Pengurusan tapak adalah elemen penting dalam pembinaan yang mempengaruhi kejayaan projek dan kualiti kerja. Kelemahan dalam sistem pengurusan tapak boleh menyebabkan kelewatan, kos tambahan, dan isu-isu lain yang memberi impak negatif kepada projek. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen dan kaedah penting dalam pengurusan tapak untuk meningkatkan kecekapan dan mengatasi masalah kelewatan dalam pembinaan.