TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



konteks menulis dan dalam situasi-situasi formal. Jika bentuk ini dibawa dalam
perbualan biasa, kesannya agak janggal dan akan menjadi bahan tertawa (Nik
Safiah Karim, 2002:34).

Menurut sejarah, media lisanlah yang pertama menjadi wadah sastera. Sehingga
sekarang ini, tradisi sastera lisan masih kelihatan kesan dan pengaruhnya. Walau
bagaimanapun amat jelas pada kita bahawa tradisi tulisan atau persuratanlah
yang akhirnya menjadi wadah yang dominan dalam pertumbuhan sastera
sesuatu bangsa, tidak terkecuali sastera Melayu. Proses penciptaan karya sastera
sekarang ini lebih bersifat penulisan daripada lisan. Bukti yang jelas dapat dilihat
pada karya puisi atau sajak yang lebih hidup apabila dideklamasikan setelah
ditulis terlebih dahulu, baru kemudian diucapkan. Pertumbuhan sastera bertulis
memberikan erti yang besar sekali kepada pertumbuhan bahasa juga. Tulisan
sebagai lambang ucapan mempunyai erti yang tersendiri dalam kemajuan
sesuatu bahasa dan kebudayaan manusia.

Selain itu, menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998:1), sastera
lisan mendahului bentuk sastera yang lain dan ia merupakan bentuk sastera
yang tertua, tetapi hasil perkembangan pengetahuan yang dicari dan diselidiki
serta perkembangan teknologi, terciptalah sistem tulisan yang lebih sistematik
dan menunjukkan kemodenan mengikut zamannya. Dengan wujudnya sistem
tulisan ini, manusia mula mengabadikan segala cerita dalam bentuk tulisan.
Antara karya sastera yang menggunakan sistem tulisan ialah cerpen, prosa,
novel, drama, dan puisi seperti sajak, pantun,syair, gurindam dan seloka.

      Unsur bahasa dalam laras sastera
      Unsur bahasa mempunyai kaitan dengan keindahan bahasa atau berbahasa.
      Keindahan yang digambarkan secara kreatif dan imaginatif oleh pengarang
      itu jelas dapat menggambarkan serta meninggalkan kesan dari segi
      penghayatan karya yang dibaca. Hal ini terjadi kerana pembaca
      kesusasteraan sentiasa sensitif dan merupakan pembaca yang sudah terbekal
      dengan intuisi stilistik (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul
      Aziz,1998:71). Oleh itu terdapat beberapa unsur bahasa dalam laras sastera
      iaitu diksi, ambiguiti, bahasa ekonomis, bahasa konotatif, bahasa
      perbandingan, penegasan, dialog dan monolog.

      Diksi merupakan pemilihan kata-kata yang dianggap penting kerana ia harus
      disesuaikan dengan tema dan persoalan cerita yang mahu disampaikan oleh
      pengarang. Pada kebiasaannya pula, pemilihan kata-kata itu boleh
      diselaraskan dengan nada dan suasana cerita, serta watak-watak dalam cerita
      itu sendiri. Contohnya dalam cerpen, puisi dan novel yang membawa tema
      sosial, moral dan pergaulan bebas sering ditemui penggunaan kata-kata yang
      berperanan untuk menerangkan maklumat-maklumat yang berhubungan
      dengan masyarakat, kehidupan bebas di kalangan anak remaja dan ada
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA      265




unsur didaktik dengan tujuan untuk memberi pengajaran dan teladan.
Sementara itu, cerpen, puisi dan novel yang bertemakan tema agama diolah
dengan ibadat, amal jariah, hal-hal kebajikan dan rukun-rukun Islam.
Kadangkala diselitkan kata-kata daripada kitab suci al-Quran dan hadis
dengan tujuan untuk menimbulkan kesan iktibar yang lebih mendalam dan
meyakinkan (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:71).

Ambiguiti pula bermaksud kepelbagaian makna dan juga disebut ketaksaan.
Karya-karya yang mempunyai unsur ambiguiti mempunyai kemungkinan
pelbagai tafsiran, iaitu lebih daripada satu tafsiran. Contohnya, beberapa
sajak karya M. Ghazali, A.S Amin dan Noor S.I bersifat ambiguiti. Ambiguiti
bersama-sama dengan ironi dan paradoks mempunyai hubungan rapat
dengan watak, plot dan tema. Contohnya sajak ÊYang DatangÊ, ciptaan M.
Ghazali menunjukkan betapa sukar pada kita memahami pengertian dalam
bait-bait sajak tersebut (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz,
1998:72).

Bahasa ekonomis pula ialah bentuk gaya bahasa yang ringkas, padat, tepat
dan pendek-pendek. Walaupun pemilihan kata-katanya pendek tetapi ia
dapat menggambarkan serta menjelaskan suatu peristiwa dengan tepat dan
menarik. Bahasa ekonomis merupakan satu aspek yang harus ada dalam
sesebuah karya, terutamanya puisi dan cerpen, untuk menggelakkan
pembaca daripada rasa bosan atau jemu dengan bahasa yang meleret-leret.
Keupayaan pengarang menggarap gaya bahasa ekonomis juga dapat
membantu pembaca memahami dan menghayati sesuatu cerita dengan lebih
cepat (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:73).

Manakala bahasa konotatif pula ialah bahasa yang mempunyai maksud
perbandingan. Pengertian yang ada dalam bahasa konotatif ialah pengertian
yang tersirat. Bahasa konotatif menimbulkan kesan emosi kepada para
pembaca. Contoh penggunaan bahasa konotatif dapat dilihat dalam sajak
ÊMerpati Putih Jelajahilah Dunia IniÊ, karya Usman Awang (Kamarudin
Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:73).

Seterusnya ialah bahasa perbandingan. Dalam sesebuah hasil kesusasteraan,
unsur bahasa perbandingan merupakan salah satu unsur yang terpenting.
Penggunaan unsur bahasa perbandingan dapat meningkatkan kesan dan
jalan cerita pada sesebuah hasil karya. Perbandingan dibuat antara sesuatu
benda atau hal tertentu dengan benda atau hal lain yang umum. Unsur
bahasa perbandingan ini dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu
metafora, simile, hiperbola, personifikasi dan perlambangan. Kelima-lima
unsur bahasa perbandingan ini digunakan oleh pengarang untuk
menggambarkan keadaan kewujudan sesuatu yang hendak diceritakan
dengan lebih jelas dan terang. Ia juga dapat menarik minat pembaca
266        TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



      terhadap karya-karya kesusasteraan. Jelasnya, unsur bahasa perbandingan
      ini dapat memperlembutkan makna percakapan dan mengindahkan bahasa
      (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:74).

      Unsur penegasan dalam sesuatu karya kesusasteraan pula merupakan salah
      satu daripada unsur bahasa dalam sastera. Penegasan merujuk kepada
      penjelasan (yang tidak diragui), penentuan atau penerangan (yang nyata)
      untuk menjelaskan sesuatu hal. Daripada kenyataan di atas dapatlah
      didefinisikan bahawa unsur penegasan membawa maksud menjelaskan
      makna sesuatu agar menjadi lebih nyata hasil daripada pemikiran
      pengarang. Ini diharapkan dapat menarik minat dan perhatian para
      pembaca. Unsur penegasan dalam kesusasteraan selalunya digarap oleh
      pengarang dalam bentuk puisi. Dalam unsur bahasa penegasan, pengarang
      menyelitkan juga unsur-unsur perulangan, anafora dan epifora. Ketiga-tiga
      unsur ini mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk menegaskan maksud
      sesuatu (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:79).

      Dialog pula ialah perbualan antara dua watak atau lebih dan ia banyak
      terdapat dalam karya-karya sastera berbentuk drama atau fiksyen. Dialog
      boleh berbentuk lisan atau bertulis. Menurut kamus Dewan, dialog
      bermaksud kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama atau
      fiksyen (kamus dewan, 1994:302). Menurut Ramli Isin, (1992:44-45), dialog
      merupakan perbualan atau percakapan, sama ada secara lisan ataupun
      tulisan dan ia tergolong ke dalam unsur bahasa. Gaya bahasa ini lazimnya
      dilakukan sekurang-kurangnya oleh dua orang watak atau lebih, sama ada
      antara watak utama dengan watak kedua ataupun dengan watak sampingan
      (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:84).

      Unsur yang terakhir dalam laras bahasa sastera ialah unsur monolog.
      Monolog adalah salah satu daripada unsur bahasa yang digunakan dalam
      karya-karya kesusasteraan. Menurut Umar Junus dalam bukunya
      stilistik:Satu Pengantar, menerangkan bahawa monolog adalah lawan kepada
      dialog iaitu yang bercakap hanya seorang sahaja. Daripada definisi ini dapat
      disimpulkan bahawa monolog bermakna seorang watak, biasanya watak
      utama atau watak penting bercakap seorang diri tanpa ada tindak balas
      daripada orang lain . Percakapannya itu diluahkan dan didengari oleh watak
      tersebut dan mungkin juga watak-watak disekelilingnya (Kamarudin Husin
      dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:88). Secara kasarnya monolog dapat
      dibahagikan kepada dua jenis iaitu monolog luaran dan monolog dalaman.
      Monolog luaran adalah monolog yang dilafazkan manakala monolog
      dalaman adalah monolog dalaman hati (Kamarudin Hj. Husin dan Siti
      Hajar Abdul Aziz, 1998:90).
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA    267




       SEMAK KENDIRI 10.3


   Berdasarkan laras dalam bidang tulisan, perincikan ciri-ciri yang
   memperlihatkan wujudnya perbezaan pada laras-laras tersebut.




10.3 PENILAIAN DAN PENGAYAAN
Di dalam buku ÂEducation Evaluation and Decision MakingÊ yang disunting oleh
Stufflebeam, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan
dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan
mengenai tindakan selanjutnya.

Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang
meliputi aktiviti-aktiviti mengumpulkan maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan
tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.
Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisaan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan
dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti di dalam Rajah 10.1
yang berikut:




                   Rajah 10.1: Lima peringkat prosedur penilaian
268     TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



Berdasarkan keterangan tersebut, pengujian dan pengukuran merupakan
aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti penilaian.


10.3.1 Jenis-jenis Ujian
Di bawah program KBSR dan KBSM, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu,
penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian
mengesan pencapaian.

Penilaian mengesan penguasaan ialah penilaian ini dijalankan semasa guru
mengajar di dalam kelas. Tujuannya ialah untuk mengesan kelemahan
penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran matematik yang sedang diajarkan,
supaya kelemahan itu dapat diperbetulkan dengan serta merta. Oleh itu, cara
penilaian yang sesuai digunakan ialah penilaian tak formal.

Penilaian mengesan kemajuan iaitu penilaian ini biasanya dijalankan selepas
beberapa kemahiran dan sesuatu topik telah selesai diajarkan. Tujuan
mengadakan penilaian ialah untuk mengesan kemajuan pelajar tentang
kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya menentukan siapa yang
memerlukan aktiviti pengayaan atau pemulihan.

Aktiviti penilaian ini boleh dijalankan dengan cara formal atau tidak formal.
Guru boleh menggunakan pemerhatian, latihan contoh soal jawab secara lisan,
memeriksa hasil kerja pelajar atau ujian kertas-pensel untuk menilai kemajuan
pelajar-pelajarnya. Keputusan-keputusan penilaian setiap orang pelajar
direkodkan dalam borang Rekod Prestasi.

Penilaian mengesan pencapaian bermaksud penilaian ini dijalankan selepas
guru mengajar beberapa pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan
membuat penilaian ini ialah mengesan pencapaian pelajar dalam beberapa
pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan menjalankan penilaian
ini ialah untuk menentukan kedudukan mereka dalam kelas masing-masing.

Aktiviti penilaian ini hanya boleh dijalankan dengan cara formal sahaja, kerana
aktiviti ini melibatkan banyak kemahiran utama yang digunakan untuk menilai
pencapaian setiap pelajar. Keputusan Profil dengan markah dan gred serta
catatan dan tindakan yang sewajarnya.

Pada amnya, ketiga-tiga aktiviti penilaian yang dihuraikan di atas boleh
digolongkan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan, dan penilaian sumatif
yang digunakan untuk mengesan pencapaian.
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA        269




Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
untuk memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin
tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Aktiviti
pengayaan disediakan untuk semua murid dalam kelas, sama ada di peringkat
sekolah rendah atau sekolah menengah, dan sama ada dalam kumpulan cerdas,
sederhana atau lambat.

Aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran
asas. Biasanya, aktiviti pengayaan diberikan kepada murid-murid selepas
mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.
Murid-murid menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai untuk
menjalankan aktiviti pengayaan. Melalui aktiviti pengayaan ini, murid-murid
akan mendapat memperluas pengalaman dan pengetahuan pelajar sejajar
dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang tertentu.


10.3.2 Menganalisis Kesilapan Pelajar
Terdapat beberapa kesilapan dalam bahasa yang sering dilakukan oleh pelajar-
pelajar di dalam penulisan. Antaranya ialah kesilapan imbuhan, perulangan
kata, bentuk ayat pasif, kata sendi, struktur ayat, dan ejaan.

   Kesilapan imbuhan
   Imbuhan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-
   bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Proses
   pengimbuhan melibatkan awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Pelajar-pelajar
   kerap melakukan kesilapan menggunakan imbuhan yang betul dalam
   penulisan mereka.

   Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.1.

