SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
KONSEP PENGGABUNGJALINAN, PEYERAPAN, PENGAYAAN, PEMULIHAN DAN PENILAIAN(“5P”)
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran
berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang
yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga
digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut:

i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya
kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa
membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.

ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan dan menulis.

iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua
aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi
kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata
dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan
• Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai
• Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan
• Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik
• Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid

Bentuk-bentuk penggabungjalinan
Ada 3 bentuk penggabungjalinan
1. Penggabungjalinan kemahiran
2. Penggabungjalinan bahan
3. Penggabungjalinan aktiviti

1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran.
K1: Kemahiran mendengar
K2: Kemahiran bertutur
K3: Kemahiran membaca
K4: Kemahiran menulis

Sila rujuk rajah di bawah:
2. Penggabungjalinan Aktiviti
Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan
kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan.

3.Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran.
Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan harus dibuat bagi
menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid.

Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti
yang berikut:

i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup
hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.

ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai
tersebut secara natural.

iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:

• Mencirikan
• Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan
• Membuat kaitan dan perhubungan
• Membanding dan membeza
• Menyusun atur
• Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu
• Membezakan fakta dengan pendapat
• Menganalisis
• Mengesan kecondongan pendapat
• Mengenal pasti sebab akibat
• Meramal
• Mensintesis
• Mengitlak
• Membuat analogi
• Membuat inferens
• Membuat kesimpulan
• Menginterpretasi, mentafsir
• Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan
• Menilai
• Menjana idea
• Merumus, meringkas
• Membuat keputusan
• Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut
dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan bertumpu dan
bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme
dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan
hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada.




Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran
lain.

KB: Kemahiran bahasa

KS: Kemahiran Pendidikan Seni

KM: Kemahiran muzik




Penilaian
Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian
sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian
formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian).

Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu
1. Penilaian mengesan penguasaan
2. Penilaian mengesan kemajuan
3. Penilaian mengesan pencapaian
Aktiviti Penilaian
Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:

i. Penilaian formatif
Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara
formal dan tidak formal dengan tujuan:

• Mengesan kemajuan pelajar
• Melihat keberkesanan pengajaran guru
• Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif
pengajaran
• Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru




ii. Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester.
Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan mengandungi semua
aras kemahiran.
Penilaian ini bertujuan:

• Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran
• Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid
• Membuat perbandingan pencapaian antara murid

Pemulihan
Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal
seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk
membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan
biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi
kelemahan mereka. Individu yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib
baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak
memuaskan dalam pelajaran.

Pengayaan
Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan
sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-
aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping
itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat
sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan.
Antaranya adalah seperti berikut:

a. Menggunakan daya usaha sendiri
b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri
c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.
d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
e. Melibatkan pembacaan luas dan
f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:

• Pembelajaran akses kendiri
• Kerja projek
• Bacaan tambahan
• Permainan dan rekreasi da
• Pembelajaran berbentuk komputer

More Related Content

What's hot

5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...rathibujie
 
Didik hibur
 Didik hibur Didik hibur
Didik hiburDeen Jack
 
Guru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahGuru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahkirutping71
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikMoon Joanne
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)nurul syuhaida rahim
 

What's hot (20)

11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
Kssr 2011
Kssr 2011Kssr 2011
Kssr 2011
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
Teknik KBKK dalam PdP
Teknik KBKK dalam PdPTeknik KBKK dalam PdP
Teknik KBKK dalam PdP
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Modul didik hibur
Modul didik hiburModul didik hibur
Modul didik hibur
 
Hsp tmk
Hsp tmkHsp tmk
Hsp tmk
 
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
Didik hibur
Didik hiburDidik hibur
Didik hibur
 
Didik hibur
 Didik hibur Didik hibur
Didik hibur
 
Guru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahGuru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolah
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
Transformasi kurikulum (KSSR)
Transformasi kurikulum (KSSR)Transformasi kurikulum (KSSR)
Transformasi kurikulum (KSSR)
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
didik hibur
didik hiburdidik hibur
didik hibur
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
 

