SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
EHEP123 - EPIDEMIOLOGY
APAKAH ITU EPIDEMIK?
NAMA : MOHD FARHAN BIN ISMAIL
NO. MATRIKS : BEHP16091280
NO. AMBILAN : 09/2016
TARIKH HANTAR : 25 NOVEMBER 2016
NAMA PENSYARAH : LIEW KUET BOON
1
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA
SURAT
1 Pengenalan 2
2 Penyiasatan Dalam Epidemik
2.1. Ciri-ciri epidemik
2.1.1. Latar belakang perspektif
2.1.2. Potensi bahaya semasa
2.1.3. Pandangan mengenai pencegahan epidemik daripada
berlaku pada masa hadapan
3
3
4
5 - 7
8 - 9
3 Common Source Dan Propagated Outbreak
3.1. Wabak penyakit berjangkit 10 - 11
4 Keluk Epidemik
4.1. Mentafsir keluk epidemik 12 - 14
5 Prosedur Penyiasatan
5.1. Kewujudan wabak penyakit
5.2. Pengesahan diagnosis
5.3. Menentukan siapa yang berisiko
15 – 18
18
19
6 Kesimpulan 19
7 Rujukan 20
2
1. PENGENALAN
Epidemiologi adalah kajian terhadap pengagihan dan penentuan suatu keadaan
berkaitan kesihatan atau acara dalam populasi yang spesifik dan aplikasi daripada
kajian ini adalah untuk pencegahan dan pengawalan masalah kesihatan. Fokus
kajian epidemiologi adalah populasi yang ditakrifkan dari segi geografi atau terma
lain. Contohnya adalah kumpulan pesakit di hospital atau pekerja kilang boleh
dijadikan unit dalam kajian.
Populasi yang dipilih dalam epidemiologi adalah dari kawasan yang spesifik
atau negara pada masa yang spesifik. Epidemiologi merangkumi semua masalah
kesihatan major dalam komuniti seperti yang berikut:
a) Penyakit berjangkit
b) Penyakit degeneratif kronik, metabolic dan neoplastic
c) Kekurangan zat atau nutrisi
d) Kesihatan dan kecederaan pekerjaan
e) Gangguan mental dan perlakuan
f) Isu populasi dan trend demografi
Epidemiologi penting untuk meningkatkan tahap pemahaman penyakit melalui
pemerhatian populasi dan komuniti; menerangkan latar belakang asal suatu
penyakit; memantau kesihatan dalam populasi atau dipanggil survelans;
mengenalpasti agen penyebab suatu penyakit, faktor dalam jaringan penyebab
suatu penyakit, risiko yang lebih tinggi dalam populasi dan persekitaran yang
tertentu. Selain itu, epidemiologi juga memberi maklumat penting untuk perancangan
dan perkembangan kesihatan. Ia juga memberikan asas untuk mewujudkan polisi
awam dan memutuskan suatu peraturan yang berkaitan.
Epidemiologi adalah satu alat untuk meningkatkan kesihatan awam. Kajian
awal dalam epidemiologi berkenaan dengan suatu penyakit berjangkit itu berlaku
seperti keperluan suatu kerja itu perlu diteruskan kerana ia boleh membawa kepada
pengenalpastian kepada kaedah pencegahan.
3
2. Penyiasatan Epidemik
Epidemik (dari perkataan Greek ἐπί epi "kepada atau ke atas" dan δῆμος
demos "orang") adalah penularan penyakit berjangkit secara cepat terhadap jumlah
orang yang banyak dalam suatu populasi dalam jangka masa yang pendek,
biasanya dua minggu atau kurang. Sebagai contoh, penyakit meningococcal
mempunyai kadar serangan (attack rate) adalah melebihi 15 kes setiap 100,000
orang untuk dua minggu berturut-turut dianggap sebagai epidemik.
2.1. Ciri-ciri Epidemik
Epidemik suatu penyakit berjangkit umumnya disebabkan oleh beberapa
faktor termasuk perubahan ekologi pada populasi perumah (host) (contohnya
peningkatan tahap stress atau peningkatan densiti suatu spesies vektor), perubahan
genetik dalam takungan (reservoir) patogen atau pengenalan kepada patogen baru
pada perumah populasi (pergerakan suatu patogen atau perumah). Pada umumnya,
epidemik itu berlaku apabila immuniti perumah pada patogen sama ada pada tubuh
atau patogen baru menurun secara mendadak di bawah tahap yang dinyatakan
dalam keseimbangan endemik dan melebihi ambang (threshold) transmisi.
Epidemik mungkin terhad pada satu lokasi. Bagaimanapun, sekiranya suatu
penyakit berjangkit merebak ke negara lain atau benua dan memberi kesan kepada
sebilangan besar orang, ianya mungkin diklasifikasikan sebagai pandemik.
Pengisyhtiharaan epidemik selalunya memerlukan pemahaman yang baik terhadap
insiden kadar asas.; epidemik suatu penyakit seperti influenza sebagai mencapai
beberapa peningkatan yang ditakrifkan dalam insiden di atas kadar asas ini.
Beberapa kes yang sangat jarang mungkin diklasifikasi sebagai epidemik manakala
banyak kes yang terdiri adalah penyakit yang biasa berlaku (seperti demam
selsema) adalah bukan epidemik.
4
2.1.1. Latar belakang perspektif
Keracunan makanan (food poisoning) secara amnya merupakan salah satu
penyakit dan jangkitan bawaan makanan (food-borne disease) yang merujuk kepada
pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Ciri-ciri klinikal atau simptom
keracunan makanan adalah berbeza bergantung dengan jenis patogen ataupun
agen. Gejala yang biasa dikaitkan dengan keracunan makanan adalah cirit-birit,
muntah dan demam.
Di Malaysia,statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan
peningkatan kes keracunan makanan sejak beberapa tahun lepas dengan 3,822 kes
pada tahun 2010, 3,959 kes (2011), 4,305 kes (2012) dan 5,017 kes pada tahun
2013. Malah, peningkatan kes pada Januari sehingga April 2016, sebanyak 60
episod kes keracunan makanan yang melibatkan 2,325 kes di sekolah telah
dilaporkan. Kes ini meningkat sebanyak 57% daripada tahun 2015, iaitu daripada 30
kes tahun lalu kepada 47 kes tahun ini . Sehingga 7 Jun 2016, sebanyak 1,063
pemeriksaan telah dijalankan ke atas 757 kantin sekolah dan 306 dapur sekolah di
seluruh negara. Sebanyak 18 arahan penutupan telah dikeluarkan mengikut
Seksyen 11, Akta Makanan 1983 .
5
2.1.2. Potensi bahaya semasa
Keracunan makanan berlaku pada mana-mana peringkat melalui
pengeluaran, pemprosesan atau memasak. Sebagai contoh, makanan boleh
dicemari melalui:
a. Makanan yang tidak dimasak sepenuhnya (biasanya daging).
b. Penyimpanan makanan (yang memerlukan suhu dingin kurang 5º Celsius)
yang tidak sempurna.
c. Tidak menyimpan makanan yang telah masak dalam peti sejuk pada
masa yang lama.
d. Memakan makanan yang telah disentuh oleh seseorang yang sakit atau
seseorang yang menjadi kontak kepada orang yang mengalami cirit-birit
dan muntah-muntah.
e. Pencemaran silang (penyebaran bakteria yang bahaya antara makanan,
permukaan dan alatan).
Pencemaran silang boleh berlaku, contohnya jika menyediakan ayam mentah atas
papan pemotong dan papan tersebut tidak dicuci sebelum menyediakan makanan
yang tidak dimasak seperti salad boleh menyebabkan bakteria yang merbahaya
merebak dari papan pemotong tersebut kepada salad. Selain itu, pencemaran silang
juga boleh berlaku sekiranya daging yang mentah disimpan atas makanan yang
sedia makan (ready to eat food) atau telah dimasak dan minuman kerana titisan
cecair dari daging mentah jatuh ke atas makanan dan minuman tersebut.
Pencemaran makanan biasanya berpunca daripada bakteria dan kadang-
kadang disebabkan oleh virus atau parasit. Berikut merupakan penyebab utama
keracunan makanan yang boleh menjadi potensi bahaya semasa bagi keracunan
makanan:
6
a. Campylobacter
Bakteria Campylobacter selalu menjadi penyebab keracunan makanan.
Bakteria ini selalunya dijumpai pada makanan yang mentah atau daging
tidak masak sepenuhnya (terutamanya ayam), susu yang tidak dipasteur
dan air minuman yang tidak dirawat. Tempoh inkubasi (masa di antara
memakan makanan tercemar dan bermulanya simptom) untuk keracunan
makanan yang disebabkan oleh Campylobacter biasanya antara dua (2)
dan lima (5) hari. Simptom biasanya berpanjangan kurang daripada
seminggu.
b. Salmonella
Bakteria Salmonella selalunya dijumpai pada daging yang mentah dan
tidak dimasak sepenuhnya, telur mentah, susu dan produk tenusu yang
lain. Tempoh inkubasi selalunya antara 12 dan 72 jam. Simptom biasanya
berpanjangan dalam empat (4) hingga tujuh (7) hari.
c. Listeria
Bakteria Listeria dijumpai pada makanan sedia dimakan bersuhu dingin
termasuk sandwic yang belum dibungkus, kepingan daging dan pâté yang
telah dimasak, dan keju. Semua makanan tersebut seharusnya dimakan
pada tarikh yang ditetapkan. Hal ini sangat penting terutamanya pada
wanita yang mengandung kerana jangkitan listeria (dipanggil sebagai
listeriosis) dalam kandungan boleh menyebabkan komplikasi kandungan
dan kelahiran; juga boleh menyebabkan keguguran. Tempoh inkubasi
adalah berbeza-beza dari beberapa hari kepada beberapa minggu.
Simptom biasanya berpanjangan dalam tiga (3) hari.
d. Escherichia coli (E. coli)
Bakteria ini dikenali sebagai E. coli dan dijumpai pada sistem pencernaan
kebanyakkan haiwan termasuk manusia. Kebanyakkan strain bakteria ini
tidak mendatangkan mudarat tetapi sebilangannya boleh menyebabkan
penyakit yang serius. Keracunan makanan disebabkan E. coli berlaku
selepas memakan daging lembu yang tidak dimasak dengan sempurna
(terutamanya daging cincang, burger dan bebola daging) atau meminum
susu yang tidak dipasteur. Tempoh inkubasi keracunan makanan yang
disebabkan E. coli adalah satu (1) hingga lapan (8) hari dan simptom
berpanjangan selalunya beberapa hari atau minggu.
7
e. Shigella
Bakteria Shigella boleh mencemari mana-mana makanan yang telah
dicuci dalam air yang tercemar. Simptom akan bermula dalam tujuh (7)
hari selepas makan makanan yang tercemar dan berpanjangan hingga
seminggu. Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Shigella dikenali
sebagai disentri bacillary ataupun shigellosis.
f. Virus
