SlideShare a Scribd company logo
1 of 39
PRABACAAN


Definisi dan Konsep


Atan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan
kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula
kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan
oleh tulisan itu.



       Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru

perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf.

Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk

kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.


       Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej

atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir

melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang

berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan

pembacaan bagi individu murid.




Kesediaan Membaca


Kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi

mental, emosi dan fizikal.Ini melibatkan peringkat mendirikan asas membaca,

memperkukuh asas membacahingga ke peringkat yang lebih tinggi.



                                        1
Jenis Masalah Bacaan


   1. Membuang atau meninggalkan huruf atau perkataan

   2. Mengulang bacaan

   3. Mengganti huruf atau perkataan

   4. Menambah perkataan

   5. Pembalikan huruf, perkataan atauayat

   6. Tidak mengenal huruf

   7. Salah sebutan



Bengkel Asas Membaca (Kaedah)



Kaedah mengajar bacaan merupakan sebahagian lanjutan daripada aktiviti prabacaan

tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan huruf, perkataan dan ayat serta

bunyi kepada kanak-kanak.Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga:

      1.   Kaedah bunyi/ fonetik

      2.   Kaedah huruf/ abjad

      3.   Kaedah pandang dan sebut




                                         2
KAEDAH BUNYI / FONETIK



     Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua caramengunaan iaitu:

1.   Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain.

     Contohnya:

                      ba + pa = bapa

2.    Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya

     perkataan.

     Contoh:

                      b (beh), a (ah) = ba

                      p(peh), a (ah) = pa

                      ba + pa = bapa




 Kekuatan                                                   Kelemahan

 Sesuai dengan susuk bahasa Melayu adalah Bacaan                      murid-murid    tidak   licin.   Ini

 terdiri daripada suku-suku kata yang hampir disebabkan                  perhatian   murid-murid      itu

 tetap bunyinya.                                            tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas

                                                            satu.

 Kaedah        ini    membolehkan       kanak-kanak Tidak menarik hati kerana suku-suku kata

 membaca             perkataan-perkataan           baharu yang diajar itu tidak mempunyai makna

 walaupun       perkataan-perkataan          itu    diluar yang nyata pada mereka.

 perbendaharaan kata mereka.



                                                        3
KAEDAH HURUF (ABJAD)



  Kaedah yang tertua ini mementingkan mengenal nama-nama buruf dan bunyi-bunyi

  huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari a,b,c d

  sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali huruf mana

  yang dikategori sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya kanak –kanak

  diajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-bunyi akan

  disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya mereka akan

  mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.



         Vokal            a                               a            i

         Konsonan         s              y                l            r

         Gabungan         sa             ya               la           ri

         Vokal     dan

         Konsonan

         Perkataan        saya                            lari




                   Kekuatan                                      Kelemahan

1 1. Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia 1. Murid-murid membaca dengan lancar
                                        1.

     kerana      bahasa       Malaysia   terdiri       tanpa memahami apa yang dibacanya.

     daripada suku-suku kata yang hampir               Mereka hanya mementingkan sebutan

     tetap bunyinya.                                   dan kelancaran membaca.



                                                   4
2 2. Membolehkan kanak-kanak membaca 2.
                                   2.                        Murid-murid   terbawa-bawa       tabiat

         perkataan-perkataan              baharu,       membaca            sambil          mengeja

         walaupun      belum     mempelajarinya         menyebabkan            mereka      membaca

         kerana mereka dapat mengenal huruf-            merangkak-rangkak.          Kaedah       ini

         huruf dan membunyikan vokal dan                dikatakan      tidak      sesuai    dengan

         konsonan dengan baik.                          kehendak     pendidikan     dan    psikologi

3 3. Kaedah ini memberi asas dan binaan                 murid-murid kerana pengajaran tidak

        yang kukuh dalam membaca.                       secara keseluruhan yang bermakna.

4 4.     Tercapai kecekapan dan kemahiran
                                      3. 3.4.            Boleh      membosankan         murid-murid

         membaca serta memberi keyakinan                terutama apabila mereka diberi latih tubi

         kepada murid-murid.                            yang berlebihan.



     KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

     Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan

     kaedah ayat yang mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau

     rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui

     gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak menggunakan kaedah mengeja atau

     membunyi tetapi mengecam dan membaca.



     Peringkat Permulaan

1.    Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah

     ini disertakan dengan gambar. Kanak –kanak diminta untuk mengecam dan mengenal

     perkataan dengan memandang keseluruhannya.Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan

     tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu.

                                                    5
2.    Mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang

     terkandung di dalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah

     dengan. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.



                        Kekuatan                                       Kelemahan

 1 1. Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa 1.
                                    1                     Bacaan kanak-kanak mungkin terhad

         kanak-kanak        kerana        mereka          kepada perkataan, rangkai kata dan

         mempelajari sesuatu cara keseluruhan,            ayat-ayat yang telah diajar sahaja.

         menarik minat murid-murid.                 2. Kaedah ini tidak membolehkan kanak-

 2 2. Bersesuaian dengan resmi semula jadi                kanak mengenal huruf-huruf secara

         kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu            formal. Lambat mengenal bunyi dan

         daripada keseluruhan kepada bahagian-            suku kata.

         bahagiannya.

 3 3. Kaedah ini dari awal mementingkan
                                     3              3.     Murid-murid tidak mempunyai asas

          makna.                                          yang    kukuh     yang     membolehkan

 4 4.     Guru     dapat   melatih    kanak-kanak         mereka membaca sendiri.

          membaca dengan sebutan dan rentak
                                         4           4.    Lambat      tercapai    kemahiran    dan

          irama ataupun alunan suara yang betul           kecekapan membaca.

          dari mula.




                                               6
AKTIVITI PRA BACAAN


Memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca.Elemen

penting dalam perkembangan kemahiran membaca kanak-kanaktiga jenis iaitu :

1.   pengamatan penglihatan

2.   pendengaran

3.   pergerakan mata & tangan.



KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN

       aktiviti memadan dan juga arah

       memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan perkataan - ialah jigsaw puzzle.

       membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan

       ibu bapa atau guru harus menunjuk kepada huruf yang dibaca.

       menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan.

       harusmendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik

       ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.



KEMAHIRAN PENDENGARAN

       memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya.

       huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah auntuk ayam, b untuk bola.

       elakkan menggunakan huruf besar bertutur

       kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman

       penting dalam perkembangan membaca.




                                          7
KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN



Aktiviti motor tangan seperti mewarna. Peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum

matang lagi.

      Guru harus menggalakkan kanak-kanak kreativiti untuk melukis dan mewarna

      menggunakan peralatan yang berbeza. melatih kanak-kanak memegang pensel

      atau objek cara yang betul

      Memberi permainan yang menggunakan objek kecil set bongkah yang dapat

      membantu dalam perkembangan motor.

      Aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa

      menggunakannya.



RUMUSAN



Membaca merupakan aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar dan

bertutur.Kemahiran ini melibatkan deria penglihatan dan alat-alat artikulasi yang

berfungsi serentak dan amat penting semasa mengusai prabacaan. Guru sewajarnya

cekap dan kreatif memahami proses dan peringkat awal membaca bagi kanak-kanak

agar sentiasa dapat membimbing dan mempertingkat kebolehan mereka melalui aktiviti-

aktiviti yang sesuai dan menarik.




                                            8
Peta minda




    9
PRATULISAN



DEFINISI DAN KONSEP


Menurut Golden (1984; 4), kanak-kanak pada umur tiga tahun telah berupaya
untukmengenalpasti   perbezaan   antara    contengan   untuk   tulisan   dan   lakaran.
Pandangan beliau menjelaskan        bahawa kanak-kanak telah terdedah          dengan
pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya.
Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh
bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun.


      Pratulisan merujuk kepada latihan-latihan yang dilakukan untuk pergerakan
tangan.Dengan itu, dapatlah kanak-kanak menguasai gerak tangan yang bebas supaya
boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu, kanak-kanak juga dapat
melakukan latihan-latihan pergerakan mata serta melakukan latihan-latihan kordinasi
tangan.


