SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
KEMAHIRAN BERCERITA
1) Permulaan cerita yang menarik
Sebelum guru memulakan sebarang cerita, guru terlebih dahulu bertanyakan kepada
pelajar mengenai cerita apa yang pelajar tahu tentang pengangkutan. Perkaitan info atau
maklumat yang pelajar tahu mengenai topik yang akan diceritakan adalah sangat penting
kerana ia akan menarik minat pelajar untuk bersama-sama bercerita atau memberi
kerjasama yang baik. Permulaan cerita yang dimulakan oleh pelajar juga dapat menarik
perhatian rakan pelajar yang lain di dalam kelas.
Apabila pelajar telah mula menunjukkan minat terhadap cerita tersebut, guru boleh
bersoal jawab dengan pelajar tentang klimaks cerita tersebut. Kaedah ini dapat
mengurangkan rasa bosan pelajar yang hanya berperanan sebagai pendengar sahaja. Guru
juga boleh bertanyakan pendapat pelajar bagi berkongsi maklumat yang ada.
Bagi menarik lagi cerita tersebut, guru haruslah bercerita dengan menyesuaikan isi-isi
penting dengan peringkat umur dan juga tahap pemikiran pelajar kelas tersebut. Kaedah
ini bagi mengelakkan pelajar tidak memahami apa yang ingin disampaikan guru.
2) Guru melukis gambar/ peta minda/ jadual
Kemahiran bercerita dengan menggunakan kaedah melukis gambar, peta minda atau
jadual juga dapat menarik minat pelajar untuk memberi perhatian yang maksimum. Hal
ini kerana jika guru bercerita besertakan gambar, peta minda atau jadual akan
menggalakkan pelajar supaya berfikir apa yang mereka lihat di hadapan. Kaedah ini
dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar. Malah ia juga mengelakkan
pelajar berasa mengantuk atau bosan.
Mahupun begitu, gambar, peta minda atau jadual yang dibina itu haruslah mengikut
langkah-langkah yang terdapat kesinambungan cerita tersebut. Perkara ini bagi
mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan jalan cerita tersebut.
Dengan adanya gambar, peta minda atau jadual di papan putih turut dapat membantu
pelajar mengingati semua isi-isi penting yang disampaikan guru. Sebagai contoh guru
melukis peta minda seperti di bawah.
Peta minda faktor2 pemilihan pengangkutan………….
3) Guru menggunakan bahasa yang sesuai
Dalam proses penceritaan, bahasa merupakan alat yang paling penting untuk
menyampaikan sebarang maklumat kepada orang lain. Justeru itu, guru mestilah
menggunakan bahasa yang paling mudah difahami oleh pelajar dan bersesuaian dengan
tajuk perbincangan. Sebagai contoh, percampuran bahasa melayu dan bahasa inggeris
pada masa yang sama ketika bercerita ada kalanya tidak sesuai bagi sesetengah pelajar.
Hal ini kerana peringkat pemikiran atau kognitif pelajar adalah berbeza. Seterusnya ,
penggunaan bahasa yang mudah dan tidak terlalu formal juga dapat memudahkan pelajar
untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru . Perkara ini di sebabkan oleh
para remaja sekarang yang tidak gemar akan bahasa yang terlalu formal dan mereka akan
menjadi mudah bosan dan akan mula tidak memberi perhatian yang sepenuhnya ketika
guru sedang mengajar .
4) Elakkan bercerita dengan terlalu lama .
Sebelum kita menjadi guru , sudah tentu kita sudah menempuh alam persekolahan seperti
