ISI KANDUNGAN
BIL SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Jenis-Jenis Lukisan
2. Struktur Bangunan
3. Utilitas Bangunan
4. Pelan Bangunan
LUKISAN BANGUNAN
Lukisan bangunan memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar tentang lukisan bangunan.
Ia merangkumi jenis lukisan pembinaan, lukisan pelan, pelan lantai, pelan bumbung, simbol-
simbol piawai bangunan. Bagi lukisan pandangan bangunan setingkat dan dua tingkat, ia
mengandungi lukisan pelan, pandangan hadapan, pandangan sisi, lukisan keratan bangunan dan
lukisan perincian bangunan. Selain itu, lukisan perspektif bangunan dan lukisan perpaipan dan
skematik juga diajar dalam kursus ini bagi membolehkan pelajar membezakan elemen dalam
lukisan pembinaan dan perpaipan.
1. JENIS JENIS LUKISAN
LUKISAN PELAN
1. Pelan Lokasi (Location Plan)
Pelan lokasi memberi petunjuk kedudukan tapak cadangan pembinaan. Sempadan tanah
bersebelahan, parit, jalan besar, jalan masuk, kawasan berumput, aras tanah.
2. Pelan Tapak (Site Plan)
Pelan yang memberi petunjuk dimensi, ukuran dan paras tapak sesuatu cadangan bangunan yang
hendak dibina
3. Pelan Lantai (Floor Plan)
Menunjukkan ukuran bangunan keseluruhannya serta susun atur grid bagi rujukan pembinaan.
Pelan dilengkapi dengan susun atur perabot. Petunjuk keratan A dan B ditunjukkan pada pelan
lantai. Pelan tapak juga bolehlah dikatakan seolah-olah bangunan itu dikerat ditengahnya dan
dilihat dari atas. Tiap-tiap lukisan perlulah ada pelan untuk mengetahui keadaan didalam bangunan
itu serta susunannya
LUKISAN PANDANGAN (Elevation)
Pandangan adalah untuk menunjukkan secara keseluruhan bagaimana rupanya bangunan itu
dipandang dengan mata kasar. Ia hanya memberikan gambaran di luar bangunan itu. Ia bolehlah
dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis akan memberikan dua dimensi
ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek. Bagi melukis pandangan
sesebuah bangunan, kaedah unjuran ortografik digunakan iaitu sesuatu arah pandangan bangunan
yang dilihat pada pelan lantai akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat
dengan bangunan itu.
Terdapat 3 jenis pandangan iaitu :
A. Pandangan Hadapan (Front Elevation)
B. Pandangan Belakang (Rear Elevation)
C. Pandangan Sisi (Side Elevation)
LUKISAN KERATAN
Lukisan keratan adalah merupakan lukisan yang menerangkan butir-butir pada tempat ianya
dikeratkan dengan menggunakan simbol garisan keratan ( section line ). Tanpa lukisan section ini,
tak mungkin kita mengetahui butir-butir lanjut tentang keadaan bangunan itu. Katakan kita ingin
mengetahui rupabentuk di sebelah dalam buah limau, yang perlu kita buat ialah keratkan dua, akan
kelihatanlah isi didalamnya. Begitu juga lukisan section ini umpamanya. Didalam lukisan pelan,
banyak terdapat lukisan section ini untuk melihatkan butir-butir bangunan itu. Seperti yang telah
dinyatakan dahulu, lukisan section ini dapat menunjukkan butir-butir yang terdapat di garisan
keratan itu dipotong, dan apa yang akan dapat dilihat dihadapannya. Biasanya, lukisan section ini
adalah seperti lukisan tegak, cuma bezanya ia mempunyai butir-butir yang dipotong. Lukisan
butir-butir ini pula dapat menampakkan lagi sesuatu butir-butir lukisan itu dengan jelas. Melalui
pelan dan lukisan bahagian-bahagian bangunan yang tersembunyi atau kecil ukurannya, lukisan
detail adalah diberikan. Lukisan detail ini selalunya mempunyai sekil yang terbesar untuk
membesarkan butir-butir itu agar jelas dilihat
LUKISAN BUTIRAN
Pelan Lukisan Butiran memberi perincian yang besar dan lebih terperinci dan jelas seperti pintu,
tingkap, cucur atap, sambungan tiang-gelegar, pemasangan pepasang sanitari.
