SlideShare a Scribd company logo
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
1
"‫ساي‬‫اكوا‬‫بهاوا‬‫كاريا‬‫اين‬‫اداله‬‫حاصيل‬‫كرجا‬‫ساي‬‫سنديري‬‫كچوالي‬‫رجوكن‬‫دان‬‫ريڠكسن‬‫يڠ‬‫تياڤ‬-‫تياڤ‬‫ساتوڽ‬‫تله‬‫ساي‬
‫ڽاتكن‬‫سومبرڽ‬".
Yang benar,
TANDATANGAN : ...........................................................
NAMA : ‫محمد‬ ‫بن‬ ‫قيوم‬ ‫محمد‬‫صب‬‫ري‬
NO. KAD PENGENALAN : 930915-02-5099
NO. MATRIK : 125184
TARIKH : 21 SEPTEMBER 2014
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
2
PENGHARGAAN
. Bersyukur juga kerana telah dikurniakan nikmat kesihatan dan masa lapang untuk
saya manfaatkan bagi menyiapkan tugasan kerja kursus yang berkaitan dengan
Konsep dan pelaksanaan kelas pemulihan jawi serta kelas biasa dalam pengajaran dan
pembelajaran jawi sekolah rendah.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah bagi subjek Pengajaran Jawi Sekolah Rendah, YM Ustaz Raja Abdullah Bin
Raja Ismail yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada saya untuk saya menyiapkan
tugasan ini. Segala nasihat yang diberikan, segala tunjuk ajar yang telah disampaikan
akan saya manfaatkan dalam kehidupan seharian. Beliau juga telah banyak
memberikan bimbingan dan dorongan bagi saya untuk menyiapkan tugasan kerja
kursus ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
yang banyak membantu dalam proses mencari maklumat bagi melengkapkan tugasan
kerja kursus pendek ini. Masa yang terluang dimanfaatkan dengan mengadakan
perbincangan kecil untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu saya bersama-sama
mencari maklumat dan berkongsi pandangan dan pendapat bagi lebih memudahkan
tugas saya untuk menyiapkan tugasan ini..
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang telah membantu menyiapkan tugasan ini secara langsung atau tidak
langsung. Semoga dengan usaha murni ini diberi ganjaran oleh Allah. Semoga kita
sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Amin.
Sekian, terima kasih.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
3
PENDAHULUAN
Tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu. Tulisan ini mempunyai ciri-ciri
keistimewaan sebagai tulisan perantaraan yang telah meletakkan bangsa Melayu ke
arah menguasai ilmu pengetahuan yang lebih meluas. Tulisan Jawi telah digunakan
sebelum zaman penjajahan pihak Barat ke Tanah Melayu. Hal ini terbukti dengan
terdapatnya manuskrip-manuskrip tulisan tersebut, di samping surat-surat perjanjian
yang ditulis dalam Tulisan Jawi antara pembesar dan raja-raja Melayu dijajah oleh
kuasa-kuasa Barat. Seterusnya tulisan rumi telah mengambil tempat utama
menggantikan tulisan Jawi setelah negara mencapai kemerdekaan.
Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Pendidikan Islam diajar secara non
formal, iaitu dengan belajar di rumah guru, pondok dan madarasah. Sistem
persekolahan formal mula diperkenalkan setelah negara mencapai kemerdekaan
dengan menjadikan Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap
pelajar beragama Islam (Pusat Perkembangan Kurikulum,1991). Buku teks yang
digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan
ada yang ditulis dengan Bahasa Arab ( Abdullah Ali Hassan,1980;Abdullah
Jusoh,1990).
Konvensyen Tulisan Jawi pada tahun 1984 telah diselaraskan dan diperkemas
dengan maklumat-maklumat dan resolusi yang dipersetujui dalam Konvensyen Tulisan
Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1991 dan Seminar
Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut
disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Tulisan Jawi Pusat Islam dan
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994.
Pengajaran Jawi mempunyai kaedah pengajaran yang khusus dan
tersendiri. Namun ramai yang beranggapan kaedah mengajar jawi sama seperti kaedah
pengajaran mata pelajaran lain dalam Pendidikan Islam. Tanggapan sebegitu kurang
tepat. Kaedah pengajaran jawi yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dan telah diberi pendedahan secara khusus kepada bakal-bakal guru
Pendidikan Islam dan j-QAF (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
4
KAEDAH EJAAN JAWI OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
KAEDAH MENGAJAR KATA DASAR TIGA SUKU KATA TERBUKA
Pengejaan kata dasar yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih dalam tulisan Jawi
adalah menurut peraturan penggunaan huruf-huruf vokal alif, ya, wau dan ye dalam
kata dasar dua suku kata. Dalam hal ini aturan-aturan pengejaan kata dasar dua suku
kata itu diterapkan kepada dua suku kata terakhir dalam kata tiga suku kata atau lebih.
Contoh bagi penerapan pengejaan kata dasar bagi dua suku kata terakhir ke dalam tiga
suku kata adalah :
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
5
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
6
KAEDAH PENULISAN HAMZAH
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
7
KONSEP DAN PERLAKSANAAN YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM BAGI KELAS PEMULIHAN JAWI DAN KELAS BIASA
KELAS PEMULIHAN JAWI
Masalah penguasaan Jawi dikalangan pelajar telah menjadi perkara yang sangat perlu
diberi penekanan oleh pihak sekolah. Penguasaan kemahiran jawi adalah wajib bagi
setiap pelajar terutamanya mengenal huruf tunggal Jawi. Kelambatan dalam
mempelajari dan menguasai jawi akan menyebabkan mereka akan tertinggal apabila
rakan-rakan mereka yang lain lebih cepat menguasainya hinggakan dapat mengikutnya
pada kemahiran yang lebih tinggi dan semakin susah. Persamaan pada sebutan dan
bentuk dapat menyebabkan sesetengah pelajar akan terkeliru dalam mempelajari
kemahiran mengenal huruf-huruf tunggal dan sebagainya. Oleh itu Program J Qaf telah
diperkenalkan di sekolah bagi membantu murid-murid yang lemah dalam bidang Jawi
ini dan juga beberapa bidang yang lain termasuk dalam Program J Qaf tersebut.
Pelajar yang tercicir ini akan menguasai sekurang-kurangnya kemahiran
mengenal, mengeja dan menulis huruf tunggal jawi, suku kata terbuka dan perkataan
yang dibina apabila dicantumkan dua suku kata terbuka. Pelajar yang dipilih mengikuti
kelas ini adalah pelajar yang tidak melepasi ujian saringan yang dijalankan. Pelajar
yang lemah dalam pelajaran Jawi ini perlu diberi perhatian dan tumpuan yang lebih dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran guru juga sepatutnya diubah agar sesuai dengan
pelajar dan minat pelajar.
Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran asas ; mengenal , mengeja dan
menulis huruf Jawi akan dipulihkan dalam sesi pembelajaran yang berasingan untuk
memudahkan guru mengajar berdasarkan tahap pelajar. Kelas pemulihan Jawi ialah
pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF yang mula
dilaksanakan pada tahun 2003 adalah untuk pelajar yang tercicir .
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
8
Dalam mengenalpasti murid-murid yang perlu diberi pemulihan adalah melalui
aktiviti pemulihan bagi murid yang lemah untuk menguasai sebarang kemahiran
sebelum berpindah kepada tajuk atau kemahiran yang seterusnya. Pelajar yang sangat
lemah akan dikumpul dan diletakkan di dalam satu kelas yang berasingan supaya dapat
dibimbing oleh guru pemulihan khas untuk beberapa ketika. Sekiranya pelajar dapat
menguasai atau melepasi tahap kemahiran yang ditetapkan mereka akan dipindahkan
ke kelas mereka yang asal. Antara kaedah yang dapat digunakan bagi mengenalpasti
murid yang lemah adalah :
1. Memerhati aktiviti pembelajaran murid tersebut.
2. Membuat sesi temubual dengan murid tersebut.
3. Menganalisa setiap hasil kerja murid
4. Mengadakan ujian bagi mengenalpasti tahap pencapaian murid
Antara strategi yang dapat dilaksanakan dalam aktiviti pemulihan adalah :
1. Kaedah berkumpulan. Apabila terdapat sekumpulan kecil murid yang mempunyai
masalah pembelajaran yang sama maka strategi kumpulan adalah paling sesuai
digunakan. Oleh hal yang sedemikian guru perlu merancang dan melakukan
aktiviti pemulihan dengan sekumpulan pelajar yang lemah.
2. Kaedah individu. Apabila terdapat sekumpulan kecil pelajar yang mempunyai
masalah pembelajaran yang berlainan, strategi secara individu digunakan. Guru
memberi tumpuan kepada pelajar yang mempunyai masalah tertentu dan
selepas itu beralih kepada murid yang bermasalah yang lain pula. Bimbingan
indivdu dalam kumpulan dilakukan secara bergilir.
Kebolehan setiap pelajar di dalam kelas adalah berbeza dari segi minat,
kebolehan dan bakat tetapi proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh
kebanyakan guru pada masa kini adalah kaedah secara menyeluruh. Keadaan ini
menyebabkan sebahagian pelajar tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh
guru. Maka hasilnya, pelajar yang tercicir akan ketinggalan berbanding rakan-rakan
yang lain. Pelajar yang bermasalah ini memerlukan bantuan individu dan program
