SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN SEKS




Pengenalan

Subjek Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) digarap demi membendung gejala
sosial yang membarah dalam masyarakat kita pada hari ini. Terdahulu, kita menyaksikan drama
tuding jari di mana ibu bapa menyalahkan pihak sekolah kerana gagal mengawal anak mereka
manakala pihak sekolah pula menyalahkan ibu bapa yang melupakan tanggungjawab mendidik di
rumah. Tidak ketinggalan `orang agama' dipersalahkan kerana tidak peka dengan masalah semasa,
sementara masyarakat menyalahkan kerajaan yang hanya mengambil usaha seperti melepaskan
batuk di tangga, drama tuding menuding ini diteruskan oleh `perang' media dan sebagainya. Seperti
biasa perkara itu menjadi topik hangat untuk tempoh waktu yang `terhad' dan akhirnya apabila
berita mulai suam, masing-masing sebagai individu yang riuh tadi kembali senyap sepi seolah-olah
masalah telah selesai atau mungkin ada pihak yang tidak senang lantas `memastikan' media
memainkan peranan untuk `mengalihkan' perhatian masyarakat.

Apa sekalipun suasana drama di atas, silibus mata pelajaran pendidikan seks telahpun mula diguna
pakai walaupun terdapat pelbagai pandangan pro dan kontra dari segenap lapisan masyarakat yang
masih sedang hangat mendebatkannya. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran, Datuk Dr Julaidi Bujang mengatakan bahawa kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesi
persekolahan 2011 diambil sebagai kumpulan pertama yang diajar pendidikan seks. Silibus ini
diperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Antara lain, modulnya
adalah seperti berikut:

ž Modul 1 : Aspek fizikal
ž Modul 2 : Aspek Sosial
ž Modul 3 : Peranan Gender
ž Modul 4 : Penyakit Hubungan Seks
ž Modul 5 : HIV/AIDS

Ironinya, negara-negara Barat seperti Belanda, Amerika, Britain dan lain-lain terlebih dahulu
menjadi mentor dalam ujikaji Pendidikan Seks yang diajarkan di sekolah-sekolah dan sebenarnya
telah mengalami kegagalan dan kehancuran. Pendidikan Seks di Barat bertujuan mengelakkan
kehamilan yang tidak dirancang dan juga mencegah penyakit berjangkit tetapi bukan menghalang
berlakunya zina. Zina atau seks rela tetap dibenarkan mengikut panduan tahap umur. Sebagai
contoh remaja perempuan boleh melakukan zina tersebut dengan remaja lelaki seusianya, tetapi
apabila ia dilakukan dengan seorang lelaki yang berusia 18 tahun ke atas maka lelaki tersebut
dianggap merogol remaja tersebut biarpun dilakukan dengan rela.

Sudah terang lagi bersuluh, di Barat, pendidikan seks di sekolah telah gagal mendidik
masyarakatnya dengan nilai moral dan sosial yang baik. Persoalannya, adakah negara yang
mempunyai majoriti umat Islam mahu menggunakan acuan yang sama dan mengulangi sejarah
kegagalan pendidikan seks di Barat? Selain dari peranan pihak sekolah, apa sebenarnya peranan ibu
bapa dalam mendidik anak-anak? Justru, fokus utama Fikratul Ummah kali ini antara lain
membincangkan apakah peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini. Dengan kata lain, apakah
fungsi ibu bapa dalam memahami isu Pendidikan seks.

Peranan ibu bapa untuk memahami isu ini adalah sangat penting kerana ibu bapa adalah orang yang
paling hampir dengan anak-anak secara zahir dan batinnya. Anak-anak merupakan anugerah serta
rezeki kurniaan Allah kepada pasangan suami isteri yang secara fitrahnya berhajat dan sentiasa
mengharapkan kurniaan ini. Anugerah itu diturunkan beserta dengan kewajipan ke atasnya
sebagaimana Hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Salam yang bermaksud: "Tidak ada
seorang anak pun yang baru lahir kecuali dilahirkan dalam keadaan suci. Kedua orang tuanyalah
yang menyebabkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi". [HR Muslim]

Mengenal Anggota Tubuh dan Fungsinya; Perlu atau Tabu?

Kebanyakan ibu bapa sering keliru bagaimana untuk bersikap terhadap anak-anak. Ada yang
menganggap anak-anak sebagai „orang dewasa‟ yang berbentuk mini. Seorang anak yang berusia
tujuh tahun memegang payudara ibunya dengan penuh perasaan ingin tahu, namun si ibu pula
merasakan seolah-olah si anak tadi sedang memegang sambil menikmatinya kerana merasakan
tarikan seksual sebagaimana gaya seorang lelaki dewasa. Tindakan drastik dari si ibu adalah dengan
memarahi serta menepis tangan si anak sambil menyatakan,; “Anak buat apa ni?? Tidak sopan nak!
Awas, jangan kamu ulangi lagi perlakuan begini.” Si anak tadi pasti terpinga-pinga sebentar dengan
bentakan ibunya kerana dia merasakan yang dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Sesungguhnya setiap anak akan melalui tahap ingin tahu tentang anggota tubuh sendiri secara
terperinci. Kemudian pada tahap yang seterusnya si anak tadi mahu mengetahui fungsi-fungsi organ
tubuh badan dan mahu mengetahui kenapa ada perbezaan antara dirinya dan orang lain. Apabila ini
berlaku, tibalah satu tahapan di mana anak mulai banyak mengutarakan persoalan- persoalan yang
lebih menjurus kepada organ-organ seksualnya (reproduktif).

Secara umumnya perasaan ingin tahu ini mulai aktif tatkala anak mulai menggunakan proses
berfikir, walaupun begitu tetap saja ada perbezaan antara seorang anak dengan yang lain. Ada anak
yang seawal usia 2-3 tahun sudah mulai berfikir tentang fungsi alat reproduktifnya. Proses ini adalah
sesuatu perkara yang fitrah. Menjelang usia sekitar 3-6 tahun, pemikiran si anak ini mula
berkembang subur kerana perkembangan kebolehan komunikasi dan kebolehan motor badannya
dalam berinteraksi bersama rakan sekelas. Perkembangan ini, sama ada cepat atau lambat,
bergantung kepada interaksi si anak dengan persekitarannya. Pada saat si anak terbelenggu dengan
persoalan dan pertanyaan, ibu-bapa sepatutnya lebih terbuka dan bersedia memberikan reaksi yang
baik sehingga tidak merugikan si anak dalam perkembangan keperibadian mereka. Sebagai ibu atau
bapa banyak perkara yang memerlukan keduanya sentiasa berusaha dan bersiap sedia kepada
respon anak. Antara perkara tersebut adalah:

1. Memahami Rasa Ingin Tahu Mereka.

Bukankah bayi yang lahir adalah dalam keadaan yang fitrah (knowledge zero)? Tentulah ia suatu
yang wajar apabila si anak sentiasa bersikap ingin tahu tentang apa sahaja yang dilihat dan dirasa.
Sebagai orang dewasa naluri ingin tahu itu masih juga wujud apatah lagi kepada si anak.

2. Memberi Penjelasan Sesuai dengan Tahap Penerimaannya.

Di sini ibu-bapa perlu mahir untuk bermain kata-kata dengan anak-anak. Ibu bapa perlu kreatif dan
sangat terbuka untuk memberikan jawapan. Jawapan itu mestilah tidak terlalu ringan atau tidak
pula terlalu berat buat si anak untuk menghadamnya. Pada usia awal terutamanya, anak-anak hanya
mempunyai daya pemikiran yang sangat asas. Anak-anak di peringkat ini sekadar ingin tahu.
Sebagai contoh, berikan

penerangan ringkas tentang fizikal payudara ibu yang besar kerana ia menyimpan air susu untuk
bayi. Ianya lembut dan gebu kerana dalam payudara tidak mempunyai tulang, ia punya puting agar
mudah untuk bayi menghisapnya. Ia akan menjadi lebih mudah jika anak dapat mencerap kerana
mempunyai realiti di hadapan mereka.

3. Tidak Perlu Berbohong.

Biasanya ibu bapa akan menerangkan kepada anak lelaki yang dia memiliki „burung‟ atau „bird‟
dalam seluarnya. Sebenarnya kenyataan sedemikian akan melahirkan pelbagai persoalan dan
andaian oleh anak tersebut misalnya ada apa dengan „bird‟? Seolah- olah ada sesuatu yang
disembunyikan di mana keadaan ini menjadi pemangkin kepada rasa ingin tahu anak.

Tidak salah untuk berterus terang dengan anak bahawa „alat‟ tersebut adalah zakar atau penis atau
apa-apa juga perkataan yang sesuai tanpa menghilangkan makna asal perkataan tersebut. Berterus
terang dengan anak tentang kenapa terdapat perbezaan anggota kelamin lelaki dan perempuan
bukanlah sesuatu yang sepatutnya menjadi tabu (pantang larang). Oleh itu ibu bapa tidak perlu
mencipta sebuah cerita dongeng atau mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud dalam usaha untuk
memberi penerangan kepada anak-anak.

4. Mengelak atau Mengalihkan dari Menjawab, akan Membuat Anak Gelisah dan Ingin
Mencari Jawapan Sendiri.

Tindakan sebahagian ibu bapa yang cuba mengelak atau mengalihkan dari menjawab mana-mana
soalan sama ada dengan menyuruh anak diam atau tidak mengulangi pertanyaan tersebut hanya
akan membuatkan si anak gelisah dan ingin mencari jawapan sendiri. Sanggupkan ibu bapa
membiarkan anak-anak mendapat informasi yang salah dan negatif dari sumber yang tidak
terpercaya? Justru, ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan perlu berperanan dengan efektif dan
efisyen dalam menyediakan jawapan dan informasi yang betul dan tulus. Ini boleh dilakukan dengan
menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh anak secara hikmah dan bijaksana.

5.Tenang, Terbuka dan Jangan Malu.

Tatkala si anak tadi memegang payudara ibunya dan meramasnya, reaksi spontan si anak adalah;
“Umi… lembutnya, besarnya…” biasanya ibu akan merasa malu dan terusik egonya malah tidak
kurang juga yang terkaku seketika. Dalam situasi ini, ibu seharusnya lebih tenang dengan memberi
reaksi bersahaja kepada anak. Ini kerana reaksi yang kurang tepat misalnya terkejut dari si ibu akan
membuatkan rasa ingin tahu anak lebih membara. Hakikatnya, anak-anak kecil belum memahami
atau dapat membayangkan fungsi seksual dari mana-mana anggota organ tubuh kerana mereka
belum mengerti dan tidak merasainya. Bagi si anak, memegang payudara atau anggota tubuh ibu
adalah sesuatu yang bahagia dan menyenangkan. Jadi, memberi pemahaman dan pengetahuan yang
benar dalam menjawab persoalan mengenai anggota badan adalah suatu kemestian bagi setiap ibu
bapa. Inilah yang terbaik yang perlu dilakukan supaya anak mendapat kefahaman yang benar.

Oleh yang demikian, peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak adalah sangat penting. Hal ini
selaras dengan firman Allah Subhanahu wa Taala yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang
beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan" [TMQ at-Tahrim (66):6]
Wujudkah Pendidikan Seks Dalam Islam?

Sebagai seorang muslim yang mengimani Allah dan Rasul-Nya, adalah amat wajar dan perlu untuk
kembali kepada fitrah Islam. Dr Abdullah Naseh Ulwan dalam karya agungnya, „Tarbiyatul aulad‟
ada menerangkan apakah yang di maksudkan dengan peranan ibu bapa dalam mendidik anak
mengenai pendidikan seks, beliau menerangkan “Pendidikan Seks dalam Islam adalah mengajar
anak-anak dengan memberi kesedaran dan berterus terang mulai ketika anak-anak mampu berfikir
tentang permasalahan yang berhubungkait dengan seks, rangsangan atau apa-apa yang berkaitan
dengan seks ataupun apa-apa yang berhubung kait dengan perkahwinan. Sehinggalah anak menjadi
dewasa dan semakin membesar dalam memahami urusan hidup, mengetahui apa yang halal dan
haram. Dan menjadikan akhlak Islam yang cemerlang sebagai budi pekerti dan adat kebiasaannya,
tidak menuruti nafsu syahwat, dan tidak dihumban ke kancah gaya hidup serba boleh (halal).”

Menurut Dr Abdullah Ulwan lagi, pendidikan seks yang perlu diberi perhatian ialah pada peringkat
usia yang berikut:
· Pada tahap umur sekitar 8-10 tahun yang dikatakan umur mumaiyiz, anak-anak diajar tentang
adab meminta izin dan adab menjaga pandangan.
· Pada tahap umur 10-14 tahun yang dinamakan usia remaja, anak-anak dijauhkan dari sebarang
perkara yang boleh menimbulkan rangsangan.
· Pada tahap usia 14-16 tahun yang dinamakan usia akil baligh, anak- anak diajar adab-adab yang
berkaitan dengan hubungan seks sekiranya mereka sudah bersedia untuk berumah tangga.
· Pada tahap usia selepas akil baligh yang dinamakan usia belia atau mulai dewasa, anak-anak diajar
bagaimana menjaga kehormatan dirinya sekiranya masih belum mampu untuk berumah tangga.

Panduan untuk Ibu Bapa

Berikut merupakan panduan pendidikan terkait dengan seks yang mesti diterapkan oleh ibu bapa
kepada anak- anak:

1. Tanamkan Rasa Malu: Rasa malu harus ditanamkan kepada anak sejak kecil. Jangan biasakan
anak-anak, walau masih kecil, bertelanjang di depan orang lain; misalnya ketika keluar kamar
mandi, berganti pakaian, dan sebagainya. Membiasakan anak perempuan sejak kecil berbusana
Muslimah. Menutup aurat juga penting untuk menanamkan rasa malu sekaligus mengajar anak
tentang auratnya.

