SlideShare a Scribd company logo
1.0 Pengenalan
Sebelum meneruskan dengan artikel yang telah dipilih sebagai bahan untuk
membuat ulasan, marilah kita sama-sama mengenali apakah yang dimaksudkan
dengan muzik dan apakah pula yang dimaksudkan dengan terapi muzik.
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar
pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan
minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan
tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
“ Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku
ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan
ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi
seseorang.”
(http://ms.shvoong.com/huminities/musicology)
Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca oyang paling
berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi.
Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan
dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi
kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak
balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu.
Bagaimana pula dengan terapi muzik? Menggunakan muzik sebagai terapi
bukan sesuatu yang baru diperkatakan, sebaliknya ia sudah digunakan dengan
meluas sejak lama dulu. Terapi muzik merupakan satu bidang profesional yang
menggunakan muzik untuk pemulihan, pemuliharaan dan peningkatan taraf
kesihatan mental dan fizikal seseorang. Perubahan dari segi kognitif, sosial dan
emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu.
1
Seramai 6000 hingga 10 000 orang pakar terapi di seluruh dunia memberi
perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya yang menghadapi
trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, stress, termasuk penyakit kanser dan
AIDS.
Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal, menyediakan
pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan emosi kepada
pesakit dan keluarga serta memberi peluang melepaskan perasaan dan
menenangkan fikiran.
Setelah penaksiran klinikal dibuat, pakar terapi muzik akan menjalankan program
terapi muzik yang mungkin melibatkan teknik-teknik seperti mendengar, seleksi
muzik tertentu, bermain alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik lagu, menari
atau melukis dengan muzik.
1.2 Artikel 1
Tajuk Artikel : Music Theraphy for Disabled Children
Penulis : Ashley Bell
Tempat : Brooke Point High School, Stanford, California
1.1.1 Tujuan / Objektif :
Artikel ini ditulis untuk membincangkan bagaimana terapi muzik dapat membantu
kanak-kanak bermasalah pembelajaran membina dan mempertingkatkan skil
asas dalam kehidupan seharian mereka. Artikel ini juga dapat membantu ibu
bapa serta orang awam bagaimana untuk membantu dan memahami kanak-
kanak bermasalah pembelajaran ini dengan terapi muzik.
2
Di dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan
untuk merawat bukan hanya kanak-kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran syndrom down, masalah pendengaran,
lemah anggota badan dan masalah kerencatan mental.
Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka
penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Hasilnya begitu menggalakkan.
1.1.2 Latar belakang kajian:
Sebenarnya artikel ini tidaklah membuat kajian yang sepenuhnya kepada kanak-
kanak bermasalah pembelajaran. Artikel ini ditulis hanya berdasarkan
pemerhatian kepada tiga orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan
sekumpulan kanak-kanak yang mengandungi 11 orang kanak-kanak yang
mempunyai kesukaran untuk bercakap.
Tiada pemerhatian yang khusus dan berapa lama pemerhatian dijalankan ke
atas kanak-kanak tersebut. Juga tiada data terpeinci mengenai pemerhatian
yang dilakukan, contohnya dimana, masa dan hasil dapatan penulis semasa
pemerhatian dijalankan.
1.1.3 Kaedah kajian :
Selebihnya artikel ini hanya menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan
terapi muzik, sejarah perkembangan terapi muzik dan bagaimana terapi muzik
digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Tiada
kaedah yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini, iaitu bermaksud samada
pemerhatian dibuat secara klinikal atau sebaliknya.
3
1.1.4 Dapatan kajian:
Penulis artikel hanya menyatakan bahawa terapi muzik memang sesuai
digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdasarkan
daripada artikel-artikel lain, jurnal dan juga kajian yang dilakukan oleh pakar-
pakar terapi muzik
Walaubagaimana pun saya amat bersetuju dengan penulis bahawa terapi muzik
amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak normal terapi ia amat
membantu dalam sessi pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Satu contoh yang diberikan di dalam artikel ini di
mana seorang kanak-kanak down syndrom bernama Josh Clark berumur lapan
tahun. Josh di rawat oleh seorang pakar terapi muzik iaitu Giannina,
L.Hofmeister-Connoly.
Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan juga
nama akhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk
menolong Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya
iaitu “Twinkle, twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh dengan
mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam
nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja “Clark”. Di sini,
penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang
lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin
beberapa minggu atau beberapa bulan.
Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai
berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak
dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi
muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut.
4
Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan
yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka peluang
harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanak-
kanak bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan
elemen nyanyian dan bermain alat muzik khususnya untuk menghafal dan
memahami gambarajah.
Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian
didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi,
menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah.
Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak
bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf,
malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan
menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga.
Ini terbukti apabila kanak-kanak yang menjadi responden di dalam artikel ini
mampu untuk mengingat dan menghafal malah kanak-kanak yang menghadapi
masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui terapi muzik. Ini
dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh
kanak-kanak tersebut dengan bimbingan ahli terapi mereka.
Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan
bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan dan
menyeronokkan kanak-kanak tersebut.
5
2.0 Seni dan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran
Bidang pendidikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat perhatian
yang serius daripada pihak kerajaan dan berbagai usaha telah dilakukan untuk
mempastikan kanak-kanak ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Kurikulum
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia digubal berasaskan
keupayaan individu berkeperluan khas. Kurikulum ini terdiri daripada empat
bidang iaitu bidang pengurusan hidup, bidang akademik dan berfungsi, bidang
kerohanian dan nilai-nilai murni serta bidang sosial, riadah dan aktiviti. Salah
satu dari bidang ini komponennya adalah pendidikan seni yang terletak di bawah
bidang sosial, riadah dan kreativiti.
Komponen pendidikan seni mempunyai matlamat yang menjurus kepada
memenuhi keperluan perasaan individu. Pendidikan seni dalam kurikulum
pendidikan khas bermasalah pembelajaran bertujuan untuk mengembangkan
potensi kanak-kanak bermasalah pembelajaran supaya mereka dapat
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi. Oleh itu
pengajaran dan pembelajaran seni dapat mengembangkan bakat, kreativiti
kanak-kanak tersebut serta menggalakkan perkembangan sosial mereka
menerusi nilai yang dipelajari.
Kepentingan pendidikan seni dalam pendidikan khas ialah bagi meningkatkan
kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran persepsual-motor dan
kreativiti seni. Seni digunakan sebagai medium meluahkan perasaan dan
ekspresi murid bermasalah pembelajaran. Seni juga secara umumnya
menggalakkan murid meneroka imaginasi, membentuk kecerdasan, meneroka
fungsi simbolik dalam seni dan membina kemahiran penilaian kendiri.
6
2.1 Terapi Seni
“Jangan ambil mudah luahan artistik orang di sekeliling anda. Ia mungkin
menjadi ‘kunci’ kepada sesuatu di dalam diri mereka. Setiap lukisan mempunyai
kaitan psikologi dengan si pelukisnya. “
(20 Oktober 2008 - Fatimi Nadiah Zainudeen)
Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu
meluahkan perasaannya. Justeru itu seni lukis sudah lama diiktiraf sabagai salah
satu daripada jenis terapi membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik.
Sebuah lukisan pernah menimbulkan persoalan Paul Jambunathan, pakar
konsultan psikologi klinikal dan pensyarah kanan dalam Sains Tingkahlaku di
Sekolah Perubatan, Pusat Perubatan Sunway, Selangor.
Gambaran seorang yang tidur di katil pada kedudukan terbalik dengan bahagian
kepala diletakkan di hujung dan kaki di kepala katil jauh daripada telahan
literalnya. Setelah ditanyakan kepada pemilik lukisan, nyata ia menyimpan luka
yang dalam.
Menurut Paul (2008) medium lukisan, atau seni, termasuk menghasilkan
skulptur, lagu, skor muzik dan sebagainya, boleh menjadi satu bentuk terapi di
mana seseorang itu dapat meluahkan diri mereka yang sebenar.
Beliau juga mengatakan bahawa, seni dapat membantu menggambarkan
perasaan yang sukar untuk diluahkan dalam bentuk perkataan, kerana bukan
semua orang dapat berkata-kata dan menyampaikan mesej secara lisan dengan
baik. Malah cara ini sebenarnya menggalakkan curahan perasaan menggunakan
pendekatan yang selamat dan diterima ramai.
7
Artikel kedua yang dipilih ialah berkaitan dengan kajian terhadap seorang kanak-
kanak autisme dengan terapi seni. Apakah autisme? Autisme merujuk kepada
kecacatan perkembangan disebabkan gangguan neurologikal yang
mempengaruhi fungsi normal otak. Kanak-kanak yang menghidapi masalah itu
mengalami masalah dari segi komunikasi, interaksi sosial, kecacatan deria, cara
bermain dan kelakuan. Bangsa, keturunan, tahap pendapatan dan pendidikan
ibu bapa, kelas sosial bukan punca autisme. Pakar Fizik terkemuka dalam
sejarah, Albert Einstein dikatakan memiliki ciri autisitk.
Ada 18 simptom pesakit autistik termasuk terlalu aktif atau terlalu pasif, menolak
perubatan rutin, kemahiran motor kasar atau halus yang tidak sekata, gemar
memutar objek, menolak kaedah pendidikan biasa. Mereka juga lazimnya
sayang kepada objek yang tidak sepatutnya, enggan bertentang mata,
berkelakuan pekak atau amat sensitif kepada bunyi, sukar bergaul dan
mengekalkan satu corak permainan untuk masa yang lama.
Simptom lain termasuk enggan bergaul atau mempedulikan orang lain, tiba-tiba
ketawa tanpa sebab, meniru percakapan orang lain seperti burung kakak tua,
tidak takut pada situasi bahaya dan tidak peka pada kesakitan.
Simptom autisme :
Tidak suka bergaul
Tidak peka kepada kesakitan
Tidak suka dipeluk
Berkomunikasi menggunakan gerak syarat atau tangan
Terlalu aktif/pasif
Gemar memutarkan objek
Tidak bertentang mata bila berkomunikasi .
8
Ramai ahli dan pakar terapi mendapati kanak-kanak autisme mempunyai bakat