Skala
Merupakan nisbah ukuran di atas pelan dan dipermukaan tanah yang sebenar. Contohnya - 1:100
bermakna 1mm di atas pelan bersamaan 100mm di atas permukaan tanah.
2. STRUKTUR
Struktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan
penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya
menanggung beban yang dijangkakan.
KOMPONEN-KOMPONEN STRUKTUR
I. RASUK
Rasuk merupakan komponen mendatar yang menanggung beban-beban bumbung, lantai, dan
dinding serta beban kenaan (live load). Ianya menahan beban secara mengatasi lenturan, ricih dan
puntiran (Torsion). Kadang kala rasuk bertindak sebagai pengikat.
 Jenis-Jenis rasuk
a) Rasuk Utama (Main Beam)
Merentangi di antara tiang-tiang dan mengagihkan beban kepada tiang.
b) Rasuk Kedua (Secondary Beam)
Merintangi di antara rasuk-rasuk utama dan mengagihkan beban kepada rasuk utama. Fungsi
utama rasuk ini ialah untuk memendekkan jarak rentangan papak yang di sokong oleh sesuatu
struktur atau menanggung beban sesuai dengan kehendak penggunaan struktur tersebut.
c) Rasuk pengikat (Tie Beam)
Rasuk yang merentangi antara tiang dengan tujuan mengikat kedua-dua tiang tersebut. Ini adalah
untuk faktor kestabilan bagi struktur yang berkenaan.
d) Rasuk tepi (Edge Beam)
Berfungsi sebagai rasuk pengikat yang merintangi di antara tiang-tiang di sebelah luar.3.1.3 Rasuk
direkabentuk berdasarkan kepada empat cara berikut:-
a) Rasuk tupang mudah
b) Rasuk Selanjar..
c) Rasuk julur.
d) Rasuk Kerangka
II. TANGGA
Tangga merupakan papak condong rentang sehala berfungsi sebagai penghubung antara-satu
tingkat ke satu tingkat yang lain.
 Jenis-jenis tangga
a) Rentangan Lintang
Tangga ini amnya disusun untuk merentang antara dinding-dinding atau rasuk-rasuk tepi.
Tetulang utama yang diperlukan biasanya mengandungi satu bar bagi satu anak tangga. Keluli
agihan diletakan sepanjang larian tangga.
b) Rentangan memanjang
Tangga merentang antara penyokong-penyokong di atas dan di bawah larian. Penyokong ini
samada rasuk, dinding atau papak pelantarnya.
3. UTILITAS BANGUNAN
Unsur-unsur utilitas bangunan :
KENYAMANAN, KESEHATAN, KESELAMATAN, KOMUNIKASI, dan MOBILITAS.
A. PERANCANGAN UTILITAS :
· PLAMBING dan SANITASI
· KELISTRIKAN / PENERANGAN
· Pencegahan Kebakaran
· TATA UDARA / Ventilasi Mekanis
· KOMUNIKASI
· TATA SUARA
· Transportasi (Horizontal dan Vertikal )
· SEKURITI
· Pembuangan Sampah
· Penangkal Petir
· Saluran Air Hujan (DRAINASE)
Istilah lain dalam UTILITAS bangunan :
· BUILDING SERVICE
· MECHANICAL ELEKTRIKAL PLUMBING (M.E.P)
ARSITEKTUR – STRUKTUR KONSTRUKSI – UTILITAS merupakan satu kesatuan dalam
pembangunan.
UTILITAS terdiri dari 3 komponen :
 SUMBER
 JARINGAN
 KELUARAN / OUTLET
SUMBER : contoh : pompa air, pompa pemadam kebakaran
JARINGAN : contoh : kabel, saluran, ducting (ventilasi mekanis)
KELUARAN : contoh : AC, lampu , semua peralatan saniter

Lukisan bangunan

  • 1.