pemulihan.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
9
Antara kemahiran yang boleh digunakan bagi menjalani pemulihan terhadap murid-
murid yang lemah adalah melalui :
1. Kemahiran Membaca
Antara aktiviti pemulihan yang boleh dilaksanakan semasa di dalam kelas adalah
membaca. Kaedah ini terbahagi kepada dua teknik iaitu teknik am dan khusus. Teknik
am dapat dilaksanakan melalui proses saringan bagi mengenalpasti kelemahan yang
dihadapi oleh pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Manakala teknik khusus pula adalah sesuai dijalankan terutama untuk pengajaran
pemulihan dalam bidang kemahiran membaca.
2. Kemahiran Menulis
Aktiviti menulis adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Jawi. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran
menulis akan menghadapi masalah dan guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti
mengenal dan menulis Jawi Aktiviti ini amat sesuai untuk pelajar kelas pemulihan
sekolah rendah yang masih belum menguasai cara menulis Jawi. Kebanyakan pelajar
sekolah rendah belum dapat menguasai kemahiran mengenal huruf tunggal Jawi.
Mereka juga tidak dapat membezakan bunyi sebutan huruf yang hampir sama. Pelajar
juga sering terkeliru dalam membezakan bentuk huruf yang hampir sama.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
10
PENGENALAN PROGRAM J QAF
Pendidikan Islam telah diperkasakan melalui Program J Qaf dengan penekanan yang
khusus terhadap pengajaran Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan fardhu ain yang
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Program dilaksanakan menggunakan
kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus
digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuran, pengayaan dan
penghayatan pelajar. Selain itu, pelajar istimewa dalam pendidikan khas juga akan
dilibatkan dalam program J Qaf. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas,
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang
khas serta kemudahan-kemudahan lain.
MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI
Pengenalan
Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk
memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan
jadual waktu persekolahan sedia ada.
Objektif
Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal,
menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan
perkataan-perkatan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi kelas ini adalah mana-mana murid yang tidak dapat melepasi
ujian khas iaitu tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
11
Strategi Pelaksanaan
1. Menubuhkan jawatankuasa pelaksanaan peringkat sekolah yang dipengerusikan
oleh Guru Besar.
2. Jawatankuasa Pelaksana bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut :
- Mengenal pasti murid-murid yang keciciran melalui ujian khas atau maklumat
daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi sebuah kelas pemulihan
hendaklah di antara 6-10 orang.
- Penyediaan tempat bagi pelaksanaan kelas pemulihan.
- Penyediaan bahan bantu mengajar.
- Melaksanakan kelas pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan.
- Proses pengajaran dan pembelajaran akan menekankan kaedah permainan dan
nyanyian yang menyeronokkan.
- Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali kelas
dilaksanakan.
Agihan Tugas
1. Guru besar bertanggungjawab :
- Menubuhkan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
- Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.
- Memastikan kelas pemulihan Jawi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
- Memantau pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi.
2. Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab :
- Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana pada peringkat sekolah.
- Bekerjasama dengan guru pemulihan dan guru-guru Pendidikan Islam
menyediakan keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.
- Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan guru pemulihan.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
12
3. Guru mata pelajaran bertanggungjawab :
- Membuat ujian khas untuk memilih pelajar yang akan mengikuti kelas Pemulihan
Jawi.
- Meneruskan pengajaran mengikut jadual persekolahan biasa.
4. Guru pemulihan bertanggungjawab :
- Melaksanakan Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.
- Merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas pengajaran dan
pembelajaran.
- Melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada ketua panitia.
Kaedah Dan Strategi Pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi
Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program pemulihan Jawi, antara kaedah
yang paling baik untuk dilaksanakan adalah kaedah yang dapat menarik minat pelajar.
Kaedah yang menyebabkan murid tidak berasa bosan. Iaitu kaedah nyanyian dan
permainan.
Kaedah Permainan
Kaedah permainan mestilah bersesuaian mengikut tajuk yang diajar. Contohnya :
Permainan bagi kemahiran huruf tunggal adalah
Permainan Bowling
Permainan Tenteng
Permainan kereta api
Permainan kad
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
13
Permainan Bowling Permainan Kereta Api
Permainan Ten Teng Permainan Kad
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
14
Pelaksanaan Jawi Bagi Kelas Biasa
Pengenalan
Kaedah dan teknik yang betul dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran jawi
adalah sangat penting untuk keberkesanan topik yang diajar. Kaedah-kaedah yang
digunakan bagi pengajaran jawi di kelas biasa dan kelas pemulihan adalah sama iaitu
setiap kaedah yang digunakan untuk pengajaran jawi di kelas biasa boleh digunakan
dalam kelas pemulihan jawi tetapi aktiviti yang dilaksanakan hendaklah disesuaikan
dengan tahap kebolehan murid. Pendidikan jawi diajar daripada tahun 1 hingga tahun 6.
Namun begitu, kaedah yang sesuai pada tahap masing-masing perlu diselaraskan agar
dapat mencapai tahap yang diinginkan.
Bilangan murid adalah tertentu mengikut kelas yang telah ditetapkan. Bagi kelas
biasa tidak ditentukan bilangan yang tertentu. Hal ini kerana melalui keias biasa, guru
akan dapat mengesan murid yang perlu dipulihkan. Tenaga pengajar daripada guru
Pendidikan Islam tanpa mengikuti kursus khas bagi pemulihan juga dapat mengajar
mata pelajaran jawi bagi kelas biasa. Berbanding kelas pemulihan yang memerlukan
sekurangnya guru yang telah mengikuti kursus tertentu. Tempat pembelajaran adalah
bebas mengikut kesesuaian tajuk yang dipelajari dan juga kaedah yang digunakan
murid-murid tersebut. Contohnya kelas, perpustakaan, padang kecil dan lain-lain.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
15
Kaedah Pengajaran Jawi Kelas Biasa
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran Jawi. Antaranya adalah :
1. Kaedah pandang Sebut.
Melalui kaedah ini murid diminta membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan
gambar. Membunyikan ayat berdasarkan gambar yang mempunyai cerita. Murid juga
diharapkan agar tidak memfokuskan kepada pengajaran bunyi huruf dan tidak mengeja.
Ini juga merupakan kaedah yang paling popular dalam pengajaran jawi dan dapat
menjimatkan masa guru.
2. Kaedah Huruf
Asas bacaan bagi kaedah ini adalah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan.
Seterusnya guru hendaklah memperkenalkan kesemua 37 huruf jawi, huruf vokal dan
huruf konsonan. Cantuman huruf konsonan dan vokal membentuk bunyi dalam suku
kata seterusnya membentuk perkataan. Hal ini menyebabkan murid dapat mengeja dan
membaca semua perkataan. Namun begitu kaedah ini mengambil masa yang lama
untuk mengeja setiap perkataan. Ini merupakan kaedah asas yang paling tua
digunakan.
3. Mengeja / Membatang
Melalui kaedah ini murid diminta mengeja dengan menyebut satu demi satu huruf yang
membentuk suku kata. Kemudian mengeja dan membunyikan huruf secara individu,
kumpulan dan kelas. Murid juga diminta menggabungkan suku kata dieja dan
membentuk perkataan. Selepas itu murid diminta untuk mengeja dan menulis perkataan
yang dibentuk.
4. Permainan
Salah satu kaedah yang dapat melatih murid dengan menarik dan praktis. Seterusnya
dapat mengembangkan banyak kemahiran murid-murid yang mempelajari jawi. Selain
itu juga ianya sesuai dengan murid-murid pada peringkat rendah. Ia juga amat
berkesan dalam memupuk minat, tujuan dan impak pengajaran.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
16
KERTAS KERJA BENGKEL LESTARI SENI KHAT
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
17
LAPORAN PROGRAM
SEBELUM
1 SEPTEMBER 2014
11.45 PAGI
Guru pelatih PISMP Pengajian Agama 1 dan Pengajian Agama 2 Semester 4 telah merancang
satu bengkel penulisan khat yang bakal berlangsung pada kuliah ganti pada hari Sabtu. Pada 1
September 2014, satu perjumpaan di antara guru-guru pelatih Pengajian Agama 1 dan
