SlideShare a Scribd company logo
Bab 4
Pengukuran Kuantiti (Taking off)

4.1

Pengenalan

Secara

amnya,

senarai

kuantiti

adalah

satu

dokumen

yang

mengandungi senarai item binaan berserta kuantiti-kuantitinya yang
disediakan mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Dalam senarai
kuantiti, item binaan serta kuantitinya akan disenaraikan dalam satu kertas
khas yang dibahagikan kepada beberapa ruang, iaitu ruang untuk
keterangan, ruang untuk kuantiti, ruang untuk kadar harga dan ruang untuk
jumlah harga.

Senarai kuantiti disediakan dengan menggunakan kaedah tertentu
untuk mengukur dan menyenaraikan item-item binaan. Bagi menyeragamkan
dan mengalakkan kekeliruan pengguna senarai kuantiti seperti kontraktor,
arkitek dan jurutera juruukur bahan menyediakan senarai kuantiti jurutera,
berdasarkan Kaedah Pengukuran Setara (Standard Method of Measurement
- SMM).

SMM adalah dokumen yang mengandungi butir-butir dan peneranganpenerangan mengenai cara mengambil ukuran, menulis huraian dan
menyenaraikan item-item binaan.

Bagi kerja bangunan digunakan SMM

kerja bangunan manakala bagi kerja-kerja kejuruteraan awam digunakan
SMM untuk kerja kejuruteraan.

4.2

Maksud

Pengukuran adalah proses dimana ukuran bagi item-item binaan
diambil dari lukisan yang telah disediakan dan dicatitkan ke dalam kertas
khas. Ukuran-ukuran ini kemudian didarabkan dan dicampurkan untuk
mendapat kuantiti dalam unityang ditetapkan.

Ianya adalah sama dengan senarai pembelian untuk membeli keperluan
rumah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.2.1 yang mengandungi
senarai barang keperluan berserta dengan kuantiti masing-masing. Setelah
senarai tersebut disediakan, kadar harga bagi setiap barang-barang perlu
dimasukkan untuk mengetahui anggaran belanjawan keperluan rumah.
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18

Perkara
Beras
Tepung
gandum
gula
Minyak masak
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Cili kering
halia
Kunyit
Lengkuas
Serai
Cili hidup
Kicap
Sos tomato
Sos cili
Susu pekat
Susu tepung

Unit
kg
Kg

Kuantiti
50
20

Harga
1.10
0.75

RM
55.00
15.00

Kg
Kg
Kg
Kg
Kg
Kg
Kg
Kg
Kg
Kg
Kg
Botol
Botol
Botol
Tin
Kg

10
10
2
1
3
2
1
1
1
1
1
3
3
3
6
3

1.50
1.20
2.00
3.00
3.50
2.00
0.80
0.70
0.60
0.80
2.50
1.75
1.95
1.75
1.50
2.00

15.00
12.00
4.00
3.00
10.00
4.00
0.80
0.70
0.60
0.80
2.50
5.25
5.85
5.25
9.00
30.00

Jumlah
178.75
Jadual 4.2.1 : Contoh senarai barang-barang keperluan yang biasa
disediakan pada setiap akhir bulan.

Berasaskan prinsip yang sama juga senarai kuantiti disediakan untuk
mendapatkan jumlah pembinaan bangunan cadangan. Contoh muka surat
senarai kuantiti yang lengkap boleh dirujuk pada jadual 4.2.2. Dalam rajah
memaparkan dua perkara utama yang berkaitan dengan senarai kuantiti,
iaitu huraian bagi item binaan dan kuantiti. Huraian sesuatu kerja perlu ditulis
dengan penuh dan jelas supaya dapat menggambarkan kerja yang sebenar.
Kuantitinya diberikan dengan tepat dalam unit-unit yang mudah. Dalam
perkataan lain, senarai kunatiti merupakan perkataan dan bilangan mengenai
sesuatu bentuk binaan.
Kadar
No

Huraian

Unit

RM
SENARAI
LUAR

NO

Sen

6-DINDING

Untuk huraian bagi bahanbahan dan mutu kerja yang
digunakan bagi senarai ini, lihat
Bahagian B - “ Bahan-bahan,
mutu Kerja dan Awalan kepada
semua“ Tukangan”
a.
Konkrit tetulang Gred 25-20mm M3
egregat
seperti
dihuraikan
didalam tiang pengukuh.

b.

30

TETULANG
ROD
KELULI
SEDERHANA
seperti
yang
dihuraikan

c.

Rod 12 mm garis pusat didalam
tiang pengukuh.

Kg

412

Kg

152

Kotak bentuk kayu tak berketam M2
13mm tebal pada sisi tiang
pengukuh.

288

Rod 8 mm
pengikat.

ditto

sebagai

d.

KERJA BATA DARIPADA BATA
BIASA
DENGAN
TURAP
BERTOLOK seperti yang telah
dihuraikan
e.
Dinding bata setebal setengah M2
bata diikat dengan tetulang
anyaman seperti yang telah
dihuraikan.

Jumlah

Kuantiti

355

Jadual 4.2.2 : Jadual senarai kuantiti yang lengkap

RM

Sen
4.3

Kegunaan Senarai Kuantiti

a) Untuk memperlawa tender
Merupakan kegunaan utama senarai kuantiti. Tujuan
mempelawa tender adalah untuk memilih kontraktor yang layak
untuk melaksanakan sesuatu projek yamg dicadangkan.
Kontraktor akan dipelawa untuk membuat tender bagi sesuatu
projek yang dicadangkan. Untuk mendapatkan harga tender,
terlebih dahulu penender-penender perlu mengisi kadar harga
kepada kuantiti item binaan yang terdapat didalam senarai
kuantiti. Seterusnya mereka akan membuatpendaraban bagi
mendapatkan kos pembinaan atau harga tender bagi projek
yang dicadangkan.
Senarai kuantiti yang telah dihargakan itu akan dihantar kepada
Juru Ukur bahan untuk membuat penilaian dan pemilihan
berdasarkan kepada harga-harga tender yang dikemukakan.

b) Untuk menyediakan bayaran kemajuan
Biasanya dari semasa ke semasa, jurukur bahan akan
menyediakan Sijil Penilaian kemajuan Kerja untuk Bayaran
Kemajuan bagi kerja-kerja yang telah disiapkan. Untuk
menyediakan sijil ini jurukur bahan perlu menilai kerja-kerja
yang telah disiapkan oleh kontraktor dari semasa ke semasa.
Bagi membuat penilaian ini, terlebih dahulu jurukur bahan akan
melawat tapak bina bagi membuat penilaian dan merekodkan
kerja-kerja yang telah disiapkan. Berpandukan rekod tersebut,
jurukur bahan boleh mengenal pasti dan mengeluarkan kuantiti
dan harga bagi item-item binaan yang telah disiapkan dari
senarai kuantiti. Kemudian dengan mencampurkan harga-harga
tersebut, suatu nilai yang akan dimasukkan dalam Sijil bayaran
kemajuan akan diperolehi.
c) Untuk menilai pindaan kerja
Apabila arkitek atau jururtera mengeluarkan arahan pindaan
kerja, jurukur bahan akan menilai kerja-kerja yang terlibat bagi
menentukan perbezaan kos antara kerja asal dan kerja
pindaan.
Kos kerja asal boleh diambil daripada senarai kuantiti kerana
semua butir mengenai bahan, buruh, kuantiti dan kadar harga
bagi kerja asal boleh didapati didalamnya.
Kos bagi kerja pindaan boleh dinilai dengan menggunakan
kadar harga daripada senarai kuantiti. Kadar harga ini samada
yang asal atau yang diwajarkan, akan dimasukkan kepada
kuantiti kerja-kerja pindaan dan kemudiaa pengiraan akan
dibuat.

d) Untuk memesan dan membeli bahan-bahan
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kuantiti bagi
sesuatu item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti ialah
kuantiti kerja seperti yang telah siap dibina. Untuk tujuan
memesan dan membeli bahan binaan, kuantiti bahan-bahan
yang diperlukan boleh didapati dengan menganalisis kuantiti
item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti.
4.4