dalam kerja seni, samada jahitan croshtich atau menggulung kertas untuk dibuat
bakul atau kraf tangan. Cuma perlu peruntukkan masa yang lama untuk
mengajar mereka membuatnya. Kerja yang mereka buat sangat teliti dan kemas.
Seterusnya kita akan membincangkan mengenai artikel 2 yang melibatkan
kanak-kanak autisme dan terapi seni:
2.2 Artikel 2 :
Nama Jurnal : Advocate Third Edition 2001
Tajuk Artikel : Weekeend Outings Provide Creative Outlet
Penulis : Donna J.Betts, M.A., A.T.R
Tahun Terbitan : 2001
2.2.1 Tujuan / Objektif :
Artikle ini ditulis oleh Donna J. Betts seorang Pengarah Seni Terapi di National
Children’s Centre di Washington, Amerika. Ia adalah laporan khas mengenai isu-
isu terapi alternatif untuk merawat kanak-kanak yang menghidapai autisme.
Ramai ibu bapa dan ahli profesional bersetuju bahawa pendidikan awal
intervensi adalah kunci kepada perkembangan dalam kehidupan dan hasil
luahan seseorang yang mengidap autisme.
Artikel ini juga ditulis untuk membantu kita memahami apa yang dikatakan terapi
seni, teori-teori yang digunakan dalam menggunakan terapi ini dan bagaimana
kajian dilakukan. Juga di beri contoh kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat
dalam menggunakan teknik terapi ini.
9
2.2.2 Latar belakang kajian :
Artikel yang di tulis bukanlah merupakan kajian yang sebenar yang dijalankan
oleh Donna J. Betts. Ia hanyalah sebuah laporan khas beliau untuk menunjukkan
bagaimana terapi seni dapat membantu kanak-kanak autisme. Laporan ini hanya
tertumpu kepada seorang remaja yang mengidap autisme. Remaja ini iaitu Tony
Meredith, berumur 18 tahun dan merupakan salah seorang yang mendapatkan
bantuan Donna dalam menghadapi autisme.
Donna menyatakan dalam laporannya bahawa selepas Tony melukis lebih
daripada 30 gambar berkaitan dengan bas awam di dalam sessi terapi seni yang
dilaluinya, dia terfikir mengapa bas-bas tersebut begitu bermakna sekali kepada
Tony. Ibu Tony pernah bercerita sebelumnya bahawa Tony sering menaiki bas
metro iaitu sebuah perkhidmatan bas di bandar Washington setiap hari Sabtu
bersama bapanya.
Walaupun Tony mempunyai masalah kerencatan akal dan kelewatan dalam
percakapan serta tidak pernah menyatakan tentang pengalamannya menaiki
bas, tetapi hasil-hasil seninya menunjukkan bahawa bas yang sering dinaikinya
setiap hari sabtu mempunyai makna yang mendalam dalam kehidupannya.
Menurut Donna lagi, apa yang menarik bagi setiap lukisan bas yang dilukis oleh
Tony, dia akan melabel setiap bas tersebut dengan nombor yang berbeza.
Mungkin menunjukkan sesuatu tentang daya ingatan Tony. Tetapi tidak dapat
dipastikan mengenai nombor-nombor bas yang ditulisnya kerana dia
menghadapi kesukaran untuk bercakap.
10
2.2.3 Kaedah Kajian / Dapatan Kajian :
Tiada kaedah yang dinyatakan didalam laporan ini. Cuma dinyatakan bahawa
Tony mendapat impak positif daripada terapi yang dijalankan. Seperti kanak-
kanak autisme yang lain, komunikasi Tony adalah terhad kerana menghadapi
masalah kesukaran untuk bercakap, dan sikapnya walaupun telah berumur 18
tahun, hasil seninya adalah seperti kanak-kanak berumur antara 7 – 9 tahun.
Donna menyatakan, secara keseluruhannya mod rawatan secara terapi seni
adalah efektif untuk Tony. Dia (Donna) telah cuba berkomunikasi dan membina
hubungan yang baik dengan Tony. Tony juga cuba membangkitkan
keupayaannya melibatkan diri dalam kumpulan kecil terapi seninya. Dari terapi
ini Donna berharap Tony boleh menggunakan seni terapi untuk meninggalkan
dunia tersendirinya walaupun hanya untuk sementara.
Sebagai pakar terapi Tony, Donna amat berharap dapat membantu Tony
berhadapan dengan masalah autistiknya. Katanya (Donna), Tony perlu
merasakan bahawa ada orang lain yang mengakui kewujudannya dengan cara
berkomunikasi dan sama-sama berkongsi dunianya. Walaupun Tony kelihatan
wujud dengan segala karekternya, berbeza daripada orang lain,bertingkah laku
khusus, mempunyai masalah dalam berkomunikasi, Donna merasakan bahawa
dia dapat melihat proses kreatif Tony dan dialu-alukan dalam kehidupan
tersendiri Tony.
Hasil karya seni Tony telah dipamerkan di American Art Theraphy Association
National Client Art, di Washington, Amerika.
11
3.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya kedua-dua artikel telah membincangkan beberapa
perkara berkaitan dengan isu dan masalah dalam terapi muzik dan juga terapi
seni. Secara ringkas dapat dijelaskan bahawa kedua-dua terapi tersebut amat
perlu dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah
pembelajaran.
Kerjasama daripada ibu bapa, masyarakat, keluarga, komuniti dan para
profesional amat perlu bagi memberi intevensi yang berkesan kepada kanak-
kanak tersebut supaya perkembangan dalaman kanak-kanak tersebut dapat
dipertingkatkan.
Semua pihak perlu sedar tentang kepentingan terapi ini yang boleh memberi
impak positif terutamanya terhadap perkembangan efektif dan kognitif dalam
kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dengan demikian negara
akan dapat melahirkan masyarakat berkeperluan khas yang berimiginatif, kreatif,
berpengetahuan dan berdikari.
12
RUJUKAN :
Ashleigh Bell. (2003). Music theraphy for disabled children. Dimuat turun pada 2
mac 2009.
http://www.nshss.org/Academic_Paper_Awards/Bell.pdf
Boon, R. (2003). Learning Disabilities. Dimuat turun pada 5 Mac 2009, daripada
http://home.iprimus/rboon/LearningDisabilities.htm
Osman Hashim. (2007). Ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran
pendidikan seni dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Dimuat turun pada 5 Mac 2009.
http://myais.fsktm.um.edu.my/4794/1/3.pdf
http://gabunganpelukis.blogspot.com/2008/10/terapi-seni.html
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20081123131448/Ar
ticle/index_html
http://www.personal.psu.edu/sma5008/Scholarly Work.htm
13