2. Jaga Kebersihan: Melatih anak-anak agar tidak mandi bersama khususnya antara anak lelaki
dengan perempuan. Membimbing anak-anak memahami topik-topik asas Islam seperti instinja‟ dan
thoharah.

3. Memisahkan Tempat Tidur: Usia antara 7-10 tahun merupakan usia saat anak mengalami
perkembangan yang pesat. Anak akan mula melakukan eksplorasi ke dunia luar. Anak tidak hanya
berfikir tentang dirinya, tetapi juga mengenai sesuatu yang ada di luar dirinya. Pemisahan tempat
tidur merupakan usaha untuk menanamkan kesedaran pada anak tentang kewujudan dirinya.
Pemisahan tempat tidur antara dirinya dengan ibu bapanya bertujuan untuk melatihnya berani
mandiri. Pemisahan tempat tidurnya dengan saudaranya yang berbeza jenis kelamin pula bertujuan
untuk menanamkan kesedarannya tentang kewujudan perbezaan jenis jantina. Hadis Rasulullah
Sallallahu Alaihi wa Salam,“Suruhlah anak-anakmu untuk mengerjakan solat ketika mereka
berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan ketika sudah berumur sepuluh tahun serta
pisahkan tempat tidur mereka” [HR. Abu Dawud]

4. Ihtilam dan Haid: Ihtilam tanda kanak-kanak lelaki sudah memasuki usia baligh. Haid pula
merupakan tanda kanak-kanak perempuan sudah memasuki usia baligh. Berikan penerangan
kepada anak yang dirinya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah atas setiap pilihan yang
dibuatnya.
5. Menjelaskan Identiti: Secara fizikal mahupun emosi, lelaki dan perempuan mempunyai
perbezaan mendasar. Perbezaan tersebut telah diciptakan sedemikian rupa oleh Allah Subhanahu wa
Taala. Adanya perbezaan ini bukan untuk saling merendahkan, namun semata-mata kerana fungsi
dan tanggungjawab yang berbeza yang akan dipikulnya. Berdasarkan perbezaan tersebut, Islam telah
memberikan panduan agar fitrah masing-masing yang telah ada tetap terjaga. Islam menghendaki
agar lelaki memiliki keperibadian maskulin, dan perempuan memiliki keperibadian feminin. Islam
tidak menghendaki wanita menyerupai lelaki, begitu juga sebaliknya. Untuk itu, harus dibiasakan
dari kecil anak-anak berpakaian sesuai dengan jenis kelaminnya. Mereka juga harus diperlakukan
sesuai dengan jenis kelaminnya. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Salam yang bermaksud, “Rasulullah
melaknat seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita dan melaknat seorang wanita yang
menyerupai lelaki” [HR Abu Hurairah]

6. Kenalkan dengan Mahramnya:
Jelaskan kepada anak-anak bahawa tidak semua perempuan atau lelaki boleh dinikahi. Mereka yang
boleh dinikahi adalah mereka yang bukan mahramnya dan wajib ke atas mereka untuk menjaga
batasan aurat dan pergaulan. Firman Allah Subhanahu wa Taala: “Dan janganlah kamu kahwini
wanita-wanita yang telah dikahwini oleh ayahmu terkecuali pada masa yang telah lampau.
Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk jalan (yang
ditempuh). Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan,
saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan, saudara-
saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan daripada saudara-saudara lelakimu,
anak-anak perempuan daripada saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang menyusui kamu,
saudara perempuan sepersusuan, ibu-ibu isterimu, anak-anak perempuan isterimu dari isteri
yang telah kamu campuri tetapi jika kamu belum campuri maka tidak berdosa kamu
mengahwininya.dan (diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu dan menghimpunkan
dua perempuan yang bersaudara kecuali yang telah terjadi pada masa lampau. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [TMQ an-Nisaa' (4):22-23]

7. Tutup Aurat: Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak tentang batasan aurat mereka
sebagai lelaki atau perempuan dan menjaganya dari terlihat oleh orang yang bukan mahram mereka.

8. Ajarkan Adab Masuk Rumah: Ketika ingin masuk ke rumah seseorang, anak-anak diajarkan
untuk meminta izin daripada tuan rumah sebelum masuk. Firman Allah Subhanahu wa Taala. “Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum
meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu,
agar kamu (selalu) ingat. Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah
kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. (Dan) jika dikatakan kepadamu : „kembalilah‟, maka
hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah maha mengetahui apa yang kamu
kerjakan.” [TMQ an-Nur (24): 27-28]

9. Izin Masuk Bilik Ibu Bapa: Tiga waktu anak-anak tidak dibenarkan masuk ke bilik orang
dewasa kecuali dengan izin ialah sebelum Solat Subuh, waktu tengahari dan selepas Solat Isyak.
Aturan ini ditetapkan kerana ketiga-tiga waktu tersebut merupakan waktu aurat, yakni waktu ketika
badan atau aurat orang dewasa banyak terbuka. Jika pendidikan semacam ini ditanamkan kepada
anak maka ia akan menjadi anak yang memiliki rasa sopan-santun dan etika yang luhur.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah orang-orang
yang dimiliki tangan kananmu dan mereka yang belum baligh di antara kamu meminta izin
kepada kamu tiga kali iaitu sebelum solat subuh dan ketika kamu meletakkan pakaian kamu di
waktu tengahari dan sesudah solat Isyak: tiga aurat buat kamu. Tidak ada larangan atas kamu
dan mereka selain dari tiga waktu itu. Mereka pelayan-pelayan kamu, sebahagian dari kamu
(berkeperluan) kepada sebahagian yang lainnya. Demikianlah Allah terangkan kepada kamu
ayat-ayatNya kerana Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” [TMQ an-Nur
(24):58]

10. Jaga Pandangan: Fitrah manusia tertarik kepada lawan jenisnya. Jadi, ajarkanlah kepada
anak-anak supaya menjaga pandangan dari melihat lawan jenisnya supaya naluri seksnya tidak
terangsang. Begitu juga gambar-gambar atau filem yang mengandungi unsur pornografi atau lucah.

Firman Allah Subhanahu wa Taala: “Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka
menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya serta janganlah mereka menampakkan
perhiasannya kecuali yang biasa nampak pada dirinya. Hendaklah mereka pun menutupkan kain
tudung ke dada mereka. Janganlah menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka,
ayah mereka, mertua lelaki mereka, anak-anak kandung mereka, anak-anak tiri mereka, saudara
lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka
atau wanita-wanita Islam atau budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak
mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat
wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung.” [TMQ an-Nur (24):31]

12. Etika Berhias: Berhias adalah usaha untuk mencantikkan atau mengindahkan diri agar
penampilan menjadi menarik. Tujuan pendidikan seks dalam kaitannya dengan etika berhias adalah
agar berhias tidak untuk perbuatan maksiat. "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah
kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliyah dahulu." [TMQ al Ahzab (33): 33]

13. Jauhkan dari Ikhtilat: Ikhtilat adalah percampuran antara lelaki dengan perempuan bukan
mahram tanpa ada keperluan yang dibolehkan. Dalam seluruh aspek kehidupan dan di semua
tempat sama ada di tempat khusus ataupun di tempat umum, interaksi antara lelaki dan perempuan
secara umumnya adalah dilarang. Ini bermakna ikhtilat dilarang tanpa ada keperluan yang
dibolehkan oleh syarak.

Diriwayatkan bahawa Aishah Radiallahu anha berkata: "Rasulullah mengahwiniku pada usia tujuh
tahun dan kami mengadakan hubungan di usia sembilan tahun dan apabila aku berpindah ke
Madinah, segolongan wanita mempersiapkanku untuk majlis perkahwinanku dan tidak pernah
sekali-kali mereka mahupun aku, bercampur dengan lelaki di dalam rumah yang dipenuhi wanita.
Pihak wanita menyambutku dan pihak lelaki menyambut Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam
dan kemudian kami masuk ke rumah". [HR Abu Dawud].

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam juga bersabda, "Usah berjalan di antara dua lelaki ataupun
di antara dua wanita di satu lorong." [HR Abu Dawud].Kerana itu, jangan biasakan anak diajak
ke tempat-tempat yang di dalamnya terjadi percampuran laki-laki dan perempuan secara bebas.

14. Hindarkan dari Khalwat: Khalwat adalah berkumpulnya seorang lelaki dan perempuan
bukan mahram secara berdua-duaan atau bersunyi-sunyian tanpa ditemani oleh mahram mereka
atau orang lain. Ini boleh terjadi di tempat khusus mahupun tempat umum dan berkhalwat adalah
ditegah sama sekali di kedua-dua tempat.
Antara dalil pengharamannya ialah “Tidak boleh berkhalwat seorang laki-laki dengan seorang
wanita kecuali bersamanya seorang mahram” [HR Bukhari]dan “Janganlah seorang lelaki
berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya karena sesungguhnya syaitan adalah
orang ketiga di antara mereka berdua kecuali apabila bersama mahramnya.” [HR Ahmad].

Sebagaimana ikhtilât, khalwat pun merupakan perantara bagi terjadinya perbuatan zina. Anak-anak
sejak kecil harus diajarkan untuk menghindari perbuatan semacam ini. Jika bermain, bermainlah
dengan sesama jenis. Jika dengan yang berlainan jenis, harus diingatkan untuk tidak berkhalwat.

15. Galakkan Menikah Jika Telah Mampu: Di kala cinta datang menggoda anak-anak,
galakkanlah mereka untuk menikah jika telah mampu. RasulullahSallallahu Alaihi wa
Sallam bersabda: "Wahai pemuda, barang siapa di antara kalian yang mampu (untuk menikah),
maka menikahlah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan
menjaga kemaluan. Barang siapa yang belum mampu, hendaklah dia berpuasa, kerana
sesungguhnya puasa merupakan perisai bagi dirinya” [HR al-Bukhari]. Jika tidak mampu
untuk menikah, ajaklah anak-anak mengalihkan perasaannya kepada puasa, taqarrub Ilallah, atau
aktiviti positif lainnya. Laranglah anak-anak daripada bercinta (coupling) sebelum menikah kerana
ia bukan ajaran dalam Islam.

Khatimah.

Cantiknya Islam, indahnya Islam. Segala permasalahan dan jawapan atas segala permasalahan
manusia pasti ada jawapannya. Tatkala manusia masih mencari-cari arah tujuan, Islam telah
menyediakan segalanya. Janji Allah atas kesempurnaan Islam itu jelas telah dinyatakan dalam
firman Allah yang bermaksud: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah
Aku cukupkan nikmat Ku keatasmu dan Aku reda Islam itu sebagai agamamu..”[TMQ al-Maidah
(5):3]

Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa tidak ada istilah terlambat untuk bertatih kembali memahami
dan mempelajari segala ilmu yang berkenaan “parenting skills”. Tidak rugi untuk kembali kepada
ajaran Islam yang mulia yang diwariskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
wa Sallam.Sesungguhnya Islam telah merincikan hukum-hakam yang berkaitan dengan akhlak
seorang individu muslim dan pergaulan antara lelaki dan perempuan sebagai aspek pencegahan dari
masalah sosial yang membawa kepada segala masalah dan gejala seks.

Wallahu‟alam.
http://fikratulummah.blogspot.com/2011/05/peranan-ibu-bapa-dalam-pendidikan-seks.html

More Related Content

What's hot

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanakAzyyati Zainudin
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralHon Shan Shan
 
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKnelson fredoline
 
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolahRancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolahEmy Bribip
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahKathal Paiya
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usia
Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut UsiaMotor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usia
Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usiamerpatiputih One_ee
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL Santa Barbara
 
2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspk2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspklianasahperi
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Dy Marvel
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individuliya amalina
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianHon Shan Shan
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017Siti Noraszreen Bt Sazali
 

What's hot (20)

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
 
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolahRancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 
Masalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikalMasalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikal
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usia
Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut UsiaMotor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usia
Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usia
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
 
2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspk2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspk
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaian
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
 

Similar to PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN SEKS

Mkalah pendidikan seks dan keluarga berencana rida
Mkalah pendidikan seks dan keluarga berencana ridaMkalah pendidikan seks dan keluarga berencana rida
Mkalah pendidikan seks dan keluarga berencana ridaOperator Warnet Vast Raha
 
Pentingnya pendidikan sex sejak usia dini
Pentingnya pendidikan sex sejak usia diniPentingnya pendidikan sex sejak usia dini
Pentingnya pendidikan sex sejak usia diniEARLY SUSAN
 
tugas agama.pptx
tugas agama.pptxtugas agama.pptx
tugas agama.pptxSeanJayeng
 
peran orang dalam keluarga kristen.pptx
peran orang dalam keluarga kristen.pptxperan orang dalam keluarga kristen.pptx
peran orang dalam keluarga kristen.pptxSeanJayeng
 
Tantangan Mengasuh Anak di Era Digital
Tantangan Mengasuh Anak di Era DigitalTantangan Mengasuh Anak di Era Digital
Tantangan Mengasuh Anak di Era Digitalpanegarabali
 
Psikologi anak & pendidikan
Psikologi anak & pendidikanPsikologi anak & pendidikan
Psikologi anak & pendidikanGusti Irwansyah
 
Psikologi anak & pendidikan
Psikologi anak & pendidikanPsikologi anak & pendidikan
Psikologi anak & pendidikanGusti Irwansyah
 
Materi 1 Webinar Dampak Kekerasan dan Sexual Harrasment pada Anak
Materi 1 Webinar Dampak Kekerasan dan Sexual Harrasment pada AnakMateri 1 Webinar Dampak Kekerasan dan Sexual Harrasment pada Anak
Materi 1 Webinar Dampak Kekerasan dan Sexual Harrasment pada AnakSumber Belajar PPPPTK TK dan PLB
 
