Your SlideShare is downloading. ×
0
KATA TUGAS ialah kata atau frasa yang tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sesebaris ayat. Kata atau frasa ini berfung...
KATA SENDI ialah kata yang digunakan di hadapan frasa bana dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khus...
DI Digunakan bagi menunjukkan tempat. Ayat-ayat contoh: 1. Dia mendalami pengetahuan agamanya  di  Madrasah Aljunied. 2. W...
KE Digunakan bagi menunjukkan tempat atau arah. Ayat-ayat contoh: 4. Trailer itu mengangkut barangan  ke perlabuhan. 5. Pe...
DARI Digunakan bagi menunjukkan tempat, arah dan masa. Ayat-ayat contoh: 7. Kapal pelarian yang berlabuh itu  datang  dari...
DARI Digunakan bagi menunjukkan tempat, arah dan masa. Ayat-ayat contoh: 10. Pemeriksaan kertas itu dimulakan  dari pukul ...
DARIPADA Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh: 13. David menerima h...
DARIPADA Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh: 16. Anggota kumpulan...
DARIPADA Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh: 19. Kuih-muih itu le...
KEPADA Digunakan begi menunjukkan sasaran yang merujuk sesuatu dan pecahan: 22. Makanan yang tersaji di atas meja terdedah...
KEPADA Digunakan bagi menunjukkan sasaran yang merujuk sesuatu dan pecahan: 25. Peserta perkhemahan itu telah dibagikan  k...
PADA Digunakan bagi menunjukkan waktu dan yang mendahului perkataan ada. 28. Peperiksaan Semester Kedua akan berlangsung  ...
PADA Digunakan bagi menunjukkan waktu dan yang mendahului perkataan ada. 31. Keris Taming Sari ada  pada  Hang Jebat yang ...
DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau pe...
DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau pe...
DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau pe...
DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau pe...
BAGI / UNTUK Digunakan bagi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu atau diperuntukkan untuk sesuatu. 46. Sekolah  untuk / bagi...
BAGI / UNTUK Digunakan bagi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu atau diperuntukkan untuk sesuatu. 49. Ayah membeli sebentuk...
TENTANG Digunakan untuk memberi maksud hal yang dimaksudkan atau dikatakan. 52. Mereka bermesyuarat  tentang kebersihan se...
UMPAMA / SEPERTI / BAGAI / LAKSANA Digunakan untuk memberikan maksud perbandingan atau persamaan. 55. Dia menurutkan hati ...
SEJAK Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk memberi maksud sebagai penanda waktu. 55. Bohari sentiasa berse...
AKAN Digunakan untuk memberi maksud rujukan kepada sesuatu. 61. Pemuda yang baik hati itu amat kasih akan  ibu tuanya. 62....
OLEH Digunakan untuk memberi maksud pembuat 64. Kuih yang lazat itu dimasak  oleh  ibu untuk hidangan minum petang. 65. Bu...
KATA HUBUNG Kata Hubung adalah kata yang bertugas untuk menghubungkan dua baris ayat atau lebih hingga membentuk ayat berl...
KATA HUBUNG GABUNGAN dan tetapi atau lalu sambil serta kecuali
DAN Digunakan untuk menghubungkan atau menggandingkan satu unsur yang merupakan lanjutan daripada unsur pertama. 01. Saya ...
DAN Digunakan untuk menghubungkan atau menggandingkan satu unsur yang merupakan lanjutan daripada unsur pertama. 04. Budak...
ATAU Digunakan untuk menyatakan pilihan akan sesuatu. 06. Dia  atau  saya yang akan membuat kerja itu ? 07. Ibu kamu sedan...
09. Mereka berdua hendak pergi ke pepustakaan pada hari ini  atau  esok ? 10. Riana menemui Ryan di sekolah  atau di pusat...
TETAPI Digunakan untuk menyatakan maksud pertentangan atau perbezaan dengan unsur pertama. 11. Dia bijak  tetapi  malas me...
14. Dia tahu peraturan itu  tetapi  tidak mahu mematuhinya. 15. Dia gemar menonton drama pentas tetapi  tidak gemar menont...
LALU Digunakan untuk menyatakan kejadian atau perbuatan yang dilakukan selepas unsur pertama. 16. Sulaiman segera bangun d...
19. Polis segera menangkap pencuri itu  lalu menggari tangannya. 20. Hasyim meletakkan galah itu  lalu memungut buah mangg...
