Modul hub.etnik
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Modul hub.etnik

on

  • 8,851 views

Modul

Modul

Statistics

Views

Total Views
8,851
Views on SlideShare
8,851
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
467
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Modul hub.etnik Modul hub.etnik Document Transcript

  • WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK SinopsisTajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspekepistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukankebendaan. Perbincangan juga menyentuh tentang ciri-ciri budayaserumpuan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Berikutnyaperbincangan mengenai konsep perpaduan dan integrasi meliputi konsep-konsep dalam hubungan etnik seperti segregasi, akomodasi, akulturasi,asimilasi, dan amalgamasi. Untuk menguji kefahaman pelajar diakhirperbincangan topik ini disediakan latihan kendiri.Hasil Pembelajaran: 1. Mentakrifkan konsep budaya. 2. Menjelaskan konsep budaya kebendaan. 3. Mengenalpasti budaya bukan kebendaan. 4. Menghuraikan ciri-ciri budaya dalam sesebuah masyarakat. 5. Menjelaskan konsep-konsep asas dalam hubungan etnik. 1
  • WAJ3106 Hubungan EtnikKerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini Konsep Budaya Budaya Kebendaan Budaya Bukan Ciri-ciri Budaya Kebendaan Asimilasi Segregasi Akulturasi Konsep Perpaduan dan Integerasi Amalgamasi Akomodasi Sub Tajuk: (i) Konsep Budaya (ii) Konsep Perpaduan dan IntegrasiSalam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita akan bertemu melalui modmodul. Adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari danmemahami Modul Hubungan Etnik (2207) dengan lebih mendalam. Sekiranyaterdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubungdengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan. 2
  • WAJ3106 Hubungan EtnikTajuk 1 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Masyarakat; Konsep Budaya;dan Konsep Perpaduan dan Integrasi. Konsep masyarakat telah dibincangsemasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Konsep budaya dankonsep perpaduan dan integrasi diberi tumpuan dalam bahagian ini.Anda harus faham bahawa konsep masyarakat, budaya serta perpaduan danintegrasi adalah konsep-konsep asas hubungan etnik yang saling berkaitan.Konsep-konsep ini memberi asas kepada pelajar untuk memahami tajuk-tajukyang seterusnya. Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda fahami sebelum tajuk ini: Latar belakang, Kepentingan Hubungan Etnik di Malaysia dan Konsep Masyarakat. Tajuk-tajuk tersebut harus memberi gambaran asas tentang kursus ini.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk ini anda perlu membaca Bab2 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 13 hingga 19 dengan merujukkepada: 2.3 Konsep Budaya (hlm. 13) 2.4 Konsep Perpaduan dan Integrasi (hlm. 15) 2.5 Pengalaman Malaysia (hlm. 18) AktivitiBerdasarkan soalan 1 daripada soalan-soalan perbincangan di muka surat20, anda dikehendaki menjelaskan konsep integrasi dan asimilasi dalamkonteks memupuk perpaduan nasional. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. 3
  • WAJ3106 Hubungan EtnikPeringatanSemasa membuat latihan ini dan seterusnya, perkara-perkara berikuthendaklah diambil perhatian; (i) Semua aktiviti yang berkaitan dengan latihan hendaklah dicatatkan dan disimpan dalam portfolio. (ii) Bahan-bahan rujukan mestilah dikepilkan dalam sebuah portfolio. (iii) Bahan-bahan rujukan disusun mengikut tajuk-tajuk yang dipelajari. SELAMAT MAJU JAYA. 4
  • WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 2 MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU SinopsisSecara umumnya tajuk ini menyentuh tentang proses pembentukanmasyarakat pluralistik di Alam Melayu sejak abad ke-5 Masihi yang bermuladengan kedatangan masyarakat luar seperti Arab, Cina, dan India.Pertembungan kelompok masyarakat ini mewujudkan pluralistik. Berikutnyadisentuh mengenai zaman pluraliti pada era kegemilangan KesultananMelayu Melaka yang banyak memberi sumbangan ke arah pembentukanmasyarakat pluraliti di Alam Melayu melalui aktiviti ekonomi, sosial, danpolitik. Perbincangan juga difokuskan kepada pembentukan masyarakatpluralistik di zaman penjajahan barat dan selepas merdeka yang menekankankepada isu-isu politik, ekonomi, dan pendidikan. Untuk menguji kefahamanpelajar mengenai isu-isu yang telah dibincangkan diakhir topik ini, aktivitipengukuhan disediakan.Hasil Pembelajaran: 1. Menghuraikan secara ringkas proses pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu. 2. Menganalisis faktor-faktor yang menyumbang ke arah pembentukan masyarakat pluralistik. 3. Menjelaskan proses pembentukan masyarakat pluralistik pada zaman penjajahan barat. 4. Menghubungkaitkan isu-isu ekonomi, politik, dan pendidikan dalam proses pembentukan masyarakat pluralistik selepas kemerdekaan. 5
