1. 1
SENARAI KANDUNGAN SKEMA KERTAS 3 SEJARAH SPM 2016
BIL TAJUK M/S
1 Matlamat dasar luar 1
2 Bentuk hubungan luar 1
3 Latar belakang hubungan luar 1
4 Asas penggubalan dasar luar
i) Faktor sejarah
ii) Faktor ekonomi
iii) Faktor politik
iv) Faktor geografi
v) Faktor demografi
5 Perkembangan dasar luar
Jelaskan tahap perkembangan dasar luar Malaysia dari
tahun 1957 hingga tahun 2003
(i) TahapPertama (1957-1970)
(ii) TahapKedua (1972-1981)
(iii)TahapKetiga (1981-2003)
Perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957
hingga tahun 2003
(i) Dasar Pro-Barat
(ii) Dasar Berkecuali
(iii) Dasar kepentingan Ekonomi
Perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957
hingga tahun 2003
(i) Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
(ii) Tun Abdul Razak (1972-1976) danTun Hussein Onn
(1976-1981)
(iii)TunDr Mahathir Mohamad (1981-2003)
6 Terangkan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil
hubungan dengan negara luar.
@
Dasar luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957
hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah
negara yang dihormati. Buktikan
7 Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut
peredaran masa ?
8 Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh
Malaysia demi menjamin kestabilan dan kemakmuran
negara.
@
Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam
meningkatkan ketamadunan bangsa dan negara
9 Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju Malaysia
menjalinkan hubungan luar dengan negara lain tanpa
mengira ideologi negara tersebut.?
@
Pada pendapat anda mengapa negara kita perlu berbaik-
baik dengan negara luar?
10 Pada pendapat anda apakah kesan sekiranya dasar luar
negara tidak mantap.
11 Mengapa dasar yang mementingkan kemajuan ekonomi
lebih penting pada hari ini?
12 Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan
Negara luar?
13 Cadangkan hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara
pada masa hadapan
@
Ramalkan dasar luar negara kita pada masa hadapan.
14 Sejauhmanakah dasar luar Malaysia telah berjaya
mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa.
15 Jelaskan cabaran dan langkah Malaysia dalam
meningkatkan keberkesanan hubungan dengan negara
luar. pada era globalisasi hari ini
16 Iktibar yang diperolehi daripada perkembangan dasar luar
Malaysia
17 Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:
(a) Pengetahuan yang diperoleh
(b) Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme yang diperoleh
Ke arah memperkukuh keharmonian dan perpaduan
masyarakat
(c) Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia
lebih maju
2. 2
1) Jelaskan matlamat dasar luar Malaysia
Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu
berbaik-baik dengan semua negara.Matlamat dasar luar Malaysia
ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan
kedaulatan negara.Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional
dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.Di
samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha
untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa.Secara
langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang
bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk
memupuk kesejahteraan dunia.
2) Jelaskan bentuk hubungan luar Malaysia
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan
negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan multilateral.
Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan
negara-negara tertentu, contohnya hubungan Malaysia dengan
Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu hubungan luar
juga diadakan dengan negra ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika,
Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat.
Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk
kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara
Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
3) Huraikan latar belakang dasar luar Malaysia
Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu
berbaik-baik dengan semua negara.Matlamat dasar luar Malaysia
ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan
kedaulatan negara.Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional
dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.Di
samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha
untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa.Secara
langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang
bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk
memupuk kesejahteraan dunia.
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan
negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan multilateral.
Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan
negara-negara tertentu, contohnya hubungan Malaysia dengan
Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu hubungan luar
juga diadakan dengan negra ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika,
Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat.
Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk
kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara
Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
3. 3
4) Jelaskan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia
i) Faktor sejarah
ii) Faktor ekonomi
iii) Faktor politik
iv) Faktor geografi
v) Faktor demografi
@
Terangkan faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar
Malaysia.
@
Bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi asas penggubalan
dasar luar Malaysia.
Asas-asas Penggubalan Dasar Luar Malaysia
Penggubalan dasar luar luar Malaysi dipengaruhi oleh beberapa
faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara.Faktor-
faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan
demografi.