Virus selalu menjadi penyebab cirit-birit dan muntah adalah norovirus.
Ianya mudah disebar daripada orang ke orang melalui makanan dan air
yang tercemar. Makanan laut bercengkerang terutamanya tiram boleh
menjadi punca jangkitan tersebut. Tempoh inkubasi berpanjangan 24
hingga 48 jam dan symptom selalunya dua (2) hari. Rotavirus juga selalu
menjadi penyebab jangkitan dari makanan yang tercemar pada kanak-
kanak. Symptom selalunya bermula dalam seminggu dan menjadi dalam
lima (5) hingga tujuh (7) hari.
g. Parasit
Keracunan makanan yang disebabkan oleh parasit adalah jarang berlaku.
Jangkitan parasit yang boleh merebak melalui makanan yang tercemar
termasuklah:
i. Giardiasis – jangkitan yang disebabkan oleh parasit Giardia
intestinalis.
ii. Crypsporidiosis – jangkitan yang disebabkan oleh parasit
Cryptosproridium.
iii. Ameobiasis – sejenis disentri yang disebabkan oleh parasit sel
tunggal (amoeba) yang dikenali sebagai Entamoeba histolytica.
Simptom keracunan makanan yang disebabkan oleh parasit selalunya
bermula dalam 10 hari selepas memakan makanan yang tercemar,
bagaimanapun kadang-kadang boleh menjadi beberapa minggu sebelum
merasa kurang sihat. Sekiranya tidak dirawat, simptom akan
berpanjangan lebih lama kepada beberapa minggu ataupun bulan.
8
2.1.3. Pandangan mengenai pencegahan epidemik daripada berlaku
pada masa hadapan
Pelbagai langkah yang boleh diambil bagi mengatasi keracunan makanan
dalam kalangan masyarakat. Cara terbaik bagi mencegah keracunan makanan
adalah dengan memastikan untuk mengekalkan piawaian yang tinggi dalam
kebersihan peribadi dan makanan dari segi penyimpanan, pengendalian dan
penyediaan makanan.
Agensi Piawaian Makanan (FSA) mencadangkan agar menggunakan empat
(4) prinsip iaitu:
a. Kebersihan
Penjagaan kebersihan yang baik pada peribadi, permukaan kerja dan alatan
boleh mencegah penyebaran bakteria dan virus yang memudaratkan.
Sentiasa mencuci tangan dengan sabun air suam terutamanya selepas ke
tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas mengendalikan makanan
mentah, menyentuh tong sampah dan haiwan peliharaan. Pengendali
makanan tidak boleh mengendali makanan sekiranya mempunyai masalah
sakit perut seperi cirit-birit atau muntah; atau pun mempunyai luka yang
terbuka.
b. Memasak
Memasak dengan sempurna sangat penting terutamanya daging dan
kebanyakkan jenis makanan laut untuk membunuh bakteria yang hadir.
Apabila memanaskan makanan, makanan haruslah distim sepenuhnya dan
tidak dipanaskan melebihi dari sekali.
c. Pendinginan
Sesetengah makanan perlu disimpan pada suhu yang sesuai untuk
mencegah pertumbuhan dan pengandaan bakteria. Sentiasa memastikan
suhu yang sesuai untuk jenis makanan yang disimpan.
9
d. Mengelak pencemaran silang
Sentiasa mencuci tangan selepas mengendali makanan mentah. Selain itu,
penyimpanan secara asing bagi makanan mentah dan makanan yang sedia
makan. Di samping itu, penyimpanan makanan mentah dalam bekas yang
tertutup dan diletakkan pada bahagian paling bawah untuk mengelak titisan
cecair makanan mentah jatuh ke makanan lain. Bagi mencegah pencemaran
silang, penggunaan papan pemotong yang berasingan bagi makanan mentah
dan makanan sedia makan atau makanan yang berlainan. Memastikan alatan
dapur dicuci selepas digunakan pada makanan mentah.
Kita juga dicadangkan agar mematuhi tarikh makan atau guna dan arahan
penyimpanan pada paket. Prinsip tersebut sangat penting agar pengguna tidak
boleh bergantung pada rupa bentuk dan bau makanan sahaja untuk menyatakan
bahawa makanan tersebut selamat untuk dimakan.
10
3. COMMON SOURCE DAN PROPAGATED OUTBREAK
3.1. Wabak Penyakit Berjangkit
Common source outbreak merujuk kepada kelompok masyarakat yang
terdedah kepada agen jangkitan atau toksin daripada sumber atau punca yang
sama.
Rajah 1. Contoh keluk epidemik bagi Common source outbreak
Propagated outbreak berlaku apabila mendapat jangkitan daripada seseorang
kepada seseorang yang lain. Selalunya berlaku melebihi suatu tempoh inkubasi
dalam wabak yang disebarkan, tiada sumber yang sama kerana wabak itu merebak
dari seseorang individu ke individu yang lain. Graf akan berbentuk klasik dengan
keluk epid masing-masing pada puncak yang beransur tinggi dalam suatu tempoh
masa inkubasi yang berbeza.
11
Rajah 2. Contoh keluk epidemik bagi Propagated source outbreak
12
4. KELUK EPIDEMIK
4.1. Mentafsir Keluk Epidemik
Epidemik merujuk kepada kenaikan sesuatu kes secara terus-menerus pada
populasi manusia dalam suatu arena geografi. Keluk epidemik adalah suatu visual
yang menunjukkan onset sesuatu penyakit atau jangkitan bagi memudahkan
pengesanan punca sesuatu wabak. Pelbagai aspek dapat dilihat melalui keluk
epidemik, contohnya :
a. Kesimpulan cara transmisi wabak
b. Pengertian mangnitud penyakit
c. Unsur luaran daripada kesimpulan magnitud penyakit
d. Tren wabak, iaitu taburan kes dari semasa ke semasa
e. Pendedahan atau tempoh inkubasi penyakit
Beberapa jenis keluk epidemik yang dapat dilihat semasa wabak iaitu
common source, point source dan propagated. Common source outbreak merujuk
kepada kelompok masyarakat yang terdedah kepada agen jangkitan atau toksin
daripada sumber atau punca yang sama.
Point-source outbreak pula kebiasaannya menunjukkan keluk yang tajam.
Berlaku apabila individu yang terdedah pada masa yang singkat bagi sumber yang
sama, seperti masa makan yang sama atau dalam suatu acara. Jumlah kes
meningkat dengan cepat ke puncak dan menurun secara beransur-ansur. Majoriti
kes berlaku dalam suatu tempoh inkubasi penyakit.
Propagated outbreak berlaku apabila mendapat jangkitan daripada seseorang
kepada seseorang yang lain. Selalunya berlaku melebihi suatu tempoh inkubasi
dalam wabak yang disebarkan, tiada sumber yang sama kerana wabak itu merebak
dari seseorang individu ke individu yang lain. Graf akan berbentuk lain dengan keluk
epidemik masing-masing pada puncak yang beransur tinggi dalam suatu tempoh
masa inkubasi yang berbeza.
13
Berikut merupakan contoh keluk epid keracunan makanan yang berlaku di
ILP Kota Samarahan:
Rajah 3. Keluk epidemik bagi kes keracunan makanan di ILP Kota Samarahan
Berdasarkan kepada keluk epidemik, kes pertama berlaku pada 7 September
2016 jam 5.00 petang dan kes terakhir pada 8 September 2016 jam 9.00 pagi.
Corak keluk epidemik ini menggambarkan satu wabak yang akut dan satu punca
(common source).
Berdasarkan kepada keluk epidemik dan organism yang disyaki, masa
pendedahan adalah antara 6 September 2016 jam 9.00 pagi hingga 7 September
2016 jam 11.00 pagi. Ini bermakna makanan yang mungkin menyebabkan wabak ini
adalah makanan yang dimakan sebagai makan malam 6 September 2016 hingga
makan tengahari 7 September 2016.
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
2
1
3 3
2
1
8
7
16
4
6
1 1
2
0 0
1
0 0 0
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
8.00am
9.00am
10.00am
11.00am
12.00pm
1.00pm
2.00pm
3.00pm
4.00pm
5.00pm
6.00pm
7.00pm
8.00pm
9.00pm
10.00pm
11pm
12.00am
1.00am
2.00am
3.00am
4.00am
5.00am
6.00am
7.00am
8.00am
9.00am
10.00am
11.00am
12.00pm
1.00pm
2.00pm
3.00pm
4.00pm
5.00pm
6.00pm
7.00pm
8.00pm
9.00pm
10.00pm
11.00pm
12.00am
1.00am
2.00am
3.00am
4.00am
5.00am
6.00am
7.00am
8.00am
9.00am
10.00am
11.00am
12.00pm
06.09.16 07.09.16 08.09.16
BilKes
Onset
Wabak Keracunan Makanan BerdasarkanTarikh Onset Kes, ILP Kota Samarahan,
7-8 September 2016
kemuncak
wabak
min.
IP
max.
IP
most likelyperiod
of exposeure
1st
onset
last
onset
14
Berdasarkan keluk epidemik dan penyiasatan yang dilakukan, makanan yang
disyaki adalah makanan yang dihidangkan sebagai makan malam 6 September
2016 hingga makan tengahari 7 September 2016. Kadar serangan dan nilai Nisbah
Odds (OR) dinyatakan pada jadual di Jadual 1. Berdasarkan jadual tersebut, nilai
OR Ikan Kerisi Masak Kicap ialah 2.18 (CI 1.60-2.98) dengan perbezaan kadar
serangan 32.8% dan nilai OR Ayam Masak Merah ialah 1.38 (CI 1.00-1.90) dengan
perbezaan kadar serangan 33.9%. Walaupun nilai OR dan kadar serangan nasi
putih dan air adalah tinggi, ia bukan penyebab wabak kerana semasa di lapangan
telah didapati ramai penuntut yang tidak mengingati hidangan yang dimakan dan
ianya merupakan hidangan ruji masyarakat tempatan. Tambahan pula, terdapat
lebih banyak aduan penuntut terhadap Ikan Kerisi Masak Kicap yang dalam keadaan
tidak baik dan Ayam Masak Merah yang masih separa masak.
Menu Makanan Nilai OR p-value Chi-square value
Menu Makan Malam (06/09/2016, Selasa)
Nasi Putih 6.81 <0.05 35.512
Ikan Kerisi Kicap 2.18 <0.05 6.347
Sambal Telur Tumis 1.05 >0.05 0.002
Kangkong Belacan 3.53 <0.05 6.394
Pisang 0.00 <0.05 3.954
Air 9.89 <0.05 37.287
Menu Makan Tengahari (07/09/2016, Rabu)
Nasi Putih 5.51 <0.05 26.301
Ayam Masak Merah 1.38 >0.05 0.995
Ikan Goreng 3.05 <0.05 13.662
Dalca Sayur 1.41 >0.05 1.003
Tembikai 0.59 >0.05 2.124
Air 6.25 <0.05 34.512
Jadual 1. Analisa makanan berdasarkan menu yang diambil di ILP, Kota
Samarahan
15
5. PROSEDUR PENYIASATAN
5.1. Kewujudan wabak penyakit
Satu episod keracunan makanan telah berlaku di ILP Kota Samarahan pada 7
September 2016 hingga 8 September 2016 dan penyiasatan secara epidemiologi
telah dijalankan untuk mencari punca kejadian wabak ini. Hasil siasatan mendapati
seramai 76 orang penuntut [70=L, 6=P] telah menunjukkan simptom-simptom
keracunan makanan selepas makan Dewan Makan ILP Kota Samarahan dari 6