Jenis-jenis Senarai Kuantiti

Senarai kuantiti perlu disediakan mengikut susunan yang logik dan
mudah difahami. Untuk mendapat suatu senarai yang tersusun dan mudah
difahami, biasa item binaan dihuraikan dibawah tajuk-tajuk yang berkaitan
dengan binaan bangunan, tukang atau operasi. Cara item binaan itu
dihuraikan menentukan jenis senarai kuantiti. Jenis-jenis senarai kuantiti
yang biasa didapati adalah seperti berikut :

a. Senarai Kuantiti mengikut tukang
Dalam senarai kuantiti jenis ini item binaan disenaraikan mengikut
tukang yang membuat atau mengerjakan binaan tersebut. Cara ini
merupakan kaedah tradisional berdasarkan kaedah pengukuran
setara. Semua item binaan yang berkaitan dengan sesuatu
tukangan itu disenaraikan dibawah tajuk/nama tukang itu.
Contoh :
Item binaan seperti tingkap dan pintu kayu , daun pintu kayu,
dinding sekat kayu, jenang dan kambi lantai kayu.
Disenaraikan dibawah tajuk tukang tanggam. Item binaan seperti
dinding bata, tiang bata dan lantai bata disenaraikan dibawah
tajuk tukang bata.
Berikut adalah antara senarai tajuk-tajuk tukang yang ada dalam
kerja binaan:

Tukang konkrit
Tukang gali
Tukang kayu
Tukang bumbung
Tukang Lepa
b. Senarai kuantiti mengikut elemen
Item-item binaan disenaraikan mengikut bahagian atau elemen
bangunan. Item binaan yang berkaitan dengan sesuatu bahagian itu
disenaraikan dibawah tajuk atau nama bahagian atau elemen itu.
Contoh :

Elemen Rangka
Elemen Bumbung
Item binaan seperti
kekuda, gelegar
bumbung, perabung,
genting, papan tumpu
kasau dan lapis kalis tiris.

Item binaan seperti
tiang, rasuk lantai,
rasuk bumbung, lantai
atas, acuan untuk tiang
dan rasuk serta
tetulang untuk tiang,
rasuk dan lantai.

Secara amnya pecahan-pecahan elemen adalah seperti berikut :
a) Elemen cerucuk
b) Elemen Kerja di bawah Aras Kemasan Lantai
c) Elemen rangka Elemen bumbung
d) Elemen tangga
e) Elemen dinding luar
f) Elemen pintu dan tingkap luar
g) Elemen pintu dan dinding dalam dan lain – lain.
c. Senarai Kuantiti Penunjuk
Senarai kuantiti yang dipecahkan mengikut elemen atau tukang
biasanya mengandungi huraian mengenai jenis dan kualiti bahan
serta kuantiti, jadi kadang-kadang lokasi sebahagian daripada item
binaan yang disenaraikan tidak dapat dipastikan walaupun dengan
merujuk pada lukisan yang lengkap.
Untuk mengatasi masalah ini, nota-nota yang menunjukkan
lokasi yang dimasukkan kepada item binaan yang terdapat dalam
senarai kuantiti penunjuk.

d. Senarai Kuantiti Operasi atau Kerja
Dalam senarai kuantiti jenis ini, projek binaan dipecahkan
mengikut operasi sebenar di tapak bina. Pecahan dibuat berdasarkan
analisis rangkaian kerja yang menunjukkan operasi-operasi penting.
Penyediaan senarai kuantiti ini melibatkan pelencongan dari
kaedah pengukuran setara. Di sini keperluan buruh dan loji
disenaraikan sebagai suatu kerja atau operasi yang perlu, sementara
bahan binaan yang diperlukan bagi tiap-tiap operasi itu disenaraikan
secara berasingan.
e. Senarai Kuantiti Peruntukan
Kadang-kadang kerana kesuntukan masa, arkitek dan jurutera
tidak sempat menyediakan lukisan kerja yang lengkap yang
membolehkan jurukur bahan menyediakan senarai kuantiti yang tepat
sebelum tender dipelawa. Biasanya dalam keadaan begini jurukur
bahan akan menyenaraikan senarai kuantiti peruntukan.
Kuantiti-kuantiti yang terdapat dalam senarai kuantiti jenis ini ialah
kuantiti kasar dan merupakan kuantiti peruntukan. Apabila kerja
sebenar telah dijalankan, jurukur bahan perlu membuat pengukuran
semula di tapak bagi mendapatkan kuantiti sebenar dan seterusnya
membuat penilaian yang sewajarnya.
4.5

Proses Pengukuran dan Unit-unit Pengukuran Kuantiti
a) Proses Pengukuran / Penyediaan Senarai Kuantiti
i.

Terima lukisan dan lain-lain maklumat yang ada dan kaji
berkaitan rekabentuk, saiz, bahan binaan, sekil lukisandan
lain-lain.Bagi kerja-kerja arahan pinda kerja atau
pengukuran
semula
pengukuran
boleh
dilakukan
berdasarkan rekodrekod kerja ditapak bina atau diukur dari
kerja yang telah disiapkan.

ii.

Pengukuran / “taking off” ialah proses dimana
dimensidiukur atau dibaca dari lukisan dan dicatitkan
diataskertas khas dinamakan kertas dimensi.

iii.

Working-up
ialah
proses
mendarab
(squaring)
dimensi,mencampur dan menukar dimensi kepada unitunitukuran (billing).

iv.

Draf
senarai
kuantiti
sebelumditaip mengikut
ataupertukaran.

disediakan
dan
pecahan elemen

disunting
bangunan

b) Unit-unit Pengukuran Kuantiti
Seperti mana yang telah dimaklumkan, penyediaan senarai kuantiti
melibatkan pengukuran kuantiti item-item binaan yang terlibat.
Berpandukan unit-unit pengukuran tertentu kuantiti item binaan dapat
dikira.
Unit-unit pengukuran ini telah ditetapkan di dalam Kaedah
Pengukuran Setara. Unit-unit berikut adalah digunakan didalam
menyatakan kuantiti:
Ukuran

Unit

1.
Panjang
Meter panjang ( )
2.
Luas
Meter persegi ( )
3.
Isipadu
Meter padu ( )
4.
Berat
Kilogram (kg)
5.
Bilangan
Nombor (no)
6.
Mata benda kerja yang Item
tidak dapat diukur dengan manamana unit ukuran.
Jadual 4.5 (b)(i) : Unit-unit Pengukuran Kuantiti

Proses pengukuran kuantiti melibatkan penggunaan borang yang tertentu,
salah satunya adalah Borang Dimensi. Rajah 4.5(b)(ii) menunjukkan kaedah
bagaimana ukuran yang diambil dicatitkan di dalam Borang Dimensi.
Unit Panjang (meter)

0.92

Cuma satu ukuran sahaja yang
perlu diambil dan dicatatkan. Di
bawah tiap- tiap ukuran yang
dicatatkan itu dilukiskan suatu
garis pemisah
Unit Luas (meter persegi)

0.90
2.45

Dua ukuran ( sepasang ) yang
perlu diambil dan dicatatkan.
Dibawah tiap-tiap pasang
ukuran yang dicatatkan itu
dilukiskan satu garis pemisah.
Unit Isipadu (meter padu)

0.15
0.23
3.00

Tiga ukuran yang perlu diambil
dan dicatatkan. Dibawah satu
set ukuran itu dilukiskan satu
garis pemisah.
Unit Bilangan (Nombor)

6

Cuma jumlah bilangan item
binaan yang perlu dicatatkan.
Dibawah setiap bilangan
dilukiskan satu garis pemisah
Rajah 4.5(b)(ii) : Ukuran yang diambil dicatitkan di dalam Borang
Dimensi
4.6

Borang Dimensi

Borang dimensi adalah borang yang digunakan untuk mencatatkan
ukuran yang diambil daripada lukisan berserta dengan huraian yang
berkaitan. Borang ini direka bentuk mengikut keperluan British Standard
3327 : 1961. Borang Dimensi boleh dibahagikan kepada dua bahagian
dimana tiap bahagian mengandungi empat ruang.