B. inggrijjkk
B. inggrijjkkB. inggrijjkk
B. inggrijjkkammidoang
 
masalah sex bebas
masalah sex bebasmasalah sex bebas
masalah sex bebasyahyafly3
 
Membantu Anak Mencegah Kekerasa Seksual
Membantu Anak Mencegah Kekerasa SeksualMembantu Anak Mencegah Kekerasa Seksual
Membantu Anak Mencegah Kekerasa Seksual24hourparenting
 
pendidikan seksual dalam pendidikan khas
pendidikan seksual dalam pendidikan khaspendidikan seksual dalam pendidikan khas
pendidikan seksual dalam pendidikan khasnuR_LA
 
Jangan sia siakan usia emas anak anda
Jangan sia siakan usia emas anak andaJangan sia siakan usia emas anak anda
Jangan sia siakan usia emas anak andaAkhmad Junaidi
 

Similar to PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN SEKS (20)

Sex education
Sex educationSex education
Sex education
 
Mkalah pendidikan seks dan keluarga berencana rida
Mkalah pendidikan seks dan keluarga berencana ridaMkalah pendidikan seks dan keluarga berencana rida
Mkalah pendidikan seks dan keluarga berencana rida
 
Pentingnya pendidikan sex sejak usia dini
Pentingnya pendidikan sex sejak usia diniPentingnya pendidikan sex sejak usia dini
Pentingnya pendidikan sex sejak usia dini
 
Makalah Parenting
Makalah ParentingMakalah Parenting
Makalah Parenting
 
tugas agama.pptx
tugas agama.pptxtugas agama.pptx
tugas agama.pptx
 
Kuiz KIBC Siri 1
Kuiz KIBC Siri 1Kuiz KIBC Siri 1
Kuiz KIBC Siri 1
 
Mempersiapkan SDM sejak Kanak-kanak
Mempersiapkan SDM sejak Kanak-kanakMempersiapkan SDM sejak Kanak-kanak
Mempersiapkan SDM sejak Kanak-kanak
 
Revolusi Belajar pada Anak
Revolusi Belajar pada AnakRevolusi Belajar pada Anak
Revolusi Belajar pada Anak
 
peran orang dalam keluarga kristen.pptx
peran orang dalam keluarga kristen.pptxperan orang dalam keluarga kristen.pptx
peran orang dalam keluarga kristen.pptx
 
Tantangan Mengasuh Anak di Era Digital
Tantangan Mengasuh Anak di Era DigitalTantangan Mengasuh Anak di Era Digital
Tantangan Mengasuh Anak di Era Digital
 
Psikologi anak & pendidikan
Psikologi anak & pendidikanPsikologi anak & pendidikan
Psikologi anak & pendidikan
 
Psikologi anak & pendidikan
Psikologi anak & pendidikanPsikologi anak & pendidikan
Psikologi anak & pendidikan
 
Materi 1 Webinar Dampak Kekerasan dan Sexual Harrasment pada Anak
Materi 1 Webinar Dampak Kekerasan dan Sexual Harrasment pada AnakMateri 1 Webinar Dampak Kekerasan dan Sexual Harrasment pada Anak
Materi 1 Webinar Dampak Kekerasan dan Sexual Harrasment pada Anak
 
B. inggrijjkk
B. inggrijjkkB. inggrijjkk
B. inggrijjkk
 
masalah sex bebas
masalah sex bebasmasalah sex bebas
masalah sex bebas
 
Membantu Anak Mencegah Kekerasa Seksual
Membantu Anak Mencegah Kekerasa SeksualMembantu Anak Mencegah Kekerasa Seksual
Membantu Anak Mencegah Kekerasa Seksual
 
Perkembangan reproduksi 2
Perkembangan reproduksi 2Perkembangan reproduksi 2
Perkembangan reproduksi 2
 
pendidikan seksual dalam pendidikan khas
pendidikan seksual dalam pendidikan khaspendidikan seksual dalam pendidikan khas
pendidikan seksual dalam pendidikan khas
 
Jangan sia siakan usia emas anak anda
Jangan sia siakan usia emas anak andaJangan sia siakan usia emas anak anda
Jangan sia siakan usia emas anak anda
 
Perkembangan reproduksi
Perkembangan reproduksiPerkembangan reproduksi
Perkembangan reproduksi
 

PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN SEKS

  • 1. PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN SEKS Pengenalan Subjek Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) digarap demi membendung gejala sosial yang membarah dalam masyarakat kita pada hari ini. Terdahulu, kita menyaksikan drama tuding jari di mana ibu bapa menyalahkan pihak sekolah kerana gagal mengawal anak mereka manakala pihak sekolah pula menyalahkan ibu bapa yang melupakan tanggungjawab mendidik di rumah. Tidak ketinggalan `orang agama' dipersalahkan kerana tidak peka dengan masalah semasa, sementara masyarakat menyalahkan kerajaan yang hanya mengambil usaha seperti melepaskan batuk di tangga, drama tuding menuding ini diteruskan oleh `perang' media dan sebagainya. Seperti biasa perkara itu menjadi topik hangat untuk tempoh waktu yang `terhad' dan akhirnya apabila berita mulai suam, masing-masing sebagai individu yang riuh tadi kembali senyap sepi seolah-olah masalah telah selesai atau mungkin ada pihak yang tidak senang lantas `memastikan' media memainkan peranan untuk `mengalihkan' perhatian masyarakat. Apa sekalipun suasana drama di atas, silibus mata pelajaran pendidikan seks telahpun mula diguna pakai walaupun terdapat pelbagai pandangan pro dan kontra dari segenap lapisan masyarakat yang masih sedang hangat mendebatkannya. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Julaidi Bujang mengatakan bahawa kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2011 diambil sebagai kumpulan pertama yang diajar pendidikan seks. Silibus ini diperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Antara lain, modulnya adalah seperti berikut: ž Modul 1 : Aspek fizikal ž Modul 2 : Aspek Sosial ž Modul 3 : Peranan Gender ž Modul 4 : Penyakit Hubungan Seks ž Modul 5 : HIV/AIDS Ironinya, negara-negara Barat seperti Belanda, Amerika, Britain dan lain-lain terlebih dahulu menjadi mentor dalam ujikaji Pendidikan Seks yang diajarkan di sekolah-sekolah dan sebenarnya telah mengalami kegagalan dan kehancuran. Pendidikan Seks di Barat bertujuan mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang dan juga mencegah penyakit berjangkit tetapi bukan menghalang berlakunya zina. Zina atau seks rela tetap dibenarkan mengikut panduan tahap umur. Sebagai contoh remaja perempuan boleh melakukan zina tersebut dengan remaja lelaki seusianya, tetapi apabila ia dilakukan dengan seorang lelaki yang berusia 18 tahun ke atas maka lelaki tersebut dianggap merogol remaja tersebut biarpun dilakukan dengan rela. Sudah terang lagi bersuluh, di Barat, pendidikan seks di sekolah telah gagal mendidik
  • 2. masyarakatnya dengan nilai moral dan sosial yang baik. Persoalannya, adakah negara yang mempunyai majoriti umat Islam mahu menggunakan acuan yang sama dan mengulangi sejarah kegagalan pendidikan seks di Barat? Selain dari peranan pihak sekolah, apa sebenarnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak? Justru, fokus utama Fikratul Ummah kali ini antara lain membincangkan apakah peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini. Dengan kata lain, apakah fungsi ibu bapa dalam memahami isu Pendidikan seks. Peranan ibu bapa untuk memahami isu ini adalah sangat penting kerana ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak secara zahir dan batinnya. Anak-anak merupakan anugerah serta rezeki kurniaan Allah kepada pasangan suami isteri yang secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Anugerah itu diturunkan beserta dengan kewajipan ke atasnya sebagaimana Hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Salam yang bermaksud: "Tidak ada seorang anak pun yang baru lahir kecuali dilahirkan dalam keadaan suci. Kedua orang tuanyalah yang menyebabkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi". [HR Muslim] Mengenal Anggota Tubuh dan Fungsinya; Perlu atau Tabu? Kebanyakan ibu bapa sering keliru bagaimana untuk bersikap terhadap anak-anak. Ada yang menganggap anak-anak sebagai „orang dewasa‟ yang berbentuk mini. Seorang anak yang berusia tujuh tahun memegang payudara ibunya dengan penuh perasaan ingin tahu, namun si ibu pula merasakan seolah-olah si anak tadi sedang memegang sambil menikmatinya kerana merasakan tarikan seksual sebagaimana gaya seorang lelaki dewasa. Tindakan drastik dari si ibu adalah dengan memarahi serta menepis tangan si anak sambil menyatakan,; “Anak buat apa ni?? Tidak sopan nak! Awas, jangan kamu ulangi lagi perlakuan begini.” Si anak tadi pasti terpinga-pinga sebentar dengan bentakan ibunya kerana dia merasakan yang dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Sesungguhnya setiap anak akan melalui tahap ingin tahu tentang anggota tubuh sendiri secara terperinci. Kemudian pada tahap yang seterusnya si anak tadi mahu mengetahui fungsi-fungsi organ tubuh badan dan mahu mengetahui kenapa ada perbezaan antara dirinya dan orang lain. Apabila ini berlaku, tibalah satu tahapan di mana anak mulai banyak mengutarakan persoalan- persoalan yang lebih menjurus kepada organ-organ seksualnya (reproduktif). Secara umumnya perasaan ingin tahu ini mulai aktif tatkala anak mulai menggunakan proses berfikir, walaupun begitu tetap saja ada perbezaan antara seorang anak dengan yang lain. Ada anak yang seawal usia 2-3 tahun sudah mulai berfikir tentang fungsi alat reproduktifnya. Proses ini adalah sesuatu perkara yang fitrah. Menjelang usia sekitar 3-6 tahun, pemikiran si anak ini mula berkembang subur kerana perkembangan kebolehan komunikasi dan kebolehan motor badannya dalam berinteraksi bersama rakan sekelas. Perkembangan ini, sama ada cepat atau lambat, bergantung kepada interaksi si anak dengan persekitarannya. Pada saat si anak terbelenggu dengan persoalan dan pertanyaan, ibu-bapa sepatutnya lebih terbuka dan bersedia memberikan reaksi yang baik sehingga tidak merugikan si anak dalam perkembangan keperibadian mereka. Sebagai ibu atau bapa banyak perkara yang memerlukan keduanya sentiasa berusaha dan bersiap sedia kepada respon anak. Antara perkara tersebut adalah: 1. Memahami Rasa Ingin Tahu Mereka. Bukankah bayi yang lahir adalah dalam keadaan yang fitrah (knowledge zero)? Tentulah ia suatu yang wajar apabila si anak sentiasa bersikap ingin tahu tentang apa sahaja yang dilihat dan dirasa. Sebagai orang dewasa naluri ingin tahu itu masih juga wujud apatah lagi kepada si anak. 2. Memberi Penjelasan Sesuai dengan Tahap Penerimaannya. Di sini ibu-bapa perlu mahir untuk bermain kata-kata dengan anak-anak. Ibu bapa perlu kreatif dan sangat terbuka untuk memberikan jawapan. Jawapan itu mestilah tidak terlalu ringan atau tidak