    ISI KANDUNGAN BIL SENARAIKANDUNGAN MUKA SURAT 1. Jenis-Jenis Lukisan 2. Struktur Bangunan 3. Utilitas Bangunan 4. Pelan Bangunan
  • 2.
    LUKISAN BANGUNAN Lukisan bangunanmemberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar tentang lukisan bangunan. Ia merangkumi jenis lukisan pembinaan, lukisan pelan, pelan lantai, pelan bumbung, simbol- simbol piawai bangunan. Bagi lukisan pandangan bangunan setingkat dan dua tingkat, ia mengandungi lukisan pelan, pandangan hadapan, pandangan sisi, lukisan keratan bangunan dan lukisan perincian bangunan. Selain itu, lukisan perspektif bangunan dan lukisan perpaipan dan skematik juga diajar dalam kursus ini bagi membolehkan pelajar membezakan elemen dalam lukisan pembinaan dan perpaipan. 1. JENIS JENIS LUKISAN LUKISAN PELAN 1. Pelan Lokasi (Location Plan) Pelan lokasi memberi petunjuk kedudukan tapak cadangan pembinaan. Sempadan tanah bersebelahan, parit, jalan besar, jalan masuk, kawasan berumput, aras tanah.
  • 3.
    2. Pelan Tapak(Site Plan) Pelan yang memberi petunjuk dimensi, ukuran dan paras tapak sesuatu cadangan bangunan yang hendak dibina 3. Pelan Lantai (Floor Plan)
  • 4.
    Menunjukkan ukuran bangunankeseluruhannya serta susun atur grid bagi rujukan pembinaan. Pelan dilengkapi dengan susun atur perabot. Petunjuk keratan A dan B ditunjukkan pada pelan lantai. Pelan tapak juga bolehlah dikatakan seolah-olah bangunan itu dikerat ditengahnya dan dilihat dari atas. Tiap-tiap lukisan perlulah ada pelan untuk mengetahui keadaan didalam bangunan itu serta susunannya LUKISAN PANDANGAN (Elevation) Pandangan adalah untuk menunjukkan secara keseluruhan bagaimana rupanya bangunan itu dipandang dengan mata kasar. Ia hanya memberikan gambaran di luar bangunan itu. Ia bolehlah dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek. Bagi melukis pandangan sesebuah bangunan, kaedah unjuran ortografik digunakan iaitu sesuatu arah pandangan bangunan yang dilihat pada pelan lantai akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan bangunan itu. Terdapat 3 jenis pandangan iaitu : A. Pandangan Hadapan (Front Elevation)
  • 5.
    B. Pandangan Belakang(Rear Elevation) C. Pandangan Sisi (Side Elevation) LUKISAN KERATAN Lukisan keratan adalah merupakan lukisan yang menerangkan butir-butir pada tempat ianya dikeratkan dengan menggunakan simbol garisan keratan ( section line ). Tanpa lukisan section ini, tak mungkin kita mengetahui butir-butir lanjut tentang keadaan bangunan itu. Katakan kita ingin mengetahui rupabentuk di sebelah dalam buah limau, yang perlu kita buat ialah keratkan dua, akan
  • 6.
    kelihatanlah isi didalamnya.Begitu juga lukisan section ini umpamanya. Didalam lukisan pelan, banyak terdapat lukisan section ini untuk melihatkan butir-butir bangunan itu. Seperti yang telah dinyatakan dahulu, lukisan section ini dapat menunjukkan butir-butir yang terdapat di garisan keratan itu dipotong, dan apa yang akan dapat dilihat dihadapannya. Biasanya, lukisan section ini adalah seperti lukisan tegak, cuma bezanya ia mempunyai butir-butir yang dipotong. Lukisan butir-butir ini pula dapat menampakkan lagi sesuatu butir-butir lukisan itu dengan jelas. Melalui pelan dan lukisan bahagian-bahagian bangunan yang tersembunyi atau kecil ukurannya, lukisan detail adalah diberikan. Lukisan detail ini selalunya mempunyai sekil yang terbesar untuk membesarkan butir-butir itu agar jelas dilihat LUKISAN BUTIRAN Pelan Lukisan Butiran memberi perincian yang besar dan lebih terperinci dan jelas seperti pintu, tingkap, cucur atap, sambungan tiang-gelegar, pemasangan pepasang sanitari.
  • 7.
    Skala Merupakan nisbah ukurandi atas pelan dan dipermukaan tanah yang sebenar. Contohnya - 1:100 bermakna 1mm di atas pelan bersamaan 100mm di atas permukaan tanah. 2. STRUKTUR Struktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya menanggung beban yang dijangkakan. KOMPONEN-KOMPONEN STRUKTUR I. RASUK
  • 8.
    Rasuk merupakan komponenmendatar yang menanggung beban-beban bumbung, lantai, dan dinding serta beban kenaan (live load). Ianya menahan beban secara mengatasi lenturan, ricih dan puntiran (Torsion). Kadang kala rasuk bertindak sebagai pengikat.  Jenis-Jenis rasuk a) Rasuk Utama (Main Beam) Merentangi di antara tiang-tiang dan mengagihkan beban kepada tiang. b) Rasuk Kedua (Secondary Beam) Merintangi di antara rasuk-rasuk utama dan mengagihkan beban kepada rasuk utama. Fungsi utama rasuk ini ialah untuk memendekkan jarak rentangan papak yang di sokong oleh sesuatu struktur atau menanggung beban sesuai dengan kehendak penggunaan struktur tersebut. c) Rasuk pengikat (Tie Beam) Rasuk yang merentangi antara tiang dengan tujuan mengikat kedua-dua tiang tersebut. Ini adalah untuk faktor kestabilan bagi struktur yang berkenaan. d) Rasuk tepi (Edge Beam) Berfungsi sebagai rasuk pengikat yang merintangi di antara tiang-tiang di sebelah luar.3.1.3 Rasuk direkabentuk berdasarkan kepada empat cara berikut:- a) Rasuk tupang mudah b) Rasuk Selanjar.. c) Rasuk julur. d) Rasuk Kerangka
  • 9.
    II. TANGGA Tangga merupakanpapak condong rentang sehala berfungsi sebagai penghubung antara-satu tingkat ke satu tingkat yang lain.  Jenis-jenis tangga a) Rentangan Lintang Tangga ini amnya disusun untuk merentang antara dinding-dinding atau rasuk-rasuk tepi. Tetulang utama yang diperlukan biasanya mengandungi satu bar bagi satu anak tangga. Keluli agihan diletakan sepanjang larian tangga. b) Rentangan memanjang Tangga merentang antara penyokong-penyokong di atas dan di bawah larian. Penyokong ini samada rasuk, dinding atau papak pelantarnya. 3. UTILITAS BANGUNAN Unsur-unsur utilitas bangunan : KENYAMANAN, KESEHATAN, KESELAMATAN, KOMUNIKASI, dan MOBILITAS. A. PERANCANGAN UTILITAS : · PLAMBING dan SANITASI · KELISTRIKAN / PENERANGAN · Pencegahan Kebakaran · TATA UDARA / Ventilasi Mekanis · KOMUNIKASI · TATA SUARA · Transportasi (Horizontal dan Vertikal )
  • 10.
    · SEKURITI · PembuanganSampah · Penangkal Petir · Saluran Air Hujan (DRAINASE) Istilah lain dalam UTILITAS bangunan : · BUILDING SERVICE · MECHANICAL ELEKTRIKAL PLUMBING (M.E.P) ARSITEKTUR – STRUKTUR KONSTRUKSI – UTILITAS merupakan satu kesatuan dalam pembangunan. UTILITAS terdiri dari 3 komponen :  SUMBER  JARINGAN  KELUARAN / OUTLET SUMBER : contoh : pompa air, pompa pemadam kebakaran JARINGAN : contoh : kabel, saluran, ducting (ventilasi mekanis) KELUARAN : contoh : AC, lampu , semua peralatan saniter