Rajah 4.6.1 : Contoh Borang Dimensi
Setiap ruang dalam borang dimensi mempunyai fungsi yang tertentu.

1

2

1)

2)

3)

4)

3

4

1

2

3

4

Ruang Angkali(timesing column)
Ruang untuk mencatatkan angka pendaraban jika terdapat
lebih daripada satu butiran kerja diukur.
Ruang Ukuran(dimension column)
Ruang untuk mencatatkan ukuran sebenar yang diukur
atau diambil terus dari lukisan.
Ruang Hasil Kiraan(squaring column)
Ruang untuk mencatatkan hasil pendaraban angka-angka
diruang pertama dan ruang kedua
Ruang Keterangan(description column)
Huraian bagi butiran kerja yang diukur akan ditulis diruang
ini.

Contoh aplikasi penggunaan ruang angka, ruang ukuran dan ruang hasil
kira-kira dalam borang dimensi.
Mencatatkan ukuran

2.00
1.00
0.50 1.00

Catatan ini menunjukkan pengiraan
seperti berikut :
2.00 × 1.00 × 0.50 = 1.00
Ukuran 2.00 adalah panjang, 1.00
adalah lebar dan 0.50 adalah dalam

Mencatatkan bilangan
Catatan ini menunjukkan pengiraan
seperti berikut :
2

2.00
1.00
0.50 2.00

2 × 2.00 × 1.00 × 0.50 = 2.00
Tanda ( / ) menunjukkan darab atau
kali. Angka 2 dalam ruang angka
menunjukkan terdapat tiga butiran
yang serupa.
Mencatatkan tambahan pada bilangan
2 1.00
1.00
0.50 2.00

Catatan ini menunjukkan pengiraan
seperti berikut :
(2 + 3) × (1.00 × 1.00 × 0.50) = 2.00
Tanda nokhtah/titik ( . ) diantara
nombor 2 dan 3 menunjukkan tambah.

Secara amnya kemahiran dan kecekapan sangat diperlukan untuk
membentuk keterangan atau huraian yang lengkap dan dengan
seringkasnya.Ini merupakan aspek pengukuran kuantiti yang paling susah
dan memerlukan penguasaan pengetahuan teknik yang mendalam.

Secara amnya, perkara-perkara yang dimasukkan kedalam huraian
bagi sesuatu butiran kerja yang diukur adalah seperti berikut :
a)
b)
c)
d)
e)

Nama item binaan yang diukur.
Saiz item binaan ( jika unit pengukuran adalah dalam bilangan,
panjang atau luas)
Jenis, kualiti dan saiz ( jika ada ) bahan yang digunakan.
Sebarang perlakuan atau perbuatan terhadap item binaan
tersebut.
Cara item binaan itu diletakkan, disambung dan dipasangkan di
tempatnya.
Keterangan
konkrit bertetulang
gred 25 - 20mm
batu - baur di
dalam asas papak

3 1.20
1.45
0.30

3 1.20
1.45
0.30

1.50

Dalam
1.50
0.46

Keterangan ditulis
bersebelahan atau
atas sedikit dari
pada ukuran
pertama yang
dicatatkan. Ia ditulis
semasa ukuran
sesuatu butiran kerja
itu di ambil.

Keterangan
konkrit bertetulang
Sekiranya pengiraan
gred 25 - 20mm
pendek atau ringkas
batu - baur di
perlu dibuat bagi
dalam asas pad
mendapat sesuatu
ukuran, mestilah
dibuat di sisi sebelah
0.775
kanan ruang
F1a]
–0.320
keterangan dan
bukan di atas kertas
0.455
yang berasingan.
Pengiraan sisi
membolehkan kita
melihat bagaimana
sesuatu ukuran itu
didapati dan dari
mana puncanya.
Catatan di atas menunjukkan menunjukkan ukuran 0.46 bagi asas F1a
dengan membuat pengiraan pendek yang terdapat pada ruang sebelah
kanan ruang keterangan.

Tanda kandungan
3 1.20
1.45
0.30

2 1.20
1.20
0.45

Konkrit bertetulang
gred 25 – 20 mm
batu baur di dalam
asas pad.

Biasanya untuk satu
butiran kerja beberapa set
butiran terpaksa diambil.
Kadang – kadang
bilangan ukuran yang di
ambil untuk sesuatu
butiran kerja adalah
banyak.
Apabila dicatatkan diatas
borang dimensi, kita akan
mendapat sebaris ukuran
dibawah satu huraian (
rujuk sebelah ).

1.50
1.50
` 0.30

Bagi menunjukkan
ssesuatu baris ukuran itu
adalah bagi satu item
binaan sahaja, maka satu
garis kandungan menegak
dilukiskan dari atas baris
pertama huraian hingga
ke ukuran yang terakhir.

3.20
2.10

Lepaan setebal
20 mm daripada
simen dan pasir
(1:3) seperti yang
dihuraikan

Selain itu, garis
kandungan boleh juga
digunakan untuk
membezakan satu item
binaan dengan item
binaan yang lain,sekiranya
terdapat terdapat lebih
daripada satu item binaan
yang diukur dalam satu
muka surat.
4.7

Huruf Khas

Dalam menulis huraian penggunaan huruf ringkas adalah dibenarkan.
Ia bertujuan untuk menjimatkan ruang dan masa . Contohnya perkataan
konkrit boleh ditulis sebagai konk, tebal ditulis sebagai tbl dan panjang ditulis
sebagai pjg. Penggunaan huruf ringkas ini hanya digalakkan untuk perkataan
yang mempunyai huruf ringkas yang seragam sahaja.
PerkataanDitto
1.20
1.45
`1.50

1.20
1.45
1.10

Korekan untuk asas
papak tidak melebihi
1.50m dalam, keluarkan
dan
sebahagiandaripada
bahan korekan
digunakanuntuk
meninmbus,dipadatkan
dan
diratakan,selebihnya
diangkut dan dibuang
ke tempat lain.
Ditto melebihi 1.50
m tetapi tidak
melebihi 3.00 m

Kadang – kadang huraian
bagi satu item binaan
adalah sama dengan
huraian item binaan yang
sebelumya. Dalam hal ini
huraian tidak perlu ditulis
sekali lagi. Bagi
menjimatkan perkataan
ditto yang bermakna sama
seperti di atas boleh
digunakan ( Sila rujuk
contoh disebelah ).
Perkataan ditto hanya
boleh digunakan jika
huraian yang sama ditulis
dalam ruangan yang sama
dalam satu halaman.
Perkataan ditto tidak boleh
digunakan jika huraian
tersebut ditulis dalam
ruangan yang lain tetapi di
halaman yang sama.
Dalam keadaan ini
gunakan ayat seperti telah
dihurakan.Tiap halaman
baru mesti dimulakan
dengan huraian penuh.
Perkataan ditto dan
seperti telah dihuraikan
tidak boleh digunakan
sebab belum ada huraian
yang boleh dirujuk
4.8

Kaedah Pengukuran Kuantiti

1.50

5000

2500

Dalam amalan biasa, ukuran panjang dicatatkan di atas sekali, ukuran
lebar selepas atau dibawah ukuran panjang dan diikuti akhirnya dengan
ukuran tebal , tinggi atau dalam.
3000
5500

Rajah 4.8.1 : ukuran yang diambil

Ukuran bagi rajah A perlulah dicatatkan seperti yang ditunjukkan dibawah :

5.50
2.50

Ukuran-ukuran yang dicatatkan ini
menunjukkan 5.55 ialah ukuran
panjang dan 2.50 ialah ukuran lebar

Ukuran bagi rajah B pula hendaklah dicatatkan seperti berikut :

3.00
5.00
1.50

Ukuran-ukuran yang dicatatkan ini
menunjukkan 3.00 ialah ukuran
panjang, 5.00 ialah ukuran lebar dan
1.50 ialah ukuran dalam, tinggi atau
lebar.
Mencari Isipadu
1.20
1.45
0.30

Konkrit tetulang
Gred 25 – 20mm
batu baur di dalam
asas papak.

Merujuk jadual ketiga-tiga
dimensi iaitu panjang,
lebar dan dalam
dicatatkan di dalam
ruangan ukuran.
Manakala dalam ruangan
tidak perlu dicatatkan apaapa dimensi lagi.
Contoh item binaan yang
dikira dalam unit isipadu
adalah:
a. Kerja Korekan
seperti korekan
untuk asas papak
dan rasuk tanah.
b. kerja korekan
seperti kerja konkrit
untuk asas papak,
tiang asas dan
rasuk tanah.
Pengukuran isipadu untuk
dua butiran kerja diatas
bergantung kepada
kedalaman/ketebalan.seki
ranya kedalamannya
kurang daripada 300mm,
maka pengukurannya
dalam unit luas
(berdasarkan kepada
Kaedah Pengukuran
Setara)
Mencari Luas
3.20
2.10

20mm Tebal lepaan
simen dan pasir di
atas lantai konkrit.

Merujuk jadual item
binaan yang diukur dalam
persegi, dua dimensi iaitu
panjang dan lebar
dicatatkan dalam ruangan
ukuran, manakala dimensi
untuk tebal dicatatkan
bersama keterangan di
dalam ruangan
keterangan.
Contoh item binaan yang
dikira dalam unit luas
adalah :
a. kerja korekan
seperti korekan
pembersihan
permukaan
b. kerja acuan seperti
kerja acuan untuk
sisi asas papak,
sisi tiang asas dan
sisi rasuk tanah.
c. konkrit pemarasan
seperti konkrit
pemarasan
dibawah asas
papak dan rasuk
tanah.
Mencari Panjang
2.40
3.50

100 × 50mm tebal
kayu bergergaji yang
diawet untuk kasau
bumbung.

Bagi item binaan yang unit
ukurannya adalah
panjang, ukuran panjang
sahaja perlu dicatatkan di
dalam ruang ukuran,
manakala ukuran lebar
dan tebal/tinggi/dalam
dinyatakan dalam huraian
dalam ruangan huraian.
Bagi item binaan yang
mempunyai dua dimensi
(panjang dan garis pusat
sahaja) seperti besi
tetulang dimensi yang
perlu dicatatkan dalam
ruangan keterangan
hanyalah garis pusat
sahaja
2

ITEM

2

MencariBilangan
100mm × 100mm ×
12mm Tebal plat
kaki daripada keluli
lembut mengikut B.S
15

Mengukur Item
Membenarkan untuk
penyediaan semua
peralatan yang
diperlukan oleh
cerucuk, loji, alat dan
peralatan sampingan
dan kenderaan
mereka ke tapak,
pengendalian,
pemasangan,
mendirikan dan
rombakan dan
penyingkiran dari
tapak selepas selesai
operasi cerucuk.

Bagi item binaan yang
unit ukurannya ialah
bilangan, huraiannya
mestilah mengandungi
ukuran-ukuran panjang,
lebar dan tebal, tinggi
atau dalam. Dalam
ruang ukuran hanya
perlu dicatatkan
bilangan atau nombor
butiran yang diukur.

Unit item digunakan untuk
mengukur item-item
binaan yang tidak dapat
ditentukan kuantitinya
menggunakan unit-unit
ukuran seperti isipadu,
luas, panjang atau
bilangan diperingkat
pengukuran.
Penggunaan unit item
biasanya untuk kerja-kerja
cerucuk dan juga kerjakerja pembersihan tapak.
4.9

Kesimpulan

Kerja-kerja pengukuran kuantiti adalah asas yang penting untuk
menyediakan senarai kuantiti, di samping untuk menyediakan anggaran
kasar

kos

pembinaan

sesebuah

projek

binaan.Pengukuran

kuantiti

merupakan asas yang sangat penting bagi setiap pelajar jurusan ukur bahan
sebelum mempelajari sesuatu yang lain.

Pelajar juga harus memahami

tentang kaedah mengambil ukuran dengan betul

More Related Content

What's hot

Chapter 5 lantai
Chapter 5 lantaiChapter 5 lantai
Chapter 5 lantaiAmiRul AFiq
 
Lukisan bangunan
Lukisan bangunanLukisan bangunan
Lukisan bangunan
YASMINE HASLAN
 
Chapter 2 soil investigation
Chapter 2 soil investigationChapter 2 soil investigation
Chapter 2 soil investigationAmiRul AFiq
 
50451783 taking-off-quantity
50451783 taking-off-quantity50451783 taking-off-quantity
50451783 taking-off-quantity
hlksd
 
Unit 2 contract 2.4-2.6
Unit 2 contract 2.4-2.6Unit 2 contract 2.4-2.6
Unit 2 contract 2.4-2.6
Mara
 
Water distribution system wds
Water distribution system wdsWater distribution system wds
Water distribution system wdsRidzuan Ewan
 
Topik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan liftTopik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan lift
pnnazz
 
2.2 resources of project management
2.2 resources of project management2.2 resources of project management
2.2 resources of project managementNatalie Ulza
 
Pengenalan industri binaan ok
Pengenalan industri binaan okPengenalan industri binaan ok
Pengenalan industri binaan ok
amoi amore
 
clause 51.0 and 53.0 - contract
clause 51.0 and 53.0 - contractclause 51.0 and 53.0 - contract
clause 51.0 and 53.0 - contract
Pavitrah Segaran
 
Folio report kayu
Folio report kayuFolio report kayu
Folio report kayu
sppj1415
 
Garis Panduan Tender
Garis Panduan TenderGaris Panduan Tender
Garis Panduan Tender
no suhaila
 
Unit 2 concrete material 2.7
Unit 2 concrete material 2.7Unit 2 concrete material 2.7
Unit 2 concrete material 2.7
Mara
 
Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2
Mara
 
Tembok penahan
Tembok penahanTembok penahan
Tembok penahanUTHM
 
Sgp4813 measurement of quantities
Sgp4813 measurement of quantitiesSgp4813 measurement of quantities
Sgp4813 measurement of quantitiesalanchong88
 
Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12UTHM
 

What's hot (20)

Chapter 5 lantai
Chapter 5 lantaiChapter 5 lantai
Chapter 5 lantai
 
Lukisan bangunan
Lukisan bangunanLukisan bangunan
Lukisan bangunan
 
Konkrit
KonkritKonkrit
Konkrit
 
Chapter 2 soil investigation
Chapter 2 soil investigationChapter 2 soil investigation
Chapter 2 soil investigation
 
50451783 taking-off-quantity
50451783 taking-off-quantity50451783 taking-off-quantity
50451783 taking-off-quantity
 
SPK JKR Malaysia: Terminologi
SPK JKR Malaysia: TerminologiSPK JKR Malaysia: Terminologi
SPK JKR Malaysia: Terminologi
 
Unit 2 contract 2.4-2.6
Unit 2 contract 2.4-2.6Unit 2 contract 2.4-2.6
Unit 2 contract 2.4-2.6
 
Water distribution system wds
Water distribution system wdsWater distribution system wds
Water distribution system wds
 
Topik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan liftTopik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan lift
 
2.2 resources of project management
2.2 resources of project management2.2 resources of project management
2.2 resources of project management
 
Pengenalan industri binaan ok
Pengenalan industri binaan okPengenalan industri binaan ok
Pengenalan industri binaan ok
 
clause 51.0 and 53.0 - contract
clause 51.0 and 53.0 - contractclause 51.0 and 53.0 - contract
clause 51.0 and 53.0 - contract
 
Folio report kayu
Folio report kayuFolio report kayu
Folio report kayu
 
Garis Panduan Tender
Garis Panduan TenderGaris Panduan Tender
Garis Panduan Tender
 
Unit 2 concrete material 2.7
Unit 2 concrete material 2.7Unit 2 concrete material 2.7
Unit 2 concrete material 2.7
 
BS course bldg diagnostic
BS course bldg diagnosticBS course bldg diagnostic
BS course bldg diagnostic
 
Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2Unit 1 tender 1.2
Unit 1 tender 1.2
 
Tembok penahan
Tembok penahanTembok penahan
Tembok penahan
 
Sgp4813 measurement of quantities
Sgp4813 measurement of quantitiesSgp4813 measurement of quantities
Sgp4813 measurement of quantities
 
Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12
 

Viewers also liked

District Officer's House (REPORT)
District Officer's House (REPORT)District Officer's House (REPORT)
District Officer's House (REPORT)
Joash Lim
 
Isi Kandungan Latihan Industri
Isi Kandungan Latihan IndustriIsi Kandungan Latihan Industri
Isi Kandungan Latihan Industricik Ena
 
Jadual harga elektrik 2011 Boleh print
Jadual harga elektrik 2011 Boleh printJadual harga elektrik 2011 Boleh print
Jadual harga elektrik 2011 Boleh print
Roslan Ismail
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaguest9629c8
 
Laporan Pertanggung Jawaban (LPJ) Program Kerja KIR ADINIRA Masa Bakti 2015
Laporan Pertanggung Jawaban (LPJ) Program Kerja KIR ADINIRA Masa Bakti 2015Laporan Pertanggung Jawaban (LPJ) Program Kerja KIR ADINIRA Masa Bakti 2015
Laporan Pertanggung Jawaban (LPJ) Program Kerja KIR ADINIRA Masa Bakti 2015
Syifa Sahaliya
 
'Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf'
'Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf''Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf'
'Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf'
Afina Karim
 
pengajian malaysia bab 1
pengajian malaysia bab 1pengajian malaysia bab 1
pengajian malaysia bab 1
asia green
 
Jenis kerosakan jalan raya
Jenis kerosakan jalan rayaJenis kerosakan jalan raya
Jenis kerosakan jalan rayaSuhailah Fauzi
 
Introduction on Theory of Structures
Introduction on Theory of StructuresIntroduction on Theory of Structures
Introduction on Theory of Structuresandyoreta
 
Struktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunanStruktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunan
Elmi Hamid
 
Laporan Li Yusnita
Laporan Li YusnitaLaporan Li Yusnita
Laporan Li Yusnitaguest3a9eaec
 
Basics of Fire fighting
Basics of Fire fightingBasics of Fire fighting
Basics of Fire fighting
GAW Consultants
 
Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2Ziana J
 
DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA
DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIADUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA
DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIAFarida Ilyana
 

Viewers also liked (18)

District Officer's House (REPORT)
District Officer's House (REPORT)District Officer's House (REPORT)
District Officer's House (REPORT)
 
Isi Kandungan Latihan Industri
Isi Kandungan Latihan IndustriIsi Kandungan Latihan Industri
Isi Kandungan Latihan Industri
 
Jadual harga elektrik 2011 Boleh print
Jadual harga elektrik 2011 Boleh printJadual harga elektrik 2011 Boleh print
Jadual harga elektrik 2011 Boleh print
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Laporan Pertanggung Jawaban (LPJ) Program Kerja KIR ADINIRA Masa Bakti 2015
Laporan Pertanggung Jawaban (LPJ) Program Kerja KIR ADINIRA Masa Bakti 2015Laporan Pertanggung Jawaban (LPJ) Program Kerja KIR ADINIRA Masa Bakti 2015
Laporan Pertanggung Jawaban (LPJ) Program Kerja KIR ADINIRA Masa Bakti 2015
 
Kaedah pengiraan nkp & irr
Kaedah pengiraan nkp & irrKaedah pengiraan nkp & irr
Kaedah pengiraan nkp & irr
 
'Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf'
'Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf''Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf'
'Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf'
 
Dry riser system
Dry riser systemDry riser system
Dry riser system
 
pengajian malaysia bab 1
pengajian malaysia bab 1pengajian malaysia bab 1
pengajian malaysia bab 1
 
Jenis kerosakan jalan raya
Jenis kerosakan jalan rayaJenis kerosakan jalan raya
Jenis kerosakan jalan raya
 
Introduction on Theory of Structures
Introduction on Theory of StructuresIntroduction on Theory of Structures
Introduction on Theory of Structures
 
Theory of structures
Theory of structuresTheory of structures
Theory of structures
 
Struktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunanStruktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunan
 
Laporan Li Yusnita
Laporan Li YusnitaLaporan Li Yusnita
Laporan Li Yusnita
 
Pengurusan fail
Pengurusan failPengurusan fail
Pengurusan fail
 
Basics of Fire fighting
Basics of Fire fightingBasics of Fire fighting
Basics of Fire fighting
 
Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2
 
DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA
DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIADUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA
DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA
 

Similar to Taking Off Report Latihan Industri

Khb3 nota bab 1
Khb3   nota bab 1Khb3   nota bab 1
Khb3 nota bab 1Mak Teh
 
RPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
RPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKALRPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
RPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKALjufri khamsin
 
RPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
RPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKALRPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
RPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKALjufri khamsin
 
Rpt khb kt t3 2014
Rpt khb kt t3 2014Rpt khb kt t3 2014
Rpt khb kt t3 2014
hidayahjo
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Mara
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to construction
Mara
 

Similar to Taking Off Report Latihan Industri (8)

Khb3 nota bab 1
Khb3   nota bab 1Khb3   nota bab 1
Khb3 nota bab 1
 
3. rpt khb kt ting 3 & pbs
3. rpt khb kt ting 3 & pbs3. rpt khb kt ting 3 & pbs
3. rpt khb kt ting 3 & pbs
 
RPT KHB(KT) TINGKATAN 3 2014
RPT KHB(KT) TINGKATAN 3 2014RPT KHB(KT) TINGKATAN 3 2014
RPT KHB(KT) TINGKATAN 3 2014
 
RPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
RPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKALRPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
RPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
 
RPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
RPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKALRPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
RPT TINGKATAN 1 KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
 
Rpt khb kt t3 2014
Rpt khb kt t3 2014Rpt khb kt t3 2014
Rpt khb kt t3 2014
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to construction
 

Recently uploaded

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (6)