More Related Content

What's hot

Apa itu muzik
Apa itu muzikApa itu muzik
Apa itu muzik
coklat_lemon
 
Terapi main
Terapi mainTerapi main
Terapi main
murugan muruga
 
Terapi modalitas pada anak usia sekolah
Terapi modalitas pada anak usia sekolahTerapi modalitas pada anak usia sekolah
Terapi modalitas pada anak usia sekolah
Amalia Senja
 
Pengertian dan ruang lingkup
Pengertian dan ruang lingkupPengertian dan ruang lingkup
Pengertian dan ruang lingkup
andisgrasi
 
Materi psikologi pendidikan 1
Materi psikologi pendidikan 1Materi psikologi pendidikan 1
Materi psikologi pendidikan 1
jaffichawindy
 
Art therapy
Art therapyArt therapy
Art therapy
Mohd Noor Noor
 
1. pengertian dan ruang lingkup psikologi pendidikan
1. pengertian dan ruang lingkup psikologi pendidikan1. pengertian dan ruang lingkup psikologi pendidikan
1. pengertian dan ruang lingkup psikologi pendidikan
Devia Titania
 
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
ArifahAzlanShah2
 
Makalah Perbedaan individu dalam belajar
Makalah Perbedaan individu dalam  belajarMakalah Perbedaan individu dalam  belajar
Makalah Perbedaan individu dalam belajar
Muhammad Hamdani
 
KARAKTERISTIK BELAJAR
KARAKTERISTIK BELAJARKARAKTERISTIK BELAJAR
KARAKTERISTIK BELAJAR
evi megawati
 
Makalah psikologi pendidikan
Makalah psikologi pendidikanMakalah psikologi pendidikan
Makalah psikologi pendidikan
Narendra
 
EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...
EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...
EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...
Ratih Aini
 
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikanSejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikanمحمد خيرى
 
Materi 1 hakekat psikologi
Materi 1 hakekat psikologiMateri 1 hakekat psikologi
Materi 1 hakekat psikologi
Nhia Item
 
Tata Atur Ruang Kelas Musik
Tata Atur Ruang Kelas MusikTata Atur Ruang Kelas Musik
Tata Atur Ruang Kelas Musik
JC Pramudia Natal
 
Askep tuna rungu
Askep tuna runguAskep tuna rungu
Askep tuna rungu
Zainal Majid
 
Makalah Psikologi Pendidikan
Makalah Psikologi PendidikanMakalah Psikologi Pendidikan
Makalah Psikologi Pendidikan
Vhian'z Vickerz Mathz
 
Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2
Rahmat Saputra
 

What's hot (20)

Apa itu muzik
Apa itu muzikApa itu muzik
Apa itu muzik
 
Terapi main
Terapi mainTerapi main
Terapi main
 
Terapi modalitas pada anak usia sekolah
Terapi modalitas pada anak usia sekolahTerapi modalitas pada anak usia sekolah
Terapi modalitas pada anak usia sekolah
 
Pengertian dan ruang lingkup
Pengertian dan ruang lingkupPengertian dan ruang lingkup
Pengertian dan ruang lingkup
 
Materi psikologi pendidikan 1
Materi psikologi pendidikan 1Materi psikologi pendidikan 1
Materi psikologi pendidikan 1
 
Art therapy
Art therapyArt therapy
Art therapy
 
1. pengertian dan ruang lingkup psikologi pendidikan
1. pengertian dan ruang lingkup psikologi pendidikan1. pengertian dan ruang lingkup psikologi pendidikan
1. pengertian dan ruang lingkup psikologi pendidikan
 
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
 
Makalah Perbedaan individu dalam belajar
Makalah Perbedaan individu dalam  belajarMakalah Perbedaan individu dalam  belajar
Makalah Perbedaan individu dalam belajar
 
KARAKTERISTIK BELAJAR
KARAKTERISTIK BELAJARKARAKTERISTIK BELAJAR
KARAKTERISTIK BELAJAR
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Makalah psikologi pendidikan
Makalah psikologi pendidikanMakalah psikologi pendidikan
Makalah psikologi pendidikan
 
EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...
EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...
EFEKTIVITAS PENERAPAN TERAPI PERMAINAN SOSIALISASI UNTUK MENURUNKAN PERILAKU ...
 
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikanSejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
 
Materi 1 hakekat psikologi
Materi 1 hakekat psikologiMateri 1 hakekat psikologi
Materi 1 hakekat psikologi
 
Tata Atur Ruang Kelas Musik
Tata Atur Ruang Kelas MusikTata Atur Ruang Kelas Musik
Tata Atur Ruang Kelas Musik
 
Askep tuna rungu
Askep tuna runguAskep tuna rungu
Askep tuna rungu
 
Makalah Psikologi Pendidikan
Makalah Psikologi PendidikanMakalah Psikologi Pendidikan
Makalah Psikologi Pendidikan
 
Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2
 
Wahyu
WahyuWahyu
Wahyu
 

Similar to 14066683 terapi-muzik-dan-seni-suaian

Pengaruh musik
Pengaruh musikPengaruh musik
Pengaruh musik
Maholi Solin
 
Terapi cara kerja
Terapi cara kerjaTerapi cara kerja
Terapi cara kerjaLee View
 
Seni
SeniSeni
Seni
marggaret
 
STUDI PENGEMBANGAN TERAPI MUSIK ISLAMI SEBAGAI RELAKSASI UNTUK LANSIA
STUDI PENGEMBANGAN TERAPI MUSIK ISLAMI SEBAGAI RELAKSASI UNTUK LANSIASTUDI PENGEMBANGAN TERAPI MUSIK ISLAMI SEBAGAI RELAKSASI UNTUK LANSIA
STUDI PENGEMBANGAN TERAPI MUSIK ISLAMI SEBAGAI RELAKSASI UNTUK LANSIA
Ratih Aini
 
Bahan diklat seni musik
Bahan diklat seni musikBahan diklat seni musik
Bahan diklat seni musikaseranikurdi
 
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfPSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
Maizatul Mansor
 
PETA KONSEP DAN RANGKUMAN MODUL 1.docx
PETA KONSEP DAN RANGKUMAN MODUL 1.docxPETA KONSEP DAN RANGKUMAN MODUL 1.docx
PETA KONSEP DAN RANGKUMAN MODUL 1.docx
DavidSinaga13
 
Laporan Tahap 1 Pengaruh Musik Terhadap Perasaan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjar...
Laporan Tahap 1 Pengaruh Musik Terhadap Perasaan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjar...Laporan Tahap 1 Pengaruh Musik Terhadap Perasaan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjar...
Laporan Tahap 1 Pengaruh Musik Terhadap Perasaan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjar...
Fhadilla Muhammad
 
K7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptx
K7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptxK7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptx
K7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptx
PJ0621MuhammadNaufal
 
Laporan akhir Metodologi Penelitian
Laporan akhir Metodologi PenelitianLaporan akhir Metodologi Penelitian
Laporan akhir Metodologi PenelitianFhadilla Muhammad
 
Assg seni wan
Assg seni wanAssg seni wan
Assg seni wan
wan norazlina
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
noor izieyana
 
Atmosfer
AtmosferAtmosfer
Atmosfer
Ali SPd
 
Insani vol 3_no_1_jun_2016_e_endang_p_stisip_widuri-cb206-2142_529
Insani vol 3_no_1_jun_2016_e_endang_p_stisip_widuri-cb206-2142_529Insani vol 3_no_1_jun_2016_e_endang_p_stisip_widuri-cb206-2142_529
Insani vol 3_no_1_jun_2016_e_endang_p_stisip_widuri-cb206-2142_529
STISIPWIDURI
 
pendidikan musik bagi anak usia dini
pendidikan musik bagi anak usia dinipendidikan musik bagi anak usia dini
pendidikan musik bagi anak usia dini
Riyan Hidayatullah
 
Pendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Pendidikan seni rupa untuk anak usia diniPendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Pendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Agussani Algani
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Herney Aqilah Kay
 

Similar to 14066683 terapi-muzik-dan-seni-suaian (20)

Pengaruh musik
Pengaruh musikPengaruh musik
Pengaruh musik
 
Terapi cara kerja
Terapi cara kerjaTerapi cara kerja
Terapi cara kerja
 
Seni
SeniSeni
Seni
 
STUDI PENGEMBANGAN TERAPI MUSIK ISLAMI SEBAGAI RELAKSASI UNTUK LANSIA
STUDI PENGEMBANGAN TERAPI MUSIK ISLAMI SEBAGAI RELAKSASI UNTUK LANSIASTUDI PENGEMBANGAN TERAPI MUSIK ISLAMI SEBAGAI RELAKSASI UNTUK LANSIA
STUDI PENGEMBANGAN TERAPI MUSIK ISLAMI SEBAGAI RELAKSASI UNTUK LANSIA
 
Arisanti chandradewi
Arisanti chandradewiArisanti chandradewi
Arisanti chandradewi
 
Bahan diklat seni musik
Bahan diklat seni musikBahan diklat seni musik
Bahan diklat seni musik
 
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfPSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
 
PETA KONSEP DAN RANGKUMAN MODUL 1.docx
PETA KONSEP DAN RANGKUMAN MODUL 1.docxPETA KONSEP DAN RANGKUMAN MODUL 1.docx
PETA KONSEP DAN RANGKUMAN MODUL 1.docx
 
Laporan Tahap 1 Pengaruh Musik Terhadap Perasaan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjar...
Laporan Tahap 1 Pengaruh Musik Terhadap Perasaan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjar...Laporan Tahap 1 Pengaruh Musik Terhadap Perasaan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjar...
Laporan Tahap 1 Pengaruh Musik Terhadap Perasaan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjar...
 
KDM.pptx
KDM.pptxKDM.pptx
KDM.pptx
 
K7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptx
K7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptxK7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptx
K7.6 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (SENI DAN MUZIK).pptx
 
Laporan akhir Metodologi Penelitian
Laporan akhir Metodologi PenelitianLaporan akhir Metodologi Penelitian
Laporan akhir Metodologi Penelitian
 
Seni musik
Seni musikSeni musik
Seni musik
 
Assg seni wan
Assg seni wanAssg seni wan
Assg seni wan
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
 
Atmosfer
AtmosferAtmosfer
Atmosfer
 
Insani vol 3_no_1_jun_2016_e_endang_p_stisip_widuri-cb206-2142_529
Insani vol 3_no_1_jun_2016_e_endang_p_stisip_widuri-cb206-2142_529Insani vol 3_no_1_jun_2016_e_endang_p_stisip_widuri-cb206-2142_529
Insani vol 3_no_1_jun_2016_e_endang_p_stisip_widuri-cb206-2142_529
 
pendidikan musik bagi anak usia dini
pendidikan musik bagi anak usia dinipendidikan musik bagi anak usia dini
pendidikan musik bagi anak usia dini
 
Pendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Pendidikan seni rupa untuk anak usia diniPendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Pendidikan seni rupa untuk anak usia dini
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
 

14066683 terapi-muzik-dan-seni-suaian

  • 1. 1.0 Pengenalan Sebelum meneruskan dengan artikel yang telah dipilih sebagai bahan untuk membuat ulasan, marilah kita sama-sama mengenali apakah yang dimaksudkan dengan muzik dan apakah pula yang dimaksudkan dengan terapi muzik. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. “ Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang.” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology) Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca oyang paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu. Bagaimana pula dengan terapi muzik? Menggunakan muzik sebagai terapi bukan sesuatu yang baru diperkatakan, sebaliknya ia sudah digunakan dengan meluas sejak lama dulu. Terapi muzik merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemuliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang. Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu. 1
  • 2. Seramai 6000 hingga 10 000 orang pakar terapi di seluruh dunia memberi perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya yang menghadapi trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, stress, termasuk penyakit kanser dan AIDS. Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga serta memberi peluang melepaskan perasaan dan menenangkan fikiran. Setelah penaksiran klinikal dibuat, pakar terapi muzik akan menjalankan program terapi muzik yang mungkin melibatkan teknik-teknik seperti mendengar, seleksi muzik tertentu, bermain alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik lagu, menari atau melukis dengan muzik. 1.2 Artikel 1 Tajuk Artikel : Music Theraphy for Disabled Children Penulis : Ashley Bell Tempat : Brooke Point High School, Stanford, California 1.1.1 Tujuan / Objektif : Artikel ini ditulis untuk membincangkan bagaimana terapi muzik dapat membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran membina dan mempertingkatkan skil asas dalam kehidupan seharian mereka. Artikel ini juga dapat membantu ibu bapa serta orang awam bagaimana untuk membantu dan memahami kanak- kanak bermasalah pembelajaran ini dengan terapi muzik. 2
  • 3. Di dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan untuk merawat bukan hanya kanak-kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran syndrom down, masalah pendengaran, lemah anggota badan dan masalah kerencatan mental. Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hasilnya begitu menggalakkan. 1.1.2 Latar belakang kajian: Sebenarnya artikel ini tidaklah membuat kajian yang sepenuhnya kepada kanak- kanak bermasalah pembelajaran. Artikel ini ditulis hanya berdasarkan pemerhatian kepada tiga orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan sekumpulan kanak-kanak yang mengandungi 11 orang kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk bercakap. Tiada pemerhatian yang khusus dan berapa lama pemerhatian dijalankan ke atas kanak-kanak tersebut. Juga tiada data terpeinci mengenai pemerhatian yang dilakukan, contohnya dimana, masa dan hasil dapatan penulis semasa pemerhatian dijalankan. 1.1.3 Kaedah kajian : Selebihnya artikel ini hanya menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan terapi muzik, sejarah perkembangan terapi muzik dan bagaimana terapi muzik digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Tiada kaedah yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini, iaitu bermaksud samada pemerhatian dibuat secara klinikal atau sebaliknya. 3
  • 4. 1.1.4 Dapatan kajian: Penulis artikel hanya menyatakan bahawa terapi muzik memang sesuai digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdasarkan daripada artikel-artikel lain, jurnal dan juga kajian yang dilakukan oleh pakar- pakar terapi muzik Walaubagaimana pun saya amat bersetuju dengan penulis bahawa terapi muzik amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak normal terapi ia amat membantu dalam sessi pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Satu contoh yang diberikan di dalam artikel ini di mana seorang kanak-kanak down syndrom bernama Josh Clark berumur lapan tahun. Josh di rawat oleh seorang pakar terapi muzik iaitu Giannina, L.Hofmeister-Connoly. Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan juga nama akhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu “Twinkle, twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja “Clark”. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan. Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. 4
  • 5. Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka peluang harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanak- kanak bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan bermain alat muzik khususnya untuk menghafal dan memahami gambarajah. Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi, menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf, malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga. Ini terbukti apabila kanak-kanak yang menjadi responden di dalam artikel ini mampu untuk mengingat dan menghafal malah kanak-kanak yang menghadapi masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui terapi muzik. Ini dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh kanak-kanak tersebut dengan bimbingan ahli terapi mereka. Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan dan menyeronokkan kanak-kanak tersebut. 5
  • 6. 2.0 Seni dan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Bidang pendidikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat perhatian yang serius daripada pihak kerajaan dan berbagai usaha telah dilakukan untuk mempastikan kanak-kanak ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia digubal berasaskan keupayaan individu berkeperluan khas. Kurikulum ini terdiri daripada empat bidang iaitu bidang pengurusan hidup, bidang akademik dan berfungsi, bidang kerohanian dan nilai-nilai murni serta bidang sosial, riadah dan aktiviti. Salah satu dari bidang ini komponennya adalah pendidikan seni yang terletak di bawah bidang sosial, riadah dan kreativiti. Komponen pendidikan seni mempunyai matlamat yang menjurus kepada memenuhi keperluan perasaan individu. Pendidikan seni dalam kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran bertujuan untuk mengembangkan potensi kanak-kanak bermasalah pembelajaran supaya mereka dapat mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran seni dapat mengembangkan bakat, kreativiti kanak-kanak tersebut serta menggalakkan perkembangan sosial mereka menerusi nilai yang dipelajari. Kepentingan pendidikan seni dalam pendidikan khas ialah bagi meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran persepsual-motor dan kreativiti seni. Seni digunakan sebagai medium meluahkan perasaan dan ekspresi murid bermasalah pembelajaran. Seni juga secara umumnya menggalakkan murid meneroka imaginasi, membentuk kecerdasan, meneroka fungsi simbolik dalam seni dan membina kemahiran penilaian kendiri. 6
  • 7. 2.1 Terapi Seni “Jangan ambil mudah luahan artistik orang di sekeliling anda. Ia mungkin menjadi ‘kunci’ kepada sesuatu di dalam diri mereka. Setiap lukisan mempunyai kaitan psikologi dengan si pelukisnya. “ (20 Oktober 2008 - Fatimi Nadiah Zainudeen) Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu meluahkan perasaannya. Justeru itu seni lukis sudah lama diiktiraf sabagai salah satu daripada jenis terapi membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik. Sebuah lukisan pernah menimbulkan persoalan Paul Jambunathan, pakar konsultan psikologi klinikal dan pensyarah kanan dalam Sains Tingkahlaku di Sekolah Perubatan, Pusat Perubatan Sunway, Selangor. Gambaran seorang yang tidur di katil pada kedudukan terbalik dengan bahagian kepala diletakkan di hujung dan kaki di kepala katil jauh daripada telahan literalnya. Setelah ditanyakan kepada pemilik lukisan, nyata ia menyimpan luka yang dalam. Menurut Paul (2008) medium lukisan, atau seni, termasuk menghasilkan skulptur, lagu, skor muzik dan sebagainya, boleh menjadi satu bentuk terapi di mana seseorang itu dapat meluahkan diri mereka yang sebenar. Beliau juga mengatakan bahawa, seni dapat membantu menggambarkan perasaan yang sukar untuk diluahkan dalam bentuk perkataan, kerana bukan semua orang dapat berkata-kata dan menyampaikan mesej secara lisan dengan baik. Malah cara ini sebenarnya menggalakkan curahan perasaan menggunakan pendekatan yang selamat dan diterima ramai. 7
  • 8. Artikel kedua yang dipilih ialah berkaitan dengan kajian terhadap seorang kanak- kanak autisme dengan terapi seni. Apakah autisme? Autisme merujuk kepada kecacatan perkembangan disebabkan gangguan neurologikal yang mempengaruhi fungsi normal otak. Kanak-kanak yang menghidapi masalah itu mengalami masalah dari segi komunikasi, interaksi sosial, kecacatan deria, cara bermain dan kelakuan. Bangsa, keturunan, tahap pendapatan dan pendidikan ibu bapa, kelas sosial bukan punca autisme. Pakar Fizik terkemuka dalam sejarah, Albert Einstein dikatakan memiliki ciri autisitk. Ada 18 simptom pesakit autistik termasuk terlalu aktif atau terlalu pasif, menolak perubatan rutin, kemahiran motor kasar atau halus yang tidak sekata, gemar memutar objek, menolak kaedah pendidikan biasa. Mereka juga lazimnya sayang kepada objek yang tidak sepatutnya, enggan bertentang mata, berkelakuan pekak atau amat sensitif kepada bunyi, sukar bergaul dan mengekalkan satu corak permainan untuk masa yang lama. Simptom lain termasuk enggan bergaul atau mempedulikan orang lain, tiba-tiba ketawa tanpa sebab, meniru percakapan orang lain seperti burung kakak tua, tidak takut pada situasi bahaya dan tidak peka pada kesakitan. Simptom autisme : Tidak suka bergaul Tidak peka kepada kesakitan Tidak suka dipeluk Berkomunikasi menggunakan gerak syarat atau tangan Terlalu aktif/pasif Gemar memutarkan objek Tidak bertentang mata bila berkomunikasi . 8
  • 9. Ramai ahli dan pakar terapi mendapati kanak-kanak autisme mempunyai bakat dalam kerja seni, samada jahitan croshtich atau menggulung kertas untuk dibuat bakul atau kraf tangan. Cuma perlu peruntukkan masa yang lama untuk mengajar mereka membuatnya. Kerja yang mereka buat sangat teliti dan kemas. Seterusnya kita akan membincangkan mengenai artikel 2 yang melibatkan kanak-kanak autisme dan terapi seni: 2.2 Artikel 2 : Nama Jurnal : Advocate Third Edition 2001 Tajuk Artikel : Weekeend Outings Provide Creative Outlet Penulis : Donna J.Betts, M.A., A.T.R Tahun Terbitan : 2001 2.2.1 Tujuan / Objektif : Artikle ini ditulis oleh Donna J. Betts seorang Pengarah Seni Terapi di National Children’s Centre di Washington, Amerika. Ia adalah laporan khas mengenai isu- isu terapi alternatif untuk merawat kanak-kanak yang menghidapai autisme. Ramai ibu bapa dan ahli profesional bersetuju bahawa pendidikan awal intervensi adalah kunci kepada perkembangan dalam kehidupan dan hasil luahan seseorang yang mengidap autisme. Artikel ini juga ditulis untuk membantu kita memahami apa yang dikatakan terapi seni, teori-teori yang digunakan dalam menggunakan terapi ini dan bagaimana kajian dilakukan. Juga di beri contoh kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat dalam menggunakan teknik terapi ini. 9
  • 10. 2.2.2 Latar belakang kajian : Artikel yang di tulis bukanlah merupakan kajian yang sebenar yang dijalankan oleh Donna J. Betts. Ia hanyalah sebuah laporan khas beliau untuk menunjukkan bagaimana terapi seni dapat membantu kanak-kanak autisme. Laporan ini hanya tertumpu kepada seorang remaja yang mengidap autisme. Remaja ini iaitu Tony Meredith, berumur 18 tahun dan merupakan salah seorang yang mendapatkan bantuan Donna dalam menghadapi autisme. Donna menyatakan dalam laporannya bahawa selepas Tony melukis lebih daripada 30 gambar berkaitan dengan bas awam di dalam sessi terapi seni yang dilaluinya, dia terfikir mengapa bas-bas tersebut begitu bermakna sekali kepada Tony. Ibu Tony pernah bercerita sebelumnya bahawa Tony sering menaiki bas metro iaitu sebuah perkhidmatan bas di bandar Washington setiap hari Sabtu bersama bapanya. Walaupun Tony mempunyai masalah kerencatan akal dan kelewatan dalam percakapan serta tidak pernah menyatakan tentang pengalamannya menaiki bas, tetapi hasil-hasil seninya menunjukkan bahawa bas yang sering dinaikinya setiap hari sabtu mempunyai makna yang mendalam dalam kehidupannya. Menurut Donna lagi, apa yang menarik bagi setiap lukisan bas yang dilukis oleh Tony, dia akan melabel setiap bas tersebut dengan nombor yang berbeza. Mungkin menunjukkan sesuatu tentang daya ingatan Tony. Tetapi tidak dapat dipastikan mengenai nombor-nombor bas yang ditulisnya kerana dia menghadapi kesukaran untuk bercakap. 10
  • 11. 2.2.3 Kaedah Kajian / Dapatan Kajian : Tiada kaedah yang dinyatakan didalam laporan ini. Cuma dinyatakan bahawa Tony mendapat impak positif daripada terapi yang dijalankan. Seperti kanak- kanak autisme yang lain, komunikasi Tony adalah terhad kerana menghadapi masalah kesukaran untuk bercakap, dan sikapnya walaupun telah berumur 18 tahun, hasil seninya adalah seperti kanak-kanak berumur antara 7 – 9 tahun. Donna menyatakan, secara keseluruhannya mod rawatan secara terapi seni adalah efektif untuk Tony. Dia (Donna) telah cuba berkomunikasi dan membina hubungan yang baik dengan Tony. Tony juga cuba membangkitkan keupayaannya melibatkan diri dalam kumpulan kecil terapi seninya. Dari terapi ini Donna berharap Tony boleh menggunakan seni terapi untuk meninggalkan dunia tersendirinya walaupun hanya untuk sementara. Sebagai pakar terapi Tony, Donna amat berharap dapat membantu Tony berhadapan dengan masalah autistiknya. Katanya (Donna), Tony perlu merasakan bahawa ada orang lain yang mengakui kewujudannya dengan cara berkomunikasi dan sama-sama berkongsi dunianya. Walaupun Tony kelihatan wujud dengan segala karekternya, berbeza daripada orang lain,bertingkah laku khusus, mempunyai masalah dalam berkomunikasi, Donna merasakan bahawa dia dapat melihat proses kreatif Tony dan dialu-alukan dalam kehidupan tersendiri Tony. Hasil karya seni Tony telah dipamerkan di American Art Theraphy Association National Client Art, di Washington, Amerika. 11
  • 12. 3.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya kedua-dua artikel telah membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan isu dan masalah dalam terapi muzik dan juga terapi seni. Secara ringkas dapat dijelaskan bahawa kedua-dua terapi tersebut amat perlu dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Kerjasama daripada ibu bapa, masyarakat, keluarga, komuniti dan para profesional amat perlu bagi memberi intevensi yang berkesan kepada kanak- kanak tersebut supaya perkembangan dalaman kanak-kanak tersebut dapat dipertingkatkan. Semua pihak perlu sedar tentang kepentingan terapi ini yang boleh memberi impak positif terutamanya terhadap perkembangan efektif dan kognitif dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dengan demikian negara akan dapat melahirkan masyarakat berkeperluan khas yang berimiginatif, kreatif, berpengetahuan dan berdikari. 12
  • 13. RUJUKAN : Ashleigh Bell. (2003). Music theraphy for disabled children. Dimuat turun pada 2 mac 2009. http://www.nshss.org/Academic_Paper_Awards/Bell.pdf Boon, R. (2003). Learning Disabilities. Dimuat turun pada 5 Mac 2009, daripada http://home.iprimus/rboon/LearningDisabilities.htm Osman Hashim. (2007). Ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Dimuat turun pada 5 Mac 2009. http://myais.fsktm.um.edu.my/4794/1/3.pdf http://gabunganpelukis.blogspot.com/2008/10/terapi-seni.html http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20081123131448/Ar ticle/index_html http://www.personal.psu.edu/sma5008/Scholarly Work.htm 13