Teks memberikan petunjuk cara memasak daging lemak cili padi. Resep tersebut menggunakan daging lembu, bumbu-bumbu seperti bawang merah, bawang putih, cili padi, halia, daun kunyit, serai dan kunyit bubuk. Daging direbus terlebih dahulu sebelum dipotong dan dimasak bersama bumbu yang ditumis hingga harum. Kemudian ditambahkan santan, garam, ajinomoto dan air. Terakhir masuk
1. DAGING MASAK LEMAK CILI PADI عليكم السالمPeace be upon you Apa khabar temans?
Harap semuanya sihat Alhamdulillah. Masa hari raya korban haritu kakak I ada kasi daging
sikit.. I rasa dalam sekilo lah kot. Since ada stock daging, lidah pulak terasa nak makan daging
masak lemak cili padi, santan pun ada.. I pun buat lah untuk lunch hari Sabtu hari tu. Punya lah
sedap taste buds I dapat makan, semuanya cukup rasa. Pedas pun tak pedas sangat.. Garam pun
sesuai. Bahan-bahan 1. 300-400gm daging lembu 2. 6 ulas bawang merah (di kisar)* 3. 3 ulas
bawang putih (di kisar)* 4. 10 biji cili padi (di kisar - depend on you, nak pedas menyengat sila
lah tambah cili. Kalau I tak tahan pedas sangat)* 5. Halia (di kisar - sebesar ibu jari)* 6. Sehelai
daun kunyit* 7. 2 batang serai (di titik, crushed)* 8. 1 sk serbuk kunyit (kalau pucat tambah lagi
serbuk kunyit) 9. 1 1/2 sk garam (depend on you) 10. 1/2 sk ajinomoto (serbuk perasa) 11. 2
cawan santan (depend on you) 13. 2 biji kentang (di potong empat setiap biji) 14. 5 sb minyak
masak (jangan guna terlalu banyak minyak sebab nanti nak masukkan santan) 15. Air
secukupnya Cara-cara 1. Ambil daging, di cuci dan di rebus bersama sedikit garam tanpa potong
terlebih dahulu. Rebus hingga masak atau sedikit empuk. 2. Sementara itu, panaskan minyak
dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan yang bertanda * sehingga wangi serta naik minyak
atau kekuningan. Setelah kekuningan, masukkan air sedikit dan biarkan mendidih. 3. Setelah
daging tadi masak, tapiskan dan setelah daging tersebut sejuk potong daging nipis-nipis.
Masukkan hirisan daging, garam, serbuk perasa dan juga serbuk kunyit ke dalam bahan tumisan
dan gaul rata. Jika terlalu kering, masukkan air dan masak selama 15-20 minit. 4. Setelah daging
empuk, masukkan potongan kentang dan masak hingga lembut. Kemudian masukkan santan,
kacau rata dan biarkan selama 10 minit atau hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidang. Note : 1.
Ada yang lebih gemarkan daging salai tapi I pulak tak kisah asalkan sedap untuk lidah I ni. Bagi
mendapatkan hirisan daging yang cantik seperti hirisan daging salai dan daging tidak kecut bila
di masak, anda harus lah rebus ketulan daging dahulu dan kemudian baru hiris nipis-nipis. Kalau
you all hiris nipis-nipis dulu sebelum masak, you all takkan dapat hirisan daging yang cantik.
Daging tersebut akan kecut apabila di masak. 2. Kalau nak dapat daging yang cepat empuk, you
all mestilah potong daging melintang dengan urat daging tersebut. Kalau ikut urat, kunyah lah
daging tu sampai esok hahaha. Ibarat mengunyah sliper la jawabnya.
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef