SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
KAE 3013

KPT 6044 : PEMBELAJARAN
BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
TUGASAN 3
PENGGUNAAN INTERNET UNTUK
TUJUAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
DISEDIAKAN OLEH :

NAMA

SUZANA BT. SAUDIN

NO. MATRIK

NO. TELEFON

M20121000514 0122391423

PENSYARAH : PROF.MADYA DR. ABD LATIF HJ.GAPOR
Pengenalan

Sistem pendidikan masa kini telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf sosial
masyarakat daripada era agrarian sehinggalah kini memasuki era teknologi maklumat. Sistem
pendidikan kini dikatakan mengalami perubahan daripada penggunaan teori behaviorisme
kepada kognitisme dan seterusnya ke konstruktisme.

Melalui perancangan pelaksanaan pembestarian semua sekolah menjelang tahun 2010,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diterapkan dan diintegrasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah melengkapkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh negara. Bagi menjayakan
usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk membolehkan setiap sekolah memiliki
infrastruktur dan peralatan komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan
pelajar dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan
sejumlah RM 2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah
seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan
berkenaan (Utusan Malaysia,Selasa,29 Ogos 2006).

Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada
penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah &
Rose Alinda, 1996). Dengan bermulanya penciptaan komputer, teknologi ini menjadi salah satu
alat yang memudahkan golongan pendidik untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan
pelbagai gaya dan menjadi tarikan kepada pelajar.

Pengunaan komputer bukanlah sesuatu yang baru malah telah digunakan sejak awal 60 an lagi
terutama di Negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Malaysia juga tidak ketinggalan
dalam melopori teknologi ini untuk diadaptasikan dalam dunia pendidikan.
Dewasa ini, internet menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di kalangan pelbagai
lapisan masyarakat. Tidak mengira golongan, samaada kanak-kanak seawal umur pra sekolah
sehinggalah golongan emas, internet sudah menjadi kebiasaan digunakan sebagai alat untuk
mendapatkan maklumat, komunikasi dan tidak kurang juga untuk hiburan. Dengan kemajuan
teknologi yang pesat pada masa kini, internet dapat diakses di mana sahaja dengan mudahnya
ditambah lagi dengan adanya teknologi jalur lebar, wifi dan sebagainya.
Internet di lengkapi dengan kemudahan “world wide web” memudahkan pengguna untuk
mengakses apa sahaja maklumat yang diperlukan. Maklumat yang diperoleh merangkumi
seluruh pelosok dunia. Dengan kemudahan yang sebegini menjadikan masyarakat Malaysia
khususnya mempunyai fikiran yang lebih terbuka dan lebih cakna dengan isu-isu semasa yang
berlaku di sekeliling hinggalah ke dunia luar.

Secara tradisinya, proses pengajaran dan pembelajaran di sampaikan melalui interaksi antara
guru dan pelajar. Dimana guru menjadi gedung ilmu kepada pelajar. Masalah yang selalu timbul
adalah apabila pelajar terlalu mengharap kepada guru untuk mendapatkan sesuatu ilmu. Di sini
akan timbul isu “spoon feeding” dalam proses guru menyampaikan isi pengajaran. Sekaligus
secara tidak langsung, dunia persekolahan melahirkan pelajar yang ‘pasif’, tidak mempunyai
sikap berdikari dan tidak ada semangat kompetatif.

