SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
1
PMR
BAHASA MELAYU
KERTAS 1
1 JAM
Arahan am: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan
diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu
jawapan sahaja.
Soalan 1 - 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Sepanjang saya bersekolah di situ, saya tidak____________ dikenakan tindakan
disiplin.
A akan
B pernah
C dapat
D boleh
2. ” _____________ akan berangkat untuk pergi menunaikan haji pada malam ini juga,” titah
sultan.
A Saya
B Beta
C Patik
D Hamba
2
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3. Hj.Rosli menerima sepucuk surat ___________ rakannya yang berada di Sarawak.
A daripada
B untuk
C pada
D dari
4. Kamu ____________ datang ke rumah saya esok jika kamu kelapangan.
A sudah
B pernah
C boleh
D masih
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5. Kami melihat kerja-kerja ______________ daun teh ketika melawat ke Cameron
Highlangs.
A mencantas
B memotong
C memetik
D mencabut
3
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah
6. Banyak ____________ tidak melepaskan peluang untuk menaiki kereta lembu jika
berkunjung ke Melaka.
A pelancong
B pengembara
C pemerhati
D pelawat
7. _____________ kah cara kamu menyelesaikan masalah itu?
A Bagaimana
B Berapa
C Mana
D Siapa
Soalan 8 - 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan
D.Pilih jawapan yang paling sesuai.
8. Anak lembu kepunyaan Pak Rahman yang sedang meragut rumput di tepi
A B
belukar itu dimakan oleh seekor ular sawa. Tiada kesalahan.
C D
4
9. Pihak Kesultanan Sulu yang bertapak di Lahad Datu perlu serah diri sebelum
A B
digempur oleh pasukan keselamatan negara.Tiada kesalahan.
C D
10. Jalan menuju ke kawasan pedalaman itu lintang-pukang bagai
A B C
ular kena palu. Tiada kesalahan
D
11. Lima buah senapang M16 berjaya dirampas oleh pihak Polis semasa mengeledah kem
A B
latihan musuh di Pulau Angsa baru-baru ini. Tiada kesalahan.
C D
12. Suara penyanyi itu sungguh enak apabila mendendangkan lagu sempena majlis
A B
perkahwinan kakak saya. Tiada kesalahan.
C D
13. Kapal perang tentera Amerika karam di Laut Pasifik setelah dibom oleh jet pejuang
A B
tentera Jepun semasa peperangan dunia kedua. Tiada kesalahan.
C D
14. Encik Wan Adnan memberitahu pekerjanya lalu dia akan bercuti selama seminggu.
A B C
Tiada kesalahan.
D
5
Soalan 15 - 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15. I Bunga mawar yang dibeli oleh emak berkedut kerana dilanggar orang semasa
menaiki bas.
II Dokumen penting itu telah berkedut kerana direnyukkan oleh adik sebentar tadi.
III Kulit nenek berkedut kerana usianya yang sudah lanjut.
IV Kain baju yang tidak berlipat itu berkedut seribu dan perlu digosok.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
16. I Hajah Mariam suka makan nasi kerabu.
II Hari yang paling Cikgu Aminah suka ialah hari ulang tahun perkahwinannya.
III Orang yang banyak suka ialah orang yang paling bahagia dalam hidupnya.
IV Jangan suka berlebihan nanti ditimpa duka.
A I dan II sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja
17. I Perniagaan En.Wee sudah jatuh.
II Pokok kelapa di depan rumah Kamal baru sahaja jatuh ditiup angin.
III Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.
IV ”Pegang pinggan itu baik-baik supaya tidak jatuh nanti,” kata ibu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III, dan lV sahaja
6
Soalan 18 - 21
Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin
mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda
menganggap bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah
menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.
18 Faruqi sering mengingati terhadap nasihat Cikgu Eh Chat supaya belajar dengan bersungguh-