SERTA Digunakan untuk menyatakan maksud penyertaan, persamaan atau lanjutan dengan unsur pertama. Serta juga digunakan unt...
24. Pemilik kebun itu memarahi  serta menghina kami. 25. Dia menggosok perutnya dengan minyak angin kerana perutnya sakit ...
SAMBIL Digunakan untuk menyatakan maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan serentak dengan unsur pertama. 26. Dia duduk di b...
29. Karmila memujuk-mujuk  sambil mengusap rambut adiknya yang sedang menangis itu. 30. Lelaki yang berjambang itu mengugu...
KECUALI Digunakan untuk menyatakan maksud kekecualian, kelainan atau menyimpang dengan unsur pertama. 31. Gerai-gerai di s...
34. Wanita tua itu ttidak mahu menemui anak lelakinya itu  kecuali  anak lelakinya Itu memohon maaf terlebih dahulu. 35. D...
KATA HUBUNG PANCANGAN sebab supaya kalau walaupun semasa setelah sebelum selama
SEBAB / KERANA Digunakan untuk menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu musabab atau akibat. 36. Tangannya...
39. Bajunya kebasahan  sebab  dia ditimpa hujan. 40. Kampung itu gelap semalam  sebab kerosakan eletrik. SEBAB / KERANA Di...
KALAU / JIKA / JIKALAU Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu syarat atau pengandaian. 41...
44. Ibunya pasti marah  kalau  dia gagal dalam ujiannya. 45. Kampung itu selalu mengalami banjir kalau  hujan lebat. KALAU...
SUPAYA / AGAR Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tujuan yang tertentu 46. Orang tua itu sen...
49. Rumah batu itu dicat  supaya  kelihatan bersih. 50. Pesakit jiwa itu dikurung  supaya  tidak mengganggu ketenteraman o...
WALAUPUN / SUNGGUHPUN / MESKIPUN / BIARPUN Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tolak ansur. ...
54. Rumah usang itu masih teguh  walaupun usianya sudah hampir satu abad. 55. Asnida masih pulang ke kampung walaupun  ora...
SEMASA / SEWAKTU / TATKALA / KETIKA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu dilakukan serenta...
59. Penjahat-penjahat itu telah melarikan diri  semasa  polis di tempat kejadian. 60. Rakan sedarjah saya itu tersenyum si...
SESUDAH / SETELAH / SELEPAS Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu berurutan. 61. Dia mahu b...
64. Rustam melaporkan kejadian itu kepada polis  sesudah  diancam penjahat itu beberapa kali. 65. Syahidan akan memohon pe...
SEBELUM Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu bersilih. 66. Nelayan tua itu membaca doa  se...
69. Baju-baju itud direndam dengan air sabun  sebelum  dibasuh ibu dengan tangan. 70. Allahyarham sempat menurunkan wasiat...
SELAGI / SELAMA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu jangka waktu. 71. Dia berhasrat un...
74. Bahasa Melayu tidak akan pupus di Singapura  selagi  orang Melayu menggunakannya. 75. Encik Dermawan akan terus memban...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Ujian

3,025

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
3,025
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
105
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Ujian "

  1. 1. KATA TUGAS ialah kata atau frasa yang tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sesebaris ayat. Kata atau frasa ini berfungsi untuk mendukung tugas penghubung, penerang, penguat, pembantu atau tugas-tugas lain. Berdasarkan tugas-tugasnya, kata tugas boleh digolongkan pada: 01 KATA SENDI 03 KATA BILANGAN 05 KATA BANTU 07 KATA SERU 09 KATA SERU 02 KATA HUBUNG 04 KATA PEMERI 06 KATA PENGUAT 08 KATA PERINTAH 10 KATA NAFI 11 KATA ARAH 12 KATA PENEGAS
  2. 2. KATA SENDI ialah kata yang digunakan di hadapan frasa bana dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus. Kata Sendi ini juga disebut Kata Depan kerana kedudukannya sentiasa di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. 01 DI 04 DARIPADA 07 DENGAN 10 UMPAMA 13 AKAN 02 KE 05 KEPADA 08 BAGI 11 SEJAK 14 OLEH 03 DARI 06 PADA 09 TENTANG 12 TERHADAP 15 HINGGA
  3. 3. DI Digunakan bagi menunjukkan tempat. Ayat-ayat contoh: 1. Dia mendalami pengetahuan agamanya di Madrasah Aljunied. 2. Wanita itu mengerjakan salat di dalam kamarnya. 3. Pelancong India itu menginap di otel Serangoon.