Oleh itu, sudut pandang para pelajar perlu diubah untuk melahirkan pelajar yang bersikap
berdikari, bermatlamat, berpandangan jauh, mempunyai sifat-sifat yang mulia dan
bertanggungjawab dalam segala tindak-tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita yang dicitacitakan. (Mohd Hajiman Haji Mat Jusak,2002) Selari dengan perkembangan semasa, menjadikan
internet sebagai salah satu solusi terbaik untuk menjadi jalan keluar kepada permasalahan di atas.
Kata pepatah ada mengatakan,antara guru terbaik adalah pengalaman. Hal ini juga perlu
diserapkan kepada pelajar. Oleh itu, internet menyediakan pelajar untuk menimba ilmu sendiri
melalui pengalamannya mencari, menganalisa dan menimbal buruk baik sesuatu maklumat.
Dengan kaedah ini bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab
malah dapat mendidik pelajar untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Internet juga dapat
menjadi platform untuk pelajar mengambil bahagian dengan cara tersendiri dan menjadikan
pelajar tidak terlalu mengharapkan kepada orang lain.
Selaras dengan perkembangan dunia masa kini, pelajar dan guru perlu menukar paradigma
dengan tidak meletakkan tumpuan ilmu itu hanya kepada guru. Pelajar perlu dididik untuk
menjana cara fikir tersendiri. Masa kini pelajar dan guru perlu sedar akan persaingan yang akan
dihadapi apabila pelajar-pelajar ini melangkah ke dunia luar. Guru perlu berperanan sebagai
fasilitator dan motivator kepada pelajar untuk berfikiran lebih terbuka dan berpandangan
jauh.Untuk tujuan pembelajaran pelajar, internet menyediakan pelbagai kemudahan seperti
tutorial elektronik seperti Skor A, portal-portal pendidikan, email, enjin carian maklumat dan
sebagainya.

Pernyataan Masalah
Dewasa ini, internet menjadi sumber maklumat yang tidak terbatas. Hal ini menjadikan internet
di gunakan oleh semua lapisan umur. Dengan kemudahan world wide web (www), internet
digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat, komunikasi dan tidak kurang juga untuk
tujuan hiburan semata-mata.

Akibat daripada penyalahgunaan internet terutama di kalangan pengguna yang berusia muda
menjadi kebimbangan kepada guru, ibu bapa dan juga masyarakat. Kebimbangan ini diakibatkan
oleh masalah-masalah yang wujud akibat penyalahgunaan internet di kalangan pengguna muda
ini, contohnya seperti masalah sosial, ponteng sekolah dan internet juga menyebabkan pengguna
di kalangan pelajar hilang minat untuk belajar kerana banyak masa dihabiskan untuk melayari
internet.

Dalam isu pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berkembang seiring
dengan perkembangan teknologi ini. Hal ini kerana mungkin kerana kekurangan kesedaran di
kalangan guru, pelajar dan juga umum tentang kelebihan internet yang dapat diserapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
tetap di takok lama dengan hanya menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan guru. Dan isu
spoon feeding tetap menjadi budaya dikalangan pelajar di Malaysia.
Dalam membincangkan isu ini, tidak dapat lari daripada turut membincangkan tentang isu
pembestarian sekolah yang mula dilaksanakan semenjak tahun 1996. Perancangan pembestarian
sekolah ini mengsasarkan pada tahun 2010 semua sekolah sudah dapat mengaplikasikan
pembelajaran berdasarkan komputer sepenuhnya. Pada tahun 2010, sejauhmanakah semua
sekolah dapat menggunakan komputer sebagai sumber utama dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Hal ini kerana keadaan semasa yang masih mangalami masalah keterbatasan
kemahiran guru dalam penggunaan komputer dan juga kekurangan kemudahan sekolah.
Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kajian kepada kawasan di daerah Hulu Selangor,
Selangor. Rasional penyelidik memilih kawasan ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap
penggunaan dan pendedahan internet di daerah ini. Dalam masa yang sama dapat mengaitkan
penggunaan internet di dalam pembelajaran pelajar. Daerah ini dapat diklasifikasikan sebagai
kawasan luar bandar secara umumnya.

Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana internet membantu pelajar
dalam pembelajaran. Antara objektif kajian adalah:1.4.1 Mengenalpasti sumber penggunaan internet di kalangan pelajar.
1.4.2 Mengenalpasti jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar.
1.4.3 Mengenalpasti faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet
sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran.
1.4.4 Mengenalpasti faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran
maklumat untuk pembelajaran.

