SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
PENGENALAN


       Puisi adalah sebuah bentuk karya sastra singkat untuk menuangkan apa yang ada

di fikiran kita, apa yang ada di hati kita, dan apa yang ada di jiwa kita. Dikatakan singkat

keranana puisi adalah bentuk karya sastra yang paling pendek jika dibandingkan cerpen

atau novel.


       Sastra Melayu Klasik bermula pada abad ke-16 Masehi. Semenjak itu sampai

sekarang gaya bahasanya tidak banyak berubah. Dokumen pertama yang ditulis dalam

bahasa Melayu klasik adalah sepucuk surat dari raja Ternate, Sultan Abu Hayat kepada

raja João III di Portugal dan bertarikhkan tahun 1521 Masehi.


       Berikut adalah pendapat beberapa sarjana mengenai definisi puisi;


       i) Edgar Allan Poe


       Puisi adalah adalah ciptaan tentang sesuatu keindahan dalam bentuk berirama.

Citarasa adalah unsur yang diutamakan. Hubungan dengan budaya intelek atau dengan

suara hati hanya merupakan hubungan yang selintas. Jika bukan secara kebetulan, ia tidak

akan mengena langsung dengan fungsi utamanya atau dengan kebenaran.


       ii) Muhammad Hj. Salleh


       Puisi adalah bentuk sastra yang kental dengan musik bahasa serta kebijaksanaan

penyair dan tradisinya. Dalam segala kekentalan itu, maka puisi setelah dibaca akan

menjadikan kita lebih bijaksana.




                                                                                          1
iii) Usman Awang


       Puisi bukanlah nyanyian orang putus asa yang mencari ketenangan dan kepuasan

dalam puisi yang ditulisnya. Tapi puisi ialah satu pernyataan sikap terhadap sesuatu atau

salah satu atau keseluruhan kehidupan manusia.


       iv) A. Samad Said


       Puisi pada hakikatnya adalah satu pernyataan perasaan dan pandangan hidup

seorang penyair yang memandang sesuatu peristiwa alam dengan ketajaman perasaannya.

Perasaan yang tajam inilah yang menggetar rasa hatinya, yang menimbulkan semacam

gerak dalam daya rasanya. Lalu ketajaman tanggapan ini berpadu dengan sikap hidupnya

mengalir melalui bahasa, menjadilah ia sebuah puisi, satu pengucapan seorang penyair.


       Gurindam juga adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri dari dua baris

kalimat dengan irama akhir yang sama, yang merupakan satu kesatuan yang utuh. Antara

gurindam yang mahsyur ialah ‘Gurindam 12 Raja Ali Haji’. Baris pertama berisikan

semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan jawabannya atau akibat

dari masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi.

Gurindam Lama


Contoh :       Pabila banyak mencela orang

               Itulah tanda dirinya kurang



               Dengan ibu hendaknya hormat

               Supaya badan dapat selamat


                                                                                        2
Gurindam adalah salah satu puisi Melayu lama. Gurindam dikatakan berasal dari

perkataan India dan dibaca dengan lagu tersendiri, dan berbeza jika dibandingkan dengan

lagu syair Melayu. Puisi gurindam mempunyai kata-kata nasihat dan kebiasaannya

mempunyai rima akhir yang sama.

       Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu

bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada

dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya

mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau

serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang

berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan

keseluruhan idea.

       Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau

tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan

beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.

       Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong

sebagai gurindam karena isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza

dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir,dan berbeda dengan teromba,

ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat.

       Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis

tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya.

Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk

dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola rima,

rentak an unsur-unsur estetik yang lain.




                                                                                        3
DEFINISI GURINDAM

        Gurindam mempunyai definisi yang berbagai mengikut pandangan tokoh

masing- masing. Misalnya menurut pendapat Ismail Hamid, istilah gurindam berasal

daripada bahasa Sanskrit. Beliau berpendapat walaupun istilah gurindam ini berasal dari

Sanskrit, namun gurindam melayu dengan gurindam melayu adalah berbeza dari segi

bahasanya, persoalan, rima akhir, rangkap dan sebagainya.

        Pada pandangan Raja Ali Haji pula menjelaskan pembentukan gurindam

dibahagi menjadi 2 baris yang bersajak. Setiap baris adalah kalimat dan hubungan antara

kalimat itu biasanya disebut samada anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah suku

katanya adalah berbeza. Namun dijelaskan ada gurindam yang mempunyai lebih dari 2

baris dan berlapis-lapis.

       Pendeta Za’ba pula mengatakan bahasa gurindam adalah padat dan bernas. Ianya

dihasilkan bertujuan sebagai bahan nyanyian, jenaka, gurau senda dan sindiran. Menurut

Za'ba,1962 di dalam karyanya Ilmu Mengarang Melayu, perkataan gurindam itu berasal

daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil. Ertinya biasa difahamkan rangkap yang

telah menjadi bidalan atau sebutan biasa pada orang ramai ataupun sesuatu pepatah

berangkap yang disebutkan berpadanan dengan tempatnya. Selain itu menurutnya lagi,

gurindam itu adalah padat dan bernas. Ianya dihasilkan sebagai bahan nyanyian, jenaka,

gurau senda dan sindiran.

        Manakala Harun Mat Piah mendefinisikan gurindam adalah sejenis karya klasik

melayu lama yang tak tentu bentuknya samada terikat ataupun tidak. Gurindam

mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat melayu iaitu sebagai tujuan




                                                                                     4
didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis

formal.

          Mas Adeki yang merupakan nama pena bagi Mohd Sidek bin Mohd Dollah

dalam bukunya Seuntai Kasih Secebis Harapan, menerangkan bahawa Gurindam

Bentuk Terikat terdiri daripada dua baris yang berpasangan dan rima setiap baris

kebanyakannya adalah sama. Baris pertama sebagai syarat dan baris kedua sebagai

jawapan. Isi kandungannya tersurat dan tersirat nasihat serta pengajaran.



CIRI-CIRI GURINDAM

          Ciri – Ciri gurindam pada pendapat pendeta Za’ba (1962) adalah seperti yang

berikut :

‡ Bahasanya seperti menyanyi atau sekurang-kurangnya membawa imbas-imbas nyanyi,

serta menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa dan menyuka-

nyukakn hati.

‡   Perkataan banyak menggambarkan keindahan alam dan mengambil perbandingan

daripada keindahan itu seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warna yang cantik.

‡ Perasaan di dalamnya kebanyakan perasaan suka dan terkadang perasaan bermain-

main dan jenaka

‡ Isinya dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti syair, tidak ada apa-apa yang boleh

dikatakan pembayang maksud.

‡ Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun semenjak beberapa lama telah jadi seolah-

olah bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut orang ramai

‡ Gurindam mengandungi dua baris ayat atau lebih bagi serangkap.




                                                                                       5
JENIS – JENIS GURINDAM

       Gurindam merupakan puisi

       1) Terikat

       Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai

syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam

atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap

merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa

baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea



       2)Bebas atau tidak terikat.

       Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau

tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan

beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.

       Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap

baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-

baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap. Isinya

mengandungi kias, ibarat, pengajaran dan nasihat.

       Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”.

Baris pertama “syarat” tersebut menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris

kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh

baris atau ayat pertama tadi.

       Penggunaan perkataan dalam penghasilan gurindam tidak tertakluk kepada

sesuatu jumlah yang tertentu. Jumlah sukukata dalam setiap pemilihan perkataan sebaris




                                                                                      6
juga tidak tetap. Rima pada gurindam juga agak berbeza berbanding dengan pantun iaitu

bergantung kepada jenis gurindam tersebut yang dibahagikan kepada tiga jenis:

i. Gurindam serangkap dua baris

Gurindam ini mempunyai ciri – ciri seperti yang berikut iaitu:

      berbentuk asli

      Baris pertama menjadi buah fikiran kepada buah fikiran seterusnya dalam baris

   kedua.

