SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
COPYRIGHT @ UiTM
IMPAK MEDIA KEATAS REMAJA:
SATU ANALISIS PROGRAM MAKLUMAT HIBURAN
01 MEDIA MASSA
Untuk
IRPA
Biro Penyelidikan dan Perundingan
Institut Teknologi Mara
Shah Alam
1998
COPYRIGHT @ UiTM
AHLI-AHLI PENYELIDIK
Abdullah @ Kassim Mohamad - KETUA
Mokhtar Muhammad .
Darussalam Abu Bakar
Mohd Shah Ashaari
Ali Dina
Haliza Hasan
COPYRIGHT @ UiTM
Kandungan Muka Surat
Abstrak
1.0 Pengenalan dan Objektif 1 - 1
1.1 Latarbelakang 1 - 1
1.2 Remaja dan Media Massa 1 - 1
1.3 Objektif Kajian 1 - 3
1.4 Penemuan dan Faedah yang Dijangka 1 - 3
2.0 Kajian Litratur 2 - 1
2.1 Media Massa 2 - 1
2.2 Kesan Media Massa 2-2
2.3 Akhbar Sebagai Sumber Maklumat 2-9
2.4 Majalah Sebagai Sumber Maklumat 2 - 10
2.5 Buku Sebagai Sumber Maklumat 2 - 11
2.6 Televisyen Sebagai Sumber Maklumat 2 - 12
2.7 Radio Sebagai Sumber Maklumat 2 - 14
2.8 Filem Sebagai Sumber Maklumat 2 - 16
2.9 Pengertian atau Definisi Remaja 2 - 17
2.10 Peringkat Umur Remaja 2 - 20
2.11 Psikologi Remaja 2 - 22
2.12 Aspek-aspek Sub-Culture Remaja 2 - 25
3.0 Metodologi 3 - 1
3.1 Rasional Pemilihan Kaedah 3 - 1
3.2 Rasional Pemilihan Kawasan Kajian 3 - 1
3.3 Skop Kajian 3-2
3.4 Kaedah Pensampelan dan Saiz Sampel 3-2
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 3-2
3.6 Kaedah Analisis 3-3
4.0 Penemuan dan Analisis Kajian 4 - 1
4.1 Penemuan Bagi Penggunaan Media Elektronik 4 - 1
4.11 Media Televisyen 4 - 1
4.12 Media Radio 4-5
4.2 Penemuan Bagi Penggunaan Media Cetak 4 - 11
4.21 Media Akhbar 4 - 11
4.22 Media Majalah 4 - 16
4.23 Media Majalah Humor/Komik 4 - 22
4.3 Analisis Program Mengikut Faktor Demografi 4 - 25
4.31 Media Televisyen 4 - 25
4.32 Media Radio 4 - 31
COPYRIGHT @ UiTM
4.33 Media Akhbar
4.34 Media Majalah
4.4 Analisis Pernyataan Impak Mengikut Faktor Demografi
4.41 Media Televisyen
4.42 Media Radio
4.43 Media Akhbar
4.44 Media Majalah
4.45 Media Majalah Humor / Komik
4.5 Pilihan Media Mengikut Pernyataan Impak dan Faktor Demografi
4.6 Respons Kepada Pernyataan Tentang Elemen dalam Program atau
Ruangan hiburan di Televisyen, Majalah Hiburan dan Majalah Humor
4.7 Faktor-faktor Penggunaan Media atau Video Game
4.8
4.71 Media: Buku Cerita
4.72 Media: Akhbar
4.73 Media: Komik
4.74 Media: Majalah
4.75 Media: Wayang
4.76 Media: Video
4.77 Media: Televisyen
4.78 Pilihan Media Mengikut Jenis Cerita
4.79 Sumber Kewangan
Profil Responden Mengikut Program / Ruangan Hiburan Hingga
Tamat Siaran / Ruangan
4.81 Taburan Responden Mengikut Media dan Faktor Demografi
4.82 Profil Responden Yang Menonton Program Hiburan TV
Hingga Tamat Siaran
4.83 Profil Responden Yang Mengikuti Program Hiburan Radio
Hingga Tamat
4.84 Profil Responden Yang Mengikuti Ruangan Hiburan di
Akhbar Hingga Tamat
4.85 Profil Responden Yang Mengikuti Ruangan Hiburan di
Majalah Hingga Tamat
4.9 Kenyataan Hidup Bersama Keluarga
4.10 Faktor Demografi Responden
5.0 Analisis Impak
6.0 Kesimpulan dan Cadangan
6.1 Kesimpulan
6.2 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang
Bibliografi
4 - 37
4 - 43
4 -49
4 - 49
4 - 58
4 - 67
4 -75
4 - 83
4 - 91
4 - 94
4 - 99
4 - 100
4 - 100
4 - 101
4 - 102
4 - 103
4 - 103
4 - 104
4 - 105
4 - 106
4 - 107
4 - 110
4 - 112
4 - 114
4 - 117
4 - 120
4 - 122
5 - 1
6 - 1
6 - 1
6-2
COPYRIGHT @ UiTM
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk melihat sarna ada programlrancangan hiburan di media
elektronik yang boleh memberi impak terhadap remaja. Bahan sebaran berbentuk hiburan di
media cetak juga dilihat sarna ada boleh memberi impak terhadap remaja. Dan kajian ini juga
bertujuan melihat perkaitan faktor program/rancangan hiburan siaran di media elektronik dan
bahan sebaran bentuk hiburan di mediat cetak dengan perlakuan remaja. Selain itu, kajian ini
juga bertujuan melihat kecenderungan remaja mengguna media sebagai sumber maklumat,
untuk status sosial - role model dalam aktiviti harian. Hasilnya, kajian ini telah menunjukkan
bahawa programlrancangan hiburan di media elektronik telah memberi impak ke atas remaja.
Bahan sebaran berbentuk hiburan di media cetak seperti majalah dan akhbar kurang memberi
impak ke atas remaja. Secara perbandingan, impak program/rancangan hiburan di televisyen
lebih tinggi daripada programlrancangan hiburan di radio. Lebih dari separuh responden
mengatakan bahawa programlrancangan hiburan televisyen boleh membina agenda baru
dalam hubungan sosial, dapat mengekalkan identiti sebagai remaja moden dan boleh
membina keyakinan diri yang lebih matang. Bagi menjalankan kajian ini, suatu tinjauan .survei
telah digunakan. Kajian ini meliputi semua golongan remaja Malaysia berumur dari 13 hingga
25 tahun dari seluruh Malaysia termasuk di Sabah Sarawak yang terdiri dari berbagai kaum
dan bangsa. Kaedah pensampelan kuota telah digunakan untuk mendapatkan responden.
COPYRIGHT @ UiTM
1.0 PENGENALAN DAN OBJEKTIF
1.1 Latarbelakang
Dewasa ini impak media terhadap audien khususnya remaja adalah satu fenomena sukar
ditolak oleh masyarakat. Golongan remaja telah menggunakan media massa sebagai sumber
maklumat yang boleh mencorak identiti mereka. Manakala media pula berusaha
meningkatkan daya kreativiti bagi menarik golongan remaja menggunakannya sebagai wadah
inspirasi.
1.2 Remaja dan Media Massa
Remaja di Malaysia yang juga sebagai pengguna media massa tidak terlepas dari impak
media terhadap diri mereka terutama terhadap kognitif, efektik dan tingkahlaku. Sebenamya,
banyak hasil penyelidikan tentang Imak Media. Antaranya Walter Lippman yang mendakwa
bahawa media massa berperanan dalam membentuk persepsi individu mengenai keadaan
sebenar terhadap sesuatu situasi, perbualan, pembaca dan pendengar akan menganggap
apa yang dibaca, dilihat dan didengar melalui media massa adalah keadaan sebenar yang
terjadi. Badura (1985) pula menyatakan kanak-kanak dan remaja terikut-ikut dengan aksi dan
gelagat yang mereka tonton di dalam filem-filem yang bercorak agresif. Hiebert dan Reuss
(1985) mendakwa bahawa satu ujikaji yang dibuat oleh Institut-Kesihatan Mental Kebangsaan
di Maryland mendapati pelajar sekolah yang kerap bekelahi di sekolah adalah dari kalangan
mereka yang menonton program ganas. Dari pendapat di atas, dapat dibuat satu gambaran
bahawa impak media terhadap audien berkait-rapat dengan bahan yang mereka baca, tonton
dan sebagainya. Baran, Mcintyre dan Meyer (1984) menyifatkan pengaruh media terhadap
audien sarna sepeti pengaruh seorang ibu ke atas anaknya. Ini bermakna media seperti
model kepada penonton. Selanjutknya, beliau menyatakan impak media ke atas sesorang itu
boleh dilihat dalam empat kategori:
1 - 1
COPYRIGHT @ UiTM
1. Pengaruh jangkamasa.
2. Pengaruh ke atas masyarakat atau individu.
3. Pengaruh ke atas pemikiran.
4. Pengaruh ke atas aspek khusus (ekonomi, pembelajaran dll).
Noritah (1993) misalnya ada merujuk kepada kenyataan Prof. Madya Dr. Hashim Yahya yang
mendakwa pengaruh media cetak dan elektronik yang berleluasa menyiarkan filem-filem dan
gambar-gambar lucah telah mempengaruhi golongan remaja untuk melakukan sesuatu yang
tidak bermoral.
Mohd. Kamal (1993), berkata media massa ialah saluran pendidikan tidak formal masyarakat.
Oi Malaysia malangnya, saluran ini telah menyalurkan budaya 'permissike' daripada barat.
Kesannya, muda-mudi di negara ini menjadi pendukung kepada gaya hidup berpesta-ria
dengan melampaui batas agama dan moral. Beliau seterusnya berkata, unsur-unsur lucah
ganas dan filem, video, televisyen, novel dan majalah menjadi model pembentukan budaya
moden yang liberal dan permissike di kalangan remaja. Lain-lain tokoh yang mempunyai
kesamaan pendapat dengan beliau ialah seperti Zaini (1992) dan Dr. Nik Omar (1993).
Hamismo (1991) memperkatakan tentang pengaruh televisyen ke atas golongan remaja
melalui penyebaran maklumat-maklumat yang tidak beretika melalui program-program
siarannya. Beliau berkata unsur-unsur keganasan dan seks"daripada media import banyak
disiarkan. Adegan-adegan seperti bercium, berpeluk. berpegang tangan, wanita berpakaian
menjolok mata seperti rancangan filem "Bay Watch" banyak disiarkan oleh media elektronik
kita. Filem-filem wayang gambar dan video pula memaparkan adegan-adegan yang lebih
dahsyat lagi.
Samsudin (1994) menyatakan terdapat faktor tarikan dan tolakan yang mempengaruhi sikap
melepak para remaja. Faktor tarikan ialah hiburan yang disediakan, suasana nyaman dan
1 - 2
COPYRIGHT @ UiTM
berprestij. Faktor tolakan pula ialah secara rumah yang tidak selesa, bising, sempit dan tidak
menghiburkan.
Justeru, kajian ini dirasakan sangat penting dan bermanfaat terutama dalam merangkan satu
dasar yang dapat mengawal kandungan media yang dianggap sangat berpengaruh itu.
1.3 Objektif Kajian
Objektif umum penyelidikan ini ialah untuk menganalisis impak bahan informasi yang disebar
oleh media terhadap golongan remaja.
Manakala objektif khusus pula dapat dilihat dari beberapa aspek antaranya:
i. Untuk mengenalpasti program/rancangan hiburan di media elektronik yang boleh memberi
impak terhadap remaja.
ii. Untuk mengenalpasti bahan sebaran berbentuk hiburan di media cetak yang boleh
memberi impak terhadap remaja.
iii. Untuk melihat perkaitan faktor program/rancngan hiburan siaran di media elektronik
dengan perlakuan remaja.
iv. Untuk melihat perkaitan faktor bahan sebaran bentuk hiburan di media cetak dengan
perlakuan remaja.
v. Untuk melihat kecenderungan remaja mengguna media sEtbagai sumber maklumat, untuk
status sosial - role model dalam aktiviti harian.
1.4 Penemuan Dan Faedah Yang Dijangka
Kajian ini dijangka dapat menghasilkan beberapa penemuan dan yang boleh memberi
gambaran semula tentang Impak Media terhadap remaja.
I - 3
COPYRIGHT @ UiTM
i. Dengan penemuan kajian ini akan membantu pihak berkuasa meneliti program/rancangan
siaran dengan Jebih bermakna kepada pembinaan minda remaja.
ii. Penemuan kajian ini dapat membuka jalan kepada pihak berkuasa mempelbagaikan
aktiviti sosial remaja yang menyeluruh bagi mengimbangi pendedahan remaja terhadap
media massa.
iii. Penemuan kajian ini dapat meningkatkan daya kawalan gejala sosiaJ yang berpunca dari
media massa.
I - 4
COPYRIGHT @ UiTM
2.0 KAJIAN LlTRATUR
2.1 Media Massa
..
Secara am Media Massa boleh dilihat sebagai alat atau sumber maklumat seperti televisyen,
radio, surat khabar, majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat (berita dan
sebagainya) kepada orang ramai dengan kadar yang cepat dalam masa yang singkat. la
dikenali juga sebagai sebaran am.
Mansor, Ramli dan Shawaludin (1984) pula mengatakan bahawa media massa termasuklah
akhbar, majalah, radio, televisyen, tilem, pita rakaman, piring hitam, buku dan sebagainya.
Media massa memberi penyebaran maklumat yang sama dengan meluas kepada penerima-
penerima yang ramai dan berselerak di merata-rata tempat. Mereka menambah bahawa
media massa yang juga dipanggil sebaran am itu berupaya menyalurkan mesej dari jarak jauh
dengan kadar yang pantas.
Norizan (1993) pula mendefinisikan 'media' sebagai satu makanisme yang menghantar
~
maklumat kepada pengguna. Kadar kepantasan sesuatu maklumat itu bergantung rapat
kepada jenis media yang digunakan. Televisyen dan radio boleh menghantar maklumat
dengan kadar serta merta manakala akhbar dan majalah mengambil masa antara lapan (8)
hingga dua belas (12) jam. Lokasi juga katanya memberi kesan kepada kepantasan
maklumat. Penduduk bandar di mana akhbar diterbitkan mendapat maklumat lebih pantas
jika dibandingkan dengan pembaca di luar bandar. 'Massa' pula bererti orang atau kumpulan
orang ramai. Dalam kontek sebaran am, ia boleh ditatsirkan sebagai penonton, pembaca
atau pendengar. Dengan menggabungkan dua definisi di atas, media massa katanya ialah
satu makanisma yang menghantar maklumat kepada masyarakat.
2 - 1
COPYRIGHT @ UiTM
Adzman (1993) mengatakan bahawa media diertikan sebagai alat komunikasi yang digunakan
untuk menyalurkan sesuatu maklumat daripada sumber kepada penerimanya. Oleh yang'
demikian itu, beliau mengganggap bahawa segala alat dalam berbagai bentuk dan yang
fungsi asasnya adalah untuk menyalurkan maklumat dianggap sebagai media.
Warner dan james (1979) pula menyifatkan media sebagai makanisma yang digunakan untuk
menyiarkan mesej. Makanisma tersebut katanya boleh berupa mesin pencetak akhbar,
sebuah menara pemancar radio dan penerima yang dibina untuk menerima isyarat, Projekter
gambar bergerak, sistem kabel televisyen dan sebagainya. Mereka seterusnya menambah
bahawa media massa adalah istilah majmuk yang merujuk kepada beberapa atau
kadangkalanya semua bentuk komunikasi seperti surat khabar, televisyen, radio, majalah dan
sebagainya. Dele (1992) merangkumkan bahawa media massa meliputi filem, tape dan juga
sistem rekoding.
Fox (1982), Fedler (1978) nampaknya bersependapat bahawa media massa diistilahkan
sebagai peralatan komunikasi yang manyalurkan maklumat yang luas dan tidak terhad.
Bagaimanapun Mazlan (1993) menyifatkan media massa sebagai jambatan yang
menghubungkan di antara kerajaan dengan rakyatnya. Dutton (1986) pula mengatakan
bahawa media merujuk kepada institusi yang melaksanakan komunikasi yang terdiri daripada
pelbagai jenis seperti surat khabar. Burton (1980) pula suka merujuk kepada saluran
'medium' sebagai media massa di mana ianya dibezakan olehjenis-jenis medium.
2.2 Kesan Media Massa
Sesungguhnya telah banyak diperkatakan tentang kesan atau pengaruh media massa ke atas
masyarakat sebagai penonton kepada komunikasi massa. Media massa boleh samada
membawa kesan baik atau buruk kepada penonton. Kesan ini pula boleh datang dalam
jangkamasa pendek secara segera atau dalam jangkamasa panjang, iaitu secara perlahan-
2 - 2
COPYRIGHT @ UiTM
lahan. Banyak kajian-kajian telah dija1smkan untuk mengetahui sejauhmana media massa
mampu untuk mengubah idea, sikap dan pelakuan seseorang individu tersebut. The Bullet
Theory, The Hypodermic Needle Model dan Stimulus - Response Model adalah antara kajian-
kajian awal yang telah dijalankan bagi maksud untuk melihat sejauh mana media massa
memberi kesan terhadap audiennya. Walter Lippman misalnya ada mengatakan bahawa
media massa berperanan dalam membentuk persepsi individu mengenai keadaan sebenar
terhadap sesuatu situasi. Pembaca, penonton dan pendengar akan menggangap apa yang
dibaca, dilihat dan didengar melalui media massa adalah keadaan sebenar yang terjadi. Apa
yang dilaporkan oleh pihak media massa akan mempengaruhi apa yang akan diketahui dan
dipelajari oleh mereka yang menggunakan media massa tersebut sebagai sumber maklumat.
Bandura (1985) melaporkan bahawa kanak-kanak yang berumur tiga tahun hingga enam
tahun terikut-ikut dengan aksi dan gelagat yang ada dalam filem-filem yang ditonton. Ini dapat
dilihat apabila kanak-kanak tersebut menonton filem-filem yang bercorak agresif dan apabila
alat-alat mainannya di ambil, mereka akan bertindak dengan sifat yang agresif sebagaimana
bentuk keagresifan yang wujud dalam adegan-adegan filem agresif yang ditonton itu.
Hiebert dan Reuss (1985) melaporkan beberapa kenyataan oleh penyelidik kesan media
massa terhadap masyarakat. Mengikut mereka, satu eksperimen yang dibuat di Maryland
oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan mendapati bahawa perkelahian yang serius di
sekolah adalah lebih kerap berlaku di kalangan pelajar-pelajar: sekolah tinggi yang menonton
program ganas di televisyen. Dalam perkembangan lain, penyelidik Kanada, R.S. Walters
dan E.L. Lewelyn Thomas mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi yang menonton
filem-filem agresif adalah lebih cenderung untuk membuat 'electric shocks' kepada pelajar-
pelajar lain yang membuat kesilapan dalam peperiksaan berbanding dengan pelajar-pelajar
yang tidak menonton adegan ganas.
2 - 3
COPYRIGHT @ UiTM
Bradley Greenberg dan Joseph Dominick pula mendapati bahawa pendedahan mengenai
keganasan dan hiburan yang tinggi di televisyen mengakibatkan penonton cuba
mempraktikkannya di luar. Hal ini diperkuatkan oleh marshall McLuhan yang mengatakan
bahawa keganasan adalah salah satu daripada manifestasi identiti. Apabila seseorang
kehilangan identitinya, dia menjadi ganas dalam proses mencari identitinya.
Mengikut Dorothy dan Jerome Singer daripada Universiti Yale, mereka merumuskan hasil
daripada siri 'temuduga' mereka dapati bahawa kanak-kanak yang banyak menonton
televisyen adalah lebih cenderung untuk bertindak dengan lebih agresif dalam keluarganya.
Mereka menyimpul bahawa wujud korelasi di antara tingkah laku agresif dengan tontonan
program-program yang beroriantasikan aksi-aksi (action-oriented-shows).
Leonard Berkowitz daripada Universiti Wisconsin, daripada dua eksperimen yang
dilakukannya mendapati bahawa pelajar-pelajar gred tiga adalah lebih banyak menonton siri-
siri keganasan dan mereka pula lebih cenderung untuk dikatagorikan sebagai berkelakuan
agresif yang melampau oleh pelajar lain. Pada umur 19 tahun, kebanyakan daripada mereka
masih disifatkan sebagai berperangai aggresif o(eh rakan-rakan sebaya mereka. Bahkan
mengikut Berkowitz, bilangan penonton televisyen pada umur 9 tahun adalah satu alat
pengukur untuk menentukan tingkahlaku dewasa nanti.
Baharom (1993) memetik siaran di akhbar utusan Malaysia, ~eluaran 18 Mac 1993 sebagai
melaporkan, satu kajian menunjukkan bahawa sekiranya seseorang itu menonton "televisyen
secara purata empat (4) jam sehari sejak daripada dia berumur 5 tahu,!, sehingga dia
berumur lapan belas (18 tahun), dia telah menyaksikan lebih daripada setengah juta
keganasan, lima puluh ribu pergaduhan, tiga puluh ribu pembunuhan, seratus ribu bentuk
perpecahan rumah tangga dan seratus ribu kekejaman terutamanya kekejaman yang
dilakukan terhadap wanita.
2 - 4
COPYRIGHT @ UiTM
Fox (1982) ada mengatakan bahawa 9i united Kingdom, stesen kegemaran remaja ialah
British Broadcasting (BBC Radio 1). manakala program yang digemari pula ialah 'Top of The
Pop', penerbit komik yang meniru semua atau sebahagian sahaja muzik pop, pelakon-pelakon
dan peristiwa yang disiarkan oleh rangkaian dan program pi/ihan remaja itu menjadi majalah
yang paling laris jualannya.
Baran, Mcintyre dan Meyer (1984) sependapat bahawa memang wujud pengaruh media
massa terhadap penontonnya. Mereka menyifatkan pengaruh media terhadap audiennya
sama seperti pengaruh seorang ibu ke atas anak-anaknya. Ini menunjukkan satu pengaruh
yang amat kuat kerana dengan memberi penyamaan sedemikian, ianya menampakkan
betapa media massa itu seperti model kepada penonton atau audiennya. Mereka
kemudiannya melanjutkan penjelasan mengenai pengaruh ini dan membahagikannya kepada
empat bahagian iaitu:- Pertama: Pengaruh jangkamasa samada jangkamasa pendek atau
panjang (Short term or long term influence). Kedua, pengaruh ke atas masyarakat atau hanya
kepada individu (Institutional/society or group/individual). Ketiga, Pengaruh ke atas pemikiran
atau sikap atau tingkahlaku (cognitive, attitudinal of behaviour). Keempat, Pengaruh ke atas
bidang-bidang yang khusus seperti anti sosial atau prososial, ekonomi, maklumat, pelajaran
dan pendidikan atau hiburan.
Bunyamin (1993) mengatakan bahawa pengaruh media cetak dan elektronik terhadap
runtuhnya benteng akhlak remaja di Malaysia tidak dapat dir;.afikan lagi. Katanya, benteng
akhlak remaja runtuh oleh arus fikiran dan perlakuan bebas remaja Barat kesan dari
penyebaran oleh media cetak dan media elektronik. Mengikut beliau lagi, tahun 1993 ini
beratus-ratus orang remaja diberkas kerana terbabit dalam perilaku sumbang seperti bercium,
berzina, bersekedudukan dan berkhalwat. Beliau menambah, generasi sekarang
menggangap perbuatan berpegangan tangan dan bercium dianggap biasa sesudah akhlak
mereka berjaya dihakis oleh media barat.
2 - 5
COPYRIGHT @ UiTM
Rejab (1993) mengulas dengan panjang.lebar mengenai peranan yang dimainkan oleh media
massa di Malaysia dan kesannya ke atas pembentukan peribadi remaja. Mengikut beliau,
media massa di Malaysia terlalu mementingkan soal untung rugi sahaja tanpa memikirkan
soal tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat. Hal ini berlaku di dalam dua sektor
media samada media cetak atau media elektronik.
Media cetak katanya lebih menumpukan kepada penyiaran berita-berita yang beroriantasikan
hiburan daripada lain-lain oriantasi. Majalah-majalah yang digemari oleh kaum remaja seperti
'Gila-Gila', URTV, Media Hiburan, Majalah Remaja, Majalah RTM dan sebagainya lagi bagi
menyiarkan berita-berita dan gosip mengenai artis samada artis tempatan atau luar negara.
Ini menyebabkan golongan remaja hanya mengambil golongan artis sebagai model mereka.
Beliau seterusnya mengatakan bahawa tidak hairanlah jika dalam setiap bilik tidur remaja di
Malaysia, sekurang-kurangnya terpampang satu gambar artis.
Mengenai akhbar-akhbar pula, Rejab berkata sikap akhbar yang lebih menonjolkan
penampilan artis telah mempengaruhi remaja. Mengikut beliau, akhbar-akhbar biasanya akan
menyiarkan pose-pose di kalangan artis yang menarik dan seksi. Oi samping itu, pada hari
minggu, bukan sahaja ianya disiarkan dalam pose-pose yang seksi dan cantik, tetapi juga
ruangan untuk artis dan dunia hiburan dibuat dalam skop warna warni (colour page).
Lim (1993) ada mengatakan bahawa tilem amat besar pel19aruhnya dalam menyalurkan
tahaman atau ideologi tertentu kepada masyarakat. Filem boleh membantu pihak kerajaan
dalam menyampaikan hasrat dengan lebih berkesan. Oleh itu nyata/ah bahawa filem adalah
ruang kesenian yang halus dan berpengaruh. Beliau menyifatkan tHem sebagai duta kecil
negara di luar negeri.
Berhubung dengan pengaruh media massa terhadap masyarakat ini, Hiebert dan Reuss
mengupas tiga unsur negatif iaitu pengaruh jenayah, keganasan dan seks (sensasi).
2 - 6
COPYRIGHT @ UiTM
mengikut mereka, professor di Universiti Rutgers, Drew Humphries percaya bahawa laporan
berita memberi gambaran (distorted picture) tentang tingkah laku yang salah (i/egal) dalam
masyarakat. Berita-berita mengenai keganasan telah dengan sengajanya diperbesar-
besarkan.
Seterusnya Hiebert dan Reuss memetik kenyataan John Kochevar, seorang penyelidik
komunikasi di Boston yang dipetik sebagai berkata, organisasi media hanya pandai
menyalurkan berita-berita jenayah tetapi tidak disertai dengan fakta-fakta mengenai
bagaimana situasi kewujudannya, bagaimana ianya boleh dicegah dan bagaimana ianya
membahayakan dalam situasi realiti.
Daripada kenyataan E.B. White pada tahun 1938, hiebert dan Reuss menjelaskan bahawa,
E.B. White ada mengatakan bahawa setelah wujudnya televisyen, dunia seterusnya akan
berhadapan dengan dua pilihan samada masyarakat manusia akan jatuh atau bagun kesan
daripada penyiaran oleh televisyen. Kenyataan tersebut seakan disokong oleh National
Comimission on The Causes and Prevention of Violence. Di mana suruhanjaya ini
berpendapat bahawa televisyen menjadi gantian yang paling utama kepada pengalaman
kehidupan sebenar.
Saltzman 91982) mengatakan bahawa seks selalu digunakan oleh media massa di Amerika
Syarikat. Majalah dan akhbar kerap memasukkan unsur-1Jnsur seks dan sensasi bagi
meningkatkan edaran dan menambah pembacanya. Beliau memberi contoh, bila majalah
"TIME" meletakkan gambar separuh bogel Cheryl Tiegs di muka hadapan (cover page)
majalah tersebut, keluaran tersebut mendapat peningkatan dalam permintaan sebanyak
sekali ganda. Unsur seks dan sensasi menjadi begitu digemari seterusnya, dan hal ini dapat
dilihat pada jualan ke atas majalah-majalah seperti Harper's, Atlantic, New Yorker, Playboy,
Penthouse dan Hustler.
2 - 7
COPYRIGHT @ UiTM
Televisyen pula mula memasukkan un~ur-unsur seks bermula pada tahun 1972 bilamana
ABC mula menerbitkan rancangan 'That Certain Summer'. Pada tahun 1974 pula drama
televisyen pertama berjudul 'A Case of Rape'. Beberapa tahun kemudian seperti 'Born
Innocent', dan pada awal tahun 1980an pula seperti 'Something About Amelia' dan All My
Children'. Saltzman menyifatkan seks dan keganasan tanpa tanggungjawab adalah sebagai
masalah utama media massa khususnya televisyen dan wayang gambar.
Traub (1981-1982) juga melahirkan kebimbangan dan kekesalannya mengenai seks dan
keganasan. Beliau berkata dengan bertambahnya kabel televisyen, gambar lucah di tiub
televisyen berleJuasa pada tahun 1980an. lanya teJah dikritik dengan hebatnya di mana
televisyen telah mengeksploitasi babak seksuaJ secara haJus kepada penonton remaja.
Adzman (1993) memetik kenyataan George Comstock mengenai pengaruh media massa ini.
George Comstock mengatakan bahawa kehadiran televisyen di dalam rumah rakyat Amerika
Syarikat telah banyak membawa perubahan kepada cara hidup kebanyakkan keluarga di
negara itu dan cara-cara bagaimana anak-anak mereka dipelihara. la termasuklah perubahan
dari segi cara berinteraksi yang baru, perubahan terhadap aktiviti-aktiviti harian yang lazim
dilakukan dengan cara bersosial yang baru.
Adzman seterusnya merujuk pula kepada kenyataan Bernard Berelson dan Morris Janowitz,
mengikut kedua tokoh ini, kesan media adalah banyak dan belbagai-bagai. Antaranya ialah
kesan jangka pendek dan jangka panjang, kesan segera atau perlahan, kesan lemah ataupun
kuat dan merangkumi aspek-aspek sarna ada psikologi, politik, ekonomi atau sosiologi.
Klapper (1962) seorang tokoh yang agak liberal dalam melihat peranan media massa
terhadap masyarakat juga tidak menafikan tentang wujudnya pengaruh media terhadap
masyarakat atau individu. Walaupun beliau menafikan bahawa tidak wujud pengaruh oleh
media massa ke atas audiennya jika media massa secara bersendirian tanpa disokong oleh
2 - 8
COPYRIGHT @ UiTM
faktor lain. Bagaimanapun beliau tetap menganggap bahawa media mempunyai bahagiannya
sendiri (share) dengan faktor-faktor lain dalam mempengaruhi penonton komunikasi massa.
2.3 Akhba~ Sebagai Sumber MakJumat
Akhbar ialah satu daripada saluran maklumat bagi orang ramai mencari makJumat yang
diperlukan. Young (1987) berkata. penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Chicago
mendapati bahawa ramai penduduk menggunakan akhbar berkala (periodical newspapers)
sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat tentang rekreasi. Beliau seterusnya
menjelaskan bahawa Burgoynek Index Incoperation telah menemuduga 27,000 pekedai di
tiga puluh tempat yang berasingan di kawasan bandar dan bandar-bandar kecil (sub-urban)
dan mendapati iklan menggaJakkan kekerapan membeli-beJah di kalangan pengguna. Ini
bererti iklan dalam akhbar menjadi sumber maklumat bagi pengguna. Perihal yang sarna
ditemui oleh Udell (1966) daJam kejiannya mengenai sumber maklumat di kalangan
pengguna.
Mengikut, Fox (1981). walaupun televisyen menjadi begitu popular di katangan penonton
tetapi keistimewaan akhbar sebagai sumber maklumat tetap utuh. Beliau berkata, akhbar
mempunyai pilihan maklumat yang besar iaitu daripada sekecil maklumat mengenai harga
secawan kopi kepada berita-berita besar seperti politik, ekonomi dan antarabangsa.
Oi Malaysia, kajian yang dibuat oleh Grenfell (1979) mengenai media massa mendapati
bahawa 40 peratus daripada penduduk dewasa adalah pembaca akhbar harian, 48 peratus
adalah pembaca akhbar Mingguan dan 30 peratus adalah pembaca jurnal. Hal ini
diperkuatkan oleh kenyataan Mansor. Ramli dan Shawaluddin (1984) yang mengatakan
akhbar dibaca oleh berjuta-juta orang rakyat Malaysia.
2 - 9
COPYRIGHT @ UiTM
Dalam perkembangan yang lain, Hynds (1980) seorang profesor dalam jurusan
Kewartawanan berkata bahawa akhbar adalah penyedia maklumat dan audiennya ialah
pengguna maklumat (information consumer). Seterusnya beliau mencadangkan agar
organisasi penerbitan akhbar diistilahkan sebagai "Industri Pengumpul Maklumat'.
2.4 Majalah Sebagai Sumber Maklumat
Faules (1978) mengatakan bahawa majalah memainkan peranan yang penting daJam
penyebaran maklumat kepada orang ramaL Beliau memberi contoh mengenai penjualan
kereta jenis Sedan oleh syarikat Ford. Syarikat Ford telah mengiklankan kereta model
Sedannya dalam majalah pada tahun 1975 sebagai memberitahu peminat kereta bahawa
jenis baru berada di pasaran. Hasilnya jualan kereta Ford jenis Sedan itu melambung. Udell
(1966) pula dalam kajiannya mengenai tingkahlaku pembeli mendapati bahawa pengguna
telah menggunakan majalah sebagai bahan rujukan samada untuk mendapatkan maklumat
mengenai fesyen atau harga.
Bittner (1986) ada mengatakan bahawa majalah menjadi saluran yang dominan bagi muda-
mudi (teenager) untuk mendapat maklumat. Selain daripada itu, majalah juga katanya
menjadi sumber maklumat kepada audien yang berumur antara lapan belas tahun hingga lima
puluh tahun. Pembaca-pembaca yang berkelulusan tinggi dalam akademik juga lebih
menyukai majalah berbanding dengan televisyen.
Gamble (1986) pula berkata bahawa orang ramai bergantung kepada majalah untuk
mendapatkan maklumat dan gambaran mengenai perang dunia kedua. Mengikut Persatuan
Pengeluar-Pengeluar Majalah di Amerika Syarikat, purata edaran untuk majalah yang populat
telah meningkat kepada 1.4 peratus dalam. enam bulan pertama pada tahun 1982. Dalam
masa yang sama, jumlah edaran majalah meningkat daripada 63 peratus kepada 65 peratus
2 - 10
COPYRIGHT @ UiTM
da/am edaran juta. Edaran untuk seratus majalah popular telah meningkat dengan pesat
sekali.
Cutlip dan Center (1978) berkata pengedaran majalah adalah terhad jumlahnya. Majalah
memperlihatkan kenyataan bahawa media mewujudkan pemisahan komuniti, di mana majalah
berupaya menghantar mesej yang khusus kepada kumpulan audien yang khusus pula.
Mengikut beliau, terdapat 1,445 majalah pengguna yang dibeli oleh publik umum, 8,000 jenis
lagi majalah yang disediakan untuk khalayak khusus. Oaripada 4,477 majalah yang
diterbitkan di USA, 1,445 adalah dikira sebagai majalah edaran umum, 522 majalah
beroriantasikan pertanian, 1,133 majalah kolej. 459 majalah berbahasa asing dan 918 majalah
etnik, agama dan kumpulan sosial (social group).
Oi Malaysia, majalah adalah juga berupa salah satu daripada saluran maklumat. Terdapat
berbagai majalah samada berbentuk akademik, sosial, politik, hiburan, sukan dan berbagai
lagi. Majalah Perspektif dalam ruangan "Perspektif' nya memaparkan hasil penyelidikannya
mendapati bahawa majalah-majalah berbentuk kartun, hiburan dan keremajaan-kewanitaan
amat diminati oleh remaja sebagai sumber maklumat mereka. Antara majalah-majalah
tersebut seperti Gila-Gila, Gelagat, Humour, URTV, Media Hiburan dan Jelita.
2.5 Buku Sebagai Sumber Maklumat
Kepentingan buku kepada perkembangan tamadun i1mu memang telah banyak diperkatakan.
Buku adalah bahan yang amat penting kepada pelajar-pelajar sama ada di peringkat
persekolahan atau institusi pengajian tinggi. Pefajar memperofehi makfumat daripada buku-
buku yang berbagai bidang sarna ada bidang sains, teknologi, sosial, ekonomi dan
sebagainya lagi.
2 - 11
COPYRIGHT @ UiTM
Fox (1982) berkata buku adalah sumber maklumat yang murah. Kelebihannya ialah boleh
menyimpan pelbagai maklumat dengan jumlah yang banyak dengan kadar yang lama. Hal ini
tidak mampu dilakukan oleh media jenis lain terutamanya media elektronik. Seterusnya beliau
menyatakan bahawa orang-orang muda di Britain telah membeli lebih daripada 1.5 juta
naskah komik yang popular seperti Beano, Dandy, Shoot dan My Guy.
Zigli (1984) pula menyatakan bahawa lebih kurang 99 juta orang dewasa di Amerika Syarikat
(iaitu kira-kira 50%) daripada jumlah keseluruhan orang dewasa adalah membaca sekurang-
kurangnya sebuah buku dalam masa seminggu. Enam puluh tiga peratus (63%) daripada
kalangan orang yang berumur 16 tahun hingga 21. tahun adalah membaca buku dan lain-lain
penerbitan, berbanding dengan 16.3 jam mereka menonton televisyen dan 16.4 jam
mendengar radio.
Bittner (1989) pula menyifatkan buku sebagai kawan yang amat" rapat. Ini kerana ianya tidak
seperti radio dan televisyen, buku boleh diulang pembacaan untuk merujuk kepada maklumat
yang telah dilupai. Beliau menyifatkan buku sebagai perkara yang paling penting dalam hidup
manusia. Kita belajar dari buku, kita juga dihiburkan oleh buku dan kita pasti memiliki buku.
Kajian-kajian yang diiakukan di Malaysia juga mendapati bahawa buku dibaca oleh ramai
orang. Ini dinyatakan oleh Grenfell (1979), Mansor, Ramli dan Shawaluddin (1984) dan Fathi
(1993).
2.6 Televisyen Sebagai Sumber Maklumat
Media elektronik bermula pada tahun 1923 di Malaysia. Pada masa itu hanya perkhidmatan
radio sahaja yang ada. Bagaimanapun dengan meningkatnya kemajuan teknologi
komunikasi, televisyen diperkenalkan di Malaysia dan menjadi salah satu media yang paling
popular beberapa tahun selepas ianya diperkenalkan.
2 - 12
COPYRIGHT @ UiTM
Grenfell (1979) dalam kajiannya ke atas.penonton komunikasi di Malaysia mendapati bahawa
purata penonton televisyen di Malaysia adalah lebih kurang satu setengah kali ganda
daripada jumlah pendengar radio. hampir semua kawasan yang berpenghuni di Malaysia
menerima siaran televisyen. Media Indek 1975 pula melaporkan bahawa 28 peratus daripada
orang dewasa di Malaysia memiliki peti televisyen di rumah masing-masing. mengikut
Grenffel lagi, profail penonton televisyen di malaysia mengikut rangkaian tahun 1974 hingga
1975 adalah menunjukkan bahawa dua pertiga, iaitu kira-kira 65 peratus daripada penonton
bagi rangkaian satu adalah Melayu, 26 peratus Cina dan 9 peratus India dan lain-lain kaum.
Berko (1989) pula menyatakan bahawa kanak-kanak dan remaja dalam peringkat umur antara
6 tahun hingga 18 tahun secara puratanya menghabiskan kira-kira 15,000 jam hingga 16,000
jam masa di hadapan kaca televisyen. Dianggarkan bahawa 95 peratus rumah di Amerika
Syarikat memiliki sekurang-kurangnya satu peti televisyen di rumah manakala 59 peratus lagi
memiliki dua atau lebih peti televisyen di rumah. Fox (1981) pula menyatakan bahawa
sehingga Mac 1982, dianggakan sejumlah 55 peratus daripada 83,531,900 isi rumah di
Amerika Syarikat menerima sistem kabel televisyen dan sejumlah 23,219,200 adalah
pelanggan sistem kabel televisyen. Fox menyatakan lagi, penyelidikan menunjukkan bahawa
lebih daripada 90 peratus orang di Britain bergantung kepada televisyen sebagai sumber
maklumat tentang peristiwa semasa, hiburan dan sebagainya.
Mengikut Robert (1983), pada umur dua puluh tahun, maQusia sekarang akan terdedah
kepada 20,000 jam menonton televisyen. Pada umur enam puluh lima tahun, adalah
dijangkakan manusia akan memperuntukkan lebih kurang sembilan tahun daripada
kehidupannya bagi digunakan untuk menonton televisyen. mengikut beliau lagi, tabiat tidur
seseorang itu juga telah bertukar akibat penglibatannya dengan televisyen. Satu kajian
menunjukkan bahawa lebih kurang 40 peratus daripada waktu (ehat seseorang telah
digunakan untuk menonton televisyen.
2 - 13
COPYRIGHT @ UiTM
Gamble (1986) pula menyifatkan televis.yen sebagai pengasuh bayi di rumah (baby sister at
home). Ini kerana televisyen telah memberi kita perkhidmatan sebagai tetamu makan malam
(dinner guest), guru dan ternan. 8eliau berkata lagi, kita dihiburkan oleh televisyen bahkan
dalam hal-hal tertentu kita telah dibentuk oleh televisyen. Oi Amerika Syarikat katanya,
televisyen dilayan sarna dengan lain-lain keperluan seperti keperluan pakaian, kelengkapan
dapur, perabut dan lain-lain oleh masyarakat Amerika Syarikat.
Mansor, Ramli dan Shawaluddin (1984) berkata televisyen menjadi saluran hiburan kepada
berjuta-juta orang dan dalam masa yang sarna ianya boleh menyampaikan ucapan dan kata-
kata seseorang pemimpin negara kepada rakyat. Selain itu ianya juga menjadi saluran
maklumat ekonomi, di mana para peniaga memberitahu para pengguna mengenai barang-
barang yang ingin dijual. Oi Amerika Syarikat televisyen menjadi sumber maklumat kepada
masyarakat mulai tahun 1941 lagi. Thomson (1987) dalam kajiannya terhadap bentuk
pembacaan remaja mendapati ramai remaja menghabiskan banyak masa menonton
televisyen dan video dan sedikit sekali masa bagi membaca. Majoriti daripada mereka
penonton televisyen lebih daripada 3 jam pada setiap malam.
2.7 Radio Sebagai Sumber Maklumat
Fungsi radio sebagai sumber maklumat memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Selain
daripada menghibur pendengar, radio juga dari semasa ke semasa memberitahu pendengar
mengenai berita-berita semasa sarna ada dalam atau luar negeri. Kehadiran televisyen
sebagai satu lagi kemajuan dalam teknologi media elektronik sebenarnya tidak pernah
mengugat peranan yang dimainkan oleh radio.
Grenfell (1979) memetik kenyataan oleh Gamal Abdul Nasser sebagai berkata bahawa radio
telah menukar segala-galanya dalam kehidupan masyarakat. Oalam kajiannya terhadap
pendengar radio di Malaysia, beliau menyatakan bahawa pendengar radio di Malaysia
2 - 14
COPYRIGHT @ UiTM
mendapat maklumat daripada perkhidmatan radio Malaysia dan perkhidmatan radio luar
negeri seperti Singapura dan Thailand. Radio mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun
1930-an. Jabatan penyiaran diwujudkan pada tahun 1946, dan berkhidmat kepada
Sememanjung Tanah Melayu dan Singapura. Grenfell seterusnya menjelaskan, pendengar
radio di Malaysia pada tahun-tahun 1974 hingga 1975 adalah terdiri daripada 67 peratus
orang-orang dewasa. Kesemua daripada mereka memiliki radio di rumah masing-masing.
Fox (1981) pula berkata, radio adalah media elektronik yang ulung. Oi negara-negara miskin
di mana rakyatnya tidak mampu untuk membeli peti televisyen, ataupun di negara tersebut
bekalan tenaga elektriknya masih belum menguasai sebahagian besar kawasan-kawasan
yang berpenghuni, radio adalah sumber maklumat utama bagi mereka. Beliau seterusnya
menyatakan bahawa di Britain, kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rakyatnya
mendengar berita melalui radio.
Gamble (1986) pula berkata bahawa radio dimiliki oleh kira-kira 99 peratus isi rumah di
Amerika Syarikat. Radio juga katanya dipasangkan pada kira-kira 95 peratus kereta di
Amerika Syarikat. Bagi individu yang berumur 12 tahun ke atas, mereka mendengar radio
sekurang-kurangnya 22 jam pada setiap minggu. pada masa ini, lebih kurang 457.5 juta set
radio sedang beroperasi. Oleh yang demikian itu, Gamble mengistiJahkan masyarakat
sekarang sebagai 'Sound Society' kerana radio adalah alat media yang telah mendominasikan
pendengaran orang ramai.
Windschuttle (1984) pula berkata, di Australia kira-kira 86 peratus daripada suri rumah
mendengar radio. Mereka telah memperuntukkan banyak masa untuk mendengar radio.
Beliau seterusnya memperincikannya sedemikian, perempuan berumur 18 tahun ke atas
mendengar radio sebanyak 23 jam dalam seminggu. Lelaki berumur 18 tahun ke atas
sebanyak 22 jam seminggu dan kanak-kanak serta 9010ngan remaja yang berumur antara 10
tahun hingga 17 tahun mendengar sebanyak 15 jam seminggu. Hal ini ada kebenarannya
2 - 15

More Related Content

Viewers also liked

Angular js
Angular jsAngular js
Angular jsmiladiir
 
Integrating multimedia into malaysian classroom
Integrating multimedia into malaysian classroomIntegrating multimedia into malaysian classroom
Integrating multimedia into malaysian classroomAli Yah
 
Diploma of Engineering Technology and Experience
Diploma of Engineering Technology and ExperienceDiploma of Engineering Technology and Experience
Diploma of Engineering Technology and ExperienceAllan Lebner
 
Curso Internacional de Medicina Regenerativa y Células Madre | 15 de Marzo 2015
Curso Internacional de Medicina Regenerativa y Células Madre | 15 de Marzo 2015Curso Internacional de Medicina Regenerativa y Células Madre | 15 de Marzo 2015
Curso Internacional de Medicina Regenerativa y Células Madre | 15 de Marzo 2015Clínica Plástica Kalieska Arroyo
 
PS Tennis Mag Ad-SEP182015-Hi
PS Tennis Mag Ad-SEP182015-HiPS Tennis Mag Ad-SEP182015-Hi
PS Tennis Mag Ad-SEP182015-HiBrenden Sharp
 
Participacionciudadana,ginavelasquez
Participacionciudadana,ginavelasquezParticipacionciudadana,ginavelasquez
Participacionciudadana,ginavelasquezGinavelasquez1526
 
モンブラン精密検査ブリーフケース
モンブラン精密検査ブリーフケースモンブラン精密検査ブリーフケース
モンブラン精密検査ブリーフケースxiuin008
 
Specktra Media Kit
Specktra Media KitSpecktra Media Kit
Specktra Media KitCynira Clay
 
教學演示 海報
教學演示 海報教學演示 海報
教學演示 海報Bowei Yang
 
Tics empresariales
Tics empresarialesTics empresariales
Tics empresarialesluiguiher
 
Benjamin Romero 2015- Resume
Benjamin Romero 2015- ResumeBenjamin Romero 2015- Resume
Benjamin Romero 2015- ResumeBenjamin Romero
 

Viewers also liked (20)

Angular js
Angular jsAngular js
Angular js
 
Tres r
Tres rTres r
Tres r
 
Task 4B,5,6
Task 4B,5,6Task 4B,5,6
Task 4B,5,6
 
Integrating multimedia into malaysian classroom
Integrating multimedia into malaysian classroomIntegrating multimedia into malaysian classroom
Integrating multimedia into malaysian classroom
 
Paolo Pettene
Paolo PettenePaolo Pettene
Paolo Pettene
 
Diploma of Engineering Technology and Experience
Diploma of Engineering Technology and ExperienceDiploma of Engineering Technology and Experience
Diploma of Engineering Technology and Experience
 
Curso Internacional de Medicina Regenerativa y Células Madre | 15 de Marzo 2015
Curso Internacional de Medicina Regenerativa y Células Madre | 15 de Marzo 2015Curso Internacional de Medicina Regenerativa y Células Madre | 15 de Marzo 2015
Curso Internacional de Medicina Regenerativa y Células Madre | 15 de Marzo 2015
 
Doc1
Doc1Doc1
Doc1
 
PS Tennis Mag Ad-SEP182015-Hi
PS Tennis Mag Ad-SEP182015-HiPS Tennis Mag Ad-SEP182015-Hi
PS Tennis Mag Ad-SEP182015-Hi
 
Homoeopathy for birds
Homoeopathy for birdsHomoeopathy for birds
Homoeopathy for birds
 
OSHA News Release
OSHA News ReleaseOSHA News Release
OSHA News Release
 
Participacionciudadana,ginavelasquez
Participacionciudadana,ginavelasquezParticipacionciudadana,ginavelasquez
Participacionciudadana,ginavelasquez
 
1era trompeta mi ultimo deseo
1era trompeta mi ultimo deseo1era trompeta mi ultimo deseo
1era trompeta mi ultimo deseo
 
モンブラン精密検査ブリーフケース
モンブラン精密検査ブリーフケースモンブラン精密検査ブリーフケース
モンブラン精密検査ブリーフケース
 
-
--
-
 
Valcano
ValcanoValcano
Valcano
 
Specktra Media Kit
Specktra Media KitSpecktra Media Kit
Specktra Media Kit
 
教學演示 海報
教學演示 海報教學演示 海報
教學演示 海報
 
Tics empresariales
Tics empresarialesTics empresariales
Tics empresariales
 
Benjamin Romero 2015- Resume
Benjamin Romero 2015- ResumeBenjamin Romero 2015- Resume
Benjamin Romero 2015- Resume
 

Similar to Lp kassim mohamad_98_24

Pengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajar
Pengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajarPengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajar
Pengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajarnurinani akmal
 
Kom4562 nota 4 kesan media
Kom4562 nota 4 kesan mediaKom4562 nota 4 kesan media
Kom4562 nota 4 kesan mediaNadia Syafikah
 
Media sosial kepada remaja
Media sosial kepada remajaMedia sosial kepada remaja
Media sosial kepada remajaRunnur Hannah
 
Industri penyiaran
Industri penyiaranIndustri penyiaran
Industri penyiaranzee tahir
 
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajarPenyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajaraizam1205
 
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6ongheakin
 
kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia Nadia Bohari
 
Jaw pep percub tg 5 (2013)
Jaw pep percub tg 5 (2013)Jaw pep percub tg 5 (2013)
Jaw pep percub tg 5 (2013)Sobbah Ahmad
 
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM BaharuHasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM BaharuEda Saayah Bakarim
 
Esei kumpulan mejar
Esei kumpulan mejarEsei kumpulan mejar
Esei kumpulan mejarhalizasidek
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13NurulHazrati
 

Similar to Lp kassim mohamad_98_24 (20)

Pengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajar
Pengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajarPengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajar
Pengaruh media elektronik_terhadap_keruntuhan_akhlak_pelajar
 
Kom4562 nota 4 kesan media
Kom4562 nota 4 kesan mediaKom4562 nota 4 kesan media
Kom4562 nota 4 kesan media
 
Media sosial kepada remaja
Media sosial kepada remajaMedia sosial kepada remaja
Media sosial kepada remaja
 
Industri penyiaran
Industri penyiaranIndustri penyiaran
Industri penyiaran
 
kesan - kesan media
kesan - kesan mediakesan - kesan media
kesan - kesan media
 
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajarPenyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Tugasan 1 web
Tugasan 1 webTugasan 1 web
Tugasan 1 web
 
Literasi maklumat
Literasi maklumatLiterasi maklumat
Literasi maklumat
 
Abm teori vygotsky
Abm teori vygotskyAbm teori vygotsky
Abm teori vygotsky
 
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
 
Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan
Pegawai Perhubungan Awam KerajaanPegawai Perhubungan Awam Kerajaan
Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan
 
Pegawai perhubungan awam s41
Pegawai perhubungan awam s41Pegawai perhubungan awam s41
Pegawai perhubungan awam s41
 
kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia
 
Tutorial
TutorialTutorial
Tutorial
 
Jaw pep percub tg 5 (2013)
Jaw pep percub tg 5 (2013)Jaw pep percub tg 5 (2013)
Jaw pep percub tg 5 (2013)
 
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM BaharuHasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
 
Esei kumpulan mejar
Esei kumpulan mejarEsei kumpulan mejar
Esei kumpulan mejar
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
 

More from Nadia Syafikah

Mass media affect children in their performance
Mass media affect children in their performance Mass media affect children in their performance
Mass media affect children in their performance Nadia Syafikah
 
Child,youth,media around the world
Child,youth,media around the worldChild,youth,media around the world
Child,youth,media around the worldNadia Syafikah
 
children and electronic media
children and electronic mediachildren and electronic media
children and electronic mediaNadia Syafikah
 
Influence of Mass Media on Today's Young People
Influence of Mass Media on Today's Young PeopleInfluence of Mass Media on Today's Young People
Influence of Mass Media on Today's Young PeopleNadia Syafikah
 
The influence of media on teenagers
The influence of media on teenagersThe influence of media on teenagers
The influence of media on teenagersNadia Syafikah
 
Kids media-the-new-millennium-report
Kids media-the-new-millennium-reportKids media-the-new-millennium-report
Kids media-the-new-millennium-reportNadia Syafikah
 
Mass Media Communication Affect Children in their Learning
Mass Media Communication Affect Children in their LearningMass Media Communication Affect Children in their Learning
Mass Media Communication Affect Children in their LearningNadia Syafikah
 

More from Nadia Syafikah (8)

Mass media affect children in their performance
Mass media affect children in their performance Mass media affect children in their performance
Mass media affect children in their performance
 
Huesmann
HuesmannHuesmann
Huesmann
 
Child,youth,media around the world
Child,youth,media around the worldChild,youth,media around the world
Child,youth,media around the world
 
children and electronic media
children and electronic mediachildren and electronic media
children and electronic media
 
Influence of Mass Media on Today's Young People
Influence of Mass Media on Today's Young PeopleInfluence of Mass Media on Today's Young People
Influence of Mass Media on Today's Young People
 
The influence of media on teenagers
The influence of media on teenagersThe influence of media on teenagers
The influence of media on teenagers
 
Kids media-the-new-millennium-report
Kids media-the-new-millennium-reportKids media-the-new-millennium-report
Kids media-the-new-millennium-report
 
Mass Media Communication Affect Children in their Learning
Mass Media Communication Affect Children in their LearningMass Media Communication Affect Children in their Learning
Mass Media Communication Affect Children in their Learning
 

Recently uploaded

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 

Recently uploaded (11)

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 

Lp kassim mohamad_98_24

  • 1. COPYRIGHT @ UiTM IMPAK MEDIA KEATAS REMAJA: SATU ANALISIS PROGRAM MAKLUMAT HIBURAN 01 MEDIA MASSA Untuk IRPA Biro Penyelidikan dan Perundingan Institut Teknologi Mara Shah Alam 1998
  • 2. COPYRIGHT @ UiTM AHLI-AHLI PENYELIDIK Abdullah @ Kassim Mohamad - KETUA Mokhtar Muhammad . Darussalam Abu Bakar Mohd Shah Ashaari Ali Dina Haliza Hasan
  • 3. COPYRIGHT @ UiTM Kandungan Muka Surat Abstrak 1.0 Pengenalan dan Objektif 1 - 1 1.1 Latarbelakang 1 - 1 1.2 Remaja dan Media Massa 1 - 1 1.3 Objektif Kajian 1 - 3 1.4 Penemuan dan Faedah yang Dijangka 1 - 3 2.0 Kajian Litratur 2 - 1 2.1 Media Massa 2 - 1 2.2 Kesan Media Massa 2-2 2.3 Akhbar Sebagai Sumber Maklumat 2-9 2.4 Majalah Sebagai Sumber Maklumat 2 - 10 2.5 Buku Sebagai Sumber Maklumat 2 - 11 2.6 Televisyen Sebagai Sumber Maklumat 2 - 12 2.7 Radio Sebagai Sumber Maklumat 2 - 14 2.8 Filem Sebagai Sumber Maklumat 2 - 16 2.9 Pengertian atau Definisi Remaja 2 - 17 2.10 Peringkat Umur Remaja 2 - 20 2.11 Psikologi Remaja 2 - 22 2.12 Aspek-aspek Sub-Culture Remaja 2 - 25 3.0 Metodologi 3 - 1 3.1 Rasional Pemilihan Kaedah 3 - 1 3.2 Rasional Pemilihan Kawasan Kajian 3 - 1 3.3 Skop Kajian 3-2 3.4 Kaedah Pensampelan dan Saiz Sampel 3-2 3.5 Kaedah Pengumpulan Data 3-2 3.6 Kaedah Analisis 3-3 4.0 Penemuan dan Analisis Kajian 4 - 1 4.1 Penemuan Bagi Penggunaan Media Elektronik 4 - 1 4.11 Media Televisyen 4 - 1 4.12 Media Radio 4-5 4.2 Penemuan Bagi Penggunaan Media Cetak 4 - 11 4.21 Media Akhbar 4 - 11 4.22 Media Majalah 4 - 16 4.23 Media Majalah Humor/Komik 4 - 22 4.3 Analisis Program Mengikut Faktor Demografi 4 - 25 4.31 Media Televisyen 4 - 25 4.32 Media Radio 4 - 31
  • 4. COPYRIGHT @ UiTM 4.33 Media Akhbar 4.34 Media Majalah 4.4 Analisis Pernyataan Impak Mengikut Faktor Demografi 4.41 Media Televisyen 4.42 Media Radio 4.43 Media Akhbar 4.44 Media Majalah 4.45 Media Majalah Humor / Komik 4.5 Pilihan Media Mengikut Pernyataan Impak dan Faktor Demografi 4.6 Respons Kepada Pernyataan Tentang Elemen dalam Program atau Ruangan hiburan di Televisyen, Majalah Hiburan dan Majalah Humor 4.7 Faktor-faktor Penggunaan Media atau Video Game 4.8 4.71 Media: Buku Cerita 4.72 Media: Akhbar 4.73 Media: Komik 4.74 Media: Majalah 4.75 Media: Wayang 4.76 Media: Video 4.77 Media: Televisyen 4.78 Pilihan Media Mengikut Jenis Cerita 4.79 Sumber Kewangan Profil Responden Mengikut Program / Ruangan Hiburan Hingga Tamat Siaran / Ruangan 4.81 Taburan Responden Mengikut Media dan Faktor Demografi 4.82 Profil Responden Yang Menonton Program Hiburan TV Hingga Tamat Siaran 4.83 Profil Responden Yang Mengikuti Program Hiburan Radio Hingga Tamat 4.84 Profil Responden Yang Mengikuti Ruangan Hiburan di Akhbar Hingga Tamat 4.85 Profil Responden Yang Mengikuti Ruangan Hiburan di Majalah Hingga Tamat 4.9 Kenyataan Hidup Bersama Keluarga 4.10 Faktor Demografi Responden 5.0 Analisis Impak 6.0 Kesimpulan dan Cadangan 6.1 Kesimpulan 6.2 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang Bibliografi 4 - 37 4 - 43 4 -49 4 - 49 4 - 58 4 - 67 4 -75 4 - 83 4 - 91 4 - 94 4 - 99 4 - 100 4 - 100 4 - 101 4 - 102 4 - 103 4 - 103 4 - 104 4 - 105 4 - 106 4 - 107 4 - 110 4 - 112 4 - 114 4 - 117 4 - 120 4 - 122 5 - 1 6 - 1 6 - 1 6-2
  • 5. COPYRIGHT @ UiTM ABSTRAK Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk melihat sarna ada programlrancangan hiburan di media elektronik yang boleh memberi impak terhadap remaja. Bahan sebaran berbentuk hiburan di media cetak juga dilihat sarna ada boleh memberi impak terhadap remaja. Dan kajian ini juga bertujuan melihat perkaitan faktor program/rancangan hiburan siaran di media elektronik dan bahan sebaran bentuk hiburan di mediat cetak dengan perlakuan remaja. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat kecenderungan remaja mengguna media sebagai sumber maklumat, untuk status sosial - role model dalam aktiviti harian. Hasilnya, kajian ini telah menunjukkan bahawa programlrancangan hiburan di media elektronik telah memberi impak ke atas remaja. Bahan sebaran berbentuk hiburan di media cetak seperti majalah dan akhbar kurang memberi impak ke atas remaja. Secara perbandingan, impak program/rancangan hiburan di televisyen lebih tinggi daripada programlrancangan hiburan di radio. Lebih dari separuh responden mengatakan bahawa programlrancangan hiburan televisyen boleh membina agenda baru dalam hubungan sosial, dapat mengekalkan identiti sebagai remaja moden dan boleh membina keyakinan diri yang lebih matang. Bagi menjalankan kajian ini, suatu tinjauan .survei telah digunakan. Kajian ini meliputi semua golongan remaja Malaysia berumur dari 13 hingga 25 tahun dari seluruh Malaysia termasuk di Sabah Sarawak yang terdiri dari berbagai kaum dan bangsa. Kaedah pensampelan kuota telah digunakan untuk mendapatkan responden.
  • 6. COPYRIGHT @ UiTM 1.0 PENGENALAN DAN OBJEKTIF 1.1 Latarbelakang Dewasa ini impak media terhadap audien khususnya remaja adalah satu fenomena sukar ditolak oleh masyarakat. Golongan remaja telah menggunakan media massa sebagai sumber maklumat yang boleh mencorak identiti mereka. Manakala media pula berusaha meningkatkan daya kreativiti bagi menarik golongan remaja menggunakannya sebagai wadah inspirasi. 1.2 Remaja dan Media Massa Remaja di Malaysia yang juga sebagai pengguna media massa tidak terlepas dari impak media terhadap diri mereka terutama terhadap kognitif, efektik dan tingkahlaku. Sebenamya, banyak hasil penyelidikan tentang Imak Media. Antaranya Walter Lippman yang mendakwa bahawa media massa berperanan dalam membentuk persepsi individu mengenai keadaan sebenar terhadap sesuatu situasi, perbualan, pembaca dan pendengar akan menganggap apa yang dibaca, dilihat dan didengar melalui media massa adalah keadaan sebenar yang terjadi. Badura (1985) pula menyatakan kanak-kanak dan remaja terikut-ikut dengan aksi dan gelagat yang mereka tonton di dalam filem-filem yang bercorak agresif. Hiebert dan Reuss (1985) mendakwa bahawa satu ujikaji yang dibuat oleh Institut-Kesihatan Mental Kebangsaan di Maryland mendapati pelajar sekolah yang kerap bekelahi di sekolah adalah dari kalangan mereka yang menonton program ganas. Dari pendapat di atas, dapat dibuat satu gambaran bahawa impak media terhadap audien berkait-rapat dengan bahan yang mereka baca, tonton dan sebagainya. Baran, Mcintyre dan Meyer (1984) menyifatkan pengaruh media terhadap audien sarna sepeti pengaruh seorang ibu ke atas anaknya. Ini bermakna media seperti model kepada penonton. Selanjutknya, beliau menyatakan impak media ke atas sesorang itu boleh dilihat dalam empat kategori: 1 - 1
  • 7. COPYRIGHT @ UiTM 1. Pengaruh jangkamasa. 2. Pengaruh ke atas masyarakat atau individu. 3. Pengaruh ke atas pemikiran. 4. Pengaruh ke atas aspek khusus (ekonomi, pembelajaran dll). Noritah (1993) misalnya ada merujuk kepada kenyataan Prof. Madya Dr. Hashim Yahya yang mendakwa pengaruh media cetak dan elektronik yang berleluasa menyiarkan filem-filem dan gambar-gambar lucah telah mempengaruhi golongan remaja untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Mohd. Kamal (1993), berkata media massa ialah saluran pendidikan tidak formal masyarakat. Oi Malaysia malangnya, saluran ini telah menyalurkan budaya 'permissike' daripada barat. Kesannya, muda-mudi di negara ini menjadi pendukung kepada gaya hidup berpesta-ria dengan melampaui batas agama dan moral. Beliau seterusnya berkata, unsur-unsur lucah ganas dan filem, video, televisyen, novel dan majalah menjadi model pembentukan budaya moden yang liberal dan permissike di kalangan remaja. Lain-lain tokoh yang mempunyai kesamaan pendapat dengan beliau ialah seperti Zaini (1992) dan Dr. Nik Omar (1993). Hamismo (1991) memperkatakan tentang pengaruh televisyen ke atas golongan remaja melalui penyebaran maklumat-maklumat yang tidak beretika melalui program-program siarannya. Beliau berkata unsur-unsur keganasan dan seks"daripada media import banyak disiarkan. Adegan-adegan seperti bercium, berpeluk. berpegang tangan, wanita berpakaian menjolok mata seperti rancangan filem "Bay Watch" banyak disiarkan oleh media elektronik kita. Filem-filem wayang gambar dan video pula memaparkan adegan-adegan yang lebih dahsyat lagi. Samsudin (1994) menyatakan terdapat faktor tarikan dan tolakan yang mempengaruhi sikap melepak para remaja. Faktor tarikan ialah hiburan yang disediakan, suasana nyaman dan 1 - 2
  • 8. COPYRIGHT @ UiTM berprestij. Faktor tolakan pula ialah secara rumah yang tidak selesa, bising, sempit dan tidak menghiburkan. Justeru, kajian ini dirasakan sangat penting dan bermanfaat terutama dalam merangkan satu dasar yang dapat mengawal kandungan media yang dianggap sangat berpengaruh itu. 1.3 Objektif Kajian Objektif umum penyelidikan ini ialah untuk menganalisis impak bahan informasi yang disebar oleh media terhadap golongan remaja. Manakala objektif khusus pula dapat dilihat dari beberapa aspek antaranya: i. Untuk mengenalpasti program/rancangan hiburan di media elektronik yang boleh memberi impak terhadap remaja. ii. Untuk mengenalpasti bahan sebaran berbentuk hiburan di media cetak yang boleh memberi impak terhadap remaja. iii. Untuk melihat perkaitan faktor program/rancngan hiburan siaran di media elektronik dengan perlakuan remaja. iv. Untuk melihat perkaitan faktor bahan sebaran bentuk hiburan di media cetak dengan perlakuan remaja. v. Untuk melihat kecenderungan remaja mengguna media sEtbagai sumber maklumat, untuk status sosial - role model dalam aktiviti harian. 1.4 Penemuan Dan Faedah Yang Dijangka Kajian ini dijangka dapat menghasilkan beberapa penemuan dan yang boleh memberi gambaran semula tentang Impak Media terhadap remaja. I - 3
  • 9. COPYRIGHT @ UiTM i. Dengan penemuan kajian ini akan membantu pihak berkuasa meneliti program/rancangan siaran dengan Jebih bermakna kepada pembinaan minda remaja. ii. Penemuan kajian ini dapat membuka jalan kepada pihak berkuasa mempelbagaikan aktiviti sosial remaja yang menyeluruh bagi mengimbangi pendedahan remaja terhadap media massa. iii. Penemuan kajian ini dapat meningkatkan daya kawalan gejala sosiaJ yang berpunca dari media massa. I - 4
  • 10. COPYRIGHT @ UiTM 2.0 KAJIAN LlTRATUR 2.1 Media Massa .. Secara am Media Massa boleh dilihat sebagai alat atau sumber maklumat seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat (berita dan sebagainya) kepada orang ramai dengan kadar yang cepat dalam masa yang singkat. la dikenali juga sebagai sebaran am. Mansor, Ramli dan Shawaludin (1984) pula mengatakan bahawa media massa termasuklah akhbar, majalah, radio, televisyen, tilem, pita rakaman, piring hitam, buku dan sebagainya. Media massa memberi penyebaran maklumat yang sama dengan meluas kepada penerima- penerima yang ramai dan berselerak di merata-rata tempat. Mereka menambah bahawa media massa yang juga dipanggil sebaran am itu berupaya menyalurkan mesej dari jarak jauh dengan kadar yang pantas. Norizan (1993) pula mendefinisikan 'media' sebagai satu makanisme yang menghantar ~ maklumat kepada pengguna. Kadar kepantasan sesuatu maklumat itu bergantung rapat kepada jenis media yang digunakan. Televisyen dan radio boleh menghantar maklumat dengan kadar serta merta manakala akhbar dan majalah mengambil masa antara lapan (8) hingga dua belas (12) jam. Lokasi juga katanya memberi kesan kepada kepantasan maklumat. Penduduk bandar di mana akhbar diterbitkan mendapat maklumat lebih pantas jika dibandingkan dengan pembaca di luar bandar. 'Massa' pula bererti orang atau kumpulan orang ramai. Dalam kontek sebaran am, ia boleh ditatsirkan sebagai penonton, pembaca atau pendengar. Dengan menggabungkan dua definisi di atas, media massa katanya ialah satu makanisma yang menghantar maklumat kepada masyarakat. 2 - 1
  • 11. COPYRIGHT @ UiTM Adzman (1993) mengatakan bahawa media diertikan sebagai alat komunikasi yang digunakan untuk menyalurkan sesuatu maklumat daripada sumber kepada penerimanya. Oleh yang' demikian itu, beliau mengganggap bahawa segala alat dalam berbagai bentuk dan yang fungsi asasnya adalah untuk menyalurkan maklumat dianggap sebagai media. Warner dan james (1979) pula menyifatkan media sebagai makanisma yang digunakan untuk menyiarkan mesej. Makanisma tersebut katanya boleh berupa mesin pencetak akhbar, sebuah menara pemancar radio dan penerima yang dibina untuk menerima isyarat, Projekter gambar bergerak, sistem kabel televisyen dan sebagainya. Mereka seterusnya menambah bahawa media massa adalah istilah majmuk yang merujuk kepada beberapa atau kadangkalanya semua bentuk komunikasi seperti surat khabar, televisyen, radio, majalah dan sebagainya. Dele (1992) merangkumkan bahawa media massa meliputi filem, tape dan juga sistem rekoding. Fox (1982), Fedler (1978) nampaknya bersependapat bahawa media massa diistilahkan sebagai peralatan komunikasi yang manyalurkan maklumat yang luas dan tidak terhad. Bagaimanapun Mazlan (1993) menyifatkan media massa sebagai jambatan yang menghubungkan di antara kerajaan dengan rakyatnya. Dutton (1986) pula mengatakan bahawa media merujuk kepada institusi yang melaksanakan komunikasi yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti surat khabar. Burton (1980) pula suka merujuk kepada saluran 'medium' sebagai media massa di mana ianya dibezakan olehjenis-jenis medium. 2.2 Kesan Media Massa Sesungguhnya telah banyak diperkatakan tentang kesan atau pengaruh media massa ke atas masyarakat sebagai penonton kepada komunikasi massa. Media massa boleh samada membawa kesan baik atau buruk kepada penonton. Kesan ini pula boleh datang dalam jangkamasa pendek secara segera atau dalam jangkamasa panjang, iaitu secara perlahan- 2 - 2
  • 12. COPYRIGHT @ UiTM lahan. Banyak kajian-kajian telah dija1smkan untuk mengetahui sejauhmana media massa mampu untuk mengubah idea, sikap dan pelakuan seseorang individu tersebut. The Bullet Theory, The Hypodermic Needle Model dan Stimulus - Response Model adalah antara kajian- kajian awal yang telah dijalankan bagi maksud untuk melihat sejauh mana media massa memberi kesan terhadap audiennya. Walter Lippman misalnya ada mengatakan bahawa media massa berperanan dalam membentuk persepsi individu mengenai keadaan sebenar terhadap sesuatu situasi. Pembaca, penonton dan pendengar akan menggangap apa yang dibaca, dilihat dan didengar melalui media massa adalah keadaan sebenar yang terjadi. Apa yang dilaporkan oleh pihak media massa akan mempengaruhi apa yang akan diketahui dan dipelajari oleh mereka yang menggunakan media massa tersebut sebagai sumber maklumat. Bandura (1985) melaporkan bahawa kanak-kanak yang berumur tiga tahun hingga enam tahun terikut-ikut dengan aksi dan gelagat yang ada dalam filem-filem yang ditonton. Ini dapat dilihat apabila kanak-kanak tersebut menonton filem-filem yang bercorak agresif dan apabila alat-alat mainannya di ambil, mereka akan bertindak dengan sifat yang agresif sebagaimana bentuk keagresifan yang wujud dalam adegan-adegan filem agresif yang ditonton itu. Hiebert dan Reuss (1985) melaporkan beberapa kenyataan oleh penyelidik kesan media massa terhadap masyarakat. Mengikut mereka, satu eksperimen yang dibuat di Maryland oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan mendapati bahawa perkelahian yang serius di sekolah adalah lebih kerap berlaku di kalangan pelajar-pelajar: sekolah tinggi yang menonton program ganas di televisyen. Dalam perkembangan lain, penyelidik Kanada, R.S. Walters dan E.L. Lewelyn Thomas mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi yang menonton filem-filem agresif adalah lebih cenderung untuk membuat 'electric shocks' kepada pelajar- pelajar lain yang membuat kesilapan dalam peperiksaan berbanding dengan pelajar-pelajar yang tidak menonton adegan ganas. 2 - 3
  • 13. COPYRIGHT @ UiTM Bradley Greenberg dan Joseph Dominick pula mendapati bahawa pendedahan mengenai keganasan dan hiburan yang tinggi di televisyen mengakibatkan penonton cuba mempraktikkannya di luar. Hal ini diperkuatkan oleh marshall McLuhan yang mengatakan bahawa keganasan adalah salah satu daripada manifestasi identiti. Apabila seseorang kehilangan identitinya, dia menjadi ganas dalam proses mencari identitinya. Mengikut Dorothy dan Jerome Singer daripada Universiti Yale, mereka merumuskan hasil daripada siri 'temuduga' mereka dapati bahawa kanak-kanak yang banyak menonton televisyen adalah lebih cenderung untuk bertindak dengan lebih agresif dalam keluarganya. Mereka menyimpul bahawa wujud korelasi di antara tingkah laku agresif dengan tontonan program-program yang beroriantasikan aksi-aksi (action-oriented-shows). Leonard Berkowitz daripada Universiti Wisconsin, daripada dua eksperimen yang dilakukannya mendapati bahawa pelajar-pelajar gred tiga adalah lebih banyak menonton siri- siri keganasan dan mereka pula lebih cenderung untuk dikatagorikan sebagai berkelakuan agresif yang melampau oleh pelajar lain. Pada umur 19 tahun, kebanyakan daripada mereka masih disifatkan sebagai berperangai aggresif o(eh rakan-rakan sebaya mereka. Bahkan mengikut Berkowitz, bilangan penonton televisyen pada umur 9 tahun adalah satu alat pengukur untuk menentukan tingkahlaku dewasa nanti. Baharom (1993) memetik siaran di akhbar utusan Malaysia, ~eluaran 18 Mac 1993 sebagai melaporkan, satu kajian menunjukkan bahawa sekiranya seseorang itu menonton "televisyen secara purata empat (4) jam sehari sejak daripada dia berumur 5 tahu,!, sehingga dia berumur lapan belas (18 tahun), dia telah menyaksikan lebih daripada setengah juta keganasan, lima puluh ribu pergaduhan, tiga puluh ribu pembunuhan, seratus ribu bentuk perpecahan rumah tangga dan seratus ribu kekejaman terutamanya kekejaman yang dilakukan terhadap wanita. 2 - 4
  • 14. COPYRIGHT @ UiTM Fox (1982) ada mengatakan bahawa 9i united Kingdom, stesen kegemaran remaja ialah British Broadcasting (BBC Radio 1). manakala program yang digemari pula ialah 'Top of The Pop', penerbit komik yang meniru semua atau sebahagian sahaja muzik pop, pelakon-pelakon dan peristiwa yang disiarkan oleh rangkaian dan program pi/ihan remaja itu menjadi majalah yang paling laris jualannya. Baran, Mcintyre dan Meyer (1984) sependapat bahawa memang wujud pengaruh media massa terhadap penontonnya. Mereka menyifatkan pengaruh media terhadap audiennya sama seperti pengaruh seorang ibu ke atas anak-anaknya. Ini menunjukkan satu pengaruh yang amat kuat kerana dengan memberi penyamaan sedemikian, ianya menampakkan betapa media massa itu seperti model kepada penonton atau audiennya. Mereka kemudiannya melanjutkan penjelasan mengenai pengaruh ini dan membahagikannya kepada empat bahagian iaitu:- Pertama: Pengaruh jangkamasa samada jangkamasa pendek atau panjang (Short term or long term influence). Kedua, pengaruh ke atas masyarakat atau hanya kepada individu (Institutional/society or group/individual). Ketiga, Pengaruh ke atas pemikiran atau sikap atau tingkahlaku (cognitive, attitudinal of behaviour). Keempat, Pengaruh ke atas bidang-bidang yang khusus seperti anti sosial atau prososial, ekonomi, maklumat, pelajaran dan pendidikan atau hiburan. Bunyamin (1993) mengatakan bahawa pengaruh media cetak dan elektronik terhadap runtuhnya benteng akhlak remaja di Malaysia tidak dapat dir;.afikan lagi. Katanya, benteng akhlak remaja runtuh oleh arus fikiran dan perlakuan bebas remaja Barat kesan dari penyebaran oleh media cetak dan media elektronik. Mengikut beliau lagi, tahun 1993 ini beratus-ratus orang remaja diberkas kerana terbabit dalam perilaku sumbang seperti bercium, berzina, bersekedudukan dan berkhalwat. Beliau menambah, generasi sekarang menggangap perbuatan berpegangan tangan dan bercium dianggap biasa sesudah akhlak mereka berjaya dihakis oleh media barat. 2 - 5
  • 15. COPYRIGHT @ UiTM Rejab (1993) mengulas dengan panjang.lebar mengenai peranan yang dimainkan oleh media massa di Malaysia dan kesannya ke atas pembentukan peribadi remaja. Mengikut beliau, media massa di Malaysia terlalu mementingkan soal untung rugi sahaja tanpa memikirkan soal tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat. Hal ini berlaku di dalam dua sektor media samada media cetak atau media elektronik. Media cetak katanya lebih menumpukan kepada penyiaran berita-berita yang beroriantasikan hiburan daripada lain-lain oriantasi. Majalah-majalah yang digemari oleh kaum remaja seperti 'Gila-Gila', URTV, Media Hiburan, Majalah Remaja, Majalah RTM dan sebagainya lagi bagi menyiarkan berita-berita dan gosip mengenai artis samada artis tempatan atau luar negara. Ini menyebabkan golongan remaja hanya mengambil golongan artis sebagai model mereka. Beliau seterusnya mengatakan bahawa tidak hairanlah jika dalam setiap bilik tidur remaja di Malaysia, sekurang-kurangnya terpampang satu gambar artis. Mengenai akhbar-akhbar pula, Rejab berkata sikap akhbar yang lebih menonjolkan penampilan artis telah mempengaruhi remaja. Mengikut beliau, akhbar-akhbar biasanya akan menyiarkan pose-pose di kalangan artis yang menarik dan seksi. Oi samping itu, pada hari minggu, bukan sahaja ianya disiarkan dalam pose-pose yang seksi dan cantik, tetapi juga ruangan untuk artis dan dunia hiburan dibuat dalam skop warna warni (colour page). Lim (1993) ada mengatakan bahawa tilem amat besar pel19aruhnya dalam menyalurkan tahaman atau ideologi tertentu kepada masyarakat. Filem boleh membantu pihak kerajaan dalam menyampaikan hasrat dengan lebih berkesan. Oleh itu nyata/ah bahawa filem adalah ruang kesenian yang halus dan berpengaruh. Beliau menyifatkan tHem sebagai duta kecil negara di luar negeri. Berhubung dengan pengaruh media massa terhadap masyarakat ini, Hiebert dan Reuss mengupas tiga unsur negatif iaitu pengaruh jenayah, keganasan dan seks (sensasi). 2 - 6
  • 16. COPYRIGHT @ UiTM mengikut mereka, professor di Universiti Rutgers, Drew Humphries percaya bahawa laporan berita memberi gambaran (distorted picture) tentang tingkah laku yang salah (i/egal) dalam masyarakat. Berita-berita mengenai keganasan telah dengan sengajanya diperbesar- besarkan. Seterusnya Hiebert dan Reuss memetik kenyataan John Kochevar, seorang penyelidik komunikasi di Boston yang dipetik sebagai berkata, organisasi media hanya pandai menyalurkan berita-berita jenayah tetapi tidak disertai dengan fakta-fakta mengenai bagaimana situasi kewujudannya, bagaimana ianya boleh dicegah dan bagaimana ianya membahayakan dalam situasi realiti. Daripada kenyataan E.B. White pada tahun 1938, hiebert dan Reuss menjelaskan bahawa, E.B. White ada mengatakan bahawa setelah wujudnya televisyen, dunia seterusnya akan berhadapan dengan dua pilihan samada masyarakat manusia akan jatuh atau bagun kesan daripada penyiaran oleh televisyen. Kenyataan tersebut seakan disokong oleh National Comimission on The Causes and Prevention of Violence. Di mana suruhanjaya ini berpendapat bahawa televisyen menjadi gantian yang paling utama kepada pengalaman kehidupan sebenar. Saltzman 91982) mengatakan bahawa seks selalu digunakan oleh media massa di Amerika Syarikat. Majalah dan akhbar kerap memasukkan unsur-1Jnsur seks dan sensasi bagi meningkatkan edaran dan menambah pembacanya. Beliau memberi contoh, bila majalah "TIME" meletakkan gambar separuh bogel Cheryl Tiegs di muka hadapan (cover page) majalah tersebut, keluaran tersebut mendapat peningkatan dalam permintaan sebanyak sekali ganda. Unsur seks dan sensasi menjadi begitu digemari seterusnya, dan hal ini dapat dilihat pada jualan ke atas majalah-majalah seperti Harper's, Atlantic, New Yorker, Playboy, Penthouse dan Hustler. 2 - 7
  • 17. COPYRIGHT @ UiTM Televisyen pula mula memasukkan un~ur-unsur seks bermula pada tahun 1972 bilamana ABC mula menerbitkan rancangan 'That Certain Summer'. Pada tahun 1974 pula drama televisyen pertama berjudul 'A Case of Rape'. Beberapa tahun kemudian seperti 'Born Innocent', dan pada awal tahun 1980an pula seperti 'Something About Amelia' dan All My Children'. Saltzman menyifatkan seks dan keganasan tanpa tanggungjawab adalah sebagai masalah utama media massa khususnya televisyen dan wayang gambar. Traub (1981-1982) juga melahirkan kebimbangan dan kekesalannya mengenai seks dan keganasan. Beliau berkata dengan bertambahnya kabel televisyen, gambar lucah di tiub televisyen berleJuasa pada tahun 1980an. lanya teJah dikritik dengan hebatnya di mana televisyen telah mengeksploitasi babak seksuaJ secara haJus kepada penonton remaja. Adzman (1993) memetik kenyataan George Comstock mengenai pengaruh media massa ini. George Comstock mengatakan bahawa kehadiran televisyen di dalam rumah rakyat Amerika Syarikat telah banyak membawa perubahan kepada cara hidup kebanyakkan keluarga di negara itu dan cara-cara bagaimana anak-anak mereka dipelihara. la termasuklah perubahan dari segi cara berinteraksi yang baru, perubahan terhadap aktiviti-aktiviti harian yang lazim dilakukan dengan cara bersosial yang baru. Adzman seterusnya merujuk pula kepada kenyataan Bernard Berelson dan Morris Janowitz, mengikut kedua tokoh ini, kesan media adalah banyak dan belbagai-bagai. Antaranya ialah kesan jangka pendek dan jangka panjang, kesan segera atau perlahan, kesan lemah ataupun kuat dan merangkumi aspek-aspek sarna ada psikologi, politik, ekonomi atau sosiologi. Klapper (1962) seorang tokoh yang agak liberal dalam melihat peranan media massa terhadap masyarakat juga tidak menafikan tentang wujudnya pengaruh media terhadap masyarakat atau individu. Walaupun beliau menafikan bahawa tidak wujud pengaruh oleh media massa ke atas audiennya jika media massa secara bersendirian tanpa disokong oleh 2 - 8