Pengajian Agama 2 telah diadakan bertempat di bilik kuliah F1. Perjumpaan ini turut dihadiri
oleh Yang Mulia Ustaz Raja Abdullah bin Raja Ismail.
Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk membentangkan gerak kerja yang perlu
dilakukan oleh setiap Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dilantik terutamanya AJK Peralatan. Hal ini
demikian kerana, AJK Peralatan bertanggungjawab untuk menyediakan pen-pen khat yang
perlu digunakan oleh para peserta pada hari tersebut. Gerak kerja ini dibentangkan bagi
memudahkan dan melancarkan perjalanan program agar dapat dilaksanakan dengan sempurna
dan teratur.
GAMBAR 1 : YM Ustaz Raja Abdullah sedang melihat pembentangan gerak kerja yang
disampaikan oleh Pengarah Projek iaitu Mohammed Adib bin Mohamed Suti
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
18
SEMASA
6 SEPTEMBER 2014
7.30 PAGI : PENDAFTARAN
Seawal jam 7.30 pagi, guru pelatih PISMP Pengajian Agama 1 dan Pengajian Agama 2 telah
bergerak ke tempat pendaftaran bagi mendaftarkan diri sebagai salah seorang peserta Bengkel
Lestari Seni Khat bertempat di Bilik Mikro Teaching 2, Teltrac. Beberapa orang guru pelatih
telah ditugaskan untuk menjadi AJK Pendaftaran dan menyediakan borang kehadiran untuk
ditandatangani. Borang pendaftaran tersebut akan dijalankan sebanyak dua sesi iaitu pada sesi
pagi dan juga pada sesi petang. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada ketidakhadiran guru
pelatih dalam bengkel tersebut.
Setiap peserta akan diberikan sebuah fail yang telah dilengkapi dengan peralatan-
peralatan menulis khat seperti kertas, pen khat dan lain-lain. Ini memudahkan peserta untuk
mengikuti bengkel tersebut dengan tenang kerana peralatan yang diperlukan telah tersedia.
GAMBAR 2 & 3 : Guru pelatih sedang mendaftarkan diri di meja pendaftaran sebagai peserta
bengkel khat
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
19
8.00 PAGI : KETIBAAN PARA PENSYARAH DAN PENCERAMAH
Setelah mendaftarkan diri, para peserta masuk ke dalam Bilik Mikro Teaching 2 untuk memilih
tempat yang sesuai untuk diduduki. Para peserta telah diberikan sebuah fail yang mengandungi
peralatan menulis khat dan buku program setiap seorang. Sebahagian peserta mencuba
menulis khat kerana terlalu teruja untuk mempelajari khat. Meskipun kaedah khat yang mereka
lakukan salah, tetapi mereka tetap mencubanya.
GAMBAR 4 : Fail dan buku program yang disediakan untuk para peserta
Sebelum ketibaan para pensyarah dan juga penceramah, YM Ustaz Raja Abdullah bin
Raja Ismail telah menyampaikan sedikit peringatan kepada para peserta untuk menjaga adab
ketika berguru dan menunjukkan sahsiah dan teladan yang baik di hadapan penceramah.
Beliau juga mengingatkan para peserta bahawa sebanyak 20 markah akan disumbangkan
untuk kerja kursus Pendidikan Jawi Sekolah Rendah melalui hasil seni khat yang akan
disiapkan oleh para peserta pada akhir bengkel nanti.
Ini akan membuatkan para peserta bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya bagi
memastikan markah yang diperoleh tinggi dan supaya dapat mempraktikkannya untuk masa
hadapan. Para peserta memberikan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh YM Ustaz
Raja dan menunggu penceramah dengan sabar.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
20
GAMBAR 5 & 6 : Para peserta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang
disampaikan oleh YM Ustaz Raja
Sejurus kemudian, penceramah-penceramah selamat tiba di Bilik Mikro Teaching 2 dan
disambut dengan baik oleh Timbalan Ketua Jabatan, Ustaz Rahim bin Mohamed dan YM Ustaz
Raja Abdullah. Mereka mengambil tempat masing-masing di hadapan para peserta Bengkel
Lestari Seni Khat.
Majlis Perasmian Bengkel Lestari Seni Khat ini dikendalikan oleh Saudara Mohd Farhan
bin Abdullah dari Pengajian Agama 1. Beliau merupakan antara pengerusi majlis yang
berpengalaman di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dan merupakan seorang yang petah dalam
berkata-kata.
GAMBAR 7 & 8 : Para penceramah, YM Ustaz Raja Abdullah dan Ustaz Rahim mengambil
tempat dan majlis dikendalikan oleh Saudara Mohd Farhan bin Abdullah
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
21
Bagi memberkati lagi majlis perasmian Bengkel Lestari Seni Khat, dijemput Saudara
Mohd Azree bin Mohd Jamil untuk membacakan doa. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan
ucapan daripada Timbalan Ketua Jabatan, Ustaz Rahim bin Mohamed mewakili Ketua Jabatan
iaitu Ustaz Sabawi bin Awang.
Dalam ucapan beliau, beliau menekankan bahawa khat ini merupakan satu seni yang
semakin dilupai dan lupus dalam pemikiran masyarakat marcapada ini. Oleh sebab itu, beliau
berpesan agar para peserta dapat menggunakan peluang ini untuk mempelajari khat dengan
sebaik mungkin. Beliau turut menceritakan pengalaman beliau mempelajari khat sewaktu di
alam persekolahan dahulu.
GAMBAR 9 & 10 : Bacaan doa dibacakan oleh Saudara Mohd Azree bin Mohd Jamil dan Ustaz
Rahim merasmikan Bengkel Lestari Seni Khat
8.30 PAGI : SLOT 1 (AMALI PENULISAN KHAT RIQ’AH)
Pengerusi majlis menyerahkan majlis kepada penceramah jemputan untuk mengendalikan slot
Bengkel Lestari Seni Khat. Penceramah jemputan yang dijemput pada kali ini bukan calang-
calang orang kerana mereka merupakan ahli tertinggi di dalam JawatanKuasa Seni Khat
Terengganu. Mereka adalah Ustaz Mohd Sanusi bin Awang@Hamid dan Ustaz Syed Ibrahim
Halmi bin Syed Mohamad. Para pensyarah yang hadir dalam bengkel tersebut mengambil
tempat di belakang untuk sama-sama mempelajari seni khat yang akan diajar oleh penceramah
jemputan.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
22
GAMBAR 11 : Para Pensyarah yang hadir mengambil tempat di belakang bilik untuk sama-
sama mempelajari seni khat
Slot pertama dikendalikan oleh Ustaz Sanusi. Beliau memperkenalkan kepada para
peserta mengenai sejarah seni khat dan bahan-bahan yang digunakan untuk menulis khat.
Selepas itu, beliau mula menunjukkan kepada para peserta cara menulis khat riq’ah dengan
menggunakan ‘Khat Board’. Malahan, para peserta disediakan beberapa helai kertas A4 untuk
memudahkan peserta untuk mempraktikkannya. Para peserta diminta melukis garisan di atas
kertas A4 tersebut sebelum memulakan penulisan. Ini bertujuan untuk membantu peserta agar
dapa menulis mengikut garisan huruf yang betul. Sepanjang pengajaran yang dikendalikan oleh
Ustaz Sanusi, para peserta turut dibantu oleh Ustaz Syed. Mereka tidak lokek untuk berkongsi
cara-cara penulisan khat yang betul kepada semua peserta. Peserta diajar untuk menulis huruf-
huruf hijaiyyah dengan menggunakan gaya penulisan khat Riq’ah.
GAMBAR 12 & 13 : Ustaz Sanusi sedang menceritakan sejarah tulisan khat dan beliau
memulakan sesi pengajaran dengan melakar garisan di atas kertas masing-masing supaya
para peserta dapat menulis khat dengan baik
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
23
GAMBAR 14 &15 : Para peserta muslimat sedang berlatih menulis Khat Riq’ah dengan
bersungguh-sungguh bagi menghasilkan karya yang baik
10.30 PAGI : MINUM PAGI
Para peserta diberi masa selama 30 minit untuk minum pagi. Minum pagi telah disediakan oleh
Pengusaha Kafetaria Teltrac iaitu Kak Yah. Para peserta dan pensyarah disediakan mihun
goreng, keropok, dan air teh.
GAMBAR 16 : Para peserta mengambil makanan yang disediakan dengan teratur
11.00 PAGI : SLOT 2 (AMALI PENULISAN KHAT NASAKH)
Setelah selesai minum pagi, slot kedua diteruskan lagi. Pada kali ini, slot kedua akan
dikendalikan oleh Ustaz Syed Ibrahim Halmi bin Syed Mohamad. Beliau akan mengajar para
peserta tentang penulisan khat nasakh.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
24
Sebelum memulakan amali khat nasakh, Ustaz Syed terlebih dahulu memperkenalkan
tulisan-tulisan khat nasakh melalui slide power point. Beliau terus menunjukkan contoh
penulisan kepada peserta mengikut sifat-sifat huruf. Beliau menunjukkan langkah penulisan
huruf satu persatu supaya peserta dapat menghasilkan penulisan mengikut kaedah yang betul.
Semakin lama, penulisan khat yang ditunjukkan semakin susah sehinggalah kepada
penyambungan satu-satu huruf dengan huruf-huruf yang lain. Semasa Ustaz Syed memberikan
penerangan tentang penulisan khat nasakh, para peserta turut dibantu oleh Ustaz Sanusi.
Sebarang masalah yang dihadapi oleh pesera terus dirujuk kepada Ustaz Sanusi.
GAMBAR 17 & 18 : Ustaz Syed menerangkan ciri-ciri penulisan khat nasakh dan menunjukkan
contoh huruf-huruf bagi khat nasakh
GAMBAR 19 & 20 : Penulisan huruf khat nasakh mengikut huruf dan huruf-huruf bersambung
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
25
1.00 TENGAH HARI : REHAT & MAKAN TENGAH HARI
Masa begitu cepat berlalu sehinggakan para peserta tidak sedar akan waktu rehat. Tengah hari
