SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
RUMUSAN
Melalui kerja kursus Pendidikan Agama Islam ini, saya telah banyak mempelajari tentang
tokoh-tokoh Islam sepanjang masa kajian ini dijalankan. Saya ____________________ telah
mendapat banyak bantuan daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan kerja kursus
Pendidikan Agama islam ini.
Selain itu, melalui kajian ini saya lebih mengenali tokoh-tokoh yang saya kaji seperti Imam
Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Al-Bukhari, dan Imam Al-
Ghazali melalui riwayat hidup mereka.
Bukan itu sahaja, saya dapat mengetahui pendidikan tokoh-tokoh Islam yang telah saya kaji
dan barulah saya sedar bahawasanya bukan mudah untuk manusia pada zaman dahulu
untuk mempelajari sesuatu ilmu.
Di samping itu, saya juga dapat mengetahui sifat peribadi, ketokohan serta pendirian mereka
sebagai insan yang menggemari ilmu. Oleh itu, secara tidak langsung saya akan
mempraktiskan segala sifat positif mereka.
Akhir sekali, saya juga lebih menghayati sumbangan mereka terhadap dunia Islam daripada
dulu hingga kini dan selamanya melalui pemikiran, mazhab dan penulisan.
http://amirkhalis.blogspot.com/2012/03/tokoh-tingkatan-5-pendidikan-agama.html
http://amirkhalis.blogspot.com/2012/12/folio-pendidikan-agama-islam-tingkatan.html
http://amirkhalis.blogspot.com/2012/12/folio-pendidikan-agama-islam-tingkatan.html
http://bptv.edu.my/bahan/kv/KSKV_AKADEMIK/5.%20KSKV%20Akademik%20Pendidikan%20Islam.
pdf
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem
kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti
pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari
semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu
mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan
buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya
dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain
seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
KOMPONEN AIR DI MUKA BUMI
71% dari permukaan dunia.
-97% air masin (laut)
-3% air tawar
- 87% ais dan glasiers, air bawah tanah, udara.
- 13% air permukaan (0.4% jumlah air).
Di muka bumi terdapat lebih kurang 7% daripada jisim bumi adalah terdiri daripada air. 97%
daripada air ini ialah air masin di lautan dan 3% merupakan air tawar yang terdiri daripada
ais kutub.Hanya lebih kurang 0.7% air bumi terdapat di tasik dan sungai air tawar dan di
atmosfera.
2.0
2.1 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di
sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak,
dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa
kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar
disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke
laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa
toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini
dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair
kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang
mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju
memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong
kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan
menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh,
pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan
metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran
Tanjung Ayam.Contonya Tumpahan minyak di Teluk Mexico April'10,telah mencemarkan
air yang banyak di sekitar Mexico.
JENIS PENCEMARAN AIR
Limpahan Minyak Ke Dalam Laut
Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran
air.Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan
tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini.Apabila minyak bercampur dengan air
laut,ia akan mengakibatkan air tercemar.Tumbahan minyak akan mengapung menutupi
permukaan air,lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam
air keranalapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga
oksigen terlarut akan berkurang.Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya
sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu
kerana bulunya jadi berminyak,tidak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke
tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan.Ini dapat dijelaskan dengan
perkara letupan tangki minyak di Teluk Mexico baru-baru ini.Ia telah menyebabkan
ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.
Sisa Buangan Dari Kilang
Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh
terus disalirkan ke dalam sungai-sungai.Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan
ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air
sungai.Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan
sungai tercemar.Bahan toksik ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat
kehidupan akuatik.Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen
di dalam air dan mengancam hidupan akuatik
Bahan Buangan Domestik Dan Organik
Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan
dibuang ke dalam sungai seperti sampah,minyak dan najis daripada individu yang tidak
bertanggungjawab.Apabila bahan buangan domestik ini dibuang dalam sungai,maka air
sungai akan menjadi keruh,berkeladak dan kotor,ini akan menyebabkan organisma aquatik
tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu keruh,padahnya maut.Bahan organik adalah
seperti baja.
Pertanian
Pertanian juga punca pencemaran air.Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur-
sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-
sungai.Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur untuk membunuh haiwan
perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke
dalam sungai apabila hujan.Air sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan
memudaratkan kesihatan manusia apabila digunakan.
2.2 KESAN –KESAN PENCEMARAN AIR
2.2.1 KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di tempat yang mengalami pencemaran air.
Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air dari
tanah.
Bagaimanapun, pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut
memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan liar
akuatik adalah antara mangsa pencemaran air. Sejenis pencemaran yang memberikan kesan
kepada air ialah bentuk fizikal, seperti peningkatan suhu. Oleh kerana air dialirkan daripada
kilang industri, hampir 15 sehingga 25 miligram air yang dipanaskan dialirkan ke dalam
sistem penyejuk air.
Apabila air panas itu dialirkan keluar ke sungai, suhu air sungai itu akan meningkat.
Hasilnya, ia akan mengganggu perhubungan ekologikal di antara sistem air dan hidupan
akuatik. Malah, peningkatan suhu walau sedikit adalah bahaya kepada pelbagai ikan dan
hidupan akuatik lain.
Pencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut,sungai,tasik dan air dari tanah.Air yang
tercemar oleh pembuangan sampah sarap,pengaliran sisa toksik dari kilang-kilang,dan
minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan hidupan akuatik
seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati.Jika pencemaran sungai tersebut berlarutan,bukan
sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atau
unggas yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.Dengan
itu,organisma aquatik akan mengalami kepupusan.Ini menyebabkan generasi yang akan
datang tidak dapat melihat jenis-jenis organisma aquatik.
Kesan Kepada Tumbuhan Biomas
Pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan. Dengan peningkatan pencemaran
kimia seperti nitrat dan fosfat, ia boleh menyebabkan kerosakan rumpair dalam sistem air,
sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang
boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan
kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan
oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang
merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Kesan kepada Tanah Basah
Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan.
Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, lebih banyak
rumpair tumbuh. Kebanyakan daripada fosforus yang ditambah ke dalam sistem air
dihasilkan daripada kilang industri yang berhampiran. Dengan peningkatan fosforus, ia
menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya kualiti air yang diukur daripada kriteria biologikal,
kimia dan fizikal. Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah
menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila
fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan
tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan
menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang
2.2.2 KESAN KEPADA KESIHATAN/KEHIDUPAN
Semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies
lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah
jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh
mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah.
DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom.
Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit,
muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya.
Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit
menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik
tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari
kawasan itu.
Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan
manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan
manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap
tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak. Pencemaran air akan
memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia
seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.
Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula
boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air
minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Berikut adalah senarai untuk menjelaskan antara kesan utama daripada pencemaran air:
1. Campuran terlalu banyak bahan organik dalam air akan menyebabkan ia
tercemar dan kekurangan oksigen. Kadar oksigen yang rendah akan membunuh ikan,
tumbuhan dan organisma lain.
2. Pencemaran biologi termasuk kehadiran bakteria dan pelbagai jenis penyakit
lain yang mengandungi mikro organisma.
3. Nutrien (zat – seperti nitrogen dan fosforus) hasil daripada aktiviti manusia
boleh menyebabkan pencemaran air minuman. Nitrogen dan fosforus daripada ladang
haiwan dan racun untuk bidang pertanian menyebabkan pencemaran serius di dalam
sungai, tasik dan laut.
4. Minyak yang dibuang ke dalam air, seperti ke laut menyebabkan pencemaran
air yang serius.
5. Bahan keluli yang berat seperti raksa, zink dan kadmium juga amat bahaya
kepada alam sekitar.
6. Pencemaran terma yang berlaku apabila proses pemanasan dibuat di dalam
kilang yang memberikan kesan kepada air.
7. Bahan radio aktif dalam air juga menyebabkan pencemaran air yang serius.
8. Keladak adalah antara pencemaran air yang paling utama.
3.0
3.1 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran
dari punca.Sisa-sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu
dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai.Kemudian,Kerajaan
Tempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Kerajaan Tempatan
memasang penapis sisa makanan untuk menghalang sisa makanan,minyak disalurkan terus
memasuki sungai dan mencemarkannya. Pihak kerajaan juga perlu memperketatkan undang-
undang bagi melindungi alam sekitar.Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam sekitar patut
dipertingkatkan.selain itu,para pengusaha kilang diwajib mendapatkan nasihat daripada
Jabatab Alam Sekitar sebelum memulakan sesuatu operasi perindustrian dijalankan.Bagi
pengguna pula,perlu bijak memilih barangan yang kurang mendatangkan
pencemaran.contohnya,kita sepatut memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak
mengandungi CFC.pihak kerajaan juga harus bekerjasama denganmedia massa kerana media
massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna.Pendedahan tentang isu pencemaran boleh dibuat melalui majalah
,akhbar,televisyen,radio,dan sebagainya.Disamping itu,pihak kerajaan harus menggalakkan
penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.sebagai
contohnya,tanpa teknologi moden ,sisa pepejal seperti surat khabar lama,majalah
lama,kertas,kain,bahan plastik dan kaca tidak dapat dikitar semula.
3.2 PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi
moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan
teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan
efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah
dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan
teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-
sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah
tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal
yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada
ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan
kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar
pencemaran udara di sekeliling.
3.3 PEDIDIKAN
Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.Aktiviti-aktiviti meningkatkan
kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan orang ramai harus
dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai.Pada masa yang
sama,pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam
sekitar,jika disabit kesalahan terus dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-
duanya sekali.Pihak pemerintah yang nemainkan peranan penting dalam mencorakkan negara
itu sendiri.Bagi memupuk kesedaran dan membentuk masyarakat yang bertanggungjawab
kepada alam sekitar dalam kalangan rakyat,cara tang terbaik ialah melalui
pendidikan.Pendidikan alam sekitar ini perlu kerana dapat membentuk sikap positif dalam
diri terhadap alam sekitar.Pendidikan alam sekitar perlu diperkenalkan secara formal pada
peringkat rendah melalui kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR).Selain itu,pada
peringkat menengah pula perlu diterapkan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM),khususnya dalam matapelajaran sains seperti Biologi.Peringkat ketiga dan terakhir
ialah di pusat pengajian tinggi yang mana mewajibkan mahasiswi dan mahasiswa menyertai
kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.Dengan adanya kesedaran pada
seseorang individu ,mereka akan sedar betapa pentingnya kualiti alam sekitar dan masalah
yang mungkin timbul akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam
sekitar.
Kepentingan menjaga alam sekitar adalah penting untuk manusia, terutamanya terhadap
sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang
segar. Udara yang bersih dan segar sememangkan amat penting untuk kesihatan. Kawasan
yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen
secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan.
Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora fauna. Kebersihan alam sekitar akan
menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia
akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai
kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan
secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya
menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang
turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air.
Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik mahupun industri.
Selain itu, hutan akan membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang
dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik
hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan kita mampu mengurangkan
pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam.
Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semula jadi untuk manusia
menjamin kehidupan yang selesa. Ini bukan sahaja memastikan manusia mengelak scenario
perubahan alam yang mengancam malah membantu manusia memiliki kualiti hidup yang
baik.
Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan seranggan. Persekitaran yang
kotor akan meyebabkan pembiakan seranggan yang dapat mengancam nyawa manusia.
Nyamuk aedes sebagai contoh, boleh menyebabkan deman denggi yang berbahaya manakala
nyamuk tiruk boleh menyebabkan penyakit malaria. Selain itu, persekitaran yang kotor akan
mendatangkan banyak lalat. Lalat yang makanan kita akan menyebabkan kesihatan manusia
terjejas. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.Keindahan alam
sekitar itu juga boleh memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi negara kita dan
kita perlu untuk menarik perhatian mereka. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat
menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara
kita. Dalam aktiviti pelancongan, kita dapat mendapatkan hasil dari pendapatan luar negara
untuk menambah sumber kewangan negara. Ini dapat meningkatkan pertukaran wang asing.
Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti
itu.peluang perkerjaan untuk orang tempatan juga akan meningkat dan secara tidak langsung
ia dapat mengurangkan pengangguran di negara kita.
Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada pada hari
ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus
dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam
sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan
cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang
ramai bagi memelihara alam sekitar.
SAINS
INTERNET
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_air
http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-air.html
http://airkumalaysia.blogspot.com/2011/06/kesan-pencemaran-air.html
http://bmpengurusankumpulan15.blogspot.com/2010/08/alam-sekitar-pencemaran-air.html
http://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/15/hello-world/