September 2016 hingga 7 September 2016. Seramai 58 kes telah mendapatkan
rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Kota Samarahan dan selebihnya 18
kes adalah kes semasa ACD dijalankan yang turut mendapatkan rawatan di Klinik
Kesihatan Kota Samarahan . Bilangan penuntut yang terdedah adalah dianggarkan
seramai 525 pelajar sekaligus menjadikan kadar serangan adalah sebanyak 14.4%.
Berdasarkan keluk epidemik, onset pertama adalah pada 7 September 2016
jam 5.00 petang dan onset terakhir pada 8 September 2016 jam 9.00 pagi.
Kemuncak wabak adalah pada 8 September 2016 jam 1.00 pagi iaitu sebanyak 16
kes mengalami tanda dan gejala keracunan makanan. Berdasarkan tanda dan
gejala yang dialami mangsa, agen etiologi disyaki adalah Nontyphoidal Salmonella
sp. dan Enterotoxigenic Escherichia coli sp.. Tempoh masa pengeraman bagi
kedua-dua organism adalah 6 – 48jam. Tempoh pendedahan yang dikenalpasti
berkemungkinan dari 6 September 2016 jam 9.00 pagi hingga 7 September 2016
jam 11.00 pagi.
16
Jika dianalisa mengikut umur, penuntut yang terlibat berumur antara 13
hingga bawah 25 tahun di mana pelajar dalam lingkungan kumpulan umur 18 hingga
bawah 25 menunjukkan kadar serangan yang paling tinggi iaitu 98.7%(75 kes),
diikuti lingkungan kumpulan umur 13 hingga bawah 18 tahun,1.3%(1kes). Daripada
76 kes, 70 kes adalah lelaki dan 6 kes adalah perempuan. Sakit perut dan cirit birit
merupakan gejala utama bagi episod keracunan makanan ini di mana 96-97% kes
mengalami simptom tersebut diikuti oleh simptom loya, sakit kepala dan muntah (5-
18%). Ini menunjukkan majoriti kes menunjukkan simptom lower GIT. Merujuk
kepada keluk epidemik, ia adalah common source di mana tempoh pengeraman
paling mimima adalah 23 jam dan berakhir selepas 39 jam. Berdasarkan kepada
gejala klinikal (lower GIT) dan tempoh pengeraman, ia mungkin disebabkan oleh
Nontyphoidal Salmonella sp. dan Enterotoxigenic Escherichia coli sp.
Kajian kes-kontrol telah dijalankan kerana bilangan yang terdedah adalah
tinggi. Nisbah kes-kontrol adalah sekurang-kurangnya adalah 1:1. Dapatan
penyiasatan epidemiologi mendapati kontrol adalah lebih banyak daripada kes.
Sebanyak 6 jenis menu hidangan telah disenaraikan untuk makan malam 6
September 2016, 4 jenis menu hidangan untuk sarapan pagi 7 September 2016, 2
jenis menu hidangan untuk minum pagi 7 September 2016 dan 6 jenis menu
hidangan untuk makan tengahari 7 September 2016. Analisa statistik menunjukkan
untuk menu hidangan makan malam 6 September 2016 didapati nasi putih, ikan
kerisi masak kicap dan kangkong belacan menunjukkan nilai yang signifikan (p-value
= <0.05). Untuk menu hidangan makan tengahari pada 7 September 2016, didapati
nasi putih, dan ikan goreng menunjukkan nilai yang signifikan (p-value = <0.05). Ini
bermakna kesemua jenis makanan ini mungkin berisiko menyumbang kepada
episod keracunan makanan ini. Walaubagaimanapun, berdasarkan tanda dan
gejala dialami mangsa, siasatan, analisa HACCP dan aduan mendapati Ikan Kerisi
Masak Kicap dan Ayam Masak Merah berisiko tinggi menjadi punca wabak
keracunan makanan ini.
17
Attack Rate untuk Kangkong Belacan adalah tinggi tetapi risiko menyebabkan
keracunan makanan adalah rendah kerana bilangan yang tidak makan dan sakit
adalah rendah. Untuk menu Ikan goreng, hasil analisis menunjukkan Attack Rate
yang tinggi tetapi risiko untuk menjadi antara penyebab pencemaran adalah lebih
rendah disebabkan tempoh masa memasak yang lebih lama (lebih 2 jam). Attack
Rate untuk nasi didapati adalah tinggi namun data ini diragui kerana hanya 59%
penuntut makan nasi pada sesi tengahari dan 33% penuntut makan nasi pada
makan malam. Ini bertentangan dengan tabiat makan rakyat Malaysia yang
menjadikan nasi sebagai menu utama. Satu kajian ringkas telah dijalankan pada 21
September 2016 di ILP Kota Samarahan dimana seramai 158 orang pelajar dipilih
dari 525 pelajar secara rawak (30%) untuk kajian tersebut. Pelajar dikehendaki
menjawab soalan soal selidik yang direka khusus bagi kajian tersebut dan kajian
dibuat berkenaan satu sesi makan tangahari yang telah ditetapkan. Hasil kajian
mendapati 151 (96%) orang penuntut makan di Dewan Makan ILP Kota Samarahan
manakala 7 (4%) tidak makan. Kesemua penuntut yang memilih untuk makan di
Dewan Makan ILP Kota Samarahan makan nasi (100%). Selebihnya, 4 (57%) orang
penuntut memilih untuk makan di premis luar, 2 (29%) orang penuntut tidak makan
dan 1 (14%) orang penuntut memilih untuk makan makanan segera pada waktu
tengahari. Perbezaan data ini disebabkan majoriti penuntut tidak mengingati menu
hidangan yang dimakan. Ini kerana semasa siasatan dijalankan, kebanyakkan
mangsa dan pelajar telah memasuki Recovery Phase dan para pelajar tergesa-gesa
memberikan jawapan memandangkan mereka ingin pulang bercuti panjang.
Didapati para pelajar turut dipengaruhi oleh rakan-rakan yang lain dalam
pengambilan menu hidangan dan secara tidak langsung para pelajar lebih menjurus
kepada lauk yang dimakan sahaja. Hasil kajian ini menyangkal nasi sebagai
penyumbang kepada keracunan makanan. Ini ditambah lagi selepas siasatan
dijalankan, didapati tiada kelemahan major dapat dikenalpasti semasa proses
penyediaan, memasak, penyimpanan dan menghidang nasi putih.
Tiada baki makanan yang dapat dihantar untuk analisis makmal. Salah satu
keputusan swab rektal mangsa positif untuk E. Coli sp. Keputusan analisis makmal
untuk sampel peralatan, persekitaran dan pengendali makanan gagal menunjukkan
sebarang kehadiran bakteria patogenik mungkin kerana kerja-kerja pembersihan
telah dilakukan lebih awal oleh pihak premis terlibat.
18
Keputusan analisa persekitaran semasa wabak juga adalah tidak memuaskan
(69%). Ini menunjukkan tahap kebersihan kendiri yang sangat minimum. Hasil
siasatan yang dibuat pada 9 September 2016, didapati beberapa perkara yang boleh
menyumbang kepada pencemaran makanan berlaku. Pemeriksaan mendapati
sistem perlimbahan dan perparitan yang tidak sempurna, pencemaran bau,
persekitaran yang agak kotor yang tidak sesuai sebagai tempat penyediaan
makanan. Bahan mentah yang digunakan tercemar. Tong sampah yang disediakan
terletak berhampiran dengan dapur serta dalam keadaan kotor tiada penutup dan
plastik sampah. Pemerhatian mendapati terdapat kehadiran lalat di bahagian
penyediaan dan penghidangan makanan. Kehadiran lalat juga boleh menyumbang
kepada pencemaran. Hal ini demikian kerana makhluk perosak seperti lalat
berupaya untuk memindahkan bakteria patogenik (bakteria Escherichia coli dari
tangki septik atau kawasan pelupusan sampah) ke atas makanan yang terdedah.
5.2. Pengesahan diagnosis
Kes yang telah dijangkiti akan menunjukkan gejala. Tanda dan gejala utama
adalah seperti sakit perut (97%, n=74), cirit-birit (96%, n=73), loya (18%, n=14), sakit
kepala (13%, n=10) dan muntah (5%, n=4). Berdasarkan kepada tanda-tanda
klinikal ini diagnosis awal yang dibuat ialah jangkitan oleh Nontyphoidal Salmonella
sp. dan Enterotoxigenic Escherichia coli sp. Masa pengeraman bagi jangkitan
Nontyphoidal Salmonella sp. dan Enterotoxigenic Escherichia coli sp adalah antara
6-48 jam.
Spesimen najis mangsa telah diuji di makmal Hospital Serian. Daripada
spesimen yang dihantar terdapat 1 spesimen telah didapati positif terhadap
Escherichia coli sp.
19
5.3. Menentukan siapa yang berisiko
Risiko untuk terdedah kepada wabak adalah apabila individu tersebut
mempunyai kontak dengan individu yang telah mendapati jangkitan. Kes terdiri
daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan berusia 13 hingga 25 tahun yang
tinggal di asrama dan makan di Dewan Makan ILP, Kota Samarahan dari 6 hingga 7
September 2016. Seramai 76 orang pelajar telah didapati sakit sementara 119
orang pelajar yang lain tidak mengalami apa-apa gejala dan tanda walaupun
terdedah kepada makanan yang sama.
6. KESIMPULAN
Kesimpulannya, epidemik adalah penularan penyakit berjangkit secara cepat
terhadap bilangan orang yang banyak dalam populasi yang disebabkan oleh
beberapa faktor dan terdiri daripada common source outbreak, point source
outbreak dan propagated source outbreak. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dibuat
bagi mencegah kejadian epidemik ini berlaku bagi mengekalkan tahap kesihatan
masyarakat yang baik.
20
7. RUJUKAN
John M. Last. (2001). A Dictionary of Epidemiology Fourth Edition. USA: Oxford
University Press.
Principles of Epidemiology, Third Edition. Atlanta, Georgia: Centers for Disease
Control and Prevention. 2012.
Green MS; Swartz T; Mayshar E; Lev B; Leventhal A; Slater PE; Shemer Js
(January 2002). "When is an epidemic an epidemic?". Isr. Med. Assoc. J.
The Encyclopedia of Ecology and Environmental Management, Blackwell Science.
Oxford: Blackwell Publishers, 1998.
Sofian Baharom (28 April 2016, 11:10 p.m.) .2,325 Kes Keracunan Makanan di
Malaysia: Utusan Online. utusan.com.my. Akses pada 22 November 2016.
http://www.nhs.uk/Conditions/Food-poisoning/Pages/Causes.aspx. Akses pada 22
November 2016.
http://www.nhs.uk/Conditions/Food-poisoning/Pages/Prevention.aspx. Akses pada
22 November 2016.
Michelle T. “Focus of Epidemiology”. North Carolina Institute of Public Health. Vol.1.
NUC. School of Public Health. NC: MPH.
Garis Panduan Pengurusan Wabak Keracunan Makanan. Jilid 4. Kementerian
Kesihatan Malaysia.