Similar to Konsep penggabungjalinan

6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsrHerney Aqilah Kay
 
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasaKumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasapikaosman
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 
Apakah itu pembelajaran berasaskan projek
Apakah itu pembelajaran berasaskan projekApakah itu pembelajaran berasaskan projek
Apakah itu pembelajaran berasaskan projekSiti Salmiah Omarali
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsrMohd Ridzuan
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekAhmad Wafi
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGKONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGZahidah Harun
 
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psvPeranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psvAisyah Mainol
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANNoor Syazwanni
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktVijaen Cool
 

Similar to Konsep penggabungjalinan (20)

6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsr
 
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasaKumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Tajuk 4
Tajuk 4Tajuk 4
Tajuk 4
 
Apakah itu pembelajaran berasaskan projek
Apakah itu pembelajaran berasaskan projekApakah itu pembelajaran berasaskan projek
Apakah itu pembelajaran berasaskan projek
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsr
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGKONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
 
Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Week 3 KBSM Blueprint
Week 3 KBSM BlueprintWeek 3 KBSM Blueprint
Week 3 KBSM Blueprint
 
Isl rbt 2014
Isl rbt 2014Isl rbt 2014
Isl rbt 2014
 
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psvPeranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
 
Strg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SNStrg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SN
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
 
Dst thn 1 versi bm
Dst thn 1 versi bmDst thn 1 versi bm
Dst thn 1 versi bm
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
5 perancangan kurikulm khsr
5  perancangan kurikulm khsr5  perancangan kurikulm khsr
5 perancangan kurikulm khsr
 

Recently uploaded

Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (14)

Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Konsep penggabungjalinan

  • 1. KONSEP PENGGABUNGJALINAN, PEYERAPAN, PENGAYAAN, PEMULIHAN DAN PENILAIAN(“5P”) Penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut: i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran. ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis. iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan. Prinsip-prinsip penggabungjalinan • Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai • Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan • Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik • Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid Bentuk-bentuk penggabungjalinan Ada 3 bentuk penggabungjalinan 1. Penggabungjalinan kemahiran 2. Penggabungjalinan bahan 3. Penggabungjalinan aktiviti 1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. K1: Kemahiran mendengar K2: Kemahiran bertutur K3: Kemahiran membaca K4: Kemahiran menulis Sila rujuk rajah di bawah:
  • 2. 2. Penggabungjalinan Aktiviti Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan. 3.Penggabungjalinan Bahan Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid. Penyerapan Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut: i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan. ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural. iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut: • Mencirikan • Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan • Membuat kaitan dan perhubungan • Membanding dan membeza • Menyusun atur • Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu • Membezakan fakta dengan pendapat • Menganalisis • Mengesan kecondongan pendapat • Mengenal pasti sebab akibat • Meramal • Mensintesis • Mengitlak • Membuat analogi • Membuat inferens
  • 3. • Membuat kesimpulan • Menginterpretasi, mentafsir • Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan • Menilai • Menjana idea • Merumus, meringkas • Membuat keputusan • Menyelesaikan masalah Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada. Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran lain. KB: Kemahiran bahasa KS: Kemahiran Pendidikan Seni KM: Kemahiran muzik Penilaian Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian). Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu 1. Penilaian mengesan penguasaan 2. Penilaian mengesan kemajuan 3. Penilaian mengesan pencapaian
  • 4. Aktiviti Penilaian Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu: i. Penilaian formatif Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara formal dan tidak formal dengan tujuan: • Mengesan kemajuan pelajar • Melihat keberkesanan pengajaran guru • Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif pengajaran • Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru ii. Penilaian Sumatif Penilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan mengandungi semua aras kemahiran. Penilaian ini bertujuan: • Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran • Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid • Membuat perbandingan pencapaian antara murid Pemulihan Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka. Individu yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran. Pengayaan Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti- aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
  • 5. Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut: a. Menggunakan daya usaha sendiri b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah e. Melibatkan pembacaan luas dan f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah: • Pembelajaran akses kendiri • Kerja projek • Bacaan tambahan • Permainan dan rekreasi da • Pembelajaran berbentuk komputer