OBJEKTIF


      Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan
ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat
tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak
dan bentuk huruf dengan sempurna.




                                          10
KEPENTINGAN PRATULISAN



1. Supaya kanak-kanak kenal kesemua huruf.

2. Supaya kanak-kanak dapat membezakanhuruf kecil dan huruf besar.

3. Supaya kanak-kanak menulis dari arahyang betul

4. Supaya kanak-kanak menulis huruf dalam posisi dan arah yang betul

5. Supaya kanak-kanak dapat mengikuturutan huruf yang betul.



KELEBIHAN PRATULISAN



Menyediakan kanak-kanak sebelum beralih kepada kemahiran tulisan.Kanak-kanak

yang melalui pra tulisan akan lebih cepat mengenal huruf dan lebihcekap menulis

huruf.Kanak-kanak yang melalui peringkat pratulisanakan lebih minat untuk belajar

kerana mereka dapat memahami peringkat tulisan dengan lebih baik.

Guru yang mengajar kemahiran tulisan tidak menghadapi banyak masalah dalam

mengajar kanak-kanak yang sudah melalui peringkat pra tulisan.



PRATULISAN MENITIKBERATKAN



    Latihan pergerakan tangan

    Menguasai gerak tangan yang bebassupaya boleh menulis dengan selesa

    Melakukan latihan pergerakan mata

    Melakukan koordinasi pergerakan tangan dan mata

    Melakukan latihan pergerakan mata

                                         11
PERINGKAT-PERINGKAT PRATULISAN



Pratulisanmerupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi

menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyikhusus yang diterima oleh

kelompok masyarakat.Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di

ataspermukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran merekadengan

menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan keatas permukaan benda

tersebut.Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contenganbebas hingga

ke peringkat contengan terkawal.Peringkat pratulisan ini membolehkan kanak-kanak

mendapatkan latihan otot, jari tangan, sertakoordinasi mata tangan. Peringkat

pratulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

    melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti

      menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.

    menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan

      sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

    melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dariatas ke bawah

      dan lain-lain.

    melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.




                                           12
STRATEGI PENGAJARAN PRATULISAN

             Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima

pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA.Mereka telah pun didedahkan

kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca.Namun begitu, bagi peringkat

permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada

murid.

             Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut

bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama

ini dapat membantu murid menguasai koordinasi antara tangan dan mata, dan

seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.



a.    Latihan bagi tangan

Murid dikehendaki:

        i.     menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali.

       ii.     menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau

               kertas.

      iii.     menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.

      iv.      menggenggam dan merasa bola.

       v.      memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan

               cara memegang yang betul.

      vi.      melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.

     vii.      melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.

     viii.     memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.

      ix.      membuka tali kasut dan mengikat semula.

                                             13
b.   Latihan bagi mata

Murid dikehendaki:

      i.       menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan

               menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.

     ii.       menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau

               dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah

               lagi.

     iii.      melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke

               kanan dan dari kanan ke kiri.

     iv.       menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti

               getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda

               sederhana besar dan benda-benda yang besar.

     v.        menyebutkanwarna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.

     vi.       menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau

               plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan

               sebagainya.



c.   Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:

Murid dikehendaki:

      i.       menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk,

            warna atau ukur

     ii.       menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.

     iii.      mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw

               puzzle

                                               14
iv.    melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu

           atau dengan bergerak di padang bersama pasangan,

     v.    mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru.

    vi.    mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar.

   vii.    mencantum arah jalan atau aliran sungai

   viii.   memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.

    ix.    memilih gambar yang berlainan dalam satu set.

     x.    mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama

           dengan gambar asal.

    xi.    mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan.

   xii.    membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya




RUMUSAN

Murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yangfleksibel dan inovatif

untuk menarik perhatian mereka tetapi apa yangpenting ialah satu strategi yang dapat

membantu mereka mengingat kembalimaklumat yang diajar agar proses P & P boleh

dianggap berkesan. Walaubagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi

sesuatu    pembelajaranpratulisandiperlukan    supaya   mereka   benar-benar   dapat

menguasai kemahiran tersebut.Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak

memandangkan kumpulansasaran terdiri daripada mereka yang cepat berasa bosan.




                                          15
Peta minda




    16
PEMULIHAN BACAAN



DEFINISI DAN KONSEP



Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentukpenulisan

kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu.Membaca juga

merupakan salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak

supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan kualiti kehidupan

mereka.Justeru,aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak

dapat menguasaikemahiran ini.



Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca iaitu

a)Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)

Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan

berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada.



b)Faktor yang ada pada bahan bacaan

Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan

kata,panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan

organisasi bahan grafik.




                                         17
UJIAN BACAAN



Ujian Diagnostik Bacaan

Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran

khusus bacaan murid.



Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara

objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca.

Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan

bacaan.



Ujian Bacaan Nyaring



Ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-

kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik.



Abdul Aziz Talib (1989) menyenaraikankesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan

yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan ialah:

            i.    Peringkat huruf (abjad)

           ii.    Peringkat perkataan

           iii.   Peringkat Frasa

          iv.     Peringkat Ayat




                                            18
PRINSIP PENGAJARAN



Margaret et.al., 1989) :

1. Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai.

2. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah

kelemahan dan tahap bacaan murid.

3.Murid perlu diberi tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

4. Murid akan dapat belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara

langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian



KOMPONEN PENGAJARAN



    Bacaan peringkat Pengajaran

    Pengajaran berfokus

    Menyemak atau meneliti semula

    Bacaan bebas




                                          19
AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN



Kaedah Pengajaran

Kaedah Fonetik

Aktiviti utama dalam mengajar pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetikdengan

betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik

yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulahditekankan.

Guru perlu mengajar penggunaan alat-alat sebutan bunyi seperti:

Bibir, gigi, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, lidah, rongga tekak, rongga

rongga mulut.



Kaedah Abjad



Kaedah     abjad    juga   merupakan      asas    yang    perlu   dikuasai    murid.Melalui

aktivitipemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan

menghafalhuruf „a‟ sehingga „z‟ dengan urutan yang betul. . Justeru, guru perlu

melaksanakanaktiviti berikut:

           Nyanyian lagu A,B,C,..

           Menayangkan huruf satu persatu secara berulang

           Padanan abjad

           Menyebut huruf satu persatu secara berulang




                                             20
Kaedah Pandang Sebut



Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan

olehguru    supaya     murid   berjaya    menguasai      kemahiran     membaca.Latihan        ini

jugamelibatkan penggunaan gambar untuk merangsang murid supaya bertutur.



Teknik Permainan Bahasa



Aktiviti   permainan    bahasa    dapat    memupuk       minat     murid    untuk   menguasai

kemahiranmembaca.        Antara    permainan      yang     boleh     dijalankan     oleh    guru

termasuklahpermainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap bunyi

huruf,permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata

kv,kvk, kv+kv, dan kv+kvk



Pengolahan      bahan     pengajaran      merupakan       aspek      yang     penting      dalam

mengajarkanasas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa

menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolah

bahan,membina,       menggunakan     dan    menilai   bahan.       Bahan    pengajaran      pula

perlulahmenarik, dan memenuhi keperluan pancaindera.




                                             21
Teknik Boneka



Boneka   digunakan    sebagai   alat   bantu    pengajaran     dan    pembelajaran   untuk

menyampaikan     cerita   dengan   lebih   berkesan    lagi.   Pendengar     akan    dapat

menghayatinya    dengan    khusyuk     sesebuah    cerita    dengan    memberi   tumpuan

sepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan

boneka. Kesannya dari permainan boneka cukup baik ke arah pendedahan kanak-

kanak untukberkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan

merangsang imaginasi. Selain daripada itu, penggunaan boneka juga dapat memberi

pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan




Rumusan



Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhikebolehbacaan

murid. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat membantuperancangan dan

penyediaan proses pengajaran. Pengetahuan dan pemahaman gurudapat membantu

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkankefahaman.Aktiviti

pemulihan membaca perlulah dilakukan dengan menggunakanpendekatan, kaedah,

dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asaskemahiran berbahasa

iaitu membaca.