More Related Content

What's hot

Pencemaran laut dan upaya penegakan hukumnya di indonesia
Pencemaran laut dan upaya penegakan hukumnya di indonesiaPencemaran laut dan upaya penegakan hukumnya di indonesia
Pencemaran laut dan upaya penegakan hukumnya di indonesiaAhdiat Celebes
 
Pencemaran Laut di Indonesia
Pencemaran Laut di IndonesiaPencemaran Laut di Indonesia
Pencemaran Laut di IndonesiaKarina Oriza
 
185071809 makalah-pencemaran-laut
185071809 makalah-pencemaran-laut185071809 makalah-pencemaran-laut
185071809 makalah-pencemaran-laut432414005
 
Makalah upaya mengatasi pencemaran air sungai
Makalah upaya mengatasi pencemaran air sungaiMakalah upaya mengatasi pencemaran air sungai
Makalah upaya mengatasi pencemaran air sungaiabdulhanan131
 
1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)Fikha Aulia
 
Sumber pencemaran air
Sumber pencemaran airSumber pencemaran air
Sumber pencemaran airYadhi Muqsith
 
6 pencemaran lingkungan
6 pencemaran lingkungan6 pencemaran lingkungan
6 pencemaran lingkunganReaper-Ami
 
Belajar analisa mengenai dampak lingkungan kegiatan budidaya perikanan keramb...
Belajar analisa mengenai dampak lingkungan kegiatan budidaya perikanan keramb...Belajar analisa mengenai dampak lingkungan kegiatan budidaya perikanan keramb...
Belajar analisa mengenai dampak lingkungan kegiatan budidaya perikanan keramb...helmut simamora
 
Bab hidosfer
Bab hidosferBab hidosfer
Bab hidosferjgesik
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1Avi II
 
Pengendalian Pencemaran Laut
Pengendalian Pencemaran LautPengendalian Pencemaran Laut
Pengendalian Pencemaran Lautgalih
 

What's hot (19)

Assiment moral 2014
Assiment moral 2014Assiment moral 2014
Assiment moral 2014
 
Pencemaran laut dan upaya penegakan hukumnya di indonesia
Pencemaran laut dan upaya penegakan hukumnya di indonesiaPencemaran laut dan upaya penegakan hukumnya di indonesia
Pencemaran laut dan upaya penegakan hukumnya di indonesia
 
Pencemaran Laut di Indonesia
Pencemaran Laut di IndonesiaPencemaran Laut di Indonesia
Pencemaran Laut di Indonesia
 
185071809 makalah-pencemaran-laut
185071809 makalah-pencemaran-laut185071809 makalah-pencemaran-laut
185071809 makalah-pencemaran-laut
 
Dampak tumahan minyak
Dampak tumahan minyakDampak tumahan minyak
Dampak tumahan minyak
 
Makalah upaya mengatasi pencemaran air sungai
Makalah upaya mengatasi pencemaran air sungaiMakalah upaya mengatasi pencemaran air sungai
Makalah upaya mengatasi pencemaran air sungai
 
EUTROFIKASI (BIOLOGI)
EUTROFIKASI (BIOLOGI)EUTROFIKASI (BIOLOGI)
EUTROFIKASI (BIOLOGI)
 
Makalah air
Makalah airMakalah air
Makalah air
 
RINGKASAN AMDAL
RINGKASAN AMDALRINGKASAN AMDAL
RINGKASAN AMDAL
 
1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)
 