  4. 4. KE Digunakan bagi menunjukkan tempat atau arah. Ayat-ayat contoh: 4. Trailer itu mengangkut barangan ke perlabuhan. 5. Pegawai kastam itu membawa mereka ke bilik pemeriksaan. 6. Kamil dan keluarganya akan berhijrah ke Australia.
  5. 5. DARI Digunakan bagi menunjukkan tempat, arah dan masa. Ayat-ayat contoh: 7. Kapal pelarian yang berlabuh itu datang dari mana ? 8. Zulkarnain menggelecek bola itu keluar dari tengah padang. 9. Wanita yang bertopi itu keluar dari sebuah hotel.
  6. 6. DARI Digunakan bagi menunjukkan tempat, arah dan masa. Ayat-ayat contoh: 10. Pemeriksaan kertas itu dimulakan dari pukul lapan pagi. 11. Kepercayaan itu wujud dari zaman dahulu lagi. 12. Pendaftaran memasuki universiti berlangsung dari hari Isnin lalu.
  7. 7. DARIPADA Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh: 13. David menerima hantaran bola daripada Ronald. 14. Dia berjaya menarik diri daripada kegiatan sebuah kumpulan samseng. 15. Semua perabot di rumahnya diperbuat daripada katu jati.
  8. 8. DARIPADA Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh: 16. Anggota kumpulan itu terdiri daripada para belia yang aktif. 17. Penyakit itu berpunca daripada sistem pemakanan yang tidak betul. 18. Daripada siapakah surat yang dia terima itu ?
  9. 9. DARIPADA Digunakan bagi menunjukkan punca, sumber (asal sesuatu) atau perbandingan. Ayat-ayat contoh: 19. Kuih-muih itu lebih enak daripada burger dan donut. 20. Makanan ini lebih berzat daripada makanan yang kamu kunyah itu. 21. Kelakuan Ahmad berbeza daripada kelakuan adiknya.
  10. 10. KEPADA Digunakan begi menunjukkan sasaran yang merujuk sesuatu dan pecahan: 22. Makanan yang tersaji di atas meja terdedah kepada kuman. 23. Kembalikan buku yang kaupinjam itu kepada Sujiman. 24. Harta peninggalan orang tuanya diagih-agihkan kepada orang-orang miskin.
  11. 11. KEPADA Digunakan bagi menunjukkan sasaran yang merujuk sesuatu dan pecahan: 25. Peserta perkhemahan itu telah dibagikan kepada lapan kumpulan. 26. Masa persekolahan dibahagikan kepada dua semester. 27. Drama Kalam Hamidi itu dibahagikan kepada lima babak.
  12. 12. PADA Digunakan bagi menunjukkan waktu dan yang mendahului perkataan ada. 28. Peperiksaan Semester Kedua akan berlangsung pada bulan Oktober. 29. Ceramah mengenai penyalahgunaan dadah itu bermula pada pukul dua petang. 30. Rombongan itu akan berlepas ke Indonesia pada minggu hadapan.
  13. 13. PADA Digunakan bagi menunjukkan waktu dan yang mendahului perkataan ada. 31. Keris Taming Sari ada pada Hang Jebat yang derhaka itu. 32. Buku rampaian kamu itu ada pada Cikgu Manaf. 33. Surat wasiat Allahyarham ayahnya ada pada peguam itu.
  14. 14. DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan. 34. Mereka mendaki Gunung Ledang dengan Encik Imran. 35. Arini dan Doni nernual-bual dengan tetamu mereka di kamar bacaan. 36. Para pekerja yang tidak berpuas hati itu telah berunding dengan pengurus syarikat.
  15. 15. DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan. 37. Kami mengalu-alukan kedatangan tetamu itu dengan mesra. 38. Derma pemberiannya kami terima dengan besar hati. 39. Beliau memulakan ucapannya dengan membaca doa.
  16. 16. DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan. 40. Pak Abu menggembur tanahnya dengan traktor. 41. Dia menurunkan tanda tangannya dengan pen istimewa itu. 42. Aruna menyeberang sungai yang deras airnya itu dengan rakit.