Faktor Sejarah
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan
dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri
di Kepulauan Melayu dalam bentuk hubungan perdagangan.Pada
masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan
Melayu seperti dengan Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan
Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britian dan
negara Komenwel lain seperti Australia dan New Zealand. Pada masa
itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang
disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).Ancaman komunis ini
menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong
Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis.
Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa
Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan .
Faktor Ekonomi
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas
dan menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia
dalam usaha memajukan ekonominya.Sejak zaman penjajah British
lagi Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah
dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara
Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan Amerika
Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih
mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara
tersebut.Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan
pelaburan asing.Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi
negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang
tahun1980-an , melalui Dasar Pandang Ke Timur, pelaburan asing
juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan
Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik
dengan negara-negera sedang membangun dan negara-negara
Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di
samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.
Faktor politik
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan
hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip
keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia juga menekankan
pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya dasar
Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di
rantau Asia Barat.Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip
dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi
memelihara keamanan dunia.Oleh itu Malaysia tegas dengan
4. 4
pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB
bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
Faktor Geografi
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia
Tenggara dan bersempadan dengan negara seperti Singapura,
Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi
laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu,
keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan
kesan terhadap keselamatan Malaysia.
Faktor Demografi
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik
dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang
majoriti beragama Islam.Malaysia tidak mengadakan hubungan
diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan
menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup
dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap
komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia
menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.
Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik
dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar
apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor
kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan
dasar luar Malaysia.
5) PERKEMBANGAN DASAR LUAR
1. Jelaskan tahap perkembangan dasar luar Malaysia dari
tahun 1957 hingga tahun 2003
(i)Tahap Pertama (1957-1970)
(ii)Tahap Kedua (1972-1981)
(iii)Tahap Ketiga (1981-2003)
2. Jelaskan perkembangan dasar luar negara kita dari tahun
1957 hingga tahun 2003
(i) Dasar Pro-Barat
(ii) Dasar Berkecuali
(iii) Dasar kepentingan Ekonomi
3. Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era kepimpinan n t b
(i) Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
(ii) Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn
(1976-1981)
(iii)Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
(i) Tahap Pertama / Dasar Pro-Barat / Tunku Abdul
Rahman
Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-
Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran
dan Komanwel.Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul
Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial.Faktor politik
merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan
juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.Oleh itu, Malaysia
5. 5
memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel
terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia
telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu
atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun
1956.Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan
kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik
dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan
negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan
seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya
hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura
daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan
dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Malaysia
telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-
Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama
Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama
Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama
Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia
kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini.
Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok
sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata
wang paun sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan
kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan
mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat
termasuk Britain.Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus
yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang
perladangan dan perindustrian.
Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan
pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan
negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan
Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan
bagi mencari pasaran baru.
(ii) Tahap Kedua / Dasar Berkecuali / Tun Abdul Razak
(1972-1976) & Tun Hussein Onn(1976-1981)
Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada
dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.Perubahan
dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh
AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur.Perubahan dasar ini
juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang
melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
Bagi mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah
dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan
berkecuali(ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara
berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara,
Vietnam Utara dan Mongolia. Malaysia turut mengadakan hubungan
diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976.Masalah pelarian
Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara
jiran.
6. 6
(iii) Tahap Ketiga / Dasar Kepentingan Ekonomi /
Tun Dr Mahathir Mohamad(1981-2003)
Tahap ini masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi
memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan
dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama
dalam kalangan negara membangun.Bagi mencapai matlamat
tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat
dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam
dan Kampuchea.
Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982
dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi
membangunkan negara Malaysia.Dasar ini bertujuan menggalakkan
rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik
seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan
dan etika pengurusan kerja yang baik.
Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan
negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana
Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika
Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap misi
lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan
menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang
menguntungkan kedua-dua belah pihak.