More Related Content

What's hot

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAMPERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAMfazrul
 
Kertas kerja team building staf sokongan 2019
Kertas kerja team building staf sokongan 2019Kertas kerja team building staf sokongan 2019
Kertas kerja team building staf sokongan 2019cegujue
 
Perintah Am Bab B Elaun Dlm Prkhdmatan
Perintah Am Bab B Elaun Dlm PrkhdmatanPerintah Am Bab B Elaun Dlm Prkhdmatan
Perintah Am Bab B Elaun Dlm Prkhdmatanguestb997e4
 
Kertas kerja permohonan bas jkk
Kertas kerja permohonan bas jkkKertas kerja permohonan bas jkk
Kertas kerja permohonan bas jkkfaten mohamed
 
Slaid my portfolio
Slaid my portfolioSlaid my portfolio
Slaid my portfoliotraining4u
 
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awamsyed ruslan
 
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanTatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanNasrul Hakim Zakaria
 
Garis panduan penilaian prestasi tahunan
Garis panduan penilaian prestasi tahunanGaris panduan penilaian prestasi tahunan
Garis panduan penilaian prestasi tahunanINTAN Bukit Kiara
 
Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Mieyaa Nana
 
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanPERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanNorain Binti Jaafar
 
Kepimpinan pelajar
Kepimpinan pelajarKepimpinan pelajar
Kepimpinan pelajarAhmad Kamil
 
Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)Mohd Hadafi
 
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm
Surat jemputan program jom ke sekolah skpmSurat jemputan program jom ke sekolah skpm
Surat jemputan program jom ke sekolah skpmMuhammad Mukhlis
 
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGAKOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGAMuhammad Nasrullah
 
Nilai & Etika (Tonggak 12) 02032013
Nilai & Etika (Tonggak 12) 02032013Nilai & Etika (Tonggak 12) 02032013
Nilai & Etika (Tonggak 12) 02032013czemsaprague
 

What's hot (20)

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAMPERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
 
Kertas kerja team building staf sokongan 2019
Kertas kerja team building staf sokongan 2019Kertas kerja team building staf sokongan 2019
Kertas kerja team building staf sokongan 2019
 
Perintah Am Bab B Elaun Dlm Prkhdmatan
Perintah Am Bab B Elaun Dlm PrkhdmatanPerintah Am Bab B Elaun Dlm Prkhdmatan
Perintah Am Bab B Elaun Dlm Prkhdmatan
 
Collect ordered food item..
Collect ordered food item..Collect ordered food item..
Collect ordered food item..
 
Kertas kerja permohonan bas jkk
Kertas kerja permohonan bas jkkKertas kerja permohonan bas jkk
Kertas kerja permohonan bas jkk
 
Slaid my portfolio
Slaid my portfolioSlaid my portfolio
Slaid my portfolio
 
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
 
Penyakit Taun - Cholera
Penyakit Taun - CholeraPenyakit Taun - Cholera
Penyakit Taun - Cholera
 
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanTatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
 
Garis panduan penilaian prestasi tahunan
Garis panduan penilaian prestasi tahunanGaris panduan penilaian prestasi tahunan
Garis panduan penilaian prestasi tahunan
 
Minit mesyuarat
Minit mesyuaratMinit mesyuarat
Minit mesyuarat
 
Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Kertas Kerja program
Kertas Kerja program
 
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanPERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
 
Kepimpinan pelajar
Kepimpinan pelajarKepimpinan pelajar
Kepimpinan pelajar
 
Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
 
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm
Surat jemputan program jom ke sekolah skpmSurat jemputan program jom ke sekolah skpm
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm
 
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGAKOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
 
Pengenalan mikrobiologi asas
Pengenalan mikrobiologi asasPengenalan mikrobiologi asas
Pengenalan mikrobiologi asas
 
Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA
Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCATatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA
Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA
 
Nilai & Etika (Tonggak 12) 02032013
Nilai & Etika (Tonggak 12) 02032013Nilai & Etika (Tonggak 12) 02032013
Nilai & Etika (Tonggak 12) 02032013
 

Similar to EHEP123 - EPIDEMIOLOGY

Foodborne disease
Foodborne diseaseFoodborne disease
Foodborne diseasePujii Pujii
 
196910295 sl-ff-diare-pada-balita
196910295 sl-ff-diare-pada-balita196910295 sl-ff-diare-pada-balita
196910295 sl-ff-diare-pada-balitahomeworkping3
 
Penyakit – penyakit menular pada zaman pemerintahan megawati
Penyakit – penyakit menular pada zaman pemerintahan megawatiPenyakit – penyakit menular pada zaman pemerintahan megawati
Penyakit – penyakit menular pada zaman pemerintahan megawatiNoveldy Pitna
 
BAB I Case Report diare Akut Dehidrasi Ringan Sedang
BAB I Case Report diare Akut Dehidrasi Ringan SedangBAB I Case Report diare Akut Dehidrasi Ringan Sedang
BAB I Case Report diare Akut Dehidrasi Ringan SedangSyscha Lumempouw
 
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA Operator Warnet Vast Raha
 
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA Operator Warnet Vast Raha
 
Ringkasan singkat-soal-soal-biologi-umum
Ringkasan singkat-soal-soal-biologi-umumRingkasan singkat-soal-soal-biologi-umum
Ringkasan singkat-soal-soal-biologi-umumYogi Pratama
 
Makalah penyakit menular
Makalah penyakit menularMakalah penyakit menular
Makalah penyakit menularWarnet Raha
 
Usaha usaha kesehatan masyarakat
Usaha usaha kesehatan masyarakatUsaha usaha kesehatan masyarakat
Usaha usaha kesehatan masyarakatSalma Van Licht
 
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menularMakalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menularSeptian Muna Barakati
 
KPKP 2214 Keracunan Makanan
KPKP 2214 Keracunan Makanan KPKP 2214 Keracunan Makanan
KPKP 2214 Keracunan Makanan ILKKM SG BULOH
 
MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN-MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN.pdf.pdf
MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN-MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN.pdf.pdfMIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN-MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN.pdf.pdf
MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN-MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN.pdf.pdfAgathaHaselvin
 
Foodborne/Waterborne Bacteria
Foodborne/Waterborne BacteriaFoodborne/Waterborne Bacteria
Foodborne/Waterborne BacteriaAmanyMufida
 

Similar to EHEP123 - EPIDEMIOLOGY (20)

Foodborne disease
Foodborne diseaseFoodborne disease
Foodborne disease
 
196910295 sl-ff-diare-pada-balita
196910295 sl-ff-diare-pada-balita196910295 sl-ff-diare-pada-balita
196910295 sl-ff-diare-pada-balita
 
Penyakit – penyakit menular pada zaman pemerintahan megawati
Penyakit – penyakit menular pada zaman pemerintahan megawatiPenyakit – penyakit menular pada zaman pemerintahan megawati
Penyakit – penyakit menular pada zaman pemerintahan megawati
 
BAB I Case Report diare Akut Dehidrasi Ringan Sedang
BAB I Case Report diare Akut Dehidrasi Ringan SedangBAB I Case Report diare Akut Dehidrasi Ringan Sedang
BAB I Case Report diare Akut Dehidrasi Ringan Sedang
 
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA
 
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular AKPER PEMKAB MUNA
 
Ringkasan singkat-soal-soal-biologi-umum
Ringkasan singkat-soal-soal-biologi-umumRingkasan singkat-soal-soal-biologi-umum
Ringkasan singkat-soal-soal-biologi-umum
 
Makalah penyakit menular
Makalah penyakit menularMakalah penyakit menular
Makalah penyakit menular
 
Makalah penyakit menular
Makalah penyakit menularMakalah penyakit menular
Makalah penyakit menular
 
Maklah tbc1
Maklah tbc1Maklah tbc1
Maklah tbc1
 
Askep campak
Askep campak Askep campak
Askep campak
 
PD3I Nusantara Sehat
PD3I Nusantara SehatPD3I Nusantara Sehat
PD3I Nusantara Sehat
 
Usaha usaha kesehatan masyarakat
Usaha usaha kesehatan masyarakatUsaha usaha kesehatan masyarakat
Usaha usaha kesehatan masyarakat
 
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menularMakalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular
Makalah kesehatan tentang epidemiologi penyakit menular
 
KPKP 2214 Keracunan Makanan
KPKP 2214 Keracunan Makanan KPKP 2214 Keracunan Makanan
KPKP 2214 Keracunan Makanan
 
Askep ge bab 1 5
Askep ge bab 1 5Askep ge bab 1 5
Askep ge bab 1 5
 
MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN-MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN.pdf.pdf
MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN-MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN.pdf.pdfMIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN-MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN.pdf.pdf
MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN-MIKROBA_PATOGEN_PADA_MAKANAN.pdf.pdf
 
imunisasi PADA ANAK.ppt
imunisasi PADA ANAK.pptimunisasi PADA ANAK.ppt
imunisasi PADA ANAK.ppt
 
Makalah imunologi
Makalah imunologiMakalah imunologi
Makalah imunologi
 
Foodborne/Waterborne Bacteria
Foodborne/Waterborne BacteriaFoodborne/Waterborne Bacteria
Foodborne/Waterborne Bacteria
 