      Nasihat yang baik dan indah terbentuk daripada irama akhir sama.



ii. Gurindam Serangkap Empat Baris

Gurindam ini pula mempunyai ciri – ciri seperti yang berikut iaitu :

      Empat baris kalimat atau ayat

      Rima akhir seperti puisi pantun abab

      Isinya tentang nasihat



Contoh gurindam serangkap empat baris



          Tiada siapa yang besar,                       Jangan takut dan gentar,

         Tiada siapa yang tinggi,                          Mati hanya sekali,

             Tetap sama sedasar,                       Jangan bertukar berkisar,

            Tidaklah berbeza lagi.                   Tetap di lapangan mengendali.




                                                                                     7
Iii. Gurindam Bebas

Gurindam jenis bebas bercirikan :

      Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad

      Persamaan akhir tidak dipentingkan

      Isinya tetap mempunyai nasihat




Contoh Gurindam Bebas



Pangkalnya sama dipupuk,

Pucuknya sama digentis,



Buahnya sama ditarik,

Ke bukit sama didaki,



Ke lurah sama dituruni,

Ke laut sama direnangkan.




                                                       8
DEFINISI ANTOLOGI

           Berikut adalah definisi dewan pelajar menurut Dewan Bahasa dan Pustaka.

     Kata                                         Takrif                                    Sumber
                                                                                         Kamus Pelajar
                   Kumpulan cerita (karangan, puisi dsb).
antologi
                                                                                         Kamus Pelajar
                   Kumpulan cerita (karangan, puisi dsb) yg dihasilkan oleh pengarang
                                                                                         Edisi Kedua
                   yangg berlainan. Mengantologikan mengumpulkan atau menyusun
antologi
                   karya, seperti cerpen, puisi dan sebaginya untuk dijadikan sebagai

                   antologi: Karya-karya yg menarik itu diantologikan utk tatapan para

                   pembaca.
                                                                                         Kamus Pelajar
                   Kumpulan karya prosa (spt cerpen) atau sajak atau kedua-duanya yg
antologi                                                                                 Edisi Empat
                   dihasilkan oleh berlainan pengarang, kumpulan karangan pilihan

                   seseorang pengarang, bunga rampai; mengantologikan

                   menghimpunkan atau menyusun sesuatu karya spt cerpen utk

                   dijadikan sbg antologi: karya-karya mereka telah pun diantologikan

                   oleh penerbit utk tatapan umum.




           OBJEKTIF KERTAS KERJA




                                                                                               9
Objektif kertas kerja ini dihasilkan adalah untuk menilai pengajaran moral yang

terkandung dalam Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan karya Mas

Adeki. Pengajaran moral yang disertakan bersama beberapa contoh ini, diharapkan dapat

dijadikan sebagai panduan untuk lebih memahami nilai karya hebat Mas Adeki. Hasil

penelitian ini juga diharapkan mampu menjadi sumber informasi dan tambahan ilmu

pengetahuan khususnya bidang puisi lama tentang gurindam.



PEMBATASAN KAJIAN

       Gurindam mempunyai berbagai jenis seperti yang telah disenaraikan dalam

jenis – jenis gurindam sebelumnya, iaitu seperti :

i. Gurindam Terikat

ii Gurindam Bebas (sama ada terikat atau tidak)

       Walaubagaimanapun kertas kerja ini hanya akan menumpukan pengajaran moral

yang terdapat dalam beberapa tajuk terpilih sahaja daripada 40 buah tajuk yang tersenarai

dalam Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan iaitu

       1) Gurindam Tonggak Dua Belas

       2) Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan

       Penghasilan kertas kerja ini menggunakan kaedah keperpustakaan. Rujukan telah

dibuat di perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Universiti Kebangsaan

Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu rujukan turut dibuat berdasarkan

jurnal Dewan sastera dan Dewan Bahasa. Rujukan dalam talian maya turut menyumbang

dalam proses penghasilan kertas kerja ini dilaksanakan.

ISI KANDUNGAN




                                                                                      10
1) Pengajaran Moral Dalam Gurindam Tonggak Dua Belas Antologi Gurindam
Seuntai Kasih Secebis Harapan Karya Mas Adeki.



          GURINDAM TONGGAK DUA BELAS

          Hendak pandai mengahargai masa,
          Jangan dinanti esok lusa.

          Ketekunan akan membawa kejayaan,
          Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

          Wajah ceria keseronokan bekerja,
          Usah berduka bermuram durja
          .
          Hidup alam kemuliaan kesederhanaan,
          Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

          Ketinggian peribadi jadi amalam,
          Ketelusan hati jadi bekalan.

          Kekuatan sifat baik hati,
          Bertimbang rasa dan bersimpati.

          Pengaruh kepeimpinan melalui teladan,
          Baik buruk jadikan sempadan.

          Menjadi kewajipan menjalan tugas,
          Walaupun sederhana tetapi tegas.

          Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
          Tidak membazir teliti saksama.

          Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
          Perkara susah menajdi senang.

          Peningkatan bakat diberi sokongan,
          Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

         Nikmat mencipta budaya kreatif,
         Kembangkan bakat semoga aktif.
         MAS ADEKI          15 Ogos 1999
Ciri Dalam Gurindam Gurindam Tonggak Dua Belas

1. Mempunyai 12 rangkap.


                                                                    11
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris



Contohnya :    Hendak pandai menghargai masa

              Jangan dinanti esok lusa

3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris

       Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif:



4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata

Contohnya ;



Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa                       9 sukukata sebaris


Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an ke/se/der/ha/na/an       14 sukukata sebaris




5. Rima akhir aa

Contohnya :

              Nikmat mencipta budaya kreatif,

              Kembangkan bakat semoga aktif



Maksud Dalam Gurindam Gurindam Tonggak Dua Belas


( RANGKAP 1 )




                                                                          12
Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan
masa dengan tidak menghargainya.
( RANGKAP 2 )
Kejayaan pasti dapat dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih.
( RANGKAP 3 )
Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira.
( RANGKAP 4 )
Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan
bijaksana.
( RANGKAP 5 )
Peribadi yang baik dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan .
( RANGKAP 6 )
Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jika jadikan amalan dapat membawa
kebaikan.
( RANGKAP 7 )
Pemimpin yang baik menjadi ikutan.
( RANGKAP 8 )
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.
( RANGKAP 9 )
Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja.
( RANGKAP 10 )
Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi.
( RANGKAP 11 )
Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi
( RANGKAP 12 )
Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.




Pengjaran Moral dalam Gurindam Tonggak Dua Belas

Nilai-nilai murni dalam kehidupan



                                                                              13
Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam

diri seseorang. Ia diungkapkan dengan begitu jelas sekali dalam setiap rangkap demi

rangkap. Penulis memberikan beberapa contoh persoalan utama yang penting sebagai

panduan kehidupan kepada para pembaca. Antaranya adalah seperti yang berikut :

1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1)

2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2)

3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7)

4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10)

5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)



       Selain daripada itu penulis tidak lupa menerapkan nilai – nilai murni yang perlu

dihayati oleh pembaca sepanjang pembacaan gurindam ini. Begitu banyak nilai yang

boleh dipegang dan dijadikan panduan dalam setiap rangkap gurindam ini. Antaranya

yang paling jelas adalah seperti nilai kegigihan, Contohnya kegigihan apabila bekerja

diberikan seawal rangkap yang kedua. Nilai kebijaksanaan seperti kebijaksanaan dalam

melaksanakan tanggungjawab dan nilai kesederhanaan dalam kehidupan dapat dikesan

dalam rangkap keempat.

       Nilai kesabaran, seperti kesabaran menghadapi cabaran. Dengan kesabaran fikiran

pasti lebih tenang dan segala kesukaran dapat dihadapi. Nilai ini jelas dibangkitakan pada

rangkap ke 10.

       Gurindam ini menyelitkan lebih banyak panduan yang boleh kita sebagai para

pembaca jadikan sebagai pegangan iaitu antaranya adalah seperti yang berikut :

  1.   Kita hendaklah berhemat apabila berbelanja agar tidak berlaku pembaziran.




                                                                                       14
2.   Kita hendaklah bertindak secara bijaksana.

 3.   Kita hendaklah menghargai masa.

 4.   Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik.

 5.   Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan.

