SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV
MBE 22503

NAMA

: SUHAIDAH BINTI ISMAIL

NO. K/P

: 821018-01-6210

NO. MATRIK

: GB 130150

NAMA PENSYARAH : TN HJ GHAZALLY BIN SPAHAT
Jadual Lokasi dan Tarikh foto diambil
Bil

Gambar

Tarikh Diambil

1

Individu

25/10/2013

Lokasi Diambil
Kelas

Jenis Kamera

PPKI

SK Telefon Pintar

Jementah, Johor
2

Anugerah Kebangsaan 2013

7/11/2013

Dewan

Note 2

Wawasan Telefon Pintar

2020, Perlis
3

Sudut Mekar Mewangi

30/10/2013

Note 2

Galeri Sejarah SK Telefon Pintar
Jementah, Johor

4

Anugerah

Kokurikulum

23/10/2013

Negeri Johor 2013
5

Majlis Apresiasi Pendidikan

Tarian

Jalan Telefon Pintar

Genuang, Johor
1/11/2012

Khas Daerah Segamat
6

Dewan

Note 2

Hotel

Note 2

Villa, Telefon Pintar

Segamat Johor
15/11/2013

Note

Dewan
Jementah

SK Telefon Pintar
Segamat Note 2

Johor
7

Pengakap

23/10/2012

Pusat KoKurikulum
Bachok Kelantan

8

Bola Jaring

19/2/2013

SK Dato Wan Idris Telefon Pintar
Segamat, Johor

9

Olahraga

13/3/2013

SMK

Note 2
Seri Telefon Pintar

Kenangan, Segamat Note 2
Johor

Gambar telah disunting dengan Perisian PhotoScape.
Sesungguhnya Saya Begitu Berbangga….

Saya dilahirkan dalam keluarga yang kebanyakannya adalah seorang guru. Ayah saya Tn Hj
Ismail Werdani adalah pesara pengetua yang dikenali di daerah tempat saya. Begitu juga dengan
ibu saya Zainon Binti Salleh seorang pesara pengetua di daerah yang sama. Pakcik-pakcik dan
makcik-makcik saya sebelah ayah dan ibu saya juga kebanyakannya adalah golongan pendidik
atau lebih tepat lagi seorang guru. Abang Ngah saya juga seorang guru. Pernah ibu berkata
kepada saya, supaya menajdi seorang guru sahaja. Namun saya tidak berminat kerana saya ingin
menjadi seorang doktor perubatan yang disegani suatu hari nanti.
Selepas saya meneruskan pengajian saya dalam bidang Sains Tulen di Pusat Matrikulasi
Perlis, saya tidak berjaya untuk meneruskan pengajian saya dalam bidang perubatan sebaliknya
saya diterima untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Awam di universiti
tersohor atau tertua di Malaysia pada ketika itu, Universiti Malaya. Saya menangis pada hari
pertama saya mendaftar sebagai pelajar Kejuruteraan Awam di situ. Bagaikan layang-layang
terputus talinya, saya gagal dalam peperiksaan Semester 1 dengan CGPA di bawah pemerhatian.
Tetapi dengan tekad yang kuat, ingin menamatkan pengajian saya tepat pada masanya, saya cuba
bangun dan mengubah pencapaian saya. Bertepatan dengan definisi motivasi sebagai darjah
kesungguhan yang dikeluarkan oleh Taidin Suhaimin penceramah profesional antarabangsa
iaitu:"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang,
berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat," dan akhirnya saya berjaya menamatkan
pengajian saya dengan Ijazah Kepujian Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaya tepat pada
masanya iaitu 4 tahun.
Gambar penglibatan Nur Zaleha dalam bidang Sukan Dan Ko Kurikulum
Mungkin semua tertanya-tanya apakah kaitan gambar ini dengan cerita saya tadi. Saya
pendekkan cerita kerana semuanya bermula di sini. Takdir penentu segala-galanya. Kini saya
adalah seorang guru. Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di salah sebuah sekolah
rendah di tempat kelahiran saya. Rezeki saya dalam bidang perguruan juga selepas saya melalui
fasa-fasa kehidupan dalam pelbagai bidang.
“Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang
mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan
kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani,
mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta
untuk menyebarkan ilmu pengetahuan”
(Akta Pendidikan 1996)
Saya perlu melalui fasa kehidupan yang sangat berbeza bila saya beralih bidang ke
bidang perguruan ini. Dari bidang kejuruteraan saya pergi ke bidang Pendidikan Khas. Saya
perlu menyesuaikan diri dengan kurikulum Pendidikan Khas yang semestinya berlainan dengan
cita-cita saya suatu masa dahulu.
Kurikulum Pendidikan Khas bermatlamat untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan
kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi
keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Selain itu,
kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat, iaitu aktiviti-aktiviti
pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayan murid melalui bidang- bidang
seperti pengurusan kehidupan, akademik berfungsi, kerohanian dan nilai - nilai murni, serta
sosial, riadah dan kreativiti.
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan
dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari, berdisiplin dan
bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketerampilan, serta produktif dan
boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Hasil pembelajaran tersebut
adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas (FPK) iaitu,
“Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan
pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari,
berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri
dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat”
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Mungkin disebabkan inilah, ramai mempertikaikan kerjaya saya ini, berbanding dengan
kelulusan yang saya ada. Saya redha atas segala-segalanya kerana saya percaya rezeki itu ada di
mana-mana. Bercakap tentang murid, kita tidak dapat lari dari kenyataan di mana setiap murid
adalah berbeza. Walaupun mereka di peringkat yang sama, namun mereka adalah individuindividu yang punya ketidaksamaan dalam aspek perkembangan sama ada secara fizikal, mental,
emosi mahupun sosial. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak didik saya yang istimewa ini.
“ Variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat
kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkahlaku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin
terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan “.
Dictionary Of Psychology (1973)
Tanggal Disember 2010, tatkala saya masih lagi dalam bercuti pantang anak ke-2, saya
menerima panggilan dari kerani sekolah saya bahawa saya telah menerima surat pindah ke
Sekolah Kebangsaan Jementah Segamat. Tiada angin, tiada ribut, saya telah dipindahkan ke
sekolah yang jauhnya kira-kira 22 km dari rumah saya berbanding sekolah felda yanag saya
tinggalkan hanya 7 km dari rumah. Namun, apakan daya. Saya terpaksa menerima perpindahan
saya itu.

