SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
1.0 Definisi Sah
Mengikut Dewan Bahasa Edisi Keempat, sah bermaksud lulus pada sisi undang-undang (adat,
hukum, dll), benar, pasti, nyata, mengakui (dokumen,cek,perjanjian dsb) sah dengan menurunkan
tandatangan dsb. Sah juga digunakan untuk merujuk ikatan perkahwinan antara lelaki dan
perempuan untuk hidup sebagai suami isteri. Sah juga digunakan bagi menetapkan tempoh yang
nyata.
2.0 Sah dari Segi Islam
Perkataan sah digunakan bagi merujuk sesuatu perkara/perbuatan adalah benar dari segi
perundangan Islam. Antara perkara/perbuatan yang digunakan ialah perkahwinan, kelahiran,
pembabitan dokumen-dokumen dan perjanjian, sembahyang, berpuasa dan sebagainya. Perkataan
sah digunakan agar apa yang dimaksudkan oleh pihak terlibat adalah benar-benar pasti dan nyata.
Di sini, saya ingin mengupas perkataan sah dari segi perkahwinan, perjanjian/kontrak, dan
kepimpinan mengikut hukum syarak islam.
2.1 Perkahwinan
Maksud perkahwinan dalam agama Islam ialah akad yang menghalalkan di antara seorang
lelaki dan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-
hak dan tanggungjawab. Mengikut hukum-hukum perkahwinan agama islam, mereka
harus patuh kepada rukun nikah iaitu mempunyai calon isteri, calon suami, wali, dua orang
saksi dan akad ijab dan qabul. Sesuatu perkahwinan adalah tidak sah jika seorang bapa
berkata “Saya nikahkan awak dengan salah sorang daripada anak-anak perempuan saya”.
Pendek kata, seorang bapa mesti tentukan yang mana satu daripada anak-anaknya akan
dinikahkan. Bakal isteri juga seharusnya bukan mahram dengan bakal suami, bukan isteri
orang, bukan pula masih dalam iddah, bukan khunsa dan dengan rela hatinya untuk
berkahwin, (kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (sebelah bapa) boleh
memaksanya untuk kahwin.
Syarat-syarat untuk menjadi seorang calon suami ialah bukan mahram dengan bakal isteri.
Perkahwinan itu adalah tidak sah jika beliau dipaksa untuk berkahwin, dan perkahwinan
itu hendaklah dengan pilihan hatinya. Malah jika wali berkata kepada dua orang lelaki
bahawa “Saya akan nikahkan anak perempuan saya A dengan salah seorang daripada kamu
berdua.” Jadi sudah tentu perkahwinan itu tidak sah. Di samping itu, bakal suami juga harus
tahu bahawa bakal isterinya adalah sah untuk dikahwini dan yang paling penting bakal
suami tidak berada dalam keadaan beristeri empat.
Sebuah perkahwinan hanya sah apabila mempunyai seorang wali yang sah (bapa, datuk
sebelah bapa, saudara seibu sebapa, saudara sebapa, anak saudara seibu sebapa, anak
saudara sebapa, bapa saudara seibu sebapa, bapa saudara sebapa, anak bapa saudara seibu
sebapa (sepupu), anak saudara sebapa (sepupu) dan wali hakim). Wali itu harus beragama
Islam, baligh, berakal, merdeka dan adalah seorang lelaki, tidak cacat akal atau fikirannya
dan seorang yang adil. Majlis akad nikah ini hanya boleh disahkan oleh dua orang saksi
yang beragama islam dan merupakan seseorang yang berjantina lelaki. Saksi yang layak
sepatutnya dapat melihat dan mendengar majlis ijab dan qabul.
2.2 Perjanjian/Kontrak
Di dalam undang-undang kontrak Islam, terdapat elemen-elemen seperti yang disyaratkan
dalam undang-undang kontrak biasa, iaitu tawaran dan penerimaan yang mengikat kedua-
dua belah pihak dan yang paling mustahaknya ianya melibatkan konsep pembalasan iaitu
di dalam bentuk harga.
Dalam islam, kontrak jual beli adalah sah jika mematuhi syarat-syarat yang tertentu. Syarat
yang pertama ialah, penjual dan pemilik barang atau wakilnya adalah seorang yang tidak
safih, gila, kanak-kanak atau dipaksa. Bukan itu sahaja, pembeli juga seharusnya seorang
yang berkelayakan mengurus tadbir (tasarruf) yakni bukan safih, gila, kanak-kanak atau
dipaksa. Selain itu, barang yang dijual (muthamman) iaitu barang yang dimiliki, suci,
bermanfaat, boleh diserah dan diketahui oleh pembeli walaupun hanya secara deskripsi
sahaja. Penjual dan pembeli harus saling redha-meredhai (al-taradi) dan sighah iaitu ijab
dan qabul antara kedua-dua pihak.
Justifikasinya, sesuatu kontrak jual beli hanya sah dan boleh dipindah milik jika mematuhi
rukun dan syaratnya. Jika berlaku sebarang kecacatan. Maka kontrak itu akan terbatal
(tidak sah) dan tidak boleh dipindah milik, Contonya seperti kontrak jual beli yang
dilakukan oleh orang yang kurang siuman ataupun kontrak menjual barang haram seperti
arak oleh orang Islam.
2.3 Kepimpinan
Manusia adalah sebagai khalifah yakni pemimpin yang memegang amanah dan
bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi. Asas pemimpin adalah pemimpin yang
tertinggi. Soal bagaimana beliau naik, sama ada melalui demokrasi, peperangan,
pembunuhan, rampasan kuasa dan sebagainya, dan sekiranya beliau dinobatkan sebagai
pemerintah dan diiktiraf sebagai pemimpin maka beliau adalah seorang pemerintah dan
pemimpin yang sah. Dalam islam seperti yang dinyatakan oleh Nabi SAW di dalam hadis
yang umum,
“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, mendengar dan mentaati
pemerintah, sekalipun yang menjadi pemerintah itu adalah hamba “abdi Habsyi” (yang
berkulit hitam).” (riwayat Adu Dawud)
Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia dan
tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini
bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga
bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah.
Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah s.w.t., namun dari
segi konsep dan perlaksanaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan
berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri
kepada Allah s.w.t. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.
dalam 4 ciri tersebut iaitu akidah, akhlak, ibadah dan Syariat. Pemimpin itu mestilah
mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah
pimpinannya. Hanya dengan itu, pemimpin itu dikatakan mempunyai kuasa yang sah
dalam melaksanakan tanggungjawab atau amanah yang diberi kepada mereka.
3.0 Sah Dari Segi Pandangan Agama Buddha
Mengikut fahaman agama Buddha, perkataan sah masih lagi membawa maksud yang sama iaitu
benar dan nyata. Jadi disini, saya akan mengkaji sah dari segi perkahwinan, perjanjian/kontrak dan
pemimpin mengikut agama Buddha.
3.1 Perkahwinan
Perkahwinan dalam pengertian Buddhisme ialah “suatu ikatan lahir dan batin antara
seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai suami isteri dengan tujuan membentuk
keluarga (rumah tangga) yang bahagia sesuai dengan Dhamma.” Perkahwinan itu
dikatakan sah jika suami-isteri yang terikat dalam hubungan perkahwinan ini sehingga ke
akhir hayat. Perkahwinan ini berakhir apabila salah satu diantaranya meninggal dunia.
Agama Buddhaisme tidak menggalakkan penceraian dalam hubungan suami isteri.
Penceraian merupakan jalan yang terakhir apabila usaha-usaha untuk berdamai gagal.
Pada hari perkahwinan, kedua-dua mempelai akan menyembah patung Buddha dan roh
nenek moyang kerana percaya, kehidupan seharian mereka diperhatikan roh berkenaan.
Sebagai tanda sah perkahwinan, dahi pasangan pengantin akan dicalit sebanyak 3 titik
dengan tepung tawar yang membentukan segitiga. Tok Moh (seorang yang amat penting
dan dihormati, merupakan tukang nikah) akan merenjis air tawar mengandungi bunga-
bungaan dan menepung tawar ke atas tangan pasangan pengantin dengan menggunakan
sejenis daun dari keluarga lengkuas.
Sejurus itu pengantin akan menyembah kedua-dua orang tua mereka sebelum
disandingkan. Pengantin masing-masing dikalungkan sekalung bunga melur dan seutas tali
pengikat atau dipanggil 'benang hidup'. Ia akan dililitkan di atas kepala mereka dan
kemudian doa akan dibaca oleh Tok Moh. Benang hidup sering digunakan dalam upacara
ritual masyarakat ini. Akhir sekali upacara merenjis air mawar ke tangan pasangan
pengantin dimulakan oleh Tok Moh. Barulah perkahwinan ini dikategorikan sah.
3.2 Perjanjian/Kontrak
Dalam agama Buddha, sesuatu perniagaan haruslah dipraktik dengan menggunakan Jalan
Tengah. Seorang peniaga boleh mendapatkan keuntungan dengan memastikan barangan
yang dijual adalah bukan barangan palsu atau barangan terlarang. Manakala seorang
pembeli pula harus memastikan bahawa barangan yang dibeli bukan barangan yang dicuri
atau diseludup. Pembeli dan pendagang, pengguna dan pemberi perkhidmatan tidak boleh
mengambil keuntungan atas kerugian sesiapa saja. Urusniaga seperti ini baru dikatakan
perniagaan yang sah.
3.3 Pemimpin Yang Sah
Dalam sejarah manusia, Buddha menuntut pemimpinnya untuk tidak mencederakan
makhluk lain. Menurutnya lagi, untuk menjadi seorang pemimpin yang sah, pemimpin
tersebut haruslah bijak dan berfikiran bebas. Buddha percaya pemimpin yang sah lahir
dengan memikat berjuta-juta pengikutnya melalui belas kasihan dan kasih sayang dan
bukan melalui peperangan atau kuasa politik.
Buddha pernah mengatakan bahawa penaklukan yang paling agung bukanlah penaklukan
ke atas orang lain tetapi diri sendiri. Dalam Dhammapada, Buddha mengatakan bahawa
seseorang manusia boleh menawan 10,000 orang dalam sesuatu peperangan, tetapi mereka
yang dapat menakluki diri sendiri adalah penakluk yang paling agung dan pemimpin yang
sah.
Satu contoh yang paling baik menjelaskan bagaimana utusan Buddha yang lemah lembut
dapat memulihkan seseorang manusia paling zalim ialah kes Asoka. Kira‑kira dua ratus
tahun selepas peninggalan Buddha, Maharaja Asoka telah mencetuskan peperangan demi
peperangan yang hebat melintasi benua India. Peperangan‑peperangan itu telah
mengakibatkan kesengsaraan dan ketakutan. Akan tetapi, selepas baginda menerima
Dhamma, baginda insaf terhadap kejahatan yang telah dilakukannya. Kita memperingati
dan menghormati baginda hari ini kerana selepas baginda kembali kepada jalan keamanan,
baginda melancarkan sejenis perjuangan lain, iaitu perjuangan membawa keamanan
kepada manusia. Baginda telah membuktikan tanpa ragu‑ragu bahawa Buddha adalah betul
apabila Buddha menegaskan bahawa keagungan yang sebenar datang dari kasih sayang,
bukan kebencian; dari sifat merendahkan diri, bukan kesombongan; dari belas kasihan dan
bukannya kezaliman. Beliau telah menunjukkan contoh bahawa pemimpin yang sah akan
menggunakan kuasa yang ada dalam dirinya untuk membawa perubahan yang sejahtera
kepada manusia.
4.0 Sah Dari segi Agama Hindu
Dalam agama Hindu, perkataan sah ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang betul dan diakui
benar dan sahih. Perkataan sah digunakan dalam pelbagai medan bagi menggambarkan
kepincangan perkara yang nyata. Dalam tugasan ini, saya hanya menfokuskan kepada sebilangan
tajuk iaitu perkahwinan, perjanjian/kontrak dan kepemimpinan bagi menerangkan perkataan sah.
4.1 Perkahwinan
Mengikut ajaran agama Hindu, sesuatu perkahwinan dianggap sah apabila mematuhi syarat
yang ditetapkan oleh ajaran Hindu. Antaranya ialah perkahwinan itu berlaku menurut
ketentuan hukum Hindu, dan bagi memenuhi hukum Hindu, sebuah perkahwinan harus
dilakukan oleh pendeta atau di pejabat agama. Malah perkahwinan ini hanya sah apabila
mempelai dari kedua-dua pihak adalah penganut agama hindu. Calon mempelai juga
haruslah cukup umur untuk berkahwin iaitu lelaki 21 tahun dan perempuan 18 tahun. Di
samping itu calon mempelai itu juga tidak terikat dengan sebarang perkahwinan sebelum
itu, jika tidak perkahwinan itu adalah tidak sah.
Semasa upacara perkahwinan, pengapit pengantin lelaki akan memakaikan cincin jari kaki,
setiap satu bagi jari tengah kaki kanan dan kiri. Selesai sahaja upacara ini, pengantin lelaki
akan menghadiahkan cincin emas kepada pengapit pengantin lelaki.
Thali merupakan elemen yang sangat penting dalam perkahwinan agama Hindu. Thali
yang diikat pada segumpal benang suci dililitkan pada sebiji kelapa yang dibersihkan serta
disapu serbuk kunyit. Dulang berisi atchatai (thali dengan beras kunyit) dibawa kepada
hadirin bagi ditabur atas pengantin untuk merestui semasa pengantin lelaki mengikat thali
pada pengantin perempuan. Thali akan kelihatan tergantung, pengantin lelaki akan
memegang kedua hujung benang suci. Thali hendaklah menyentuh dada dan benang suci
akan disimpul sebanyak tiga kali atas leher pengantin perempuan.
Seterusnya proses pertukaran kalungan bunga (mallai) sesama pengantin dibuat sebanyak
tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan
mengelilingi api sebanyak tiga kali. Sejurus upacara ini, pengantin perempuan akan
diberikan sebiji kelapa yang dibersihkan dan disapu dengan serbuk kunyit serta dibalut
dengan kain kuning semasa bertolak ke rumah pengantin lelaki. Sebaik sahaja sampai di
rumah, kedua-dua pengantin akan masuk ke dalam rumah dengan melangkah kaki kanan
terlebih dahulu. Sebaik sahaja masuk ke rumah, pengantin perempuan akan meletakan
kelapa tadi di bilik sembahyang dan menyalakan pelita di bilik sembahyang yang
menyimbolkan bahawa pengantin perempuan akan mencurahkan bakti dan membawa sinar
kebahagiaan dalam keluarga mertua. Maka berakhirlah sudah sebuah perkahwinan yang
sah dan suci.
4.2 Perjanjian/Kontrak Jual Beli
Dalam ajaran agama Hindu, artha merupakan tujuan hidup dalam hidup umat Hindu. Artha
akan menyebabkan seseorang individu untuk melaksanakan keinginannya (kama) dan
kewajipannya untuk mencapai keseimbangan jasmani dan rohani (moksha). Sesuatu
perniagaan yang dijalankan haruslah mempunyai artha bagi membolehkan para peniaga
berniaga dengan (kama) yang seimbang. Pengurusan jual beli menjadi sah apabila kedua-
dua pihak iaitu pihak pembeli dan pihak penjual mendapat manfaat daripada hasil
perniagaan ini. Jika salah seorang daripada mereka mengalami kerugian hasil daripada
urusniaga ini, maka mereka mempunyai untuk menuntut terhadap barangan/urusniaga yang
memiliki nilai yang sama sebagai gantirugi.
4.3 Pemimpin yang sah
Dalam agama Hindu, terdapat pelbagai istilah yang digunakan bagi menerangkan konsep
kepemimpinan yang sah. Antaranya ialah Adhipatyam atau Nayakatvam yang merujuk
kepada pemerintah tertinggi iaitu “raja”. Mengikut kitab suci “veda” seorang pemimpin
yang sah harus mempunyai gaya kepemimpinan yang tinggi. Beliau harus dapat memimpin
sebuah organisasi dengan baik yang disebut sebagai Ksatriya. Ksatriya disini bermaksud
seorang pemimpin yang dapat melindung orang bawahannya dan mempunyai kecerdasan
ilmu yang tinggi.
Contoh kepemimpinan yang dijadikan sebagai teladan boleh dilihat dalam cerita-cerita
Iltihasa dan Purana. Mengikut cerita ini banyak tokoh yang dijadikan sebagai pemimpin
yang ideal dan menjadi ikutan semua kaum masyarakat India. Misalnya Sri Rama yang
merupakan seorang pemimpin yang sangat kuat, bijaksana dan menjadi teladan kepada
semua pengikutnya, Dasaratha, Arjunan, dan sebagainya.
Kitab dan kesusasteraan Hindu banyak mengulas tentang konsep-konsep kepimpinan yang
sah. Setiap pemimpin harus mempunyai kelayakan seperti kebijaksanaan politik, duniawi,
kekuatan fizikal, tingkah laku yang mulia dan tahap etika yang tinggi. Ulasan ini menjadi
pembimbing kepada pemimpin agar dapat memimpin sebuah Negara, bangsa, komuniti
dan keluarga dengan baik dan teratur.
5.0 Sah dalam Pengertian Undang-Undang
Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dibawah pentadbiran
Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara.
Parlimen merupakan institusi tertinggi di dalam Negara yang menggubal undang-undang dan
mengesahkannya. Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-
undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah
tidak sah setakat ketidakselarasan itu.
Kesahan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh parlimen tidak boleh dipersoalkan dengan
alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang
berkenaan dengannya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan
Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, kecuali dalam prosiding untuk
mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan iaitu jika
undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu
atau beberapa Negeri dan juga jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan
sesuatu Negeri, dalam prosiding antara Persekutuan dengan Negeri itu.
Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas
alasan yang disebut diatas tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran hakim Mahkamah Persekutuan;
dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana-mana prosiding itu, dan begitulah juga
dengan mana-mana Negeri yang akan atau mungkin menjadi satu pihak dalam prosiding yang
dibawa bagi maksud yang sama.
6.0 Kesimpulan
Setelah membuat kajian daripada pelbagai sumber, disini saya ingin menyimpulkan bahawa
perkataan sah membawa takrifan bahawa perkara itu benar dan nyata. Apa-apa yang dikatakan sah
berada dalam versi cetakan dan menjadi rujukan kepada setiap individu bagi membuat sesuatu
perkara.
Perkataan sah telah digunakan secara meluas dalam semua agama, perundangan dan juga dalam
urusan perniagaan. Malah perkataan sah juga diwakilkan bagi menunjukkan tempoh sesuatu
perjanjian atau kontrak, dokumentasi dan juga sesuatu kajian eksperimen.
Rujukan
http://www.parlimen.gov.my/ dicapai pada 3/10/2014
http://www.jabatan-penerangan-malaysia/bahagian-1-perlembagaan-persekutuan-
malaysianegeri-negeri-agama-dan-undang-undang/ dicapai pada 3/10/2014
http://www.dhammatalks.net/BM/Dhammananda_Apa_Buddhis_Percaya.htm#5 dicapai
pada 2/10/2014
http://books.google.com.my/books/ perkawinan+sah+dari+agama+hindu & source dicapai
pada 2/10/2014
www.islam.gov.my/ dicapai pada 1/10/2014

More Related Content

What's hot

SAINS T4 Bab 5: TENAGA & PERUBAHAN KIMIA
SAINS T4 Bab 5: TENAGA & PERUBAHAN KIMIASAINS T4 Bab 5: TENAGA & PERUBAHAN KIMIA
SAINS T4 Bab 5: TENAGA & PERUBAHAN KIMIAhazirah zulkifli
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniNaimAlmashoori
 
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Perempuan
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja  PerempuanCeramah Kesihatan Untuk Remaja  Perempuan
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja PerempuanHCY 7102
 
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2anuar2u
 
Kaunseling dari perspektif Islam
Kaunseling dari perspektif IslamKaunseling dari perspektif Islam
Kaunseling dari perspektif IslamIrwan John Imbayan
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikanwmkfirdaus
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)Teacher Nasrah
 
Pergaulan Bebas Punca Jenayah Seksual
Pergaulan Bebas Punca Jenayah Seksual Pergaulan Bebas Punca Jenayah Seksual
Pergaulan Bebas Punca Jenayah Seksual waegie
 
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramPrinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramAkhy Sham
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelKer0
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadSilent Artist
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifwmkfirdaus
 
Slot pengajaran Tunjang Komunikasi
Slot pengajaran Tunjang KomunikasiSlot pengajaran Tunjang Komunikasi
Slot pengajaran Tunjang KomunikasiCho Shirley
 
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorzakwan azhar
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliThomas Mon
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperJessika Denis
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL Santa Barbara
 

What's hot (20)

SAINS T4 Bab 5: TENAGA & PERUBAHAN KIMIA
SAINS T4 Bab 5: TENAGA & PERUBAHAN KIMIASAINS T4 Bab 5: TENAGA & PERUBAHAN KIMIA
SAINS T4 Bab 5: TENAGA & PERUBAHAN KIMIA
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
 
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Perempuan
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja  PerempuanCeramah Kesihatan Untuk Remaja  Perempuan
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Perempuan
 
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
 
Kaunseling dari perspektif Islam
Kaunseling dari perspektif IslamKaunseling dari perspektif Islam
Kaunseling dari perspektif Islam
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
 
Pergaulan Bebas Punca Jenayah Seksual
Pergaulan Bebas Punca Jenayah Seksual Pergaulan Bebas Punca Jenayah Seksual
Pergaulan Bebas Punca Jenayah Seksual
 
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramPrinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Konsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusiaKonsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusia
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jad
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
Slot pengajaran Tunjang Komunikasi
Slot pengajaran Tunjang KomunikasiSlot pengajaran Tunjang Komunikasi
Slot pengajaran Tunjang Komunikasi
 
Teori kewujudan
Teori kewujudanTeori kewujudan
Teori kewujudan
 
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya Super
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
 

Similar to Sah

Ctu553 hak hak non-muslim
Ctu553 hak hak non-muslimCtu553 hak hak non-muslim
Ctu553 hak hak non-muslimRahila Sulung
 
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for AgentsTBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for AgentsDiyana Arus
 
Muamalat - Kontrak Ijarah
Muamalat - Kontrak IjarahMuamalat - Kontrak Ijarah
Muamalat - Kontrak IjarahStudious Season
 

Similar to Sah (6)

Rotavirus k.kerja
Rotavirus k.kerjaRotavirus k.kerja
Rotavirus k.kerja
 
Ctu553 hak hak non-muslim
Ctu553 hak hak non-muslimCtu553 hak hak non-muslim
Ctu553 hak hak non-muslim
 
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for AgentsTBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
 
Muamalat - Kontrak Ijarah
Muamalat - Kontrak IjarahMuamalat - Kontrak Ijarah
Muamalat - Kontrak Ijarah
 
BAB 2: HUKUM ADAT DAN UNDANG2.
BAB 2: HUKUM ADAT DAN UNDANG2.BAB 2: HUKUM ADAT DAN UNDANG2.
BAB 2: HUKUM ADAT DAN UNDANG2.
 
Siyasah syariyyah
Siyasah syariyyahSiyasah syariyyah
Siyasah syariyyah
 

Recently uploaded

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (8)

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

Sah

  • 1. 1.0 Definisi Sah Mengikut Dewan Bahasa Edisi Keempat, sah bermaksud lulus pada sisi undang-undang (adat, hukum, dll), benar, pasti, nyata, mengakui (dokumen,cek,perjanjian dsb) sah dengan menurunkan tandatangan dsb. Sah juga digunakan untuk merujuk ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan untuk hidup sebagai suami isteri. Sah juga digunakan bagi menetapkan tempoh yang nyata. 2.0 Sah dari Segi Islam Perkataan sah digunakan bagi merujuk sesuatu perkara/perbuatan adalah benar dari segi perundangan Islam. Antara perkara/perbuatan yang digunakan ialah perkahwinan, kelahiran, pembabitan dokumen-dokumen dan perjanjian, sembahyang, berpuasa dan sebagainya. Perkataan sah digunakan agar apa yang dimaksudkan oleh pihak terlibat adalah benar-benar pasti dan nyata. Di sini, saya ingin mengupas perkataan sah dari segi perkahwinan, perjanjian/kontrak, dan kepimpinan mengikut hukum syarak islam. 2.1 Perkahwinan Maksud perkahwinan dalam agama Islam ialah akad yang menghalalkan di antara seorang lelaki dan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak- hak dan tanggungjawab. Mengikut hukum-hukum perkahwinan agama islam, mereka harus patuh kepada rukun nikah iaitu mempunyai calon isteri, calon suami, wali, dua orang saksi dan akad ijab dan qabul. Sesuatu perkahwinan adalah tidak sah jika seorang bapa berkata “Saya nikahkan awak dengan salah sorang daripada anak-anak perempuan saya”. Pendek kata, seorang bapa mesti tentukan yang mana satu daripada anak-anaknya akan dinikahkan. Bakal isteri juga seharusnya bukan mahram dengan bakal suami, bukan isteri
  • 2. orang, bukan pula masih dalam iddah, bukan khunsa dan dengan rela hatinya untuk berkahwin, (kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (sebelah bapa) boleh memaksanya untuk kahwin. Syarat-syarat untuk menjadi seorang calon suami ialah bukan mahram dengan bakal isteri. Perkahwinan itu adalah tidak sah jika beliau dipaksa untuk berkahwin, dan perkahwinan itu hendaklah dengan pilihan hatinya. Malah jika wali berkata kepada dua orang lelaki bahawa “Saya akan nikahkan anak perempuan saya A dengan salah seorang daripada kamu berdua.” Jadi sudah tentu perkahwinan itu tidak sah. Di samping itu, bakal suami juga harus tahu bahawa bakal isterinya adalah sah untuk dikahwini dan yang paling penting bakal suami tidak berada dalam keadaan beristeri empat. Sebuah perkahwinan hanya sah apabila mempunyai seorang wali yang sah (bapa, datuk sebelah bapa, saudara seibu sebapa, saudara sebapa, anak saudara seibu sebapa, anak saudara sebapa, bapa saudara seibu sebapa, bapa saudara sebapa, anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu), anak saudara sebapa (sepupu) dan wali hakim). Wali itu harus beragama Islam, baligh, berakal, merdeka dan adalah seorang lelaki, tidak cacat akal atau fikirannya dan seorang yang adil. Majlis akad nikah ini hanya boleh disahkan oleh dua orang saksi yang beragama islam dan merupakan seseorang yang berjantina lelaki. Saksi yang layak sepatutnya dapat melihat dan mendengar majlis ijab dan qabul. 2.2 Perjanjian/Kontrak Di dalam undang-undang kontrak Islam, terdapat elemen-elemen seperti yang disyaratkan dalam undang-undang kontrak biasa, iaitu tawaran dan penerimaan yang mengikat kedua-
  • 3. dua belah pihak dan yang paling mustahaknya ianya melibatkan konsep pembalasan iaitu di dalam bentuk harga. Dalam islam, kontrak jual beli adalah sah jika mematuhi syarat-syarat yang tertentu. Syarat yang pertama ialah, penjual dan pemilik barang atau wakilnya adalah seorang yang tidak safih, gila, kanak-kanak atau dipaksa. Bukan itu sahaja, pembeli juga seharusnya seorang yang berkelayakan mengurus tadbir (tasarruf) yakni bukan safih, gila, kanak-kanak atau dipaksa. Selain itu, barang yang dijual (muthamman) iaitu barang yang dimiliki, suci, bermanfaat, boleh diserah dan diketahui oleh pembeli walaupun hanya secara deskripsi sahaja. Penjual dan pembeli harus saling redha-meredhai (al-taradi) dan sighah iaitu ijab dan qabul antara kedua-dua pihak. Justifikasinya, sesuatu kontrak jual beli hanya sah dan boleh dipindah milik jika mematuhi rukun dan syaratnya. Jika berlaku sebarang kecacatan. Maka kontrak itu akan terbatal (tidak sah) dan tidak boleh dipindah milik, Contonya seperti kontrak jual beli yang dilakukan oleh orang yang kurang siuman ataupun kontrak menjual barang haram seperti arak oleh orang Islam. 2.3 Kepimpinan Manusia adalah sebagai khalifah yakni pemimpin yang memegang amanah dan bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi. Asas pemimpin adalah pemimpin yang tertinggi. Soal bagaimana beliau naik, sama ada melalui demokrasi, peperangan, pembunuhan, rampasan kuasa dan sebagainya, dan sekiranya beliau dinobatkan sebagai pemerintah dan diiktiraf sebagai pemimpin maka beliau adalah seorang pemerintah dan
  • 4. pemimpin yang sah. Dalam islam seperti yang dinyatakan oleh Nabi SAW di dalam hadis yang umum, “Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, mendengar dan mentaati pemerintah, sekalipun yang menjadi pemerintah itu adalah hamba “abdi Habsyi” (yang berkulit hitam).” (riwayat Adu Dawud) Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah s.w.t., namun dari segi konsep dan perlaksanaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. dalam 4 ciri tersebut iaitu akidah, akhlak, ibadah dan Syariat. Pemimpin itu mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. Hanya dengan itu, pemimpin itu dikatakan mempunyai kuasa yang sah dalam melaksanakan tanggungjawab atau amanah yang diberi kepada mereka.
  • 5. 3.0 Sah Dari Segi Pandangan Agama Buddha Mengikut fahaman agama Buddha, perkataan sah masih lagi membawa maksud yang sama iaitu benar dan nyata. Jadi disini, saya akan mengkaji sah dari segi perkahwinan, perjanjian/kontrak dan pemimpin mengikut agama Buddha. 3.1 Perkahwinan Perkahwinan dalam pengertian Buddhisme ialah “suatu ikatan lahir dan batin antara seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai suami isteri dengan tujuan membentuk keluarga (rumah tangga) yang bahagia sesuai dengan Dhamma.” Perkahwinan itu dikatakan sah jika suami-isteri yang terikat dalam hubungan perkahwinan ini sehingga ke akhir hayat. Perkahwinan ini berakhir apabila salah satu diantaranya meninggal dunia. Agama Buddhaisme tidak menggalakkan penceraian dalam hubungan suami isteri. Penceraian merupakan jalan yang terakhir apabila usaha-usaha untuk berdamai gagal. Pada hari perkahwinan, kedua-dua mempelai akan menyembah patung Buddha dan roh nenek moyang kerana percaya, kehidupan seharian mereka diperhatikan roh berkenaan. Sebagai tanda sah perkahwinan, dahi pasangan pengantin akan dicalit sebanyak 3 titik dengan tepung tawar yang membentukan segitiga. Tok Moh (seorang yang amat penting dan dihormati, merupakan tukang nikah) akan merenjis air tawar mengandungi bunga- bungaan dan menepung tawar ke atas tangan pasangan pengantin dengan menggunakan sejenis daun dari keluarga lengkuas. Sejurus itu pengantin akan menyembah kedua-dua orang tua mereka sebelum disandingkan. Pengantin masing-masing dikalungkan sekalung bunga melur dan seutas tali pengikat atau dipanggil 'benang hidup'. Ia akan dililitkan di atas kepala mereka dan kemudian doa akan dibaca oleh Tok Moh. Benang hidup sering digunakan dalam upacara
  • 6. ritual masyarakat ini. Akhir sekali upacara merenjis air mawar ke tangan pasangan pengantin dimulakan oleh Tok Moh. Barulah perkahwinan ini dikategorikan sah. 3.2 Perjanjian/Kontrak Dalam agama Buddha, sesuatu perniagaan haruslah dipraktik dengan menggunakan Jalan Tengah. Seorang peniaga boleh mendapatkan keuntungan dengan memastikan barangan yang dijual adalah bukan barangan palsu atau barangan terlarang. Manakala seorang pembeli pula harus memastikan bahawa barangan yang dibeli bukan barangan yang dicuri atau diseludup. Pembeli dan pendagang, pengguna dan pemberi perkhidmatan tidak boleh mengambil keuntungan atas kerugian sesiapa saja. Urusniaga seperti ini baru dikatakan perniagaan yang sah. 3.3 Pemimpin Yang Sah Dalam sejarah manusia, Buddha menuntut pemimpinnya untuk tidak mencederakan makhluk lain. Menurutnya lagi, untuk menjadi seorang pemimpin yang sah, pemimpin tersebut haruslah bijak dan berfikiran bebas. Buddha percaya pemimpin yang sah lahir dengan memikat berjuta-juta pengikutnya melalui belas kasihan dan kasih sayang dan bukan melalui peperangan atau kuasa politik. Buddha pernah mengatakan bahawa penaklukan yang paling agung bukanlah penaklukan ke atas orang lain tetapi diri sendiri. Dalam Dhammapada, Buddha mengatakan bahawa seseorang manusia boleh menawan 10,000 orang dalam sesuatu peperangan, tetapi mereka yang dapat menakluki diri sendiri adalah penakluk yang paling agung dan pemimpin yang sah.
  • 7. Satu contoh yang paling baik menjelaskan bagaimana utusan Buddha yang lemah lembut dapat memulihkan seseorang manusia paling zalim ialah kes Asoka. Kira‑kira dua ratus tahun selepas peninggalan Buddha, Maharaja Asoka telah mencetuskan peperangan demi peperangan yang hebat melintasi benua India. Peperangan‑peperangan itu telah mengakibatkan kesengsaraan dan ketakutan. Akan tetapi, selepas baginda menerima Dhamma, baginda insaf terhadap kejahatan yang telah dilakukannya. Kita memperingati dan menghormati baginda hari ini kerana selepas baginda kembali kepada jalan keamanan, baginda melancarkan sejenis perjuangan lain, iaitu perjuangan membawa keamanan kepada manusia. Baginda telah membuktikan tanpa ragu‑ragu bahawa Buddha adalah betul apabila Buddha menegaskan bahawa keagungan yang sebenar datang dari kasih sayang, bukan kebencian; dari sifat merendahkan diri, bukan kesombongan; dari belas kasihan dan bukannya kezaliman. Beliau telah menunjukkan contoh bahawa pemimpin yang sah akan menggunakan kuasa yang ada dalam dirinya untuk membawa perubahan yang sejahtera kepada manusia. 4.0 Sah Dari segi Agama Hindu Dalam agama Hindu, perkataan sah ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang betul dan diakui benar dan sahih. Perkataan sah digunakan dalam pelbagai medan bagi menggambarkan kepincangan perkara yang nyata. Dalam tugasan ini, saya hanya menfokuskan kepada sebilangan tajuk iaitu perkahwinan, perjanjian/kontrak dan kepemimpinan bagi menerangkan perkataan sah. 4.1 Perkahwinan Mengikut ajaran agama Hindu, sesuatu perkahwinan dianggap sah apabila mematuhi syarat yang ditetapkan oleh ajaran Hindu. Antaranya ialah perkahwinan itu berlaku menurut
  • 8. ketentuan hukum Hindu, dan bagi memenuhi hukum Hindu, sebuah perkahwinan harus dilakukan oleh pendeta atau di pejabat agama. Malah perkahwinan ini hanya sah apabila mempelai dari kedua-dua pihak adalah penganut agama hindu. Calon mempelai juga haruslah cukup umur untuk berkahwin iaitu lelaki 21 tahun dan perempuan 18 tahun. Di samping itu calon mempelai itu juga tidak terikat dengan sebarang perkahwinan sebelum itu, jika tidak perkahwinan itu adalah tidak sah. Semasa upacara perkahwinan, pengapit pengantin lelaki akan memakaikan cincin jari kaki, setiap satu bagi jari tengah kaki kanan dan kiri. Selesai sahaja upacara ini, pengantin lelaki akan menghadiahkan cincin emas kepada pengapit pengantin lelaki. Thali merupakan elemen yang sangat penting dalam perkahwinan agama Hindu. Thali yang diikat pada segumpal benang suci dililitkan pada sebiji kelapa yang dibersihkan serta disapu serbuk kunyit. Dulang berisi atchatai (thali dengan beras kunyit) dibawa kepada hadirin bagi ditabur atas pengantin untuk merestui semasa pengantin lelaki mengikat thali pada pengantin perempuan. Thali akan kelihatan tergantung, pengantin lelaki akan memegang kedua hujung benang suci. Thali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali atas leher pengantin perempuan. Seterusnya proses pertukaran kalungan bunga (mallai) sesama pengantin dibuat sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali. Sejurus upacara ini, pengantin perempuan akan diberikan sebiji kelapa yang dibersihkan dan disapu dengan serbuk kunyit serta dibalut dengan kain kuning semasa bertolak ke rumah pengantin lelaki. Sebaik sahaja sampai di rumah, kedua-dua pengantin akan masuk ke dalam rumah dengan melangkah kaki kanan terlebih dahulu. Sebaik sahaja masuk ke rumah, pengantin perempuan akan meletakan
  • 9. kelapa tadi di bilik sembahyang dan menyalakan pelita di bilik sembahyang yang menyimbolkan bahawa pengantin perempuan akan mencurahkan bakti dan membawa sinar kebahagiaan dalam keluarga mertua. Maka berakhirlah sudah sebuah perkahwinan yang sah dan suci. 4.2 Perjanjian/Kontrak Jual Beli Dalam ajaran agama Hindu, artha merupakan tujuan hidup dalam hidup umat Hindu. Artha akan menyebabkan seseorang individu untuk melaksanakan keinginannya (kama) dan kewajipannya untuk mencapai keseimbangan jasmani dan rohani (moksha). Sesuatu perniagaan yang dijalankan haruslah mempunyai artha bagi membolehkan para peniaga berniaga dengan (kama) yang seimbang. Pengurusan jual beli menjadi sah apabila kedua- dua pihak iaitu pihak pembeli dan pihak penjual mendapat manfaat daripada hasil perniagaan ini. Jika salah seorang daripada mereka mengalami kerugian hasil daripada urusniaga ini, maka mereka mempunyai untuk menuntut terhadap barangan/urusniaga yang memiliki nilai yang sama sebagai gantirugi. 4.3 Pemimpin yang sah Dalam agama Hindu, terdapat pelbagai istilah yang digunakan bagi menerangkan konsep kepemimpinan yang sah. Antaranya ialah Adhipatyam atau Nayakatvam yang merujuk kepada pemerintah tertinggi iaitu “raja”. Mengikut kitab suci “veda” seorang pemimpin yang sah harus mempunyai gaya kepemimpinan yang tinggi. Beliau harus dapat memimpin sebuah organisasi dengan baik yang disebut sebagai Ksatriya. Ksatriya disini bermaksud seorang pemimpin yang dapat melindung orang bawahannya dan mempunyai kecerdasan ilmu yang tinggi.
  • 10. Contoh kepemimpinan yang dijadikan sebagai teladan boleh dilihat dalam cerita-cerita Iltihasa dan Purana. Mengikut cerita ini banyak tokoh yang dijadikan sebagai pemimpin yang ideal dan menjadi ikutan semua kaum masyarakat India. Misalnya Sri Rama yang merupakan seorang pemimpin yang sangat kuat, bijaksana dan menjadi teladan kepada semua pengikutnya, Dasaratha, Arjunan, dan sebagainya. Kitab dan kesusasteraan Hindu banyak mengulas tentang konsep-konsep kepimpinan yang sah. Setiap pemimpin harus mempunyai kelayakan seperti kebijaksanaan politik, duniawi, kekuatan fizikal, tingkah laku yang mulia dan tahap etika yang tinggi. Ulasan ini menjadi pembimbing kepada pemimpin agar dapat memimpin sebuah Negara, bangsa, komuniti dan keluarga dengan baik dan teratur. 5.0 Sah dalam Pengertian Undang-Undang Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara. Parlimen merupakan institusi tertinggi di dalam Negara yang menggubal undang-undang dan mengesahkannya. Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang- undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu. Kesahan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh parlimen tidak boleh dipersoalkan dengan alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan iaitu jika
  • 11. undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa Negeri dan juga jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, dalam prosiding antara Persekutuan dengan Negeri itu. Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut diatas tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran hakim Mahkamah Persekutuan; dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana-mana prosiding itu, dan begitulah juga dengan mana-mana Negeri yang akan atau mungkin menjadi satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama. 6.0 Kesimpulan Setelah membuat kajian daripada pelbagai sumber, disini saya ingin menyimpulkan bahawa perkataan sah membawa takrifan bahawa perkara itu benar dan nyata. Apa-apa yang dikatakan sah berada dalam versi cetakan dan menjadi rujukan kepada setiap individu bagi membuat sesuatu perkara. Perkataan sah telah digunakan secara meluas dalam semua agama, perundangan dan juga dalam urusan perniagaan. Malah perkataan sah juga diwakilkan bagi menunjukkan tempoh sesuatu perjanjian atau kontrak, dokumentasi dan juga sesuatu kajian eksperimen.
  • 12. Rujukan http://www.parlimen.gov.my/ dicapai pada 3/10/2014 http://www.jabatan-penerangan-malaysia/bahagian-1-perlembagaan-persekutuan- malaysianegeri-negeri-agama-dan-undang-undang/ dicapai pada 3/10/2014 http://www.dhammatalks.net/BM/Dhammananda_Apa_Buddhis_Percaya.htm#5 dicapai pada 2/10/2014 http://books.google.com.my/books/ perkawinan+sah+dari+agama+hindu & source dicapai pada 2/10/2014 www.islam.gov.my/ dicapai pada 1/10/2014