sungguh.
A sering teringat
B sering teringat akan
C sering mengingatkan
D sering mengingati terhadap
19 Banyak buah-buahan yang dijual oleh Wak Jono dibawa dari dusunnya di Muar.
A Pelbagai jenis buah-buahan
B Pelbagai buah-buahan
C Banyak buah-buahan
D Buah-buahan
20 Beberapa lori yang membawa balak telah terbalik apabila melanggar seekor gajah.
A Beberapa buah lori-lori
B Beberapa buah lori
C Beberapa lori
D Berapa lori
21 Ketua Polis Negara mengucapkan syabas diatas keberanian anggotanya dalam menjalankan tugas
di Sabah.
A atas keberanian anggotanya
B ke atas keberanian anggotanya
C di atas keberanian anggotanya
D diatas keberanian anggotanya
7
Soalan 22 - 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau mahsud yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.
22 Memancing merupakan hobi yang menyeronokkan untuk memenuhi masa lapang.
A Seronok apabila memancing semasa masa lapang.
B Hobi memancing boleh memenuhi melalui masa lapang.
C Masa lapang atau masa senggang perlu dipenuhi dengan memancing.
D Masa lapang boleh dipenuhi dengan hobi memancing yang menyeronokkan.
23 Mangsa banjir dipindahkan ke sekolah-sekolah yang berdekatan
A Sekolah-sekolah yang berdekatan menjadi tempat perpindahan mangsa banjir
B Sekolah-sekolah yang berdekatan menjadi mangsa perpindahan banjir.
C Musim banjir selalu menyebabkan penduduk terpaksa berpindah.
D Mangsa banjir perlu berpindah apabila banjir berlaku
24 Cikgu Rosli menangkap beberapa orang pelajar yang merokok di
dalam tandas.
A Cikgu Rosli berada di dalam tandas apabila menangkap beberapa orang
pelajar.
B Pelajar yang merokok perlu diambil tindakan yang sewajarnya oleh Cikgu
Rosli..
C Beberapa orang pelajar telah ditangkap oleh Cikgu Rosli di dalam
tandas kerana merokok
D Pagi tadi Cikgu Rosli ke tandas untuk menangkap pelajar yang merokok.
8
Soalan 25 - 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25 I Dua ekor kerbau mati digelek kereta api dari Kuala Lumpur malam
tadi.
II. Ayah berjanji akan membawa kami pergi makan angin di Pulau Tioman
III Penduduk kampung saling tolong-menolong untuk menjayakan majlis perkahwinan
anak Penghulu Ali
IV ”Nyanyikan saya sebuah lagu,” pinta Siti.
A I, II dan III sahaja
B II, III dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D II dan IV sahaja
26 I Jamuan tengahari yang diadakan diHotel Riverview terpaksa dibatalkan
II Gencatan senjata perlu dilakukan demi keselamatan penduduk setempat.
III Pelbagai barang perhiasan ada dijual di kedai cenderahati itu.
IV Perjanjian Pangkor telah ditandatangani di Pulau Pangkor pada tahun
1875.
A I, III dan IV sahaja
B II, III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
9
27 I Pertempuran itu berlanjutan hampir tiga setengah jam.
II Halaman rumah Mak Wan sungguh ceria kerana dia pembersih orangnya
III Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang.
IV Pelancong dari luar negara semakin tertarik akan negara kita.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV
Soalan 28 - 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pemyataan-pernyataan yang
berikut.
Kera mendapat bunga
28 Peribahasa di atas bermaksud
A Orang yang tidak tahu menghargai sesuatu yang elok
B Orang yang memperoleh sesuatu yang diidam-idamkan
C Orang yang mendapat hadiah istimewa
D .Orang yang menerima rasuah
29 Ramlah ialah____________Ramli sejak di bangku sekolah lagi.
A buah hati
B buah tangan
C buah fikiran
D buah mulut
10
30 Fatin dan Farah selalu bergaduh walaupun mereka adik beradik. Perangai mereka diibaratkan..
A seperti ayam dengan itik
B seperti katak bawah tempurung
C seperti anjing dengan kucing
D seperti tikus baiki labu
Soalan 31 - 35
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
CIKGU HALIL : (Suara tinggi) Hari ini ada sesuatu yang ingin saya cakapkan. Masalah disiplin
antara murid semua. Disiplin sudah mulai merosot sejak kebelakangan ini. Sebentar tadi,
Zalina telah memberi saya sepucuk surat. Kenapa ini terus terjadi? Semasa bersekolah, kamu
semua dilarang berutus surat yang boleh menjatuhkan moral kamu. (Mengangkat surat)
Siapa yang tulis surat ini? Masing-masing pandang-memandang sesama sendiri.
ZALINA tunduk
CIKGU HALIL : Lebih baik kamu mengaku.
BADAR : (Berani) Saya cadangkan kita tubuhkan jawatankuasa penyiasat kelas ini.
CIKGU HALIL : Cadangan yang baik, sebelum saya sendiri menyiasat. Lebih baik kamu mengaku.
Jika kamu mengaku, saya tidak akan mengenakan sebarang hukuman.
ZALI tunduk.
CIKGU HALIL : Baiklah. Jika kamu semua tidak mengaku, keluarkan buku latihan Bahasa Melayu
dan buku karangan kamu. Letak di atas meja. Semua murid mengeluarkan buku.
CIKGU HALIL : Zalina, pastikan semua sudah mengeluarkan buku.
ZALINA : (Bangun) Baik, Cikgu. Zalina memeriksa setiap meja.
ZALINA : Zali tertinggal buku latihan, cikgu.
CIKGU HALIL : Tidak mengapa, asalkan ada buku karangan. CIKGU HALIL meneliti setiap buku
sepintas lalu. Tiba di meja ZALI, dia berhenti agak lama.
(Dipetik daripada Drama, Surat Untuk Ina
antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
11
31. Mengapakah Cikgu Halil meninggikan suaranya?
A kerana terdapat murid yang ponteng sekolah.
B kerana terdapat murid yang mengutus surat di sekolah.
C kerana terdapat murid yang merokok di sekolah
D kerana terdapat murid yang tidak siap kerja sekolah.
32. Apakah yang dicadangkan oleh Badar?
A. mengupah penyiasat persendirian.
B membuat laporan kepada pihak Polis.
C menubuhkan jawatankuasa penyiasat
D mengadakan mesyuarat jawatankuasa kelas.
33. Di manakah peristiwa ini berlaku?
A di kantin sekolah
B di makmal sains
C di bilik kelas
D di kedai buku
34. Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam drama ini.
A Kita mestilah sentiasa berjimat cermat.
B Kita mestilah berusaha supaya berjaya.
C Kita hendaklah sentiasa membaca surat.
D Kita haruslah mengaku kesalahan yang kita lakukan.
35. Apakah kesudahan drama ini?
A Zalina memaafi Zali.
B Zali kena tangkap oleh polis.
C Zalina berhenti sekolah.
D Zali lari dari kelas.
12
Soalan 36 - 40
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Burung-burung Pagi
Kau telah bangun
Mengirai sayapmu
Entah siul keberapa kau nyanyikan
Membuka mataku
Aku bangun
Masih kuap sekali di pintu
Dan setompok cahaya matahari di dadaku
Kerjaku sudah menanti
Kulihat kau mematuk pasir pertama
Melintas kota tandus dari pepohon
Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu
Atau secebis roti busuk
Dan remah anak-anak sekolah
Rezekimu
Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu
Tapi kau yang hanya
Sejemput daging
Begitu yakin dengan
Sayapmu yang kecil
A Wahab Ali
(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius,
Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)
13
36. Siapakah ’kau’ yang dimaksudkan dalam baris-baris sajak rangkap pertama?
A Pekerja kilang.
B Seekor burung.
C Kupu-kupu malam
D Seorang pejuang.
37 Penyajak amat mengagumi semangat burung kerana
A selalu bangun pagi
B suka senaman
C suka makan roti
D gigih berusaha mencari rezeki
38 Antara nilai yang terkandung dalam sajak ini termasuklah
A semangat patriotik
B rendah diri
C baik hati
D kegigihan
Kota tandus
39 Apakah unsur keindahan bahasa yang digunakann dalam baris sajak di atas?
A inversi
B metafora
C paradoks
D hiperbola
40 Apakah tema sajak ini?
A Hidup yang bahagia
B Taat kepada ibu bapa
C Kegigihan mencari rezeki
D Tanggungjawab kepada negara