Kejayaan yang diperolehinya selama 3 tahun saya bersama-sama dengannya.
Di sinilah segala-galanya bermula. Melihat pada gambar di sebelah, mungkin ramai yang
tidak percaya. Itu adalah murid saya, Nur Zaleha Mohtar. Mula dimasukkan ke kelas Integrasi
Pendidikan Khas SK Jementah pada ketika usianya 9 tahun. Dilahirkan dalam keluarga yang
berpecah belah. Dulu, dia dipeliharara neneknya dan sekarang tinggal bersama-sama makciknya.
Adik-beradik yang lain tinggal dengan makcik-makciknya yang lain. Menumpang kasih sayang
guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di sekolah. Boleh dikatakan dia menganggap
saya sebagai kakaknya kerana umur saya yang masih muda. Hubungan kasih sayang terbentuk
antara kami walaupun tiada ikatan darah. Itulah istimewanya murid-murid Kelainan Upaya ini.
Saya mengambil pendekatan ini dalam membantu beliau membina keyakinan murid ini
berdasarkan pengarang buku The Ummotivated Child yang telah mengutarakan teori yang
dikenali sebagai The Attachment Theory untuk menjelaskan punca seseorang anak bermotivasi
tinggi ataupun sebaliknya. Beliau berkata,
“Bentuk ikatan, hubungan serta interaksi yang berlaku anatara kanak-kanak dengan ibu
bapa serta orang lain pada peringkat awal pertumbuhannya menentukan sikapnya semasa
menghadapi dunia dan kehidupan pada masa akan hadapan. Dalam konteks ini, ikatan yang
kukuh lagi terjamin ( secure best) memerlukan dua kriteria. Pertama, kanak-kanak perlu berasa
selamat serta sejahtera dan mereka memerlukan sokongan dan rangsangan bagi menerokai
kehidupan. Kanak-kanak yang mendapat kedua-dua ini membesar dengan penuh keyakinan di
samping berkemampuan membantu orang lain. Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak memperoleh
kedua-dua ini membesar dengan seribu satu prasangka pada orang lain dan akhirnya menjadi
kanak-kanak yang gagal dalam hidup.”
Kini beliau telah pun berusia 14 tahun dan bakal meneruskan pelajarannya di sekolah
menengah nanti. Sesungguhnya Saya Begitu Berbangga… kerana pelbagai kejayaan yang dicipta
dan dicapainya dalam masa 3 tahun saya bersama dengan murid ini. Pernah makan sepinggan,
minum segelas, tidur sekatil bersama dan acapkali juga dia tidur di rumah saya untuk
memudahkan saya dalam menguruskannya apabila terlibat dengan pelbagai latihan kejohanan.
Walaupun dia serba kekurangan, namun saya tahu tentunya beliau ada kelebihan di
tempat lain. Sebagai guru dan juga boleh diumpamakan sebagai ibu dan bapanya, saya cuba
mengenalpasti akan kelebihan murid saya ini. Walau apapun kekurangan atau kelebihan yang
dimiliki seseorang anak itu, ibu bapa tetap bertanggungjawab memastikan perkembangan sosial,
emosi, linguistik, dan kognitif kanak-kanak dipupuk (Moores 2001; Jackson 2002). Kenyataan
Haessly (2001), 82 MJLI VOL. 5 (2008) dan Alper, et al. (1994) menunjukkan betapa
pentingnya peranan ibu bapa dalam memberi didikan kepada anak-anak. Ibu bapa dikatakan
sebagai kumpulan rujukan pertama tentang nilai, norma dan gaya hidup yang dirujuk oleh anakanak (Berns, 2004). Faktor ini menunjukkan bahawa ibu bapa merupakan penyumbang utama
terhadap kejayaan atau kegagalan anak-anak. Tugas ibu dan bapa itu telah pun saya galas
berdasarkan sejarah keluarganya.
Bakat beliau terserlah terutamanya dalam bidang sukan dan ko kurikulum. Sebagai guru
Pendidikan Jasmani kelasnya, saya bertanggungjawab untuk menggilap bakatnya dalam bidang
Olahraga dan juga Bola Jaring. Selama tiga tahun saya bersamanya, sayalah yang
bertanggungjawab melatihnya di sekolah dan juga menguruskannya untuk latihan pusat daerah
bersama rakan-rakannya yang lain yang terpilih. Pada tahun 2011, beliau terpilih untuk
Kejohanan Olahraga dan Pertandingan Bola Jaring Pendidikan Khas di peringkat Negeri Johor
sahaja. Beliau telah dinobatkan sebagai Murid Cemerlang Ko Kurikulum Pendidikan Khas
Sekolah Rendah di Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko Kurikulum daerah Segamat Tahun
2011.
Hubungan yang rapat antara ahli dalam organisasi PPKI SK Jementah telah menjadikan
kami sebagai sebuah keluarga. Model ekologi sosial Bronfenbrenner menekankan bahawa ibu
bapa dan persekitaran sosial memainkan peranan yang penting dalam perkembangan seseorang
kanak-kanak (Kail, 2001). Teori Vygotsky pula menjelaskan bahawa interaksi sosial antara
orang dewasa dengan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak
(Daniels, 2001). Secara ringkas, teori-teori ini menunjukkan bahawa kejayaan seseorang individu
amat bergantung kepada banyak pihak antaranya ibu bapa dan guru, persekitaran sosial, dan diri
mereka sendiri.
Keyakinan telah dibentuk memudahkan saya menjalankan tanggungjawab saya kepada
murid ini. Pasti beliau ingin berjaya dan terus berjaya dalam kehidupannya. Ini jelas dengan
kenyataan Maslow mendapati bahawa kanak-kanak akan cuba memenuhi kehendak yang lebih
tinggi jika keperluan–keperluan yang lebih rendah telah diperoleh (Crain, 2004). Pada tahun
2012 pula, beliau telah menjadi Johan dalam kesemua acara yang dimasukinya iaiatu lari 100m,