  • WAJ3106 Hubungan Etnik Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini Masyarakat Pluralistik Alam Melayu Pembentukan Masyarakat Zaman Pluraliti Pluralistik di Alam Melayu - Kesultanan Melayu Melaka - Penjajahan Sub Tajuk: (i) Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu (ii) Zaman PluralitiTajuk 2 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Pluraliti dan MasyarakatPluraliti; Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu; dan ZamanPluraliti. Konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik telah dibincang semasainteraksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Pembentukan masyarakatpluralistik di Alam Melayu dan zaman pluraliti diberi tumpuan dalam bahagianini.Anda harus faham bahawa konsep pluraliti dan masyarakat pluralistiksebelum memahami tajuk-tajuk dalam bahagian ini. Interaksi antara pelbagaibudaya dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sejak abad ke-5 Masihilagi mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat pluralistik di AlamMelayu. Pelajar harus memahami bahawa masyarakat pluralistik tidak wujuddalam suatu vacuum. Bahagian ini akan membantu pelajar untuk mengetahuidan menganalisis pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu. Iamerupakan komponen yang harus difahami oleh pelajar sebelum belajartajuk-tajuk yang seterusnya. 6
  • WAJ3106 Hubungan Etnik Cuba anda renung dan fikirkan apa yang anda faham mengenai konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk kedua ini, anda dikehendakimerujuk kepada Bab 3 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 21 hingga 26. Mari kita rehat sebentar... Setelah mengetahui konsep asas ini, anda dikehendaki meneruskan bacaan anda di halaman 26 hingga 29. 3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu : Kesultanan Melaka (hlm. 26-27) 3.4 Pembentukan Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah. (hlm. 27-29) AktivitiBerdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, huraikan faktor-faktor yangmewujudkan masyarakat pluraliti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 7
  • WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 3 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SinopsisPerbincangan dalam topik 3 ini lebih memberi penekanan kepadaPerancangan Pembangunan Lima Tahun yang bermula sebelum merdekadan selepas merdeka. Selain itu perbincangan juga menyentuh tentangpengisian dalam setiap penggal Rancangan Malaysia. Perbincanganseterusnya menyentuh mengenai isu-isu utama ekonomi yang merangkumiagihan kekayaan negara, membasmi kemiskinan, penyusunan semulamasyarakat, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, dan DasarWawasan Negara dalam konteks hubungan etnik. Pada akhir topik ini aktivitilatihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman pelajar.Hasil Pembelajaran: 1. Menghubungkaitkan antara pembangunan ekonomi negara dengan hubungan etnik di Malaysia. 2. Menganalisis keberkesanan rancangan lima tahun dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. 3. Mengulas isu-isu utama ekonomi yang menjadi topik perbincangan dalam konteks hubungan kaum. 8
  • WAJ3106 Hubungan EtnikKerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini Draf Pembangunan Rancangan 1950 - 1955 Malaya Rancangan Malaya Pertama 1956 - 1960 Rancangan Malaya Kedua 1961 - 1965 Rancangan Malaysia Pertama 1966 - 1970 *Rancangan Malaysia Kedua 1971 - 1975 Rancangan Pembangunan *Rancangan Malaysia Ketiga 1976 - 1980 Lima Tahun *Rancangan Malaysia Keempat 1981 - 1985 *Rancangan Malaysia Kelima 1986 - 1990 Rancangan Malaysia Keenam 1991 - 1995 Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 - 2000 Rancangan Malaysia Kelapan 2001 - 2005 Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 - 2010* Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada tahun 1971 - 1990 9
