SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
ISI KANDUNGAN

     TAJUK                                                        MUKA SURAT


1.   Penghargaan
2.   Soalan tugasan                                                    3-4
3.   Punca-punca keracunan makanan                                     5-6
     3.1    Mikroorganisma – Pelbagai bentuk virus dan bakteria           7
4.   Penyakit-penyakit disebabkan oleh keracunan makanan
     4.1    Tipoid ( Typhoid )                                         8 - 10
     4.2    Hepatitis A                                               11 - 14
     4.3    Cirit-birit ( diare )                                     15 - 18
5.   Gaya Hidup Sihat
     5.1    Pemakanan                                                      21
     5.2    Kebersihan diri                                                22
     5.3    Bersenam                                                       23
     5.4    Menjauhi tabiat buruk                                          24
     5.5    Tidur / Rehat / Istirehat                                      25


6.   Bibliografi                                                          26




                                          1
PENGHARGAAN
                         BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


       Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan

tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya telah berusaha

dengan penuh komitmen untuk menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin.Ucapan terima

kasih yang tidak terhingga kepada En. Elias bin Talib yang banyak memberi

bimbingan,panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha untuk menyudahkan

tugasan ini.

       Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam usaha

menyempurnakan tugasan ini.Apa yang pasti, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.

dan kelemahan itu datangnya daripada saya sendiri. Saya memohon maaf sekiranya

terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam tugasan ini .



Sekian , terima kasih.




                                          2
SOALAN TUGASAN


1.   Kejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu-waktu kebelakangan ini
     sering dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai murid. Di antara punca
     keracunan tersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah,
     asrama dan daripada program-program pemakanan seperti Rancangan Makanan
     Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah.


     (a) Bincangkan dengan memberi contoh-contoh asas mikrobiologi dari aspek
         punca-punca keracunan makanan yang berlaku di sekolah-sekolah.


                                                                       ( 5 markah )


     (b) Di bawah ini adalah penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh keracunan
        makanan. Huraikan bagaimana penyakit ini terjadi. Huraian anda hendaklah
        meliputi perkara berikut : definisi, sebab/punca, symptom, rawatan dan cara
        mencegahnya.


        i. Tipoid ( typhoid )
        ii. Hepatitis A
        iii. Cirit-birit ( diare )


                                                                       ( 15 markah )




                                         3
2.   Rajah di bawah menunjukkan rutin harian seseorang individu yang mengamalkan
     “Gaya Hidup Sihat “. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, huraikan dengan jelas
     beserta contoh-contoh yang relevan, bagaimana setiap faktor mempengaruh
     kesihatan individu.




           GAYA HIDUP SIHAT
           GAYA HIDUP SIHAT

                                              PEMAKANAN
                                              PEMAKANAN

                                            KEBERSIHAN DIRI
                                            KEBERSIHAN DIRI

                                      BERSENAM // BEREKREASI
                                      BERSENAM BEREKREASI

                                      MENJAUHI TABIAT BURUK
                                      MENJAUHI TABIAT BURUK

                                      TIDUR // REHAT //ISTIREHAT
                                      TIDUR REHAT ISTIREHAT




                                                                    ( 15 Markah )
                                                            ( Jumlah : 35 markah )




                                        4
1. A PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN


      Sejak kebelakangan ini sering kita mendengar, melihat dan membaca pelbagai isu
yang berkaitan dengan masalah keracunan makanan yang melibatkan pelajar-pelajar
sekolah. Apa yang kita tahu ialah bagaimana masalah ini terjadi tetapi kurang memberi
perhatian pada masalah ini. Jadi banyaklah kes keracunan makanan yang menimpa
pelajar-pelajar di sekolah. Kebanyakan kejadian keracunan makanan yang berlaku di
sekolah ialah berpunca dari makanan yang di jual di kantin, asrama dan program-program
pemakanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah.
      Pelajar-pelajar sering terdedah kepada makanan yang tidak sihat seperti makanan
yang tidak bersih, terdedah dan tercemar. Ini termasuklah susu yang telah dibekalkan
kepada pelajar-pelajar, ternyata sudah lama di bungkus dan adakalanya melebihi tarikh
yang dibenarkan oleh pihak tertentu. Mahupun begitu kejadian keracunan makanan ini
bukan pada pelajar-pelajar sekolah sahaja, malahan kepada orang dewasa yang
antaranya tidak menyedari mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali
setahun.
      Kearacunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan
yang tercemar. Kebanyakan punca-punca keracunan makanan disebabkan oleh:


 PUNCA-PUNCA KERACUNAN
PUNCA-PUNCA KERACUNAN
 MAKANAN OLEH:
MAKANAN OLEH:


                         1. Bakteria
                         1. Bakteria

                         2. Protozoa dan kulat
                         2. Protozoa dan kulat

                         3. Virus
                         3. Virus

                         4. Racun atau Toksin
                         4. Racun atau Toksin

                         5. Bahan-bahan kimia
                         5. Bahan-bahan kimia




                                          5
Kebanyakan punca keracunan makanan adalah bila adanya kemunculan
bakteria dalam makanan, proses penyediaan makanan yang kotor, makanan yang
tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran
suhu 30 darjah Celsius.Antara makanan yang seringkali terdedah kepada bakteria dan
pengendalian makanan yang tidak sempurna termasuklah;


   •   Daging iaitu lembu, ayam, ikan atau burung yang tidak disimpan di tempat dingin
   •   Makanan laut seperti kerang
   •   Makanan dalam tin yang telah kemik atau penutup yang berkarat
   •   Susu atau makanan bersususu iaitu keju atau krim
   •   Makanan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya
   •   Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas
   •   Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik
   •   Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus


       Jenis bakteria yang terdapat pada makanan ini ialah bakteria campylobacter.
Tanda-tanda keracunan berlaku dua hingga lima hari selepas makan. Selain daripada itu
juga terdapat tanda-tanda pesakit mengalami deman atau najis mengandungi darah.


       Keracunan yang berpunca daripada virus pula disebabkan oleh makanan seperti
kerang dan siput-siput yang dicemari oleh air kumbahan dan sayur-sayuran mentah yang
tidak dibersihkan dengan sempurna. Malahan ada antara kita yang memasak dan
memakan siput dan kerang ini dengan tidak betul. Virus yang terdapat dalam kerang dan
siput-siput ini ditangkap di kawasan yang dicemari najis manusia. Ia adalah sejenis virus
Norwalk . Pesakit akan mengalami deman, lemah anggota badan, tidak berselera makan
dan jaudis.Tanda-tanda keracunan ini bermula dua hingga enam minggu selepas makan
dan adakalanya boleh menyebabkan kerosakan hati serta membawa maut. Biasanya
makanan seperti ini juga ada disediakan oleh pihak kantin dan asrama pelajar


       Sikap orang ramai juga diambil kira kerana kurang memberi perhatian kepada hal-
hal yang berkaitan dengan keracunan makanan. Sentiasa membeli makanan yang sering
terdedah semasa jualan dan memasaknya tanpa membersih samada bahan mentah atau
sayur-sayuran yang telah layu dan tercemar pada persekitaran alam.


                                            6
MIKROORGANISMA – PELBAGAI BENTUK VIRUS DAN BAKTERIA




                         7
B.   PENYAKIT-PENYAKIT YANG DI SEBABKAN OLEH KERACUNAN MAKANAN
i.   Tipoid (typhoid)


            Salah satu penyakit yang di sebabkan keracunan makanan adalah Tipoid
     atau   Demam kepialu atau Demam paratifoid atau dalam bahasa Inggerisnya
     Typhoid Fever. Tipoid merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria
     yang dikenali sebagai Salmonella Typhi yang terdapat dalam air kencing dan najis
     pesakit Tipoid dan pembawanya akan mencemarkan bekalan air atau makanan.
     Pembawa Tipoid merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman
     kepialu di dalam badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami
     penyakit Tipoid.


            Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan sebanyak 16 juta kes
     tipoid pada setiap tahun dan 600,000 daripadanya telah meragut nyawa.
     Seseorang pembawa penyakit Tipoid, tanpa menunjukkan sebarang gejala, tetapi
     mampu menjangkiti orang lain. Seorang pembawa Tipoid yang pertama pada tahun
     1907 ,Mary Mallon berasal dari Amerika Syarikat telah dikenal pasti. Seorang
     daripada dua puluh orang yang dijangkiti Tipoid masih membawa penyakit ini
     walaupun selepas sembuh.




                        BAKTERIA SALMONELLA THYPI




                                         8
Sebilangan kecil daripada pesakit ini walaupun pulih, ia akan terus
    membawa bakteria di dalam badannya. Tipoid ini merebak malalui makanan atau
    air yang tercemar dengan bakteria dari orang yang dijangkiti, atau dari sisa
    kumbahan yang mengandungi bakteria. Apabila seseorang pesakit itu membuang
    air besar, bakteria Salmonella Typhi turut dikeluarkan bersama-sama najis.
    Seseorang yang lain boleh jatuh sakit ,sekiranya memakan makanan dan minuman
    yang dikendalikan oleh seseorang yang mengeluarkan bakteria ini ataupun sisa
    kumbahan yang tercemar melalui bakteria ini, memasuki air yang digunakan untuk
    diminum atau membersihkan makanan.


          Tipoid selalu ditemui di sesuatu tempat, sekiranya penduduk di situ tidak
    mengamalkan membasuh tangan dan berkemungkinan airnya tercemar dengan
    sisa kumbahan.Ini akan menyebabkan bakteria merebak ke dalam saluran darah
    dan badan, seterusnya bertindak balas dengan menunjukkan gejala seperti
demam.
    Seseorang yang disyaki diserang Tipoid akan mengalami simptom-
    simptom seperti berikut ;


             •   Sakit kepala yang amat sangat
             •   Perut meragam dan sakit
             •   Sembelit yang diikuti cirit-birit sehingga dua tiga minggu
             •   Demam tinggi berterusan beberapa minggu dengan kepanasan
                 mencecah 39 hingga 40 darjah celcius
             •   Hilang selera makan
             •   Mata layu dan cengkung
             •   Ruam pada badan berbentuk bunga ros
             •   Mengantuk dan selalu berkhayal
             •   Meracau dan tidak sedarkan diri


          Pesakit Tipoid boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di
    dalam ususnya boleh pecah. Ia akan mengambil masa berminggu-minggu untuk
    sembuh dan biasanya tidak akan pulih seperti sedia kala. Jika pesakit tidak
    dirawat, jangkitan Tipoid ini akan merebak ke jantung dan akan membawa maut.


                                          9
Dalam satu kajian Pusat Kawalan Penyakit, AS (CDC) menganggarkan, sekurang-
kurangnya 20 peratus kes seperti ini tidak dapat diselamatkan.