lari 200m dan Lompat Jauh dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Daerah
Segamat sehingga terpilih sebagai penerima anugerah Olahragawati Harapan Kejohanan
Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Daerah Segamat Kali Ke-12. Dengan kejayaan tersebut
beliau telah terpilih untuk mewakili Segamat dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan
Khas Negeri Johor seterusnya mencipta nama dalam bidang olahraga di Peringkat Kebangsaan
iaitu mendapat Johan dalam acara lari 4x100m bersama kuartert Johor di Stadium Kangar Perlis.
Beliau juga telah telah mewakili Johor dalam pertandingan Bola Jaring peringkat Kebangsaan
dan mendapat Johan di Pusat Akusterian Terengganu. Sayalah yang menguruskan beliau dengan
menghantarnya kepada Jurulatih Utama yang lain apabila perlu menjalani latihan pusat dan juga
pertandingan.
Bukan saja dalam bidang sukan, malahan beliau merupakan salah seorang penari dalam
Kumpulan Gemalai Tari SK Jementah. Saya selaku gurunya yang tidak pandai menari, membuat
pemilihan lagu dan berkaitan dengannya terpaksa mencari tarian yang sesuai dan mencipta
bunga-bunga tarian Bertemakan 1 Malaysia yang juga disertai oleh beliau. Alhamdulillah berkat
usaha saya dan PPM yang membantu kumpulan tarian kami mendapat tempat ke-2 Kategori
Sekolah Rendah di Pertandingan Tarian Pendidikan Khas Daerah Segamat. Beliau juga
merupakan solo dalam mewakili SK Jementah dalam Pertandingan Nasyid Pendidikan Khas
daerah Segamat. Di atas kecemerlangan beliau dalam bidang Ko Akademik, akhirnya beliau
terpilih sebagai Penerima Anugerah Terbaik Ko Kurikulum Pendidikan Khas Daerah Segamat
dalam Majlis Apresiasi Pendidikan Khas Daerah Segamat bagi tahun 2012. Beliau juga bergiat
aktif dalam Pasukan Badan Beruniform Pengakap. Memegang Jawatan Naib Pengerusi Pengakap
untuk kelas Pendidikan Khas SK Jementah dan juga menyertai Kem Perkhemahan Pengakap
Peringkat Kebangsaan di Pusat Ko Kurikulum Bachok Kelantan pada tahun tersebut.
Amanah kepada saya telah bertambah apabila Tuan Guru Besar telah melantik saya
sebagai Penyelaras PPKI SK Jementah yang baru. Tekad saya untuk menaikkan lagi nama PPKI
SK Jementah dalam pelbagai bidang. Pembahagian tugas kepada guru-guru dan Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) membantu usaha saya dalam mencapai tujuan itu. Ternyata, usaha
saya berbaloi dengan dibantu dengan guru-guru yang lain serta PPM.
2013 menyaksikan kejayaan demi kejayaan buatnya. Apabila adanya minat segalanya
boleh. Kajian ini selaras dengan kajian Abu Zahari (1987) yang menyatakan minat memainkan
peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu proses pembelajaran dan ia amat mempengaruhi
pencapaian seseorang dalam sesuatu bidang itu. Minat yang timbul dalam diri seseorang pelajar
akan mempengaruhi proses pembelajaran. Bila seseorang itu berminat, maka ia bersedia untuk
belajar dengan tekun sehingga mencapai kejayaan. Ini bermakna proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih mudah jika seseorang itu berminat tetapi jika ianya berlaku
disebaliknya maka proses tersebut akan menjadi lebih sukar untuk dilaksanakan.
Dapatan ini juga disokong (Crow dan Crow, 1980) di mana minat adalah daya penggerak
yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda dan kegiatan.
Contohnya, jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai kebolehan sederhana, mereka
selalunya boleh mengembangkan minat yang kuat dan terus berusaha menguasainya dengan
gigih sehingga membawa kepada pencapaian yang membanggakan. Lantaran itu beliau telah
dipilih sebagai penerima Olahragawati Rendah dalam Kejohanan Balapan dan Padang
Pendidikan Khas daerah Segamat bagi tahun 2013 selepas mengungguli emas dalam acara lari
100m, lari 200m dan Lompat Jauh. Pencapaiannya dalam bidang olahraga pada tahun ini hanya
setakat di peringkat negeri kerana badannya yang agak naik pada ketika itu. Beliau juga
menyertai Pertandingan Petanque dan Bowling Pendidikan Khas Daerah Segamat. Beliau sekali
lagi terpilih pada tahun 2013 untuk mewakili Johor dalam Pertandingan Bola Jaring peringkat
Kebangsaan yang telah diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan.
Kontigen Johor sekali lagi mendapat Johan dalam pertandingan tersebut.
Bakat menari yang ada pada beliau, saya bantu gilapkan dan akhirnya kami Johan dalam
Pertandingan Tarian Pendidikan Khas Daerah Segamat tahun 2013 dan beliau juga terpilih untuk
mewakili daerah Segamat ke pertandingan tarian Negeri Johor dalam Karnival Kesenian dan
Kebudayaan Pendidikan Negeri Johor yang diadakan di SMK Sultan Ismail Batu Pahat Johor.
Beliau juga menyertai Pertandingan Nasyid Pendidikan Khas Daerah Segamat dan mendapat
saguhati.
Hatinya terusik apabila ada rakan guru yang menegurnya secara tidak matang. Budak
yang meningkat dewasa, anak dara tentunya pendekatannya berlainan. Tidak boleh dimarah dan
dipukul secara terang-terangan di hadapan rakan-rakan lain. Rajuknya lama sehingga tiga
