Segala yang anda ingin tahu tentang Seminar Cinta Bijak 101, seminar unggul Kristian dalam BM untuk menyediakan umat Kristian yang belum kahwin mengharungi liku-liku percintaan dengan berjaya secara Alkitabiah.
1. Seminar Cinta Bijak 101
Isi kandungan Penerangan
Tajuk Kursus: Cinta Bijak 101 – Memahami Liku-Liku Perhubungan Lelaki Perempuan
Orang Sumber: Pastor Peter de Run
Hasil Kursus:
1. Akan memutuskan jantina mereka dan mengambil langkah-langkah
membangunkan identiti ini sunguh-sungguh
2. Dapat memahami dan memberikan respons yang sesuai kepada orang yang
mempunyai kekeliruan identiti jantina
3. Memahami unsur-unsur persahabatan yang baik dan menggunakannya untuk
menjadi dan mempunyai rakan-rakan kedua-dua jantina
4. Memahami perbezaan antara hubungan cinta kasual dan komited apabila
membuat keputusan untuk memulakan perhubungan romantis dengan jantina
lawan
5. Sedar peringkat keintiman seksual dan bahaya yang dihadapi apabila
berhubung dalam hubungan intim secara fizikal
6. Mengiktiraf baik dan buruk sistem dating apabila digunakan dalam hubungan
romantis kasual
7. Mengenal pasti dan membangunkan kefahaman yang jelas tentang
perkahwinan
8. Mengenal pasti ciri-ciri utama pasangan hidup yang dikehendaki dan
mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memilih satu yang sesuai
9. Dapat memahami kerumitan dan keseriusan hubungan dengan jantina lawan
dan membuat keputusan untuk berhubung dengan bertanggungjawab
Sinopsis Kursus:
Satu hubungan lelaki-perempuan bermula dengan individu yang membuat
keputusan tentang identiti beliau dan membangunkan dirinya menjadi yang
terbaik yang dia boleh. Apabila perkembangan sihat ini berlaku, dia harus
mempertimbangkan memulakan hubungan dengan jantina lawan sebagai
kawan - unsur-unsur persahabatan yang baik dan manfaat persahabatan perlu
dikenal pasti. Walaupun begitu, kebanyakan hubungan lelaki-perempuan
menjadi romantis yang menyediakan pencinta pilihan untuk menjadi pencinta
kasual atau komited. Bahaya dating dan keintiman fizikal yang dihadapi oleh
pencinta kasual dan keperluan pemahaman yang jelas mengenai perkahwinan
dan pasangan hidup yang ideal kemudiannya diketengahkan.
2. Kandungan Kursus:
Modul 1: Lelaki atau Perempuan?
1.1 Adakah anda seorang lelaki atau perempuan?
1.2 Definisi dan masalah
1.3 Membangun identiti seksual anda
1.3.1 model peranan
1.3.2 membangun semua aspek peribadi
1.3.3 peranan jantina
1.4 Jantina alternatif – sebab dan respons
Modul 2: Kawan
2.1 Siapakah kawan-kawan anda?
2.2 Mencari kawan – kualiti-kualiti perlu
2.3 Keuntungan mempunyai kawan berlawanan jantina
2.4 Hanya kawan
2.5 Kenapa kita tidak boleh ‘hanya kawan’ untuk masa yang lama?
Modul 3: Kekasih Kasual
3.1 Mengenalpasti perhubungan kasih kasual
3.2 Mengapa menjalin perhubungan kasual
3.3 Penggunaan system dating
3.4 Akibat keintiman fizikal apabila dating
Modul 4: Kekasih Komited
4.1 Apa itu perkahwinan?
4.2 Tujuan perkahwinan
4.3 Apa itu kasih?
4.4 Siapa harus saya kahwin?
4.5 Kriteria untuk teman hidup
4.6 Hal-hal yang perlu dipertimbangkan sebelum berkahwin
Kaedah Penyampaian:
• Syarahan berbentuk penjelasan
• Soal jawab (bertulis atau bertanya)
• Borang penilaian
• Kerja kumpulan dan penyampaian
• Video
Jangka masa:
8 jam (2 jam setiap modul)
Audiens Sasaran: 1. Remaja
3. 2. Dewasa muda
3. Pasangan sedang berdating
4. Ibu bapa yang mempunyai anak pra-remaja dan remaja
5. Mereka yang mempertimbangkan perkahwinan
Kemudahan Yang
Diperlukan:
Bilik cukup besar untuk ruang bergerak dan berpecah dalam kumpulan,
diperlengkapi dengan papan tulis dan projector LCD dengan komputer.
Mikrofon kalau ada lebih baik.
Jumlah peserta
minimum:
12-15 peserta
Jumlah peserta
maksimum:
30-50 peserta