         Sekiranya seseorang diserang Tipoid, segeralah berjumpa dengan doktor.
Berbagai-bagai jenis rawatan yang terdapat untuk merawat Tipoid ini.
Ubat-ubatan moden seperti ubat telan dan antibiotik intravena digunakan pada
masa kini. Doktor juga telah memberikan ubat chloramphenicol selama 14 hari
kepada pesakit. Secara fizikalnya , terdapat keberkesanan namun, terdapat kesan
sampingan terhadap tulang sumsum sehingga menjejaskan penghasilan sel-sel
darah.


         Pesakit yang diberikan antibiotik ,biasanya akan menunjukkan tanda-tanda
pulih dalam tempoh dua hingga tiga hari. Adalah penting pesakit menghabiskan
dos ubat-ubatan dan mendapatkan rawatan susulan bagi memastikan ia tidak akan
berulang dan bukan pembawa tipoid.


         Sebelum dijangkiti sesuatu penyakit kita seharusnya bertindak untuk
mencegahnya, bak kata pepatah “ mencegah lebih baik daripada merawat “.
Langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan oleh para doktor merupakan
tindakan asas bagi melindungi diri daripada penyakit Tipoid antaranya ialah;


1.       Adalah sangat penting bagi seseorang itu membasuh tangan dengan bersih
         agar tidak mencemarkan makanan dan minuman yang disajikan, selain itu
         juga perlulah membersih tangan dengan sabun selepas membuang sampah
         sarap, memegang bahan mentah atau selepas membuang air besar.
2.       Kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dipantau setiap masa bagi
         seseorang penjual.
3.       Elakan daripada membeli makanan yang terdedah dan tercemar
         terutamanya kawasan yang terdapat wabak Tipoid.
4.       MInum air yang telah dimasak sahaja, buat air batu menggunakan air yang
         telah dimasak. Orang ramai perlulah berhati-hati dengan ais kacang atau air
         batu yan menggunakan ais yang telah dihancurkan.
5.       Makanlah makanan yang baru dimasak, pastikan makanan yang dipesan di
         kedai adalah makanan yang baru dimasak.
6.       Tudunglah semua makanan dan minuman agar tidak dihinggapi lalat.

                                       10
7.        Gunakan penyepait, senduk,sudu atau garpu yang bersih untuk mengambil
                makanan.
      8.        Buah-buahan hendaklah dibasuh dahulu sebelum dikupas.




      9.        Hapuskan tempat pembiakan lalat bagi mengelakkan pembiakan.
      10.       Gunakan tandas yang sempurna dan bersih.
      11.       Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami tanda-tanda
                dijangkiti Tipoid.


ii.   Hepatitis A


                Antara penyakit jangkitan virus yang merbahaya ialah hepatitis. Walaupun
      penyakit ini sudah lama menjadi masalah dinegara kita, masih ramai yang yang
      keliru mengenainya. Hepatitis ialah penyakit yang menyebabkan hati menjadi
      radang dan bengkak disebabkan jangkitan virus. Hepatitis akibat serangan virus
      adalah penyakit berjangkit yang paling mudah dijangkiti. Kadar jangkitannya lebih
      1,000 kali lebih tinggi daripada taun dan 10 hingga 100 kali lebih tinggi daripada
      tipoid.


                Secara umumnya penyakit ini boleh dibahagikan kepada lima jenis
      bergantung kepada virus penyebabnya iaitu Hepatitis A, B, C, D dan E. Hepatitis A
      adalah penyakit berjangkit paling lazim di dunia. Dianggarkan 1.4 juta kes Hepatitis
      A dilaporkan di dunia setiap tahun. Gejala Hepatitis A menyamai influenza. Virus
      Hepatitis A (HAV) merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan
      najis manusia dan mudah dijangkiti serta saluran penghadaman. Ia termasuklah
      tidak mencuci tangan dengan bersih selepas menukar lampin bayi yang dijangkiti
      serta memakan makanan tercemar. Kerang, tiram dan siput boleh menjadi punca
      utama wabak Hepatitis A jika tidak dimasak dengan betul.




                                            11
VIRUS HEPATITIS A


       Semua orang berisiko tinggi mendapat jangkitan virus ini, apatah lagi
mereka yang tinggal bersama pesakit Hepatitis A. Antara kumpulan yang paling
berisiko dijangkiti Hepatitis A ialah ;
           •   Ahli keluarga dan individu yang tinggal bersama pesakit
           •   Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian
           •   Pekerja pusat jagaan harian (kanak-kanak dan orang tua )
           •   Orang yang mengunjungi kawasan yang tercemar


       Kebanyakan orang tidak sedar mereka dijangkiti virus kerana banyak kes
tidak menunjukkan gejala, terutamanya dikalangan orang dewasa. Ketiadaan
gejala juga menyebabkan jangkitan virus pada kanak-kanak tidak disedari.




                                          12
Tanda-tanda penyakit seperti yang tersenarai dibawah akan muncul dua
hingga empat minggu selepas dijangkiti. Ada juga pesakit yang mendapat gejala
selepas 50 hari dijangkiti. Antara simptom-simptom penyakit Hepatitis A ialah ;




                                1. Demam
            10. Warna
               najis
                                                   2.Selsema
             berubah


                                                                 3. Sakit
9. Demam
  kuning                        Simptom-                        kepala
                                simptom
                                Hepatitis
                                   A
8. Perut
                                                                4. Sangat
                                                                   lesu
kembung

                                                   5. Sakit
            7. Cirit-birit     6. Hilang              perut
                                 Selera
                                 makan




      Masalah -masalah kesihatan akibat jangkitan virus Hepatitis A biasanya
lambat sembuh kerana badan mengambil masa untuk menghasilkan antibodi. Ia
mungkin mengambil masa antara tiga minggu hingga enam bulan, bergantung
kepada keadaan setiap pesakit. Jangkitan akan lebih teruk jika berlaku pada orang
yang berumur melebihi 40 tahun, tetapi secara umumnya 50 % penduduk
mempunyai imuniti terhadap virus Hepatitis A apabila meningkat umur 39 tahun.




                                    13
Secara lazimnya setiap penyakit ada cara rawatannya, begitu juga
        dengan penyakit Hepatitis A. Antara cara rawatan ialah melalui vaksin. Sehingga
        kini tidak ada rawatan yang khusus untuk jangkitan Hepatitis A dan kebanyakan
        rawatan hanya untuk menghilangkan gejala penyakit. Namun apabila sembuh,
        bermakna seseorang itu akan imun iaitu mempunyai daya ketahanan terhadap
        penyakit sepanjang hayat.


              Bagi langkah-langkah pencegahan, seseorang itu perlulah mematuhi atau
        menjaga kebersihan diri. Antara langkah-langkah pencegahannya ialah ;


              1. Orang yang dijangkiti perlulah banyak berehat.
              2. Elakkan minum minuman keras
              3. Perlulah menjaga kebersihan diri, seperti cuci tangan hingga bersih
                   selepas menggunakan tandas
              4. Elakkan mengambil makanan mentah seperti ulam dan salad, terutama
                   di tempat yang ada kes.
              5.   Elakkan minum minuman yang tidak dimasak dengan betul dan
                   minuman berais.
              6.    Elakkan minum susu yang tidak dipasteur serta makanan laut yang
tidak              dimasak dengan sempurna


              Untuk hidup sihat, kita memerlukan hati yang sihat dan boleh berfungsi
        dengan baik. Hati berfungsi sebagai organ penting untuk menyingkirkan bahan
        baracun seperti dadah daripada darah. Hati yang sihat juga penting untuk melawan
        jangkitan dan memberhentikan pendarahan. Jadi, perlulah setiap orang itu
        menjaga dan mencegah dari penyakit ini.




                                             14
iii.   Cirit-birit (diare)


              Cirit-birit atau diare merupakan keadaan di mana seseorang atau kanak-
       kanak yang hilang kawalan keupayaan membuang najis menyebabkan sentiasa
       membuang najis setiap masa. Dalam erti kata yang lain membuang air besar lebih
       daripada tiga kali dan keadaan ini mampu menyebabkan kekeringan air (najis yang
       keluar hanya air sahaja). Jika keadaan ini berlarutan ia akan membahayakan
       pesakit itu sendiri. Kanak-kanak yang sedang menyusu, adakala akan membuang
       air sehingga lemah hingga enam kali sehari tetapi najisnya biasa sedikit dan
       berwarna kuning dan tidak begitu banyak air.


              Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air
       pada bahagian usus. Kandungan air meningkat 60 hingga 90%. Air sepatutnya
       diserap semula oleh usus. Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu
       mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan garam mineral daripada
       najis. Seseorang kanak-kanak boleh diserang cirit-birit apabila dijangkiti oleh virus
       di saluran ususnya, ada juga kanak-kanak yang tidak sesuai dengan susu
       berformula yang diberikan. Selain daripada itu juga keadaan cirit-birit mungkin
       disebabkan oleh beberapa keadaan, antaranya alahan makanan yang sangat
       berlemak atau pedas atau makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh
       dengan bijirin.


              Cirit-birit berlaku akibat pelbagai perkara, menyebabkan pihak perubatan
       sukar mengenal pasti punca masalah tersebut. Punca masalah cirit-birit boleh
       berlaku akibat ;
                  •   Masalah psikogenik iaitu ketegangan emosi dan kerisauan
                  •   Masalah neurogenik iaitu gangguan sistem saraf
                  •   Selepas pembedahan
                  •   Gangguan sistem kelenjar atau edokdrin
                  •   Pemakanan
                  •   Alahan
                  •   Masalah penyerapan makanan dan garam mineral
                  •   Jangkitan dan radangan


                                             15
Cirit-birit yang disebabkan kuman bakteria yang menyebabkan cirit –birit
ialah E. coli, Shingella, Camphylobacter dan Staphylococos. Sebahagian kuman ini
menghasilkan racun. Antara tanda-tanda ialah pembuangan najis berair yang
banyak secara tiba-tiba, mual, muntah, kekejangan di bahagian perut dan
mengalami demam. Cirit-birit akibat jangkitan hanya perlu dirawat dengan
memberikan air yang secukupnya dan garam mineral bagi menggantikan jumlah air
yang hilang melalui pembuangan najis berair yang kerap.




                           BAKTERIA E. COLI
      Masalah akan reda dengan sendiri dan fungsi saluran asas pemakanan
akan pulih tanpa rawatan alam tempoh 24 hingga 48 jam. Antibiotik hanya
digunakan apabila cirit-birit berlaku dalam tempoh yang lebih lama walaupun
rawatan sokongan telah diberikan kepada pesakit.


      Cirit-birit akibat kuman virus pula biasanya dialami oleh bayi dan kanak-
kanak. Kuman virus yang sering menjangkiti kanak-kanak ialah rotavirus. Kanak-
kanak akan mengalami kesan jangkitan dalam tempoh 12 hingga 48 jam.
Kekerapan cirit-birit sebanyak lapan hingga sepuluh kali sehari bagi bayi berusia
dua bulan boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan yang serius sehingga
mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang dan fungsi jantung serta



                                    16
peredaran darah. Masalah yang dialami oleh kanak-kanak seperti ini memerlukan
pemerhatian yang serius oleh doktor.


      Tanda-tanda bahaya yang di alami oleh seseorang pesakit cirit-birit ialah ;
         •   Cirit-birit dimana najis akan bercampur dengan darah
         •   Keadaan kanak-kanak yang lemah dan langsung tidak bermaya
         •   Keadaan dimana kanak-kanak muntah terus menerus dan perut
             kembung
         •   Cirit-birit jika berada di kawasan di mana terdapat wabak cholera


      Cirit-birit kronik pula sukar dikenalpasti puncanya kerana ia boleh
diakibatkan oleh pelbagai faktor seperti penyakit dalam tubuh dan gangguan pada
sistem saluran penghadaman. Pesakit akan mengalami cirit-birit dengan kerap
selama lebih dua minggu. Cirit-birit ini boleh diakibatkan oleh tekanan emosi dan
penyalahgunaan ubat laksatif yang diguna untuk memudahkan pembuangan air
besar Beberapa perkara berkaitan pesakit yang perlu diketahui oleh doktor dan ahli
farmasi sebelum memberi rawatan ialah ;


   1. Umur pesakit
   2. Masa dan tempoh serta kekerapan berlakunya cirit-birit
   3. Makanan yang diambil sebelum mengalami masalah cirit-birit
   4. Ciri dan lokasi simptom dan tanda masalah
   5. Ciri najis yang dihasilkan
   6. Faktor yang dikenalpasti oleh individu yang menyebabkan keadaan
      seseorang bertambah teruk
   7. Ubat-ubat yang sedang diambil oleh pesakit
   8. Rawatan yang diambil sebelum ini
   9. Penyakit lain yang sedang dialami atau sejarah cirit-birit atau gangguan
      sistem penghadaman yang dialami oleh ahli keluarga


      Seseorang mungkin memerlukan rawatan sementara sebelum dapat
berjumpa seseorang doktor untuk rawatan lanjut. Jika seseorang mengalami cirit-
birit kerana kesan sampingan ubat, tidak boleh memberhentikan ubat tersebut
sewenang-wenangnya. Ia perlulah mendapat nasihat dan panduan daripada doktor
yang memberikan ubat tersebut, ini adalah kerana pemberhentian ubat tersebut

                                       17
boleh menerukkan penyakit yang sedia ada dan kadang kala masalah cirit-birit
yang dialami tidak serius.


      Rawatan di hospital atau klinik biasanya bergantung kepada keadaan
seseorang itu terutamanya kanak-kanak. Bagi kes yang teruk, air perlu diberikan
dengan segera dengan memasukkan terus ke dalam darah. Susu yang diminum
juga perlu diberhentikan seketika atau diubah kepada susu soya.


      Selain daripada rawatan yang kita dapati dari klinik atau hospital, terdapat
banyak juga produk dan ubat yang berada di pasaran yang boleh merawat
masalah cirit-birit. Sebagai seseorang yang mementingkan kesihatan yang baik
langkah pencegahan adalah yang terbaik. Contohnya seseorang yang ingin
melancong, beberapa rawatan pencegahan perlulah diambil kira, diantaranya ;


    1. Memakan makanan yang sentiasa panas dan dimasak dan meminum air
       yang dimasak atau air mineral yang dibotolkan.
    2. Dapatkan ubat antibiotik yang bersesuaian, antaranya doksisiklin atau
       trimetroprim, norfloksaksin dan lain-lain
    3. Pemakanan yang sesuai seperti sup dapat membantu menggantikan cecair
       dan garam mineral yang hilang.
    4. Berikan makanan yang mudah dihadam dan yang lembut kepada bayi.
    5. Elakkan makanan yang berlemak atau pedas.
    6. Bagi kanak-kanak yang meminum susu ibu, ia patut diteruskan


      Sebagai kesimpulannya seseorang yang mengalami cirit-birit, pesakit
perlulah meminum air yang banyak. Seluruh ahli keluarga perlulah mengamalkan
semua amalan dalam kesihatan diri dan keluarga supaya menjadi sebuah negara
yang terdiri daripada keluarga yang sihat dan sejahtera.




                                      18
2.   Faktor-faktor Gaya Hidup Sihat


            Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan
     dan pencegahan jangkitan penyakit. Dalam erti kata yang lain merujuk kepada
     amalan tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang
     memudaratkan kesihatan. Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk seseorang
     menikmati kesihatan yang berpanjangan dan kehidupan yang ceria. Dengan
     mengamalkan gaya hidup sihat, semuanya boleh dicapai.
            Semua orang boleh membentuk gaya hidup yang sihat dengan mengambil
     kira   beberapa    aspek      iaitu   mempunyai    konsep   kendiri   yang   positif,
     bertanggungjawab terhadap sikap, keputusan dan tingkah laku sendiri serta
     mempunyai pegangan yang teguh. Gaya hidup sihat adalah penting bagi menjamin
     kesejahteraan kita daripada aspek kesihatan mental-emosi, sosial dan rohani.Kita
     seharusnya membentuk gaya hidup yang sihat dan praktikal, sesuai dengan semua
     peringkat umur.
             Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesihatan seseorang
     individu, antaranya ialah ;




                                     GAYA HIDUP SIHAT



              1. PEMAKANAN                             4. MENJAUHI TABIAT BURUK



            2. KEBERSIHAN DIRI                         5. TIDUR / REHAT / ISTIREHAT



            3. BERSENAM DAN
               BEREKREASI




                                            19
Salah satu keperluan asas bagi kehidupan dan kesihatan ialah pemakanan
yang mencukupi dan seimbang. Makanan yang seimbang sangat penting untuk
kesihatan. Kita perlukan makanan untuk hidup, membesar, mendapat tenaga dan
menjaga kesihatan. Pemakanan makanan yang seimbang dapat meransangkan
tumbesaran yang normal. Kesihatan seseorang akan terganggu jika berlaku
malnutrisi iaitu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.
Kekurangan zat makanan mungkin disebabkan oleh pengambilan zat makanan
yang tidak mencukupi, proses pencernaan makanan yang tidak sempurna atau
masalah penyerapan zat makanan.


      Kita perlu memilih makanan yang sesuai supaya kita dapat menikmati
keenakannya di samping mendapat khasiatnya. Di samping kuantiti makanan,
kualiti makanan juga perlu dititikberatkan. Tabiat pemakanan seseorang akan
mempengaruhi kesihatannya. Tabiat pemakanan yang buruk boleh mendatangkan
pelbagai kesan buruk seperti obesiti dan penyakit-penyakit seperti diabetes,
hipertensi, penyakit jantung dan ulser peptik.


      Makanan membekalkan tenaga untuk semua proses hidup dan juga
menyediakan bahan mentah untuk pertumbuhan dan penggantian tisu-tisu yang
rosak atau cedera. Makanan membekalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk
kesihatan badan. Karbohidrat, lemak dan protein merupakan tiga kelas zat
makanan yang diperlukan dalam jumlah yang agak besar. Ketiga-tiga kelas
makanan ini tidak cukup untuk memastikan kesihatan yang baik, sebaik-baiknya
sajian yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh bagi
memenuhi keperluan pembesaran dan memelihara kesihatan.


      Kegemukan atau obesiti yang berlebihan merupakan salah satu masalah
yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini dan juga pada negara-negara
maju. Pengambilan makanan yang berlebihan adalah antara faktor utama yang
menyebabkan obesiti. Contohnya seseorang yang membuat kesilapan memilih
jenis makanan berkalori tinggi daripada sumber haiwan, makanan segera,
minuman berkarbonat dan mengabaikan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam

                                      20
diet harian akan memudahkan lagi seseorang menjadi gemuk. Masalah ini sudah
tentulah mengundang pelbagai penyakit.




      Sebagai seorang individu yang mengamalkan gaya hidup sihat, maka
perlulah memilih makanan seimbang untuk memelihara kesihatan yang sempurna.
Kebersihan diri juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gaya hidup
sihat. Kebersihan diri adalah penting untuk menjaga kesihatan diri. Menjaga
kebersihan   tubuh   badan   dan   peralatan   peribadi   adalah   penting.   Untuk
meningkatkan kesihatan diri, amalan penjagaan kebersihan diri adalah perlu. Kita
seharusnya perlulah menaga kesihatan diri ;




                                1.1. MENJAGA
                                  MENJAGA
                                KEBERSIHAN
                                 KEBERSIHAN
                                  TANGAN
                                    TANGAN


        6.6. MENJAGA
          MENJAGA                                         2.2. MENJAGA
                                                             MENJAGA
        KESIHATAN
          KESIHATAN                                       KEBERSIHAN
                                                           KEBERSIHAN
          RAMBUT
            RAMBUT                                             KAKI
                                                                KAKI



                                KEBERSIHAN
                                 KEBERSIHAN
                                   DIRI
                                    DIRI



        5.5. MENJAGA
          MENJAGA                                         3.3. MENJAGA
                                                             MENJAGA
        KESIHATAN
          KESIHATAN                                       KEBERSIHAN
                                                           KEBERSIHAN
            KULIT
              KULIT                                            GIGI
                                                                GIGI


                                4.4. MENJAGA
                                  MENJAGA
                                KEBERSIHAN
                                 KEBERSIHAN
                                  PAKAIAN
                                    PAKAIAN




                                    21
Amalan menjaga kebersihan tangan adalah perlu, sebelum dan selepas
makan. Begitu juga selepas menggunakan tandas, seseorang itu haruslah
membersih tangan dengan sabun pada tapak tangan dan juga celah-celah jari.
Kuku jari yang panjang seharusnya dipotong supaya kuman tidak terlekat di
dalamnya. Kebersihan kaki juga amat penting bagi menjaga kebersihan diri, kita
hendaklah memaki kasut atau selipar,membasuh kaki dan mengeringnya serta
memaki stoking dan kasut yang bersih supaya tidak dijangkiti penyakit.


        Menjaga kebersihan gigi juga amat penting, di mana seseorang itu tidak
boleh berkongsi berus gigi,selain itu juga hendaklah memberus gigi dengan cara
yang betul dan ubat gigi yang sesuai bagi memastikan gigi dangusi tidak rosak.
Amalan memberus gigi perlu dipraktikkan kepada kanak-kanak supaya menjadi
rutin harian . Kita perlulah memberus gigi selepas makan dan sebelum tidur dan
sekurang-kurangnya tiga kali sehari.


        Pakaian yang dipakai oleh kita hendaklah dibasuh dan dikeringkan dengan
sempurna sebelum diguna semula bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit.
Pakaian yang kotor atau lembab akan mengundang pelbagai kesan terhadap diri
kerana terdapat pembiakan kuman dan kulat. Kebersihan kulit perlu dijaga kerana
lubang-lubang halus pada kulit sentiasa tersumbat, jadi kita perlulah menbasuh
kulit dengan sabun yang bersesuaian.


        Menjaga kebersihan rambut juga amat penting. Rambut perlu di basuh
dengan syampu yang bersesuaian mengikut keadaan rambut yang kering atau
berminyak. Menyikat rambut juga dapat membantu membuang kotoran dan sel-sel
mati.


         Amalan menjaga kebersihan diri perlu di amalkan bagi menjadikan kita
sentiasa bersih dan sihat. Apa yang penting untuk mengamalkan gaya hidup yang
sihat faktor kebersihan diri juga menjadi seseorang itu mementingkan menjaga
kesihatan agar boleh mendapat kesejahteraan hidup yang lebih baik.


                                       22
Pada masa kini semua orang sedar mengapa senaman itu penting untuk
kesihatan secara keseluruhannya. Gaya hidup yang tidak aktif merupakan faktor
utama bagi penyakit jantung dan kardiovaskular, sama seperti merokok,
kolestrolyang memudaratkan dan tekanan darah tinggi. Bersenam sekurang-
kurangnya 30 minit sehari pada setiap hari dapat mengawal tekanan darah.
Senaman boleh dilakukan dalam sebarang bentuk kegiatan fizikal, seperti yoga
dan tai chi.
       Seperti semua otot-otot lain ,jantung menjadi lebih kuat menerusi senaman
dan dapat mengepam lebih banyak darah dengan setiap denyutan. Maka jantung
boleh berfungsi pada tahap maksimum dalam keadaan yang tidak membebankan.
Orang yang bersenam lazimnya mempunyai risiko paling rendah mengalami sakit
jantung. Banyak kajian mendapati bahawa senaman ringan hingga sederhana juga
membawa manfaat kepada pengidap sakit jantung.Antara kelebihan seseorang itu
bersenam ialah ;


           •   Dapat mengurangkan rsiko penyakit jantung
           •   Meningkatkan kolesterol baik dalam darah
           •   Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis
           •   Menggalakkan penurunan dan kawalan berat badan
           •   Membantu untuk tidur yang baik
           •   Mengurangkan ketegangan dalam diri


       Cara terbaik untuk bersenam adalah menerusi senaman berat ringkas yang
dilakukan selama beberapa kali dan berguna untuk orang yang lebih berumur.
Senaman yang melatih dan menguatkan otot dada juga penting bagi pesakit
angina. Bersenam dengan kerap perlu dimasukkan dalam senarai perubahan yang
harus dilakukan, selain daripada mengawal tabiat pemakanan, mengurangkan
pengambilan garam dan berhenti merokok.


       Selain itu mengawal berat badan, mengawal pengambilan kafien, mengawal
pengambilan makanan berlemakdan mematuhi arahan pengambilan ubat apabila

                                     23
diperlukan. Dalam usaha mengamalkan gaya hidup sihat, perkara paling penting
adalah mengubah gaya hidup yang aktif pada masa sekarang.




      Gaya hidup sihat yang negatif sering dan selalu dikaitkan dengan masalah
penyalahgunaan bahan di negara ini. Dadah, pil estacy, rokok dan alkohol adalah
bahan –bahan yang biasanya salah digunakan sehingga mengakibatkan ketagihan.
Semua golongan masyarakat di negara ini perlu bersama-sama melibatkan diri
dalam usaha memerangi ancaman penyalahgunaan bahan. Seseorang individu itu
secara umumnya perlulah menjauhi penyalahgunaan bahan ini untuk menjadi
seorang yang sihat.


      Dadah adalah bahan psikotropik iaitu bahan yang digunakan untuk tujuan
perubatan dan penggunaannya adalah dikawal. Walaubagaimanapun bahan ini
telah disalah gunakan oleh pihak tertentu. Ianya boleh mengubah keadaan badan,
perasaan dan kelakuan penggunanya. Risiko yang dihadapi kesan daripada
penyalahgunaan bahan ini ialah gangguan fikiran, ketagihan, kerosakan akhlak,
tidak bermoral dan ada yang maut. Seseorang individu itu hendaklah menjauhi
tabiat buruk ini bagi kesempunaan dirinya.


      Antara kegiatan yang buruk atau tidak dapat dikawal pada masa kini ialah
merokok. Merokok merupakan tabiat yang digemari ramai orang tidak mengira
umur,atau jantina. Walau apa pun alasannya , ianya merupakan satu tabiat yang
mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan. Bebagai-bagaibahan kimia yang
digunakan bagi menghasilkan sebatang rokok dan berbagai-bagai jenis racun yang
telah disedut dalam badan manusia. Akibatnya seseorang individu itu mengalami
sakit jantung, barah, pengecilan saluran darah, paru-paru berair, penyakit
pernafasan dan berbagai-bagai lagi.


      Selain daripada itu juga terdapat individu yang mengamalkan tabiat buruk
seperti mengambil alkohol yang berlebihan. Keinginan mencubanya menjadi punca
utama dan boleh menyebabkan rasa mabuk, ini menyebabkan berlakunya punca
pergaduhan seperti memberontak, bertumbuk sesama kawan dan pelbagai
kegiatan yang tidak sihat. Iniadalah satu tabiat yang perlu dijauhi untuk menjadi
seorang individu yang mengamalkan gaya hidup sihat.

                                      24
Faktor terakhir yang mempengaruhi gaya hidup sihat ialah tidur, rehat dan
istirehat yang secukupnya. Setiap individu itu memerlukan rehat yang cukup.
Rehat adalah satu faktor yang sering kita kaitkan dengan tidur. Tidur berkualiti
bukan bermakna kita tidur dalam masa yang panjang, sebaliknya tidur apabila
sudah mengantuk dan bangunlah apabila tubuh sudah merasa segar.


      Rehat ialah tempoh yang diambil oleh seseorang untuk berhenti melakukan
sesuatu aktiviti atau kerja dari segi mental atau fizikal.Tidak semestinya seseorang
itu rehat, ia terus tidur sebaliknya ia akan merehatkan badan atau otak untuk
seketika. Semasa rehat ini juga kita boleh melakukan aktiviti seperti membaca,
bemain karom atau melakukan aktiviti merehatkan otak seperti bersiar-siar atau
bermain. Sekurang-kurangnya minda akan berehat dan kembali normal serta tidak
mengalami stress.


      Istirehat pula merujuk kepada satu tempoh masa yang terluang yang diisi
dengan aktiviti ringan dan tidak aktif. Boleh dikatakan setiap daripada kita akan
beristirehat pada setiap hari. Badan dan otak manusia memang memerlukan
istirehat. Melukis, tidur seketika dan mendengar radio contohnya adalah dianggap
sebagai beristirehat . Jadi, seseorang individu itu perlulah mendapat tidur, rehat
dan beristirehat secukupnya, sekiranya ia mengamalkan gaya hidup yang sihat.


      Apa yang dapat dirumuskan di sini seseorang yang mengamalkan gaya
hidup yang sihat perlulah mempunyai faktor-faktor pemakanan yang baik,
kebersihan diri, bersenam dengan betul, menjauhi tabiat buruk dan mendapat tidur,
rehat dan istirehat yang secukupnya. Seandainya amalan gaya hidup sihat tidak
dipatuhi, seseorang mungkin diserang penyakit, menghadapi konflik dan stress
atau terjebak dalam masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah. Gaya Hidup
sihat dapat menghindarkan kita daripada menghadapi masalah kesihatan, mental
dan sosial.




                                     25
BIBLIOGRAFI




Kiren Sharma. Senaman dan Kesannya : Mingguan Malaysia. 48, (5), 26.


Peter Ling Chee Chong, Tan Kim Low & Mohammed Haniff Mohammed Saad.
(2002). KBSM Sains Tingkatan 5. Kuala Lumpur, Masa Enterprise.


Shamsudin Mohd. Sharif, Sharizad Bt Yusof & Mohd. Sofian B Omar Fauzee.
(2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.


Zarina Law bi Abdullah & Abdul Latif bin Ahmad. (2007). Pengenalan Pendidikan
Kesihatan. Kuala Lumpur, Open University Malaysia.


http://www.prn2.usm.my/mainsite/buletin/kosmik/2000/kosmik 1.html


http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit _kecing_manis


http://www.prn2.usm.my/mainsite/buletin/racun/1995/makanan.html


http://www.geocities.com/aa I my/gaya Hidup.htm200722




                                    26
27

More Related Content

What's hot

Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat  dan bersih belumMakalah pola hidup sehat  dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Septian Muna Barakati
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih ayu fitriani
Makalah pola hidup sehat  dan bersih ayu fitrianiMakalah pola hidup sehat  dan bersih ayu fitriani
Makalah pola hidup sehat dan bersih ayu fitriani
Operator Warnet Vast Raha
 
Makalah olahraga budaya hidup sehat kelas xi semester 2
Makalah olahraga budaya hidup sehat kelas xi semester 2Makalah olahraga budaya hidup sehat kelas xi semester 2
Makalah olahraga budaya hidup sehat kelas xi semester 2
agus
 
Makalah Status GIZI
Makalah Status GIZIMakalah Status GIZI
Makalah Status GIZI
Apapunituzar
 
Kesihatan diri dan keluarga t5
Kesihatan diri dan keluarga t5Kesihatan diri dan keluarga t5
Kesihatan diri dan keluarga t5
Fateha Wahid
 
Chapter II Gizi Buruk
Chapter II Gizi BurukChapter II Gizi Buruk
Chapter II Gizi Buruk
STIMLOG
 
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudziTemplet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
Zauhari Hussein
 
Pengertian anak sehat
Pengertian anak sehatPengertian anak sehat
Pengertian anak sehat
Chavandava
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
Sok Moi Lee
 

What's hot (20)

Makalah pola hidup sehat
Makalah pola hidup sehatMakalah pola hidup sehat
Makalah pola hidup sehat
 
KEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATANKEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATAN
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat  dan bersih belumMakalah pola hidup sehat  dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
 
Makalah Kesehatan
Makalah KesehatanMakalah Kesehatan
Makalah Kesehatan
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat  dan bersih irmayaniMakalah pola hidup sehat  dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih ayu fitriani
Makalah pola hidup sehat  dan bersih ayu fitrianiMakalah pola hidup sehat  dan bersih ayu fitriani
Makalah pola hidup sehat dan bersih ayu fitriani
 
Makalah olahraga budaya hidup sehat kelas xi semester 2
Makalah olahraga budaya hidup sehat kelas xi semester 2Makalah olahraga budaya hidup sehat kelas xi semester 2
Makalah olahraga budaya hidup sehat kelas xi semester 2
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih
Makalah pola hidup sehat  dan bersihMakalah pola hidup sehat  dan bersih
Makalah pola hidup sehat dan bersih
 
Kesehatan pribadi
Kesehatan pribadiKesehatan pribadi
Kesehatan pribadi
 
Makalah Status GIZI
Makalah Status GIZIMakalah Status GIZI
Makalah Status GIZI
 
pendidikan kesihatan buku panduan
pendidikan kesihatan buku panduanpendidikan kesihatan buku panduan
pendidikan kesihatan buku panduan
 