                      Jadual 10.1: Contoh kesilapan imbuhan

  KESILAPAN            ANALISIS KESILAPAN                 PEMBETULAN
  Encik Amir           Golongan kata nama dan kata        Encik Amir
  mengeluarkan wang    kerja sahaja yang boleh menerima   mengeluarkan wang
  yang banyak untuk    imbuhan apitan memper-...-kan.     yang banyak untuk
  memperbesarkan       Golongan kata adjektif (besar)     memperbesar
  rumahnya.            hanya boleh menerima awalan        rumahnya.
                       memper-...     untuk    membawa
                       maksud menjadikan lebih atau
                       bertambah.
  Ibu meniduri adik    Â-iÊ memberi makna mengenakan      Ibu menidurkan adik.
                       perbuatan itu kepada sesuatu
270        TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



                           tempat atau menujukan maknanya
                           lebih tepat atau lebih hampir
                           kepada penyambutnya.
                           Â-kanÊ pula memberi makna
                           jadikan.
  Hakim menjatuhkan        Â-kanÊ memberi makna jadikan.        Hakim menjatuhi
  pembunuh itu             Â-iÊ   pula   memberi     makna      pembunuh itu
  hukuman gantung.         mengenakan perbuatan itu kepada      hukuman gantung.
                           sesuatu tempat atau menujukan
                           maknanya lebih tepat atau lebih
                           hampir kepada penyambutnya.
  Amirah memberikan        Apitan   men-...-kan   lazimnya      Amirah memberi
  kucing itu makanan.      menerima objek yang tidak            kucing itu makanan.
                           bernyawa sebagai penyambutnya.


      Kesilapan perulangan kata
      Kesilapan yang dibuat adalah merupakan kesilapan umum yang sering
      dilakukan. Kesilapan ini adalah sama ada berupa kesilapan perulangan pada
      jamak, perulangan pada kata nama, atau perulangan pada kata sifat.

      Contoh kesilapan dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.2

                      Jadual 10.2: Contoh kesilapan perulangan kata

         SALAH                                  BETUL
         Terpandai sekali                       Terpandai
         Tertinggi sekali                       Tertinggi
         Terindah sekali                        Terindah
         Paling terbaik sekali                  Baik sekali
         Paling terpandai sekali                Pandai sekali
         Paling tercantik sekali                Cantik sekali


      Kesilapan bentuk ayat pasif
      Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata
      kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang
      diterangkan. Di dalam ayat pasif, objek hadir di permulaan ayat.

      Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.3
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA           271




                     Jadual 10.3: Contoh Kesilapan bentuk ayat pasif


 KESILAPAN                ANALISIS KESILAPAN                PEMBETULAN

 Bola itu ditendang       Ayat ini adalah salah kerana      Bola itu saya tendang.
 oleh saya.               ayat tersebut ialah ayat pasif
                          kata ganti diri pertama (saya).
                          Bagi ayat pasif kata ganti diri
                          pertama dan kedua, kata ganti
                          nama hendaklah hadir sebelum
                          kata kerja pasif.

 Kerja itu sudah          Ayat tersebut tidak gramatis.     Kerja itu sudah saya
 diselesaikan oleh        Kata ganti nama diri perlu        selesaikan.
 saya.                    hadir di hadapan kata kerja.


  Kesilapan kata sendi atau kata penghubung
  Menurut Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu
  (1993), sendi nama menentukan hubungan antara dua kata nama. Ia
  menentukan tempat dan arah sesuatu. Tanpa kata sendi kita tidak akan dapat
  menyatakan tempat, arah, dan kedudukan sesuatu kata nama. Sendi nama
  dalam bahasa Melayu ialah, di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan,
  bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, menerusi, melalui, mengenai,
  berkenaan, dan berkaitan.

  Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dalam Jadual 10.4.

          Jadual 10.4: Contoh kesilapan kata sendi atau kata penghubung


      KESILAPAN                  ANALISIS KESILAPAN                PEMBETULAN

Dia datang ke rumah          Kata sendi yang digunakan         Dia datang ke rumah
saya di waktu petang.        iaitu ÂdiÊ adalah salah. ÂdiÊ     saya pada waktu
                             adalah untuk menunjukkan          petang.
                             tempat dan tidak digunakan
                             untuk menunjukkan masa.

Oleh kerana Encik            Perkataan kerana termasuk         Oleh sebab Encik
Wahid kurang sihat,          dalam golongan kata hubung        Wahid kurang sihat,
beliau tidak datang ke       pancangan         keterangan,     beliau tidak datang ke
pejabat hari ini.            manakala    sebab termasuk        pejabat hari ini.
                             dalam golongan kata nama.
                             Walaubagaimanapun,      sebab
                             boleh dijadikan kata hubung
                             dengan menambahkan kata
272        TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA




                              sendi ÂolehÊ lalu menjadi Âoleh
                              sebabÊ.        Memandangkan
                              perkataan kerana memang
                              merupakan kata hubung maka
                              perkataan oleh tidak perlu
                              digunakan bersama-samanya.

 Sofia menonton               ÂdaripadaÊ menunjukkan punca           Sofia menonton
 televisyen daripada pagi     bagi manusia, sumber kejadian          televisyen dari pagi ke
 ke petang.                   sesuatu       benda      dan           petang.
                              menunjukkan perbandingan.


      Kesilapan struktur ayat
      Dalam kesilapan struktur ayat, pelajar-pelajar cenderung menghasilkan ayat
      yang tidak gramatis.

      Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.5.

                       Jadual 10.5: Contoh Kesilapan struktur ayat

  KESILAPAN                  ANALISIS KESILAPAN                PEMBETULAN
  Merokok         ternyata   Penggunaan       ini    kerana    Merokok          ternyata
  membahayakan               seperti dalam ayat tersebut       membahayakan
  kesihatan seseorang.       timbul      sebagai      akibat   kesihatan seseorang. Hal
  Ini kerana seseorang       pengaruh struktur bahasa          ini     demikian      kerana
  yang merokok mudah         Inggeris: „this is because...‰.   seseorang yang merokok
  terkena sakit jantung.     Âini keranaÊ       lebih baik     mudah terkena sakit
                             digantikan dengan Âhal ini        jantung.
                             demikian keranaÊ atau Âhal ini
                             disebabkanÊ.
  Sayur-sayuran   hijau      Ayat tersebut ialah ayat          Sayur-sayuran      hijau
  dapat    menyihatkan       penyata.      Oleh      itu       dapat       menyihatkan
  badan di mana sayur-       penggunaan di mana adalah         badan kerana sayur-
  sayuran            ini     salah kerana di mana boleh        sayuran ini mengandungi
  mengandungi banyak         digunakan dalam ayat tanya        banyak vitamin.
  vitamin.                   yang merujuk tempat.


      Kesilapan ejaan
      Kesilapan dari segi ejaan juga dapat dikesan. Kesan ini sebahagian besarnya
      adalah merupakan kesilapan yang terjadi akibat kecuaian diri sendiri di
      samping pengaruh persekitaran iaitu dialek.

      Contoh kesilapan dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.6.
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA        273




                         Jadual 10.6: Contoh Kesilapan ejaan

  SALAH                                 BETUL
  Dasyat                                Dahsyat
  Perabut                               Perabot
  Jalanraya                             Jalan Raya
  Letrik                                Elektrik
  Kesian                                Kasihan
  Basikar                               Basikal
  Lincin                                Licin

Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.7.

           Jadual 10.7: Contoh Kesilapan, analisis kesilapan dan pembetulan

   KESILAPAN            ANALISIS KESILAPAN                     PEMBETULAN
   Perabut              Ejaan yang tepat ialah perabot         Perabot
                        kerana kata tersebut ialah kata
                        pinjaman      daripada       bahasa
                        Indonesia. Oleh sebab itu, ejaannya
                        tidak mengikut keselarasan vokal
                        bahasa Melayu, iaitu (a u).

   Jalanraya            Jalan dan raya boleh berdiri sendiri   Jalan raya
                        dan masing-masing mempunyai
                        makna. Oleh itu, kedua-dua
                        perkataan ini perlu diasingkan
                        apabila    ditulis  sebagai    kata
                        majmuk.




 10.4          MEMBENTUK PELAJAR YANG MAHIR
               BAHASA MALAYSIA
Kemahiran bahasa merupakan salah satu aspek yang meliputi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran bahasa merupakan
teras penguasaan bahasa baku. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan
keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam
pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi fomal.
Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan
persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar.
274     TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



Kemahiran bertutur merupakan salah satu kandungan yang terdapat dalam
kemahiran berbahasa yang merupakan keupayaan murid berbual untuk
menjalin hubungan dan menyampai kan maklumat, pendapat, perasaan, serta
idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang bertul secara
sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan
tatabahasa yang sesuai. Kemahiran ini sangat penting dalam memastikan
penguasaan bahasa yang baik dalam kalangan murid-murid. Dengan adanya
kemahiran ini murid-murid dapat dilatih dengan kemahiran berbahasa yang
betul dan ini dapat digunakan dalam perbualan harian mereka.

Selain itu, kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat
dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu
diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Pelbagai teknik membaca
diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Dengan
adanya kemahiran ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan murid-
murid dan dapat meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa.

Kemahiran menulis pula merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan
membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.
Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera
bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis
serta tanda baca dan ejaan yang betul. kemahiran ini dapat memberi galakan
kepada murid-murid untuk menulis sesuatu perkara yang tersirat dalam fikiran
mereka dan diluahkan dalam bentuk penulisan.

Dalam aspek pedagogi, guru perlu menggunakan pelbagai kemahiran dalam
pengajaran bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-
murid. Guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik dengan sesuai
bagi menghasilkan pembelajaran yang menarik terutamanya dalam subjek
bahasa Melayu. Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran
bahasa ialah pendekatan induktif, deduktif, elektif, dan komunikatif.

Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan
sesuatu kajian itu dengan melihat penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar
melalui contoh-contoh. Selain itu, ia menggunakan kaedah pencarian yang
melihat, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek tertentu itu pada awal dan
kemudian membuat satu kesimpulan. Dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, terutama dalam menyusun isi, pendekatan ini mengutamakan contoh-
contoh pada awal pengajaran dan dibuat generalisasi daripadanya. Guru-guru
tidak digalakkan memberi definisi, penerangan terhadap peraturan-peraturan,
isi atau kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan atau
memberi objektif pengajaran pada awal pengajaran.
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA       275




Bagi pendekatan secara deduktif, pengajaran bahasa dilakukan dengan membuat
generalisasi pada awal pengajaran dan kemudian dikemukakan contoh
selepasnya. Biasanya pengajaran dimulakan dengan aktiviti memperkenalkan
huraian undang-undang bahasa sebelum guru memberi contoh-contoh
menggunakan peraturan-peraturan itu dalam ayat. Misalnya, guru hendak
mengajar tajuk Âkata namaÊ guru akan memberi definisi kata nama itu dan
selepas itu barulah ditunjukkan contoh-contoh dalam ayat.

Seterusnya, pendekatan elektrik yang menggabungkan pendekatan induktif dan
deduktif untuk menghasilkan strategi pengajaran. Contohnya, guru bahasa itu
boleh memulakan pengajaran itu dengan memberi contoh yang bersabit dan
kemudian mendapatkan contoh-contoh daripada murid-murid. Selepas itu,
murid dipandu langkah demi langkah untuk sampai kepada undang-undang
bahasa. Terdapat juga pendekatan komunikatif yang diperkenalkan bagi
pengajaran bahasa. Tujuan utama pengajaran bahasa berasakan pendekatan ini
ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa yang sesuai untuk komunikasi.
Pendekatan ini menyarankan supaya murid-murid diberi peluang menggunakan
bahasa dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam kelas.

Dalam pengajaran Bahasa Malaysia sememangnya terdapat pelbagai cara dan
teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajarannya.
Teknik yang digunakan harus bergantung kepada umur dan berdasarkan
kepada minat murid serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan.

Antara teknik yang digunakan ialah teknik bercerita, teknik ini digunakan untuk
menyampaikan pelajaran , malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang
kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka.
Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh
dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid.
Biasanya murid-murid lebih menumpukan perhatian di samping menjadikan
pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.

Teknik main peranan merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam
pengajaran bahasa. Melalui teknik ini murid-murid dapat gambaran atau contoh
pengalaman secara spontan. Biasanya teknik ini melibatkan gambaran murid-
murid terhadap sesuatu atau keadaan dan kemudian melakonkan tanpa bantuan
sebarang skrip. Main peranan kadang-kadang mementingkan interaksi individu
serta kumpulan dan sentiasa dikelolakan dalam situasi kumpulan. Hal ini dapat
meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-murid sekolah
rendah.

Teknik bersoal jawab adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling
popular dan paling kerap dilakukan oleh guru-guru di sekolah. Pemilihan guru-
guru ke atas teknik ini bukan sahaja kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi
276        TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara
berkesan. Di samping itu ia menjadi teras kepada pembinaan konsep,
kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan
percaya di kalangan murid-murid. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan dan murid-murid memberi tindak balas yang
sewajarnya.