Sumber pencemaran air
Sumber pencemaran airSumber pencemaran air
Sumber pencemaran air
 
Air dalam Kehidupan Manusia
Air dalam Kehidupan ManusiaAir dalam Kehidupan Manusia
Air dalam Kehidupan Manusia
 
6 pencemaran lingkungan
6 pencemaran lingkungan6 pencemaran lingkungan
6 pencemaran lingkungan
 
Belajar analisa mengenai dampak lingkungan kegiatan budidaya perikanan keramb...
Belajar analisa mengenai dampak lingkungan kegiatan budidaya perikanan keramb...Belajar analisa mengenai dampak lingkungan kegiatan budidaya perikanan keramb...
Belajar analisa mengenai dampak lingkungan kegiatan budidaya perikanan keramb...
 
Air dalam Kehidupan
Air dalam KehidupanAir dalam Kehidupan
Air dalam Kehidupan
 
Bab hidosfer
Bab hidosferBab hidosfer
Bab hidosfer
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Pengendalian Pencemaran Laut
Pengendalian Pencemaran LautPengendalian Pencemaran Laut
Pengendalian Pencemaran Laut
 
Limnologi
Limnologi Limnologi
Limnologi
 

Viewers also liked

Asigment p. kesihatan sem 1
Asigment p. kesihatan sem 1Asigment p. kesihatan sem 1
Asigment p. kesihatan sem 1Na Shafrina
 
8004852 perbezaan-individu
8004852 perbezaan-individu8004852 perbezaan-individu
8004852 perbezaan-individuFiqrie Shamsuri
 
3 kitar nitrogen & kepentingannya
3 kitar nitrogen & kepentingannya3 kitar nitrogen & kepentingannya
3 kitar nitrogen & kepentingannyaMohd Shukri Suib
 
Strategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabunganStrategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabunganMamat Jemi
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Mohd Farid Ismail
 
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahPerancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahawin awin
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranNazri Halim
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Sample assignment pk
Sample assignment pkSample assignment pk
Sample assignment pkAlene Juel
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarSiti Rafhanah
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikAfiqah Nooh
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)路人 路过
 

Viewers also liked (18)

Asigment p. kesihatan sem 1
Asigment p. kesihatan sem 1Asigment p. kesihatan sem 1
Asigment p. kesihatan sem 1
 
8004852 perbezaan-individu
8004852 perbezaan-individu8004852 perbezaan-individu
8004852 perbezaan-individu
 
3 kitar nitrogen & kepentingannya
3 kitar nitrogen & kepentingannya3 kitar nitrogen & kepentingannya
3 kitar nitrogen & kepentingannya
 
Strategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabunganStrategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabungan
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahPerancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaran
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Sample assignment pk
Sample assignment pkSample assignment pk
Sample assignment pk
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
 

Similar to TOKOH ISLAM

Kajian masalah deterjen
Kajian masalah deterjenKajian masalah deterjen
Kajian masalah deterjenFuji Ama
 
Geografi Pencemaran Air
Geografi Pencemaran AirGeografi Pencemaran Air
Geografi Pencemaran AirNur Rachmawati
 
Tugasan 9 a158767
Tugasan 9 a158767Tugasan 9 a158767
Tugasan 9 a158767A158767
 
Macam2 kerusakan air by mister bowo
Macam2 kerusakan air by mister bowoMacam2 kerusakan air by mister bowo
Macam2 kerusakan air by mister bowoIndar Prabowo
 
Penyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan Limbah
Penyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan LimbahPenyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan Limbah
Penyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan Limbahboysinu
 
1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)Fikha Aulia
 
Keseimbangan lingkungan kel. 5
Keseimbangan lingkungan kel. 5   Keseimbangan lingkungan kel. 5
Keseimbangan lingkungan kel. 5 Sebagai Pelajar
 
Bahaya Pencemaran
Bahaya PencemaranBahaya Pencemaran
Bahaya Pencemaranyudi3456
 
Slide softskill anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
Slide softskill   anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.Slide softskill   anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
Slide softskill anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.Rizky Ananda
 
MAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docxMAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docxTIRASBALYO
 
MAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docxMAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docxTIRASBALYO
 

Similar to TOKOH ISLAM (20)

Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Ipa7 kd9-b
Ipa7 kd9-bIpa7 kd9-b
Ipa7 kd9-b
 
Sumber
SumberSumber
Sumber
 
Kajian masalah deterjen
Kajian masalah deterjenKajian masalah deterjen
Kajian masalah deterjen
 
Pencemaran air
Pencemaran airPencemaran air
Pencemaran air
 
Pencemaran air
Pencemaran airPencemaran air
Pencemaran air
 
Geografi Pencemaran Air
Geografi Pencemaran AirGeografi Pencemaran Air
Geografi Pencemaran Air
 
HIDROFER.pptx
HIDROFER.pptxHIDROFER.pptx
HIDROFER.pptx
 
Tugasan 9 a158767
Tugasan 9 a158767Tugasan 9 a158767
Tugasan 9 a158767
 
Macam2 kerusakan air by mister bowo
Macam2 kerusakan air by mister bowoMacam2 kerusakan air by mister bowo
Macam2 kerusakan air by mister bowo
 
Penyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan Limbah
Penyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan LimbahPenyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan Limbah
Penyusutan Gendang – Gendis Contoh Kecil Kegagalan Mengendalikan Limbah
 
Fadli ppt
Fadli pptFadli ppt
Fadli ppt
 
Fadli ppt
Fadli pptFadli ppt
Fadli ppt
 
1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)1113015000047 (fika aulia)
1113015000047 (fika aulia)
 
Keseimbangan lingkungan kel. 5
Keseimbangan lingkungan kel. 5   Keseimbangan lingkungan kel. 5
Keseimbangan lingkungan kel. 5
 
Bahaya Pencemaran
Bahaya PencemaranBahaya Pencemaran
Bahaya Pencemaran
 
Slide softskill anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
Slide softskill   anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.Slide softskill   anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
Slide softskill anandya deasyandra - dika mandala p. - rizky ananda p.
 
MAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docxMAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docx
 
MAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docxMAKALAH BARU.docx
MAKALAH BARU.docx
 