Kesihatan diri dan keluarga t5
Kesihatan diri dan keluarga t5Kesihatan diri dan keluarga t5
Kesihatan diri dan keluarga t5
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih fitrahmawati
Makalah pola hidup sehat  dan bersih fitrahmawatiMakalah pola hidup sehat  dan bersih fitrahmawati
Makalah pola hidup sehat dan bersih fitrahmawati
 
Chapter II Gizi Buruk
Chapter II Gizi BurukChapter II Gizi Buruk
Chapter II Gizi Buruk
 
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudziTemplet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
 
Pengertian anak sehat
Pengertian anak sehatPengertian anak sehat
Pengertian anak sehat
 
Makalah hidup sehat
Makalah hidup sehatMakalah hidup sehat
Makalah hidup sehat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Pola hidup yang sehat
Pola hidup yang sehatPola hidup yang sehat
Pola hidup yang sehat
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 

Viewers also liked

tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
Ummu Nabil
 
esaimen pke3104
esaimen pke3104esaimen pke3104
esaimen pke3104
Wmh Hanel
 
Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi...
Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi...Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi...
Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi...
Tamilmozhi Tamil
 
8004852 perbezaan-individu
8004852 perbezaan-individu8004852 perbezaan-individu
8004852 perbezaan-individu
Fiqrie Shamsuri
 
Pwr Point Penyakit
Pwr Point PenyakitPwr Point Penyakit
Pwr Point Penyakit
ezy eina
 

Viewers also liked (20)

Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanModul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
 
HBHE2103 Pendidikan Kesihatan Bersepadu
HBHE2103 Pendidikan Kesihatan BersepaduHBHE2103 Pendidikan Kesihatan Bersepadu
HBHE2103 Pendidikan Kesihatan Bersepadu
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456
 
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
 
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit BerjangkitKonsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
 
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKITContoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
 
esaimen pke3104
esaimen pke3104esaimen pke3104
esaimen pke3104
 
Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi...
Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi...Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi...
Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi...
 
PKU 3101
PKU 3101PKU 3101
PKU 3101
 
Hepatitis A - Komunikasi Kesihatan
Hepatitis A - Komunikasi KesihatanHepatitis A - Komunikasi Kesihatan
Hepatitis A - Komunikasi Kesihatan
 
Sains sem 2
Sains sem 2Sains sem 2
Sains sem 2
 
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakananKeselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Sistem Sekresi.ppt
Sistem Sekresi.pptSistem Sekresi.ppt
Sistem Sekresi.ppt
 
8004852 perbezaan-individu
8004852 perbezaan-individu8004852 perbezaan-individu
8004852 perbezaan-individu
 
HEPATITIS
HEPATITISHEPATITIS
HEPATITIS
 
Penyakit Berjangkit
Penyakit BerjangkitPenyakit Berjangkit
Penyakit Berjangkit
 
Perkhidmatan Psikiatri di Malaysia
Perkhidmatan Psikiatri di MalaysiaPerkhidmatan Psikiatri di Malaysia
Perkhidmatan Psikiatri di Malaysia
 
Pwr Point Penyakit
Pwr Point PenyakitPwr Point Penyakit
Pwr Point Penyakit
 
Acute Gastroenteritis
Acute GastroenteritisAcute Gastroenteritis
Acute Gastroenteritis
 

Similar to Asigment p. kesihatan sem 1

Makalah Pencemaran Makanan pada Produk Kecap
Makalah Pencemaran Makanan pada Produk KecapMakalah Pencemaran Makanan pada Produk Kecap
Makalah Pencemaran Makanan pada Produk Kecap
Sariana Csg
 
Apa itu mikrooraganisma tahun 5
Apa itu mikrooraganisma tahun 5Apa itu mikrooraganisma tahun 5
Apa itu mikrooraganisma tahun 5
skst2
 

Similar to Asigment p. kesihatan sem 1 (20)

196910295 sl-ff-diare-pada-balita
196910295 sl-ff-diare-pada-balita196910295 sl-ff-diare-pada-balita
196910295 sl-ff-diare-pada-balita
 
Foodborne/Waterborne Bacteria
Foodborne/Waterborne BacteriaFoodborne/Waterborne Bacteria
Foodborne/Waterborne Bacteria
 
THYPOID PADA ANAK
THYPOID PADA ANAKTHYPOID PADA ANAK
THYPOID PADA ANAK
 
What is Epidemic?
What is Epidemic?What is Epidemic?
What is Epidemic?
 
Peningkatan higyene dan sanitasi ttupm
Peningkatan higyene dan sanitasi ttupmPeningkatan higyene dan sanitasi ttupm
Peningkatan higyene dan sanitasi ttupm
 
Makalah kesehatan
Makalah kesehatanMakalah kesehatan
Makalah kesehatan
 
Makalah kesehatan
Makalah kesehatanMakalah kesehatan
Makalah kesehatan
 
Konsep dasar gizi
Konsep dasar giziKonsep dasar gizi
Konsep dasar gizi
 
Makalah Pencemaran Makanan pada Produk Kecap
Makalah Pencemaran Makanan pada Produk KecapMakalah Pencemaran Makanan pada Produk Kecap
Makalah Pencemaran Makanan pada Produk Kecap
 
Apa itu mikrooraganisma tahun 5
Apa itu mikrooraganisma tahun 5Apa itu mikrooraganisma tahun 5
Apa itu mikrooraganisma tahun 5
 
KPKP 2214 Keracunan Makanan
KPKP 2214 Keracunan Makanan KPKP 2214 Keracunan Makanan
KPKP 2214 Keracunan Makanan
 
PPT KELOMPOK 6 TENTANG KERACUNAN MAKANAN PADA ORGANISME.pptx
PPT KELOMPOK 6 TENTANG KERACUNAN MAKANAN PADA ORGANISME.pptxPPT KELOMPOK 6 TENTANG KERACUNAN MAKANAN PADA ORGANISME.pptx
PPT KELOMPOK 6 TENTANG KERACUNAN MAKANAN PADA ORGANISME.pptx
 
MIKROBIOLOGI MAKANAN
MIKROBIOLOGI MAKANANMIKROBIOLOGI MAKANAN
MIKROBIOLOGI MAKANAN
 
Foodborne disease
Foodborne diseaseFoodborne disease
Foodborne disease
 
Makalah kesehatan
Makalah kesehatanMakalah kesehatan
Makalah kesehatan
 
LEMBAR EDUKATIF
LEMBAR EDUKATIF LEMBAR EDUKATIF
LEMBAR EDUKATIF
 
Diare1
Diare1Diare1
Diare1
 
Ebp3 kh
Ebp3 khEbp3 kh
Ebp3 kh
 
Ebp3 kh
Ebp3 khEbp3 kh
Ebp3 kh
 
195137392 askep-pada-ibu-hamil-1
195137392 askep-pada-ibu-hamil-1195137392 askep-pada-ibu-hamil-1
195137392 askep-pada-ibu-hamil-1
 

Asigment p. kesihatan sem 1

  • 1. ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT 1. Penghargaan 2. Soalan tugasan 3-4 3. Punca-punca keracunan makanan 5-6 3.1 Mikroorganisma – Pelbagai bentuk virus dan bakteria 7 4. Penyakit-penyakit disebabkan oleh keracunan makanan 4.1 Tipoid ( Typhoid ) 8 - 10 4.2 Hepatitis A 11 - 14 4.3 Cirit-birit ( diare ) 15 - 18 5. Gaya Hidup Sihat 5.1 Pemakanan 21 5.2 Kebersihan diri 22 5.3 Bersenam 23 5.4 Menjauhi tabiat buruk 24 5.5 Tidur / Rehat / Istirehat 25 6. Bibliografi 26 1
  • 2. PENGHARGAAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya telah berusaha dengan penuh komitmen untuk menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Elias bin Talib yang banyak memberi bimbingan,panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha untuk menyudahkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam usaha menyempurnakan tugasan ini.Apa yang pasti, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan kelemahan itu datangnya daripada saya sendiri. Saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam tugasan ini . Sekian , terima kasih. 2
  • 3. SOALAN TUGASAN 1. Kejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu-waktu kebelakangan ini sering dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai murid. Di antara punca keracunan tersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah, asrama dan daripada program-program pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah. (a) Bincangkan dengan memberi contoh-contoh asas mikrobiologi dari aspek punca-punca keracunan makanan yang berlaku di sekolah-sekolah. ( 5 markah ) (b) Di bawah ini adalah penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh keracunan makanan. Huraikan bagaimana penyakit ini terjadi. Huraian anda hendaklah meliputi perkara berikut : definisi, sebab/punca, symptom, rawatan dan cara mencegahnya. i. Tipoid ( typhoid ) ii. Hepatitis A iii. Cirit-birit ( diare ) ( 15 markah ) 3
  • 4. 2. Rajah di bawah menunjukkan rutin harian seseorang individu yang mengamalkan “Gaya Hidup Sihat “. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, huraikan dengan jelas beserta contoh-contoh yang relevan, bagaimana setiap faktor mempengaruh kesihatan individu. GAYA HIDUP SIHAT GAYA HIDUP SIHAT PEMAKANAN PEMAKANAN KEBERSIHAN DIRI KEBERSIHAN DIRI BERSENAM // BEREKREASI BERSENAM BEREKREASI MENJAUHI TABIAT BURUK MENJAUHI TABIAT BURUK TIDUR // REHAT //ISTIREHAT TIDUR REHAT ISTIREHAT ( 15 Markah ) ( Jumlah : 35 markah ) 4
  • 5. 1. A PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN Sejak kebelakangan ini sering kita mendengar, melihat dan membaca pelbagai isu yang berkaitan dengan masalah keracunan makanan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Apa yang kita tahu ialah bagaimana masalah ini terjadi tetapi kurang memberi perhatian pada masalah ini. Jadi banyaklah kes keracunan makanan yang menimpa pelajar-pelajar di sekolah. Kebanyakan kejadian keracunan makanan yang berlaku di sekolah ialah berpunca dari makanan yang di jual di kantin, asrama dan program-program pemakanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah. Pelajar-pelajar sering terdedah kepada makanan yang tidak sihat seperti makanan yang tidak bersih, terdedah dan tercemar. Ini termasuklah susu yang telah dibekalkan kepada pelajar-pelajar, ternyata sudah lama di bungkus dan adakalanya melebihi tarikh yang dibenarkan oleh pihak tertentu. Mahupun begitu kejadian keracunan makanan ini bukan pada pelajar-pelajar sekolah sahaja, malahan kepada orang dewasa yang antaranya tidak menyedari mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Kearacunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Kebanyakan punca-punca keracunan makanan disebabkan oleh: PUNCA-PUNCA KERACUNAN PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN OLEH: MAKANAN OLEH: 1. Bakteria 1. Bakteria 2. Protozoa dan kulat 2. Protozoa dan kulat 3. Virus 3. Virus 4. Racun atau Toksin 4. Racun atau Toksin 5. Bahan-bahan kimia 5. Bahan-bahan kimia 5
  • 6. Kebanyakan punca keracunan makanan adalah bila adanya kemunculan bakteria dalam makanan, proses penyediaan makanan yang kotor, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.Antara makanan yang seringkali terdedah kepada bakteria dan pengendalian makanan yang tidak sempurna termasuklah; • Daging iaitu lembu, ayam, ikan atau burung yang tidak disimpan di tempat dingin • Makanan laut seperti kerang • Makanan dalam tin yang telah kemik atau penutup yang berkarat • Susu atau makanan bersususu iaitu keju atau krim • Makanan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya • Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik • Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus Jenis bakteria yang terdapat pada makanan ini ialah bakteria campylobacter. Tanda-tanda keracunan berlaku dua hingga lima hari selepas makan. Selain daripada itu juga terdapat tanda-tanda pesakit mengalami deman atau najis mengandungi darah. Keracunan yang berpunca daripada virus pula disebabkan oleh makanan seperti kerang dan siput-siput yang dicemari oleh air kumbahan dan sayur-sayuran mentah yang tidak dibersihkan dengan sempurna. Malahan ada antara kita yang memasak dan memakan siput dan kerang ini dengan tidak betul. Virus yang terdapat dalam kerang dan siput-siput ini ditangkap di kawasan yang dicemari najis manusia. Ia adalah sejenis virus Norwalk . Pesakit akan mengalami deman, lemah anggota badan, tidak berselera makan dan jaudis.Tanda-tanda keracunan ini bermula dua hingga enam minggu selepas makan dan adakalanya boleh menyebabkan kerosakan hati serta membawa maut. Biasanya makanan seperti ini juga ada disediakan oleh pihak kantin dan asrama pelajar Sikap orang ramai juga diambil kira kerana kurang memberi perhatian kepada hal- hal yang berkaitan dengan keracunan makanan. Sentiasa membeli makanan yang sering terdedah semasa jualan dan memasaknya tanpa membersih samada bahan mentah atau sayur-sayuran yang telah layu dan tercemar pada persekitaran alam. 6
  • 7. MIKROORGANISMA – PELBAGAI BENTUK VIRUS DAN BAKTERIA 7
  • 8. B. PENYAKIT-PENYAKIT YANG DI SEBABKAN OLEH KERACUNAN MAKANAN i. Tipoid (typhoid) Salah satu penyakit yang di sebabkan keracunan makanan adalah Tipoid atau Demam kepialu atau Demam paratifoid atau dalam bahasa Inggerisnya Typhoid Fever. Tipoid merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Typhi yang terdapat dalam air kencing dan najis pesakit Tipoid dan pembawanya akan mencemarkan bekalan air atau makanan. Pembawa Tipoid merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman kepialu di dalam badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami penyakit Tipoid. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan sebanyak 16 juta kes tipoid pada setiap tahun dan 600,000 daripadanya telah meragut nyawa. Seseorang pembawa penyakit Tipoid, tanpa menunjukkan sebarang gejala, tetapi mampu menjangkiti orang lain. Seorang pembawa Tipoid yang pertama pada tahun 1907 ,Mary Mallon berasal dari Amerika Syarikat telah dikenal pasti. Seorang daripada dua puluh orang yang dijangkiti Tipoid masih membawa penyakit ini walaupun selepas sembuh. BAKTERIA SALMONELLA THYPI 8
  • 9. Sebilangan kecil daripada pesakit ini walaupun pulih, ia akan terus membawa bakteria di dalam badannya. Tipoid ini merebak malalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria dari orang yang dijangkiti, atau dari sisa kumbahan yang mengandungi bakteria. Apabila seseorang pesakit itu membuang air besar, bakteria Salmonella Typhi turut dikeluarkan bersama-sama najis. Seseorang yang lain boleh jatuh sakit ,sekiranya memakan makanan dan minuman yang dikendalikan oleh seseorang yang mengeluarkan bakteria ini ataupun sisa kumbahan yang tercemar melalui bakteria ini, memasuki air yang digunakan untuk diminum atau membersihkan makanan. Tipoid selalu ditemui di sesuatu tempat, sekiranya penduduk di situ tidak mengamalkan membasuh tangan dan berkemungkinan airnya tercemar dengan sisa kumbahan.Ini akan menyebabkan bakteria merebak ke dalam saluran darah dan badan, seterusnya bertindak balas dengan menunjukkan gejala seperti demam. Seseorang yang disyaki diserang Tipoid akan mengalami simptom- simptom seperti berikut ; • Sakit kepala yang amat sangat • Perut meragam dan sakit • Sembelit yang diikuti cirit-birit sehingga dua tiga minggu • Demam tinggi berterusan beberapa minggu dengan kepanasan mencecah 39 hingga 40 darjah celcius • Hilang selera makan • Mata layu dan cengkung • Ruam pada badan berbentuk bunga ros • Mengantuk dan selalu berkhayal • Meracau dan tidak sedarkan diri Pesakit Tipoid boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah. Ia akan mengambil masa berminggu-minggu untuk sembuh dan biasanya tidak akan pulih seperti sedia kala. Jika pesakit tidak dirawat, jangkitan Tipoid ini akan merebak ke jantung dan akan membawa maut. 9
  • 10. Dalam satu kajian Pusat Kawalan Penyakit, AS (CDC) menganggarkan, sekurang- kurangnya 20 peratus kes seperti ini tidak dapat diselamatkan. Sekiranya seseorang diserang Tipoid, segeralah berjumpa dengan doktor. Berbagai-bagai jenis rawatan yang terdapat untuk merawat Tipoid ini. Ubat-ubatan moden seperti ubat telan dan antibiotik intravena digunakan pada masa kini. Doktor juga telah memberikan ubat chloramphenicol selama 14 hari kepada pesakit. Secara fizikalnya , terdapat keberkesanan namun, terdapat kesan sampingan terhadap tulang sumsum sehingga menjejaskan penghasilan sel-sel darah. Pesakit yang diberikan antibiotik ,biasanya akan menunjukkan tanda-tanda pulih dalam tempoh dua hingga tiga hari. Adalah penting pesakit menghabiskan dos ubat-ubatan dan mendapatkan rawatan susulan bagi memastikan ia tidak akan berulang dan bukan pembawa tipoid. Sebelum dijangkiti sesuatu penyakit kita seharusnya bertindak untuk mencegahnya, bak kata pepatah “ mencegah lebih baik daripada merawat “. Langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan oleh para doktor merupakan tindakan asas bagi melindungi diri daripada penyakit Tipoid antaranya ialah; 1. Adalah sangat penting bagi seseorang itu membasuh tangan dengan bersih agar tidak mencemarkan makanan dan minuman yang disajikan, selain itu juga perlulah membersih tangan dengan sabun selepas membuang sampah sarap, memegang bahan mentah atau selepas membuang air besar. 2. Kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dipantau setiap masa bagi seseorang penjual. 3. Elakan daripada membeli makanan yang terdedah dan tercemar terutamanya kawasan yang terdapat wabak Tipoid. 4. MInum air yang telah dimasak sahaja, buat air batu menggunakan air yang telah dimasak. Orang ramai perlulah berhati-hati dengan ais kacang atau air batu yan menggunakan ais yang telah dihancurkan. 5. Makanlah makanan yang baru dimasak, pastikan makanan yang dipesan di kedai adalah makanan yang baru dimasak. 6. Tudunglah semua makanan dan minuman agar tidak dihinggapi lalat. 10