6) Terangkan kejayaan yang dicapai Malaysia hasil hubungan
dengan negara luar
@
Dasar luar negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga
kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara
yang dihormati.Buktikan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen yang mementingkan hubungan
baik antara negara-negara luar.Situasi ini membawa kepada
penggubalan dasar luar daripada sebuah negara yang anti-komunis
kepada negara berkecuali. Situasi ini membolehkan Malaysia
menjadi sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan
dapat menjadi sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara-
negara yang sudah membangun.
Hasil daripada mengambil sikap berkecuali ini juga Malaysia
telah dipanggil untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-
panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan
Perang Saudara di Congo.Pada tahun 1989, Malaysia terpilih sekali
lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu
Namibia mencapai kemerdekaan.Pada tahun 1990-an, Malaysia telah
menghantar pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan-
pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan Iran-Iraq dan
Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa memiliki
kepelbagaian amalan etnik dan kaum menyebabkan Malaysia
mengalu-alukan amalan yang toleran dalam hubungan sesama
kaum.Hasilnya, Malaysia mengutuk penindasan yang berlaku melalui
amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan seperti memutuskan
hubungan dengan Afrika Selatan akibat daripada amalan dasar
apartheid di negara tersebut.Malaysia juga mengutuk penindasan
7. 7
yang dilakukan kaum Serb terhadap rakyat Bosnia.Situasi ini
membantu mengukuhkan hubungan perpaduan kaum dalam negara
dan seterusnya merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-
negara luar.
Keterlibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa juga giat
berlangsung. Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-
persidangan yang membuahkan hasil keputusan berkaitan
kepentingan negara-negara anggota seperti Mesyuarat
Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) yang telah
membuahkan keptusan melalui Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi
ini juga berhubung kait dengan soal tanggungjawab negara-negara
Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Kesimpulannya¸ dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-
kejayaan seperti keamanan dunia terhasil hasil daripada penggubalan
dasar berbaik-baik dengan negara luar. Situasi ini juga dapat
mengharumkan nama baik negara kita hasil daripada sumbangan-
sumbangan yang Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa.
7) Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut
peredaran masa ?
Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa
bergantung kepada kepimpinan negara.Pada masa pentadbiran
Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat, tetapi
kemudiannya telah berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri
Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.Dasar luar Malaysia berubah
kepada dasar berkecuali iaitu dasar berbaik-baik dengan semua
negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di
Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan
China.
Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon Aman,
Bebas dan Berkecuali bersama-sama ASEAN dengan menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti
China, Jerman Timur.Keadaan ini bertujuan mewujudkan hubungan
berbail-baik dengan semua negara.
Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan
ekonomi seperti perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama
dalam kalangan negara membangun.Malaysia telah mengadakan
hubungan yang lebih erat dengan negara-negara Asean seperti
Singapura dan Thailand.Keadaan ini telah meningkatkan nilai
perdagangan negara kita.
Seterusnya semasa pemerintahan Dato’ Seri Dr Mahathir juga
telah memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1982
dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi
membangunkan Malaysia. Perubahan ini mendorong peningkatan
pelaburan dari negara berkenaan yang membawa kepada
perkembangan ekonomi Malaysia.
Perubahan dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan
hubungan dua hala dengan negara lain seperti dengan Afrika,
Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi
perdagangan yang turut serta dalam siri lawatan tersebut, Malaysia
telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang
menguntungkan kedua-dua belah pihak.
8. 8
8) Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh
Malaysia demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.
@
Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam meningkatkan
ketamadunan bangsa dan negara.
Kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia ialah
kestabilan politik negara dapat dikekalkan. Keadaan aman dalam
negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu
hubungan diplomatik dengan negara luar dapat diperkukuhkan dan
persefahaman dapat dipupuk. Keadaan yang aman juga akan
menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Dengan
pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan
berkembang pesat dan seterusnya membuka peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan. Keadaan ini juga turut meransang
kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk
mempercepatkan pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan
Menara Berkembar Petronas.
Selain itu, syarikat-syarikat tempatan juga dapat membuat
pelaburan di negara-negara Dunia Ketiga, seperti yang dilakukan
Petronas di Vietnam .
Dasar luar negara juga penting untuk mengekalkan kedaulatan
negara.Dasar berbaik-baik dengan semua negara dapat mengelak
pertelingkahan berlaku dengan negara jiran.Segala konflik dengan
negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah
antarabangsa, contoh isu Pulau Batu Putih.