mana yang dilalui oleh pelajar kita . Perasaan bosan yang sering menjengah sudah
menjadi kebiasaan kepada pelajar ketika guru sedang mengajar . Oleh itu , sebagai guru
yang bertanggungjawab untuk mewarisi ilmu kepada pelajar , cubalah elakkan untuk
bercerita dan menerangkan sesuatu kepada pelajar tersebut dengan terlalu lama dek
kerana pelajar tersebut akan mula menunjukkan tanda-tanda bosan dan jemu , secara
tidak langsung guru tersebut juga akan terasa hati . Jika sudah terasa hati , sudah tentu
semangat untuk mencurahkan ilmu akan menjadi luntur . Gunakanlah cara yang berkesan
, contohnya dengan menceritakan sesuatu dengan ringkas , tetapi padat dengan ilmu dan
input yang menarik . Setelah itu , guru juga boleh membuat kuiz mini untuk menguji
tahap kefahaman pelajar dan jika didapati lemah , guru boleh mengulangi topik yang
diceritakan . Tambahan , guru boleh menambah tahap kefahaman pelajar dengan cara
memberi contoh situasi dan mengajak mereka membayangkan situasi tersebut . Dengan
cara ini , pelajar dapat memahami dengan mendalam dan berkesan .
5) Guru bercerita mengikut langkah-langkah yang teratur .
Guru yang bijak akan mengajar pelajarnya dengan penceritaan yang teratur . Misalnya ,
guru akan memulakan cerita dengan susunan yang betul yang dimulakan dengan
pengenalan bukannya dimulakan dengan klimaks . Jika hal ini berlaku , maka pelajar
tidak dapat faham penceritaan yang ingin di sampaikan oleh guru . Guru yang prihatin
mestilah faham akan tahap pembelajaran pelajar . Oleh itu , mulakanlah penceritaan
dengan pengenalan dan kemudian ke tahap yang lebih tinggi . Tidak semua pelajar telah
membuat persediaan seperti mengulangkaji terlebih dahulu topik yang ingin
dibincangkan oleh guru sebelum memulakan pengajaran . Justeru , guru tidak boleh
sambil lewa ketika mengajar kerana kesannya pelajar akan lemah dalam topik tersebut .
Akhir sekali , di akhir penceritaan , apa yang paling penting ialah konklusi daripada
penceritaan tersebut serta input yang dapat pelajar peroleh .
6) Guru bercerita dengan penuh perasaan .
Bagi memantapkan lagi bentuk penceritaan guru , guru boleh menggunakan perasaan
dengan bersungguh-sungguh untuk menunjukkan kesungguhan guru mendalami cerita
tersebut . Jika cerita tersebut sedih , maka guru juga mesti menggunakan mimik muka
yang sedih . Jika lucu cerita tersebut maka guru juga perlu untuk membuat jenaka bagi
memberi kesan kepada pelajar . Dalam erti kata lain , guru haruslah genius untuk
memainkan mimik-mimik muka yang betul ketika penceritaan berlangsung . Janganlah
ketika cerita itu sedang di klimaks yang genting dan serius , guru dengan tiba-tiba
membuat jenaka . Ini sama sekali tidak kena dengan mood pelajar . Selain itu , untuk
menambahkan lagi pemahaman pelajar dengan cerita tersebut , guru boleh meminta
pelajar untuk menceritakan kembali cerita tersebut dengan melakonkan watak watak yang
ada . Dengan cara berlakon , pelajar dapat menggunakan ekspresi dan mimik muka dan
secara automatik pelajar dapat mendalaminya .
7) Guru menceritakan pengalaman yang pernah berlaku atau andaian jika berlaku .
Semasa penceritaan berlangsung , jika terdapat mana-mana bahagian yang pernah di