More Related Content

What's hot

16249853 contoh-karangan-berformat
16249853 contoh-karangan-berformat 16249853 contoh-karangan-berformat
16249853 contoh-karangan-berformat Ting Ting Fiona
 
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Shankal Kashan
 
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4Husna Mahirah Hasan
 
Kata adjektif printed
Kata adjektif printedKata adjektif printed
Kata adjektif printedsuhaimi rahim
 
Latihan kata adjektif
Latihan kata adjektifLatihan kata adjektif
Latihan kata adjektifRozaidi Yusof
 
Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasanaserimangsor
 
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
52656347 penggunaan-kata-banyak-maknaer3r
 
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013Smk Gelam
 
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1PAKLONG CIKGU
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanJeglin Siva
 
Kesalahan ayat bm upsr 2013
Kesalahan ayat bm upsr 2013Kesalahan ayat bm upsr 2013
Kesalahan ayat bm upsr 2013Ahmad Syukri
 
2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karanganHew Mee Peng
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusAmiruddin Abd Rahman
 
Soalan bm tahun 3 pemahaman
Soalan bm tahun 3 pemahamanSoalan bm tahun 3 pemahaman
Soalan bm tahun 3 pemahamanUmie Arissa
 

What's hot (20)

16249853 contoh-karangan-berformat
16249853 contoh-karangan-berformat 16249853 contoh-karangan-berformat
16249853 contoh-karangan-berformat
 
Latihan kata pemeri
Latihan kata pemeriLatihan kata pemeri
Latihan kata pemeri
 
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
 
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
Kata adjektif printed
Kata adjektif printedKata adjektif printed
Kata adjektif printed
 
Latihan kata adjektif
Latihan kata adjektifLatihan kata adjektif
Latihan kata adjektif
 
Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasan
 
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
 
Latihan modul kata ganda jenis kata kerja
Latihan modul kata ganda jenis kata kerjaLatihan modul kata ganda jenis kata kerja
Latihan modul kata ganda jenis kata kerja
 
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
 
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Kesalahan ayat bm upsr 2013
Kesalahan ayat bm upsr 2013Kesalahan ayat bm upsr 2013
Kesalahan ayat bm upsr 2013
 
Kata ganti nama
Kata ganti namaKata ganti nama
Kata ganti nama
 
2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan2013年upsr必读的9篇bm karangan
2013年upsr必读的9篇bm karangan
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama DiriKata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri
 
Soalan bm tahun 3 pemahaman
Soalan bm tahun 3 pemahamanSoalan bm tahun 3 pemahaman
Soalan bm tahun 3 pemahaman
 

Similar to PMR BM K1: Cikgu Halil & Jawatankuasa Penyiasat

Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Mia Aleesya
 
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfBM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfzauyahsaad
 
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2rozuyyin
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)Amar Arif
 
Latih tubi tatabahasa
Latih tubi tatabahasaLatih tubi tatabahasa
Latih tubi tatabahasaGadis Blossom
 
Bm sjk pemahaman set 1 edit
Bm sjk pemahaman set 1   editBm sjk pemahaman set 1   edit
Bm sjk pemahaman set 1 editSELVAM PERUMAL
 
Latih tubi struktur ayat
Latih tubi struktur ayatLatih tubi struktur ayat
Latih tubi struktur ayatKathleen Ong
 
kata-banyak-makna.pdf
kata-banyak-makna.pdfkata-banyak-makna.pdf
kata-banyak-makna.pdfAki Untol
 
Latih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapanFasyah Tutor
 
Latih tubi kata_banyak_makna
Latih tubi kata_banyak_maknaLatih tubi kata_banyak_makna
Latih tubi kata_banyak_maknaKathleen Ong
 
Tatabahasa nota & latihan
Tatabahasa   nota & latihanTatabahasa   nota & latihan
Tatabahasa nota & latihanroselyza
 

Similar to PMR BM K1: Cikgu Halil & Jawatankuasa Penyiasat (20)

Soalan-Tatabahasa-BM.docx
Soalan-Tatabahasa-BM.docxSoalan-Tatabahasa-BM.docx
Soalan-Tatabahasa-BM.docx
 
Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3
 
A bmk1 ujianupsr_set4_08
A bmk1 ujianupsr_set4_08A bmk1 ujianupsr_set4_08
A bmk1 ujianupsr_set4_08
 
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfBM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
 
Kata nama am
Kata nama amKata nama am
Kata nama am
 
A soalan bmk1_model4
A soalan bmk1_model4A soalan bmk1_model4
A soalan bmk1_model4
 
Penilaian sumatif
Penilaian sumatifPenilaian sumatif
Penilaian sumatif
 
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
 
Latih tubi tatabahasa
Latih tubi tatabahasaLatih tubi tatabahasa
Latih tubi tatabahasa
 
Bm sjk pemahaman set 1 edit
Bm sjk pemahaman set 1   editBm sjk pemahaman set 1   edit
Bm sjk pemahaman set 1 edit
 
Latih tubi struktur ayat
Latih tubi struktur ayatLatih tubi struktur ayat
Latih tubi struktur ayat
 
Struktur ayat
Struktur ayatStruktur ayat
Struktur ayat
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
kata-banyak-makna.pdf
kata-banyak-makna.pdfkata-banyak-makna.pdf
kata-banyak-makna.pdf
 
Latih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata banyak-makna-berserta-jawapan
 
Latih tubi kata_banyak_makna
Latih tubi kata_banyak_maknaLatih tubi kata_banyak_makna
Latih tubi kata_banyak_makna
 
Tatabahasa nota & latihan
Tatabahasa   nota & latihanTatabahasa   nota & latihan
Tatabahasa nota & latihan
 
Latihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahamanLatihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahaman
 
Bm1 pmr 2009
Bm1 pmr 2009Bm1 pmr 2009
Bm1 pmr 2009
 

PMR BM K1: Cikgu Halil & Jawatankuasa Penyiasat

  • 1. 1 PMR BAHASA MELAYU KERTAS 1 1 JAM Arahan am: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Soalan 1 - 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Sepanjang saya bersekolah di situ, saya tidak____________ dikenakan tindakan disiplin. A akan B pernah C dapat D boleh 2. ” _____________ akan berangkat untuk pergi menunaikan haji pada malam ini juga,” titah sultan. A Saya B Beta C Patik D Hamba
  • 2. 2 Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3. Hj.Rosli menerima sepucuk surat ___________ rakannya yang berada di Sarawak. A daripada B untuk C pada D dari 4. Kamu ____________ datang ke rumah saya esok jika kamu kelapangan. A sudah B pernah C boleh D masih Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah. 5. Kami melihat kerja-kerja ______________ daun teh ketika melawat ke Cameron Highlangs. A mencantas B memotong C memetik D mencabut
  • 3. 3 Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah 6. Banyak ____________ tidak melepaskan peluang untuk menaiki kereta lembu jika berkunjung ke Melaka. A pelancong B pengembara C pemerhati D pelawat 7. _____________ kah cara kamu menyelesaikan masalah itu? A Bagaimana B Berapa C Mana D Siapa Soalan 8 - 14 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.Pilih jawapan yang paling sesuai. 8. Anak lembu kepunyaan Pak Rahman yang sedang meragut rumput di tepi A B belukar itu dimakan oleh seekor ular sawa. Tiada kesalahan. C D
  • 4. 4 9. Pihak Kesultanan Sulu yang bertapak di Lahad Datu perlu serah diri sebelum A B digempur oleh pasukan keselamatan negara.Tiada kesalahan. C D 10. Jalan menuju ke kawasan pedalaman itu lintang-pukang bagai A B C ular kena palu. Tiada kesalahan D 11. Lima buah senapang M16 berjaya dirampas oleh pihak Polis semasa mengeledah kem A B latihan musuh di Pulau Angsa baru-baru ini. Tiada kesalahan. C D 12. Suara penyanyi itu sungguh enak apabila mendendangkan lagu sempena majlis A B perkahwinan kakak saya. Tiada kesalahan. C D 13. Kapal perang tentera Amerika karam di Laut Pasifik setelah dibom oleh jet pejuang A B tentera Jepun semasa peperangan dunia kedua. Tiada kesalahan. C D 14. Encik Wan Adnan memberitahu pekerjanya lalu dia akan bercuti selama seminggu. A B C Tiada kesalahan. D
  • 5. 5 Soalan 15 - 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15. I Bunga mawar yang dibeli oleh emak berkedut kerana dilanggar orang semasa menaiki bas. II Dokumen penting itu telah berkedut kerana direnyukkan oleh adik sebentar tadi. III Kulit nenek berkedut kerana usianya yang sudah lanjut. IV Kain baju yang tidak berlipat itu berkedut seribu dan perlu digosok. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 16. I Hajah Mariam suka makan nasi kerabu. II Hari yang paling Cikgu Aminah suka ialah hari ulang tahun perkahwinannya. III Orang yang banyak suka ialah orang yang paling bahagia dalam hidupnya. IV Jangan suka berlebihan nanti ditimpa duka. A I dan II sahaja B I, II, dan IV sahaja C III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja 17. I Perniagaan En.Wee sudah jatuh. II Pokok kelapa di depan rumah Kamal baru sahaja jatuh ditiup angin. III Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. IV ”Pegang pinggan itu baik-baik supaya tidak jatuh nanti,” kata ibu. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D II, III, dan lV sahaja
