SYAIR MISA GUMITAR
 Salah satu daripada ratusan karya sastera panji yang ditulis dalam
    aksara Jawi dengan menggunakan tulisan tangan dan berbentuk syair.
   Tergolong sebagai teks berunsur Jawa yang berasal dari Tanah Jawa.
    Unsur-unsur Jawa dapat dilihat dengan jelas contohnya dalam
    penggunaan perkataan, kepercayaan Hindu serta sistem
    kemasyarakatannya.
   Ditulis dalam 104 halaman yang mengandungi 782 rangkap,
   Diselenggarakan oleh Wahyunah Hj Abd Gani
   Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2004.
   Misa bermaksud lembu manakala Gumitar tiada maksud khusus.
    Namun, mungkin bermaksud gitar atau nyanyian.
   Merupakan sebuah panji klasik.
   Dalam syair Misa Gumitar cerita lebih menyeluruh, iaitu yang
    melibatkan pelbagai pihak, sama ada pihak Inu, Galuh ataupun
    musuh dengan ciri-ciri panji sehingga khalayak dapat
    menempatkannya dalam setiap ciri yang ada. Kedua-dua tokoh, iaitu
    wira dan wirawati terus mendapat sorotan awal cerita hingga ke akhir
    cerita. Begitu juga dengan episod
    pengembaraan, penyamaran, penjelmaan dan kegembiraan dihujung
    cerita.
 Pada zaman dahulu kala terdapat 4 org ank raja bersaudara yang
    tinggal ditanah Jawa. Mereka memerintah 4 buah negeri iaitu
    Kuripan, Daha, Gagelang, dan Singasari.
   Di negeri Kuripan rajanya mempunyai 5 cahaya mata. Yang
    sulung bernama Paduka Mahadewi, Yang kedua bernama Raden
    Sukma Perwira, Yang ketiga bernama Carang Nan Tengah Putera
    Pangpula, Keempat pula bernama Jayeng Pani dan yang kelima
    Raden Indera Kesuma.
   Di negeri Daha pula, Ratu Daha yang memerintah dikurniakan
    sepasang cahaya mata. Yang perempuan bernama Raden Puspa
    Ningrat dan yang lelaki bernama Raden Wirannasaja.
   Raden Puspa Ningrat merupakan seorang wanita yang manis
    berseri. Wajahnya tiada tolok bandingan. Raden Wirannasaja pula,
    sangatlah segak dan tampan walaupun usianya belum lagi remaja.
   Di Gagelang rajanya dikurniakan seorang putera yang dikurniakan
    Wajah tampan lagi bergaya.
   Di Singgahsari pula, rajanya berputera 2 org puteri. Wajah mereka
    seperti bidadari. Sangat dikasihi ayahanda dan bonda.
   Keempat-empat raja di negeri ini saling bebesan, malah keempat-
    empat negeri bersatu menjadi satu negeri yang mempunyai
    penduduk yang sangat ramai.
 Galuh Cendera Kirana di negeri Kediri telah ditunangkan dengan
    Inu Pisari dari negeri Kuripan.
   Setelah besar Reden Puteri telah menjadi masyhur kerana
    kecantikan wajahnya. Hal ini menyebabkan semua orang tergila-
    gilakannya termasuklah Ratu Menggada. Ratu Menggada ingin
    pergi meminang, tetapi malangnya Galuh suah bertunang. Hal ini
    membuatkan dia tidak senang. Ratu Menggada yang suka berbuat
    jahat dan melakukan keburukkan telah merancang cara untuk
    mendapatkan Galuh.
    Kegagahan dan keberanian Inu Sukma Perwira, telah
    menyebabkan Ratu Menggada iri hati dan telah mengarahkan
    menterinya menculik dan membunuhnya.
   Setelah mendengar perintah Ratu Menggada, para menteri pun
    pergi ke Negeri Kuripan. Akhirnya mereka sampai ke negeri
    Kuripan dan terus melakukan penyamaran.
   Di negeri Kuripan pula, rakyatnya sedang bersuka-ria kerana ada
    keramaian. Setelah malam, para penggawa menggada pun masuk
    ke istana lalu mencari bilik Raden Inu. sekalian warga istana pun
    terlena apabila telah dipukau dengan jampi serapah oleh para
    penggawa Menggada. Ketika inilah masa yang digunakan oleh
    mereka untuk menculik Raden Inu Bangsawan.
 Raden Inu Bangsawan yang pengsan telah di bawa keluar dari
    kota dengan melalui hutan belantara menuju ke negeri
    Menggada.
   Ratu Menggada tersangatlah gembira apabila melihat
    penggawanya berjaya menculik Raden Inu.
   Semasa dalam tahanan, Raden Inu telah di seksa. Pelbagai cara
    turut di lakukan untuk membunuhnya. Raden telah ditikam
    dengan tombak, malah telah dipijak-pijak oleh gajah. Namun
    semuanya tidak berjaya.
   Oleh kerana terlalu marah, Ratu Menggada telah membuang
    Raden Inu ke Dalam Tasik Sanikabu Pertala.
   Keesokan harinya negeri Kuripan di gemparkan dengan
    kehilangan Raden Inu Pisari. seluruh rakyat & keluarga berlari-lari
    mencari baginda &meratapi kehilangannya. Ibubapanya menangis
    bagai nak gila. Begitu juga rakyat jelata.
   Abangnya Raden Wijaya Sutera menangis hiba mengenangkan
    akan kehilangan adindanya. Kerana risau akan keselamatan
    adindanya Raden Wijaya Sutera tlh meminta izin drpd
    ayahandanya Rama Aji Seri Narapati utk mencari Raden Inu.
 Ibu bapanya tidak mengizinkan, Sang Nata bertambah sedih
  dengar permintaan anaknya kerana bimbang tiada yang akan
  menjaga negara apabila dia tidak sihat kelak. Namun stlh di
  pujuk, raja pun mengizinkan.
 Stlh mendengar khabar kehilangan abangnya, Carang Tinangluh
  iaitu putera yang bongsu sangat terkejut. Dia juga ingin mengikut
  jejak langkah abangnya yang sulung keluar mengembara mencari
  Raden Inu Pisari. Tinangluh terus menghadap raja utk meminta
  izin pergi mengembara mencari abangnya. Stlh mendengar
  permintaan Carang Tinangluh bapanya tidak mengizinkan beliau
  keluar mengembara mencari Raden. Namun Carang Tinagluh
  tetap berdegil hendak pergi sehingga timbul sengketa antara dua
  beranak ini. Hal ini telah menimbulkan kemarahan dalam diri raja
  kerana anaknya tlh menderhaka. Serta merta Tinangluh bangun
  dan berkata bahawa jika dia tidak berjumpa dengan Raden selagi
  itulah dia tidak akan kembali ke Kuripan.
 Oleh kerana terlalu geram dengan kedegilan anaknya, raja telah
  memanggil Betara Kala & meminta anaknya di sumpah. Dalam
  sekelip mata Carang Tinangluh tlh bertukar rupa menjadi seekor
  Kera Mas stlh di sumpah oleh Betara Kala. Tinangluh telah di
  tugaskan pergi ke Daha utk menjaga Raden Galuh drpd dipinang
  oleh org lain.
 Raja yang melihat anaknya bertukar menjadi kera telah menangis
    & menyesali tindakannya yg menyumpah ank sndri. Istana jd
    kecoh apabila mengetahui raja tlh menyumpah anaknya jd kera.
    Permaisuri sanggat kecewa kerana suaminya sanggup menyumpah
    anaknya menjadi kera.
   Stlh berbulan-bulan di dalam hutan, Kera Mas pun sampai ke
    negeri Daha lalu terus menuju ke Taman Penglipur Lara iaitu
    taman milik Raden galuh.
   Di negeri Daha pula, Betara Kangla tlh menilik nasib &
    menyatakan bahawa Raden Inu Kuripan sedang mendapat
    bencana.
   Ratu Menggada pula telah membuang Raden Inu ke dalam tasik
    Senikabu Pertala. Betara kangka yang menjumpai Raden Inu telah
    mengambil & memeliharanya seperti cucunya sendiri. Raden Inu
    Pisari kemudiannya telah dikahwinkan dgn Raden Menteri, puteri
    Ratu Kidul Jeladari.
   Pada suatu hari Raden Inu Pisari rasa tersangatlah rindu akan ayah
    & bondanya stlh lebih 10 bln tak berjumpa. Hatinya sgtlah sakit
    bila mengenagkan Ratu Menggada yang akan meminang Raden
    Galuh. Bila terkenangkannya, dia rasa geram & seperti mahu
    membunuh Ratu Menggada.
 Raden Inu Pisari tlh memohon keizinan drpd nendanya utk kembali
    menemui ayah & bondanya di Kuripan kerana talah begitu lama tidak
    berjumpa. Beliau risau akan keselamatan ayah & bondanya serta negeri
    Kuripan akan di serang oleh Ratu Menggada.
   Baginda Betara pun menilik & memberitahu keadaan bapa & ibu Raden
    Inu yg sedang bersedih dan tentang saudaranya yg tlh keluar mengembara
    utk mencarinya. Stlh mengetahui keadaan keluarga Raden di
    Kuripan, Betara pun mengizinkan Raden Inu Pisari pulang. Betara tlh
    memberi Raden Inu Pisari pelbagai azimat & sakti utk dijadikan bekalan
    sepanjang pengembaraan pulang ke Kuripan. Antaranya seperti ilmu
    ghaib, berjalan di atas air, udara dll.
   Jemuras, Persanta dan Kertala telah disuruh oleh Berahmana Kanata, jika
    ingin bertemu dengan Raden Inu maka tunggulah ditepi laut dan akan
    datanglah Raden Inu di situ.
   Selang beberapa hari mereka terkejut dengan kedatangan Raden Inu
    Pisari di atas air. Mereka semua terkejut dan menyangka Raden Inu adalah
    jelmaan hantu. Selepas itu, Kertala telah berdiri di atas batu untuk
    membuat kepastian sama ada jelamaan itu Raden inu atau hantu.
   Apabila sampai ke pantai Mutia, barulah mereka percaya Raden Inu
    bukanlah hantu tetapi itu adalah manusia iaitu Raden Inu Pisari atau
    Raden Sukma Prawira. Mereka bertiga datang dan memeluk kaki Raden
    Inu.
 Mereka memberitahu Raden Menteri/ Raden Inu bahawa telah merata-
    rata tempat mereka mencarinya tetapi masih tidak menjumpainya. Telah
    segenap jajahan mereka pergi.
   Raden Menteri memberitahu bahawa Ratu Menggada telah menculiknya.
    Dia menceritakan semua perbuatan Ratu Menggada. Kertala amat marah
    dan ingin membalas dendam.
   Persanta Jemuras amat gembira dengan pertemuan Inu. Mereka bercerita
    sambil meneruskan perjalanan dengan segera. Tiba-tiba Raden Inu
    bertanya Kaka Kertala Jemuras Persanta di mana Kakak Jerudih Punta
    kenapa dia tidak ikut serta mencarinya.
   Kertala memberitahu Jerudih telah sesat dan lenyap di gunung bukit dan
    batu semasa mencarinya.
   Mereka tidak tahu sama ada Jerudih masih hidup atau tidak.
   Inu berasa sangat sedih dan tunduk menyapu airmatanya kerana Inu
    Pisari sangat menyayangi Jerudih.
   Raden Inu telah menukar namanya menjadi Panji Amang Jaya. Dia telah
    berjalan melalui hutan rimba raya dan telah sesat beberapa kali di tempat
    berbahaya. Dia berasa hiba kerana tidak bertemu jalan untuk ke negeri
    Mentawan.
   Semasa dalam perjalanan, Panji Amang Jaya telah bertemu Sang Nata
    tengah berburu. Sang Nata telah menegur Pisari dengan wajah manis
    berseri dan menanyakan dari mana Pisari datang.
   Pisari telah memperkenalkan dirinya dengan nama Amang Jaya datang dari Pura
    Baya.
   Sang Nata amat suka dan gemar memandang muka Pisari yang manis dan berseri-
    seri.
   Seri Betara /Ratu Betara telah mengambil Panji sebagai putera/anak angkatnya
    maka Wira Kanda dan Panji bersaudara.
   Raden Wira Kanda mengajak Panji naik kuda sambil berjalan-jalan dengannya.
    Raden Wira pada masa itu bersikap atau berpewatakan mengada-ngada.
   Ratu dan isteri amat suka akan Panji dan telah pelihara Panji seperti anaknya tanpa
    mengabaikan Wira Kanda.
   Pada suatu hari Wira Kanda hendak beristeri dengan seorang puteri yang berasal
    dari Daha yang sangat cantik rupa parasnya seperti bidadari.
   Wira Kanda sangat berahi hendak berkahwin dengan puteri dari Daha. Dia datang
    mengadap ayahandanya.
   Ratu Betara telah setuju untuk pergi meminang Puteri Daha untuk anaknya Wira
    Kanda. Hati Wira Kanda tidak tenang bila teringatkan dia hendak bertunang.
   Wira Kanda hendak pergi sendiri ke Ing Kediri/Daha untuk melihat Puteri Daha
    yang cantik bagai bidadari itu. Tetapi malangnya Puteri di Daha sudah bertunang.
    Ratu sangat sedih dan kecewa kerana tidak dapat memenuhi permintaan anaknya.
   Ratu Betara menasihati anaknya agar tidak mengikut kata hati yang kecewa dan
    memberitahu bahawa banyak lagi Puteri di Tanah Jawa.
 Wira Kanda tidak mengendahkan kata ayahnya dan memberitahu dia
    tidak ingin meminang puteri selain dari puteri Ing Kediri.
   Wira kanda membuat keputusan keluar dari negerinya. Wira Kanda
    menyuruh sediakan segala senjata, dayang-dayang, harta, himpun
    gajah, kuda, anak muda dan mengerah rakyat untuk mengikutnya keluar.
   Ratu tidak terkata apa-apa dan dia hanya mengikut segala kehendak
    anakandanya.
   Semua orang yang melihat sikap Wira Kanda sangat benci dan tidak suka
    kepadanya. Ratu Betara menyuruh Sang Nata menasihati Wira Kanda.
   Duli Sang Nata telah memerintahkan Sira Panji supaya mengikut Wira
    Kanda yang degil dan tidak mendengar kata itu.
   Wira Kanda tidak lena tidur kerana teringatkan Raden Cendera Kirana.
    Setelah genap dua hari Wira Kanda pun keluar dari negeri pergi ke Ing
    Kediri bersama Kedayan dan Sira Panji.
   Ratu menggada sangat suka kerana Kuripan sudah tiada telah hampir 10
    bulan. Ratu Menggada juga telah pergi ke Ing Kediri dengan pelbagai
    kelengkapan.
   Ing Kediri telah gempar dengan kehadiran Ratu Menggada. Beliau telah
    meninggalkan Negeri Menggada untuk pergi ke Ing Kediri. Dia telah cuba
    melembutkan hati Seri Nara pati. Ratu Manggada berjalan di dalam kota.
 Raden Gunung Seri mengadap ayahnya manis berseri mengadap Ratu
    Pisari. Setelah melihat, Ratu Menggada baginda tidak berkenan.
   Ratu Manggada memberitahu bahawa kedatangannya ke Ing Kediri
    adalah untuk meminang Raden Gunung Sari/ Galuh dan ingin jadikannya
    sebagai Ratu Menggada.
   Apabila mendengarnya Raden Gunung Sari berasa sangat geram.
   Memandangkan khabar nan Raden Kertapati telah mati maka Ratu
    Menggada mengambil peluang untuk meminang Galuh dan dia
    memberitahu supaya jangan menunggu lagi kehadiran Inu Pisari kerana
    dia boleh dijadikan sebagai pengganti tunang kepada Galuh.
   Ayahanda Galuh amat suka dan menyenangi kata-kata Ratu Menggada.
    Raden Gunung Sari berhati walang dan sedih dengan keputusan
    ayahandanya dan menyembah untuk bermohon pulang.
   Teringat laku Ratu Menggada, ia berasa amat benci dan sesal. Hatinya jadi
    gundah-gulana, mandi dan makan tidak sempurna. Semua isi istana
    memujuknya. Dia mengikut segala kehendak ayahandanya tanpa
    membantah.
   Berita kedatangan Ratu Menggada untuk datang meminang Galuh telah
    sampai ke pendengaran Kera Mas di dalam taman. Hati Kera Mas menjadi
    gundah-gulana dan tidak aman. Dia sangat berasa geram dengan
    kedatangan Ratu Menggada yang datang meminang kekanda baginda.
 Setelah habis berfikir, kera telah mengamuk dengan memusnahkan taman
    penglipur lara. Kera telah melontarkan segala buah dan bunga yang ada.
    Penghulu taman telah menyuruh semua orang pergi menangkap kera
    tetapi tidak berhasil kerana kera telah melontar semua orang yang ingin
    menangkapnya dengan kayu dan batu.
   Raden menangis setiap hari sepanjang Ratu Menggada di Daha. Suatu
    hari raden telah bermimpi berjumpa dengan kera di dalam taman
    penglipur lara yang menyatakan bahawa orang Menggada sahaja
    lawannya. Dia menyuruh ayahdanya menghalau Ratu Menggada macam
    kuda.
   Setelah siang dia tersedar dan terfikir apakah erti mimpinya.
   Raden Gunung Sari telah datang Berjumpa dengan Raden Puteri. Setelah
    itu Raden Menteri telah datang menyembah memandang kepada Raden
    puteri yang berwajah pucat manis. Belas hatinya tiada terperi.
   Ketika sedang duduk berehat-rehat, penghulu Taman Penglipur Lara telah
    datang menghadap sambil berlari-lari. Beliau menyatakan bahawa Taman
    Penglipur Lara telah dibinasakan oleh seekor kera. Kera yang berbulu
    emas tersebut telah memusnahkan buah & bunga di taman tersebut.
    Selain membongkar jambangan bunga, daun dan putik turut di kakar.
    Pohonnya dicabut lalu di buang ke luar pagar.
 Semua orang tidak berani pergi ke sana kerana bimbang akan
  dipalu dengan pohon angsana. Setelah mendengar perkhabaran
  tersebut, Galuh terus teringat akan mimpinya, lalu diceritakan
  mimpi tersebut kepada saudaranya. Saudaranya terus menyuruh
  Raden Galuh menghadap ayahandanya dan menceritakan
  mimpinya tentang kera yang bertarung dengan Ratu Menggada.
 Tidak lam a kemuadian Raden Galuh telah menghadap
  ayahandanya, Raden Putera. Lalu diceritakan tentang Taman
  Penglipur Lara yang telah dibinasakan oleh seekor kera. Perihal
  mimpinya turut diceritakan kepada ayahandanya. Raden Galuh
  ingin Kera Mas itu di tangkap dan dibunuh, serta taman yang rosak
  dipulihkan seperti sedia kala.
 Berita tentang Kera Mas yang gagah perkasa telah membinasakan Taman Penglipur
  Lara telah tersebar ke seluruh desa. Mereka yang mendengar khabar ini berasa
  sedih.
 Raja telah menitahkan agar Ratu Menggada datang menghadapnya . Ratu
  Menggada pun pun datang menghadap dengan memakai pakaian yang indah
  berwarna-warni. Raja telah menyuruh Kera Mas dibunuh dengan segera. Seperti
  yang dikehendaki oleh anaknya Raden Puteri. Dewata telah bertitah bahawa
  sesiapa yang dapat bunuh kera tersebut serta memulihara taman yang rosak akan
  dikahwinkan dengan Raden Galuh. Mendengar titah baginda, Ratu Menggada
  menyahut segera dengan tawa yang riang kerana yakin dapat membunuh kera
  tersebut.
 Ratu Menggada telah mengarahkan Demang Temenggung dan Rangga
    Kiong Ranggong pergi menangkap kera tersebut lalu di kurung serta
    menyuruh memperbaiki Taman Penglipur Lara yang telah musnah.
   Mendengar perintah tuannya, penggawa 3 mengerah temannya membawa
    senjata dan mengepung taman tersebut.
   Rakyat turun berdiri disekeliling taman sambil melontar batu ke arah
    kera. Kera Mas yang menyedari akan kehadiran mereka berasa marah.
    Orang Menggada terus menghujani senjata dan bersorak gempita. Hal ini
    menyebabkan kera Mas bertambah geram, lalu terus mencabut sepohon
    kahwa dan membalingnya ke arah penggawa.
   Walaupun banyak senjata menyerangnya Kera Mas langsung tidak gentar
    & ngeri, malah bertindak lebih agresif dengan melibas segala senjata-
    senjata yang ada.
   Akibat pertempuran yang dasyat, ramai orang yang mati akibat cedera
    parah. Orang Menggada rasa hairan melihat ketangkasan Kera Mas
    tersebut sehingga sukar untuk di tangkap. Kukunya yang tajam seperti
    duri menyebabkan orang Menggada sangatlah ngeri lalu bertempiaran
    lari mengundur diri.
   Semua orang berkumpul sehingga menyebabkan kesesakkan di dalam
    kota. Orang Mentawan yang lengkap dengan tombak dan sumpit
    ketakutan apabila Taman Penglipur Lara mulai kelihatan.
•   Temenggung Jaya Negara menyuruh Raden dan mengarahkan tentera untuk
    menangkap kera tetapi jangan sampai mencederakannya.
•    Wira Kanda memberi arahan seperti orang marah yang memerah mukanya. Semua
    tentera dikerah dan diarah untuk mencari kera di dalam taman penglipur lara.
    Orang Mentawan tampil dengan segera lalu mengepung Taman Penglipur Lara
    dengan gembira sebelum mengetahui tentang kegagahan kera. Tentera yang
    mengikutinya terlalu ramai sehingga menyebabkan tiada ruang kosong di kawasan
    tersebut.
   Ketika itu, Kera Mas sedang duduk di atas dahan pokok sambil berfikir
    mengapakah dirinya melakukan perkara ini. Semakin difikir semakin bertambah
    sedih. Berasa lama untuk berjumpa dengan adik dan kakaknya kerana dirinya
    ditimpa kesusahan.
   Kera terfikir ke mana pergi kakaknya Inu yang hilang entah kemana. Kera
    kehairanan kerana setiap kali dia memikirkannya pasti air matanya berhamburan.
   Tiba-tiba kera mendengar bunyi sorak dan asap bedil berpancaran. Kera Mas
    mengintai bagi melihat dan mengetahui apa yang berlaku. Jika kera mas keluar dari
    temptanya, pasti dia akan diserang.
   Apabila Kera Mas sudah mendapat kekuatan di dalam diri, kera melompat keluar
    dari tempatnya . Tentera mara atau maju ke arahnya. Mereka menyerang kera
    dengan melontarkan batu yang ada ditangan bagaikan ribut yang mendatang.
    Tetapi mereka kehairanan kerana tidak mampu untuk berlawan dengan seekor
    kera.
   Kera menyerangnya menyebabkan rakyat Mentawan ramai yang cedera serta mati dan
    rakyat yang hidup melarikan diri.        Penggawa Menteri muncul dan menyerang
    kera, namun kera sedikit pun tidak takut dan gentar. Berlaku pembunuhan sehingga
    tiada lagi sifat kasih dan sayang. Walaupun ramai yang mati, namun tentera lain datang
    sebagai ganti.
   Kera sangat marah kerana terlalu banyak serangan yang dilakukan. Kera Mas
    bertempik/menjerit sekuat hati seperti raksasa gergasi. Semua lari bertempiaran dan
    bilangan rakyat serta tentera mulai kurang. Tentera tidak lagi mendengar perintah Wira
    kanda kerana sangat takut akan kera.
   Oleh kerana keadaan sangat ngeri dan bahaya, Wira Kanda mendapatkan Panji Amang
    Jaya yang diiringi oleh hamba sahaja.
   Sira Panji datang menghadap kedayan yang perkasa dengan perasaan senang hati. Semua
    rakyat berhimpun di desa. Ketika berkata-kata, Wira Panji terfikir akan dari mana
    munculnya kera yang sangat gagah dan perwira itu. Adakah dia terkena sumpahan dewa
    yang diturunkan kedunia dengan berubah rupa lalu tinggal di taman menyembunyikan
    diri tetapi telah digempar dan diserang.
   Raden Menteri memohon untuk menentang kera walaupun dia sendiri takut. Sira Panji
    menyatakan kera sangat perkasa dan perlakuannya ganas seperti raksasa. Walaupun Sira
    Panji berkata demikian, namun di dalam hatinya sangat kasihankan kera.
   Nala Anggala datang menyembah untuk berlawan dengan kera. Jika dititahkan untuk
    berlawan, akan dilawan sehingga mati dan tidak akan menyerah kalah.
   Kakak Rajasa merupakan seorang yang garang dan tiada berbahasa. Dia memperlekehkan
    kehebatan Kera Mas dengan mengatakan kera seekor tidak hebat mana. Baginya lebih baik
    diarahkan untuk melanggar desa.
   Rajasa ingin berlawan dengan kera sekiranya Raden Menteri undur diri dan lari. Melihat
    keadaan kendayan yang bersikap gentar, Wira Kanda pun suka dan meminta kakanda ketiga
    (kendayan) menolongnya. Setelah selesai berbicara, ketiganya (kendayan) menyembah untuk
    mengambil senjata lalu berjalan disusur kota menuju ke tempat kera.
   Kera Masa duduk di atas dahan pohon Cempaka untuk berehat seketika lalu terpandang
    kedayan ketiga. Apabila Kera Mas diserang, kera datang kepada kendayan tetapi diserang
    dengan bertimpa-timpa. Kera geram dan cemas melihat serangan yang dilakukan.
   Kera menepis dengan mudah. Wira sangat khuatir sekiranya perlawanan ini sama seperti yang
    lalu (kalah).
   Ketiga kendayan muncul untuk menangkap Kera Mas. Namun segala senjata dan serangan yang
    dilepaskan dapat ditangkap oleh Kera Mas lalu dipatahkan dan dibuang.
   Kedayan cuba untuk manangkap kera namun pergerakkan kera lebih pantas. Kendayan sangat
    geram lalu menghunus Keris Sutera Mendala. Kendayan datang mendekati sambil cuba untuk
    membunuh kera sehingga tiada lagi perasaan takut berhadapan dengan kera.
   Kera Mas berlawan sengan sepenuh hati , kedayan pun rebah berganti-ganti. Semua rakyat dan
    tentera lari apabila melihat kera masih hidup.
   Panji terkejut apabila melihat Kendayan rebah. Sira Panji sangat marah lalu bertentangan
    dengan kera. Setelah bertentangan mata, kera bagaikan tiada semangat kerana yang
    berhadapan dengannya adalah saudaranya sendiri.
 Kera berundur sedikit tatkala merasai kesakitan apabila dia
    ditolak. Kera melontar batu kearah Sira Panji namun Sira Panji
    dapat menangkisnya. Sira Panji sangat marah kerana Kera Mas
    tidak mati lalu Sira Panji pun menikam kera dengan keris Satera
    Pati dengan kesungguhan hati.
   Kera Mas melayang-layang undur dan mara lalu melompat
    keudara namun Sira Panji memintasnya. Apabila telah dapat
    menangkap kera, Sira Panji pun melontar kera ke udara lalu kera
    ghaib dan Sira Panji rebah jatuh di Taman Penglipur Lara dan tidak
    sedarkan diri. apabila melihat kera mati, semua tentera besorak
    gembira.
   Setelah di jampi/mentera Sira Panji dan kedayan ketiga pun
    sedarkan diri lalu pulang. Apabila sampai, Sira Panji mandi dan
    berehat.
   Kini kera telah bertukar kepada wajahnya yang sebenar.
   Sang Yang Betara Kala menyeru nama Carang Tinangluh Jaya
    Asmara supaya bangun dari tidurnya untuk bertemu saudaranya.
    Segala sumpahan dan kedukaan yang ditanggung oleh carang
    Tinangluh telah berakhir. Kini, Carang Tinangluh boleh kembali
    semula bersama saudaranya.
 Raden keluar dari negeri setelah mendapat perintah keluar dari Ing Kendiri.
    Kemudian menjadi seekor kera selepas disumpah oleh Seri Betara kerana ingin
    mencari saudaranya.
   Apabila ayahandanya mendengar berita buruk ini, ayahnya terus marah dan
    semua dayang-dayang menangis disitu..
   Carang Tilara mengembara dengan penyamaran dengan berpakaian seperti
    perajurit. Wira kanda ke balai persinggahan bersama pengikutnya mengadap
    Sang Nata berserta Raja Panumah.
   Setelah itu mereka kehairanan, Carang Tilara duduk berhampiran dengan Sira
    Pangeran. Sira panji berbalas senyum kepada saudara yang sudah lama
    mencari sehingga kini ditemui di Ing Kendiri.
   Panji menasihati Raden Menteri agar bersabar, bimbang Ratu Menggada
    datang menyerang. Mereka membayangkan jika Raja Menggada mati dan
    diterima oleh Seri Nara Pati baru dapat dilangsungkan perkahwinan.
   Raden mengajak untuk membunuh Ratu Menggada dengan membuat
    persiapan senjata. Namun Sira Panji tidak mahu. Kemudian Raden Wira Kanda
    menyampaikan hajat membunuh Ratu Menggada. Carang Tilara menghina
    hajat Wira Kanda akan usahanya. Wira Kanda mula marah mendengar
    penghinaan Carang Tilara. Sira Panji menghalang pergaduhan itu dari berlaku
    lebih besar dan mengajak Wira Kanda pergi.
 Carang Tilara memberitahu bahawa Ratu Menggada hendak berjumpa
    jika diterima oleh Seri Betara.Sira Panji menyahut cabaran dengan
    pertolongan Sang Yang Misura.
   Mereka ke Kota Kencapuri. Sampai di kawasan kota batu, mentera
    dibaca tiga kali ditiupkan ke pintu istana. Selepas itu, pintu istana
    terbuka. Raden Galuh terkena dan terkejut Raden Cendera Kirana.
   Raden keluar dari bilik dan tersandung kakinya menyebabkan
    pengasuhnya terjaga.
   Raden Galuh Cendera Kirana bersama pengasuhnya ke pintu istana
    dan terkejut melihat Sira Panji sehingga hilang segala kedukaan selama
    ini rupanya Sira Panji yang datang dalam keadaan sedih dan badannya
    kurus. Mereka bercadang untuk mengembara dan bermesra
    menunjukkan sikapnya yang baik. Perwatakkannya membuat
    pengasuhnya sebak melihat peribadi dirinya.
   Nala Anggara mengugut supaya menyelamatkan isterinya dengan cara
    mencekik leher dengan kuat. Sambil ketawa, kakak Rajasa tidak hairan
    akan ugutan tersebut kerana dia juga mempunyai kuasa.
   Pada suatu malam, Galuh diriba dipangkuan dan dipujuk bercumbu-
    cumbuan bersama Aria Ningsun. Pada keesokkannya Raden cendera
    Kirana melihat seorang lelaki yang segak meribanya.
   Wirakanda dan pengikutnya berserta gajah dan kuda yang membawa senjata ke karang
    Mendira. Perjalanannya dengan segera dan cepat sampai. Setelah didengar oleh Ratu
    Menggada, Ratu Menggada mula marah akan Wira Kanda lalu segera mendapatkan kuda
    untuk berperang. Suasana peperangan bertikaman. Ratu Menggada datang dengan
    tenteranya. Keadaan peperangan ramai rakyat mati dan luka. Kemudian rakyat
    Mentawan berundur dari peperangan.
   Ratu Menggada menentang Wira Kanda dengan memegang tombak dan menikam. Ratu
    Menggada menikam Wira Kanda di bahu tetapi tiada sedikit luka yang dapat dilihat.
    Ratu Menggada memalingkan kudanya dan lari masuk ke dalam hutan untuk
    bersembunyi.
   Pada keesokkan harinya , penduduk kampung bising mengatakan Raden Puteri hilang.
    Raden Putera bermohon untuk mengembara mencari saudaranya. Sang Nata menangis
    tidak berhenti dan Seri Narapati menyiapkan segala kelengkapan. Setelah itu, Raden
    memohon pergi, ayahanda dan bondanya banyak berpesan kepadanya. Bondanya
    menangis sehingga pengsan.
   Raden Gunung Sari keluar dari negeri dengan menaiki kuda diiringi pengikutnya tapa
    sebarang bunyi tanda keberangkatannya.
   Ratu Menggada mendengar khabar tersebut dan terkejut sambil menghempas mahkota
    sehingga berhamburan.
   Setelah mengetahui kedatangan Raden untuk menyelamatkan Raden Puteri, dia
    menangis sambil berharapan akan bersanding yang kedua kali akhirnya.
   Akhirnya, ia telah mendapatkan kekasihnya yang sudah lama terpisah. Ratu dalam
    negeri telah diperolehi dan rakyat mula senang hati mendengar perkhabaran itu.
TEMA
   Percintaan dan pengembaraan watak utama.

PERSOALAN
    Kasih sayang antara dua manusia yang bercinta.
     contoh
          Di cium jari sambil tertawa,
          Aria Ningsun utama jiwa,
          Tiadalah manis di Tanah Jawa,
          sepatutnya kakak membuang nyawa.
                                               (rangkap 747)
     Pertukaran nama dan penyamaran
     contoh
           Raden inu kertapati mempunyai nama lain seperti: Raden Menteri, Raden Inu
          Pisari, Panji Amang Jaya, Sira Panji Anum Pisari, Misa Gumitar, Inu Sukma
          Perwira, Inu Kertapati

     Peperangan
      contoh
          Wira Kanda dan rAtu Menggada untuk mendapatkan Raden Galuh.
RADEN INU KERTAPATI
 Putera Ratu Kuripan
 Namanya lain: Raden Menteri, Raden Inu Pisari, Panji Amang Jaya, Sira
  Panji Anum Pisari, ,isa Gumitar, Inu Sukma Perwira, Inu Kertapati
 Tunang kepada Raden Galuh
 Di culik oleh Ratu Menggada
 Seorang yang kacak, budiman dan perkasa
 Sakit menanggung rindu kepada Raden Galuh

RADEN GALUH CENDERA KIRANA
 Anak ratu Daha dengan permaisuri
 Nama lain : Raden Puspa Ningrat
 Lemah lembut
 Kecantikkannya yang tiada tolok bandingnya.
 Taat setia kepada ibu dan bapanya
 Tunang kepada Raden Inu Kertapati
 Menjadi rebutan antara Ratu Menggada dan Wira Kanda.
RATU MENGGADA
 Seorang yang memegang watak antagonis - watak jahat
 Dikenali sebagai Raja Menggada
 Menculik Raden Inu Kertapati
 Mengilai Raden Galuh
 Sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.


KERA MAS
 Merupakan penjelmaan Carang Tinangluh.
 Telah memusnahkan Taman Penglipur Lara
 Diwujudkan semata-mata untuk menjaga keselamatan Galuh kerana ia
  tidak rela galuh ditunangkan dengan ratu menggada kerana galuh
  sudah bertunang dengan inu.
 Digambarkan sangat gagah perkasa.
 Berubah menjadi manusia semula setelah ditikam oleh Raden Inu
  Kertapati.
Simile - Satu perbandingan penggunaan umpama, seperti, bak, bagai, lasana dan lain-lain.
Contoh:
     Sang Nara Kuripan Seri Narapati,
     Beroleh putera bagai di hati,
     Empat sebanjar dengan seperti,
     Laksana kuntum anggerik menjati.
                                      (Syair Misa Gumitar: Rangkap 3,Halaman 1)

DePersonafikasi - Memberikan sifat benda/ objek kepada manusia.
Contoh:
     Tubuhnya seperti emas tempawan,
     wajahnya seperti bulan purnama
                                    (Syair Misa Gumitar: Rangkap 9,Halaman 2)

Personifikasi – memberikan sifat manusia kepada benda/ objek
Contoh:
     Asap bedil bagaikan lemas,
                                     (Syair Misa Gumitar: Rangkap 580,Halaman 73)
Inversi- pembalikan kata
Contoh:
     Adapun akan orang yang lari
                                    (Syair Misa Gumitar: Rangkap 421,Halaman 53)
Hiperbola- perbandingan secara berlebih-lebihan
Contoh:
      Guruh berbunyi menderum deram,
      Rintik hujan bagai disiram

                                                       (SMG: rangkap 621 Halaman 78 )
Responsi – perulangan kata di tengah baris
Contoh:
      Apakah titah lebu telampakan,
      supaya segera patik kerjakan,
      Baiklah segera tuanku bicarakan,
      sungguhpun budak jangan dipermudahkan.
                                                  (SMG: rangkap 60, Halaman 8 )
Asonansi - perulangan vokal.
Contoh:
      Akan kakak aji ayahanda malu.
                                                   (SMG: rangkap 330, baris 1)
Aliterasi – perulangan konsonan
Contoh:
       Tercengang-cengang seorang diri,
                                                     (SMG: rangkap 367, halaman 47)
Antitesis- gagasan yang bertentangan
Contoh:
      Daripada hidup sukalah mati
                                                  ( SMG: rangkap 350, halaman 25)
1. Nama tokohnya berawalan dengan binatang
Contoh
    Misa Gumitar
    Misa Taman Jayeng Kesuma
2. Berdasarkan tajuk syair ini sendiri yang mempunyai unsur
    perlambangan.
Contoh
    Syair Misa Gumitar bermaksud nyanyian yang mendendangkan
    keunggulan tokoh yang kekuatannya sejajar dengan binatang
    yang digunakan.
    Misa = lembu
    Gumitar = gitar / nyanyian
3. Penceritaan menggunakan syair
 Syair ini tidak terlepas daripada ciri-ciri cerita panji yang lain.
  Walaupun kurang memaparkan babak-babak ghairah, namun syair ini
  dapat memikat khalayak dengan ketrampilan binatang (kera mas)
  yang dapat menandingi kehebatan manusia.
 Syair Misa Gumitar (SMG) tidak terlepas daripada kelompok
  berkonflik iaitu satu pihak diwakili oleh panji dan keluarganya serta
  yang satu lagi kelompok Ratu Menggada.
 Tanpa watak jahat, keunggulan watak baik tidak akan terserlah.
 SMG dapat mengindahkan dan memperkaya lagi cerita-cerita panji
  Melayu.
 Wahyunah Haji Abd.Ghani, 2004. Syair Misa Gumitar. Kuala Lumpur:
  Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Noriah Mohamed, 2005. Sastera Panji. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
  dan Pustaka.
 Harun Mat Piah, 1980. Cerita Panji Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
  Bahasa dan Pustaka.

Syair Misa Gumitar

  • 1.
  • 2.
     Salah satudaripada ratusan karya sastera panji yang ditulis dalam aksara Jawi dengan menggunakan tulisan tangan dan berbentuk syair.  Tergolong sebagai teks berunsur Jawa yang berasal dari Tanah Jawa. Unsur-unsur Jawa dapat dilihat dengan jelas contohnya dalam penggunaan perkataan, kepercayaan Hindu serta sistem kemasyarakatannya.  Ditulis dalam 104 halaman yang mengandungi 782 rangkap,  Diselenggarakan oleh Wahyunah Hj Abd Gani  Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2004.  Misa bermaksud lembu manakala Gumitar tiada maksud khusus. Namun, mungkin bermaksud gitar atau nyanyian.  Merupakan sebuah panji klasik.  Dalam syair Misa Gumitar cerita lebih menyeluruh, iaitu yang melibatkan pelbagai pihak, sama ada pihak Inu, Galuh ataupun musuh dengan ciri-ciri panji sehingga khalayak dapat menempatkannya dalam setiap ciri yang ada. Kedua-dua tokoh, iaitu wira dan wirawati terus mendapat sorotan awal cerita hingga ke akhir cerita. Begitu juga dengan episod pengembaraan, penyamaran, penjelmaan dan kegembiraan dihujung cerita.
  • 3.
     Pada zamandahulu kala terdapat 4 org ank raja bersaudara yang tinggal ditanah Jawa. Mereka memerintah 4 buah negeri iaitu Kuripan, Daha, Gagelang, dan Singasari.  Di negeri Kuripan rajanya mempunyai 5 cahaya mata. Yang sulung bernama Paduka Mahadewi, Yang kedua bernama Raden Sukma Perwira, Yang ketiga bernama Carang Nan Tengah Putera Pangpula, Keempat pula bernama Jayeng Pani dan yang kelima Raden Indera Kesuma.  Di negeri Daha pula, Ratu Daha yang memerintah dikurniakan sepasang cahaya mata. Yang perempuan bernama Raden Puspa Ningrat dan yang lelaki bernama Raden Wirannasaja.  Raden Puspa Ningrat merupakan seorang wanita yang manis berseri. Wajahnya tiada tolok bandingan. Raden Wirannasaja pula, sangatlah segak dan tampan walaupun usianya belum lagi remaja.  Di Gagelang rajanya dikurniakan seorang putera yang dikurniakan Wajah tampan lagi bergaya.  Di Singgahsari pula, rajanya berputera 2 org puteri. Wajah mereka seperti bidadari. Sangat dikasihi ayahanda dan bonda.  Keempat-empat raja di negeri ini saling bebesan, malah keempat- empat negeri bersatu menjadi satu negeri yang mempunyai penduduk yang sangat ramai.
  • 4.
     Galuh CenderaKirana di negeri Kediri telah ditunangkan dengan Inu Pisari dari negeri Kuripan.  Setelah besar Reden Puteri telah menjadi masyhur kerana kecantikan wajahnya. Hal ini menyebabkan semua orang tergila- gilakannya termasuklah Ratu Menggada. Ratu Menggada ingin pergi meminang, tetapi malangnya Galuh suah bertunang. Hal ini membuatkan dia tidak senang. Ratu Menggada yang suka berbuat jahat dan melakukan keburukkan telah merancang cara untuk mendapatkan Galuh.  Kegagahan dan keberanian Inu Sukma Perwira, telah menyebabkan Ratu Menggada iri hati dan telah mengarahkan menterinya menculik dan membunuhnya.  Setelah mendengar perintah Ratu Menggada, para menteri pun pergi ke Negeri Kuripan. Akhirnya mereka sampai ke negeri Kuripan dan terus melakukan penyamaran.  Di negeri Kuripan pula, rakyatnya sedang bersuka-ria kerana ada keramaian. Setelah malam, para penggawa menggada pun masuk ke istana lalu mencari bilik Raden Inu. sekalian warga istana pun terlena apabila telah dipukau dengan jampi serapah oleh para penggawa Menggada. Ketika inilah masa yang digunakan oleh mereka untuk menculik Raden Inu Bangsawan.
  • 5.
     Raden InuBangsawan yang pengsan telah di bawa keluar dari kota dengan melalui hutan belantara menuju ke negeri Menggada.  Ratu Menggada tersangatlah gembira apabila melihat penggawanya berjaya menculik Raden Inu.  Semasa dalam tahanan, Raden Inu telah di seksa. Pelbagai cara turut di lakukan untuk membunuhnya. Raden telah ditikam dengan tombak, malah telah dipijak-pijak oleh gajah. Namun semuanya tidak berjaya.  Oleh kerana terlalu marah, Ratu Menggada telah membuang Raden Inu ke Dalam Tasik Sanikabu Pertala.  Keesokan harinya negeri Kuripan di gemparkan dengan kehilangan Raden Inu Pisari. seluruh rakyat & keluarga berlari-lari mencari baginda &meratapi kehilangannya. Ibubapanya menangis bagai nak gila. Begitu juga rakyat jelata.  Abangnya Raden Wijaya Sutera menangis hiba mengenangkan akan kehilangan adindanya. Kerana risau akan keselamatan adindanya Raden Wijaya Sutera tlh meminta izin drpd ayahandanya Rama Aji Seri Narapati utk mencari Raden Inu.
  • 6.
     Ibu bapanyatidak mengizinkan, Sang Nata bertambah sedih dengar permintaan anaknya kerana bimbang tiada yang akan menjaga negara apabila dia tidak sihat kelak. Namun stlh di pujuk, raja pun mengizinkan.  Stlh mendengar khabar kehilangan abangnya, Carang Tinangluh iaitu putera yang bongsu sangat terkejut. Dia juga ingin mengikut jejak langkah abangnya yang sulung keluar mengembara mencari Raden Inu Pisari. Tinangluh terus menghadap raja utk meminta izin pergi mengembara mencari abangnya. Stlh mendengar permintaan Carang Tinangluh bapanya tidak mengizinkan beliau keluar mengembara mencari Raden. Namun Carang Tinagluh tetap berdegil hendak pergi sehingga timbul sengketa antara dua beranak ini. Hal ini telah menimbulkan kemarahan dalam diri raja kerana anaknya tlh menderhaka. Serta merta Tinangluh bangun dan berkata bahawa jika dia tidak berjumpa dengan Raden selagi itulah dia tidak akan kembali ke Kuripan.  Oleh kerana terlalu geram dengan kedegilan anaknya, raja telah memanggil Betara Kala & meminta anaknya di sumpah. Dalam sekelip mata Carang Tinangluh tlh bertukar rupa menjadi seekor Kera Mas stlh di sumpah oleh Betara Kala. Tinangluh telah di tugaskan pergi ke Daha utk menjaga Raden Galuh drpd dipinang oleh org lain.
  • 7.
     Raja yangmelihat anaknya bertukar menjadi kera telah menangis & menyesali tindakannya yg menyumpah ank sndri. Istana jd kecoh apabila mengetahui raja tlh menyumpah anaknya jd kera. Permaisuri sanggat kecewa kerana suaminya sanggup menyumpah anaknya menjadi kera.  Stlh berbulan-bulan di dalam hutan, Kera Mas pun sampai ke negeri Daha lalu terus menuju ke Taman Penglipur Lara iaitu taman milik Raden galuh.  Di negeri Daha pula, Betara Kangla tlh menilik nasib & menyatakan bahawa Raden Inu Kuripan sedang mendapat bencana.  Ratu Menggada pula telah membuang Raden Inu ke dalam tasik Senikabu Pertala. Betara kangka yang menjumpai Raden Inu telah mengambil & memeliharanya seperti cucunya sendiri. Raden Inu Pisari kemudiannya telah dikahwinkan dgn Raden Menteri, puteri Ratu Kidul Jeladari.  Pada suatu hari Raden Inu Pisari rasa tersangatlah rindu akan ayah & bondanya stlh lebih 10 bln tak berjumpa. Hatinya sgtlah sakit bila mengenagkan Ratu Menggada yang akan meminang Raden Galuh. Bila terkenangkannya, dia rasa geram & seperti mahu membunuh Ratu Menggada.
  • 8.
     Raden InuPisari tlh memohon keizinan drpd nendanya utk kembali menemui ayah & bondanya di Kuripan kerana talah begitu lama tidak berjumpa. Beliau risau akan keselamatan ayah & bondanya serta negeri Kuripan akan di serang oleh Ratu Menggada.  Baginda Betara pun menilik & memberitahu keadaan bapa & ibu Raden Inu yg sedang bersedih dan tentang saudaranya yg tlh keluar mengembara utk mencarinya. Stlh mengetahui keadaan keluarga Raden di Kuripan, Betara pun mengizinkan Raden Inu Pisari pulang. Betara tlh memberi Raden Inu Pisari pelbagai azimat & sakti utk dijadikan bekalan sepanjang pengembaraan pulang ke Kuripan. Antaranya seperti ilmu ghaib, berjalan di atas air, udara dll.  Jemuras, Persanta dan Kertala telah disuruh oleh Berahmana Kanata, jika ingin bertemu dengan Raden Inu maka tunggulah ditepi laut dan akan datanglah Raden Inu di situ.  Selang beberapa hari mereka terkejut dengan kedatangan Raden Inu Pisari di atas air. Mereka semua terkejut dan menyangka Raden Inu adalah jelmaan hantu. Selepas itu, Kertala telah berdiri di atas batu untuk membuat kepastian sama ada jelamaan itu Raden inu atau hantu.  Apabila sampai ke pantai Mutia, barulah mereka percaya Raden Inu bukanlah hantu tetapi itu adalah manusia iaitu Raden Inu Pisari atau Raden Sukma Prawira. Mereka bertiga datang dan memeluk kaki Raden Inu.
  • 9.
     Mereka memberitahuRaden Menteri/ Raden Inu bahawa telah merata- rata tempat mereka mencarinya tetapi masih tidak menjumpainya. Telah segenap jajahan mereka pergi.  Raden Menteri memberitahu bahawa Ratu Menggada telah menculiknya. Dia menceritakan semua perbuatan Ratu Menggada. Kertala amat marah dan ingin membalas dendam.  Persanta Jemuras amat gembira dengan pertemuan Inu. Mereka bercerita sambil meneruskan perjalanan dengan segera. Tiba-tiba Raden Inu bertanya Kaka Kertala Jemuras Persanta di mana Kakak Jerudih Punta kenapa dia tidak ikut serta mencarinya.  Kertala memberitahu Jerudih telah sesat dan lenyap di gunung bukit dan batu semasa mencarinya.  Mereka tidak tahu sama ada Jerudih masih hidup atau tidak.  Inu berasa sangat sedih dan tunduk menyapu airmatanya kerana Inu Pisari sangat menyayangi Jerudih.  Raden Inu telah menukar namanya menjadi Panji Amang Jaya. Dia telah berjalan melalui hutan rimba raya dan telah sesat beberapa kali di tempat berbahaya. Dia berasa hiba kerana tidak bertemu jalan untuk ke negeri Mentawan.  Semasa dalam perjalanan, Panji Amang Jaya telah bertemu Sang Nata tengah berburu. Sang Nata telah menegur Pisari dengan wajah manis berseri dan menanyakan dari mana Pisari datang.
  • 10.
    Pisari telah memperkenalkan dirinya dengan nama Amang Jaya datang dari Pura Baya.  Sang Nata amat suka dan gemar memandang muka Pisari yang manis dan berseri- seri.  Seri Betara /Ratu Betara telah mengambil Panji sebagai putera/anak angkatnya maka Wira Kanda dan Panji bersaudara.  Raden Wira Kanda mengajak Panji naik kuda sambil berjalan-jalan dengannya. Raden Wira pada masa itu bersikap atau berpewatakan mengada-ngada.  Ratu dan isteri amat suka akan Panji dan telah pelihara Panji seperti anaknya tanpa mengabaikan Wira Kanda.  Pada suatu hari Wira Kanda hendak beristeri dengan seorang puteri yang berasal dari Daha yang sangat cantik rupa parasnya seperti bidadari.  Wira Kanda sangat berahi hendak berkahwin dengan puteri dari Daha. Dia datang mengadap ayahandanya.  Ratu Betara telah setuju untuk pergi meminang Puteri Daha untuk anaknya Wira Kanda. Hati Wira Kanda tidak tenang bila teringatkan dia hendak bertunang.  Wira Kanda hendak pergi sendiri ke Ing Kediri/Daha untuk melihat Puteri Daha yang cantik bagai bidadari itu. Tetapi malangnya Puteri di Daha sudah bertunang. Ratu sangat sedih dan kecewa kerana tidak dapat memenuhi permintaan anaknya.  Ratu Betara menasihati anaknya agar tidak mengikut kata hati yang kecewa dan memberitahu bahawa banyak lagi Puteri di Tanah Jawa.
  • 11.
     Wira Kandatidak mengendahkan kata ayahnya dan memberitahu dia tidak ingin meminang puteri selain dari puteri Ing Kediri.  Wira kanda membuat keputusan keluar dari negerinya. Wira Kanda menyuruh sediakan segala senjata, dayang-dayang, harta, himpun gajah, kuda, anak muda dan mengerah rakyat untuk mengikutnya keluar.  Ratu tidak terkata apa-apa dan dia hanya mengikut segala kehendak anakandanya.  Semua orang yang melihat sikap Wira Kanda sangat benci dan tidak suka kepadanya. Ratu Betara menyuruh Sang Nata menasihati Wira Kanda.  Duli Sang Nata telah memerintahkan Sira Panji supaya mengikut Wira Kanda yang degil dan tidak mendengar kata itu.  Wira Kanda tidak lena tidur kerana teringatkan Raden Cendera Kirana. Setelah genap dua hari Wira Kanda pun keluar dari negeri pergi ke Ing Kediri bersama Kedayan dan Sira Panji.  Ratu menggada sangat suka kerana Kuripan sudah tiada telah hampir 10 bulan. Ratu Menggada juga telah pergi ke Ing Kediri dengan pelbagai kelengkapan.  Ing Kediri telah gempar dengan kehadiran Ratu Menggada. Beliau telah meninggalkan Negeri Menggada untuk pergi ke Ing Kediri. Dia telah cuba melembutkan hati Seri Nara pati. Ratu Manggada berjalan di dalam kota.
  • 12.
     Raden GunungSeri mengadap ayahnya manis berseri mengadap Ratu Pisari. Setelah melihat, Ratu Menggada baginda tidak berkenan.  Ratu Manggada memberitahu bahawa kedatangannya ke Ing Kediri adalah untuk meminang Raden Gunung Sari/ Galuh dan ingin jadikannya sebagai Ratu Menggada.  Apabila mendengarnya Raden Gunung Sari berasa sangat geram.  Memandangkan khabar nan Raden Kertapati telah mati maka Ratu Menggada mengambil peluang untuk meminang Galuh dan dia memberitahu supaya jangan menunggu lagi kehadiran Inu Pisari kerana dia boleh dijadikan sebagai pengganti tunang kepada Galuh.  Ayahanda Galuh amat suka dan menyenangi kata-kata Ratu Menggada. Raden Gunung Sari berhati walang dan sedih dengan keputusan ayahandanya dan menyembah untuk bermohon pulang.  Teringat laku Ratu Menggada, ia berasa amat benci dan sesal. Hatinya jadi gundah-gulana, mandi dan makan tidak sempurna. Semua isi istana memujuknya. Dia mengikut segala kehendak ayahandanya tanpa membantah.  Berita kedatangan Ratu Menggada untuk datang meminang Galuh telah sampai ke pendengaran Kera Mas di dalam taman. Hati Kera Mas menjadi gundah-gulana dan tidak aman. Dia sangat berasa geram dengan kedatangan Ratu Menggada yang datang meminang kekanda baginda.
  • 13.
     Setelah habisberfikir, kera telah mengamuk dengan memusnahkan taman penglipur lara. Kera telah melontarkan segala buah dan bunga yang ada. Penghulu taman telah menyuruh semua orang pergi menangkap kera tetapi tidak berhasil kerana kera telah melontar semua orang yang ingin menangkapnya dengan kayu dan batu.  Raden menangis setiap hari sepanjang Ratu Menggada di Daha. Suatu hari raden telah bermimpi berjumpa dengan kera di dalam taman penglipur lara yang menyatakan bahawa orang Menggada sahaja lawannya. Dia menyuruh ayahdanya menghalau Ratu Menggada macam kuda.  Setelah siang dia tersedar dan terfikir apakah erti mimpinya.  Raden Gunung Sari telah datang Berjumpa dengan Raden Puteri. Setelah itu Raden Menteri telah datang menyembah memandang kepada Raden puteri yang berwajah pucat manis. Belas hatinya tiada terperi.  Ketika sedang duduk berehat-rehat, penghulu Taman Penglipur Lara telah datang menghadap sambil berlari-lari. Beliau menyatakan bahawa Taman Penglipur Lara telah dibinasakan oleh seekor kera. Kera yang berbulu emas tersebut telah memusnahkan buah & bunga di taman tersebut. Selain membongkar jambangan bunga, daun dan putik turut di kakar. Pohonnya dicabut lalu di buang ke luar pagar.
  • 14.
     Semua orangtidak berani pergi ke sana kerana bimbang akan dipalu dengan pohon angsana. Setelah mendengar perkhabaran tersebut, Galuh terus teringat akan mimpinya, lalu diceritakan mimpi tersebut kepada saudaranya. Saudaranya terus menyuruh Raden Galuh menghadap ayahandanya dan menceritakan mimpinya tentang kera yang bertarung dengan Ratu Menggada.  Tidak lam a kemuadian Raden Galuh telah menghadap ayahandanya, Raden Putera. Lalu diceritakan tentang Taman Penglipur Lara yang telah dibinasakan oleh seekor kera. Perihal mimpinya turut diceritakan kepada ayahandanya. Raden Galuh ingin Kera Mas itu di tangkap dan dibunuh, serta taman yang rosak dipulihkan seperti sedia kala.  Berita tentang Kera Mas yang gagah perkasa telah membinasakan Taman Penglipur Lara telah tersebar ke seluruh desa. Mereka yang mendengar khabar ini berasa sedih.  Raja telah menitahkan agar Ratu Menggada datang menghadapnya . Ratu Menggada pun pun datang menghadap dengan memakai pakaian yang indah berwarna-warni. Raja telah menyuruh Kera Mas dibunuh dengan segera. Seperti yang dikehendaki oleh anaknya Raden Puteri. Dewata telah bertitah bahawa sesiapa yang dapat bunuh kera tersebut serta memulihara taman yang rosak akan dikahwinkan dengan Raden Galuh. Mendengar titah baginda, Ratu Menggada menyahut segera dengan tawa yang riang kerana yakin dapat membunuh kera tersebut.
  • 15.
     Ratu Menggadatelah mengarahkan Demang Temenggung dan Rangga Kiong Ranggong pergi menangkap kera tersebut lalu di kurung serta menyuruh memperbaiki Taman Penglipur Lara yang telah musnah.  Mendengar perintah tuannya, penggawa 3 mengerah temannya membawa senjata dan mengepung taman tersebut.  Rakyat turun berdiri disekeliling taman sambil melontar batu ke arah kera. Kera Mas yang menyedari akan kehadiran mereka berasa marah. Orang Menggada terus menghujani senjata dan bersorak gempita. Hal ini menyebabkan kera Mas bertambah geram, lalu terus mencabut sepohon kahwa dan membalingnya ke arah penggawa.  Walaupun banyak senjata menyerangnya Kera Mas langsung tidak gentar & ngeri, malah bertindak lebih agresif dengan melibas segala senjata- senjata yang ada.  Akibat pertempuran yang dasyat, ramai orang yang mati akibat cedera parah. Orang Menggada rasa hairan melihat ketangkasan Kera Mas tersebut sehingga sukar untuk di tangkap. Kukunya yang tajam seperti duri menyebabkan orang Menggada sangatlah ngeri lalu bertempiaran lari mengundur diri.  Semua orang berkumpul sehingga menyebabkan kesesakkan di dalam kota. Orang Mentawan yang lengkap dengan tombak dan sumpit ketakutan apabila Taman Penglipur Lara mulai kelihatan.
  • 16.
    Temenggung Jaya Negara menyuruh Raden dan mengarahkan tentera untuk menangkap kera tetapi jangan sampai mencederakannya. • Wira Kanda memberi arahan seperti orang marah yang memerah mukanya. Semua tentera dikerah dan diarah untuk mencari kera di dalam taman penglipur lara. Orang Mentawan tampil dengan segera lalu mengepung Taman Penglipur Lara dengan gembira sebelum mengetahui tentang kegagahan kera. Tentera yang mengikutinya terlalu ramai sehingga menyebabkan tiada ruang kosong di kawasan tersebut.  Ketika itu, Kera Mas sedang duduk di atas dahan pokok sambil berfikir mengapakah dirinya melakukan perkara ini. Semakin difikir semakin bertambah sedih. Berasa lama untuk berjumpa dengan adik dan kakaknya kerana dirinya ditimpa kesusahan.  Kera terfikir ke mana pergi kakaknya Inu yang hilang entah kemana. Kera kehairanan kerana setiap kali dia memikirkannya pasti air matanya berhamburan.  Tiba-tiba kera mendengar bunyi sorak dan asap bedil berpancaran. Kera Mas mengintai bagi melihat dan mengetahui apa yang berlaku. Jika kera mas keluar dari temptanya, pasti dia akan diserang.  Apabila Kera Mas sudah mendapat kekuatan di dalam diri, kera melompat keluar dari tempatnya . Tentera mara atau maju ke arahnya. Mereka menyerang kera dengan melontarkan batu yang ada ditangan bagaikan ribut yang mendatang. Tetapi mereka kehairanan kerana tidak mampu untuk berlawan dengan seekor kera.
  • 17.
    Kera menyerangnya menyebabkan rakyat Mentawan ramai yang cedera serta mati dan rakyat yang hidup melarikan diri. Penggawa Menteri muncul dan menyerang kera, namun kera sedikit pun tidak takut dan gentar. Berlaku pembunuhan sehingga tiada lagi sifat kasih dan sayang. Walaupun ramai yang mati, namun tentera lain datang sebagai ganti.  Kera sangat marah kerana terlalu banyak serangan yang dilakukan. Kera Mas bertempik/menjerit sekuat hati seperti raksasa gergasi. Semua lari bertempiaran dan bilangan rakyat serta tentera mulai kurang. Tentera tidak lagi mendengar perintah Wira kanda kerana sangat takut akan kera.  Oleh kerana keadaan sangat ngeri dan bahaya, Wira Kanda mendapatkan Panji Amang Jaya yang diiringi oleh hamba sahaja.  Sira Panji datang menghadap kedayan yang perkasa dengan perasaan senang hati. Semua rakyat berhimpun di desa. Ketika berkata-kata, Wira Panji terfikir akan dari mana munculnya kera yang sangat gagah dan perwira itu. Adakah dia terkena sumpahan dewa yang diturunkan kedunia dengan berubah rupa lalu tinggal di taman menyembunyikan diri tetapi telah digempar dan diserang.  Raden Menteri memohon untuk menentang kera walaupun dia sendiri takut. Sira Panji menyatakan kera sangat perkasa dan perlakuannya ganas seperti raksasa. Walaupun Sira Panji berkata demikian, namun di dalam hatinya sangat kasihankan kera.  Nala Anggala datang menyembah untuk berlawan dengan kera. Jika dititahkan untuk berlawan, akan dilawan sehingga mati dan tidak akan menyerah kalah.
  • 18.
    Kakak Rajasa merupakan seorang yang garang dan tiada berbahasa. Dia memperlekehkan kehebatan Kera Mas dengan mengatakan kera seekor tidak hebat mana. Baginya lebih baik diarahkan untuk melanggar desa.  Rajasa ingin berlawan dengan kera sekiranya Raden Menteri undur diri dan lari. Melihat keadaan kendayan yang bersikap gentar, Wira Kanda pun suka dan meminta kakanda ketiga (kendayan) menolongnya. Setelah selesai berbicara, ketiganya (kendayan) menyembah untuk mengambil senjata lalu berjalan disusur kota menuju ke tempat kera.  Kera Masa duduk di atas dahan pohon Cempaka untuk berehat seketika lalu terpandang kedayan ketiga. Apabila Kera Mas diserang, kera datang kepada kendayan tetapi diserang dengan bertimpa-timpa. Kera geram dan cemas melihat serangan yang dilakukan.  Kera menepis dengan mudah. Wira sangat khuatir sekiranya perlawanan ini sama seperti yang lalu (kalah).  Ketiga kendayan muncul untuk menangkap Kera Mas. Namun segala senjata dan serangan yang dilepaskan dapat ditangkap oleh Kera Mas lalu dipatahkan dan dibuang.  Kedayan cuba untuk manangkap kera namun pergerakkan kera lebih pantas. Kendayan sangat geram lalu menghunus Keris Sutera Mendala. Kendayan datang mendekati sambil cuba untuk membunuh kera sehingga tiada lagi perasaan takut berhadapan dengan kera.  Kera Mas berlawan sengan sepenuh hati , kedayan pun rebah berganti-ganti. Semua rakyat dan tentera lari apabila melihat kera masih hidup.  Panji terkejut apabila melihat Kendayan rebah. Sira Panji sangat marah lalu bertentangan dengan kera. Setelah bertentangan mata, kera bagaikan tiada semangat kerana yang berhadapan dengannya adalah saudaranya sendiri.
  • 19.
     Kera berundursedikit tatkala merasai kesakitan apabila dia ditolak. Kera melontar batu kearah Sira Panji namun Sira Panji dapat menangkisnya. Sira Panji sangat marah kerana Kera Mas tidak mati lalu Sira Panji pun menikam kera dengan keris Satera Pati dengan kesungguhan hati.  Kera Mas melayang-layang undur dan mara lalu melompat keudara namun Sira Panji memintasnya. Apabila telah dapat menangkap kera, Sira Panji pun melontar kera ke udara lalu kera ghaib dan Sira Panji rebah jatuh di Taman Penglipur Lara dan tidak sedarkan diri. apabila melihat kera mati, semua tentera besorak gembira.  Setelah di jampi/mentera Sira Panji dan kedayan ketiga pun sedarkan diri lalu pulang. Apabila sampai, Sira Panji mandi dan berehat.  Kini kera telah bertukar kepada wajahnya yang sebenar.  Sang Yang Betara Kala menyeru nama Carang Tinangluh Jaya Asmara supaya bangun dari tidurnya untuk bertemu saudaranya. Segala sumpahan dan kedukaan yang ditanggung oleh carang Tinangluh telah berakhir. Kini, Carang Tinangluh boleh kembali semula bersama saudaranya.
  • 20.
     Raden keluardari negeri setelah mendapat perintah keluar dari Ing Kendiri. Kemudian menjadi seekor kera selepas disumpah oleh Seri Betara kerana ingin mencari saudaranya.  Apabila ayahandanya mendengar berita buruk ini, ayahnya terus marah dan semua dayang-dayang menangis disitu..  Carang Tilara mengembara dengan penyamaran dengan berpakaian seperti perajurit. Wira kanda ke balai persinggahan bersama pengikutnya mengadap Sang Nata berserta Raja Panumah.  Setelah itu mereka kehairanan, Carang Tilara duduk berhampiran dengan Sira Pangeran. Sira panji berbalas senyum kepada saudara yang sudah lama mencari sehingga kini ditemui di Ing Kendiri.  Panji menasihati Raden Menteri agar bersabar, bimbang Ratu Menggada datang menyerang. Mereka membayangkan jika Raja Menggada mati dan diterima oleh Seri Nara Pati baru dapat dilangsungkan perkahwinan.  Raden mengajak untuk membunuh Ratu Menggada dengan membuat persiapan senjata. Namun Sira Panji tidak mahu. Kemudian Raden Wira Kanda menyampaikan hajat membunuh Ratu Menggada. Carang Tilara menghina hajat Wira Kanda akan usahanya. Wira Kanda mula marah mendengar penghinaan Carang Tilara. Sira Panji menghalang pergaduhan itu dari berlaku lebih besar dan mengajak Wira Kanda pergi.
  • 21.
     Carang Tilaramemberitahu bahawa Ratu Menggada hendak berjumpa jika diterima oleh Seri Betara.Sira Panji menyahut cabaran dengan pertolongan Sang Yang Misura.  Mereka ke Kota Kencapuri. Sampai di kawasan kota batu, mentera dibaca tiga kali ditiupkan ke pintu istana. Selepas itu, pintu istana terbuka. Raden Galuh terkena dan terkejut Raden Cendera Kirana.  Raden keluar dari bilik dan tersandung kakinya menyebabkan pengasuhnya terjaga.  Raden Galuh Cendera Kirana bersama pengasuhnya ke pintu istana dan terkejut melihat Sira Panji sehingga hilang segala kedukaan selama ini rupanya Sira Panji yang datang dalam keadaan sedih dan badannya kurus. Mereka bercadang untuk mengembara dan bermesra menunjukkan sikapnya yang baik. Perwatakkannya membuat pengasuhnya sebak melihat peribadi dirinya.  Nala Anggara mengugut supaya menyelamatkan isterinya dengan cara mencekik leher dengan kuat. Sambil ketawa, kakak Rajasa tidak hairan akan ugutan tersebut kerana dia juga mempunyai kuasa.  Pada suatu malam, Galuh diriba dipangkuan dan dipujuk bercumbu- cumbuan bersama Aria Ningsun. Pada keesokkannya Raden cendera Kirana melihat seorang lelaki yang segak meribanya.
  • 22.
    Wirakanda dan pengikutnya berserta gajah dan kuda yang membawa senjata ke karang Mendira. Perjalanannya dengan segera dan cepat sampai. Setelah didengar oleh Ratu Menggada, Ratu Menggada mula marah akan Wira Kanda lalu segera mendapatkan kuda untuk berperang. Suasana peperangan bertikaman. Ratu Menggada datang dengan tenteranya. Keadaan peperangan ramai rakyat mati dan luka. Kemudian rakyat Mentawan berundur dari peperangan.  Ratu Menggada menentang Wira Kanda dengan memegang tombak dan menikam. Ratu Menggada menikam Wira Kanda di bahu tetapi tiada sedikit luka yang dapat dilihat. Ratu Menggada memalingkan kudanya dan lari masuk ke dalam hutan untuk bersembunyi.  Pada keesokkan harinya , penduduk kampung bising mengatakan Raden Puteri hilang. Raden Putera bermohon untuk mengembara mencari saudaranya. Sang Nata menangis tidak berhenti dan Seri Narapati menyiapkan segala kelengkapan. Setelah itu, Raden memohon pergi, ayahanda dan bondanya banyak berpesan kepadanya. Bondanya menangis sehingga pengsan.  Raden Gunung Sari keluar dari negeri dengan menaiki kuda diiringi pengikutnya tapa sebarang bunyi tanda keberangkatannya.  Ratu Menggada mendengar khabar tersebut dan terkejut sambil menghempas mahkota sehingga berhamburan.  Setelah mengetahui kedatangan Raden untuk menyelamatkan Raden Puteri, dia menangis sambil berharapan akan bersanding yang kedua kali akhirnya.  Akhirnya, ia telah mendapatkan kekasihnya yang sudah lama terpisah. Ratu dalam negeri telah diperolehi dan rakyat mula senang hati mendengar perkhabaran itu.
  • 23.
    TEMA  Percintaan dan pengembaraan watak utama. PERSOALAN  Kasih sayang antara dua manusia yang bercinta. contoh Di cium jari sambil tertawa, Aria Ningsun utama jiwa, Tiadalah manis di Tanah Jawa, sepatutnya kakak membuang nyawa. (rangkap 747)  Pertukaran nama dan penyamaran contoh Raden inu kertapati mempunyai nama lain seperti: Raden Menteri, Raden Inu Pisari, Panji Amang Jaya, Sira Panji Anum Pisari, Misa Gumitar, Inu Sukma Perwira, Inu Kertapati  Peperangan contoh Wira Kanda dan rAtu Menggada untuk mendapatkan Raden Galuh.
  • 24.
    RADEN INU KERTAPATI Putera Ratu Kuripan  Namanya lain: Raden Menteri, Raden Inu Pisari, Panji Amang Jaya, Sira Panji Anum Pisari, ,isa Gumitar, Inu Sukma Perwira, Inu Kertapati  Tunang kepada Raden Galuh  Di culik oleh Ratu Menggada  Seorang yang kacak, budiman dan perkasa  Sakit menanggung rindu kepada Raden Galuh RADEN GALUH CENDERA KIRANA  Anak ratu Daha dengan permaisuri  Nama lain : Raden Puspa Ningrat  Lemah lembut  Kecantikkannya yang tiada tolok bandingnya.  Taat setia kepada ibu dan bapanya  Tunang kepada Raden Inu Kertapati  Menjadi rebutan antara Ratu Menggada dan Wira Kanda.
  • 25.
    RATU MENGGADA  Seorangyang memegang watak antagonis - watak jahat  Dikenali sebagai Raja Menggada  Menculik Raden Inu Kertapati  Mengilai Raden Galuh  Sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. KERA MAS  Merupakan penjelmaan Carang Tinangluh.  Telah memusnahkan Taman Penglipur Lara  Diwujudkan semata-mata untuk menjaga keselamatan Galuh kerana ia tidak rela galuh ditunangkan dengan ratu menggada kerana galuh sudah bertunang dengan inu.  Digambarkan sangat gagah perkasa.  Berubah menjadi manusia semula setelah ditikam oleh Raden Inu Kertapati.
  • 26.
    Simile - Satuperbandingan penggunaan umpama, seperti, bak, bagai, lasana dan lain-lain. Contoh: Sang Nara Kuripan Seri Narapati, Beroleh putera bagai di hati, Empat sebanjar dengan seperti, Laksana kuntum anggerik menjati. (Syair Misa Gumitar: Rangkap 3,Halaman 1) DePersonafikasi - Memberikan sifat benda/ objek kepada manusia. Contoh: Tubuhnya seperti emas tempawan, wajahnya seperti bulan purnama (Syair Misa Gumitar: Rangkap 9,Halaman 2) Personifikasi – memberikan sifat manusia kepada benda/ objek Contoh: Asap bedil bagaikan lemas, (Syair Misa Gumitar: Rangkap 580,Halaman 73) Inversi- pembalikan kata Contoh: Adapun akan orang yang lari (Syair Misa Gumitar: Rangkap 421,Halaman 53)
  • 27.
    Hiperbola- perbandingan secaraberlebih-lebihan Contoh: Guruh berbunyi menderum deram, Rintik hujan bagai disiram (SMG: rangkap 621 Halaman 78 ) Responsi – perulangan kata di tengah baris Contoh: Apakah titah lebu telampakan, supaya segera patik kerjakan, Baiklah segera tuanku bicarakan, sungguhpun budak jangan dipermudahkan. (SMG: rangkap 60, Halaman 8 ) Asonansi - perulangan vokal. Contoh: Akan kakak aji ayahanda malu. (SMG: rangkap 330, baris 1) Aliterasi – perulangan konsonan Contoh: Tercengang-cengang seorang diri, (SMG: rangkap 367, halaman 47) Antitesis- gagasan yang bertentangan Contoh: Daripada hidup sukalah mati ( SMG: rangkap 350, halaman 25)
  • 28.
    1. Nama tokohnyaberawalan dengan binatang Contoh Misa Gumitar Misa Taman Jayeng Kesuma 2. Berdasarkan tajuk syair ini sendiri yang mempunyai unsur perlambangan. Contoh Syair Misa Gumitar bermaksud nyanyian yang mendendangkan keunggulan tokoh yang kekuatannya sejajar dengan binatang yang digunakan. Misa = lembu Gumitar = gitar / nyanyian 3. Penceritaan menggunakan syair
  • 29.
     Syair initidak terlepas daripada ciri-ciri cerita panji yang lain. Walaupun kurang memaparkan babak-babak ghairah, namun syair ini dapat memikat khalayak dengan ketrampilan binatang (kera mas) yang dapat menandingi kehebatan manusia.  Syair Misa Gumitar (SMG) tidak terlepas daripada kelompok berkonflik iaitu satu pihak diwakili oleh panji dan keluarganya serta yang satu lagi kelompok Ratu Menggada.  Tanpa watak jahat, keunggulan watak baik tidak akan terserlah.  SMG dapat mengindahkan dan memperkaya lagi cerita-cerita panji Melayu.
  • 30.
     Wahyunah HajiAbd.Ghani, 2004. Syair Misa Gumitar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  Noriah Mohamed, 2005. Sastera Panji. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  Harun Mat Piah, 1980. Cerita Panji Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.