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 

Taking Off Report Latihan Industri

  • 1. Bab 4 Pengukuran Kuantiti (Taking off) 4.1 Pengenalan Secara amnya, senarai kuantiti adalah satu dokumen yang mengandungi senarai item binaan berserta kuantiti-kuantitinya yang disediakan mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Dalam senarai kuantiti, item binaan serta kuantitinya akan disenaraikan dalam satu kertas khas yang dibahagikan kepada beberapa ruang, iaitu ruang untuk keterangan, ruang untuk kuantiti, ruang untuk kadar harga dan ruang untuk jumlah harga. Senarai kuantiti disediakan dengan menggunakan kaedah tertentu untuk mengukur dan menyenaraikan item-item binaan. Bagi menyeragamkan dan mengalakkan kekeliruan pengguna senarai kuantiti seperti kontraktor, arkitek dan jurutera juruukur bahan menyediakan senarai kuantiti jurutera,
  • 2. berdasarkan Kaedah Pengukuran Setara (Standard Method of Measurement - SMM). SMM adalah dokumen yang mengandungi butir-butir dan peneranganpenerangan mengenai cara mengambil ukuran, menulis huraian dan menyenaraikan item-item binaan. Bagi kerja bangunan digunakan SMM kerja bangunan manakala bagi kerja-kerja kejuruteraan awam digunakan SMM untuk kerja kejuruteraan. 4.2 Maksud Pengukuran adalah proses dimana ukuran bagi item-item binaan diambil dari lukisan yang telah disediakan dan dicatitkan ke dalam kertas khas. Ukuran-ukuran ini kemudian didarabkan dan dicampurkan untuk mendapat kuantiti dalam unityang ditetapkan. Ianya adalah sama dengan senarai pembelian untuk membeli keperluan rumah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.2.1 yang mengandungi senarai barang keperluan berserta dengan kuantiti masing-masing. Setelah senarai tersebut disediakan, kadar harga bagi setiap barang-barang perlu dimasukkan untuk mengetahui anggaran belanjawan keperluan rumah.
  • 3. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Perkara Beras Tepung gandum gula Minyak masak Bawang merah Bawang putih Bawang besar Cili kering halia Kunyit Lengkuas Serai Cili hidup Kicap Sos tomato Sos cili Susu pekat Susu tepung Unit kg Kg Kuantiti 50 20 Harga 1.10 0.75 RM 55.00 15.00 Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Botol Botol Botol Tin Kg 10 10 2 1 3 2 1 1 1 1 1 3 3 3 6 3 1.50 1.20 2.00 3.00 3.50 2.00 0.80 0.70 0.60 0.80 2.50 1.75 1.95 1.75 1.50 2.00 15.00 12.00 4.00 3.00 10.00 4.00 0.80 0.70 0.60 0.80 2.50 5.25 5.85 5.25 9.00 30.00 Jumlah 178.75 Jadual 4.2.1 : Contoh senarai barang-barang keperluan yang biasa disediakan pada setiap akhir bulan. Berasaskan prinsip yang sama juga senarai kuantiti disediakan untuk mendapatkan jumlah pembinaan bangunan cadangan. Contoh muka surat senarai kuantiti yang lengkap boleh dirujuk pada jadual 4.2.2. Dalam rajah memaparkan dua perkara utama yang berkaitan dengan senarai kuantiti, iaitu huraian bagi item binaan dan kuantiti. Huraian sesuatu kerja perlu ditulis dengan penuh dan jelas supaya dapat menggambarkan kerja yang sebenar. Kuantitinya diberikan dengan tepat dalam unit-unit yang mudah. Dalam perkataan lain, senarai kunatiti merupakan perkataan dan bilangan mengenai sesuatu bentuk binaan.
  • 4. Kadar No Huraian Unit RM SENARAI LUAR NO Sen 6-DINDING Untuk huraian bagi bahanbahan dan mutu kerja yang digunakan bagi senarai ini, lihat Bahagian B - “ Bahan-bahan, mutu Kerja dan Awalan kepada semua“ Tukangan” a. Konkrit tetulang Gred 25-20mm M3 egregat seperti dihuraikan didalam tiang pengukuh. b. 30 TETULANG ROD KELULI SEDERHANA seperti yang dihuraikan c. Rod 12 mm garis pusat didalam tiang pengukuh. Kg 412 Kg 152 Kotak bentuk kayu tak berketam M2 13mm tebal pada sisi tiang pengukuh. 288 Rod 8 mm pengikat. ditto sebagai d. KERJA BATA DARIPADA BATA BIASA DENGAN TURAP BERTOLOK seperti yang telah dihuraikan e. Dinding bata setebal setengah M2 bata diikat dengan tetulang anyaman seperti yang telah dihuraikan. Jumlah Kuantiti 355 Jadual 4.2.2 : Jadual senarai kuantiti yang lengkap RM Sen
  • 5. 4.3 Kegunaan Senarai Kuantiti a) Untuk memperlawa tender Merupakan kegunaan utama senarai kuantiti. Tujuan mempelawa tender adalah untuk memilih kontraktor yang layak untuk melaksanakan sesuatu projek yamg dicadangkan. Kontraktor akan dipelawa untuk membuat tender bagi sesuatu projek yang dicadangkan. Untuk mendapatkan harga tender, terlebih dahulu penender-penender perlu mengisi kadar harga kepada kuantiti item binaan yang terdapat didalam senarai kuantiti. Seterusnya mereka akan membuatpendaraban bagi mendapatkan kos pembinaan atau harga tender bagi projek yang dicadangkan. Senarai kuantiti yang telah dihargakan itu akan dihantar kepada Juru Ukur bahan untuk membuat penilaian dan pemilihan berdasarkan kepada harga-harga tender yang dikemukakan. b) Untuk menyediakan bayaran kemajuan Biasanya dari semasa ke semasa, jurukur bahan akan menyediakan Sijil Penilaian kemajuan Kerja untuk Bayaran Kemajuan bagi kerja-kerja yang telah disiapkan. Untuk menyediakan sijil ini jurukur bahan perlu menilai kerja-kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor dari semasa ke semasa. Bagi membuat penilaian ini, terlebih dahulu jurukur bahan akan melawat tapak bina bagi membuat penilaian dan merekodkan kerja-kerja yang telah disiapkan. Berpandukan rekod tersebut, jurukur bahan boleh mengenal pasti dan mengeluarkan kuantiti dan harga bagi item-item binaan yang telah disiapkan dari senarai kuantiti. Kemudian dengan mencampurkan harga-harga tersebut, suatu nilai yang akan dimasukkan dalam Sijil bayaran kemajuan akan diperolehi.
  • 6. c) Untuk menilai pindaan kerja Apabila arkitek atau jururtera mengeluarkan arahan pindaan kerja, jurukur bahan akan menilai kerja-kerja yang terlibat bagi menentukan perbezaan kos antara kerja asal dan kerja pindaan. Kos kerja asal boleh diambil daripada senarai kuantiti kerana semua butir mengenai bahan, buruh, kuantiti dan kadar harga bagi kerja asal boleh didapati didalamnya. Kos bagi kerja pindaan boleh dinilai dengan menggunakan kadar harga daripada senarai kuantiti. Kadar harga ini samada yang asal atau yang diwajarkan, akan dimasukkan kepada kuantiti kerja-kerja pindaan dan kemudiaa pengiraan akan dibuat. d) Untuk memesan dan membeli bahan-bahan Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kuantiti bagi sesuatu item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti ialah kuantiti kerja seperti yang telah siap dibina. Untuk tujuan memesan dan membeli bahan binaan, kuantiti bahan-bahan yang diperlukan boleh didapati dengan menganalisis kuantiti item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti.
  • 7. 4.4 Jenis-jenis Senarai Kuantiti Senarai kuantiti perlu disediakan mengikut susunan yang logik dan mudah difahami. Untuk mendapat suatu senarai yang tersusun dan mudah difahami, biasa item binaan dihuraikan dibawah tajuk-tajuk yang berkaitan dengan binaan bangunan, tukang atau operasi. Cara item binaan itu dihuraikan menentukan jenis senarai kuantiti. Jenis-jenis senarai kuantiti yang biasa didapati adalah seperti berikut : a. Senarai Kuantiti mengikut tukang Dalam senarai kuantiti jenis ini item binaan disenaraikan mengikut tukang yang membuat atau mengerjakan binaan tersebut. Cara ini merupakan kaedah tradisional berdasarkan kaedah pengukuran setara. Semua item binaan yang berkaitan dengan sesuatu tukangan itu disenaraikan dibawah tajuk/nama tukang itu. Contoh : Item binaan seperti tingkap dan pintu kayu , daun pintu kayu, dinding sekat kayu, jenang dan kambi lantai kayu. Disenaraikan dibawah tajuk tukang tanggam. Item binaan seperti dinding bata, tiang bata dan lantai bata disenaraikan dibawah tajuk tukang bata. Berikut adalah antara senarai tajuk-tajuk tukang yang ada dalam kerja binaan: Tukang konkrit Tukang gali Tukang kayu Tukang bumbung Tukang Lepa