      Laras bahasa merupakan aspek yang penting dalam menjelaskan variasi atau
      kelainan dalam bahasa.
      Dengan menggunakan laras bahasa yang tepat, segala maklumat dapat
      disampaikan dengan mudah dan senang difahami.
      Dalam pengajaran penulisan, pengetahuan laras bahasa membolehkan
      seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras-laras tertentu dalam
      aktiviti penulisan mereka.
      Dalam bentuk komunikasi, pengetahuan laras bahasa membolehkan
      seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras yang tepat semasa
      berkomunikasi.
      Laras bahasa bentuk tulisan terdiri daripada laras sukan, laras radio-
      televisyen, iklan dan perniagaan
      Laras bahasa berbentuk tulisan terdiri daripada laras akhbar, laras agama,
      laras undang-undang, dan laras sastera.
      Setiap laras bahasa mempunyai perbendaharaan kata yang berbeza-beza
      terutamanya perkataan-perkataan khusus, struktur ayat serta cara
      pengungkapan dan format yang digunakan.
      Laras bahasa lisan yang digunakan oleh siaran radio atau televisyen
      berbentuk rasmi dan berformat.
      Fungsi iklan untuk mempengaruhi pengguna dan menimbulkan tanggapan
      tertentu tentang sesuatu produk atau barangan atau perkhidmatan yang
      hendak diperkenalkan.
      Iklan ada berbagai-bagai jenis iaitu iklan yang dibuat khas oleh pihak
      kerajaan, iklan yang bersifat peribadi dan sebagainya.
      Laras bahasa perniagaan digunakan bagi tujuan mempengaruhi pengguna
      untuk membentuk tanggapan tertentu atau mengubah sikap dan melakukan
      tindakan.
TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA       277




   Setiap tulisan yang berkesan dalam akhbar haruslah mencerminkan
   penglibatan penulis terhadap gaya yang menghidupkan dan menyerikan
   ayat- ayat dalam tulisannya.
   Laras undang-undang digunakan oleh pakar perundingan, termasuk
   peguam, hakim dan pendakwa apabila menulis atau bercakap berkenaan
   undang-undang di dalam atau di luar mahkamah.
   Terdapat beberapa unsur bahasa dalam laras sastera iaitu diksi, ambiguiti,
   bahasa eknomis, bahasa konotatif, bahasa perbandingan, penegasan, dialog
   dan monolog.
   Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,
   penganalisisaan dan penyimpulan.
   Pengayaan merupakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
   untuk sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan
   pelajar.




 Skor                                     Punch line
 Francais                                 Komposit
 Asset                                    Kolon
 Semikolon                                Kontinjen
 Habeas korpus                            Locus standi
 Plantif                                  Defandan
 Profil                                   Ekuiti
 Parole                                   Prima facie




Abdullah Hassan. (1999). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran bahasa Malaysia.
   Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Khir Mohd Nor. (1996). Laras bahasa, gaya dan ragam bahasa,
  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
278       TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA



Ahmad Mohd. Yusof⁄ (et al.), (1992). Laporan kaji selidik penggunaan bahasa
  Melayu dalam bidang kehakiman dan undang-undang, Selangor: Dewan
  Bahasa dan Pustaka
Awang Sariyan dan Mohd. Thani Ahmad. Peranan sastera dalam pembinaan dan
  penyatuan Bahasa Melayu. Diakses Februari 23, 2008 daripada
  http://www.kongresbahasa.org/wpcontent/uploads/2006/11/049.pdf
Laras        bahasa.       Diakses     Februari   23,   2008   daripada
      http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/WEEK10/LARAS%
      20BAHASA.doc
Lufti Abas. (1995). Kritikan karya sastera : Keindahan ragam-ragam bahasa.
   Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim dan Faiza Tamby Chik. (1994). Bahasa dan undang-undang.
   Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasikfungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasikkamalslaw
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Noor Salina
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Nas Hafizah Nasrullah
 
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuNur Farahin Samsudin
 
Konsep variasi bahasa
Konsep variasi bahasaKonsep variasi bahasa
Konsep variasi bahasaArielIfikaT
 
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpmbahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpmsakiminie
 
2.4 industri makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
2.4 industri  makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }2.4 industri  makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
2.4 industri makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }Nurul Atikah
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuhanifah mohiji
 

What's hot (20)

fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasikfungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
 
Ucapan Pemujukan
Ucapan PemujukanUcapan Pemujukan
Ucapan Pemujukan
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
Bm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorikBm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorik
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3
 
Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111
 
Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3
 
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
 
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
 
Konsep variasi bahasa
Konsep variasi bahasaKonsep variasi bahasa
Konsep variasi bahasa
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpmbahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
 
2.4 industri makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
2.4 industri  makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }2.4 industri  makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
2.4 industri makanan { PENGAJIAN AM -PENGGAL 2 }
 
Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Sejarah kesatuan soviet
Sejarah kesatuan sovietSejarah kesatuan soviet
Sejarah kesatuan soviet
 

Similar to LARAS BAHASA LISAN

Meringkaskan Karangan Peringkat A (A Level)
Meringkaskan Karangan Peringkat A (A Level)Meringkaskan Karangan Peringkat A (A Level)
Meringkaskan Karangan Peringkat A (A Level)Rozaiman Makmun
 
WEEK_8_-_LARAS_BAHASA.pptx
WEEK_8_-_LARAS_BAHASA.pptxWEEK_8_-_LARAS_BAHASA.pptx
WEEK_8_-_LARAS_BAHASA.pptxEwei Voon
 
Buku Penyuluhan Paragraf
Buku Penyuluhan ParagrafBuku Penyuluhan Paragraf
Buku Penyuluhan ParagrafIQbal KHan
 
Makalah standardisasi bahasa
Makalah standardisasi bahasaMakalah standardisasi bahasa
Makalah standardisasi bahasaMimiKartika2
 
Pertemuan ke 1.pptx
Pertemuan ke 1.pptxPertemuan ke 1.pptx
Pertemuan ke 1.pptxFika753292
 
Buku Penyuluhan Bentuk Pilihan Kata
Buku Penyuluhan Bentuk Pilihan KataBuku Penyuluhan Bentuk Pilihan Kata
Buku Penyuluhan Bentuk Pilihan KataIQbal KHan
 
YOLLANDA OCTAVITRI_PENGEMBANGAN BAHAN AJAR.pdf
YOLLANDA OCTAVITRI_PENGEMBANGAN BAHAN AJAR.pdfYOLLANDA OCTAVITRI_PENGEMBANGAN BAHAN AJAR.pdf
YOLLANDA OCTAVITRI_PENGEMBANGAN BAHAN AJAR.pdfAulia Rachman
 
Ragam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docx
Ragam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docxRagam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docx
Ragam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docxFahadAraby
 
PPT PIDATO BAHASA INDONESIA KLP 8.pdf
PPT PIDATO BAHASA INDONESIA KLP 8.pdfPPT PIDATO BAHASA INDONESIA KLP 8.pdf
PPT PIDATO BAHASA INDONESIA KLP 8.pdfNabila Triana
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamtdub
 
Tata Tulis Karya Ilmiah
Tata Tulis Karya IlmiahTata Tulis Karya Ilmiah
Tata Tulis Karya IlmiahTian Sarwoyo
 
Makalah ragam bahasa, bahasa indonesia ragam ilmiah
Makalah ragam bahasa, bahasa indonesia ragam ilmiahMakalah ragam bahasa, bahasa indonesia ragam ilmiah
Makalah ragam bahasa, bahasa indonesia ragam ilmiahPrescott Py3man
 
Makalah Ragam Bahasa Indonesia
Makalah Ragam Bahasa IndonesiaMakalah Ragam Bahasa Indonesia
Makalah Ragam Bahasa IndonesiaSeptiana Farikha
 

Similar to LARAS BAHASA LISAN (20)

draft penting implikatur
draft penting implikaturdraft penting implikatur
draft penting implikatur
 
Meringkaskan Karangan Peringkat A (A Level)
Meringkaskan Karangan Peringkat A (A Level)Meringkaskan Karangan Peringkat A (A Level)
Meringkaskan Karangan Peringkat A (A Level)
 
WEEK_8_-_LARAS_BAHASA.pptx
WEEK_8_-_LARAS_BAHASA.pptxWEEK_8_-_LARAS_BAHASA.pptx
WEEK_8_-_LARAS_BAHASA.pptx
 
Buku Penyuluhan Paragraf
Buku Penyuluhan ParagrafBuku Penyuluhan Paragraf
Buku Penyuluhan Paragraf
 
Makalah standardisasi bahasa
Makalah standardisasi bahasaMakalah standardisasi bahasa
Makalah standardisasi bahasa
 
Pertemuan ke 1.pptx
Pertemuan ke 1.pptxPertemuan ke 1.pptx
Pertemuan ke 1.pptx
 
Buku Penyuluhan Bentuk Pilihan Kata
Buku Penyuluhan Bentuk Pilihan KataBuku Penyuluhan Bentuk Pilihan Kata
Buku Penyuluhan Bentuk Pilihan Kata
 
YOLLANDA OCTAVITRI_PENGEMBANGAN BAHAN AJAR.pdf
YOLLANDA OCTAVITRI_PENGEMBANGAN BAHAN AJAR.pdfYOLLANDA OCTAVITRI_PENGEMBANGAN BAHAN AJAR.pdf
YOLLANDA OCTAVITRI_PENGEMBANGAN BAHAN AJAR.pdf
 
Ragam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docx
Ragam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docxRagam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docx
Ragam Dan Laras Bahasa ( Bahasa Indonesia ).docx
 
PPT PIDATO BAHASA INDONESIA KLP 8.pdf
PPT PIDATO BAHASA INDONESIA KLP 8.pdfPPT PIDATO BAHASA INDONESIA KLP 8.pdf
PPT PIDATO BAHASA INDONESIA KLP 8.pdf
 
Makalah Bahasa baku dan bahasa nonbaku
Makalah Bahasa baku dan bahasa nonbakuMakalah Bahasa baku dan bahasa nonbaku
Makalah Bahasa baku dan bahasa nonbaku
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Skema Jawapan Kertas 1
Skema Jawapan Kertas 1Skema Jawapan Kertas 1
Skema Jawapan Kertas 1
 
Kelompok 1
Kelompok 1Kelompok 1
Kelompok 1
 
Tata Tulis Karya Ilmiah
Tata Tulis Karya IlmiahTata Tulis Karya Ilmiah
Tata Tulis Karya Ilmiah
 
Makalah ragam bahasa, bahasa indonesia ragam ilmiah
Makalah ragam bahasa, bahasa indonesia ragam ilmiahMakalah ragam bahasa, bahasa indonesia ragam ilmiah
Makalah ragam bahasa, bahasa indonesia ragam ilmiah
 
Makalah Ragam Bahasa Indonesia
Makalah Ragam Bahasa IndonesiaMakalah Ragam Bahasa Indonesia
Makalah Ragam Bahasa Indonesia
 
Bahasa baku dan tidak baku
Bahasa baku dan tidak bakuBahasa baku dan tidak baku
Bahasa baku dan tidak baku
 
Kelompok 6.pptx
Kelompok 6.pptxKelompok 6.pptx
Kelompok 6.pptx
 
Makalah Analisis Kesalahan Berbahasa Indonesia
Makalah Analisis Kesalahan Berbahasa IndonesiaMakalah Analisis Kesalahan Berbahasa Indonesia
Makalah Analisis Kesalahan Berbahasa Indonesia
 

More from PAKLONG CIKGU

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017PAKLONG CIKGU
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihPAKLONG CIKGU
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihPAKLONG CIKGU
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3PAKLONG CIKGU
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3PAKLONG CIKGU
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 PAKLONG CIKGU
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4PAKLONG CIKGU
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.PAKLONG CIKGU
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanPAKLONG CIKGU
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuPAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4PAKLONG CIKGU
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4PAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4PAKLONG CIKGU
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016PAKLONG CIKGU
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 

More from PAKLONG CIKGU (20)

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersih
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataan
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayu
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
 

LARAS BAHASA LISAN

  • 1. T o p ik 1 0 Aplikasi Laras Bahasa HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti laras bahasa dalam bentuk lisan; 2. Mengenal pasti laras bahasa dalam bentuk tulisan; dan 3. Melakukan penilaian dan penggayaan terhadap pembentukan soalan untuk menganalisis kesilapan pelajar dan membentuk pelajar yang mahir berbahasa Malaysia. PENGENALAN Laras bahasa merupakan aspek yang penting dalam menjelaskan variasi atau kelainan dalam bahasa. Dengan wujudnya pengetahuan berkaitan sesuatu laras, seseorang pengguna bahasa akan menggunakan laras yang sesuai bagi menyampaikan buah fikiran atau maklumat dengan tepat kepada sasaran. Selain itu juga, pengetahuan berkaitan laras akan mendedahkan kepada pengguna bahasa tentang wujudnya pelbagai variasi bahasa dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna. Dengan menggunakan laras bahasa yang tepat, segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan senang difahami. Dalam bidang pengajaran penulisan, pengetahuan berkaitan laras bahasa
  • 2. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 245 membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras-laras tertentu dalam aktiviti penulisan mereka. Manakala dalam bentuk komunikasi pula, pengetahuan berkaitan laras bahasa membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras yang tepat semasa berkomunikasi. Selain itu ,pengetahuan mereka berkaitan laras, membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat berbahasa dengan baik dan berkesan. Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan tentang aplikasi laras bahasa dalam pengajaran penulisan dan komunikasi. Dengan pendedahan ini diharapkan pelajar akan dapat mengetahui tentang aplikasi laras bahasa terutama yang berkaitan dengan aktiviti penulisan dan berkomunikasi. SEMAK KENDIRI 10.1 (a) Apakah yang anda faham dengan laras bahasa lisan dan laras bahasa tulisan.? (b) Adakah anda fikir laras bahasa ini dapat memberi maklumat yang penting bagi tujuan komunikasi dan penulisan? 10.1 LARAS BAHASA DALAM BENTUK LISAN 10.1.1 Sukan Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), berpendapat laras sukan ialah satu wacana tentang sukan. Setiap cabang sukan mempunyai istilahnya sendiri. Sebagai contoh Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan daftar istilah untuk isi cabang sukan yang dipertandingkan di Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998. Istilah yang digunakan dalam laras sukan biasanya merujuk peraturan-peraturan sukan yang dipertandingkan itu. Sebagai contoh dalam perlawanan bola sepak dan hoki para pengulas sukan akan menggunakan istilah-istilah sukan. Setiap laras bahasa mempunyai perbendaharaan kata yang berbeza-beza terutamanya perkataan-perkataan khusus, struktur ayat serta cara pengungkapan dan format yang digunakan. Contoh laras sukan adalah seperti berikut. „Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam sistem ini, setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing- masing. Dengan perkataan lain, mereka akan melawan dengan setiap ahli dalam kumpulannya. Dalam tem ini terdapat formula-
  • 3. 246 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA formula yang penting yang boleh dibuat sebagai panduan untuk menentukan jumlah peruntukan masa, pengadil, padang permainan dan kelengkapan yang diperlukan‰ Laras bahasa dalam lisan adalah seperti ulasan berita sukan, laporan sukan antarabangsa dan sebagainya. Penggunaan laras bahasa dalam laras sukan memerlukan perkataan perkataan yang berunsur kesukanan seperti liga, penalti, pengadil,padang, gol, sepakan percuma, atlet, kad merah, kad kuning, balingan ke dalam, tendangan gol, tendangan sudut, tendangan terus, tendangan tidak terus,bagi perlawanan hoki antara istilah-istilah yang kerap digunakan ialah kawasan D, pukulan penalti, sudut, gol padang, kad hijau dan sebagainya. Laporan sukan banyak menggunakan ragam aktif dengan jenis ayat tunggal yang pendek-pendek. Bagi khalayak khusus frasa dan ayat misalnya, bidang undang-undang, banyak menggunakan frasa penerang atau keterangan dengan ayat majmuk campuran. Biasanya pengulas sukan akan menggunakan bahasa baku dan suara mereka harus jelas dan tepat. Bahasa yang digunakan juga adalah tidak bercampur-campur dengan bahasa lain atau dalam istilah terkini ialah bahasa rojak. Ini kerana berita adalah dalam situasi formal dan dalam interaksi terbuka bukannya secara individu. Selain itu intonasi yang digunakan juga harus berbeza-beza kerana perlu menyeimbangkannya dengan emosi penonton dan pendengar. Hal ini kerana nada suara yang digunakan memainkan peranan yang penting dalam ulasan perlawanan sesebuah sukan atau berita sukan kerana berbeza dengan laporan berita semasa atau setempat. Dalam ulasan berita sukan di televisyen, pengulas biasanya perlu bermain dengan memek muka, nada suara yang betul manakala bagi pengulas sukan radio mereka hanya perlu bermain dengan intonasi suara sahaja. Laporan Berita Sukan Radio Barrie Redfern (1985:157) menjelaskan laporan sukan dan berita kilat dikirim melalui pelbagai sumber. Berita kilat biasanya adalah berita terbaharu yang dibuat secara ringkas mengenai skor dan pembuat skor. Berita kilat ini membentuk satu corak di mana pemberita akan bergilir-gilir membuat laporan berita terbaru dalam rancangan sukan. Berita penting yang pertama ialah sama ada skor telah berubah dan apakah skor terbaru. Kemudian diberitakan mengenai pembuat skor, masa, dan butir-butir terperinci. Dengan hanya mengemukakan fakta penting, pemberita boleh memadatkan maklumat dalam masa kurang dari 15 saat tetapi masih mempunyai masa untuk mengulangi skor di akhir rancangan. Lebih baik mengakhiri laporan dengan menyatakan punch line atau skor, yang berperanan sebagai ingatan, dan tidak hanya menyerahkan kembali ke studio. Seluruh siri bahan rakaman akan kedengaran seperti ulangan dan amalan setengah stesen ialah mengetepikan cara ini. Pemberita juga akan kedengaran lebih berpengetahuan (dan menjadi sebahagian dari rancangan) sekiranya beliau
  • 4. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 247 lebih sekali memetik komen atau frasa yang digunakan oleh juruhebah hubungan di studio, ataupun pemberita di tempat permainan lain, untuk menyampaikan berita yang bertentangan atau pengesahan seperti ÊDi sini pun belum ada sebarang skor lagi tetapi...Ê. Radio- Televisyen Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan manusia sehari-hari. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, gagasan, pengetahuan mendapatkan maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Semakin baik penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran bahasa maka semakin tinggilah keupayaannya untuk berkomunikasi secara berkesan sama ada secara lisan, bacaan mahupun penulisan. Begitu juga dalam laras bahasa lisan radio dan televisyen yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu perkara atau maklumat. Laras bahasa lisan yang digunakan oleh siaran radio atau televisyen adalah lebih kepada berbentuk rasmi dan berformat. Laras yang digunakan penyampai radio dan televisyen sesuatu bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana Malaysia adalah negara yang berbilang bangsa serta agama. Bahasa Melayu digunakan dalam laras radio dan televisyen kerana mampu dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Namun ada juga bahasa yang digunakan seperti bahasa Tamil dan bahasa Cina untuk masyarakat tersebut yang kurang memahami bahasa Melayu. Laras bahasa lisan yang biasa digunakan oleh radio dan televisyen adalah jelas dan tepat. Apa yang paling penting ialah kejelasan perkataan dan nada yang disebut oleh penyampai radio atau televisyen. Justeru, DI dalam laras lisan radio dan televisyen juga mempunyai ciri-ciri seperti penyingkatan. Ini kerana radio dan televisyen menghadapi beberapa kendala atau masalah. Kendala yang paling besar dan menonjol ialah masa. Ini kerana masa telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan tidak boleh melebihi masa yang sepatutnya, kerana mungkin akan mengganggu rancangan lain yang akan ke udara. Kendala tersebut akan mempengaruhi gaya bahasa yang digunakan. Kendala waktu ini bermaksud masa untuk menyampaikan sesuatu telah di -tetapkan dan dihadkan supaya rancangan yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan tidak ada yang tergendala. Teknik penyingkatan ini yang digunakan ialah dengan menggabungkan ayat dengan klausa relatif dan dengan penghilangan unsur tertentu. Penyingkatan yang dilakukan akan menjimatkan masa penyampaian dan sesuatu perkara itu akan dapat disampaikan dengan cepat dan tepat.
  • 5. 248 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 10.1.2 Ciri-ciri Laras Bahasa Lisan Radio dan Televisyen Pengguguran kata hubung „yang‰ Laras ini menggunakan pengguguran „yang‰. Ayat-ayat yang digunakan akan melalui pengguguran „yang‰, supaya ayat yang ingin disampaikan akan lebih ringkas dan cepat, namun masih difahami oleh pendengar. Contohnya lihat ayat berikut : „Tiga puluh orang tercedera dalam beberapa serangan bom terbaru oleh pelajar universiti di Burma‰ Jika tidak ada kendala waktu, ayat itu akan lebih panjang. Namun walaupun mengalami pengguguran „yang‰ ia masih lagi mempunyai maksud yang sama dan masih jelas penggunaan ayat tersebut. „Tiga puluh orang tercedera dalam beberapa serangan bom yang terbaru yang telah dilakukan oleh pelajar universiti di Burma‰ Pengguguran kata hubung „bahawa‰ Laras ini juga menggugurkan kata hubung „bahawa‰ supaya lebih menjimatkan masa penyampaian serta tepat dan jelas. Pengguguran „bahawa‰, iaitu kata penghubung, menimbulkan klausa objek langsung. Pengguguran ini menyebabkan pernyataan akan menjadi lebih tegas dan bertenaga. Contohnya : „Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) mendakwa tenteranya berjaya mematahkan satu serangan besar Israel semalam menyebabkan beribu-ribu penduduk terbunuh‰ Di dalam ayat tersebut, kata bahawa di antara „mendakwa‰ dan „tenteranya‰ dihilangkan. Jika tidak ada penghilangan tersebut, ayat itu akan berbunyi seperti berikut : „Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) mendakwa bahawa tenteranya berjaya mematahkan satu serangan besar Israel semalam menyebabkan beribu-ribu penduduk terbunuh‰ Pengguguran Kata Depan Laras bahasa lisan radio dan televisyen ini juga mengalami pengguguran kata depan. Ada kata depan yang telah mengalami pengguguran, misalnya dengan, oleh atau dari. Misalnya:
  • 6. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 249 „Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) mendakwa bahawa tenteranya berjaya mematahkan satu serangan besar Israel semalam menyebabkan beribu-ribu penduduk terbunuh‰ Ungkapan yang berbunyi satu serangan besar Israel semalam, memperlihatkan ada unsur sebelum Israel yang telah digugurkan. Unsur itu boleh terdiri daripada oleh atau dari, bergantung kepada tafsiran yang diberikan kepada ayat tersebut. Jika tafsiran mentafsirkan pelaku yang menghasilkan „serangan besar‰, maka yang digugurkan ialah oleh. Seandainya tafsiran memberatkan arah datangnya „serangan besar‰, maka yang hilang itu ialah dari. Pengguguran Penjodoh Bilangan Dalam laras lisan ini juga penjodoh bilangan terutamanya penjodoh bilangan kata nama manusia mengalami pengguguran dalam frasa nama yang terdiri daripada kata nombor-penjodoh bilangan-nama. Penjodoh bilangan itu ialah orang. Contohnya adalah seperti berikut: (i) Lima anak kapal yang cedera parah dalam perlanggaran di Laut China Selatan Rabu lalu...beransur pulih. (ii) Walaupun kelapan-lapan pemain ini sudah melebihi usia 21 tahun, mereka masih layak bermain. Penjodoh bilangan orang digugurkan walaupun tidak diikuti oleh sebarang kata nama manusia. Dengan pengguguran yang seperti itu, maka yang tinggal hanyalah kata bilangan nombor. (iii) Lima daripada mereka menghadapi tiga tuduhan dan lapan yang lain menghadapi dua tuduhan. Selain itu, ada contoh yang menunjukkan penggunaan orang tetapi tanpa kata nama inti yang mengikuti penjodoh bilangan tersebut. „Katanya, tiga orang mengikutinya ke balai polis. Walau bagaimanapun, empat orang lagi pergi secara sukarela‰ Berhubung dengan ini, perlu diperhatikan bahawa kata bilangan orang dan kata bilangan lain tidak digugurkan bagi jumlah satu yang menggunakan imbuhan awalan se-. Misalnya: „Satu keluarga lima orang, termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak, menemui nasib yang sama minggu lalu‰
  • 7. 250 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA Pengguguran Imbuhan Dalam laras ini juga, ada pengguguran imbuhan yang ada kalanya menjejaskan asas tatabahasa Bahasa Melayu. Pengguguran yang dimaksudkan ialah pengguguran yang menimbulkan bentuk yang menyimpang daripada peraturan tatabahasa bahasa Melayu. Keadaan ini adalah hasil daripada pengguguran akhiran-kan. Contoh: (i) Penjualan saham belum diputus (ii) Kerja mengukur tanah di Sabah akan diswasta (iii) Yayasan sedia sepuluh biasiswa untuk MBA Dalam ayat (iii), perkataan sedia yang sebenarnya merupakan kata adverb, digunakan sebagai kata kerja. Mengikut peraturan tatabahasa, sedia boleh dijadikan dasar penerbitan kata kerja dengan imbuhan akhirnya -kan. Hasilnya ialah bentuk dasar sedia-kan, yang merupakan asas penerbitan menyediakan dan disediakan. Namun awalan me- yang tidak boleh digugurkan ialah awalan me- yang ditambah antara lain kepada kata dasar yang merupakan kata kerja tak transitif (misalnya: meninggal), kata kerja transitif (misalnya: melawat, melayan). Justeru laras lisan ini adalah sangat kompleks jika dibandingkan dengan laras lain kerana laras radio dan televisyen ini memerlukan ungkapan yang seringkasnya namun masih boleh disampaikan dengan tepat dan betul. Laras lisan yang diaplikasikan dalam radio dan televisyen adalah tidak memerlukan frasa yang terlalu panjang atau mempunyai ayat yang berbunga-bunga. Contoh laras yang digunakan dalam radio dan televisyen secara lisan. (a) Contoh 1: KAHERAH: Penduduk Muslim Albania yang mewakili majoriti di Kosovo yang mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia seminggu lalu, merayu negara Islam mengiktiraf negara baru itu segera. Mereka juga merayu negara Islam menyumbang bantuan kepada Kosovo bagi menolongnya membangunkan negara berkenaan. Perdana Menteri Kosovo, Hashim Thaci mengisytiharkan kemerdekaan negaranya dari Serbia lalu yang mendapat pengiktirafan segera Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara Barat tetapi tidak diiktiraf Serbia dan Russia. Pengumuman itu disambut dengan kegembiraan di Kosovo tetapi dibantah oleh sekumpulan tertentu di Belgrade dengan kedutaan negara Barat, termasuk Amerika menjadi sasaran serangan. Kosovo, dengan 2 juta penduduk Muslim Albania mewakili lebih 95 peratus daripada jumlah penduduk negara itu, ditadbir oleh PBB sejak 1999
