SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
96
TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN
PENGENALAN
Perbahasan dalam topik ini akan membincangkan mengenai intipati dan kelebihan al-
Quran yang diturunkan Allah (s.w.t.) sebagai panduan sepanjang zaman. Al-Quran yang
bersifat sebagai sumber rujukan utama bagi umat Islam sudah pasti mempunyai pelbagai
keistimewaan yang tidak dapat ditandingi sama sekali oleh kemampuan akal manusia.
Keistimewaan ini diistilahkan sebagai mukjizat al-Quran.
OBJEKTIF
Beberapa objektif utama di gariskan dalam topik perbincangan ini iaitu:-
1. mendefinisikan al-Quran sebagai kitab bermukjizat dan sumber rujukan utama
dalam pelbagai aspek kajian;
2. menghuraikan konsep sebenar kemukjizatan al-Quran dan kadarnya;
3. menyenaraikan tujuan-tujuan Allah menjadikan kitab Al-Quran sebagai kitab
bermukjizat; dan
4. membawa hujah-hujah untuk menolak sangkaan musuh Islam khususnya
golongan orientalis Barat bahawa al-Quran itu adalah merupakan rekaan Nabi
Muhammad.
PETA MINDA
97
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
7.1 KONSEP MUKJIZAT
Mukjizat al-Quran bermaksud semua makhluk lemah dan tidak terdaya untuk melakukan
apa yang dicabar al-Quran. Ia bertujuan untuk menzahirkan bahawa al-Quran itu adalah
satu kebenaran dan Rasul yang membawanya juga adalah benar. Begitu jugalah keadaan
seluruh mukjizat Nabi-Nabi terdahulu di mana ia bukanlah untuk melemahkan makhluk
sahaja sebaliknya untuk membuktikan rasul-rasul semua adalah benar dan ajaran yang
mereka bawa datang dari Allah Swt. Lantas manusia merasakan di sebalik mereka lemah
menghadapi mukjizat kepada perasaan dan keimanan bahawa mukjizat ini datang
daripada Yang Maha Berkuasa dengan hikmah dan memandu mereka untuk mempercayai
Rasul yang membawanya dan seterusnya mereka akan memperolehi kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
Kita sering mendengar ungkapan-ungkapan seperti luar biasa, ajaib, sihir,
terpukau dan seumpamanya. Apakah ungkapan-ungkapan itu bersamaan
dengan pengertian mukjizat. Mari kita ikuti huraian berikutnya.
7.1.1 Mukjizat Al-Quran dan Kadarnya
Sejarah penentangan golongan kuffar terhadap kebenaran al-Quran dan cabaran al-Quran
supaya mereka mendatangkan surah-surah seperti al-Quran berlaku dalam beberapa
keadaan. Mereka tidak mempercayai al-Quran bahawa ia datang daripada Allah (s.w.t).
Lalu Allah (s.w.t.) mencabar supaya mereka mencipta al-Quran bermula dengan seluruh
al-Quran. Kemudian cabaran supaya golongan ini datangkan sepuluh surah seperti dalam
al-Quran dan terakhirnya Allah (s.w.t.) mencabar supaya datangkan satu surah seperti
dalam al-Quran. Kesemua cabaran tersebut gagal dipenuhi dan mereka kalah dalam
setiap cabaran. Kekalahan mereka itu telah direkod oleh Allah dengan menyatakan
golongan ini tidak akan dapat melakukan selama-lamanya seumpama satu surah seperti
al-Quran. Di sini jelas bahawa kadar kemukjizatan al-Quran adalah kadar surah yang
terpendek dalam al-Quran.
Adapun mereka yang berkata bahawa mukjizat hanya untuk seluruh al-Quran bukan
sebahagiannya adalah tidak benar. Pandangan ini dikemukakan oleh golongan Muktazilah
ataupun orang yang mengatakan bahawa mukjizat al-Quran terjadi walaupun kurang satu
surah, pandangan-pandangan itu adalah tersasar jauh daripada kebenaran.
Dalam menentukan kadar kemukjizatan dalam al-Quran, Shaykh Manna’ al-Qattan
menegaskan bahawa:
“Kami tidak melihat mukjizat dalam kadar tertentu, ini kerana kami mendapati
mukjizat juga terdapat dalam suara hurufnya dan juga dalam kalimah-kalimahnya.
Begitu juga ia terdapat dalam ayat dan surah. Justeru al-Quran iu adalah kalam
Allah (s.w.t.) dan cukup”.
98
TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
7.2 KEMUKJIZATAN BAHASA
Bahasa al-Quran ialah bahasaArab. Penggunaan gaya bahasanya begitu canggih dan
murni. Ia mengandungi ciri-ciri yang tidak dapat dijumpai dimana-mana percakapan
manusia dan ini tidak syak lagi bahawa ia adalah mukjizat dan kemukjizatan ini lebih
terserlah apabila ia mencabar pakar-pakar bahasa ketika itu tetapi mereka kelu, bisu dan
lemah untuk menyahut cabaran al-Quran. Sedangkan ketika itu kemajuan bahasa begitu
tinggi sehingga mereka mengadakan pertandingan syair dan mereka yang menang
syairnya akan diberi penganugerahan dengan menggantungkannya di dinding ka`bah.
Peredaran masa telah menyaksikan bahawa bahasaArab sejak al-Quran diturunkan
sehingga ke hari ini mengalami tempoh-tempoh yang berbagai. Adakalanya ia maju dan
turun. Pdaa ketika lain, ia berkembang dan mengecut, berlaku juga ia amat aktif dan
jumud, terdapat juga ia bertamadun dan mundur. Walau apapun yang berlaku pada
tempoh-tempoh tersebut namun al-Quran tetap berada dipuncaknya menerangi cahaya
dan hidayah, melimpahi kelembutan dan kemegahannya. Dan begitulah ia tetap segar
dan menarik sambil membawa pergi mukjizat serta mencabar seluruh umat di alam ini
dengan penuh keyakinan dengan berkata:-
Al-Quran dengan kekuatan bahasanya dan kelemahan bangsa Arab
mengatasinya tidak pernah terkeluar dari susunan bahasa percakapan
mereka samada dari sudut lafaz, huruf dan gaya bahasa. Akan tetapi
susunan huruf dalam al-Quran, kehalusan susun aturnya, kemanisan
urkibnya, penjelasan tuntutan semasa melalui jumlah ismiyah dan fi’liyyah,
ayat-ayatnya dalam bentuk penafian dan ithbat, al-zikr dan al-hazf, ta’rif
dan tankir, al-taqdim dan ta’khir, haqiqat dan majaz, ithab dan ijaz dan lain
semuanya ini meletakkan al-Quran berada dipuncak dan ia melemahkan
kekuatan manusia untuk mengatasinya.
Ibn Abbas ra meriwayatkan al-Walid ibn al-Mughirah datang kepada Nabi S.A.W. dan
Baginda telah membaca al-Quran kepadanya. Bacaan Rasullullah S.AW. tersebut seakan
telah melembutkan hatinya. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Abu Jahal dengan
lantas menjumpainya seraya berkata: “Wahai saudaraku sesungguhnya kaum kamu
hendak mengumpul harta untuk memberi kepadamu kerana kamu telah pergi kepada
Muhammad dan seakan kamu menerima apa diucapnya”. Al-Walid berkata:
“Sesungguhnya kaum Quraish mengetahui bahawa aku adalah orang yang paling
berharta”. Abu Jahal berkata: “Kalau begitu hendaklah kamu berkata satu perkataan yang
sampai ke pengetahuan kaum mu bahawa kamu mengingkari dan membencinya”. Al-
Walid berkata: “apa yang patut aku katakan? Demi Allah, tidak ada seorang pun
dikalangan kamu yang lebih arif daripada Ku berkaitan Syair dan Qasidah. Demi Allah
tidak ada sesuatu pun menyerupainya. Dan demi Allah, sesungguhnya perkataannya (al-
Quran) begitu manis dan bertenaga, sesungguhnya di atasnya mempunyai buah, di
bawahnya pula terdapat limpahan, sesungguhnya ia amat tinggi dan tidak ada yang
menandinginya. Ia akan menghancurkan apa yang ada di bawahnya”. Abu Jahal berkata:
“Demi Allah, kaum kamu tidak akan menyukai kamu sehingga kamu berkata sesuatu
kepadanya”. Al-Walid berkata: “Tinggallah aku sendirian sehingga aku berfikir sesuatu
dan selepas berfikir ia berkata “Ini (al-Quran) adalah sihir yang memberi kesan” dan Allah
Swt menurunkan firmannya “
99
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
’ÎΤö‘sŒô⎯tΒuρàMø)n=yz#Y‰‹Ïmuρ∩⊇⊇∪àMù=yèy_uρ…çμs9Zω$tΒ#YŠρ߉ôϑ¨Β∩⊇⊄∪t⎦⎫ÏΖt/uρ#YŠθåκà−∩⊇⊂∪‘N‰£γtΒuρ…çμs9
#Y‰‹Îγôϑs?∩⊇⊆∪§ΝèOßìyϑôÜtƒ÷βr&y‰ƒÎ—r&∩⊇∈∪Hξx.(…çμ¯ΡÎ)tβ%x.$uΖÏF≈tƒKψ#Y‰ŠÏΖtã∩⊇∉∪…çμà)Ïδö‘é'y™#·Šθãè|¹∩⊇∠∪…çμ¯ΡÎ)
t©3sùu‘£‰s%uρ∩⊇∇∪Ÿ≅ÏGà)sùy#ø‹x.u‘£‰s%∩⊇®∪§ΝèOŸ≅ÏGè%y#ø‹x.u‘£‰s%∩⊄⊃∪§ΝèOtsàtΡ∩⊄⊇∪§ΝèO}§t6tãuŽy£o0uρ∩⊄⊄∪§ΝèO
tt/÷Šr&uŽy9õ3tFó™$#uρ∩⊄⊂∪tΑ$s)sù÷βÎ)!#x‹≈yδžωÎ)֍øt¾žãrO÷σãƒ∩⊄⊆∪
Maksudnya: (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja
membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang
diri (tidak berharta dan anak pinak), Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang
banyak, Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. Dan Aku mudahkan
baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; Tidak sekali-kali (akan ditambahi)!
Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran,
yang disampaikan oleh Rasul Kami). Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang
memuncak. Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai
tuduhan (terhadap Al-Quran). Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani
mereka-reka (yang demikian). Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani
mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali:
jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal); Setelah itu ia memasamkan mukanya serta
ia bertambah masam berkerut; Kemudian ia berpaling (serta ia berkata): "(Al-Quran) ini
tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); Ia tidak lain
hanyalah perkataan manusia.
(Surah al-Muddathir ayat 11–24)
.
Mukjizat juga terdapat dalam susun atur suaranya yang menarik semasa membaca huruf-
hurufnya, dan ketika mendengar baris, sukun, mad, dengung, ceraian ayatnya. Ini semua
tidak pernah menjemu pendengaran bahkan ia sentiasa menuntut supaya ditambahkan
bacaan.
Mukjizat juga berada dalam lafaznya yang menyempurnakan setiap makna kini pada
tempatnya. Tidak ada satu lafaz pun yang dikatakan sebagai penambah kepada makna
(za’id). Dan tidak ada seorang penyelidik pun yang terjumpa satu tempat dalam al-Quran
dan menyatakan bahawa tempat ini memerlu kepada satu lapaz untuk menyempurnakan
makna yang kurang.
Bangsa Arab tidak sekali-kali mempunyai kalam yang sempurna dan setara dengan kalam
al-Quran dari sudut fasahah, keunikan, makna-makna yang halus, kaedah-kaedah yang
banyak, hikmah-hikmah yang berbagai. Hukum-hukumnya dijelaskan dalam kalimah dan
lafaz yang sedikit berbanding penyair Arab yang melontar idea melalui qasidah yang
meleret-leret dan kekurangan makna serta bercanggah. Sesungguhnya al-Quran datang
walaupun sebahagian ayatnya panjang tetapi menepati fasahah sebagaimana Allah Swt
menyifatkannya dengan berfirman:
100
TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
ª!$#tΑ¨“tΡz⎯|¡ômr&Ï]ƒÏ‰ptø:$#$Y6≈tGÏ.$YγÎ6≈t±tF•Βu’ÎΤ$sW¨Β”Ïèt±ø)s?çμ÷ΖÏΒߊθè=ã_t⎦⎪Ï%©!$#šχöθt±øƒs†öΝåκ®5u‘§ΝèOß⎦,Î#s?
öΝèδߊθè=ã_öΝßγç/θè=è%uρ4’n<Î)̍ø.ÏŒ«!$#4y7Ï9≡sŒ“y‰èδ«!$#“ωöκu‰⎯ÏμÎ/⎯tΒâ™!$t±o„4⎯tΒuρÈ≅Î=ôÒリ!$#$yϑsù…çμs9ô⎯ÏΒ
>Š$yδ∩⊄⊂∪
Maksudnya: Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang
bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan
indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh
kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada
Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang
tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah
petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang
disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang
dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
(Surah al-Zumar 23)
Ÿξsùr&tβρã−/y‰tFtƒtβ#u™öà)ø9$#4öθs9uρtβ%x.ô⎯ÏΒωΖÏãÎŽöxî«!$#(#ρ߉y`uθs9ÏμŠÏù$Zࣽ≈n=ÏF÷z$##ZŽÏWŸ2∩∇⊄∪
Maksudnya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?
Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati
perselisihan yang banyak di dalamnya.
(Surah al-nisa 82)
Latihan 7.1
Apakah unsur-unsur yang menunjukkan bahasaArab yang terdapat di
dalam Al-Quran juga membuktikan kemukjizatan Al-Quran.
7.3 KEMUKJIZATAN ILMIAH (SAINS)
Tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk memberi hidayah kepada manusia dalam
melakukan ibadah kepada Allah Swt. Kesempurnaan syariat dalam al-Quran telah
dijelaskan Allah Swt di dalam surah al-Maidah, ayat ke-3:
tΠöθu‹ø9$#àMù=yϑø.r&öΝä3s9öΝä3oΨƒÏŠàMôϑoÿøCr&uρöΝä3ø‹n=tæ©ÉLyϑ÷èÏΡàMŠÅÊu‘uρãΝä3s9zΝ≈n=ó™M}$#$YΨƒÏŠ
Maksudnya: “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah
sempurnakan nikmatKu kepada kamu dan Aku redha Islam menjadi agamamu”.
(Surah al-Maidah, 3)
101
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
Ramai di kalangan manusia telah tersasar dari kebenaran ketika mana mereka begitu
bersungguh-sungguh untuk menetapkan bahawa al-Quran mengandungi semua teori
sains. Setiap kali timbul teori baru dalam sains mereka berusaha mentakwil dan mentafsir
al-Quran menepati teori tersebut.
Punca kesilapan dalam hal ini ialah teori sains itu sendiri yang menerima perubahan
mengikut peredaran zaman kerana menempuh era kemajuan. Justeru teori itu sentiasa
dalam kekurangan dan kadang-kadang ia berbentuk kabur dan adakalanya ia satu
kesalahan. Selain itu, banyak teori sains yang menerima perubahan, ada juga selepas
teori tersebut diterima pakai ia sebenarnya adalah batil dan dibuang. Lantas pengkaji mula
mencuba teori yang lain.
Orang yang menafsir al-Quran mengikut aliran sains dan berusaha untuk mengeluarkan
teori tersebut dari al-Quran dalam setiap masalah yang lahir dalam kehidupan sains,
sebenarnya mereka telah melakukan sesuatu yang tidak elok terhadap al-Quran dalam
keadaan mereka merasakan telah melakukan yang terbaik kepada al-Quran. Teori sains
sebenarnya tunduk kepada kemajuan dan ia akan berubah, teori tersebut boleh terbatal.
Dan jika kita menafsirkan al-Quran dengan cara tersebut, sebenarnya ia telah
mendedahkan kepada satu perkara yang batil setiap kali teori sains itu berubah.
Sebenarnya mukjizat sains dalam al-Quran bukan mengandungi teori-teori sains yang
selalu berubah mengikut peredaran masa, tetapi ia menggalakkan manusia ke arah
berfikir. Ia menggalakkan manusia berfikir tentang alam serta memerhatikannya dan
jangan sekali-kali lemah berfikir dalam perkara itu. Apa jua teori sains yang terbukti
keyakinannya adalah menepati apa yang digalakkan dalam al-Quran iaitu dengan berfikir
secara sempurna. Ia sekali-kali tidak bertentangan dengan kemajuan sains pada hari ini
yang teorinya tidak sekali-kali bertentangan dalam alirannya adalah menepati dengan al-
Quran. Ini merupakan I’jaz.
Al-Quran al-Karim menjadikan pemikiran yang betul dan pemerhatian yang tepat terhadap
alam ini adalah antara jalan yang terpenting beriman kepada Allah Swt. Ia menggalak
kepada berfikir tentang kejadian Allah Swt samada di langit atau di bumi. Firman Allah
Swt:
žχÎ)’ÎûÈ,ù=yzÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$#ÇÚö‘F{$#uρÉ#≈n=ÏF÷z$#uρÈ≅øŠ©9$#Í‘$pκ¨]9$#uρ;M≈tƒUψ’Í<'ρT[{É=≈t6ø9F{$#∩⊇®⊃∪t⎦⎪Ï%©!$#
tβρãä.õ‹tƒ©!$#$Vϑ≈uŠÏ%#YŠθãèè%uρ4’n?tãuρöΝÎγÎ/θãΖã_tβρ㍤6xࣽtGtƒuρ’ÎûÈ,ù=yzÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$#ÇÚö‘F{$#uρ$uΖ−/u‘$tΒ
|Mø)n=yz#x‹≈yδWξÏÜ≈t/y7oΨ≈ysö6ß™$oΨÉ)sùz>#x‹tãÍ‘$¨Ζ9$#∩⊇®⊇∪
Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam
dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah
semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka
pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami!
Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab neraka.
(Surah al- Imran, ayat 190-191)
102
TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
Ia juga menggalak supaya berfikir tentang diri sendiri.
öΝs9uρr&(#ρ㍩3xࣽtGtƒþ’ÎûΝÍκŦàࣽΡr&3$¨Βt,n=y{ª!$#ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$#uÚö‘F{$#uρ$tΒuρ!$yϑåκs]øŠt/žωÎ)Èd,ysø9$$Î/9≅y_r&uρ‘wΚ|¡•Β3
¨βÎ)uρ#ZŽÏVx.z⎯ÏiΒĨ$¨Ζ9$#Ç›!$s)Î=Î/öΝÎγÎn/u‘tβρãÏࣽ≈s3s9∩∇∪
Maksudnya: Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja,
dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa
Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu
melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya
yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di
antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
(Surah al-Rum, ayat 8)
Ÿωü“ÈθtGó¡o„Ü=≈ptõ¾r&Í‘$¨Ζ9$#Ü=≈ptõ¾r&uρÏπ¨Ψyfø9$#4Ü=≈ysô¹r&Ïπ¨Ψyfø9$#ãΝèδtβρâ“Í←!$xࣽø9$#∩⊄⊃∪öθs9$uΖø9t“Ρr&#x‹≈yδ
tβ#u™öà)ø9$#4’n?tã9≅t6y_…çμtF÷ƒr&t©9$Yèϱ≈yz%YæÏd‰|ÁtF•Βô⎯ÏiΒÏπuŠô±yz«!$#4šù=Ï?uρã≅≈sVøΒF{$#$pκæ5ÎŽôØtΡĨ$¨Ζ=Ï9
óΟßγ¯=yès9šχρ㍩3xࣽtGtƒ∩⊄⊇∪
Maksudnya: Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang
beroleh kemenangan (mendapat segala yang diinginya). Sekiranya Kami turunkan Al-
Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta
pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami
kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.ini).
(Surah al-Hasyr, ayat 20, 21)
Ÿξsùr&tβρãÝàΨtƒ’n<Î)È≅Î/M}$#y#ø‹Ÿ2ôMs)Î=äz∩⊇∠∪’n<Î)uρÏ™!$uΚ¡¡9$#y#ø‹Ÿ2ôMyèÏùâ‘∩⊇∇∪’n<Î)uρÉΑ$t6Ågø:$#y#ø‹x.
ôMt6ÅÁçΡ∩⊇®∪’n<Î)uρÇÚö‘F{$#y#ø‹x.ôMysÏÜß™∩⊄⊃∪öÏj.x‹sù!$yϑ¯ΡÎ)|MΡr&֍Åe2x‹ãΒ∩⊄⊇∪
Maksudnya: (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka
memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia
ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan
keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
(Surah al-Ghasyiah, ayat 17-20)
103
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
öΝèδθè=çFø%$#uρß]ø‹ymöΝèδθßϑçGøࣽÉ)rOΝèδθã_̍÷zr&uρô⎯ÏiΒß]ø‹ymöΝä.θã_t÷zr&4èπuΖ÷FÏࣽø9$#uρ‘‰x©r&z⎯ÏΒÈ≅÷Gs)ø9$#4Ÿωuρ
öΝèδθè=ÏG≈s)è?y‰ΖÏãωÉfó¡pRùQ$#ÏΘ#tptø:$#4©®LymöΝä.θè=ÏF≈s)ãƒÏμŠÏù(βÎ*sùöΝä.θè=tG≈s%öΝèδθè=çFø%$$sù3y7Ï9≡x‹x.â™!#t“y_
t⎦⎪͍Ïࣽ≈s3ø9$#∩⊇®⊇∪
Maksudnya: Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu
dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan
(ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan
janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haram sehingga mereka
memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah
mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
(Surah al-Baqarah, ayat 191)
$yϑ¯ΡÎ)ã≅sWtΒÍο4θu‹ysø9$#$u‹÷Ρ‘‰9$#>™!$yϑx.çμ≈uΖø9t“Ρr&z⎯ÏΒÏ™!$yϑ¡¡9$#xÝn=tG÷z$$sù⎯ÏμÎ/ßN$t6tΡÇÚö‘F{$#$£ϑÏΒã≅ä.ù'tƒâ¨$¨Ζ9$#
ÞΟ≈yè÷ΡF{$#uρ#©¨Lym!#sŒÎ)ÏNx‹s{r&ÞÚö‘F{$#$yγsùã÷zã—ôMoΨ−ƒ¨—$#uρ ∅sßuρ!$yγè=÷δr&öΝåκ¨Ξr&šχρâ‘ω≈s%!$pκöŽn=tæ!$yγ9s?r&
$tΡâöΔr&¸ξø‹s9÷ρr&#Y‘$pκtΞ$yγ≈uΖù=yèyfsù#Y‰ŠÅÁymβr(x.öΝ©9š∅øós?ħøΒF{$$Î/4y7Ï9≡x‹x.ã≅Å_ÁxࣽçΡÏM≈tƒFψ$#5Θöθs)Ï9
tβρ㍤6xࣽtGtƒ∩⊄⊆∪
Maksudnya: Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang
Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi
dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-
pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap
sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-
warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman
serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya
dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-
lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat
keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar
daripadanya).
(Surah Yunus, ayat 24)
uθèδuρ“Ï%©!$#£‰tΒuÚö‘F{$#Ÿ≅yèy_uρ$pκŽÏùz©Å›≡uρu‘#≈pκ÷Ξr&uρ(⎯ÏΒuρÈe≅ä.ÏN≡tyϑ¨V9$#Ÿ≅yèy_$pκŽÏùÈ⎦÷⎫y`÷ρy—È⎦÷⎫uΖøO$#(
©Å´øóミ≅øŠ©9$#u‘$pκ¨]9$#4¨βÎ)’Îûy7Ï9≡sŒ;M≈tƒUψ5Θöθs)Ïj9tβρ㍩3xࣽtGtƒ∩⊂∪
Maksudnya: Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya
gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap
jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang
104
TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda
kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
(Surah al-Rad, ayat 3)
Allah Swt telah mengumpul ilmu falak, tumbuhan, lapisan bumi dan haiwan adalah punca
takut kepadanya:
óΟs9r&ts?¨βr&©!$#tΑt“Ρr&z⎯ÏΒÏ™!$yϑ¡¡9$#[™!$tΒ$oΨô_t÷zr'sù⎯ÏμÎ/;N≡tyϑrO$¸ࣽÎ=tFøƒ’Χ4$pκçΞ≡uθø9r&z⎯ÏΒuρÉΑ$t6Éfø9$#7Šy‰ã`ÖÙ‹Î/
֍ôϑãmuρì#Î=tFøƒ’Χ$pκçΞ≡uθø9r&Ü=ŠÎ/#{xîuρ׊θß™∩⊄∠∪š∅ÏΒuρĨ$¨Ζ9$#Å_U!#uρ¤$!$#uρÉΟ≈yè÷ΡF{$#uρì#Î=tFøƒèΧ…çμçΡ≡uθø9r&
3šÏ9≡x‹x.$yϑ¯ΡÎ)©y´øƒs†©!$#ô⎯ÏΒÍνÏŠ$t6Ïã3(#àσ¯≈yϑn=ãèø9$#žχÎ)©!$#͕tãî‘θàࣽxî∩⊄∇∪
Maksudnya: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu
Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan
di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih
dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-
binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh
bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah
orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Surah Fatir 27-28)
7.4 KEMUKJIZATAN TASHRI’ (PERUNDANGAN)
Apakah Pula yang Dimaksudkan dengan Kemukjizatan Tashri’?
Allah (s.w.t.) telah menjadikan dalam tubuh manusia kemahuan yang bertindak pemberi
kesan dalam kelangsungan hidup. Jika akal yang sempurna menjaga tuannya dari
kelalaian dan kejahatan tetapi nafsu yang menyeleweng melawan dan mengatasi
kekuatan akal. Akal tidak akan berjaya selama-lamanya. Kerana itulah untuk meluruskan
kehidupan manusia ia mestilah dididik dengan cara tertentu sehingga mereka terdidik,
berkembang dan membawanya ke arah kebaikan dan kejayaan.
Manusia bersifat ketamadunan. Ia memerlukan kepada orang lain dan orang lain juga
memerlukan kepadanya. Kerjasama sesama manusia adalah satu kemestian dalam
kehidupan bermasyarakat yang wajib ada dalam ketamadunan manusia. Banyak terjadi
manusia menzalimi saudaranya kerana faktor penguasaan dan ego. Dan jika manusia
tidak ditentukan kaedah hubungan mereka, sistem kehidupan, hak-hak dan juga maruah
sudah tentu akan berlaku kucar-kacir dan haru biru.
Justeru masyarakat manusia memerlukan satu sistem yang memandu mereka dan
menentukan keadilan dalam setiap individu. Manusia semua telah mengetahui melalui
sejarah bahawa telah banyak mazhab, teori, sistem, perundangan yang dicipta untuk
memandu manusia ke arah kebahagiaan, tetapi semuanya tidak mencapai matlamat
sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran melalui I’jaz perundangannya.
105
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
Al-Quran bermula dengan tarbiyah individu kerana ia merupakan satu juzuk masyarakat.
Ia mendidik dengan membebaskan perasaan dan sanggup memikul tanggungjawab. Al-
Quran memerdekakan hati manusia dengan aqidah tauhid yang ikhlas, melepaskannya
daripada perhambaan hawa nafsu sehinggalah menjadi hamba yang benar-benar ikhlas
kepada Allah Swt. Seterusnya hamba ini akan menjadikan khaliq (Allah) sebagai tempat
beribadah dan yang tertinggi dalam dirinya. Ia tidak memerlukan kepada makhluk kecuali
khaliqnya sahaja yang bersifat sempurna dan daripadanyalah dianugerahkan kebaikan
kepada sekalian makhluk.
Apabila aqidah muslim itu betul dan tepat ia hendaklah mengikut perundangan al-Quran
dalam perkara berkaitan kefarduan dan ibadat. Setiap ibadah yang difardukan adalah
untuk kebaikan individu dan disamping itu mempunyai hubungan dengan kebaikan
masyarakat.
Sembahyang mencegah dari maksiat dan kemungkaran dan sembahyang berjemaah
adalah dituntut kecuali yang uzur. Ia adalah syarat dalam sembahyang jumaat dan
sembahyang dua hari raya. Orang bersembahyang merasakan hubungan yang kuat
dengan saudaranya di seluruh muka bumi ini kerana ia tahu bahawa di saat itu semua
muslim di muka bumi menghalakan muka mereka ke arah yang Maha Esa iaitu dengan
menunaikan sembahyang, menghadap ke arah kiblat yang satu, berdoa dengan doa yang
satu meskipun berjauhan sempadan dan daerah. Ini merupakan I’jaz dari segi Tashri’
Solat.
Cukuplah bagi muslim dalam mentarbiyah diri mereka dengan berdiri di hadapan Allah
Swt lima kali sehari semalam untuk dirinya mentaati dengan syariat Alllah Swt.
šù=Ï?uρã≅≈sVøΒF{$#$yγç/ÎŽôØnΣĨ$¨Ζ=Ï9($tΒuρ!$yγè=É)÷ètƒžωÎ)tβθßϑÎ=≈yèø9$#∩⊆⊂∪
Maksudnya: Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada
umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.
(Surah al –Ankabut, ayat 43)
Ibadat Zakat juga mempunyai mukjizat dari segi Tashri’nya kerana ia mempunyai hikmah
tertentu, antaranya ialah:
(i) Mengikis manusia daripada sifat kedekut, perhambaan kepada harta dan mencintai
dunia.
(ii) Ia merupakan satu kebaikan untuk masyarakat dan menghapuskan jurang antara
golongan yang berada dengan yang miskin. Dengan ini jiwa setiap masyarakat
merasa terjamin dan amalan berzakat dapat menjauhkan daripada kesempitan
hidup.
Ibadat haji pun demikian juga mempunyai hikmah-himahnya yang dikatan Mu’jizat Tashri’,
antaranya ialah:
(i) Haji adalah satu pelancongan yang mendidik jiwa ketika menghadapi kesukaran.
(ii) Ia juga membuka penglihatan manusia terhadap rahsia-rahsia Allah dalam
penciptaanya.
106
TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
(iii) Perhimpunan manusia dalam menunai ibadat haji adalah satu muktamar
antarabangsa yang mana mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan
bertukar-tukar fikiran.
Hikmah puasa pula ialah:
(i) Mendidik manusia dalam mengekang hawa nafsu dan menguatkan semangat orang-
orang Islam berada dalam situasi dan keadaan yang satu dalam tempoh sebulan
khususnya dalam waktu makan.
(ii) Kehidupan mereka ini umpama satu keluarga melakukan ibadat-ibadat yang
difardukan ini mendidik perasaan Muslim dengan tanggungjawab individu
sebagaimana yang dijelaskan al-Quran.
Semua ini dikatakan Mu’jizat al-Quran dalam Tashri’. Firman Allah:
‘≅ä.¤§øࣽtΡ$yϑÎ/ôMt6|¡x.îπoΨ‹Ïδu‘∩⊂∇∪
Maksudnya: Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat)
yang dikerjakannya.
(Surah al- Mudhathir, ayat 38)
t⎦⎪Ï%©!$#uρ(#θãΖtΒ#u™öΝåκ÷Jyèt7¨?$#uρΝåκçJ−ƒÍh‘èŒ?⎯≈yϑƒÎ*Î/$uΖø)ptø:r&öΝÍκÍ5öΝåκtJ−ƒÍh‘èŒ!$tΒuρΝßγ≈oΨ÷Gs9r&ô⎯ÏiΒΟÎγÎ=uΗxå⎯ÏiΒ&™ó©x«4‘≅ä.
¤›ÍöΔ$#$oÿÏ3|=|¡x.×⎦⎫Ïδu‘∩⊄⊇∪
Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan
keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka
(di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-
amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
(Surah al-Thur, ayat 21)
FirmanNya lagi:
Ÿωß#Ïk=s3リ!$#$²¡øࣽtΡžωÎ)$yγyèó™ãρ4$yγs9$tΒôMt6|¡x.$pκöŽn=tãuρ$tΒôMt6|¡tFø.$#3$oΨ−/u‘Ÿω!$tΡõ‹Ï{#xσè?βÎ)!$uΖŠÅ¡®Σ÷ρr&
$tΡù'sÜ÷zr&4$oΨ−/u‘Ÿωuρö≅Ïϑóss?!$uΖøŠn=tã#ô¹Î)$yϑx.…çμtFù=yϑym’n?tãš⎥⎪Ï%©!$#⎯ÏΒ$uΖÎ=ö6s%4$uΖ−/u‘Ÿωuρ$oΨù=Ïdϑysè?$tΒ
Ÿωsπs%$sÛ$oΨs9⎯ÏμÎ/(ß#ôã$#uρ$¨ΨtãöÏࣽøî$#uρ$oΨs9!$uΖôϑymö‘$#uρ4|MΡr&$uΖ9s9öθtΒ$tΡöÝÁΡ$$sù’n?tãÏΘöθs)ø9$#
š⎥⎪͍Ïࣽ≈x6ø9$#∩⊄∇∉∪
107
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan
yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami !
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada
kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan
terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Surah al-Baqarah, ayat 286)
Al-Quran juga menggalak manusia ke arah sifat-sifat terpuji seperti sabar, sidiq, adil,
ihsan, bersopan-santun, bermaafan, tawadhu’ dan lain-lain.
Selepas tarbiyah individu ia dilangsungkan dengan membina keluarga. Kerana ia
merupakan benih-benih masyarakat. Lantas al-Quran mensyariatkan perkahwinan bagi
memenuhi tuntutan nafsu dan mengekal zuriat manusia secara halal dan bersih.
Hubungan kekeluargaan terbina dengan kemesraan, kasih sayang, jiwa yang tenang,
kehidupan harmoni, sikap menghormati suami isteri dan tanggungjawab bersesuaian
lelaki dan perempuan.
ô⎯ÏΒuρÿ⎯ÏμÏG≈tƒ#u™÷βr&t,n=y{/ä3s9ô⎯ÏiΒöΝä3Å¡àࣽΡr&%[`≡uρø—r&(#þθãΖä3ó¡tFÏj9$yγøŠs9Î)Ÿ≅yèy_uρΝà6uΖ÷t/Zο¨Šuθ¨Βºπyϑômu‘uρ4¨βÎ)
’Îûy7Ï9≡sŒ;M≈tƒUψ5Θöθs)Ïj9tβρ㍩3xࣽtGtƒ∩⊄⊇∪
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran)
bagi orang-orang yang berfikir.
(Surah al-Rum, ayat 21)
$y㕃r'¯≈tƒz⎯ƒÏ%©!$#(#θãΨtΒ#u™Ÿω‘≅Ïts†öΝä3s9βr&(#θèO̍s?u™!$|¡ÏiΨ9$#$δöx.(Ÿωuρ£⎯èδθè=àÒ÷ès?(#θç7yδõ‹tGÏ9ÇÙ÷èt7Î/!$tΒ
£⎯èδθßϑçF÷s?#u™HωÎ)βr&t⎦⎫Ï?ù'tƒ7πt±Ås≈xࣽÎ/7πoΨÉit6•Β4£⎯èδρçŽÅ°$tãuρÅ∃ρã÷èyϑø9$$Î/4βÎ*sù£⎯èδθßϑçF÷δ̍x.#©|¤yèsùβr&
(#θèδtõ3s?$↔ø‹x©Ÿ≅yèøgs†uρª!$#ÏμŠÏù#ZŽöyz#ZŽÏWŸ2∩⊇®∪
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi
perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka
(dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik
sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka
melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri
kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka
108
TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
(disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana
boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu
benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
(Surah al-Nisa, ayat 19)
9e≅à6Ï9uρ$oΨù=yèy_u’Í<≡uθtΒ$£ϑÏΒx8ts?Èβ#t$Î!≡uθø9$#šχθç/tø%F{$#uρ4t⎦⎪Ï%©!$#uρôNy‰s)tãöΝà6ãΖ≈yϑ÷ƒr&öΝèδθè?$t↔sù
öΝåκz:ÅÁtΡ4¨βÎ)©!$#tβ%Ÿ24’n?tãÈe≅à2&™ó©x«#´‰‹Îγx©∩⊂⊂∪
Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati), kami telah
tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa dan kerabat
yang dekat. Dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan
mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka
berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-
tiap sesuatu.
(Surah al-Nisa, ayat 33)
Setelah itu datang pula sistem perundangan yang memacu masyarakat muslim. Al-Quran
mengandungi sistem perundangan terbaik yang berasas kepada masyarakat, persaman
dan melarang penguasan individu.
$yϑÎ6sù7πyϑômu‘z⎯ÏiΒ«!$#|MΖÏ9öΝßγs9(öθs9uρ|MΨä.$ˆàsùxá‹Î=xîÉ=ù=s)ø9$#(#θ‘ÒxࣽΡ]ωô⎯ÏΒy7Ï9öθym(ß#ôã$$sùöΝåκ÷]tã
öÏࣽøótGó™$#uρöΝçλm;öΝèδö‘Íρ$x©uρ’Îû͐öΔF{$#(#sŒÎ*sù|MøΒz•tãö≅©.uθtGsù’n?tã«!$#4¨βÎ)©!$#=Ïtä†t⎦,Î#Ïj.uθtGßϑø9$#∩⊇∈®∪
Maksudnya: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu
wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-
sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah
mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang
mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.
kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat
sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang
yang bertawakal kepadaNya.
(Surah al-Imran, ayat 159)
t⎦⎪Ï%©!$#uρ(#θç/$yftGó™$#öΝÍκÍh5tÏ9(#θãΒ$s%r&uρnο4θn=¢Á9$#öΝèδãøΒr&uρ3“u‘θä©öΝæηuΖ÷t/$£ϑÏΒuρöΝßγ≈uΖø%y—u‘tβθà)ÏࣽΖãƒ∩⊂∇∪
Maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan
urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula
mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.
(Surah al-Syura, ayat 38)
109
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
$yϑ¯ΡÎ)tβθãΖÏΒ÷σßϑø9$#×οuθ÷zÎ)(#θßsÎ=ô¹r'sùt⎦÷⎫t/ö/ä3÷ƒuθyzr&4(#θà)¨?$#uρ©!$#÷/ä3ª=yès9tβθçΗxqöè?∩⊇⊃∪
Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada
Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah al-Hujurat, ayat 10)
Pemerintahan Islam berlandas kepada keadilan yang tidak dipengaruhi kasih sayang atau
hubungan keluarga.
*$pκš‰r'¯≈tƒt⎦⎪Ï%©!$#(#θãΨtΒ#u™(#θçΡθä.t⎦⎫ÏΒ≡§θs%ÅÝó¡É)ø9$$Î/u™!#y‰pκà−¬!öθs9uρ#’n?tãöΝä3Å¡àࣽΡr&Íρr&È⎦ø⎪y‰Ï9≡uθø9$#t⎦⎫Î/tø%F{$#uρ4
βÎ)ï∅ä3tƒ$†‹ÏΨxî÷ρr&#ZŽÉ)sùª!$$sù4’n<÷ρr&$yϑÍκÍ5(Ÿξsù(#θãèÎ7−Fs?#“uθoλù;$#βr&(#θä9ω÷ès?4βÎ)uρ(#ÿ…âθù=s?÷ρr&(#θàÊ̍÷èè?¨βÎ*sù
©!$#tβ%x.$yϑÎ/tβθè=yϑ÷ès?#ZŽÎ6yz∩⊇⊂∈∪
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang
yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran)
kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.
Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang
daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang
rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu
turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu
memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka
sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan.
(Surah al-Nisa, ayat 135)
Sebagaimana keadilan ini tidak memberi kesan daripada sifat dendam musuh Islam.
$pκš‰r'¯≈tƒš⎥⎪Ï%©!$#(#θãΨtΒ#u™(#θçΡθä.š⎥⎫ÏΒ≡§θs%¬!u™!#y‰pκà−ÅÝó¡É)ø9$$Î/(ŸωuρöΝà6¨ΖtΒ̍ôftƒãβ$t↔oΨx©BΘöθs%#’n?tãžωr&
(#θä9ω÷ès?4(#θä9ωôã$#uθèδÜ>tø%r&3“uθø)−G=Ï9((#θà)¨?$#uρ©!$#4žχÎ)©!$#7ŽÎ6yz$yϑÎ/šχθè=yϑ÷ès?∩∇∪
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan
jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada
tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana
sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah al-Maidah, ayat 8)
110
TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
Al-Quran telah menjaga lima prinsip kehidupan manusia iaitu jiwa, din (agama), maruah,
harta dan akal.
öΝä3s9uρ’ÎûÄÉ$|ÁÉ)ø9$#×ο4θuŠym’Í<'ρé'¯≈tƒÉ=≈t6ø9F{$#öΝà6¯=yès9tβθà)−Gs?∩⊇∠®∪
Maksudnya: Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-
orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah, ayat 179)
èπu‹ÏΡ#¨“9$#’ÎΤ#¨“9$#uρ(#ρà$Î#ô_$$sù¨≅ä.7‰Ïn≡uρ$yϑåκ÷]ÏiΒsπs($ÏΒ;οt$ù#y_(Ÿωuρ/ä.õ‹è{ù's?$yϑÍκÍ5×πsùù&u‘’ÎûÈ⎦⎪ÏŠ«!$#βÎ)÷Λä⎢Ζä.
tβθãΖÏΒ÷σè?«!$$Î/ÏΘöθu‹ø9$#uρ̍ÅzFψ$#(ô‰pκô¶uŠø9uρ$yϑåκu5#x‹tã×πxࣽÍ←!$sÛz⎯ÏiΒt⎦⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$#∩⊄∪
Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika
benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman
seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang
beriman.
(Surah al-Nur, ayat 2)
t⎦⎪Ï%©!$#uρtβθãΒötƒÏM≈oΨ|Áósßϑø9$#§ΝèOóΟs9(#θè?ù'tƒÏπyèt/ö‘r'Î/u™!#y‰pκà−óΟèδρ߉Î=ô_$$sùt⎦⎫ÏΖ≈uΚrOZοt$ù#y_Ÿωuρ(#θè=t7ø)s?öΝçλm;
¸οy‰≈pκy−#Y‰t/r&4y7Íׯ≈s9'ρé&uρãΝèδtβθà)Å¡≈xࣽø9$#∩⊆∪
Maksudnya: Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi,
maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima
persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Surah al-Nur, ayat 4)
ä−Í‘$¡¡9$#uρèπs%Í‘$¡¡9$#uρ(#þθãèsÜø%$$sù$yϑßγtƒÏ‰÷ƒr&L™!#t“y_$yϑÎ/$t7|¡x.Wξ≈s3tΡz⎯ÏiΒ«!$#3ª!$#uρ͕tãÒΟŠÅ3ym∩⊂∇∪
Maksudnya: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang
mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-Maidah, ayat 38)
Kesimpulannya al-Quran adalah perundangan yang sempurna untuk melangsungkan
kehidupan manusia dalam sebaik-baik keadaan. Ijaz perundangan akan kekal selari
dengan ijaz sains dan bahasa.
111
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
UJIAN 1
Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit
1. Terangkan 5 cara Al-Quran medidik individu supaya menjadi anggota masyarakat
yang berperanan dalam menegakkan tasri’ Islam.
2. Bezakan antara hasilan kajian sains dengan mukjizat Al-Quran yang berlaku kepada
rasul-rasul.
UJIAN 2
Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit
1. Apakah tujuan utama penganugerahan mukjizat kepada rasul-rasul.
2. Jelaskan dalil-dalil ayat Al-Quran yang menunjukkan Al-Quran adalah kitab yang
bermukjizat dari segi bahasa.
3. Banyak rencana dalam majalah di Malaysia yang mendedahkan perkara-perkara luar
biasa yang berlaku di dalam masyarakat. Pada pandangan anda adakah
pendedahan ini akan membantu kita mendalami perkara-perkara samiyyat
khususnya mukjizat seperti yang terdapat di dalam Al-Quran.

More Related Content

What's hot

Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahsiti hajar pauzi
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as soutkenjisword
 
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2Mok Ming yan
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanAzizi Ahmad
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Rashidah Abd Wahab
 
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanGWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanAhmad Fahmi
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan KebangsaanCiri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan KebangsaanUstat Penang
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 
Konsep pendidikan menurut islam
Konsep pendidikan menurut islamKonsep pendidikan menurut islam
Konsep pendidikan menurut islamSuhaiza Shuib
 

What's hot (20)

Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)
 
Konsep teori sastera
Konsep teori sasteraKonsep teori sastera
Konsep teori sastera
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as sout
 
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
 
Konsep ulum al quran
Konsep ulum al quranKonsep ulum al quran
Konsep ulum al quran
 
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam PenulisanGWP1092 - Struktur dalam Penulisan
GWP1092 - Struktur dalam Penulisan
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan KebangsaanCiri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
Tajuk 6 EDUP2072
Tajuk 6 EDUP2072Tajuk 6 EDUP2072
Tajuk 6 EDUP2072
 
Konsep pendidikan menurut islam
Konsep pendidikan menurut islamKonsep pendidikan menurut islam
Konsep pendidikan menurut islam
 

Similar to Mukjizat Bahasa Al-Quran

Rasionalitas al Qur’an dalam Dunia Debat
Rasionalitas al Qur’an dalam Dunia DebatRasionalitas al Qur’an dalam Dunia Debat
Rasionalitas al Qur’an dalam Dunia DebatIdrus Abidin
 
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANMakalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANSri Wiji Lestari
 
Kemukjizatan AlQur'an
Kemukjizatan AlQur'anKemukjizatan AlQur'an
Kemukjizatan AlQur'anfadhya_
 
Makalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'anMakalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'anLinbud
 
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)EmCy PoEtri SagiEta AL-ghoffari
 
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)35255466
 
MUKJIZAT_AL_QUR_AN_pptx.pptx
MUKJIZAT_AL_QUR_AN_pptx.pptxMUKJIZAT_AL_QUR_AN_pptx.pptx
MUKJIZAT_AL_QUR_AN_pptx.pptxDumYati3
 
makalah Ijazul al quran
makalah Ijazul al quran makalah Ijazul al quran
makalah Ijazul al quran rinskynufussa
 
Sejarah turunnya al qur'an
Sejarah turunnya al qur'anSejarah turunnya al qur'an
Sejarah turunnya al qur'anRatih Aini
 
I jaz-alquran-kel-10
I jaz-alquran-kel-10I jaz-alquran-kel-10
I jaz-alquran-kel-10MJM Networks
 
I'jaz al qur'an (muhammad maghfur amin)
I'jaz al qur'an (muhammad maghfur amin)I'jaz al qur'an (muhammad maghfur amin)
I'jaz al qur'an (muhammad maghfur amin)Maghfur Amien
 
Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ibnu Ahmad
 
Hikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsur
Hikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsurHikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsur
Hikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsurNurani Rahmania
 
12 Ulumul Qur'an.pptx
12 Ulumul Qur'an.pptx12 Ulumul Qur'an.pptx
12 Ulumul Qur'an.pptxssuser0cdcc8
 

Similar to Mukjizat Bahasa Al-Quran (20)

Rasionalitas al Qur’an dalam Dunia Debat
Rasionalitas al Qur’an dalam Dunia DebatRasionalitas al Qur’an dalam Dunia Debat
Rasionalitas al Qur’an dalam Dunia Debat
 
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANMakalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
 
Kemukjizatan AlQur'an
Kemukjizatan AlQur'anKemukjizatan AlQur'an
Kemukjizatan AlQur'an
 
I'jaz Al Qur'an
 I'jaz Al Qur'an I'jaz Al Qur'an
I'jaz Al Qur'an
 
Makalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'anMakalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'an
 
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
 
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
 
MUKJIZAT_AL_QUR_AN_pptx.pptx
MUKJIZAT_AL_QUR_AN_pptx.pptxMUKJIZAT_AL_QUR_AN_pptx.pptx
MUKJIZAT_AL_QUR_AN_pptx.pptx
 
Al qur'an kalamullah
Al qur'an kalamullahAl qur'an kalamullah
Al qur'an kalamullah
 
makalah Ijazul al quran
makalah Ijazul al quran makalah Ijazul al quran
makalah Ijazul al quran
 
Sejarah turunnya al qur'an
Sejarah turunnya al qur'anSejarah turunnya al qur'an
Sejarah turunnya al qur'an
 
Makalah ijaz alquran
Makalah ijaz alquranMakalah ijaz alquran
Makalah ijaz alquran
 
Teknik menghafaz al quran
Teknik menghafaz al quranTeknik menghafaz al quran
Teknik menghafaz al quran
 
Makalah ulumul
Makalah ulumulMakalah ulumul
Makalah ulumul
 
Ulumul qur’an 3
Ulumul qur’an 3Ulumul qur’an 3
Ulumul qur’an 3
 
I jaz-alquran-kel-10
I jaz-alquran-kel-10I jaz-alquran-kel-10
I jaz-alquran-kel-10
 
I'jaz al qur'an (muhammad maghfur amin)
I'jaz al qur'an (muhammad maghfur amin)I'jaz al qur'an (muhammad maghfur amin)
I'jaz al qur'an (muhammad maghfur amin)
 
Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).
 
Hikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsur
Hikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsurHikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsur
Hikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsur
 
12 Ulumul Qur'an.pptx
12 Ulumul Qur'an.pptx12 Ulumul Qur'an.pptx
12 Ulumul Qur'an.pptx
 

Mukjizat Bahasa Al-Quran

  • 1. 96 TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN OUM TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN PENGENALAN Perbahasan dalam topik ini akan membincangkan mengenai intipati dan kelebihan al- Quran yang diturunkan Allah (s.w.t.) sebagai panduan sepanjang zaman. Al-Quran yang bersifat sebagai sumber rujukan utama bagi umat Islam sudah pasti mempunyai pelbagai keistimewaan yang tidak dapat ditandingi sama sekali oleh kemampuan akal manusia. Keistimewaan ini diistilahkan sebagai mukjizat al-Quran. OBJEKTIF Beberapa objektif utama di gariskan dalam topik perbincangan ini iaitu:- 1. mendefinisikan al-Quran sebagai kitab bermukjizat dan sumber rujukan utama dalam pelbagai aspek kajian; 2. menghuraikan konsep sebenar kemukjizatan al-Quran dan kadarnya; 3. menyenaraikan tujuan-tujuan Allah menjadikan kitab Al-Quran sebagai kitab bermukjizat; dan 4. membawa hujah-hujah untuk menolak sangkaan musuh Islam khususnya golongan orientalis Barat bahawa al-Quran itu adalah merupakan rekaan Nabi Muhammad. PETA MINDA
  • 2. 97 TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN OUM 7.1 KONSEP MUKJIZAT Mukjizat al-Quran bermaksud semua makhluk lemah dan tidak terdaya untuk melakukan apa yang dicabar al-Quran. Ia bertujuan untuk menzahirkan bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran dan Rasul yang membawanya juga adalah benar. Begitu jugalah keadaan seluruh mukjizat Nabi-Nabi terdahulu di mana ia bukanlah untuk melemahkan makhluk sahaja sebaliknya untuk membuktikan rasul-rasul semua adalah benar dan ajaran yang mereka bawa datang dari Allah Swt. Lantas manusia merasakan di sebalik mereka lemah menghadapi mukjizat kepada perasaan dan keimanan bahawa mukjizat ini datang daripada Yang Maha Berkuasa dengan hikmah dan memandu mereka untuk mempercayai Rasul yang membawanya dan seterusnya mereka akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kita sering mendengar ungkapan-ungkapan seperti luar biasa, ajaib, sihir, terpukau dan seumpamanya. Apakah ungkapan-ungkapan itu bersamaan dengan pengertian mukjizat. Mari kita ikuti huraian berikutnya. 7.1.1 Mukjizat Al-Quran dan Kadarnya Sejarah penentangan golongan kuffar terhadap kebenaran al-Quran dan cabaran al-Quran supaya mereka mendatangkan surah-surah seperti al-Quran berlaku dalam beberapa keadaan. Mereka tidak mempercayai al-Quran bahawa ia datang daripada Allah (s.w.t). Lalu Allah (s.w.t.) mencabar supaya mereka mencipta al-Quran bermula dengan seluruh al-Quran. Kemudian cabaran supaya golongan ini datangkan sepuluh surah seperti dalam al-Quran dan terakhirnya Allah (s.w.t.) mencabar supaya datangkan satu surah seperti dalam al-Quran. Kesemua cabaran tersebut gagal dipenuhi dan mereka kalah dalam setiap cabaran. Kekalahan mereka itu telah direkod oleh Allah dengan menyatakan golongan ini tidak akan dapat melakukan selama-lamanya seumpama satu surah seperti al-Quran. Di sini jelas bahawa kadar kemukjizatan al-Quran adalah kadar surah yang terpendek dalam al-Quran. Adapun mereka yang berkata bahawa mukjizat hanya untuk seluruh al-Quran bukan sebahagiannya adalah tidak benar. Pandangan ini dikemukakan oleh golongan Muktazilah ataupun orang yang mengatakan bahawa mukjizat al-Quran terjadi walaupun kurang satu surah, pandangan-pandangan itu adalah tersasar jauh daripada kebenaran. Dalam menentukan kadar kemukjizatan dalam al-Quran, Shaykh Manna’ al-Qattan menegaskan bahawa: “Kami tidak melihat mukjizat dalam kadar tertentu, ini kerana kami mendapati mukjizat juga terdapat dalam suara hurufnya dan juga dalam kalimah-kalimahnya. Begitu juga ia terdapat dalam ayat dan surah. Justeru al-Quran iu adalah kalam Allah (s.w.t.) dan cukup”.
  • 3. 98 TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN OUM 7.2 KEMUKJIZATAN BAHASA Bahasa al-Quran ialah bahasaArab. Penggunaan gaya bahasanya begitu canggih dan murni. Ia mengandungi ciri-ciri yang tidak dapat dijumpai dimana-mana percakapan manusia dan ini tidak syak lagi bahawa ia adalah mukjizat dan kemukjizatan ini lebih terserlah apabila ia mencabar pakar-pakar bahasa ketika itu tetapi mereka kelu, bisu dan lemah untuk menyahut cabaran al-Quran. Sedangkan ketika itu kemajuan bahasa begitu tinggi sehingga mereka mengadakan pertandingan syair dan mereka yang menang syairnya akan diberi penganugerahan dengan menggantungkannya di dinding ka`bah. Peredaran masa telah menyaksikan bahawa bahasaArab sejak al-Quran diturunkan sehingga ke hari ini mengalami tempoh-tempoh yang berbagai. Adakalanya ia maju dan turun. Pdaa ketika lain, ia berkembang dan mengecut, berlaku juga ia amat aktif dan jumud, terdapat juga ia bertamadun dan mundur. Walau apapun yang berlaku pada tempoh-tempoh tersebut namun al-Quran tetap berada dipuncaknya menerangi cahaya dan hidayah, melimpahi kelembutan dan kemegahannya. Dan begitulah ia tetap segar dan menarik sambil membawa pergi mukjizat serta mencabar seluruh umat di alam ini dengan penuh keyakinan dengan berkata:- Al-Quran dengan kekuatan bahasanya dan kelemahan bangsa Arab mengatasinya tidak pernah terkeluar dari susunan bahasa percakapan mereka samada dari sudut lafaz, huruf dan gaya bahasa. Akan tetapi susunan huruf dalam al-Quran, kehalusan susun aturnya, kemanisan urkibnya, penjelasan tuntutan semasa melalui jumlah ismiyah dan fi’liyyah, ayat-ayatnya dalam bentuk penafian dan ithbat, al-zikr dan al-hazf, ta’rif dan tankir, al-taqdim dan ta’khir, haqiqat dan majaz, ithab dan ijaz dan lain semuanya ini meletakkan al-Quran berada dipuncak dan ia melemahkan kekuatan manusia untuk mengatasinya. Ibn Abbas ra meriwayatkan al-Walid ibn al-Mughirah datang kepada Nabi S.A.W. dan Baginda telah membaca al-Quran kepadanya. Bacaan Rasullullah S.AW. tersebut seakan telah melembutkan hatinya. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Abu Jahal dengan lantas menjumpainya seraya berkata: “Wahai saudaraku sesungguhnya kaum kamu hendak mengumpul harta untuk memberi kepadamu kerana kamu telah pergi kepada Muhammad dan seakan kamu menerima apa diucapnya”. Al-Walid berkata: “Sesungguhnya kaum Quraish mengetahui bahawa aku adalah orang yang paling berharta”. Abu Jahal berkata: “Kalau begitu hendaklah kamu berkata satu perkataan yang sampai ke pengetahuan kaum mu bahawa kamu mengingkari dan membencinya”. Al- Walid berkata: “apa yang patut aku katakan? Demi Allah, tidak ada seorang pun dikalangan kamu yang lebih arif daripada Ku berkaitan Syair dan Qasidah. Demi Allah tidak ada sesuatu pun menyerupainya. Dan demi Allah, sesungguhnya perkataannya (al- Quran) begitu manis dan bertenaga, sesungguhnya di atasnya mempunyai buah, di bawahnya pula terdapat limpahan, sesungguhnya ia amat tinggi dan tidak ada yang menandinginya. Ia akan menghancurkan apa yang ada di bawahnya”. Abu Jahal berkata: “Demi Allah, kaum kamu tidak akan menyukai kamu sehingga kamu berkata sesuatu kepadanya”. Al-Walid berkata: “Tinggallah aku sendirian sehingga aku berfikir sesuatu dan selepas berfikir ia berkata “Ini (al-Quran) adalah sihir yang memberi kesan” dan Allah Swt menurunkan firmannya “
  • 4. 99 TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN OUM ’ÎΤö‘sŒô⎯tΒuρàMø)n=yz#Y‰‹Ïmuρ∩⊇⊇∪àMù=yèy_uρ…çμs9Zω$tΒ#YŠρ߉ôϑ¨Β∩⊇⊄∪t⎦⎫ÏΖt/uρ#YŠθåκà−∩⊇⊂∪‘N‰£γtΒuρ…çμs9 #Y‰‹Îγôϑs?∩⊇⊆∪§ΝèOßìyϑôÜtƒ÷βr&y‰ƒÎ—r&∩⊇∈∪Hξx.(…çμ¯ΡÎ)tβ%x.$uΖÏF≈tƒKψ#Y‰ŠÏΖtã∩⊇∉∪…çμà)Ïδö‘é'y™#·Šθãè|¹∩⊇∠∪…çμ¯ΡÎ) t©3sùu‘£‰s%uρ∩⊇∇∪Ÿ≅ÏGà)sùy#ø‹x.u‘£‰s%∩⊇®∪§ΝèOŸ≅ÏGè%y#ø‹x.u‘£‰s%∩⊄⊃∪§ΝèOtsàtΡ∩⊄⊇∪§ΝèO}§t6tãuŽy£o0uρ∩⊄⊄∪§ΝèO tt/÷Šr&uŽy9õ3tFó™$#uρ∩⊄⊂∪tΑ$s)sù÷βÎ)!#x‹≈yδžωÎ)֍øt¾žãrO÷σãƒ∩⊄⊆∪ Maksudnya: (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak), Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami). Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak. Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan (terhadap Al-Quran). Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian). Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal); Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut; Kemudian ia berpaling (serta ia berkata): "(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); Ia tidak lain hanyalah perkataan manusia. (Surah al-Muddathir ayat 11–24) . Mukjizat juga terdapat dalam susun atur suaranya yang menarik semasa membaca huruf- hurufnya, dan ketika mendengar baris, sukun, mad, dengung, ceraian ayatnya. Ini semua tidak pernah menjemu pendengaran bahkan ia sentiasa menuntut supaya ditambahkan bacaan. Mukjizat juga berada dalam lafaznya yang menyempurnakan setiap makna kini pada tempatnya. Tidak ada satu lafaz pun yang dikatakan sebagai penambah kepada makna (za’id). Dan tidak ada seorang penyelidik pun yang terjumpa satu tempat dalam al-Quran dan menyatakan bahawa tempat ini memerlu kepada satu lapaz untuk menyempurnakan makna yang kurang. Bangsa Arab tidak sekali-kali mempunyai kalam yang sempurna dan setara dengan kalam al-Quran dari sudut fasahah, keunikan, makna-makna yang halus, kaedah-kaedah yang banyak, hikmah-hikmah yang berbagai. Hukum-hukumnya dijelaskan dalam kalimah dan lafaz yang sedikit berbanding penyair Arab yang melontar idea melalui qasidah yang meleret-leret dan kekurangan makna serta bercanggah. Sesungguhnya al-Quran datang walaupun sebahagian ayatnya panjang tetapi menepati fasahah sebagaimana Allah Swt menyifatkannya dengan berfirman:
  • 5. 100 TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN OUM ª!$#tΑ¨“tΡz⎯|¡ômr&Ï]ƒÏ‰ptø:$#$Y6≈tGÏ.$YγÎ6≈t±tF•Βu’ÎΤ$sW¨Β”Ïèt±ø)s?çμ÷ΖÏΒߊθè=ã_t⎦⎪Ï%©!$#šχöθt±øƒs†öΝåκ®5u‘§ΝèOß⎦,Î#s? öΝèδߊθè=ã_öΝßγç/θè=è%uρ4’n<Î)̍ø.ÏŒ«!$#4y7Ï9≡sŒ“y‰èδ«!$#“ωöκu‰⎯ÏμÎ/⎯tΒâ™!$t±o„4⎯tΒuρÈ≅Î=ôÒリ!$#$yϑsù…çμs9ô⎯ÏΒ >Š$yδ∩⊄⊂∪ Maksudnya: Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (Surah al-Zumar 23) Ÿξsùr&tβρã−/y‰tFtƒtβ#u™öà)ø9$#4öθs9uρtβ%x.ô⎯ÏΒωΖÏãÎŽöxî«!$#(#ρ߉y`uθs9ÏμŠÏù$Zࣽ≈n=ÏF÷z$##ZŽÏWŸ2∩∇⊄∪ Maksudnya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. (Surah al-nisa 82) Latihan 7.1 Apakah unsur-unsur yang menunjukkan bahasaArab yang terdapat di dalam Al-Quran juga membuktikan kemukjizatan Al-Quran. 7.3 KEMUKJIZATAN ILMIAH (SAINS) Tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk memberi hidayah kepada manusia dalam melakukan ibadah kepada Allah Swt. Kesempurnaan syariat dalam al-Quran telah dijelaskan Allah Swt di dalam surah al-Maidah, ayat ke-3: tΠöθu‹ø9$#àMù=yϑø.r&öΝä3s9öΝä3oΨƒÏŠàMôϑoÿøCr&uρöΝä3ø‹n=tæ©ÉLyϑ÷èÏΡàMŠÅÊu‘uρãΝä3s9zΝ≈n=ó™M}$#$YΨƒÏŠ Maksudnya: “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah sempurnakan nikmatKu kepada kamu dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Surah al-Maidah, 3)
  • 6. 101 TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN OUM Ramai di kalangan manusia telah tersasar dari kebenaran ketika mana mereka begitu bersungguh-sungguh untuk menetapkan bahawa al-Quran mengandungi semua teori sains. Setiap kali timbul teori baru dalam sains mereka berusaha mentakwil dan mentafsir al-Quran menepati teori tersebut. Punca kesilapan dalam hal ini ialah teori sains itu sendiri yang menerima perubahan mengikut peredaran zaman kerana menempuh era kemajuan. Justeru teori itu sentiasa dalam kekurangan dan kadang-kadang ia berbentuk kabur dan adakalanya ia satu kesalahan. Selain itu, banyak teori sains yang menerima perubahan, ada juga selepas teori tersebut diterima pakai ia sebenarnya adalah batil dan dibuang. Lantas pengkaji mula mencuba teori yang lain. Orang yang menafsir al-Quran mengikut aliran sains dan berusaha untuk mengeluarkan teori tersebut dari al-Quran dalam setiap masalah yang lahir dalam kehidupan sains, sebenarnya mereka telah melakukan sesuatu yang tidak elok terhadap al-Quran dalam keadaan mereka merasakan telah melakukan yang terbaik kepada al-Quran. Teori sains sebenarnya tunduk kepada kemajuan dan ia akan berubah, teori tersebut boleh terbatal. Dan jika kita menafsirkan al-Quran dengan cara tersebut, sebenarnya ia telah mendedahkan kepada satu perkara yang batil setiap kali teori sains itu berubah. Sebenarnya mukjizat sains dalam al-Quran bukan mengandungi teori-teori sains yang selalu berubah mengikut peredaran masa, tetapi ia menggalakkan manusia ke arah berfikir. Ia menggalakkan manusia berfikir tentang alam serta memerhatikannya dan jangan sekali-kali lemah berfikir dalam perkara itu. Apa jua teori sains yang terbukti keyakinannya adalah menepati apa yang digalakkan dalam al-Quran iaitu dengan berfikir secara sempurna. Ia sekali-kali tidak bertentangan dengan kemajuan sains pada hari ini yang teorinya tidak sekali-kali bertentangan dalam alirannya adalah menepati dengan al- Quran. Ini merupakan I’jaz. Al-Quran al-Karim menjadikan pemikiran yang betul dan pemerhatian yang tepat terhadap alam ini adalah antara jalan yang terpenting beriman kepada Allah Swt. Ia menggalak kepada berfikir tentang kejadian Allah Swt samada di langit atau di bumi. Firman Allah Swt: žχÎ)’ÎûÈ,ù=yzÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$#ÇÚö‘F{$#uρÉ#≈n=ÏF÷z$#uρÈ≅øŠ©9$#Í‘$pκ¨]9$#uρ;M≈tƒUψ’Í<'ρT[{É=≈t6ø9F{$#∩⊇®⊃∪t⎦⎪Ï%©!$# tβρãä.õ‹tƒ©!$#$Vϑ≈uŠÏ%#YŠθãèè%uρ4’n?tãuρöΝÎγÎ/θãΖã_tβρ㍤6xࣽtGtƒuρ’ÎûÈ,ù=yzÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$#ÇÚö‘F{$#uρ$uΖ−/u‘$tΒ |Mø)n=yz#x‹≈yδWξÏÜ≈t/y7oΨ≈ysö6ß™$oΨÉ)sùz>#x‹tãÍ‘$¨Ζ9$#∩⊇®⊇∪ Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah al- Imran, ayat 190-191)
  • 7. 102 TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN OUM Ia juga menggalak supaya berfikir tentang diri sendiri. öΝs9uρr&(#ρ㍩3xࣽtGtƒþ’ÎûΝÍκŦàࣽΡr&3$¨Βt,n=y{ª!$#ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$#uÚö‘F{$#uρ$tΒuρ!$yϑåκs]øŠt/žωÎ)Èd,ysø9$$Î/9≅y_r&uρ‘wΚ|¡•Β3 ¨βÎ)uρ#ZŽÏVx.z⎯ÏiΒĨ$¨Ζ9$#Ç›!$s)Î=Î/öΝÎγÎn/u‘tβρãÏࣽ≈s3s9∩∇∪ Maksudnya: Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. (Surah al-Rum, ayat 8) Ÿωü“ÈθtGó¡o„Ü=≈ptõ¾r&Í‘$¨Ζ9$#Ü=≈ptõ¾r&uρÏπ¨Ψyfø9$#4Ü=≈ysô¹r&Ïπ¨Ψyfø9$#ãΝèδtβρâ“Í←!$xࣽø9$#∩⊄⊃∪öθs9$uΖø9t“Ρr&#x‹≈yδ tβ#u™öà)ø9$#4’n?tã9≅t6y_…çμtF÷ƒr&t©9$Yèϱ≈yz%YæÏd‰|ÁtF•Βô⎯ÏiΒÏπuŠô±yz«!$#4šù=Ï?uρã≅≈sVøΒF{$#$pκæ5ÎŽôØtΡĨ$¨Ζ=Ï9 óΟßγ¯=yès9šχρ㍩3xࣽtGtƒ∩⊄⊇∪ Maksudnya: Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diinginya). Sekiranya Kami turunkan Al- Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.ini). (Surah al-Hasyr, ayat 20, 21) Ÿξsùr&tβρãÝàΨtƒ’n<Î)È≅Î/M}$#y#ø‹Ÿ2ôMs)Î=äz∩⊇∠∪’n<Î)uρÏ™!$uΚ¡¡9$#y#ø‹Ÿ2ôMyèÏùâ‘∩⊇∇∪’n<Î)uρÉΑ$t6Ågø:$#y#ø‹x. ôMt6ÅÁçΡ∩⊇®∪’n<Î)uρÇÚö‘F{$#y#ø‹x.ôMysÏÜß™∩⊄⊃∪öÏj.x‹sù!$yϑ¯ΡÎ)|MΡr&֍Åe2x‹ãΒ∩⊄⊇∪ Maksudnya: (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? (Surah al-Ghasyiah, ayat 17-20)
  • 8. 103 TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN OUM öΝèδθè=çFø%$#uρß]ø‹ymöΝèδθßϑçGøࣽÉ)rOΝèδθã_̍÷zr&uρô⎯ÏiΒß]ø‹ymöΝä.θã_t÷zr&4èπuΖ÷FÏࣽø9$#uρ‘‰x©r&z⎯ÏΒÈ≅÷Gs)ø9$#4Ÿωuρ öΝèδθè=ÏG≈s)è?y‰ΖÏãωÉfó¡pRùQ$#ÏΘ#tptø:$#4©®LymöΝä.θè=ÏF≈s)ãƒÏμŠÏù(βÎ*sùöΝä.θè=tG≈s%öΝèδθè=çFø%$$sù3y7Ï9≡x‹x.â™!#t“y_ t⎦⎪͍Ïࣽ≈s3ø9$#∩⊇®⊇∪ Maksudnya: Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haram sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. (Surah al-Baqarah, ayat 191) $yϑ¯ΡÎ)ã≅sWtΒÍο4θu‹ysø9$#$u‹÷Ρ‘‰9$#>™!$yϑx.çμ≈uΖø9t“Ρr&z⎯ÏΒÏ™!$yϑ¡¡9$#xÝn=tG÷z$$sù⎯ÏμÎ/ßN$t6tΡÇÚö‘F{$#$£ϑÏΒã≅ä.ù'tƒâ¨$¨Ζ9$# ÞΟ≈yè÷ΡF{$#uρ#©¨Lym!#sŒÎ)ÏNx‹s{r&ÞÚö‘F{$#$yγsùã÷zã—ôMoΨ−ƒ¨—$#uρ ∅sßuρ!$yγè=÷δr&öΝåκ¨Ξr&šχρâ‘ω≈s%!$pκöŽn=tæ!$yγ9s?r& $tΡâöΔr&¸ξø‹s9÷ρr&#Y‘$pκtΞ$yγ≈uΖù=yèyfsù#Y‰ŠÅÁymβr(x.öΝ©9š∅øós?ħøΒF{$$Î/4y7Ï9≡x‹x.ã≅Å_ÁxࣽçΡÏM≈tƒFψ$#5Θöθs)Ï9 tβρ㍤6xࣽtGtƒ∩⊄⊆∪ Maksudnya: Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut- pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna- warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur- lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). (Surah Yunus, ayat 24) uθèδuρ“Ï%©!$#£‰tΒuÚö‘F{$#Ÿ≅yèy_uρ$pκŽÏùz©Å›≡uρu‘#≈pκ÷Ξr&uρ(⎯ÏΒuρÈe≅ä.ÏN≡tyϑ¨V9$#Ÿ≅yèy_$pκŽÏùÈ⎦÷⎫y`÷ρy—È⎦÷⎫uΖøO$#( ©Å´øóミ≅øŠ©9$#u‘$pκ¨]9$#4¨βÎ)’Îûy7Ï9≡sŒ;M≈tƒUψ5Θöθs)Ïj9tβρ㍩3xࣽtGtƒ∩⊂∪ Maksudnya: Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang
  • 9. 104 TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN OUM dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (Surah al-Rad, ayat 3) Allah Swt telah mengumpul ilmu falak, tumbuhan, lapisan bumi dan haiwan adalah punca takut kepadanya: óΟs9r&ts?¨βr&©!$#tΑt“Ρr&z⎯ÏΒÏ™!$yϑ¡¡9$#[™!$tΒ$oΨô_t÷zr'sù⎯ÏμÎ/;N≡tyϑrO$¸ࣽÎ=tFøƒ’Χ4$pκçΞ≡uθø9r&z⎯ÏΒuρÉΑ$t6Éfø9$#7Šy‰ã`ÖÙ‹Î/ ֍ôϑãmuρì#Î=tFøƒ’Χ$pκçΞ≡uθø9r&Ü=ŠÎ/#{xîuρ׊θß™∩⊄∠∪š∅ÏΒuρĨ$¨Ζ9$#Å_U!#uρ¤$!$#uρÉΟ≈yè÷ΡF{$#uρì#Î=tFøƒèΧ…çμçΡ≡uθø9r& 3šÏ9≡x‹x.$yϑ¯ΡÎ)©y´øƒs†©!$#ô⎯ÏΒÍνÏŠ$t6Ïã3(#àσ¯≈yϑn=ãèø9$#žχÎ)©!$#͕tãî‘θàࣽxî∩⊄∇∪ Maksudnya: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang- binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Surah Fatir 27-28) 7.4 KEMUKJIZATAN TASHRI’ (PERUNDANGAN) Apakah Pula yang Dimaksudkan dengan Kemukjizatan Tashri’? Allah (s.w.t.) telah menjadikan dalam tubuh manusia kemahuan yang bertindak pemberi kesan dalam kelangsungan hidup. Jika akal yang sempurna menjaga tuannya dari kelalaian dan kejahatan tetapi nafsu yang menyeleweng melawan dan mengatasi kekuatan akal. Akal tidak akan berjaya selama-lamanya. Kerana itulah untuk meluruskan kehidupan manusia ia mestilah dididik dengan cara tertentu sehingga mereka terdidik, berkembang dan membawanya ke arah kebaikan dan kejayaan. Manusia bersifat ketamadunan. Ia memerlukan kepada orang lain dan orang lain juga memerlukan kepadanya. Kerjasama sesama manusia adalah satu kemestian dalam kehidupan bermasyarakat yang wajib ada dalam ketamadunan manusia. Banyak terjadi manusia menzalimi saudaranya kerana faktor penguasaan dan ego. Dan jika manusia tidak ditentukan kaedah hubungan mereka, sistem kehidupan, hak-hak dan juga maruah sudah tentu akan berlaku kucar-kacir dan haru biru. Justeru masyarakat manusia memerlukan satu sistem yang memandu mereka dan menentukan keadilan dalam setiap individu. Manusia semua telah mengetahui melalui sejarah bahawa telah banyak mazhab, teori, sistem, perundangan yang dicipta untuk memandu manusia ke arah kebahagiaan, tetapi semuanya tidak mencapai matlamat sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran melalui I’jaz perundangannya.
  • 10. 105 TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN OUM Al-Quran bermula dengan tarbiyah individu kerana ia merupakan satu juzuk masyarakat. Ia mendidik dengan membebaskan perasaan dan sanggup memikul tanggungjawab. Al- Quran memerdekakan hati manusia dengan aqidah tauhid yang ikhlas, melepaskannya daripada perhambaan hawa nafsu sehinggalah menjadi hamba yang benar-benar ikhlas kepada Allah Swt. Seterusnya hamba ini akan menjadikan khaliq (Allah) sebagai tempat beribadah dan yang tertinggi dalam dirinya. Ia tidak memerlukan kepada makhluk kecuali khaliqnya sahaja yang bersifat sempurna dan daripadanyalah dianugerahkan kebaikan kepada sekalian makhluk. Apabila aqidah muslim itu betul dan tepat ia hendaklah mengikut perundangan al-Quran dalam perkara berkaitan kefarduan dan ibadat. Setiap ibadah yang difardukan adalah untuk kebaikan individu dan disamping itu mempunyai hubungan dengan kebaikan masyarakat. Sembahyang mencegah dari maksiat dan kemungkaran dan sembahyang berjemaah adalah dituntut kecuali yang uzur. Ia adalah syarat dalam sembahyang jumaat dan sembahyang dua hari raya. Orang bersembahyang merasakan hubungan yang kuat dengan saudaranya di seluruh muka bumi ini kerana ia tahu bahawa di saat itu semua muslim di muka bumi menghalakan muka mereka ke arah yang Maha Esa iaitu dengan menunaikan sembahyang, menghadap ke arah kiblat yang satu, berdoa dengan doa yang satu meskipun berjauhan sempadan dan daerah. Ini merupakan I’jaz dari segi Tashri’ Solat. Cukuplah bagi muslim dalam mentarbiyah diri mereka dengan berdiri di hadapan Allah Swt lima kali sehari semalam untuk dirinya mentaati dengan syariat Alllah Swt. šù=Ï?uρã≅≈sVøΒF{$#$yγç/ÎŽôØnΣĨ$¨Ζ=Ï9($tΒuρ!$yγè=É)÷ètƒžωÎ)tβθßϑÎ=≈yèø9$#∩⊆⊂∪ Maksudnya: Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya. (Surah al –Ankabut, ayat 43) Ibadat Zakat juga mempunyai mukjizat dari segi Tashri’nya kerana ia mempunyai hikmah tertentu, antaranya ialah: (i) Mengikis manusia daripada sifat kedekut, perhambaan kepada harta dan mencintai dunia. (ii) Ia merupakan satu kebaikan untuk masyarakat dan menghapuskan jurang antara golongan yang berada dengan yang miskin. Dengan ini jiwa setiap masyarakat merasa terjamin dan amalan berzakat dapat menjauhkan daripada kesempitan hidup. Ibadat haji pun demikian juga mempunyai hikmah-himahnya yang dikatan Mu’jizat Tashri’, antaranya ialah: (i) Haji adalah satu pelancongan yang mendidik jiwa ketika menghadapi kesukaran. (ii) Ia juga membuka penglihatan manusia terhadap rahsia-rahsia Allah dalam penciptaanya.
  • 11. 106 TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN OUM (iii) Perhimpunan manusia dalam menunai ibadat haji adalah satu muktamar antarabangsa yang mana mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan bertukar-tukar fikiran. Hikmah puasa pula ialah: (i) Mendidik manusia dalam mengekang hawa nafsu dan menguatkan semangat orang- orang Islam berada dalam situasi dan keadaan yang satu dalam tempoh sebulan khususnya dalam waktu makan. (ii) Kehidupan mereka ini umpama satu keluarga melakukan ibadat-ibadat yang difardukan ini mendidik perasaan Muslim dengan tanggungjawab individu sebagaimana yang dijelaskan al-Quran. Semua ini dikatakan Mu’jizat al-Quran dalam Tashri’. Firman Allah: ‘≅ä.¤§øࣽtΡ$yϑÎ/ôMt6|¡x.îπoΨ‹Ïδu‘∩⊂∇∪ Maksudnya: Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. (Surah al- Mudhathir, ayat 38) t⎦⎪Ï%©!$#uρ(#θãΖtΒ#u™öΝåκ÷Jyèt7¨?$#uρΝåκçJ−ƒÍh‘èŒ?⎯≈yϑƒÎ*Î/$uΖø)ptø:r&öΝÍκÍ5öΝåκtJ−ƒÍh‘èŒ!$tΒuρΝßγ≈oΨ÷Gs9r&ô⎯ÏiΒΟÎγÎ=uΗxå⎯ÏiΒ&™ó©x«4‘≅ä. ¤›ÍöΔ$#$oÿÏ3|=|¡x.×⎦⎫Ïδu‘∩⊄⊇∪ Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal- amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. (Surah al-Thur, ayat 21) FirmanNya lagi: Ÿωß#Ïk=s3リ!$#$²¡øࣽtΡžωÎ)$yγyèó™ãρ4$yγs9$tΒôMt6|¡x.$pκöŽn=tãuρ$tΒôMt6|¡tFø.$#3$oΨ−/u‘Ÿω!$tΡõ‹Ï{#xσè?βÎ)!$uΖŠÅ¡®Σ÷ρr& $tΡù'sÜ÷zr&4$oΨ−/u‘Ÿωuρö≅Ïϑóss?!$uΖøŠn=tã#ô¹Î)$yϑx.…çμtFù=yϑym’n?tãš⎥⎪Ï%©!$#⎯ÏΒ$uΖÎ=ö6s%4$uΖ−/u‘Ÿωuρ$oΨù=Ïdϑysè?$tΒ Ÿωsπs%$sÛ$oΨs9⎯ÏμÎ/(ß#ôã$#uρ$¨ΨtãöÏࣽøî$#uρ$oΨs9!$uΖôϑymö‘$#uρ4|MΡr&$uΖ9s9öθtΒ$tΡöÝÁΡ$$sù’n?tãÏΘöθs)ø9$# š⎥⎪͍Ïࣽ≈x6ø9$#∩⊄∇∉∪
  • 12. 107 TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN OUM Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Surah al-Baqarah, ayat 286) Al-Quran juga menggalak manusia ke arah sifat-sifat terpuji seperti sabar, sidiq, adil, ihsan, bersopan-santun, bermaafan, tawadhu’ dan lain-lain. Selepas tarbiyah individu ia dilangsungkan dengan membina keluarga. Kerana ia merupakan benih-benih masyarakat. Lantas al-Quran mensyariatkan perkahwinan bagi memenuhi tuntutan nafsu dan mengekal zuriat manusia secara halal dan bersih. Hubungan kekeluargaan terbina dengan kemesraan, kasih sayang, jiwa yang tenang, kehidupan harmoni, sikap menghormati suami isteri dan tanggungjawab bersesuaian lelaki dan perempuan. ô⎯ÏΒuρÿ⎯ÏμÏG≈tƒ#u™÷βr&t,n=y{/ä3s9ô⎯ÏiΒöΝä3Å¡àࣽΡr&%[`≡uρø—r&(#þθãΖä3ó¡tFÏj9$yγøŠs9Î)Ÿ≅yèy_uρΝà6uΖ÷t/Zο¨Šuθ¨Βºπyϑômu‘uρ4¨βÎ) ’Îûy7Ï9≡sŒ;M≈tƒUψ5Θöθs)Ïj9tβρ㍩3xࣽtGtƒ∩⊄⊇∪ Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum, ayat 21) $y㕃r'¯≈tƒz⎯ƒÏ%©!$#(#θãΨtΒ#u™Ÿω‘≅Ïts†öΝä3s9βr&(#θèO̍s?u™!$|¡ÏiΨ9$#$δöx.(Ÿωuρ£⎯èδθè=àÒ÷ès?(#θç7yδõ‹tGÏ9ÇÙ÷èt7Î/!$tΒ £⎯èδθßϑçF÷s?#u™HωÎ)βr&t⎦⎫Ï?ù'tƒ7πt±Ås≈xࣽÎ/7πoΨÉit6•Β4£⎯èδρçŽÅ°$tãuρÅ∃ρã÷èyϑø9$$Î/4βÎ*sù£⎯èδθßϑçF÷δ̍x.#©|¤yèsùβr& (#θèδtõ3s?$↔ø‹x©Ÿ≅yèøgs†uρª!$#ÏμŠÏù#ZŽöyz#ZŽÏWŸ2∩⊇®∪ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka
  • 13. 108 TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN OUM (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (Surah al-Nisa, ayat 19) 9e≅à6Ï9uρ$oΨù=yèy_u’Í<≡uθtΒ$£ϑÏΒx8ts?Èβ#t$Î!≡uθø9$#šχθç/tø%F{$#uρ4t⎦⎪Ï%©!$#uρôNy‰s)tãöΝà6ãΖ≈yϑ÷ƒr&öΝèδθè?$t↔sù öΝåκz:ÅÁtΡ4¨βÎ)©!$#tβ%Ÿ24’n?tãÈe≅à2&™ó©x«#´‰‹Îγx©∩⊂⊂∪ Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati), kami telah tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa dan kerabat yang dekat. Dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap- tiap sesuatu. (Surah al-Nisa, ayat 33) Setelah itu datang pula sistem perundangan yang memacu masyarakat muslim. Al-Quran mengandungi sistem perundangan terbaik yang berasas kepada masyarakat, persaman dan melarang penguasan individu. $yϑÎ6sù7πyϑômu‘z⎯ÏiΒ«!$#|MΖÏ9öΝßγs9(öθs9uρ|MΨä.$ˆàsùxá‹Î=xîÉ=ù=s)ø9$#(#θ‘ÒxࣽΡ]ωô⎯ÏΒy7Ï9öθym(ß#ôã$$sùöΝåκ÷]tã öÏࣽøótGó™$#uρöΝçλm;öΝèδö‘Íρ$x©uρ’Îû͐öΔF{$#(#sŒÎ*sù|MøΒz•tãö≅©.uθtGsù’n?tã«!$#4¨βÎ)©!$#=Ïtä†t⎦,Î#Ïj.uθtGßϑø9$#∩⊇∈®∪ Maksudnya: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat- sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Surah al-Imran, ayat 159) t⎦⎪Ï%©!$#uρ(#θç/$yftGó™$#öΝÍκÍh5tÏ9(#θãΒ$s%r&uρnο4θn=¢Á9$#öΝèδãøΒr&uρ3“u‘θä©öΝæηuΖ÷t/$£ϑÏΒuρöΝßγ≈uΖø%y—u‘tβθà)ÏࣽΖãƒ∩⊂∇∪ Maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya. (Surah al-Syura, ayat 38)
  • 14. 109 TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN OUM $yϑ¯ΡÎ)tβθãΖÏΒ÷σßϑø9$#×οuθ÷zÎ)(#θßsÎ=ô¹r'sùt⎦÷⎫t/ö/ä3÷ƒuθyzr&4(#θà)¨?$#uρ©!$#÷/ä3ª=yès9tβθçΗxqöè?∩⊇⊃∪ Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-Hujurat, ayat 10) Pemerintahan Islam berlandas kepada keadilan yang tidak dipengaruhi kasih sayang atau hubungan keluarga. *$pκš‰r'¯≈tƒt⎦⎪Ï%©!$#(#θãΨtΒ#u™(#θçΡθä.t⎦⎫ÏΒ≡§θs%ÅÝó¡É)ø9$$Î/u™!#y‰pκà−¬!öθs9uρ#’n?tãöΝä3Å¡àࣽΡr&Íρr&È⎦ø⎪y‰Ï9≡uθø9$#t⎦⎫Î/tø%F{$#uρ4 βÎ)ï∅ä3tƒ$†‹ÏΨxî÷ρr&#ZŽÉ)sùª!$$sù4’n<÷ρr&$yϑÍκÍ5(Ÿξsù(#θãèÎ7−Fs?#“uθoλù;$#βr&(#θä9ω÷ès?4βÎ)uρ(#ÿ…âθù=s?÷ρr&(#θàÊ̍÷èè?¨βÎ*sù ©!$#tβ%x.$yϑÎ/tβθè=yϑ÷ès?#ZŽÎ6yz∩⊇⊂∈∪ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Nisa, ayat 135) Sebagaimana keadilan ini tidak memberi kesan daripada sifat dendam musuh Islam. $pκš‰r'¯≈tƒš⎥⎪Ï%©!$#(#θãΨtΒ#u™(#θçΡθä.š⎥⎫ÏΒ≡§θs%¬!u™!#y‰pκà−ÅÝó¡É)ø9$$Î/(ŸωuρöΝà6¨ΖtΒ̍ôftƒãβ$t↔oΨx©BΘöθs%#’n?tãžωr& (#θä9ω÷ès?4(#θä9ωôã$#uθèδÜ>tø%r&3“uθø)−G=Ï9((#θà)¨?$#uρ©!$#4žχÎ)©!$#7ŽÎ6yz$yϑÎ/šχθè=yϑ÷ès?∩∇∪ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 8)
  • 15. 110 TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN OUM Al-Quran telah menjaga lima prinsip kehidupan manusia iaitu jiwa, din (agama), maruah, harta dan akal. öΝä3s9uρ’ÎûÄÉ$|ÁÉ)ø9$#×ο4θuŠym’Í<'ρé'¯≈tƒÉ=≈t6ø9F{$#öΝà6¯=yès9tβθà)−Gs?∩⊇∠®∪ Maksudnya: Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang- orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah, ayat 179) èπu‹ÏΡ#¨“9$#’ÎΤ#¨“9$#uρ(#ρà$Î#ô_$$sù¨≅ä.7‰Ïn≡uρ$yϑåκ÷]ÏiΒsπs($ÏΒ;οt$ù#y_(Ÿωuρ/ä.õ‹è{ù's?$yϑÍκÍ5×πsùù&u‘’ÎûÈ⎦⎪ÏŠ«!$#βÎ)÷Λä⎢Ζä. tβθãΖÏΒ÷σè?«!$$Î/ÏΘöθu‹ø9$#uρ̍ÅzFψ$#(ô‰pκô¶uŠø9uρ$yϑåκu5#x‹tã×πxࣽÍ←!$sÛz⎯ÏiΒt⎦⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$#∩⊄∪ Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah al-Nur, ayat 2) t⎦⎪Ï%©!$#uρtβθãΒötƒÏM≈oΨ|Áósßϑø9$#§ΝèOóΟs9(#θè?ù'tƒÏπyèt/ö‘r'Î/u™!#y‰pκà−óΟèδρ߉Î=ô_$$sùt⎦⎫ÏΖ≈uΚrOZοt$ù#y_Ÿωuρ(#θè=t7ø)s?öΝçλm; ¸οy‰≈pκy−#Y‰t/r&4y7Íׯ≈s9'ρé&uρãΝèδtβθà)Å¡≈xࣽø9$#∩⊆∪ Maksudnya: Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur, ayat 4) ä−Í‘$¡¡9$#uρèπs%Í‘$¡¡9$#uρ(#þθãèsÜø%$$sù$yϑßγtƒÏ‰÷ƒr&L™!#t“y_$yϑÎ/$t7|¡x.Wξ≈s3tΡz⎯ÏiΒ«!$#3ª!$#uρ͕tãÒΟŠÅ3ym∩⊂∇∪ Maksudnya: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Maidah, ayat 38) Kesimpulannya al-Quran adalah perundangan yang sempurna untuk melangsungkan kehidupan manusia dalam sebaik-baik keadaan. Ijaz perundangan akan kekal selari dengan ijaz sains dan bahasa.
  • 16. 111 TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN OUM UJIAN 1 Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit 1. Terangkan 5 cara Al-Quran medidik individu supaya menjadi anggota masyarakat yang berperanan dalam menegakkan tasri’ Islam. 2. Bezakan antara hasilan kajian sains dengan mukjizat Al-Quran yang berlaku kepada rasul-rasul. UJIAN 2 Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit 1. Apakah tujuan utama penganugerahan mukjizat kepada rasul-rasul. 2. Jelaskan dalil-dalil ayat Al-Quran yang menunjukkan Al-Quran adalah kitab yang bermukjizat dari segi bahasa. 3. Banyak rencana dalam majalah di Malaysia yang mendedahkan perkara-perkara luar biasa yang berlaku di dalam masyarakat. Pada pandangan anda adakah pendedahan ini akan membantu kita mendalami perkara-perkara samiyyat khususnya mukjizat seperti yang terdapat di dalam Al-Quran.