SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 3:
PENGARUH MEDIA ELEKTRONIK TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK
PELAJAR

PROF MADYA DATO’ ABDUL LATIF B. HJ GAPOR

NURUL JAWAHIR BT JEMAIN
M20122001314
Pengenalan

Sejak akhir-akhir ini gejala sosial semakin menjadi-jadi dalam masyarakat kita pada hari ini
ekoran pengaruh barat yang semangkin berleluasa dalam masyarakat kita terutamanya golongan
remaja.Hal ini berlaku disebabkan oleh pengaruh media masa yang semakin berkembang. Pada
zaman yang penuh dengan kemajuan teknologi ini media masa merupakan aspek yang penting
dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara kerana ia dapat memberikan sumber
maklumat dan informasi terkini. Namun pengaruh media masa juga telah memberikan kesan
yang negatif terhadap kelakuan dan pemikiran masyarakat terutamanya golongan remaja melalui
kemasukan budaya barat yang semangkin menular ke negara kita.

Semua sedia maklum bahawa pengaruh media masa merupakan aspek yang penting terhadap
kemasukan budaya barat seperti seks bebas, homoseksual, black mental, dan sebagainya. Media
masa iaitu media cetak dan media elektronik amat memberi pengaruh yang besar terhadap
pembentukan akhlak masyarakat terutamanya golongan remaja. Media elektronik dan media
cetak seperti televisyen dan majalah-majalah telah memapakan atau menayangkan gambargambar dan filem-filem yang kurang senonoh dan tidak beretika seperti pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan, merokok, dan cara pemakaian atau fesyen yang tidak bersesuaian dengan
budaya timur. Hal ini bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan
kepada agama masyarakat setempat. Perkara ini secara tidak langsung akan mempengaruhi
tingkah laku dan pemikiran remaja.

Selain itu, pengaruh media masa melalui penggunaan internet secara berleluasa juga merupakan
faktor kemasukan pengaruh budaya barat. Media masa dan elektronik juga berjaya
mempengaruhi daripada peringkat kanak-kanak sehingga peringkat usia tua. Penggunaan internet
secara meluas dengan kadar bayaran yang rendah telah menggalakkan kemasukan budaya barat,
apatah lagi pada hari ini segala maklumat berada di hujung jari sahaja dan ia boleh didapati
dengan begitu cepat dan pantas. Keadaan ini secara tidak langsung telah memberi peluang
kepada pengguna-pengguna untuk melayari laman web yang tidak bermoral daripada filem-filem
barat dengan lebih mudah. Hal ini menyebabkan pengguna-pengguna terutamanya golongan
remaja mudah terpengaruh dengan tingkah laku dan cara pemikiran barat.
Salah satu kesan yang timbul akibat pengaruh media mssa terhadap kemasukan budaya barat
ialah keruntuhan dan kerosakan jati diri golongan remaja.Hal ini berlaku kerana golongan remaja
merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara. Kemasukan
budaya barat akan memberikan impak yang negatif terhadap kelakuan dan pemikiran golongan
remaja menyebabkan mereka terpesong jauh daripada budaya timur kerana ia bertentangan
dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat.
Kerosakan jati diri golongan remaja ini akan memberi kesan yang buruk terhadap pembangunan
negara kerana negara akan kehilangan pemimpin yang mempunyai keteguhan jati diri yang kuat
pada masa hadapan.

Selain itu, kesan yang akan timbul akibat daripada pengaruh media masa terhadap kemasukan
budaya barat ialah menyebabkan berlakunya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan.
Hal ini berlaku kerana mereka terpengaruh dengan media masa iaitu melalui pemaparan filemfilem yang tidak bermoral. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengundang berlakunya seks
bebas dalam kalangan remaja. Perkara ini terbukti bahawa pengaruh media mssa merupakan
faktor kemasukan budaya barat.

Pernyataan Masalah

Penyalahgunaan

media

elektronik

boleh

mengundang

berlakunya

pelbagai

kesan

terhadapmasyarakat terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada pelajar.Sudah menjadi
lumrah peringkat umur remaja mudah terikut dengan budaya yang melekakan. Tambahan lagi,
dengan kepelbagaian media elektronik seperti televisyen, alat perakam, video, radio/kaset,
„overhead projector‟ (OHP), slaid, komputer, dan sekarang ini dengan kewujudan telefon bimbit
yang dibekalkan kemudahan 3G secara tidak langsung memberi impak yang kuat kepada akhlak
pelajar.
Akibatnya, berlaku pengimportan budaya asing melalui rancangan-rancangan yang jelas
menunjukkan bahawa perancangan musuh adalah untuk merosakkan generasi muda agar leka
dan asyik dengan hiburan dan hidup dalam keseronokan yang sementara. Pendedahan kepada
hiburan yang keterlaluan menyebabkan golongan remaja banyak membuang masa tanpa
memikirkan hala tuju dan masa depan. Kesannya, wujud kegilaan yang keterlaluan dan
melampau sehingga terikutikut dengan pembawaan budaya Barat sebagai contohnya kemunculan
industri muzik moden seperti rock, reggae, dan rap.

Di samping itu juga, kerancakan perkembangan teknologi telekomunikasi danperkembangan
dalam industri serta organisasi media yang memperluaskan liputan di setiap pelusuk dunia tanpa
mempunyai

tapisan

dan

tiada

pemantauan

yang

sewajarnya

daripada

pihak

yang

bertanggungjawab memungkinkan remaja terdedah kepada pengaruh yang negatif.Hal ini kerana,
melalui penayangan program di kaca televisyen sebagai contohnya dilihat banyak mengandungi
unsur-unsur yang ditiru daripada budaya asing.

Justeru, polemik tentang isu-isu sosial remaja di negara ini sebenarnya hasil daripada pengaruh
industri media.Perkembangan industri media di Malaysia di lihat telah menunjukkan ke arah
memperagakan budaya popular seperti yang berlaku di negara barat khususnya Amerika
Syarikat.Oleh kerana itulah, penggunaan media perlulah di berikan pemantauan yang sepatutnya
bagi mengelakkan penayangan unsur-unsur yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak
pelajar.

Situasi permasalahan yang berlaku ini mendorong pengkaji untuk membuat kajian mengenai
“Pengaruh Media Elekronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar”. Ini kerana mereka
merupakan aset dan generasi yang bakal memimpin negara pada masa akan datang serta
masalah-masalah timbul di kalangan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya.
Objektif Kajian

Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut:

1. Untuk mengenal pasti permasalahan akhlak yang membabitkan pelajar.
2. Untuk melihat sejauh mana hubungan media elektronik dalam menyumbang kepada
keruntuhan akhlak.
3. Untuk mengenal pasti pengaruh media elektronik terhadap masalah akhlak di kalangan
pelajar.

Kepentingan Kajian

Pengkaji sangat berharap melalui kajian yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan olehseluruh umat
Islam. Antara kepentingan kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu :

1. Membolehkan pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Kesenian
dan Kebudayaan serta beberapa kementerian lain menetapkan spesifikasi rancangan yang akan di
tayangan melalui media elektronik agar bersesuaian terutama bagi golongan remaja.

2. Kajian ini membolehkan ibu bapa melakukan pemantauan rancangan yang hendak ditonton
oleh anak-anak mereka agar bersesuaian dan memberi manfaat kepada anak mereka.

3. Kajian ini juga diharap dapat menyedarkan masyarakat supaya tidak menyalahgunakan
penggunaan media elektronik.
Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif dan inferensi bagi melihat hubungan serta
pengaruh media elektronik dalam menyumbang kepada keruntuhan akhlak pelajar.Kajian
deskriptif merupakan kajian berbentuk tinjauan serta menggunakan kaedah soal selidik dalam
memperolehi data bagi melihat peratusan, min, dan kekerapan.

Kajian inferensi adalah bertujuan bagi melihat pengaruh (r2) dan hubungan (r) antara
pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas.Selain itu, penyelidik menggunakan regrasi
dan kolerasi bagi melihat hubungan dan pengaruh di antara (kandungan bahan-bahan yang
ditayangkan, penayangaan waktu siaran, pengawasan ibu bapa dan penampilan personaliti
televisyen) dengan masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar.

Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Melalui penggunaan soal selidik dapat
menjimatkan masa dan tenaga serta dapat mengurangkan kos perbelanjaan jika dibandingkan
dengan instrumen kajian yang lain. Setiap soalan soal selidik mengandungi arahan soalan-soalan
jenis tertutup untuk dijawab oleh responden yang terlibat dalam kajian ini. Semua maklumat
yang diperolehi akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan dan dianalisis secara
kuantitatif.

Perbincangan

Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan didapati bahawa permasalahan akhlak pelajar
dapat dilihat kecenderungan pelajar menghabiskan masa untuk berhibur dan kurang menjalankan
kerja-kerja yang berfaedah. Sebagai contohnya, pelajar lebih gemar menonton rancangan hiburan
realiti seperti “Akademi Fantasia” kerana bagi mereka ia bertujuan bagi mencungkil bakat
golongan remaja. Selain itu, pelajar lebih suka meluangkan masa menonton rancangan televisyen
serta melayari internet atau berchatting bagi mengurangkan tekanan kerja yang mereka hadapi.
Oleh itu, jelas di sini bahawa kebanyakan masa lapang pelajar diisi dengan menonton rancangan
yang disiarkan di televisyen daripada melakukan aktiviti pengisian rohani pelajar, mereka
kurangmelibatkan diri dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh masjid.Ini jelas menunjukkan
bahawa pengisian rohani dalam diri pelajar itu penting dalam membentuk sahsiah dan akhlak
yang baik dalam diri seseorang pelajar itu sendiri.

Kecenderungan pelajar ke arah menghabiskan masa dengan melakukan perkara-perkara yang
tidak berfaedah berbanding melakukan aktiviti yang mendatangkan kebaikan dan manfaat
kepada mereka. Pelajar sangat menyukai drama atau filem yang berunsurkan cinta dan komedi
kerana bagi mereka ia sangat menghiburkan hati. Jelas di sini bahawa kandungan bahan-bahan
yang disiarkan di dalam televisyen lebih menarik terutamanya golongan muda-mudi hari
ini.Berdasarkan analisis ini jelas menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang melibatkan
kandungan bahan-bahan yang ditayangkan dalam menyumbang kepada keruntuhan akhlak
pelajar walaupun nilai min keseluruhan tidak menunjukkan pada tahap yang tertinggi.

Pengaruh kedua ialah dari segi penayangan waktu siaran.Majoriti pelajar berpendapat bahawa
siaran larut malam seperti “Bola Sepak” boleh mengganggu waktu beribadat kepada Allah
seperti qiamullail. Begitu juga, penayangan waktu siaran televisyen selama 24 jam sehari boleh
menyebabkan masyarakat leka daripada beribadah kepada Allah. Pelajar mengatakan
kebanyakan rancangan yang menarik seperti rancangan karton yang disiarkan pada waktu
maghrib, secara tidak langsung ini akan mengganggu kanak-kanak daripada mempelajari AlQuran pada waktu tersebut.

Pengaruh ketiga ialah dari segi pemantauan ibu bapa.Pelajar mengatakan bahawa ibu bapa suka
mengikuti rancangan keagamaan dan berita sahaja.Ada juga pelajar mengatakan bahawa ibu
bapa mereka sentiasa memantau setiap rancangan televisyen yang di tonton oleh mereka.Selain
itu, pelajar juga mengatakan ibu bapa mereka sering mengajak mereka solat berjemaah di masjid
atau di rumah. Manakala, ada pelajar berpendapat bahawa ibu bapa mereka akan menegur
apabila mendapati mereka menonton televisyen, bermain komputer atau melayari internet jika
melebihi had yang sepatutnya. Berdasarkan peratusan ini jelas menunjukkan bahawa majoriti ibu
bapa pelajar sangat prihatin dan mengambil berat akan setiap rancangan yang ditonton oleh anak
mereka agar bersesuaian dengan peringkat umur mereka serta tidak merosakkan akhlak mereka.

Pengaruh keempat ialah dari segi penampilan personaliti televisyen. Hasil kajian mendapati
pelajar berminat dengan cara berpakaian yang disiarkan di dalam drama atau filem kerana bagi
mereka ia mencerminkan fesyen berpakaian masa kini. Ini kerana, terdapat artis wanita yang
menampilkan nilai-nilai moral yang baik seperti tidak mendedahkan aurat serta berpakaian sopan
di televisyen.Selain itu, kebanyakan personaliti televisyen terutamanya wanita mengenakan
pakaian yang tidak menyalahi agama antaranya mereka meminati penyanyi dan penghibur
Malaysia iaitu seperti Mawi dan Dato’Siti Nurhaliza di sebabkan mempunyai penampilan serta
personaliti diri yang baik.

Kesimpulan
Penggunaan media elektronik seperti televisyen, radio, telefon bimbit, komputer, dan internet
semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya terhadap golongan remaja yang terdiri
daripada para pelajar yang masih kurang kemampuan dalam menilai kebaikan atau keburukan
setiap maklumat yang diperolehi.Namun, kewujudan kepelbagaian media ini dilihat lebih banyak
mendatangkan pelbagai implikasi negatif berbanding positif kepada masyarakat terutamanya
golongan remaja.Dalam kajian ini, pengkaji telah menentukan objektif kajian bagi melihat
hubungan serta pengaruh media elektronik dalam menyumbang kepada keruntuhan
pelajar.Objektif ditentukan berdasarkan persoalan kajian yang telah diutarakan. Seterusnya, bab
ini akan menjadi panduan kepada pengkaji bagi menjalankan penyelidikan.

More Related Content

Viewers also liked

Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Payeh NorMan
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...Siti Fatimah Dzulkifli
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamAs Nuurien Najma
 
Forum Remaja 2013
Forum Remaja 2013Forum Remaja 2013
Forum Remaja 2013Blog
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidikCik BaCo
 
Format dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformatFormat dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformatJeya Kumar
 

Viewers also liked (8)

Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
 
Forum Remaja 2013
Forum Remaja 2013Forum Remaja 2013
Forum Remaja 2013
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Format dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformatFormat dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformat
 

Similar to Tinjauan

Pengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajar
Pengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajarPengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajar
Pengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajarnurinani akmal
 
Media sosial kepada remaja
Media sosial kepada remajaMedia sosial kepada remaja
Media sosial kepada remajaRunnur Hannah
 
ASSIGNMENT (2).docx
ASSIGNMENT (2).docxASSIGNMENT (2).docx
ASSIGNMENT (2).docxhazman udzir
 
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6ongheakin
 
Karangan bahasa melayu
Karangan bahasa melayuKarangan bahasa melayu
Karangan bahasa melayuUTM, MALAYSIA
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
Tugasan 3 kaedah tinjauan
Tugasan 3  kaedah tinjauanTugasan 3  kaedah tinjauan
Tugasan 3 kaedah tinjauanzarida ahmad
 
FORUM 2.docx
FORUM 2.docxFORUM 2.docx
FORUM 2.docxYATT8
 
Industri penyiaran
Industri penyiaranIndustri penyiaran
Industri penyiaranzee tahir
 
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...Ida Norini Mahamad Tajudin
 
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...Ida Norini Mahamad Tajudin
 
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...Ida Norini Mahamad Tajudin
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumHeather Strinden
 
Kajian hubunan etnik
Kajian hubunan etnikKajian hubunan etnik
Kajian hubunan etnikfaizah12
 

Similar to Tinjauan (20)

Pengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajar
Pengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajarPengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajar
Pengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajar
 
Media sosial kepada remaja
Media sosial kepada remajaMedia sosial kepada remaja
Media sosial kepada remaja
 
Dimbab
DimbabDimbab
Dimbab
 
Jtvee 06-2012-003
Jtvee 06-2012-003Jtvee 06-2012-003
Jtvee 06-2012-003
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
ASSIGNMENT (2).docx
ASSIGNMENT (2).docxASSIGNMENT (2).docx
ASSIGNMENT (2).docx
 
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
 
Tugasan 1 web
Tugasan 1 webTugasan 1 web
Tugasan 1 web
 
Karangan bahasa melayu
Karangan bahasa melayuKarangan bahasa melayu
Karangan bahasa melayu
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINASEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Tugasan 3 kaedah tinjauan
Tugasan 3  kaedah tinjauanTugasan 3  kaedah tinjauan
Tugasan 3 kaedah tinjauan
 
FORUM 2.docx
FORUM 2.docxFORUM 2.docx
FORUM 2.docx
 
Industri penyiaran
Industri penyiaranIndustri penyiaran
Industri penyiaran
 
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
 
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
 
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
 
Kajian hubunan etnik
Kajian hubunan etnikKajian hubunan etnik
Kajian hubunan etnik
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 

Tinjauan

  • 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3: PENGARUH MEDIA ELEKTRONIK TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK PELAJAR PROF MADYA DATO’ ABDUL LATIF B. HJ GAPOR NURUL JAWAHIR BT JEMAIN M20122001314
  • 2. Pengenalan Sejak akhir-akhir ini gejala sosial semakin menjadi-jadi dalam masyarakat kita pada hari ini ekoran pengaruh barat yang semangkin berleluasa dalam masyarakat kita terutamanya golongan remaja.Hal ini berlaku disebabkan oleh pengaruh media masa yang semakin berkembang. Pada zaman yang penuh dengan kemajuan teknologi ini media masa merupakan aspek yang penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara kerana ia dapat memberikan sumber maklumat dan informasi terkini. Namun pengaruh media masa juga telah memberikan kesan yang negatif terhadap kelakuan dan pemikiran masyarakat terutamanya golongan remaja melalui kemasukan budaya barat yang semangkin menular ke negara kita. Semua sedia maklum bahawa pengaruh media masa merupakan aspek yang penting terhadap kemasukan budaya barat seperti seks bebas, homoseksual, black mental, dan sebagainya. Media masa iaitu media cetak dan media elektronik amat memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan akhlak masyarakat terutamanya golongan remaja. Media elektronik dan media cetak seperti televisyen dan majalah-majalah telah memapakan atau menayangkan gambargambar dan filem-filem yang kurang senonoh dan tidak beretika seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, merokok, dan cara pemakaian atau fesyen yang tidak bersesuaian dengan budaya timur. Hal ini bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Perkara ini secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran remaja. Selain itu, pengaruh media masa melalui penggunaan internet secara berleluasa juga merupakan faktor kemasukan pengaruh budaya barat. Media masa dan elektronik juga berjaya mempengaruhi daripada peringkat kanak-kanak sehingga peringkat usia tua. Penggunaan internet secara meluas dengan kadar bayaran yang rendah telah menggalakkan kemasukan budaya barat, apatah lagi pada hari ini segala maklumat berada di hujung jari sahaja dan ia boleh didapati dengan begitu cepat dan pantas. Keadaan ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada pengguna-pengguna untuk melayari laman web yang tidak bermoral daripada filem-filem barat dengan lebih mudah. Hal ini menyebabkan pengguna-pengguna terutamanya golongan remaja mudah terpengaruh dengan tingkah laku dan cara pemikiran barat.
  • 3. Salah satu kesan yang timbul akibat pengaruh media mssa terhadap kemasukan budaya barat ialah keruntuhan dan kerosakan jati diri golongan remaja.Hal ini berlaku kerana golongan remaja merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara. Kemasukan budaya barat akan memberikan impak yang negatif terhadap kelakuan dan pemikiran golongan remaja menyebabkan mereka terpesong jauh daripada budaya timur kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Kerosakan jati diri golongan remaja ini akan memberi kesan yang buruk terhadap pembangunan negara kerana negara akan kehilangan pemimpin yang mempunyai keteguhan jati diri yang kuat pada masa hadapan. Selain itu, kesan yang akan timbul akibat daripada pengaruh media masa terhadap kemasukan budaya barat ialah menyebabkan berlakunya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Hal ini berlaku kerana mereka terpengaruh dengan media masa iaitu melalui pemaparan filemfilem yang tidak bermoral. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengundang berlakunya seks bebas dalam kalangan remaja. Perkara ini terbukti bahawa pengaruh media mssa merupakan faktor kemasukan budaya barat. Pernyataan Masalah Penyalahgunaan media elektronik boleh mengundang berlakunya pelbagai kesan terhadapmasyarakat terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada pelajar.Sudah menjadi lumrah peringkat umur remaja mudah terikut dengan budaya yang melekakan. Tambahan lagi, dengan kepelbagaian media elektronik seperti televisyen, alat perakam, video, radio/kaset, „overhead projector‟ (OHP), slaid, komputer, dan sekarang ini dengan kewujudan telefon bimbit yang dibekalkan kemudahan 3G secara tidak langsung memberi impak yang kuat kepada akhlak pelajar.
  • 4. Akibatnya, berlaku pengimportan budaya asing melalui rancangan-rancangan yang jelas menunjukkan bahawa perancangan musuh adalah untuk merosakkan generasi muda agar leka dan asyik dengan hiburan dan hidup dalam keseronokan yang sementara. Pendedahan kepada hiburan yang keterlaluan menyebabkan golongan remaja banyak membuang masa tanpa memikirkan hala tuju dan masa depan. Kesannya, wujud kegilaan yang keterlaluan dan melampau sehingga terikutikut dengan pembawaan budaya Barat sebagai contohnya kemunculan industri muzik moden seperti rock, reggae, dan rap. Di samping itu juga, kerancakan perkembangan teknologi telekomunikasi danperkembangan dalam industri serta organisasi media yang memperluaskan liputan di setiap pelusuk dunia tanpa mempunyai tapisan dan tiada pemantauan yang sewajarnya daripada pihak yang bertanggungjawab memungkinkan remaja terdedah kepada pengaruh yang negatif.Hal ini kerana, melalui penayangan program di kaca televisyen sebagai contohnya dilihat banyak mengandungi unsur-unsur yang ditiru daripada budaya asing. Justeru, polemik tentang isu-isu sosial remaja di negara ini sebenarnya hasil daripada pengaruh industri media.Perkembangan industri media di Malaysia di lihat telah menunjukkan ke arah memperagakan budaya popular seperti yang berlaku di negara barat khususnya Amerika Syarikat.Oleh kerana itulah, penggunaan media perlulah di berikan pemantauan yang sepatutnya bagi mengelakkan penayangan unsur-unsur yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak pelajar. Situasi permasalahan yang berlaku ini mendorong pengkaji untuk membuat kajian mengenai “Pengaruh Media Elekronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar”. Ini kerana mereka merupakan aset dan generasi yang bakal memimpin negara pada masa akan datang serta masalah-masalah timbul di kalangan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya.
  • 5. Objektif Kajian Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut: 1. Untuk mengenal pasti permasalahan akhlak yang membabitkan pelajar. 2. Untuk melihat sejauh mana hubungan media elektronik dalam menyumbang kepada keruntuhan akhlak. 3. Untuk mengenal pasti pengaruh media elektronik terhadap masalah akhlak di kalangan pelajar. Kepentingan Kajian Pengkaji sangat berharap melalui kajian yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan olehseluruh umat Islam. Antara kepentingan kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu : 1. Membolehkan pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Kesenian dan Kebudayaan serta beberapa kementerian lain menetapkan spesifikasi rancangan yang akan di tayangan melalui media elektronik agar bersesuaian terutama bagi golongan remaja. 2. Kajian ini membolehkan ibu bapa melakukan pemantauan rancangan yang hendak ditonton oleh anak-anak mereka agar bersesuaian dan memberi manfaat kepada anak mereka. 3. Kajian ini juga diharap dapat menyedarkan masyarakat supaya tidak menyalahgunakan penggunaan media elektronik.
  • 6. Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif dan inferensi bagi melihat hubungan serta pengaruh media elektronik dalam menyumbang kepada keruntuhan akhlak pelajar.Kajian deskriptif merupakan kajian berbentuk tinjauan serta menggunakan kaedah soal selidik dalam memperolehi data bagi melihat peratusan, min, dan kekerapan. Kajian inferensi adalah bertujuan bagi melihat pengaruh (r2) dan hubungan (r) antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas.Selain itu, penyelidik menggunakan regrasi dan kolerasi bagi melihat hubungan dan pengaruh di antara (kandungan bahan-bahan yang ditayangkan, penayangaan waktu siaran, pengawasan ibu bapa dan penampilan personaliti televisyen) dengan masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Melalui penggunaan soal selidik dapat menjimatkan masa dan tenaga serta dapat mengurangkan kos perbelanjaan jika dibandingkan dengan instrumen kajian yang lain. Setiap soalan soal selidik mengandungi arahan soalan-soalan jenis tertutup untuk dijawab oleh responden yang terlibat dalam kajian ini. Semua maklumat yang diperolehi akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan dan dianalisis secara kuantitatif. Perbincangan Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan didapati bahawa permasalahan akhlak pelajar dapat dilihat kecenderungan pelajar menghabiskan masa untuk berhibur dan kurang menjalankan kerja-kerja yang berfaedah. Sebagai contohnya, pelajar lebih gemar menonton rancangan hiburan realiti seperti “Akademi Fantasia” kerana bagi mereka ia bertujuan bagi mencungkil bakat golongan remaja. Selain itu, pelajar lebih suka meluangkan masa menonton rancangan televisyen serta melayari internet atau berchatting bagi mengurangkan tekanan kerja yang mereka hadapi.
  • 7. Oleh itu, jelas di sini bahawa kebanyakan masa lapang pelajar diisi dengan menonton rancangan yang disiarkan di televisyen daripada melakukan aktiviti pengisian rohani pelajar, mereka kurangmelibatkan diri dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh masjid.Ini jelas menunjukkan bahawa pengisian rohani dalam diri pelajar itu penting dalam membentuk sahsiah dan akhlak yang baik dalam diri seseorang pelajar itu sendiri. Kecenderungan pelajar ke arah menghabiskan masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah berbanding melakukan aktiviti yang mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada mereka. Pelajar sangat menyukai drama atau filem yang berunsurkan cinta dan komedi kerana bagi mereka ia sangat menghiburkan hati. Jelas di sini bahawa kandungan bahan-bahan yang disiarkan di dalam televisyen lebih menarik terutamanya golongan muda-mudi hari ini.Berdasarkan analisis ini jelas menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang melibatkan kandungan bahan-bahan yang ditayangkan dalam menyumbang kepada keruntuhan akhlak pelajar walaupun nilai min keseluruhan tidak menunjukkan pada tahap yang tertinggi. Pengaruh kedua ialah dari segi penayangan waktu siaran.Majoriti pelajar berpendapat bahawa siaran larut malam seperti “Bola Sepak” boleh mengganggu waktu beribadat kepada Allah seperti qiamullail. Begitu juga, penayangan waktu siaran televisyen selama 24 jam sehari boleh menyebabkan masyarakat leka daripada beribadah kepada Allah. Pelajar mengatakan kebanyakan rancangan yang menarik seperti rancangan karton yang disiarkan pada waktu maghrib, secara tidak langsung ini akan mengganggu kanak-kanak daripada mempelajari AlQuran pada waktu tersebut. Pengaruh ketiga ialah dari segi pemantauan ibu bapa.Pelajar mengatakan bahawa ibu bapa suka mengikuti rancangan keagamaan dan berita sahaja.Ada juga pelajar mengatakan bahawa ibu bapa mereka sentiasa memantau setiap rancangan televisyen yang di tonton oleh mereka.Selain itu, pelajar juga mengatakan ibu bapa mereka sering mengajak mereka solat berjemaah di masjid atau di rumah. Manakala, ada pelajar berpendapat bahawa ibu bapa mereka akan menegur apabila mendapati mereka menonton televisyen, bermain komputer atau melayari internet jika melebihi had yang sepatutnya. Berdasarkan peratusan ini jelas menunjukkan bahawa majoriti ibu
  • 8. bapa pelajar sangat prihatin dan mengambil berat akan setiap rancangan yang ditonton oleh anak mereka agar bersesuaian dengan peringkat umur mereka serta tidak merosakkan akhlak mereka. Pengaruh keempat ialah dari segi penampilan personaliti televisyen. Hasil kajian mendapati pelajar berminat dengan cara berpakaian yang disiarkan di dalam drama atau filem kerana bagi mereka ia mencerminkan fesyen berpakaian masa kini. Ini kerana, terdapat artis wanita yang menampilkan nilai-nilai moral yang baik seperti tidak mendedahkan aurat serta berpakaian sopan di televisyen.Selain itu, kebanyakan personaliti televisyen terutamanya wanita mengenakan pakaian yang tidak menyalahi agama antaranya mereka meminati penyanyi dan penghibur Malaysia iaitu seperti Mawi dan Dato’Siti Nurhaliza di sebabkan mempunyai penampilan serta personaliti diri yang baik. Kesimpulan Penggunaan media elektronik seperti televisyen, radio, telefon bimbit, komputer, dan internet semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya terhadap golongan remaja yang terdiri daripada para pelajar yang masih kurang kemampuan dalam menilai kebaikan atau keburukan setiap maklumat yang diperolehi.Namun, kewujudan kepelbagaian media ini dilihat lebih banyak mendatangkan pelbagai implikasi negatif berbanding positif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.Dalam kajian ini, pengkaji telah menentukan objektif kajian bagi melihat hubungan serta pengaruh media elektronik dalam menyumbang kepada keruntuhan pelajar.Objektif ditentukan berdasarkan persoalan kajian yang telah diutarakan. Seterusnya, bab ini akan menjadi panduan kepada pengkaji bagi menjalankan penyelidikan.