alami oleh guru , tidak salah jika guru menceritakan pengalaman dan memaklumkan
kepada pelajar bagaimana cara guru menanganinya . Ini secara tidak langsung dapat
menambahkan pemahaman pelajar . Seterusnya , guru juga boleh memberi andaian jika
berlaku perkara tersebut dan meminta pelajar untuk memberi pendapat tentang cara untuk
menanganinya . Pelajar sangat gemar dengan cara ini kerana dapat di kaitkan dengan
kehidupan mereka dan sesi penceritaan juga menjadi lebih menarik . Hasilnya , pelajar
akan mula berasa minat untuk belajar dan guru juga akan bertambah semangat .
8) Guru bercerita dengan penuh keyakinan .
Guru yang disukai pelajar adalah guru yang berpersonaliti berkeyakinan . Namun begitu,
berpersonaliti yakin secara luaran sahaja tidak cukup . Semasa mengajar juga guru
haruslah percaya pada diri dan yakin . Buanglah perasaan takut semasa bercerita kerana
dapat memberi impak semasa penceritaan berlaku . Berkeyakinanlah semasa bercerita
untuk menarik kepercayaan pelajar terhadap guru . Jika guru tidak yakin dengan diri
sendiri , pelajar secara tidak langsung tidak akan tertarik dengan cerita guru. Guru yang
mempunyai keyakinan yang tinggi akan dapat menceritakan sesuatu perkara dengan lebih
berkesan . Hasilnya , pelajar akan mudah mendapat impak yang baik dan yakin akan
kebenaran cerita yang telah diceritakan oleh guru . Seterusnya , guru yang berkeyakinan
diri juga akan menimbulkan rasa minat pelajar untuk mendengar dengan lebih lanjut
cerita guru .
9) Guru bercerita dengan menunjukkan contoh gambar dan lain lain .
Seorang guru yang bijak menarik perhatian pelajar akan menggunakan pelbagai kaedah
bagi menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Misalnya ,
guru akan membawa barang atau bahan yang berkaitan dengan cerita yang ingin
disampaikan iaitu replika atau gambar kenderaan bagi menambah pemahaman pelajar .
Kaedah seterusnya ialah dengan memberi formula ringkas yang dicipta sendiri kepada
pelajar untuk menambahkan lagi proses pemahaman mereka . Tetapi , guru-guru juga
harus berhati-hati semasa memberi formula agar pelajar tidak keliru . Seterusnya , guru
juga boleh membawa pelajar ke tempat yang berlaku dalam cerita yang disampaikan oleh
guru . Sebagai contoh , lawatan ke kilang pembuatan kereta .
10) Guru menceritakan situasi dan pelajar cuba menyelesaikan dengan menerangkan semula
atau penyelesaian masalah .
Bagi mengukuhkan lagi pemahaman pelajar , guru juga boleh menceritakan situasi
berdasarkan kisah benar atau andaian kepada pelajar . Berdasarkan cerita tersebut , guru
boleh meminta pandangan pelajar dengan cara perbincangan kumpulan antara pelajar .
Selain itu , guru juga boleh bertanyakan kepada pelajar sama ada mereka ingin berkongsi
cerita yang telah dihadapi mereka . Dengan cara ini , pembelajaran adalah lebih berpusat
kepada pelajar . Situasi ini amat baik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran . Selain
pelajar diberi peluang untuk mengutarakan pendapat , mereka juga berpeluang untuk
berfikir dengan lebih kreatif dan kritis . Secara keseluruhannya , kaedah ini akan
menggalakkan pelajar supaya lebih aktif dalam aktiviti kelas di samping mendapat input
yang bernas dalam kalangan mereka .

