Bab 2 membahaskan pengurusan pembelajaran, termasuk definisi pengurusan dan pembelajaran, penetapan matlamat diri dan akademik, pengurusan masa, mengenali gaya pembelajaran, strategi meningkatkan ingatan, dan perancangan jadual belajar.
2. DEFINISI PENGURUSAN
• Menurut perspektif Islam, pengurusan
ditakrifkan sebagai satu proses melakukan
kerja dan menyempurnakan kerja melalui
fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah.
• Ia juga melibatkan kerjasama dengan orang
lain dalam usaha mencapai objektif kerja
secara berksan dengan menggunakan sumber-
sumber organisasi dengan cekap.
3. TAKRIFAN PEMBELAJARAN
• Adalah perubahan yang berlaku dalam
perlakuan pelajar yang dididik hasil dari
penglibatannya dalam suatu pengalaman
pendidikan (Bower dan Hilgard,1981)
4. PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN
AKADEMIK
Matlamat SMART merupam ciri-ciri yang perlu
ada dalam matlamat anda
I. Specific - Terperinci
II. Measurable - Boleh diukur
III. Attainable - Boleh dicapai
IV. Realistic - Munasabah
V. Time-bound - Menpunyai had masa tertentu
5. PENGURUSAN MASA
• Rahsia kejayaan seorang pelajar yang
berpencapaian tinggi adalah mempunyai
pengurusan masa dengan cekap yang
membolehkan mereka mengambil bahagian
dalam pelbagai aktiviti dengan jayanya(Khalid
Mohamed Noor, 2002)
6. Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang
pelajar akan peroleh apabila mereka menyediakam dan
mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran
Antaranya ialah mereka dapat :
I. Menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
II. Menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberi
faedah atau tidak.
III. Menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang
berkesan dan memberi faedah paling optimum.
IV. Menjalankan kebanyakkan aktiviti yang dirancang setiap
hari
V. Melatih mendisiplinkan diripelajar dalam menepati masa.
Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup
yang lebih sempurna.
7. VI. Mempelbagaikan aktiviti yang perlu mereka lakukan. Hal ini
perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka
menjadi seorang yang serba boleh.
VII. Mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang
dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia
atau akhirat.
VIII. Mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan
sesuatu tugas atau aktiviti yang lebih digemari dan
mengabaikan pula kativiti lain yang berguna.
IX. Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
8. Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri
Berikut adalah di antara model pembelajaran
yang menyatakan perbezaan gaya
pembelajaran antara setiap individu
a. Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn
b. Model gaya pembelajaran Honey dan
Mumford
c. Model
9. STRATEGI MENINGKATKAN INGATAN
i. Ingatan jangka pendek
Ingatan ini merujuk kepada proses simpanan dalam
jangka masa singkat. Biasanya, maklumat-
maklumat yang disimpan didalamnya boleh hilang
dalam masa kurang daripada 30 saat, malah
kadangkala lebih cepat lagi.
10. ii. Ingatan jangka panjang
Proses ini berlaku apabila maklumat yang
tersimpan sebentar direkodkan supaya kekal
dalam ingatan.