Persoalan Kajian
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan beberapa persoalan yang merangkumi aspek-aspek berikut:
1. Bagaimanakah pelajar mendapatkan sumber penggunaan internet?
2. Apakah jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar?
3. Apakah faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet sebagai saluran
maklumat untuk pembelajaran?
4. Apakah faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran maklumat
untuk pembelajaran?

Metodologi
Menggunakan soalan temubual berstruktur. Soalan-soalan yang diberikan merupakan soalansoalan yang menjurus kepada jawapan persoalan kajian. Responden yang dipilih untuk temubual
merupakan seorang murid perempuan Tahun 5 Usaha. Murid ini bernama Husna Musfirah binti
Muhammad Arif. Bapanya merupakan seorang pensyarah manakala ibunya merupakan seorang
pendidik. Pelajar ini juga merupakan calon 5A pada peperiksaan UPSR 2014.

Hasil Temubual
1. Bagaimanakah pelajar mendapatkan sumber penggunaan internet?
Menurut pelajar ini, beliau mendapatkan sumber penggunaan internet melalui pemasangan wi-fi
di rumahnya. Jika di sekolah pula beliau mendapatkan akses internet melalui Pusat Akses
Sekolah.

2. Apakah jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar?
Aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar ini adalah facebook, youtube dan akses kepada
bahan pembelajaran seperti Skor A dan Zoom. Pelajar ini banyak belajar dengan menggunakan
bahan-bahan pembelajaran melalui internet.

3. Apakah faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet sebagai saluran
maklumat untuk pembelajaran?
Jika di sekolah,menurut pelajar ini, masalah yang selalu dihadapi adalah internet yang lambat,
surver down dan masalah kekurangan komputer di mana pelajar ini berkongsi dengan murid lain
jika menggunakan komputer di makmal komputer untuk mencari maklumat atau bahan untuk
pembelajaran. Selain daripada itu, kekangan masa untuk pembelajaran juga berlaku di mana
pelajar mengambil masa hampir 10 minit untuk berjalan masuk ke dalam makmal komputer. Ini
kerana kedudukan kelas dan makmal komputer yang agak jauh.

4. Apakah faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran maklumat
untuk pembelajaran?
Menurut pelajar ini, faktor yang paling utama ialah menggunakan internet untuk mendapatkan
maklumat untuk pembelajaran amat mudah dan senang atau mudah difahami. Maklumat yang
dicari itu selalunya diterangkan berserta contohnya sekali. Selain daripada itu, jika kita masih
tidak faham tentang sesuatu perkara,pelajar boleh akses ‘google search’ dan dapatlah jawapan
yang dicari. Bahan pembelajaran dari internet sangat menarik dan mudah difahami. Contohcontoh yang diberikan amat mudah dan simple. Guru-guru juga menggalakkan pelajar
menggunakan internet sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat pembelajaran.
Rumusan

Pada era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan kini menjadikan internet merupakan
salah satu alat komunikasi yang penting dalam segala aspek kehidupan.Kemudahan teknologi
yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat, sistem telekomunikasi dan pengkalan data (data
base) membolehkan segala maklumat diperolehi dengan begitu cepat, mudah, pantas dan terkini.
Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada sejauh manakah kita, dapat mengenal pasti
maklumat tersebut dalam WWW (World Wide Web), bagaimana ia diperolehi, dan bila
seharusnya ia patut digunakan.

Bagi mereka yang ingin memperluaskan pengetahuan, Internet adalah pilihan yang tepat buat
masa kini. Seandainya kita yakin yang maklumat itu sebagai penyalur pengetahuan, kemudian
dapat menjadi penghubungkan antara manusia sejagat setiap masa dengan pelbagai rangkaian
dan pengkalan data, maka ianya sudah tentu menjadi jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang
berdaya saing (McLain & DiStefano, 1995).