 6.   Kita hendaklah tekun dan gigih bekerja.

 7.   Kita perlu ada perasaan suka bekerja agar sentiasa ceria di temapat kerja.

 8.   Hendaklah mengamalkan kesedehanaan dalam hiudp.

 9.   Hendaklah bijak membuat keputusan.

 10. Sentiasa ada perasaan baik hati, bertimbang rasa.

 11. Kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik semasa bekerja.

 12. Kita hendaklah sabar dan sentiasa bertenang apabila berhadapan dengan masalah.

 13. Jangan menyembunyikan bakat dan kebolehan yang ada.

 14. Kita hendaklah berani menonjolkan kebolehan diri.

 15. Kita perlu kreatif agar kebolehan terserlah kebolehan diri.

 16. Kita hendaklah berhemat apabila berbelanja agar tidak berlaku pembaziran.

 17. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana.

 18. Kita hendaklah menghargai masa

 19. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik.

 20. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan




2) Pengajaran Moral Dalam Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan dalam
Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan Karya Mas Adeki.




                                                                                   15
Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan

Kami tak mahu keadaan begini,
Azab sengsara di abad ini.


Kami kehausan kami kelaparan,
Di medan perang mayat berkaparan.


Mengapalah perang terus meletus,
Suara kedamaian sering diutus.


Memohon kasih mengharap sayang,
Aman bahagia sukar ditayang.


Tolonglah kami bantulah kami,
Semoga simpati terus bersemi.


Hulurlah bantuan berilah harapan,
Demi kebahagiaan masa hadapan.


Kasihan kanak – kanak menjadi mangsa,
Susah derita hidup terseksa.


Mereka mahu beg, pensel dan buku,
Agar otak mereka cerdas tidak beku.


Wahai teman bantulah mereka,
Berilah setulus hati merawat duka.


Kalau bukan kita siapa lagi,
Membuat amalan tidaklah rugi.




                                          16
Seuntai kasih secebis harapan,
             Berhati bersih berbudi bersopan.


             Kepada para pemimpin yang berkuasa,
             Pastikan penghuni alam aman sentosa.


             Suara bergema demi keamanan,
             Melorek damai bersendi keimanan.


             Anak-anak kecil mengharap kasih,
             Hatinya masih suci dan bersih.


             Wahai insan yang baik hati,
             Hulurkan bantuan berilah simpati.


             Wahai pemimpin yang bijaksana,
             Wujudkan kedamaian walau di mana-mana.


             Peperangan pasti mencetus huru-hara,
             Negeri musnah rakyat sengsara.


             Semarak sayang salam sejahtera,
             Tangan dihulur senyuman mesra.


             MAS ADEKI        2 Februari 2004




Ciri Dalam Gurindam Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan

1. Mempunyai 18 rangkap.

2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris


                                                             17
Contohnya :    Seuntai kasih secebis harapan,
              Berhati bersih berbudi bersopan.




3. Mengandungi 4 hingga 6 patah perkataan dalam satu baris

       Contohnya ; * Nikmat mencipta budaya kreatif

                    * Wujudkan kedamaian walau di mana-mana.



4. Suku kata antara 10 hingga 14 suku kata

Contohnya ;



Wa/hai pe/mim/pin yang bi/jak/sa/na                          10 sukukata sebaris


Wu/jud/kan ke/da/ma/ian wa/lau di ma/na-ma/na                14 sukukata sebaris


5. Rima akhir aa

Contohnya :

              Suara bergema demi keamanan,
              Melorek damai bersendi keimanan.




Pengjaran Moral dalam Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan

       Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan menggambarkan rintihan hati insan-

insan yang tertindas dan memerlukan pembelaan. Pembaca dapat menghayati

kesengsaraan ini pada rangkap kedua iaitu




                                                                                   18
Kami kehausan kami kelaparan,
              Di medan perang mayat berkaparan.


       Kesengsaraan para penduduk yang terlibat menyebabkan mereka merayu simpati

dari seluruh segenap penjuru, daripada insan individu mahupun organisasi untuk

membantu mereka. Ini kerana begitu jelas dalam isi gurindam ini bahawa yang banyak

meletus dalam mana-mana negara hanya akan menyebabkan kemusnahan negara tersebut

serta penderitaan rakyatnya.

       Gurindam ini menekankan beberapa contoh kemudaratan peperangan yang perlu

dijadikan iktibar agar dapat dielakkan daripada terus berlakunya peperangan tidak kira di

negara mana sekalipun. Antaranya adalah seperti yang berikut :

1. Rakyat masih sengsara meskipun zaman yang serba maju telah menguasai dunia.

 ( Rangkap 1).

2. Ramai rakyat yang kebuluran dan mayat berkaparan disebabkan peperangan.

  ( Rangkap 2).

3. Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa penderitaan kerana peperangan

   ( Rangkap 7).

4. Kerana peperangan ini kanak-kanak yang terlibat tidak mendapat pendidikan yang

mereka perlukan. ( Rangkap 8).

5. Peperangan menyebabkan mana-mana negara yang terlibat mengalami kemusnahan

dan menyebabkan rakyatnya sengsara semata-mata.( Rangkap 7)



       Gurindam ini juga menyelitkan beberapa pengajaran dan nilai murni yang tinggi

kepada kita untuk direnungi bersama. antaranya adalah seperti yang berikut :



                                                                                      19
1.   Kita hendaklah bersyukur kerana negara kita tidak mengalami peperangan dan

       rakyat sentiasa terlindung daripada azab sengsara kesan daripada peperangan

       yang meletus.

  2.   Kita perlu memahami bahawa peperangan tidak membawa sebarang kebaikan

       malah lebih banyak keburukannya seperti menyebabkan rakyat menderita

       kebuluran, kanak-kanak teraniaya dan tidak mendapat pendidikan yang

       sewajarnya.

  3.   Jika kita mampu, kita perlulah membantu mereka yang terlibat dalam kemelut

       peperangan ini seperti menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-

       masing. Ini kerana jika kita tidak memulakan langkah membantu mereka, pada

       siapa lagi mereka dapat mengharapkannya.

  4.   Sebagai pemimpin yang telah diberi amanah, mereka perlulah berusaha untuk

       memastikan rakyat dibawah pimpinan mereka mampu menikmati hidup yang

       lebih aman tanpa sebarang penderitaan peperangan.




Kesimpulan Pengajaran Moral dalam Antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan.



       Berdasarkan daripada dua tajuk yang dipilih daripada senarai gurindam yang

terkandung dalam Antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan, iaitu

       1) Gurindam Tonggak Dua Belas




                                                                                     20
2) Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan

dapatlah kita lihat begitu banyak pengajaran moral yang boleh kita ambil sebagai

pegangan dan pengajaran dalam kita meniti kehidupan di dunia ini. Bak pendapat Shelley

yang yakin menyatakan bahawa ” Puisi memperkuat organ moral manusia sama seperti

pendidikan jasmani yang memperkuat urat-urat dalam badan, dan puisi juga bisa

membawa kita untuk melihat apa yang kita tidak pernah kita lihat, untuk mendengar apa

yang tak pernah kita dengar. ”

       Diharapkan dengan penghasilan kertas kerja ini, dapatlah direnungi bahawa

penghasilan gurindam bukan satu usaha yang sia-sia namun dapat menyebarkan

pengajaran moral di dalamnya kerana pendapat Waldo Emerson iaitu ”Puisi mengajar

sebanyak mungkin dengan kata-kata sedikit mungkin” turut menyokong di atas.

       Shahnon Ahmad pernah menyatakan antara fungsi puisi adalah untuk

menyemarakkan kesedaran. Umtuk memanusiakan kembali manusia itu, meninggikan

budi pekerti, membentuk perwatakan dan juga membangkitkan semangat untuk

bertindak. Pendapat beliau ini dapat menilai penghasilan gurindam yang bertajuk Secebis

Kasih Seuntai Harapan yang mengisahkan peperangan yang banyak meragut nyawa

manusia dengan sia-sia tanpa perikemanusiaan. Diharapkan dengan penghayatan

terhadap gurindam tersebut dapatlah disedari bahawa peperangan hanya satu jalan singkat

yang membawa kemusnahan dan keperitan hidup kepada rakyat yang terlibat.