More Related Content

What's hot

pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifErwina Masir
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajarshare with me
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Kemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid PrasekolahKemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid Prasekolahizyan mardhiah
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaansuhasah
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaFatiha Khaidzir
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatifcg.Teha Amran
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 

What's hot (20)

Bahan bantu belajar
Bahan bantu belajarBahan bantu belajar
Bahan bantu belajar
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatif
 
Rph
RphRph
Rph
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
10. contoh rph -
10. contoh rph -10. contoh rph -
10. contoh rph -
 
Jenis jenis boneka
Jenis jenis bonekaJenis jenis boneka
Jenis jenis boneka
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Kemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid PrasekolahKemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid Prasekolah
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1
 
Modul didik hibur
Modul didik hiburModul didik hibur
Modul didik hibur
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaan
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 

Viewers also liked

Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)Durani Hanis
 
Kemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulisKemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulisSohib AlQuran
 
Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaibibahfayyadh
 
Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah
Teks pengacara majlis persaraan pn jaharahTeks pengacara majlis persaraan pn jaharah
Teks pengacara majlis persaraan pn jaharahRujhan Ibrahim
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnersehafbi
 
teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis Mahani Mohamad
 
Pantun Perpisahan
Pantun PerpisahanPantun Perpisahan
Pantun Perpisahanguest76146e
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 

Viewers also liked (20)

Teori kepelbagaian kecerdasan
Teori kepelbagaian kecerdasanTeori kepelbagaian kecerdasan
Teori kepelbagaian kecerdasan
 
Karangan ucapan 1
Karangan ucapan 1Karangan ucapan 1
Karangan ucapan 1
 
Qasedah yg dikumpul
Qasedah yg dikumpulQasedah yg dikumpul
Qasedah yg dikumpul
 
Qasedah al anasyeed
Qasedah al anasyeedQasedah al anasyeed
Qasedah al anasyeed
 
Qasedah dikir
Qasedah dikirQasedah dikir
Qasedah dikir
 
Kaedah bercerita
Kaedah berceritaKaedah bercerita
Kaedah bercerita
 
Kepelbagaian kecerdasan
Kepelbagaian kecerdasanKepelbagaian kecerdasan
Kepelbagaian kecerdasan
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
 
Kemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulisKemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulis
 
Pengenalan Teknik Bercerita
Pengenalan Teknik Bercerita Pengenalan Teknik Bercerita
Pengenalan Teknik Bercerita
 
Pelbagai Kecerdasan ppt
Pelbagai Kecerdasan pptPelbagai Kecerdasan ppt
Pelbagai Kecerdasan ppt
 
Teknik bercerita
Teknik berceritaTeknik bercerita
Teknik bercerita
 
Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai
 
Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai
 
Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah
Teks pengacara majlis persaraan pn jaharahTeks pengacara majlis persaraan pn jaharah
Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardner
 
teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis
 
Pantun Perpisahan
Pantun PerpisahanPantun Perpisahan
Pantun Perpisahan
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 

Similar to Kemahiran bercerita

TERAPI-BERCERITA.pptx
TERAPI-BERCERITA.pptxTERAPI-BERCERITA.pptx
TERAPI-BERCERITA.pptxHalismy1
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM SHAKILAJAKISS1
 
Guru yang baik yuliza
Guru yang baik yulizaGuru yang baik yuliza
Guru yang baik yulizadarma wati
 
Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasMasriqon Masriqon
 
Bercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataan
Bercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataanBercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataan
Bercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataanckinsweet
 
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyaniBagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyanidarma wati
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
LK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi.docx
LK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi.docxLK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi.docx
LK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi.docxFatmawatiLaisouw
 
Bab 1 modul kb 2 menjelaskan(1)
Bab 1 modul kb 2 menjelaskan(1)Bab 1 modul kb 2 menjelaskan(1)
Bab 1 modul kb 2 menjelaskan(1)PratiwiKartikaSari
 
LK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi-1.pdf
LK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi-1.pdfLK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi-1.pdf
LK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi-1.pdfFatmawatiLaisouw
 
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp0149475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01Mat mohd
 

Similar to Kemahiran bercerita (20)

TERAPI-BERCERITA.pptx
TERAPI-BERCERITA.pptxTERAPI-BERCERITA.pptx
TERAPI-BERCERITA.pptx
 
Laporan 1
Laporan 1Laporan 1
Laporan 1
 
mendongeng.pptx
mendongeng.pptxmendongeng.pptx
mendongeng.pptx
 
mendongeng.pptx
mendongeng.pptxmendongeng.pptx
mendongeng.pptx
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
 
Guru yang baik yuliza
Guru yang baik yulizaGuru yang baik yuliza
Guru yang baik yuliza
 
Proposal ptk.1
Proposal ptk.1Proposal ptk.1
Proposal ptk.1
 
Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelas
 
Bercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataan
Bercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataanBercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataan
Bercerita tentang gambar atau bahan tiada perkataan
 