tersebut, para peserta disediakan nasi minyak, gulai ayam, acar, dan air sirap. Pada peserta
beratur untuk mengambil makanan. Terdapat sebahagian peserta membungkus makanan yang
disediakan kerana khuatir mereka tidak sempat untuk menunaikan solat Zuhur secara
berjemaah di Balai Islam al-Muttaqin. Sebahagian peserta perempuan bersolat di tempat solat
yang disediakan di Teltrac.
2.30 PETANG : UJIAN AMALI KHAT NASAKH DAN RIQ’AH
Para peserta mula memenuhi Bilik Mikro Teaching 2 apabila jam mula mendekati pukul 2.30
petang. Sebahagian peserta berlatih menulis khat nasakh dan juga riq’ah kerana selepas itu,
mereka akan menjalani ujian amali.
Para penceramah bersama-sama beberapa orang pensyarah masuk ke Bilik Mokro
Teaching tepat jam 2.30 petang. Sejurus selepas itu, Ustaz Sanusi terus menunjukkan contoh
kepada peserta cara-cara untuk menulis khat riq’ah bagi membentuk perkataan dan beliau
memberikan contoh pepatah kepada peserta untuk ditulis. Manakala, Ustaz Syed mengagihkan
kepada semua peserta dengan 2 helai ‘glossy paper’ yang mana kertas tersebut mampu
membuatkan hasil penulisan semakin menarik.
Kemudian, Ustaz Syed menulis pepatah yang membawa maksud “Kebersihan itu
Separuh Daripada Iman” di dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab dengan menggunakan khat
riq’ah dan khat nasakh. Hasil karya tersebut dipaparkan kepada para peserta dan beliau
meminta agar peserta menghasilkan penulisan khat yang sama.
Para peserta diberikan masa untuk berlatih sebelum menghasilkannya di atas ‘glossy
paper’ yang disediakan. Ustaz Sanusi dan Ustaz Syed membantu peserta yang memerlukan
bantuan dan memberikan tunjuk ajar secara individu. Malah, peserta yang mahir dalam
penulisan khat juga turut membantu kawan-kawan yang mempunyai masalah dari segi
pembentukan huruf-huruf.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
26
Gambar 21 & 22 : Ustaz Sanusi memaparkan hasil karya yang dibuat oleh Ustaz Syed di
papan ‘Khat Board” dan Ustaz Sanusi membantu peserta yang memerlukan bantuan
GAMBAR 23 : Peserta tekun berlatih beberapa kali untuk menulis pepatah yang diberikan
dengan menggunakan penulisan khat Riq’ah dan nasakh
Setelah para peserta berpuas hati dengan penulisan yang dihasilkan, mereka akan
menghasilkan penulisan khat riq’ah dan nasakh di atas ‘glossy paper’ yang disediakan.
Sekiranya terdapat kesilapan yang dibuat, peserta dapat menggunakan ‘glossy paper’ yang
kedua untuk dibuat. Peserta begitu berhati-hati ketika melakukannya bagi mengelakkan
kesilapan yang kecil berlaku. Hasil yang ditunjukkan oleh para peserta begitu
memberangsangkan malahan bakat yang ada dalam diri para peserta ini boleh dibawa ke
peringkat yang lebih tinggi. Hasil karya yang telah siap dihantar kepada Ketua Unit kelas
masing-masing untuk diserahkan kepada pensyarah pembimbing untuk dinilai.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
27
GAMBAR 24 & 25 : Hasil karya yang ditunjukkan oleh para peserta cukup cantik
4.30 PETANG : PENYAMPAIAN CENDERAMATA, BERSURAI
Majlis Penutup Bengkel Lestari Seni Khat dimulakan apabila semua peserta telah menyerahkan
hasil karya mereka kepada Ketua Unit. Majlis Penutup ini dipengerusikan oleh Saudari Nurul
Ain binti Ahamad Shabudin. Dalam majlis penutup ini, Pengarah Projek iaitu Saudara
Mohammed Adib bin Mohamed Suti turut meyampaikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau
mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya buat penceramah-penceramah, pensyarah-
pensyarah dan peserta-peserta bengkel serta orang-orang yang terlibat di sebalik tabir bagi
menjayakan bengkel ini dengan jayanya. Selain itu, YM Ustaz Raja Abdullah turut
menyampaikan ucapan. Beliau berharap agar bengkel sebegini mampu dilaksanakan lagi agar
seni khat ini tidak akan luput dek zaman. Sebelum mengakhiri majlis, YM Ustaz Raja Abdullah
menyampaikan hadiah kepada kedua-dua penceramah yang hadir.
GAMBAR 26 & 27 : Ucapan disampaikan oleh Pengarah Projek iaitu Saudara Mohammed Adib
bin Mohamed Suti dan YM Ustaz Raja Abdullah bin Raja Ismail
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
28
GAMBAR 28 : Cenderamata yang disediakan untuk penceramah jemputan
Selepas selesai majlis penyampaian hadiah, semua peserta mengemas peralatan-
peralatan yang digunakan dan menyimpannya dengan baik. Para peserta juga diingatkan untuk
menyusun kembali meja yang digunakan kerana bilik tersebut akan digunakan pada keesokan
hari. Peserta lelaki mengambil peluang tersebut untuk bersalaman dengan penceramah dan
juga pensyarah.
GAMBAR 29 & 30 : Peserta mengemas peralatan-peralatan yang digunakan dan peserta lelaki
bersalaman dengan penceramah dan pensyarah
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
29
SELEPAS
Tujuan analisis SWOT diadakan adalah untuk memperbaiki dan membuat penambahbaikan
untuk program yang akan datang. Oleh yang demikian, setiap jawatankuasa dikehendaki telus
dalam menganalisis SWOT bagi setiap jawatankuasa masing-masing.
Keseluruhan jawatankuasa telah berjaya membentangkan analisis SWOT mereka
dengan baik. Meskipun, terdapat beberapa kekuatan, tidak dinafikan masih terdapat beberapa
kelemahan yang harus diperbaiki. Hakikatnya, dua sifat semula jadi yang ada pada setiap
individu ialah kekuatan dan kelemahan.
Kekuatan dan kelemahan ini akan mempengaruhi kehidupan manusia melalui bagi tiga
aspek iaitu aspek mental, fizikal dan spiritual. Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan kekuatan
yang ada pada diri dan janganlah kita membiarkan kelemahan membawa kekecewaan pada
diri.
Biarpun bagi sesetengah orang, ia merupakan perkara kecil, tetapi tidak bagi yang lain.
Tambah membanggakan, setiap jawatankuasa masing-masing sedar akan kelemahan sendiri
dan bersedia membuat penambahbaikan pada masa akan datang.
Walaupun Program Bengkel Lestari Seni Khat telah berakhir, bagi AJK Laporan dan
Dokumentasi mereka masih perlu menyediakan laporan dokumentasi. Beberapa kali mesyuarat
diadakan untuk pembahagian tugasan sesama AJK memandangkan tugasan itu perlu disiapkan
dalam masa terdekat. Meskipun masing-masing bergelut dengan tugasan Kerja Kursus, tetapi
mereka masih memberikan komitmen yang tinggi dalam menunaikan amanah yang telah
diberikan.
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
30
ANALISIS KESELURUHAN PROGRAM
Strength Weakness
- Tenaga pengajar yang mahir dalam
bidang khat
- Bimbingan tentang penulisan khatam
memenuhi kehendak pelajar dan
pensyarah
- Kemudahan pengajaran yang lengkap
- Pemantauan daripada tenaga pengajar
amat memuaskan
- Sebahagian pelajar tidak mempunyai
asas dalam bidang khat
- Segelintir pelajar masih tidak dapat
menguasai asas-asas penulisan khat
hingga akhir program
- Hanya sebahagian huruf jawi diajar
dalam penulisan khat riqa’ah dan
nasakh
Opportunity Threat
- Tempat yang selesa
- Segelintir pelajar telah menguasai
penulisan khat
- Pelajar mudah menguasai asas-asas
seni khat
- Kemudahan alat tulis yang lengkap
disediakan
- Tiada sebarang gangguan teknikal
- Masa yang terlalu singkat untuk
mempelajari 2 jenis khat dengan baik
- Ada segelintir pelajar cuba menekap
dan mengamalkan plagiat untuk
mendapat markah yang tinggi walaupun
tiada asas dalam penulisan khat
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)
31
PENUTUP
Pengajaran Jawi Sekolah Rendah adalah perlu dititikberatkan agar para murid akan
mendapat menguasai dengan baik sama ada dari sudut penulisaan, pembacaan dan
sebagainya. Dalam hal ini, para guru di sekolah perlulah memainkan peranan yang
sangat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif. Hal ini kerana para guru perlulah mewujudkan satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan bersesuian sama ada dalam kelas biasa mahupun
kelas pemulihan jawi. Kaedah yang menarik, aktiviti pembelajaran yang menghiburkan
dikatakan akan dapat menyebabkan para pelajar dapat menguasai kemahiran jawi
dengan lebih berkesan.
Dari pandangan umum, tulisan Jawi juga mesti diperkasakan semula. Ia adalah
khazanah yang sangat bernilai untuk negara kita. Tidak salah sekiranya tulisan Jawi
digunakan secara bersama dalam sebuah negara majmuk di Malaysia. Akuilah hakikat
bahawa tulisan Jawi sudah lama digunakan di negara ini. Sebelum merdeka dulu,
semua akhbar dan majalah menggunakan tulisan Jawi malah semangat perjuangan
menuntut kemerdekaan juga dicagunkan melalui tulisan Jawi. Justeru, untuk
mengembalikan semula martabat dan generasi celik Jawi, kita mestilah bermula
dengan pengajaran Jawi seperti dahulu.
Pemerkasaan tulisan jawi juga dilihat mampu memartabatkan kembali warisan
tulisan tersebut agar ianya tidak lapuk ditelan zaman. Pelbagai pendekatan mampu
diambil agar dapat menjadikan tulisan jawi satu warisan yang akan terus dikenang
zaman berzaman.

More Related Content

What's hot

Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranNik Mat
 
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SKHadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
amira nurfahmida
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
Mohd Kamal Jusoh
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
siti hajar pauzi
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
amira nurfahmida
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quranWan Syafawati
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiShamsul Amir
 
Contoh rph al quran
Contoh rph al quranContoh rph al quran
Contoh rph al quranKas Wati
 
Isu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanIsu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanRashidi Ahmad
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
AimiRasyidaJunedi
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 
Perkembangan pengajian islam di zaman awal islam
Perkembangan pengajian islam di zaman awal islamPerkembangan pengajian islam di zaman awal islam
Perkembangan pengajian islam di zaman awal islammzaidin
 
59013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-859013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-8Nor Aina Mahat
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as soutkenjisword
 
Hukum mim sakinah ( مْ ) ~
Hukum mim sakinah ( مْ ) ~Hukum mim sakinah ( مْ ) ~
Hukum mim sakinah ( مْ ) ~
hibatullah92
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
Fizz Scopio
 
RPH WUDHUK
RPH WUDHUKRPH WUDHUK
RPH WUDHUK
atikahismail6793
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamMohd Aizat
 

What's hot (20)

Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
 
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SKHadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
Kaedah bercerita
Kaedah berceritaKaedah bercerita
Kaedah bercerita
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawi
 
Contoh rph al quran
Contoh rph al quranContoh rph al quran
Contoh rph al quran
 
Isu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanIsu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh Perubatan
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
Perkembangan pengajian islam di zaman awal islam
Perkembangan pengajian islam di zaman awal islamPerkembangan pengajian islam di zaman awal islam
Perkembangan pengajian islam di zaman awal islam
 
59013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-859013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-8
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as sout
 
Hukum mim sakinah ( مْ ) ~
Hukum mim sakinah ( مْ ) ~Hukum mim sakinah ( مْ ) ~
Hukum mim sakinah ( مْ ) ~
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
RPH WUDHUK
RPH WUDHUKRPH WUDHUK
RPH WUDHUK
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
 

Similar to Tugasan Jawi

Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru huda hamdan
 
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)Angela Bong
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
Fathur Rozi
 
kelaspemulihan.pptx
kelaspemulihan.pptxkelaspemulihan.pptx
kelaspemulihan.pptx
MATHISKUMARSELVARAJO
 
Review 2nd journal
Review 2nd journal Review 2nd journal
Review 2nd journal
zulyanei
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
muhammad
 
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayutatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
muhammad
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baruAyieda Eryna
 
Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)
Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)
Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)
Arvina Frida Karela
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Nawal Rahim
 
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri
SabreenaKamal
 

Similar to Tugasan Jawi (20)

LITERASI BAHASA KIA2M
LITERASI BAHASA  KIA2MLITERASI BAHASA  KIA2M
LITERASI BAHASA KIA2M
 
Kaedah1
Kaedah1Kaedah1
Kaedah1
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
 
Kia2 m
Kia2 mKia2 m
Kia2 m
 
2 krb3053
2 krb30532 krb3053
2 krb3053
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
J qaf
J qafJ qaf
J qaf
 
kelaspemulihan.pptx
kelaspemulihan.pptxkelaspemulihan.pptx
kelaspemulihan.pptx
 
Review 2nd journal
Review 2nd journal Review 2nd journal
Review 2nd journal
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayutatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baru
 
Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)
Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)
Makalah Mikro Teaching (Keterampilan Bertanya)
 
Bmm3104
Bmm3104Bmm3104
Bmm3104
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
 