                                           22
Peta minda




    23
PEMULIHAN TULISAN



DEFINISI DAN KONSEP



Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk

grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan

lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang

bermakna serta dijadikan alat komunikasi.



KamarudinHusin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan

idea dalam bentuk grafik.Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi-

bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.



Pemulihan tulisan pula merupakansatu kaedah dan pendekatan yang khusus

bagimembantu murid yang sangat bermasalah dalam bidang penulisan.Objektif utama

penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialahsupaya mudah

dibaca.Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis,membentuk

garisan dan lengkukan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak danbentuk huruf

dengan sempurna.



Pemulihan tulisan amat penting bagi murid-murid sebagai langkah menguasai

kemahiran menulis yang merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam pembelajaran

bahasa.




                                            24
PELAKSANAAN RANCANGAN PEMULIHAN TULISAN



Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain

akandiasingkan untuk diajar oleh guru pemulihan. Beberapa waktu pelajaran telah

diasingkanuntuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Guru

pemulihan yangditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang

murid, supayapengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut.Sebelum sesuatu

rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertamasekali ialah untuk

mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaranpemulihan dalam

bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi namasaringan. Kemudian,

setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yangkedua ialah

diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatubidang

sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akanmemberi

petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannya untuk

mengatasi kelemahan murid tersebut.



SARINGAN DAN DIAGNOSIS



Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis.Kebolehanmenulis

diperlukan   untuk   semua   mata     pelajaran   di   sekolah.   Berbagai-bagai   cara

telahdikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan

menulis.Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia

ada dalambuku latihan, atau ringkasan.




                                          25
Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, keranaada murid yang tulisannya

memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu jugamungkin tidak dapat

menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan. Dengan itu, cara yangdapat mengawal

kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik.



Cara berikutuntuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis

mudah digunakanoleh guru bilik darjah.



   1) Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan mematuhi dua

       syaratberikut:

          a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis

              keranakerumitan mengeja.

          b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami

              olehmurid



   2) Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah

       kenalsemua kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis

       ayattersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak

       dihadkan.



   3) Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat

       yangsama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah

       tigaminit, guru akan menyuruh mereka berhenti dan mengutip tulisan tersebut.




                                             26
4) Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-

       perkaraberikut:-

          a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.

          b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa

          c) ujian yang menghadkan masa.

          d) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut:

          e) Jumlah perkataan dibahagi dengan masa



   5) Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan.

   6) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian

       yangmasanya dihadkan

   a) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidakmenghadkan

       masa



   b) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat



   d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalubesar,

   atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah



Cara   mengesan      murid   yang    tulisannya   tidak   mudah    dibaca    seperti      ini

biasanyamemadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel

Tulisanyang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti

                                           27
mutunya.Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian ini

satu skelpurata disediakan yang dapat diperkaitkan dengan darjah murid.Dengan

menggunakanSkel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Contoh-

contoh skel iniialah „Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres Measuring Scale for

Handwriting (Gettysburg     Edition)   „,`American   Handwriting    Scale',dan'Minneapolis

Handwriting Scale'.



Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan)

dantidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.Setelah

murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan,guru harus

dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan muridtersebut.

Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah denganmembaca

tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atauyang

memerlukan penelitian kali kedua.Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan

kelemahan setiap murid.Perkara ini mudah dibuat dengan menggunakan Carta

'The Pressey Chart for DiagnosisofIllegibilities in Handwriting'.



Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisanmurid yang menunjukkan

berbagai-bagai jenis tulisan dan         bentuk tulisan    yang tidak dapatdibaca.Dari

penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf didapatinya

sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan tmenyebabkan

kesilapan menulis lebih daripada 50%.Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah

r, diikuti dengan huruf n. Kesilapanyang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n

seperti u, menutup e, membuat d seperti c,o seperti a dan a seperti u. Huruf besar

                                             28
biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L . Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf

besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca,adalah munasabah jika pengajaran

pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulisbentuk-bentuk huruf ini dengan

betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yangmemuaskan di kalangan murid

sekolah rendah.



CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN



Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-

peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-

contohyang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid

secaraindividu supaya dapat diikuti dengan mudah.



      Guru adalah model atau contoh yang menjadiikutan murid-murid. Tulisan dan

cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin olehmurid-murid hendaklah dibuat

dengan teliti dan betul.Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah

disediakan oleh guru dengan sempurna.Seberapa boleh perbanyakan latihan dan

berikan bantuan individu.Guru juga perlu membuat pertimbangan bagi menentukan

ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkanlagi untuk menggunakan

getah pemadam.




                                         29
KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIAN


Penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketikamurid masih kanak-kanak kecil lagi,

seperti pada umur empat tahun setengah.Latihanpermulaan untuk kanak-kanak kecil ini

haruslah    menggunakan       pensil,   atau    krayon.Langkah-langkah    untuk     mengajar

mernegangpensil, atau krayon adalah seperti berikut:



  i.    Murid diminta memegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil
        tersebut.Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka
        sedangmengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen
        yangbulat dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak
        tangan.


 ii.    Apabila   murid     telah   mahir      membuat   pergerakan      bulat    ini,   murid

        ditunjukkanbagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil.

        pensilharusdipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk



 iii.   Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu
        jaridan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan
        senangdan selesa.


 iv.    Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir
        denganmata pensil dan disuruh melatih kawalan jari di kedudukan ini.


 v.     Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta,

        jaritelunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu)

        dikedudukan yang betul.

                                               30
AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN



Pada     peringkat    pratulisan,      aktiviti-aktiviti   yang   dilakukan   adalah   untuk

melatihpergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan

mata melaluilakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-

kanak. MenurutHughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya

sudah bolehmelakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis;

   i.   melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke

        belakang

  ii.   menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometrid an garisan putus

 iii.   menyambung titik-titik di atas kertas.

 iv.    melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah,

        dan dari bawah ke atas

  v.    melukis bulatan lawan arah bulatan jam, garis melengkung, dan bulatan arah

        jarum jam

 vi.    melukis garis condong

vii.    menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk

viii.   mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan

        bentuk huruf-huruf tersebut.




                                                 31
Latihan Sebelum Menulis



Antara     aktiviti    yang   boleh   dilaksanakan     untuk    pemulihan      tulisan   ialah

denganmengelolakan kelas lukisan dan bentuk-bentuk penting yang menjadi asas

penulisaniaitu bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan

lurus.Selainitu, pelajar perlu didedahkan untuk membuat berbagai-bagai bentuk

denganmenggunakan jari mereka.Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan dan

guruharus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.



Latihan Menulis



Murid     yang   telah   mampu    menggunakan        pensel    dengan   baik   sudah     boleh

didedahkandengan latihan tangan melalui aktiviti penulisan huruf-huruf yang hamper

sama. Namundemikian, huruf b dan d tidak harus diajar bersama kerana kedua-dua

huruf ini mudahdibalikkan oleh murid-murid yang keliru. Huruf q pula harus diajar lewat

sedikitbersama-sama dengan huruf u. Dalam erti kata lain, sebaik-baiknya beberapa

huruf harus diajar berturutan supaya setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan huruf

yangbaru dipelajari. Berikut adalah cara-cara berkesan yang boleh digunakan

untukmengajar latihan menulis:

    murid boleh disuruh menyalin atau meniru bentuk-bentuk huruf yang telah

         disediakan.




                                            32
 titik permulaan harus disediakan oleh guru di atas kertas tulisan murid dan ketika

      mengajar seseorang murid secara individu, guru harus menyatakanlangkah-

      langkah yang dibuatnya ketika menulis seperti (“turun, naik, ke kanan dan bulat

      untuk huruf p”)



    setelah murid menulis huruf yang besar di atas kertas, mereka harus diajar

      menulis dalam ruang yang kecil sedikit. Murid juga akan diingatkan supaya

      tidakmelintasi garisan antara ruang untuk mengelakkan huruf terbalik.



    Murid yang bermasalah visual harus diberi huruf-huruf yang sudah sedia

      dipotong, ditampal pada sehelai kertas sebagai panduannya.