  17. 17. DENGAN Digunakan bagi menunjukkan bersama-sama (beserta), cara sesautu dilakukan, menggunakan sesuatu sebagai alat atau persamaan. 43. Walaupun kembar, wajahnya tidak seiras dengan abangnya. 44. Kulit cakera padat tiruan sama bentuknya dengan cakera padat asli. 45. Pendapatannya tidak setimpal dengan usahanya.
  18. 18. BAGI / UNTUK Digunakan bagi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu atau diperuntukkan untuk sesuatu. 46. Sekolah untuk / bagi pelajar-pelajar cacat akan dibina di situ. 47. Rumah untuk / bagi anak-anak yatim itu akan dinaik taraf. 48. Kumpulan puisi itu ditulis untuk / bagi kanak-kanak sekolah rendah.
  19. 19. BAGI / UNTUK Digunakan bagi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu atau diperuntukkan untuk sesuatu. 49. Ayah membeli sebentuk cincin berlian untuk ibu. 50. Untuk siapakah makanan yang lazat itu disaji ? 51. Rumah di hujung kampung itu dibeli oleh bapa untuk orang tuanya.
  20. 20. TENTANG Digunakan untuk memberi maksud hal yang dimaksudkan atau dikatakan. 52. Mereka bermesyuarat tentang kebersihan sekolah. 53. Kami duduk bercerita tentang kejadian buruk itu. 54. Para pelajar itu sedang berbincang tentang majlis perpisahan untuk guru mereka.
  21. 21. UMPAMA / SEPERTI / BAGAI / LAKSANA Digunakan untuk memberikan maksud perbandingan atau persamaan. 55. Dia menurutkan hati mudanya yang keras bagai batu. 56. Pemuda itu lari bagai lipas kudung apabila terpandang pengawal di situ 57. Pelakon wanita itu mahu berlagak bagai seorang yang berpenalaman.
  22. 22. SEJAK Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk memberi maksud sebagai penanda waktu. 55. Bohari sentiasa bersedih sejak kematian ayahnya. 56. Sejak hari itu, Ilham tidak menegur Nazira lagi. 57. Nelayan tua itu berada di laut sejak subuh tadi.
  23. 23. AKAN Digunakan untuk memberi maksud rujukan kepada sesuatu. 61. Pemuda yang baik hati itu amat kasih akan ibu tuanya. 62. Wanita tua itu rindu akan anak yang telah diculik oleh sekumpulan perompak. 63. Janganlah kamu membenci akan adik-adik kamu itu.
  24. 24. OLEH Digunakan untuk memberi maksud pembuat 64. Kuih yang lazat itu dimasak oleh ibu untuk hidangan minum petang. 65. Buku biografi tokoh ternama itu ditulis oleh Kelvin Fischer. 66. Penjahat yang terlibat dalam kes rompakan itu telah diberkas oleh polis.
  25. 25. KATA HUBUNG Kata Hubung adalah kata yang bertugas untuk menghubungkan dua baris ayat atau lebih hingga membentuk ayat berlapis atau ayat majmuk. Kata Hubung terbahagi pada 2: KATA HUBUNG GABUNGAN KATA HUBUNG PANCANGAN
  26. 26. KATA HUBUNG GABUNGAN dan tetapi atau lalu sambil serta kecuali
  27. 27. DAN Digunakan untuk menghubungkan atau menggandingkan satu unsur yang merupakan lanjutan daripada unsur pertama. 01. Saya dan Ahmad akan pergi bermain bola pada petang esok. 02. Fatimah hendak mengemas majalah dan buku di atas meja itu. 03. Hadijah pandai menari dan menyanyi sewaktu kecil.
  28. 28. DAN Digunakan untuk menghubungkan atau menggandingkan satu unsur yang merupakan lanjutan daripada unsur pertama. 04. Budak lelaki dari kelas sebelah itu baik dan bersopan santun. 05. Sekolah akan ditutup tidak lama lagi dan bapa merancang membawa kami melancong ke Vietnam.
  29. 29. ATAU Digunakan untuk menyatakan pilihan akan sesuatu. 06. Dia atau saya yang akan membuat kerja itu ? 07. Ibu kamu sedang memasak atau membasuh pakaian ? 08. Pemburu itu menembak rusa atau kijang semalam ?
  30. 30. 09. Mereka berdua hendak pergi ke pepustakaan pada hari ini atau esok ? 10. Riana menemui Ryan di sekolah atau di pusat penjaja ? ATAU Digunakan untuk menyatakan pilihan akan sesuatu.
  31. 31. TETAPI Digunakan untuk menyatakan maksud pertentangan atau perbezaan dengan unsur pertama. 11. Dia bijak tetapi malas mengulang kaji pelajarannya. 12. Dia pandai menyanyi tetapi tidak pandai bermain muzik. 13. Datuk Ali kaya di kampungnya tetapi dia kedekut.
  32. 32. 14. Dia tahu peraturan itu tetapi tidak mahu mematuhinya. 15. Dia gemar menonton drama pentas tetapi tidak gemar menonton drama televisyen. TETAPI Digunakan untuk menyatakan maksud pertentangan atau perbezaan dengan unsur pertama.
  33. 33. LALU Digunakan untuk menyatakan kejadian atau perbuatan yang dilakukan selepas unsur pertama. 16. Sulaiman segera bangun dari tempat duduknya lalu berjabat tangan dengan Kasim. 17. Menteri itu menuju ke mikrofon lalu menyampaikan ucapannya dalam bahasa Inggeris. 18. Kakak masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu dengan kuat.
  34. 34. 19. Polis segera menangkap pencuri itu lalu menggari tangannya. 20. Hasyim meletakkan galah itu lalu memungut buah manggis yang gugur. LALU Digunakan untuk menyatakan kejadian atau perbuatan yang dilakukan selepas unsur pertama.
  35. 35. SERTA Digunakan untuk menyatakan maksud penyertaan, persamaan atau lanjutan dengan unsur pertama. Serta juga digunakan untuk menggantikan ‘dan’. 21. Sultan serta para pembesarnya sudah berada di balairong. 22. Pakaian pengemis tua itu compang- camping serta kotor. 23. Tuan rumah menyambut salam kami serta mempersilakan kami masuk.
  36. 36. 24. Pemilik kebun itu memarahi serta menghina kami. 25. Dia menggosok perutnya dengan minyak angin kerana perutnya sakit serta memulas-mulas. SERTA Digunakan untuk menyatakan maksud penyertaan, persamaan atau lanjutan dengan unsur pertama. Serta juga digunakan untuk menggantikan ‘dan’.
  37. 37. SAMBIL Digunakan untuk menyatakan maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan serentak dengan unsur pertama. 26. Dia duduk di bawah pokok yang rendang sambil membaca buku. 27. Mereka minum di restoran itu sambil berbual-bual kosong. 28. Murid-murid tadika itu menyanyi sambil menari di atas pentas.
  38. 38. 29. Karmila memujuk-mujuk sambil mengusap rambut adiknya yang sedang menangis itu. 30. Lelaki yang berjambang itu mengugut mangsanya sambil mengacu-acukan psitolnya. SAMBIL Digunakan untuk menyatakan maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan serentak dengan unsur pertama.
  39. 39. KECUALI Digunakan untuk menyatakan maksud kekecualian, kelainan atau menyimpang dengan unsur pertama. 31. Gerai-gerai di situ dibuka pada hari Ahad kecuali gerai Pak Salim. 32. Semua pelajar lulus dengan markah cemerlang kecuali Muhaimin. 33. Setiap hari, Encik Manaf berlari-lari anak di taman itu kecuali hari Jumaat.
  40. 40. 34. Wanita tua itu ttidak mahu menemui anak lelakinya itu kecuali anak lelakinya Itu memohon maaf terlebih dahulu. 35. Dia tidak mahu meminta bantuan daripada orang lain kecuali hidupnya benar-benar susah. KECUALI Digunakan untuk menyatakan maksud kekecualian, kelainan atau menyimpang dengan unsur pertama.
  41. 41. KATA HUBUNG PANCANGAN sebab supaya kalau walaupun semasa setelah sebelum selama
  42. 42. SEBAB / KERANA Digunakan untuk menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu musabab atau akibat. 36. Tangannya patah sebab jatuh dari pokok. 37. Dia memakai kaca mata sebab matanya rabun. 38. Budak kecil itu menangis sebab duitnya hilang.
  43. 43. 39. Bajunya kebasahan sebab dia ditimpa hujan. 40. Kampung itu gelap semalam sebab kerosakan eletrik. SEBAB / KERANA Digunakan untuk menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu musabab atau akibat.