  • WAJ3106 Hubungan Etnik Membasmi Kemiskinan Agihan Menyusun Kekayaan Semula negara Masyarakat Isu-isu Utama Ekonomi Dasar Dasar Wawasan Ekonomi Baru Negara Dasar Pembangunan Negara Sub-tajuk: (i) Pembangunan Lima Tahun (ii) Isu-isu Utama EkonomiSalam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita bertemu sekali lagi melaluimod modul. Adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajaridan memahami modul ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapatmasalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung denganpensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.Tajuk 3 ini mengandungi enam sub-tajuk iaitu Modenisasi, Hubungan Etnikdalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan Ekonomi Malaysia;Pembangunan Lima Tahun; Ciri-ciri Enik dalam Konteks Demografi, Politikdan Ekonomi; dan Isu-isu Utama Ekonomi. Empat sub-tajuk iaitu Modenisasi;Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan EkonomiMalaysia; Cri-ciri Etnik dalam Konteks Demografi, Politik dan Ekonomi telahdibincang semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Dua sub-tajuk lagi iaitu Pembangunan Lima Tahun dan Isu-isu Utama Ekonomi diberitumpuan dalam bahagian ini. 10
  • WAJ3106 Hubungan EtnikAnda harus faham bahawa konsep modenisasi, hubungan etnik dalamkonteks modenisasi, acuan ekonomi Malaysia dan ciri-ciri etnik dalamdemografi, politik dan ekonomi perlu dilihat secara menyeluruh. Modenisasi,ekonomi negara dan hubungan etnik merupakan tiga aspek yang hubungantimbal balik dan menjadi penentu kepada pembangunan sesebuah negara.Dalam konteks tersebut, pembangunan lima tahun dan isu-isu utama ekonomiperlu difahami oleh pelajar.Bahagian ini akan membantu pelajar melihat bagaimana isu-isupembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial di Malaysia. Mari kita rehat sebentar...cuba anda imbas kembali dan fikirkan apa yang telah anda belajar sebelum ini.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk-tajuk dalam modul ini, andaperlu merujuk kepada Bab 4 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 50-67.Antara tajuknya: 4.3.6 Pembangunan Lima Tahun (hlm. 50-53) 4.3.7 Isu-isu Utama Ekonomi (hlm. 53-67) AktivitiBerdasarkan kepada pembacaan dan rujukan anda, jelaskan lima (5) isu-isuberkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia akibat modenisasi dalambidang ekonomi. 11
  • WAJ3106 Hubungan EtnikJangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 12
  • WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 4 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SinopsisTopik ini mengulas mengenai kerjasama politik dan kaitannya denganhubungan etnik di Malaysia. Kerjasama politik diwujudkan dalam kalanganrakyat pada asasnya untuk melicinkan proses kemerdekaan yang menjadiprasyarat utama perlu dilaksanakan. Kerjasama ini diimplimentasikan melaluipenggabungan parti politik yang dianggotai oleh pelbagai kaum. Bermuladengan penggabungan Parti MCA dengan UMNO, kemudian penggabunganantara parti MCA, UMNO dan MIC di bawah satu pakatan iaitu PartiPerikatan. Konsep kerjasama ini diperluaskan kepada parti yang mewakilikaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Perbincangan juga menyentuh tentangpemupukan hubungan etnik secara formal dan bentuk hubungan selepaspenubuhan Malaysia. Pada akhir topik disediakan aktiviti perbincangan untukmemantapkan lagi kefahaman pelajar mengenai isi kandungan yangdipaparkan dalam topik ini.Hasil Pembelajaran: 1. Menjelaskan kepentingan kerjasama politik dalam konteks hubungan kaum di Malaysia. 2. Menyenaraikan faktor-faktor yang menjurus ke arah pemupukan hubungan etnik secara formal. 13
  • WAJ3106 Hubungan EtnikKerangka Konsep Tajuk-tajuk dalam Modul Ini Kerjasama Politik Parti Perikatan Parti UMNO Parti MCA Parti MIC Sub-tajuk: (i) Kerjasama Politik dan Hubungan EtnikSalam sejahtera. Untuk pembelajaran Tajuk 4 melalui mod modul ini, adalahdiharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami modulini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahamimodul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus HubunganEtnik yang berkaitan.Tajuk 4 ini mengandungi dua sub-tajuk iaitu Kemajmukan Etnik dalam ProsesPolitik di Malaysia dan Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik. Sub-tajukmengenai kerjasama politik dan hubungan etnik diberi tumpuan dalambahagian ini.Namun begitu, anda harus faham mengenai kemajmukan etnik dalam prosespolitik di Malaysia sebelum membaca meneruskan pembacaan mengenaikerjasama politik dan hubungan etnik. Aspek demografi yang mencorakkankemajmukan masyarakat Malaysia perlu difahami oleh pelajar kerana 14
  • WAJ3106 Hubungan Etnikdemografi turut menunjukkan komposisi etnik di Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak. Pengetahuan tentang kemajmukan masyarakatMalaysia adalah penting untuk memahami kerjasama politik dan hubunganetnik di Malaysia. Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda belajar dan fahami dari pembacaan sebelum ini.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang sub-tajuk Kerjasama Politik danHubungan Etnik, anda perlu merujuk kepada Bab 5 Modul Hubungan Etnik(2007), halaman 76 – 84. 5.5 Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik (hlm. 76-84) AktivitiBerdasarkan kepada pembacaan anda, bincangkan soalan no. 4 dari Soalan-soalan Perbincangan di ms 89. Anda perlu huraikan bagaimana proses dantindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang harmonis di Malaysiakhususnya di sekolah anda. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 15
  • WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 5 PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SinopsisTopik ini mengulas tentang sejarah pengubalan perlembagaan yang merujukkepada perlembagaan Malayan Union, perlembagaan Persekutuan TanahMelayu 1948, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum, PerlembagaanKemerdekaan 1957, dan Perlembagaan Malaysia 1963. Latihan kendiridisediakan pada akhir pembelajaran untuk menguji kefahaman andamengenai isu-isu yang telah dibincangkan.Hasil Pembelajaran 1. Menjelaskan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia 2 Menjelaskan ciri-ciri asas proses penggubalan perlembagaan 3 Membanding bezakan antara ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 4 Menganalisis kandungan perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai hubungan antara kaum. 16
  • WAJ3106 Hubungan EtnikKerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini Sejarah Pengubalan Perlembagaan Perlembagaan Perlembagaan Perlembagaan Perlembagaan Malayan Union Persekutuan Persekutuan Persekutuan (1946) Tanah Melayu Tanah Melayu Malaysia (1948) (1957) (1963) Sub-tajuk: (i) Sejarah Penggubalan PerlembagaanSalam sejahtera. Kita bertemu lagi melalui mod modul ini. Adalah diharapkanagar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami Tajuk 5 modul inidengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahamimodul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus HubunganEtnik yang berkaitan.Tajuk 5 ini mengandungi empat sub-tajuk iaitu Konsep Perlembagaan;Unsur-unsur dalam Perlembagaan; Sejarah Penggubalan Perlembagaandan Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan yang menjadi Asas kepadaHubungan Etnik di Malaysia. Sub-tajuk ketiga iaitu Sejarah PenggubalanPerlembagaan diberi tumpuan dalam bahagian ini.Anda harus faham konsep perlembagaan dan unsur-unsur dalamperlembagaan sebelum membaca sejarah penggubalan perlembagaan. Inikerana perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi yangmenjadi penjamin kepada pembangunan sesebuah negara. Kepentingan 17
  • WAJ3106 Hubungan Etnikperlembagaan lebih ketara terutamanya kepada negara Malaysia yang terdiridaripada berbilang kaum dan etnik. Aspek konsep perlembagaan dan unsur-unsur perlembagaan perlu dibincangkan oleh pelajar dengan pensyarahkursus semasa interaksi bersemuka sebelum memberi tumpuan kepadasejarah penggubalan perlembagaan di Malaysia. Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda belajar sebelum tajuk ini.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang Sejarah PenggubalanPerlembagaan, anda perlu merujuk kepada Bab 6 Modul Hubungan Etnik(2007), halaman 93 - 104. 6.3 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia (hlm. 93-104) AktivitiBerdasarkan kepada pembacaan anda, jelaskan sejarah penggubalanperlembagaan negara Malaysia dalam bentuk peta minda. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 18
  • WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 6 AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK SinopsisTopik ini membincangkan tentang agama dan ajaran utama yang dianuti diMalaysia, iaitu Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu. Perbincangan menyentuhlatar belakang dan ajaran-ajaran penting dalam setiap agama. Walaupunterdapat perbezaan bagi setiap agama / ajaran tetapi ada juga nilai-nilaisejagat yang boleh dikongsi bersama. Maka setiap warganegara sewajarnyamenghormati agama / ajaran penganut lain selain dengan Prinsip RukunNegara yang pertama iaitu ”Kepercayaan Kepada Tuhan” dan Perkara 3Ceraian (1) dalam Perlembagaan Malaysia yang menegaskan Islam sebagaiagama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan. Pada akhirtopik ini disertakan soalan latihan kendiri dengan tujuan untuk mengujikefahaman pelajar konsep-konsep dan isu-isu yang telah dibincangkan.Hasil Pembelajaran 1. Menerangkan agama / ajaran utama di Malaysia. 2. Menjelaskan nilai-nilai sejagat agama / ajaran utama di Malaysia. 3. Menghuraikan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama / ajaran utama di Malaysia. 4. Menghubungkait hubungan etnik dalam kehidupan masyarakat Malaysia. 19
  • WAJ3106 Hubungan EtnikKerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini Agama-agama di Malaysia Islam Buddha Hindu Kristian Sub-tajuk: (i) Agama Islam dan Agama-agama Lain di MalaysiaSalam sejahtera. Untuk pembelajaran ini melalui mod modul, adalahdiharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami modulini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahamimodul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus HubunganEtnik yang berkaitan.Tajuk 6 ini mengandungi empat (4) sub-tajuk iaitu Agama Islam dan Agama-agama Lain di Malaysia; Asas-asas Hubungan Etnik dalam Konteks Agama;Pendekatan Islam Hadhari dan Membincangkan Prinsip-prinsip Islam Hadharidalam Pembentukan Masyarakat. Sub-tajuk pertama dalam tajuk ini diberitumpuan dalam bahagian ini.Anda harus faham peranan agama dalam mengeratkan hubungan etnik dinegara kita. Walaupun agama Islam menjadi agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang halangan. Agama juga menjadipenanda jati diri masyarakat Malaysia. 20
  • WAJ3106 Hubungan Etnik Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda faham dan tahu mengenai Agama Islam dan agama / ajaran lain di Malaysia dan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama / ajaran yang terdapat di Malaysia.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk ini, anda perlu merujukkepada Bab 8 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 143 – 151. 8.2 Agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia (hlm. 143-151) AktivitiBerdasarkan kepada pembacaan anda, bincangkan lima (5) nilai sejagat yangdikongsi bersama oleh agama / ajaran anda anuti dalam menyatupadukanmasyarakat berbilang kaum di negara ini dalam bentuk grafik. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 21
  • WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 7 CABARAN DAN PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SinopsisTopik ini menjelaskan tentang elemen pemupukan hubungan etnik dalammasyarakat Malaysia. Pemupukan hubungan etnik ini dapat dicapai sekiranyawujud persefahaman, semangat bekerjasama, persaudaraan, kemesraan,budaya ziarah menziarahi dan hormat menghormati antara kaum di negaraini. Kesemua elemen yang dijelaskan di atas perlu dihayati dan amalkan olehrakyat Malaysia dalam proses untuk mencapai perpaduan antara kaum. Padaakhir topik ini disertakan dengan soalan-soalan untuk latihan kendiri bertujuanuntuk menguji sejauh mana kefahaman pelajar terhadap konsep dan fakta-fakta yang telah dibincangkan.Hasil Pembelajaran 1. Mengenalpasti elemen-elemen yang boleh melahirkan hubungan yang erat antara kaum. 2. Menjelaskan bagaimana elemen-elemen pemupukan hubungan etnik dapat diimplimentasikan dalam masyarakat Malaysia. 22
  • WAJ3106 Hubungan EtnikKerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini Kerjasama Persefahaman Persaudaraan Elemen Pemupukan Hubungan Etnik Budaya Ziarah Kemesraan Menziarahi Hormat Menghormati Sub-tajuk: (i) Pemupukan Hubungan Etnik dalam Masyarakat MalaysiaSalam sejahtera. Untuk pembelajaran melalui mod modul ini, adalahdiharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami modulini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahamimodul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus HubunganEtnik yang berkaitan. 23