  • 18. COPYRIGHT @ UiTM faktor lain. Bagaimanapun beliau tetap menganggap bahawa media mempunyai bahagiannya sendiri (share) dengan faktor-faktor lain dalam mempengaruhi penonton komunikasi massa. 2.3 Akhba~ Sebagai Sumber MakJumat Akhbar ialah satu daripada saluran maklumat bagi orang ramai mencari makJumat yang diperlukan. Young (1987) berkata. penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Chicago mendapati bahawa ramai penduduk menggunakan akhbar berkala (periodical newspapers) sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat tentang rekreasi. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa Burgoynek Index Incoperation telah menemuduga 27,000 pekedai di tiga puluh tempat yang berasingan di kawasan bandar dan bandar-bandar kecil (sub-urban) dan mendapati iklan menggaJakkan kekerapan membeli-beJah di kalangan pengguna. Ini bererti iklan dalam akhbar menjadi sumber maklumat bagi pengguna. Perihal yang sarna ditemui oleh Udell (1966) daJam kejiannya mengenai sumber maklumat di kalangan pengguna. Mengikut, Fox (1981). walaupun televisyen menjadi begitu popular di katangan penonton tetapi keistimewaan akhbar sebagai sumber maklumat tetap utuh. Beliau berkata, akhbar mempunyai pilihan maklumat yang besar iaitu daripada sekecil maklumat mengenai harga secawan kopi kepada berita-berita besar seperti politik, ekonomi dan antarabangsa. Oi Malaysia, kajian yang dibuat oleh Grenfell (1979) mengenai media massa mendapati bahawa 40 peratus daripada penduduk dewasa adalah pembaca akhbar harian, 48 peratus adalah pembaca akhbar Mingguan dan 30 peratus adalah pembaca jurnal. Hal ini diperkuatkan oleh kenyataan Mansor. Ramli dan Shawaluddin (1984) yang mengatakan akhbar dibaca oleh berjuta-juta orang rakyat Malaysia. 2 - 9
  • 19. COPYRIGHT @ UiTM Dalam perkembangan yang lain, Hynds (1980) seorang profesor dalam jurusan Kewartawanan berkata bahawa akhbar adalah penyedia maklumat dan audiennya ialah pengguna maklumat (information consumer). Seterusnya beliau mencadangkan agar organisasi penerbitan akhbar diistilahkan sebagai "Industri Pengumpul Maklumat'. 2.4 Majalah Sebagai Sumber Maklumat Faules (1978) mengatakan bahawa majalah memainkan peranan yang penting daJam penyebaran maklumat kepada orang ramaL Beliau memberi contoh mengenai penjualan kereta jenis Sedan oleh syarikat Ford. Syarikat Ford telah mengiklankan kereta model Sedannya dalam majalah pada tahun 1975 sebagai memberitahu peminat kereta bahawa jenis baru berada di pasaran. Hasilnya jualan kereta Ford jenis Sedan itu melambung. Udell (1966) pula dalam kajiannya mengenai tingkahlaku pembeli mendapati bahawa pengguna telah menggunakan majalah sebagai bahan rujukan samada untuk mendapatkan maklumat mengenai fesyen atau harga. Bittner (1986) ada mengatakan bahawa majalah menjadi saluran yang dominan bagi muda- mudi (teenager) untuk mendapat maklumat. Selain daripada itu, majalah juga katanya menjadi sumber maklumat kepada audien yang berumur antara lapan belas tahun hingga lima puluh tahun. Pembaca-pembaca yang berkelulusan tinggi dalam akademik juga lebih menyukai majalah berbanding dengan televisyen. Gamble (1986) pula berkata bahawa orang ramai bergantung kepada majalah untuk mendapatkan maklumat dan gambaran mengenai perang dunia kedua. Mengikut Persatuan Pengeluar-Pengeluar Majalah di Amerika Syarikat, purata edaran untuk majalah yang populat telah meningkat kepada 1.4 peratus dalam. enam bulan pertama pada tahun 1982. Dalam masa yang sama, jumlah edaran majalah meningkat daripada 63 peratus kepada 65 peratus 2 - 10
  • 20. COPYRIGHT @ UiTM da/am edaran juta. Edaran untuk seratus majalah popular telah meningkat dengan pesat sekali. Cutlip dan Center (1978) berkata pengedaran majalah adalah terhad jumlahnya. Majalah memperlihatkan kenyataan bahawa media mewujudkan pemisahan komuniti, di mana majalah berupaya menghantar mesej yang khusus kepada kumpulan audien yang khusus pula. Mengikut beliau, terdapat 1,445 majalah pengguna yang dibeli oleh publik umum, 8,000 jenis lagi majalah yang disediakan untuk khalayak khusus. Oaripada 4,477 majalah yang diterbitkan di USA, 1,445 adalah dikira sebagai majalah edaran umum, 522 majalah beroriantasikan pertanian, 1,133 majalah kolej. 459 majalah berbahasa asing dan 918 majalah etnik, agama dan kumpulan sosial (social group). Oi Malaysia, majalah adalah juga berupa salah satu daripada saluran maklumat. Terdapat berbagai majalah samada berbentuk akademik, sosial, politik, hiburan, sukan dan berbagai lagi. Majalah Perspektif dalam ruangan "Perspektif' nya memaparkan hasil penyelidikannya mendapati bahawa majalah-majalah berbentuk kartun, hiburan dan keremajaan-kewanitaan amat diminati oleh remaja sebagai sumber maklumat mereka. Antara majalah-majalah tersebut seperti Gila-Gila, Gelagat, Humour, URTV, Media Hiburan dan Jelita. 2.5 Buku Sebagai Sumber Maklumat Kepentingan buku kepada perkembangan tamadun i1mu memang telah banyak diperkatakan. Buku adalah bahan yang amat penting kepada pelajar-pelajar sama ada di peringkat persekolahan atau institusi pengajian tinggi. Pefajar memperofehi makfumat daripada buku- buku yang berbagai bidang sarna ada bidang sains, teknologi, sosial, ekonomi dan sebagainya lagi. 2 - 11
  • 21. COPYRIGHT @ UiTM Fox (1982) berkata buku adalah sumber maklumat yang murah. Kelebihannya ialah boleh menyimpan pelbagai maklumat dengan jumlah yang banyak dengan kadar yang lama. Hal ini tidak mampu dilakukan oleh media jenis lain terutamanya media elektronik. Seterusnya beliau menyatakan bahawa orang-orang muda di Britain telah membeli lebih daripada 1.5 juta naskah komik yang popular seperti Beano, Dandy, Shoot dan My Guy. Zigli (1984) pula menyatakan bahawa lebih kurang 99 juta orang dewasa di Amerika Syarikat (iaitu kira-kira 50%) daripada jumlah keseluruhan orang dewasa adalah membaca sekurang- kurangnya sebuah buku dalam masa seminggu. Enam puluh tiga peratus (63%) daripada kalangan orang yang berumur 16 tahun hingga 21. tahun adalah membaca buku dan lain-lain penerbitan, berbanding dengan 16.3 jam mereka menonton televisyen dan 16.4 jam mendengar radio. Bittner (1989) pula menyifatkan buku sebagai kawan yang amat" rapat. Ini kerana ianya tidak seperti radio dan televisyen, buku boleh diulang pembacaan untuk merujuk kepada maklumat yang telah dilupai. Beliau menyifatkan buku sebagai perkara yang paling penting dalam hidup manusia. Kita belajar dari buku, kita juga dihiburkan oleh buku dan kita pasti memiliki buku. Kajian-kajian yang diiakukan di Malaysia juga mendapati bahawa buku dibaca oleh ramai orang. Ini dinyatakan oleh Grenfell (1979), Mansor, Ramli dan Shawaluddin (1984) dan Fathi (1993). 2.6 Televisyen Sebagai Sumber Maklumat Media elektronik bermula pada tahun 1923 di Malaysia. Pada masa itu hanya perkhidmatan radio sahaja yang ada. Bagaimanapun dengan meningkatnya kemajuan teknologi komunikasi, televisyen diperkenalkan di Malaysia dan menjadi salah satu media yang paling popular beberapa tahun selepas ianya diperkenalkan. 2 - 12
  • 22. COPYRIGHT @ UiTM Grenfell (1979) dalam kajiannya ke atas.penonton komunikasi di Malaysia mendapati bahawa purata penonton televisyen di Malaysia adalah lebih kurang satu setengah kali ganda daripada jumlah pendengar radio. hampir semua kawasan yang berpenghuni di Malaysia menerima siaran televisyen. Media Indek 1975 pula melaporkan bahawa 28 peratus daripada orang dewasa di Malaysia memiliki peti televisyen di rumah masing-masing. mengikut Grenffel lagi, profail penonton televisyen di malaysia mengikut rangkaian tahun 1974 hingga 1975 adalah menunjukkan bahawa dua pertiga, iaitu kira-kira 65 peratus daripada penonton bagi rangkaian satu adalah Melayu, 26 peratus Cina dan 9 peratus India dan lain-lain kaum. Berko (1989) pula menyatakan bahawa kanak-kanak dan remaja dalam peringkat umur antara 6 tahun hingga 18 tahun secara puratanya menghabiskan kira-kira 15,000 jam hingga 16,000 jam masa di hadapan kaca televisyen. Dianggarkan bahawa 95 peratus rumah di Amerika Syarikat memiliki sekurang-kurangnya satu peti televisyen di rumah manakala 59 peratus lagi memiliki dua atau lebih peti televisyen di rumah. Fox (1981) pula menyatakan bahawa sehingga Mac 1982, dianggakan sejumlah 55 peratus daripada 83,531,900 isi rumah di Amerika Syarikat menerima sistem kabel televisyen dan sejumlah 23,219,200 adalah pelanggan sistem kabel televisyen. Fox menyatakan lagi, penyelidikan menunjukkan bahawa lebih daripada 90 peratus orang di Britain bergantung kepada televisyen sebagai sumber maklumat tentang peristiwa semasa, hiburan dan sebagainya. Mengikut Robert (1983), pada umur dua puluh tahun, maQusia sekarang akan terdedah kepada 20,000 jam menonton televisyen. Pada umur enam puluh lima tahun, adalah dijangkakan manusia akan memperuntukkan lebih kurang sembilan tahun daripada kehidupannya bagi digunakan untuk menonton televisyen. mengikut beliau lagi, tabiat tidur seseorang itu juga telah bertukar akibat penglibatannya dengan televisyen. Satu kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 40 peratus daripada waktu (ehat seseorang telah digunakan untuk menonton televisyen. 2 - 13
  • 23. COPYRIGHT @ UiTM Gamble (1986) pula menyifatkan televis.yen sebagai pengasuh bayi di rumah (baby sister at home). Ini kerana televisyen telah memberi kita perkhidmatan sebagai tetamu makan malam (dinner guest), guru dan ternan. 8eliau berkata lagi, kita dihiburkan oleh televisyen bahkan dalam hal-hal tertentu kita telah dibentuk oleh televisyen. Oi Amerika Syarikat katanya, televisyen dilayan sarna dengan lain-lain keperluan seperti keperluan pakaian, kelengkapan dapur, perabut dan lain-lain oleh masyarakat Amerika Syarikat. Mansor, Ramli dan Shawaluddin (1984) berkata televisyen menjadi saluran hiburan kepada berjuta-juta orang dan dalam masa yang sarna ianya boleh menyampaikan ucapan dan kata- kata seseorang pemimpin negara kepada rakyat. Selain itu ianya juga menjadi saluran maklumat ekonomi, di mana para peniaga memberitahu para pengguna mengenai barang- barang yang ingin dijual. Oi Amerika Syarikat televisyen menjadi sumber maklumat kepada masyarakat mulai tahun 1941 lagi. Thomson (1987) dalam kajiannya terhadap bentuk pembacaan remaja mendapati ramai remaja menghabiskan banyak masa menonton televisyen dan video dan sedikit sekali masa bagi membaca. Majoriti daripada mereka penonton televisyen lebih daripada 3 jam pada setiap malam. 2.7 Radio Sebagai Sumber Maklumat Fungsi radio sebagai sumber maklumat memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Selain daripada menghibur pendengar, radio juga dari semasa ke semasa memberitahu pendengar mengenai berita-berita semasa sarna ada dalam atau luar negeri. Kehadiran televisyen sebagai satu lagi kemajuan dalam teknologi media elektronik sebenarnya tidak pernah mengugat peranan yang dimainkan oleh radio. Grenfell (1979) memetik kenyataan oleh Gamal Abdul Nasser sebagai berkata bahawa radio telah menukar segala-galanya dalam kehidupan masyarakat. Oalam kajiannya terhadap pendengar radio di Malaysia, beliau menyatakan bahawa pendengar radio di Malaysia 2 - 14
  • 24. COPYRIGHT @ UiTM mendapat maklumat daripada perkhidmatan radio Malaysia dan perkhidmatan radio luar negeri seperti Singapura dan Thailand. Radio mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1930-an. Jabatan penyiaran diwujudkan pada tahun 1946, dan berkhidmat kepada Sememanjung Tanah Melayu dan Singapura. Grenfell seterusnya menjelaskan, pendengar radio di Malaysia pada tahun-tahun 1974 hingga 1975 adalah terdiri daripada 67 peratus orang-orang dewasa. Kesemua daripada mereka memiliki radio di rumah masing-masing. Fox (1981) pula berkata, radio adalah media elektronik yang ulung. Oi negara-negara miskin di mana rakyatnya tidak mampu untuk membeli peti televisyen, ataupun di negara tersebut bekalan tenaga elektriknya masih belum menguasai sebahagian besar kawasan-kawasan yang berpenghuni, radio adalah sumber maklumat utama bagi mereka. Beliau seterusnya menyatakan bahawa di Britain, kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rakyatnya mendengar berita melalui radio. Gamble (1986) pula berkata bahawa radio dimiliki oleh kira-kira 99 peratus isi rumah di Amerika Syarikat. Radio juga katanya dipasangkan pada kira-kira 95 peratus kereta di Amerika Syarikat. Bagi individu yang berumur 12 tahun ke atas, mereka mendengar radio sekurang-kurangnya 22 jam pada setiap minggu. pada masa ini, lebih kurang 457.5 juta set radio sedang beroperasi. Oleh yang demikian itu, Gamble mengistiJahkan masyarakat sekarang sebagai 'Sound Society' kerana radio adalah alat media yang telah mendominasikan pendengaran orang ramai. Windschuttle (1984) pula berkata, di Australia kira-kira 86 peratus daripada suri rumah mendengar radio. Mereka telah memperuntukkan banyak masa untuk mendengar radio. Beliau seterusnya memperincikannya sedemikian, perempuan berumur 18 tahun ke atas mendengar radio sebanyak 23 jam dalam seminggu. Lelaki berumur 18 tahun ke atas sebanyak 22 jam seminggu dan kanak-kanak serta 9010ngan remaja yang berumur antara 10 tahun hingga 17 tahun mendengar sebanyak 15 jam seminggu. Hal ini ada kebenarannya 2 - 15