minggu tidak hadir ke sekolah. Pelbagai cara telah saya lakukan untuk memujuknya. Namun
tidak berhasil. Janji tinggal janji untuk dia hadir ke sekolah. Sebagai ketua di situ, tentunya saya
rasa sedih kerana murid tidak hadir ke sekolah kerana berkecil hati dengan guru. Kesabaran saya
sampai hadnya apabila hari Peperiksaan Akhir Tahun, dia tidak hadir lagi walaupun telah
berkali-kali janji untuk hadir ke sekolah. Dengan ditemani PPM, saya pergi ke rumahnya dan
memujuk beliau untuk mengambil Peperiksaan Akhir tahun. Setelah dipujuk sekian lama,
barulah dia mengikut saya hadir ke sekolah. Saya mengambil pendekatan psikologi dan tidak
membenarkan rakan guru saya mengeluarkan apa-apa kenyataan padanya. Biarlah saya sahaja
yang menguruskannya dengan cara saya sendiri yang telah lama dengannya.
Kecemerlangan beliau saya catatkan dan dibuatkan folio untuknya. Rezeki buatnya,
beliau telah terpilih sebagai Johan Murid Cemerlang Ko Kurikulum Sekolah Rendah (P)
Pendidikan Khas dalam Majlis Anugerah Kemerlangan Ko Kurikulum Peringkat Negeri Johor
yang diadakan di Dewan Jalan Genuang Segamat sehari selepas saya memujuknya datang ke
sekolah. Saya sebagai Penyelaras PPKI SK Jementah telah diminta oleh Tuan Guru Besar untuk
mengiringinya ke majlis tersebut. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.
Keesokan harinya, beliau telah dinobatkan pula sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan
Sukan, Ko Kurikulum Dan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan tahun 2012 kategori Anugerah
Cemerlang Badan Beruniform Kategori Bermasalah Pembelajaran Rendah di Dynasty
Hotel Kuala Lumpur. Saya tidak dapat menemaninya kerana JPN Johor telah memilih Guru
Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah lain sebagai guru pengiring. Doa dan nasihat saya
bekalkan buat beliau untuk pandai menjaga diri sendiri bersama guru-guru lain.
Kepuasan jelas terserlah di wajah saya apabila saya telah berjaya membawa bintang ini
sehingga peringkat ini memandangkan ini adalah tahun terakhir dia di sekolah saya. Namun,
belum hilang penat, saya menerima surat jemputan sekali lagi untuk mengiringinya ke Majlis
Anugerah Kecemerlangan Ko Kurikulum Peringkat Kebangsaan 2013, beliau terpilih untuk
menerima Anugerah Kecemerlangan Ko Kurikulum Peringkat Kebangsaan 2013 di Dewan
Wawasan 2020 Kangar Perlis. Saya menghabiskan masa bersama-sama dengannya, berbelanja
di Padang Besar dan tidur bersama-sama dengannya di hotel Putra Palace Perlis. Saya
mengambil peluang tersebut kerana itulah kali terakhir saya bersama dengannya kerana saya
perlu menghadiri Kursus KSSR Pendidikan Khas Tahun 4 selama seminggu dia minggu terakhir
persekolahan sesi 2013. Saya berpesan kepadanya agar tidak ponteng ke sekolah demi
menghabiskan sisa-sisa persekolahannya di sekolah rendah tersebut. Rezeki buatnya, kerana
dengan kelebihan yang ada pada dirinya, beliau telah pun menjelajah ke Negeri Sembilan,
Kelantan, Terengganu dan Perlis untuk menyertai pertandingan di peringkat negeri dan juga
kebangsaan. Beliau juga telah dibawa untuk bercuti ke Universal Studio Singapore, Singapura di
atas kecemerlangan beliau dalam bidang Sukan dan Ko kurikulum oleh Jabatan Pendidikan Khas
Negeri Johor.
Beliau menghadiahkan saya dengan persembahan tarian yang sangat menarik pada hari
terakhir persekolahannya dalam Majlis Anugerah Cemerlang SK Jementah. Beliau menerima
anugerah Tokoh Murid Pendidikan Khas SK Jementah di atas kejayaan dan kecemerlangan
beliau dalam menaikkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan.
Bintang bersinar yang saya gilapkan, telah meninggalkan kenangan manis buat saya dan dirinya
dengan satu sudut buatnya di dalam Galeri Sejarah yang telah ditubuhkan di sekolah. Saya
mendoakan agar beliau terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan mungkin boleh pergi ke
peringkat antarabangsa pula. Selamat berjuang Bintang Ku…Nur Zaleha Binti Mohtar. Kenang
daku dalam doamu.
Saya begitu berbangga kerana saya telah berjaya menjadikan Nur Zaleha seorang bintang
di bawah hasil didikan saya. Kemenjadian murid telah berjaya saya laksanakan. Sebab itulah
saya berikan tajuk gambar ini Sesungguhnya Saya Begitu Berbangga kerana saya telah berjaya
menjadi idol dan pendorong kepada kejayaan beliau dan merasa puas dengan kejayaan yang
dikecapinya pada hari ini.
Rujukan
1. Syarifah Alwiah Alsagoff (1984), Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur : Keinimen
Education Book (Asia) Ltd.
2. Crow & Crow (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
3. Natalie Rathvon, The Ummotivated Child : Helping Your Underarchiever Become A
Successful Student
4. Shahrul Arbaliah Othman, Norzaini Azman, Manisah Mohd Ali, (2008), Faktor Ibu Bapa
Dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak : Kajian Kes Retrospektif MJLI Vol.5 .
Universiti Kebangsaaan Malaysia.
5. Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.
6. http ://www.taidinsuhaimin.com