  • 8. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 251 selepas tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengusir tentera Serbia dari wilayah berkenaan kerana didapati terbabit dengan pembersihan etnik. (b) Contoh 2: SKUAD badminton lelaki negara mengesahkan status selaku pasukan harus diberi tumpuan apabila menjuarai pusingan kelayakan Piala Thomas Zon Asia selepas menundukkan Korea 3-2 pada saingan akhir di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, semalam. Kejayaan itu turut diiringi berita gembira apabila skuad wanita turut layak secara automatik ke kejohanan Piala Uber, kedua-duanya berlangsung di Jakarta, Mei ini selepas menduduki tempat ketiga terbaik sesudah menundukkan Hong Kong 3-0. Dalam akhir bertemu Korea, pemain perseorangan utama Negara, Lee Chong Wei memberikan mata pertama buat negara apabila membenam cabaran Shon Seung-mo, 21-8, 21-11. harapan yang kemudian tampak mudah untuk memungut mata kedua dalam perlawanan kedua bertemu Lee Jae-jin-jung Jae-sung ternyata meleset. 10.1.3 Laras Bahasa Iklan Menurut Kamus Bahasa Melayu, susunan Arbak Othman (1999), iklan dapat diertikan sebagai sesuatu kenyataan yang ditulis, dibuat untuk tujuan memberitahu kepada orang ramai atau masyarakat tentang sesuatu perkara atau maklumat. Iklan biasanya disampaikan melalui media massa - media cetak dan media elektronik. Namun ada juga yang berbentuk poster-poster yang ditampalkan pada dinding-dinding kenyataan dan sebagainya. Bahasa iklan mula berkembang dengan pesat di negara ini pada tahun 1960 an. Pada masa itu iklan dalam bahasa Melayu lahir sebagai terjemahan daripada iklan dalam bahasa Inggeris, maka kebanyakan iklan adalah sangat berbau Inggeris. Iklan itu ada berbagai-bagai jenis antaranya, iklan yang dibuat khas oleh pihak kerajaan (seperti iklan-iklan kekosongan pekerjaan, iklan tawaran tender-tender dan sebagainya), iklan yang bersifat peribadi (umpamanya iklan-iklan ucapan tahniah atau ucapan takziah kematian seseorang) dan sebagainya. Fungsi iklan itu dibuat ialah untuk mempengaruhi pengguna dan untuk menimbulkan tanggapan tertentu tentang sesuatu produk atau barangan atau perkhidmatan yang hendak diperkenalkan. Penggunaan bahasa yang baik dan berkesan bertujuan menyampaikan mesej kepada sasaran iaitu pengguna. Iklan yang baik bertujuan mengubah sikap pengguna dan mempengaruhi mereka membeli atau melanggan barangan yang diperkenalkan (Kamaruddin Husin 1995). Mesej yang digunakan dalam iklan harus mempunyai pelbagai strategi yang membawa ke arah pengaruh yang positif (Asmah Omar 1982). Dalam
  • 9. 252 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA hubungannya dengan perniagaan, iklan adalah sesuatu yang mustahak dan menjadi salah satu faktor yang terpenting menggerakkan sesebuah perniagaan. Oleh yang demikian, kewujudan akhbar-akhbar selaku penyampai informasi perkembangan terbaru semasa baik tempatan, ÂregionalÊ mahupun global berperanan secara tidak langsung sebagai landasan untuk syarikat-syarikat perniagaan memperagakan perniagaan dan barangan mereka. Cara Penghasilan Iklan dan Pemilihan Larasnya Iklan-iklan yang dibuat terdiri dari pelbagai saiz yang biasanya disokong oleh gambar-gambar produk atau barangan yang diiklankan, disertai lukisan grafik, ilustrasi dan sebagainya. Dari itu, dengan memfokuskan laras bahasa yang digunakan, dapatlah dikatakan majoriti iklan dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut: (a) Mempunyai Slogan Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan sesuatu pertubuhan atau syarikat pengeluaran barangan. Seperti juga halnya dengan iklan- iklan di televisyen, sebilangan iklan-iklan di akhbar juga mempunyai slogan. Slogan dicipta sebagai trademark sesuatu barangan. Contohnya dalam iklan pil multivitamin Kiddi Pharmaton dengan slogannya 'Membantu Anak Anda Membesar Untuk Masa Depan yang Cemerlang', juga slogan 'Cepat, Mudah, Mesra' iaitu seperti yang terdapat dalam iklan pinjaman wang, ruangan Rampaiklan. (b) Kaedah Pernyataan Menyatakan secara langsung tujuan pengiklanan. Seperti yang banyak terdapat dalam ruangan Rampaiklan, dengan menggunakan frasa-frasa atau klausa-klausa seperti 'Rumah/Kenderaan/Tanah Untuk dijual/Sewa', 'Kerja Sambilan Kontraktor Dikehendaki Segera', 'Agensi Pembantu Rumah' dan sebagainya. (c) Ada Kaitan Konsep Yang dimaksudkan dengan kaitan konsep ialah dengan mengaitkan sesebuah produk dengan sesuatu atau individu yang terkenal atau yang mempunyai nilai komersial, seperti dengan mengaitkan seseorang artis atau penyanyi dengan sesuatu produk barangan. Sebagai contoh, sebuah syarikat pembekal akses internet, TM Net prabayar telah mengaitkan perniagaannya dengan melantik penyanyi terkenal Malaysia, Siti Nurhaliza sebagai duta TM Net. Kaedah iklan sebegini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan, khasnya golongan remaja memandangkan penyanyi berkenaan mempunyai 'fan- based' yang begitu ramai. Begitu juga dengan barangan lain seperti sabun mandi, tilam berjenama, rantai berlian, minyak rambut dan
  • 10. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 253 sebagainya yang kebanyakannya turut dikaitkan dengan artis-artis, khasnya artis wanita. Dan artis berkenaan akan menyatakan sesuatu yang berupa ayat-ayat atau laras-laras tertentu yang dapat dijadikan tarikan barangan yang diniagakan. (d) Umpanan Kaedah umpanan kerap didapat dalam mana-mana iklan, tidak terkecuali iklan akhbar. Umpanan bermaksud merancang strategik untuk menarik atau memperdayakan pelanggan. Contoh laras iklan yang berbentuk umpanan ini adalah seperti yang berbunyi 'Beli Satu, Percuma Satu' iaitu iklan berkenaan dengan peraduan minuman Vitagen dan Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU YANG LENGKAP, dengan syarat mengumpulkan seberapa banyak mungkin bukti pembelian minuman berkenaan. Selain itu, dalam iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif, ada dinyatakan kata umpanan yang berbunyi 'Penghantaran Pos Percuma'. (e) Pesanan (Menyertakan Borang) Terdapat juga iklan yang menyediakan kemudahan pesanan barangan dengan menyediakan borang pesanan. Misalnya, iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif yang menyediakan borang pesanan. Dalam borang itu mengehendaki pembaca mengisikan butir-butir peribadi, seperti nama penuh, umur, jantina, bangsa, alamat, nombor telefon dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan, iklan peraduan minuman Vitagen dan Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU YANG LENGKAP juga turut menyediakan borang penyertaan yang juga memerlukan pembaca yang ingin menyertai pertandingan itu untuk mengisi butir-butir peribadi yang dikehendaki. Tetapi dalam peraduan itu, ditambah dengan beberapa syarat penyertaan yang berupa sebuah wacana lengkap mengenai pertandingan tersebut. (f) Bandingan Iklan yang berbentuk sebegini dibuat dengan cara membandingkan sesuatu barangan dengan barangan lain. Umpamanya akan dinyatakan serbuk pencuci Dynamo lebih berkuasa daripada serbuk pencuci berjenama X. (g) Gesaan Laras iklan sebegini menggesa pengguna atau pembaca untuk mengambil perhatian perkara atau barangan yang diiklankan.
  • 11. 254 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA Contohnya, dalam iklan makanan segera ala barat Mc Donald di atas ada menyatakan dengan klausa "Cubalah Nasi Ayam McD hari ini ⁄" (h) Pertanyaan Penggunaan penanda "?" kerap didapati dalam iklan-iklan akhbar. Teknik ini adalah salah satu lagi cara dalam penggunaan laras bahasa iklan. Dalam iklan cairan pencuci pakaian DYNAMO ada dinyatakan dengan ayat "LEBIH MUDAH! Bolehkah serbuk Pencuci Menjanjikan Yang Sama?" Penggunaan tanda tanya "?" dapat menguatkan hujah/laras iklan. Erti kata lain ia seolah-olah memaksa pengguna menyahut cabaran iklan berkenaan. Contoh frasa lain yang digunakan ialah seperti, "Sakit Kepala? Sapulah Dengan Minyak Angin ABC". 10.1.4 Laras Bahasa Perniagaan Laras bahasa perniagaan merupakan salah satu daripada jenis laras bahasa. Laras bahasa perniagaan digunakan bagi tujuan mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu atau mengubah sikap dan melakukan tindakan. Laras bahasa perniagaan digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya, disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya. Laras jenis ini juga, digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali, manakala ayat yang digunakan adalah pendek-pendek dan tidak gramatis. Contoh : Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter. Ciri-ciri laras bahasa perniagaan (i) Bidang Ciri-ciri laras bahasa perniagaan dapat dilihat melalui bidang penggunaannya yang biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan. Manakala penggunaan bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris. Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang abad ke 21 akan berasaskan perindustrian dan perusahaan.
  • 12. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 255 (ii) Perbendaharaan Kata Bagi penggunaan perbendaharaan kata. Laras bahasa perniagaan menggunakan istilah khusus atau penanda laras seperti berikut: agihan jualan agensi pemasaran baki debit anggaran kos francais cek palang harga mutlak eksport saham urus niaga kredit komposit Manakala bagi istilah umum, tetapi diberi pengertian khusus seperti merujuk kepada bidang ekonomi pula adalah seperti berikut: untung tempoh hutang tunai susut runcit (iii) Tatabahasa Ciri yang berikutnya, iaitu dari segi tatabahasa pula dapat dilihat pada morfologi atau kajian terhadap perkataan. Kata-kata umum iaitu kata tunggal bahasa Melayu boleh menjadi kata-kata khusus dalam bidang perniagaan apabila menjadi kata terbitan. Sebagai contoh: Kata Umum Istilah wang kewangan ratus peratus lebih lebihan pasar pasaran pegang pemegang dagang dagangan Manakala akronim bagi penggunaan laras perniagaan adalah seperti berikut: EPU Unit Pembangunan Ekonomi EON Edaran Otomobil Nasional BSN Bank Simpanan Nasional BSKL Bursa Saham Kuala Lumpur Laras bahasa perniagaan juga mempunyai kata majmuk yang diguna dalam bidang perniagaan. Kata majmuk seperti: kos jualan, modal tetap, harta semasa, untung bersih, lebih aset dan sebut harga . Dari segi kajian terhadap ayat pula iaitu sintaksis, mendapati kebanyakan ayat-ayat yang digunakan dalam laras bahasa perniagaan
  • 13. 256 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA adalah jenis ayat penyata, iaitu ayat-ayat yang memberi keterangan sesuatu hal. Sebagai contoh: Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu. Laras bahasa perniagaan juga, didapati menggunakan ragam ayat yang seimbang, iaitu menggunakan ayat aktif dan ayat pasif yang sama banyak dalam teks ekonomi. Sebagai contoh: Ayat Aktif: KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling penting Ayat Pasif: Kesan terus dirasai oleh pengeluar segmen kereta yang lebih mahal. Selain itu juga, laras bahasa perniagaan cenderung menggunakan ayat majmuk, iaitu ayat yang mendukung beberapa isi dalam satu ayat untuk menimbulkan kelancaran dan kesinambungan wacana. Sebagai contoh ayat majmuk: „Seandainya pemegang saham berjaya mengawal pihak pengurusan (sudah tentu dengan kos yang tinggi), bagaimana mereka memastikan bahawa nilai sebenar syarikat tergambar dalam pasaran saham agar mereka tidak akan mengalami sebarang kerugian apabila menjual saham mereka‰ Manakala dari segi struktur ayat, jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris, khususnya penggunaan ayat pemeri yang menggunakan kopula „adalah‰ dan „ialah‰ walaupun unsur ini tidak wajib digunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya: Jualan runcit adalah dijangka akan meningkat. Paling ketara ialah pendaftaran baru bagi kereta. Fungsi kata pemeri tersebut adalah untuk kejelasan dan pemahaman ayat dengan lebih mudah. (iv) Gaya Bahasa Ciri terakhir dalam laras bahasa perniagaan iaitu gaya bahasa. Gaya bahasa yang digunakan dalam laras bahasa perniagaan adalah berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu,
  • 14. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 257 bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa dan ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan maksud dan pengertian dengan berkesan. Selain itu juga, cara penyampaian banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan sebagainya. SEMAK KENDIRI 10.2 (a) Dengan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan perbezaan pada laras bahasa. (b) Nyatakan kekuatan yang ada pada laras sukan, radio-televisyen, iklan dan perniagaan. 10.2 LARAS BAHASA BERBENTUK TULISAN 10.2.1 Laras Bahasa Akhbar E.B White dalam Jullian Harris dan rakan-rakan (1992), menyatakan bahawa gaya penulisan ialah kata- kata menarik yang diungkapkan di atas kertas. Gaya dalam penulisan merupakan asas kepada penulisan yang baik. Setiap tulisan yang berkesan dalam akhbar haruslah mencerminkan penglibatan penulis terhadap gaya yang menghidupkan dan menyerikan ayat-ayat dalam tulisannya. Dalam menulis cerita dalam akhbar, pengalaman yang luas dalam bidang ini perlu ada kerana penulis diminta memadankan sesuatu cerita dan gaya mereka sendiri dengan bentuk- bentuk dan gaya akhbar yang sudah ditetapkan. Peraturan- peraturan seperti tanda baca, tatabahasa dan prinsip- prinsip retorik perlu dipatuhi untuk menjadi panduan kepada masyarakat dan bukannya semata- mata untuk pemindahan maklumat. Walaupun bahasa akhbar ditulis mengikut aturan penggunaan bahasa yang diterima umum, namun pemberita berusaha mencapai mutu gaya yang tertentu, kesederhanaan, kepadapatan, kelangsungan, penekanan dan keaslian, kejelasan, keringkasan dan ketepatan. Kualiti-kualiti ini tidak dapat dibezakan dengan jelas dan tidak terdapat aturan- aturan tertentu yang harus diikuti untuk mencapai mutu yang unggul. Tanda Baca Penggunaan Titik Bentuk tulisan bagi nama-nama singkatan agensi- agensi kerajaan dieja tanpa titik. Contohnya:
  • 15. 258 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA FAMA, FELDA, PKNS, MARA dan lain- lain. Tiga titik (...) dalam akhbar digunakan untuk menunjukkan bahan yang dipetik yang tidak digunakan (empat titik jika di akhir sesuatu ayat dan diikuti dengan ayat lain). Satu titik juga digunakan untuk menunjukkan nilai sen apabila angka itu lebih daripada satu ringgit. Contohnya : $2.50, 55 sen, lima sen Penggunaan Koma Dalam akhbar, penggunaan koma yang kerap cuba dielakkan selagi tidak melanggar aturan- aturan umum sebagaimana yang telah ditetapkan. Digunakan sebagai tanda pengenalan diri seseorang dan dalam menyenaraikan siri. Penggunaan Kolon Kolon digunakan untuk memperkenalkan siri formal bagi nama atau kenyataan. Contohnya: Para pegawai untuk jawatan berikut telah dilantik: Che Mohd Ali, presiden... (tetapi „Para pegawai yang dilantik adalah Che Mohd Ali, presiden...‰) Kolon juga digunakan sebelum minit dalam menulis waktu. Contoh: 3: 30 petang. Penggunaan Semikolon Semikolon dalam akhbar digunakan untuk memisahkan suatu siri nama dan alamat atau siri yang serupa yang mengandungi koma. Semikolon juga digunakan sebagai ganti titik- titik dalam tajuk berita. Penggunaan Sengkang Sengkang dalam akhbar digunakan untuk menunjukkan ayat- ayat yang belum siap atau struktur ayat terputus. Sengkang juga digunakan untuk membezakan unsur- unsur berparentesis dan untuk mengurangi positif yang mengandungi koma- koma. Contohnya: Orang ramai berkumpul di hadapan bangunan itu, tetapi Syerif orang yang mereka panggil tidak kelihatan. Penggunaan Sempang Sempang digunakan di antara dua angka untuk menunjukkan termasuknya semua angka yang terkandung di antaranya seperti „1 5 Mei‰. Gunakan sempang dalam memberikan skor seperti „13 6‰.
  • 16. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 259 Penggunaan Tanda Kurung Tanda kurung digunakan untuk menyisipkan sesuatu perkataan di dalam tajuk: Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Gunakan tanda kurung dalam sesuatu petikan langsung untuk menyisipkan kata- kata yang bukan diucapkan : „Dia (pembunuh) telah lari,‰ kata polis. Penggunaan Tanda Petikan Gunakan tanda petikan untuk memulakan petikan- petikan langsung Tanda ini juga digunakan untuk memulakan tajuk- tajuk ucapan, makalah, buku, sajak, drama, opera, catan dan program televisyen. Tanda petik dalam akhbar juga digunakan untuk membezakan perkataan, slanga dan perkataan luar biasa atau ungkapan yang pertama kalinya digunakan dalam sesebuah cerita. Namun begitu, bagi tajuk berita, tanda petikan tunggal digunakan. Penggunaan Koma Atas Koma atas digunakan untuk membentuk jamak huruf bukan jamak angka seperti „ `70-an‰. Penggunaan Huruf Besar Perkara perkara di bawah perlu ditulis dengan huru besar di awal hurufnya dalam akhbar Nama agama Kerakyatan Nama binatang. Contohnya : Si Comel Nama pertubuhan politik Perkataan- perkataan yang digunakan untuk membentuk nama khas. Nama timangan, termasuklah nama- nama timangan negeri, bandaraya, sekolah. Gelaran-gelaran lengkap semua pertubuhan awam atau pertubuhan persendirian. Nama tempat Perkataan pertama dan semua perkataan utama dalam tajuk ucapan, buku drama, sajak. Nama- nama lengkap jalan atau lorong Hari Libur Singkatan bagi ijazah universiti, seperti „B.A‰ Nama akta perundangan atau seksyen dokumen Gelaran Sesetengah akhbar selalu menggunakan „Pn.‰ sebelum nama seseorang perempuan yang sudah bersuami dan „Cik‰ sebelum nama seseorang
  • 17. 260 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA perempuan yang belum berkahwin sama ada nama penuhnya atau hanya nama yang terakhir sahaja digunakan. Kebanyakan akhbar tidak menggunakan „En.‰ sebelum nama seseorang lelaki apabila nama penuhnya tidak diberikan. Jangan gunakan gelaran yang panjang dan mengkekokkan sebelum sesuatu nama. Berikan gelaran yang tepat kepada ahli- ahli fakulti, pegawai awam dan eksekutif perniagaan. Dalam kaitannya dengan bentuk tulisan yang terdapat dalam akhbar, bermacam-macam jenis dan bentuk penyampaiannya yang jelas menunjukkan perbezaan laras tulisan berbentuk akhbar dengan bentuk tulisan bahan bacaan yang lain. Pemilihan kata atau perkataan adalah kata- kata yang mudah difahami oleh pembaca atau masyarakat. Hal ini kerana laras tulisan akhbar memberikan kesan dan pengaruh yang besar terhadap masyarakat kini. Segala bentuk tulisannya sering menjadi perhatian. Namun demikian, laras ini tidaklah boleh dikatakan hanya mempunyai satu laras bahasa sahaja memandangkan akhbar itu sendiri terdiri daripada pelbagai seksyen seperti politik, undang- undang, rencana, agama, iklan, hiburan dan sebagainya. Laras tulisan bentuk akhbar adalah laras bahasa biasa yang berbeza daripada laras bahasa khusus. Gaya penyampaian, pemilihan kosa kata dan tatabahasanya adalah ciri yang membezakannya. Di samping itu, laras tulisan akhbar adalah berbeza daripada bentuk- bentuk tulisan yang lain kerana ia melibatkan masalah- masalah teknik tertentu yang memerlukan kajian dan analisis yang teliti. Untuk membina sesuatu laras tulisan akhbar yang sempurna, penulis sewajarnya terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan laras gaya akhbar dan kemudiannya barulah boleh membina penulisan yang baik. 10.2.2 Laras Undang-undang Laras undang-undang merupakan sejenis laras teknikal. Walau bagaimanapun, laras undang-undang mempunyai ciri-ciri kelainannya yang tersendiri. Antara kelainan laras undang-undang dengan laras lain ialah seperti ia tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual, simbol, peta, formula dan sebagainya. Selain itu dalam laras undang-undang ini ia mempunyai struktur ayatnya yang terdiri daripada prinsip undang-undang diikuti oleh syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undang-undang. Seterusnya laras undang-undang ini mempunyai bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan di dalam teks teknikal lain. Laras undang- undang ini digunakan oleh pakar perundingan, termasuk peguam, hakim dan pendakwa apabila menulis atau bercakap berkenaan undang-undang di antara mereka sama ada di dalam atau di luar mahkamah. Dalam hal ini laras bahasa undang-undang dapat dikenal pasti daripada
  • 18. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 261 perkataan yang digunakan. Contohnya perkataan seperti Êhabeas corpusÊ, Êlocus standiÊ, Êpeguam caraÊ dan Êpeguam belaÊ. Jika dilihat dengan lebih mendalam, konteks bahasa yang digunakan di dalam bidang undang-undang berkisar di dalam lingkungan yang ada kena mengena dengan masalah yang dikemukakan di mahkamah seperti kes-kes jenayah, kes rogol, kes bunuh, kes penipuan dan sebagainya. Berdasarkan contoh di bawah kita dapat lihat contoh laras undang- undang yang diambil daripada sebuah suratcara pajakan tanah: ‰Jika penerima pajak gagal memperolehi lesan tanpa syarat untuk menggunakan tanah tersebut dan bangunan yang didirikan di atasnya untuk menyimpan barang keluaran minyak untuk maksud atau kegunaan biasa yang lain seperti kegunaan sebagai stesen minyak dan perkhidmatan, atau jika lesen yang telah diperolehi itu dibatalkan, ditarik balik atau tidak diperbaharui tanpa syarat atau jika lesen itu menjadi tidak sah di sisi undang-undang atau jika penerima pajak berpendapat bahawa mustahil atau tidak praktik untuk menggunakan tanah dan bangunan yang didirikan di atasnya secara berfaedah untuk apa-apa maksud, maka dalam mana-mana keadaan tersebut setelah memberikan notis bertulis atau satu bulan genap kepada pemberi pajak yang menyatakan niatnya untuk menamatkan pemajakan tersebut dan apabila habis tempoh notis tersebut, maka pajakan itu akan terhenti dan tamat tertakluk kepada peruntukan fasal 4 surat cara tersebut.‰ Penggunaan bahasa Melayu dan pengungkapan serta penggunaan istilah dalam laras undang-undang Dalam laras undang-undang ini terdapat dua aspek penting yang perlu dilihat iaitu aspek si pengungkap atau si pengguna bahasa yang mengungkapkan bidang undang-undang, dan aspek yang alat untuk pengungkapan, iaitu bahasa. Jika dilihat dari aspek sejarah terdapat andaian bahawa sudah lama wujud orang yang pandai berbahasa Melayu, dalam bentuk lisan dan tulisan, yang dapat membezakan antara bentuk bahasa Melayu yang formal daripada yang tidak formal, serta tahu perbezaan penggunaannya. Secara amnya untuk menguasai laras undang-undang seseorang itu haruslah menguasai bahasa Melayu dahulu sepenuhnya. Maka dalam hal ini seseorang itu mestilah tahu mengeja dengan betul, dan dapat menguasai peraturan-peraturan tatabahasa bahasa Melayu dengan berkesan. Dalam pengungkapan laras undang-undang atau dalam mana-mana laras khusus lain seperti laras ekonomi, laras perubatan, laras seni, laras bina dan sebagainya terdapat dua aspek yang perlu diberikan penekanan iaitu dari segi perbendaharaan kata, khususnya dari segi peristilahan dan sturktur tatabahasa.
  • 19. 262 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA Jika dilihat dari segi penggunaan istilah-istilah bidang undang-undang terdapat lima istilah-istilah yang terdiri daripada beberapa sumber, antaranya: Dari segi penggunaan bahasa Melayu sendiri, seperti sempadan (boundry), tipu (cheat), suku (clan), peras (extort), denda (fine), pinah (transfer), beli (purchase), pekerja (employe), utusan (envoy), hukuman (sentence), dengar cakap (hearsay), budak (infant), tunda (postpone), anak angkat (adopted child); Berdasarkan sumber dialek atau bahasa serumpun seperti calon (candidate), sogok (bribe), kamar, (chamber), sandera (hostage), burunan (fugitive), muncikari (procurer/pimp), bajingan (villain); Dari segi istilah-istilah pinjaman yang diterjemah seperti penzahiran dokumen (discovery of dokument), perlindungan mutlak (absolute privilege), kecederaan badan (bodily harm), penghinaan mahkamah (contempt of court), pembubaran perkahwinan (dissolution of marriage), mengaitkan pengetahuan (impute knowledge), dan lain-lain; istilah-istilah yang digubal secara transliterasi, iaitu istilah-istilah yang meminjam label asal dalam bahasa sumber tetapi ejaannya sahaja yang disesuaikan dengan sebutan dan ejaan Bahasa Melayu seperti liabilliti (liability), litigasi (litigation), plaintif (plaintiff), defendan (defendant), undang-undang sivil (civil law), akta (act), parol (parole), ekuiti (equity) dan lain-lain peminjaman secara terus, iaitu tanpa mengubah apa-apa pun termasuk pengekalan ejaan dan sebutan, terutamanya dari bahasa Inggeris seperti Hansard, Home Guar, Common Law, alien; bahasa Perancis seperti cy-pres, cestui(s)-que-trust, feme solo, force majuera, autrefois acquit, autrefois convit dan bahasa Latin seperti prima facie, pro-rata, locus standi,ab initio, ratio decidendi, actus reus, mens rea, audi alterm partem dan bona fide. Peminjaman secara terus seperti contoh di atas sebenarnya dilakukan kerana pada contoh (a) sukar untuk mendapatkan bentuk pinjaman terjemah, manakala pada contoh (b) tidak ada konsep yang sama dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Maka dalam hal ini, untuk mengekalkan konsep-konsep asal dalam bahasa Latin yang telah dipinjamkan dalam bahasa Inggeris, peminjaman harus terus dilakukan. Selain itu, ada juga kata-kata dalam bahasa Latin yang menjadi dasar dalam undang-undang Common Law Inggeris yang digunakan dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah delegatus non potes delegare, actus non facit reum nisi mens sit rea dan cessante ratione legis cessat, dan lex ipsa, yang kesemuanya tentang prinsip undang-undang.
  • 20. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 263 Seterusnya berdasarkan tinjauan terhadap bahasa Inggeris pula menunjukkan terdapat juga banyak unsur pinjaman daripada bahasa asing seperti Arab, Perancis, Itali, Melayu, Cina dan Latin, contohnya sugar, sherbet satan, gallery, minaret (bahasa Arab), voir dire, feme sole, pour autrui, fait accompli, vis-a-vis, profit a prendre, centui que trush (Perancis), orang utan, amuk, rambutan, durian (Melayu), tea, typhoon (Cina), del crede agent, pizza, makaroni, spaghetti (Itali) dan ex gratis, harbeas corpus, locus standi, obiter dicta, bona fide, non est factum, audi alteram partem (Latin). Malah daripada bahasa Latin peminjaman bukan sahaja dalam frasa dan kata tetapi juga ayat-ayat seperti delegatus non, potes delegare, actus non facit reum nisi mens sit rea dan cessante rations legis cessat lex ipsa yang kesemuanya ialah prinsip-prinsip dan konsep undang-undang. Dalam hal ini istilah undang-undang yang dibentuk bukanlah berbentuk liguistik yang digubal sewenang-wenangnya. Namun, sebaliknya istilah- istilah tersebut merupakan bentuk yang memenuhi syarat-syarat kawalan kualiti, misalnya memenuhi ciri-ciri dalaman dan luaran. Ciri dalaman bermaksud istilah-istilah yang kebanyakannya ringkas dan menepati konsep, tidak menggunakan sinonim, menggunakan kata turunan pada konsep- konsep yang berhubung kait, mengambil kira sistem ejaan, morfologi bahasa Melayu dan susunan struktur diterangkan menerangkan. Manakala ciri luaran pula terdapat diakui, iaitu ciri-ciri yang meliputi kesantunan dan sifat yang kemas. 10.2.3 Laras Bahasa Sastera Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa (Hashim Awang, 1985:2). Perkataan ÂsasteraÊ berasal daripada perkataan sanskrit ÊcastraÊ yang bererti kitab atau buku (Abd Halim A. Ahmad, 1986). Bahan yang terhasil daripada penciptaan sastera ini disebut bahan kesusasteraan. Penambahan kata ÂsuÊ yang bermaksud indah, lebih baik, lebih berfaedah, dan juga dengan penambahan imbuhan apitan Âke...-anÊ menjadikan ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz,1998:1) Sastera juga termasuk di dalam variasi bahasa Melayu yang digunakan dalam konteks tulisan. Susunan variasi ini lebih lengkap, tersusun, tinggi dan halus sifatnya, dengan beberapa perkataan dan frasa yang jarang-jarang digunakan dalam bahasa Melayu lisan. Demikian juga beberapa bunyi dilafazkan berbeza sedikit daripada variasi lisan, misalnya bunyi r. Variasi bertulis ini menggunakan juga sistem imbuhan yang lengkap dan sempurna, dan jarang- jarang perkataan dipotong-potong seperti yang berlaku bagi variasi bahasa Melayu lisan. Bahasa Melayu jenis bahasa surat ini digunakan hanya dalam
