SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
2.0 Penyataan Profesional
2.1 penyataan sebelum PBS
Pada awal March 2013 saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Seri Mawar
sebagai sekolah yang ingin saya laksanakan projek PBS pada awal bulan April.
Tanggal 21 March 2013, saya telah menghadiri taklimat PBS yang diadakan di
Bktp 5.06. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Sariza binti Said. Kami
sekelas telah diberi taklimat mengenai cara melaksanakan PBS di sekolah yang
telah kami pilih lokasinya.
Beliau telah menerangkan cara-cara untuk membuat refleksi, temu duga
dan cara untuk membuat laporan hasil dari projek yang diberikan oleh pensyarah.
Projek pertama bagi PBS ini, kami telah mendapat tugasan subjek FPK yang
merangkumi aspek kepimpinan sekolah, aktiviti kokurikulum, aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, budaya sekolah dan hubungan sekolah dan komuniti.
Beliau juga berpesan kepada kami untuk menjaga adab dan tingkah laku
sebagai seorang pelatih guru yang membawa nama pelajar Institut Pendidikan
Guru Kampus Pendidikan Islam. Selain itu, beliau juga turut memberi semangat
kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba pengalaman dan ilmu ketika
melaksanakan projek ini.
2.2 Laporan Ketika PBS
Hari pertama (1 April 2013)
Sampai sahaja di sekolah saya terus ke tapak perhimpunan untuk menyertai
perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin. Kedatangan saya
disambut oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Mohd Yasin bin
Rustam dengan memberikan saya lirik lagu Sekolah Seri Mawar untuk turut
menyanyi bersama-sama dan menjemput saya untuk duduk bersama-sama
guru-guru lain di hadapan murid-murid.
Perhimpunan dibuka oleh ketua pengawas sekolah dan diikuti dengan
ucapan guru bertugas selepas nyanyi Negaraku, Negeri Selangor dan lagu
sekolah. Guru bertugas pada minggu tersebut ialah En. Hairul Nizam b. Tauhed.
Beliau telah berucap mengenai “kepentingan masa” kepada murid-murid dan
melaporkan aktiviti yang berlaku sepanjang cuti sekolah seperti Kem Bestari
Solat yang diadakan ketika cuti. Selepas itu, beliau menjemput guru besar untuk
berucap. Guru besar iaitu Tn. Hj. Kamarol Zaki b. Abd Malik dalam ucapannya
menekankan aspek disiplin dalam pemakaian kepada murid-murid. Murid yang
tidak lengkap pakaiannya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh sekolah
telah didenda kerana mereka sudah diberi peringatan sebelum ini. Manakala
murid yang tidak hadir bagi program Kem Bestari Solat juga turut didenda.
Tugasan pertama yang saya lakukan ialah menyemak bacaan solat murid yang
tidak hadir kem kem tersebut.
Selepas itu, saya mendaftar diri di pejabat sekolah kepada En. Mohd
Yasin b. Rustam. Selepas melapor saya melapor diri, saya telah berkolaborasi
dengan beliau mengenai prasarana yang terdapat di sekolah dan mengambil
maklumat berkaitan dengan warga Sekolah Seri Mawar. Baliau juga ada
menceritakan tentang sejarah penubuhan sekolah dan menceritakan serba
sedikit peristiwa yang berlaku yang sekolah sepanjang perkhidmatan beliau.
Beliau telah memberikan saya seorang guru sebagai pembimbing saya ketika
membuat tugasan ini. Beliau juga telah memperkenalkan organisasi sekolah
kepada saya dan menghuraikan serba sedikit tugas yang dilakukan oleh
organisasi tersebut dari jawatan guru besar, guru, kakitangan dan murid-murid.
Setelah selesai perbincangan, beliau telah menempatkan saya di bilik guru atas
alasan supaya saya dapat bergaul dengan guru-guru lain dan mudah untuk
mendapatkan sebarang informasi yang berkaitan dengan projek saya.
Kemudian saya bertemu dengan guru pembimbing saya iaitu Puan
Suzana binti Mohd Musiran. Beliau merupakan seorang guru bahasa arab. Saya
telah berkolaborasi dengan beliau tentang cara pengajaran yang beliau
gunakan ketika mengajar. Selain itu, menerangkan pelaksanaan sistem KBSR
dan KSSR di sekolah tersebut. Setelah selesai perbincangan, saya telah
meminta izin kepada Ustazah Suzana untuk melihat cara pengajaran beliau dan
pembelajaran murid-murid dalam subjek bahasa arab. Hasil dari pemerhatian
saya, pelajar memberi tumpuan sepenuhnya pada awal pembelajaran namun
diakhir waktu, mereka mengantuk kerana faktor waktu tengah hari di mana
mereka sudah keletihan belajar. Saya juga dapati pelajar tahun enam ini
memahami isi pelajaran yang mereka belajar pada hari tersebut dan memberi
tindak balas apabila ditanya soalan.
Hari kedua (2 April 2013)
Fokus saya pada hari kedua ialah cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Saya telah pergi ke Prasekolah yang terdapat di dalam sekolah tersebut untuk
melihat cara pembelajaran dan pengajaran murid yang termuda di sekolah
tersebut. Murid-murid yang berada di situ berusia dari empat tahun hingga ke
enam tahun. Guru Prasekolah iaitu Puan Saliha binti Mohd Nor telah memberi
sedikit maklumat tentang murid-murid dan aktiviti yang dilakukan oleh murid-
murid ketika berada di sekolah. Saya sangat kagum dengan Cikgu Saliha
kerana baliau boleh mengawal 27 orang murid seorang murid dan setiap
arahannya didengar dan dipatuhi oleh murid-murid. Antara aktiviti yang
dilaksanakan di prasekolah tersebut selain belajar di dalam kelas ialah
melakukan senaman seminggu sekali dan berkebun di luar kelas. Saya sangat
teruja apabila dapat melihat kanak-kanak yang berumur empat hingga enam
tahun ini boleh melaksanakan kerja berkebun seperti menanam pokok,
menyiram pokok, mencabut rumput dan menggembur tanah. Mereka juga telah
diamanahkan untuk menyiram pokok setiap hari mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Dari aktiviti ini saya dapat melihat sikap kepimpinan dalam diri
murid-murid di samping mereka dapat menyihatkan badan dengan aktiviti
berkebun ini.
Tambahan lagi, saya telah pergi ke kelas pendidikan khas untuk melihat
cara pembelajaran murid istimewa. Di sekolah ini kelas pendidikan yang
disediakan ialah murid-murid pendidikan khas yang bermasalah dalam
pembelajaran. Terdapat tiga kelas yang disediakan dan cara pembelajaran
setiap kelas juga adalah berbeza. Murid pendidikan khas ini belajar lebih
kepada kemahiran hidup dan sedikit sahaja subjek akademik yang mereka
pelajari. Antara aktiviti yang mereka lakukan ialah membuat kerongsang dan
hasilnya dijual kepada warga sekolah. Selain itu mereka juga belajar berkebun,
memasak, melakukan aktiviti kendiri dan bermain di padang. Murid-murid dan
guru mempunyai hubungan yang sangat rapat kerana kanak-kanak istimewa ini
sangat dahaga kasih sayang untuk memberi sokongan kepada mereka dalam
mengharungi kehidupan yang serba kekurangan. Saya telah berkolaborasi
dengan Puan Zaiti Ezayu binti Md. Yusof selaku salah seorang guru pendidikan
khas di situ. Menurut Cikgu Zaiti, murid-murid istimewa ini diberi elauan setiap
bulan untuk menampung keperluan mereka. Cikgu Zaiti juga memberitahu
kepada saya cara mengenal pasti kanak-kanak yang istimewa ini dengan
pengesahan doktor sebelum masuk ke dalam kelas pendidikan khas ini. murid
pendidikan khas ini juga mempunyai aktiviti kokurikulum dan menyertai
beberapa pertandingan di peringkat daerah dan negeri seperti murid lain tetapi
dalam kategori murid pendidikan khas. Ketika membuat pemerhatian ke atas
murid istimewa ini, saya berasa sedih melihat keadaan mereka tetapi dalam
masa yang sama saya berasa bersyukur kerana saya dilahirkan dengan fizikal
dan intelek yang sempurna.
Kesimpulannya, cara pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh
guru terhadap tahap dan situasi pelajar adalah berbeza. Kandungan dan sistem
yang digunakan adalah berbeza serta objek pembelajaran juga berbeze setiap
tahap. Terdapat empat jenis cara pembelajaran iaitu prasekolah, pendidikan
khas, tahun satu dan dua yang menggunakan KSSR dan tahun tiga hingga
enam menggunkan KBSR.
Selain itu, saya telah berkolaborasi dengan En. Hairul Nizam b. Tauhed
berkaitan dengan isu hubungan sekolah dengan komuniti. Cikgu Nizam
menceritakan hubungan ibu bapa dengan guru yang lebih kepada PIBG. Beliau
juga ada menghuraikan program “SARANA” iaitu Sarana Ibu Bapa dan Sarana
Sekolah peringkat kebangsaan dilancar hari ini sebagai inisiatif untuk
menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat
bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah. Hubungan
antara ibu bapa dan guru sangat rapat di mana ibu bapa sering membuat aktivit
di sekolah bersama guru-guru untuk murid-murid seperti hari sukan yang
disertakan dengan hari kantin sekali, majlis tandatangan keputusan peperiksaan,
sambutan hari guru setiap 13 Mei, majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk
pelajar tahun enam yang akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah
Rendah(UPSR) dan aktiviti gotong-royong. Ibu bapa di kawasan ini sangat
memberi kerjasama dan komitmen dalam melakukan aktiviti yang melibatkan
PIBG. Selain itu, Cikgu Nizam juga memaklumkan bahawa ada beberapa badan
NGO yang datang ke sekolah untuk memberikan perkhidmatan seperti jabatan
kesihatan yang akan memeriksa tahap kesihatan gigi murid-murid dan
diselesaikan mengikut tahap masalah masing-masing secara percuma.
Tambahan lagi, pihak bomba juga datang ke sekolah untuk membuat simulasi
kebakaran untuk mendedahkan cara menyelamatkan diri kepada pelajar jika
terjadi kebakaran.
Hari ketiga (3 April 2013)
Saya telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn.
Rohana binti Jin dan menemu ramah beliau berkaitan dengan aktiviti
kokurikulum murid dan juga guru. Beliau telah memaklumkan beberapa tahap
pencapaian yang telah dicapai oleh murid-murid dan menyebut beberapa
anugerah yang pernah dirangkul oleh murid di sekolah ini. selain itu, beliau
menerangkan cara pelaksanaan hari Kokurikulum yang dibuat setiap Rabu
petang dan menyebut nama-nama persatuan, unit uniform dan permainan yang
diadakan di sekolah. Menurut beliau murid-murid di sekolah ini mempunyai satu
semangat ingin mencuba perkara baru yang sangat tinggi. Mereka berlumba-
lumba untuk memasuki pertandingan yang dianjurkan di peringkat daerah dan
peringkat negeri walaupun kadangkala murid ini tidak mempunyai pengalaman
tentang pertandingan yang ingin disertainya. Maka tugas guru adalah mengajar
dan mencungkil bakat murid-murid untuk membentuk mereka menjadi murid
yang berketerampilan dan boleh bersaing dengan murid-murid di sekolah lain di
peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Ketika saya melaksanakan
projek ini, murid-murid di sekolah ini sedang sibuk menjalankan latihan bola
baling dan bola sepak setiap hari. Mereka juga membuat perlawanan
persahabatan dengan sekolah lain utntuk memantapkan “skill” mereka dan
seterusnya memupuk sikap daya saing dalam kumpulan dengan kumpulan dari
sekolah lain.
Saya juga telah melihat kelengkapan ICT di semua kelas. Saya dapati
kelas-kelas yang ada tidak mempunyai kelengkapan ICT seperti LCD. Maka
saya pergi ke makmal komputer untuk mendapatkan maklumat lanjut. Saya
telah menemu ramah juruteknik komputer untuk mengetahui maklumat tentang
kelengkapan ICT di sekolah dan kadar penggunaannya. Menurut En. Mohd
Firdaus b. Roslan iaitu juruteknik komputer, alatan seperti LCD hanya terdapat
di makmal komputer sahaja setakat ini. maka guru-guru yang ingin
menggunakan kelengkapan ICT ini, mereka perlu menempah penggunaan
makmal tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan. Di makmal komputer itu
terdapat kemudahan internet yang menggunakan sistem “Zoom” secare
wireless . kelebihan sistem ini ialah ramai guru dan murid boleh mendapat line
internet tetapi ia juga ada kelemahan di mana kadangkala line internet sangat
lambat disaat diperlukan untuk menggunakannya bagi perkara yang mustahak.
Hal ini berlaku kerana faktor pencawang yang jauh dari sekolah.
Memandangkan jumlah murid di sekolah ini sedikit, maka jumlah komputer di
makmal komputer cukup untuk menampung penggunaan pelajar. walaupun
murid-murid ini hidup di kawasan luar bandar namun mereka ini tidak buta IT.
Buktinya mereka boleh menggunakan komputer dengan baik.
Selain itu, saya telah melihat gelagat murid-murid ketika waktu rehat di
kantin sekolah. Di sekolah ini ada menyediakan bantuan Rancangan Makanan
Tambahan(RMT) kepada murid-murid yang berkelayakan mengikut syarat-
syarat yang ditetapkan. RMT ini diberikan makanan percuma di waktu rehat
kepada murid-murid yang terpilih sahaja. manakala murid yang lain membeli
makanan yang dijual di kantin. Saya tertarik dengan budaya yang diterapkan di
dalam diri murid-murid di sekolah ini. mereka akan memberi salam kepada
guru-guru dan bersalaman mengikut jantina. Seain itu, meraka juga
menghabiskan waktu rehat mereka dengan membaca buku di ruang bacaan
yang disediakan di kantin dan beberapa sudut di kawasan sekolah selain di
perpustakaan. Jumlah pelajar yang memperoleh RMT ialah seramai 69 orang.
Tambahan lagi, mereka yang mendapat RMT ini diberi vitamin 1 Malaysia sebiji
seorang setiap hari Isnin hingga Rabu selepas waktu rehat yang akan diberikan
oleh guru mereka.
Di waktu petang pula, saya datang ke sekolah untuk melihat aktiviti
kokurikulum yang dilaksanakan oleh murid-murid dan guru bermula pada jam
3.30 petang. Sesi pertama, mereka telah masuk ke dalam kelas-kelas yang
ditetapkan mengikut persatuan masing-masing dan dipantau oleh guru
pembimbing masing-masing. Semasa saya melihat aktiviti yang dijalankan, saya
lihat setiausaha persatuan yang terdiri dari murid mengisi buku laporan kegiatan.
Saya sangat kagum kerana di usia awal lagi murid sudah didedahkan dengan
kerja-kerja kesetiausahaan. Sesi Pertama berakhir pada jam 4.30 petang.
Selepas itu, semua murid dan guru menuju ke surau untuk menunaikan solat
Asar secara berjemaah. Selepas itu bermula sesi kedua aktiviti kokurikulum
tetapi cuaca tidak mengizinkan apabila cuaca seperti hendak hujan ketika itu.
Maka semua murid diminta masuk ke dalam dewan dan guru mengadakan
pertandingan permainan “pisang goreng” antara murid lelaki dan perempuan.
Saya begitu terhibur kerana geli hati melihat mereka bermain. Melalui
permainan ini sifat kerjasama sangat menonjol antara kumpulan. Selain itu,
permainan ini memupuk semangat kerjasama dan kesepaduan pendapat untuk
memenangi pertandingan ini. aktivi kokurikulum ini berakhr pada jam 5.30
petang.
Hari keempat (4 April 2013)
Ketika saya duduk di bilik guru, saya tertarik melihat seorang guru sedang
mendengar bacaan murid tahun satu. Maka saya menemu bual beliau. Menurut
Puan Hamidah binti Mohamad Isa selaku guru bahasa Melayu dan matematik
tahun satu, beliau sedang melaksanakan program Literacy And
Numeracy(LINUS) yang diperkenalkan oleh menteri pendidikan iaitu Tan Sri
Muhyiddin Musa. Maka guru-guru yang mengajar subjek bahasa Melayu perlu
mengenal pasti murid yang sudah menguasai kemahiran membaca dan
mengira dengan betul dan lancar. Cikgu Hamidah telah memanggil seorang
demi seorang murid tahun satu untuk membaca di hadapannya. Selain itu, saya
juga telah melihat cara Cikgu Hamidah mengajar tahun satu mengikut sistem
KSSR dalam subjek bahasa Melayu. Tajuk yang diajar ialah makanan seimbang.
Cikgu Hamidah menggunakan kad imbasan dalam kaedah pengajarannya.
Selepas menerangkan kepada murid-murid tentang makanan seimbang, murid
dikehendaki mengelaskan makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat
menggunakan kad imbasan dan dilekatkan di papan putih. Di akhir
pembelajaran, Cikgu Hamidah memberi muridnya latihan sebagai pengukuhan
yang dibuat di dalam buku tulis berkaitan dengan tajuk yang di ajar. Hasil dari
pemerhatian saya, murid memberi respon yang sangat bagus terhadap
pengajaran Cikgu Hamidah dan diakhir pembelajaran mereka dapat
membezakan makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat. Selepas
membuat pemerhatian, saya dapat simpulkan bahawa kaedah yang digunakan
oleh Cikgu Hamidah dalam pengajaran berdasarkan KSSR dan pengajaran
Ustazah Suzana berdasarkan KBSR adalah mempunyai sedikit perbezaan.
Selain itu, saya telah menemu bual pengawal keselamatan yang bertugas
menjaga keselamatan sekolah. Pengurusan pengawal ini adalah di bawah
tanggungan pihak swasta yang mengambil tender selama dua tahun iaitu di
bawah syarikat Kawalan Sanubari Sdn.Bhd. Menurut pengawal yang saya temu
bual, waktu murid datang ke sekolah bermula jam 6.30 pagi. Murid yang datang
awal ini dihantar oleh ibu bapa mereka yang bekerja jauh dari sekolah. Waktu
pengawal bertugas pula menggunakan sistem “shift”. Waktu bekerja bagi
pengawal ialah bermula 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Menurut pengawal
iaitu Encik Mohd Sukri bin Halim, setakat perkhidmatan beliau tiada kemalangan
yang terjadi di sekolah ini kerana sekolah terletak di kawasan dalam jauh dari
jalan utama dan kawasan sekolah juga setakat ini berada dalam keadaan
selamat.
Hari kelima (5 April 2013)
Pada hari terakhir saya lebih banyak meluangkan masa bersama pelajar
sekolah sebelum meninggalkan sekolah. Saya telah menemu bual seorang
murid yang mempunyai jawatan sebagai seorang pengawas. Menurut Nurul
Aaina Afiqah binti Rosli, antara tugas seorang pengawas ialah menjaga kelas
ketika guru bermesyuarat, memastikan murid beratur setiap pagi di hadapan
kelas untuk membaca doa dan mendengar pengumuman dari guru sekiranya
ada, menjaga barisan untuk membeli di kantin, menyusun basikal di garaj
basikal, membaca doa setiap pagi, menguruskan perhimpunan pada setiap hari
Isnin dan memastikan murid-murid menurut semua peraturan sekolah. Melalui
pemerhatian saya dan kolaborasi saya bersama murid ini, saya dapati murid-
murid sekolah ini berkepimpinan dan berketerampilan. Walaupun masih di usia
muda, mereka berani untuk tampil ke hadapan dan semuanya ringan tulang
untuk menolong guru-guru apabila diminta pertolongan.
Setelah itu saya meronda seluruh kawasan sekolah untuk melihat
keadaan sekolah untuk kali terakhir. Suasana sekolah sangat tenang kerana
sekolah in terletak di kawasan kampung. Udaranya sangat nyaman dan saya
berasa selesa untuk murid-murid belajar. Selain itu, saya dapati sekolah ini
mempunyai banyak taman bunga di sekitar kawasan sekolah. Antaranya taman
herba, taman bunga, taman permainan, taman untuk sudut membaca dan
landskap. Di hadapan sekolah terdapat replika bunga mawar yang sangat besar
melambangkan asal usul nama sekolah dari bunga mawar yang berwarna
merah. Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum, taman –taman ini
dipertanggungjawabkan kepada persatuan-persatuan sebagai taman angkat
dan mereka juga mengadakan pertandingan untuk taman yang paling cantik
antara taman-taman yang ada di kawasan sekolah.
Sebelum pulang, saya telah berjumpa dengan guru-guru dan bergambar
dengan mereka. Walaupun kami hanya kenal selama seminggu sahaja namun
keakraban dan layanan guru-guru kepada saya seperti sebuah keluarga, saya
berasa sedih untuk meninggalkan sekolah. Selepas itu saya berjumpa dengan
Encik Mohd Yasin bin Rustam untuk mengambil borang kehadiran dan laporan
tentang tingkah laku saya selama saya melaksanakan projek PBS ini. beliau
telah mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada saya kerana sudi
memilih Sekolah Seri Mawar sebagai tempat untuk melaksanakan projek PBS.
Saya telah memberikan cenderahati kepada pihak sekolah tanda terima kasih
kerana mengizinkan saya melaksanakan projek PBS di sekolah itu dan
memberikan kerjasama yang baik kepada saya. Sebelum meminta diri untuk
pulang, beliau memberi beberapa pesanan dan kata-kata semangat untuk saya
berusaha bersungguh-sungguh dalam meniti cabaran sebagai pelatih guru
untuk menjadi guru pada masa hadapan yang pelbagai cabaran perlu saya
tempuhi. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan saya pada masa akan datang
untuk membuat projek di sekolah itu lagi dan beliau juga menyatakan harapan
supaya saya dapat mengajar di sekolah itu pada suatu hari nanti.
Pengalaman dan ilmu yang saya dapat selama lima hari ini sangat
berharga yang tidak boleh saya beli di tempat lain. Semoga projek PBS ini
dapat membentuk saya untuk menjadi pelatih guru yang bersedia untuk menjadi
seorang guru yang berkaliber dengan pengalaman yang dilalui sepanjang
melaksanakan PBS ini. saya juga berharap agar saya dapat melaksanakan
projek ini lagi pada masa akan datang.
Laporan selepas projek PBS
Selepas pulang dari sekolah, saya telah mengumpul semua maklumat yang
saya peroleh ketika melakukan projek PBS di sekolah untuk dibuat laporan dan
difailkan di dalam satu fail sebelum diserahkan kepada pensyarah pembimbing
selepas dua minggu melaksanakan projek PBS. Saya telah menganalisis
semua maklumat yang diperoleh dan dipindahkan dalam bentuk laporan.
Borang temu bual dan dan refleksi yang diberi oleh pensyarah pembimbing
sangat membantu saya untuk membuat rujukan ketika membuat laporan kerana
saya bukan komputer yang boleh menyimpan berjuta-juta maklumat. Maka saya
merujuk kepada catatan yang saya buat ketika berada di sekolah. Saya teringat
akan kata-kata Cikgu Hairul Nizam dalam ucapan beliau di perhimpunan
kepada murid-murid pada hari pertama saya sampai di sekolah itu. Menurut
pepatah cina “sekabur-kabur tulisan adalah sekuat-kuat ingatan”. Kata-kata ini
telah terbukti ketika saya membuat laporan tentang projek PBS ini. walaupun
ada beberapa catatan yang kabur ketika menemu bual, namun ia tetap
membantu saya memberikan beberapa maklumat. Saya berharap saya dapat
buat yang lebih baik pada projek PBS yang akan datang.

More Related Content

What's hot

Kertas kerja program transisi tahun 1 2017
Kertas kerja program transisi tahun 1 2017Kertas kerja program transisi tahun 1 2017
Kertas kerja program transisi tahun 1 2017Ant Semut
 
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015Fakhriah siti
 
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 - 2014
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 - 2014PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 - 2014
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 - 2014Eja Jaafar
 
Contoh folio sejarah tingkatan 1
Contoh folio sejarah tingkatan 1 Contoh folio sejarah tingkatan 1
Contoh folio sejarah tingkatan 1 Ida Danial
 
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018fr_awe88
 
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015Mohd Jaludin
 
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015Eja Jaafar
 
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1PAKLONG CIKGU
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014norhaliza76
 
Buku pengurusan 2009
Buku pengurusan 2009Buku pengurusan 2009
Buku pengurusan 2009saadiahbt3
 
Minggu transisi pelajar tahun 1 2012
Minggu transisi pelajar tahun 1 2012Minggu transisi pelajar tahun 1 2012
Minggu transisi pelajar tahun 1 2012Julia Anap
 
Documentation
DocumentationDocumentation
Documentationpokcik23
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Najwa Norizam
 
buku pengurusan sktkk 2 2017
 buku pengurusan sktkk 2 2017 buku pengurusan sktkk 2 2017
buku pengurusan sktkk 2 2017kim ha
 
Buku program motivasi th 5&6
Buku program  motivasi th 5&6Buku program  motivasi th 5&6
Buku program motivasi th 5&6Suryati Said
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-142129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1Zhu Miqael
 

What's hot (20)

Kertas kerja program transisi tahun 1 2017
Kertas kerja program transisi tahun 1 2017Kertas kerja program transisi tahun 1 2017
Kertas kerja program transisi tahun 1 2017
 
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015
 
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 - 2014
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 - 2014PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 - 2014
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 - 2014
 
Contoh folio sejarah tingkatan 1
Contoh folio sejarah tingkatan 1 Contoh folio sejarah tingkatan 1
Contoh folio sejarah tingkatan 1
 
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
 
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
 
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
Kertas kerja program kembara lulus cemerlang upsr 2015
 
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
 
Buku pengurusan 2009
Buku pengurusan 2009Buku pengurusan 2009
Buku pengurusan 2009
 
Minggu transisi pelajar tahun 1 2012
Minggu transisi pelajar tahun 1 2012Minggu transisi pelajar tahun 1 2012
Minggu transisi pelajar tahun 1 2012
 
Documentation
DocumentationDocumentation
Documentation
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
 
Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)
 
buku pengurusan sktkk 2 2017
 buku pengurusan sktkk 2 2017 buku pengurusan sktkk 2 2017
buku pengurusan sktkk 2 2017
 
Buku program motivasi th 5&6
Buku program  motivasi th 5&6Buku program  motivasi th 5&6
Buku program motivasi th 5&6
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Kertas kerja 1
Kertas kerja 1Kertas kerja 1
Kertas kerja 1
 
Isu di sekolah
Isu di sekolahIsu di sekolah
Isu di sekolah
 
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-142129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
 

Similar to Profesional

Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1iyiriz
 
Laporan Kendiri OPKIM 2014
Laporan Kendiri OPKIM 2014Laporan Kendiri OPKIM 2014
Laporan Kendiri OPKIM 2014Nursyaza Damia
 
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-666622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6Siti Saripah Mashud
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguSyafiqah Mohamed Noor
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahFina Finaie
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaDurratul Aini
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaNurul Akmal
 
Implikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioImplikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioNorfiza Bulka
 
Penyataan profesional
Penyataan profesionalPenyataan profesional
Penyataan profesionalnzismail
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emiliaAdi' Mal
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emiliaAdi' Mal
 

Similar to Profesional (20)

Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
 
Laporan Kendiri OPKIM 2014
Laporan Kendiri OPKIM 2014Laporan Kendiri OPKIM 2014
Laporan Kendiri OPKIM 2014
 
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-666622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Photo talk
Photo talkPhoto talk
Photo talk
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
 
Ulasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPKUlasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPK
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Hal ehwal murid
Hal ehwal muridHal ehwal murid
Hal ehwal murid
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolah
 
Anjakan feb 2015
Anjakan feb 2015Anjakan feb 2015
Anjakan feb 2015
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
 
Implikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioImplikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosio
 
Penyataan profesional
Penyataan profesionalPenyataan profesional
Penyataan profesional
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emilia
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emilia
 
T1 a4
T1 a4T1 a4
T1 a4
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 

Profesional

  • 1. 2.0 Penyataan Profesional 2.1 penyataan sebelum PBS Pada awal March 2013 saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Seri Mawar sebagai sekolah yang ingin saya laksanakan projek PBS pada awal bulan April. Tanggal 21 March 2013, saya telah menghadiri taklimat PBS yang diadakan di Bktp 5.06. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Sariza binti Said. Kami sekelas telah diberi taklimat mengenai cara melaksanakan PBS di sekolah yang telah kami pilih lokasinya. Beliau telah menerangkan cara-cara untuk membuat refleksi, temu duga dan cara untuk membuat laporan hasil dari projek yang diberikan oleh pensyarah. Projek pertama bagi PBS ini, kami telah mendapat tugasan subjek FPK yang merangkumi aspek kepimpinan sekolah, aktiviti kokurikulum, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, budaya sekolah dan hubungan sekolah dan komuniti. Beliau juga berpesan kepada kami untuk menjaga adab dan tingkah laku sebagai seorang pelatih guru yang membawa nama pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Selain itu, beliau juga turut memberi semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba pengalaman dan ilmu ketika melaksanakan projek ini. 2.2 Laporan Ketika PBS Hari pertama (1 April 2013) Sampai sahaja di sekolah saya terus ke tapak perhimpunan untuk menyertai perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin. Kedatangan saya disambut oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Mohd Yasin bin Rustam dengan memberikan saya lirik lagu Sekolah Seri Mawar untuk turut menyanyi bersama-sama dan menjemput saya untuk duduk bersama-sama guru-guru lain di hadapan murid-murid.
  • 2. Perhimpunan dibuka oleh ketua pengawas sekolah dan diikuti dengan ucapan guru bertugas selepas nyanyi Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah. Guru bertugas pada minggu tersebut ialah En. Hairul Nizam b. Tauhed. Beliau telah berucap mengenai “kepentingan masa” kepada murid-murid dan melaporkan aktiviti yang berlaku sepanjang cuti sekolah seperti Kem Bestari Solat yang diadakan ketika cuti. Selepas itu, beliau menjemput guru besar untuk berucap. Guru besar iaitu Tn. Hj. Kamarol Zaki b. Abd Malik dalam ucapannya menekankan aspek disiplin dalam pemakaian kepada murid-murid. Murid yang tidak lengkap pakaiannya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh sekolah telah didenda kerana mereka sudah diberi peringatan sebelum ini. Manakala murid yang tidak hadir bagi program Kem Bestari Solat juga turut didenda. Tugasan pertama yang saya lakukan ialah menyemak bacaan solat murid yang tidak hadir kem kem tersebut. Selepas itu, saya mendaftar diri di pejabat sekolah kepada En. Mohd Yasin b. Rustam. Selepas melapor saya melapor diri, saya telah berkolaborasi dengan beliau mengenai prasarana yang terdapat di sekolah dan mengambil maklumat berkaitan dengan warga Sekolah Seri Mawar. Baliau juga ada menceritakan tentang sejarah penubuhan sekolah dan menceritakan serba sedikit peristiwa yang berlaku yang sekolah sepanjang perkhidmatan beliau. Beliau telah memberikan saya seorang guru sebagai pembimbing saya ketika membuat tugasan ini. Beliau juga telah memperkenalkan organisasi sekolah kepada saya dan menghuraikan serba sedikit tugas yang dilakukan oleh organisasi tersebut dari jawatan guru besar, guru, kakitangan dan murid-murid. Setelah selesai perbincangan, beliau telah menempatkan saya di bilik guru atas alasan supaya saya dapat bergaul dengan guru-guru lain dan mudah untuk mendapatkan sebarang informasi yang berkaitan dengan projek saya. Kemudian saya bertemu dengan guru pembimbing saya iaitu Puan Suzana binti Mohd Musiran. Beliau merupakan seorang guru bahasa arab. Saya telah berkolaborasi dengan beliau tentang cara pengajaran yang beliau gunakan ketika mengajar. Selain itu, menerangkan pelaksanaan sistem KBSR
  • 3. dan KSSR di sekolah tersebut. Setelah selesai perbincangan, saya telah meminta izin kepada Ustazah Suzana untuk melihat cara pengajaran beliau dan pembelajaran murid-murid dalam subjek bahasa arab. Hasil dari pemerhatian saya, pelajar memberi tumpuan sepenuhnya pada awal pembelajaran namun diakhir waktu, mereka mengantuk kerana faktor waktu tengah hari di mana mereka sudah keletihan belajar. Saya juga dapati pelajar tahun enam ini memahami isi pelajaran yang mereka belajar pada hari tersebut dan memberi tindak balas apabila ditanya soalan. Hari kedua (2 April 2013) Fokus saya pada hari kedua ialah cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Saya telah pergi ke Prasekolah yang terdapat di dalam sekolah tersebut untuk melihat cara pembelajaran dan pengajaran murid yang termuda di sekolah tersebut. Murid-murid yang berada di situ berusia dari empat tahun hingga ke enam tahun. Guru Prasekolah iaitu Puan Saliha binti Mohd Nor telah memberi sedikit maklumat tentang murid-murid dan aktiviti yang dilakukan oleh murid- murid ketika berada di sekolah. Saya sangat kagum dengan Cikgu Saliha kerana baliau boleh mengawal 27 orang murid seorang murid dan setiap arahannya didengar dan dipatuhi oleh murid-murid. Antara aktiviti yang dilaksanakan di prasekolah tersebut selain belajar di dalam kelas ialah melakukan senaman seminggu sekali dan berkebun di luar kelas. Saya sangat teruja apabila dapat melihat kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun ini boleh melaksanakan kerja berkebun seperti menanam pokok, menyiram pokok, mencabut rumput dan menggembur tanah. Mereka juga telah diamanahkan untuk menyiram pokok setiap hari mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dari aktiviti ini saya dapat melihat sikap kepimpinan dalam diri murid-murid di samping mereka dapat menyihatkan badan dengan aktiviti berkebun ini.
  • 4. Tambahan lagi, saya telah pergi ke kelas pendidikan khas untuk melihat cara pembelajaran murid istimewa. Di sekolah ini kelas pendidikan yang disediakan ialah murid-murid pendidikan khas yang bermasalah dalam pembelajaran. Terdapat tiga kelas yang disediakan dan cara pembelajaran setiap kelas juga adalah berbeza. Murid pendidikan khas ini belajar lebih kepada kemahiran hidup dan sedikit sahaja subjek akademik yang mereka pelajari. Antara aktiviti yang mereka lakukan ialah membuat kerongsang dan hasilnya dijual kepada warga sekolah. Selain itu mereka juga belajar berkebun, memasak, melakukan aktiviti kendiri dan bermain di padang. Murid-murid dan guru mempunyai hubungan yang sangat rapat kerana kanak-kanak istimewa ini sangat dahaga kasih sayang untuk memberi sokongan kepada mereka dalam mengharungi kehidupan yang serba kekurangan. Saya telah berkolaborasi dengan Puan Zaiti Ezayu binti Md. Yusof selaku salah seorang guru pendidikan khas di situ. Menurut Cikgu Zaiti, murid-murid istimewa ini diberi elauan setiap bulan untuk menampung keperluan mereka. Cikgu Zaiti juga memberitahu kepada saya cara mengenal pasti kanak-kanak yang istimewa ini dengan pengesahan doktor sebelum masuk ke dalam kelas pendidikan khas ini. murid pendidikan khas ini juga mempunyai aktiviti kokurikulum dan menyertai beberapa pertandingan di peringkat daerah dan negeri seperti murid lain tetapi dalam kategori murid pendidikan khas. Ketika membuat pemerhatian ke atas murid istimewa ini, saya berasa sedih melihat keadaan mereka tetapi dalam masa yang sama saya berasa bersyukur kerana saya dilahirkan dengan fizikal dan intelek yang sempurna. Kesimpulannya, cara pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru terhadap tahap dan situasi pelajar adalah berbeza. Kandungan dan sistem yang digunakan adalah berbeza serta objek pembelajaran juga berbeze setiap tahap. Terdapat empat jenis cara pembelajaran iaitu prasekolah, pendidikan khas, tahun satu dan dua yang menggunakan KSSR dan tahun tiga hingga enam menggunkan KBSR.
  • 5. Selain itu, saya telah berkolaborasi dengan En. Hairul Nizam b. Tauhed berkaitan dengan isu hubungan sekolah dengan komuniti. Cikgu Nizam menceritakan hubungan ibu bapa dengan guru yang lebih kepada PIBG. Beliau juga ada menghuraikan program “SARANA” iaitu Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat kebangsaan dilancar hari ini sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah. Hubungan antara ibu bapa dan guru sangat rapat di mana ibu bapa sering membuat aktivit di sekolah bersama guru-guru untuk murid-murid seperti hari sukan yang disertakan dengan hari kantin sekali, majlis tandatangan keputusan peperiksaan, sambutan hari guru setiap 13 Mei, majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk pelajar tahun enam yang akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan aktiviti gotong-royong. Ibu bapa di kawasan ini sangat memberi kerjasama dan komitmen dalam melakukan aktiviti yang melibatkan PIBG. Selain itu, Cikgu Nizam juga memaklumkan bahawa ada beberapa badan NGO yang datang ke sekolah untuk memberikan perkhidmatan seperti jabatan kesihatan yang akan memeriksa tahap kesihatan gigi murid-murid dan diselesaikan mengikut tahap masalah masing-masing secara percuma. Tambahan lagi, pihak bomba juga datang ke sekolah untuk membuat simulasi kebakaran untuk mendedahkan cara menyelamatkan diri kepada pelajar jika terjadi kebakaran. Hari ketiga (3 April 2013) Saya telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn. Rohana binti Jin dan menemu ramah beliau berkaitan dengan aktiviti kokurikulum murid dan juga guru. Beliau telah memaklumkan beberapa tahap pencapaian yang telah dicapai oleh murid-murid dan menyebut beberapa anugerah yang pernah dirangkul oleh murid di sekolah ini. selain itu, beliau menerangkan cara pelaksanaan hari Kokurikulum yang dibuat setiap Rabu petang dan menyebut nama-nama persatuan, unit uniform dan permainan yang
  • 6. diadakan di sekolah. Menurut beliau murid-murid di sekolah ini mempunyai satu semangat ingin mencuba perkara baru yang sangat tinggi. Mereka berlumba- lumba untuk memasuki pertandingan yang dianjurkan di peringkat daerah dan peringkat negeri walaupun kadangkala murid ini tidak mempunyai pengalaman tentang pertandingan yang ingin disertainya. Maka tugas guru adalah mengajar dan mencungkil bakat murid-murid untuk membentuk mereka menjadi murid yang berketerampilan dan boleh bersaing dengan murid-murid di sekolah lain di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Ketika saya melaksanakan projek ini, murid-murid di sekolah ini sedang sibuk menjalankan latihan bola baling dan bola sepak setiap hari. Mereka juga membuat perlawanan persahabatan dengan sekolah lain utntuk memantapkan “skill” mereka dan seterusnya memupuk sikap daya saing dalam kumpulan dengan kumpulan dari sekolah lain. Saya juga telah melihat kelengkapan ICT di semua kelas. Saya dapati kelas-kelas yang ada tidak mempunyai kelengkapan ICT seperti LCD. Maka saya pergi ke makmal komputer untuk mendapatkan maklumat lanjut. Saya telah menemu ramah juruteknik komputer untuk mengetahui maklumat tentang kelengkapan ICT di sekolah dan kadar penggunaannya. Menurut En. Mohd Firdaus b. Roslan iaitu juruteknik komputer, alatan seperti LCD hanya terdapat di makmal komputer sahaja setakat ini. maka guru-guru yang ingin menggunakan kelengkapan ICT ini, mereka perlu menempah penggunaan makmal tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan. Di makmal komputer itu terdapat kemudahan internet yang menggunakan sistem “Zoom” secare wireless . kelebihan sistem ini ialah ramai guru dan murid boleh mendapat line internet tetapi ia juga ada kelemahan di mana kadangkala line internet sangat lambat disaat diperlukan untuk menggunakannya bagi perkara yang mustahak. Hal ini berlaku kerana faktor pencawang yang jauh dari sekolah. Memandangkan jumlah murid di sekolah ini sedikit, maka jumlah komputer di makmal komputer cukup untuk menampung penggunaan pelajar. walaupun murid-murid ini hidup di kawasan luar bandar namun mereka ini tidak buta IT. Buktinya mereka boleh menggunakan komputer dengan baik.
  • 7. Selain itu, saya telah melihat gelagat murid-murid ketika waktu rehat di kantin sekolah. Di sekolah ini ada menyediakan bantuan Rancangan Makanan Tambahan(RMT) kepada murid-murid yang berkelayakan mengikut syarat- syarat yang ditetapkan. RMT ini diberikan makanan percuma di waktu rehat kepada murid-murid yang terpilih sahaja. manakala murid yang lain membeli makanan yang dijual di kantin. Saya tertarik dengan budaya yang diterapkan di dalam diri murid-murid di sekolah ini. mereka akan memberi salam kepada guru-guru dan bersalaman mengikut jantina. Seain itu, meraka juga menghabiskan waktu rehat mereka dengan membaca buku di ruang bacaan yang disediakan di kantin dan beberapa sudut di kawasan sekolah selain di perpustakaan. Jumlah pelajar yang memperoleh RMT ialah seramai 69 orang. Tambahan lagi, mereka yang mendapat RMT ini diberi vitamin 1 Malaysia sebiji seorang setiap hari Isnin hingga Rabu selepas waktu rehat yang akan diberikan oleh guru mereka. Di waktu petang pula, saya datang ke sekolah untuk melihat aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan oleh murid-murid dan guru bermula pada jam 3.30 petang. Sesi pertama, mereka telah masuk ke dalam kelas-kelas yang ditetapkan mengikut persatuan masing-masing dan dipantau oleh guru pembimbing masing-masing. Semasa saya melihat aktiviti yang dijalankan, saya lihat setiausaha persatuan yang terdiri dari murid mengisi buku laporan kegiatan. Saya sangat kagum kerana di usia awal lagi murid sudah didedahkan dengan kerja-kerja kesetiausahaan. Sesi Pertama berakhir pada jam 4.30 petang. Selepas itu, semua murid dan guru menuju ke surau untuk menunaikan solat Asar secara berjemaah. Selepas itu bermula sesi kedua aktiviti kokurikulum tetapi cuaca tidak mengizinkan apabila cuaca seperti hendak hujan ketika itu. Maka semua murid diminta masuk ke dalam dewan dan guru mengadakan pertandingan permainan “pisang goreng” antara murid lelaki dan perempuan. Saya begitu terhibur kerana geli hati melihat mereka bermain. Melalui permainan ini sifat kerjasama sangat menonjol antara kumpulan. Selain itu, permainan ini memupuk semangat kerjasama dan kesepaduan pendapat untuk
  • 8. memenangi pertandingan ini. aktivi kokurikulum ini berakhr pada jam 5.30 petang. Hari keempat (4 April 2013) Ketika saya duduk di bilik guru, saya tertarik melihat seorang guru sedang mendengar bacaan murid tahun satu. Maka saya menemu bual beliau. Menurut Puan Hamidah binti Mohamad Isa selaku guru bahasa Melayu dan matematik tahun satu, beliau sedang melaksanakan program Literacy And Numeracy(LINUS) yang diperkenalkan oleh menteri pendidikan iaitu Tan Sri Muhyiddin Musa. Maka guru-guru yang mengajar subjek bahasa Melayu perlu mengenal pasti murid yang sudah menguasai kemahiran membaca dan mengira dengan betul dan lancar. Cikgu Hamidah telah memanggil seorang demi seorang murid tahun satu untuk membaca di hadapannya. Selain itu, saya juga telah melihat cara Cikgu Hamidah mengajar tahun satu mengikut sistem KSSR dalam subjek bahasa Melayu. Tajuk yang diajar ialah makanan seimbang. Cikgu Hamidah menggunakan kad imbasan dalam kaedah pengajarannya. Selepas menerangkan kepada murid-murid tentang makanan seimbang, murid dikehendaki mengelaskan makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat menggunakan kad imbasan dan dilekatkan di papan putih. Di akhir pembelajaran, Cikgu Hamidah memberi muridnya latihan sebagai pengukuhan yang dibuat di dalam buku tulis berkaitan dengan tajuk yang di ajar. Hasil dari pemerhatian saya, murid memberi respon yang sangat bagus terhadap pengajaran Cikgu Hamidah dan diakhir pembelajaran mereka dapat membezakan makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat. Selepas membuat pemerhatian, saya dapat simpulkan bahawa kaedah yang digunakan oleh Cikgu Hamidah dalam pengajaran berdasarkan KSSR dan pengajaran Ustazah Suzana berdasarkan KBSR adalah mempunyai sedikit perbezaan. Selain itu, saya telah menemu bual pengawal keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan sekolah. Pengurusan pengawal ini adalah di bawah
  • 9. tanggungan pihak swasta yang mengambil tender selama dua tahun iaitu di bawah syarikat Kawalan Sanubari Sdn.Bhd. Menurut pengawal yang saya temu bual, waktu murid datang ke sekolah bermula jam 6.30 pagi. Murid yang datang awal ini dihantar oleh ibu bapa mereka yang bekerja jauh dari sekolah. Waktu pengawal bertugas pula menggunakan sistem “shift”. Waktu bekerja bagi pengawal ialah bermula 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Menurut pengawal iaitu Encik Mohd Sukri bin Halim, setakat perkhidmatan beliau tiada kemalangan yang terjadi di sekolah ini kerana sekolah terletak di kawasan dalam jauh dari jalan utama dan kawasan sekolah juga setakat ini berada dalam keadaan selamat. Hari kelima (5 April 2013) Pada hari terakhir saya lebih banyak meluangkan masa bersama pelajar sekolah sebelum meninggalkan sekolah. Saya telah menemu bual seorang murid yang mempunyai jawatan sebagai seorang pengawas. Menurut Nurul Aaina Afiqah binti Rosli, antara tugas seorang pengawas ialah menjaga kelas ketika guru bermesyuarat, memastikan murid beratur setiap pagi di hadapan kelas untuk membaca doa dan mendengar pengumuman dari guru sekiranya ada, menjaga barisan untuk membeli di kantin, menyusun basikal di garaj basikal, membaca doa setiap pagi, menguruskan perhimpunan pada setiap hari Isnin dan memastikan murid-murid menurut semua peraturan sekolah. Melalui pemerhatian saya dan kolaborasi saya bersama murid ini, saya dapati murid- murid sekolah ini berkepimpinan dan berketerampilan. Walaupun masih di usia muda, mereka berani untuk tampil ke hadapan dan semuanya ringan tulang untuk menolong guru-guru apabila diminta pertolongan. Setelah itu saya meronda seluruh kawasan sekolah untuk melihat keadaan sekolah untuk kali terakhir. Suasana sekolah sangat tenang kerana sekolah in terletak di kawasan kampung. Udaranya sangat nyaman dan saya berasa selesa untuk murid-murid belajar. Selain itu, saya dapati sekolah ini
  • 10. mempunyai banyak taman bunga di sekitar kawasan sekolah. Antaranya taman herba, taman bunga, taman permainan, taman untuk sudut membaca dan landskap. Di hadapan sekolah terdapat replika bunga mawar yang sangat besar melambangkan asal usul nama sekolah dari bunga mawar yang berwarna merah. Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum, taman –taman ini dipertanggungjawabkan kepada persatuan-persatuan sebagai taman angkat dan mereka juga mengadakan pertandingan untuk taman yang paling cantik antara taman-taman yang ada di kawasan sekolah. Sebelum pulang, saya telah berjumpa dengan guru-guru dan bergambar dengan mereka. Walaupun kami hanya kenal selama seminggu sahaja namun keakraban dan layanan guru-guru kepada saya seperti sebuah keluarga, saya berasa sedih untuk meninggalkan sekolah. Selepas itu saya berjumpa dengan Encik Mohd Yasin bin Rustam untuk mengambil borang kehadiran dan laporan tentang tingkah laku saya selama saya melaksanakan projek PBS ini. beliau telah mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada saya kerana sudi memilih Sekolah Seri Mawar sebagai tempat untuk melaksanakan projek PBS. Saya telah memberikan cenderahati kepada pihak sekolah tanda terima kasih kerana mengizinkan saya melaksanakan projek PBS di sekolah itu dan memberikan kerjasama yang baik kepada saya. Sebelum meminta diri untuk pulang, beliau memberi beberapa pesanan dan kata-kata semangat untuk saya berusaha bersungguh-sungguh dalam meniti cabaran sebagai pelatih guru untuk menjadi guru pada masa hadapan yang pelbagai cabaran perlu saya tempuhi. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan saya pada masa akan datang untuk membuat projek di sekolah itu lagi dan beliau juga menyatakan harapan supaya saya dapat mengajar di sekolah itu pada suatu hari nanti. Pengalaman dan ilmu yang saya dapat selama lima hari ini sangat berharga yang tidak boleh saya beli di tempat lain. Semoga projek PBS ini dapat membentuk saya untuk menjadi pelatih guru yang bersedia untuk menjadi seorang guru yang berkaliber dengan pengalaman yang dilalui sepanjang
  • 11. melaksanakan PBS ini. saya juga berharap agar saya dapat melaksanakan projek ini lagi pada masa akan datang. Laporan selepas projek PBS Selepas pulang dari sekolah, saya telah mengumpul semua maklumat yang saya peroleh ketika melakukan projek PBS di sekolah untuk dibuat laporan dan difailkan di dalam satu fail sebelum diserahkan kepada pensyarah pembimbing selepas dua minggu melaksanakan projek PBS. Saya telah menganalisis semua maklumat yang diperoleh dan dipindahkan dalam bentuk laporan. Borang temu bual dan dan refleksi yang diberi oleh pensyarah pembimbing sangat membantu saya untuk membuat rujukan ketika membuat laporan kerana saya bukan komputer yang boleh menyimpan berjuta-juta maklumat. Maka saya merujuk kepada catatan yang saya buat ketika berada di sekolah. Saya teringat akan kata-kata Cikgu Hairul Nizam dalam ucapan beliau di perhimpunan kepada murid-murid pada hari pertama saya sampai di sekolah itu. Menurut pepatah cina “sekabur-kabur tulisan adalah sekuat-kuat ingatan”. Kata-kata ini telah terbukti ketika saya membuat laporan tentang projek PBS ini. walaupun ada beberapa catatan yang kabur ketika menemu bual, namun ia tetap membantu saya memberikan beberapa maklumat. Saya berharap saya dapat buat yang lebih baik pada projek PBS yang akan datang.