Huruf Besar



Pada kebiasaannya, huruf besar diajar kepada murid setelah mereka tahu menulishuruf

kecil.Ini kerana, huruf besar kurang digunakan berbanding huruf kecil. Selain itu juga, di

sebelah huruf besar, murid akan disuruh menulis huruf kecil yang sama.




                                           33
Huruf Bersambung



Latihan untuk memulakan tulisan sambung adalah untuk melembutkan tangan

muridsupaya pelajaran tulisan menjadi lebih seronok. Berikut adalah cara-cara

yangberkesan untukdilaksanakan :

  i.       Garis sambungan yang menyatukan huruf harus diajar terlebih dahulu.

 ii.       Latihan ini boleh ditunjukkan pada papan tulis dengan menggunakan pelbagai

           warna kapur atau di atas buku tulisan murid menggunakan pelbagai pensel

           warna atau krayon.

 iii.      Latihan ini juga harus diikuti dengan keterangan guru mengenai perjalanan kapur

           atau pensel semasa guru sedang menulis`. Kaedah ini mampu menarik minat

           danperhatian murid. Sebagai contoh:

a)Bukit dan lembah: mari kita naik bukit, turun ke lembah, naik dan turun

bukit.

b)Ombak: ombak di lautan naik kemudian pecah, naik dan pecah.

           c)Tali disimpul: naik dan simpul seperti menjerat lembu, naik dan

                 sebagainya

d)Gigi gergasi: gigi atas gergasi, tanpa lubang, giginya masih baik dan

                 belum rongak, gigi bawah gergasi juga tidak rongak.

e)Mencantum manik: cantumkan manik, manik dan benang.



        iv. Setelah murid diajar huruf tidak bersambung, maka tulisan sambung hanya

           merupakan lanjutan daripada tulisan tidak bersambung iaituuntuk

                                               34
menyambungkan semua huruf supaya cepat ditulis.

   v. Semua huruf sambung perlu dibandingkan dengan huruf tidak bersambung

      danperubahan yang berlaku harus diterangkan oleh guru.

   vi. Jika   murid   berasa    sukar   untuk     menulis   huruf     sambung,   guru    perlu

      menunjukkantulisan        sambung    yang    hamper      sama    dengan    yang    tidak

      bersambung (kaedahtulisan manuskrip yang disambung).

   Vii. Guru boleh menggunakan warna anak panah atau pangkah untuk titik

      permulaandan arah perjalanan pensel atau pen.

   viii. Pengajaran   tulisan   sambung     harus     dibuat    seperti   mengajar      tulisan

      tidakdisambung iaitu huruf-huruf yang menggunakan cara penulisan yang hampir

      sama diajar bersama satu persatu.



Menulis Perkataan Dalam Tulisan Sambung



Setelah   murid   dapat    menguasai      penulisan   huruf    sambung,    latihan   menulis

perkataandalam tulisan sambung pula harus didedahkan.Murid yang sukar menulis

tulisansambung mungkin tidak dapat mengaitkan tulisan sambung dengan huruf-huruf

yangtidak bersambung. Guru boleh mengurangkan kesukaran ini dengan membuat

garisancondong di antara setiap huruf lain dengan pensel supaya setiap huruf

dapatdikenalpasti oleh murid.



Bagi mengajar jarak di antara perkataan pula, guru boleh menyuruh muridmeletakkan

jari kelengkeng dari tangan sebelah yang tidak digunakan untuk menulis dihujung




                                             35
perkataan dan menandakan jarak ini dengan titik.Perkataan baru akanditeruskan di titik

ini.

Rumusan



Kaedah-kaedah     pengajaran        yang   dinyatakan   ini   boleh   digunakan   untuk

prosespengajaran pemulihan tulisan. Sebagai contoh, jika murid tidak dapat

mengenalkeseluruhan sesuatu huruf, guru boleh menggunakan huruf yang telah

dipotongsebagai panduan titik.Cara yang paling efektif untuk mengajar murid yang

sudah pandai menulis tetapimasih kaku ialah dengan cara menyalin. Pada peringkat

awal, murid boleh diarahkan menyalin tulisan bersambung yang besar ( setengah inci

atau tiga per empat inci)yang telah disediakan guru ke atas kertas nipis supaya jelas

kelihatan tulisan yangdisalin. Kemudian, tulisan induk ini boleh dikecilkan pula. Dengan

kaedah ini, muriddapat melatih ketangkasan penulisan mereka sekaligus memudahkan

tugasan menulis. Dengan ini murid-murid akan bermotivasiuntuk terus mencuba apa

yang dipelajari sehingga berjaya.




                                            36
Peta minda




    37
Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-

peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-

contohyang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid

secaraindividu supaya dapat diikuti dengan mudah. Pendekatan dan strategi

pengajaran yang fleksibel dan inovatif akan membantu mereka mengingat kembali

maklumat yang diajar.Bahan yang diberi juga hendaklah terlalu banyak memandangkan

kumpulan   sasaranterdiri   daripada   mereka   yang   cepat   merasa   bosan.Walau

bagaimanapun, peruntukanmasa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan

supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut.Guru adalah model

atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis

contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat denganteliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakanoleh guru

dengan sempurna.Seberapa boleh perbanyakan latihan dan berikan bantuanindividu.

Jika pengajaran dan pembelajaran guru menarik, murid-murid akan bermotivasiuntuk

terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya.




                                         38
39

More Related Content

What's hot

Silabus
SilabusSilabus
Silabusfadlum
 
Membaca Pemahaman dan Membaca Nyaring
Membaca Pemahaman dan Membaca NyaringMembaca Pemahaman dan Membaca Nyaring
Membaca Pemahaman dan Membaca NyaringIjal Mustofa
 
Rptbm thn3 1
Rptbm thn3 1Rptbm thn3 1
Rptbm thn3 1rabuyah
 
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
48796690 bacaan-awal-kanak-kanakNorlia Ismail
 
Apakah disleksia
Apakah disleksiaApakah disleksia
Apakah disleksiacybhazard
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 4
Rancangan tahunan bm sk tahun 4Rancangan tahunan bm sk tahun 4
Rancangan tahunan bm sk tahun 4Hazyzyizuan Hassa
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 2
Rancangan tahunan bm sk tahun 2Rancangan tahunan bm sk tahun 2
Rancangan tahunan bm sk tahun 2Hazyzyizuan Hassa
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 5
Rancangan tahunan  bm sk tahun 5Rancangan tahunan  bm sk tahun 5
Rancangan tahunan bm sk tahun 5Hazyzyizuan Hassa
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 3
Rancangan tahunan bm sk tahun 3Rancangan tahunan bm sk tahun 3
Rancangan tahunan bm sk tahun 3Hazyzyizuan Hassa
 
Rancangan tahunan bm sk kssr tahun 1
Rancangan tahunan bm sk kssr tahun 1Rancangan tahunan bm sk kssr tahun 1
Rancangan tahunan bm sk kssr tahun 1Hazyzyizuan Hassa
 
Contoh rancangan harian tahun 5
Contoh rancangan harian tahun 5Contoh rancangan harian tahun 5
Contoh rancangan harian tahun 5Kamarudin Jaafar
 
I. Silabus Pembelajaran Tematik SD Tema Peristiwa
I. Silabus Pembelajaran Tematik SD Tema PeristiwaI. Silabus Pembelajaran Tematik SD Tema Peristiwa
I. Silabus Pembelajaran Tematik SD Tema Peristiwaaspriyadi
 
Modul pengajaran komsas hikayat langlang buana 2
Modul pengajaran komsas hikayat langlang buana 2Modul pengajaran komsas hikayat langlang buana 2
Modul pengajaran komsas hikayat langlang buana 2normaabdulsamad
 

What's hot (18)

Silabus
SilabusSilabus
Silabus
 
Membaca Pemahaman dan Membaca Nyaring
Membaca Pemahaman dan Membaca NyaringMembaca Pemahaman dan Membaca Nyaring
Membaca Pemahaman dan Membaca Nyaring
 
Rptbm thn3 1
Rptbm thn3 1Rptbm thn3 1
Rptbm thn3 1
 
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
 
Kssr bm slide umum
Kssr bm slide  umumKssr bm slide  umum
Kssr bm slide umum
 
Apakah disleksia
Apakah disleksiaApakah disleksia
Apakah disleksia
 
SK-KD bhs Indonesia SD-MI
SK-KD bhs Indonesia SD-MISK-KD bhs Indonesia SD-MI
SK-KD bhs Indonesia SD-MI
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 4
Rancangan tahunan bm sk tahun 4Rancangan tahunan bm sk tahun 4
Rancangan tahunan bm sk tahun 4
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 2
Rancangan tahunan bm sk tahun 2Rancangan tahunan bm sk tahun 2
Rancangan tahunan bm sk tahun 2
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 5
Rancangan tahunan  bm sk tahun 5Rancangan tahunan  bm sk tahun 5
Rancangan tahunan bm sk tahun 5
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 3
Rancangan tahunan bm sk tahun 3Rancangan tahunan bm sk tahun 3
Rancangan tahunan bm sk tahun 3
 
Rancangan tahunan bm sk kssr tahun 1
Rancangan tahunan bm sk kssr tahun 1Rancangan tahunan bm sk kssr tahun 1
Rancangan tahunan bm sk kssr tahun 1
 
TEMPAT UMUM sil
TEMPAT UMUM silTEMPAT UMUM sil
TEMPAT UMUM sil
 
Contoh rancangan harian tahun 5
Contoh rancangan harian tahun 5Contoh rancangan harian tahun 5
Contoh rancangan harian tahun 5
 
Rancangan bmt5 2013 skss
Rancangan bmt5 2013 skssRancangan bmt5 2013 skss
Rancangan bmt5 2013 skss
 
Hsp bm sk_y4b
Hsp bm sk_y4bHsp bm sk_y4b
Hsp bm sk_y4b
 
I. Silabus Pembelajaran Tematik SD Tema Peristiwa
I. Silabus Pembelajaran Tematik SD Tema PeristiwaI. Silabus Pembelajaran Tematik SD Tema Peristiwa
I. Silabus Pembelajaran Tematik SD Tema Peristiwa
 
Modul pengajaran komsas hikayat langlang buana 2
Modul pengajaran komsas hikayat langlang buana 2Modul pengajaran komsas hikayat langlang buana 2
Modul pengajaran komsas hikayat langlang buana 2
 

Viewers also liked

Uji minda matematik
Uji minda matematikUji minda matematik
Uji minda matematikBaldwin Haw
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif IslamiYusry Yusopp
 
Matematik rekreasi
Matematik rekreasiMatematik rekreasi
Matematik rekreasipauzie
 
Soalan tekateki 50
Soalan tekateki 50Soalan tekateki 50
Soalan tekateki 50pamieyana
 
Teka silang-kata-matematik-tahun-4-soalan2
Teka silang-kata-matematik-tahun-4-soalan2Teka silang-kata-matematik-tahun-4-soalan2
Teka silang-kata-matematik-tahun-4-soalan2Yusni Shaaree
 
Game di kelas
Game di kelasGame di kelas
Game di kelaseryeryey
 
Kuiz matematik tahun 4
Kuiz matematik tahun 4Kuiz matematik tahun 4
Kuiz matematik tahun 4Azalea
 
TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (
TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (
TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (noor liyana kamarudin
 
RANCANGAN TAHUNAN PANITIA MATEMATIK SKKM 2014
RANCANGAN TAHUNAN PANITIA MATEMATIK SKKM 2014RANCANGAN TAHUNAN PANITIA MATEMATIK SKKM 2014
RANCANGAN TAHUNAN PANITIA MATEMATIK SKKM 2014Eja Jaafar
 
Kertas kerja program bulan sains dan matematik
Kertas kerja program bulan sains dan matematikKertas kerja program bulan sains dan matematik
Kertas kerja program bulan sains dan matematikTeacher Nasrah
 

Viewers also liked (20)

Permainan kreatif
Permainan kreatifPermainan kreatif
Permainan kreatif
 
Uji minda matematik
Uji minda matematikUji minda matematik
Uji minda matematik
 
Contoh soalan IQ
Contoh soalan  IQContoh soalan  IQ
Contoh soalan IQ
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 
Aktiviti buka minda
Aktiviti buka mindaAktiviti buka minda
Aktiviti buka minda
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 
Matematik rekreasi
Matematik rekreasiMatematik rekreasi
Matematik rekreasi
 
Kuiz
KuizKuiz
Kuiz
 
Soalan tekateki 50
Soalan tekateki 50Soalan tekateki 50
Soalan tekateki 50
 
Teka silang-kata-matematik-tahun-4-soalan2
Teka silang-kata-matematik-tahun-4-soalan2Teka silang-kata-matematik-tahun-4-soalan2
Teka silang-kata-matematik-tahun-4-soalan2
 
Rekreasi matematik
Rekreasi matematikRekreasi matematik
Rekreasi matematik
 
kUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOORkUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOOR
 
Game di kelas
Game di kelasGame di kelas
Game di kelas
 
Kuiz matematik tahun 4
Kuiz matematik tahun 4Kuiz matematik tahun 4
Kuiz matematik tahun 4
 
TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (
TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (
TEKA SILANG KATA MINGGU SAINS TINGKATAN 1 (
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
Teka teki dan kisah lawak
Teka teki dan kisah lawakTeka teki dan kisah lawak
Teka teki dan kisah lawak
 
RANCANGAN TAHUNAN PANITIA MATEMATIK SKKM 2014
RANCANGAN TAHUNAN PANITIA MATEMATIK SKKM 2014RANCANGAN TAHUNAN PANITIA MATEMATIK SKKM 2014
RANCANGAN TAHUNAN PANITIA MATEMATIK SKKM 2014
 
Kertas kerja program bulan sains dan matematik
Kertas kerja program bulan sains dan matematikKertas kerja program bulan sains dan matematik
Kertas kerja program bulan sains dan matematik
 

Similar to Kkbi lit bhs nota 1

88598833 masalah-penguasaan-pembelajaran
88598833 masalah-penguasaan-pembelajaran88598833 masalah-penguasaan-pembelajaran
88598833 masalah-penguasaan-pembelajaranNa Shafrina
 
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan danMembuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan danharzilia
 
SEMINAR BAHASA NUR FADILAH
SEMINAR BAHASA NUR FADILAHSEMINAR BAHASA NUR FADILAH
SEMINAR BAHASA NUR FADILAHDhita Candra
 
PPT KELOMPOK 4_MEMBACA LANCadnhbcbv AR.pptx
PPT KELOMPOK 4_MEMBACA LANCadnhbcbv AR.pptxPPT KELOMPOK 4_MEMBACA LANCadnhbcbv AR.pptx
PPT KELOMPOK 4_MEMBACA LANCadnhbcbv AR.pptxAffiFatuRahmi
 
03 kemahiranmendengardanbertutur-120317053223-phpapp01
03 kemahiranmendengardanbertutur-120317053223-phpapp0103 kemahiranmendengardanbertutur-120317053223-phpapp01
03 kemahiranmendengardanbertutur-120317053223-phpapp01Haris Ismail
 
Pentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam PemulihanPentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam PemulihanIzzati Zamburi
 
Angket gaya belajar
Angket gaya belajarAngket gaya belajar
Angket gaya belajarthearif1971
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuShida Abu Bakar
 
BAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docx
BAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docxBAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docx
BAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docxyudikaper5
 
Pengenalan kaedah abjad
Pengenalan kaedah abjadPengenalan kaedah abjad
Pengenalan kaedah abjaderdayani
 
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutharisanua
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfAnibintiMisran
 
BENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptx
BENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptxBENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptx
BENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptxssuserb6e9f0
 
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugrohoPresentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugrohoSugeng Riadi
 

Similar to Kkbi lit bhs nota 1 (20)

Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
88598833 masalah-penguasaan-pembelajaran
88598833 masalah-penguasaan-pembelajaran88598833 masalah-penguasaan-pembelajaran
88598833 masalah-penguasaan-pembelajaran
 