More Related Content

What's hot

Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Rahmah Soid
 
isu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatisu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatJus Oren
 
Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...
Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...
Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...Djadja Sardjana
 
Jurnal latif
Jurnal latifJurnal latif
Jurnal latifilah2012
 
Tugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuTugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuSYAZWANI IBRAHIM
 
Manfaat internet dalam proses pembelajaran di sma
Manfaat internet dalam proses pembelajaran  di smaManfaat internet dalam proses pembelajaran  di sma
Manfaat internet dalam proses pembelajaran di smaNadilla Noviana
 
Tugasan 3 : Kajian tinjauan web
Tugasan 3 : Kajian tinjauan webTugasan 3 : Kajian tinjauan web
Tugasan 3 : Kajian tinjauan webhelidzia
 
Analisis jurnal tema penerimaan e learning
Analisis jurnal tema penerimaan e learningAnalisis jurnal tema penerimaan e learning
Analisis jurnal tema penerimaan e learningsuhailarahman26
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Ety Sue
 
Perkembangan e learning di malaysia
Perkembangan e learning di malaysiaPerkembangan e learning di malaysia
Perkembangan e learning di malaysiaErwan Nur Arief
 

What's hot (20)

Eseimen 3109
Eseimen 3109Eseimen 3109
Eseimen 3109
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
 
Kajian tinjauan
Kajian tinjauanKajian tinjauan
Kajian tinjauan
 
isu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatisu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumat
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
Kajian tinjauan
Kajian tinjauanKajian tinjauan
Kajian tinjauan
 
Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...
Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...
Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...
 
Jurnal latif
Jurnal latifJurnal latif
Jurnal latif
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuTugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat Individu
 
Manfaat internet dalam proses pembelajaran di sma
Manfaat internet dalam proses pembelajaran  di smaManfaat internet dalam proses pembelajaran  di sma
Manfaat internet dalam proses pembelajaran di sma
 
Jurnal masrina turnip
Jurnal masrina turnipJurnal masrina turnip
Jurnal masrina turnip
 
Tugasan 3 : Kajian tinjauan web
Tugasan 3 : Kajian tinjauan webTugasan 3 : Kajian tinjauan web
Tugasan 3 : Kajian tinjauan web
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
Tugasan 3 kpt6044
Tugasan 3 kpt6044Tugasan 3 kpt6044
Tugasan 3 kpt6044
 
Analisis jurnal tema penerimaan e learning
Analisis jurnal tema penerimaan e learningAnalisis jurnal tema penerimaan e learning
Analisis jurnal tema penerimaan e learning
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
 
Tugas proposal
Tugas proposalTugas proposal
Tugas proposal
 
Teknologi
TeknologiTeknologi
Teknologi
 
Perkembangan e learning di malaysia
Perkembangan e learning di malaysiaPerkembangan e learning di malaysia
Perkembangan e learning di malaysia
 

Similar to PMBL INTERNET SEKOLAH

Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)NorZie Ali
 
Pengembangan media pendidikan berbasis internet
Pengembangan media pendidikan berbasis internetPengembangan media pendidikan berbasis internet
Pengembangan media pendidikan berbasis internetShinta Naili Fitrisari
 
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docxMAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docxManEdyMan2
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Kelompok 3 perkembangan internet pada pai
Kelompok 3 perkembangan internet pada paiKelompok 3 perkembangan internet pada pai
Kelompok 3 perkembangan internet pada paiYenima27
 
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBModul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBRini biologi
 
Sim nur putriana, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma pengenalan e learning.pdf
Sim nur putriana, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma pengenalan e learning.pdfSim nur putriana, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma pengenalan e learning.pdf
Sim nur putriana, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma pengenalan e learning.pdfNur Putriana
 

Similar to PMBL INTERNET SEKOLAH (20)

Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
5447
54475447
5447
 
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
 
Pengembangan media pendidikan berbasis internet
Pengembangan media pendidikan berbasis internetPengembangan media pendidikan berbasis internet
Pengembangan media pendidikan berbasis internet
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docxMAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
 