More Related Content

What's hot

2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspk2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspklianasahperi
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaTengku Anis
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Nik Najihah
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaanKurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaanNur Natasya Umira
 
Kspk & kssr
Kspk & kssrKspk & kssr
Kspk & kssrGb Wong
 
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziTemplet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziZauhari Hussein
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahZuzan Michael Japang
 
Slot 1 pengurusan prasekolah vistana
Slot 1 pengurusan prasekolah vistanaSlot 1 pengurusan prasekolah vistana
Slot 1 pengurusan prasekolah vistanaSaadah Maiden
 
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2rasfanul
 
40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurulAishah Sweet
 
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiBuku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiKUMOHDHANIFAS
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Zauhari Hussein
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...MuhammadZulaziziMohd
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upayaqila95
 
Implikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioImplikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioNorfiza Bulka
 
Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zuraAzura Aziz
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifMohd Nizam
 

What's hot (20)

2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspk2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspk
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaanKurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
 
Kspk & kssr
Kspk & kssrKspk & kssr
Kspk & kssr
 
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziTemplet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
 
Sinopsis buku 1
Sinopsis buku 1Sinopsis buku 1
Sinopsis buku 1
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
 
Slot 1 pengurusan prasekolah vistana
Slot 1 pengurusan prasekolah vistanaSlot 1 pengurusan prasekolah vistana
Slot 1 pengurusan prasekolah vistana
 
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
 
40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul
 
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiBuku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
 
KSSR & KSPK
KSSR & KSPKKSSR & KSPK
KSSR & KSPK
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upaya
 
Implikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioImplikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosio
 
Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zura
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
 

Similar to Photo talk

Tokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga sayaTokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga sayaDin Shaharudin
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemRosnani Abu Bakar
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...mashinichi14
 
Laporan Kendiri OPKIM 2014
Laporan Kendiri OPKIM 2014Laporan Kendiri OPKIM 2014
Laporan Kendiri OPKIM 2014Nursyaza Damia
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakD'ba Rosle
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaDurratul Aini
 
P E N Gumpulan 3
P  E  N  Gumpulan 3P  E  N  Gumpulan 3
P E N Gumpulan 3shockgadof
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridAsyikin4996
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdfMUHAMADAIZATBINMDYUS
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1iyiriz
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10Laieela De Matematicer
 
Modul Kembara Ilmu Kokurikulum Impak Tinggi
Modul Kembara Ilmu Kokurikulum Impak TinggiModul Kembara Ilmu Kokurikulum Impak Tinggi
Modul Kembara Ilmu Kokurikulum Impak TinggiChon Seong Hoo
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
buku pengurusan sktkk 2 2017
 buku pengurusan sktkk 2 2017 buku pengurusan sktkk 2 2017
buku pengurusan sktkk 2 2017kim ha
 

Similar to Photo talk (20)

Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 
Tokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga sayaTokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga saya
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Laporan Kendiri OPKIM 2014
Laporan Kendiri OPKIM 2014Laporan Kendiri OPKIM 2014
Laporan Kendiri OPKIM 2014
 
Permainan Mesra Budaya
Permainan Mesra BudayaPermainan Mesra Budaya
Permainan Mesra Budaya
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
 
Article Text-610.pdf
Article Text-610.pdfArticle Text-610.pdf
Article Text-610.pdf
 
P E N Gumpulan 3
P  E  N  Gumpulan 3P  E  N  Gumpulan 3
P E N Gumpulan 3
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan murid
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
 
Modul Kembara Ilmu Kokurikulum Impak Tinggi
Modul Kembara Ilmu Kokurikulum Impak TinggiModul Kembara Ilmu Kokurikulum Impak Tinggi
Modul Kembara Ilmu Kokurikulum Impak Tinggi
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
buku pengurusan sktkk 2 2017
 buku pengurusan sktkk 2 2017 buku pengurusan sktkk 2 2017
buku pengurusan sktkk 2 2017
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 

