Perkahwinan penting untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita, mengeratkan hubungan keluarga dan silaturahim, serta membentuk perilaku dan emosi seseorang. Perkahwinan di Malaysia diikuti adat istiadat yang berbeza mengikut masyarakat, namun tujuan utamanya sama iaitu menghalalkan hubungan pasangan dan mengeratkan hubungan keluarga.
Sedikit pemahaman tentang nikah,cerai,rujuk dalam agama islam serta definisinya.Terdapat jenis-jenis perceraian, hukum serta hikmahnya.Faktor perceraian .
jgn qta mndiagnosa smua mnusia tu sma sprti ap yg qta pkirkan, krn tdk smua mnusia sprti tu. ad bbrpa yg dpat mnahan hawa nafsunya n ad jg yg tdk. jka qta msih brpikiran sperti tu, artix anda mngatakan bahwa nabi-nabi qta jg sma sprti tu. krn nabi n rasul adlh seorng mnusia jg. "Trima Kasih"
Sedikit pemahaman tentang nikah,cerai,rujuk dalam agama islam serta definisinya.Terdapat jenis-jenis perceraian, hukum serta hikmahnya.Faktor perceraian .
jgn qta mndiagnosa smua mnusia tu sma sprti ap yg qta pkirkan, krn tdk smua mnusia sprti tu. ad bbrpa yg dpat mnahan hawa nafsunya n ad jg yg tdk. jka qta msih brpikiran sperti tu, artix anda mngatakan bahwa nabi-nabi qta jg sma sprti tu. krn nabi n rasul adlh seorng mnusia jg. "Trima Kasih"
Hukum Perkawinan adat
Upacara peralihan tersebut terdiri atas 3 tingkatan, yaitu:Rites de Separation yaitu upacara perpisahan dari status semula;
Rites de Marga, yaitu upacara ke status yang baru;
Rites de Agreegation, yaitu upacara penerimaan dalam status yang baru.
Asas-Asas Dalam hukum Perkawinan adat
Bentuk Perkawinan adat
Sistem Perkawinan dalam Hukum Adat dan Perceraian dalam Hukum Adat
1. AKTIVITI : 3 JURNAL REFLEKTIF (T1A3)
Perkahwinan merupakan satu saluran yang baik untuk mengeratkan lagi hubungan cinta kasih
sayang di antara lelaki dan perempuan. Sebelum berkahwin ramai yang memikirkan
hubungan cinta kasih sayang mereka berakhir di mana, sama ada sampai di gerbang
perkahwinan atau di sebaliknya. Namun menjadi lumrah manusia, percintaan akhirnya akan
berakhir dengan perkahwinan. Namun ada juga hubungan cinta mereka berakhir begitu
sahaja, tidak sampai ke alam perkahwinan. Terpulanglah kepada pasangan masing-masing,
kita hanya mampu merancang namun yang dirancangkan tidak semestinya berjaya. Apa-apa
pun, perkahwinan adalah menjadi peranan penting bagi menghalalkan hubungan seks antara
lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun perkahwinan dapat membentuk sahsiah dan perilaku
seseorang itu.
Selain daripada itu perkahwinan dapat mengeratkan lagi hubungan diantara kedua belah
pihak keluarga pasangan masing-masing. Hubungan silaturahim ini tidak terbatas kepada
jurang perbezaan agama dan juga kebudayaan, seperti perkahwinan campur.Di sini secara
tidak langsung kita menyahut seruan Perdana Menteri “1 Malaysia” terdapat pelbagai
kebudayaan dalam keluarga kita. Bagi diri saya pula perkahwinan itu dapat membentuk
emosi dan tingkah laku seseorang.Ini dapat kita lihat sendiri dalam ahli keluarga kita
misalnya keharmonian akan dapat dicapai melalui hubungan yang baik antara semua ahli
keluarga. Hubungan ini merangkumi seperti keagamaan, emosi iaitu rasa kasih sayang dan
juga hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain walaupun adanya perbezaan agama
dan kebudayaan.
Begitu juga dalam masyarakat Iban. Mereka berkahwin untuk mengeratkan lagi hubungan
di antara pasangan pengantin serta menjadikannya hubungan yang dibenarkan mengikut
kepercayaan agama mereka. Di samping itu juga wujudnya keharmonian kaum hasil daripada
perkahwinan itu. Dalam masyarakat Iban itu telah ditetapkan beberapa peraturan sebelum
seseorang itu layak menjadi pasangan suami isteri misalnya usia pengantin lelaki mesti
melebihi 22 tahun. Sesungguhnya dalam usia sebegini mereka masih kuat cergas dan lebih
dewasa dalam memikul tanggungjawab dalam keluarga nanti. Pada mereka perkahwinan
yang sempurna ialah perkahwinan yang mengikut serta mematuhi peraturan serta adat yang
telah ditetapkan.
2. Perkahwinan ini boleh kita lihat perbezaannya dari segi pegangan kepercayaan agama
masing-masing dan kebudayaan. Namun dari segi persiapan tidak banyak perbezaannya
misalnya pihak lelaki menyediakan wang hantaran kepada pihak wanita . Maksudnya
hantaran belanja kenduri kendera ini bergantung pada kemampuan dan persetujuan di antara
kedua belah pihak. Perkara seperti ini menjadi kebiasaan dilakukan bergantung kemampuan
pihak lelaki.Ini dapat kita lihat dengan keadaan harga barangan harian yang semakin
meningkat. Perkara seperti ini juga mempengaruhi hantaran perkahwinan masa kini. Keadaan
seperti ini juga menjadi kekangan pasangan lelaki jika pihak wanita mahukannya
menyediakan wang ini terlalu tinggi nilainya. Walau bagaimanapun, jika kata sudah
dipersetujui, perkara itu tidak menjadi halangan kedua pihak sama-sama berunding agar
mendapat kata sepakat, agar pasangan pengantin tidak kecewa dan sebagainya.
Namun dalam masyarakat Iban perkahwinan mereka amat unik. Perkahwinan yang
sempurna bagi masyarakat Iban adalah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak
yang melanggar adat yang ditetapkan akan didenda sama ada dihukum mengikut adat
perkahwinan yang telah ditetapkan. Adat ini telah dipersetujui oleh masyarakat Iban itu
sendiri.
Manakala dalam masyarakat Iban juga terdapat persamaan juga dalam masyarakat lain
seperti adat merisik. Pihak lelaki akan menghantar rombongan yang terdiri daripada dua tiga
orang sebagai wakil untuk menanyakan bagi pihak perempuan. Jika sudah mendapat
jawapannya barulah diadakan majlis pertunangan mengikut adat mereka. Di sini jelas kepada
kita bahawa perkahwinan ini merupakan sesuatu perkara yang kaya dengan adat istiadat.
Seperti kata pepatah “ Biar mati anak jangan mati adat”.
Di sini jelas bahawa semua masyarakat yang terdapat di Malaysia ini khususnya menjaga
tentang adat istiadat perkahwinan masing-masing. Ini sebenarnya bertujuan untuk
menghalalkan hubungan pasangan pengantin itu sendiri, serta mengeratkan lagi silaturahim di
antara keluarga pengantin. Di samping itu juga dari segi tuntutan kepercayaan keagamaan
masing-masing serta memelihara zuriat generasi yang baru.