Edu ke3
Edu ke3Edu ke3
Edu ke3
 
ICT #2
ICT #2ICT #2
ICT #2
 
pemanfaatan ict
pemanfaatan ictpemanfaatan ict
pemanfaatan ict
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Kelompok 3 perkembangan internet pada pai
Kelompok 3 perkembangan internet pada paiKelompok 3 perkembangan internet pada pai
Kelompok 3 perkembangan internet pada pai
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Modul i (jm)
Modul i (jm)Modul i (jm)
Modul i (jm)
 
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBModul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
 
Tugas ict 2
Tugas ict 2Tugas ict 2
Tugas ict 2
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
Sim nur putriana, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma pengenalan e learning.pdf
Sim nur putriana, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma pengenalan e learning.pdfSim nur putriana, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma pengenalan e learning.pdf
Sim nur putriana, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma pengenalan e learning.pdf
 
Lukman maliawan
Lukman maliawanLukman maliawan
Lukman maliawan
 
Lkmn
LkmnLkmn
Lkmn
 
Pembentangan tugasan 1
Pembentangan tugasan 1Pembentangan tugasan 1
Pembentangan tugasan 1
 

PMBL INTERNET SEKOLAH

  • 1. KAE 3013 KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3 PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH : NAMA SUZANA BT. SAUDIN NO. MATRIK NO. TELEFON M20121000514 0122391423 PENSYARAH : PROF.MADYA DR. ABD LATIF HJ.GAPOR
  • 2. Pengenalan Sistem pendidikan masa kini telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf sosial masyarakat daripada era agrarian sehinggalah kini memasuki era teknologi maklumat. Sistem pendidikan kini dikatakan mengalami perubahan daripada penggunaan teori behaviorisme kepada kognitisme dan seterusnya ke konstruktisme. Melalui perancangan pelaksanaan pembestarian semua sekolah menjelang tahun 2010, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diterapkan dan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melengkapkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh negara. Bagi menjayakan usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan pelajar dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan (Utusan Malaysia,Selasa,29 Ogos 2006). Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Dengan bermulanya penciptaan komputer, teknologi ini menjadi salah satu alat yang memudahkan golongan pendidik untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan pelbagai gaya dan menjadi tarikan kepada pelajar. Pengunaan komputer bukanlah sesuatu yang baru malah telah digunakan sejak awal 60 an lagi terutama di Negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melopori teknologi ini untuk diadaptasikan dalam dunia pendidikan. Dewasa ini, internet menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Tidak mengira golongan, samaada kanak-kanak seawal umur pra sekolah sehinggalah golongan emas, internet sudah menjadi kebiasaan digunakan sebagai alat untuk
  • 3. mendapatkan maklumat, komunikasi dan tidak kurang juga untuk hiburan. Dengan kemajuan teknologi yang pesat pada masa kini, internet dapat diakses di mana sahaja dengan mudahnya ditambah lagi dengan adanya teknologi jalur lebar, wifi dan sebagainya. Internet di lengkapi dengan kemudahan “world wide web” memudahkan pengguna untuk mengakses apa sahaja maklumat yang diperlukan. Maklumat yang diperoleh merangkumi seluruh pelosok dunia. Dengan kemudahan yang sebegini menjadikan masyarakat Malaysia khususnya mempunyai fikiran yang lebih terbuka dan lebih cakna dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling hinggalah ke dunia luar. Secara tradisinya, proses pengajaran dan pembelajaran di sampaikan melalui interaksi antara guru dan pelajar. Dimana guru menjadi gedung ilmu kepada pelajar. Masalah yang selalu timbul adalah apabila pelajar terlalu mengharap kepada guru untuk mendapatkan sesuatu ilmu. Di sini akan timbul isu “spoon feeding” dalam proses guru menyampaikan isi pengajaran. Sekaligus secara tidak langsung, dunia persekolahan melahirkan pelajar yang ‘pasif’, tidak mempunyai sikap berdikari dan tidak ada semangat kompetatif. Oleh itu, sudut pandang para pelajar perlu diubah untuk melahirkan pelajar yang bersikap berdikari, bermatlamat, berpandangan jauh, mempunyai sifat-sifat yang mulia dan bertanggungjawab dalam segala tindak-tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita yang dicitacitakan. (Mohd Hajiman Haji Mat Jusak,2002) Selari dengan perkembangan semasa, menjadikan internet sebagai salah satu solusi terbaik untuk menjadi jalan keluar kepada permasalahan di atas. Kata pepatah ada mengatakan,antara guru terbaik adalah pengalaman. Hal ini juga perlu diserapkan kepada pelajar. Oleh itu, internet menyediakan pelajar untuk menimba ilmu sendiri melalui pengalamannya mencari, menganalisa dan menimbal buruk baik sesuatu maklumat. Dengan kaedah ini bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab malah dapat mendidik pelajar untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Internet juga dapat menjadi platform untuk pelajar mengambil bahagian dengan cara tersendiri dan menjadikan pelajar tidak terlalu mengharapkan kepada orang lain.
  • 4. Selaras dengan perkembangan dunia masa kini, pelajar dan guru perlu menukar paradigma dengan tidak meletakkan tumpuan ilmu itu hanya kepada guru. Pelajar perlu dididik untuk menjana cara fikir tersendiri. Masa kini pelajar dan guru perlu sedar akan persaingan yang akan dihadapi apabila pelajar-pelajar ini melangkah ke dunia luar. Guru perlu berperanan sebagai fasilitator dan motivator kepada pelajar untuk berfikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh.Untuk tujuan pembelajaran pelajar, internet menyediakan pelbagai kemudahan seperti tutorial elektronik seperti Skor A, portal-portal pendidikan, email, enjin carian maklumat dan sebagainya. Pernyataan Masalah Dewasa ini, internet menjadi sumber maklumat yang tidak terbatas. Hal ini menjadikan internet di gunakan oleh semua lapisan umur. Dengan kemudahan world wide web (www), internet digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat, komunikasi dan tidak kurang juga untuk tujuan hiburan semata-mata. Akibat daripada penyalahgunaan internet terutama di kalangan pengguna yang berusia muda menjadi kebimbangan kepada guru, ibu bapa dan juga masyarakat. Kebimbangan ini diakibatkan oleh masalah-masalah yang wujud akibat penyalahgunaan internet di kalangan pengguna muda ini, contohnya seperti masalah sosial, ponteng sekolah dan internet juga menyebabkan pengguna di kalangan pelajar hilang minat untuk belajar kerana banyak masa dihabiskan untuk melayari internet. Dalam isu pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berkembang seiring dengan perkembangan teknologi ini. Hal ini kerana mungkin kerana kekurangan kesedaran di kalangan guru, pelajar dan juga umum tentang kelebihan internet yang dapat diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tetap di takok lama dengan hanya menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan guru. Dan isu spoon feeding tetap menjadi budaya dikalangan pelajar di Malaysia.
  • 5. Dalam membincangkan isu ini, tidak dapat lari daripada turut membincangkan tentang isu pembestarian sekolah yang mula dilaksanakan semenjak tahun 1996. Perancangan pembestarian sekolah ini mengsasarkan pada tahun 2010 semua sekolah sudah dapat mengaplikasikan pembelajaran berdasarkan komputer sepenuhnya. Pada tahun 2010, sejauhmanakah semua sekolah dapat menggunakan komputer sebagai sumber utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana keadaan semasa yang masih mangalami masalah keterbatasan kemahiran guru dalam penggunaan komputer dan juga kekurangan kemudahan sekolah. Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kajian kepada kawasan di daerah Hulu Selangor, Selangor. Rasional penyelidik memilih kawasan ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan dan pendedahan internet di daerah ini. Dalam masa yang sama dapat mengaitkan penggunaan internet di dalam pembelajaran pelajar. Daerah ini dapat diklasifikasikan sebagai kawasan luar bandar secara umumnya. Objektif Kajian Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana internet membantu pelajar dalam pembelajaran. Antara objektif kajian adalah:1.4.1 Mengenalpasti sumber penggunaan internet di kalangan pelajar. 1.4.2 Mengenalpasti jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar. 1.4.3 Mengenalpasti faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran. 1.4.4 Mengenalpasti faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran. Persoalan Kajian Kajian ini dilaksanakan berdasarkan beberapa persoalan yang merangkumi aspek-aspek berikut: 1. Bagaimanakah pelajar mendapatkan sumber penggunaan internet? 2. Apakah jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar?
  • 6. 3. Apakah faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran? 4. Apakah faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran? Metodologi Menggunakan soalan temubual berstruktur. Soalan-soalan yang diberikan merupakan soalansoalan yang menjurus kepada jawapan persoalan kajian. Responden yang dipilih untuk temubual merupakan seorang murid perempuan Tahun 5 Usaha. Murid ini bernama Husna Musfirah binti Muhammad Arif. Bapanya merupakan seorang pensyarah manakala ibunya merupakan seorang pendidik. Pelajar ini juga merupakan calon 5A pada peperiksaan UPSR 2014. Hasil Temubual 1. Bagaimanakah pelajar mendapatkan sumber penggunaan internet? Menurut pelajar ini, beliau mendapatkan sumber penggunaan internet melalui pemasangan wi-fi di rumahnya. Jika di sekolah pula beliau mendapatkan akses internet melalui Pusat Akses Sekolah. 2. Apakah jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar? Aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar ini adalah facebook, youtube dan akses kepada bahan pembelajaran seperti Skor A dan Zoom. Pelajar ini banyak belajar dengan menggunakan bahan-bahan pembelajaran melalui internet. 3. Apakah faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran?
  • 7. Jika di sekolah,menurut pelajar ini, masalah yang selalu dihadapi adalah internet yang lambat, surver down dan masalah kekurangan komputer di mana pelajar ini berkongsi dengan murid lain jika menggunakan komputer di makmal komputer untuk mencari maklumat atau bahan untuk pembelajaran. Selain daripada itu, kekangan masa untuk pembelajaran juga berlaku di mana pelajar mengambil masa hampir 10 minit untuk berjalan masuk ke dalam makmal komputer. Ini kerana kedudukan kelas dan makmal komputer yang agak jauh. 4. Apakah faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran? Menurut pelajar ini, faktor yang paling utama ialah menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat untuk pembelajaran amat mudah dan senang atau mudah difahami. Maklumat yang dicari itu selalunya diterangkan berserta contohnya sekali. Selain daripada itu, jika kita masih tidak faham tentang sesuatu perkara,pelajar boleh akses ‘google search’ dan dapatlah jawapan yang dicari. Bahan pembelajaran dari internet sangat menarik dan mudah difahami. Contohcontoh yang diberikan amat mudah dan simple. Guru-guru juga menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat pembelajaran.
  • 8. Rumusan Pada era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan kini menjadikan internet merupakan salah satu alat komunikasi yang penting dalam segala aspek kehidupan.Kemudahan teknologi yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat, sistem telekomunikasi dan pengkalan data (data base) membolehkan segala maklumat diperolehi dengan begitu cepat, mudah, pantas dan terkini. Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada sejauh manakah kita, dapat mengenal pasti maklumat tersebut dalam WWW (World Wide Web), bagaimana ia diperolehi, dan bila seharusnya ia patut digunakan. Bagi mereka yang ingin memperluaskan pengetahuan, Internet adalah pilihan yang tepat buat masa kini. Seandainya kita yakin yang maklumat itu sebagai penyalur pengetahuan, kemudian dapat menjadi penghubungkan antara manusia sejagat setiap masa dengan pelbagai rangkaian dan pengkalan data, maka ianya sudah tentu menjadi jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing (McLain & DiStefano, 1995).