       Pendapat Usman Awang ” Puisi adalah untuk menimbulkan kesedaran atau

keinsafan dalam diri dan hati” dan pandangan Aristotle ” Puisi yang bersifat tragis




                                                                                    21
berupaya membersihkan kerohanian manusia melalui rasa simpati atau belas kasihan ”

juga dapat menilai penghasilan gurindam tersebut.




BIBLIOGRAFI



  1) Mohd Sidek B. Mohd Dolah (Mas Adeki) ( 2005 ), Seuntai Kasih Secebis

     Harapan, Akam print.




                                                                               22
2) Mohd Sidek B. Mohd Dolah (Mas Adeki) ( 2005 ), Seuntai Kasih Secebis

   Harapan, Akam print.

3) Zurina Hassan.Memoir Zurina Hassan menjejak puisi: penerbitan UKM, Bangi,

   2003.

4) Henry Guntur Tarigan. 1988. Prinsip-prinsip dasar sastera. Bandung: Penerbitan

   Angkasa. Rahman Shaari. 1988. Penilaian dan penghayatan sastera. Selangor:

   Marwilis Publisher.

   ———. 1989. Penggunaan peribahasa dalam penulisan. Pelita Bahasa 1(1): 38.
   ———. 1990. Metafora dan personafikasi. Pelita Bahasa 2(5): 35–36.
5) Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6) http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=antologi

7) sumber: http://forum.wgaul.com




                                                                                23
2




                                 LAMPIRAN




BIODATA
      Mas Adeki ialah nama pena Mohd Sidek Bin Mohd Dollah. Dilahirkan pada 15
Ogos 1950 di Simpang Rengam, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sk. Simpang
Rengam dan Sekolah Menengah SES Kluang Johor. Berkhidmat sebagai anggota Polis,


                                                                                  24
Skuad 69 PDRM, Pasukan Polis Hutan, Briged Tengah, tahun 1969 hingga 1975. Beliau
pernah bertugas di perbatasan Malaysia - Thailand dan Sabah Sarawak.
       Beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Bahasa (MPB/LI) Kuala
Lumpur. Seterusnya menjadi guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun
1986 beliau memperolehi kelulusan Ijazah Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Pertama dan Kesusasteraan Melayu dari Universiti Pertanian
Malaysia (UPM).
       Mohd Sidek Bin Mohd Dollah pernah menjadi anggota polis, guru, penyelia
petang, penolong kanan kemudian menjawat jawatan pengetua sekolah. Di samping itu,
beliau sering dijemput memberi ceramah motivasi yang bertemakan Kecemerlangan
Pelajar, Keibubapaan dan Profesion Perguruan.
       Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan ini memuatkan 40 koleksi
gurindam dengan sebahagiannya mengangkat pengorbanan warga pendidik dalam
pembelajaran dan pendidikan ke arah insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Ia juga
mengetengahkan tema kekeluargaan, pendidikan dan kecemerlangan serta unsur
patriotisme mahupun manusia sejagat.
       Beliau sesungguhnya telah dianugerahi bakat dalam bidang penulisan puisi untuk
merakamkan catatan dan pengalaman hidup merentasi kemanusiaan sejagat terutamanya
dalam genre penulisan puisi gurindam. Gurindam-gurindam beliau mengandungi nasihat
dan pengajaran melalui bait-bait kata yang indah untuk dihayati oleh pembaca.
       Buku ini amat sesuai untuk bacaan setiap lapisan masyarakat terutamanya
golongan remaja, warga pendidik, para pelajar dan individu yang ingin berjaya. Buku ini
juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan, motivasi dan pencetus semangat dalam
mencari kekuatan diri.




                                                                                       25
Judul             :Seuntai Kasih Secebis Harapan
Pengarang         : Mohd Sidek B. Mohd Dolah (Mas Adeki)
Penerbit          : Akam Print
Genre             : Puisi Klasik
Mukasurat         : 180 halaman
Cetakan Pertama   : 2005
ISBN              : 9834300107

KANDUNGAN




                                                           26
1. Gurindam Pelajar
2. Gurindam Pelajar II
3. Aminuddin Baki
4. Anak Muda
5. Zero Defect
6. Tonggak Dua Belas
7. Lapangkan Masa Anda
8. Siapalah Guru
9. Gurindam Pekerja
10. Marilah Ketawa Menangani Tekanan
11. Tekanan Membuat Kita Lebih Matang
12. JikaOrang
13. Seuntai Kasih Secebis Harapan
14. Antara 1 dengan 10
15. KitaMinta
16. Pengetua Bestari
17. Insan Istimewa
18. Peminangan Puteri Gunung Ledang
19. Ramai Yang Suka
20. Kecelakaan Jalan Raya
21. Panglima Salleh Selempang Merah
22. Guru Sejati
23. 15 Sifat Terpuji
24. Skuad 69 PDRM Tetap Unggul
25. Melayu Hidup Biar Bermartabat
26. Guru Bestari
27. Dadah Oh Dadah
28. Masalah
29. Jaga Mulut Jangan Kalut
30. Pemimpin Cemerlang
31. Rokok Mengundang Padah
32. Tragedi Tsunami 26 Disember 2004
33. Keunggulan Peribadi
34. Anak Disayang Jangan Dimanja
35. Hijrah
36. Nur Amalina 17A1
37. Rukun Islam
38. Rukun Iman
39. Siti Nurhaliza
40. Keranamu Guru




                                        27

More Related Content

What's hot

Kata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantaraKata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantara
firo HAR
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
Alia Maisarah
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
IPG
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Ahmad NazRi
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Rafiza Diy
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Atykah Aura
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
Ranjene Ramaya
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
fitri norlida
 

What's hot (20)

Strategi Kesantunan
Strategi KesantunanStrategi Kesantunan
Strategi Kesantunan
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Kata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantaraKata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantara
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Kemahiran membaca
Kemahiran membacaKemahiran membaca
Kemahiran membaca
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
 
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYUGENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Keterampilan Membaca
Keterampilan MembacaKeterampilan Membaca
Keterampilan Membaca
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 

Viewers also liked

Syair dan- gurindam
Syair dan- gurindamSyair dan- gurindam
Syair dan- gurindam
NZulkifli MH
 
Pantun,Syair,dan Gurindam
Pantun,Syair,dan GurindamPantun,Syair,dan Gurindam
Pantun,Syair,dan Gurindam
Ichsanvoc
 
프로젝트 결과 보고 910
프로젝트 결과 보고  910프로젝트 결과 보고  910
프로젝트 결과 보고 910
성도 김
 
Vasquez cristiana visual resume
Vasquez cristiana visual resumeVasquez cristiana visual resume
Vasquez cristiana visual resume
Cristianav
 
6 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_5867
6 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_58676 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_5867
6 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_5867
Đỗ Ngô Đài
 
Community Supported Agriculture Webinar
Community Supported Agriculture WebinarCommunity Supported Agriculture Webinar
Community Supported Agriculture Webinar
Chris Michael
 

Viewers also liked (20)

Syair dan- gurindam
Syair dan- gurindamSyair dan- gurindam
Syair dan- gurindam
 
Pantun,Syair,dan Gurindam
Pantun,Syair,dan GurindamPantun,Syair,dan Gurindam
Pantun,Syair,dan Gurindam
 
Gaya bahasa
Gaya bahasaGaya bahasa
Gaya bahasa
 
Science @ Columbia (tumblr) - METRO - 13_0115
Science @ Columbia (tumblr) - METRO - 13_0115Science @ Columbia (tumblr) - METRO - 13_0115
Science @ Columbia (tumblr) - METRO - 13_0115
 
Cáncer gástrico 2da parte
Cáncer gástrico 2da parteCáncer gástrico 2da parte
Cáncer gástrico 2da parte
 
Company_Overview
Company_OverviewCompany_Overview
Company_Overview
 
Improve Your Paralegal Skills On-line
Improve Your Paralegal Skills On-lineImprove Your Paralegal Skills On-line
Improve Your Paralegal Skills On-line
 
Introduction to the Asian & Pacific Islander American Scholarship Fund (APIASF)
Introduction to the Asian & Pacific Islander American Scholarship Fund (APIASF)Introduction to the Asian & Pacific Islander American Scholarship Fund (APIASF)
Introduction to the Asian & Pacific Islander American Scholarship Fund (APIASF)
 