  • 3. pula terlalu berat buat si anak untuk menghadamnya. Pada usia awal terutamanya, anak-anak hanya mempunyai daya pemikiran yang sangat asas. Anak-anak di peringkat ini sekadar ingin tahu. Sebagai contoh, berikan penerangan ringkas tentang fizikal payudara ibu yang besar kerana ia menyimpan air susu untuk bayi. Ianya lembut dan gebu kerana dalam payudara tidak mempunyai tulang, ia punya puting agar mudah untuk bayi menghisapnya. Ia akan menjadi lebih mudah jika anak dapat mencerap kerana mempunyai realiti di hadapan mereka. 3. Tidak Perlu Berbohong. Biasanya ibu bapa akan menerangkan kepada anak lelaki yang dia memiliki „burung‟ atau „bird‟ dalam seluarnya. Sebenarnya kenyataan sedemikian akan melahirkan pelbagai persoalan dan andaian oleh anak tersebut misalnya ada apa dengan „bird‟? Seolah- olah ada sesuatu yang disembunyikan di mana keadaan ini menjadi pemangkin kepada rasa ingin tahu anak. Tidak salah untuk berterus terang dengan anak bahawa „alat‟ tersebut adalah zakar atau penis atau apa-apa juga perkataan yang sesuai tanpa menghilangkan makna asal perkataan tersebut. Berterus terang dengan anak tentang kenapa terdapat perbezaan anggota kelamin lelaki dan perempuan bukanlah sesuatu yang sepatutnya menjadi tabu (pantang larang). Oleh itu ibu bapa tidak perlu mencipta sebuah cerita dongeng atau mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud dalam usaha untuk memberi penerangan kepada anak-anak. 4. Mengelak atau Mengalihkan dari Menjawab, akan Membuat Anak Gelisah dan Ingin Mencari Jawapan Sendiri. Tindakan sebahagian ibu bapa yang cuba mengelak atau mengalihkan dari menjawab mana-mana soalan sama ada dengan menyuruh anak diam atau tidak mengulangi pertanyaan tersebut hanya akan membuatkan si anak gelisah dan ingin mencari jawapan sendiri. Sanggupkan ibu bapa membiarkan anak-anak mendapat informasi yang salah dan negatif dari sumber yang tidak terpercaya? Justru, ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan perlu berperanan dengan efektif dan efisyen dalam menyediakan jawapan dan informasi yang betul dan tulus. Ini boleh dilakukan dengan menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh anak secara hikmah dan bijaksana. 5.Tenang, Terbuka dan Jangan Malu. Tatkala si anak tadi memegang payudara ibunya dan meramasnya, reaksi spontan si anak adalah; “Umi… lembutnya, besarnya…” biasanya ibu akan merasa malu dan terusik egonya malah tidak kurang juga yang terkaku seketika. Dalam situasi ini, ibu seharusnya lebih tenang dengan memberi reaksi bersahaja kepada anak. Ini kerana reaksi yang kurang tepat misalnya terkejut dari si ibu akan membuatkan rasa ingin tahu anak lebih membara. Hakikatnya, anak-anak kecil belum memahami atau dapat membayangkan fungsi seksual dari mana-mana anggota organ tubuh kerana mereka belum mengerti dan tidak merasainya. Bagi si anak, memegang payudara atau anggota tubuh ibu adalah sesuatu yang bahagia dan menyenangkan. Jadi, memberi pemahaman dan pengetahuan yang benar dalam menjawab persoalan mengenai anggota badan adalah suatu kemestian bagi setiap ibu bapa. Inilah yang terbaik yang perlu dilakukan supaya anak mendapat kefahaman yang benar. Oleh yang demikian, peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak adalah sangat penting. Hal ini selaras dengan firman Allah Subhanahu wa Taala yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" [TMQ at-Tahrim (66):6]
  • 4. Wujudkah Pendidikan Seks Dalam Islam? Sebagai seorang muslim yang mengimani Allah dan Rasul-Nya, adalah amat wajar dan perlu untuk kembali kepada fitrah Islam. Dr Abdullah Naseh Ulwan dalam karya agungnya, „Tarbiyatul aulad‟ ada menerangkan apakah yang di maksudkan dengan peranan ibu bapa dalam mendidik anak mengenai pendidikan seks, beliau menerangkan “Pendidikan Seks dalam Islam adalah mengajar anak-anak dengan memberi kesedaran dan berterus terang mulai ketika anak-anak mampu berfikir tentang permasalahan yang berhubungkait dengan seks, rangsangan atau apa-apa yang berkaitan dengan seks ataupun apa-apa yang berhubung kait dengan perkahwinan. Sehinggalah anak menjadi dewasa dan semakin membesar dalam memahami urusan hidup, mengetahui apa yang halal dan haram. Dan menjadikan akhlak Islam yang cemerlang sebagai budi pekerti dan adat kebiasaannya, tidak menuruti nafsu syahwat, dan tidak dihumban ke kancah gaya hidup serba boleh (halal).” Menurut Dr Abdullah Ulwan lagi, pendidikan seks yang perlu diberi perhatian ialah pada peringkat usia yang berikut: · Pada tahap umur sekitar 8-10 tahun yang dikatakan umur mumaiyiz, anak-anak diajar tentang adab meminta izin dan adab menjaga pandangan. · Pada tahap umur 10-14 tahun yang dinamakan usia remaja, anak-anak dijauhkan dari sebarang perkara yang boleh menimbulkan rangsangan. · Pada tahap usia 14-16 tahun yang dinamakan usia akil baligh, anak- anak diajar adab-adab yang berkaitan dengan hubungan seks sekiranya mereka sudah bersedia untuk berumah tangga. · Pada tahap usia selepas akil baligh yang dinamakan usia belia atau mulai dewasa, anak-anak diajar bagaimana menjaga kehormatan dirinya sekiranya masih belum mampu untuk berumah tangga. Panduan untuk Ibu Bapa Berikut merupakan panduan pendidikan terkait dengan seks yang mesti diterapkan oleh ibu bapa kepada anak- anak: 1. Tanamkan Rasa Malu: Rasa malu harus ditanamkan kepada anak sejak kecil. Jangan biasakan anak-anak, walau masih kecil, bertelanjang di depan orang lain; misalnya ketika keluar kamar mandi, berganti pakaian, dan sebagainya. Membiasakan anak perempuan sejak kecil berbusana Muslimah. Menutup aurat juga penting untuk menanamkan rasa malu sekaligus mengajar anak tentang auratnya. 2. Jaga Kebersihan: Melatih anak-anak agar tidak mandi bersama khususnya antara anak lelaki dengan perempuan. Membimbing anak-anak memahami topik-topik asas Islam seperti instinja‟ dan thoharah. 3. Memisahkan Tempat Tidur: Usia antara 7-10 tahun merupakan usia saat anak mengalami perkembangan yang pesat. Anak akan mula melakukan eksplorasi ke dunia luar. Anak tidak hanya berfikir tentang dirinya, tetapi juga mengenai sesuatu yang ada di luar dirinya. Pemisahan tempat tidur merupakan usaha untuk menanamkan kesedaran pada anak tentang kewujudan dirinya. Pemisahan tempat tidur antara dirinya dengan ibu bapanya bertujuan untuk melatihnya berani mandiri. Pemisahan tempat tidurnya dengan saudaranya yang berbeza jenis kelamin pula bertujuan untuk menanamkan kesedarannya tentang kewujudan perbezaan jenis jantina. Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Salam,“Suruhlah anak-anakmu untuk mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan ketika sudah berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka” [HR. Abu Dawud] 4. Ihtilam dan Haid: Ihtilam tanda kanak-kanak lelaki sudah memasuki usia baligh. Haid pula merupakan tanda kanak-kanak perempuan sudah memasuki usia baligh. Berikan penerangan kepada anak yang dirinya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah atas setiap pilihan yang dibuatnya.
  • 5. 5. Menjelaskan Identiti: Secara fizikal mahupun emosi, lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan mendasar. Perbezaan tersebut telah diciptakan sedemikian rupa oleh Allah Subhanahu wa Taala. Adanya perbezaan ini bukan untuk saling merendahkan, namun semata-mata kerana fungsi dan tanggungjawab yang berbeza yang akan dipikulnya. Berdasarkan perbezaan tersebut, Islam telah memberikan panduan agar fitrah masing-masing yang telah ada tetap terjaga. Islam menghendaki agar lelaki memiliki keperibadian maskulin, dan perempuan memiliki keperibadian feminin. Islam tidak menghendaki wanita menyerupai lelaki, begitu juga sebaliknya. Untuk itu, harus dibiasakan dari kecil anak-anak berpakaian sesuai dengan jenis kelaminnya. Mereka juga harus diperlakukan sesuai dengan jenis kelaminnya. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Salam yang bermaksud, “Rasulullah melaknat seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita dan melaknat seorang wanita yang menyerupai lelaki” [HR Abu Hurairah] 6. Kenalkan dengan Mahramnya: Jelaskan kepada anak-anak bahawa tidak semua perempuan atau lelaki boleh dinikahi. Mereka yang boleh dinikahi adalah mereka yang bukan mahramnya dan wajib ke atas mereka untuk menjaga batasan aurat dan pergaulan. Firman Allah Subhanahu wa Taala: “Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikahwini oleh ayahmu terkecuali pada masa yang telah lampau. Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh). Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan, saudara- saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan daripada saudara-saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang menyusui kamu, saudara perempuan sepersusuan, ibu-ibu isterimu, anak-anak perempuan isterimu dari isteri yang telah kamu campuri tetapi jika kamu belum campuri maka tidak berdosa kamu mengahwininya.dan (diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu dan menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali yang telah terjadi pada masa lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [TMQ an-Nisaa' (4):22-23] 7. Tutup Aurat: Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak tentang batasan aurat mereka sebagai lelaki atau perempuan dan menjaganya dari terlihat oleh orang yang bukan mahram mereka. 8. Ajarkan Adab Masuk Rumah: Ketika ingin masuk ke rumah seseorang, anak-anak diajarkan untuk meminta izin daripada tuan rumah sebelum masuk. Firman Allah Subhanahu wa Taala. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat. Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. (Dan) jika dikatakan kepadamu : „kembalilah‟, maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [TMQ an-Nur (24): 27-28] 9. Izin Masuk Bilik Ibu Bapa: Tiga waktu anak-anak tidak dibenarkan masuk ke bilik orang dewasa kecuali dengan izin ialah sebelum Solat Subuh, waktu tengahari dan selepas Solat Isyak. Aturan ini ditetapkan kerana ketiga-tiga waktu tersebut merupakan waktu aurat, yakni waktu ketika badan atau aurat orang dewasa banyak terbuka. Jika pendidikan semacam ini ditanamkan kepada anak maka ia akan menjadi anak yang memiliki rasa sopan-santun dan etika yang luhur. Allah Subhanahu wa Taala berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah orang-orang yang dimiliki tangan kananmu dan mereka yang belum baligh di antara kamu meminta izin kepada kamu tiga kali iaitu sebelum solat subuh dan ketika kamu meletakkan pakaian kamu di waktu tengahari dan sesudah solat Isyak: tiga aurat buat kamu. Tidak ada larangan atas kamu dan mereka selain dari tiga waktu itu. Mereka pelayan-pelayan kamu, sebahagian dari kamu (berkeperluan) kepada sebahagian yang lainnya. Demikianlah Allah terangkan kepada kamu ayat-ayatNya kerana Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” [TMQ an-Nur
  • 6. (24):58] 10. Jaga Pandangan: Fitrah manusia tertarik kepada lawan jenisnya. Jadi, ajarkanlah kepada anak-anak supaya menjaga pandangan dari melihat lawan jenisnya supaya naluri seksnya tidak terangsang. Begitu juga gambar-gambar atau filem yang mengandungi unsur pornografi atau lucah. Firman Allah Subhanahu wa Taala: “Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya serta janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak pada dirinya. Hendaklah mereka pun menutupkan kain tudung ke dada mereka. Janganlah menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka, ayah mereka, mertua lelaki mereka, anak-anak kandung mereka, anak-anak tiri mereka, saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” [TMQ an-Nur (24):31] 12. Etika Berhias: Berhias adalah usaha untuk mencantikkan atau mengindahkan diri agar penampilan menjadi menarik. Tujuan pendidikan seks dalam kaitannya dengan etika berhias adalah agar berhias tidak untuk perbuatan maksiat. "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliyah dahulu." [TMQ al Ahzab (33): 33] 13. Jauhkan dari Ikhtilat: Ikhtilat adalah percampuran antara lelaki dengan perempuan bukan mahram tanpa ada keperluan yang dibolehkan. Dalam seluruh aspek kehidupan dan di semua tempat sama ada di tempat khusus ataupun di tempat umum, interaksi antara lelaki dan perempuan secara umumnya adalah dilarang. Ini bermakna ikhtilat dilarang tanpa ada keperluan yang dibolehkan oleh syarak. Diriwayatkan bahawa Aishah Radiallahu anha berkata: "Rasulullah mengahwiniku pada usia tujuh tahun dan kami mengadakan hubungan di usia sembilan tahun dan apabila aku berpindah ke Madinah, segolongan wanita mempersiapkanku untuk majlis perkahwinanku dan tidak pernah sekali-kali mereka mahupun aku, bercampur dengan lelaki di dalam rumah yang dipenuhi wanita. Pihak wanita menyambutku dan pihak lelaki menyambut Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan kemudian kami masuk ke rumah". [HR Abu Dawud]. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam juga bersabda, "Usah berjalan di antara dua lelaki ataupun di antara dua wanita di satu lorong." [HR Abu Dawud].Kerana itu, jangan biasakan anak diajak ke tempat-tempat yang di dalamnya terjadi percampuran laki-laki dan perempuan secara bebas. 14. Hindarkan dari Khalwat: Khalwat adalah berkumpulnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram secara berdua-duaan atau bersunyi-sunyian tanpa ditemani oleh mahram mereka atau orang lain. Ini boleh terjadi di tempat khusus mahupun tempat umum dan berkhalwat adalah ditegah sama sekali di kedua-dua tempat. Antara dalil pengharamannya ialah “Tidak boleh berkhalwat seorang laki-laki dengan seorang wanita kecuali bersamanya seorang mahram” [HR Bukhari]dan “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya karena sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga di antara mereka berdua kecuali apabila bersama mahramnya.” [HR Ahmad]. Sebagaimana ikhtilât, khalwat pun merupakan perantara bagi terjadinya perbuatan zina. Anak-anak sejak kecil harus diajarkan untuk menghindari perbuatan semacam ini. Jika bermain, bermainlah dengan sesama jenis. Jika dengan yang berlainan jenis, harus diingatkan untuk tidak berkhalwat. 15. Galakkan Menikah Jika Telah Mampu: Di kala cinta datang menggoda anak-anak,
  • 7. galakkanlah mereka untuk menikah jika telah mampu. RasulullahSallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: "Wahai pemuda, barang siapa di antara kalian yang mampu (untuk menikah), maka menikahlah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang belum mampu, hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa merupakan perisai bagi dirinya” [HR al-Bukhari]. Jika tidak mampu untuk menikah, ajaklah anak-anak mengalihkan perasaannya kepada puasa, taqarrub Ilallah, atau aktiviti positif lainnya. Laranglah anak-anak daripada bercinta (coupling) sebelum menikah kerana ia bukan ajaran dalam Islam. Khatimah. Cantiknya Islam, indahnya Islam. Segala permasalahan dan jawapan atas segala permasalahan manusia pasti ada jawapannya. Tatkala manusia masih mencari-cari arah tujuan, Islam telah menyediakan segalanya. Janji Allah atas kesempurnaan Islam itu jelas telah dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Aku cukupkan nikmat Ku keatasmu dan Aku reda Islam itu sebagai agamamu..”[TMQ al-Maidah (5):3] Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa tidak ada istilah terlambat untuk bertatih kembali memahami dan mempelajari segala ilmu yang berkenaan “parenting skills”. Tidak rugi untuk kembali kepada ajaran Islam yang mulia yang diwariskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam.Sesungguhnya Islam telah merincikan hukum-hakam yang berkaitan dengan akhlak seorang individu muslim dan pergaulan antara lelaki dan perempuan sebagai aspek pencegahan dari masalah sosial yang membawa kepada segala masalah dan gejala seks. Wallahu‟alam. http://fikratulummah.blogspot.com/2011/05/peranan-ibu-bapa-dalam-pendidikan-seks.html