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyaniBagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
 
Teaching style
Teaching styleTeaching style
Teaching style
 
Kb
KbKb
Kb
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
Modul KB 2 Menjelaskan
Modul KB 2 MenjelaskanModul KB 2 Menjelaskan
Modul KB 2 Menjelaskan
 
LK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi.docx
LK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi.docxLK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi.docx
LK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi.docx
 
Ppt immmah
Ppt immmahPpt immmah
Ppt immmah
 
Bab 1 modul kb 2 menjelaskan(1)
Bab 1 modul kb 2 menjelaskan(1)Bab 1 modul kb 2 menjelaskan(1)
Bab 1 modul kb 2 menjelaskan(1)
 
Metode Bercerita Anak Usia DIni
Metode Bercerita Anak Usia DIniMetode Bercerita Anak Usia DIni
Metode Bercerita Anak Usia DIni
 
LK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi-1.pdf
LK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi-1.pdfLK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi-1.pdf
LK. 2.1. Explorasi Alternatif Solusi-1.pdf
 
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp0149475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
 

Kemahiran bercerita

  • 1. KEMAHIRAN BERCERITA 1) Permulaan cerita yang menarik Sebelum guru memulakan sebarang cerita, guru terlebih dahulu bertanyakan kepada pelajar mengenai cerita apa yang pelajar tahu tentang pengangkutan. Perkaitan info atau maklumat yang pelajar tahu mengenai topik yang akan diceritakan adalah sangat penting kerana ia akan menarik minat pelajar untuk bersama-sama bercerita atau memberi kerjasama yang baik. Permulaan cerita yang dimulakan oleh pelajar juga dapat menarik perhatian rakan pelajar yang lain di dalam kelas. Apabila pelajar telah mula menunjukkan minat terhadap cerita tersebut, guru boleh bersoal jawab dengan pelajar tentang klimaks cerita tersebut. Kaedah ini dapat mengurangkan rasa bosan pelajar yang hanya berperanan sebagai pendengar sahaja. Guru juga boleh bertanyakan pendapat pelajar bagi berkongsi maklumat yang ada. Bagi menarik lagi cerita tersebut, guru haruslah bercerita dengan menyesuaikan isi-isi penting dengan peringkat umur dan juga tahap pemikiran pelajar kelas tersebut. Kaedah ini bagi mengelakkan pelajar tidak memahami apa yang ingin disampaikan guru.
  • 2. 2) Guru melukis gambar/ peta minda/ jadual Kemahiran bercerita dengan menggunakan kaedah melukis gambar, peta minda atau jadual juga dapat menarik minat pelajar untuk memberi perhatian yang maksimum. Hal ini kerana jika guru bercerita besertakan gambar, peta minda atau jadual akan menggalakkan pelajar supaya berfikir apa yang mereka lihat di hadapan. Kaedah ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar. Malah ia juga mengelakkan pelajar berasa mengantuk atau bosan. Mahupun begitu, gambar, peta minda atau jadual yang dibina itu haruslah mengikut langkah-langkah yang terdapat kesinambungan cerita tersebut. Perkara ini bagi mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan jalan cerita tersebut. Dengan adanya gambar, peta minda atau jadual di papan putih turut dapat membantu pelajar mengingati semua isi-isi penting yang disampaikan guru. Sebagai contoh guru melukis peta minda seperti di bawah. Peta minda faktor2 pemilihan pengangkutan………….