  • 6. 6 Soalan 18 - 21 Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D. 18 Faruqi sering mengingati terhadap nasihat Cikgu Eh Chat supaya belajar dengan bersungguh- sungguh. A sering teringat B sering teringat akan C sering mengingatkan D sering mengingati terhadap 19 Banyak buah-buahan yang dijual oleh Wak Jono dibawa dari dusunnya di Muar. A Pelbagai jenis buah-buahan B Pelbagai buah-buahan C Banyak buah-buahan D Buah-buahan 20 Beberapa lori yang membawa balak telah terbalik apabila melanggar seekor gajah. A Beberapa buah lori-lori B Beberapa buah lori C Beberapa lori D Berapa lori 21 Ketua Polis Negara mengucapkan syabas diatas keberanian anggotanya dalam menjalankan tugas di Sabah. A atas keberanian anggotanya B ke atas keberanian anggotanya C di atas keberanian anggotanya D diatas keberanian anggotanya
  • 7. 7 Soalan 22 - 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau mahsud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22 Memancing merupakan hobi yang menyeronokkan untuk memenuhi masa lapang. A Seronok apabila memancing semasa masa lapang. B Hobi memancing boleh memenuhi melalui masa lapang. C Masa lapang atau masa senggang perlu dipenuhi dengan memancing. D Masa lapang boleh dipenuhi dengan hobi memancing yang menyeronokkan. 23 Mangsa banjir dipindahkan ke sekolah-sekolah yang berdekatan A Sekolah-sekolah yang berdekatan menjadi tempat perpindahan mangsa banjir B Sekolah-sekolah yang berdekatan menjadi mangsa perpindahan banjir. C Musim banjir selalu menyebabkan penduduk terpaksa berpindah. D Mangsa banjir perlu berpindah apabila banjir berlaku 24 Cikgu Rosli menangkap beberapa orang pelajar yang merokok di dalam tandas. A Cikgu Rosli berada di dalam tandas apabila menangkap beberapa orang pelajar. B Pelajar yang merokok perlu diambil tindakan yang sewajarnya oleh Cikgu Rosli.. C Beberapa orang pelajar telah ditangkap oleh Cikgu Rosli di dalam tandas kerana merokok D Pagi tadi Cikgu Rosli ke tandas untuk menangkap pelajar yang merokok.
  • 8. 8 Soalan 25 - 27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25 I Dua ekor kerbau mati digelek kereta api dari Kuala Lumpur malam tadi. II. Ayah berjanji akan membawa kami pergi makan angin di Pulau Tioman III Penduduk kampung saling tolong-menolong untuk menjayakan majlis perkahwinan anak Penghulu Ali IV ”Nyanyikan saya sebuah lagu,” pinta Siti. A I, II dan III sahaja B II, III dan IV sahaja C II dan III sahaja D II dan IV sahaja 26 I Jamuan tengahari yang diadakan diHotel Riverview terpaksa dibatalkan II Gencatan senjata perlu dilakukan demi keselamatan penduduk setempat. III Pelbagai barang perhiasan ada dijual di kedai cenderahati itu. IV Perjanjian Pangkor telah ditandatangani di Pulau Pangkor pada tahun 1875. A I, III dan IV sahaja B II, III dan IV sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  • 9. 9 27 I Pertempuran itu berlanjutan hampir tiga setengah jam. II Halaman rumah Mak Wan sungguh ceria kerana dia pembersih orangnya III Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang. IV Pelancong dari luar negara semakin tertarik akan negara kita. A I dan IV sahaja B II dan III sahaja C II, III, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV Soalan 28 - 30 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pemyataan-pernyataan yang berikut. Kera mendapat bunga 28 Peribahasa di atas bermaksud A Orang yang tidak tahu menghargai sesuatu yang elok B Orang yang memperoleh sesuatu yang diidam-idamkan C Orang yang mendapat hadiah istimewa D .Orang yang menerima rasuah 29 Ramlah ialah____________Ramli sejak di bangku sekolah lagi. A buah hati B buah tangan C buah fikiran D buah mulut