  • 21. 264 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA konteks menulis dan dalam situasi-situasi formal. Jika bentuk ini dibawa dalam perbualan biasa, kesannya agak janggal dan akan menjadi bahan tertawa (Nik Safiah Karim, 2002:34). Menurut sejarah, media lisanlah yang pertama menjadi wadah sastera. Sehingga sekarang ini, tradisi sastera lisan masih kelihatan kesan dan pengaruhnya. Walau bagaimanapun amat jelas pada kita bahawa tradisi tulisan atau persuratanlah yang akhirnya menjadi wadah yang dominan dalam pertumbuhan sastera sesuatu bangsa, tidak terkecuali sastera Melayu. Proses penciptaan karya sastera sekarang ini lebih bersifat penulisan daripada lisan. Bukti yang jelas dapat dilihat pada karya puisi atau sajak yang lebih hidup apabila dideklamasikan setelah ditulis terlebih dahulu, baru kemudian diucapkan. Pertumbuhan sastera bertulis memberikan erti yang besar sekali kepada pertumbuhan bahasa juga. Tulisan sebagai lambang ucapan mempunyai erti yang tersendiri dalam kemajuan sesuatu bahasa dan kebudayaan manusia. Selain itu, menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998:1), sastera lisan mendahului bentuk sastera yang lain dan ia merupakan bentuk sastera yang tertua, tetapi hasil perkembangan pengetahuan yang dicari dan diselidiki serta perkembangan teknologi, terciptalah sistem tulisan yang lebih sistematik dan menunjukkan kemodenan mengikut zamannya. Dengan wujudnya sistem tulisan ini, manusia mula mengabadikan segala cerita dalam bentuk tulisan. Antara karya sastera yang menggunakan sistem tulisan ialah cerpen, prosa, novel, drama, dan puisi seperti sajak, pantun,syair, gurindam dan seloka. Unsur bahasa dalam laras sastera Unsur bahasa mempunyai kaitan dengan keindahan bahasa atau berbahasa. Keindahan yang digambarkan secara kreatif dan imaginatif oleh pengarang itu jelas dapat menggambarkan serta meninggalkan kesan dari segi penghayatan karya yang dibaca. Hal ini terjadi kerana pembaca kesusasteraan sentiasa sensitif dan merupakan pembaca yang sudah terbekal dengan intuisi stilistik (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,1998:71). Oleh itu terdapat beberapa unsur bahasa dalam laras sastera iaitu diksi, ambiguiti, bahasa ekonomis, bahasa konotatif, bahasa perbandingan, penegasan, dialog dan monolog. Diksi merupakan pemilihan kata-kata yang dianggap penting kerana ia harus disesuaikan dengan tema dan persoalan cerita yang mahu disampaikan oleh pengarang. Pada kebiasaannya pula, pemilihan kata-kata itu boleh diselaraskan dengan nada dan suasana cerita, serta watak-watak dalam cerita itu sendiri. Contohnya dalam cerpen, puisi dan novel yang membawa tema sosial, moral dan pergaulan bebas sering ditemui penggunaan kata-kata yang berperanan untuk menerangkan maklumat-maklumat yang berhubungan dengan masyarakat, kehidupan bebas di kalangan anak remaja dan ada
  • 22. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 265 unsur didaktik dengan tujuan untuk memberi pengajaran dan teladan. Sementara itu, cerpen, puisi dan novel yang bertemakan tema agama diolah dengan ibadat, amal jariah, hal-hal kebajikan dan rukun-rukun Islam. Kadangkala diselitkan kata-kata daripada kitab suci al-Quran dan hadis dengan tujuan untuk menimbulkan kesan iktibar yang lebih mendalam dan meyakinkan (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:71). Ambiguiti pula bermaksud kepelbagaian makna dan juga disebut ketaksaan. Karya-karya yang mempunyai unsur ambiguiti mempunyai kemungkinan pelbagai tafsiran, iaitu lebih daripada satu tafsiran. Contohnya, beberapa sajak karya M. Ghazali, A.S Amin dan Noor S.I bersifat ambiguiti. Ambiguiti bersama-sama dengan ironi dan paradoks mempunyai hubungan rapat dengan watak, plot dan tema. Contohnya sajak ÊYang DatangÊ, ciptaan M. Ghazali menunjukkan betapa sukar pada kita memahami pengertian dalam bait-bait sajak tersebut (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:72). Bahasa ekonomis pula ialah bentuk gaya bahasa yang ringkas, padat, tepat dan pendek-pendek. Walaupun pemilihan kata-katanya pendek tetapi ia dapat menggambarkan serta menjelaskan suatu peristiwa dengan tepat dan menarik. Bahasa ekonomis merupakan satu aspek yang harus ada dalam sesebuah karya, terutamanya puisi dan cerpen, untuk menggelakkan pembaca daripada rasa bosan atau jemu dengan bahasa yang meleret-leret. Keupayaan pengarang menggarap gaya bahasa ekonomis juga dapat membantu pembaca memahami dan menghayati sesuatu cerita dengan lebih cepat (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:73). Manakala bahasa konotatif pula ialah bahasa yang mempunyai maksud perbandingan. Pengertian yang ada dalam bahasa konotatif ialah pengertian yang tersirat. Bahasa konotatif menimbulkan kesan emosi kepada para pembaca. Contoh penggunaan bahasa konotatif dapat dilihat dalam sajak ÊMerpati Putih Jelajahilah Dunia IniÊ, karya Usman Awang (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:73). Seterusnya ialah bahasa perbandingan. Dalam sesebuah hasil kesusasteraan, unsur bahasa perbandingan merupakan salah satu unsur yang terpenting. Penggunaan unsur bahasa perbandingan dapat meningkatkan kesan dan jalan cerita pada sesebuah hasil karya. Perbandingan dibuat antara sesuatu benda atau hal tertentu dengan benda atau hal lain yang umum. Unsur bahasa perbandingan ini dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu metafora, simile, hiperbola, personifikasi dan perlambangan. Kelima-lima unsur bahasa perbandingan ini digunakan oleh pengarang untuk menggambarkan keadaan kewujudan sesuatu yang hendak diceritakan dengan lebih jelas dan terang. Ia juga dapat menarik minat pembaca
  • 23. 266 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA terhadap karya-karya kesusasteraan. Jelasnya, unsur bahasa perbandingan ini dapat memperlembutkan makna percakapan dan mengindahkan bahasa (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:74). Unsur penegasan dalam sesuatu karya kesusasteraan pula merupakan salah satu daripada unsur bahasa dalam sastera. Penegasan merujuk kepada penjelasan (yang tidak diragui), penentuan atau penerangan (yang nyata) untuk menjelaskan sesuatu hal. Daripada kenyataan di atas dapatlah didefinisikan bahawa unsur penegasan membawa maksud menjelaskan makna sesuatu agar menjadi lebih nyata hasil daripada pemikiran pengarang. Ini diharapkan dapat menarik minat dan perhatian para pembaca. Unsur penegasan dalam kesusasteraan selalunya digarap oleh pengarang dalam bentuk puisi. Dalam unsur bahasa penegasan, pengarang menyelitkan juga unsur-unsur perulangan, anafora dan epifora. Ketiga-tiga unsur ini mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk menegaskan maksud sesuatu (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:79). Dialog pula ialah perbualan antara dua watak atau lebih dan ia banyak terdapat dalam karya-karya sastera berbentuk drama atau fiksyen. Dialog boleh berbentuk lisan atau bertulis. Menurut kamus Dewan, dialog bermaksud kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama atau fiksyen (kamus dewan, 1994:302). Menurut Ramli Isin, (1992:44-45), dialog merupakan perbualan atau percakapan, sama ada secara lisan ataupun tulisan dan ia tergolong ke dalam unsur bahasa. Gaya bahasa ini lazimnya dilakukan sekurang-kurangnya oleh dua orang watak atau lebih, sama ada antara watak utama dengan watak kedua ataupun dengan watak sampingan (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:84). Unsur yang terakhir dalam laras bahasa sastera ialah unsur monolog. Monolog adalah salah satu daripada unsur bahasa yang digunakan dalam karya-karya kesusasteraan. Menurut Umar Junus dalam bukunya stilistik:Satu Pengantar, menerangkan bahawa monolog adalah lawan kepada dialog iaitu yang bercakap hanya seorang sahaja. Daripada definisi ini dapat disimpulkan bahawa monolog bermakna seorang watak, biasanya watak utama atau watak penting bercakap seorang diri tanpa ada tindak balas daripada orang lain . Percakapannya itu diluahkan dan didengari oleh watak tersebut dan mungkin juga watak-watak disekelilingnya (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:88). Secara kasarnya monolog dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu monolog luaran dan monolog dalaman. Monolog luaran adalah monolog yang dilafazkan manakala monolog dalaman adalah monolog dalaman hati (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:90).
  • 24. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 267 SEMAK KENDIRI 10.3 Berdasarkan laras dalam bidang tulisan, perincikan ciri-ciri yang memperlihatkan wujudnya perbezaan pada laras-laras tersebut. 10.3 PENILAIAN DAN PENGAYAAN Di dalam buku ÂEducation Evaluation and Decision MakingÊ yang disunting oleh Stufflebeam, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpulkan maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisaan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti di dalam Rajah 10.1 yang berikut: Rajah 10.1: Lima peringkat prosedur penilaian
  • 25. 268 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA Berdasarkan keterangan tersebut, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti penilaian. 10.3.1 Jenis-jenis Ujian Di bawah program KBSR dan KBSM, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu, penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian. Penilaian mengesan penguasaan ialah penilaian ini dijalankan semasa guru mengajar di dalam kelas. Tujuannya ialah untuk mengesan kelemahan penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran matematik yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu dapat diperbetulkan dengan serta merta. Oleh itu, cara penilaian yang sesuai digunakan ialah penilaian tak formal. Penilaian mengesan kemajuan iaitu penilaian ini biasanya dijalankan selepas beberapa kemahiran dan sesuatu topik telah selesai diajarkan. Tujuan mengadakan penilaian ialah untuk mengesan kemajuan pelajar tentang kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan atau pemulihan. Aktiviti penilaian ini boleh dijalankan dengan cara formal atau tidak formal. Guru boleh menggunakan pemerhatian, latihan contoh soal jawab secara lisan, memeriksa hasil kerja pelajar atau ujian kertas-pensel untuk menilai kemajuan pelajar-pelajarnya. Keputusan-keputusan penilaian setiap orang pelajar direkodkan dalam borang Rekod Prestasi. Penilaian mengesan pencapaian bermaksud penilaian ini dijalankan selepas guru mengajar beberapa pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan membuat penilaian ini ialah mengesan pencapaian pelajar dalam beberapa pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan menjalankan penilaian ini ialah untuk menentukan kedudukan mereka dalam kelas masing-masing. Aktiviti penilaian ini hanya boleh dijalankan dengan cara formal sahaja, kerana aktiviti ini melibatkan banyak kemahiran utama yang digunakan untuk menilai pencapaian setiap pelajar. Keputusan Profil dengan markah dan gred serta catatan dan tindakan yang sewajarnya. Pada amnya, ketiga-tiga aktiviti penilaian yang dihuraikan di atas boleh digolongkan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan, dan penilaian sumatif yang digunakan untuk mengesan pencapaian.
  • 26. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 269 Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah, dan sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lambat. Aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Biasanya, aktiviti pengayaan diberikan kepada murid-murid selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Murid-murid menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Melalui aktiviti pengayaan ini, murid-murid akan mendapat memperluas pengalaman dan pengetahuan pelajar sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang tertentu. 10.3.2 Menganalisis Kesilapan Pelajar Terdapat beberapa kesilapan dalam bahasa yang sering dilakukan oleh pelajar- pelajar di dalam penulisan. Antaranya ialah kesilapan imbuhan, perulangan kata, bentuk ayat pasif, kata sendi, struktur ayat, dan ejaan. Kesilapan imbuhan Imbuhan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk- bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Proses pengimbuhan melibatkan awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Pelajar-pelajar kerap melakukan kesilapan menggunakan imbuhan yang betul dalam penulisan mereka. Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.1. Jadual 10.1: Contoh kesilapan imbuhan KESILAPAN ANALISIS KESILAPAN PEMBETULAN Encik Amir Golongan kata nama dan kata Encik Amir mengeluarkan wang kerja sahaja yang boleh menerima mengeluarkan wang yang banyak untuk imbuhan apitan memper-...-kan. yang banyak untuk memperbesarkan Golongan kata adjektif (besar) memperbesar rumahnya. hanya boleh menerima awalan rumahnya. memper-... untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Ibu meniduri adik Â-iÊ memberi makna mengenakan Ibu menidurkan adik. perbuatan itu kepada sesuatu