Dasar luar negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains
dan teknologi. Hubungan yang erat dengan negara-negara maju
memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara.
Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan dalam pembinaan LRT /
MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya. Kemajuan teknologi
yang dimiliki oleh Kereta api Tanah Melayu mendapat kepercayaan
Arab Saudi sehingga diberi peluang untuk mengendalikan sebahagian
perkhidmatan kereta api di sana.
9) Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju Malaysia perlu
menjalinkan hubu gan luar dengan Negara lain tanpa mengira
ideilogi Negara tersebut.?
@
Pada pendapat anda mengapa Negara kita perlu berbaik-baik
dengan Negara luar?
Ya, sebagai rakyat Malaysia memang saya bersetuju perlunya
Malaysia menjalinkan hubungan dengan Negara luar tanpa mengira
ideologi. Malaysia terpaksa memilih berbaik dengan semua Negara
kerana setelah kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA
(Anglo – Malaysian Defence Treaty). Malaysia juga tidak boleh lagi
mengharapkan peranan yang dimainkan oleh Britain dalam menjamin
keselamatan Malaysia, kerana Britain telah mengurangkan
pengaruhnya di Timur. Oleh itu Malaysia berbaik-baik dengan Negara
mengamalkan ideology kumunis, seperti Republik Rakyat China.
Dengan berbaik=baik dengan semua Negara ini Malaysia dapat
membangunkan ekonominya dengan sempurna. Barangan kumuniti
dapat dipasarkan ke Negara barat dan ke Negara Republik China.
Dengan ini pendapatan Negara meningkat.
Hubungan yang erat dengan banyak Negara ini Malaysia
dikunjungi oleh ramai pelancung, justeru pertukaran wang asing
semakin meningkat, dengan ini menjana ekonomi Negara. Peluang
9. 9
pekerjaan dalam industry pelancungan semakin meningkat. Malaysia
juga berbaik-baik dengan Negara serantau, dengan menubuhkan
ASEAN, dengan adanya pertubuhan ini telah mengekalkan
kesetabilan politik Malaysia. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat
dijalankan dengan Negara anggota ASEAN.
Saya juga percaya apabila berbaik-baik dengan semua Negara
Malaysia dapat bertukar teknologi dengan membawa pelabur asing
masuk ke Malaysia, dengan ini membantu mengstabilkan ekomomi
Negara. Dengan cara ini juga Malaysia dapat membawa masuk
modal asing untuk di gunakan dalam Negara.
Dalam bidang social pula Malaysia dapat bertukar-tukar
maklumat melalui pertukaran siaran Tv dengan Negara ASEAN.
Bila berbaik-baik dengan semua Negara, Malaysia juga dapat
mengamalkan pasaran bebas kerana tidak terikat dengan mana-
mana Negara, kerana kita mengamalkan kemesraan dengan semua
Negara tanpa terikat dengan mana-mana ideologi
Malaysia juga berbaik-baik dengan Negara-negara Islam
dengan menyertai Pertubuhan OIC. Hubungan baik ini barangan
dagangan Malaysia dapat dipasarkan di Negara-negara Arab.
Malaysia juga mendapat hak keistimewaan dari Negara Arab dalam
urusan Jemaah haji ke Mekah.
Akhirnya dasar luar Malaysia yang mengamalkan dasar Aman,
Bebas dan Berkecuali, Malaysia dihormati oleh Negara luar, justeru
Malaysia dapat mengekalkan kedaulatannya, perpadauan rakyat
dalam Negara dapat diperkukuhkan. Tambahan lagi dengan Dasar
Padang Ke Timur, Malaysia dapat mengamalkan budaya orang Jepun
yang menepati masa, rajin dan berintergiti yang tinggi dalam
kehidupan.
10) Ramalkan dasar luar negara pada masa hadapan/
cadangkan halatuju dasar luar negara pada masa kini
Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan
mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa
mengira blok Barat atau blok Timur.Malaysia juga akan terus
mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya.
Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan
mengambil kira kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu
perdangan,pelaburan dan pembangunan ekonomi.Ini bertujuan untuk
menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan
kepadan masyarakat di negara kita.
Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur
dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk
membangunkan Negara. Malaysia juga terus komited menjalikan
hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat
ASEAN.
Malaysia juga akan meningkat hubungan bilateral dengan
negera-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi
menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau.Begitu juga
Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara
Amerika Latin,Afrika,Asia Barat serta negara Maju seperti Britain dan
Amerika Syarikat.
Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral
dengan Komanwel, OIC, PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan
dan kesejahteraan sejagat.Semua ini dilakukan melaui misi lawatan
pemimpin ke negara –negara teresebut secara rasmi dan
10. 10
berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan
dengan menghantar deligasi perdagangan.Untuk itu Malaysia
menandatangani Perjanjian TPPA yang mengambil kira kepentingan
ekonomi jangka panjang bagi mencapai misi Negara maju menjelang
tahun 2020.
Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal
aman dan harmoni,Malaysia terus komited menyokong segala dasar
dan prinsip PBB bagi menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan
diplomasi.Malaysiaakan tarus memperjuang nasib rakyat Palestein
yang di cerobah oleh Israel.Malaysia akan terus berperanan dan
bersuara untuk menuntut keadilan pasaran bagi Negara Dunia Ketiga.
Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara ,
Malaysia dijangka meneruskan komitmennya dengan konsep
ZOPFAN yang di persetujui dalam ASEAN.Ini menjadikan negara kita
sentiasa menjaga hunbungan baik dan mesra melalui persidangan
Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara.
11) Pada pendapat anda apakah kesan sekiranya dasar luar
negara tidak mantap?
Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ialah eksport negara
berkurangan kerana banyak negara tidak mengadakan hubungan
luar dengan Malaysia. Ekonomi negara juga merosot dan ini
menyebabkan pendapatan negara merosot.
Pelabur asing tidak akan melabur di dalam negara kerana hubungan
luaryang tidak mantap. Hal ini menyebabkan peluang pekerjaan
semakin berkurangan dan taraf hidup rakyat merosot. Kesannya Imej
negara merosot dan ketamadunan negara akan lenyap.
Politik negara menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan
terancam. Maruah negara akan tergadai kerana kegiatan jenayah
merentas sempadan akan meningkat.
12) Mengapa dasar luar yang mementingkan kemajuan
ekonomi lebih penting pada hari ini?
Kemajuan ekonomi sangat penting dalam penggubalan dasar
luar pada hari ini.Keadaan ini penting untuk menjana pendapatan
negara melalui kemasukan pelabur asing ke negara kita. Pembukaan
kilang-kilang dan ladang-ladang dapat menyediakan peluang-peluang
pekerjaan kepada rakyat, mengurangkan kadar pengangguran serta
meningkatkan taraf hidup rakyat. Selain itu Malaysia merupakan
pembekal bahan mentah utama dunia seperti getah dan kelapa
sawit.Jadi hubungan dengan negara maju penting untuk memastikan
pasaran bahan mentah meningkat dari semasa ke
semasa.Seterusnya kerjasama perdagangan antarabangsa juga
dapat ditingkatkan. Peningkatan urusan import dan eksport dapat
menguntungkan kedua-dua pihak. Apabila Malaysia menjalinkan
hubungan luar, ekonomi global dapat berkembang melalui
perdagangan bebasdan pertukaran wang asing juga turut
meningkat.Keadaan ini dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara
seterusnya bersaing di peringkat global.Pemindahan teknologi melalui
projek usahasama mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang pesat
melalui dasar luar yang diamalkan seperti Dasar Pandang ke Timur.
11. 11
13) Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan
negara luar
Antara usaha –usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan
hubungan baik dengan negara luar ialah mengadakan kerjasama
dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua
negara.Malaysia juga boleh mengadakan pertukaran teknologi dan
kepakaran.Contoh dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro
elektrik dan sebagainya.