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri
 
dasar j qaf ks
dasar j qaf ksdasar j qaf ks
dasar j qaf ks
 

Tugasan Jawi

  • 1. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 1 "‫ساي‬‫اكوا‬‫بهاوا‬‫كاريا‬‫اين‬‫اداله‬‫حاصيل‬‫كرجا‬‫ساي‬‫سنديري‬‫كچوالي‬‫رجوكن‬‫دان‬‫ريڠكسن‬‫يڠ‬‫تياڤ‬-‫تياڤ‬‫ساتوڽ‬‫تله‬‫ساي‬ ‫ڽاتكن‬‫سومبرڽ‬". Yang benar, TANDATANGAN : ........................................................... NAMA : ‫محمد‬ ‫بن‬ ‫قيوم‬ ‫محمد‬‫صب‬‫ري‬ NO. KAD PENGENALAN : 930915-02-5099 NO. MATRIK : 125184 TARIKH : 21 SEPTEMBER 2014
  • 2. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 2 PENGHARGAAN . Bersyukur juga kerana telah dikurniakan nikmat kesihatan dan masa lapang untuk saya manfaatkan bagi menyiapkan tugasan kerja kursus yang berkaitan dengan Konsep dan pelaksanaan kelas pemulihan jawi serta kelas biasa dalam pengajaran dan pembelajaran jawi sekolah rendah. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bagi subjek Pengajaran Jawi Sekolah Rendah, YM Ustaz Raja Abdullah Bin Raja Ismail yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada saya untuk saya menyiapkan tugasan ini. Segala nasihat yang diberikan, segala tunjuk ajar yang telah disampaikan akan saya manfaatkan dalam kehidupan seharian. Beliau juga telah banyak memberikan bimbingan dan dorongan bagi saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dalam proses mencari maklumat bagi melengkapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Masa yang terluang dimanfaatkan dengan mengadakan perbincangan kecil untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu saya bersama-sama mencari maklumat dan berkongsi pandangan dan pendapat bagi lebih memudahkan tugas saya untuk menyiapkan tugasan ini.. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menyiapkan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga dengan usaha murni ini diberi ganjaran oleh Allah. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Amin. Sekian, terima kasih.
  • 3. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 3 PENDAHULUAN Tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu. Tulisan ini mempunyai ciri-ciri keistimewaan sebagai tulisan perantaraan yang telah meletakkan bangsa Melayu ke arah menguasai ilmu pengetahuan yang lebih meluas. Tulisan Jawi telah digunakan sebelum zaman penjajahan pihak Barat ke Tanah Melayu. Hal ini terbukti dengan terdapatnya manuskrip-manuskrip tulisan tersebut, di samping surat-surat perjanjian yang ditulis dalam Tulisan Jawi antara pembesar dan raja-raja Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Seterusnya tulisan rumi telah mengambil tempat utama menggantikan tulisan Jawi setelah negara mencapai kemerdekaan. Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Pendidikan Islam diajar secara non formal, iaitu dengan belajar di rumah guru, pondok dan madarasah. Sistem persekolahan formal mula diperkenalkan setelah negara mencapai kemerdekaan dengan menjadikan Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar beragama Islam (Pusat Perkembangan Kurikulum,1991). Buku teks yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan ada yang ditulis dengan Bahasa Arab ( Abdullah Ali Hassan,1980;Abdullah Jusoh,1990). Konvensyen Tulisan Jawi pada tahun 1984 telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat-maklumat dan resolusi yang dipersetujui dalam Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Tulisan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994. Pengajaran Jawi mempunyai kaedah pengajaran yang khusus dan tersendiri. Namun ramai yang beranggapan kaedah mengajar jawi sama seperti kaedah pengajaran mata pelajaran lain dalam Pendidikan Islam. Tanggapan sebegitu kurang tepat. Kaedah pengajaran jawi yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan telah diberi pendedahan secara khusus kepada bakal-bakal guru Pendidikan Islam dan j-QAF (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006
  • 4. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 4 KAEDAH EJAAN JAWI OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) KAEDAH MENGAJAR KATA DASAR TIGA SUKU KATA TERBUKA Pengejaan kata dasar yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih dalam tulisan Jawi adalah menurut peraturan penggunaan huruf-huruf vokal alif, ya, wau dan ye dalam kata dasar dua suku kata. Dalam hal ini aturan-aturan pengejaan kata dasar dua suku kata itu diterapkan kepada dua suku kata terakhir dalam kata tiga suku kata atau lebih. Contoh bagi penerapan pengejaan kata dasar bagi dua suku kata terakhir ke dalam tiga suku kata adalah :
  • 5. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 5
  • 6. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 6 KAEDAH PENULISAN HAMZAH
  • 7. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 7 KONSEP DAN PERLAKSANAAN YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM BAGI KELAS PEMULIHAN JAWI DAN KELAS BIASA KELAS PEMULIHAN JAWI Masalah penguasaan Jawi dikalangan pelajar telah menjadi perkara yang sangat perlu diberi penekanan oleh pihak sekolah. Penguasaan kemahiran jawi adalah wajib bagi setiap pelajar terutamanya mengenal huruf tunggal Jawi. Kelambatan dalam mempelajari dan menguasai jawi akan menyebabkan mereka akan tertinggal apabila rakan-rakan mereka yang lain lebih cepat menguasainya hinggakan dapat mengikutnya pada kemahiran yang lebih tinggi dan semakin susah. Persamaan pada sebutan dan bentuk dapat menyebabkan sesetengah pelajar akan terkeliru dalam mempelajari kemahiran mengenal huruf-huruf tunggal dan sebagainya. Oleh itu Program J Qaf telah diperkenalkan di sekolah bagi membantu murid-murid yang lemah dalam bidang Jawi ini dan juga beberapa bidang yang lain termasuk dalam Program J Qaf tersebut. Pelajar yang tercicir ini akan menguasai sekurang-kurangnya kemahiran mengenal, mengeja dan menulis huruf tunggal jawi, suku kata terbuka dan perkataan yang dibina apabila dicantumkan dua suku kata terbuka. Pelajar yang dipilih mengikuti kelas ini adalah pelajar yang tidak melepasi ujian saringan yang dijalankan. Pelajar yang lemah dalam pelajaran Jawi ini perlu diberi perhatian dan tumpuan yang lebih dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru juga sepatutnya diubah agar sesuai dengan pelajar dan minat pelajar. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran asas ; mengenal , mengeja dan menulis huruf Jawi akan dipulihkan dalam sesi pembelajaran yang berasingan untuk memudahkan guru mengajar berdasarkan tahap pelajar. Kelas pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 adalah untuk pelajar yang tercicir .
  • 8. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 8 Dalam mengenalpasti murid-murid yang perlu diberi pemulihan adalah melalui aktiviti pemulihan bagi murid yang lemah untuk menguasai sebarang kemahiran sebelum berpindah kepada tajuk atau kemahiran yang seterusnya. Pelajar yang sangat lemah akan dikumpul dan diletakkan di dalam satu kelas yang berasingan supaya dapat dibimbing oleh guru pemulihan khas untuk beberapa ketika. Sekiranya pelajar dapat menguasai atau melepasi tahap kemahiran yang ditetapkan mereka akan dipindahkan ke kelas mereka yang asal. Antara kaedah yang dapat digunakan bagi mengenalpasti murid yang lemah adalah : 1. Memerhati aktiviti pembelajaran murid tersebut. 2. Membuat sesi temubual dengan murid tersebut. 3. Menganalisa setiap hasil kerja murid 4. Mengadakan ujian bagi mengenalpasti tahap pencapaian murid Antara strategi yang dapat dilaksanakan dalam aktiviti pemulihan adalah : 1. Kaedah berkumpulan. Apabila terdapat sekumpulan kecil murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang sama maka strategi kumpulan adalah paling sesuai digunakan. Oleh hal yang sedemikian guru perlu merancang dan melakukan aktiviti pemulihan dengan sekumpulan pelajar yang lemah. 2. Kaedah individu. Apabila terdapat sekumpulan kecil pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran yang berlainan, strategi secara individu digunakan. Guru memberi tumpuan kepada pelajar yang mempunyai masalah tertentu dan selepas itu beralih kepada murid yang bermasalah yang lain pula. Bimbingan indivdu dalam kumpulan dilakukan secara bergilir. Kebolehan setiap pelajar di dalam kelas adalah berbeza dari segi minat, kebolehan dan bakat tetapi proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh kebanyakan guru pada masa kini adalah kaedah secara menyeluruh. Keadaan ini menyebabkan sebahagian pelajar tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Maka hasilnya, pelajar yang tercicir akan ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Pelajar yang bermasalah ini memerlukan bantuan individu dan program pemulihan.
  • 9. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 9 Antara kemahiran yang boleh digunakan bagi menjalani pemulihan terhadap murid- murid yang lemah adalah melalui : 1. Kemahiran Membaca Antara aktiviti pemulihan yang boleh dilaksanakan semasa di dalam kelas adalah membaca. Kaedah ini terbahagi kepada dua teknik iaitu teknik am dan khusus. Teknik am dapat dilaksanakan melalui proses saringan bagi mengenalpasti kelemahan yang dihadapi oleh pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Manakala teknik khusus pula adalah sesuai dijalankan terutama untuk pengajaran pemulihan dalam bidang kemahiran membaca. 2. Kemahiran Menulis Aktiviti menulis adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Jawi. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis akan menghadapi masalah dan guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti mengenal dan menulis Jawi Aktiviti ini amat sesuai untuk pelajar kelas pemulihan sekolah rendah yang masih belum menguasai cara menulis Jawi. Kebanyakan pelajar sekolah rendah belum dapat menguasai kemahiran mengenal huruf tunggal Jawi. Mereka juga tidak dapat membezakan bunyi sebutan huruf yang hampir sama. Pelajar juga sering terkeliru dalam membezakan bentuk huruf yang hampir sama.
  • 10. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 10 PENGENALAN PROGRAM J QAF Pendidikan Islam telah diperkasakan melalui Program J Qaf dengan penekanan yang khusus terhadap pengajaran Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan fardhu ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Program dilaksanakan menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuran, pengayaan dan penghayatan pelajar. Selain itu, pelajar istimewa dalam pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program J Qaf. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain. MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI Pengenalan Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada. Objektif Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal, menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan-perkatan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran bagi kelas ini adalah mana-mana murid yang tidak dapat melepasi ujian khas iaitu tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka.
  • 11. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 11 Strategi Pelaksanaan 1. Menubuhkan jawatankuasa pelaksanaan peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar. 2. Jawatankuasa Pelaksana bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut : - Mengenal pasti murid-murid yang keciciran melalui ujian khas atau maklumat daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi sebuah kelas pemulihan hendaklah di antara 6-10 orang. - Penyediaan tempat bagi pelaksanaan kelas pemulihan. - Penyediaan bahan bantu mengajar. - Melaksanakan kelas pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan. - Proses pengajaran dan pembelajaran akan menekankan kaedah permainan dan nyanyian yang menyeronokkan. - Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali kelas dilaksanakan. Agihan Tugas 1. Guru besar bertanggungjawab : - Menubuhkan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah. - Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi. - Memastikan kelas pemulihan Jawi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. - Memantau pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi. 2. Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab : - Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana pada peringkat sekolah. - Bekerjasama dengan guru pemulihan dan guru-guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi. - Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan guru pemulihan.
  • 12. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 12 3. Guru mata pelajaran bertanggungjawab : - Membuat ujian khas untuk memilih pelajar yang akan mengikuti kelas Pemulihan Jawi. - Meneruskan pengajaran mengikut jadual persekolahan biasa. 4. Guru pemulihan bertanggungjawab : - Melaksanakan Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. - Merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas pengajaran dan pembelajaran. - Melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada ketua panitia. Kaedah Dan Strategi Pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program pemulihan Jawi, antara kaedah yang paling baik untuk dilaksanakan adalah kaedah yang dapat menarik minat pelajar. Kaedah yang menyebabkan murid tidak berasa bosan. Iaitu kaedah nyanyian dan permainan. Kaedah Permainan Kaedah permainan mestilah bersesuaian mengikut tajuk yang diajar. Contohnya : Permainan bagi kemahiran huruf tunggal adalah Permainan Bowling Permainan Tenteng Permainan kereta api Permainan kad
  • 13. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 13 Permainan Bowling Permainan Kereta Api Permainan Ten Teng Permainan Kad
  • 14. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 14 Pelaksanaan Jawi Bagi Kelas Biasa Pengenalan Kaedah dan teknik yang betul dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran jawi adalah sangat penting untuk keberkesanan topik yang diajar. Kaedah-kaedah yang digunakan bagi pengajaran jawi di kelas biasa dan kelas pemulihan adalah sama iaitu setiap kaedah yang digunakan untuk pengajaran jawi di kelas biasa boleh digunakan dalam kelas pemulihan jawi tetapi aktiviti yang dilaksanakan hendaklah disesuaikan dengan tahap kebolehan murid. Pendidikan jawi diajar daripada tahun 1 hingga tahun 6. Namun begitu, kaedah yang sesuai pada tahap masing-masing perlu diselaraskan agar dapat mencapai tahap yang diinginkan. Bilangan murid adalah tertentu mengikut kelas yang telah ditetapkan. Bagi kelas biasa tidak ditentukan bilangan yang tertentu. Hal ini kerana melalui keias biasa, guru akan dapat mengesan murid yang perlu dipulihkan. Tenaga pengajar daripada guru Pendidikan Islam tanpa mengikuti kursus khas bagi pemulihan juga dapat mengajar mata pelajaran jawi bagi kelas biasa. Berbanding kelas pemulihan yang memerlukan sekurangnya guru yang telah mengikuti kursus tertentu. Tempat pembelajaran adalah bebas mengikut kesesuaian tajuk yang dipelajari dan juga kaedah yang digunakan murid-murid tersebut. Contohnya kelas, perpustakaan, padang kecil dan lain-lain.
  • 15. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 15 Kaedah Pengajaran Jawi Kelas Biasa Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Jawi. Antaranya adalah : 1. Kaedah pandang Sebut. Melalui kaedah ini murid diminta membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar. Membunyikan ayat berdasarkan gambar yang mempunyai cerita. Murid juga diharapkan agar tidak memfokuskan kepada pengajaran bunyi huruf dan tidak mengeja. Ini juga merupakan kaedah yang paling popular dalam pengajaran jawi dan dapat menjimatkan masa guru. 2. Kaedah Huruf Asas bacaan bagi kaedah ini adalah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan. Seterusnya guru hendaklah memperkenalkan kesemua 37 huruf jawi, huruf vokal dan huruf konsonan. Cantuman huruf konsonan dan vokal membentuk bunyi dalam suku kata seterusnya membentuk perkataan. Hal ini menyebabkan murid dapat mengeja dan membaca semua perkataan. Namun begitu kaedah ini mengambil masa yang lama untuk mengeja setiap perkataan. Ini merupakan kaedah asas yang paling tua digunakan. 3. Mengeja / Membatang Melalui kaedah ini murid diminta mengeja dengan menyebut satu demi satu huruf yang membentuk suku kata. Kemudian mengeja dan membunyikan huruf secara individu, kumpulan dan kelas. Murid juga diminta menggabungkan suku kata dieja dan membentuk perkataan. Selepas itu murid diminta untuk mengeja dan menulis perkataan yang dibentuk. 4. Permainan Salah satu kaedah yang dapat melatih murid dengan menarik dan praktis. Seterusnya dapat mengembangkan banyak kemahiran murid-murid yang mempelajari jawi. Selain itu juga ianya sesuai dengan murid-murid pada peringkat rendah. Ia juga amat berkesan dalam memupuk minat, tujuan dan impak pengajaran.
  • 16. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 16 KERTAS KERJA BENGKEL LESTARI SENI KHAT
  • 17. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 17 LAPORAN PROGRAM SEBELUM 1 SEPTEMBER 2014 11.45 PAGI Guru pelatih PISMP Pengajian Agama 1 dan Pengajian Agama 2 Semester 4 telah merancang satu bengkel penulisan khat yang bakal berlangsung pada kuliah ganti pada hari Sabtu. Pada 1 September 2014, satu perjumpaan di antara guru-guru pelatih Pengajian Agama 1 dan Pengajian Agama 2 telah diadakan bertempat di bilik kuliah F1. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Yang Mulia Ustaz Raja Abdullah bin Raja Ismail. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk membentangkan gerak kerja yang perlu dilakukan oleh setiap Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dilantik terutamanya AJK Peralatan. Hal ini demikian kerana, AJK Peralatan bertanggungjawab untuk menyediakan pen-pen khat yang perlu digunakan oleh para peserta pada hari tersebut. Gerak kerja ini dibentangkan bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan program agar dapat dilaksanakan dengan sempurna dan teratur. GAMBAR 1 : YM Ustaz Raja Abdullah sedang melihat pembentangan gerak kerja yang disampaikan oleh Pengarah Projek iaitu Mohammed Adib bin Mohamed Suti
  • 18. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 18 SEMASA 6 SEPTEMBER 2014 7.30 PAGI : PENDAFTARAN Seawal jam 7.30 pagi, guru pelatih PISMP Pengajian Agama 1 dan Pengajian Agama 2 telah bergerak ke tempat pendaftaran bagi mendaftarkan diri sebagai salah seorang peserta Bengkel Lestari Seni Khat bertempat di Bilik Mikro Teaching 2, Teltrac. Beberapa orang guru pelatih telah ditugaskan untuk menjadi AJK Pendaftaran dan menyediakan borang kehadiran untuk ditandatangani. Borang pendaftaran tersebut akan dijalankan sebanyak dua sesi iaitu pada sesi pagi dan juga pada sesi petang. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada ketidakhadiran guru pelatih dalam bengkel tersebut. Setiap peserta akan diberikan sebuah fail yang telah dilengkapi dengan peralatan- peralatan menulis khat seperti kertas, pen khat dan lain-lain. Ini memudahkan peserta untuk mengikuti bengkel tersebut dengan tenang kerana peralatan yang diperlukan telah tersedia. GAMBAR 2 & 3 : Guru pelatih sedang mendaftarkan diri di meja pendaftaran sebagai peserta bengkel khat
  • 19. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 19 8.00 PAGI : KETIBAAN PARA PENSYARAH DAN PENCERAMAH Setelah mendaftarkan diri, para peserta masuk ke dalam Bilik Mikro Teaching 2 untuk memilih tempat yang sesuai untuk diduduki. Para peserta telah diberikan sebuah fail yang mengandungi peralatan menulis khat dan buku program setiap seorang. Sebahagian peserta mencuba menulis khat kerana terlalu teruja untuk mempelajari khat. Meskipun kaedah khat yang mereka lakukan salah, tetapi mereka tetap mencubanya. GAMBAR 4 : Fail dan buku program yang disediakan untuk para peserta Sebelum ketibaan para pensyarah dan juga penceramah, YM Ustaz Raja Abdullah bin Raja Ismail telah menyampaikan sedikit peringatan kepada para peserta untuk menjaga adab ketika berguru dan menunjukkan sahsiah dan teladan yang baik di hadapan penceramah. Beliau juga mengingatkan para peserta bahawa sebanyak 20 markah akan disumbangkan untuk kerja kursus Pendidikan Jawi Sekolah Rendah melalui hasil seni khat yang akan disiapkan oleh para peserta pada akhir bengkel nanti. Ini akan membuatkan para peserta bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya bagi memastikan markah yang diperoleh tinggi dan supaya dapat mempraktikkannya untuk masa hadapan. Para peserta memberikan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh YM Ustaz Raja dan menunggu penceramah dengan sabar.
  • 20. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 20 GAMBAR 5 & 6 : Para peserta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan oleh YM Ustaz Raja Sejurus kemudian, penceramah-penceramah selamat tiba di Bilik Mikro Teaching 2 dan disambut dengan baik oleh Timbalan Ketua Jabatan, Ustaz Rahim bin Mohamed dan YM Ustaz Raja Abdullah. Mereka mengambil tempat masing-masing di hadapan para peserta Bengkel Lestari Seni Khat. Majlis Perasmian Bengkel Lestari Seni Khat ini dikendalikan oleh Saudara Mohd Farhan bin Abdullah dari Pengajian Agama 1. Beliau merupakan antara pengerusi majlis yang berpengalaman di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dan merupakan seorang yang petah dalam berkata-kata. GAMBAR 7 & 8 : Para penceramah, YM Ustaz Raja Abdullah dan Ustaz Rahim mengambil tempat dan majlis dikendalikan oleh Saudara Mohd Farhan bin Abdullah
  • 21. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 21 Bagi memberkati lagi majlis perasmian Bengkel Lestari Seni Khat, dijemput Saudara Mohd Azree bin Mohd Jamil untuk membacakan doa. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Timbalan Ketua Jabatan, Ustaz Rahim bin Mohamed mewakili Ketua Jabatan iaitu Ustaz Sabawi bin Awang. Dalam ucapan beliau, beliau menekankan bahawa khat ini merupakan satu seni yang semakin dilupai dan lupus dalam pemikiran masyarakat marcapada ini. Oleh sebab itu, beliau berpesan agar para peserta dapat menggunakan peluang ini untuk mempelajari khat dengan sebaik mungkin. Beliau turut menceritakan pengalaman beliau mempelajari khat sewaktu di alam persekolahan dahulu. GAMBAR 9 & 10 : Bacaan doa dibacakan oleh Saudara Mohd Azree bin Mohd Jamil dan Ustaz Rahim merasmikan Bengkel Lestari Seni Khat 8.30 PAGI : SLOT 1 (AMALI PENULISAN KHAT RIQ’AH) Pengerusi majlis menyerahkan majlis kepada penceramah jemputan untuk mengendalikan slot Bengkel Lestari Seni Khat. Penceramah jemputan yang dijemput pada kali ini bukan calang- calang orang kerana mereka merupakan ahli tertinggi di dalam JawatanKuasa Seni Khat Terengganu. Mereka adalah Ustaz Mohd Sanusi bin Awang@Hamid dan Ustaz Syed Ibrahim Halmi bin Syed Mohamad. Para pensyarah yang hadir dalam bengkel tersebut mengambil tempat di belakang untuk sama-sama mempelajari seni khat yang akan diajar oleh penceramah jemputan.