TOKOH ISLAM

  • 1. RUMUSAN Melalui kerja kursus Pendidikan Agama Islam ini, saya telah banyak mempelajari tentang tokoh-tokoh Islam sepanjang masa kajian ini dijalankan. Saya ____________________ telah mendapat banyak bantuan daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan kerja kursus Pendidikan Agama islam ini. Selain itu, melalui kajian ini saya lebih mengenali tokoh-tokoh yang saya kaji seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Al-Bukhari, dan Imam Al- Ghazali melalui riwayat hidup mereka. Bukan itu sahaja, saya dapat mengetahui pendidikan tokoh-tokoh Islam yang telah saya kaji dan barulah saya sedar bahawasanya bukan mudah untuk manusia pada zaman dahulu untuk mempelajari sesuatu ilmu. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui sifat peribadi, ketokohan serta pendirian mereka sebagai insan yang menggemari ilmu. Oleh itu, secara tidak langsung saya akan mempraktiskan segala sifat positif mereka. Akhir sekali, saya juga lebih menghayati sumbangan mereka terhadap dunia Islam daripada dulu hingga kini dan selamanya melalui pemikiran, mazhab dan penulisan. http://amirkhalis.blogspot.com/2012/03/tokoh-tingkatan-5-pendidikan-agama.html http://amirkhalis.blogspot.com/2012/12/folio-pendidikan-agama-islam-tingkatan.html http://amirkhalis.blogspot.com/2012/12/folio-pendidikan-agama-islam-tingkatan.html http://bptv.edu.my/bahan/kv/KSKV_AKADEMIK/5.%20KSKV%20Akademik%20Pendidikan%20Islam. pdf
  • 2.
  • 3. Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air. KOMPONEN AIR DI MUKA BUMI 71% dari permukaan dunia. -97% air masin (laut) -3% air tawar - 87% ais dan glasiers, air bawah tanah, udara. - 13% air permukaan (0.4% jumlah air). Di muka bumi terdapat lebih kurang 7% daripada jisim bumi adalah terdiri daripada air. 97% daripada air ini ialah air masin di lautan dan 3% merupakan air tawar yang terdiri daripada ais kutub.Hanya lebih kurang 0.7% air bumi terdapat di tasik dan sungai air tawar dan di atmosfera.
  • 4. 2.0 2.1 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut. Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut. Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.Contonya Tumpahan minyak di Teluk Mexico April'10,telah mencemarkan air yang banyak di sekitar Mexico.
  • 5. JENIS PENCEMARAN AIR Limpahan Minyak Ke Dalam Laut Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air.Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini.Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air tercemar.Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air,lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air keranalapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang.Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,tidak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan.Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk Mexico baru-baru ini.Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.
  • 6. Sisa Buangan Dari Kilang Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh terus disalirkan ke dalam sungai-sungai.Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.Bahan toksik ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik.Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan akuatik Bahan Buangan Domestik Dan Organik Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang ke dalam sungai seperti sampah,minyak dan najis daripada individu yang tidak bertanggungjawab.Apabila bahan buangan domestik ini dibuang dalam sungai,maka air sungai akan menjadi keruh,berkeladak dan kotor,ini akan menyebabkan organisma aquatik tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu keruh,padahnya maut.Bahan organik adalah seperti baja.
  • 7. Pertanian Pertanian juga punca pencemaran air.Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur- sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai- sungai.Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan.Air sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan kesihatan manusia apabila digunakan.
  • 8. 2.2 KESAN –KESAN PENCEMARAN AIR 2.2.1 KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di tempat yang mengalami pencemaran air. Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air dari tanah. Bagaimanapun, pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air. Sejenis pencemaran yang memberikan kesan kepada air ialah bentuk fizikal, seperti peningkatan suhu. Oleh kerana air dialirkan daripada kilang industri, hampir 15 sehingga 25 miligram air yang dipanaskan dialirkan ke dalam sistem penyejuk air. Apabila air panas itu dialirkan keluar ke sungai, suhu air sungai itu akan meningkat. Hasilnya, ia akan mengganggu perhubungan ekologikal di antara sistem air dan hidupan akuatik. Malah, peningkatan suhu walau sedikit adalah bahaya kepada pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain. Pencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut,sungai,tasik dan air dari tanah.Air yang tercemar oleh pembuangan sampah sarap,pengaliran sisa toksik dari kilang-kilang,dan minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati.Jika pencemaran sungai tersebut berlarutan,bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atau unggas yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.Dengan itu,organisma aquatik akan mengalami kepupusan.Ini menyebabkan generasi yang akan datang tidak dapat melihat jenis-jenis organisma aquatik. Kesan Kepada Tumbuhan Biomas
  • 9. Pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan. Dengan peningkatan pencemaran kimia seperti nitrat dan fosfat, ia boleh menyebabkan kerosakan rumpair dalam sistem air, sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik. Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut. Kesan kepada Tanah Basah Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, lebih banyak rumpair tumbuh. Kebanyakan daripada fosforus yang ditambah ke dalam sistem air dihasilkan daripada kilang industri yang berhampiran. Dengan peningkatan fosforus, ia menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang. Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya kualiti air yang diukur daripada kriteria biologikal, kimia dan fizikal. Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang
  • 10. 2.2.2 KESAN KEPADA KESIHATAN/KEHIDUPAN Semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya. Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu. Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak. Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
  • 11. Berikut adalah senarai untuk menjelaskan antara kesan utama daripada pencemaran air: 1. Campuran terlalu banyak bahan organik dalam air akan menyebabkan ia tercemar dan kekurangan oksigen. Kadar oksigen yang rendah akan membunuh ikan, tumbuhan dan organisma lain. 2. Pencemaran biologi termasuk kehadiran bakteria dan pelbagai jenis penyakit lain yang mengandungi mikro organisma. 3. Nutrien (zat – seperti nitrogen dan fosforus) hasil daripada aktiviti manusia boleh menyebabkan pencemaran air minuman. Nitrogen dan fosforus daripada ladang haiwan dan racun untuk bidang pertanian menyebabkan pencemaran serius di dalam sungai, tasik dan laut. 4. Minyak yang dibuang ke dalam air, seperti ke laut menyebabkan pencemaran air yang serius. 5. Bahan keluli yang berat seperti raksa, zink dan kadmium juga amat bahaya kepada alam sekitar. 6. Pencemaran terma yang berlaku apabila proses pemanasan dibuat di dalam kilang yang memberikan kesan kepada air. 7. Bahan radio aktif dalam air juga menyebabkan pencemaran air yang serius. 8. Keladak adalah antara pencemaran air yang paling utama.
  • 12. 3.0 3.1 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran dari punca.Sisa-sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai.Kemudian,Kerajaan Tempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Kerajaan Tempatan memasang penapis sisa makanan untuk menghalang sisa makanan,minyak disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya. Pihak kerajaan juga perlu memperketatkan undang- undang bagi melindungi alam sekitar.Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam sekitar patut dipertingkatkan.selain itu,para pengusaha kilang diwajib mendapatkan nasihat daripada Jabatab Alam Sekitar sebelum memulakan sesuatu operasi perindustrian dijalankan.Bagi pengguna pula,perlu bijak memilih barangan yang kurang mendatangkan pencemaran.contohnya,kita sepatut memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.pihak kerajaan juga harus bekerjasama denganmedia massa kerana media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.Pendedahan tentang isu pencemaran boleh dibuat melalui majalah ,akhbar,televisyen,radio,dan sebagainya.Disamping itu,pihak kerajaan harus menggalakkan penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.sebagai contohnya,tanpa teknologi moden ,sisa pepejal seperti surat khabar lama,majalah lama,kertas,kain,bahan plastik dan kaca tidak dapat dikitar semula. 3.2 PENGGUNAAN TEKNOLOGI Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa- sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
  • 13. 3.3 PEDIDIKAN Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.Aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan orang ramai harus dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai.Pada masa yang sama,pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar,jika disabit kesalahan terus dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua- duanya sekali.Pihak pemerintah yang nemainkan peranan penting dalam mencorakkan negara itu sendiri.Bagi memupuk kesedaran dan membentuk masyarakat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar dalam kalangan rakyat,cara tang terbaik ialah melalui pendidikan.Pendidikan alam sekitar ini perlu kerana dapat membentuk sikap positif dalam diri terhadap alam sekitar.Pendidikan alam sekitar perlu diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR).Selain itu,pada peringkat menengah pula perlu diterapkan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),khususnya dalam matapelajaran sains seperti Biologi.Peringkat ketiga dan terakhir ialah di pusat pengajian tinggi yang mana mewajibkan mahasiswi dan mahasiswa menyertai kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu ,mereka akan sedar betapa pentingnya kualiti alam sekitar dan masalah yang mungkin timbul akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar.
  • 14.
  • 15. Kepentingan menjaga alam sekitar adalah penting untuk manusia, terutamanya terhadap sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangkan amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik mahupun industri. Selain itu, hutan akan membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan kita mampu mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semula jadi untuk manusia menjamin kehidupan yang selesa. Ini bukan sahaja memastikan manusia mengelak scenario perubahan alam yang mengancam malah membantu manusia memiliki kualiti hidup yang baik. Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan seranggan. Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan seranggan yang dapat mengancam nyawa manusia. Nyamuk aedes sebagai contoh, boleh menyebabkan deman denggi yang berbahaya manakala nyamuk tiruk boleh menyebabkan penyakit malaria. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang makanan kita akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.Keindahan alam sekitar itu juga boleh memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi negara kita dan kita perlu untuk menarik perhatian mereka. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Dalam aktiviti pelancongan, kita dapat mendapatkan hasil dari pendapatan luar negara untuk menambah sumber kewangan negara. Ini dapat meningkatkan pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu.peluang perkerjaan untuk orang tempatan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan pengangguran di negara kita. Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar.