SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Pembelajaran Teknologi Dan Web

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
(KPT 6044)

TUGASAN 3 : Kajian Tinjauan
PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH RENDAH

Disediakan Oleh :
ZARIDA BT AHMAD
No Matrik : M20121000799
Tel : 012 - 2544656

Pensyarah :
PM DATO’ DR ABD LATIF HJ GAPOR

1
Pembelajaran Teknologi Dan Web

KPT 6044

PENGENALAN
Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas
menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi
maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa
perubahan yang besar dalam hidup kita yang sedang membangun.
Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara
meluas. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada sebuah komputer, kini Internet juga
mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan
Internet tanpa wayar (Wireless).
Berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) (dalam Irfan
Khairi 2010), jumlah pengguna Internet di Malaysia tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang. Di
Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan
catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan Salian, 2010).
Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia
adalah hampir 357%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia
bertambah dengan kadar yang amat pantas. Ini menunjukkan kesedaran yang tinggi oleh
penduduk di Malaysia tentang kepentingan penggunaan internet.

LATAR BELAKANG MASALAH
Kemudahan Internet yang banyak dan mudah didapati di mana sahaja merupakan
faktor para pelajar cenderung untuk menggunakan Internet dengan kerap. Blog yang
banyak terdapat dalam Internet, memudahkan remaja mendapatkan maklumat dan bahan
ilmiah. Malahan juga terdapat sebahagian pelajar sekolah yang merupakan blogger. Justeru,
dengan adanya blog, pelajar akan lebih kerap mengakses Internet untuk mengemaskini blog
mereka.

2
Pembelajaran Teknologi Dan Web

KPT 6044

Namun hal demikian, seiring dengan perkembangan era globalisasi ini, penggunaan
Internet yang terlalu kerap mampu mengubah corak dan gaya hidup seseorang termasuk
golongan pelajar sekolah. Menggunakan Internet dalam tempoh masa yang lama seperti
berjam-jam, mengundang pengguna Internet merasa ketagih untuk melayari. Pengguna Internet
akan merasa seronok, leka dan lalai dalam dunianya sendiri apabila duduk berjam-jam di
hadapan komputer.
Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin
Ahmad Zahari, (Berita Harian ,2010) berkata penggunaan komputer atau internet tanpa batasan
bukan saja boleh memudaratkan aspek psikologi kanak-kanak, malah mengganggu kesihatan
fizikal. Menurut beliau lagi, pendedahan mata terlalu lama pada skrin komputer serta
penggunaan kerusi tidak betul ketika melayari internet juga boleh memudaratkan kesihatan
fizikal kanak-kanak yang masih dalam proses tumbesaran.
Menurut laporan kajian penggunaan komputer oleh keluarga di Malaysia 2010 yang
dijalankan syarikat keselamatan internet antarabangsa, Norton mendapati kanak-kanak di negara
ini menghabiskan masa 64 jam setiap bulan melayari internet (Berita Harian, 2010). Manakala
menurut suratkhabar Kosmo (Julai 2010) menyatakan “Remaja Melayu Paling Ramai Rosak”.
Akhbar itu menjelaskan bahawa, gejala golongan remaja melayari laman web lucah sudah
menjadi barah.
Justeru itu, kajian ini penting dilaksanakan bagi mengenalpasti daripada peringkat awal
lagi tujuan sebenar pelajar sekolah rendah melayari internet. Kajian ini dapat membantu
mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar melayari internet agar pihak-pihak
tertentu dapat mengambil langkah-langkah awal membendung gejala negatif yang mungkin
mempengaruhi pelajar.

3
Pembelajaran Teknologi Dan Web

KPT 6044

OBJEKTIF KAJIAN
Mengetahui tahap penggunaan Internet dalam kalangan pelajar sekolah rendah .

SKOP DAN BATASAN KAJIAN
i.

Skop
Kajian ini melibatkan pelajar tahap dua di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.

ii.

Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan pelajar tahap dua dari SK Datok Keramat 1 Kuala
Lumpur di mana hanya dua pelajar dipilih sebagai responden memandangkan kajian
ini berbentuk kualitatif

KEPENTINGAN KAJIAN
i.

Pelajar mengetahui kepentingan penggunaan Internet dalam
pembelajaran.

ii.

Guru dapat mengaplikasikan penggunaan Internet dalam proses P&P.

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian merupakan aspek penting dalam menjalankan sesuatu kajian.
Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan reka bentuk kualitatif. Pendekatan
kualitatif merupakan kaedah pengkajian pendidikan yang sesuai untuk mengkaji hal-hal yang
berkaitan dengan pendidik dan isu-isu pendidikan yang melibatkan proses kerana ia
membantu melihat dan menyiasat sesuatu masalah secara mendalam (Suseela Malakolunthu,
2001).
.

4
Pembelajaran Teknologi Dan Web

KPT 6044

DAPATAN KAJIAN
Temu bual merupakan sumber dapatan utama dalam kajian ini. Bahagian seterusnya
akan memaparkan dapatan yang telah dianalisis dan di interpretasi melalui temu bual yang
dijalankan terhadap dua orang responden.
i.

Perkhimatan Internet Yang Digunakan
Daripada maklumat yang diperolehi oleh kedua-dua responden mendapati bahawa

mereka mempunyai kemudahan mengakses internet di rumah dengan menggunakan
perkhimatan internet Streamyx. Kedua-dua responden didapati mengakses internet di rumah
masing-masing.
A:

Ya. Rumah saya ada internet stremyx. Biasanya saya guna internet
kat rumah saja. Kadang-kadang je pergi cyber café.

B:

ii.

Ya ada, saya pakai stremyx. Tapi baru je pasang kat rumah.

J a n g k am as a P e n g g u n a a n I n t e r n e t
Jangkamasa penggunaan internet di kalangan pelajar ini dapat digambarkan melalui

temubual yang dijalankan oleh pengkaji.
A:

Saya guna internet biasanya satu hingga dua jam sehari. Itu pun tak de
le tiap-tiap hari. Kadang-kadang je kalu ada homework cikgu bagi.

B:

Biasanya saya menggunakan internet lebih daripada dua jam sehari. Biasanya
malam.

Berdasarkan temubual, responden A akan hanya menggunakan internet antara satu hingga
dua jam sehari. Namun begitu ianya tidak terlalu kerap. Responden A didapati cenderung
menggunakan internet untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Manakala
responden B pula cenderung menggunakan internet dalam jangkamasa yang lebih lama . Ini
menggambarkan bahawa jangkamasa penggunaan internet di kalangan pelajar sekolah rendah
adalah tidak menentu.

5
Pembelajaran Teknologi Dan Web

iii.

KPT 6044

Tahap Kemahiran Penggunaan Internet Pelajar

Dalam kajian ini, pengkaji mengukur tahap kemahiran penggunaan Internet pelajar melalui
kebolehan pelajar untuk mencari maklumat dalam masa yang singkat. Ini boleh dilakukan
sekiranya para pelajar mahir menggunakan kata kunci atau keyword mengenai perkara yang
ingin dicari. Pengkaji mengangap bahawa masa ialah pemboleh ubah yang bersandar dengan
kemahiran menggunakan kata kunci semasa proses pencarian maklumat.
A:

Tak ada limit masa, kadang-kadang sampai berjam-jam.

B:

Selalunya cepat asalkan tahu bagaimana nak cari maklumat.keyword yang
digunakan betul, saya rasa cepat... Saya rasa saya mahir mencari maklumat...
Tak saya tak ada masalah dan cepat dapat apa yang saya nak.

Didapati bahawa responden B yang mempunyai pengetahuan dalam bidang berkaitan
dengan Internet lebih mahir mencari maklumat, berbanding dengan responden A. Ini kerana
dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan dan faktor kekerapan menggunakan internet untuk
mencari maklumat. Ini disokong pula oleh pandangan responden B bahawa beliau mempunyai
kemahiran mencari maklumat yang baik berdasarkan masa yang digunakan yang singkat serta
dapat mencari maklumat yang diinginkan.

iv.

Pengetahuan ICT
Pengetahuan tentang ICT dalam pendidikan adalah sejajar dengan usaha kerajaan

untuk meningkatkan pengetahuan ICT dalam kalangan pelajar. Usaha ini penting kerana ia
bukan saja meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tetapi membantu kerajaan menjana
modal insan kelas pertama sebagai persiapan menjadi negara maju menjelang 2020. Oleh itu,
setiap pelajar dididik dan diberi pengetahuan agar mereka celik ICT bukan sahaja untuk
proses pembelajaran malah untuk segala aspek kehidupan.
A:

Cikgu ada ajar sikit kemudian s a y a b e l a j a r s e n d i r i . Lepas tu saya
banyak explore sendiri.

Oleh yang demikian, pengetahuan ICT dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan
tambahan yang diperlukan bagi meningkatkan proses pembelajaran secara berkesan.

6
Pembelajaran Teknologi Dan Web

v.

KPT 6044

Pengaplikasian Kemahiran ICT
Pengaplikasian kemahiran ICT boleh diukur melalui kebolehan responden untuk

menggunakan kemahiran serta pengetahuan

ICT untuk melakukan atau membanggunkan

sesuatu. Ini boleh diukur melalui sikap dan perasaan responden melalui sumbangan atau pun
latihan yang diberikan.
A:

Saya ada buat facebook sendiri . Lepas tu buat group dengan kawan-kawan....
So senang la untuk rakan-rakan kelas nak upload maklumat kat group dan
semua orang boleh access. Klu ada homework, kita orang bincang kat group.

B:

Masa saya belajar saya kat sekolah takde ajar. Saya belajar sendiri buat
facebook sendiri…Tapi baru mula..tak berapa pandai lagi. Banyak main
games je.

Daripada penyataan diatas didapati bahawa responden mempunyai kemahiran dan
pengetahuan mengenai perkara yang dilakukan. Terdapat perbezaan diantara responden A dan
B dari sudut kepentingan untuk mengaplikasikan kemahiran ICT sama ada atas sebab-sebab
untuk kegunaan umum dan memudahkan urusan seperti responden A mahupun atas sebabsebab pembelajaran.
vi.

Tujuan Penggunaan Internet
Data berkenaan tujuan penggunaan internet di kalangan pelajar sekolah rendah ini dapat

diketahui melalui temubual yang dijalankan terhadap responden.
A:

Saya biasanya guna internet kalau ada kerja sekolah yang cikgu bagi..Kalau
tidak guna kadang-kadang aje.

B:

Biasanya saya guna internet untuk main games atau tengok youtube…Kalau
untuk buat homework jarang cikgu bagi..

Daripada penyataan diatas didapati bahawa responden mempunyai pelbagai tujuan
mengenai perkara yang dilakukan. Terdapat perbezaan diantara responden A dan B dari sudut
kepentingan untuk menggunakan internet samada dari segi untuk tujuan hiburan mahupun
pembelajaran.

7
Pembelajaran Teknologi Dan Web

KPT 6044

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
i.

Perbincangan
Daripada data yang dianalisis, didapati bahawa sikap pelajar terhadap penggunaan

Internet boleh dinilai dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Dari aspek kognitif
pengunaan Internet ini banyak menyumbang kepada meningkatkan pengetahuan mereka.
Ini

secara

tidak langsung telah menyebabkan kebanyakkan pelajar menjadikan Internet

sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat yang cepat, tepat dan lengkap selain disokong
oleh sumber-sumber maklumat yang lain.

ii.

Kesimpulan
Kajian ini bertujuan untuk melihat sikap pelajar terhadap Internet dari aspek kognitif,

afektif dan juga psikomotor. Sikap pelajar secara keseluruhan terhadap penggunaan
Internet adalah baik. Penggunaan Internet tidak hanya terhad kepada penggunaannya dalam
p&p, tetapi juga dalam segala aspek kehidupan.
Sebagai pelajar generasi alaf baru, kemahiran ini perlulah dikuasai oleh para pelajar
diperingkat awal lagi selain kemahuan untuk mempelajari sendiri. Ini kerana pendidikan
mengalami perubahan setara dengan kemajuan teknologi masakini.

CADANGAN
Daripada tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan, beberapa cadangan dapat
diberikan bagi memperluaskan lagi skop kajian. Antara cadangan yang boleh dilaksanakan
ialah:
i.

kajian dijalankan dalam bentuk kuantitatif di mana jumlah responden dapat
ditambah dan maklumbalas daripada kajian dapat diperolehi dalam pelbagai
bentuk.

ii.

kajian dijalankan terhadap pelajar tahap dua daripada semua peringkat umur.

8
PENUTUP
Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar-pelajar Tahap dua Sekolah
Kebangsaan Datok Keramat 1 telah menggunakan perkhidmatan dan kemudahan
internet

dan multimedia dengan sebaik mungkin. Ini menunjukkan bahawa mereka

mengikuti semua perkembangan teknologi serta menggunakannya bagi membantu proses
P&P.

RUJUKAN
Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur: McGraw Hill. 9 - 11, 114
- 202.
Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur: McGraw Hill. 9 Computer Education. Edisi pertama. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia.
76- 83.
Fakhrul Anuar Aziz. (2002). “Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan
WWW untuk Pendidikan.” Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pendidikan: Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pendidikan Pemangkin Kebestarian Pendidikan. Kuching,
Sarawak: 18 - 19 September 2002.
Nik Aziz Nik Pa. (1997). “Konsepsi tentang Realiti dan Prospek Pendidikan di Abad ke21.” Petaling Jaya, Selangor: Prentice Hall. 122 - 13

9
PENUTUP
Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar-pelajar Tahap dua Sekolah
Kebangsaan Datok Keramat 1 telah menggunakan perkhidmatan dan kemudahan
internet

dan multimedia dengan sebaik mungkin. Ini menunjukkan bahawa mereka

mengikuti semua perkembangan teknologi serta menggunakannya bagi membantu proses
P&P.

RUJUKAN
Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur: McGraw Hill. 9 - 11, 114
- 202.
Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur: McGraw Hill. 9 Computer Education. Edisi pertama. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia.
76- 83.
Fakhrul Anuar Aziz. (2002). “Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan
WWW untuk Pendidikan.” Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pendidikan: Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pendidikan Pemangkin Kebestarian Pendidikan. Kuching,
Sarawak: 18 - 19 September 2002.
Nik Aziz Nik Pa. (1997). “Konsepsi tentang Realiti dan Prospek Pendidikan di Abad ke21.” Petaling Jaya, Selangor: Prentice Hall. 122 - 13

9

More Related Content

What's hot

Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6ongheakin
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarZieya Ash
 
P 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1ed
P 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1edP 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1ed
P 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1edRynnie Serojai
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalSandhrigah Krishnan
 
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa MelayuNur Syafika
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalhelidzia
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranZaidi Othman
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamsharifahmunirah1002
 
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun SuanUlasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun SuanMun Suan
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...Syarifah Sakinah
 
KPT 6044 Tugasan 1
KPT 6044 Tugasan 1KPT 6044 Tugasan 1
KPT 6044 Tugasan 1nuurad
 

What's hot (20)

Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
 
P 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1ed
P 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1edP 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1ed
P 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1ed
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
 
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
 
Usaha memajukan ict
Usaha memajukan ictUsaha memajukan ict
Usaha memajukan ict
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
 
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun SuanUlasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
Tugasan 4 kpt6044
Tugasan 4 kpt6044Tugasan 4 kpt6044
Tugasan 4 kpt6044
 
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
 
KPT 6044 Tugasan 1
KPT 6044 Tugasan 1KPT 6044 Tugasan 1
KPT 6044 Tugasan 1
 

Similar to Tugasan 3 kaedah tinjauan

Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...shah_idah86
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningcombi07
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 
Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Wana Irwana
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
 PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasiSchaRizz Al-Jamalullail
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnalyati65
 
HPGD3203 OPENER
HPGD3203 OPENERHPGD3203 OPENER
HPGD3203 OPENERhudanadia
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 

Similar to Tugasan 3 kaedah tinjauan (20)

Tugasan 3
Tugasan 3 Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
 
PUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docxPUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docx
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
 PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
HPGD3203 OPENER
HPGD3203 OPENERHPGD3203 OPENER
HPGD3203 OPENER
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Huraian jurnal pbw6044
Huraian jurnal pbw6044Huraian jurnal pbw6044
Huraian jurnal pbw6044
 

More from zarida ahmad

More from zarida ahmad (7)

Tugasan 2 ( penerangan blog)
Tugasan 2 ( penerangan blog)Tugasan 2 ( penerangan blog)
Tugasan 2 ( penerangan blog)
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Latihan
LatihanLatihan
Latihan
 
Latihan
LatihanLatihan
Latihan
 
Latihan
LatihanLatihan
Latihan
 
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
 
Bernafas(zarida)
Bernafas(zarida)Bernafas(zarida)
Bernafas(zarida)
 

Tugasan 3 kaedah tinjauan

  • 1. Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (KPT 6044) TUGASAN 3 : Kajian Tinjauan PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH Disediakan Oleh : ZARIDA BT AHMAD No Matrik : M20121000799 Tel : 012 - 2544656 Pensyarah : PM DATO’ DR ABD LATIF HJ GAPOR 1
  • 2. Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044 PENGENALAN Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa perubahan yang besar dalam hidup kita yang sedang membangun. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless). Berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) (dalam Irfan Khairi 2010), jumlah pengguna Internet di Malaysia tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan Salian, 2010). Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 357%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas. Ini menunjukkan kesedaran yang tinggi oleh penduduk di Malaysia tentang kepentingan penggunaan internet. LATAR BELAKANG MASALAH Kemudahan Internet yang banyak dan mudah didapati di mana sahaja merupakan faktor para pelajar cenderung untuk menggunakan Internet dengan kerap. Blog yang banyak terdapat dalam Internet, memudahkan remaja mendapatkan maklumat dan bahan ilmiah. Malahan juga terdapat sebahagian pelajar sekolah yang merupakan blogger. Justeru, dengan adanya blog, pelajar akan lebih kerap mengakses Internet untuk mengemaskini blog mereka. 2
  • 3. Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044 Namun hal demikian, seiring dengan perkembangan era globalisasi ini, penggunaan Internet yang terlalu kerap mampu mengubah corak dan gaya hidup seseorang termasuk golongan pelajar sekolah. Menggunakan Internet dalam tempoh masa yang lama seperti berjam-jam, mengundang pengguna Internet merasa ketagih untuk melayari. Pengguna Internet akan merasa seronok, leka dan lalai dalam dunianya sendiri apabila duduk berjam-jam di hadapan komputer. Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, (Berita Harian ,2010) berkata penggunaan komputer atau internet tanpa batasan bukan saja boleh memudaratkan aspek psikologi kanak-kanak, malah mengganggu kesihatan fizikal. Menurut beliau lagi, pendedahan mata terlalu lama pada skrin komputer serta penggunaan kerusi tidak betul ketika melayari internet juga boleh memudaratkan kesihatan fizikal kanak-kanak yang masih dalam proses tumbesaran. Menurut laporan kajian penggunaan komputer oleh keluarga di Malaysia 2010 yang dijalankan syarikat keselamatan internet antarabangsa, Norton mendapati kanak-kanak di negara ini menghabiskan masa 64 jam setiap bulan melayari internet (Berita Harian, 2010). Manakala menurut suratkhabar Kosmo (Julai 2010) menyatakan “Remaja Melayu Paling Ramai Rosak”. Akhbar itu menjelaskan bahawa, gejala golongan remaja melayari laman web lucah sudah menjadi barah. Justeru itu, kajian ini penting dilaksanakan bagi mengenalpasti daripada peringkat awal lagi tujuan sebenar pelajar sekolah rendah melayari internet. Kajian ini dapat membantu mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar melayari internet agar pihak-pihak tertentu dapat mengambil langkah-langkah awal membendung gejala negatif yang mungkin mempengaruhi pelajar. 3
  • 4. Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044 OBJEKTIF KAJIAN Mengetahui tahap penggunaan Internet dalam kalangan pelajar sekolah rendah . SKOP DAN BATASAN KAJIAN i. Skop Kajian ini melibatkan pelajar tahap dua di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. ii. Batasan Kajian Kajian ini hanya melibatkan pelajar tahap dua dari SK Datok Keramat 1 Kuala Lumpur di mana hanya dua pelajar dipilih sebagai responden memandangkan kajian ini berbentuk kualitatif KEPENTINGAN KAJIAN i. Pelajar mengetahui kepentingan penggunaan Internet dalam pembelajaran. ii. Guru dapat mengaplikasikan penggunaan Internet dalam proses P&P. METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian merupakan aspek penting dalam menjalankan sesuatu kajian. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan reka bentuk kualitatif. Pendekatan kualitatif merupakan kaedah pengkajian pendidikan yang sesuai untuk mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan pendidik dan isu-isu pendidikan yang melibatkan proses kerana ia membantu melihat dan menyiasat sesuatu masalah secara mendalam (Suseela Malakolunthu, 2001). . 4
  • 5. Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044 DAPATAN KAJIAN Temu bual merupakan sumber dapatan utama dalam kajian ini. Bahagian seterusnya akan memaparkan dapatan yang telah dianalisis dan di interpretasi melalui temu bual yang dijalankan terhadap dua orang responden. i. Perkhimatan Internet Yang Digunakan Daripada maklumat yang diperolehi oleh kedua-dua responden mendapati bahawa mereka mempunyai kemudahan mengakses internet di rumah dengan menggunakan perkhimatan internet Streamyx. Kedua-dua responden didapati mengakses internet di rumah masing-masing. A: Ya. Rumah saya ada internet stremyx. Biasanya saya guna internet kat rumah saja. Kadang-kadang je pergi cyber café. B: ii. Ya ada, saya pakai stremyx. Tapi baru je pasang kat rumah. J a n g k am as a P e n g g u n a a n I n t e r n e t Jangkamasa penggunaan internet di kalangan pelajar ini dapat digambarkan melalui temubual yang dijalankan oleh pengkaji. A: Saya guna internet biasanya satu hingga dua jam sehari. Itu pun tak de le tiap-tiap hari. Kadang-kadang je kalu ada homework cikgu bagi. B: Biasanya saya menggunakan internet lebih daripada dua jam sehari. Biasanya malam. Berdasarkan temubual, responden A akan hanya menggunakan internet antara satu hingga dua jam sehari. Namun begitu ianya tidak terlalu kerap. Responden A didapati cenderung menggunakan internet untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Manakala responden B pula cenderung menggunakan internet dalam jangkamasa yang lebih lama . Ini menggambarkan bahawa jangkamasa penggunaan internet di kalangan pelajar sekolah rendah adalah tidak menentu. 5
  • 6. Pembelajaran Teknologi Dan Web iii. KPT 6044 Tahap Kemahiran Penggunaan Internet Pelajar Dalam kajian ini, pengkaji mengukur tahap kemahiran penggunaan Internet pelajar melalui kebolehan pelajar untuk mencari maklumat dalam masa yang singkat. Ini boleh dilakukan sekiranya para pelajar mahir menggunakan kata kunci atau keyword mengenai perkara yang ingin dicari. Pengkaji mengangap bahawa masa ialah pemboleh ubah yang bersandar dengan kemahiran menggunakan kata kunci semasa proses pencarian maklumat. A: Tak ada limit masa, kadang-kadang sampai berjam-jam. B: Selalunya cepat asalkan tahu bagaimana nak cari maklumat.keyword yang digunakan betul, saya rasa cepat... Saya rasa saya mahir mencari maklumat... Tak saya tak ada masalah dan cepat dapat apa yang saya nak. Didapati bahawa responden B yang mempunyai pengetahuan dalam bidang berkaitan dengan Internet lebih mahir mencari maklumat, berbanding dengan responden A. Ini kerana dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan dan faktor kekerapan menggunakan internet untuk mencari maklumat. Ini disokong pula oleh pandangan responden B bahawa beliau mempunyai kemahiran mencari maklumat yang baik berdasarkan masa yang digunakan yang singkat serta dapat mencari maklumat yang diinginkan. iv. Pengetahuan ICT Pengetahuan tentang ICT dalam pendidikan adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan ICT dalam kalangan pelajar. Usaha ini penting kerana ia bukan saja meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tetapi membantu kerajaan menjana modal insan kelas pertama sebagai persiapan menjadi negara maju menjelang 2020. Oleh itu, setiap pelajar dididik dan diberi pengetahuan agar mereka celik ICT bukan sahaja untuk proses pembelajaran malah untuk segala aspek kehidupan. A: Cikgu ada ajar sikit kemudian s a y a b e l a j a r s e n d i r i . Lepas tu saya banyak explore sendiri. Oleh yang demikian, pengetahuan ICT dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan tambahan yang diperlukan bagi meningkatkan proses pembelajaran secara berkesan. 6
  • 7. Pembelajaran Teknologi Dan Web v. KPT 6044 Pengaplikasian Kemahiran ICT Pengaplikasian kemahiran ICT boleh diukur melalui kebolehan responden untuk menggunakan kemahiran serta pengetahuan ICT untuk melakukan atau membanggunkan sesuatu. Ini boleh diukur melalui sikap dan perasaan responden melalui sumbangan atau pun latihan yang diberikan. A: Saya ada buat facebook sendiri . Lepas tu buat group dengan kawan-kawan.... So senang la untuk rakan-rakan kelas nak upload maklumat kat group dan semua orang boleh access. Klu ada homework, kita orang bincang kat group. B: Masa saya belajar saya kat sekolah takde ajar. Saya belajar sendiri buat facebook sendiri…Tapi baru mula..tak berapa pandai lagi. Banyak main games je. Daripada penyataan diatas didapati bahawa responden mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai perkara yang dilakukan. Terdapat perbezaan diantara responden A dan B dari sudut kepentingan untuk mengaplikasikan kemahiran ICT sama ada atas sebab-sebab untuk kegunaan umum dan memudahkan urusan seperti responden A mahupun atas sebabsebab pembelajaran. vi. Tujuan Penggunaan Internet Data berkenaan tujuan penggunaan internet di kalangan pelajar sekolah rendah ini dapat diketahui melalui temubual yang dijalankan terhadap responden. A: Saya biasanya guna internet kalau ada kerja sekolah yang cikgu bagi..Kalau tidak guna kadang-kadang aje. B: Biasanya saya guna internet untuk main games atau tengok youtube…Kalau untuk buat homework jarang cikgu bagi.. Daripada penyataan diatas didapati bahawa responden mempunyai pelbagai tujuan mengenai perkara yang dilakukan. Terdapat perbezaan diantara responden A dan B dari sudut kepentingan untuk menggunakan internet samada dari segi untuk tujuan hiburan mahupun pembelajaran. 7
  • 8. Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN i. Perbincangan Daripada data yang dianalisis, didapati bahawa sikap pelajar terhadap penggunaan Internet boleh dinilai dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Dari aspek kognitif pengunaan Internet ini banyak menyumbang kepada meningkatkan pengetahuan mereka. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan kebanyakkan pelajar menjadikan Internet sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat yang cepat, tepat dan lengkap selain disokong oleh sumber-sumber maklumat yang lain. ii. Kesimpulan Kajian ini bertujuan untuk melihat sikap pelajar terhadap Internet dari aspek kognitif, afektif dan juga psikomotor. Sikap pelajar secara keseluruhan terhadap penggunaan Internet adalah baik. Penggunaan Internet tidak hanya terhad kepada penggunaannya dalam p&p, tetapi juga dalam segala aspek kehidupan. Sebagai pelajar generasi alaf baru, kemahiran ini perlulah dikuasai oleh para pelajar diperingkat awal lagi selain kemahuan untuk mempelajari sendiri. Ini kerana pendidikan mengalami perubahan setara dengan kemajuan teknologi masakini. CADANGAN Daripada tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan, beberapa cadangan dapat diberikan bagi memperluaskan lagi skop kajian. Antara cadangan yang boleh dilaksanakan ialah: i. kajian dijalankan dalam bentuk kuantitatif di mana jumlah responden dapat ditambah dan maklumbalas daripada kajian dapat diperolehi dalam pelbagai bentuk. ii. kajian dijalankan terhadap pelajar tahap dua daripada semua peringkat umur. 8
  • 9. PENUTUP Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar-pelajar Tahap dua Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1 telah menggunakan perkhidmatan dan kemudahan internet dan multimedia dengan sebaik mungkin. Ini menunjukkan bahawa mereka mengikuti semua perkembangan teknologi serta menggunakannya bagi membantu proses P&P. RUJUKAN Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur: McGraw Hill. 9 - 11, 114 - 202. Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur: McGraw Hill. 9 Computer Education. Edisi pertama. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia. 76- 83. Fakhrul Anuar Aziz. (2002). “Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan WWW untuk Pendidikan.” Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan Pemangkin Kebestarian Pendidikan. Kuching, Sarawak: 18 - 19 September 2002. Nik Aziz Nik Pa. (1997). “Konsepsi tentang Realiti dan Prospek Pendidikan di Abad ke21.” Petaling Jaya, Selangor: Prentice Hall. 122 - 13 9
  • 10. PENUTUP Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar-pelajar Tahap dua Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1 telah menggunakan perkhidmatan dan kemudahan internet dan multimedia dengan sebaik mungkin. Ini menunjukkan bahawa mereka mengikuti semua perkembangan teknologi serta menggunakannya bagi membantu proses P&P. RUJUKAN Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur: McGraw Hill. 9 - 11, 114 - 202. Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur: McGraw Hill. 9 Computer Education. Edisi pertama. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia. 76- 83. Fakhrul Anuar Aziz. (2002). “Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan WWW untuk Pendidikan.” Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan Pemangkin Kebestarian Pendidikan. Kuching, Sarawak: 18 - 19 September 2002. Nik Aziz Nik Pa. (1997). “Konsepsi tentang Realiti dan Prospek Pendidikan di Abad ke21.” Petaling Jaya, Selangor: Prentice Hall. 122 - 13 9