EHEP123 - EPIDEMIOLOGY

  • 1. EHEP123 - EPIDEMIOLOGY APAKAH ITU EPIDEMIK? NAMA : MOHD FARHAN BIN ISMAIL NO. MATRIKS : BEHP16091280 NO. AMBILAN : 09/2016 TARIKH HANTAR : 25 NOVEMBER 2016 NAMA PENSYARAH : LIEW KUET BOON
  • 2. 1 ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 2 2 Penyiasatan Dalam Epidemik 2.1. Ciri-ciri epidemik 2.1.1. Latar belakang perspektif 2.1.2. Potensi bahaya semasa 2.1.3. Pandangan mengenai pencegahan epidemik daripada berlaku pada masa hadapan 3 3 4 5 - 7 8 - 9 3 Common Source Dan Propagated Outbreak 3.1. Wabak penyakit berjangkit 10 - 11 4 Keluk Epidemik 4.1. Mentafsir keluk epidemik 12 - 14 5 Prosedur Penyiasatan 5.1. Kewujudan wabak penyakit 5.2. Pengesahan diagnosis 5.3. Menentukan siapa yang berisiko 15 – 18 18 19 6 Kesimpulan 19 7 Rujukan 20
  • 3. 2 1. PENGENALAN Epidemiologi adalah kajian terhadap pengagihan dan penentuan suatu keadaan berkaitan kesihatan atau acara dalam populasi yang spesifik dan aplikasi daripada kajian ini adalah untuk pencegahan dan pengawalan masalah kesihatan. Fokus kajian epidemiologi adalah populasi yang ditakrifkan dari segi geografi atau terma lain. Contohnya adalah kumpulan pesakit di hospital atau pekerja kilang boleh dijadikan unit dalam kajian. Populasi yang dipilih dalam epidemiologi adalah dari kawasan yang spesifik atau negara pada masa yang spesifik. Epidemiologi merangkumi semua masalah kesihatan major dalam komuniti seperti yang berikut: a) Penyakit berjangkit b) Penyakit degeneratif kronik, metabolic dan neoplastic c) Kekurangan zat atau nutrisi d) Kesihatan dan kecederaan pekerjaan e) Gangguan mental dan perlakuan f) Isu populasi dan trend demografi Epidemiologi penting untuk meningkatkan tahap pemahaman penyakit melalui pemerhatian populasi dan komuniti; menerangkan latar belakang asal suatu penyakit; memantau kesihatan dalam populasi atau dipanggil survelans; mengenalpasti agen penyebab suatu penyakit, faktor dalam jaringan penyebab suatu penyakit, risiko yang lebih tinggi dalam populasi dan persekitaran yang tertentu. Selain itu, epidemiologi juga memberi maklumat penting untuk perancangan dan perkembangan kesihatan. Ia juga memberikan asas untuk mewujudkan polisi awam dan memutuskan suatu peraturan yang berkaitan. Epidemiologi adalah satu alat untuk meningkatkan kesihatan awam. Kajian awal dalam epidemiologi berkenaan dengan suatu penyakit berjangkit itu berlaku seperti keperluan suatu kerja itu perlu diteruskan kerana ia boleh membawa kepada pengenalpastian kepada kaedah pencegahan.
  • 4. 3 2. Penyiasatan Epidemik Epidemik (dari perkataan Greek ἐπί epi "kepada atau ke atas" dan δῆμος demos "orang") adalah penularan penyakit berjangkit secara cepat terhadap jumlah orang yang banyak dalam suatu populasi dalam jangka masa yang pendek, biasanya dua minggu atau kurang. Sebagai contoh, penyakit meningococcal mempunyai kadar serangan (attack rate) adalah melebihi 15 kes setiap 100,000 orang untuk dua minggu berturut-turut dianggap sebagai epidemik. 2.1. Ciri-ciri Epidemik Epidemik suatu penyakit berjangkit umumnya disebabkan oleh beberapa faktor termasuk perubahan ekologi pada populasi perumah (host) (contohnya peningkatan tahap stress atau peningkatan densiti suatu spesies vektor), perubahan genetik dalam takungan (reservoir) patogen atau pengenalan kepada patogen baru pada perumah populasi (pergerakan suatu patogen atau perumah). Pada umumnya, epidemik itu berlaku apabila immuniti perumah pada patogen sama ada pada tubuh atau patogen baru menurun secara mendadak di bawah tahap yang dinyatakan dalam keseimbangan endemik dan melebihi ambang (threshold) transmisi. Epidemik mungkin terhad pada satu lokasi. Bagaimanapun, sekiranya suatu penyakit berjangkit merebak ke negara lain atau benua dan memberi kesan kepada sebilangan besar orang, ianya mungkin diklasifikasikan sebagai pandemik. Pengisyhtiharaan epidemik selalunya memerlukan pemahaman yang baik terhadap insiden kadar asas.; epidemik suatu penyakit seperti influenza sebagai mencapai beberapa peningkatan yang ditakrifkan dalam insiden di atas kadar asas ini. Beberapa kes yang sangat jarang mungkin diklasifikasi sebagai epidemik manakala banyak kes yang terdiri adalah penyakit yang biasa berlaku (seperti demam selsema) adalah bukan epidemik.
  • 5. 4 2.1.1. Latar belakang perspektif Keracunan makanan (food poisoning) secara amnya merupakan salah satu penyakit dan jangkitan bawaan makanan (food-borne disease) yang merujuk kepada pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Ciri-ciri klinikal atau simptom keracunan makanan adalah berbeza bergantung dengan jenis patogen ataupun agen. Gejala yang biasa dikaitkan dengan keracunan makanan adalah cirit-birit, muntah dan demam. Di Malaysia,statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan peningkatan kes keracunan makanan sejak beberapa tahun lepas dengan 3,822 kes pada tahun 2010, 3,959 kes (2011), 4,305 kes (2012) dan 5,017 kes pada tahun 2013. Malah, peningkatan kes pada Januari sehingga April 2016, sebanyak 60 episod kes keracunan makanan yang melibatkan 2,325 kes di sekolah telah dilaporkan. Kes ini meningkat sebanyak 57% daripada tahun 2015, iaitu daripada 30 kes tahun lalu kepada 47 kes tahun ini . Sehingga 7 Jun 2016, sebanyak 1,063 pemeriksaan telah dijalankan ke atas 757 kantin sekolah dan 306 dapur sekolah di seluruh negara. Sebanyak 18 arahan penutupan telah dikeluarkan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 .
  • 6. 5 2.1.2. Potensi bahaya semasa Keracunan makanan berlaku pada mana-mana peringkat melalui pengeluaran, pemprosesan atau memasak. Sebagai contoh, makanan boleh dicemari melalui: a. Makanan yang tidak dimasak sepenuhnya (biasanya daging). b. Penyimpanan makanan (yang memerlukan suhu dingin kurang 5º Celsius) yang tidak sempurna. c. Tidak menyimpan makanan yang telah masak dalam peti sejuk pada masa yang lama. d. Memakan makanan yang telah disentuh oleh seseorang yang sakit atau seseorang yang menjadi kontak kepada orang yang mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. e. Pencemaran silang (penyebaran bakteria yang bahaya antara makanan, permukaan dan alatan). Pencemaran silang boleh berlaku, contohnya jika menyediakan ayam mentah atas papan pemotong dan papan tersebut tidak dicuci sebelum menyediakan makanan yang tidak dimasak seperti salad boleh menyebabkan bakteria yang merbahaya merebak dari papan pemotong tersebut kepada salad. Selain itu, pencemaran silang juga boleh berlaku sekiranya daging yang mentah disimpan atas makanan yang sedia makan (ready to eat food) atau telah dimasak dan minuman kerana titisan cecair dari daging mentah jatuh ke atas makanan dan minuman tersebut. Pencemaran makanan biasanya berpunca daripada bakteria dan kadang- kadang disebabkan oleh virus atau parasit. Berikut merupakan penyebab utama keracunan makanan yang boleh menjadi potensi bahaya semasa bagi keracunan makanan:
  • 7. 6 a. Campylobacter Bakteria Campylobacter selalu menjadi penyebab keracunan makanan. Bakteria ini selalunya dijumpai pada makanan yang mentah atau daging tidak masak sepenuhnya (terutamanya ayam), susu yang tidak dipasteur dan air minuman yang tidak dirawat. Tempoh inkubasi (masa di antara memakan makanan tercemar dan bermulanya simptom) untuk keracunan makanan yang disebabkan oleh Campylobacter biasanya antara dua (2) dan lima (5) hari. Simptom biasanya berpanjangan kurang daripada seminggu. b. Salmonella Bakteria Salmonella selalunya dijumpai pada daging yang mentah dan tidak dimasak sepenuhnya, telur mentah, susu dan produk tenusu yang lain. Tempoh inkubasi selalunya antara 12 dan 72 jam. Simptom biasanya berpanjangan dalam empat (4) hingga tujuh (7) hari. c. Listeria Bakteria Listeria dijumpai pada makanan sedia dimakan bersuhu dingin termasuk sandwic yang belum dibungkus, kepingan daging dan pâté yang telah dimasak, dan keju. Semua makanan tersebut seharusnya dimakan pada tarikh yang ditetapkan. Hal ini sangat penting terutamanya pada wanita yang mengandung kerana jangkitan listeria (dipanggil sebagai listeriosis) dalam kandungan boleh menyebabkan komplikasi kandungan dan kelahiran; juga boleh menyebabkan keguguran. Tempoh inkubasi adalah berbeza-beza dari beberapa hari kepada beberapa minggu. Simptom biasanya berpanjangan dalam tiga (3) hari. d. Escherichia coli (E. coli) Bakteria ini dikenali sebagai E. coli dan dijumpai pada sistem pencernaan kebanyakkan haiwan termasuk manusia. Kebanyakkan strain bakteria ini tidak mendatangkan mudarat tetapi sebilangannya boleh menyebabkan penyakit yang serius. Keracunan makanan disebabkan E. coli berlaku selepas memakan daging lembu yang tidak dimasak dengan sempurna (terutamanya daging cincang, burger dan bebola daging) atau meminum susu yang tidak dipasteur. Tempoh inkubasi keracunan makanan yang disebabkan E. coli adalah satu (1) hingga lapan (8) hari dan simptom berpanjangan selalunya beberapa hari atau minggu.