  • 22. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 22 GAMBAR 11 : Para Pensyarah yang hadir mengambil tempat di belakang bilik untuk sama- sama mempelajari seni khat Slot pertama dikendalikan oleh Ustaz Sanusi. Beliau memperkenalkan kepada para peserta mengenai sejarah seni khat dan bahan-bahan yang digunakan untuk menulis khat. Selepas itu, beliau mula menunjukkan kepada para peserta cara menulis khat riq’ah dengan menggunakan ‘Khat Board’. Malahan, para peserta disediakan beberapa helai kertas A4 untuk memudahkan peserta untuk mempraktikkannya. Para peserta diminta melukis garisan di atas kertas A4 tersebut sebelum memulakan penulisan. Ini bertujuan untuk membantu peserta agar dapa menulis mengikut garisan huruf yang betul. Sepanjang pengajaran yang dikendalikan oleh Ustaz Sanusi, para peserta turut dibantu oleh Ustaz Syed. Mereka tidak lokek untuk berkongsi cara-cara penulisan khat yang betul kepada semua peserta. Peserta diajar untuk menulis huruf- huruf hijaiyyah dengan menggunakan gaya penulisan khat Riq’ah. GAMBAR 12 & 13 : Ustaz Sanusi sedang menceritakan sejarah tulisan khat dan beliau memulakan sesi pengajaran dengan melakar garisan di atas kertas masing-masing supaya para peserta dapat menulis khat dengan baik
  • 23. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 23 GAMBAR 14 &15 : Para peserta muslimat sedang berlatih menulis Khat Riq’ah dengan bersungguh-sungguh bagi menghasilkan karya yang baik 10.30 PAGI : MINUM PAGI Para peserta diberi masa selama 30 minit untuk minum pagi. Minum pagi telah disediakan oleh Pengusaha Kafetaria Teltrac iaitu Kak Yah. Para peserta dan pensyarah disediakan mihun goreng, keropok, dan air teh. GAMBAR 16 : Para peserta mengambil makanan yang disediakan dengan teratur 11.00 PAGI : SLOT 2 (AMALI PENULISAN KHAT NASAKH) Setelah selesai minum pagi, slot kedua diteruskan lagi. Pada kali ini, slot kedua akan dikendalikan oleh Ustaz Syed Ibrahim Halmi bin Syed Mohamad. Beliau akan mengajar para peserta tentang penulisan khat nasakh.
  • 24. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 24 Sebelum memulakan amali khat nasakh, Ustaz Syed terlebih dahulu memperkenalkan tulisan-tulisan khat nasakh melalui slide power point. Beliau terus menunjukkan contoh penulisan kepada peserta mengikut sifat-sifat huruf. Beliau menunjukkan langkah penulisan huruf satu persatu supaya peserta dapat menghasilkan penulisan mengikut kaedah yang betul. Semakin lama, penulisan khat yang ditunjukkan semakin susah sehinggalah kepada penyambungan satu-satu huruf dengan huruf-huruf yang lain. Semasa Ustaz Syed memberikan penerangan tentang penulisan khat nasakh, para peserta turut dibantu oleh Ustaz Sanusi. Sebarang masalah yang dihadapi oleh pesera terus dirujuk kepada Ustaz Sanusi. GAMBAR 17 & 18 : Ustaz Syed menerangkan ciri-ciri penulisan khat nasakh dan menunjukkan contoh huruf-huruf bagi khat nasakh GAMBAR 19 & 20 : Penulisan huruf khat nasakh mengikut huruf dan huruf-huruf bersambung
  • 25. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 25 1.00 TENGAH HARI : REHAT & MAKAN TENGAH HARI Masa begitu cepat berlalu sehinggakan para peserta tidak sedar akan waktu rehat. Tengah hari tersebut, para peserta disediakan nasi minyak, gulai ayam, acar, dan air sirap. Pada peserta beratur untuk mengambil makanan. Terdapat sebahagian peserta membungkus makanan yang disediakan kerana khuatir mereka tidak sempat untuk menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di Balai Islam al-Muttaqin. Sebahagian peserta perempuan bersolat di tempat solat yang disediakan di Teltrac. 2.30 PETANG : UJIAN AMALI KHAT NASAKH DAN RIQ’AH Para peserta mula memenuhi Bilik Mikro Teaching 2 apabila jam mula mendekati pukul 2.30 petang. Sebahagian peserta berlatih menulis khat nasakh dan juga riq’ah kerana selepas itu, mereka akan menjalani ujian amali. Para penceramah bersama-sama beberapa orang pensyarah masuk ke Bilik Mokro Teaching tepat jam 2.30 petang. Sejurus selepas itu, Ustaz Sanusi terus menunjukkan contoh kepada peserta cara-cara untuk menulis khat riq’ah bagi membentuk perkataan dan beliau memberikan contoh pepatah kepada peserta untuk ditulis. Manakala, Ustaz Syed mengagihkan kepada semua peserta dengan 2 helai ‘glossy paper’ yang mana kertas tersebut mampu membuatkan hasil penulisan semakin menarik. Kemudian, Ustaz Syed menulis pepatah yang membawa maksud “Kebersihan itu Separuh Daripada Iman” di dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab dengan menggunakan khat riq’ah dan khat nasakh. Hasil karya tersebut dipaparkan kepada para peserta dan beliau meminta agar peserta menghasilkan penulisan khat yang sama. Para peserta diberikan masa untuk berlatih sebelum menghasilkannya di atas ‘glossy paper’ yang disediakan. Ustaz Sanusi dan Ustaz Syed membantu peserta yang memerlukan bantuan dan memberikan tunjuk ajar secara individu. Malah, peserta yang mahir dalam penulisan khat juga turut membantu kawan-kawan yang mempunyai masalah dari segi pembentukan huruf-huruf.
  • 26. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 26 Gambar 21 & 22 : Ustaz Sanusi memaparkan hasil karya yang dibuat oleh Ustaz Syed di papan ‘Khat Board” dan Ustaz Sanusi membantu peserta yang memerlukan bantuan GAMBAR 23 : Peserta tekun berlatih beberapa kali untuk menulis pepatah yang diberikan dengan menggunakan penulisan khat Riq’ah dan nasakh Setelah para peserta berpuas hati dengan penulisan yang dihasilkan, mereka akan menghasilkan penulisan khat riq’ah dan nasakh di atas ‘glossy paper’ yang disediakan. Sekiranya terdapat kesilapan yang dibuat, peserta dapat menggunakan ‘glossy paper’ yang kedua untuk dibuat. Peserta begitu berhati-hati ketika melakukannya bagi mengelakkan kesilapan yang kecil berlaku. Hasil yang ditunjukkan oleh para peserta begitu memberangsangkan malahan bakat yang ada dalam diri para peserta ini boleh dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Hasil karya yang telah siap dihantar kepada Ketua Unit kelas masing-masing untuk diserahkan kepada pensyarah pembimbing untuk dinilai.
  • 27. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 27 GAMBAR 24 & 25 : Hasil karya yang ditunjukkan oleh para peserta cukup cantik 4.30 PETANG : PENYAMPAIAN CENDERAMATA, BERSURAI Majlis Penutup Bengkel Lestari Seni Khat dimulakan apabila semua peserta telah menyerahkan hasil karya mereka kepada Ketua Unit. Majlis Penutup ini dipengerusikan oleh Saudari Nurul Ain binti Ahamad Shabudin. Dalam majlis penutup ini, Pengarah Projek iaitu Saudara Mohammed Adib bin Mohamed Suti turut meyampaikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya buat penceramah-penceramah, pensyarah- pensyarah dan peserta-peserta bengkel serta orang-orang yang terlibat di sebalik tabir bagi menjayakan bengkel ini dengan jayanya. Selain itu, YM Ustaz Raja Abdullah turut menyampaikan ucapan. Beliau berharap agar bengkel sebegini mampu dilaksanakan lagi agar seni khat ini tidak akan luput dek zaman. Sebelum mengakhiri majlis, YM Ustaz Raja Abdullah menyampaikan hadiah kepada kedua-dua penceramah yang hadir. GAMBAR 26 & 27 : Ucapan disampaikan oleh Pengarah Projek iaitu Saudara Mohammed Adib bin Mohamed Suti dan YM Ustaz Raja Abdullah bin Raja Ismail
  • 28. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 28 GAMBAR 28 : Cenderamata yang disediakan untuk penceramah jemputan Selepas selesai majlis penyampaian hadiah, semua peserta mengemas peralatan- peralatan yang digunakan dan menyimpannya dengan baik. Para peserta juga diingatkan untuk menyusun kembali meja yang digunakan kerana bilik tersebut akan digunakan pada keesokan hari. Peserta lelaki mengambil peluang tersebut untuk bersalaman dengan penceramah dan juga pensyarah. GAMBAR 29 & 30 : Peserta mengemas peralatan-peralatan yang digunakan dan peserta lelaki bersalaman dengan penceramah dan pensyarah
  • 29. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 29 SELEPAS Tujuan analisis SWOT diadakan adalah untuk memperbaiki dan membuat penambahbaikan untuk program yang akan datang. Oleh yang demikian, setiap jawatankuasa dikehendaki telus dalam menganalisis SWOT bagi setiap jawatankuasa masing-masing. Keseluruhan jawatankuasa telah berjaya membentangkan analisis SWOT mereka dengan baik. Meskipun, terdapat beberapa kekuatan, tidak dinafikan masih terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki. Hakikatnya, dua sifat semula jadi yang ada pada setiap individu ialah kekuatan dan kelemahan. Kekuatan dan kelemahan ini akan mempengaruhi kehidupan manusia melalui bagi tiga aspek iaitu aspek mental, fizikal dan spiritual. Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan kekuatan yang ada pada diri dan janganlah kita membiarkan kelemahan membawa kekecewaan pada diri. Biarpun bagi sesetengah orang, ia merupakan perkara kecil, tetapi tidak bagi yang lain. Tambah membanggakan, setiap jawatankuasa masing-masing sedar akan kelemahan sendiri dan bersedia membuat penambahbaikan pada masa akan datang. Walaupun Program Bengkel Lestari Seni Khat telah berakhir, bagi AJK Laporan dan Dokumentasi mereka masih perlu menyediakan laporan dokumentasi. Beberapa kali mesyuarat diadakan untuk pembahagian tugasan sesama AJK memandangkan tugasan itu perlu disiapkan dalam masa terdekat. Meskipun masing-masing bergelut dengan tugasan Kerja Kursus, tetapi mereka masih memberikan komitmen yang tinggi dalam menunaikan amanah yang telah diberikan.
  • 30. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 30 ANALISIS KESELURUHAN PROGRAM Strength Weakness - Tenaga pengajar yang mahir dalam bidang khat - Bimbingan tentang penulisan khatam memenuhi kehendak pelajar dan pensyarah - Kemudahan pengajaran yang lengkap - Pemantauan daripada tenaga pengajar amat memuaskan - Sebahagian pelajar tidak mempunyai asas dalam bidang khat - Segelintir pelajar masih tidak dapat menguasai asas-asas penulisan khat hingga akhir program - Hanya sebahagian huruf jawi diajar dalam penulisan khat riqa’ah dan nasakh Opportunity Threat - Tempat yang selesa - Segelintir pelajar telah menguasai penulisan khat - Pelajar mudah menguasai asas-asas seni khat - Kemudahan alat tulis yang lengkap disediakan - Tiada sebarang gangguan teknikal - Masa yang terlalu singkat untuk mempelajari 2 jenis khat dengan baik - Ada segelintir pelajar cuba menekap dan mengamalkan plagiat untuk mendapat markah yang tinggi walaupun tiada asas dalam penulisan khat
  • 31. PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) 31 PENUTUP Pengajaran Jawi Sekolah Rendah adalah perlu dititikberatkan agar para murid akan mendapat menguasai dengan baik sama ada dari sudut penulisaan, pembacaan dan sebagainya. Dalam hal ini, para guru di sekolah perlulah memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Hal ini kerana para guru perlulah mewujudkan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bersesuian sama ada dalam kelas biasa mahupun kelas pemulihan jawi. Kaedah yang menarik, aktiviti pembelajaran yang menghiburkan dikatakan akan dapat menyebabkan para pelajar dapat menguasai kemahiran jawi dengan lebih berkesan. Dari pandangan umum, tulisan Jawi juga mesti diperkasakan semula. Ia adalah khazanah yang sangat bernilai untuk negara kita. Tidak salah sekiranya tulisan Jawi digunakan secara bersama dalam sebuah negara majmuk di Malaysia. Akuilah hakikat bahawa tulisan Jawi sudah lama digunakan di negara ini. Sebelum merdeka dulu, semua akhbar dan majalah menggunakan tulisan Jawi malah semangat perjuangan menuntut kemerdekaan juga dicagunkan melalui tulisan Jawi. Justeru, untuk mengembalikan semula martabat dan generasi celik Jawi, kita mestilah bermula dengan pengajaran Jawi seperti dahulu. Pemerkasaan tulisan jawi juga dilihat mampu memartabatkan kembali warisan tulisan tersebut agar ianya tidak lapuk ditelan zaman. Pelbagai pendekatan mampu diambil agar dapat menjadikan tulisan jawi satu warisan yang akan terus dikenang zaman berzaman.