Giles ruley
Giles ruleyGiles ruley
Giles ruley
 
Mopcon2013 find dog.net
Mopcon2013 find dog.netMopcon2013 find dog.net
Mopcon2013 find dog.net
 
프로젝트 결과 보고 910
프로젝트 결과 보고  910프로젝트 결과 보고  910
프로젝트 결과 보고 910
 
Horario
HorarioHorario
Horario
 
Going green
Going greenGoing green
Going green
 
Vasquez cristiana visual resume
Vasquez cristiana visual resumeVasquez cristiana visual resume
Vasquez cristiana visual resume
 
6 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_5867
6 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_58676 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_5867
6 bi quyet_lam_dep_duoc_the_gioi_cong_nhan_5867
 
Starting a Commercial Aquaponics Farm - Bright Agrotech
Starting a Commercial Aquaponics Farm - Bright AgrotechStarting a Commercial Aquaponics Farm - Bright Agrotech
Starting a Commercial Aquaponics Farm - Bright Agrotech
 
Community Supported Agriculture Webinar
Community Supported Agriculture WebinarCommunity Supported Agriculture Webinar
Community Supported Agriculture Webinar
 
Paralegal Power Break: International Sports Law Issues
Paralegal Power Break: International Sports Law IssuesParalegal Power Break: International Sports Law Issues
Paralegal Power Break: International Sports Law Issues
 
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
 
ACS National Meeting - Libraries as Hubs for Emerging Technologies - 14_0813
ACS National Meeting - Libraries as Hubs for Emerging Technologies - 14_0813ACS National Meeting - Libraries as Hubs for Emerging Technologies - 14_0813
ACS National Meeting - Libraries as Hubs for Emerging Technologies - 14_0813
 

Similar to Kerja kursus Gurindam

MODUL PUISI DAN MAJAS
MODUL PUISI DAN MAJASMODUL PUISI DAN MAJAS
MODUL PUISI DAN MAJAS
buwarnisutopo
 
Power point materi pembelajaran bahasa indonesia
Power point materi pembelajaran bahasa indonesiaPower point materi pembelajaran bahasa indonesia
Power point materi pembelajaran bahasa indonesia
PKBMARRIZKY
 

Similar to Kerja kursus Gurindam (20)

Makna gurindam
Makna gurindamMakna gurindam
Makna gurindam
 
Jenis pantun
Jenis pantunJenis pantun
Jenis pantun
 
Puisi Rakyat.pdf
Puisi Rakyat.pdfPuisi Rakyat.pdf
Puisi Rakyat.pdf
 
puisi rakyat
puisi rakyatpuisi rakyat
puisi rakyat
 
Gurindam dan Puisi Kontemporer
Gurindam dan Puisi KontemporerGurindam dan Puisi Kontemporer
Gurindam dan Puisi Kontemporer
 
gurindam dan puisi kontemporer
gurindam dan puisi kontemporergurindam dan puisi kontemporer
gurindam dan puisi kontemporer
 
Puisi Lama
Puisi Lama Puisi Lama
Puisi Lama
 
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
B.indonesia karya sastra(syair,pantun,gurindam)
 
MODUL PUISI DAN MAJAS
MODUL PUISI DAN MAJASMODUL PUISI DAN MAJAS
MODUL PUISI DAN MAJAS
 
Apa itu pantun
Apa itu pantunApa itu pantun
Apa itu pantun
 
Pengertian Puisi.docx
Pengertian Puisi.docxPengertian Puisi.docx
Pengertian Puisi.docx
 
Puisi
PuisiPuisi
Puisi
 
PUISI RAKYAT_Kelompok3.pptx
PUISI RAKYAT_Kelompok3.pptxPUISI RAKYAT_Kelompok3.pptx
PUISI RAKYAT_Kelompok3.pptx
 
Puisi Kontemporer.ppt
Puisi Kontemporer.pptPuisi Kontemporer.ppt
Puisi Kontemporer.ppt
 
Power point materi pembelajaran bahasa indonesia
Power point materi pembelajaran bahasa indonesiaPower point materi pembelajaran bahasa indonesia
Power point materi pembelajaran bahasa indonesia
 
PPT puisi-1.pdf
PPT puisi-1.pdfPPT puisi-1.pdf
PPT puisi-1.pdf
 
Perbedaan Puisi Lama dengan Puisi Baru
Perbedaan Puisi Lama dengan Puisi BaruPerbedaan Puisi Lama dengan Puisi Baru
Perbedaan Puisi Lama dengan Puisi Baru
 
Bin7 bab5
Bin7 bab5Bin7 bab5
Bin7 bab5
 
Kelas V SD 1 Singkawang Utara
Kelas V SD 1 Singkawang UtaraKelas V SD 1 Singkawang Utara
Kelas V SD 1 Singkawang Utara
 
Teks puisi rakyat
Teks puisi rakyatTeks puisi rakyat
Teks puisi rakyat
 

More from Momee Rain

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Momee Rain
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Momee Rain
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
Momee Rain
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Momee Rain
 

More from Momee Rain (15)

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
 
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinKajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis Cerpen
 
Puisi adalah
Puisi adalahPuisi adalah
Puisi adalah
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan Multimedia
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan Sastera
 
SASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYASASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYA
 
Bahasa Kita
Bahasa KitaBahasa Kita
Bahasa Kita
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
 

Kerja kursus Gurindam

  • 1. PENGENALAN Puisi adalah sebuah bentuk karya sastra singkat untuk menuangkan apa yang ada di fikiran kita, apa yang ada di hati kita, dan apa yang ada di jiwa kita. Dikatakan singkat keranana puisi adalah bentuk karya sastra yang paling pendek jika dibandingkan cerpen atau novel. Sastra Melayu Klasik bermula pada abad ke-16 Masehi. Semenjak itu sampai sekarang gaya bahasanya tidak banyak berubah. Dokumen pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu klasik adalah sepucuk surat dari raja Ternate, Sultan Abu Hayat kepada raja João III di Portugal dan bertarikhkan tahun 1521 Masehi. Berikut adalah pendapat beberapa sarjana mengenai definisi puisi; i) Edgar Allan Poe Puisi adalah adalah ciptaan tentang sesuatu keindahan dalam bentuk berirama. Citarasa adalah unsur yang diutamakan. Hubungan dengan budaya intelek atau dengan suara hati hanya merupakan hubungan yang selintas. Jika bukan secara kebetulan, ia tidak akan mengena langsung dengan fungsi utamanya atau dengan kebenaran. ii) Muhammad Hj. Salleh Puisi adalah bentuk sastra yang kental dengan musik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya. Dalam segala kekentalan itu, maka puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana. 1
  • 2. iii) Usman Awang Puisi bukanlah nyanyian orang putus asa yang mencari ketenangan dan kepuasan dalam puisi yang ditulisnya. Tapi puisi ialah satu pernyataan sikap terhadap sesuatu atau salah satu atau keseluruhan kehidupan manusia. iv) A. Samad Said Puisi pada hakikatnya adalah satu pernyataan perasaan dan pandangan hidup seorang penyair yang memandang sesuatu peristiwa alam dengan ketajaman perasaannya. Perasaan yang tajam inilah yang menggetar rasa hatinya, yang menimbulkan semacam gerak dalam daya rasanya. Lalu ketajaman tanggapan ini berpadu dengan sikap hidupnya mengalir melalui bahasa, menjadilah ia sebuah puisi, satu pengucapan seorang penyair. Gurindam juga adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri dari dua baris kalimat dengan irama akhir yang sama, yang merupakan satu kesatuan yang utuh. Antara gurindam yang mahsyur ialah ‘Gurindam 12 Raja Ali Haji’. Baris pertama berisikan semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan jawabannya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi. Gurindam Lama Contoh : Pabila banyak mencela orang Itulah tanda dirinya kurang Dengan ibu hendaknya hormat Supaya badan dapat selamat 2
  • 3. Gurindam adalah salah satu puisi Melayu lama. Gurindam dikatakan berasal dari perkataan India dan dibaca dengan lagu tersendiri, dan berbeza jika dibandingkan dengan lagu syair Melayu. Puisi gurindam mempunyai kata-kata nasihat dan kebiasaannya mempunyai rima akhir yang sama. Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea. Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea. Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai gurindam karena isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir,dan berbeda dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat. Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola rima, rentak an unsur-unsur estetik yang lain. 3
  • 4. DEFINISI GURINDAM Gurindam mempunyai definisi yang berbagai mengikut pandangan tokoh masing- masing. Misalnya menurut pendapat Ismail Hamid, istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Beliau berpendapat walaupun istilah gurindam ini berasal dari Sanskrit, namun gurindam melayu dengan gurindam melayu adalah berbeza dari segi bahasanya, persoalan, rima akhir, rangkap dan sebagainya. Pada pandangan Raja Ali Haji pula menjelaskan pembentukan gurindam dibahagi menjadi 2 baris yang bersajak. Setiap baris adalah kalimat dan hubungan antara kalimat itu biasanya disebut samada anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah suku katanya adalah berbeza. Namun dijelaskan ada gurindam yang mempunyai lebih dari 2 baris dan berlapis-lapis. Pendeta Za’ba pula mengatakan bahasa gurindam adalah padat dan bernas. Ianya dihasilkan bertujuan sebagai bahan nyanyian, jenaka, gurau senda dan sindiran. Menurut Za'ba,1962 di dalam karyanya Ilmu Mengarang Melayu, perkataan gurindam itu berasal daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil. Ertinya biasa difahamkan rangkap yang telah menjadi bidalan atau sebutan biasa pada orang ramai ataupun sesuatu pepatah berangkap yang disebutkan berpadanan dengan tempatnya. Selain itu menurutnya lagi, gurindam itu adalah padat dan bernas. Ianya dihasilkan sebagai bahan nyanyian, jenaka, gurau senda dan sindiran. Manakala Harun Mat Piah mendefinisikan gurindam adalah sejenis karya klasik melayu lama yang tak tentu bentuknya samada terikat ataupun tidak. Gurindam mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat melayu iaitu sebagai tujuan 4
  • 5. didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal. Mas Adeki yang merupakan nama pena bagi Mohd Sidek bin Mohd Dollah dalam bukunya Seuntai Kasih Secebis Harapan, menerangkan bahawa Gurindam Bentuk Terikat terdiri daripada dua baris yang berpasangan dan rima setiap baris kebanyakannya adalah sama. Baris pertama sebagai syarat dan baris kedua sebagai jawapan. Isi kandungannya tersurat dan tersirat nasihat serta pengajaran. CIRI-CIRI GURINDAM Ciri – Ciri gurindam pada pendapat pendeta Za’ba (1962) adalah seperti yang berikut : ‡ Bahasanya seperti menyanyi atau sekurang-kurangnya membawa imbas-imbas nyanyi, serta menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa dan menyuka- nyukakn hati. ‡ Perkataan banyak menggambarkan keindahan alam dan mengambil perbandingan daripada keindahan itu seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warna yang cantik. ‡ Perasaan di dalamnya kebanyakan perasaan suka dan terkadang perasaan bermain- main dan jenaka ‡ Isinya dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti syair, tidak ada apa-apa yang boleh dikatakan pembayang maksud. ‡ Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun semenjak beberapa lama telah jadi seolah- olah bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut orang ramai ‡ Gurindam mengandungi dua baris ayat atau lebih bagi serangkap. 5
  • 6. JENIS – JENIS GURINDAM Gurindam merupakan puisi 1) Terikat Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea 2)Bebas atau tidak terikat. Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea. Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris- baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap. Isinya mengandungi kias, ibarat, pengajaran dan nasihat. Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat” tersebut menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. Penggunaan perkataan dalam penghasilan gurindam tidak tertakluk kepada sesuatu jumlah yang tertentu. Jumlah sukukata dalam setiap pemilihan perkataan sebaris 6
  • 7. juga tidak tetap. Rima pada gurindam juga agak berbeza berbanding dengan pantun iaitu bergantung kepada jenis gurindam tersebut yang dibahagikan kepada tiga jenis: i. Gurindam serangkap dua baris Gurindam ini mempunyai ciri – ciri seperti yang berikut iaitu:  berbentuk asli  Baris pertama menjadi buah fikiran kepada buah fikiran seterusnya dalam baris kedua.  Nasihat yang baik dan indah terbentuk daripada irama akhir sama. ii. Gurindam Serangkap Empat Baris Gurindam ini pula mempunyai ciri – ciri seperti yang berikut iaitu :  Empat baris kalimat atau ayat  Rima akhir seperti puisi pantun abab  Isinya tentang nasihat Contoh gurindam serangkap empat baris Tiada siapa yang besar, Jangan takut dan gentar, Tiada siapa yang tinggi, Mati hanya sekali, Tetap sama sedasar, Jangan bertukar berkisar, Tidaklah berbeza lagi. Tetap di lapangan mengendali. 7
  • 8. Iii. Gurindam Bebas Gurindam jenis bebas bercirikan :  Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad  Persamaan akhir tidak dipentingkan  Isinya tetap mempunyai nasihat Contoh Gurindam Bebas Pangkalnya sama dipupuk, Pucuknya sama digentis, Buahnya sama ditarik, Ke bukit sama didaki, Ke lurah sama dituruni, Ke laut sama direnangkan. 8
  • 9. DEFINISI ANTOLOGI Berikut adalah definisi dewan pelajar menurut Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata Takrif Sumber Kamus Pelajar Kumpulan cerita (karangan, puisi dsb). antologi Kamus Pelajar Kumpulan cerita (karangan, puisi dsb) yg dihasilkan oleh pengarang Edisi Kedua yangg berlainan. Mengantologikan mengumpulkan atau menyusun antologi karya, seperti cerpen, puisi dan sebaginya untuk dijadikan sebagai antologi: Karya-karya yg menarik itu diantologikan utk tatapan para pembaca. Kamus Pelajar Kumpulan karya prosa (spt cerpen) atau sajak atau kedua-duanya yg antologi Edisi Empat dihasilkan oleh berlainan pengarang, kumpulan karangan pilihan seseorang pengarang, bunga rampai; mengantologikan menghimpunkan atau menyusun sesuatu karya spt cerpen utk dijadikan sbg antologi: karya-karya mereka telah pun diantologikan oleh penerbit utk tatapan umum. OBJEKTIF KERTAS KERJA 9
  • 10. Objektif kertas kerja ini dihasilkan adalah untuk menilai pengajaran moral yang terkandung dalam Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan karya Mas Adeki. Pengajaran moral yang disertakan bersama beberapa contoh ini, diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan untuk lebih memahami nilai karya hebat Mas Adeki. Hasil penelitian ini juga diharapkan mampu menjadi sumber informasi dan tambahan ilmu pengetahuan khususnya bidang puisi lama tentang gurindam. PEMBATASAN KAJIAN Gurindam mempunyai berbagai jenis seperti yang telah disenaraikan dalam jenis – jenis gurindam sebelumnya, iaitu seperti : i. Gurindam Terikat ii Gurindam Bebas (sama ada terikat atau tidak) Walaubagaimanapun kertas kerja ini hanya akan menumpukan pengajaran moral yang terdapat dalam beberapa tajuk terpilih sahaja daripada 40 buah tajuk yang tersenarai dalam Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan iaitu 1) Gurindam Tonggak Dua Belas 2) Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan Penghasilan kertas kerja ini menggunakan kaedah keperpustakaan. Rujukan telah dibuat di perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu rujukan turut dibuat berdasarkan jurnal Dewan sastera dan Dewan Bahasa. Rujukan dalam talian maya turut menyumbang dalam proses penghasilan kertas kerja ini dilaksanakan. ISI KANDUNGAN 10
  • 11. 1) Pengajaran Moral Dalam Gurindam Tonggak Dua Belas Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan Karya Mas Adeki. GURINDAM TONGGAK DUA BELAS Hendak pandai mengahargai masa, Jangan dinanti esok lusa. Ketekunan akan membawa kejayaan, Kegigihan bekerja dengan keupayaan. Wajah ceria keseronokan bekerja, Usah berduka bermuram durja . Hidup alam kemuliaan kesederhanaan, Bertindak dengan penuh kebijaksanaan. Ketinggian peribadi jadi amalam, Ketelusan hati jadi bekalan. Kekuatan sifat baik hati, Bertimbang rasa dan bersimpati. Pengaruh kepeimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan. Menjadi kewajipan menjalan tugas, Walaupun sederhana tetapi tegas. Kebijaksanaan berhemat perlu diutama, Tidak membazir teliti saksama. Keutamaan kesabaran fikiran tenang, Perkara susah menajdi senang. Peningkatan bakat diberi sokongan, Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan. Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif. MAS ADEKI 15 Ogos 1999 Ciri Dalam Gurindam Gurindam Tonggak Dua Belas 1. Mempunyai 12 rangkap. 11
  • 12. 2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris Contohnya : Hendak pandai menghargai masa Jangan dinanti esok lusa 3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif: 4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata Contohnya ; Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa 9 sukukata sebaris Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an ke/se/der/ha/na/an 14 sukukata sebaris 5. Rima akhir aa Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif Maksud Dalam Gurindam Gurindam Tonggak Dua Belas ( RANGKAP 1 ) 12
  • 13. Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa dengan tidak menghargainya. ( RANGKAP 2 ) Kejayaan pasti dapat dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih. ( RANGKAP 3 ) Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira. ( RANGKAP 4 ) Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana. ( RANGKAP 5 ) Peribadi yang baik dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan . ( RANGKAP 6 ) Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jika jadikan amalan dapat membawa kebaikan. ( RANGKAP 7 ) Pemimpin yang baik menjadi ikutan. ( RANGKAP 8 ) Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna. ( RANGKAP 9 ) Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja. ( RANGKAP 10 ) Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi. ( RANGKAP 11 ) Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi ( RANGKAP 12 ) Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif. Pengjaran Moral dalam Gurindam Tonggak Dua Belas Nilai-nilai murni dalam kehidupan 13
  • 14. Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang. Ia diungkapkan dengan begitu jelas sekali dalam setiap rangkap demi rangkap. Penulis memberikan beberapa contoh persoalan utama yang penting sebagai panduan kehidupan kepada para pembaca. Antaranya adalah seperti yang berikut : 1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1) 2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2) 3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7) 4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10) 5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12) Selain daripada itu penulis tidak lupa menerapkan nilai – nilai murni yang perlu dihayati oleh pembaca sepanjang pembacaan gurindam ini. Begitu banyak nilai yang boleh dipegang dan dijadikan panduan dalam setiap rangkap gurindam ini. Antaranya yang paling jelas adalah seperti nilai kegigihan, Contohnya kegigihan apabila bekerja diberikan seawal rangkap yang kedua. Nilai kebijaksanaan seperti kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab dan nilai kesederhanaan dalam kehidupan dapat dikesan dalam rangkap keempat. Nilai kesabaran, seperti kesabaran menghadapi cabaran. Dengan kesabaran fikiran pasti lebih tenang dan segala kesukaran dapat dihadapi. Nilai ini jelas dibangkitakan pada rangkap ke 10. Gurindam ini menyelitkan lebih banyak panduan yang boleh kita sebagai para pembaca jadikan sebagai pegangan iaitu antaranya adalah seperti yang berikut : 1. Kita hendaklah berhemat apabila berbelanja agar tidak berlaku pembaziran. 14
  • 15. 2. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana. 3. Kita hendaklah menghargai masa. 4. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik. 5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan. 6. Kita hendaklah tekun dan gigih bekerja. 7. Kita perlu ada perasaan suka bekerja agar sentiasa ceria di temapat kerja. 8. Hendaklah mengamalkan kesedehanaan dalam hiudp. 9. Hendaklah bijak membuat keputusan. 10. Sentiasa ada perasaan baik hati, bertimbang rasa. 11. Kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik semasa bekerja. 12. Kita hendaklah sabar dan sentiasa bertenang apabila berhadapan dengan masalah. 13. Jangan menyembunyikan bakat dan kebolehan yang ada. 14. Kita hendaklah berani menonjolkan kebolehan diri. 15. Kita perlu kreatif agar kebolehan terserlah kebolehan diri. 16. Kita hendaklah berhemat apabila berbelanja agar tidak berlaku pembaziran. 17. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana. 18. Kita hendaklah menghargai masa 19. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik. 20. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan 2) Pengajaran Moral Dalam Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan dalam Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan Karya Mas Adeki. 15
  • 16. Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan Kami tak mahu keadaan begini, Azab sengsara di abad ini. Kami kehausan kami kelaparan, Di medan perang mayat berkaparan. Mengapalah perang terus meletus, Suara kedamaian sering diutus. Memohon kasih mengharap sayang, Aman bahagia sukar ditayang. Tolonglah kami bantulah kami, Semoga simpati terus bersemi. Hulurlah bantuan berilah harapan, Demi kebahagiaan masa hadapan. Kasihan kanak – kanak menjadi mangsa, Susah derita hidup terseksa. Mereka mahu beg, pensel dan buku, Agar otak mereka cerdas tidak beku. Wahai teman bantulah mereka, Berilah setulus hati merawat duka. Kalau bukan kita siapa lagi, Membuat amalan tidaklah rugi. 16
  • 17. Seuntai kasih secebis harapan, Berhati bersih berbudi bersopan. Kepada para pemimpin yang berkuasa, Pastikan penghuni alam aman sentosa. Suara bergema demi keamanan, Melorek damai bersendi keimanan. Anak-anak kecil mengharap kasih, Hatinya masih suci dan bersih. Wahai insan yang baik hati, Hulurkan bantuan berilah simpati. Wahai pemimpin yang bijaksana, Wujudkan kedamaian walau di mana-mana. Peperangan pasti mencetus huru-hara, Negeri musnah rakyat sengsara. Semarak sayang salam sejahtera, Tangan dihulur senyuman mesra. MAS ADEKI 2 Februari 2004 Ciri Dalam Gurindam Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan 1. Mempunyai 18 rangkap. 2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris 17