  • WAJ3106 Hubungan EtnikTajuk 7 ini mengandungi tiga (3) sub-tajuk, iaitu cabaran dan implikasi;pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia; dan bagaimanakahcabaran globalisasi mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia?. Sub-tajukkedua mengenai pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysiadiberi tumpuan dalam bahagian ini.Anda harus fahami cabaran dan implikasi sebelum meneruskan pembacaanmengenai pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia. Inikerana cabaran dari segi sosial, ekonomi, politik serta cabaran globalisasiturut memberi kesan kepada hubungan etnik di negara ini. Dalam konteks ini,pemupukan hubungan etnik adalah penting dan menjadi asas kepadahubungan sosial yang harmoni. Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apakah usaha yang telah anda lakukan sebagai guru untuk membawa generasi masa hadapan sebagai generasi yang bersatu padu.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang sub-tajuk ini mengenaipemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia, anda perlu merujukkepada Bab 8 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 161 – 165. 8.5 Aplikasi Hubungan Etnik Dalam Kehidupan Masyarakat Malaysia (hlm. 161) AktivitiBerdasarkan kepada pembacaan anda, sediakan satu pelan tindakan tentangusaha anda untuk mengeratkan perhubungan antara etnik murid kelas disekolah anda. 24
  • WAJ3106 Hubungan EtnikJangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 25
  • WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 8 HUBUNGAN ETNIK: PERANAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT SinopsisTopik ini membincangkan tentang peranan masyarakat dalam prosespembentukan hubungan etnik di Malaysia. Penekanan diberi kepada perananmasyarakat dalam proses integrasi nasional, penubuhan Jabatan PerpaduanNegara, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan pendekatan-pendekatan lain dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Persoalannyasejauhmana peranan masyarakat melalui faktor-faktor yang telahdibincangkan di atas memberi kesan kepada proses pembentukan hubunganetnik di Malaysia. Pada akhir topik ini disedia aktiviti latihan kendiri dengantujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman pelajar terhadap perkarayang telah dibincangkan.Hasil Pembelajaran 1. Menjelaskan peranan masyarakat dalam proses pembentukan hubungan etnik di Malaysia. 2. Menilai keberkesanan peranan masyarakat dalam proses pembentukan hubungan etnik melalui pendekatan-pendekatan yang telah diperkenalkan. 26
  • WAJ3106 Hubungan Etnik Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini Peranan Masyarakat Budaya Rumah Penerimaan Rukun Peranan Zairah- Terbuka Budaya Tetangga NGO Menziarahi Sub-tajuk: (i) Peranan MasyarakatSalam sejahtera. Untuk pembelajaran tajuk terakhir melalui mod modul iniadalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari danmemahami modul Tajuk 8 ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapatmasalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung denganpensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.Tajuk 8 ini mengandungi dua (2) sub-tajuk, iaitu Peranan Kerajaan danPeranan Masyarakat. Peranan masyarakat diberi tumpuan dalam bahagianini. Namun begitu, anda harus fahami peranan kerajaan yang perludibincangkan oleh pelajar dengan pensyarah kursus semasa interaksibersemuka sebelum meneruskan pembacaan mengenai peranan masyarakatdalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.Dalam konteks tersebut, pelajar perlu memahami peranan yang dimainkanoleh kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di negara ini. Walaupunkerajaan telah merancang dan melaksanakan dasar dan langkah-langkah 27
  • WAJ3106 Hubungan Etniksecara teratur tetapi rakyat sebagai kumpulan sasaran perlu memainkanperanan dalam memastikan keharmonian etnik sentiasa terjaga danterpelihara. Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda belajar mengenai peranan yang telah dimainkan oleh kerajaan bagi memastikan keharmonian etnik di Malaysia khususnya dalam sistem pendidikan kita agar keharmonian antara etnik sentiasa terpelihara.Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai peranan yang dimainkan olehmasyarakat dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, anda perlu merujukkepada Bab 9 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 182 – 187.9.3 Peranan masyarakat dalam konteks hubungan etnik (hlm 182-187) AktivitiBerdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian anda, hasilkan satulaporan ringkas yang mengandungi maklumat tentang peranan sekolah andadalam mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 28