1. SPRINGFIELD SECONDARY SCHOOL
“BETTER SELF FOR BETTER TOMORROW”
Latihan
Kefahaman
Nama: ________________________________ ( )
Kelas: ________________
Tarikh: ________________
ARAHAN: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.
Pak Samad merokok, Mak Salmah merokok. Anak mereka yang tua, Mazlan juga
merokok. Paling teruk ialah cucu lelaki Pak Samad, Mursyid, yang baru berumur sepuluh
tahun juga sudah ketagih merokok. Saban hari rumah mereka bergelumang dengan bahan
beracun itu. Bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi?
5
Sikap sambil lewa akan teguran yang dilemparkan kepada mereka akan bahaya
rokok tidak pernah mengubah Pak Samad. Falsafahnya ialah ajal dan maut, Tuhan yang
merencanakannya. Jangan suka menjaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri.
Ibu bapa Mursyid kini mencari rezeki di Brunei dan Malaysia. Mursyid memang
sangat rapat dan manja dengan Pak Samad dan Mak Salmah sejak kecil lagi. Lebih-lebih
lagi ibu bapa Mursyid menjalankan perniagaan pakaian muslimah di Brunei dan Malaysia. 10
Mereka meletakkan Mursyid di bawah jagaan ibu bapa mereka yang sememangnya
menyayangi cucunya yang seorang ini. Mereka pernah berselisih faham kerana berebut-
rebut hendak membela Mursyid.
“Mursyid sudah rapat dengan kami. Biarlah kami jaga anak kamu. Selagi tulang 15
empat kerat aku tidak patah, anak kamu tidak akan mati kelaparan. Kami perlakukan
Mursyid itu bagai menatang minyak yang penuh,” kata Pak Samad semasa bapa Mursyid
menelefon Pak Samad.
Sebenarnya bapa Mursyid memendam perasaan yang pilu setiap kali nama
Mursyid disebut. Bapa Mursyid memang sangat terhutang budi kepada ayahnya yang
banyak berkorban untuk menjayakan perniagaannya itu. Dulu tugasnya hanya membeli- 20
belah barangan di Brunei dan Malaysia untuk dijual di Singapura. Kini , dia telah berjaya
menembusi pasaran di sana.
Setiap kali takbir hari Raya berkumandang, muncullah ibu bapa Mursyid di rumah
Pak Samad dan Mak Salmah dan setiap kali itu, Mursyid diajak keluar oleh Pak Samad.
Satu tamparan yang hebat dirasakan oleh ibu bapa Mursyid. Tergamak Pak Samad 25
membawa Mursyid sedangkan ibu bapanya terpacak di tengah-tengah rumah. Hati mereka
hancur apabila melihat anak sendiri tidak mengendahkan ibu bapanya. Baju baru, seluar
baru, segala-galanya baru belum cukup untuk mematahkan kasih sayang Pak Samad dan
Mak Salmah terhadap Mursyid.
30
“Tergamak ayah membiarkan Mursyid merokok. Mengapa ajar dia merokok?
Mursyid bukan sahaja tidak berbudi bahasa, kurang ajar pula. Didikan apa yang ayah
2. terapkan kepada anak kami? Ini surat apa ayah?
Pak Samad gugup dan terketar-ketar apabila melihat bapa Mursyid memegang
sepucuk surat. Pak Samad terlupa hendak menyembunyikan surat itu. Mata Pak Samad
terpaku pada isi kandungan surat itu: ‘Cucu tuan disahkan menghidap penyakit barah paru- 35
paru.’
(dipetik dan diubahsuai daripada cerpen ‘Salah Siapa’ oleh Huda Naim, Majalah Nur Mei 2000)
ARAHAN: Berdasarkan petikan karangan di atas, jawab soalan-soalan yang
diberikan.
1 Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa ‘ke mana tumpahnya kuah kalau
bukan ke nasi’? (3 markah)
2 Setujukah kamu bahawa Pak Samad seorang yang tidak mahu mendengar teguran
orang lain? Berikan dua sebab. (4 markah)
3 Pada pendapat kamu, adakah Pak Samad menjalankan tugasnya sebagai datuk
dengan berkesan? Berikan dua bukti bagi menyokong kenyataan kamu
(6 markah)
4 Jikalau kamu menjadi ibu atau bapa Mursyid, apakah tindakan susulan yang akan
kamu ambil untuk mengatasi masalah Mursyid? Berikan dua contoh (6 markah)
Bagi Soalan 5, terangkan maksud perkataan atau frasa yang diberikan berdasarkan
petikan.
5 i) sambil lewa (baris 6) (2 markah)
ii) memendam perasaan (baris 23) (2 markah)
iii) mengendahkan (baris 31) (2 markah)