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan danMembuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
 
SEMINAR BAHASA NUR FADILAH
SEMINAR BAHASA NUR FADILAHSEMINAR BAHASA NUR FADILAH
SEMINAR BAHASA NUR FADILAH
 
Materi dan pembelajaran bahasa indonesia sd
Materi dan pembelajaran bahasa indonesia sdMateri dan pembelajaran bahasa indonesia sd
Materi dan pembelajaran bahasa indonesia sd
 
PPT KELOMPOK 4_MEMBACA LANCadnhbcbv AR.pptx
PPT KELOMPOK 4_MEMBACA LANCadnhbcbv AR.pptxPPT KELOMPOK 4_MEMBACA LANCadnhbcbv AR.pptx
PPT KELOMPOK 4_MEMBACA LANCadnhbcbv AR.pptx
 
03 kemahiranmendengardanbertutur-120317053223-phpapp01
03 kemahiranmendengardanbertutur-120317053223-phpapp0103 kemahiranmendengardanbertutur-120317053223-phpapp01
03 kemahiranmendengardanbertutur-120317053223-phpapp01
 
Kab awal membaca
Kab awal membacaKab awal membaca
Kab awal membaca
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
 
Pentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam PemulihanPentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
 
Bacaan ekstensif
Bacaan ekstensifBacaan ekstensif
Bacaan ekstensif
 
Angket gaya belajar
Angket gaya belajarAngket gaya belajar
Angket gaya belajar
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
BAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docx
BAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docxBAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docx
BAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docx
 
Pengenalan kaedah abjad
Pengenalan kaedah abjadPengenalan kaedah abjad
Pengenalan kaedah abjad
 
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
BENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptx
BENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptxBENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptx
BENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptx
 
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugrohoPresentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
 

