SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
KURSUS:
SIYASAH SYARIYYAH
KOD KURSUS:
PPPG3113
TAJUK:
AKTA KERAHSIAAN DAN PERKAITANNYA
DENGAN SIYASAH SYARIYYAH
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ANWAR FAKRI BIN OMAR
DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD FADHILAH AL HAKKAM BIN OTHMAN (A157241)
MOHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN ADNAN (A158292)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SEMESTER 1 SESI 2018/2019
SADD AL-DHARAI’ DAN PERKAITANNYA DENGAN SIYASAH SYARIYYAH
Sadd Al-Dharai’ dari segi bahasa bermaksud menutup jalan-jalan kejahatan. Dari segi
istilah pula ialah menghalang perkara-perkara harus yang boleh membawa kepada perkara-
perkara yang haram.
Definisi Sadd Al-Dharai’ itu pada bahasa: menurut Ibnu al- Qayyim “apa-apa yang menjadi
perantara dan jalan kepada sesuatu.”
Definisi Sadd Al-Dharai’ menurut al-Qurtubi: “suatu perkara yang tidak dilarang di
dalamnya, tetapi ia dikhuatiri akan menjurus kepada sesuatu yang terlarang jika dilakukan.”
Menurut Syeikh al-Islam Ibnu Taymiyah: suatu jalan atau laluan kepada sesuatu. Sadd Al-
Dharai’ ialah merupakan salah satu hujjah (hukum) dalam syariah. Dengan erti kata yang
lain, mengeluarkan hukum syara’ mengikut kaedah menutup saluran kerosakan, walaupun
saluran itu pada asalnya harus.
Contohnya:
i. Allah melarang mencaci tuhan-tuhan orang kafir supaya mereka
tidak mencaci Allah.
ii. Rasulullah (s.a.w.) tidak membunuh orang-orang munafik supaya
tidak difitnah bahawa rasulullah membunuh orang islam.
iii. Para sahabat setuju menjatuhkan hukuman bunuh ke atas satu
kumpulan kerana membuat pakatan membunuh seorang mangsa.
iv. Diharamkan berkhalwat kepada lelaki dan perempuan yang bukan
muhrim, kerana membawa kepada zina.
v. Diharamkan hakim menerima hadiah daripada orang yang
dihakiminya.
Siyasah syar‘iyyah merupakan kaedah pemerintahan dan pentadbiran negara yang
berlandaskan kepada syariah. Ia juga merupakan mekanisma hukum islam yang diharuskan
kepada pihak kerajaan islam menggunakannya bagi menangani dan menyelesaikan
perkara-perkara baru yang tidak dijelaskan oleh nas-nas syarak secara langsung. Walau
bagaimanapun ianya merupakan sesuatu yang sukar kerana ianya melibatkan kepentingan
umum seluruh rakyat atau kestabilan negara dari segi politik, ekonomi, keselamatan dan
sebagainya.
Oleh kerana siyasah syar‘iyyah merupakan perkara yang tidak mempunyai nas-nas yang
bersifat jelas, maka ia hendaklah berlandaskan kepada ijtihad yang diterima oleh syarak.
Hal ini menunjukkan betapa besarnya peranan kaedah-kaedah ijtihad dalam
perlaksanaan siyasah syar‘iyyah. Lantaran itu sekiranya sesuatu siyasah itu tidak mengik ut
kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh syarak maka siyasah tersebut tidak dianggap
sebagai siyasah syar‘iyyah lagi.
Siasah syari’yyah sebagai kaedah pemerintah negara. Ia bermaksud mengendalikan urusan
pemerintahan negara mengikut landasan syarak, samada berpandukan al-Quran, al-Sunnah
atau ijtihad bagi menjamin kepentingan rakyat. Ia juga merangkumi seluruh aspek
pemerintahan negara seperti politik, pentadbiran, kewangan, kemasyarakatan dan
sebagainya. berdasarkan kaedah ini, kerajaan boleh mengambil tindakan menyekat sesuatu
perkara, bagi menjamin kebaikan rakyat dan negara walaupun larangannya tidak ada
didalam nas al- quran dan al- sunnah
atas dasar inilah ijtihad kaedah sad zara’i digunakan oleh para ulama : sebagai jalan untuk
berhati-hati (ihtiyat) dalam beramal dan agar tidak sampai melakukan perbuatan yang dapat
menimbulkan kerosakan. jumhur ulama menempatkan faktor manfa’at dan mudharat
sebagai bahan pertimbangan dalam menetapkan hukum, mereka menerima kaedah sad
zara’i, walaupun terdapat perbezaan dalam kadar penerimaannya.
Sadd Al-Dharai’ ini terbahagi kepada empat situasi:
i. Ia diharuskan jika mempunyai ciri-ciri kebaikan yang dibenarkan oleh Syarak dan
boleh mendorong ke arah kebaikan.
ii. Ia diharamkan jika mempunyai ciri-ciri kerosakan yang diharamkan oleh Syarak
dan boleh mendorong ke arah kerosakan.
iii. Ia diharamkan jika mempunyai ciri-ciri kerosakan yang diharamkan sekalipun
boleh mendorong ke arah kebaikan.
iv. Ia perlu dilihat dari beberapa sudut yang dikemukakan oleh ulama dalam
menentukan hukumnya sekiranya mempunyai ciri-ciri kebaikan yang diharuskan
tetapi mendorong ke arah kerosakan yang diharamkan.
Kesimpulannya, Sadd Al-Dharai’ ialah menutup, menghalang, menyekat, memotong
jalan-jalan atau punca-punca serta perbuatan yang boleh membawa kepada kejahatan dan
kerosakan. Walaupun pada asalnya jalan-jalan atau punca-punca perbuatan itu diharuskan,
tetapi apabila didapati ia membawa kepada kejahatan dan kerosakan, maka ia diharamkan
dan ditegah.
Golongan yang menerima Sadd Al-Dharai’ iaitu mazhab maliki, imam Ahmad dan
Hanbali. Hujah mereka ialah sekiranya sesuatu perbuatan itu berkemungkinan membawa
kepada sedikit kerosakan maka ianya tidak ditegah untuk melakukannya. Perkara yang
dibincangkan ialah sekiranya kemungkinan besar ia mendatangkan kemudaratan dan
kerosakan sahaja yang ditegah. Ini kerana sangkaan yang kuat itu disamakan
kedudukannya dengan keyakinan yang pasti. Contohnya, perkhabaran yang dibawa oleh
seseorang saksi diterima sekalipun disana kemungkinan berlalunya penipuan dan
pendustaan. Hukum ini disyariatkan adalah untuk mencapai kepentingan. Jadi konsep ini
melihat kepada mudarat dan kesan baiknya. Jadi mana yang lebih utama, itu yang
didahulukan.
Firman Allah SWT:
‫ا‬َ‫ل‬َ‫و‬‫ُّوا‬‫ب‬ُ‫س‬َ‫ت‬‫ا‬َ‫ن‬‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬‫ا‬َ‫ن‬‫و‬ُ‫ع‬ْ‫د‬َ‫ي‬‫ن‬ِ‫م‬‫ا‬ِ‫ون‬ُ‫د‬‫ا‬ِ َّ‫اّلل‬‫ُّوا‬‫ب‬ُ‫س‬َ‫ي‬َ‫ف‬‫ا‬َ َّ‫اّلل‬‫ا‬ِ‫ْر‬‫ي‬َ‫غ‬ِ‫ب‬‫ا‬ ً‫و‬ْ‫د‬َ‫ع‬‫ا‬‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬
Maksudnya: Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah
selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa
pengetahuan.
Golongan yang menolak iaitu ulama Syafie dan Zahiri. Alasan mereka ialah suatu
perbuatan itu selagi mana ia diharuskan, maka ia tidak ditegah kerana terdapat
kemungkinan-kemungkinan yang ianya membawa kerosakan. Kemungkinan-
kemungkinan ini mungkin berlaku dan mungkin juga tidak berlaku. Jadi ianya hanya
sangkaan sahaja.
Sadd Al-Dharai’ adalah salah satu sumber hukum daripada hukum zanni yang mana salah
satu hukum yang tidak disepakati oleh para ulama’. Antara hukum lain yang tidak
disepakati oleh para ulama’ ialah istihsan, masalih al-mursalah, istishab, uruf dan adat,
fatwa sahabat, dan juga syariat nabi-nabi terdahulu. Sadd Al-Dharai’ adalah merupakan
salah satu hukum yang tidak disepakati oleh para ulama’. Sadd Al-Dharai’ adalah sangat
penting kerana hukum ini dapat mengelakkan setiap individu muslim terjerumus kepada
jalan kerosakan. Contoh bagi kepentingan saddu al-zarai ini ialah menjual senjata ketika
berlakunya peperangan.
RUJUKAN
http://akmalfauzi61.blogspot.com/2017/04/pengenalan-ilmuusul-fiqh-ialah-ilmu_9.html

More Related Content

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Siyasah syariyyah

  • 1. KURSUS: SIYASAH SYARIYYAH KOD KURSUS: PPPG3113 TAJUK: AKTA KERAHSIAAN DAN PERKAITANNYA DENGAN SIYASAH SYARIYYAH DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ ANWAR FAKRI BIN OMAR DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD FADHILAH AL HAKKAM BIN OTHMAN (A157241) MOHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN ADNAN (A158292) FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SEMESTER 1 SESI 2018/2019
  • 2. SADD AL-DHARAI’ DAN PERKAITANNYA DENGAN SIYASAH SYARIYYAH Sadd Al-Dharai’ dari segi bahasa bermaksud menutup jalan-jalan kejahatan. Dari segi istilah pula ialah menghalang perkara-perkara harus yang boleh membawa kepada perkara- perkara yang haram. Definisi Sadd Al-Dharai’ itu pada bahasa: menurut Ibnu al- Qayyim “apa-apa yang menjadi perantara dan jalan kepada sesuatu.” Definisi Sadd Al-Dharai’ menurut al-Qurtubi: “suatu perkara yang tidak dilarang di dalamnya, tetapi ia dikhuatiri akan menjurus kepada sesuatu yang terlarang jika dilakukan.” Menurut Syeikh al-Islam Ibnu Taymiyah: suatu jalan atau laluan kepada sesuatu. Sadd Al- Dharai’ ialah merupakan salah satu hujjah (hukum) dalam syariah. Dengan erti kata yang lain, mengeluarkan hukum syara’ mengikut kaedah menutup saluran kerosakan, walaupun saluran itu pada asalnya harus. Contohnya: i. Allah melarang mencaci tuhan-tuhan orang kafir supaya mereka tidak mencaci Allah. ii. Rasulullah (s.a.w.) tidak membunuh orang-orang munafik supaya tidak difitnah bahawa rasulullah membunuh orang islam. iii. Para sahabat setuju menjatuhkan hukuman bunuh ke atas satu kumpulan kerana membuat pakatan membunuh seorang mangsa. iv. Diharamkan berkhalwat kepada lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, kerana membawa kepada zina. v. Diharamkan hakim menerima hadiah daripada orang yang dihakiminya.
  • 3. Siyasah syar‘iyyah merupakan kaedah pemerintahan dan pentadbiran negara yang berlandaskan kepada syariah. Ia juga merupakan mekanisma hukum islam yang diharuskan kepada pihak kerajaan islam menggunakannya bagi menangani dan menyelesaikan perkara-perkara baru yang tidak dijelaskan oleh nas-nas syarak secara langsung. Walau bagaimanapun ianya merupakan sesuatu yang sukar kerana ianya melibatkan kepentingan umum seluruh rakyat atau kestabilan negara dari segi politik, ekonomi, keselamatan dan sebagainya. Oleh kerana siyasah syar‘iyyah merupakan perkara yang tidak mempunyai nas-nas yang bersifat jelas, maka ia hendaklah berlandaskan kepada ijtihad yang diterima oleh syarak. Hal ini menunjukkan betapa besarnya peranan kaedah-kaedah ijtihad dalam perlaksanaan siyasah syar‘iyyah. Lantaran itu sekiranya sesuatu siyasah itu tidak mengik ut kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh syarak maka siyasah tersebut tidak dianggap sebagai siyasah syar‘iyyah lagi. Siasah syari’yyah sebagai kaedah pemerintah negara. Ia bermaksud mengendalikan urusan pemerintahan negara mengikut landasan syarak, samada berpandukan al-Quran, al-Sunnah atau ijtihad bagi menjamin kepentingan rakyat. Ia juga merangkumi seluruh aspek pemerintahan negara seperti politik, pentadbiran, kewangan, kemasyarakatan dan sebagainya. berdasarkan kaedah ini, kerajaan boleh mengambil tindakan menyekat sesuatu perkara, bagi menjamin kebaikan rakyat dan negara walaupun larangannya tidak ada didalam nas al- quran dan al- sunnah atas dasar inilah ijtihad kaedah sad zara’i digunakan oleh para ulama : sebagai jalan untuk berhati-hati (ihtiyat) dalam beramal dan agar tidak sampai melakukan perbuatan yang dapat menimbulkan kerosakan. jumhur ulama menempatkan faktor manfa’at dan mudharat sebagai bahan pertimbangan dalam menetapkan hukum, mereka menerima kaedah sad zara’i, walaupun terdapat perbezaan dalam kadar penerimaannya.
  • 4. Sadd Al-Dharai’ ini terbahagi kepada empat situasi: i. Ia diharuskan jika mempunyai ciri-ciri kebaikan yang dibenarkan oleh Syarak dan boleh mendorong ke arah kebaikan. ii. Ia diharamkan jika mempunyai ciri-ciri kerosakan yang diharamkan oleh Syarak dan boleh mendorong ke arah kerosakan. iii. Ia diharamkan jika mempunyai ciri-ciri kerosakan yang diharamkan sekalipun boleh mendorong ke arah kebaikan. iv. Ia perlu dilihat dari beberapa sudut yang dikemukakan oleh ulama dalam menentukan hukumnya sekiranya mempunyai ciri-ciri kebaikan yang diharuskan tetapi mendorong ke arah kerosakan yang diharamkan. Kesimpulannya, Sadd Al-Dharai’ ialah menutup, menghalang, menyekat, memotong jalan-jalan atau punca-punca serta perbuatan yang boleh membawa kepada kejahatan dan kerosakan. Walaupun pada asalnya jalan-jalan atau punca-punca perbuatan itu diharuskan, tetapi apabila didapati ia membawa kepada kejahatan dan kerosakan, maka ia diharamkan dan ditegah. Golongan yang menerima Sadd Al-Dharai’ iaitu mazhab maliki, imam Ahmad dan Hanbali. Hujah mereka ialah sekiranya sesuatu perbuatan itu berkemungkinan membawa kepada sedikit kerosakan maka ianya tidak ditegah untuk melakukannya. Perkara yang dibincangkan ialah sekiranya kemungkinan besar ia mendatangkan kemudaratan dan kerosakan sahaja yang ditegah. Ini kerana sangkaan yang kuat itu disamakan kedudukannya dengan keyakinan yang pasti. Contohnya, perkhabaran yang dibawa oleh seseorang saksi diterima sekalipun disana kemungkinan berlalunya penipuan dan pendustaan. Hukum ini disyariatkan adalah untuk mencapai kepentingan. Jadi konsep ini melihat kepada mudarat dan kesan baiknya. Jadi mana yang lebih utama, itu yang didahulukan.
  • 5. Firman Allah SWT: ‫ا‬َ‫ل‬َ‫و‬‫ُّوا‬‫ب‬ُ‫س‬َ‫ت‬‫ا‬َ‫ن‬‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬‫ا‬َ‫ن‬‫و‬ُ‫ع‬ْ‫د‬َ‫ي‬‫ن‬ِ‫م‬‫ا‬ِ‫ون‬ُ‫د‬‫ا‬ِ َّ‫اّلل‬‫ُّوا‬‫ب‬ُ‫س‬َ‫ي‬َ‫ف‬‫ا‬َ َّ‫اّلل‬‫ا‬ِ‫ْر‬‫ي‬َ‫غ‬ِ‫ب‬‫ا‬ ً‫و‬ْ‫د‬َ‫ع‬‫ا‬‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ Maksudnya: Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Golongan yang menolak iaitu ulama Syafie dan Zahiri. Alasan mereka ialah suatu perbuatan itu selagi mana ia diharuskan, maka ia tidak ditegah kerana terdapat kemungkinan-kemungkinan yang ianya membawa kerosakan. Kemungkinan- kemungkinan ini mungkin berlaku dan mungkin juga tidak berlaku. Jadi ianya hanya sangkaan sahaja. Sadd Al-Dharai’ adalah salah satu sumber hukum daripada hukum zanni yang mana salah satu hukum yang tidak disepakati oleh para ulama’. Antara hukum lain yang tidak disepakati oleh para ulama’ ialah istihsan, masalih al-mursalah, istishab, uruf dan adat, fatwa sahabat, dan juga syariat nabi-nabi terdahulu. Sadd Al-Dharai’ adalah merupakan salah satu hukum yang tidak disepakati oleh para ulama’. Sadd Al-Dharai’ adalah sangat penting kerana hukum ini dapat mengelakkan setiap individu muslim terjerumus kepada jalan kerosakan. Contoh bagi kepentingan saddu al-zarai ini ialah menjual senjata ketika berlakunya peperangan.