Recently uploaded (8)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 

Photo talk

  • 1. PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV MBE 22503 NAMA : SUHAIDAH BINTI ISMAIL NO. K/P : 821018-01-6210 NO. MATRIK : GB 130150 NAMA PENSYARAH : TN HJ GHAZALLY BIN SPAHAT
  • 2. Jadual Lokasi dan Tarikh foto diambil Bil Gambar Tarikh Diambil 1 Individu 25/10/2013 Lokasi Diambil Kelas Jenis Kamera PPKI SK Telefon Pintar Jementah, Johor 2 Anugerah Kebangsaan 2013 7/11/2013 Dewan Note 2 Wawasan Telefon Pintar 2020, Perlis 3 Sudut Mekar Mewangi 30/10/2013 Note 2 Galeri Sejarah SK Telefon Pintar Jementah, Johor 4 Anugerah Kokurikulum 23/10/2013 Negeri Johor 2013 5 Majlis Apresiasi Pendidikan Tarian Jalan Telefon Pintar Genuang, Johor 1/11/2012 Khas Daerah Segamat 6 Dewan Note 2 Hotel Note 2 Villa, Telefon Pintar Segamat Johor 15/11/2013 Note Dewan Jementah SK Telefon Pintar Segamat Note 2 Johor 7 Pengakap 23/10/2012 Pusat KoKurikulum Bachok Kelantan 8 Bola Jaring 19/2/2013 SK Dato Wan Idris Telefon Pintar Segamat, Johor 9 Olahraga 13/3/2013 SMK Note 2 Seri Telefon Pintar Kenangan, Segamat Note 2 Johor Gambar telah disunting dengan Perisian PhotoScape.
  • 3. Sesungguhnya Saya Begitu Berbangga…. Saya dilahirkan dalam keluarga yang kebanyakannya adalah seorang guru. Ayah saya Tn Hj Ismail Werdani adalah pesara pengetua yang dikenali di daerah tempat saya. Begitu juga dengan ibu saya Zainon Binti Salleh seorang pesara pengetua di daerah yang sama. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik saya sebelah ayah dan ibu saya juga kebanyakannya adalah golongan pendidik atau lebih tepat lagi seorang guru. Abang Ngah saya juga seorang guru. Pernah ibu berkata kepada saya, supaya menajdi seorang guru sahaja. Namun saya tidak berminat kerana saya ingin menjadi seorang doktor perubatan yang disegani suatu hari nanti. Selepas saya meneruskan pengajian saya dalam bidang Sains Tulen di Pusat Matrikulasi Perlis, saya tidak berjaya untuk meneruskan pengajian saya dalam bidang perubatan sebaliknya saya diterima untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Awam di universiti tersohor atau tertua di Malaysia pada ketika itu, Universiti Malaya. Saya menangis pada hari pertama saya mendaftar sebagai pelajar Kejuruteraan Awam di situ. Bagaikan layang-layang terputus talinya, saya gagal dalam peperiksaan Semester 1 dengan CGPA di bawah pemerhatian. Tetapi dengan tekad yang kuat, ingin menamatkan pengajian saya tepat pada masanya, saya cuba bangun dan mengubah pencapaian saya. Bertepatan dengan definisi motivasi sebagai darjah kesungguhan yang dikeluarkan oleh Taidin Suhaimin penceramah profesional antarabangsa iaitu:"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat," dan akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian saya dengan Ijazah Kepujian Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaya tepat pada masanya iaitu 4 tahun.
  • 4. Gambar penglibatan Nur Zaleha dalam bidang Sukan Dan Ko Kurikulum Mungkin semua tertanya-tanya apakah kaitan gambar ini dengan cerita saya tadi. Saya pendekkan cerita kerana semuanya bermula di sini. Takdir penentu segala-galanya. Kini saya adalah seorang guru. Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di salah sebuah sekolah rendah di tempat kelahiran saya. Rezeki saya dalam bidang perguruan juga selepas saya melalui fasa-fasa kehidupan dalam pelbagai bidang. “Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan” (Akta Pendidikan 1996)
  • 5. Saya perlu melalui fasa kehidupan yang sangat berbeza bila saya beralih bidang ke bidang perguruan ini. Dari bidang kejuruteraan saya pergi ke bidang Pendidikan Khas. Saya perlu menyesuaikan diri dengan kurikulum Pendidikan Khas yang semestinya berlainan dengan cita-cita saya suatu masa dahulu. Kurikulum Pendidikan Khas bermatlamat untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Selain itu, kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat, iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayan murid melalui bidang- bidang seperti pengurusan kehidupan, akademik berfungsi, kerohanian dan nilai - nilai murni, serta sosial, riadah dan kreativiti. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari, berdisiplin dan bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketerampilan, serta produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Hasil pembelajaran tersebut adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas (FPK) iaitu, “Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat” (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) Mungkin disebabkan inilah, ramai mempertikaikan kerjaya saya ini, berbanding dengan kelulusan yang saya ada. Saya redha atas segala-segalanya kerana saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. Bercakap tentang murid, kita tidak dapat lari dari kenyataan di mana setiap murid adalah berbeza. Walaupun mereka di peringkat yang sama, namun mereka adalah individuindividu yang punya ketidaksamaan dalam aspek perkembangan sama ada secara fizikal, mental, emosi mahupun sosial. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak didik saya yang istimewa ini.
  • 6. “ Variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkahlaku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan “. Dictionary Of Psychology (1973) Tanggal Disember 2010, tatkala saya masih lagi dalam bercuti pantang anak ke-2, saya menerima panggilan dari kerani sekolah saya bahawa saya telah menerima surat pindah ke Sekolah Kebangsaan Jementah Segamat. Tiada angin, tiada ribut, saya telah dipindahkan ke sekolah yang jauhnya kira-kira 22 km dari rumah saya berbanding sekolah felda yanag saya tinggalkan hanya 7 km dari rumah. Namun, apakan daya. Saya terpaksa menerima perpindahan saya itu. Kejayaan yang diperolehinya selama 3 tahun saya bersama-sama dengannya.
  • 7. Di sinilah segala-galanya bermula. Melihat pada gambar di sebelah, mungkin ramai yang tidak percaya. Itu adalah murid saya, Nur Zaleha Mohtar. Mula dimasukkan ke kelas Integrasi Pendidikan Khas SK Jementah pada ketika usianya 9 tahun. Dilahirkan dalam keluarga yang berpecah belah. Dulu, dia dipeliharara neneknya dan sekarang tinggal bersama-sama makciknya. Adik-beradik yang lain tinggal dengan makcik-makciknya yang lain. Menumpang kasih sayang guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di sekolah. Boleh dikatakan dia menganggap saya sebagai kakaknya kerana umur saya yang masih muda. Hubungan kasih sayang terbentuk antara kami walaupun tiada ikatan darah. Itulah istimewanya murid-murid Kelainan Upaya ini. Saya mengambil pendekatan ini dalam membantu beliau membina keyakinan murid ini berdasarkan pengarang buku The Ummotivated Child yang telah mengutarakan teori yang dikenali sebagai The Attachment Theory untuk menjelaskan punca seseorang anak bermotivasi tinggi ataupun sebaliknya. Beliau berkata, “Bentuk ikatan, hubungan serta interaksi yang berlaku anatara kanak-kanak dengan ibu bapa serta orang lain pada peringkat awal pertumbuhannya menentukan sikapnya semasa menghadapi dunia dan kehidupan pada masa akan hadapan. Dalam konteks ini, ikatan yang kukuh lagi terjamin ( secure best) memerlukan dua kriteria. Pertama, kanak-kanak perlu berasa selamat serta sejahtera dan mereka memerlukan sokongan dan rangsangan bagi menerokai kehidupan. Kanak-kanak yang mendapat kedua-dua ini membesar dengan penuh keyakinan di samping berkemampuan membantu orang lain. Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak memperoleh kedua-dua ini membesar dengan seribu satu prasangka pada orang lain dan akhirnya menjadi kanak-kanak yang gagal dalam hidup.” Kini beliau telah pun berusia 14 tahun dan bakal meneruskan pelajarannya di sekolah menengah nanti. Sesungguhnya Saya Begitu Berbangga… kerana pelbagai kejayaan yang dicipta dan dicapainya dalam masa 3 tahun saya bersama dengan murid ini. Pernah makan sepinggan, minum segelas, tidur sekatil bersama dan acapkali juga dia tidur di rumah saya untuk memudahkan saya dalam menguruskannya apabila terlibat dengan pelbagai latihan kejohanan.
  • 8. Walaupun dia serba kekurangan, namun saya tahu tentunya beliau ada kelebihan di tempat lain. Sebagai guru dan juga boleh diumpamakan sebagai ibu dan bapanya, saya cuba mengenalpasti akan kelebihan murid saya ini. Walau apapun kekurangan atau kelebihan yang dimiliki seseorang anak itu, ibu bapa tetap bertanggungjawab memastikan perkembangan sosial, emosi, linguistik, dan kognitif kanak-kanak dipupuk (Moores 2001; Jackson 2002). Kenyataan Haessly (2001), 82 MJLI VOL. 5 (2008) dan Alper, et al. (1994) menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam memberi didikan kepada anak-anak. Ibu bapa dikatakan sebagai kumpulan rujukan pertama tentang nilai, norma dan gaya hidup yang dirujuk oleh anakanak (Berns, 2004). Faktor ini menunjukkan bahawa ibu bapa merupakan penyumbang utama terhadap kejayaan atau kegagalan anak-anak. Tugas ibu dan bapa itu telah pun saya galas berdasarkan sejarah keluarganya. Bakat beliau terserlah terutamanya dalam bidang sukan dan ko kurikulum. Sebagai guru Pendidikan Jasmani kelasnya, saya bertanggungjawab untuk menggilap bakatnya dalam bidang Olahraga dan juga Bola Jaring. Selama tiga tahun saya bersamanya, sayalah yang bertanggungjawab melatihnya di sekolah dan juga menguruskannya untuk latihan pusat daerah bersama rakan-rakannya yang lain yang terpilih. Pada tahun 2011, beliau terpilih untuk Kejohanan Olahraga dan Pertandingan Bola Jaring Pendidikan Khas di peringkat Negeri Johor sahaja. Beliau telah dinobatkan sebagai Murid Cemerlang Ko Kurikulum Pendidikan Khas Sekolah Rendah di Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko Kurikulum daerah Segamat Tahun 2011. Hubungan yang rapat antara ahli dalam organisasi PPKI SK Jementah telah menjadikan kami sebagai sebuah keluarga. Model ekologi sosial Bronfenbrenner menekankan bahawa ibu bapa dan persekitaran sosial memainkan peranan yang penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak (Kail, 2001). Teori Vygotsky pula menjelaskan bahawa interaksi sosial antara orang dewasa dengan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak (Daniels, 2001). Secara ringkas, teori-teori ini menunjukkan bahawa kejayaan seseorang individu amat bergantung kepada banyak pihak antaranya ibu bapa dan guru, persekitaran sosial, dan diri mereka sendiri.
  • 9. Keyakinan telah dibentuk memudahkan saya menjalankan tanggungjawab saya kepada murid ini. Pasti beliau ingin berjaya dan terus berjaya dalam kehidupannya. Ini jelas dengan kenyataan Maslow mendapati bahawa kanak-kanak akan cuba memenuhi kehendak yang lebih tinggi jika keperluan–keperluan yang lebih rendah telah diperoleh (Crain, 2004). Pada tahun 2012 pula, beliau telah menjadi Johan dalam kesemua acara yang dimasukinya iaiatu lari 100m, lari 200m dan Lompat Jauh dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Daerah Segamat sehingga terpilih sebagai penerima anugerah Olahragawati Harapan Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Daerah Segamat Kali Ke-12. Dengan kejayaan tersebut beliau telah terpilih untuk mewakili Segamat dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Negeri Johor seterusnya mencipta nama dalam bidang olahraga di Peringkat Kebangsaan iaitu mendapat Johan dalam acara lari 4x100m bersama kuartert Johor di Stadium Kangar Perlis. Beliau juga telah telah mewakili Johor dalam pertandingan Bola Jaring peringkat Kebangsaan dan mendapat Johan di Pusat Akusterian Terengganu. Sayalah yang menguruskan beliau dengan menghantarnya kepada Jurulatih Utama yang lain apabila perlu menjalani latihan pusat dan juga pertandingan. Bukan saja dalam bidang sukan, malahan beliau merupakan salah seorang penari dalam Kumpulan Gemalai Tari SK Jementah. Saya selaku gurunya yang tidak pandai menari, membuat pemilihan lagu dan berkaitan dengannya terpaksa mencari tarian yang sesuai dan mencipta bunga-bunga tarian Bertemakan 1 Malaysia yang juga disertai oleh beliau. Alhamdulillah berkat usaha saya dan PPM yang membantu kumpulan tarian kami mendapat tempat ke-2 Kategori Sekolah Rendah di Pertandingan Tarian Pendidikan Khas Daerah Segamat. Beliau juga merupakan solo dalam mewakili SK Jementah dalam Pertandingan Nasyid Pendidikan Khas daerah Segamat. Di atas kecemerlangan beliau dalam bidang Ko Akademik, akhirnya beliau terpilih sebagai Penerima Anugerah Terbaik Ko Kurikulum Pendidikan Khas Daerah Segamat dalam Majlis Apresiasi Pendidikan Khas Daerah Segamat bagi tahun 2012. Beliau juga bergiat aktif dalam Pasukan Badan Beruniform Pengakap. Memegang Jawatan Naib Pengerusi Pengakap untuk kelas Pendidikan Khas SK Jementah dan juga menyertai Kem Perkhemahan Pengakap Peringkat Kebangsaan di Pusat Ko Kurikulum Bachok Kelantan pada tahun tersebut.