  • 10. 10 30 Fatin dan Farah selalu bergaduh walaupun mereka adik beradik. Perangai mereka diibaratkan.. A seperti ayam dengan itik B seperti katak bawah tempurung C seperti anjing dengan kucing D seperti tikus baiki labu Soalan 31 - 35 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. CIKGU HALIL : (Suara tinggi) Hari ini ada sesuatu yang ingin saya cakapkan. Masalah disiplin antara murid semua. Disiplin sudah mulai merosot sejak kebelakangan ini. Sebentar tadi, Zalina telah memberi saya sepucuk surat. Kenapa ini terus terjadi? Semasa bersekolah, kamu semua dilarang berutus surat yang boleh menjatuhkan moral kamu. (Mengangkat surat) Siapa yang tulis surat ini? Masing-masing pandang-memandang sesama sendiri. ZALINA tunduk CIKGU HALIL : Lebih baik kamu mengaku. BADAR : (Berani) Saya cadangkan kita tubuhkan jawatankuasa penyiasat kelas ini. CIKGU HALIL : Cadangan yang baik, sebelum saya sendiri menyiasat. Lebih baik kamu mengaku. Jika kamu mengaku, saya tidak akan mengenakan sebarang hukuman. ZALI tunduk. CIKGU HALIL : Baiklah. Jika kamu semua tidak mengaku, keluarkan buku latihan Bahasa Melayu dan buku karangan kamu. Letak di atas meja. Semua murid mengeluarkan buku. CIKGU HALIL : Zalina, pastikan semua sudah mengeluarkan buku. ZALINA : (Bangun) Baik, Cikgu. Zalina memeriksa setiap meja. ZALINA : Zali tertinggal buku latihan, cikgu. CIKGU HALIL : Tidak mengapa, asalkan ada buku karangan. CIKGU HALIL meneliti setiap buku sepintas lalu. Tiba di meja ZALI, dia berhenti agak lama. (Dipetik daripada Drama, Surat Untuk Ina antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)
  • 11. 11 31. Mengapakah Cikgu Halil meninggikan suaranya? A kerana terdapat murid yang ponteng sekolah. B kerana terdapat murid yang mengutus surat di sekolah. C kerana terdapat murid yang merokok di sekolah D kerana terdapat murid yang tidak siap kerja sekolah. 32. Apakah yang dicadangkan oleh Badar? A. mengupah penyiasat persendirian. B membuat laporan kepada pihak Polis. C menubuhkan jawatankuasa penyiasat D mengadakan mesyuarat jawatankuasa kelas. 33. Di manakah peristiwa ini berlaku? A di kantin sekolah B di makmal sains C di bilik kelas D di kedai buku 34. Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam drama ini. A Kita mestilah sentiasa berjimat cermat. B Kita mestilah berusaha supaya berjaya. C Kita hendaklah sentiasa membaca surat. D Kita haruslah mengaku kesalahan yang kita lakukan. 35. Apakah kesudahan drama ini? A Zalina memaafi Zali. B Zali kena tangkap oleh polis. C Zalina berhenti sekolah. D Zali lari dari kelas.
  • 12. 12 Soalan 36 - 40 Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Burung-burung Pagi Kau telah bangun Mengirai sayapmu Entah siul keberapa kau nyanyikan Membuka mataku Aku bangun Masih kuap sekali di pintu Dan setompok cahaya matahari di dadaku Kerjaku sudah menanti Kulihat kau mematuk pasir pertama Melintas kota tandus dari pepohon Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu Atau secebis roti busuk Dan remah anak-anak sekolah Rezekimu Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu Tapi kau yang hanya Sejemput daging Begitu yakin dengan Sayapmu yang kecil A Wahab Ali (Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)
  • 13. 13 36. Siapakah ’kau’ yang dimaksudkan dalam baris-baris sajak rangkap pertama? A Pekerja kilang. B Seekor burung. C Kupu-kupu malam D Seorang pejuang. 37 Penyajak amat mengagumi semangat burung kerana A selalu bangun pagi B suka senaman C suka makan roti D gigih berusaha mencari rezeki 38 Antara nilai yang terkandung dalam sajak ini termasuklah A semangat patriotik B rendah diri C baik hati D kegigihan Kota tandus 39 Apakah unsur keindahan bahasa yang digunakann dalam baris sajak di atas? A inversi B metafora C paradoks D hiperbola 40 Apakah tema sajak ini? A Hidup yang bahagia B Taat kepada ibu bapa C Kegigihan mencari rezeki D Tanggungjawab kepada negara