  • 11. 7. Gunakan penyepait, senduk,sudu atau garpu yang bersih untuk mengambil makanan. 8. Buah-buahan hendaklah dibasuh dahulu sebelum dikupas. 9. Hapuskan tempat pembiakan lalat bagi mengelakkan pembiakan. 10. Gunakan tandas yang sempurna dan bersih. 11. Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami tanda-tanda dijangkiti Tipoid. ii. Hepatitis A Antara penyakit jangkitan virus yang merbahaya ialah hepatitis. Walaupun penyakit ini sudah lama menjadi masalah dinegara kita, masih ramai yang yang keliru mengenainya. Hepatitis ialah penyakit yang menyebabkan hati menjadi radang dan bengkak disebabkan jangkitan virus. Hepatitis akibat serangan virus adalah penyakit berjangkit yang paling mudah dijangkiti. Kadar jangkitannya lebih 1,000 kali lebih tinggi daripada taun dan 10 hingga 100 kali lebih tinggi daripada tipoid. Secara umumnya penyakit ini boleh dibahagikan kepada lima jenis bergantung kepada virus penyebabnya iaitu Hepatitis A, B, C, D dan E. Hepatitis A adalah penyakit berjangkit paling lazim di dunia. Dianggarkan 1.4 juta kes Hepatitis A dilaporkan di dunia setiap tahun. Gejala Hepatitis A menyamai influenza. Virus Hepatitis A (HAV) merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan najis manusia dan mudah dijangkiti serta saluran penghadaman. Ia termasuklah tidak mencuci tangan dengan bersih selepas menukar lampin bayi yang dijangkiti serta memakan makanan tercemar. Kerang, tiram dan siput boleh menjadi punca utama wabak Hepatitis A jika tidak dimasak dengan betul. 11
  • 12. VIRUS HEPATITIS A Semua orang berisiko tinggi mendapat jangkitan virus ini, apatah lagi mereka yang tinggal bersama pesakit Hepatitis A. Antara kumpulan yang paling berisiko dijangkiti Hepatitis A ialah ; • Ahli keluarga dan individu yang tinggal bersama pesakit • Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian • Pekerja pusat jagaan harian (kanak-kanak dan orang tua ) • Orang yang mengunjungi kawasan yang tercemar Kebanyakan orang tidak sedar mereka dijangkiti virus kerana banyak kes tidak menunjukkan gejala, terutamanya dikalangan orang dewasa. Ketiadaan gejala juga menyebabkan jangkitan virus pada kanak-kanak tidak disedari. 12
  • 13. Tanda-tanda penyakit seperti yang tersenarai dibawah akan muncul dua hingga empat minggu selepas dijangkiti. Ada juga pesakit yang mendapat gejala selepas 50 hari dijangkiti. Antara simptom-simptom penyakit Hepatitis A ialah ; 1. Demam 10. Warna najis 2.Selsema berubah 3. Sakit 9. Demam kuning Simptom- kepala simptom Hepatitis A 8. Perut 4. Sangat lesu kembung 5. Sakit 7. Cirit-birit 6. Hilang perut Selera makan Masalah -masalah kesihatan akibat jangkitan virus Hepatitis A biasanya lambat sembuh kerana badan mengambil masa untuk menghasilkan antibodi. Ia mungkin mengambil masa antara tiga minggu hingga enam bulan, bergantung kepada keadaan setiap pesakit. Jangkitan akan lebih teruk jika berlaku pada orang yang berumur melebihi 40 tahun, tetapi secara umumnya 50 % penduduk mempunyai imuniti terhadap virus Hepatitis A apabila meningkat umur 39 tahun. 13
  • 14. Secara lazimnya setiap penyakit ada cara rawatannya, begitu juga dengan penyakit Hepatitis A. Antara cara rawatan ialah melalui vaksin. Sehingga kini tidak ada rawatan yang khusus untuk jangkitan Hepatitis A dan kebanyakan rawatan hanya untuk menghilangkan gejala penyakit. Namun apabila sembuh, bermakna seseorang itu akan imun iaitu mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit sepanjang hayat. Bagi langkah-langkah pencegahan, seseorang itu perlulah mematuhi atau menjaga kebersihan diri. Antara langkah-langkah pencegahannya ialah ; 1. Orang yang dijangkiti perlulah banyak berehat. 2. Elakkan minum minuman keras 3. Perlulah menjaga kebersihan diri, seperti cuci tangan hingga bersih selepas menggunakan tandas 4. Elakkan mengambil makanan mentah seperti ulam dan salad, terutama di tempat yang ada kes. 5. Elakkan minum minuman yang tidak dimasak dengan betul dan minuman berais. 6. Elakkan minum susu yang tidak dipasteur serta makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna Untuk hidup sihat, kita memerlukan hati yang sihat dan boleh berfungsi dengan baik. Hati berfungsi sebagai organ penting untuk menyingkirkan bahan baracun seperti dadah daripada darah. Hati yang sihat juga penting untuk melawan jangkitan dan memberhentikan pendarahan. Jadi, perlulah setiap orang itu menjaga dan mencegah dari penyakit ini. 14
  • 15. iii. Cirit-birit (diare) Cirit-birit atau diare merupakan keadaan di mana seseorang atau kanak- kanak yang hilang kawalan keupayaan membuang najis menyebabkan sentiasa membuang najis setiap masa. Dalam erti kata yang lain membuang air besar lebih daripada tiga kali dan keadaan ini mampu menyebabkan kekeringan air (najis yang keluar hanya air sahaja). Jika keadaan ini berlarutan ia akan membahayakan pesakit itu sendiri. Kanak-kanak yang sedang menyusu, adakala akan membuang air sehingga lemah hingga enam kali sehari tetapi najisnya biasa sedikit dan berwarna kuning dan tidak begitu banyak air. Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air pada bahagian usus. Kandungan air meningkat 60 hingga 90%. Air sepatutnya diserap semula oleh usus. Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan garam mineral daripada najis. Seseorang kanak-kanak boleh diserang cirit-birit apabila dijangkiti oleh virus di saluran ususnya, ada juga kanak-kanak yang tidak sesuai dengan susu berformula yang diberikan. Selain daripada itu juga keadaan cirit-birit mungkin disebabkan oleh beberapa keadaan, antaranya alahan makanan yang sangat berlemak atau pedas atau makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin. Cirit-birit berlaku akibat pelbagai perkara, menyebabkan pihak perubatan sukar mengenal pasti punca masalah tersebut. Punca masalah cirit-birit boleh berlaku akibat ; • Masalah psikogenik iaitu ketegangan emosi dan kerisauan • Masalah neurogenik iaitu gangguan sistem saraf • Selepas pembedahan • Gangguan sistem kelenjar atau edokdrin • Pemakanan • Alahan • Masalah penyerapan makanan dan garam mineral • Jangkitan dan radangan 15
  • 16. Cirit-birit yang disebabkan kuman bakteria yang menyebabkan cirit –birit ialah E. coli, Shingella, Camphylobacter dan Staphylococos. Sebahagian kuman ini menghasilkan racun. Antara tanda-tanda ialah pembuangan najis berair yang banyak secara tiba-tiba, mual, muntah, kekejangan di bahagian perut dan mengalami demam. Cirit-birit akibat jangkitan hanya perlu dirawat dengan memberikan air yang secukupnya dan garam mineral bagi menggantikan jumlah air yang hilang melalui pembuangan najis berair yang kerap. BAKTERIA E. COLI Masalah akan reda dengan sendiri dan fungsi saluran asas pemakanan akan pulih tanpa rawatan alam tempoh 24 hingga 48 jam. Antibiotik hanya digunakan apabila cirit-birit berlaku dalam tempoh yang lebih lama walaupun rawatan sokongan telah diberikan kepada pesakit. Cirit-birit akibat kuman virus pula biasanya dialami oleh bayi dan kanak- kanak. Kuman virus yang sering menjangkiti kanak-kanak ialah rotavirus. Kanak- kanak akan mengalami kesan jangkitan dalam tempoh 12 hingga 48 jam. Kekerapan cirit-birit sebanyak lapan hingga sepuluh kali sehari bagi bayi berusia dua bulan boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan yang serius sehingga mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang dan fungsi jantung serta 16
  • 17. peredaran darah. Masalah yang dialami oleh kanak-kanak seperti ini memerlukan pemerhatian yang serius oleh doktor. Tanda-tanda bahaya yang di alami oleh seseorang pesakit cirit-birit ialah ; • Cirit-birit dimana najis akan bercampur dengan darah • Keadaan kanak-kanak yang lemah dan langsung tidak bermaya • Keadaan dimana kanak-kanak muntah terus menerus dan perut kembung • Cirit-birit jika berada di kawasan di mana terdapat wabak cholera Cirit-birit kronik pula sukar dikenalpasti puncanya kerana ia boleh diakibatkan oleh pelbagai faktor seperti penyakit dalam tubuh dan gangguan pada sistem saluran penghadaman. Pesakit akan mengalami cirit-birit dengan kerap selama lebih dua minggu. Cirit-birit ini boleh diakibatkan oleh tekanan emosi dan penyalahgunaan ubat laksatif yang diguna untuk memudahkan pembuangan air besar Beberapa perkara berkaitan pesakit yang perlu diketahui oleh doktor dan ahli farmasi sebelum memberi rawatan ialah ; 1. Umur pesakit 2. Masa dan tempoh serta kekerapan berlakunya cirit-birit 3. Makanan yang diambil sebelum mengalami masalah cirit-birit 4. Ciri dan lokasi simptom dan tanda masalah 5. Ciri najis yang dihasilkan 6. Faktor yang dikenalpasti oleh individu yang menyebabkan keadaan seseorang bertambah teruk 7. Ubat-ubat yang sedang diambil oleh pesakit 8. Rawatan yang diambil sebelum ini 9. Penyakit lain yang sedang dialami atau sejarah cirit-birit atau gangguan sistem penghadaman yang dialami oleh ahli keluarga Seseorang mungkin memerlukan rawatan sementara sebelum dapat berjumpa seseorang doktor untuk rawatan lanjut. Jika seseorang mengalami cirit- birit kerana kesan sampingan ubat, tidak boleh memberhentikan ubat tersebut sewenang-wenangnya. Ia perlulah mendapat nasihat dan panduan daripada doktor yang memberikan ubat tersebut, ini adalah kerana pemberhentian ubat tersebut 17
  • 18. boleh menerukkan penyakit yang sedia ada dan kadang kala masalah cirit-birit yang dialami tidak serius. Rawatan di hospital atau klinik biasanya bergantung kepada keadaan seseorang itu terutamanya kanak-kanak. Bagi kes yang teruk, air perlu diberikan dengan segera dengan memasukkan terus ke dalam darah. Susu yang diminum juga perlu diberhentikan seketika atau diubah kepada susu soya. Selain daripada rawatan yang kita dapati dari klinik atau hospital, terdapat banyak juga produk dan ubat yang berada di pasaran yang boleh merawat masalah cirit-birit. Sebagai seseorang yang mementingkan kesihatan yang baik langkah pencegahan adalah yang terbaik. Contohnya seseorang yang ingin melancong, beberapa rawatan pencegahan perlulah diambil kira, diantaranya ; 1. Memakan makanan yang sentiasa panas dan dimasak dan meminum air yang dimasak atau air mineral yang dibotolkan. 2. Dapatkan ubat antibiotik yang bersesuaian, antaranya doksisiklin atau trimetroprim, norfloksaksin dan lain-lain 3. Pemakanan yang sesuai seperti sup dapat membantu menggantikan cecair dan garam mineral yang hilang. 4. Berikan makanan yang mudah dihadam dan yang lembut kepada bayi. 5. Elakkan makanan yang berlemak atau pedas. 6. Bagi kanak-kanak yang meminum susu ibu, ia patut diteruskan Sebagai kesimpulannya seseorang yang mengalami cirit-birit, pesakit perlulah meminum air yang banyak. Seluruh ahli keluarga perlulah mengamalkan semua amalan dalam kesihatan diri dan keluarga supaya menjadi sebuah negara yang terdiri daripada keluarga yang sihat dan sejahtera. 18
  • 19. 2. Faktor-faktor Gaya Hidup Sihat Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Dalam erti kata yang lain merujuk kepada amalan tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk seseorang menikmati kesihatan yang berpanjangan dan kehidupan yang ceria. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, semuanya boleh dicapai. Semua orang boleh membentuk gaya hidup yang sihat dengan mengambil kira beberapa aspek iaitu mempunyai konsep kendiri yang positif, bertanggungjawab terhadap sikap, keputusan dan tingkah laku sendiri serta mempunyai pegangan yang teguh. Gaya hidup sihat adalah penting bagi menjamin kesejahteraan kita daripada aspek kesihatan mental-emosi, sosial dan rohani.Kita seharusnya membentuk gaya hidup yang sihat dan praktikal, sesuai dengan semua peringkat umur. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesihatan seseorang individu, antaranya ialah ; GAYA HIDUP SIHAT 1. PEMAKANAN 4. MENJAUHI TABIAT BURUK 2. KEBERSIHAN DIRI 5. TIDUR / REHAT / ISTIREHAT 3. BERSENAM DAN BEREKREASI 19