  • 8. 7 e. Shigella Bakteria Shigella boleh mencemari mana-mana makanan yang telah dicuci dalam air yang tercemar. Simptom akan bermula dalam tujuh (7) hari selepas makan makanan yang tercemar dan berpanjangan hingga seminggu. Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Shigella dikenali sebagai disentri bacillary ataupun shigellosis. f. Virus Virus selalu menjadi penyebab cirit-birit dan muntah adalah norovirus. Ianya mudah disebar daripada orang ke orang melalui makanan dan air yang tercemar. Makanan laut bercengkerang terutamanya tiram boleh menjadi punca jangkitan tersebut. Tempoh inkubasi berpanjangan 24 hingga 48 jam dan symptom selalunya dua (2) hari. Rotavirus juga selalu menjadi penyebab jangkitan dari makanan yang tercemar pada kanak- kanak. Symptom selalunya bermula dalam seminggu dan menjadi dalam lima (5) hingga tujuh (7) hari. g. Parasit Keracunan makanan yang disebabkan oleh parasit adalah jarang berlaku. Jangkitan parasit yang boleh merebak melalui makanan yang tercemar termasuklah: i. Giardiasis – jangkitan yang disebabkan oleh parasit Giardia intestinalis. ii. Crypsporidiosis – jangkitan yang disebabkan oleh parasit Cryptosproridium. iii. Ameobiasis – sejenis disentri yang disebabkan oleh parasit sel tunggal (amoeba) yang dikenali sebagai Entamoeba histolytica. Simptom keracunan makanan yang disebabkan oleh parasit selalunya bermula dalam 10 hari selepas memakan makanan yang tercemar, bagaimanapun kadang-kadang boleh menjadi beberapa minggu sebelum merasa kurang sihat. Sekiranya tidak dirawat, simptom akan berpanjangan lebih lama kepada beberapa minggu ataupun bulan.
  • 9. 8 2.1.3. Pandangan mengenai pencegahan epidemik daripada berlaku pada masa hadapan Pelbagai langkah yang boleh diambil bagi mengatasi keracunan makanan dalam kalangan masyarakat. Cara terbaik bagi mencegah keracunan makanan adalah dengan memastikan untuk mengekalkan piawaian yang tinggi dalam kebersihan peribadi dan makanan dari segi penyimpanan, pengendalian dan penyediaan makanan. Agensi Piawaian Makanan (FSA) mencadangkan agar menggunakan empat (4) prinsip iaitu: a. Kebersihan Penjagaan kebersihan yang baik pada peribadi, permukaan kerja dan alatan boleh mencegah penyebaran bakteria dan virus yang memudaratkan. Sentiasa mencuci tangan dengan sabun air suam terutamanya selepas ke tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas mengendalikan makanan mentah, menyentuh tong sampah dan haiwan peliharaan. Pengendali makanan tidak boleh mengendali makanan sekiranya mempunyai masalah sakit perut seperi cirit-birit atau muntah; atau pun mempunyai luka yang terbuka. b. Memasak Memasak dengan sempurna sangat penting terutamanya daging dan kebanyakkan jenis makanan laut untuk membunuh bakteria yang hadir. Apabila memanaskan makanan, makanan haruslah distim sepenuhnya dan tidak dipanaskan melebihi dari sekali. c. Pendinginan Sesetengah makanan perlu disimpan pada suhu yang sesuai untuk mencegah pertumbuhan dan pengandaan bakteria. Sentiasa memastikan suhu yang sesuai untuk jenis makanan yang disimpan.
  • 10. 9 d. Mengelak pencemaran silang Sentiasa mencuci tangan selepas mengendali makanan mentah. Selain itu, penyimpanan secara asing bagi makanan mentah dan makanan yang sedia makan. Di samping itu, penyimpanan makanan mentah dalam bekas yang tertutup dan diletakkan pada bahagian paling bawah untuk mengelak titisan cecair makanan mentah jatuh ke makanan lain. Bagi mencegah pencemaran silang, penggunaan papan pemotong yang berasingan bagi makanan mentah dan makanan sedia makan atau makanan yang berlainan. Memastikan alatan dapur dicuci selepas digunakan pada makanan mentah. Kita juga dicadangkan agar mematuhi tarikh makan atau guna dan arahan penyimpanan pada paket. Prinsip tersebut sangat penting agar pengguna tidak boleh bergantung pada rupa bentuk dan bau makanan sahaja untuk menyatakan bahawa makanan tersebut selamat untuk dimakan.
  • 11. 10 3. COMMON SOURCE DAN PROPAGATED OUTBREAK 3.1. Wabak Penyakit Berjangkit Common source outbreak merujuk kepada kelompok masyarakat yang terdedah kepada agen jangkitan atau toksin daripada sumber atau punca yang sama. Rajah 1. Contoh keluk epidemik bagi Common source outbreak Propagated outbreak berlaku apabila mendapat jangkitan daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Selalunya berlaku melebihi suatu tempoh inkubasi dalam wabak yang disebarkan, tiada sumber yang sama kerana wabak itu merebak dari seseorang individu ke individu yang lain. Graf akan berbentuk klasik dengan keluk epid masing-masing pada puncak yang beransur tinggi dalam suatu tempoh masa inkubasi yang berbeza.
  • 12. 11 Rajah 2. Contoh keluk epidemik bagi Propagated source outbreak
  • 13. 12 4. KELUK EPIDEMIK 4.1. Mentafsir Keluk Epidemik Epidemik merujuk kepada kenaikan sesuatu kes secara terus-menerus pada populasi manusia dalam suatu arena geografi. Keluk epidemik adalah suatu visual yang menunjukkan onset sesuatu penyakit atau jangkitan bagi memudahkan pengesanan punca sesuatu wabak. Pelbagai aspek dapat dilihat melalui keluk epidemik, contohnya : a. Kesimpulan cara transmisi wabak b. Pengertian mangnitud penyakit c. Unsur luaran daripada kesimpulan magnitud penyakit d. Tren wabak, iaitu taburan kes dari semasa ke semasa e. Pendedahan atau tempoh inkubasi penyakit Beberapa jenis keluk epidemik yang dapat dilihat semasa wabak iaitu common source, point source dan propagated. Common source outbreak merujuk kepada kelompok masyarakat yang terdedah kepada agen jangkitan atau toksin daripada sumber atau punca yang sama. Point-source outbreak pula kebiasaannya menunjukkan keluk yang tajam. Berlaku apabila individu yang terdedah pada masa yang singkat bagi sumber yang sama, seperti masa makan yang sama atau dalam suatu acara. Jumlah kes meningkat dengan cepat ke puncak dan menurun secara beransur-ansur. Majoriti kes berlaku dalam suatu tempoh inkubasi penyakit. Propagated outbreak berlaku apabila mendapat jangkitan daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Selalunya berlaku melebihi suatu tempoh inkubasi dalam wabak yang disebarkan, tiada sumber yang sama kerana wabak itu merebak dari seseorang individu ke individu yang lain. Graf akan berbentuk lain dengan keluk epidemik masing-masing pada puncak yang beransur tinggi dalam suatu tempoh masa inkubasi yang berbeza.
  • 14. 13 Berikut merupakan contoh keluk epid keracunan makanan yang berlaku di ILP Kota Samarahan: Rajah 3. Keluk epidemik bagi kes keracunan makanan di ILP Kota Samarahan Berdasarkan kepada keluk epidemik, kes pertama berlaku pada 7 September 2016 jam 5.00 petang dan kes terakhir pada 8 September 2016 jam 9.00 pagi. Corak keluk epidemik ini menggambarkan satu wabak yang akut dan satu punca (common source). Berdasarkan kepada keluk epidemik dan organism yang disyaki, masa pendedahan adalah antara 6 September 2016 jam 9.00 pagi hingga 7 September 2016 jam 11.00 pagi. Ini bermakna makanan yang mungkin menyebabkan wabak ini adalah makanan yang dimakan sebagai makan malam 6 September 2016 hingga makan tengahari 7 September 2016. 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 1 3 3 2 1 8 7 16 4 6 1 1 2 0 0 1 0 0 0 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 8.00am 9.00am 10.00am 11.00am 12.00pm 1.00pm 2.00pm 3.00pm 4.00pm 5.00pm 6.00pm 7.00pm 8.00pm 9.00pm 10.00pm 11pm 12.00am 1.00am 2.00am 3.00am 4.00am 5.00am 6.00am 7.00am 8.00am 9.00am 10.00am 11.00am 12.00pm 1.00pm 2.00pm 3.00pm 4.00pm 5.00pm 6.00pm 7.00pm 8.00pm 9.00pm 10.00pm 11.00pm 12.00am 1.00am 2.00am 3.00am 4.00am 5.00am 6.00am 7.00am 8.00am 9.00am 10.00am 11.00am 12.00pm 06.09.16 07.09.16 08.09.16 BilKes Onset Wabak Keracunan Makanan BerdasarkanTarikh Onset Kes, ILP Kota Samarahan, 7-8 September 2016 kemuncak wabak min. IP max. IP most likelyperiod of exposeure 1st onset last onset
  • 15. 14 Berdasarkan keluk epidemik dan penyiasatan yang dilakukan, makanan yang disyaki adalah makanan yang dihidangkan sebagai makan malam 6 September 2016 hingga makan tengahari 7 September 2016. Kadar serangan dan nilai Nisbah Odds (OR) dinyatakan pada jadual di Jadual 1. Berdasarkan jadual tersebut, nilai OR Ikan Kerisi Masak Kicap ialah 2.18 (CI 1.60-2.98) dengan perbezaan kadar serangan 32.8% dan nilai OR Ayam Masak Merah ialah 1.38 (CI 1.00-1.90) dengan perbezaan kadar serangan 33.9%. Walaupun nilai OR dan kadar serangan nasi putih dan air adalah tinggi, ia bukan penyebab wabak kerana semasa di lapangan telah didapati ramai penuntut yang tidak mengingati hidangan yang dimakan dan ianya merupakan hidangan ruji masyarakat tempatan. Tambahan pula, terdapat lebih banyak aduan penuntut terhadap Ikan Kerisi Masak Kicap yang dalam keadaan tidak baik dan Ayam Masak Merah yang masih separa masak. Menu Makanan Nilai OR p-value Chi-square value Menu Makan Malam (06/09/2016, Selasa) Nasi Putih 6.81 <0.05 35.512 Ikan Kerisi Kicap 2.18 <0.05 6.347 Sambal Telur Tumis 1.05 >0.05 0.002 Kangkong Belacan 3.53 <0.05 6.394 Pisang 0.00 <0.05 3.954 Air 9.89 <0.05 37.287 Menu Makan Tengahari (07/09/2016, Rabu) Nasi Putih 5.51 <0.05 26.301 Ayam Masak Merah 1.38 >0.05 0.995 Ikan Goreng 3.05 <0.05 13.662 Dalca Sayur 1.41 >0.05 1.003 Tembikai 0.59 >0.05 2.124 Air 6.25 <0.05 34.512 Jadual 1. Analisa makanan berdasarkan menu yang diambil di ILP, Kota Samarahan
