SlideShare a Scribd company logo
Terapi Cara Kerja

KUNJUNGAN: 409 SEKSYEN: PERKHIDMATAN               - PERKHIDMATAN SOKONGAN

Terapi Cara Kerja



      Perkhidmatan terapi cara kerja melibatkan penilaian awal, perancangan,
      intervensi dan penilaian akhir kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-
      kanak. Perkhidmatan ini melibatkan aktiviti seperti:
      Menjalankan penilaian berstruktur kepada kanak-kanak yang mempunyai
      masalah dalam kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus
      Berfokus kepada aktiviti kemahiran motor halus dalam pembelajaran kanak-
      kanak seperti memegang pensel, menggunting, aktiviti seni lukis, memanik dan
      aktiviti koordinasi mata dan tangan
      Menjalankan terapi secara individu bagi menilai kemahiran motor halus dan
      aktiviti yang melibatkan manipulasi tangan
      Menjalankan terapi secara berkumpulan dengan memerhatikan kemahiran
      pergerakan dan imbangan badan kanak-kanak semasa melakukan aktiviti
      kemahiran motor kasar ketika bermain bersama rakan
      Menjalankan pemantauan ke sekolah yang mempunyai kanak-kanak masalah
      fizikal serta memberi cadangan yang membantu kepada guru atau pihak sekolah
      tentang keperluan kanak-kanak tersebut



Proses Perkhidmatan Terapi Cara Kerja

Penilaian awal

Menjalankan proses temubual bersama ibu bapa atau penjaga untuk mengumpul
maklumat klien

Menjalankan pemerhatian berstruktur terhadap klien untuk mengenalpasti masalah
spesifik yang boleh dibantu daripada segi terapi cara kerja
Perancangan

Intervensi

      Melaksanakan intervensi terapi cara kerja mengikut perancangan berkala
      Memerhatikan perkembangan klien selepas intervensi terapi cara kerja
      dijalankan secara berkala
      Melakukan lawatan ke sekolah untuk memantau aktiviti klien serta
      persekitarannya di sekolah

Penilaian akhir

Menilai keberkesanan intervensi terapi cara kerja yang telah dilaksanakan

Membuat penambahbaikan intervensi mengikut keperluan dan keutamaan klien
a) Terapi pertuturan

kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam
menyebut perkataan dan berkomunikasi.

membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu

antara aktiviti terapi pertuturan ialah : - latihan lisan.

- meniup belon.

- meniup kertas di atas air.

- mengetap bibir ; dan sebagainya.



b) Terapi Fizikal (fisioterapi)

memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan Khas. Ia
bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor.
Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran
motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.

c) Terapi Carakerja

merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan
intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus
kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid
mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.

d) Terapi muzik

bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru
menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.

terapi ini digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis.

aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik,
memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama.

murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi
ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun.
Terapi Muzik

Tuesday, December 06, 2011 Cik Nad 1 comment

Pendahuluan

¢Muzik adalah kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyian daripada
alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni.

¢Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu mampu menukar
emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang
tidak boleh dikawal akhlaknya.Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa
seseorang insan.




Definisi

¢Satu terapi yang mana banyak menglibatkan pergerakan anggota badan seperti jari,
mulut, kaki , tangan dan sebagainya.

¢Terapi muzik dan nyanyian merupakan satu kaedah untuk membantu seseorang
pelajar untuk bertindak balas terhadap aktiviti pelajaran yang diajarkan. Aktiviti terapi
muzik dan nyanyian kebiasaannya di lakukan sama ada di dalam kelas mahupun di luar
kelas.



Kepentingan

¢Dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan
terutamanya bagi kelas pendidikan khas.

¢ Guru perlulah kreatif semasa mengaplikasikan terapi ini di dalam kelas.

¢Dapat menarik minat dan perhatian murid sewaktu dalam proses pembelajaran.

—terapi ini boleh digunakan khusus untuk murid yang hipoaktif yang mana sukar untuk
melibatkan diri di dalam kelas.

¢Dapat membantu murid dalam meningkatkan lagi fungsi kognitif melalui nyanyian yang
diajarkan.

—Murid akan dapat menghafal huruf a hingga z melalui nyanyian.
¢Dapat meningkatkan lagi kemahiran bersosialisasi dan bergaul di dalam masyarakat.

¢ Seharusnya semasa guru menjalankan aktiviti yang melibatkan terapi muzik dan
nyanyian ini , guru mestilah melibatkan semua murid di dalam kelas tersebut .

¢Dapat menambahkan lagi kemahiran pengamatan murid terutamanya bagi
pengamatan penglihatan dan pendengaran.

—semasa guru menayangkan video nyanyian kepada murid, murid akan mendengar
dan melihat tayangan tersebut.

¢Dapat meningkatkan lagi kemahiran pengamatan murid khususnya bagi murid autisma.

—Ini adalah kerana , murid autisma mempunyai daya tumpu yang sangat sedikit.



Aktiviti

•Menyanyi lagu „abc‟ dan lagu kanak- kanak di dalam kelas.

•Bermain alat muzik.

•Menyanyi sambil menggerakkan mulut



Kesimpulan

¢Melalui aktiviti terapi nyanyian dan muzik dapat membantu murid dalam
mengembangkan fungsi mereka di dalam masyarakat.

¢Selain itu juga, aktiviti terapi sebegini juga dapat meningkatkan keyakinan dalam diri
dan dapat membantu murid yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran
motor kasar dan motor halus.

¢Melalui aktiviti sebegini juga, murid juga akan dapat mewujudkan pergaulan dan
interaksi yang sihat sesama sendiri dan di dalam masyarakat .
Terapi seni visual

LATAR BELAKANG TERAPI SENI



Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi
dan sahsiah, tetapi, negara-negara Barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great
Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari
di sekolah, kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi
karier kategori profesional.



Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan
psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan
dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan
yang amat berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis
dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang
kemudiannya dilantik sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan.Mereka ini
mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu,
kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap.Sehinggalah June 1980 di
hospital hospital dan pada 1990, National Joint Service for Social services hanya
mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan Terapi seni.Maka semakin
berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.



Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya „Teori Perkembangan Kanak-
kanak‟ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak
yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang
tersirat.Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih
pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa.



Victor Lowen Seld mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat
dan tersirat.Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan
terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar.



Michael Samuel M. D. Dalam bukunya „Art as a Healing Force‟ pula, sentiasa
menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau
menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil.Menurut beliau, Seni visual
merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan menjadi
pemangkin sahsiah manusia.




MATLAMAT TERAPI SENI



Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan
dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi.
Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru
dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”.( Judith Peck )



Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) Siapa yang bertanggungjawab dari Art atau ekspresif
Therapist dalam setting sekolah adalah untuk membantu pelajar mengekspresikan
konflik dalaman mereka, sementara membina kemampuan mereka untuk
melaksanakan perubahan.



PENGERTIAN TERAPI SENI VISUAL




Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalankan
kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza.Seni visual ialah hasil
karya seseorang individu dengan menggunakan pelbagai teknik dalam seni.misalnya,
teknik melukis, mewarna, menampal, dan mencantum dalam bentuk sama ada satu,
dua atau tiga matra. oleh itu terapi seni visual boleh didefinisikan sebagai satu kaedah
rawatan yang menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas
individu untuk menghasilkan produk.

Tokoh profesional dalam terapi seni iaitu Waller dan Gilroy, 1992 mengatakan terapi
seni suatu bentuk terapi di mana pembuatan citra visual di hadapan seorang terapis
seni berkualiti memberikan sumbangan terhadap eksternalisasi fikiran dan perasaan
yang dinyatakan akan tetap terpendam. Gambar mungkin mempunyai diagnostik serta
fungsi terapeutik pada bahawa mereka menyediakan pesakit dan terapis dengan rekod
terlihat sesi dan memberikan penunjuk untuk rawatan lebih lanjut.

Terapi seni itu sendiri sebenarnya bermaksud sebagai1 kaedah rawatan yang
menggunakan media sevi tampak sebagai alatan rawatannya.



KEPENTINGAN TERAPI SENI DALAM PENDIDIKAN KHAS



Antara kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas terutama bagi kanak-kanak
bermasalah pembelajaran ialah:

    1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar

    2. Meluahkan perasaan

    3. Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti

    4. Menguatkan daya imaginasi

    5. Menguatkan motor kasar dan motor halus

    6. Memperkembangkan bakat yang sedia ada

    7. Menghayati nilai seni




Terapi seni ini sememangnya memberi banyak faedah kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran. Meskipun kita lihat terapi seni memberi banyak manfaat kepada insan
khas, tetapi dalam pelaksanaan aktiviti seni bukanlah mudah seperti apa yang kita
jangkakan. Semasa melakukan aktiviti seni, kita perlu bersedia membimbing kanak-
kanak khas. Hal ini kerana, kita akan berhadapan dengan banyak masalah sewaktu
melakukan aktiviti seni. Antara masalah yang bakal kita hadapi ialah:

    1. Masalah pengamatan murid-murid khas

    2. Masalah koordinasi motor kasar dan motor halus

    3. Masalah komunikasi

    4. Masalah sosialisasi
5. Masalah imaginasi

6. Masalah pemahaman konsep
Apa itu terapi pergerakan kreatif??




Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.




Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu
berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan,
dan pengucapan melalui pergerakan.



·

    Aspek pergerakan kreatif



     a) lokomotor



pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan
berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

contoh pergerakan lokomotor

          i) berjalan

          ii) melompat

          iii) merangkak




     b) bukan lokomotor
pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau
juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik.

contoh pergerakan bukan lokomotor

       i) berlari setempat

       ii) melompat setempat

       iii) imbangan bangau




   c) manipulasi alatan



manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk
pergerakan

kemahira ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi
sesuatu objek.

contoh manipulasi alatan

        i) melantun bola ambil berjalan

        ii) memusingkan gelung dengan tangan

        iii) skipping sambil berjalan



  Tema pergerakan



  Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran
dan pembelajaran




  Tema 1 : Kesedaran tubuh badan

Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa
Tema 3 : Kesedaran ruang

Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa

Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan.

Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat.

Tema 7 : Lapan lakuan daya asas

Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.

Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.

Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.

Tema 11 : Orientasi ruang

Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.

Tema 13 : Penaikan dari lantai.

Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.

Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.

Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.




Kepentingan terapi pergerakan kreatif



a) meningkatkan kecerdasan

b) meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa

c) meningkatkan kemahiran bertutur

d) meninkatkan kreativiti
·   Aktiviti yang boleh dilakukan



-     Gimrama

-     Tarian moden

-     Tarian tradisional

-     Pergerakan berkumpulan dan berpasangan
Terapi Main

Tuesday, December 06, 2011 Cik Nad No comments

KONSEP BERMAIN



•Permainan ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut
peraturan-peraturan tertentu. Kanak-kanak lebih tertarik dan sangat berminat membuat
sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah dengan cara bermain. Permainan selalunya
dikaitkan dengan kanak-kanak yang dianggap oleh orang dewasa sebagai satu
perbuatan yang membuang masa dan tidak produktif. Sebaliknya jika kita kaji,
permainan adalah satu aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam
perkembangan sahsiah pertumbuhan fizikal dan ia adalah keperluan khas kanak-kanak.

•Mengikut Kamus Dewan „bermain‟ adalah suatu yang dilakukan oleh seseorang untuk
bersenang lenang dan bersuka-suka dengan menggunakan alatan ataupun
tidak.Permainan selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa
mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain mereka menggunakan pancaindera
dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaikan
masalah. Bermain menampakkan suatu proses yang mendatangkan kesukaan. Dengan
kata lain kanak-kanak itu akan membuat sesuatu kerana ia suka berbuat demikian dan
berhenti apabila dia telah bosan, maka aktiviti-aktiviti tersebut boleh dikatakan bermain.

•Caplan and Caplan (1973), mentakrifkan bermain sebagai penentu penting bagi
perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek.
Aktiviti-aktiviti bermain dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan
ketangkasan.

• Apabila konsep main dicantumkan dengan belajar, maka ia menjadi „belajar melalui
bermain‟. Sebagai contoh apabila kanak-kanak itu bermain sesuatu permainan sahibba,
mereka dapat membina dan menambah perbendaharaan kata dan aktiviti matematik
iaitu menjumlah setiap markah yang di perolehi.Sahsiah yang baik juga terbentuk
melalui kerjasama, toleransi, saling hormat menghormati dan bersedia menerima
kekalahan.



KONSEP TERAPI PERMAINAN
•Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan
untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan emosional.
Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari mengamati orang lain
atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar dan memerlukan
pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan.



CADANGAN MEMULAKAN TERAPI PERMAINAN



1. Pilih tempat /persekitaran yang kondusif:

•Mulakan dengan dekorasi yang kondusif, seperti meletakkan tikar getah sebagai
penanda itu kawasan bermain, meminimakan gangguan bunyi dan visual seperti TV
dan radio. Berikan mereka rasa selesa untuk bermain.



2. Pilih masa yang sesuai untuk bermain.:

•Pilih masa yang sesuai bukan masa mereka keletihan atau tidur makan mereka
sebaliknya pilihlah masa selepas tidur atau masa segar mereka. Semasa bermain,
apabila kanak-kanak ini kelihatan bosan dan letih, usah paksa mereka untuk
meneruskannya.Ambil masa selang 5 minit misalnya dan menambah tempoh tersebut.
Cara ini bukan sahaja menimbulkan minat bermain mereka namun juga memanjangkan
tumpuan mereka menyiapkan aktiviti bermain itu..



3. Gantikan alat permainan baru.

•Mulakan dengan alat permainan mudah dan yang menarik minat mereka dan secara
beransur-ansur tambahkan alat permainan tersebut sesuai denngan perkembangan
kognitif mereka.



4. Fleksibel
•Aktiviti bermain bukan sahaja pada masa dan tempat tertentu atau yang telah
ditetapkan sahaja. Aktiviti bermain boleh dilaksanakan ketika shopping, memandu,
membuat kek, ketika membasuh rumah atau menyidai kain dll.



5. Lepaskan mereka.

•Setelah kita memberikan sokongan dan peranan ketika bermain bersama, beri mereka
peluang bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka mahu lakukan sehinggahlah
mereka mahu keterlibatan kita(ibu bapa@guru).



Terapi Bermain Bagi Rawatan Kanak-kanak Penting

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Terapi secara bermain bagi kanak-kanak
adalah penting supaya mereka tidak mengalami trauma semasa dirawat di hospital,
kata Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.



Beliau berkata oleh itu pihak penjagaan kesihatan profesional awam dan swasta perlu
menyediakan pusat rawatan yang mesra keluarga kepada kanak-kanak yang menjalani
rawatan.



"Profesional dalam penjagaan kesihatan perlu mengetahui keperluan dalam penjagaan
kesihatan di kalangan kanak-kanak kerana semasa dirawat di hospital, mereka boleh
merasa tekanan dan trauma kerana tidak lagi berada di persekitaran rumah sendiri,"
katanya semasa melancarkan bengkel terapi bermain untuk penjagaan kesihatan
kanak-kanak, di sini hari Jumaat.



Dr Zaininah berkata kanak-kanak tidak akan merasa takut dan bimbang apabila
bermain.



"Semasa terapi, mereka boleh bermain dengan permainan alat perubatan, anak patung,
patung binatang dan membaca buku mengenai pengalaman penjagaan kesihatan,"
katanya.
Beliau berkata bengkel tersebut merupakan inisiatif Persatuan Kebangsaan Penjagaan
Kesihatan Kanak-kanak bagi menggalakkan persekitaran mesra kanak-kanak di pusat-
pusat penjagaan kesihatan.



Apa itu terapi pasir??




Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu
untuk meneroka hal-hail berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam.




Terapi ini secara tidak langung memberi peluang kepada individu untuk meluahkan apa
yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan.




Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih rileks.




Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir
menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau
ketegangan dapat dikeluarkan.




Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol
terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.
Tujuan terapi pasir



Melatih daya kreativiti kanak-kanak

Menghilangkan rasa marah

Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu

Meningkatkan keyakinan diri

Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak




Kepentingan terapi pasir



membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi

merangsang pemikiran murid

menguranan tekanan emosi

membantu meningkatkan kemahiran sosial
Terapi cara kerja

More Related Content

What's hot

Falsafah Pendidikan Khas
Falsafah Pendidikan KhasFalsafah Pendidikan Khas
Falsafah Pendidikan Khas
S.K.Batu Empat (1)
 
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
bab 6 stratifikasi sosial.pdfbab 6 stratifikasi sosial.pdf
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
NurulHudaHusin
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
ANiS ADiBaH
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Jenry Saiparudin
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
hudhud321
 
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatanSebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
firo HAR
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Aina Azrina
 
PERANAN KIWANIS
PERANAN KIWANISPERANAN KIWANIS
PERANAN KIWANIS
farah azrin
 
Tajuk 4 -pergerakan
Tajuk 4 -pergerakanTajuk 4 -pergerakan
Tajuk 4 -pergerakan
jazminafatinjohari
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranHidayah Azhar
 
Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikan
Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikanKepentingan inovasi dan perubahan pendidikan
Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikan
NanHm
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
Wany Hardy
 
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k KKamal Ludin
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
shafidaosman
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
FazHani Faz
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKaren So Yongfen
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
awin awin
 
Teori Konstruktivisme
Teori KonstruktivismeTeori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme
Izzati Zamburi
 
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang
 

What's hot (20)

Falsafah Pendidikan Khas
Falsafah Pendidikan KhasFalsafah Pendidikan Khas
Falsafah Pendidikan Khas
 
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
bab 6 stratifikasi sosial.pdfbab 6 stratifikasi sosial.pdf
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatanSebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 
PERANAN KIWANIS
PERANAN KIWANISPERANAN KIWANIS
PERANAN KIWANIS
 
Tajuk 4 -pergerakan
Tajuk 4 -pergerakanTajuk 4 -pergerakan
Tajuk 4 -pergerakan
 
Masalah tingkahlaku
Masalah tingkahlakuMasalah tingkahlaku
Masalah tingkahlaku
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
 
Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikan
Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikanKepentingan inovasi dan perubahan pendidikan
Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikan
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Teori Konstruktivisme
Teori KonstruktivismeTeori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme
 
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
Kreativiti Dalam Pengajaran (Razana 2011)
 

Viewers also liked

audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasShikin Shukri
 
terapi-dalam-pendidikan-pemulihan
terapi-dalam-pendidikan-pemulihanterapi-dalam-pendidikan-pemulihan
terapi-dalam-pendidikan-pemulihanfariezzaim
 
LANGKAH LANGKAH MELAKUKAN KONSELING REHABILITASI KLINIS
LANGKAH LANGKAH MELAKUKAN KONSELING REHABILITASI KLINISLANGKAH LANGKAH MELAKUKAN KONSELING REHABILITASI KLINIS
LANGKAH LANGKAH MELAKUKAN KONSELING REHABILITASI KLINIS
Husna Sholihah
 
Borang kaji selidik t3 assistive technology
Borang kaji selidik t3 assistive technologyBorang kaji selidik t3 assistive technology
Borang kaji selidik t3 assistive technology
Suziana Kamaruddin
 
Terapi main
Terapi mainTerapi main
Terapi main
Xiami Lee
 
Multidisciplinary Management of Cerebral Palsy
Multidisciplinary Management of Cerebral PalsyMultidisciplinary Management of Cerebral Palsy
Multidisciplinary Management of Cerebral Palsy
Maheshwaran Selva Kumaran
 
Presentation of cerebral palsy
Presentation of cerebral palsyPresentation of cerebral palsy
Presentation of cerebral palsy
Srinath Gupta
 
Cerebral palsy
Cerebral palsyCerebral palsy
Cerebral palsy
Dr Slayer
 
Cerebral Palsy: PT assessment and Management
Cerebral Palsy: PT assessment and ManagementCerebral Palsy: PT assessment and Management
Cerebral Palsy: PT assessment and Management
Surbala devi
 
Cerebral Palsy
Cerebral PalsyCerebral Palsy
Cerebral Palsy
Ida Corvera
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 

Viewers also liked (14)

audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
 
terapi-dalam-pendidikan-pemulihan
terapi-dalam-pendidikan-pemulihanterapi-dalam-pendidikan-pemulihan
terapi-dalam-pendidikan-pemulihan
 
Assignment terapi
Assignment terapiAssignment terapi
Assignment terapi
 
Terapi snoezelen
Terapi snoezelenTerapi snoezelen
Terapi snoezelen
 
LANGKAH LANGKAH MELAKUKAN KONSELING REHABILITASI KLINIS
LANGKAH LANGKAH MELAKUKAN KONSELING REHABILITASI KLINISLANGKAH LANGKAH MELAKUKAN KONSELING REHABILITASI KLINIS
LANGKAH LANGKAH MELAKUKAN KONSELING REHABILITASI KLINIS
 
Borang kaji selidik t3 assistive technology
Borang kaji selidik t3 assistive technologyBorang kaji selidik t3 assistive technology
Borang kaji selidik t3 assistive technology
 
Terapi main
Terapi mainTerapi main
Terapi main
 
Multidisciplinary Management of Cerebral Palsy
Multidisciplinary Management of Cerebral PalsyMultidisciplinary Management of Cerebral Palsy
Multidisciplinary Management of Cerebral Palsy
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Presentation of cerebral palsy
Presentation of cerebral palsyPresentation of cerebral palsy
Presentation of cerebral palsy
 
Cerebral palsy
Cerebral palsyCerebral palsy
Cerebral palsy
 
Cerebral Palsy: PT assessment and Management
Cerebral Palsy: PT assessment and ManagementCerebral Palsy: PT assessment and Management
Cerebral Palsy: PT assessment and Management
 
Cerebral Palsy
Cerebral PalsyCerebral Palsy
Cerebral Palsy
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 

Similar to Terapi cara kerja

Nota PKU 3031
Nota PKU 3031Nota PKU 3031
Nota PKU 3031
AlexsonHawell
 
14066683 terapi-muzik-dan-seni-suaian
14066683 terapi-muzik-dan-seni-suaian14066683 terapi-muzik-dan-seni-suaian
14066683 terapi-muzik-dan-seni-suaian
Norbaizura Md Isa
 
Terapi modalitas pada anak usia sekolah
Terapi modalitas pada anak usia sekolahTerapi modalitas pada anak usia sekolah
Terapi modalitas pada anak usia sekolah
Amalia Senja
 
Terapi Modalitas Kep Jiwa.pptx
Terapi Modalitas Kep Jiwa.pptxTerapi Modalitas Kep Jiwa.pptx
Terapi Modalitas Kep Jiwa.pptx
SugarPlum34
 
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfPSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
Maizatul Mansor
 
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensiJelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensiPensil Dan Pemadam
 
Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4
Amy Itsukey
 
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
saiful_7304
 
Family_Therapy presentation for colleges
Family_Therapy presentation for collegesFamily_Therapy presentation for colleges
Family_Therapy presentation for colleges
ParulianGultom2
 
Rehabilitatif Psikitri Dalam Komuniti
Rehabilitatif Psikitri Dalam KomunitiRehabilitatif Psikitri Dalam Komuniti
Rehabilitatif Psikitri Dalam Komuniti
Muhammad Nasrullah
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Mazli Jaafar
 
Ceramah d lenga celik akal pemimpin
Ceramah d lenga celik akal pemimpinCeramah d lenga celik akal pemimpin
Ceramah d lenga celik akal pemimpin
Mohd Fadhli
 
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanWAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
Ieqa Swetluv
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
Munirah Ali
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Herney Aqilah Kay
 
K7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptx
K7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptxK7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptx
K7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptx
PJ0621MuhammadNaufal
 
Pengertian-Guru-Bimbingan-Konseling (1).pptx
Pengertian-Guru-Bimbingan-Konseling (1).pptxPengertian-Guru-Bimbingan-Konseling (1).pptx
Pengertian-Guru-Bimbingan-Konseling (1).pptx
margo183291
 

Similar to Terapi cara kerja (20)

Nota PKU 3031
Nota PKU 3031Nota PKU 3031
Nota PKU 3031
 
14066683 terapi-muzik-dan-seni-suaian
14066683 terapi-muzik-dan-seni-suaian14066683 terapi-muzik-dan-seni-suaian
14066683 terapi-muzik-dan-seni-suaian
 
59327532 nota-pku-3109
59327532 nota-pku-310959327532 nota-pku-3109
59327532 nota-pku-3109
 
Terapi modalitas pada anak usia sekolah
Terapi modalitas pada anak usia sekolahTerapi modalitas pada anak usia sekolah
Terapi modalitas pada anak usia sekolah
 
Terapi Modalitas Kep Jiwa.pptx
Terapi Modalitas Kep Jiwa.pptxTerapi Modalitas Kep Jiwa.pptx
Terapi Modalitas Kep Jiwa.pptx
 
Makalah terapi okupasi
Makalah terapi okupasiMakalah terapi okupasi
Makalah terapi okupasi
 
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfPSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
 
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensiJelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
 
Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4Pengenalanpsv4
Pengenalanpsv4
 
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
 
Family_Therapy presentation for colleges
Family_Therapy presentation for collegesFamily_Therapy presentation for colleges
Family_Therapy presentation for colleges
 
Tarian joget
Tarian jogetTarian joget
Tarian joget
 
Rehabilitatif Psikitri Dalam Komuniti
Rehabilitatif Psikitri Dalam KomunitiRehabilitatif Psikitri Dalam Komuniti
Rehabilitatif Psikitri Dalam Komuniti
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
Ceramah d lenga celik akal pemimpin
Ceramah d lenga celik akal pemimpinCeramah d lenga celik akal pemimpin
Ceramah d lenga celik akal pemimpin
 
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanWAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
 
K7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptx
K7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptxK7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptx
K7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptx
 
Pengertian-Guru-Bimbingan-Konseling (1).pptx
Pengertian-Guru-Bimbingan-Konseling (1).pptxPengertian-Guru-Bimbingan-Konseling (1).pptx
Pengertian-Guru-Bimbingan-Konseling (1).pptx
 

Terapi cara kerja

  • 1. Terapi Cara Kerja KUNJUNGAN: 409 SEKSYEN: PERKHIDMATAN - PERKHIDMATAN SOKONGAN Terapi Cara Kerja Perkhidmatan terapi cara kerja melibatkan penilaian awal, perancangan, intervensi dan penilaian akhir kemahiran motor kasar dan motor halus kanak- kanak. Perkhidmatan ini melibatkan aktiviti seperti: Menjalankan penilaian berstruktur kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus Berfokus kepada aktiviti kemahiran motor halus dalam pembelajaran kanak- kanak seperti memegang pensel, menggunting, aktiviti seni lukis, memanik dan aktiviti koordinasi mata dan tangan Menjalankan terapi secara individu bagi menilai kemahiran motor halus dan aktiviti yang melibatkan manipulasi tangan Menjalankan terapi secara berkumpulan dengan memerhatikan kemahiran pergerakan dan imbangan badan kanak-kanak semasa melakukan aktiviti kemahiran motor kasar ketika bermain bersama rakan Menjalankan pemantauan ke sekolah yang mempunyai kanak-kanak masalah fizikal serta memberi cadangan yang membantu kepada guru atau pihak sekolah tentang keperluan kanak-kanak tersebut Proses Perkhidmatan Terapi Cara Kerja Penilaian awal Menjalankan proses temubual bersama ibu bapa atau penjaga untuk mengumpul maklumat klien Menjalankan pemerhatian berstruktur terhadap klien untuk mengenalpasti masalah spesifik yang boleh dibantu daripada segi terapi cara kerja
  • 2. Perancangan Intervensi Melaksanakan intervensi terapi cara kerja mengikut perancangan berkala Memerhatikan perkembangan klien selepas intervensi terapi cara kerja dijalankan secara berkala Melakukan lawatan ke sekolah untuk memantau aktiviti klien serta persekitarannya di sekolah Penilaian akhir Menilai keberkesanan intervensi terapi cara kerja yang telah dilaksanakan Membuat penambahbaikan intervensi mengikut keperluan dan keutamaan klien
  • 3. a) Terapi pertuturan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu antara aktiviti terapi pertuturan ialah : - latihan lisan. - meniup belon. - meniup kertas di atas air. - mengetap bibir ; dan sebagainya. b) Terapi Fizikal (fisioterapi) memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan. c) Terapi Carakerja merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya. d) Terapi muzik bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid. terapi ini digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis. aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama. murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun.
  • 4. Terapi Muzik Tuesday, December 06, 2011 Cik Nad 1 comment Pendahuluan ¢Muzik adalah kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni. ¢Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya.Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan. Definisi ¢Satu terapi yang mana banyak menglibatkan pergerakan anggota badan seperti jari, mulut, kaki , tangan dan sebagainya. ¢Terapi muzik dan nyanyian merupakan satu kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bertindak balas terhadap aktiviti pelajaran yang diajarkan. Aktiviti terapi muzik dan nyanyian kebiasaannya di lakukan sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Kepentingan ¢Dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan terutamanya bagi kelas pendidikan khas. ¢ Guru perlulah kreatif semasa mengaplikasikan terapi ini di dalam kelas. ¢Dapat menarik minat dan perhatian murid sewaktu dalam proses pembelajaran. —terapi ini boleh digunakan khusus untuk murid yang hipoaktif yang mana sukar untuk melibatkan diri di dalam kelas. ¢Dapat membantu murid dalam meningkatkan lagi fungsi kognitif melalui nyanyian yang diajarkan. —Murid akan dapat menghafal huruf a hingga z melalui nyanyian.
  • 5. ¢Dapat meningkatkan lagi kemahiran bersosialisasi dan bergaul di dalam masyarakat. ¢ Seharusnya semasa guru menjalankan aktiviti yang melibatkan terapi muzik dan nyanyian ini , guru mestilah melibatkan semua murid di dalam kelas tersebut . ¢Dapat menambahkan lagi kemahiran pengamatan murid terutamanya bagi pengamatan penglihatan dan pendengaran. —semasa guru menayangkan video nyanyian kepada murid, murid akan mendengar dan melihat tayangan tersebut. ¢Dapat meningkatkan lagi kemahiran pengamatan murid khususnya bagi murid autisma. —Ini adalah kerana , murid autisma mempunyai daya tumpu yang sangat sedikit. Aktiviti •Menyanyi lagu „abc‟ dan lagu kanak- kanak di dalam kelas. •Bermain alat muzik. •Menyanyi sambil menggerakkan mulut Kesimpulan ¢Melalui aktiviti terapi nyanyian dan muzik dapat membantu murid dalam mengembangkan fungsi mereka di dalam masyarakat. ¢Selain itu juga, aktiviti terapi sebegini juga dapat meningkatkan keyakinan dalam diri dan dapat membantu murid yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. ¢Melalui aktiviti sebegini juga, murid juga akan dapat mewujudkan pergaulan dan interaksi yang sihat sesama sendiri dan di dalam masyarakat .
  • 6. Terapi seni visual LATAR BELAKANG TERAPI SENI Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi dan sahsiah, tetapi, negara-negara Barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori profesional. Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan.Mereka ini mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap.Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990, National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan Terapi seni.Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini. Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya „Teori Perkembangan Kanak- kanak‟ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang tersirat.Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor Lowen Seld mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat.Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar. Michael Samuel M. D. Dalam bukunya „Art as a Healing Force‟ pula, sentiasa menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil.Menurut beliau, Seni visual
  • 7. merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan menjadi pemangkin sahsiah manusia. MATLAMAT TERAPI SENI Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”.( Judith Peck ) Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) Siapa yang bertanggungjawab dari Art atau ekspresif Therapist dalam setting sekolah adalah untuk membantu pelajar mengekspresikan konflik dalaman mereka, sementara membina kemampuan mereka untuk melaksanakan perubahan. PENGERTIAN TERAPI SENI VISUAL Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalankan kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza.Seni visual ialah hasil karya seseorang individu dengan menggunakan pelbagai teknik dalam seni.misalnya, teknik melukis, mewarna, menampal, dan mencantum dalam bentuk sama ada satu, dua atau tiga matra. oleh itu terapi seni visual boleh didefinisikan sebagai satu kaedah rawatan yang menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk. Tokoh profesional dalam terapi seni iaitu Waller dan Gilroy, 1992 mengatakan terapi seni suatu bentuk terapi di mana pembuatan citra visual di hadapan seorang terapis seni berkualiti memberikan sumbangan terhadap eksternalisasi fikiran dan perasaan yang dinyatakan akan tetap terpendam. Gambar mungkin mempunyai diagnostik serta
  • 8. fungsi terapeutik pada bahawa mereka menyediakan pesakit dan terapis dengan rekod terlihat sesi dan memberikan penunjuk untuk rawatan lebih lanjut. Terapi seni itu sendiri sebenarnya bermaksud sebagai1 kaedah rawatan yang menggunakan media sevi tampak sebagai alatan rawatannya. KEPENTINGAN TERAPI SENI DALAM PENDIDIKAN KHAS Antara kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas terutama bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah: 1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar 2. Meluahkan perasaan 3. Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti 4. Menguatkan daya imaginasi 5. Menguatkan motor kasar dan motor halus 6. Memperkembangkan bakat yang sedia ada 7. Menghayati nilai seni Terapi seni ini sememangnya memberi banyak faedah kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Meskipun kita lihat terapi seni memberi banyak manfaat kepada insan khas, tetapi dalam pelaksanaan aktiviti seni bukanlah mudah seperti apa yang kita jangkakan. Semasa melakukan aktiviti seni, kita perlu bersedia membimbing kanak- kanak khas. Hal ini kerana, kita akan berhadapan dengan banyak masalah sewaktu melakukan aktiviti seni. Antara masalah yang bakal kita hadapi ialah: 1. Masalah pengamatan murid-murid khas 2. Masalah koordinasi motor kasar dan motor halus 3. Masalah komunikasi 4. Masalah sosialisasi
  • 9. 5. Masalah imaginasi 6. Masalah pemahaman konsep
  • 10. Apa itu terapi pergerakan kreatif?? Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan. · Aspek pergerakan kreatif a) lokomotor pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. contoh pergerakan lokomotor i) berjalan ii) melompat iii) merangkak b) bukan lokomotor
  • 11. pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. contoh pergerakan bukan lokomotor i) berlari setempat ii) melompat setempat iii) imbangan bangau c) manipulasi alatan manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan kemahira ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek. contoh manipulasi alatan i) melantun bola ambil berjalan ii) memusingkan gelung dengan tangan iii) skipping sambil berjalan Tema pergerakan Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran Tema 1 : Kesedaran tubuh badan Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa
  • 12. Tema 3 : Kesedaran ruang Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan. Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat. Tema 7 : Lapan lakuan daya asas Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan. Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan. Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas. Tema 11 : Orientasi ruang Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan. Tema 13 : Penaikan dari lantai. Tema 14 : Kesedaran berkumpulan. Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan. Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan. Kepentingan terapi pergerakan kreatif a) meningkatkan kecerdasan b) meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa c) meningkatkan kemahiran bertutur d) meninkatkan kreativiti
  • 13. · Aktiviti yang boleh dilakukan - Gimrama - Tarian moden - Tarian tradisional - Pergerakan berkumpulan dan berpasangan
  • 14. Terapi Main Tuesday, December 06, 2011 Cik Nad No comments KONSEP BERMAIN •Permainan ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut peraturan-peraturan tertentu. Kanak-kanak lebih tertarik dan sangat berminat membuat sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah dengan cara bermain. Permainan selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak yang dianggap oleh orang dewasa sebagai satu perbuatan yang membuang masa dan tidak produktif. Sebaliknya jika kita kaji, permainan adalah satu aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan sahsiah pertumbuhan fizikal dan ia adalah keperluan khas kanak-kanak. •Mengikut Kamus Dewan „bermain‟ adalah suatu yang dilakukan oleh seseorang untuk bersenang lenang dan bersuka-suka dengan menggunakan alatan ataupun tidak.Permainan selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain mereka menggunakan pancaindera dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaikan masalah. Bermain menampakkan suatu proses yang mendatangkan kesukaan. Dengan kata lain kanak-kanak itu akan membuat sesuatu kerana ia suka berbuat demikian dan berhenti apabila dia telah bosan, maka aktiviti-aktiviti tersebut boleh dikatakan bermain. •Caplan and Caplan (1973), mentakrifkan bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek. Aktiviti-aktiviti bermain dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. • Apabila konsep main dicantumkan dengan belajar, maka ia menjadi „belajar melalui bermain‟. Sebagai contoh apabila kanak-kanak itu bermain sesuatu permainan sahibba, mereka dapat membina dan menambah perbendaharaan kata dan aktiviti matematik iaitu menjumlah setiap markah yang di perolehi.Sahsiah yang baik juga terbentuk melalui kerjasama, toleransi, saling hormat menghormati dan bersedia menerima kekalahan. KONSEP TERAPI PERMAINAN
  • 15. •Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan emosional. Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari mengamati orang lain atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar dan memerlukan pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan. CADANGAN MEMULAKAN TERAPI PERMAINAN 1. Pilih tempat /persekitaran yang kondusif: •Mulakan dengan dekorasi yang kondusif, seperti meletakkan tikar getah sebagai penanda itu kawasan bermain, meminimakan gangguan bunyi dan visual seperti TV dan radio. Berikan mereka rasa selesa untuk bermain. 2. Pilih masa yang sesuai untuk bermain.: •Pilih masa yang sesuai bukan masa mereka keletihan atau tidur makan mereka sebaliknya pilihlah masa selepas tidur atau masa segar mereka. Semasa bermain, apabila kanak-kanak ini kelihatan bosan dan letih, usah paksa mereka untuk meneruskannya.Ambil masa selang 5 minit misalnya dan menambah tempoh tersebut. Cara ini bukan sahaja menimbulkan minat bermain mereka namun juga memanjangkan tumpuan mereka menyiapkan aktiviti bermain itu.. 3. Gantikan alat permainan baru. •Mulakan dengan alat permainan mudah dan yang menarik minat mereka dan secara beransur-ansur tambahkan alat permainan tersebut sesuai denngan perkembangan kognitif mereka. 4. Fleksibel
  • 16. •Aktiviti bermain bukan sahaja pada masa dan tempat tertentu atau yang telah ditetapkan sahaja. Aktiviti bermain boleh dilaksanakan ketika shopping, memandu, membuat kek, ketika membasuh rumah atau menyidai kain dll. 5. Lepaskan mereka. •Setelah kita memberikan sokongan dan peranan ketika bermain bersama, beri mereka peluang bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka mahu lakukan sehinggahlah mereka mahu keterlibatan kita(ibu bapa@guru). Terapi Bermain Bagi Rawatan Kanak-kanak Penting KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Terapi secara bermain bagi kanak-kanak adalah penting supaya mereka tidak mengalami trauma semasa dirawat di hospital, kata Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain. Beliau berkata oleh itu pihak penjagaan kesihatan profesional awam dan swasta perlu menyediakan pusat rawatan yang mesra keluarga kepada kanak-kanak yang menjalani rawatan. "Profesional dalam penjagaan kesihatan perlu mengetahui keperluan dalam penjagaan kesihatan di kalangan kanak-kanak kerana semasa dirawat di hospital, mereka boleh merasa tekanan dan trauma kerana tidak lagi berada di persekitaran rumah sendiri," katanya semasa melancarkan bengkel terapi bermain untuk penjagaan kesihatan kanak-kanak, di sini hari Jumaat. Dr Zaininah berkata kanak-kanak tidak akan merasa takut dan bimbang apabila bermain. "Semasa terapi, mereka boleh bermain dengan permainan alat perubatan, anak patung, patung binatang dan membaca buku mengenai pengalaman penjagaan kesihatan," katanya.
  • 17. Beliau berkata bengkel tersebut merupakan inisiatif Persatuan Kebangsaan Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak bagi menggalakkan persekitaran mesra kanak-kanak di pusat- pusat penjagaan kesihatan. Apa itu terapi pasir?? Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hail berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam. Terapi ini secara tidak langung memberi peluang kepada individu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan. Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih rileks. Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan. Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.
  • 18. Tujuan terapi pasir Melatih daya kreativiti kanak-kanak Menghilangkan rasa marah Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu Meningkatkan keyakinan diri Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak Kepentingan terapi pasir membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi merangsang pemikiran murid menguranan tekanan emosi membantu meningkatkan kemahiran sosial