  • 10. Amanah kepada saya telah bertambah apabila Tuan Guru Besar telah melantik saya sebagai Penyelaras PPKI SK Jementah yang baru. Tekad saya untuk menaikkan lagi nama PPKI SK Jementah dalam pelbagai bidang. Pembahagian tugas kepada guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) membantu usaha saya dalam mencapai tujuan itu. Ternyata, usaha saya berbaloi dengan dibantu dengan guru-guru yang lain serta PPM. 2013 menyaksikan kejayaan demi kejayaan buatnya. Apabila adanya minat segalanya boleh. Kajian ini selaras dengan kajian Abu Zahari (1987) yang menyatakan minat memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu proses pembelajaran dan ia amat mempengaruhi pencapaian seseorang dalam sesuatu bidang itu. Minat yang timbul dalam diri seseorang pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Bila seseorang itu berminat, maka ia bersedia untuk belajar dengan tekun sehingga mencapai kejayaan. Ini bermakna proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah jika seseorang itu berminat tetapi jika ianya berlaku disebaliknya maka proses tersebut akan menjadi lebih sukar untuk dilaksanakan. Dapatan ini juga disokong (Crow dan Crow, 1980) di mana minat adalah daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda dan kegiatan. Contohnya, jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai kebolehan sederhana, mereka selalunya boleh mengembangkan minat yang kuat dan terus berusaha menguasainya dengan gigih sehingga membawa kepada pencapaian yang membanggakan. Lantaran itu beliau telah dipilih sebagai penerima Olahragawati Rendah dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas daerah Segamat bagi tahun 2013 selepas mengungguli emas dalam acara lari 100m, lari 200m dan Lompat Jauh. Pencapaiannya dalam bidang olahraga pada tahun ini hanya setakat di peringkat negeri kerana badannya yang agak naik pada ketika itu. Beliau juga menyertai Pertandingan Petanque dan Bowling Pendidikan Khas Daerah Segamat. Beliau sekali lagi terpilih pada tahun 2013 untuk mewakili Johor dalam Pertandingan Bola Jaring peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan. Kontigen Johor sekali lagi mendapat Johan dalam pertandingan tersebut.
  • 11. Bakat menari yang ada pada beliau, saya bantu gilapkan dan akhirnya kami Johan dalam Pertandingan Tarian Pendidikan Khas Daerah Segamat tahun 2013 dan beliau juga terpilih untuk mewakili daerah Segamat ke pertandingan tarian Negeri Johor dalam Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Negeri Johor yang diadakan di SMK Sultan Ismail Batu Pahat Johor. Beliau juga menyertai Pertandingan Nasyid Pendidikan Khas Daerah Segamat dan mendapat saguhati. Hatinya terusik apabila ada rakan guru yang menegurnya secara tidak matang. Budak yang meningkat dewasa, anak dara tentunya pendekatannya berlainan. Tidak boleh dimarah dan dipukul secara terang-terangan di hadapan rakan-rakan lain. Rajuknya lama sehingga tiga minggu tidak hadir ke sekolah. Pelbagai cara telah saya lakukan untuk memujuknya. Namun tidak berhasil. Janji tinggal janji untuk dia hadir ke sekolah. Sebagai ketua di situ, tentunya saya rasa sedih kerana murid tidak hadir ke sekolah kerana berkecil hati dengan guru. Kesabaran saya sampai hadnya apabila hari Peperiksaan Akhir Tahun, dia tidak hadir lagi walaupun telah berkali-kali janji untuk hadir ke sekolah. Dengan ditemani PPM, saya pergi ke rumahnya dan memujuk beliau untuk mengambil Peperiksaan Akhir tahun. Setelah dipujuk sekian lama, barulah dia mengikut saya hadir ke sekolah. Saya mengambil pendekatan psikologi dan tidak membenarkan rakan guru saya mengeluarkan apa-apa kenyataan padanya. Biarlah saya sahaja yang menguruskannya dengan cara saya sendiri yang telah lama dengannya. Kecemerlangan beliau saya catatkan dan dibuatkan folio untuknya. Rezeki buatnya, beliau telah terpilih sebagai Johan Murid Cemerlang Ko Kurikulum Sekolah Rendah (P) Pendidikan Khas dalam Majlis Anugerah Kemerlangan Ko Kurikulum Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Dewan Jalan Genuang Segamat sehari selepas saya memujuknya datang ke sekolah. Saya sebagai Penyelaras PPKI SK Jementah telah diminta oleh Tuan Guru Besar untuk mengiringinya ke majlis tersebut. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Keesokan harinya, beliau telah dinobatkan pula sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Sukan, Ko Kurikulum Dan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan tahun 2012 kategori Anugerah Cemerlang Badan Beruniform Kategori Bermasalah Pembelajaran Rendah di Dynasty Hotel Kuala Lumpur. Saya tidak dapat menemaninya kerana JPN Johor telah memilih Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah lain sebagai guru pengiring. Doa dan nasihat saya bekalkan buat beliau untuk pandai menjaga diri sendiri bersama guru-guru lain.
  • 12. Kepuasan jelas terserlah di wajah saya apabila saya telah berjaya membawa bintang ini sehingga peringkat ini memandangkan ini adalah tahun terakhir dia di sekolah saya. Namun, belum hilang penat, saya menerima surat jemputan sekali lagi untuk mengiringinya ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko Kurikulum Peringkat Kebangsaan 2013, beliau terpilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Ko Kurikulum Peringkat Kebangsaan 2013 di Dewan Wawasan 2020 Kangar Perlis. Saya menghabiskan masa bersama-sama dengannya, berbelanja di Padang Besar dan tidur bersama-sama dengannya di hotel Putra Palace Perlis. Saya mengambil peluang tersebut kerana itulah kali terakhir saya bersama dengannya kerana saya perlu menghadiri Kursus KSSR Pendidikan Khas Tahun 4 selama seminggu dia minggu terakhir persekolahan sesi 2013. Saya berpesan kepadanya agar tidak ponteng ke sekolah demi menghabiskan sisa-sisa persekolahannya di sekolah rendah tersebut. Rezeki buatnya, kerana dengan kelebihan yang ada pada dirinya, beliau telah pun menjelajah ke Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Perlis untuk menyertai pertandingan di peringkat negeri dan juga kebangsaan. Beliau juga telah dibawa untuk bercuti ke Universal Studio Singapore, Singapura di atas kecemerlangan beliau dalam bidang Sukan dan Ko kurikulum oleh Jabatan Pendidikan Khas Negeri Johor. Beliau menghadiahkan saya dengan persembahan tarian yang sangat menarik pada hari terakhir persekolahannya dalam Majlis Anugerah Cemerlang SK Jementah. Beliau menerima anugerah Tokoh Murid Pendidikan Khas SK Jementah di atas kejayaan dan kecemerlangan beliau dalam menaikkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan. Bintang bersinar yang saya gilapkan, telah meninggalkan kenangan manis buat saya dan dirinya dengan satu sudut buatnya di dalam Galeri Sejarah yang telah ditubuhkan di sekolah. Saya mendoakan agar beliau terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan mungkin boleh pergi ke peringkat antarabangsa pula. Selamat berjuang Bintang Ku…Nur Zaleha Binti Mohtar. Kenang daku dalam doamu. Saya begitu berbangga kerana saya telah berjaya menjadikan Nur Zaleha seorang bintang di bawah hasil didikan saya. Kemenjadian murid telah berjaya saya laksanakan. Sebab itulah saya berikan tajuk gambar ini Sesungguhnya Saya Begitu Berbangga kerana saya telah berjaya menjadi idol dan pendorong kepada kejayaan beliau dan merasa puas dengan kejayaan yang dikecapinya pada hari ini.
  • 13. Rujukan 1. Syarifah Alwiah Alsagoff (1984), Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur : Keinimen Education Book (Asia) Ltd. 2. Crow & Crow (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 3. Natalie Rathvon, The Ummotivated Child : Helping Your Underarchiever Become A Successful Student 4. Shahrul Arbaliah Othman, Norzaini Azman, Manisah Mohd Ali, (2008), Faktor Ibu Bapa Dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak : Kajian Kes Retrospektif MJLI Vol.5 . Universiti Kebangsaaan Malaysia. 5. Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP. 6. http ://www.taidinsuhaimin.com