  • 3. 3) Guru menggunakan bahasa yang sesuai Dalam proses penceritaan, bahasa merupakan alat yang paling penting untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada orang lain. Justeru itu, guru mestilah menggunakan bahasa yang paling mudah difahami oleh pelajar dan bersesuaian dengan tajuk perbincangan. Sebagai contoh, percampuran bahasa melayu dan bahasa inggeris pada masa yang sama ketika bercerita ada kalanya tidak sesuai bagi sesetengah pelajar. Hal ini kerana peringkat pemikiran atau kognitif pelajar adalah berbeza. Seterusnya , penggunaan bahasa yang mudah dan tidak terlalu formal juga dapat memudahkan pelajar untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru . Perkara ini di sebabkan oleh para remaja sekarang yang tidak gemar akan bahasa yang terlalu formal dan mereka akan menjadi mudah bosan dan akan mula tidak memberi perhatian yang sepenuhnya ketika guru sedang mengajar .
  • 4. 4) Elakkan bercerita dengan terlalu lama . Sebelum kita menjadi guru , sudah tentu kita sudah menempuh alam persekolahan seperti mana yang dilalui oleh pelajar kita . Perasaan bosan yang sering menjengah sudah menjadi kebiasaan kepada pelajar ketika guru sedang mengajar . Oleh itu , sebagai guru yang bertanggungjawab untuk mewarisi ilmu kepada pelajar , cubalah elakkan untuk bercerita dan menerangkan sesuatu kepada pelajar tersebut dengan terlalu lama dek kerana pelajar tersebut akan mula menunjukkan tanda-tanda bosan dan jemu , secara tidak langsung guru tersebut juga akan terasa hati . Jika sudah terasa hati , sudah tentu semangat untuk mencurahkan ilmu akan menjadi luntur . Gunakanlah cara yang berkesan , contohnya dengan menceritakan sesuatu dengan ringkas , tetapi padat dengan ilmu dan input yang menarik . Setelah itu , guru juga boleh membuat kuiz mini untuk menguji tahap kefahaman pelajar dan jika didapati lemah , guru boleh mengulangi topik yang diceritakan . Tambahan , guru boleh menambah tahap kefahaman pelajar dengan cara memberi contoh situasi dan mengajak mereka membayangkan situasi tersebut . Dengan cara ini , pelajar dapat memahami dengan mendalam dan berkesan .
  • 5. 5) Guru bercerita mengikut langkah-langkah yang teratur . Guru yang bijak akan mengajar pelajarnya dengan penceritaan yang teratur . Misalnya , guru akan memulakan cerita dengan susunan yang betul yang dimulakan dengan pengenalan bukannya dimulakan dengan klimaks . Jika hal ini berlaku , maka pelajar tidak dapat faham penceritaan yang ingin di sampaikan oleh guru . Guru yang prihatin mestilah faham akan tahap pembelajaran pelajar . Oleh itu , mulakanlah penceritaan dengan pengenalan dan kemudian ke tahap yang lebih tinggi . Tidak semua pelajar telah membuat persediaan seperti mengulangkaji terlebih dahulu topik yang ingin dibincangkan oleh guru sebelum memulakan pengajaran . Justeru , guru tidak boleh sambil lewa ketika mengajar kerana kesannya pelajar akan lemah dalam topik tersebut . Akhir sekali , di akhir penceritaan , apa yang paling penting ialah konklusi daripada penceritaan tersebut serta input yang dapat pelajar peroleh .
  • 6. 6) Guru bercerita dengan penuh perasaan . Bagi memantapkan lagi bentuk penceritaan guru , guru boleh menggunakan perasaan dengan bersungguh-sungguh untuk menunjukkan kesungguhan guru mendalami cerita tersebut . Jika cerita tersebut sedih , maka guru juga mesti menggunakan mimik muka yang sedih . Jika lucu cerita tersebut maka guru juga perlu untuk membuat jenaka bagi memberi kesan kepada pelajar . Dalam erti kata lain , guru haruslah genius untuk memainkan mimik-mimik muka yang betul ketika penceritaan berlangsung . Janganlah ketika cerita itu sedang di klimaks yang genting dan serius , guru dengan tiba-tiba membuat jenaka . Ini sama sekali tidak kena dengan mood pelajar . Selain itu , untuk menambahkan lagi pemahaman pelajar dengan cerita tersebut , guru boleh meminta pelajar untuk menceritakan kembali cerita tersebut dengan melakonkan watak watak yang ada . Dengan cara berlakon , pelajar dapat menggunakan ekspresi dan mimik muka dan secara automatik pelajar dapat mendalaminya .
