KEBAIKAN DAN KEBURUKAN POLIGAMI
Poligami adalah manis ibarat madu bagi sebahagian orang tetapi ia pahit ibarat
hempedu bagi sebahagian yang lain. Itu dalam kehidupan di dunia, seterusnya untuk
kehidupan di alam akhirat pula poligami boleh menjadi sebab beratnya timbangan
pahala yang akhirnya akan memudahkan untuk memasuki syurga dan sebaliknya
poligami juga boleh menyebabkan pengamalnya masuk ke dalam api neraka kerana
gagal dalam menjaganya dari sudut peraturan syarak. Itulah hakikat dan cabaran
berpoligami.
Antara hakikat dan cabaran berpoligami ialah adanya keburukan dan kebaikan.
Keburukan dan kebaikan poligami yang dibincangkan di sini bukanlah tentang
keburukan pensyariatan poligami tetapi keburukan poligami dari sudut pandangan
pengamalan yang berlaku di kalangan sebahagian masyarakat Islam di Malaysia
khasnya. Antara kebaikan poligami yang dapat dicatatkan di sini adalah seperti yang
berikut:
1. Poligami memberi peluang kepada kaum lelaki yang layak untuk berpoligami
membuktikan ketabahan mereka dalam memikul tanggungjawab yang berat
dengan cara yang baik dan diterima oleh semua isteri. Kebaikannya di sini
sangat jelas kerana lahirnya dan wujudnya kaum lelaki dari kalangan umat
Muhammad SAW yang bertanggungjawab. Perkara beginilah telah ditunjukkan
oleh Nabi SAW dan juga sahabat-sahabat beliau yang membuktikan bahawa
mereka mampu berpoligami di samping sibuk dengan urusan negara, jihad dan
sebagainya.
2. Poligami memberi peluang kepada isteri untuk mengurangkan
tanggungjawabnya dalam memenuhi hak-hak suami kerana hak-hak tersebut
telah dikongsi bersama dengan isteri-isteri yang lain.
3. Poligami boleh menjadi alat untuk meramaikan umat Islam dalam sesebuah
negara sama ada negara Islam seperti Malaysia atau negara kafir seperti
Thailand. Perkara ini penting kerana jumlah umat Islam yang ramai mampu
memberi kekuatan kepada kebangkitan umat Islam dalam menguasai
pemerintahan sesebuah negara.
4. Poligami yang dilakukan atas dasar ibadat akan menghasilkan pahala untuk
suami dan isteri-isterinya yang mana akan menyebabkan keberkatan dan
kejayaan untuk mereka di dunia dan di akhirat.
5. Poligami boleh menyebabkan hubungan intim antara suami isteri semakin
bertambah baik kerana setiap isteri ingin memikat hati suami supaya mereka
dianggap sebagai isteri yang terbaik dari kalangan isteri-isteri yang lain.
6. Poligami boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sebahagian
pasangan suami isteri seperti isteri yang tidak mampu melahirkan zuriat.
7. Poligami mampu menjauhkan lelaki dari melakukan maksiat kerana sebahagian
lelaki mempunyai nafsu seks yang kuat yang tidak cukup dengan seorang isteri
atau pun tidak boleh mengawak nafsu seksnya ketika isteri dalam keadaan haid
atau nifas selain dari uzur kerana hamil dan kesihatan yang tidak
mengizinkannya melayan nafsu seks suaminya.
8. Poligami mampu menaiktarafkan tahap ekonomi sesebuah keluarga kerana
dengan hidup berpoligami maka suami akan berusaha lebih untuk mendapatkan
hasil pendapatan yang mampu untuk menampung keluarga yang ramai dan
begitu juga dengan para isteri yang mempunyai waktu lapang untuk
menghasilkan sesuatu produk yang boleh dijual dan sebagainya.
9. Poligami mampu membela nasib ramai perempuan seperti miskin, janda,
‘andalusia’ iaitu anak dara lanjut usia dan seumpamanya.
10.Poligami boleh menjadi daya tarikan untuk menarik minat orang-orang kafir
supaya memeluk agama Islam. Walaupun perkara ini agak tidak diterima oleh
ramai orang kerana menjadikan urusan perkahwinan sebagai alasan untuk
memeluk agama Islam iaitu tidak ikhlas dalam beriman tetapi ia juga termasuk
dalam kebaikan poligami jika para isteri dari kalangan Muslimat memainkan
peranan sebagai isteri-isteri solehah yang mendakwahi suami mereka supaya
menjadi hamba Allah SWT yang taat kepada perintah agama Islam.
11.Pensyariatan poligami dan penerimaannya dalam kalangan umat Islam sama
ada lelaki mahupun perempuan boleh menjauhkan kaum lelaki dari bermain
‘kayu tiga’ di belakang pengetahuan isterinya kerana sekiranya isteri menerima
hukum poligami dan boleh menerima amalan tersebut maka suaminya tidak akan
melakukan dan menyembunyikan hubungan dia dengan perempuan lain.
Adapun keburukan poligami dari sudut sebahagian pandangan masyarakat dan
pengamalan sebahagian dari mereka yang berpoligami adalah seperti yang berikut:
1. Poligami akan menyebabkan banyak pihak berdosa disebabkan pelbagai jenis
perbuatan yang membawa kepada kemurkaan Allah SWT seperti berbohong,
bergaduh, mengumpat dan sebagainya.
2. Poligami menyebabkan sesebuah keluarga yang harmoni menjadi hancur dan
kacau-bilau kerana ada pihak ketiga yang telah menggugat keharmonian
tersebut.
3. Poligami akan melibatkan anak-anak yang tidak berdosa dalam masalah yang
dihadapi oleh suami dan isteri-isterinya seperti kurang kasih sayang, selalu
mendengar pertengkaran ibu bapa dan sebagainya.
4. Poligami akan membebankan suami kerana terpaksa mencari duit lebih untuk
memberi nafkah kepada ramai isteri dan anak-anak yang akan menyebabkan
suami tidak mempunyai waktu yang cukup untuk diluangkan bersama keluarga
yang akhirnya terabai hak isteri-isteri dan anak-anak.
5. Poligami memberi imej yang buruk terhadap Islam kerana ada unsur penindasan
terhadap isteri dan mempunyai unsur seks yang kuat di kalangan umat Islam.
6. Poligami adalah amalan yang mendorong kaum suami mengkhianati
kepercayaan dan kesetiaan para isteri yang sentiasa dicurahkan kepada suami-
suami mereka.
Namun semua anggapan-anggapan buruk tersebut hanya berlaku kepada keluarga
yang berpoligami tanpa teori dan cara yang betul sepertimana yang dianjurkan oleh
Islam dan undang-undang negara. Persepsi buruk tentang poligami yang merebak
dalam negara umat Islam pada saat ini adalah merupakan akibat dari penjajahan Barat
yang membawa kehendak, konsep dan budaya mereka kepada negera-negera jajahan
mereka. Masyarakat di negera-negera Islam terus menerus dibayangi doktrin hipnotik
yang menganggap poligami sebagai kejahatan.
Ternyata persepsi poligami di kalangan masyarakat Islam di Malaysia agak ketara
perbezaannya dengan masyarakat lain di sesetengah negara lain. Sebenarnya, kita
sendirilah yang menjadikan perkara yang diharuskan oleh hukum syarak ini sebagai
kesakitan dan penderitaan. Antara faktor yang membawa kepada kepincangan dalam
keluarga berbentuk sebegini ialah ceteknya pengetahuan dalam perkara hukum-hakam,
keengganan untuk mengikut prosedur yang telah ditentukan dan emosi yang tidak
dapat dikawal.
Poligami hanya akan menyebabkan keadaan rumah tangga yang lebih derita sekiranya
sebelum itu ia tidak dibina dengan damai dan bahagia. Untuk sesetengah keadaan,
poligami bagaikan suatu eskapisme iaitu lari daripada masalah yang sedia ada, tetapi
lazimnya kesan dari poligami yang begini adalah lebih merosakkan.
Terdapat banyak isu yang boleh disenaraikan apabila seseorang itu berpoligami.
Walaubagaimanapun, poligami pada hari ini telah ditutupi kebaikannya dengan dakyah
atau tomahan daripada fahaman songsang yang berpaksikan kepada pendidikan barat
yang mengharamkan poligami dalam kehidupan.
Kelebihan berpoligami adalah sangat berasas dan memenuhi fitrah kejadian manusia.
Cuba bayangkan jika Islam tidak membenarkan poligami, kemungkinan putaran sosial
dalam kehidupan manusia boleh menjadi tunggang-langgang.
Antara kebaikan berpoligami yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu
adalah:-
 Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya
halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.
 Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau
isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.
 Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi
daripada melakukan zina.
 Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit
atau terlalu tua.
 Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman
sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai
kehidupan berumahtangga.
 Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian
tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.
 Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas
nafsu bagi mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak
mempunyai tanggujawab sepatutnya terhadap wanita tersebut.
 Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang
merosakkan kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum
yang berbeza daripada anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga
terasa malu dengan keturunannya.
 Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.
 Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang
ingin mengambilnya sebagai isteri.
 Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila
tibanya giliran isteri yang kedua.
 Menambah bilangan keturunan.
 Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.
Sudah terang lagi bersuluh dengan keterangan di atas, dapatlah kita rungkaikan
bahawa pologami yang diharuskan Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan nafsu
seks bagi kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan
ummah.
Islam juga tidak memandang mudah tentang syarat-syarat yang dikenakan terhadap
suami yang berpoligami. Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi maka
mereka ditegah untuk melakukan poligami yang boleh membawa mereka kepada
lembah dosa yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Poligami itu tidak buruk tetapi menjadi buruk apabila orang yang sesat mengamalkan
poligami. Poligami adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kerana-NYA
adalah Maha mengetahui segala keperluan dan kehendak hambanya.
Allah tidak menghalalkan apa yang akan memudaratkan hambanya. Dalam poligami
tiada buruknya. Cuma tanggungjawab yang perlu dipikul adalah berganda berbanding
sebelumya. Tanggungjawab dalam melaksanakannya merupakan cabaran paling
penting dalam berpoligami.
Hal poligami ini menjadi lebih parah dengan gembar gembur yang dimainkan oleh
media dalam menyebarkan seolah-olah poligami itu salah dan tidak dibenarkan.
Maka, poligami itu akan bertukat menjadi pengalaman pahit apabila:
 Pengamalnya tidak mendalami ilmu sebelum berpoligami.
 Pengamalnya tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah apabila berpoligami.
 Pengamalnya bertujuan untuk mengkianati wanita.
 Pengamalnya berpoligami berdasarkan nafsu semata-mata.
 Pengamalnya tidak pandai untuk menguruskan rumahtangga.
Oleh itu, sekiranya anda, suami anda atau sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk
berpoligami, sila dalami terlebih dahulu ilmunya

Kebaikan dan keburukan poligami

  • 1.
    KEBAIKAN DAN KEBURUKANPOLIGAMI Poligami adalah manis ibarat madu bagi sebahagian orang tetapi ia pahit ibarat hempedu bagi sebahagian yang lain. Itu dalam kehidupan di dunia, seterusnya untuk kehidupan di alam akhirat pula poligami boleh menjadi sebab beratnya timbangan pahala yang akhirnya akan memudahkan untuk memasuki syurga dan sebaliknya poligami juga boleh menyebabkan pengamalnya masuk ke dalam api neraka kerana gagal dalam menjaganya dari sudut peraturan syarak. Itulah hakikat dan cabaran berpoligami. Antara hakikat dan cabaran berpoligami ialah adanya keburukan dan kebaikan. Keburukan dan kebaikan poligami yang dibincangkan di sini bukanlah tentang keburukan pensyariatan poligami tetapi keburukan poligami dari sudut pandangan pengamalan yang berlaku di kalangan sebahagian masyarakat Islam di Malaysia khasnya. Antara kebaikan poligami yang dapat dicatatkan di sini adalah seperti yang berikut: 1. Poligami memberi peluang kepada kaum lelaki yang layak untuk berpoligami membuktikan ketabahan mereka dalam memikul tanggungjawab yang berat dengan cara yang baik dan diterima oleh semua isteri. Kebaikannya di sini sangat jelas kerana lahirnya dan wujudnya kaum lelaki dari kalangan umat Muhammad SAW yang bertanggungjawab. Perkara beginilah telah ditunjukkan oleh Nabi SAW dan juga sahabat-sahabat beliau yang membuktikan bahawa mereka mampu berpoligami di samping sibuk dengan urusan negara, jihad dan sebagainya. 2. Poligami memberi peluang kepada isteri untuk mengurangkan tanggungjawabnya dalam memenuhi hak-hak suami kerana hak-hak tersebut telah dikongsi bersama dengan isteri-isteri yang lain. 3. Poligami boleh menjadi alat untuk meramaikan umat Islam dalam sesebuah negara sama ada negara Islam seperti Malaysia atau negara kafir seperti Thailand. Perkara ini penting kerana jumlah umat Islam yang ramai mampu memberi kekuatan kepada kebangkitan umat Islam dalam menguasai pemerintahan sesebuah negara. 4. Poligami yang dilakukan atas dasar ibadat akan menghasilkan pahala untuk suami dan isteri-isterinya yang mana akan menyebabkan keberkatan dan kejayaan untuk mereka di dunia dan di akhirat. 5. Poligami boleh menyebabkan hubungan intim antara suami isteri semakin bertambah baik kerana setiap isteri ingin memikat hati suami supaya mereka dianggap sebagai isteri yang terbaik dari kalangan isteri-isteri yang lain. 6. Poligami boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sebahagian pasangan suami isteri seperti isteri yang tidak mampu melahirkan zuriat. 7. Poligami mampu menjauhkan lelaki dari melakukan maksiat kerana sebahagian lelaki mempunyai nafsu seks yang kuat yang tidak cukup dengan seorang isteri atau pun tidak boleh mengawak nafsu seksnya ketika isteri dalam keadaan haid atau nifas selain dari uzur kerana hamil dan kesihatan yang tidak mengizinkannya melayan nafsu seks suaminya. 8. Poligami mampu menaiktarafkan tahap ekonomi sesebuah keluarga kerana dengan hidup berpoligami maka suami akan berusaha lebih untuk mendapatkan hasil pendapatan yang mampu untuk menampung keluarga yang ramai dan begitu juga dengan para isteri yang mempunyai waktu lapang untuk menghasilkan sesuatu produk yang boleh dijual dan sebagainya. 9. Poligami mampu membela nasib ramai perempuan seperti miskin, janda, ‘andalusia’ iaitu anak dara lanjut usia dan seumpamanya.
  • 2.
    10.Poligami boleh menjadidaya tarikan untuk menarik minat orang-orang kafir supaya memeluk agama Islam. Walaupun perkara ini agak tidak diterima oleh ramai orang kerana menjadikan urusan perkahwinan sebagai alasan untuk memeluk agama Islam iaitu tidak ikhlas dalam beriman tetapi ia juga termasuk dalam kebaikan poligami jika para isteri dari kalangan Muslimat memainkan peranan sebagai isteri-isteri solehah yang mendakwahi suami mereka supaya menjadi hamba Allah SWT yang taat kepada perintah agama Islam. 11.Pensyariatan poligami dan penerimaannya dalam kalangan umat Islam sama ada lelaki mahupun perempuan boleh menjauhkan kaum lelaki dari bermain ‘kayu tiga’ di belakang pengetahuan isterinya kerana sekiranya isteri menerima hukum poligami dan boleh menerima amalan tersebut maka suaminya tidak akan melakukan dan menyembunyikan hubungan dia dengan perempuan lain. Adapun keburukan poligami dari sudut sebahagian pandangan masyarakat dan pengamalan sebahagian dari mereka yang berpoligami adalah seperti yang berikut: 1. Poligami akan menyebabkan banyak pihak berdosa disebabkan pelbagai jenis perbuatan yang membawa kepada kemurkaan Allah SWT seperti berbohong, bergaduh, mengumpat dan sebagainya. 2. Poligami menyebabkan sesebuah keluarga yang harmoni menjadi hancur dan kacau-bilau kerana ada pihak ketiga yang telah menggugat keharmonian tersebut. 3. Poligami akan melibatkan anak-anak yang tidak berdosa dalam masalah yang dihadapi oleh suami dan isteri-isterinya seperti kurang kasih sayang, selalu mendengar pertengkaran ibu bapa dan sebagainya. 4. Poligami akan membebankan suami kerana terpaksa mencari duit lebih untuk memberi nafkah kepada ramai isteri dan anak-anak yang akan menyebabkan suami tidak mempunyai waktu yang cukup untuk diluangkan bersama keluarga yang akhirnya terabai hak isteri-isteri dan anak-anak. 5. Poligami memberi imej yang buruk terhadap Islam kerana ada unsur penindasan terhadap isteri dan mempunyai unsur seks yang kuat di kalangan umat Islam. 6. Poligami adalah amalan yang mendorong kaum suami mengkhianati kepercayaan dan kesetiaan para isteri yang sentiasa dicurahkan kepada suami- suami mereka. Namun semua anggapan-anggapan buruk tersebut hanya berlaku kepada keluarga yang berpoligami tanpa teori dan cara yang betul sepertimana yang dianjurkan oleh Islam dan undang-undang negara. Persepsi buruk tentang poligami yang merebak dalam negara umat Islam pada saat ini adalah merupakan akibat dari penjajahan Barat yang membawa kehendak, konsep dan budaya mereka kepada negera-negera jajahan mereka. Masyarakat di negera-negera Islam terus menerus dibayangi doktrin hipnotik yang menganggap poligami sebagai kejahatan. Ternyata persepsi poligami di kalangan masyarakat Islam di Malaysia agak ketara perbezaannya dengan masyarakat lain di sesetengah negara lain. Sebenarnya, kita sendirilah yang menjadikan perkara yang diharuskan oleh hukum syarak ini sebagai kesakitan dan penderitaan. Antara faktor yang membawa kepada kepincangan dalam keluarga berbentuk sebegini ialah ceteknya pengetahuan dalam perkara hukum-hakam, keengganan untuk mengikut prosedur yang telah ditentukan dan emosi yang tidak dapat dikawal. Poligami hanya akan menyebabkan keadaan rumah tangga yang lebih derita sekiranya sebelum itu ia tidak dibina dengan damai dan bahagia. Untuk sesetengah keadaan, poligami bagaikan suatu eskapisme iaitu lari daripada masalah yang sedia ada, tetapi lazimnya kesan dari poligami yang begini adalah lebih merosakkan.
  • 3.
    Terdapat banyak isuyang boleh disenaraikan apabila seseorang itu berpoligami. Walaubagaimanapun, poligami pada hari ini telah ditutupi kebaikannya dengan dakyah atau tomahan daripada fahaman songsang yang berpaksikan kepada pendidikan barat yang mengharamkan poligami dalam kehidupan. Kelebihan berpoligami adalah sangat berasas dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Cuba bayangkan jika Islam tidak membenarkan poligami, kemungkinan putaran sosial dalam kehidupan manusia boleh menjadi tunggang-langgang. Antara kebaikan berpoligami yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu adalah:-  Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.  Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.  Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan zina.  Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau terlalu tua.  Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.  Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.  Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu bagi mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab sepatutnya terhadap wanita tersebut.  Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.  Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.  Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri.  Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya giliran isteri yang kedua.  Menambah bilangan keturunan.  Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan. Sudah terang lagi bersuluh dengan keterangan di atas, dapatlah kita rungkaikan bahawa pologami yang diharuskan Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan nafsu seks bagi kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan ummah. Islam juga tidak memandang mudah tentang syarat-syarat yang dikenakan terhadap suami yang berpoligami. Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi maka mereka ditegah untuk melakukan poligami yang boleh membawa mereka kepada lembah dosa yang bertentangan dengan ajaran Islam. Poligami itu tidak buruk tetapi menjadi buruk apabila orang yang sesat mengamalkan poligami. Poligami adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kerana-NYA adalah Maha mengetahui segala keperluan dan kehendak hambanya. Allah tidak menghalalkan apa yang akan memudaratkan hambanya. Dalam poligami tiada buruknya. Cuma tanggungjawab yang perlu dipikul adalah berganda berbanding
  • 4.
    sebelumya. Tanggungjawab dalammelaksanakannya merupakan cabaran paling penting dalam berpoligami. Hal poligami ini menjadi lebih parah dengan gembar gembur yang dimainkan oleh media dalam menyebarkan seolah-olah poligami itu salah dan tidak dibenarkan. Maka, poligami itu akan bertukat menjadi pengalaman pahit apabila:  Pengamalnya tidak mendalami ilmu sebelum berpoligami.  Pengamalnya tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah apabila berpoligami.  Pengamalnya bertujuan untuk mengkianati wanita.  Pengamalnya berpoligami berdasarkan nafsu semata-mata.  Pengamalnya tidak pandai untuk menguruskan rumahtangga. Oleh itu, sekiranya anda, suami anda atau sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk berpoligami, sila dalami terlebih dahulu ilmunya