  • 20. Salah satu keperluan asas bagi kehidupan dan kesihatan ialah pemakanan yang mencukupi dan seimbang. Makanan yang seimbang sangat penting untuk kesihatan. Kita perlukan makanan untuk hidup, membesar, mendapat tenaga dan menjaga kesihatan. Pemakanan makanan yang seimbang dapat meransangkan tumbesaran yang normal. Kesihatan seseorang akan terganggu jika berlaku malnutrisi iaitu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan. Kekurangan zat makanan mungkin disebabkan oleh pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi, proses pencernaan makanan yang tidak sempurna atau masalah penyerapan zat makanan. Kita perlu memilih makanan yang sesuai supaya kita dapat menikmati keenakannya di samping mendapat khasiatnya. Di samping kuantiti makanan, kualiti makanan juga perlu dititikberatkan. Tabiat pemakanan seseorang akan mempengaruhi kesihatannya. Tabiat pemakanan yang buruk boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk seperti obesiti dan penyakit-penyakit seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung dan ulser peptik. Makanan membekalkan tenaga untuk semua proses hidup dan juga menyediakan bahan mentah untuk pertumbuhan dan penggantian tisu-tisu yang rosak atau cedera. Makanan membekalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk kesihatan badan. Karbohidrat, lemak dan protein merupakan tiga kelas zat makanan yang diperlukan dalam jumlah yang agak besar. Ketiga-tiga kelas makanan ini tidak cukup untuk memastikan kesihatan yang baik, sebaik-baiknya sajian yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh bagi memenuhi keperluan pembesaran dan memelihara kesihatan. Kegemukan atau obesiti yang berlebihan merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini dan juga pada negara-negara maju. Pengambilan makanan yang berlebihan adalah antara faktor utama yang menyebabkan obesiti. Contohnya seseorang yang membuat kesilapan memilih jenis makanan berkalori tinggi daripada sumber haiwan, makanan segera, minuman berkarbonat dan mengabaikan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam 20
  • 21. diet harian akan memudahkan lagi seseorang menjadi gemuk. Masalah ini sudah tentulah mengundang pelbagai penyakit. Sebagai seorang individu yang mengamalkan gaya hidup sihat, maka perlulah memilih makanan seimbang untuk memelihara kesihatan yang sempurna. Kebersihan diri juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gaya hidup sihat. Kebersihan diri adalah penting untuk menjaga kesihatan diri. Menjaga kebersihan tubuh badan dan peralatan peribadi adalah penting. Untuk meningkatkan kesihatan diri, amalan penjagaan kebersihan diri adalah perlu. Kita seharusnya perlulah menaga kesihatan diri ; 1.1. MENJAGA MENJAGA KEBERSIHAN KEBERSIHAN TANGAN TANGAN 6.6. MENJAGA MENJAGA 2.2. MENJAGA MENJAGA KESIHATAN KESIHATAN KEBERSIHAN KEBERSIHAN RAMBUT RAMBUT KAKI KAKI KEBERSIHAN KEBERSIHAN DIRI DIRI 5.5. MENJAGA MENJAGA 3.3. MENJAGA MENJAGA KESIHATAN KESIHATAN KEBERSIHAN KEBERSIHAN KULIT KULIT GIGI GIGI 4.4. MENJAGA MENJAGA KEBERSIHAN KEBERSIHAN PAKAIAN PAKAIAN 21
  • 22. Amalan menjaga kebersihan tangan adalah perlu, sebelum dan selepas makan. Begitu juga selepas menggunakan tandas, seseorang itu haruslah membersih tangan dengan sabun pada tapak tangan dan juga celah-celah jari. Kuku jari yang panjang seharusnya dipotong supaya kuman tidak terlekat di dalamnya. Kebersihan kaki juga amat penting bagi menjaga kebersihan diri, kita hendaklah memaki kasut atau selipar,membasuh kaki dan mengeringnya serta memaki stoking dan kasut yang bersih supaya tidak dijangkiti penyakit. Menjaga kebersihan gigi juga amat penting, di mana seseorang itu tidak boleh berkongsi berus gigi,selain itu juga hendaklah memberus gigi dengan cara yang betul dan ubat gigi yang sesuai bagi memastikan gigi dangusi tidak rosak. Amalan memberus gigi perlu dipraktikkan kepada kanak-kanak supaya menjadi rutin harian . Kita perlulah memberus gigi selepas makan dan sebelum tidur dan sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Pakaian yang dipakai oleh kita hendaklah dibasuh dan dikeringkan dengan sempurna sebelum diguna semula bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit. Pakaian yang kotor atau lembab akan mengundang pelbagai kesan terhadap diri kerana terdapat pembiakan kuman dan kulat. Kebersihan kulit perlu dijaga kerana lubang-lubang halus pada kulit sentiasa tersumbat, jadi kita perlulah menbasuh kulit dengan sabun yang bersesuaian. Menjaga kebersihan rambut juga amat penting. Rambut perlu di basuh dengan syampu yang bersesuaian mengikut keadaan rambut yang kering atau berminyak. Menyikat rambut juga dapat membantu membuang kotoran dan sel-sel mati. Amalan menjaga kebersihan diri perlu di amalkan bagi menjadikan kita sentiasa bersih dan sihat. Apa yang penting untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat faktor kebersihan diri juga menjadi seseorang itu mementingkan menjaga kesihatan agar boleh mendapat kesejahteraan hidup yang lebih baik. 22
  • 23. Pada masa kini semua orang sedar mengapa senaman itu penting untuk kesihatan secara keseluruhannya. Gaya hidup yang tidak aktif merupakan faktor utama bagi penyakit jantung dan kardiovaskular, sama seperti merokok, kolestrolyang memudaratkan dan tekanan darah tinggi. Bersenam sekurang- kurangnya 30 minit sehari pada setiap hari dapat mengawal tekanan darah. Senaman boleh dilakukan dalam sebarang bentuk kegiatan fizikal, seperti yoga dan tai chi. Seperti semua otot-otot lain ,jantung menjadi lebih kuat menerusi senaman dan dapat mengepam lebih banyak darah dengan setiap denyutan. Maka jantung boleh berfungsi pada tahap maksimum dalam keadaan yang tidak membebankan. Orang yang bersenam lazimnya mempunyai risiko paling rendah mengalami sakit jantung. Banyak kajian mendapati bahawa senaman ringan hingga sederhana juga membawa manfaat kepada pengidap sakit jantung.Antara kelebihan seseorang itu bersenam ialah ; • Dapat mengurangkan rsiko penyakit jantung • Meningkatkan kolesterol baik dalam darah • Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis • Menggalakkan penurunan dan kawalan berat badan • Membantu untuk tidur yang baik • Mengurangkan ketegangan dalam diri Cara terbaik untuk bersenam adalah menerusi senaman berat ringkas yang dilakukan selama beberapa kali dan berguna untuk orang yang lebih berumur. Senaman yang melatih dan menguatkan otot dada juga penting bagi pesakit angina. Bersenam dengan kerap perlu dimasukkan dalam senarai perubahan yang harus dilakukan, selain daripada mengawal tabiat pemakanan, mengurangkan pengambilan garam dan berhenti merokok. Selain itu mengawal berat badan, mengawal pengambilan kafien, mengawal pengambilan makanan berlemakdan mematuhi arahan pengambilan ubat apabila 23
  • 24. diperlukan. Dalam usaha mengamalkan gaya hidup sihat, perkara paling penting adalah mengubah gaya hidup yang aktif pada masa sekarang. Gaya hidup sihat yang negatif sering dan selalu dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan bahan di negara ini. Dadah, pil estacy, rokok dan alkohol adalah bahan –bahan yang biasanya salah digunakan sehingga mengakibatkan ketagihan. Semua golongan masyarakat di negara ini perlu bersama-sama melibatkan diri dalam usaha memerangi ancaman penyalahgunaan bahan. Seseorang individu itu secara umumnya perlulah menjauhi penyalahgunaan bahan ini untuk menjadi seorang yang sihat. Dadah adalah bahan psikotropik iaitu bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dikawal. Walaubagaimanapun bahan ini telah disalah gunakan oleh pihak tertentu. Ianya boleh mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan penggunanya. Risiko yang dihadapi kesan daripada penyalahgunaan bahan ini ialah gangguan fikiran, ketagihan, kerosakan akhlak, tidak bermoral dan ada yang maut. Seseorang individu itu hendaklah menjauhi tabiat buruk ini bagi kesempunaan dirinya. Antara kegiatan yang buruk atau tidak dapat dikawal pada masa kini ialah merokok. Merokok merupakan tabiat yang digemari ramai orang tidak mengira umur,atau jantina. Walau apa pun alasannya , ianya merupakan satu tabiat yang mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan. Bebagai-bagaibahan kimia yang digunakan bagi menghasilkan sebatang rokok dan berbagai-bagai jenis racun yang telah disedut dalam badan manusia. Akibatnya seseorang individu itu mengalami sakit jantung, barah, pengecilan saluran darah, paru-paru berair, penyakit pernafasan dan berbagai-bagai lagi. Selain daripada itu juga terdapat individu yang mengamalkan tabiat buruk seperti mengambil alkohol yang berlebihan. Keinginan mencubanya menjadi punca utama dan boleh menyebabkan rasa mabuk, ini menyebabkan berlakunya punca pergaduhan seperti memberontak, bertumbuk sesama kawan dan pelbagai kegiatan yang tidak sihat. Iniadalah satu tabiat yang perlu dijauhi untuk menjadi seorang individu yang mengamalkan gaya hidup sihat. 24
  • 25. Faktor terakhir yang mempengaruhi gaya hidup sihat ialah tidur, rehat dan istirehat yang secukupnya. Setiap individu itu memerlukan rehat yang cukup. Rehat adalah satu faktor yang sering kita kaitkan dengan tidur. Tidur berkualiti bukan bermakna kita tidur dalam masa yang panjang, sebaliknya tidur apabila sudah mengantuk dan bangunlah apabila tubuh sudah merasa segar. Rehat ialah tempoh yang diambil oleh seseorang untuk berhenti melakukan sesuatu aktiviti atau kerja dari segi mental atau fizikal.Tidak semestinya seseorang itu rehat, ia terus tidur sebaliknya ia akan merehatkan badan atau otak untuk seketika. Semasa rehat ini juga kita boleh melakukan aktiviti seperti membaca, bemain karom atau melakukan aktiviti merehatkan otak seperti bersiar-siar atau bermain. Sekurang-kurangnya minda akan berehat dan kembali normal serta tidak mengalami stress. Istirehat pula merujuk kepada satu tempoh masa yang terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak aktif. Boleh dikatakan setiap daripada kita akan beristirehat pada setiap hari. Badan dan otak manusia memang memerlukan istirehat. Melukis, tidur seketika dan mendengar radio contohnya adalah dianggap sebagai beristirehat . Jadi, seseorang individu itu perlulah mendapat tidur, rehat dan beristirehat secukupnya, sekiranya ia mengamalkan gaya hidup yang sihat. Apa yang dapat dirumuskan di sini seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang sihat perlulah mempunyai faktor-faktor pemakanan yang baik, kebersihan diri, bersenam dengan betul, menjauhi tabiat buruk dan mendapat tidur, rehat dan istirehat yang secukupnya. Seandainya amalan gaya hidup sihat tidak dipatuhi, seseorang mungkin diserang penyakit, menghadapi konflik dan stress atau terjebak dalam masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah. Gaya Hidup sihat dapat menghindarkan kita daripada menghadapi masalah kesihatan, mental dan sosial. 25
  • 26. BIBLIOGRAFI Kiren Sharma. Senaman dan Kesannya : Mingguan Malaysia. 48, (5), 26. Peter Ling Chee Chong, Tan Kim Low & Mohammed Haniff Mohammed Saad. (2002). KBSM Sains Tingkatan 5. Kuala Lumpur, Masa Enterprise. Shamsudin Mohd. Sharif, Sharizad Bt Yusof & Mohd. Sofian B Omar Fauzee. (2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Zarina Law bi Abdullah & Abdul Latif bin Ahmad. (2007). Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur, Open University Malaysia. http://www.prn2.usm.my/mainsite/buletin/kosmik/2000/kosmik 1.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit _kecing_manis http://www.prn2.usm.my/mainsite/buletin/racun/1995/makanan.html http://www.geocities.com/aa I my/gaya Hidup.htm200722 26
  • 27. 27