Negara kita melakukan kerjasama ekonomi dalam bentuk usaha
sama antara syarikat multinasional asing dengan syarikat
tempatan.Contonya, projek usaha sama industri automobile antara
Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari
Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia
Malaysia juga turut memelihara hubungan politik dan
meningkatkan lagi hubungan diplomatik. Malaysia merupakan Negara
yang seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara lain.
Contohnya pada tahun 2005 Yang di-Pertuan Agong (Raja)
Sirajuddin Perlis Malaysia dan Raja Permaisuri Agong (Permaisuri)
Tengku Fauziah Perlis melawat Sweden.
Mengadakan mesyuarat / perbincangan sekiranya ada krisis.
Saling mengekalkan persefahaman antara Negara. Mengadakan
kerjasama pertahanan contohnya penguatkuasaan Maritim Negara
telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi
Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah
aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di
persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. .
Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan
bertindak dengan sebulat suara.Selain itu kita juga turut mengeratkan
hubungan serantau dengan ASEAN serta hubungan degan
pertubuhan dunia seperti PBB, OIC, Komanwel. Usaha lain dalam
mengekalkan hubungan baik ialah menghormati kedaulatan negara
lain dengan tidak mencampuri hal ehwal negara tersebut. Contoh di
negara yang dilanda peperangan seperti Syria.
Selain itu Malaysia telah memberi bantuan kepada negara
yang ditimpa bencana dam mengalami kesusahan. Sebagai
contohnya Malaysia telah menyalurkan bantuan kemanusiaan ke
bumi Gaza / Palestin.Pemimpin negara telah mengadakan lawatan
rasmi ke luar negara bagi membincangkan permasalahan politik atau
hubungan perdagangan dua hala
Malaysia juga turut mengadakan rancangan pertukaran
televisyen, pertukaran pelajar .Contoh drama Korea, rancangan dari
Hollywood, Bollywood dll
Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara luar
ialah dengan menganjurkan persidangan / sukan bertaraf
antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel,
Malaysia juga menganjurkan persidangan menentang
pengganas dan mengelakkan persaingan senjata.Negara kita juga
tidak mengeluarkan senjata nuklear.Selain itu kita manyanjungi dan
menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak melanggar
dan mencerobohi sempadan negara lain. Malahan Malaysia amat
mementingkan hak asasi manusia.
Malaysia juga turut bekerjasama dalam perkongsian budaya
antara negara.contohnya Malaysia telah menganjurkan Festival
Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya
diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat untuk mendedahkah
budaya tradisin negara jiran tersebut di Malaysia.
12. 12
14) Sejauhmanakah dasar luar Malaysia telah berjaya
mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa.
Dengan adanya dasar luar Malaysia ia dapat mengukuhkan
perpaduan masyarakat antarabangsa. Hal ini berlaku kerana adanya
semangat tolong menolong yang amat kukuh dalam kalangan rakyat
Malaysia dengan negara luar tanpa mengira kaum,agama,ideologi
dan juga sempadan politik.
Pengukuhan perpaduan ini jelas terbukti ketika malapetaka yang
berlaku seperti Tsunami di Acheh dan gempa bumi di Jepun negara
kita telah menghantar bantuan perubatan,bantuan kewangan,bantuan
menyelamat serta bantuan barangan makanan dan minuman kepada
semua mangsa.
Dengan adanya dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan,
Malaysia pernah menjadi perantaraan menyelesaikan krisis perang
Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya.
Selain itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan
dunia,Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyokong
perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka
daripada Israel mengikut lunas lunas yang terkandung dalam piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan masyarakat
antarabangsa dapat dibuktikan dengan dasar luar kita yang
mengutamakan keamanan dunia melalui keanggotaan Malaysia
dalam Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang
menekankan prinsip zon aman,bebas dan berkecuali,malah
mengutamakan perundingan dan perbincangan secara aman.
Keberkesanan dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan dengan
penyertaan tentera kita dibawah panji-panji PBB dengan menghantar
tentera pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.Penyertaan tentera kita
diperingkat antarabangsa ini mendapat penghormatan dari negara-
negara lain.
Selain itu juga dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya
mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa dengan
mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi,menghargai antara
satu sama dan seterusnya menolak prasangka buruk dikalangan
semua negara.