  • 27. 270 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA tempat atau menujukan maknanya lebih tepat atau lebih hampir kepada penyambutnya. Â-kanÊ pula memberi makna jadikan. Hakim menjatuhkan Â-kanÊ memberi makna jadikan. Hakim menjatuhi pembunuh itu Â-iÊ pula memberi makna pembunuh itu hukuman gantung. mengenakan perbuatan itu kepada hukuman gantung. sesuatu tempat atau menujukan maknanya lebih tepat atau lebih hampir kepada penyambutnya. Amirah memberikan Apitan men-...-kan lazimnya Amirah memberi kucing itu makanan. menerima objek yang tidak kucing itu makanan. bernyawa sebagai penyambutnya. Kesilapan perulangan kata Kesilapan yang dibuat adalah merupakan kesilapan umum yang sering dilakukan. Kesilapan ini adalah sama ada berupa kesilapan perulangan pada jamak, perulangan pada kata nama, atau perulangan pada kata sifat. Contoh kesilapan dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.2 Jadual 10.2: Contoh kesilapan perulangan kata SALAH BETUL Terpandai sekali Terpandai Tertinggi sekali Tertinggi Terindah sekali Terindah Paling terbaik sekali Baik sekali Paling terpandai sekali Pandai sekali Paling tercantik sekali Cantik sekali Kesilapan bentuk ayat pasif Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Di dalam ayat pasif, objek hadir di permulaan ayat. Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.3
  • 28. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 271 Jadual 10.3: Contoh Kesilapan bentuk ayat pasif KESILAPAN ANALISIS KESILAPAN PEMBETULAN Bola itu ditendang Ayat ini adalah salah kerana Bola itu saya tendang. oleh saya. ayat tersebut ialah ayat pasif kata ganti diri pertama (saya). Bagi ayat pasif kata ganti diri pertama dan kedua, kata ganti nama hendaklah hadir sebelum kata kerja pasif. Kerja itu sudah Ayat tersebut tidak gramatis. Kerja itu sudah saya diselesaikan oleh Kata ganti nama diri perlu selesaikan. saya. hadir di hadapan kata kerja. Kesilapan kata sendi atau kata penghubung Menurut Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu (1993), sendi nama menentukan hubungan antara dua kata nama. Ia menentukan tempat dan arah sesuatu. Tanpa kata sendi kita tidak akan dapat menyatakan tempat, arah, dan kedudukan sesuatu kata nama. Sendi nama dalam bahasa Melayu ialah, di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, menerusi, melalui, mengenai, berkenaan, dan berkaitan. Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dalam Jadual 10.4. Jadual 10.4: Contoh kesilapan kata sendi atau kata penghubung KESILAPAN ANALISIS KESILAPAN PEMBETULAN Dia datang ke rumah Kata sendi yang digunakan Dia datang ke rumah saya di waktu petang. iaitu ÂdiÊ adalah salah. ÂdiÊ saya pada waktu adalah untuk menunjukkan petang. tempat dan tidak digunakan untuk menunjukkan masa. Oleh kerana Encik Perkataan kerana termasuk Oleh sebab Encik Wahid kurang sihat, dalam golongan kata hubung Wahid kurang sihat, beliau tidak datang ke pancangan keterangan, beliau tidak datang ke pejabat hari ini. manakala sebab termasuk pejabat hari ini. dalam golongan kata nama. Walaubagaimanapun, sebab boleh dijadikan kata hubung dengan menambahkan kata
  • 29. 272 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA sendi ÂolehÊ lalu menjadi Âoleh sebabÊ. Memandangkan perkataan kerana memang merupakan kata hubung maka perkataan oleh tidak perlu digunakan bersama-samanya. Sofia menonton ÂdaripadaÊ menunjukkan punca Sofia menonton televisyen daripada pagi bagi manusia, sumber kejadian televisyen dari pagi ke ke petang. sesuatu benda dan petang. menunjukkan perbandingan. Kesilapan struktur ayat Dalam kesilapan struktur ayat, pelajar-pelajar cenderung menghasilkan ayat yang tidak gramatis. Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.5. Jadual 10.5: Contoh Kesilapan struktur ayat KESILAPAN ANALISIS KESILAPAN PEMBETULAN Merokok ternyata Penggunaan ini kerana Merokok ternyata membahayakan seperti dalam ayat tersebut membahayakan kesihatan seseorang. timbul sebagai akibat kesihatan seseorang. Hal Ini kerana seseorang pengaruh struktur bahasa ini demikian kerana yang merokok mudah Inggeris: „this is because...‰. seseorang yang merokok terkena sakit jantung. Âini keranaÊ lebih baik mudah terkena sakit digantikan dengan Âhal ini jantung. demikian keranaÊ atau Âhal ini disebabkanÊ. Sayur-sayuran hijau Ayat tersebut ialah ayat Sayur-sayuran hijau dapat menyihatkan penyata. Oleh itu dapat menyihatkan badan di mana sayur- penggunaan di mana adalah badan kerana sayur- sayuran ini salah kerana di mana boleh sayuran ini mengandungi mengandungi banyak digunakan dalam ayat tanya banyak vitamin. vitamin. yang merujuk tempat. Kesilapan ejaan Kesilapan dari segi ejaan juga dapat dikesan. Kesan ini sebahagian besarnya adalah merupakan kesilapan yang terjadi akibat kecuaian diri sendiri di samping pengaruh persekitaran iaitu dialek. Contoh kesilapan dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.6.
  • 30. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 273 Jadual 10.6: Contoh Kesilapan ejaan SALAH BETUL Dasyat Dahsyat Perabut Perabot Jalanraya Jalan Raya Letrik Elektrik Kesian Kasihan Basikar Basikal Lincin Licin Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.7. Jadual 10.7: Contoh Kesilapan, analisis kesilapan dan pembetulan KESILAPAN ANALISIS KESILAPAN PEMBETULAN Perabut Ejaan yang tepat ialah perabot Perabot kerana kata tersebut ialah kata pinjaman daripada bahasa Indonesia. Oleh sebab itu, ejaannya tidak mengikut keselarasan vokal bahasa Melayu, iaitu (a u). Jalanraya Jalan dan raya boleh berdiri sendiri Jalan raya dan masing-masing mempunyai makna. Oleh itu, kedua-dua perkataan ini perlu diasingkan apabila ditulis sebagai kata majmuk. 10.4 MEMBENTUK PELAJAR YANG MAHIR BAHASA MALAYSIA Kemahiran bahasa merupakan salah satu aspek yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi fomal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar.
  • 31. 274 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA Kemahiran bertutur merupakan salah satu kandungan yang terdapat dalam kemahiran berbahasa yang merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampai kan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang bertul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Kemahiran ini sangat penting dalam memastikan penguasaan bahasa yang baik dalam kalangan murid-murid. Dengan adanya kemahiran ini murid-murid dapat dilatih dengan kemahiran berbahasa yang betul dan ini dapat digunakan dalam perbualan harian mereka. Selain itu, kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Dengan adanya kemahiran ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan murid- murid dan dapat meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa. Kemahiran menulis pula merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. kemahiran ini dapat memberi galakan kepada murid-murid untuk menulis sesuatu perkara yang tersirat dalam fikiran mereka dan diluahkan dalam bentuk penulisan. Dalam aspek pedagogi, guru perlu menggunakan pelbagai kemahiran dalam pengajaran bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid- murid. Guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik dengan sesuai bagi menghasilkan pembelajaran yang menarik terutamanya dalam subjek bahasa Melayu. Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa ialah pendekatan induktif, deduktif, elektif, dan komunikatif. Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan sesuatu kajian itu dengan melihat penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar melalui contoh-contoh. Selain itu, ia menggunakan kaedah pencarian yang melihat, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek tertentu itu pada awal dan kemudian membuat satu kesimpulan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, terutama dalam menyusun isi, pendekatan ini mengutamakan contoh- contoh pada awal pengajaran dan dibuat generalisasi daripadanya. Guru-guru tidak digalakkan memberi definisi, penerangan terhadap peraturan-peraturan, isi atau kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan atau memberi objektif pengajaran pada awal pengajaran.
  • 32. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 275 Bagi pendekatan secara deduktif, pengajaran bahasa dilakukan dengan membuat generalisasi pada awal pengajaran dan kemudian dikemukakan contoh selepasnya. Biasanya pengajaran dimulakan dengan aktiviti memperkenalkan huraian undang-undang bahasa sebelum guru memberi contoh-contoh menggunakan peraturan-peraturan itu dalam ayat. Misalnya, guru hendak mengajar tajuk Âkata namaÊ guru akan memberi definisi kata nama itu dan selepas itu barulah ditunjukkan contoh-contoh dalam ayat. Seterusnya, pendekatan elektrik yang menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan strategi pengajaran. Contohnya, guru bahasa itu boleh memulakan pengajaran itu dengan memberi contoh yang bersabit dan kemudian mendapatkan contoh-contoh daripada murid-murid. Selepas itu, murid dipandu langkah demi langkah untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Terdapat juga pendekatan komunikatif yang diperkenalkan bagi pengajaran bahasa. Tujuan utama pengajaran bahasa berasakan pendekatan ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa yang sesuai untuk komunikasi. Pendekatan ini menyarankan supaya murid-murid diberi peluang menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam kelas. Dalam pengajaran Bahasa Malaysia sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajarannya. Teknik yang digunakan harus bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan. Antara teknik yang digunakan ialah teknik bercerita, teknik ini digunakan untuk menyampaikan pelajaran , malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid. Biasanya murid-murid lebih menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Teknik main peranan merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran bahasa. Melalui teknik ini murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya teknik ini melibatkan gambaran murid- murid terhadap sesuatu atau keadaan dan kemudian melakonkan tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan kadang-kadang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa dikelolakan dalam situasi kumpulan. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Teknik bersoal jawab adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru-guru di sekolah. Pemilihan guru- guru ke atas teknik ini bukan sahaja kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi
  • 33. 276 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan. Di samping itu ia menjadi teras kepada pembinaan konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya di kalangan murid-murid. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan dan murid-murid memberi tindak balas yang sewajarnya. Laras bahasa merupakan aspek yang penting dalam menjelaskan variasi atau kelainan dalam bahasa. Dengan menggunakan laras bahasa yang tepat, segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan senang difahami. Dalam pengajaran penulisan, pengetahuan laras bahasa membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras-laras tertentu dalam aktiviti penulisan mereka. Dalam bentuk komunikasi, pengetahuan laras bahasa membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras yang tepat semasa berkomunikasi. Laras bahasa bentuk tulisan terdiri daripada laras sukan, laras radio- televisyen, iklan dan perniagaan Laras bahasa berbentuk tulisan terdiri daripada laras akhbar, laras agama, laras undang-undang, dan laras sastera. Setiap laras bahasa mempunyai perbendaharaan kata yang berbeza-beza terutamanya perkataan-perkataan khusus, struktur ayat serta cara pengungkapan dan format yang digunakan. Laras bahasa lisan yang digunakan oleh siaran radio atau televisyen berbentuk rasmi dan berformat. Fungsi iklan untuk mempengaruhi pengguna dan menimbulkan tanggapan tertentu tentang sesuatu produk atau barangan atau perkhidmatan yang hendak diperkenalkan. Iklan ada berbagai-bagai jenis iaitu iklan yang dibuat khas oleh pihak kerajaan, iklan yang bersifat peribadi dan sebagainya. Laras bahasa perniagaan digunakan bagi tujuan mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu atau mengubah sikap dan melakukan tindakan.
  • 34. TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 277 Setiap tulisan yang berkesan dalam akhbar haruslah mencerminkan penglibatan penulis terhadap gaya yang menghidupkan dan menyerikan ayat- ayat dalam tulisannya. Laras undang-undang digunakan oleh pakar perundingan, termasuk peguam, hakim dan pendakwa apabila menulis atau bercakap berkenaan undang-undang di dalam atau di luar mahkamah. Terdapat beberapa unsur bahasa dalam laras sastera iaitu diksi, ambiguiti, bahasa eknomis, bahasa konotatif, bahasa perbandingan, penegasan, dialog dan monolog. Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisaan dan penyimpulan. Pengayaan merupakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan pelajar. Skor Punch line Francais Komposit Asset Kolon Semikolon Kontinjen Habeas korpus Locus standi Plantif Defandan Profil Ekuiti Parole Prima facie Abdullah Hassan. (1999). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Khir Mohd Nor. (1996). Laras bahasa, gaya dan ragam bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 35. 278 TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA Ahmad Mohd. Yusof⁄ (et al.), (1992). Laporan kaji selidik penggunaan bahasa Melayu dalam bidang kehakiman dan undang-undang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan dan Mohd. Thani Ahmad. Peranan sastera dalam pembinaan dan penyatuan Bahasa Melayu. Diakses Februari 23, 2008 daripada http://www.kongresbahasa.org/wpcontent/uploads/2006/11/049.pdf Laras bahasa. Diakses Februari 23, 2008 daripada http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/WEEK10/LARAS% 20BAHASA.doc Lufti Abas. (1995). Kritikan karya sastera : Keindahan ragam-ragam bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim dan Faiza Tamby Chik. (1994). Bahasa dan undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.