1. ELM3043E ISU-ISU MORAL DAN CABARAN
PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI TENG MEI CHEN ( BC UNIT 4 )
REFLEKSI
Setelah menghadiri tutorial semester lapan, saya telah mendapatkan
pengetahuan yang banyak daripada pensyarah kita, Dr. Abd. Shatar. Pendidikan
Moral semester lapan mengandungi tajuk-tajuk tentang Masalah-masalah Moral
di sekolah, Isu-isu Moral tempatan, Isu-isu Moral Global, Sosialisasi Moral
Individu dan Apresiasi Moral. Selain itu, elemen-elemen yang mencabar
penghayatan nilai-nilai murni juga sangat penting dalam Pendidikan Moral
semester lapan.
Untuk menghasilkan kerja tugasan ini, Dr. Abd. Shatar telah memberikan
bantuan dan bimbingan sepenuhnya kepada guru pelatih PPG. Saya melayari
blog Dr. Abd Shatar untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang isu-isu
dan cabaran guru sekarang. Saya mengambil kesempatan ini supaya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang saya hormati, Dr. Abd.
Shatar.
Selain itu, melalui tugasan 1, saya dapat diperingatkan supaya
memandang berat pada disiplin sekolah. Setiap guru adalah guru disiplin, guru
disiplin harus sentiasa mengambil berat pada pembentukan tingkah laku murid
supaya generasi muda kita berkembang seimbang pada jasmani, emosi, rohani,
intelek, sosial dan estetik. Bagi tugasan kedua pula, saya berpeluang
menjalankan projek mural di sekolah saya. Pihak sekolah memang memuaskan
projek saya, saya berasa gembira kerana dapat membantu menceriakan
suasana sekolah saya.
Walaupun kita hanya dapat menghadiri kuliah sebanyak lima kali sahaja
dalam setiap semester tetapi saya telah dapat membelajari semangat Dr. Abd.
Shatar yang merupakan seorang pembimbing yang baik dan bersungguh-
sungguh. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah dan
rakan-rakan saya di IPGKTAA.