Kkbi lit bhs nota 1

  • 1. PRABACAAN Definisi dan Konsep Atan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu murid. Kesediaan Membaca Kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal.Ini melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membacahingga ke peringkat yang lebih tinggi. 1
  • 2. Jenis Masalah Bacaan 1. Membuang atau meninggalkan huruf atau perkataan 2. Mengulang bacaan 3. Mengganti huruf atau perkataan 4. Menambah perkataan 5. Pembalikan huruf, perkataan atauayat 6. Tidak mengenal huruf 7. Salah sebutan Bengkel Asas Membaca (Kaedah) Kaedah mengajar bacaan merupakan sebahagian lanjutan daripada aktiviti prabacaan tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan huruf, perkataan dan ayat serta bunyi kepada kanak-kanak.Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga: 1. Kaedah bunyi/ fonetik 2. Kaedah huruf/ abjad 3. Kaedah pandang dan sebut 2
  • 3. KAEDAH BUNYI / FONETIK Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua caramengunaan iaitu: 1. Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain. Contohnya: ba + pa = bapa 2. Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Contoh: b (beh), a (ah) = ba p(peh), a (ah) = pa ba + pa = bapa Kekuatan Kelemahan Sesuai dengan susuk bahasa Melayu adalah Bacaan murid-murid tidak licin. Ini terdiri daripada suku-suku kata yang hampir disebabkan perhatian murid-murid itu tetap bunyinya. tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak Tidak menarik hati kerana suku-suku kata membaca perkataan-perkataan baharu yang diajar itu tidak mempunyai makna walaupun perkataan-perkataan itu diluar yang nyata pada mereka. perbendaharaan kata mereka. 3
  • 4. KAEDAH HURUF (ABJAD) Kaedah yang tertua ini mementingkan mengenal nama-nama buruf dan bunyi-bunyi huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari a,b,c d sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali huruf mana yang dikategori sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya kanak –kanak diajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-bunyi akan disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya mereka akan mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Vokal a a i Konsonan s y l r Gabungan sa ya la ri Vokal dan Konsonan Perkataan saya lari Kekuatan Kelemahan 1 1. Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia 1. Murid-murid membaca dengan lancar 1. kerana bahasa Malaysia terdiri tanpa memahami apa yang dibacanya. daripada suku-suku kata yang hampir Mereka hanya mementingkan sebutan tetap bunyinya. dan kelancaran membaca. 4
  • 5. 2 2. Membolehkan kanak-kanak membaca 2. 2. Murid-murid terbawa-bawa tabiat perkataan-perkataan baharu, membaca sambil mengeja walaupun belum mempelajarinya menyebabkan mereka membaca kerana mereka dapat mengenal huruf- merangkak-rangkak. Kaedah ini huruf dan membunyikan vokal dan dikatakan tidak sesuai dengan konsonan dengan baik. kehendak pendidikan dan psikologi 3 3. Kaedah ini memberi asas dan binaan murid-murid kerana pengajaran tidak yang kukuh dalam membaca. secara keseluruhan yang bermakna. 4 4. Tercapai kecekapan dan kemahiran 3. 3.4. Boleh membosankan murid-murid membaca serta memberi keyakinan terutama apabila mereka diberi latih tubi kepada murid-murid. yang berlebihan. KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat yang mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak menggunakan kaedah mengeja atau membunyi tetapi mengecam dan membaca. Peringkat Permulaan 1. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah ini disertakan dengan gambar. Kanak –kanak diminta untuk mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya.Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. 5
  • 6. 2. Mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. Kekuatan Kelemahan 1 1. Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa 1. 1 Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kanak-kanak kerana mereka kepada perkataan, rangkai kata dan mempelajari sesuatu cara keseluruhan, ayat-ayat yang telah diajar sahaja. menarik minat murid-murid. 2. Kaedah ini tidak membolehkan kanak- 2 2. Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak mengenal huruf-huruf secara kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu formal. Lambat mengenal bunyi dan daripada keseluruhan kepada bahagian- suku kata. bahagiannya. 3 3. Kaedah ini dari awal mementingkan 3 3. Murid-murid tidak mempunyai asas makna. yang kukuh yang membolehkan 4 4. Guru dapat melatih kanak-kanak mereka membaca sendiri. membaca dengan sebutan dan rentak 4 4. Lambat tercapai kemahiran dan irama ataupun alunan suara yang betul kecekapan membaca. dari mula. 6
  • 7. AKTIVITI PRA BACAAN Memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca.Elemen penting dalam perkembangan kemahiran membaca kanak-kanaktiga jenis iaitu : 1. pengamatan penglihatan 2. pendengaran 3. pergerakan mata & tangan. KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN aktiviti memadan dan juga arah memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan perkataan - ialah jigsaw puzzle. membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan ibu bapa atau guru harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. harusmendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna. KEMAHIRAN PENDENGARAN memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah auntuk ayam, b untuk bola. elakkan menggunakan huruf besar bertutur kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman penting dalam perkembangan membaca. 7
  • 8. KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN Aktiviti motor tangan seperti mewarna. Peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus menggalakkan kanak-kanak kreativiti untuk melukis dan mewarna menggunakan peralatan yang berbeza. melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek cara yang betul Memberi permainan yang menggunakan objek kecil set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa menggunakannya. RUMUSAN Membaca merupakan aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar dan bertutur.Kemahiran ini melibatkan deria penglihatan dan alat-alat artikulasi yang berfungsi serentak dan amat penting semasa mengusai prabacaan. Guru sewajarnya cekap dan kreatif memahami proses dan peringkat awal membaca bagi kanak-kanak agar sentiasa dapat membimbing dan mempertingkat kebolehan mereka melalui aktiviti- aktiviti yang sesuai dan menarik. 8
  • 10. PRATULISAN DEFINISI DAN KONSEP Menurut Golden (1984; 4), kanak-kanak pada umur tiga tahun telah berupaya untukmengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan lakaran. Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya. Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun. Pratulisan merujuk kepada latihan-latihan yang dilakukan untuk pergerakan tangan.Dengan itu, dapatlah kanak-kanak menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu, kanak-kanak juga dapat melakukan latihan-latihan pergerakan mata serta melakukan latihan-latihan kordinasi tangan. OBJEKTIF Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. 10
  • 11. KEPENTINGAN PRATULISAN 1. Supaya kanak-kanak kenal kesemua huruf. 2. Supaya kanak-kanak dapat membezakanhuruf kecil dan huruf besar. 3. Supaya kanak-kanak menulis dari arahyang betul 4. Supaya kanak-kanak menulis huruf dalam posisi dan arah yang betul 5. Supaya kanak-kanak dapat mengikuturutan huruf yang betul. KELEBIHAN PRATULISAN Menyediakan kanak-kanak sebelum beralih kepada kemahiran tulisan.Kanak-kanak yang melalui pra tulisan akan lebih cepat mengenal huruf dan lebihcekap menulis huruf.Kanak-kanak yang melalui peringkat pratulisanakan lebih minat untuk belajar kerana mereka dapat memahami peringkat tulisan dengan lebih baik. Guru yang mengajar kemahiran tulisan tidak menghadapi banyak masalah dalam mengajar kanak-kanak yang sudah melalui peringkat pra tulisan. PRATULISAN MENITIKBERATKAN  Latihan pergerakan tangan  Menguasai gerak tangan yang bebassupaya boleh menulis dengan selesa  Melakukan latihan pergerakan mata  Melakukan koordinasi pergerakan tangan dan mata  Melakukan latihan pergerakan mata 11
  • 12. PERINGKAT-PERINGKAT PRATULISAN Pratulisanmerupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyikhusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di ataspermukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran merekadengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan keatas permukaan benda tersebut.Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contenganbebas hingga ke peringkat contengan terkawal.Peringkat pratulisan ini membolehkan kanak-kanak mendapatkan latihan otot, jari tangan, sertakoordinasi mata tangan. Peringkat pratulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:  melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.  menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.  melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dariatas ke bawah dan lain-lain.  melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan. 12
  • 13. STRATEGI PENGAJARAN PRATULISAN Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA.Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca.Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid. Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai koordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis. a. Latihan bagi tangan Murid dikehendaki: i. menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali. ii. menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas. iii. menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang. iv. menggenggam dan merasa bola. v. memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul. vi. melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara. vii. melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah. viii. memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula. ix. membuka tali kasut dan mengikat semula. 13
  • 14. b. Latihan bagi mata Murid dikehendaki: i. menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. ii. menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi. iii. melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. iv. menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar. v. menyebutkanwarna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru. vi. menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagainya. c. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan: Murid dikehendaki: i. menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukur ii. menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan. iii. mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle 14
  • 15. iv. melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan, v. mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru. vi. mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar. vii. mencantum arah jalan atau aliran sungai viii. memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa. ix. memilih gambar yang berlainan dalam satu set. x. mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal. xi. mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan. xii. membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya RUMUSAN Murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yangfleksibel dan inovatif untuk menarik perhatian mereka tetapi apa yangpenting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembalimaklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walaubagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaranpratulisandiperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut.Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulansasaran terdiri daripada mereka yang cepat berasa bosan. 15
  • 17. PEMULIHAN BACAAN DEFINISI DAN KONSEP Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentukpenulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu.Membaca juga merupakan salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan kualiti kehidupan mereka.Justeru,aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasaikemahiran ini. Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca iaitu a)Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca) Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada. b)Faktor yang ada pada bahan bacaan Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata,panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik. 17
  • 18. UJIAN BACAAN Ujian Diagnostik Bacaan Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid. Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Ujian Bacaan Nyaring Ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran- kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik. Abdul Aziz Talib (1989) menyenaraikankesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan ialah: i. Peringkat huruf (abjad) ii. Peringkat perkataan iii. Peringkat Frasa iv. Peringkat Ayat 18
  • 19. PRINSIP PENGAJARAN Margaret et.al., 1989) : 1. Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. 2. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan dan tahap bacaan murid. 3.Murid perlu diberi tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. 4. Murid akan dapat belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian KOMPONEN PENGAJARAN  Bacaan peringkat Pengajaran  Pengajaran berfokus  Menyemak atau meneliti semula  Bacaan bebas 19
  • 20. AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN Kaedah Pengajaran Kaedah Fonetik Aktiviti utama dalam mengajar pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetikdengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulahditekankan. Guru perlu mengajar penggunaan alat-alat sebutan bunyi seperti: Bibir, gigi, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, lidah, rongga tekak, rongga rongga mulut. Kaedah Abjad Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid.Melalui aktivitipemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan menghafalhuruf „a‟ sehingga „z‟ dengan urutan yang betul. . Justeru, guru perlu melaksanakanaktiviti berikut:  Nyanyian lagu A,B,C,..  Menayangkan huruf satu persatu secara berulang  Padanan abjad  Menyebut huruf satu persatu secara berulang 20
  • 21. Kaedah Pandang Sebut Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan olehguru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca.Latihan ini jugamelibatkan penggunaan gambar untuk merangsang murid supaya bertutur. Teknik Permainan Bahasa Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasai kemahiranmembaca. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru termasuklahpermainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap bunyi huruf,permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata kv,kvk, kv+kv, dan kv+kvk Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajarkanasas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan,membina, menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulahmenarik, dan memenuhi keperluan pancaindera. 21
  • 22. Teknik Boneka Boneka digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi. Pendengar akan dapat menghayatinya dengan khusyuk sesebuah cerita dengan memberi tumpuan sepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya dari permainan boneka cukup baik ke arah pendedahan kanak- kanak untukberkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. Selain daripada itu, penggunaan boneka juga dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan Rumusan Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhikebolehbacaan murid. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat membantuperancangan dan penyediaan proses pengajaran. Pengetahuan dan pemahaman gurudapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkankefahaman.Aktiviti pemulihan membaca perlulah dilakukan dengan menggunakanpendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asaskemahiran berbahasa iaitu membaca. 22
  • 24. PEMULIHAN TULISAN DEFINISI DAN KONSEP Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. KamarudinHusin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik.Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi- bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya. Pemulihan tulisan pula merupakansatu kaedah dan pendekatan yang khusus bagimembantu murid yang sangat bermasalah dalam bidang penulisan.Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialahsupaya mudah dibaca.Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis,membentuk garisan dan lengkukan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak danbentuk huruf dengan sempurna. Pemulihan tulisan amat penting bagi murid-murid sebagai langkah menguasai kemahiran menulis yang merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam pembelajaran bahasa. 24
  • 25. PELAKSANAAN RANCANGAN PEMULIHAN TULISAN Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain akandiasingkan untuk diajar oleh guru pemulihan. Beberapa waktu pelajaran telah diasingkanuntuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Guru pemulihan yangditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supayapengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut.Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertamasekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaranpemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi namasaringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yangkedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatubidang sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akanmemberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut. SARINGAN DAN DIAGNOSIS Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis.Kebolehanmenulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Berbagai-bagai cara telahdikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis.Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalambuku latihan, atau ringkasan. 25
  • 26. Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, keranaada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu jugamungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan. Dengan itu, cara yangdapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik. Cara berikutuntuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis mudah digunakanoleh guru bilik darjah. 1) Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan mematuhi dua syaratberikut: a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis keranakerumitan mengeja. b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami olehmurid 2) Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenalsemua kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayattersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan. 3) Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yangsama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tigaminit, guru akan menyuruh mereka berhenti dan mengutip tulisan tersebut. 26
  • 27. 4) Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara- perkaraberikut:- a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa. b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa c) ujian yang menghadkan masa. d) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: e) Jumlah perkataan dibahagi dengan masa 5) Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan. 6) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yangmasanya dihadkan a) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidakmenghadkan masa b) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalubesar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanyamemadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisanyang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti 27
  • 28. mutunya.Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian ini satu skelpurata disediakan yang dapat diperkaitkan dengan darjah murid.Dengan menggunakanSkel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Contoh- contoh skel iniialah „Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition) „,`American Handwriting Scale',dan'Minneapolis Handwriting Scale'. Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan) dantidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan,guru harus dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan muridtersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah denganmembaca tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atauyang memerlukan penelitian kali kedua.Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap murid.Perkara ini mudah dibuat dengan menggunakan Carta 'The Pressey Chart for DiagnosisofIllegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisanmurid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapatdibaca.Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan tmenyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%.Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapanyang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d seperti c,o seperti a dan a seperti u. Huruf besar 28
  • 29. biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L . Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca,adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulisbentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yangmemuaskan di kalangan murid sekolah rendah. CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat- peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh- contohyang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secaraindividu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadiikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin olehmurid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna.Seberapa boleh perbanyakan latihan dan berikan bantuan individu.Guru juga perlu membuat pertimbangan bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkanlagi untuk menggunakan getah pemadam. 29
  • 30. KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIAN Penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketikamurid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.Latihanpermulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon.Langkah-langkah untuk mengajar mernegangpensil, atau krayon adalah seperti berikut: i. Murid diminta memegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut.Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedangmengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yangbulat dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan. ii. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkanbagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensilharusdipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk iii. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jaridan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senangdan selesa. iv. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir denganmata pensil dan disuruh melatih kawalan jari di kedudukan ini. v. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jaritelunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) dikedudukan yang betul. 30
  • 31. AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN Pada peringkat pratulisan, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatihpergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melaluilakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak- kanak. MenurutHughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah bolehmelakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis; i. melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke belakang ii. menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometrid an garisan putus iii. menyambung titik-titik di atas kertas. iv. melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan dari bawah ke atas v. melukis bulatan lawan arah bulatan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam vi. melukis garis condong vii. menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk viii. mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut. 31
  • 32. Latihan Sebelum Menulis Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pemulihan tulisan ialah denganmengelolakan kelas lukisan dan bentuk-bentuk penting yang menjadi asas penulisaniaitu bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus.Selainitu, pelajar perlu didedahkan untuk membuat berbagai-bagai bentuk denganmenggunakan jari mereka.Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan dan guruharus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid. Latihan Menulis Murid yang telah mampu menggunakan pensel dengan baik sudah boleh didedahkandengan latihan tangan melalui aktiviti penulisan huruf-huruf yang hamper sama. Namundemikian, huruf b dan d tidak harus diajar bersama kerana kedua-dua huruf ini mudahdibalikkan oleh murid-murid yang keliru. Huruf q pula harus diajar lewat sedikitbersama-sama dengan huruf u. Dalam erti kata lain, sebaik-baiknya beberapa huruf harus diajar berturutan supaya setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan huruf yangbaru dipelajari. Berikut adalah cara-cara berkesan yang boleh digunakan untukmengajar latihan menulis:  murid boleh disuruh menyalin atau meniru bentuk-bentuk huruf yang telah disediakan. 32
  • 33.  titik permulaan harus disediakan oleh guru di atas kertas tulisan murid dan ketika mengajar seseorang murid secara individu, guru harus menyatakanlangkah- langkah yang dibuatnya ketika menulis seperti (“turun, naik, ke kanan dan bulat untuk huruf p”)  setelah murid menulis huruf yang besar di atas kertas, mereka harus diajar menulis dalam ruang yang kecil sedikit. Murid juga akan diingatkan supaya tidakmelintasi garisan antara ruang untuk mengelakkan huruf terbalik.  Murid yang bermasalah visual harus diberi huruf-huruf yang sudah sedia dipotong, ditampal pada sehelai kertas sebagai panduannya. Huruf Besar Pada kebiasaannya, huruf besar diajar kepada murid setelah mereka tahu menulishuruf kecil.Ini kerana, huruf besar kurang digunakan berbanding huruf kecil. Selain itu juga, di sebelah huruf besar, murid akan disuruh menulis huruf kecil yang sama. 33
  • 34. Huruf Bersambung Latihan untuk memulakan tulisan sambung adalah untuk melembutkan tangan muridsupaya pelajaran tulisan menjadi lebih seronok. Berikut adalah cara-cara yangberkesan untukdilaksanakan : i. Garis sambungan yang menyatukan huruf harus diajar terlebih dahulu. ii. Latihan ini boleh ditunjukkan pada papan tulis dengan menggunakan pelbagai warna kapur atau di atas buku tulisan murid menggunakan pelbagai pensel warna atau krayon. iii. Latihan ini juga harus diikuti dengan keterangan guru mengenai perjalanan kapur atau pensel semasa guru sedang menulis`. Kaedah ini mampu menarik minat danperhatian murid. Sebagai contoh: a)Bukit dan lembah: mari kita naik bukit, turun ke lembah, naik dan turun bukit. b)Ombak: ombak di lautan naik kemudian pecah, naik dan pecah. c)Tali disimpul: naik dan simpul seperti menjerat lembu, naik dan sebagainya d)Gigi gergasi: gigi atas gergasi, tanpa lubang, giginya masih baik dan belum rongak, gigi bawah gergasi juga tidak rongak. e)Mencantum manik: cantumkan manik, manik dan benang. iv. Setelah murid diajar huruf tidak bersambung, maka tulisan sambung hanya merupakan lanjutan daripada tulisan tidak bersambung iaituuntuk 34
  • 35. menyambungkan semua huruf supaya cepat ditulis. v. Semua huruf sambung perlu dibandingkan dengan huruf tidak bersambung danperubahan yang berlaku harus diterangkan oleh guru. vi. Jika murid berasa sukar untuk menulis huruf sambung, guru perlu menunjukkantulisan sambung yang hamper sama dengan yang tidak bersambung (kaedahtulisan manuskrip yang disambung). Vii. Guru boleh menggunakan warna anak panah atau pangkah untuk titik permulaandan arah perjalanan pensel atau pen. viii. Pengajaran tulisan sambung harus dibuat seperti mengajar tulisan tidakdisambung iaitu huruf-huruf yang menggunakan cara penulisan yang hampir sama diajar bersama satu persatu. Menulis Perkataan Dalam Tulisan Sambung Setelah murid dapat menguasai penulisan huruf sambung, latihan menulis perkataandalam tulisan sambung pula harus didedahkan.Murid yang sukar menulis tulisansambung mungkin tidak dapat mengaitkan tulisan sambung dengan huruf-huruf yangtidak bersambung. Guru boleh mengurangkan kesukaran ini dengan membuat garisancondong di antara setiap huruf lain dengan pensel supaya setiap huruf dapatdikenalpasti oleh murid. Bagi mengajar jarak di antara perkataan pula, guru boleh menyuruh muridmeletakkan jari kelengkeng dari tangan sebelah yang tidak digunakan untuk menulis dihujung 35
  • 36. perkataan dan menandakan jarak ini dengan titik.Perkataan baru akanditeruskan di titik ini. Rumusan Kaedah-kaedah pengajaran yang dinyatakan ini boleh digunakan untuk prosespengajaran pemulihan tulisan. Sebagai contoh, jika murid tidak dapat mengenalkeseluruhan sesuatu huruf, guru boleh menggunakan huruf yang telah dipotongsebagai panduan titik.Cara yang paling efektif untuk mengajar murid yang sudah pandai menulis tetapimasih kaku ialah dengan cara menyalin. Pada peringkat awal, murid boleh diarahkan menyalin tulisan bersambung yang besar ( setengah inci atau tiga per empat inci)yang telah disediakan guru ke atas kertas nipis supaya jelas kelihatan tulisan yangdisalin. Kemudian, tulisan induk ini boleh dikecilkan pula. Dengan kaedah ini, muriddapat melatih ketangkasan penulisan mereka sekaligus memudahkan tugasan menulis. Dengan ini murid-murid akan bermotivasiuntuk terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya. 36
  • 38. Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat- peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh- contohyang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secaraindividu supaya dapat diikuti dengan mudah. Pendekatan dan strategi pengajaran yang fleksibel dan inovatif akan membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar.Bahan yang diberi juga hendaklah terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaranterdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan.Walau bagaimanapun, peruntukanmasa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut.Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat denganteliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakanoleh guru dengan sempurna.Seberapa boleh perbanyakan latihan dan berikan bantuanindividu. Jika pengajaran dan pembelajaran guru menarik, murid-murid akan bermotivasiuntuk terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya. 38
  • 39. 39