  • 8. b. Senarai kuantiti mengikut elemen Item-item binaan disenaraikan mengikut bahagian atau elemen bangunan. Item binaan yang berkaitan dengan sesuatu bahagian itu disenaraikan dibawah tajuk atau nama bahagian atau elemen itu. Contoh : Elemen Rangka Elemen Bumbung Item binaan seperti kekuda, gelegar bumbung, perabung, genting, papan tumpu kasau dan lapis kalis tiris. Item binaan seperti tiang, rasuk lantai, rasuk bumbung, lantai atas, acuan untuk tiang dan rasuk serta tetulang untuk tiang, rasuk dan lantai. Secara amnya pecahan-pecahan elemen adalah seperti berikut : a) Elemen cerucuk b) Elemen Kerja di bawah Aras Kemasan Lantai c) Elemen rangka Elemen bumbung d) Elemen tangga e) Elemen dinding luar f) Elemen pintu dan tingkap luar g) Elemen pintu dan dinding dalam dan lain – lain.
  • 9. c. Senarai Kuantiti Penunjuk Senarai kuantiti yang dipecahkan mengikut elemen atau tukang biasanya mengandungi huraian mengenai jenis dan kualiti bahan serta kuantiti, jadi kadang-kadang lokasi sebahagian daripada item binaan yang disenaraikan tidak dapat dipastikan walaupun dengan merujuk pada lukisan yang lengkap. Untuk mengatasi masalah ini, nota-nota yang menunjukkan lokasi yang dimasukkan kepada item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti penunjuk. d. Senarai Kuantiti Operasi atau Kerja Dalam senarai kuantiti jenis ini, projek binaan dipecahkan mengikut operasi sebenar di tapak bina. Pecahan dibuat berdasarkan analisis rangkaian kerja yang menunjukkan operasi-operasi penting. Penyediaan senarai kuantiti ini melibatkan pelencongan dari kaedah pengukuran setara. Di sini keperluan buruh dan loji disenaraikan sebagai suatu kerja atau operasi yang perlu, sementara bahan binaan yang diperlukan bagi tiap-tiap operasi itu disenaraikan secara berasingan. e. Senarai Kuantiti Peruntukan Kadang-kadang kerana kesuntukan masa, arkitek dan jurutera tidak sempat menyediakan lukisan kerja yang lengkap yang membolehkan jurukur bahan menyediakan senarai kuantiti yang tepat sebelum tender dipelawa. Biasanya dalam keadaan begini jurukur bahan akan menyenaraikan senarai kuantiti peruntukan. Kuantiti-kuantiti yang terdapat dalam senarai kuantiti jenis ini ialah kuantiti kasar dan merupakan kuantiti peruntukan. Apabila kerja sebenar telah dijalankan, jurukur bahan perlu membuat pengukuran semula di tapak bagi mendapatkan kuantiti sebenar dan seterusnya membuat penilaian yang sewajarnya.
  • 10. 4.5 Proses Pengukuran dan Unit-unit Pengukuran Kuantiti a) Proses Pengukuran / Penyediaan Senarai Kuantiti i. Terima lukisan dan lain-lain maklumat yang ada dan kaji berkaitan rekabentuk, saiz, bahan binaan, sekil lukisandan lain-lain.Bagi kerja-kerja arahan pinda kerja atau pengukuran semula pengukuran boleh dilakukan berdasarkan rekodrekod kerja ditapak bina atau diukur dari kerja yang telah disiapkan. ii. Pengukuran / “taking off” ialah proses dimana dimensidiukur atau dibaca dari lukisan dan dicatitkan diataskertas khas dinamakan kertas dimensi. iii. Working-up ialah proses mendarab (squaring) dimensi,mencampur dan menukar dimensi kepada unitunitukuran (billing). iv. Draf senarai kuantiti sebelumditaip mengikut ataupertukaran. disediakan dan pecahan elemen disunting bangunan b) Unit-unit Pengukuran Kuantiti Seperti mana yang telah dimaklumkan, penyediaan senarai kuantiti melibatkan pengukuran kuantiti item-item binaan yang terlibat. Berpandukan unit-unit pengukuran tertentu kuantiti item binaan dapat dikira. Unit-unit pengukuran ini telah ditetapkan di dalam Kaedah Pengukuran Setara. Unit-unit berikut adalah digunakan didalam menyatakan kuantiti:
  • 11. Ukuran Unit 1. Panjang Meter panjang ( ) 2. Luas Meter persegi ( ) 3. Isipadu Meter padu ( ) 4. Berat Kilogram (kg) 5. Bilangan Nombor (no) 6. Mata benda kerja yang Item tidak dapat diukur dengan manamana unit ukuran. Jadual 4.5 (b)(i) : Unit-unit Pengukuran Kuantiti Proses pengukuran kuantiti melibatkan penggunaan borang yang tertentu, salah satunya adalah Borang Dimensi. Rajah 4.5(b)(ii) menunjukkan kaedah bagaimana ukuran yang diambil dicatitkan di dalam Borang Dimensi.
  • 12. Unit Panjang (meter) 0.92 Cuma satu ukuran sahaja yang perlu diambil dan dicatatkan. Di bawah tiap- tiap ukuran yang dicatatkan itu dilukiskan suatu garis pemisah Unit Luas (meter persegi) 0.90 2.45 Dua ukuran ( sepasang ) yang perlu diambil dan dicatatkan. Dibawah tiap-tiap pasang ukuran yang dicatatkan itu dilukiskan satu garis pemisah. Unit Isipadu (meter padu) 0.15 0.23 3.00 Tiga ukuran yang perlu diambil dan dicatatkan. Dibawah satu set ukuran itu dilukiskan satu garis pemisah. Unit Bilangan (Nombor) 6 Cuma jumlah bilangan item binaan yang perlu dicatatkan. Dibawah setiap bilangan dilukiskan satu garis pemisah Rajah 4.5(b)(ii) : Ukuran yang diambil dicatitkan di dalam Borang Dimensi
  • 13. 4.6 Borang Dimensi Borang dimensi adalah borang yang digunakan untuk mencatatkan ukuran yang diambil daripada lukisan berserta dengan huraian yang berkaitan. Borang ini direka bentuk mengikut keperluan British Standard 3327 : 1961. Borang Dimensi boleh dibahagikan kepada dua bahagian dimana tiap bahagian mengandungi empat ruang. Rajah 4.6.1 : Contoh Borang Dimensi
  • 14. Setiap ruang dalam borang dimensi mempunyai fungsi yang tertentu. 1 2 1) 2) 3) 4) 3 4 1 2 3 4 Ruang Angkali(timesing column) Ruang untuk mencatatkan angka pendaraban jika terdapat lebih daripada satu butiran kerja diukur. Ruang Ukuran(dimension column) Ruang untuk mencatatkan ukuran sebenar yang diukur atau diambil terus dari lukisan. Ruang Hasil Kiraan(squaring column) Ruang untuk mencatatkan hasil pendaraban angka-angka diruang pertama dan ruang kedua Ruang Keterangan(description column) Huraian bagi butiran kerja yang diukur akan ditulis diruang ini. Contoh aplikasi penggunaan ruang angka, ruang ukuran dan ruang hasil kira-kira dalam borang dimensi. Mencatatkan ukuran 2.00 1.00 0.50 1.00 Catatan ini menunjukkan pengiraan seperti berikut : 2.00 × 1.00 × 0.50 = 1.00 Ukuran 2.00 adalah panjang, 1.00 adalah lebar dan 0.50 adalah dalam Mencatatkan bilangan Catatan ini menunjukkan pengiraan seperti berikut : 2 2.00 1.00 0.50 2.00 2 × 2.00 × 1.00 × 0.50 = 2.00 Tanda ( / ) menunjukkan darab atau kali. Angka 2 dalam ruang angka menunjukkan terdapat tiga butiran yang serupa.
  • 15. Mencatatkan tambahan pada bilangan 2 1.00 1.00 0.50 2.00 Catatan ini menunjukkan pengiraan seperti berikut : (2 + 3) × (1.00 × 1.00 × 0.50) = 2.00 Tanda nokhtah/titik ( . ) diantara nombor 2 dan 3 menunjukkan tambah. Secara amnya kemahiran dan kecekapan sangat diperlukan untuk membentuk keterangan atau huraian yang lengkap dan dengan seringkasnya.Ini merupakan aspek pengukuran kuantiti yang paling susah dan memerlukan penguasaan pengetahuan teknik yang mendalam. Secara amnya, perkara-perkara yang dimasukkan kedalam huraian bagi sesuatu butiran kerja yang diukur adalah seperti berikut : a) b) c) d) e) Nama item binaan yang diukur. Saiz item binaan ( jika unit pengukuran adalah dalam bilangan, panjang atau luas) Jenis, kualiti dan saiz ( jika ada ) bahan yang digunakan. Sebarang perlakuan atau perbuatan terhadap item binaan tersebut. Cara item binaan itu diletakkan, disambung dan dipasangkan di tempatnya.
  • 16. Keterangan konkrit bertetulang gred 25 - 20mm batu - baur di dalam asas papak 3 1.20 1.45 0.30 3 1.20 1.45 0.30 1.50 Dalam 1.50 0.46 Keterangan ditulis bersebelahan atau atas sedikit dari pada ukuran pertama yang dicatatkan. Ia ditulis semasa ukuran sesuatu butiran kerja itu di ambil. Keterangan konkrit bertetulang Sekiranya pengiraan gred 25 - 20mm pendek atau ringkas batu - baur di perlu dibuat bagi dalam asas pad mendapat sesuatu ukuran, mestilah dibuat di sisi sebelah 0.775 kanan ruang F1a] –0.320 keterangan dan bukan di atas kertas 0.455 yang berasingan. Pengiraan sisi membolehkan kita melihat bagaimana sesuatu ukuran itu didapati dan dari mana puncanya.
  • 17. Catatan di atas menunjukkan menunjukkan ukuran 0.46 bagi asas F1a dengan membuat pengiraan pendek yang terdapat pada ruang sebelah kanan ruang keterangan. Tanda kandungan 3 1.20 1.45 0.30 2 1.20 1.20 0.45 Konkrit bertetulang gred 25 – 20 mm batu baur di dalam asas pad. Biasanya untuk satu butiran kerja beberapa set butiran terpaksa diambil. Kadang – kadang bilangan ukuran yang di ambil untuk sesuatu butiran kerja adalah banyak. Apabila dicatatkan diatas borang dimensi, kita akan mendapat sebaris ukuran dibawah satu huraian ( rujuk sebelah ). 1.50 1.50 ` 0.30 Bagi menunjukkan ssesuatu baris ukuran itu adalah bagi satu item binaan sahaja, maka satu garis kandungan menegak dilukiskan dari atas baris pertama huraian hingga ke ukuran yang terakhir. 3.20 2.10 Lepaan setebal 20 mm daripada simen dan pasir (1:3) seperti yang dihuraikan Selain itu, garis kandungan boleh juga digunakan untuk membezakan satu item binaan dengan item binaan yang lain,sekiranya terdapat terdapat lebih daripada satu item binaan yang diukur dalam satu muka surat.
  • 18. 4.7 Huruf Khas Dalam menulis huraian penggunaan huruf ringkas adalah dibenarkan. Ia bertujuan untuk menjimatkan ruang dan masa . Contohnya perkataan konkrit boleh ditulis sebagai konk, tebal ditulis sebagai tbl dan panjang ditulis sebagai pjg. Penggunaan huruf ringkas ini hanya digalakkan untuk perkataan yang mempunyai huruf ringkas yang seragam sahaja. PerkataanDitto 1.20 1.45 `1.50 1.20 1.45 1.10 Korekan untuk asas papak tidak melebihi 1.50m dalam, keluarkan dan sebahagiandaripada bahan korekan digunakanuntuk meninmbus,dipadatkan dan diratakan,selebihnya diangkut dan dibuang ke tempat lain. Ditto melebihi 1.50 m tetapi tidak melebihi 3.00 m Kadang – kadang huraian bagi satu item binaan adalah sama dengan huraian item binaan yang sebelumya. Dalam hal ini huraian tidak perlu ditulis sekali lagi. Bagi menjimatkan perkataan ditto yang bermakna sama seperti di atas boleh digunakan ( Sila rujuk contoh disebelah ). Perkataan ditto hanya boleh digunakan jika huraian yang sama ditulis dalam ruangan yang sama dalam satu halaman. Perkataan ditto tidak boleh digunakan jika huraian tersebut ditulis dalam ruangan yang lain tetapi di halaman yang sama. Dalam keadaan ini gunakan ayat seperti telah dihurakan.Tiap halaman baru mesti dimulakan dengan huraian penuh. Perkataan ditto dan seperti telah dihuraikan tidak boleh digunakan sebab belum ada huraian yang boleh dirujuk
  • 19. 4.8 Kaedah Pengukuran Kuantiti 1.50 5000 2500 Dalam amalan biasa, ukuran panjang dicatatkan di atas sekali, ukuran lebar selepas atau dibawah ukuran panjang dan diikuti akhirnya dengan ukuran tebal , tinggi atau dalam. 3000 5500 Rajah 4.8.1 : ukuran yang diambil Ukuran bagi rajah A perlulah dicatatkan seperti yang ditunjukkan dibawah : 5.50 2.50 Ukuran-ukuran yang dicatatkan ini menunjukkan 5.55 ialah ukuran panjang dan 2.50 ialah ukuran lebar Ukuran bagi rajah B pula hendaklah dicatatkan seperti berikut : 3.00 5.00 1.50 Ukuran-ukuran yang dicatatkan ini menunjukkan 3.00 ialah ukuran panjang, 5.00 ialah ukuran lebar dan 1.50 ialah ukuran dalam, tinggi atau lebar.
  • 20. Mencari Isipadu 1.20 1.45 0.30 Konkrit tetulang Gred 25 – 20mm batu baur di dalam asas papak. Merujuk jadual ketiga-tiga dimensi iaitu panjang, lebar dan dalam dicatatkan di dalam ruangan ukuran. Manakala dalam ruangan tidak perlu dicatatkan apaapa dimensi lagi. Contoh item binaan yang dikira dalam unit isipadu adalah: a. Kerja Korekan seperti korekan untuk asas papak dan rasuk tanah. b. kerja korekan seperti kerja konkrit untuk asas papak, tiang asas dan rasuk tanah. Pengukuran isipadu untuk dua butiran kerja diatas bergantung kepada kedalaman/ketebalan.seki ranya kedalamannya kurang daripada 300mm, maka pengukurannya dalam unit luas (berdasarkan kepada Kaedah Pengukuran Setara)
  • 21. Mencari Luas 3.20 2.10 20mm Tebal lepaan simen dan pasir di atas lantai konkrit. Merujuk jadual item binaan yang diukur dalam persegi, dua dimensi iaitu panjang dan lebar dicatatkan dalam ruangan ukuran, manakala dimensi untuk tebal dicatatkan bersama keterangan di dalam ruangan keterangan. Contoh item binaan yang dikira dalam unit luas adalah : a. kerja korekan seperti korekan pembersihan permukaan b. kerja acuan seperti kerja acuan untuk sisi asas papak, sisi tiang asas dan sisi rasuk tanah. c. konkrit pemarasan seperti konkrit pemarasan dibawah asas papak dan rasuk tanah.
  • 22. Mencari Panjang 2.40 3.50 100 × 50mm tebal kayu bergergaji yang diawet untuk kasau bumbung. Bagi item binaan yang unit ukurannya adalah panjang, ukuran panjang sahaja perlu dicatatkan di dalam ruang ukuran, manakala ukuran lebar dan tebal/tinggi/dalam dinyatakan dalam huraian dalam ruangan huraian. Bagi item binaan yang mempunyai dua dimensi (panjang dan garis pusat sahaja) seperti besi tetulang dimensi yang perlu dicatatkan dalam ruangan keterangan hanyalah garis pusat sahaja
  • 23. 2 ITEM 2 MencariBilangan 100mm × 100mm × 12mm Tebal plat kaki daripada keluli lembut mengikut B.S 15 Mengukur Item Membenarkan untuk penyediaan semua peralatan yang diperlukan oleh cerucuk, loji, alat dan peralatan sampingan dan kenderaan mereka ke tapak, pengendalian, pemasangan, mendirikan dan rombakan dan penyingkiran dari tapak selepas selesai operasi cerucuk. Bagi item binaan yang unit ukurannya ialah bilangan, huraiannya mestilah mengandungi ukuran-ukuran panjang, lebar dan tebal, tinggi atau dalam. Dalam ruang ukuran hanya perlu dicatatkan bilangan atau nombor butiran yang diukur. Unit item digunakan untuk mengukur item-item binaan yang tidak dapat ditentukan kuantitinya menggunakan unit-unit ukuran seperti isipadu, luas, panjang atau bilangan diperingkat pengukuran. Penggunaan unit item biasanya untuk kerja-kerja cerucuk dan juga kerjakerja pembersihan tapak.
  • 24. 4.9 Kesimpulan Kerja-kerja pengukuran kuantiti adalah asas yang penting untuk menyediakan senarai kuantiti, di samping untuk menyediakan anggaran kasar kos pembinaan sesebuah projek binaan.Pengukuran kuantiti merupakan asas yang sangat penting bagi setiap pelajar jurusan ukur bahan sebelum mempelajari sesuatu yang lain. Pelajar juga harus memahami tentang kaedah mengambil ukuran dengan betul