  • 18. Contohnya : Seuntai kasih secebis harapan, Berhati bersih berbudi bersopan. 3. Mengandungi 4 hingga 6 patah perkataan dalam satu baris Contohnya ; * Nikmat mencipta budaya kreatif * Wujudkan kedamaian walau di mana-mana. 4. Suku kata antara 10 hingga 14 suku kata Contohnya ; Wa/hai pe/mim/pin yang bi/jak/sa/na 10 sukukata sebaris Wu/jud/kan ke/da/ma/ian wa/lau di ma/na-ma/na 14 sukukata sebaris 5. Rima akhir aa Contohnya : Suara bergema demi keamanan, Melorek damai bersendi keimanan. Pengjaran Moral dalam Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan menggambarkan rintihan hati insan- insan yang tertindas dan memerlukan pembelaan. Pembaca dapat menghayati kesengsaraan ini pada rangkap kedua iaitu 18
  • 19. Kami kehausan kami kelaparan, Di medan perang mayat berkaparan. Kesengsaraan para penduduk yang terlibat menyebabkan mereka merayu simpati dari seluruh segenap penjuru, daripada insan individu mahupun organisasi untuk membantu mereka. Ini kerana begitu jelas dalam isi gurindam ini bahawa yang banyak meletus dalam mana-mana negara hanya akan menyebabkan kemusnahan negara tersebut serta penderitaan rakyatnya. Gurindam ini menekankan beberapa contoh kemudaratan peperangan yang perlu dijadikan iktibar agar dapat dielakkan daripada terus berlakunya peperangan tidak kira di negara mana sekalipun. Antaranya adalah seperti yang berikut : 1. Rakyat masih sengsara meskipun zaman yang serba maju telah menguasai dunia. ( Rangkap 1). 2. Ramai rakyat yang kebuluran dan mayat berkaparan disebabkan peperangan. ( Rangkap 2). 3. Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa penderitaan kerana peperangan ( Rangkap 7). 4. Kerana peperangan ini kanak-kanak yang terlibat tidak mendapat pendidikan yang mereka perlukan. ( Rangkap 8). 5. Peperangan menyebabkan mana-mana negara yang terlibat mengalami kemusnahan dan menyebabkan rakyatnya sengsara semata-mata.( Rangkap 7) Gurindam ini juga menyelitkan beberapa pengajaran dan nilai murni yang tinggi kepada kita untuk direnungi bersama. antaranya adalah seperti yang berikut : 19
  • 20. 1. Kita hendaklah bersyukur kerana negara kita tidak mengalami peperangan dan rakyat sentiasa terlindung daripada azab sengsara kesan daripada peperangan yang meletus. 2. Kita perlu memahami bahawa peperangan tidak membawa sebarang kebaikan malah lebih banyak keburukannya seperti menyebabkan rakyat menderita kebuluran, kanak-kanak teraniaya dan tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya. 3. Jika kita mampu, kita perlulah membantu mereka yang terlibat dalam kemelut peperangan ini seperti menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing- masing. Ini kerana jika kita tidak memulakan langkah membantu mereka, pada siapa lagi mereka dapat mengharapkannya. 4. Sebagai pemimpin yang telah diberi amanah, mereka perlulah berusaha untuk memastikan rakyat dibawah pimpinan mereka mampu menikmati hidup yang lebih aman tanpa sebarang penderitaan peperangan. Kesimpulan Pengajaran Moral dalam Antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan. Berdasarkan daripada dua tajuk yang dipilih daripada senarai gurindam yang terkandung dalam Antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan, iaitu 1) Gurindam Tonggak Dua Belas 20
  • 21. 2) Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan dapatlah kita lihat begitu banyak pengajaran moral yang boleh kita ambil sebagai pegangan dan pengajaran dalam kita meniti kehidupan di dunia ini. Bak pendapat Shelley yang yakin menyatakan bahawa ” Puisi memperkuat organ moral manusia sama seperti pendidikan jasmani yang memperkuat urat-urat dalam badan, dan puisi juga bisa membawa kita untuk melihat apa yang kita tidak pernah kita lihat, untuk mendengar apa yang tak pernah kita dengar. ” Diharapkan dengan penghasilan kertas kerja ini, dapatlah direnungi bahawa penghasilan gurindam bukan satu usaha yang sia-sia namun dapat menyebarkan pengajaran moral di dalamnya kerana pendapat Waldo Emerson iaitu ”Puisi mengajar sebanyak mungkin dengan kata-kata sedikit mungkin” turut menyokong di atas. Shahnon Ahmad pernah menyatakan antara fungsi puisi adalah untuk menyemarakkan kesedaran. Umtuk memanusiakan kembali manusia itu, meninggikan budi pekerti, membentuk perwatakan dan juga membangkitkan semangat untuk bertindak. Pendapat beliau ini dapat menilai penghasilan gurindam yang bertajuk Secebis Kasih Seuntai Harapan yang mengisahkan peperangan yang banyak meragut nyawa manusia dengan sia-sia tanpa perikemanusiaan. Diharapkan dengan penghayatan terhadap gurindam tersebut dapatlah disedari bahawa peperangan hanya satu jalan singkat yang membawa kemusnahan dan keperitan hidup kepada rakyat yang terlibat. Pendapat Usman Awang ” Puisi adalah untuk menimbulkan kesedaran atau keinsafan dalam diri dan hati” dan pandangan Aristotle ” Puisi yang bersifat tragis 21
  • 22. berupaya membersihkan kerohanian manusia melalui rasa simpati atau belas kasihan ” juga dapat menilai penghasilan gurindam tersebut. BIBLIOGRAFI 1) Mohd Sidek B. Mohd Dolah (Mas Adeki) ( 2005 ), Seuntai Kasih Secebis Harapan, Akam print. 22
  • 23. 2) Mohd Sidek B. Mohd Dolah (Mas Adeki) ( 2005 ), Seuntai Kasih Secebis Harapan, Akam print. 3) Zurina Hassan.Memoir Zurina Hassan menjejak puisi: penerbitan UKM, Bangi, 2003. 4) Henry Guntur Tarigan. 1988. Prinsip-prinsip dasar sastera. Bandung: Penerbitan Angkasa. Rahman Shaari. 1988. Penilaian dan penghayatan sastera. Selangor: Marwilis Publisher. ———. 1989. Penggunaan peribahasa dalam penulisan. Pelita Bahasa 1(1): 38. ———. 1990. Metafora dan personafikasi. Pelita Bahasa 2(5): 35–36. 5) Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6) http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=antologi 7) sumber: http://forum.wgaul.com 23
  • 24. 2 LAMPIRAN BIODATA Mas Adeki ialah nama pena Mohd Sidek Bin Mohd Dollah. Dilahirkan pada 15 Ogos 1950 di Simpang Rengam, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sk. Simpang Rengam dan Sekolah Menengah SES Kluang Johor. Berkhidmat sebagai anggota Polis, 24
  • 25. Skuad 69 PDRM, Pasukan Polis Hutan, Briged Tengah, tahun 1969 hingga 1975. Beliau pernah bertugas di perbatasan Malaysia - Thailand dan Sabah Sarawak. Beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Bahasa (MPB/LI) Kuala Lumpur. Seterusnya menjadi guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 1986 beliau memperolehi kelulusan Ijazah Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama dan Kesusasteraan Melayu dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Mohd Sidek Bin Mohd Dollah pernah menjadi anggota polis, guru, penyelia petang, penolong kanan kemudian menjawat jawatan pengetua sekolah. Di samping itu, beliau sering dijemput memberi ceramah motivasi yang bertemakan Kecemerlangan Pelajar, Keibubapaan dan Profesion Perguruan. Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan ini memuatkan 40 koleksi gurindam dengan sebahagiannya mengangkat pengorbanan warga pendidik dalam pembelajaran dan pendidikan ke arah insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Ia juga mengetengahkan tema kekeluargaan, pendidikan dan kecemerlangan serta unsur patriotisme mahupun manusia sejagat. Beliau sesungguhnya telah dianugerahi bakat dalam bidang penulisan puisi untuk merakamkan catatan dan pengalaman hidup merentasi kemanusiaan sejagat terutamanya dalam genre penulisan puisi gurindam. Gurindam-gurindam beliau mengandungi nasihat dan pengajaran melalui bait-bait kata yang indah untuk dihayati oleh pembaca. Buku ini amat sesuai untuk bacaan setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja, warga pendidik, para pelajar dan individu yang ingin berjaya. Buku ini juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan, motivasi dan pencetus semangat dalam mencari kekuatan diri. 25
  • 26. Judul :Seuntai Kasih Secebis Harapan Pengarang : Mohd Sidek B. Mohd Dolah (Mas Adeki) Penerbit : Akam Print Genre : Puisi Klasik Mukasurat : 180 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9834300107 KANDUNGAN 26
  • 27. 1. Gurindam Pelajar 2. Gurindam Pelajar II 3. Aminuddin Baki 4. Anak Muda 5. Zero Defect 6. Tonggak Dua Belas 7. Lapangkan Masa Anda 8. Siapalah Guru 9. Gurindam Pekerja 10. Marilah Ketawa Menangani Tekanan 11. Tekanan Membuat Kita Lebih Matang 12. JikaOrang 13. Seuntai Kasih Secebis Harapan 14. Antara 1 dengan 10 15. KitaMinta 16. Pengetua Bestari 17. Insan Istimewa 18. Peminangan Puteri Gunung Ledang 19. Ramai Yang Suka 20. Kecelakaan Jalan Raya 21. Panglima Salleh Selempang Merah 22. Guru Sejati 23. 15 Sifat Terpuji 24. Skuad 69 PDRM Tetap Unggul 25. Melayu Hidup Biar Bermartabat 26. Guru Bestari 27. Dadah Oh Dadah 28. Masalah 29. Jaga Mulut Jangan Kalut 30. Pemimpin Cemerlang 31. Rokok Mengundang Padah 32. Tragedi Tsunami 26 Disember 2004 33. Keunggulan Peribadi 34. Anak Disayang Jangan Dimanja 35. Hijrah 36. Nur Amalina 17A1 37. Rukun Islam 38. Rukun Iman 39. Siti Nurhaliza 40. Keranamu Guru 27