15) Cadangkan hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara
pada masa hadapan
@
Ramalkan dasar luar negara kita pada masa hadapan.
…………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………..
13) Jelaskan cabaran dan langkah Malaysia dalam
meningkatkan keberkesanan hubungan dengan negara
luar pada era globalisasi hari ini
Cabaran pertama yang dihadapi oleh negara kita ialah perbezaan
ideologi antara negara mewujudkan jurang persefahaman yang luas
antara negara.Contohnya Malaysia dengan negara-negara Islam
yang mengamalkan mazhab yang berbeza.
13. 13
Cabaran yang kedua ialah cabaran untuk mengekalkan hak
negara. Isu persempadanan yang menjadi rebutan antara negara
menyebabkan hubungan menjadi renggang.Contohnya isu Pulau
Spratly.
Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran untuk
mengekalkan kemajuan ekonomi kerana berlaku kejatuhan nilai
mata wang Malaysia.Ini menyebabkan Malaysia tidak dapat bersaing
di pasaran antarabangsa.
Seterusnya Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani
masalan kebergantungan kepada pekerja asing.Keadaan ini
menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dan peluang untuk
rakyat tempat terhad.
Cabaran yang terakhir ialah jenayah merentasi
sempadan.Contohnya penyalahgunaan dadah.Pengedar dadah
menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan
rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah.
Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh Malaysia untuk
mengatasi cabaran tersebut ialah saling menghormati ideologi serta
meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang supaya hubungan
dua hala supaya ideology yang berbeza tidak menjadi penghalang
Langkah yang kedua mengatasi cabaran ialah negara-negara
yang terlibat hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan
oleh Mahkamah Dunia.Ini menyebabkan keamanan berjaya
diwujudkan.
Seterusnya bagi menghadapi cabaran yang ketiga pula
Malaysia perlu mencari medium perantara lain sebagai alat
pertukaran untuk berurusan.contohnya dinar emas.
Bagi menghadapi cabaran keempat,penguatkuasaan undang-
undang yang ketat oleh pihak berkuasa supaya kedatangan dan
kebergantungan kepada pekerja asing dapat di kawal.Pihak kerajaan
dan majikan perlu mengutamakan rakyat Malaysia untuk memenuhi
sektor pekerjaan.
Untuk mengatasi cabaran kelima,kerajaan perlu mengadakan
kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara serta mengenakan
hukuman yang ketat kepada pesalah.Selain itu Malaysia juga
mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara lain
agar masalah ini dapat di atasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala
tersebut.
14) Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah
penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa
faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.
Selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah menyertai
beberapa pertubuhan antarabangsa dan memainkan peranan secara
aktif seperti dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri
dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.Kita
harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi
sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan
antarabangsa.
Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan merealisasikan
hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.
Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan
dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan
mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan
politik negara.
14. 14
18.Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
(a). Pengetahuan yang diperolehi
(b). Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme yang diperoleh
ke arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia
(c). Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang
cemerlang dan gemilang
Berdasarkan tajuk yang dibincangkan, Malaysia telah
bekerjasama dan berperanan penting dalam mewujudkan
keamanan sejagat. Dasar luar negara yang menghormati
kedaulatan negara lain menyebabkan negara kita dipandang
tinggi di mata dunia.
Nilai-nilai murni dan patriotisme yang diperoleh ke arah
kemajuan bangsa dan negara ialah sentiasa bekerjasama dan
bertoleransi untuk mewujudkan kesejahteraan dunia.
Sebagai rakyat Malaysia, kita berbangga dengan kepimpinan
negara yang mendapat pengiktirafan dunia kerana sumbangan
mereka dihargai pemimpin luar
Untuk menjadikan bangsa yang cemerlang, kita mestilah
menjadi warga global yang bertanggungjawab terutama dalam
menghulurkan bantuan misi kemanusiaan.
Dasar-dasar luar Malaysia mampu mengukuhkan hubungan
diplomatik dengan negara-negara lain di dunia melalui amalan
semangat setia kawan dan rasional dalam membantu
menyelesaikan masalah dunia