  • 16. 15 5. PROSEDUR PENYIASATAN 5.1. Kewujudan wabak penyakit Satu episod keracunan makanan telah berlaku di ILP Kota Samarahan pada 7 September 2016 hingga 8 September 2016 dan penyiasatan secara epidemiologi telah dijalankan untuk mencari punca kejadian wabak ini. Hasil siasatan mendapati seramai 76 orang penuntut [70=L, 6=P] telah menunjukkan simptom-simptom keracunan makanan selepas makan Dewan Makan ILP Kota Samarahan dari 6 September 2016 hingga 7 September 2016. Seramai 58 kes telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Kota Samarahan dan selebihnya 18 kes adalah kes semasa ACD dijalankan yang turut mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kota Samarahan . Bilangan penuntut yang terdedah adalah dianggarkan seramai 525 pelajar sekaligus menjadikan kadar serangan adalah sebanyak 14.4%. Berdasarkan keluk epidemik, onset pertama adalah pada 7 September 2016 jam 5.00 petang dan onset terakhir pada 8 September 2016 jam 9.00 pagi. Kemuncak wabak adalah pada 8 September 2016 jam 1.00 pagi iaitu sebanyak 16 kes mengalami tanda dan gejala keracunan makanan. Berdasarkan tanda dan gejala yang dialami mangsa, agen etiologi disyaki adalah Nontyphoidal Salmonella sp. dan Enterotoxigenic Escherichia coli sp.. Tempoh masa pengeraman bagi kedua-dua organism adalah 6 – 48jam. Tempoh pendedahan yang dikenalpasti berkemungkinan dari 6 September 2016 jam 9.00 pagi hingga 7 September 2016 jam 11.00 pagi.
  • 17. 16 Jika dianalisa mengikut umur, penuntut yang terlibat berumur antara 13 hingga bawah 25 tahun di mana pelajar dalam lingkungan kumpulan umur 18 hingga bawah 25 menunjukkan kadar serangan yang paling tinggi iaitu 98.7%(75 kes), diikuti lingkungan kumpulan umur 13 hingga bawah 18 tahun,1.3%(1kes). Daripada 76 kes, 70 kes adalah lelaki dan 6 kes adalah perempuan. Sakit perut dan cirit birit merupakan gejala utama bagi episod keracunan makanan ini di mana 96-97% kes mengalami simptom tersebut diikuti oleh simptom loya, sakit kepala dan muntah (5- 18%). Ini menunjukkan majoriti kes menunjukkan simptom lower GIT. Merujuk kepada keluk epidemik, ia adalah common source di mana tempoh pengeraman paling mimima adalah 23 jam dan berakhir selepas 39 jam. Berdasarkan kepada gejala klinikal (lower GIT) dan tempoh pengeraman, ia mungkin disebabkan oleh Nontyphoidal Salmonella sp. dan Enterotoxigenic Escherichia coli sp. Kajian kes-kontrol telah dijalankan kerana bilangan yang terdedah adalah tinggi. Nisbah kes-kontrol adalah sekurang-kurangnya adalah 1:1. Dapatan penyiasatan epidemiologi mendapati kontrol adalah lebih banyak daripada kes. Sebanyak 6 jenis menu hidangan telah disenaraikan untuk makan malam 6 September 2016, 4 jenis menu hidangan untuk sarapan pagi 7 September 2016, 2 jenis menu hidangan untuk minum pagi 7 September 2016 dan 6 jenis menu hidangan untuk makan tengahari 7 September 2016. Analisa statistik menunjukkan untuk menu hidangan makan malam 6 September 2016 didapati nasi putih, ikan kerisi masak kicap dan kangkong belacan menunjukkan nilai yang signifikan (p-value = <0.05). Untuk menu hidangan makan tengahari pada 7 September 2016, didapati nasi putih, dan ikan goreng menunjukkan nilai yang signifikan (p-value = <0.05). Ini bermakna kesemua jenis makanan ini mungkin berisiko menyumbang kepada episod keracunan makanan ini. Walaubagaimanapun, berdasarkan tanda dan gejala dialami mangsa, siasatan, analisa HACCP dan aduan mendapati Ikan Kerisi Masak Kicap dan Ayam Masak Merah berisiko tinggi menjadi punca wabak keracunan makanan ini.
  • 18. 17 Attack Rate untuk Kangkong Belacan adalah tinggi tetapi risiko menyebabkan keracunan makanan adalah rendah kerana bilangan yang tidak makan dan sakit adalah rendah. Untuk menu Ikan goreng, hasil analisis menunjukkan Attack Rate yang tinggi tetapi risiko untuk menjadi antara penyebab pencemaran adalah lebih rendah disebabkan tempoh masa memasak yang lebih lama (lebih 2 jam). Attack Rate untuk nasi didapati adalah tinggi namun data ini diragui kerana hanya 59% penuntut makan nasi pada sesi tengahari dan 33% penuntut makan nasi pada makan malam. Ini bertentangan dengan tabiat makan rakyat Malaysia yang menjadikan nasi sebagai menu utama. Satu kajian ringkas telah dijalankan pada 21 September 2016 di ILP Kota Samarahan dimana seramai 158 orang pelajar dipilih dari 525 pelajar secara rawak (30%) untuk kajian tersebut. Pelajar dikehendaki menjawab soalan soal selidik yang direka khusus bagi kajian tersebut dan kajian dibuat berkenaan satu sesi makan tangahari yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati 151 (96%) orang penuntut makan di Dewan Makan ILP Kota Samarahan manakala 7 (4%) tidak makan. Kesemua penuntut yang memilih untuk makan di Dewan Makan ILP Kota Samarahan makan nasi (100%). Selebihnya, 4 (57%) orang penuntut memilih untuk makan di premis luar, 2 (29%) orang penuntut tidak makan dan 1 (14%) orang penuntut memilih untuk makan makanan segera pada waktu tengahari. Perbezaan data ini disebabkan majoriti penuntut tidak mengingati menu hidangan yang dimakan. Ini kerana semasa siasatan dijalankan, kebanyakkan mangsa dan pelajar telah memasuki Recovery Phase dan para pelajar tergesa-gesa memberikan jawapan memandangkan mereka ingin pulang bercuti panjang. Didapati para pelajar turut dipengaruhi oleh rakan-rakan yang lain dalam pengambilan menu hidangan dan secara tidak langsung para pelajar lebih menjurus kepada lauk yang dimakan sahaja. Hasil kajian ini menyangkal nasi sebagai penyumbang kepada keracunan makanan. Ini ditambah lagi selepas siasatan dijalankan, didapati tiada kelemahan major dapat dikenalpasti semasa proses penyediaan, memasak, penyimpanan dan menghidang nasi putih. Tiada baki makanan yang dapat dihantar untuk analisis makmal. Salah satu keputusan swab rektal mangsa positif untuk E. Coli sp. Keputusan analisis makmal untuk sampel peralatan, persekitaran dan pengendali makanan gagal menunjukkan sebarang kehadiran bakteria patogenik mungkin kerana kerja-kerja pembersihan telah dilakukan lebih awal oleh pihak premis terlibat.
  • 19. 18 Keputusan analisa persekitaran semasa wabak juga adalah tidak memuaskan (69%). Ini menunjukkan tahap kebersihan kendiri yang sangat minimum. Hasil siasatan yang dibuat pada 9 September 2016, didapati beberapa perkara yang boleh menyumbang kepada pencemaran makanan berlaku. Pemeriksaan mendapati sistem perlimbahan dan perparitan yang tidak sempurna, pencemaran bau, persekitaran yang agak kotor yang tidak sesuai sebagai tempat penyediaan makanan. Bahan mentah yang digunakan tercemar. Tong sampah yang disediakan terletak berhampiran dengan dapur serta dalam keadaan kotor tiada penutup dan plastik sampah. Pemerhatian mendapati terdapat kehadiran lalat di bahagian penyediaan dan penghidangan makanan. Kehadiran lalat juga boleh menyumbang kepada pencemaran. Hal ini demikian kerana makhluk perosak seperti lalat berupaya untuk memindahkan bakteria patogenik (bakteria Escherichia coli dari tangki septik atau kawasan pelupusan sampah) ke atas makanan yang terdedah. 5.2. Pengesahan diagnosis Kes yang telah dijangkiti akan menunjukkan gejala. Tanda dan gejala utama adalah seperti sakit perut (97%, n=74), cirit-birit (96%, n=73), loya (18%, n=14), sakit kepala (13%, n=10) dan muntah (5%, n=4). Berdasarkan kepada tanda-tanda klinikal ini diagnosis awal yang dibuat ialah jangkitan oleh Nontyphoidal Salmonella sp. dan Enterotoxigenic Escherichia coli sp. Masa pengeraman bagi jangkitan Nontyphoidal Salmonella sp. dan Enterotoxigenic Escherichia coli sp adalah antara 6-48 jam. Spesimen najis mangsa telah diuji di makmal Hospital Serian. Daripada spesimen yang dihantar terdapat 1 spesimen telah didapati positif terhadap Escherichia coli sp.
  • 20. 19 5.3. Menentukan siapa yang berisiko Risiko untuk terdedah kepada wabak adalah apabila individu tersebut mempunyai kontak dengan individu yang telah mendapati jangkitan. Kes terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan berusia 13 hingga 25 tahun yang tinggal di asrama dan makan di Dewan Makan ILP, Kota Samarahan dari 6 hingga 7 September 2016. Seramai 76 orang pelajar telah didapati sakit sementara 119 orang pelajar yang lain tidak mengalami apa-apa gejala dan tanda walaupun terdedah kepada makanan yang sama. 6. KESIMPULAN Kesimpulannya, epidemik adalah penularan penyakit berjangkit secara cepat terhadap bilangan orang yang banyak dalam populasi yang disebabkan oleh beberapa faktor dan terdiri daripada common source outbreak, point source outbreak dan propagated source outbreak. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dibuat bagi mencegah kejadian epidemik ini berlaku bagi mengekalkan tahap kesihatan masyarakat yang baik.
  • 21. 20 7. RUJUKAN John M. Last. (2001). A Dictionary of Epidemiology Fourth Edition. USA: Oxford University Press. Principles of Epidemiology, Third Edition. Atlanta, Georgia: Centers for Disease Control and Prevention. 2012. Green MS; Swartz T; Mayshar E; Lev B; Leventhal A; Slater PE; Shemer Js (January 2002). "When is an epidemic an epidemic?". Isr. Med. Assoc. J. The Encyclopedia of Ecology and Environmental Management, Blackwell Science. Oxford: Blackwell Publishers, 1998. Sofian Baharom (28 April 2016, 11:10 p.m.) .2,325 Kes Keracunan Makanan di Malaysia: Utusan Online. utusan.com.my. Akses pada 22 November 2016. http://www.nhs.uk/Conditions/Food-poisoning/Pages/Causes.aspx. Akses pada 22 November 2016. http://www.nhs.uk/Conditions/Food-poisoning/Pages/Prevention.aspx. Akses pada 22 November 2016. Michelle T. “Focus of Epidemiology”. North Carolina Institute of Public Health. Vol.1. NUC. School of Public Health. NC: MPH. Garis Panduan Pengurusan Wabak Keracunan Makanan. Jilid 4. Kementerian Kesihatan Malaysia.