  44. 44. KALAU / JIKA / JIKALAU Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu syarat atau pengandaian. 41. Dia menggunakan payung kalau hari hujan. 42. Beliau akan ke Makkah kalau simpanannya sudah mencukupi. 43. Shafiq akan menyertai bengkel itu kalau permohonannya diterima.
  45. 45. 44. Ibunya pasti marah kalau dia gagal dalam ujiannya. 45. Kampung itu selalu mengalami banjir kalau hujan lebat. KALAU / JIKA / JIKALAU Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu syarat atau pengandaian.
  46. 46. SUPAYA / AGAR Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tujuan yang tertentu 46. Orang tua itu sentiasa berdoa supaya hidupnya dan anak-anaknya bahagia. 47. Luqman belajar bersungguh-sungguh supaya lulus peperiksaan dengan cemerlang. 48. Erlina memakai payung di tengah hujan supaya bajunya tidak basah.
  47. 47. 49. Rumah batu itu dicat supaya kelihatan bersih. 50. Pesakit jiwa itu dikurung supaya tidak mengganggu ketenteraman orang lain. SUPAYA / AGAR Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tujuan yang tertentu
  48. 48. WALAUPUN / SUNGGUHPUN / MESKIPUN / BIARPUN Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tolak ansur. 51. Dia masih nakal walaupun telah dinasihati beberapa kali. 52. Abang Aidil masih tekun menelaah pelajaran sekolahnya walaupun hari sudah lewat malam. 53. Perempuan tua itu tetap bekerja walaupun badannya sudah uzur.
  49. 49. 54. Rumah usang itu masih teguh walaupun usianya sudah hampir satu abad. 55. Asnida masih pulang ke kampung walaupun orang tuanya sudah meninggal dunia. WALAUPUN / SUNGGUHPUN / MESKIPUN / BIARPUN Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tolak ansur.
  50. 50. SEMASA / SEWAKTU / TATKALA / KETIKA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu dilakukan serentak. 56. Ayah sudah berada di rumah semasa kami tiba. 57. Kata datuknya, beliau dilahirkan semasa peperangan Jepun bermula. 58. Saya dan Suhail berada di situ semasa terjadinya peristiwa itu.
  51. 51. 59. Penjahat-penjahat itu telah melarikan diri semasa polis di tempat kejadian. 60. Rakan sedarjah saya itu tersenyum simpul semasa menerima hadiah daripada pengetua sekolah. SEMASA / SEWAKTU / TATKALA / KETIKA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu dilakukan serentak.
  52. 52. SESUDAH / SETELAH / SELEPAS Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu berurutan. 61. Dia mahu bercakap dengan saya sesudah saya memohon maaf. 62. Pemuda biadap itu berdar dari situ sesudah orang kaya itu mengusirnya. 63. Anggota-anggota bomba pula ke balai sesudah berjaya memadamkan kebakaran itu.
  53. 53. 64. Rustam melaporkan kejadian itu kepada polis sesudah diancam penjahat itu beberapa kali. 65. Syahidan akan memohon pekerjaan itu sesudah menamatkan pengajiannya. SESUDAH / SETELAH / SELEPAS Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu berurutan.
  54. 54. SEBELUM Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu bersilih. 66. Nelayan tua itu membaca doa sebelum turun ke laut. 67. Petani-petani itu menggemburkan tanah batasnya sebelum menabur benih sayur. 68. Anak kesayangan Encik Ismail itu menggosok gigi sebelum masuk tidur.
  55. 55. 69. Baju-baju itud direndam dengan air sabun sebelum dibasuh ibu dengan tangan. 70. Allahyarham sempat menurunkan wasiatnya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. SEBELUM Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu bersilih.
  56. 56. SELAGI / SELAMA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu jangka waktu. 71. Dia berhasrat untuk menginap terus di hotel itu selagi dia mempunyai wang. 72. Kehidupannya tidak akan bahagia selagi dia belum insaf akan kesalahan yang dilakukanya. 73. Wanita itu tidak mahu tidur selagi suaminya belum pulang.
  57. 57. 74. Bahasa Melayu tidak akan pupus di Singapura selagi orang Melayu menggunakannya. 75. Encik Dermawan akan terus membantu orang-orang susah di kampungnya itu selagi dia mampu. SELAGI / SELAMA Digunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu jangka waktu.
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×