  • 7. 7) Guru menceritakan pengalaman yang pernah berlaku atau andaian jika berlaku . Semasa penceritaan berlangsung , jika terdapat mana-mana bahagian yang pernah di alami oleh guru , tidak salah jika guru menceritakan pengalaman dan memaklumkan kepada pelajar bagaimana cara guru menanganinya . Ini secara tidak langsung dapat menambahkan pemahaman pelajar . Seterusnya , guru juga boleh memberi andaian jika berlaku perkara tersebut dan meminta pelajar untuk memberi pendapat tentang cara untuk menanganinya . Pelajar sangat gemar dengan cara ini kerana dapat di kaitkan dengan kehidupan mereka dan sesi penceritaan juga menjadi lebih menarik . Hasilnya , pelajar akan mula berasa minat untuk belajar dan guru juga akan bertambah semangat .
  • 8. 8) Guru bercerita dengan penuh keyakinan . Guru yang disukai pelajar adalah guru yang berpersonaliti berkeyakinan . Namun begitu, berpersonaliti yakin secara luaran sahaja tidak cukup . Semasa mengajar juga guru haruslah percaya pada diri dan yakin . Buanglah perasaan takut semasa bercerita kerana dapat memberi impak semasa penceritaan berlaku . Berkeyakinanlah semasa bercerita untuk menarik kepercayaan pelajar terhadap guru . Jika guru tidak yakin dengan diri sendiri , pelajar secara tidak langsung tidak akan tertarik dengan cerita guru. Guru yang mempunyai keyakinan yang tinggi akan dapat menceritakan sesuatu perkara dengan lebih berkesan . Hasilnya , pelajar akan mudah mendapat impak yang baik dan yakin akan kebenaran cerita yang telah diceritakan oleh guru . Seterusnya , guru yang berkeyakinan diri juga akan menimbulkan rasa minat pelajar untuk mendengar dengan lebih lanjut cerita guru .
  • 9. 9) Guru bercerita dengan menunjukkan contoh gambar dan lain lain . Seorang guru yang bijak menarik perhatian pelajar akan menggunakan pelbagai kaedah bagi menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Misalnya , guru akan membawa barang atau bahan yang berkaitan dengan cerita yang ingin disampaikan iaitu replika atau gambar kenderaan bagi menambah pemahaman pelajar . Kaedah seterusnya ialah dengan memberi formula ringkas yang dicipta sendiri kepada pelajar untuk menambahkan lagi proses pemahaman mereka . Tetapi , guru-guru juga harus berhati-hati semasa memberi formula agar pelajar tidak keliru . Seterusnya , guru juga boleh membawa pelajar ke tempat yang berlaku dalam cerita yang disampaikan oleh guru . Sebagai contoh , lawatan ke kilang pembuatan kereta .
  • 10. 10) Guru menceritakan situasi dan pelajar cuba menyelesaikan dengan menerangkan semula atau penyelesaian masalah . Bagi mengukuhkan lagi pemahaman pelajar , guru juga boleh menceritakan situasi berdasarkan kisah benar atau andaian kepada pelajar . Berdasarkan cerita tersebut , guru boleh meminta pandangan pelajar dengan cara perbincangan kumpulan antara pelajar . Selain itu , guru juga boleh bertanyakan kepada pelajar sama ada mereka ingin berkongsi cerita yang telah dihadapi mereka . Dengan cara ini , pembelajaran adalah lebih berpusat kepada pelajar . Situasi ini amat baik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran . Selain pelajar diberi peluang untuk mengutarakan pendapat , mereka juga berpeluang untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis . Secara keseluruhannya , kaedah ini akan menggalakkan pelajar supaya lebih aktif dalam aktiviti kelas di samping mendapat input yang bernas dalam kalangan mereka .